Wednesday, November 28, 2018

Polis Kena Berlaku Adil dan Profesional


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Banyak bukti bergambar untuk bantu polis
SYARIKAT usaha sama Cina (Malaysia) dengan orang Filipina keturunan Sepanyol yang diwakili oleh dua orang peguam tempatan mengupah 50 orang Melayu untuk “mengawal” kuil Hindu.

Tidak masuk akal tetapi benar. Orang Melayu itu dikatakan dari kumpulan yang menamakan diri mereka Kucing Merah. Mereka dilaporkan diupah RM150 hingga RM300 seorang.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, siasatan polis mendapati peguam kepada One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki berkenaan untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Mahyuddin berkata dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan bagi membantu siasatan polis.

“Tindakan menceroboh yang amat tidak bertanggungjawab ini menimbulkan kemarahan penganut (Hindu) sehingga timbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda. Kita kesal dengan tindakan cuai diambil pemaju, sekiranya tindakan gopoh ini tidak diambil, saya yakin kekecohan tidak berlaku,” katanya.

Dalam kejadian ganas tersebut, 23 kenderaan dibakar dan cermin sebuah pusat beli-belah dipecahkan.

Akibat rusuhan tersebut seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, diserang perusuh dan keadaan beliau dilaporkan kritikal.

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan.

Yang anehnya sehingga hari ini tidak seorang pun perusuh keturunan India ditahan dan penyerang Muhammad Adib dikenal pasti.

Minta maaf banyak-banyak kalau saya kata, susah sikitlah nak faham macam mana begitu ramai anggota polis dengan peralatan canggih dan diuar-uarkan sebagai terbaik di dunia tak nampak seorang pun daripada begitu ramai orang India yang berada di tempat kejadian melakukan apa-apa kesalahan.

Takkanlah bila begitu banyak kenderaan bermotor dibakar masih gelap lagi?

Guna Lampu Picit

Zaman saya kanak-kanak dan remaja pada tahun 1950-an dan 60-an polis bawa senjata api, cota dan lampu suluh (torchlight) enam bateri.

Masa itu belum ada elektrik dan kereta pun tak banyak untuk dibakar. Kalau ada yang dibakar, itu perbuatan pengganas komunis.

Jadi, kalau betullah polis abad ke-21 ini tak nampak perusuh kerana gelap, saya cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri agar mohon peruntukan luar jangkaan daripada Kementerian Kewangan untuk beli lampu picit buat anggota PDRM.

Kalau tak silap saya, polis bawa kamera dan perakam video apabila membuat liputan perhimpunan umum dan tunjuk perasaan.

Jadi dengan segala kelengkapan canggih dan pengalaman yang luas mengawal tunjuk perasaan dan rusuhan maka saya hairan sangatlah apabila ada orang bagi tahu saya bahawa polis tak nampak penyerang Muhammad Adib.

Sementara itu, mengikut cerita Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, yang pergi ke Institut Jantung Negara petang tadi untuk melawat Muhammad Adib, keadaan beliau tenat.

Dr Mahathir yang pernah menjadi doktor kata, peralatan perubatan moden membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

 
Dr Mahathir lawat mangsa keganasan di IJN
Tetapi kata beliau, jika dengan takdir mangsa meninggal dunia, ia adalah kes bunuh dan penjenayah yang melakukannya wajib dikenakan hukuman berat. Jadi polis tolonglah cari penjenayah itu.

Saya setujulah dengan pendapat banyak pihak, termasuk anggota kerajaan Pakatan Harapan sendiri, yang menggesa agar kita jangan tergesa-gesa sangat memansuhkan hukuman mati untuk jenayah berat.

Menteri Berhati-hati

Menteri tolonglah berhati-hati dan dengar nasihat Perdana Menteri

Mula-mula P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan integrasi nasional.

Tindak-tanduk beliau dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman rasanya tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Perdana Menteri sudah menasihati beliau. Tapi Perdana Menteri kita ini baik hati dan kalau beliau marah pun ada orang tak sedar. Jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah “gung-ho” dan selesa sangat dengan kedudukan beliau.

Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata. Anda Senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

Tolonglah jangan malukan Raja kita dan Perdana Menteri kita. Kalau YB tak puas hati boleh komen dalam blog ini.

Kemudian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau pun baru saja “dikuliahkan” oleh Perdana Menteri. Saya juga bercakap dengannya melalui telefon.

Saya setujulah dengan Perdana Menteri bahawa kita sudah ada banyak sekolah agama – sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz – jadi tak perlulah nak “sekolahagamakan” sekolah kebangsaan.

