Friday, January 11, 2019

Batal Kewarganegaraan Kerana Raja Cadangan Melampau


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Sebuah Saga: Nampak mesra dalam kereta lama
SEMALAM Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menemui Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Johor Baru.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Laporan media massa, antara lain, mengatakan yang mereka bersetuju untuk berterus terang antara satu sama lain dan akan berjumpa lagi jika ada isu yang hendak dibincangkan.

Baguslah.

Pertemuan kali ini adalah atas kehendak Sultan.

Maka dalam semangat yang sama, saya rasa kita pun hendaklah berterus terang juga antara satu sama lain.

Kalau Raja-raja boleh berterus terang dan berbaik sangka dengan Perdana Menteri, masakan kita sesama rakyat jelata tidak boleh berterus terang, terbuka dan bertolak ansur.

Baru-baru ini ada pihak yang dilaporkan menggesa agar kerakyatan orang yang dituduh menghina Raja-raja dilucutkan.

Kalau silap sikit kita lucutkan kewarganegaraan, akhirnya tidak banyaklah warganegara kita yang tinggal.

Lagipun, rasanya bukanlah mudah untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang.

Kita bukan negara diktator atau negara raja berkuasa mutlak yang boleh melucutkan kewarganegaraan atau campak seseorang ke dalam laut sesuka hati.

Sebagai sebuah negara raja berperlembagaan, kita hanya dibenarkan bertindak mengikut undang-undang dan Perlembagaan.

Jadi apabila kita membuat cadangan, janganlah keterlaluan atau bercanggah dengan Perlembagaan sehingga kita nampak tidak cerdik dan antidemokrasi.

Kedaulatan Undang-undang

Kita ada undang-undang yang membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti menghina institusi raja atau mana-mana juga institusi negara seperti Parlimen, mahkamah hatta menghina rakyat biasa sekali pun.

Saya pun pernah disoal siasat oleh polis atas laporan yang menuduh saya menghina dan mengancam Yang di-Pertuan Agong. Saya akan disoal siasat sekali lagi sebab ada laporan daripada ketua-ketua Umno dan PKR Kedah atas tulisan saya mengenai pertabalan Sultan negeri itu.

Apa-apa pun kita hendaklah selalu beringat bahawa tindak-tanduk menjadikan institusi raja sebagai eksklusif dan tidak boleh disentuh itulah antara punca banyak kerajaan beraja di dunia akhirnya dihapuskan.

Institusi raja sebagai sebahagian daripada ciptaan manusia tentulah tidak lengkap. Raja tidak maksum. Kalau kita berpegang kepada ajaran al-Quran, kita tahu yang tidak seorang pun daripada kita terlepas daripada melakukan kesalahan.

Oleh yang demikian kita perlu saling menegur dan memberi peringatan. Hanya Rasulullah maksum.

Misalnya, kalau kita tahu ada tauke cuba rasuah raja kita atau ada orang yang pergi merata tempat cari tanah kerajaan kononnya bagi pihak raja, isteri raja dan anak raja kita kena lah bersuara.

Saya baru saja bagi tahu seorang Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) mengenai dakwaan bahawa seorang tauke Cina sedang mencari tanah kerajaan di sebuah pulau kononnya bagi pihak anak seorang Sultan.

Dan saya bagi tahu seorang sahabat wartawan yang mewakili sebuah syarikat hartanah China, iaitu kalau di China mereka buang maharaja, apabila mereka buat bisnes di Malaysia mereka wajib hormat Raja-raja kita. Mereka jangan buat kerja yang merendahkan daulat Raja-raja kita.

Eloklah kita semua selalu beringat bahawa dalam zaman Internet dan media sosial ini, dinding ada telinga dan siling ada mata.

Syukur Alhamdulillah bukan semua orang tidak baik. Sebaliknya banyak orang kita yang baik.

Kita ambil iktibar daripada cerita pengorbanan dan keberanian dua orang kakitangan awam wanita yang mengambil risiko besar menyimpan laporan asal Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun diarah untuk memusnahkannya.

Hasil tindakan berani mereka itu kini kita tahu bahawa laporan yang dibentangkan di Parlimen telah dipinda atas arahan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri. 

