A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Ku Li (kiri) tahu banyak rahsia Najib (kanan) |
SAYA mulakan tampalan kali ini dengan mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada saya serta mendoakan keselamatan saya.
Saya tidak melakukan
apa-apa pun yang istimewa atau kepahlawanan. Saya sekadar menyuarakan apa yang
terbuku di hati saya sebagai seorang penulis.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Kalau saya yang akan berusia
71 tahun Ogos ini dan tidak membuat kerja lain selain menulis – kebetulan hari
ini genaplah 49 tahun saya menjadi wartawan – tidak boleh bersuara dan tidak
boleh memanfaatkan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,
siapa lagi yang boleh?
Lagi pun, macam saya
nyatakan dalam tulisan saya, kalau saya silap tolong perbetulkan dan saya akan
memohon maaf.
Dalam tampalan 7 Jun, saya antara lain menulis: “Berkenaan dengan
apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah
pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat
pembetulan dan saya mohon ampun.”
Cukup mengenai diri saya. Kali
ini saya ingin berbincang sikit mengenai parti Umno yang tersingkir daripada
takhta kuasa pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu setelah mendominasi politik
negara bermula Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955.
Ku Li Sebagai Presiden
Tahun ini Umno akan mengadakan
pemilihan kepemimpinan. Dengan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd
Najib Abdul Razak sebagai Presiden Umno, gelanggang terbuka luas dan parti tua
itu berpeluang membuat perubahan jika mahu.
Bagi saya, seorang
pemimpin Umno yang berpeluang besar melakukan perubahan ialah Tengku Razaleigh
Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naik Presiden Umno.
Pada usia 81 tahun, beliau adalah
muda. Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad yang 10 tahun lebih senior daripada beliau
boleh memimpin Pakatan Harapan (PH) ke arah kemenangan dan menjadi Perdana Menteri
buat kali kedua, apalah salahnya Ku Li memimpin Umno.
Mungkin ini masa terbaik
dan peluang terakhir buat beliau. Setelah gagal menewaskan Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden Umno 30 tahun lalu, Ku Li mempunyai
peluang terbaik dipilih menjadi Presiden Umno.
Walaupun putera diraja
Kelantan itu dilaporkan masih menimbang sama ada mahu bertanding atau
tidak, secara peribadi saya yakin beliau adalah calon terbaik untuk memimpin
parti lama saya itu.
Kalau boleh saya
nasihati Ku Li, yang saya kenal secara peribadi mulai tahun 1976 dan menjadi
“bos mutakhir” saya buat seketika, cepat-cepatlah tawarkan diri.
Pada tahun 1976, saya
menyertai Kumpulan New Straits Times sebagai “Bumiputera kanan” akhbar baru tajaan
NSTP bernama “Business Times”. Waktu itu Ku Li Pengerusi Fleet Group, syarikat
induk NSTP. Saya kerap ke kediaman beliau di Nombor 20 Jalan Pinang, Kuala
Lumpur, dan Palm Manor, Kota Bharu.
Ini bukan cerita gila
talak atau nostalgia. Saya keluar Umno “secara rasmi dan tertib” pada bulan
Julai 2016. Saya hantar surat penarikan diri kepada Ketua Cawangan, Ketua
Bahagian dan Setiausaha Kerja Umno pusat.
Dan bukan juga hendak masuk
campur dalam politik Umno, tetapi kerana kita tetap memerlukan pembangkang yang
berwibawa di dalam Parlimen.
Saya katakan berwibawa
kerana Umno dengan hanya 55 kerusi (laman Web Rasmi Parlimen) tidak boleh
menjadi pembangkang yang kuat dari segi bilangan, tetapi masih boleh menjadi
pembangkang yang kuat dari segi minda.
Dalam konteks ini saya
amat bersetuju dengan Ahli Parlimen PH (DAP) Segambut, Hannah Yeoh bahawa PH
memerlukan barisan penyokong (backbenchers) yang cergas dan kritikal.
“Backbencher” PH wajib
terus berani dan tekun berbahas seperti yang mereka lakukan sewaktu menjadi
pembangkang dahulu. Mereka wajib ikhlas menasihati dan mengkritik kerajaan
mereka sendiri.
Umno Tandus Pemimpin
Berbalik kepada parti
pembangkang Umno, maaf cakaplah kalau saya kata, selain Kul Li saya tidak
nampak calon lain yang boleh memulihkan Umno dan menjadi ketua pembangkang yang
berwibawa.
Selain Dr Mahathir,
tidak ada orang lain kecuali Ku Li yang lebih berpengalaman di dalam Dewan Rakyat
dan dialah antara orang yang paling lama mengenali Perdana Menteri dalam arena
politik tanah air.
Dr Mahathir memanggil
Tengku Razaleigh “Li” dan Ku Li membahasakan Dr Mahathir “Doc”. Dr Mahathir
masuk Parlimen tahun 1964 dan Ku Li mula menjadi wakil rakyat pada tahun 1969
sebagai Ahli Dewan Undangan Ulu Kelantan Barat. Dr Mahathir berusia 92 tahun
dan Ku Li 81.
Dalam kepimpinan Umno,
selepas Najib saya tak nampak sesiapa pun yang mampu menyekat keruntuhan Umno
dan membinanya semula selain Ku Li. Selepas beliau MUNGKIN bekas Menteri Belia
dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Tetapi imej Khairy teruk
tercemar kerana “membodohkan” diri demi kuasa dan kedudukan pada zaman Najib
serta kes penyelewengan RM100 juta duit KBS yang sampai hari ini belum dijelaskan
atau diambil tindakan.
