A Kadir Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Elok ketua-ketua GLC/GLIC era Najib berundur secara terhormat |
NAMPAKNYA hari ini orang
yang kononnya pakar propaganda pun tidak pandai lagi hendak menganjurkan tunjuk
perasaan.
[Komen
"Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Ini membawa kembali
ingatan saya kepada protes pelajar awal tahun 1970-an yang dikepalai oleh
aktivis seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais.
Waktu itu saya
bekerja dengan Bernama dan sekali dua dikerah membuat liputan tunjuk perasaan
di Universiti Malaya, ITM Jalan Othman dan Masjid Negara.
Tunjuk perasaan pun ada
hukum-hakamnya. Bila seseorang anjur tunjuk perasaan tapi tidak ramai orang datang maka
dia bukan saja gagal secara peribadi tapi juga merendahkan martabat
perjuangannya.
Misalnya, orang itu anjur
tunjuk perasaan untuk pertahankan sesuatu yang dianggapnya penting seperti permainan wau
sebab dia rasa ada usaha hendak haramkan atau pinda peraturan main wau.
Dia pun tubuh NGO dan anjur
tunjuk perasaan di pekan sehari. Daripada beribu orang yang datang beli-belah, hanya 40 atau 50 orang berhenti
dengar jerit pekik dia.
Ketiadaan sambutan itu
bukan saja memalukan dirinya sebagai penganjur – itu pun kalau dia daripada
jenis yang tahu malu – tapi turut merendahkan martabat permainan wau.
Jadi sama ada kerana dia
tidak ada pengaruh, tidak pandai atur tunjuk perasaan atau orang tahu niat sebenarnya, tak pasal-pasal nama permainan wau busuk.
Lagi teruk kalau ramai orang
sudah tidak berapa ambil kisah mengenai permainan wau.
Kalau nak buat tunjuk
perasaan untuk satu tujuan yang besar atau mulia, maka bilangan orang yang
datang kenalah besar juga.
Cuba kaji dan belajar
daripada orang yang berjaya buat tunjuk perasaan dan perhimpunan raksasa macam
Bersih, Semarak (zaman Almarhum Tok Mat Rahmat), Selamatkan Bosnia dan baru-baru
ini Selamatkan Malaysia.
Kalau setakat tumpang
orang pergi pekan sehari tak payahlah. Buat malu matlamat perjuangan saja.
Melainkan tujuan tersiratnya adalah untuk keuntungan peribadi dan si
penganjur itu pun sebenarnya tidak berapa kisah sangat mengenai permainan wau.
Berhentilah!
Kemudian cerita
penasihat taraf menteri, pengerusi GLC dan badan berkanun serta eksekutif kanan
kena berhenti sejak kerajaan Pakatan Harapan ambil alih pentadbiran negara.
Patutlah mereka berhenti.
Kalau mereka ada maruah dan faham hukum-hakam serta konvensyen, mereka letaklah
jawatan secara sukarela.
Yang lantik mereka dan jahanamkan
profesionalisme mereka adalah bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Dalam pilihan raya umum (PRU)
9 Mei lalu, majoriti rakyat jelata tolak bos kesayangan mereka. Natijahnya
rakyat jelata pun tidak mahu mereka lagi.
Ada yang merintih kepada
saya. Ada yang merayu hendak jumpa saya setelah bertahun-tahun tidak berhubung.
Apa yang boleh saya buat?
Anda boleh cerita kepada
saya kata anda bawa masuk pelaburan berbilion ringgit atau dapatkan projek di
sana sini untuk Malaysia. Itu tugas anda. Tapi apa yang boleh saya buat bila rakyat
jelata sudah tolak kerajaan yang lantik anda?
Kerajaan anda dan bos
anda kalah pilihan raya. Rakyat tolak dia dan secara langsung mereka tolak anda. Sesetengah daripada anda terpalit pula dengan skandal.
Dulu masa anda berkuasa,
anda tidak ingat semua ini. Ada antara anda yang muncul TV3 maki hamun, caci
dan cela kami. Orang tua yang dulu beri muka kepada anda pun anda kutuk juga.
Tapi sekarang Najib
sudah kalah. Orang tua yang anda caci cela itu dibagi mandat oleh rakyat jelata
untuk jadi Perdana Menteri kali kedua.