Kembalikanlah sekolah kebangsaan – rendah dan menengah – kepada tujuan asalnya, iaitu sebagai sekolah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.

Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sekolah kebangsaan sudah jadi macam sekolah agama.

Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya.

Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka.

Wallahuaklam.

42 comments:

Anjang Utara said...

Guru pelawat tua sgt dlm maksudtu...org lama faham makna...yg baru ni dgn sifat 'gung ho'nya perlu slowdown dan dptkan sikit sifat jauhari sblm keadaan masyarakat bertambah parah.

zainal abidin awang kechik said...

Tok you are truly malaysia hero

saksama said...

Kelihatan bijak sahaja belum cukup tetapi melakukan sesuatu dengan bijak itulah yang sepatutnya. Menteri bercakap bijak banyak tetapi melakukan sesuatu dengan bijak nampaknya boleh dihitung.....

Hidden hands said...

Datuk,
in times of trouble and crisis, we need less provacateurs, less inciters, less talkers, less wannabe heroes. We want the situation to calm down fast.
Tun has the right approach, and his cabinet members like Kula, Waytha, Mazlee should follow accordingly.
He has said the country must follow the rule of law, and so we should to avoid chaos and anarchy.

Outside the govt, UMNO head Zahid, Azri Perlis Mufti, and the like, and political parties PAS, UMNO, MCA, MIC keep your mouths shut and your pens still.

IGP Fuzi and PDRM is correct in saying less talk now and let the police do their work to maintain peace and security.

One bad thing leads to another said...

Datuk,
the anti ICERD demo called for Dec 8 is with bad intentions.
When the PM Tun Dr Mahathir and his cabinet nixed the ratification of ICERD and took the wind out of PAS/UMNO sails, then we are told the demo will instead be a thanksgiving event.
PAS deputy President Tuah Ibrahim was very clear about the thanksgiving.
Now there is PAS President contradicting him publicly saying just the opposite.
Hadi of PAS: Anti-ICERD demo to go on as 'we still have our doubts'
Read more at https://www.thestartv.com/v/pas-anti-icerd-demo-to-go-on-as-we-still-have-our-doubts#pgyHsxQSfMtZLj7C.99

Ridiculous of PAS saying one thing and meaning another. But that's to expect from Hadi. Tuah Ibrahim must now call off the event.

The police and authorities are not in their right minds if they allow the Dec 8 protests to proceed.

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Lubang cacing.

Saya minta maaf kerana telah lama tidak menyumbangkan idea yg tidak seberapa ni di dlm blog Dato. Bukan apa, dulu saya susah hati sebab dikejar sehingga ke lubang cacing. Tetapi Alhamdulillah, sejak PH memerintah, keadaan bertambah baik. Org yg mengejar ke lubang cacing dulu, sekarang mereka pula dikejar ke lubang cacing. Padan muka.!!!!!!!!

Keduanya, nampaknya tulisan Dato makin berani dan menjadi-jadi sekarang ni. Makin eksyenlah Dato’ sekarang ye. Mentang-mentanglah dah jadi tangan kaki Tun Mahathir. Tegur orang sahaja sekarang ye. Eksyen betul.

Tentang Dr Mazlee nak mengagamakan sekolah kebangsaan, saya cukup setuju. Bukan apa, dari pemerhatian sayalah, tulisan Dato dari dulu hingga kini kalau berkenaan agama je, Out !!!! Kita, kalau boleh nak mengitegrasikan sekolah kebangsaan bukannya nak memisahkan pulak. Daripada ke sekolah2 tahfiz yg kita pun tak tahu syllibusnya, baiklah diintegrasikan sekolah kebangsaan. Pemantauan yg lebih berkesan dan diharap tiadalah lagi pelampau agama nanti. Nampak tak pandangan orang yg kehadapan yg ada PHD.

Tentang riot dekat kuil hindu tu, saya malas nak cakaplah. Tok sami mereka kata Adib dilanggar semasa reverse, Bila check betul-betul video tu, rupanya orang lain. Kalau yg paling alim pun menipu, dah nak kata apa lagi. Betullah pepatah melayu kata.

Sampai berjumpa lagi. Sekian TQ.

Abdullah Ngah said...

Apabila Datuk Kadir jasin berkata,Polis Kena Berlaku Adil maka daya boleh buat kesimpulan bahawa polis selama ini tidak pernah berlaku adil, terutama sekali dalam isu perkauman.

Apabila berlakunya kes perkauman di malaysia ini sejak dahulu lagi, orang Melayu ditangkap atas sebab rasis.

Orang china bebas, Melayu didakwa malah ramai dijatuhkan hukuman atas alasan untuk keselamatan neggara.