Hanya baru beberapa minggu
ini dia mula bersuara menyatakan kekesalan menafikan realiti dan tidak bersuara
sehingga Umno kalah teruk dalam PRU. Mungkin dalam pemilihan sekali lagi dia
boleh menawarkan diri sebagai calon presiden atau busuk-busuk pun Timbalan
Presiden. Kalau setakat Naib Presiden rasanya baik tidak bertanding langsung.
Yang menjadi soalan
jutaan ringgit adalah, adakah Ku Li atau sesiapa saja mampu memulihkan Umno yang sudah
sekian lama mabuk duit dan bergerak atas falsafah songsang “cash is king” (duit
itu raja) ciptaan Najib?
Tanpa kuasa, sungai wang
Umno kering. Malah ramai pemimpin dan bekas pemimpin Umno, termasuk Najib,
sedang berdepan dengan kemungkinan didakwa dan dipenjarakan kerana rasuah,
pecah amanah dan penyelewengan.
Hatta duit yang kononnya milik Umno pun disorok oleh ketua-ketua Umno di rumah masing-masing sehinggalah ditemui dalam serbuan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Maka tidaklah mustahil Umno akan
benar-benar menjadi parti keramat apabila ia mati akibat politik wang,
feudalisme dan kepentingan diri.
Wallahuaklam.
48 comments:
Selalu saya baca artikel tuan dan dapati tuan menggunakan nama Najib sebagai (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Najib tu keturunan Sultan Abdul Jalil kah ? Sultan Abdul Jalil ke berapa? Harap penjelasan.
Oleh kerana tuan , tahu asal usul Najib, bolehkah tuan terangkan sekali asal usl nama Tun Mahathir sekali ?
Benarkah nama beliau Mahathir a/l Iskandar Kutty . Kita memang tahu beliau keturunan India, tetapi mengapa ada a/l ? a/l sellaunya untuk bukan Islam.
Harap selepas ini tuan dapat menggunakan Tun Mahathir sebagai Mahathir a/l Iskandar Kutty sebagaimana tuan mengunakan Najib sebagai (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil).
Terima kasih.
Sukar kalu ahli bergerak dgn duit dari atas...kena ahli bekorban.
Usahakan umno pas bersama dlm pakatan baru mereka..senario politik 2 parti ego ini antara ph menang.
Dari segi pengalaman memang tak de orang dlm umno yg bolih tandingi Ku Li. Tapi saya masih tak yakin pd dia kerana dia selalunya buat kerja setengah jalan.
Dulu dia tewas di tangan TDM bagi jawatan presiden umno. Kemudian tubuh S46. Tapi setelah gagal dlm PRU, dia bubar S46 dan kembali kpd umno.
Baru2 ni dia juga ada ura2 nak jatuhkan Najib melalui undi tak percaya. Habis2an dia nafikan dan kembali menyokong Najib.
Orang macam dia ni, kalau keadaan menajadi sukar, dia akan lepas tangan begitu aje. Dia tak de kekentalan untuk meneruskan perjuangan hingga berjaya.
Saya takut perkara yg serupa akan berlaku kalau dia memimpin umno. KJ sepatutnya menampilkan diri untuk jawatan presiden tu dengan Ku Li memberi sokongan dan restu.
Salam . Saya setuju dgn Dato . 👍
I don’t look at Ku Li’s another attempt at Umno presidency as saviour; ostensibly to save Umno. I look at him more as spent force trying to take advantage of Umno’s power vacum left at the top to revive his long dormant political career.
I think Zahid gonna win this handsomely. Of all the 3 vice presidents, he’s the most popular. He has all the advantages at his disposal at the moment. Machineries, warchest, supporters, power base etc. Ku Li and everyone else including KJ couldn’t hold a candle to him.
Sallam Dato',
Saya rasa agak terlalu awal untuk UMNO buat perkara yang drastik.
Sekarang ini, orang UMNO ada yang masih dalam "Denial Mode"
Khairy kata salah 1MDB...
Nazri kata adalah kerana orang UMNO berbalah sama sendiri.
Tg Razaleigh kata kerana GST...
Ada juga yang salahkan DAP.
Ada perkara-perkara yang akan berlaku tak lama lagi. Yang paling besar adalah keputusan siasatan 1MDB.
Hal ini akan memberikan impak yang besar dalam proses pemilihan Presiden UMNO. Oleh itu sebaiknya, ahli UMNO teliti dahulu apa yang akan berlaku siasatan 1MDB yang nampaknya tindakan akan dilakukan oleh pihak berwajib.
UMNO sendiri tak boleh memberikan saingan yang kuat tanpa BN.
Chua Soi lek kata MCA sekarang ini masuk ICU.
Gerakan, tak pasti samada masih sihat atau masuk ICU atau Emergency.
Nampaknya MIC yang masih setia bersama UMNO. Yang lain-lain komponen BN sudah selamat belayar ke tempat lain.
Mungkin elok dibuat analisa samada lebih baik untuk buat parti melayu baru.
Baru-baru ini, Ku Li kata, kalau orang suruh dia jump, dia akan jump.
Teringat saya filem Titanic, semasa kapal hendak tenggelam, heroin perempuan Rose berkata dengan Jack, You jump, I jump.