Jadi sekarang apabila anda
terpelanting dan berkemungkinan disiasat pasal apa pula cari saya? Pasal apa cerita
sedih kepada saya? Apa yang boleh saya buat?
Sebab itulah bila anda minta
jumpa saya, saya kata tak perlu sebab saya tahu saya tidak boleh berbudi bahasa
lagi dengan anda.
Bapak Kepala GLC/GLIC
Begitu juga dengan
eksekutif kanan GLC, GLIC dan agensi berkanun. Yang lantikan politik itu saya
fahamlah bila anda main politik, ampu Najib dan cium tangan isteri dia.
Tapi yang saya tak faham adalah eksekutif profesional yang dilantik pasal anda ada kepakaran dan
kebolehan. Pasal apa anda pun main politik, berkempen macam politikus, menari
macam orang mabuk todi, cium tangan Najib suami isteri?
Kalau itu tak cukup, anda
guna pula duit kompeni untuk kegiatan bersabit politik Umno/BN dengan berselindung
di sebalik tanggungjawab sosial korporat.
Jadi eloklah anda semua
lakukan yang betul dan bermaruah. Letak jawatan. Kalau dengan takdir khidmat anda
masih diperlukan kerana kepakaran anda kelas dunia, insya Allah anda mungkin dipanggil balik.
Bagilah peluang kepada
kerajaan PH bersihkan najis yang Najib tinggalkan yang anda bersubahat
dan bersekongkol melakukannya.
Apa yang anda semua
lakukan menyebabkan kerosakan institusi secara sistematik dan sistemik – tersusun
dan meluas.
Hatta institusi yang
tidak perlu disogok dan diberi rasuah pun disogok dan diberi rasuah dalam bentuk
perniagaan, kontrak dan peruntukan luar jangkaan.
Jadi tidak payahlah anda
buat muka sedih. Anda bukan kerja percuma. Khabarnya ada yang dibagi gaji
ala-rasuah sampai RM200,000 sebulan untuk jadi primadona.
Saya minta kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri tolong audit semula cukai pendapatan mereka dan, di
mana ada keraguan, mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia siasat.
Wallahuaklam.
32 comments:
saya amat bersetuju dgn saranan dato agar mereka wajib dgn sukarela meletakkan jawatan2 yg sedang d sandang.
saya secara sedar tlh membuat keputusa utk menentang pasangan klepet ini sahingga ada yg menuduh saya kurang siuman (crazy) kerana berani menentang 'juggernaut' yg begitu 'kebal'.
bayangkan apa akan terjadi kpd saya n keluarga jika najib/rosmah kekal berkuasa. tapi saya redho kerana saya yakin yg 'truth never lie'.
dato sendiri tahu yg hajat saya utk menetang mereka tlh ujud sebelum PPBM d tubuhkan lagi. u were d first person that I came 2 solicit 4 advice.
kita tahu yg najib mempunyai perwatakan yg senang utk memperolihi sokongan. apatah lagi dgn strategi 'cash is king nya'. banyak yg tlh terpengaruh.
pd yg bersekongkol dgn nya "u reap what u sow".
like d polinesian war that was fought between d Athenians n Spartans, d victor decide d fate of d vanquished.
granted ! a lot of d heads of glc n gilc r brainy. d same goes wth d heads of govt depts.
sumpah jabatan/jawatan wajib d utamakan. tapi banyak yg memilih utk mengabaikan nya.
total spring cleaning is required now. those that abused their authority n power shld b sidelined n brought 2 face justice.
wallahu'allam.
Macam kita rakyat marhaen benci dan marah dengan watak pengkhianat Melayu yang menjadi barua talibarut Jepun dalam Sarjan Hassan.
Watak salin tak tumpah mereka yang menjadi barua talibarut MO1 Pahlawan Bugis Mappadulung Sanrobone Sultan Abdul Jalil Najib Tun Abdul Razak.
Kalau undur diri secara terhormat mungkin rakyat marhaen akan nilai semula jasa. Jika dibuang begitu sahaja jadi sampah tak dipandang lagi.