Dan dapat kita buat kesimpulan bahawa huru hara berpunca daripada angkara orang Melayu sepertimana kes terbaharu iaitu serangan terhadap kuil Hindu Maha Mariaman di USJ 25, Subang Jaya pada 26 November 2018.

Sangat lah bagus nasihat yang dikeluarkan oleh Datuk Kadir Jasin ini kepada pihak polis disamping menyebut perkataan “Profesional”.

Polis kena berlaku adil dan profesional bukan bukan harapan datuk Kadir jasin seorang sahaja, malah semua orang Melayu mahu agar polis bertindak demikian dalam semua perkara untuk menjaga keamanan malaysia yang mempunya pelbagai kaum dan bangsa.

Orang china dan India kelihatan begitu enggan, malah mereka sering kali melakukan suatu yang boleh menyeruhkan keadaan sepertimana dilakukan oleh syarikat pemaju One City iaitu mengumpah orang Melayu menyerang kuil hindu Sri Maha Mariamman 26 November 2018.

Disini dapat kita buat kesimpulan bahawa orang Melayu mudah dibeli dengan upah yang seberapa sanggup melakukan yang boleh menjejaskan reputasi orang Melayu Islam.

Orang Melayu bukan yang dibawah sahaja mudah di Beli malah, termasuk melayu yang berjawatan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri menteri juga mudah dibeli oleh China.

Atas sebab ini jugalah Datuk Kadir Jasin menyebut menteri berhati hati yang walaupun dikhususkan kepada waytha moorthy menteri perpaduan di jabatan perdana menteri.
Menteri menteri melayu, termasuk perdana menteri yang memegang jawatan selama 22 tahun kelihatan memberi saham yang sama kepada kaum kafirun.

Kita boleh buat kesimpulan sepanjang dia menerajui negara malaysia, dia telah mengkhianati amanah yang diberi oleh rakyat jelata

Hari ini setelah dilantik sebagai perdana menteri ke 7 semakin terserlah niatnya.

Kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan perdana menteri.

Kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik peguam negara seorang yang bukan Islam.

kalau tidak mana mungkin beliau boleh lantik ketua hakim negara seorang yang bukan Islam (pendakyah kristian).

Abdullah Ngah said...

Saya tidak tahu mengapa datuk kadir jasin sering kali melakukan penghinaaan terhadap pendidikan Islam dan mengatakan ibubapa melayu dah tak suka hantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan kerana ada unsur unsur sekolah agama.

Dahulu, Datuk Nazri Abdullah ketua pengarang berita harian dari jenis yang serupa dengan kadir jasin entah kemana. tiada berita. Entah mati entah hidup saya tak tahu.

Mungkin yang jadi jadi orang besar dalam media massa makan upah untuk menyerang Islam, termasuk ZAinuddin Maidin bekas ketua pengarang utusan malaysia (bekas menteri penerangan) yang sangat benci dengan isu isu Islam.

safiai saad said...

Salam Sdr Kadir.
your advise is crystal clear.This is a civilized nation.let us build this country as such.
thanks Sdr Kadir for the friendly and unorthodox advice.

dt rahman pekan said...

i hv said before and i wil say it again "breaking d traditional chain of command' n starting afresh is crucial if we want 2 revamp n rehabilitate d police force.

we can start appointing a new KPN from outside d force. i suggested a 'clean' senior general from armed forces (temporary) n being deputized by a bright, clean n up n coming officer from d police force.

i hv heard from former police officers of hidden hands (suspected under world war lords) influencing postings 2 prized positions. ( i pray that this is not d norm).

like what is happening in indonesia now. u get a clean president ( bpk jokowi), a clean kapolri ( bpk tito karnavian) n clean panglima TNI (hadi tjahjanto), d country is well on d way towards unprecedented growth n development.

MALAYSIA CAN DO MUCH BETTER. BUT TUN M CAN'T DO IT ALONE. A TRUSTED N CAPABLE KPN N PAT WIL SURELY HELP 2 LIGHTEN HIS BURDEN.

Wth regards 2 mordern aids, i m stil puzzled why d drone technology is still not utilised by d enforcement agencies.

Unknown said...

salm pak kadir..teruskn mengkritik jk ia boeh membawa kebaikan.mungkin menteri2 ni masih muda dan memerlukn pemantaun dr org lama.

Aeous said...

Dato',

Very good article on the riot.

Minister Waytha Moorthy has failed and behaved as if he represents only Indians and a “stupid” PC by all Indian ministers. Riot is about national security not Indian security alone.

Moorthy did not visit site to prevent riots as soon as people started gathering. He should have brought local MP and State Assemblyman and go with CPO and not just visit the temple.

