Wednesday, February 27, 2019

Remaja Melayu Mangsa Terbaru Najib


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Hina LGBT: Terlepas cakap atau petanda gangguan minda
SEJAK akhir-akhir ini, dengan kemungkinan ke penjara semakin hari semakin nyata, bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, menjadi semakin pelik dan mengejutkan.

Yang terbaru beliau tiba-tiba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pakar dalam hal hantu, orang mabuk dan LGBT.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Dalam percubaan menyangkal kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meringankan beban tol lebuh raya, Najib dilaporkan berkata cadangan kerajaan itu akan hanya menguntungkan hantu, orang mabuk dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Rasanya banyak orang tidak hairan kalau Najib nampak begitu pakar dalam hal hantu, makhluk ghaib, serapah jampi dan mandram.

Sebagai orang yang lama belajar di England dan mengamalkan gaya hidup hedonis – makmur dan berfoya-foya - kita tidak hairan kalau dia biasa dengan pemabuk.

Tapi apabila Najib melibatkan LGBT sebagai kumpulan yang akan mendapat manfaat daripada sistem baru tol yang dicadangkan itu, jelaslah dia juga pakar dalam hal gaya hidup kumpulan itu.

Yang mengeluarkan nada menghina dan merendahkan pengguna lebuh raya tol adalah Daeng Najib walaupun selepas itu dia memohon maaf kerana kononnya terlepas cakap.

Alasan terlepas cakap ini sudah menjadi terlalu biasa sehingga tidak membawa apa-apa erti lagi.

Mencarut dan menggunakan bahasa kesat sudah menjadi kebiasaan, sama ada kerana dia dilahirkan bermulut celupar atau kerana gangguan mental yang semakin meningkat.

Dalam keadaan yang terdesak dan tersepit seperti yang dia hadapi itu, kita telah lihat bagaimana orang bertindak di luar batas kesiuman.

Malah ada antara mereka yang menggunakan alasan ketidakstabilan mental (mental instability), tidak siuman (insanity) dan kemurungan (depression) sebagai alasan untuk tidak dibicarakan.

“Insanity defense” atau pembelaan diri atas alasan tidak siuman (gila) adalah pembelaan yang dibenarkan dalam perbicaraan.

Propaganda murahan ini ditujukan kepada remaja Melayu
Malangnya yang menjadi mangsa kepada kempen murahan “Malu Apa Bossku” ini adalah orang Melayu, khususnya golongan remaja, yang tohor pengetahuan dan pengalaman mengenai diayah dan muslihat politik.

Tol Janji PH

Di pihaknya kerajaan tidaklah bertujuan memperkecilkan atau memberi gambaran buruk mengenai mana-mana kumpulan orang.

Semua pihak dipedulikan, termasuklah yang mabuk. Mereka tidak dibenarkan memandu ketika mabuk. Berkenaan hantu pula, ia tidak termasuk dalam pertimbangan kerajaan PH kerana kita tidak mengamalkan sihir dan ilmu hitam.

Matlamat kerajaan PH adalah memenuhi janji pilihan raya, khususnya dalam usaha meringankan beban sara hidup rakyat.

Yang dicadangkan adalah merundingkan pengambilan alih empat lebuh raya tol di Lembah Klang yang akan memanfaatkan pengguna, pembayar cukai dan kerajaan.

Empat laluan bertol yang dimaksudkan itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan media semalam berkata, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun.

Penjimatan ini akan menyumbang kepada pendapatan isi rumah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Apabila dilaksanakan, kerajaan dapat mengurangkan pampasan kepada syarikat konsesi sebanyak RM5.3 bilion setahun.

Jadi manakala “bossku” ke hulu hilir tanpa malu sambil mencerca kerajaan PH, memperlekeh golongan tertentu dan menipu remaja Melayu, kerajaan terpaksa bertungkus-lumus membersihkan timbunan najis yang beliau dan Barisan Nasional (BN) tinggalkan.

Wallahuaklam.

55 comments:

We pengsan! said...

Datuk,
just read some shocking unbelievable news in OSTB column:
Nasaruddin Mat Isa has been appointed to the MACC's Panel Penasihat Pencegah Rasuah.

WHAAAT! Is this true?
Some one has to pay the price for this dark deed if indeed so.
Nasaruddin was one of the first to deny that the 1MDB scandal ever occurred. How could he have been appointed as adviser to the MACC anti corruption panel?
All secrets are no longer secret.

Who was responsible for the appointment?
Is Nasaruddin still holding the position? Just get him out of the MACC panel.

adamjohan said...

Remaja Melayu bukannya suka sangat kat Najib tapi mereka marah sangat sebab kena tipu oleh Pakatan Harapan. Jadi mereka sengaja support Najib untuk AJAR Pakatan Harapan sebab banyak sangat menipu. Tak guna kau serang Najib. YOU ARE YOUR OWN ENEMY. Sedar lah wahai Kadir.