Terbaek dato setuju sangat dah kenyang mereka semua ni jadi primadona diva bagai hinggakan siap tulis lagu nk ampu bodek Najib
Rakyat muntah hijau keja siang malam cari sesuap nasi utk bina hidup yg dicekik ekonomi nya oleh pemimpin 2 ZALIM yg pikir diri mereka & kerabat utk berlomba lomba bermewah mewah macam merak kayangan . kami rakyat jelata marhaen pun belajaq tinggi
Kelulusan kami pun ok &hebat tapi sebab kebel tk besar sauh kapal keja la biasa biasa di syarikat 2 swasta
Manakala mereka kena kitar dlm industri dari GLC KE GLC muka depa jarrrr macam tskde anak Malaysia yg hebat udah udah la bagi depa
Maka nya apabila rakyat bangkit Mantra TUKAR TUKAR maka adilnya bagi peluang profesional muda yg segar idea & dinamik karekternya
CEO GLC, kebanyakan pengampu mesti under diri. Mereka hanya mementingkan suapan gaji lumayan dan telah rosakkan kerjaya ramai Melayu yg berkelayakan.
Banyak staf Melayu dan bukan Melayu yg setanding atau lebih baik prestasi, yang tidak berdosa telah jadi mangsa CEO dan geng pengampu di GLC.
Banyak yg berani persoal tindakan jelik mereka telah jadi mangsa; hanya kerana tidak akur atau tidak mengikut keputusan CEO yang berat sebelah.
Berbagai cara, secara angkuh tunjuk kuasa atau secara halus telah dibuat untuk memusnahkan kerjaya mangsa seperti:
1) ditukar tempat kerja serta merta oleh sebab perkara remeh dsb.
2) dinaikan pangkat supaya boleh di nyah ke tempat lain umpama ke "training" centre dan tidak lagi di jabatan utama perniagaan.
3) dipaksa berhenti melalui VSS. Kalau tidak terima VSS, akan di beri kenaikan pangkat untuk jadi penyebab untuk di pindah tempat kerja yg jauh dari keluarga.
4) tidak diberi kerja setimpal sampai jadi mati akal dan terpaksa berhenti, serupa macam "solitary confinement" di bilik pejabat ditepi jamban dsb.
5) macam-macam lagi cara yg menyedihkan hingga memusnahkan, bercerai berai keluarga simangsa.
Apa kah keadilan setimpal untuk mangsa-mangsa begini?
CEO begini sudah dapat nikmat gaji lumayan dan bila berhentikan pun, tidak pun di berikan hukuman setimpal atas perbuatan jelik mereka yg meranapkan kerjaya yg tidak berdosa. Dengan itu, tidak ada simpati langsung untuk CEO pengampu begini. Mereka telah "bunuh" banyak mangsa sebelum dan selepas sampai ke kononnya puncak kerjaya mereka yg penuh jijik dan tidak berperikemanusiaan. "They deserve what they sow" atau pun memang adil mereka disingkirkan atau dengan sendiri undur diri secara hormat dan minta ampun kpd mangsa dan keluarga mamgsa. Wallahualam.
Bagus juga depa2 tu buat tunjuk perasaan yg hanya di hadiri 50 orang saje. Ia memberi isyarat yg jelas pd persatuan wau sejauh mana sokongan rakyat kpd mereka.
The spring cleaning process must not stop at Chairman, GCEO or BOD level, but must be extended to the senior management & middle management in some of the GLICs and GLCs. They must be held accountable as well for their incompetence, inefficiency and under-performance.
PH Government should also scrutinize their education background and professional competency within these managerial group of people. All these while, they were putting the wrong people at the wrong place.
Moreover, the culture of apple polishing & brown-nosing superiors must be stopped immediately of which such culture had resulted a large number of people rose to higher rank without merits.
Wish that TDM, PH Government & CEP could take note on this. Thank you
Kadiag, السلام عليكم ( Assalaa / mu / 'alai / kum.),
Zaman dolu2, masa sebelom Malaya merdeka, aku bejiran dgn al marhum Ismail Hashim. Dia kumudian jadi qori yg top
masa petandingan baca al qur-an.
Depan romah kami ada sebidang sawah padi, orang tanam benih Mat Saman, dahan dia tegak dan tinggi,
belom ada lagi padi Malinja hak anak Teuku Nyak Puteh sebut dlm cereta 'masam2 manih', yg lebih rendah dan di tanam dua kali setahun.
Macam Che'gu Sha'ari (che'gu suka main bola, tiap2 hari che' gu main bola) pon tiap2 tahun dapat anak kembag....