Umno is a lucky party that they still managed to hold party elections scheduled at the end of the month after what they did to PH while they were in power. Not registering PH as official coalition, deregistering Bersatu and all that stuff. Tun has decided not to take action against the party even though Umno blatantly has violated its constitition for not holding party elections within stipulated time.
Umno should be grateful that Tun still throwing a lifeline to them. It looks like Tun still has a soft spot to the party that he once led for 23 years. He can be cruel and HEARTLESS if he wanted to, like Umno’s previous president who deregistered Bersatu a day before parliament dissolved.
Tun has all the reasons to take action against Umno but he chose to look the other way. FYI, the day Tun received a letter from ROS which was hand delivered to him that Bersatu was declared ‘deregistered’ and barred from contesting in GE-14, Tun quickly summoned all PH top leaders to break the news to them.
According to Mat Sabu, the demoralized Tun broke down and weep openly in front of them. Tun told them, Bersatu would not be part of PH and they can now took all the seats which had been allocated to Bersatu. They could then redistributed the seats and he wished them the best of luck. PH leaders disagreed and told Tun that Bersatu can keep the seats. Bersatu too was free to choose to contest under whichever banner Bersatu wanted. It was really nice of them.
Now looking back how previous Umno led government trying to make life miserable for Bersatu and PH, one can’t help but feeling wanted to do the same and taking revenge especially the Ponorogo Javaman who refused to meet Tun at the eleventh hour to discuss PH registration after agreeing to meet before. The meeting was cancelled at last minute and he instead sending low ranking officials to meet Tun. Tun was so disguised of such treatment but he took it on his stride.
There was a picture too floating around on the internet which showed the Javaman disrespecting the grand old man by throwing his arm around Tun’s shoulder like a school buddy while they bumped into each other after friday prayer.
But Tun is not the one who hold grudges. He still granted the Javaman an appointment when the latter asked for it latter on. This time around, the role was reversed. It was the Javaman who crawling asking to meet him instead. How time changed..
Assalamualaikum Dato’
Should that Zahid win this race, UMNO are all useless, confirmed Dedak eaters. They are real doods. And will be the final nail before burial ceremony.
Salam Datuk,
Ku Li sebagai pemimpin tidak ada 'wow factor' selama ini setakat jadi orang lama yang memanaskan kerusi wakil rakyat dan enyoying his old age honey moon. Nampak benar nak bertanding pun kena dipersilakan, dirayu, dipujuk, diberi inspirasi, dibelai, dicium dan dipeluk. Cakap-cakap mengenai umur tua dan kesihatan. Apa jenis pemimpin yang ni? He will fail. Setakat jadi orang lama atau 'dead wood' tidak menjanjikan dia boleh jadi pemimpin yang baik. Semasa Najib hanya sanggup jadi pak turut dan 'lalang songsang,' I dont trust him and I don't see any transformational leadership qualities in him. What has been his success so far as a leader and wakil rakyat? Tanggungjawab dan komitmen yang perlu dia laksanakan nanti amat rumit dan berat. So Ku Li, I wish you the best in your endeavour.
Hari Raya orang makan lemang, ketupat, dodol. Encik Abdul Karim makan dedak je. Tak jelak ke.
Saya rasa bukan sebab skandal 1MDB/GST/Pembesar UMNO bongkak/Cash is King merajalela yg menyebabkan UMNO tersungkursembam tertumusjunam. Fihrasat saya UMNO BN tumbang sebab Najib MO1 seorang saja yg sapu RM2.6 Billion. Sepatutnya semua ahli UMNO turut dimasukkan RM2.6 billion ke akaun mereka baru pasti menang. Mediocre!
Why don't Zahid give way to Razaleigh for this election, then the next election he can contest. Didn't Razaleigh himself confess he's too told to run up and down the country to contest, however since the seniors like Mustapha and Khaled have thrown their support behind him, he stands a greater chance to win the President's post.
Zahid can show his patience, have Razaleigh clean up house for him (familiar scenario?) and then take over provided Zahid can repent of his past sins.
Tok Kadir.
Kali terakhir UMNO ada pertandingan pemilihan presiden adalah 31 tahun dahulu. Dalam pemilihan itu KuLi tewas tipis.. sangat tipis dengan selisih kurang 1% undi dengan Dr. M.
KuLi merasakan pada masa itu ada kongkalikong berlaku masa pemilihan dijalankan. Maka itu pada awal 1988 KuLi didalam usahanye untuk merebut kembali jawatan presiden telah berjaya buat UMNO diharamkan.
Bila UMNO diharamkan.. petang itu hampir semua pemimpin UMNO ngalir air mata sedih. Kecuali Chedet kita.. Dr. M malam tu terpacul muka nye di TV selepas tengah malam dengan senyum yang sangat manis? .. ngapa begitu.. itu menunjukkan betapa cerdiknya Tun M kita ini.
Selain KuLi.. Sudara Nuar juga ada cita-cita untuk mencabar Dr.M, sepuloh tahun kemudian?
Secara kebetulan kedua sosok ini muncul balik dalam satu masa. Mungkin peluang KuLi kali ini amat cerah.. lawannye Zahid dah buat banyak hal.. dan adakalanye macam bodoh-alang.
Senang cakap Zahid sangat jauh kurang cerdik berbanding Dr.M.. maksud saya tersangat kureng. Melainkan ia guna tektik DEDAK.. melainkan orang UMNO masih makan dedak sebagai ruji harian.
