Monday, January 07, 2019

Raja Turun Takhta Raja Atas Takhta


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Agong turun takhta jadi beri antarabangsa
SEMALAM, 6 Januari 2019 semua saluran utama media massa Malaysia melaporkan yang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kelima) meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV (kelima belas).

Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita Yang di-Pertuan Agong mengosongkan jawatan dan turun takhta.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Bernama memetik Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, sebagai berkata dalam satu kenyataan media bahawa Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

“Bagi menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Jan, 2019 bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Saya perhatikan boleh kata semua laporan media massa tempatan menggunakan istilah “letak jawatan” atau dalam bahasa Inggeris “resign”.

Izinkan saya menggunakan istilah “turun takhta” atau dalam bahasa Inggeris “abdicate” seperti yang digunakan oleh kebanyakan akhbar Inggeris dari United Kingdom (UK) dan merata dunia.

Ikut kelaziman, dalam bahasa Inggeris apabila seorang raja melepaskan jawatan dia dikatakan “abdicates” iaitu turun atau kosongkan takhta.

Ini adalah tanda memuliakan institusi raja dan membezakan kedudukan raja dengan orang biasa.

Berkenaan Sultan Muhammad V, pembaca bahasa Inggeris tentu sudah maklum yang baginda menjadi tajuk sensasi dalam media antarabangsa, khususnya di UK apabila dilaporkan menikahi bekas ratu cantik Mosow 2015, Okana Voevodina.

Majlis perkahwinan di Rusia yang disiarkan oleh media antarabangsa
Media massa Malaysia pula hanya sekadar melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak tahu secara rasmi peristiwa tersebut.

Yang menyiarkan berita sensasi itu hanyalah beberapa buah blog dan media sosial.

Berita Sultan Muhammad V menikahi ratu cantik Moscow tahun 2015 itu menjadi berita panas media antarabangsa apabila pasangan itu mengadakan majlis sambutan (reception) gilang-gemilang di Moscow.

Akhbar Daily Mail dari UK yang memetik saluran “Islam News” berkata majlis itu diadakan pada 22 November lalu di Dewan Konsert Barvikha di pinggir Moscow.

Ia memetik pengarah ratu cantik Tatiana Andreeva sebagai berkata pasangan itu bertemu di Eropah ketika Voevodina bertugas mempromosikan jam tangan mahal.

Raja Atas Takhta

Izinkan saya terus menggunakan istilah turun takhta kerana kepada saya, seorang raja mahkota apatah lagi Yang di-Pertuan Agong, bukan sekadar memegang jawatan tetapi memegang jawatan dengan bersemayam di atas takhta.

Itulah yang membezakan seorang raja dengan rakyat biasa. Rakyat biasa memegang jawatan atau membuat kerja untuk cari makan dan kekayaan.

Raja kita naik takhta dan memerintah negara dengan bersumpah atas nama Allah dan bersaksikan al-Quran.

Sebab itulah saya tidak putus-putus menekankan bahawa tempat raja adalah di atas takhta.

“Rahmat bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.”

Dan dalam nada yang sama saya telah berulang kali berkata bahawa tempat raja bukan dalam bilik lembaga merancang IPO atau memohon konsesi IPP, dalam hutan belantara dan lautan samudera raya mencari hasil bumi untuk diri sendiri atau mengambil alih tanah negeri.

Sultan negeri mana pun yang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam belas wajib berpegang kepada ikrar:

“Dengan ini, beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan perlembagaan negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam, dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.”

Tanggungjawab raja:

1. Berlaku adil.
2.Mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.
3.Memelihara agama Islam.
4.Berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Akhir kalam, apa yang baik yang Sultan Muhammad V lakukan untuk negara ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong, kita menjunjung kasih.

Wallahuaklam.

31 comments:

Labu8455 said...

Salam Dato, maaf saya tidak dapat melihat sebarang satu benda "baik" yg dilakukan oleh "bekas" DYMM Agong ini selain dari ayat "sila duduk dan jangan lari" yg diungkapkan baginda semasa perasmian sidang parlimen yg lepas - Wallahualam !

Undeserving to be MB said...

Datuk,
it was commendable for the Sultan of Kelantan to step down as Agong, we all appreciate this.
Nevertheless this ridiculous statement from the Menteri Besar Kelantan is beyond the pale. He said incredibly, that Sultan Muhammad V had not really been interested in being the Agong. This MB has shown supreme disrespect not just “to the sultan himself, but to the institution”. Did he imply that the ruler did not view the office of Agong with much regard? For this grave offence, he has no choice but to tender his resignation, or the Sultan can demand his MB's resignation.