Adalah kesilapan besar bagi para pembesar kita, termasuk Raja-raja menganggap bahawa rakyat jelata tidak tahu apa yang berlaku pada musim panas yang lalu!

Kaji Sejarah

Kepada pihak-pihak yang mahu kewarganegaraan rakyat Malaysia ditarik balik kerana kononnya menghina raja, saya sarankan mereka belajar daripada sejarah kalau mereka tidak mahu menjadi “penyokong yang membawa rebah”.
 
Mereka boleh mulakan dengan mengkaji sejarah kerajaan-kerajaan beraja di dunia supaya mereka faham dari mana kita datang, di mana kita berada dan ke mana arah tujuan kita.

Ada ahli sejarah mengatakan bahawa kerajaan beraja di negara kita adalah antara yang tertua di dunia.

Hal itu boleh dibahaskan, tetapi buat masa ini memadai lah kalau saya katakan bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai raja berbanding bilangan penduduk, keluasan wilayah dan kekayaan ekonomi.

Jadi mungkin benarlah hujah yang mengatakan bahawa Malaysia adalah antara negara beraja tertua di dunia.

Kesultanan Melayu Indonesia tinggal adat sahaja
Ahli sejarah dan pengkaji politik sering mengambil Perang Dunia Kedua sebagai titik pemisah antara era lama dengan era baru.

Era baru sering dirujuk kepada era pasca-penjajahan apabila tanah jajahan negara-negara beraja Eropah mula mendapat kemerdekaan.

Sebelum Perang Dunia Kedua ada beratus-ratus negara dan negeri yang diperintah oleh raja.

Ambil contoh India. Ketika British mula mengundurkan diri, terdapat 565 negeri beraja yang diiktiraf secara rasmi tetapi selepas merdeka semuanya dihapuskan.

Di Indonesia, sejarahnya lebih kejam. Banyak Raja Islam dan ahli keluarga mereka dibunuh atau terbunuh ketika revolusi nasionalis pimpinan Sukarno.

Hari ini hanya tinggal satu atau dua sahaja kesultanan Indonesia yang masih mendapat pengiktirafan rasmi. Itu pun mereka berfungsi sebagai institusi adat sahaja.

Di dunia sekarang terdapat 29 raja moden yang memerintah kira-kira 40 buah negara, termasuk Ratu Inggeris yang dianggap raja di banyak negara Komanwel.

Di Malaysia ada sembilan raja yang memilih salah seorang daripada mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun mengikut giliran.

“..Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Wallahuaklam.

29 comments:

ZAM tahfiz al karim said...

Batalkan jeerr..

MULUT cam LONGKANG..maki hamun x INGAT DUNIA..

KAlu kt THAILAND da "hancus" org2 gile MEMAKI HAMUN ni smue..

LJ Jati Klang said...

Salam Pak Kadir

Kupasan tepat padat & penuh makna...
Jika “Nasionalis era bodek “tak faham bahasa jugak ... tak dapek den nolong...
Toksah kita ghairah nak report polis kononnya si polan sipolan hina raja ... hadui lemas sesak .. banyak isu isu lebih merunsingkan perlu ditangani oleh YB@ Yang Berkhidmat ...dari isu remeh temeh tentang Raja ... rakyat letih
Terutama warga kolar biru...
Barang keperluan hidup mahal
Bujet nk byr kereta, rumah, tuisyen anak2
Kos hidup melambung
Gaji tak naik tapi barang naik...
Anak muda takde kerja lepas jd Graduan...
Isu PBT tak kutip sampah gelandangan ..
Isu ubat tk cukup bekalan kt hospital hospital kerajaan
Isu hospital tk cukup tanah nak tampung pesakit warganegara & bukan warganegara mat indon, mynmar vietnam bangla pakistan merata rata di tanah Malaysia ni
Dari kerja kilang hingga berniaga di pasar 2 & jual goreng pisang tepi jalan semua mereka bolot...
Haduii termakaseh dato untuk penulisan yang melegakan kesesakan dada rakyat marhaen...

Bargaining chip? said...

Datuk,
Strange isn't it, the writer of this article P GUNASEGARAM has opined:

The Wall Street Journal (WSJ) report on the link between China and 1MDB comes long after there was already strong evidence within the government itself that China was complicit in hiding and ameliorating the 1MDB problem of the previous administration to curry favour with it.