Jadi syok juga kita melihat ada pertandingan dalam UMNO.. pertandingan dalam keadaan bekalan DEDAK yang terhad.
Abdul Karim. You are either sick in the head or you are simply an ignoramus. You are the idiot who missed the train and claims that the train was blue in color. Terima kasih
Sesuatu yang busuk harus digantikan dengan yang baru , bukan yang busuk dipulihkan .
Salam Datuk,
DS WAN AZIZAH - PM KE 8
Saya merasakan adanya keperluan untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada DS Azizah secepat mungkin atas faktor-faktor berikut:
1. Tun perlu ada untuk membimbing pengganti beliau dalam situasi pekerjaan dan tugas sebenar (On the job Training).
2. Beliau boleh menumpukan kepada usaha menarik pelaburan luar.
3. Beliau lebih diperlukan di Majlis Tertinggi Kepemimpinan PH (MTKPH) untuk merangka dasar bersama 3 pemimpin utama parti komponen. Dasar yang dirangka disini adalah untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, iaitu membina satu wawasan baru untuk generasi akan datang disamping mengukuhkan kerajaan sedia-ada.
4. Kebijaksanaan Tun perlu digunakan semaksima mungkin di MTKPH dan sekiranya beliau masih ditugaskan untuk menjalankan pentadbiran (iaitu sebagai PM) maka ini akan membazirkan masa dan kebolehan beliau untuk perkara yang lebih utama.
5. Beban tugas sebagai PM akan menyekat kreativiti Tun untuk melahirkan idea-idea yang lebih hebat kerana kesibukan dan keletihan.
6. Kesimpulannya peranan Tun M perlu lebih besar dari sekadar PM. Berikan Tun ruang untuk berkarya.......
------------------------------------------
Saya mencadangkan DS Azizah sebagai pengganti beliau atas faktor-faktor berikut:
1. Beliau berpengalaman selama hampir 20 tahun menggerakkan kumpulan pembangkang hingga menjadi sebuah kerajaan.
2. Kejayaan beliau sebagai pemimpin dan menjadikan PKR sebagai parti yang kuat perlu diiktiraf dan disanjung tinggi.
3. Beliau berpengalaman menjadi ketua pembangkang iaitu sebanyak dua kali.
4. DS Azizah mungkin akan menjadi PM yang jujur serta boleh mengikut nasihat Majlis Tertinggi Kepemimpinan PH. Pengganti Tun yang lepas-lepas semuanya gagal untuk menggalas tugas dengan jujur serta amanah dan pada pandangan saya DS Azizah adalah pemimpin yang bersih dan boleh diharapkan.
Beliau akan menjalankan tugas selama dua penggal dan MTKPH akan membimbing beliau.
DS Azizah bukanlah boleh digelar wanita besi, tapi beliau berjaya dalam perjuangan dengan kelembutan, beliau adalah ikon wanita negara dan perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya. Sekiranya beliau seorang lelaki saya pasti kita tidak teragak-agak untuk melantik beliau sebagai PM.
Saya berpandangan cadangan ini pasti dipersetujui oleh ahli dan pemimpin PKR yang telah berbelas tahun bertungkus lumus bersama DS Azizah. Sekiranya ini berlaku ianya juga menjadi satu pengiktirafan oleh seluruh kepimpinan PH terhadap perjuangan dan pengorbanan DS Azizah.
Sekiranya YB lain yang dilantik saya pasti apa yang dilakukan oleh Tun sekarang akan hancur semula seperti yang terjadi pada pemerintahan Tun Abdullah dan Tun Najib.
Diharapkan kali ini Tun dapat menghadiahkan buat kita pengganti yang terbaik yang mana sebelum ini beliau gagal lakukan.........
Sekiranya pada PRU 15 nanti:
1. Tengku Razaleigh - Presiden UMNO dan Pengerusi BN
2. DS Anwar Ibrahim - Presiden Pakatan Harapan
SIAPAKAH AGAKNYA YANG AKAN DIPILIH OLEH PENGUNDI UNTUK MENJADI PM..................
Assalamualaikum dakj,
Umno dah mati. Dikuasai penyangak. Menyokong kesalahan ds najib. Korup. Mereka tidak relevan lagi kecuali mereka membersihkan umno dari penyangak yang banyak bertenggek di pelbagai peringkat. Meminta maaf kepada rakyat malaysia atas kesalahan mereka menyokong ds najib yang merosakkan kewangan kerajaan dan nilai moral masyarakat. Dan mula berkhidmat kepada rakyat seikhlas hati walaupun saya ragu terhadap kemampuan mereka berjuang tanpa dana kerajaan.
Sekiranya tidak bagaimana mereka ingin bercakap soal kebenaran. Ini asas perjuangan. Sungguh memalukan.
Wallahualam.
Budak jawa
saya pernah menyarankan kpd arwah pak yem (peg khas TR) agar TR bergandingan dgn tun m utk menyealamatkan negara.
arwah mengatakan kan bahawa ia nya tidak mungkin akan berlaku.saya faham.
tak apa lah. d next best thing that can happen is 4 TR 2 bcome a credible opposition leader 2 at least institute a check n balance role 2 PH in d business of governance.
but he has 2 win d UMNO presidency first. it is going 2 b n uphill battle bcos d culture of money politics is still supreme in UMNO n d incumbent (acting) has limitless supply.
apa pun saya turut berdoa agar cubaan nya kali ini akan berjaya. jika menjadi kenyataan, maka tugas pertama TR adlah utk membantu pihak berkuasa mengenalpasti n menyinkir 'little napoleons' (termasuk mantan menteri) yg selama ini tlh menjadi kaya raya kerana korup n menyalah guna kuasa.