This matter was settled in court and if the PH government believes in rule of law it should respect the court decision.

Temple took money from the land owner and now they want to stay put and rioted at the same time. It a bad decision for the Selangor Government to acquire the land as it sends a very dangerous message to extremists and lawbreakers of all religions.

Justice is for all.

Ministers must learn that they may be from different races but once they take their oath, they represent country and all Malaysians. They must erase race from their heads or don’t claim this is new Malaysia.

Mr.Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk "Maestro" AKJ & Fellow³ Sahabat² MY..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Pengkhianat Melayu @Prime Munafiq @Penyangak MY)"

-------

MY 2k18 - Res Ipsa Loquitur

-Bravo Datuk Maestro for yet another splendid writing! Continue the momentum Dear Sir... :-)

-Also "Me, Myself & I" wishes KITA SEMUA 'Peace & Prosperity'...

-Humble apology for not being here lately.. Not feeling quite healthy nowadays.. Need some time to recover..

-Anyway just wanted to share an interesting article...It comes in two parts..

-Teramat setuju dgn pendapat si pengarang... Bull's Eye!

-Perhaps it is time for KITA SEMUA to call a Spade "A Spade"...

-Insy'Allah the Truth WILL ALWAYS OVERCOME Falsehood... Always!

-May Allah AWJ bless & protects KITA SEMUA endlessly... Ameeenn!

-Take care everyone & God Speed! :-D

-------

"WE are braver than WE believe,
WE are stronger than WE seem,
& WE are smarter than WE think."
-His Excellency Tun Dr Mahathir Mohamad

-------

"Fought The Battle AND ULTIMATELY Won The War...Alhamdu'Lillah"


***May Allah AWJ guides US ALL MALAYSIANS towards Righteousness**

***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion IS Dead"
"Diplomacy IS Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Stay Righteous Malaysia...Viva³ MY² :-)

#Malaysia.Tanah.AirKu

#Tanah.Pusaka

#Bahtera.Merdeka

Mr.Tai-pan Jr said...

Part 1
Dr Mahathir, Lend Me Your Ear

“FRIENDS, Romans, countrymen, lend me your ears; I come to bury Caesar, not to praise him. The evil that men do lives after them; The good is oft interred with their bones.”

This is the opening speech by Mark Antony in the play Julius Caesar by William Shakespeare.

Dr Mahathir Mohamad: I do not have the luxury of meeting you in person because I am just an ordinary citizen but I am hoping that your advisers will pass on the following message to you.

Let me start with my heartfelt thanks to you for coming back and putting a stop to kleptocracy and its destructive consequences and, in the process, changing the course of history. We pride ourselves on having an election that changed the government without bloodshed. It is unprecedented.

But the initial euphoria following the victory in the 14th general election has now subsided. Intentional or unintentional deviations, inconsistencies and polarisation seems to abound. Deviations and inconsistencies can be temporarily justified by using inexperience as an excuse but not for long.

Malaysia Baru is fearless. They demand transparency and accountability and they want changes and they want it fast.

If I may, please find time to gather your ministers to give them a heads-up on ministerial duties and functions. They may have advisers but it seems this group of people are also lacking in something. We need to see cohesiveness. Is it because of transparency that we are seeing deviations and U-turns? This investment in time would do good for the long-term survival of your coalition.

Dr Mahathir: there are obvious warning signs. A recent example is the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination issue. Some of your ministers appeared to be at a loss. Was it a surprise to them when you said something at the recent United Nations General Assembly? Others took the opportunity to incite violence, threats and make hate speeches. They had a field day on social media.

It is sad that in the race to make changes, some even want to change the social contract, too. However, their own mindset, civic consciousness and habits are still stuck in the old ways.

.......

Mr.Tai-pan Jr said...

Part 2
Dr Mahathir, Lend Me Your Ear

Hardly had the ICERD issue been put to rest that incidents broke out over the Seafield Sri Maha Mariamman in Subang Jaya and was initially touted as a racial clash. It became a sensitive issue. Preliminary investigations found that it was over the acquisition of land and relocation of the temple being done “in an unpleasant manner”. The violent scuffles resulted in several arrested and injured, including a firefighter.

It does not help when a minister blames the police for making a false statement and delaying its response to the incident or being unable to control the situation. This goes back to the point of cohesiveness.

Another area that needs improvement is negotiation skills. Discussions are held and decisions made but later, there is either a public outcry or a turnaround. Worse still is when promises to set up a joint committee to solve an issue (eg. Taman Rimba Kiara) is made, but before the committee is even formed, solutions are being put forward without consulting interested parties.

Recall the sad and painful day for Malaysia when we lost sovereignty over Pulau Batu Putih and other one-sided agreements of the previous regime? We need astute and canny negotiators.