Still, the report has unearthed new evidence, including minutes of meetings between Malaysian and China officials which clearly acknowledge that China offered to help Malaysia to bail out 1MDB in return for lucrative and overpriced contracts.

It will be interesting to find out where the WSJ sourced these minutes from, some eight months after Pakatan Harapan took over as the new government. Finance Minister Lim Guan Eng has said that he has no knowledge of the minutes, which is curious because 1MDB was a company wholly owned by the Finance Ministry.

How is it that the Harapan government has no knowledge of the minutes, when all the records for 1MDB were within its control from May 2018? If those responsible for 1MDB previously had secreted away these minutes, why would they hand it over on a platter for WSJ to review now?

Who are the people who are really investigating 1MDB in Malaysia, besides the actual criminal probe itself? Who has physical possession of all of 1MDB’s records? Why has there been no forensic audit involving accountants, lawyers and other professionals launched as yet? "

Looks like there is a cover up? Perhaps to use these documents as a strong bargaining chip with China.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Betul sangat tu ..kalau di Thailand teruk kita di lanyak jika rakyat menghina Raja mereka.

Kita patut ikut cara Raja Thai itu ..bayangkan 10 Raja kita melanyak rakyat yang tak berapa kerat ni ..kedebak kedebuk .. sepuloh tangan Raja melempang sekor rakyat ..adui ..

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم al-salāmu 'alaykum
Hang nulih dan aku kopipeh...“Oleh yang demikian kita perlu saling menegur dan memberi peringatan. Hanya Rasulullah maksum.“
Mintak maghap, kalu kita baca sepintaih, bulih bawak maksud bahawa Rosulullah S.A.W. tak ditegok dan dak di beri peringatan...

ini munkin tak berapa tepat pasai dlm banyak keh ( setakat paham aku ) Rosulullah S.A.W. banyak kali ditegok dan di bagi peringatan.
Antaranya masa nak perang Badar pasai nak tempatkan tentera (‘troop deployment’), nak letak didepan telaga atau dibelakang telaga.
Pada aku yg paling masyhog ialah dlm keh dlm suroh Abasa wa tawalla Rosulullah S.A.W. kena tegok, didlm basa gomen ‘reprimanded’ pasai bemasam muka kad Abdullah bin Umm Maktum.
“ Abdullah ibn Umm Maktum (bahasa Arab: عبد الله بن أم مكتوم‎) (meninggal dunia pada 636 M) adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, namanya juga dikenali sebagai `Amr ibn Umm Maktum dalam sesetengah penceritaan masyarakat. Ayat pertama dalam surah ‘Abasa telah menceritakan sebuah insiden mengenai beliau.
Terjermah Dia secara kasag :
“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ia memasamkan muka dan berpaling,

Kerana ia didatangi orang buta.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
Adapun orang yang segera datang kepadamu,
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, ...” ( dari Surah..my ).
(InsyaAllah, bersambung)

Aku said...

( sambongan, InsyaAllah)

Kehidupan Abdullah ibn Umm Maktum.
Abdullah adalah anak daripada pasangan Qays bin Sayd dan Atikah binti Abdullah. Beliau buta sejak lahir, maka ibunya disebut Umm-Maktum (Ibu yang tersembunyi). Abdullah juga merupakan sepupu kepada Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah antara individu pertama memeluk Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengutuskan Abdullah dan Mus'ab ibn Umair ke Madinah untuk mengajar Al-Quran kepada penduduk di sana sebelum peristiwa Hijrah berlangsung. Abdullah bersama-sama Bilal bin Rabah pernah dipilih sebagai muazin di Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan Makkah untuk menyertai peperangan, Abdullah telah menjadi imam kepada jemaah yang melakukan solat

Jasa dan Pengorbanan :
Ketika Nabi Muhammad SAW meninggalkan Madinah untuk menyertai satu pertempuran, Abdullah diberi tanggungjawab untuk memimpin bacaan doa. Abdullah meminta izin Umar Al-Khattab, iaitu khalifah kedua dalam Khulafa al-Rasyidin, untuk membiarkan beliau mengambil bahagian dalam jihad walaupun buta. Umar Al-Khattab membenarkan Abdullah untuk mengambil bahagian dalam Pertempuran al-Qādisiyyah. Beliau bertugas dalam pertempuran sebagai penggerak utama tentera Islam dan beliau mati syahid dalam pertempuran itu. ( dari Wikipedia basa melayu. )
Wallahua’lam.