'pemutihan' UMNO adalah 'prerequisite' bagi menyelamatkan UMNO.
GOOD LUCK 2 TR.
UMNO sudah terlau dalam tengelam dalam kehinaan yang telah dibudayakan olih pemimpinan yang ada . Adalah sngat sukar untuk diterima olih rakyat jelata ,malah olih ahli-ahli bawahan ,mana mungkin ppimpinan yang sedia ada dapat menjiwaai semangat asal perjuangan UMNO dan dapat diterima semula .
Saya berpendapat sesaorang yang baru ,yang mempunyi jiwa dan keiklasan sahaja mungkin dapat memlihkan keyakinan para-para ahli bawahan dan masyarakat Melayu umumnya .
Maaf cakaplah...soalan awak kepada DAKJ ni macam awak baru keluar dari gua tempurung... atau selama ini awak berada di alam lain...
Saya tak kenal Ku Li sgt tapi saya rasa analisa en.hud hud mungkin betul dan saya juga setuju dengan tulisan dato kadir. Ya.mungkin kedua-dua ulasan anda dan dato ada kaitannya. Benar, Ku Li lah calon yang terkedepan dlm umno skrg ni. Itulah kualiti yang ada pd ku Li utk umno spt mana sdr hud hud ckp. Nasib umno akn jd spt s46 bbrpa tahun lg...mungkin. Jika KJ memimpin umno, mgkn umno akn lbih cpt terkubur.siapa tau?
Slm datuk.saya tidak pernah terlepas mengikuti tulisan datuk.sya ahli ppbm dan bekas ahli umno. Jarang sekali bg komen tpp kali ni terpanggil utk beri komen
Pertama sya anggap ku li is history ! Bahkan sya sendiri hairan kenapa beliau masih bertanding di gua musang kerana bagi saya beliau bukan seorang pejuang ttp hanya seorang opportunis.
Kedua sya anggap sokongan datuk terhadap ku li mirip sokongan mendiang karpal singh terhadap pak Lah agar kekal sbg presiden umno dan pm...pastinya untuk beri mileage kpd ph.
Ketiga secara peribadi sya tidak nampak kehebatan KJ sbg pemimpin selain semangat rhetorik yg ditunjukkan. Cuba datuk atau siapa saja senaraikan apa yg KJ dah sumbangkan kpd negara, bangsa apatah lagi agama ? Zero.
Umno kali ini perlukan situational leader yg akan emerge bila2 masa drpd skrg utk pulih semula dlm masa yg lamaaa.
ha ha....
Kenapa begitu keliru?
Memang org spt kamu... telah termakan dgn kerja lekeh Jawa....bercakap bohong tentang asal usul Tun.
(Hingga hari ini Tun minta bukti...Jawa tidak memberi).
Tetapi apa nak kata lagi...Jawa pun serupa Bugis....2x5 bukan tahu malu.
Org Umno kan.
Kadang2 terfikir juga saya....kenapa Jawa suka bercakap bohong...rupa2 ini jawapan nya....kerana walau pun lebih 60 tahun Merdeka....negara masih mempunyai ramai Melayu2 'easy meat' atau 'simpleton' yg mudah terpedaya.
Alahai Melayu.
Kasihan kamu.
Cuba2lah berfikir...kalau tak bnyk pun ....sikit jadilah.
Salam Dato Kadir
UMNO kena ber“taubat”
Kalau diikutkan hati, UMNO rasanya eloklah dibubarkan je. Pemimpin UMNO memang tak reti nak bercakap benar sehingga sekarang. Contohnya, duit RM 114 juta dijumpai di Pavillion juga katanya duit UMNO, mereka masih lagi nak menegakkan benang basah, dgn menganggap rakyat bodoh-bodoh belaka.
Utk sekadar perbincangan presiden UMNO, Ku Li akan menang presiden tapi tidak akan jadi penyelamat. Kalau pun tak diharamkan, ia menjadi parti tupperware je. Bukannya rakyat tetapi ahlinya sendiri memandang jijik parti kleptokrasi ni.
Jika betul-betul nak pulihkan, UMNO mestilah “bertaubat”. Pertama, KESAL kesalahan yg lalu dimana Najib kleptokrasi mestilah dipecat serta merta dari UMNO dan mengaku rampasan pavilion berjumlah RM 114 juta wang tunai, jam 433 utas beharga RM 8 0 juta (tak habis kira lagi), barang kemas2, pink diamond yg tak jumpa lagi dan sebagainya adalah kasil daripada kleptokrasi.
Kedua, tinggal dosa yg lalu dimana UMNO tak perlukan pemimpin PENGAMPU BESAR seperti Zahid, Hishamuddin, KU Nan, Nazri Aziz, Rahman Dahlan, Salleh Keruak, Tajuddin Salak, Anuar Musa, Ashraf Kelantan, Fathul Bahri, KJ, Johari Titiwangsa dan seterusnya, anda namakan. Ketiga, berazam tidak mengulangi kesalahan lalu dgn kesemua pemimpin adalah muka baru. Dan terakhir, minta maaf kepada Tun Mahathir kerana kata2 kesat pemimpin2 DEDAK UMNO yg terdahulu. Itupun saya rasa akan mengambil masa 2 3 generasi utk pulih semula.