Musim kemarau, sebelom menuai padi masak, nunggu musim panen kata orang Indon, ramai orang main wau.
Belah2 darat macam Tok Biag, orang Melayu Siam mola bekampung, prong prang, prong prang sepatah aku tak paham apa depa kata.
Orang kampong aku, yg setengah tu pulak turun ke laut
naik perahu layag tankap ikan. Gambag perahu layag depa macam belakang duit seringgit Malaya dolu. Parti Perikatan pon tak salah aku guna chap kapai layag. Misalannya orang tak kata Me'e (Ismail) UMNO, tapi Me'e kapai layag.
Setengah tu pulak turun ke Tanjung (Pulau Pinang) kerja kat Pot Komisen.
Kami yg kecik2 masa tu, belari lari ataih bataih padi nak lancag wau. Kerana padi dah tinggi nanti nampak tali2 saja dok belari lari,
orangnya tak nampak.
Masa tu angin kadang2 kencang, jadi senang nak terbangkan wau. Kadang2 jugak orang pasang daun nyog yg belipat kad wau depa
supaya keluag bunyi dengung, sayup2 dilangit biru.
Jongoih betoi Kadiag, kalau ada orang nak haramkan main wau... waima sebagai tamsil.
Jangan mareh aaa..
Aku
Datuk,
Very serious error by LGE on the Chinese statement.
This is not excusable for a Ministry issue to be handled like this.
He must apologise immediately.
The rules are simple:
a) BM is official
b) Optionally, for international press benefit, an English version can be supplied
c) If Chinese is used, then Tamil must also be used.
Otherwise it's massively disrespectful to Indians.
Hope Tun gives Lim a sharp rap on the knuckles.
A very articulate and splended writing that majority Malaysian thought of ! Bravo .
Salam Dato AKJ.
"Misalnya, orang itu anjur tunjuk perasaan untuk pertahankan sesuatu yang dianggapnya penting seperti permainan wau sebab dia rasa ada usaha hendak haramkan atau pinda peraturan main wau.
Jadi sama ada kerana dia tidak ada pengaruh, tidak pandai atur tunjuk perasaan atau orang tahu niat sebenarnya, tak pasal-pasal nama permainan wau busuk."
Secara jujurnya, dari dahulu lagi, saya amat meluat dan membantah jika ibadat solat, lebih-lebih lagi Solat-Jumaat dijadikan 'batu-lonjatan' untuk mengumpul perserta demo atau tunjuk-perasaan.
Saya sedih. Tak boleh kah pilih hari lain untuk buat demo atau buat di dalam Stadium?
Mengapa perlu pilih selepas solat-Jumaat?
Mahu ambil kesempatan untuk mengumpul peserta demo ka?
Tidakkah menyalahi akta-perhimpunan, buat demo berhampiran 'Tempat Ibadat'?
Betul ke 'niat' nak pergi solat Jumaat kerana nak berdemo, lepas tunai solat?
Jika setiap hari Jumaat, selepas solat, jalanraya sekitar Masjid bertambah sesak, ditambah lagi dengan kehadiran, pemberita, FRU & Polis berpakaian preman... tidak kah Agama kita akan disumpah-seranah oleh penguna-jalanraya yang tersangkut dalam kesesakan?
Lama-kelamaan, setiap minggu, Solat Jumaat dan Masjid kita akan menjadi fobia kepada bukan-Islan dan dipandang secara negatif kerana menyebabkan kesesakan jalanraya. Agama kita akan lebih dipandang-serong, dicemuh, dihina dan yang paling buruk, emej Institusi Raja-Raja sendiri, sebagai 'Ketua Agama Islam' akan turut tercemar dan dipertikaikan dengan lebih meluas.
Demi Bangsa, Agama & Negara, berhentilah dari buat kerja bangang.
Saya setuju dengan zalman. Banyak nak cakap tapi masa mencemburui.
Apa masalah??'..dia isu statement dlm b.malaysia, inggeris & mandarin..dimana salahnya???
Yang org sbuk ni..dia buat kenyataan dlm Facebook peribadi dia dlm mandarin...