Now let the ruckus settle down and let us all the rakyat welcome the Deputy Agong Sultan of Perak as the next Agong.

AkuMelayu said...

Penggunaan istilah “letak jawatan” di sini adalah tepat sekali kerana Raja (Yang di-Pertuan Agong) Malaysia merupakan satu jawatan yang dilantik berbanding dengan Institusi Raja Britain yang turun temurun.
Maka kenyataan media Istana Negara tiada carat celanya dan para editor media massa tempatan juga bijak kerana tidak memandai-mandai untuk menukar istilah daripada “letak jawatan” kepada “turun takhta”.

Sudah-sudahlah datuk said...

Salam Datuk,
Saya baca dan rasa. Datuk sempat lagi memerli dalam tulisan Datuk di atas. Sudah-sudahlah Datuk.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Dalam perlembagaan memang ada dinyatakan agong may resign his office.

Saya setujulah tempat raja bukan di dalam bilik lembaga dan memang mengikut perlembagaan, agong tidak boleh terlibat dalam aktiviti komersial. Saya tak pasti di negeri bagaimana, tetapi amat wajar perlembagaan negeri mengikut perlembagaan persekutuan. Bagaimana kita rakyat biasa hendak berniaga dan bersaing dengan raja-raja dalam perniagaan.

Seperkara lagi, raja-raja dan ydpa perlu sedar kedudukan mereka sebagai ketua negara, ketua agama dan ketua tentera. Di zaman teknologi maklumat ini, hendaklah menjaga kehormatan mereka dan menahan diri dari melakukan perkara yang boleh menjejaskan kehormatan jawatan mereka. Begitu juga dengan ahli keluarga mereka. Besar pengharapan yang rakyat letakkan. Sekiranya merasa tidak sesuai bolehlah dipertimbangkan samada ingin memegang jawatan tersebut. Begitu juga dengan perlakuan dan tindak-tanduk kerabat. Kita hidup menjunjung undang-undang. Semua orang sama di hadapan undang-undang. Ini bukan hukum rimba di mana yang kuat menindas yang lemah. Memang ada yang mempunyai kedudukan yang lebih istimewa tetapi masih tertakluk kepada undang-undang. Tiada rakyat yang boleh mempertahankan kedudukan mereka sekiranya mereka sendiri tidak berkelakuan sewajarnya.

Raja adalah payung negara. Bukanlah raja itu dikira berjiwa rakyat hanya kerana menjelajah ke seluruh negara sekali dalam setahun bersama-sama pasukan iringan yang megah dan mewah. Bagaimana seorang raja boleh dipanggil berjiwa rakyat sedangkan hidupnya mewah dan senang-lenang mempunyai kenderaan dan pesawat sedangkan rakyat terpaksa berjuang nyawa untuk mencari seauap nasi dan tempat berteduh.

Sebaliknya raja adalah payung negara dan rakyat dan berjiwa rakyat apabila mereka insaf keadaan rakyat mereka dan bertindak dalam bidang kuasa mereka untuk membela rakyat daripada kesukaran hidup dan penindasan termasuklah amalan rasuah yang menyulitkan hidup rakyat.

Daulat tuanku, patik mohon menyampaikan kasih sayang patik kepada tuanku.

Aku dn sesuatu said...

Dato. terasa agak lucu apabila MB kelantan mengatakan bahawa sultan mereka tidak berminat dengan gelaran agong. teringat saya bagaimana sultan berkenaan mengambil takhta dari bapanya yang masih hidup ketika itu

Zalman A said...

Datuk,

"Sila duduk, jangan lari", perhaps the most memorable joke ever told by a reigning Agong in public.

Daulat Tuanku.

ZAM tahfiz al karim said...

Agong dgn sultan same ke dato??

Agong - bersifat jawatan lantikan giliran d klngan sultan2 mlayu dan mmpunyai priod time 5 tahun..

Sultan - bersifat hirarki keturunan dn mmpnyai priod time dgn kmgkatan sultan..

X btul "ayat mat saleh" tu dato.

ENGLAND mane ad AGONG dato..

Jgn runsing dato..AYAT LETAK JAWATAN tun akn gune TAHUN DEPAN..

ZAINUDIN said...