We also need many more lateral thinkers like you.

We do not expect your ministers to solve all our problems. It may help if they attend coaching sessions to attain coaching skills. They can then support the rakyat in achieving specific personal or professional goals by providing guidance.

I notice you had admitted that you did not expect to win GE14. And I understand why you had to make quick decisions to appoint your ministers. In hindsight, some do not fit the portfolio they were given. In your next cabinet reshuffle, kindly consider allocating portfolios to those who have some knowledge or association to a particular area.

Sorry, at your age, there are many more challenges you have to face. Apart from demands for transparency, accountability and corruption, there are areas like restoration of states’ rights, economy, institutional reforms, murky issues on royalties, education, language and many more. Hence, you need support.

May Allah SWT bless you with good health.

Mark Antony ended his speech with, “And men have lost their reason. Bear with me; My heart is in the coffin there with Caesar, And I must pause till it come back to me”.

Dr Mahathir, if you could lend me your other ear, I have more to add.

What say you… – November 28, 2018.

* Saleh Mohammed reads The Malaysian Insight.

https://www.themalaysianinsight.com/s/114844

Unknown said...

Perhaps you can ask your Prime Minister to abolish Chinese and Tamil schools in the name of unity. That is the root problem of unification in this country. But of course if there's political will (balls).

Why delay IPCMC? said...

Datuk,
Inspector-general of police Mohamad Fuzi Harun said he is engaging with his officers over concerns about the proposed Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)
Astonishing to read that IPCMC has not yet been finalised and set up.

IGP, please do not hesitate and wait any longer. The rakyat wants a clean, reliable, efficient, honest and trustworthy PDRM to serve them. NO doubt many members are such, but many too sully the name of the police force and must be brought to brook.
Having a police representative sitting on the IPCMC is a big NO NO, it is self defeating and totally outrageous.
IGP Fuzi, please walk the talk and we will continue to respect and honour you and PDRM.

Pakcik said...

Minta Tun gantikan sahaja Maszlee tu tok. Lain disuruh, lain yg dibuat.

malaysia dilanggar todak said...

Kau sangat cetek akal.Mereka ini tidak benci Islam sepertimana yang akal kamu proses.Agama yg. kamu amalkan bertentangan dengan Islam sebenar.Susah kalau kamu mengaji Quran sekadar berlagu sahaja.Agama kamu itu sekadar sangkaan sahaja.Jauh dari Islam Addin.

LaM said...

Masalah Maslee adalah masalah 'kebodohan' kepimpinan PH sendiri yg tak mahu PM jawat portfolio lain. Kalau portfolio kewangan dibantah ok lah..Ni portfolio pelajaran. Nk ikut manifesto konon. Rakyat yg undi PH ni buang Najib &'UMNO shj. Mana ada mereka baca manifesto.

Laksana & tunaikan janji manifesto..tapi kalau bantah PM jadi Menteri Pelajaran..bodoh lah tu.

Antiriot said...

This is what happened when PH own govt does not do what they preached. What happened to respect the rule of law. All gone down to toilet. There's even news about stay on the temple relocation. I really don't know what Azmin and his boys trying to do. MCT are the owner and court judgement must be respected. End of story. Those worshipper should know that Muslim and Buddhist place of worship often being relocated in Sgor. Everyone is equal in Msian Constitution.

Unknown said...

20 ISU DAN PERKARA BERKAITAN RUSUHAN DI KUIL SRI MARIAMMAN
https://www.editormalaysia.com/5903/

Artikel blog ni cover all aspects mengenai RUSUHAN KUIL tu kecuali part Datuk beritahu mengenai polis tak efektif nak kenalpasti dalang tu.

Thumbs up Datuk, cuma part Waytha, Maszlee tu mohon Datuk buat asing lagi bagus.

Kaythuzad said...

Sy tidak tahu mengapa Abdullah Ngah mengatakan AKJ menghina pendidikan Islam. Betul apa AKJ ckp, sek keb da jadi mcm sekolah agama. Sek berasrama penuh lagi teruk. Patutnya masa pendidikan islam dikurangkan atau hanya diajar selepas waktu sekolah. Utamakan pelajaran Sains, Math & English. Barulah org Melayu lebih maju.

Metoo ! said...

Datuk,
when you lambast or "advice" some Ministers, it is your right, however you should also heed your own advice.
On real controversial questions which because of their sensitive nature, please refrain from airing them publicly, your task is to communicate your concerns directly and on a low profile with the PM, IGP and others.
When things have calmed down, it wouldn't bother me one bit when you bring up these issues in the public. During "troubled" times please do cease and desist.