Magna pekataan ‘maksum’ pulak (jugak dari Wikipedia) ialah “ Maksum (Jawi:[1] معصوم) adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud terpelihara atau bebas daripada dosa, tidak tercela, tidak berdosa. “ bukan tak bulih ditegok atau diberi peringatan”. Wallahua’lam.
Yg aku nak habag mai, Rosulullah S.A.W. pon bulih di tegok dan di beri peringatan ini kan pulak kepala2 agama melayu/bugih.
Di setengah2 tempat depa ni kenunnya keturunan dewa2 dan dari muntah lembu. Yg William Reid dan suruhanjaya dia, yg aku rasa
dia buboh kad kepala orang2 melayu munkin sebagai tinbai balaih untok bagi kerakyatan secara besag besaran bawah ‘jus soli’ kad orang keturunan China dan India,
dlm pelembagaan Malaya...

Maghap no, kesilapan aku tulong tegok no...
Aku

Simon Templer said...

When the banksters manipulate their 'money mechanism' everybody suffered regardless whether you're of normal or of blueblood, when will these ends....

dt rahman pekan said...

the tussle between republicans n royalist wil persist long after we r gone.

d demography, d fed constitution n d 'bogeymen' threat, wil ensure d that monarchy wil b here 2 stay 4 yet a while - i pray it wil b so !

only d royals can prevent its demise by acting very 'ordinary' n very sensibly.

tun m's audience wth d sultan of johor n their respective body languages hv indicated d beginning of 'normalized' relations ( i hope) n brought some cheers 2 us all.

wallahu'allam.



Zalman A said...

Datuk,

The Bogus Worrier and his Bogus Con-Sultans.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/11/consultants-milked-millions-from-bn-era-education-ministry-says-ex-top-man/

"A former Education Ministry official has urged the government to revamp a unit within the ministry allegedly responsible for wasting millions of ringgit under the previous administration.

“From the very beginning, Padu was doomed to fail because it was led by people with no experience in the transformation of an education system, and these are the people expected to give direction to the education ministry staff,” he told FMT.

He said the blueprint itself cost RM20 million and it proposed 100 initiatives, which Padu, realising they were impossible to achieve, later scaled down to 55 and subsequently to about only 20 priority initiatives.

“This cost another RM20 million, with monthly time costs ranging from RM245,000 to RM640,000 per consultant. No one in the ministry or Padu monitored the time actually spent by these consultants on the project.”

During the reign of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak, a lot of people made a lot of money for doing very, very little.

Especially those who were entrusted with polishing his image and doing election campaigns for him.

The bloggers and bootlickers made many, many millions.

Then, there were the dubious deals.

I am glad the Tourism "Speedy Gonzalez" deal is being looked at.

There are hundreds more.

Almost every Ministry was a den of thieves.

As we clean up the mess, let us not deny that we may need external consultants in the Ministries.

We have serious challenges in the economy, education, and many others.

But the lesson:

Hire reputable experts, not "Con-Sultans".

In fact, many people will do it for a minimal fee.

In the era of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak, all people saw was an opportunity to make quick money from a clueless PM.

wan said...