1. Ya, ketua2 lantikan politik najib boleh letak jawatan dengan hormatnya.
2. Atau, mana2 ketua yg bagus dan tak terlibat dengan politik boleh diteruskan khidmatnya dengan syarat2 baru.
3. Selain mereka, pihak berkuasa dan penguatkuasaan juga perlu diberi perhatian. Mana mungkin Jamal Yunos dan Musa Aman tak dapat dikesan ?
4. Juga perlu diberi perhatian, isu bahasa kebangsaan. Apa menteri2 tidak tahu hormat bahasa kebangsaan ? Sebelum ini apa2 kenyataan dibuat hanya dalam bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara ini diikuti oleh bahasa inggeris sebagai bahasa kedua. Tidak ada bahasa cina, tamil, arab, urdu, hindi, dll. Jangan jadi pekak dan buta!
5. Jika perangai yang sebegini diteruskan, percayalah sebaik sahaja Tun Dr Mahathir tidak lagi memegang jawatan PM, PH akan tumbang.
OMG, another delay?
According to Tun the finalised list for the other members of the cabinet was submitted to the Agong last week Wednesday.
One would have expected that the list would have been acted upon expeditiously, given the earlier delays. Really the rakyat is totally fed up with the all this run around.
Tun and the Ministers have a country to manage, you all hear that from the top to the bottom?
Tun has been gracious over LGE's misstep.
On controversy sparked by Lim Guan Eng insisting on using Mandarin in official statements.
"He made a mistake. It’s a minor one that I do not wish to make an issue of. It was an accident. Sometimes people make a mistake."
I agree we are all humans and liable to make mistakes and won't harp on this again.
Salam Datuk. Mereka ini letak lah jawatan2 secara bermaruh Kemudian tubuh lH a" Bitch Boys Band" untuk berhibur. Dedak pun dah cukup
Zahid....mahu mandat dari ahli untuk terajui Umno.
Ku Li tekad nak jadi Presiden.
KJ....dgn penuh yakin mahu bertanding.
Yang lagi 4 org pun mahu jawatan.
Biarlah.....semua ini 'loosers' tngah syok.
Alhamdullilah...kerana mereka masih percaya dgn perjuangan Parti....tetapi kalau masih jumud dan 'syok' sendiri.....spt bersama Bugis dulu (mata dan hati jadi kelabu) apa kelainan yg boleh Melayu2 harap dari Parti 'keparat' ini.
'Old vine in new bottle'.
Tetapi tak tahulah....kot kot 'old vine' rasa sedap.. 'vintage'.
Rasa sedap untuk mereka sahaja.....barangkalinya....
.....tetapi ahli2 tetap diperbodohkan....ugama masih dialatkan.
Mereka percaya Melayu masih buta mcm mereka.... Melayu Pas mungkin.
Annuar Musa betul bila berkata...BN tidak relevan.....tetapi dia lupa yg Umno pun begitu juga.
Alahai Ketua Melayu2 Umno....sudah kena pukul teruk dgn org tua 93 tahun pun.... masih tak sedar2 lagi.
Dulu ko org tuduh Tun ...Pengkhianat Melayu....sekarang....siapa yg Pengkhianat bangsat sebenarnya.
Masih tak sedar lagi ke.
Datuk
the Palace said the cabinet list was approved last Friday 22nd June, so why is there one week's delay for the swearing in? Can palace explain?
Is not everyone from top to bottom at the service of the country? Why is the rakyat told to wait for more than a week before we can get the new ministers sworn in?
Why, why, why?
Tok Kadir.
Dr M ckp ..LGE hanya buat kesilapan kecil.. pada saya itu lah yang sebetulnye.
Isu BM ni dah lama sangat.. dah jadi macam wau bulan.. dok cam tu juga. Bila kita tgk pesta lelayang peringkat dunia.. kita tahu lah mana letaknye kedudukan wau kita. Rekabentuk dan cara mainnye..dok cam tu juga.. yang teraju wau pun orang tu juga turun menurun pulak tu. Stim sendiri dan ajak orang lain stim sama.. kalau tak stim ckp kita tak daulatkan warisan.
Macam isu BM.. seperti ugama ia digunakan untuk kondem org lain atau kaum lain. Tetiba BM jadi sangat penting.. pernah kita bertanya ngapa kaum Cina berat nak ckp Melayu.. malah aku belum pernah lihat kawan Cina aku kepit akhbar Melayu.. betul. Mana silapnye.. ngapa jiran negara kita, kaum Cinanye dah tak reti berbahasa Cina.. tak caya Lu tanya Chong Wei.