Sekian, TQ.
Maaf Datuk saya agak kurang bersetuju bila Datuk berpandangan yg Ku Li lebih berwibawa untuk memimpin UMNO dari WAk Zahid. Saya cuma melihat Ku Li ini tidak lebih dari seorang "opportunist" atau ibarat buaya yang menangguk diair yg keruh. Beliau tidak ada ciri ciri sebagai seorang pejuang kebenaran tetapi lebih mendiamkan diri daripada bersuara terhadap banyak salah tabir kerajaan Najib sebelum ini. Beliau bukannya seorang yang konsisten didalam membuat pendirian tapi lebih kepada lalang yg mengikut arah angin bertiup. UMO yang sekarang ini berada didalam keadaan "nazak" akan lebih cepat matinya jika dipimpin oleh seorang opportunist seperti Ku Li. Rasanya KJ lebih berwibawa dan bertenaga.
Datuk,
- Datuk ni macam jantan garang dan gagah yang kasi talak isteri syantik dan muda.
- kami bilang marah marah sayang.
- konon marah umno tetapi masih ada hati dan kasih sayang.
- kalau Datuk sudah talak tiga, kawin cina buta saja la sama itu umno.
- kami tiada cerita pasal umno lagi la Datuk...macam Datuk ni baru bangun tidur la.
- umno sudah mati la Datuk...Datuk faham ke?????
- Datuk datang ke Sabah kalau nak tengok kuburan umno.
- konon2, ikut cerita, isteri isteri muda si musa aman pun sudah kena kebas olih jantan2 lain sejak dia kesipu sipuan menghilang diri.
Datuk,
Aku rasa Datuk memang suka jadi penulis...bebas memberi pandangan kiri dan kanan tanpa batasan.
Aku tidak nampak umno akan naik sekali lagi dizaman aku atau anak2 aku.
Kaum2 umno sudah dilaknati, maka ia akan berkubur begitu saja sebagai bahan sejarah untuk di jadikan teladan pada manusia.
lupakan la umno Datuk.
Umno sudah tidak ada.
Getting more and more interesting
the Khairy has thrown in his hat in the presidential contest, Razaleigh, Zahid, Khairy and one other unknown. Each must have calculated their own chances, supporters, the old, the middle aged and the youthful contestant.
I think it all depends on the ratio in umno votes, they tend to gravitate to their age grouping.
Salam. If ku li is going to helm umngok, might as well umno be fed to the dogs. Ku li is stuck. He still thinks he's god godsend. His boat sailed decades ago. Now we have another idiot who thinks he is godsend, khairy "full of shit" jomoludink.
Umno is a lost cause. Umno has been dead. For decades. The one that tun m brought to life is not umno. The original umno is more befitting to be an example for "tabung harapan" instead of the koreans.
This new cadaver should just be left to die. No need to resurrect it.
Kita berharap agar wujud parti pembangkang yang bermutu tinggi dalam mengedit kerajaan progresif baru ini untuk memacu agama n negara kearah kemajuan .Umno bagaimanapun masih bersikap status quo n feudal hingga sekarang.Hampir semua calon pemimpin yang ada tidak mampu bergerak tanpa punca kapital kerajaan pusat.Ada baiknya kalau parti Amanah menyerahkan sedikit pemimpin mereka untuk diserapkan memimpin Umno agar ia mekar menjadi parti pembangkang harapan rakyat.
Walaupun berbangga sebagai parti politik terbesar dari segi jumlah ahli 3,644,295 orang dengan sebanyak 21,851 cawangan dan 191 bahagian, UMNO ibarat kapal besar yang sukar dikemudi ketika ini.
Walaupun sarat dengan pengalaman, akhirnya Ku Li dan Zahid tetap berdepan dengan realiti pengundi muda yang makin bertambah. UMNO bukanlah rosak hingga perlu overhaul keterlaluan. UMNO cuma bernasib malang ada pemimpin kleptokrat, ditokok pula dengan barisan pemimpin yang malu alah untuk menegur sebab digempar dengan pemecatan Muhyiddin Shafie dan Mukhriz. Pemimpin atasan takut dipecat, kerana tamak tidak mahu hilang kuasa dan pengaruh.
UMNO perlu pemimpin yang lebih muda untuk menarik pengundi muda. Jika Khairy terpilih sebagai presiden UMNO, anak-anak muda tentu rasa mereka diwakili. Jika Khairy naik, perlahan-lahan warlords di cawangan dan bahagian akan turut diremajakan sebelum PRU15.
Cuma kita khuatir, adakah UMNO pasti apa yang perlu dilakukan untuk kembali relevan?
Nahh...they tend to gravitate to the most dedak grouping.
UMNO is dead.
It takes someone new, a fresh clean candidate to bring umno back to life.
Tan Seri Umno bertambah buruk kerana adanya seorg samsing dari perak yg bodoh bangang macam anjing menyalak tapi tak berani bertanding dlm pemilihan sebenarnya dia akan lingkup hanya org bangang rasuah saja yg sokong anjing ni umno oh umno buanglah perasuah samseng kaki bodek dan pencuri duit rakyat ni memang mereka ni sial belaka
Salam Dato.
Bila saya mendengar berita tentang ratusan jawatan tinggi Umno mahu ditandingi....termasuk jawatan Presiden...saya tersenyum.