mmg patut pun sebab kewarganegaraan raja yg bagi dgn bersyarat..bukanlah bermakna kita sokong perkara yg tak baik yg dilakukan oleh raja..pendekatan yg digunakan oleh kita sekarang utk mengelakkan keburukan menjadi bertambah besar..kalau politician, kita dpt kritik dan tukar undi pd pilihanraya yg akan dtg, kalau raja, kita mungkin boleh kritik, tapi camne nak tukar??apabila kritikan tak mampu nak tukar raja, jadi jln terakhir pasti mnerusi pemberontakan, pd akhirnya pasti berlaku kerosakkan yg lebih besar..oleh sebab tu kita hendaklah sedaya upaya menjaga supaya tiada berlakunya kritikan terhadap raja, kerana kerosakan yg besar bermula dr kecil dahulu iaitu kritikan..kesan drpd hilang kewarganegaraan cuma terkesan terhadap pelakunya shja berbanding dgn kesan kritikan terhadap raja, bukan setakat pelakunya, bahkan boleh melibatkan kestabilan negara..bukankah baik tuan kritik tun m yg diberikan amanah sebanyak 2 kali menjadi pm, tetapi masih jugak sibuk buat legasinya berbanding perkara2 yg patut dibuat pemimpin..atau pun tuan mungkin merupakan tukang propaganda tu m supaya kepentingan poliknya terjaga??

Jojo said...

Datuk,

1. Terlalu ramai yang "menghina" apakah maksudnya ?

2. Apa yang Tun Dr Mahathir cakap tu dah betul. Kena tengok setiap kes sebab setiap kes berbeza.

3. Tidak perlu lucut kewarganegaraan. Cukup dengan hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

4. Perkara mudah. Lantik saja Sultan Nazrin yang memangku jawatan Agong sebagai Agong sehingga habis penggal.

5. Biasa sultan mangkat baru sultan baru naik takhta.

6. Perlukah adakan istiadat untuk lantik sultan baru segera ?

7. Bolehkah sultan yang baru ditabalkan terus menjadi Agong ?

8. Penglibatan sultan dan kerabat dalam persatuan sukan perlu dihentikan segera. Mana boleh ikut suka nak ambil pemain bola secara rundingan pintu belakang. Ini tidak adil !

ex-CJ found out said...

Datuk,
that ex-CJ who infamously said Muslims don't lie has now retracted his statement and apologised profusely to Tun Dr M for publishing that Tun rushed to the palace at midnight wanting to be sworn in as PM.

Incredible and stupid not to have checked first before publishing an 'untruth'.
What other things has he uttered before checking and verifying they are truthful?

Don't count your chickens said...

Datuk,
those who called our Tun Dr M senile and all kinds of insults, their chickens have come home to roost. Humpty dumpty had a great fall, but could not be put together again.
God is great.

Supporting actor said...

Datuk,
had an epiphany of sorts recently.
The name Najib Razak is slowly fading away, just as his glory days as PM.
Not too long ago, we all waited with bated breath to hear what this man had to say to this and that charge laid against him.

Now, even through he grows more defensive and strident, what to do the DOJ and witnesses are the best witness against him, we are too fed up and tired to read what he claims anymore, or just the first few lines. Getting to be a has been.

Current events locally, regionally and globally are getting centre stage.
We just want him and his cohorts to be tried and jailed for life.

Wawh said...

Datuk terlupa SAW........Rasulullah SAW

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Tak sedar diri

Selamat beristirehat pd hari Ahad ni. Utk artikel terbaru Dato’ ni, saya malas nak komen apa-apa. Tapi ada baik kiranya kita focus kpd PRU Cameron Highland.

Kalau ikut percatuan semasa, UMNO akan memang dlm PRU ni. Calon UMNO warga orang asli je dah dapat undi mereka. Kedua, orang Melayu sejati akan undi orang Islam jika diminta pilih antara pemimpin Islam dan kafir. Lagipun, insiden kuil dan kematian ahli bomba Melayu baru2 ni membuatkan orang Melayu tidak mudah lupa bagaimana kaduk naik junjung. Inilahn dikata, diberi betis, nak semua. Tak guna !!!!

Faktor lain adalah mulut ahli PH yg lancang dan kurang ajar kata org Melayu tak beli pun kuih Orang Asli. (Saya sendiri makan kuih lemang jagung orang asli, OK sedap) Beliau sebenarnya takut dan kecut perut bila calon yg dipilih memang tepat sedangkan masatu, pengumuman rasmi siapa calon masih belum dibuat lagi. Kemudian datanglah pula Senator Orang Asli yg berlagak besar mengalahkan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan bila diberi kuasa sikit. Siap ugut Tok Batin lagi. Perasan, Bodoh & Gila……

Cuma, saya ada dengar Dato’ Najib sebok nak ke Cameron Highland utk berkempen. Please, jangan. Elok-elok UMNO boleh menang, rasanya terus kalah jika Najib datang sbb terlalu banyak dosa Najib terhadap orang Melayu.