Cuba tanya Professor Bahasa kita mana silapnye.. atau tanya Dewan Bahasa yang dah punye menara gah tu.. mungkin mereka tahu.. tapi saya agak mereka pun 2X5 juga.. kongkalikong. Tak kan nak tanya Dr.M kot.
Assalam Dato'. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk Dato' sekeluarga.
Rasanya tindakan yang dilakukan oleh kerajaan PH sekarang ni lebih menjurus kepada membalas dendam dan witch hunt dari membersihkan pentadbiran kerajaan. Bukan semuanya yang dilantik untuk memegang jawatan2 penting tersebut adalah lantikan politik...ramai dari mereka adalah pakar2 dan profesional dalam bidang masing2. Cthnya...pemberhentian seramai 17 ribu kakitanagn awam yang dilakukan oleh PH tu adalah tidak tepat dan merugikan kerajaan. Selama ini, mereka telah memberi sumbangan yang amat2 besar kepada negara dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan lancar. Tidak dinafikan, dalam mana2 organisasi akan ada ujud aani2...tapi adalah tidak adil untuk melabelkan majoriti yang lain yang berkerja secara ikhlas untuk sesuap nasi bagi menyara keluargajuga dikategorikan dalam kelompok yang sama.
Adakah dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan PH ni akan menyelesaikan semua masalah negara....boleh kah diberi jaminan perkara itu akan berlaku dengan tindakan drastik tersebut ??? Tidak mustahil, mereka yang dikenakan tindakan buang kerja tu ramai yang mengundi calon PH dalam PRU yang lepas. Adakah ini balasan yang mereka terima setelah memenangkan calon2 PH ???? Tidak salah bertindak..tapi biarlah mengikut fikiran yang waras...bukannya menurut emosi dan nafsu Amarah yang keterlaluan !!!!!
Datuk,
"... Dia pun tubuh NGO dan anjur tunjuk perasaan...hanya 40 atau 50 orang berhenti dengar jerit pekik dia.
Ketiadaan sambutan itu memalukan dirinya sebagai penganjur...(dan) merendahkan martabat permainan wau.
Jadi...tak pasal-pasal nama permainan wau busuk.
Lagi teruk kalau ramai orang sudah tidak berapa ambil kisah mengenai permainan wau."
- memang benar orang sudah tak kisah pasal permainan wau...terutama sekali wau diraja yang bersalut emas.
- tetapi, ada juga yang terlolong terpekik pasal wau emas ini, kononnya berdaulat.
- lepas tu penat dan bila kelaparan makan nasi bungkus tepi jalan raya...tak kena jemput pun ke istana RM700 juta makan sama raja.
- kami bilang orang jenis begini dipanggil "badukang" (sejenis ikan laut yang makan tahi manusia).
- banyak Melayu jadi badukang, Datuk.
- ada juga badukang yang suka cium tangan bapak badukang.
Datuk,
"Yang lantik mereka dan jahanamkan profesionalisme mereka adalah bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak."
- that's it lads.
- it's all over now.
- just go...chop! chop!
- seriously, people like Wahid of PNB...the way he spent "my money" on purchasing a series of car plates numbers, you can't do that if you work at any international company...no way. I am not impressed with Malay CEOs like these.
- Datuk, I am with you on this one.
Salam,
Demi negara, DYMM Agung dan kabinet/MP bersetuju untuk mengurangkan gaji/elaun masing-masing. Malangnya CEO/ketua GLC era kerajaan dulu masih berpeluk tubuh tidak menyahut /mengambil initiatif mengurangkan gaji untuk mengurangkan kos operasi. Malah ada yang menolak usaha /memberi alasan supaya gaji minima rakyat marhaen tidak dinaikan.
Pantun lama - Siakap senohong ikan duri
Cakap bohong jadi Perdana Menteri.
Kita riuh dgn kerajaan baru PH tapi segala kepala bana BN masih main dam.
Tolak dan makan ikut kiri kanan tp Tok Aji makan langkah dan langkau sampai
Penjuru.Itulah PH menang cara msin dam Aji.
wau pun org dah tk peduli..ada tidak menambah, tiada tidak berkurang
Datuk,
the tagging and valuation of the items seized at Najib's residences come out to a staggering One Billion Ringgit and more.