Assalamualaikum semua,
Maaflah, saya bukanlah pandai sangat dengan adat istiadat Raja Raja melayu ni. Tetapi saya amat setuju dengan perbahasan Dato' dalam isu ini. Resign dengan turun tahta ada banyak perbezaan. raja bersemayam ditahta atas dukungan dan didaulatkan oleh rakyat sekelian. raja adalah tonggak payung mahkota khasnya bangsa melayu. Kita semua sepatutnya meletakkan Raja Raja Melayu diatas singgahsana serta bersemayam ditahta dan mempertahankannya. Tiada sebab kita hendak menjatuhkan kedudukan raja raja kita. kalau kita tak hormat dan taat raja raja kita apa lagi bangsa lain. DAULAT TUANKU, DIRGAHAYU TUANKU

org joho said...

if sultan johor becomes the 16th agong, his son tmj will be the regent in johor.. i cannot imagine apa akan jadi in johor & malaysia for the next 5 years.. pulau kukup apa kesudahannya? adakah akan jadi seperti forest city golf club yg ambil alih sebahagian kawasan bakau ramsar?

tebing tinggi said...



org joho,

Sesuatu yang harus difikirkan dan dititikberatkan .

Bumihijau said...

Datuk Kadir,

Saya setuju dengan Dato' ayat resign atau letak jawatan tak kena untuk Raja.

Kalau Pengurus Besar atau Manager kilang bateri atau kilang air batu mungkin sesuai guna perkataan letak jawatan.

Dalam bahasa inggeris, King Abdicate, mana ada King resign, salah nahu bahasa.

Masalahnya banyak orang yang jahil berkenaan dengan bahasa. Sebab itu tahap pendidikan negara perlu dimartabatkan untuk memberikan pencerahan kepada yang mereka jahil.

WanSEE C said...

The unprecedented abdication breaking news came as a bolt from the blue. I am curious about the exact story behind it. Does it have anything to do with the arguable 'full pardon' or 'free pardon' dispute? This momentous and unwonted incident with immediate effect must have something concerned with the rule of law, I suppose. Whatever it is, let's anticipate more ensuing dramatic disclosures.

Most importantly, welcome back to Istana Negara, His Majestic Sultan Nazrin and Her Highness Tuanku Zara. Please do stay around for as long as possible particularly at this erratic juncture. The nation and its people need your erudite advice alongside Tun M's sagacious guidance. Thank you.

Syeikh Manunggal Jati said...

Betul la tu..
Istilah yang benar "turun takhta"..
Bukan letak jawatan..

Takhta tempatnya tinggi..
Dipuncak amal seorang hamba..
Mengalir darah kuning didalam tubuhnya..
Tidak bersalahan antara warna kuning pakaian kebesarannya dengan kuningnya Cahaya Nur Petunjuk Allah didalam dirinya..
Itulah dia YDPA iaitu Raja sebenar Raja(Haq) yang bertakhta amal dipuncak mahligai..
Hadirnya beliau diatas takhta sebagai Payung Negara..
Maka terselamat lah seluruh Tanah Jajahannya dari malapetaka dan bala bencana..
Begitu Kasih dan Sayang Allah terhadap amal hamba-Nya..
Alhamdulillah..

Turun dari takhta hanya berlaku atas 2 sebab sahaja:
1. Bercerai nyawa dengan badan(Wafat)
2. Gagal memikul Amanah Allah.

Tiada istilah meletakkan jawatan dari takhta kerana yang sebenar benar yang menaikkan manusia ke atas takhta adalah Allah dan yang sebenar benar menurunkan manusia dari takhta adalah Allah juga.
Bukan tugas manusia naik atau turun takhta.
Tugas sebenar manusia di dunia adalah memikul Amanah Allah (Taat Setia kepada Perintah Allah).

rahman jpc said...

doa mangsa2 yg teranianya kerana tlh d liwat, jgn lah d pandang ringan.
sesiapa yg berkuasa n memberi pengampunan terhadap perbuatan keji ini mahu tidak mahu akan terpalit dgn tuduhan bersubahat.

saya rasa, inilah akibat nya.

wallahu'allam.

Lock him up! said...

Datuk,
read OSTB, who according to his sources claim that PTPTN has now given RM4 million as zakat payment to Perlis ??

Kedah got RM1 million and Perlis now gets RM4 million.

really puzzled with this chap Wan Saiful who's been making zakat payments from the PTPTN:

Perlis has a total population of about 250,000 people.
On the other hand Kedah has a population of 2,500,000 which is 10 times the population of Perlis.
Kedah got RM1 million and Perlis has been given RM4 million for zakat ??

Wan Saiful is a close associate of Maszlee the Minister of Education who in turn is a protege of that moofti of Perlis. Is this the reason?

That moofti has too many fingers in too many pies. Can he be locked up?

malaysia dilanggar todak said...

Raja Nazrin Raja Nazrin Raja Nazrin....

zainal abidin awang kechik said...

DAULAT TUANKU

...