Akhir kata, nampaknya ada sinar dihujung terowong dgn kepimpinan Tok Mat ni. Sekian TQ.

wansee c said...

As fate would have it, after 2 decades, their relationship has finally come full circle to dissipate all speculations. Both agreed to speak forthrightly, and so the culture of beating around the bush is now something in the past. That is a positive move and supposed to be the right way to get things done, prompt and precise.

The portrait of Tun's ear-to-ear broad smile, a likeness of the greatest tennis-icon Roger Federer, while shaking hand with the Ruler tells volume the untold talk between them. All the best to the end of the rainbow.

All humans are perfectly imperfect. We may be different as a people but equal as human, for sure and definite. What comes around, goes around. Think about that regardless of who and what you are.

Who Started Corruption said...

To think only Dato Seri Najib is corrupt and other ex PMs are clean are too naive or biased! Malaysia’s state of corruption took sixty years to ripe! The seed was planted 50-60 years ago and along the way someone added more fertilizers!

Polishing apples said...

I m sad everyone here is talking about everything except bread and butter issues! People must be honest. I don’t see there a need to create a “feel good” forum here. One should speak out the real issues facing by the people!

budak jawa said...

Macamana pula rakyat nak kena jaga supaya tiada kritikan terhadap raja kalau perbuatan raja sendiri mengundang kritikan? Pelik logik begini.

Di era maklumat di hujung jari, lebih wajar kalau raja2 sendiri yang menjaga perilaku mereka supaya tidak mengundang kritikan apatah lagi perilaku yang melanggar undang2.

Dalam islam tiada dibezakan sama ada seseorang itu raja atau orang biasa. Apabila kesalahan dilakukan, hatta anak khalifah juga tidak terlepas dari hukuman.

Dunia sudah tiba ke penghujung. Marilah kita umat islam menghayati dan mengamalkan ajaran islam yang sebenar agar kita terpelihara daripada fitnah akhir zaman. Islam itu lengkap dan menyeluruh. Akarnya akidah, pohonnya fiqah meliputi ibadat dan muamalat dan buahnya adalah amal dan ihsan.

Janganlah asyik berandaian seolah2 kita tahu pemimpin ini dan isi hatinya seperti ibu yang mengenal anaknya apatah lagi andaian yang tidak baik.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Pandangan saya kesalahan yang mana pelakunya boleh dilucutkan kewarganegaraannya adalah kesalahan seperti menderhaka kepada negara antaranya membocorkan maklumat rahsia kerajaan kepada pihak asing, memburuk2kan negara tanah tumpah darah kepada pihak asing dan sebarang tindakan yang merugikan negara atas niat jahat.

Kalau raja2 memainkan peranan yang sewajarnya saya percaya rakyat malaysia yang waras pasti mempunyai jutaan pujian dan kasih sayang untuk diluahkan kepada rajanya, tetapi sekiranya sebaliknya, tiada undang2 pun yang boleh menghalang rakyat daripada bercakap perkara yang benar.

Kedudukan itu datang dengan tanggungjawab, sekiranya dikhianati, tunggulah akibatnya kerana Allah melaknat orang yang munafik antaranya orang yang apabila diberi amanah dia mungkir.

Manunggal Jati said...

Sebab apa sekarang ni cuma tinggal adat saja?
Raja pada adat..
Mana pergi hilangnya Raja sebenar Raja(Haq) ?
Sebab tak tahu perjalanan amal..
Perjalanan tapak ke takhta tak tahu..
Sebab mengikut orang jahil (Doktrin Budaya Barat)
Tak nak ikut Rasulullah..
Itu yang jadi habis ramai Raja digulingkan rakyat..
Dah tak ada dipelihara dan dimuliakan oleh Allah (Daulat dari Allah tiada)..
Astaghfirullah..

Dalam adat ada apa?
Ada adab..
Bila adab dah tak ada..
Adat bercakap tahu..
Adab bercakap tak tahu..
Itu yang jadi bercakap tak tentu kira..
Bercakap tak ada adab..