ZachZee said...

Deep but timely advice. Buat malu je jadi Menteri

wansee c said...

Noon hour in the Parliament House, details of the SriMaha Temple bloodshed riot was being expounded at length. Later, followed by Tun M's strong message to the public. Beneath his soft-spoken voice spoke volumes that everyone should take stock of the consequences of such brutal incident.

What's done is done. No one can undo the history. So let the untoward violence flow past like water under the bridge and never again repeat the horrific blunder in the future.

Hence, it is needless and pointless to further elaborate on the matter lest we might go overboard and incur unnecessary wrath and misunderstanding of others. Have faith in the authorities especially the police, allow them to carry out their expertise to get to the root cause of the incident and have the culprits charged.

Only, I'm deeply concerned about the critical condition of the severely bashed fireman, Adid. Is he getting better now? Has he yet come around? I sincerely hope that he will be able to pull through and get back on his feet soon. My prayers for his speedy recovery. May God bless him.

Akula said...

Ermmm.. Don't know if you're a Malaysian. We have a unity school system called Sekolah Kebangsaan. Last time it was a very multi ethnic, multi cultural school. Not sure since when but it seems like the Sekolah Kebangsaan got taken over by 3R or religious extremism or whatever. Because suddenly the news said other races has been sending their children to Sekolah Kebangsaan Cina because want great result. Lol. Last ministry of education was a bunch of useless fools, nowadays does seem to have any improvement tho. But they have 5 years. Lol

Seger said...

Yau kadir you trying to perli Indian and guan eng on torchlight and funding. Yau bad man. Yau age and experience Yau should make peace not act like mat rempit. You still need ilmu. Change to good man okay. Yau thought of making nasty comments but by doing so then no difference between us. Cheers pak kadir

Seget said...

Yau kadir you trying to perli Indian and guan eng on torchlight and funding. Yau bad man. Yau age and experience Yau should make peace not act like mat rempit. You still need ilmu. Change to good man okay. Yau thought of making nasty comments but by doing so then no difference between us. Cheers pak kadir

Ahmad Zaki Ismail said...

Terima kasih banyak-banyak Datuk kerana mengutarakan pendapat yang terbuku dalam hati ramai orang Melayu sejak peristiwa ini menjadi satu isu nasional dan dipandang sebagai mengugat ketenteraman awam. Saya amat kecewa dgn perucapan TS Muhyiddin yang memberi gambaran pihak pemaju khususnya peguam melayu pemaju yang harus memikul tanggungjawab bagi insiden merusuh di kuil tersebut. Pada saya pernyataan beliau, jika benar pun adalah 'premature' kerana belum ada pihak yang telah dicaj atas kejadian tersebut. Dan seperti Datuk menulis, tidak ada pulak video yang diambil polis dikeluarkan kepada media. Saya cuma berharap keadilan dapat mengatasi tohmahan dan tuduhan liar yang sedang berleluasa yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang mungkin mempunyai agenda selain dari menegakkan Undang-Undang serta menentukan kebenaran adalah apa yang akan muncul dari kejadian yang walaupun memalukan negara tetapi amat berharga dari segi pembelajaran (educational value). Nampaklah sekarang ada rakyat Malaysia yang lebih mementingkan hak perkauman daripada ketenteraman sosial dan the Rule of Law, termasuk ahli-ahli politik yang dulunya sering menggunakan alasan ini untuk meraih undi dan sokongan rakyat. Moga-moga Datuk dapat membantu Tun M dalam menyelesaikan belenggu ini berdasarkan Undang-Undang dan keputusan mahkamah dan bukan berlandaskan 'mob rule' yang akan membawa kesan negatif kepada fabrik keharmonian nasional. Sekian, terima kasih Datuk.

budak jawa said...

Aslm DAKJ,

Soal rusuhan di kuil. Tak kira siapa, tak kira apa alasan, orang yang melanggar undang-undang hendaklah diambil tindakan. Kelemahan polis mengawal insiden hingga menyebabkan ada orang awam dan penjawat awam yang menjadi mangsa rusuhan tidak boleh dinafikan. Nampaknya penguatkuasaan undang-undang di negara ini sudah tumpul kerana terlalu banyak campur tangan politik sebelum ini. Akibatnya adalah apa yang telah berlaku.

Tentang kuil yang didirikan di tanah persendirian atau tanah kerajaan, kerajaan perlu tegas. Please regulate. This is really unhealthy practice and against the rule of law.

Any cubaan oleh kerajaan untuk mengekalkan kuil adalah bertentangan dengan prinsip the rule of law dan akan menjadi precedent yang tidak baik seterusnya menggalakkan amalan yang salah berterusan.