The finger pointing has begun, the story lines are being polished, Najib says as a husband he doesn't know what Rosmah had accummulated in jewellery.
From the Star,
"Datuk Seri Najib Tun Razak has claimed that he is not aware of the extent of his wife’s collection of jewellery and other items, stating that he is like any husband in that respect."
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/27/najib-not-aware-of-size-of-rosmahs-jewellery-stash/#2m167xDU3pAbqTEe.99
You can guess now if someone has to go to jail, it won't be him, and so his nearest and dearest looks like she has to take the fall.
Datuk,
Besarlah harapan kiranya Kerajaan PH dapat melantik salah seorang ahli CEP, Tan Sri Zeti, sebagai Pengerusi PNB yang baru
Datuk,
according to Bijan, he is innocent but everyone else is not.
Faced with the mother of all jewellery hauls from his residences, it was reported in Malaysiakini:
In defending the nearly RM1bil worth of luxury items and cash at his residence which were seized by police, former prime minister Datuk Seri Najib Tun Razak said they were gifts from foreign dignitaries.
He had told Malaysiakini in an exclusive interview that it was not illegal to accept valuable gifts.
Michelle Obama (pic) had herself received millions of dollars worth of gifts from the late Saudi ruler King Abdullah Abdulaziz Al Saud while her husband Barack Obama was US president, Najib told the independent news portal.
Except that this is not entirely true.
image: https://content.thestar.com.my/smg/settag/name=lotame/tags=Demo_Gender_Male_enr,Int_Food_EatingOut,Int_Entertainment,Int_Sports_Football,Int_Parenting,Int_Business_Finance_SME,Int_Education,Int_Automotive,all,Int_Tech_Telco,Int_Food,Int_Sports,Int_Lifestyle_Health_Fitness,Int_Automotive_Affluent,Int_Business_Finance
When US presidents or their spouses receive gifts from foreign dignitaries, they hand over these gifts to the US State Department.
The Department’s Protocol Gift Unit receives all diplomatic gifts on behalf of the White House and Department of State officials, maintaining records of these gifts.
“This includes all diplomatic gifts received by the President, Vice President, and Secretary of State and their spouses,” the US State Department says in a brief description on its website.
The records by the National Archives and Records Administration of these various gifts over the years are uploaded onto the website.
According to news reports, American officials must pay the Treasury a fair market value of any of the presents they may want to keep for personal use.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/28/michelle-obama-received-millions-from-saudi-king-not-quite/#dcqhidt1LzUUKQ54.99
Can the Obamas sue Bijan for slander and defamation?
Datuk,
FMT reported a police probe for printing an article which was carried by The Straits Times Singapore. Why should there be a police probe on for that article ? If what is reported is not true, then just say so. Prove it and surely FMT will retract the article and apologize in their own news medium. Press Freedom...does the Government or specifically the Police Department understand what it means ? We have a new govt Pakatan Harapan where we have thrown off the shackles of fear.
PDRM please work side by side with us and you will surely have our fullest support.
Datuk, tell your good friends at CEP, it was reported in the Malay Mail today despite the Pakatan Harapan's electoral promise to do away with the National Security Council (NSC) Act 2016, the Pakatan Harapan (PH) government may be keeping the controversial law.
Defence Minister Mohamad Sabu today described the law that had been criticised for giving the prime minister absolute power as a “good vehicle”, which was only made political by the previous Barisan Nasional (BN) administration.
“We are looking to review, because NSC actually is a good vehicle, especially for government officers to serve the government.
This is absolutely not acceptable to the rakyat. The NSC whether in its original or revised form must be repealed. IF the PH govt fails to do so, then expect to lose the support of the rakyat totally absolutely. We consider it a total betrayal.
Dato x suruh ke agonggg "berenti"??
Kihkihkih
Lain kali nk brckp or mnulis toleh kiri kanan skit dato..
Kite bkn tnggl dlm hutan le dato..tnggl sorg2
Kurgkn skit jd "dato bawang"..
Huaaaaa
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/06/29/zeti-reported-to-be-pnb-executive-chairman/
Hopefully Tan Sri Zeti could undertake massive revamp for the senior management & middle management in PNB.
Please put the right person at the right place with the right qualification & expertise.
Post a Comment