Bila adab hilang apa jadi?
Dalam adab ada ilmu..
Maka ilmu pun hilang..

Bila ilmu pun hilang apa jadi?
Dalam ilmu ada amal..
Maka amal pun hilang..

Bila amal pun hilang apa jadi?
Dalam amal ada ikhlas..
Maka keikhlasan pun hilang..

Caramana Allah nak sayang?
Pengakuan kosong semata-mata..(Adat semata-mata)
Mengaku Raja sebab pertalian Darah..
Mana pergi Raja dengan pertalian Nur Petunjuk Allah mengikut Rasulullah?
Mana pergi adab,ilmu,amal,ikhlas?
Itu sebab tak dapat Ihsan Allah..(Tidak dapat Daulat dari Allah)
Maksud Ihsan pun tak tahu?
Ihsan maksudnya mendapat kasih sayang Allah..

Makanya itu dikatakan sekarang ini Akhir Zaman..
Banyak perkara mungkar..
Sebab kebanyakan manusia sudah lari dari fitrah perintah Allah..
Astaghfirullah..

Nak buat macam mana?
Jangan ikut orang jahil..(Doktrin Barat)..
Baliklah ke pangkal jalan..
Balik ikut ilmu dan amal Rasulullah..
Kedaulatan Allah !!!
Hadirnya kalam ini sebagai pemberi peringatan..
Alhamdulillah..

Abdullah Ngah said...

Hina manusia, apatah lagi hina Agong di kata salah sikit. Pada hal mwnghina ini disisi Islam dosa besar. Malang sekali Datuk Kata salah sikit dan mengatakan mereka yang mencadangkan dilucutkan kewarganeragaan sebagai cadangan melampau.

Menghina Agong sepatutnya dikatakan sebagai melampau berdasarkan kepada istilah Islam ianya adalah dosa besar. Bukan dosa kecil. Dosa kecil juga kadang kadang boleh jadi besar jika tidak bertaubat.

Apaatah lagi dosa besar yang tidak bertaubat. Patutkah kita biarkan rakyat jelata jadikan menghina itu sebagai amalan, kerana salah sikit sahaja.

Apakah akan terjadi apabila menghina yang dikatakan salah sikit itu dijadikan amalan rakyat jelata.dan jangan ambil tindakan undang undang. boleh sahaja Aku hina kamu dan kamu hina aku. tak mustahil akan huru haralah negara ini dibuatnya.

Jojo said...

Datuk Kadir,

1. Harap Datuk dapat menulis mengenai isu semasa selain mengenai raja.

2. Kenapa perlu bagi duit kepada sekolah/universiti swasta yang memang menjalankan PERNIAGAAN ? Pelik, mana NGOs hilang tak buat laporan polis.

3. Pemberian wang tak kira kecil atau besar pada pilihanraya adalah RASUAH. Mana pergi NGOs tak buat laporan polis ?

4. UGUTAN kepada pengundi juga satu kesalahan. Sekali lagi, mana NGOs ????

5. Isu tanah teroka haram pertanian tidak perlu dilayan. Sudah dapat tanah untuk bertani yang perlu diperbaharui setiap tahun itu sudah cukup bagus. Harap kerajaan negeri Pahang tegas. Diberi betis hendak peha.


6. Jika kata kerajaan tak cukup duit, jangan beri wang kerajaan kepada institusi pengajian elit yang kaya ini. Adalah lebih baik di salurkan kepada sekolah kebangsaan yang daif dan juga untuk wang kajian di universiti2 awam yang dipotong2 selalu.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Memang betul, kalaulah menghina raja, rakyat akan dikenakan tindakan dan ditangkap.

Macamana pulak kalau rakyat menghina raja dalam hati.? Adakan ini salah di sisi undang-undang.?

Satu lagi kalau laki-bini dalam kereta menghina raja, tapi tak ada kamera atau bukti-bukti, macamana hukumnya.

Dalam zaman sains dan teknologi, mungkin boleh dikaji supaya satu alat dicipta supaya boleh dibaca isi hati manusia. Ini tak mustahil kerana dalam teknologi kereta, kereta BMW umpamanya boleh tahu samada pemandu mengantuk dan bagi warning.