Tentang menteri tamil atau cina yang memperjuangkan kepentingan bangsa, ini memang telah berlaku dalam pentadbiran sebelum ini dan pentadbiran yang baru juga. Teo ni ching is another timbalan menteri yang always membayangi menteri dan sangat vokal tentang pendidikan vernakular.

Tentang prestasi menteri dan timbalan menteri, my question is simple. Senaraikan 5 pembaharuan atau inisiatif dasar yang telah digariskan untuk dilaksanakan atau telah dilaksanakan yang menunjukkan mereka ini adalah the better menteri than precious one. Masa jadi pembangkang, cqkap memang pandai, pakai air liur, tak perlu modal dan tidak dipertanggungjawabkan. Dah jadi menteri, jawab soalan pun tak pandai, terketaq-ketaq, flip flop, jawapan pun dah macam menteri zaman bn.

Kesian tun. At the age of 90+ still kena memimpin rakyat malaysia yang manja dan kurang berusaha. Hanya tau menikmati kesenangan dan komplen sekiranya menghadapi saat kesukaran.

Seroja said...

MED minister is another one yg patut disekolahkan. Dari menteri hinggalah pegawai, sombong tak bertempat. Apa sumbangan pada usahawan?? Pergilah jumpa menterinya dan tengoklah sendiri bongkak nya dia. Tolonglah , amanahlah dengan Tuhan akan tanggungjawab yang diberi. Jadi menteri tu bukan tiket untuk berlagak. Bertahun kami usahawan tunggu nasib dibela. Bila Tun umumkan penubuhan MED, sujud syukur kami tapi rupanya keluar mulut buaya masuk mulut naga. Sedihhhh

Seroja said...

MED minister is another one yg patut disekolahkan. Dari menteri hinggalah pegawai, sombong tak bertempat. Apa sumbangan pada usahawan?? Pergilah jumpa menterinya dan tengoklah sendiri bongkak nya dia. Tolonglah , amanahlah dengan Tuhan akan tanggungjawab yang diberi. Jadi menteri tu bukan tiket untuk berlagak. Bertahun kami usahawan tunggu nasib dibela. Bila Tun umumkan penubuhan MED, sujud syukur kami tapi rupanya keluar mulut buaya masuk mulut naga. Sedihhhh

Sam Saim said...

Jadi menteri patut bebas drpd mana2 kunpulan. Baik kumpulan usrah atau apa2 kumpulan. Maszlee ni mcm ada terikat dgn sesuatu. Lantik VC UUKM bukan dari org UKM sebaliknya dari UM. Banyak cantik. UKM bukan setahun jagung. Lihat Tun M sebagai contoh. Dia tidak terikat mana2 kumpulan. Tidak juga jadikan Erdogan, Yusof Qardhawi, Habibie, Al Gore sebagai idola (opps). Tidak gila populariti. Maszlee kebudak-budakan, tiada kekuatan.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Jealousy & Envy

Saya baru baca artikel Dr Mazlee hari ini. Daripada budak kampung, jual murukku, pergi Jordan, dapat PHD. Kemudian menjadi YB dan seterusnya Menteri. Beliau menceritakan dgn sepenuh ikhlas. Menjadi contoh kpd anak-anak kampung yg lain utk berjaya. Alhamdulillah.

Sebenarnya, tidak banyak beza diantara cerita Dr Mazlee dan perjalanan hidup Dato’ Kadir sendiri. Cuma Dr Mazlee lebih berani dari Dato utk bertanding PR, seterusnya menang dan menjadi YB dan seterusnya Menteri. Mungkin itu menjadikan Dato’ iri hati sikit kot???? Konon-kononnya nak menegur…. Tanya je Dato”, jangan marah pula.

Akhir kata, Moral of the story ialah, untuk Berjaya, masuklah Bersatu dibawah Tun Mahathir.

p/s. Saya pun ingat nak masuk Bersatu juga, tetapi masih sayang lagi kepada UMNO. Tengoklah macam mana nanti,

Seroja said...

Menteri MED tu tolong tengokkan . Dengan sikap angkuh dia dan pegawainya takkan kemana SME negara ni. Kesian Tun, tiap kali balik dari kunjungan luar negara bersemangat betul minta usahawan tingkatkan
produktiviti tapi menteri sendiri langsung tak membantu.
Tq - Seroja

Antitsar said...

Hang bodo.UMNO sudah jadi satu agama bagi hang.Sampai khianat perjuangan bangsa pun masih sayang lagi.Kesenangan hidup diperolehi menerusi UMNO ka?

Jojo said...