Tersenyum....spt org kata 'syok sendiri'....dgn rasa puas sambil hati kecil berkata.... padan muka....pergi jahanamlah.
Maaflah.. kerana berkata begini.. tetapi inilah perasaan saya mengenangkan semua kejahatan yg telah dilakukan Umno terhadap bangsa... ugama dan negara.
(saya percaya ramai org Melayu berkongsi perasaan marah dan kecewa ini).
Kini pula...mereka berebut2 menawar diri untuk bertanding jawatan2 penting dlm Parti hingga berita mengatakan ada 7 pencalonan untuk jawatan Presiden.
Hmmm.
Satu perkembangan yg melucukan.
Dari rasa marah.... saya kini cukup terhibur.
Makin terhibur bila Jawa 'kaki auta' berterusan mahu bertanding walaupun Ku Li menawarkan diri.
Kini....KJ pula mahu bertanding jawatan Persiden (itu yg sayadengar) dan pelawak dari Pandang Rengas pula menyokong Jawa secara terbuka.
Ha ha....saya rasa sungguh2 terhibur.
Nmpknya saya tidak perlu menonton apa2 rancangan berunsur komedi atau hiburan buat seketika waktu ini kerana perkembangan dlm Parti telah menyajikan semua.. ..malah spt 'reality show' pula.
Berbalik pd topik Dato mengenai Ku Li sbg penyelamat Parti.
Secara jujur....saya tidak nmpk apa2 kehebatan beliau.
Mungkin diwaktu ini...dialah yg terbaik....tetapi 'what can one man do' untuk memulihkan Parti yg koyak rabak teruk.
(boleh didebat).
Selain itu...dia dikelilingi pula oleh '40 thieves' yg tiada tanda2 mahu berubah.
Umno sudah hancur.
Parti ini umpama satu Syarikat yg telah bankrup dan bayangkan sahaja apa kelainan yg boleh tercapai jika mahu dipulihkan oleh ' team pengurusan yg sama'.
Sekadar 'seorg luar' spt Ku Li untuk menyelamat Parti. ..saya rasa terlalu sukar. ..dan Ku Li tiada ada apa2 kelebihan mahu ditonjolkan.
Aahh....biarkan 'Luncai terjun dgn labu2'.
Zahid Hamidi lengking suara je hebat. Yg lain terutama minda serta idealismenya KOSONG!
Pembangkang Malaysia Baharu tak perlu muda, bertenaga dan nampak angkuh. Cukuplah bila berbahas boleh mengulas tanpa menyakitkan hati orang lain secara politik atau peribadi, menggunakan laras bahasa yang menyenangkan dan ada kemahiran berbahasa Melayu dan Inggeris yang secukupnya supaya tidak memalukan Malaysia di peringkat antarabangsa. Jika ada ciri-ciri tersebut maka kita dapat mendidik generasi masa depan dengan kualiti pemimpin Malaysia Baharu di kalangan Pembangkang mahupun Kerajaan.
P/s Jika cadangan Pembangkang diganti panggilan kepada "Oposisi" nampak bergaya dan lebih tepat, maka kualiti pemimpin yang ada dalam parti pencadang "Oposisi" memang agak rendah dan perlu dibaja dengan budaya membaca yang sangat banyak.
DAKJ,
If I may digress somewhat to a topic more pedestrian which pits the Malay masses on a hari raya 'splurge'
in the vicinity of Masjid India against gouging elements in the bureaucracy and those said to be from
Parti Pribumi, so far it seems with nary a squeak from the newly annointed minister of local government ...
Reminds me of the days of the Bersih demonstrations, in the same neighbourhood, when we were so fired up for change,
for clean governance.
Word on the streets is that this is played out every year...
What also guts me is the amount of thrash left by some of the so called entrepreneurs and their Indonesian and bangla
cohorts.
As is this is a mirror of the garbage in the Malay psyche that is now so enamoured about the picking of a 'new' head honcho?
Salam Dato.
Saya 'beg to differ' dgn Topik ini. .."Ku Li Penyelamat Umno".
Dari berita Mutakhir... ada 7 calon yg akan bertanding termasuk KJ....selain Ku Li.
Ha ha....saya agak terhibur dgn semua ini.
Sangat2 terhibur bilamana keadaan agak hiruk pikuk...riuh rendah dan kelam kabut dgn ahli2 Parti berebut2 menawar diri bertanding dari kerusi tertinggi hingga kebawah. .. termasuk Wanita dan Pemudi.
Hmm...memang lucu dan menghiburkan drama Parti 'keparat' oops silap.....keramat ini.
Kini saya rasa lega setelah melalui masa2 cemas bertahun2 lama dibawah Bugis...hinggalah PR14 bila dia dia disingkir dgn penuh 'kehinaan'.
Kini saya dihidang pula dgn cerita2 lucu dan menghiburkan oleh pelakon2 bertaraf Grade C dlm Parti ini.
Malah setiap hari saya 'look forward' mahu menonton drama lucu hidangan Parti ini...spt menonton 'reality show' pula.
Secara jujur saya rasa.....Umno tidak akan kemana selagi ada Jawa....gangster Rengas (dia sendiri mengaku)....4 flat Mazlan....Tengku palsu....Ketua Pemuda glamor.....dan ramai lagi.
Ku Li bagi saya....2x5 saja....dia tidak sehebat mana.