Kalaulah saintis kita boleh kaji dan cipta alat ini, kalau ada kejadian raja turun tahta , ramai yang kena tangkap, kalau ada alat ini, saya tak pasti mungkin lebih ramai lagi orang yang boleh ditangkap.

Kalau saintis omputih boleh hantar orang ke bulan, cipta handphone, mungkin kita negara pertama boleh cipta sejarah, mencipta alat yang boleh baca isi-hati manusia.

Abdullah Ngah said...

Menghina Agong salah sikit

Datuk kata, menghina agong salah sikit (Kecil). Bukan salah banyak (besar)
Demikian pernilaian yang di buat satu golongan penyokong kerajaan Pakatan harapan yang memerintah Malaysia hari.

Oleh itu, cadangan supaya dilucutkan kewarganegaraan terhadap mereka yang didapati menghina agong dikatakan melampau.

Siapakah sebanarnya yang melampau? Tidak lain dan tidak bukan mereka yang menghina agong itulah yang melampau.

Mereka yang mencadangankan supaya mereka menghina agong dilucutk kewarga negaraan dianggap melampau sebenarnya bagus.

Ini berdasarkan hadis Rasulullag SAW yang makasudnya, mengutuk seorang muslim adalah kefasikan sedang membunuhnya adalah kekafiran (hadis riwayat jamaah kecuali Abu Daud dari Ibu hadis Inbnu Mad’sud).

Menghina Agong itu termasuk mengutuk seorang manusia juga melaknat seseorang mukmin dan termasuk dosa besar disisi Islam.

Maksud hadis, Melaknat seorang mukmin adalah bagai membunuhnya (hadis riwayat Al- Bukhari).

Dalam sahih Muslim dari hadis Abu Darda’ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya Orang orang yang suka melaknat itu tidak boleh memberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW lagi, tidak lah seharus seorang sahabat itu menjadi seorang pelaknat (Hadis riwayat Muslim dari hadis Abu Hurairah demikian pula Hakim).

Dalam hadis lain, tidaklah seorang mukmin itu menjadi tukang laknat, pelaku kemaksiatan, dan yang kesat kata katanya.

Rasulullah SAW pernah menghukum seorang wanita yang melaknat untanya dengan melepaskan unta itu darinya.

Jika mengutuk dan menghina untanya sendiri salah besar dan boleh dijatuhkan hukuman oleh Nabi SAW. Apatah lagi mengutuk Agong ketua agama Islam di Malaysia ini.

Sangat tidak wajar menghina agong itu dikatakan salah sikit (kecil) Islam telah menyatakan ia termasuk dosa besar harus dihindarinya.

Hari ini seolah olah Datuk sendiri yang menggalakkan rakyat jelata mengutuk agong dengan alasan itu salah sikit sahaja dan melampau dilucutkan kewarganegaraan.



Hj Nabawi said...

superb pak syeikh!

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.
Abdullah Ngah.

Dari tulisan sudara ..saya kabur untuk melihat sempadan yang membezakan erti "menghina" dan "mengkritik".

Sandaran hujah sudara dengan beberapa hadis tampak bagai tampalan yang memburukan lagi gambaran sosok yang kena hina yang sebenarnye kena kritik.

Sosok yang jadi sasaran ..bukan sembarangan ..ia disembah ..ditatang ..malah diberi kata ganti seolah "tuhan". Harapan kita rakyat yang "hina" ini dapat ganjaran dari rahmat nye .. supaya makan dan minom sentiasa cukup.

Apa yang kita bagi .. RM500,000 sehari ..ingat dunia dah berubah. Dunia moden sedang neroka planet baru untuk diduduki ..diduduki dan di tadbir ..

Siapa yang tadbir ..itu yang Tun M sabda " ..orang yang lupa atau tak tau sejarah ..akan ulang kesilapan.. "

Ishak Dasuki said...

England has a unique event in their history when a King, Charles I (1625 - 1649) was executed by Oliver Cromwell in 1649 for crime of treason against the nation and it's people, and the King's head was chopped off and displayed on the rooftop of Parliament for public display. England was not a great nation prior to that. Aftter that "Britannia Rules the Wave", became a great maritime power and colonised about two-third of the face of the earth. That's just a piece of world history for the unread.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).