Datuk,

1. Saya tak faham amukan yang mencederakan orang2 yg tak bersalah tempohari untuk apa ? Jika untuk mempertahankan sesuatu yg haram yg milik orang, saya fikir amat tidak patut.

2. Kita tidak boleh ceroboh tanah orang kemudian buat seperti tanah kita. Apabila tuan tanah hendak ambil tanahnya kita mengamuk. Selepas itu ada pula orang kaya dermakan wangnya dan ajak semua orang beli tanah yg kita ceroboh itu. Adilkah ini ?

3. Isu kuil di tanah haram di Malaysia ini boleh selesai jika Vincent Tan & Barry Goh bagi kuil dibuat atas tanah2 mereka berdua.

4. Maszlee kena pilih antara jawatan presiden UIA & menteri pendidikan. Jika masih degil tak mahu lepaskan jawatan presiden itu sila letak jawatan menteri pendidikan. Tak pernah jumpa lagi menteri degil macam ni.

5. Waytha Moort mesti letak jawatan segera. Dia punca segala permasalahan kaum. Malah dia adalah pengkhianat negara yg dikutip BN kemudian PH pula kutip.

6. Semua menteri2 dan timbalan menteri terutamanya dari DAP mesti diajar sejarah negara ini semula. Jangan putar belit sejarah negara ini dan jangan guna bahasa selain Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris dalsm urusan kerajaan lagi.

7. Laporan polis lebih daripada 150 telah dibuat terhadap menteri perkauman tetapi yg diangkut org yg punya 1 laporan atau lebih. Polis perlu adil. Katanya ini Malaysia baru tapi tak juga ikut "rule of law".

Alias Dasuki said...


Datuk, salam.

Saya setuju sangat dengan teguran Datuk agar Sekolah Kebangsaan tidak di " SEKOLAHAGAMAKAN ". Kesian murid-murid Melayu. Mereka tertekan tak dapat bersaing secara saksama dengan Bukan Melayu. Disamping hadir ke SekKebangsaan sebelah pagi, mereka juga biasanya diwajibkan ke Sekolah KAFA disebelah petang, 5 hari seminggu dan menghadiri TUITION tambahan sebelah malam atau hujung minggu. Tekanan bukan saja harus dilihat dari sudut jumlah kelas yang perlu mereka hadiri, tapi juga dari segi berapa jenis HOMEWORK yang terBEBAN kebahu mereka. Saya pernah berhadapan dengan karenah empat orang cucu yang masing-masing mengelak dari menghadiri kelas KAFA mereka dengan berbagai-bagai alasan. Tinjauan saya menunjukkan diSekKebangsaan mereka terbeban dengan beberapa pelajaran yang berkait dengan agama dan memerlukan balajar baca dan menulis jawi, faham pelajaran tauhid, fekah dan sirah, perlu belajar baca Quraan, perlu fahami makna surah2 tertentu dan dipaksa hafal surah-surah panjang yang kita dah tua ni pun tak lancar nak baca. Di kelas KAFA pula, mereka dibebankan dengan subjek yang hampir serupa dari sudut jenis dan sukatan , dimana penggunaan bahasa Arab dan maknanya lebih ditekankan, tapi latihan tulisan dan bacaan jawi serta bacaan Quraan dijadikan subjek TUITION bagi GURU2 tertentu diluar waktu sekolah. Malah, yang lebih memeranjatkan, mata pelajaran KAFA terhenti setakat darjah 6. Murid2 yang pergi keperingkat Sekolah Menengah Kebangsaan tidak lagi dibekalkan dengan pelajaran KAFA. Pada penglihatan saya mereka tak pasal-pasal jadi MANGSA KEADAAN yang malang, yang teriniaya dari peluang bersaing secara sihat dengan bangsa lain kurang terkongkong dan yang terjerat dengan pelajaran agama yang separoh masak.

Jojo said...

Datuk,

Saya terlupa untuk sekali lagi ingatkan mengenai sekolah kebangsaan yang sepatutnya diperhebatkan bukannya di"arab"kan.

Saya setuju dgn saudara Alias Dusuki.

Apa kata mata pelajaran agama dan untuk hafal dan faham al-quran itu di masukkan sekali dgn sekolah KAFA.

Jadi semua pelajar di sekolah kebangsaan belajar perkara yg sama.

Nickarshaw said...

Setakat baca tajuk buku tapi tidak buku nya... baik takyah komen.. politik tu adalah satu seni..nak tahu lebih lanjut tentang seni politik ni nko tanyalah pada Datuk A.K.J personally... hehehe

Nickarshaw said...

Zam tu budak maktab Mahmud la bro...
Salah sebuah sekolah agama negeri Kedah yang terkenal... orang Kedah tau lah...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).