Dan jika dia menjadi Presiden sekali pun....dia tidak akan berjaya kerana dia dikelilingi oleh '40 thieves' tegar dan kemaruk kuasa setelah ketua Ali dicekup.
Justeru itu ....kita akan bertanya apa kelainan yg Ku Li mampu lakukan.....untuk menarik hati org Melayu yg telah lama terguris dipermainkan hingga terjadi 'tsunami Melayu' pd PR14.
Umno perlu di 'overhaul' secara total......bukan sekadar bak kata org putih 'old vine in new bottle'.
Umno umpama syarikat yg bankrup tetapi mahu dipulihkan.....tetapi masih meletakan ' mgmt team' yg sama.
Alahai Melayu.
Fikirlah...
Kapal ummno bocur tahap kritikal.Nahoda baru harus rebranding@ kapal yg baru ori punya bukan ori china.Awak awak no war lord.macai biasa biasa.baru ok.
Karim Ghafar....
Jangan lah tunjuk bodoh disini dgn cuba mempersoal keturunan orang lain.
Mulia sangat kah keturunan kamu? Dan jika kamu rasa keturunan kamu mulia, apa ganjanjaran yg kamu dapat didunia ini? Siapa diri kamu disisi masyarakat?
Guna kepala otak bila nak bercakap jgn guna kepala lutut...
Are u just woke up from the dead sir?
Pada saya ku li hanyalah seorg opportunis tua yg selalu tak bernasib baik sepnjg karier beliau semenjak menentang Tun M. Niat murni Dato AKJ tidak mampu walau sedikitpun melonjakkan kembali nama ku li. Sejak dahulu lagi ku li ini hanyalah manusia yg mementingkan dirinya sendiri di saat rakyat amat2 memerlukan sokongan beliau. Pada bila2 masa beliau boleh membuat pusingan U & kurang nilai patriotik dlm byk perkara. Niat beliau utk bertanding jawatan presiden umno cuma memenatkan usia tua beliau & membuang masa sahaja, kerana nama umno itu sendiri sudah lama mati di hati org Melayu & sgt dibenci rakyat dewasa ini. Kini nama umno tak ubah spt beban kleptokrasi & dedak pemimpin2 atasannya. Umno mungkin akan bernafas kembali sekiranya seorg pemberani spt DAKJ yg bertanding. Tapi Dato sendiri bukan ahli umno & bukan jenis yg gila kuasa, jadi amat 'tidak layak' utk umno.
Umno masih selamat. Umno tak jatuh, yang jatuh hanya BN sahaja. umno masih ada 50 ahli parlimen. Masih nombor satu(50 kerusi parlimen memerintah dua negeri Pahang dan Perlis nombor dua DAP,(47 kerusi parlimen) memerintah Pulau Pinang. nombor tiga PKR,(40 kerusi parlimen memerintah Selangor) nombor Empat Pas (18 kerusi Parlimen) merintah Kalantan dan Terengganu.
nombor lima BERSATU (13 kerusi parlimen) nombor enam Pan (11 kerusi parlimen).
Bermakna umno belum hancur, yang hancur BN yang telah dikhianati oleh MCA, GERAKAN dan MIC.
Oleh itu umno masih punya sokongan yang kuat berbanding dengan lain lain parti dan masih ada harapan untuk memerintah semula atas nama lain. Bukan BN yang sudah dihancur oleh lain lain parti yang bergandung selama ini.
Umno boleh naik dan memerintah semula apabila presidennya dan timbalan prendennya adan anggota parlimennya ahli ahlinya tidak pentingakan diri sendiri sepertimana sebelum ini.Bersatu Melayu umno Pas melayu Islam Pan Melayu juga dan PKR ada melayu disamping China yang memang tidak boleh dipercaya kerana mereka ada agenda untuk merampas kuasa Malaysia ini.
Melayu bersatu boleh baik semula pada umno, PKR Melayu boleh balik semula pada UMNO. Demikian juga PAn yang sudah ada jawatan menteri join umno bersama Tun Dr Mahathir dan Pas boleh tolong sikit daripada mahu berdamai dengan DAP musuh Allah dan musuh Islam itu.
Saya merasakan bhw azmin ali akan menjadi pm ke8. Tun sdg grooming dia. Sbb tu Tun beri jg hal ehwal ekonomi. Azmin lbh berkaliber dr anwar. Wan azizah tidak begitu layak menjadi pm. Pemikirannya masih terbelenggu dgn anwar. Anwar tidak blh diharapkan sgt. Dia lbh menumpukan kpd menonjolkan diri sbg pemimpin. Blh disogok dgn pujian dan penghormatan. Lbh krg sama mcm najib jg.
Selama mengikuti perjalanan sidang parlimen, tak pernah mendengar ku li berhujah, berdebat waima beri pandangan pun tak ada. Mungkin masa jd membentangkan belanjawan negara masa jd menteri kewangan baharu ada suara dia. Masa jd mp biasa, senyap sepi. Mungkin kaki ponteng mcm hadi awang tu jg kut.
Tiada seorang pun dlm umno yg berkaliber memulihkan parti itu. Calon² yg ada semua terpalit sbg pengkhianat parti dan negara. Tidak mungkin mereka blh dipercayai krn masing² mengutamakan perut sendiri.
Perkara yg terbaik kpd ahli umno yg baik ialah berpindah parti. Pilihlah parti yg dipimpin dgn penuh bertanggung jawab.
Isthikarah tanya Allah... Siapa yg Allah pikih bukannya nafsu kita
Post a Comment