Salam tok..
Mohon kita syorkan kepada MAJLIS RAJA RAJA..
WAJIB BAGI AGONG BEBAS TIGA PERKARA

ZINA ARAK DAN BERJUDI

Agong wajib BEBAS dari DADAH

DAULAT TUANKU
ALLAH SEJAHTERAKAN DULI TUANKU

fauziasmara said...

Kuasa wanita dan cinta mengatasi takhta...

Zalman A said...

Datuk,

Sorry, slightly off-topic:

https://www.malaymail.com/s/1710221/after-wsj-expose-putrajaya-to-scrutinise-china-deals-for-1mdb-kickbacks

"Senior Chinese leaders offered in 2016 to help bail out a Malaysian government fund at the center of a swelling, multibillion-dollar graft scandal, according to minutes from a series of previously undisclosed meetings reviewed by The Wall Street Journal."

That means that not only did Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil Najib Razak make us overpay hugely for China deals just to save himself, he also compromised our sovereignty by offering a foreign power use of our maritime waters as a form of bribery. That is actually treason.

There is a theory that the current PH govt should stop talking about the misdeeds of the previous regime.

This is bad advice.

The OPPOSITE should be the case.

These revelations must be followed up and taken to every town, kampung and pondok in every single part of Malaysia.

People must understand the sheer scale of devastation and the mess that the Bugis Worrier and his konco2 inflicted on Malaysia.

Again, Datuk, I would urge the PH leadership not to get comfortable and complacent, to the point that the grassroots just disappear from view.

Even in "off-season", the outreach and ceramah must continue.

Communication is an ongoing process.

The battle is NEVER over.

Act of treason? said...

Datuk,
shocking news to read on Malaysiakini:

China had offered to help bail out 1MDB back in 2016, in return for securing lucrative railway and pipeline projects for its "One Belt, One Road" programme, reported the Wall Street Journal (WSJ).

The business daily, citing minutes from a series of previously undisclosed meetings, said China also offered to bug the homes and offices of WSJ reporters in Hong Kong who were on 1MDB's trail, to learn who they were getting their information from.

"Chinese officials told visiting Malaysians that China would use its influence to try to get the US and other countries to drop their probes on allegations that allies of the then prime minister Najib Abdul Razak, and others, had plundered the 1MDB fund, the minutes of the meetings show.

"In return, Malaysia offered lucrative stakes in railway and pipeline projects for China’s One Belt, One Road programme of building infrastructure abroad.

Quoting sources, the duo also reported that apart from awarding projects to China, Najib further engaged in secret talks to allow Chinese navy ships at two Malaysian ports.

"Xiao, chairperson of China’s State-owned Assets Supervision and Administration Commission, said he had 'cancelled all his key engagements in Beijing to attend' because the matter 'has been approved by President Xi Jinping, Premier Li Keqiang' and another senior Chinese official, according to the minutes.

"Xiao’s agency didn’t respond to requests for comment," WSJ wrote.

All this means Malaysia's bargaining stand is strengthened and credible.
It will persuade China to come to the negotiating table and agree on more lenient terms on the ECRL and TSGP and other infrastructure projects they had a hand in
Failing which, then our Govt should and must open up all documents/minutes to the rakyat and the world.
The high level of conspiracy between Najib and his govt and his Chinese contacts can be rightly construed as treasonable to Malaysia.

Allowing China's navy ships to dock at Malaysian ports, this smacks of treason, and pretty sure will make the US govt's case against China's dominance more legitimate.

Did Xiao really say that President Xi Jinping, Premier Li Keqiang' and another senior Chinese official had approved these one-sided deals?

T J33A said...

God truly works in mysterious ways. Who would have thought two years ago that Najib would fall and that now a Sultan has abdicated from the throne (It would be intriguing to know what persuaded him to unseat himself so willingly). Although not a big fan I can not help but give respect to Tun Dr Mahathir. Mess with him or this beautiful country at your peril. The old man does not forget nor it seems does he easily forgive and has my admiration for his sheer force of will in trying to see Malaysia achieve it's awesome potential.

Grassroots call said...

Datuk,
Zalman A, 1.57pm

Yes, to this by Zalman A:

....the misdeeds of the previous regime
These revelations must be followed up and taken to every town, kampung and pondok in every single part of Malaysia.

People must understand the sheer scale of devastation and the mess that the Bugis Worrier and his konco2 inflicted on Malaysia.

Again, Datuk, I would urge the PH leadership not to get comfortable and complacent, to the point that the grassroots just disappear from view.

Even in "off-season", the outreach and ceramah must continue.

Communication is an ongoing process.

The battle is NEVER over. "

It must be multi-prong efforts and hard work.
Get the message down to the grassroots, very critical, at the same time PH govt must not wallow in self-pity and only bring up "doom" reports with no solution in sight.
Have proper solutions, execute them, inform the rakyat what they expect from these
solutions. The rakyat expects better performance and improvements.
We also want those guilty ones charged in court and in prison asap. Rule of law applies to all, from the very top to the bottom.

And refrain from internal PH bickering and blame game in the public, and silly comments that the media will pick up and use, silly wannabe heroes.

Follow Tun M's example in showing how to handle stresses, disagreements and how to be statesmanlike.


panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Setuju sangat dengan rahman jpc. Syukur kita tak turut sama terpukul seperti warga Palu. UsTaT kita riuh bercerita tentang balasan dosa yang diterima oleh warga Palu ..terima kasih rahman jpc.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Saya tak tahu samaada kita berasa lebih beruntung dan sejahtera pabila dipayungi oleh sepuloh Raja.

Nor said...

Tahniah kerajaan PH..
Kamu bukan sahaja membuat ramai jelata yg mual dan loya..juga buat ramai yang memendam rasa..
DYMM juga terkesan dengan hina keji yang kamu mainkan..
Tiada dalam sejarah negara sebelum ini,DYMM meletakkan jawatan..
Dan kini wahai kerajaan PH..
Kamu layak untuk dicalon kan ke dalam "The Malaysia Books of Records"..-DYMM meletakkan jawatan diera pemerintahan kerajaan PH..Bhahaha...

Let saner minds prevail said...

Datuk,

On the recent arrests of 3 persons and their investigation under the Sedition Act.
Some thoughts.

CIJ recalled that when the government lifted the moratorium on the use of the Sedition Act, Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo (photo) stated that its use would be reserved for issues involving national security, public order and race relations.

"[...] the recent arrests do not fall within the above categories as set out by the minister.

"These arrests demonstrate the problematic nature of lifting the moratorium on a broad-based law such as the Sedition Act.

"CIJ, therefore, calls on the government to reimpose the moratorium on the Sedition Act and to abolish the Sedition Act without delay to prevent any future abuse of this draconian colonial-era law," the CIJ said.

Glad to know Putrajaya's stand which is in accordance with the rakyat.
The legal affairs Minister Datuk Liew Vui Keong said the Sedition Act 1948 need not be used against three people arrested over online insults against the royalty as there are enough alternative laws.
However, he said it is ultimately up to the attorney general to decide what law they will be charged under.

Johor Rules said...

I look forward to Sultan Johor to be the next Agong!

Daulat Tuanku ! Tun M and Tuanku are very familiar with each other’s working styles. With political stability, we will see more Chinese investors investing in Malaysia and more jobs are created for the people !

Fresh air said...

Datuk,
at last a breadth of fresh air.
The government will define what constitutes as insults to serve as a guide for law enforcement agencies, said Prime Minister Dr Mahathir Mohamad.

At present, he said the authorities do not understand what is considered to be an insulting remark or action...

Tun, please have the definitions out as early as possible, otherwise so many headless chicken saying this and that constitutes is seditious and lodging frivolous reports.
Best of course is the repeal of the Sedition Act as promised.

Silly man said...

Datuk,
Datuk,
the Legal Affairs Minister Datuk Liew is jumping the gun and raising unnecesssary concerns. So silly Datuk Liew, learn up how to address issues.
The federal government will consider amending existing laws or introducing new ones to “protect” the country’s rulers from insults, Datuk Liew Vui Keong said today.
The legal affairs minister said these changes could possibly involve heavier punishments against “irresponsible” persons who disparage the royals.

Now this is what he should have said.
Tun Dr Mahathir Mohamad said today the government will have to “spell out” the action and words that are considered insults to the Malay royal institution that are punishable by law amid controversy over remarks against the monarchy.

Malaysia does not have any lese majeste law, unlike in neighbouring Thailand.
–– ADVERTISEMENT ––

“At the moment, our enforcement officers do not understand what is considered insult, so we need to spell out what sort of actions or words can be construed as insults.

“I have said before that Malaysia now practises freedom of speech.

Works both ways said...

Datuk,

The air in Malaysia Baru must be transformed into fresher air for all to breathe and live in.

Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has revealed that Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and him have agreed to be forthright with each other...

This being so, it must be translated to also being forthright between rulers and the rakyat.

Lawyers say the rulers are constitutional monarchs and as such the public must be given space to question their conduct, and vice versa. Works both ways. AS long as done in civil manner.

Why use the Sedition Act to nab those who aired criticism when enforcement agencies are not informed the proper definitions.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).