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kalian),
Aku mohon sangat2 hang bulih cepat2 siag telanjog aku nulih orang dari parti agama yg dilapog
selingkoh duit tu cucu raja banjag, pada hai dia bukan cucu raja banjag, tapi cicit raja banjag.
Cucu raja banjag adalah almarhum tok guru yg sangat warak, dan tawadzuk selayak tinggi ilmu dia.
Aku besa makan nasi dgn almarhum di kampong baru dizaman dolu2.
Semuga Allah S.W.T. teruih meneruih cucogkan rohmat dan keampunan ke ataih ruh almarhum,
dan jugak ataih diri aku yg selalu tesilap.
Pasai tajok hang kali ini, aku bebesag hati sebab hang guna kata2 “Remaja Melayu Mangsa Terbaru....”
Hieraki atau ‘pecking order’ pemangsaan memang memilih kelompok yg paling lemah, macam hang
masa kerja sorat habag dulu, kerap lapog bayi2 (biasanya melayu) dibuang dlm tong sampah, di pam dlm mangkok tandaih,
di tanam di perdu pokok pisang belakang romah dan macam2 lagi. Sampai lama2 yg aku paham,
cerita2 lagu ni, kalu pun masok, hanya di’muka tengah’ saja sebab korang nilai sensasi atau ‘news value’.
Munkin cerita2 ‘remaja’ melayu ni akan jugak terima ‘nasib’ yg sama. Lagi pulak, ‘trend’ atau kecenderongan ni
yg ‘menglamor’kan sifat tak malu sangat2 belawanan dgn anjoran Rosulullah S.A.W. macam disiagkan Berita Harian,
awai tahun 2015,:
“ Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut 'al-haya'. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.
Kepentingan sifat malu
Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: "Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya." (Riwayat al-Hakim)
Terima kasih dan maghap no.
Aku

zainudin said...

Datuk,

Lupakah beliau bahawa waktu bebas tol yang diperkenalkan okeh Kerajaan PH itu juga adalah untuk nikmat pekerja kolar biru yg bekerja syif malam dan bekerja lebih masa, selain pekerja profesional yang bekerja sehingga dinihari.

Apabila Daeng Najib hanya sentuh kumpulan LGBT, pemabuk dan hantu yang bakal merasai nikmat tol percuma maka semakin jelaslah kepada kita akan ceteknya pemikiran bekas PM Malaysia ini dan siapa yang ada di dalam kepalanya, iaitu pemabuk, lesbian, gay, biseksual, transgender dan hantu. Maka tidak hairanlah selama dia memimpin Malaysia jadi haru-biru dan caca-marba.

Unknown said...

Remaja melayu yang keliling bossku itu, memang bodoh2 dan juga ternampak bodoh kepada orang yang berfikiran rasional.Bila non melayu gelar kita bodoh kita marah.tetapi inilah realitinya.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

"Malu Apa Bossku?"

Perkataan "Boss" ini digunakan untuk menggelar orang yang diberikan khidmat kepadanya.

Sejak bila pulak rakyat berkhidmat kepada PM?

PM dipilih oleh rakyat dan berkhidmat kepada Rakyat.

Apa pasal pulak nak kena panggil PM atau bekas PM Boss? Rakyat yang sepatutnya Boss. Ini sudah terbalik.

Kalau nak kata bodoh, marah nanti, jadi boleh disimpulkan ini adalah golongan yang "kurang cerdik".

Kalau orang nak bagi saya RM10,000 pun saya tak rela panggil dia Boss.

Perkataan "Malu Apa?"

Macamana tak malu kalau ada 42 tuduhan dekat Mahkamah , nak bicara tak lama lagi.

Ada tuduhan CBT (Criminal Breach of Trust), dalam bahasa melayu kalau tak silap "Pecah Amanah", Money laundering. atau pengubahan wang haram, power abuse atau penyalahgunaan kuasa.

Dalam media ada jumlah 42 tuduhan yang akan dibicarakan.

Jadi itu "Malu Apa?" kalau orang itu samada otak dia tak cerdik atau mengidap masalah mental, Omputih kata "Insanity"

Anti PH said...

Rakyat terpedaya dengan fitnah PH.. sape2 masih sokong ph ada masalah otak kot..

Warga KL said...

Enough is enough. Mengapa nak serang peribadi macam itu? Macam tak siuman betul pak kadir ini. Tol percuma maksud tol percuma setiap masa. Bukan Tol tetap dibayar untuk 18 jam (tetapi renamed jadi caj kesesakan) dan hanya percuma 6 jam free pada tengah malam. Keep your words.

Pak Yop said...

Nk tanya..tol mansuh..tapi kena bayar..
2x5=10..pi mai pi mai tang tu..yg iyew..kerajaan pulak nk kolect untung dari rakyat

Lee Watt said...

I wonder why some people are so obsessed with Najib. He is no longer in power, cannot order others to do things and also facing dozens of charges (new government wants to create a new world record). Is it because they are afraid of Najib, for reasons hidden from the rest of us?

By continuously attacking Najib, PH has unwittingly made people curious and more questioning. They know he can't escape the charges with all these statements (which have a lot of truth, by the way). As a result, they start to see better. Especially in how they were conned by PH. And they are getting more and more dissatisfied. Pretty soon, it will be anger...and demands for change.

Oohhh...so that's the reason for some people being so afraid of Najib!! Well, you have good reason to. The Rakyat, especially Bumis and Muslims, are now very angry. And the government's response? "NAJIB". Getting desperate here HAHA!

---- Lee Watt... is good for you!

Pakcik said...

Seperti Najib dan najis
(Dua perkara yg tak boleh dipisahkan)

Tanpa nama said...

Woi tua kutuk. Yg janji nk bagi tol free, ptptn, dan banyak lagi tu siapa? BN ke

Saman Md said...

Assalamualaikum dato'.

Semoga tulisan dato sedikit sebanyak dapat membuka akal fikiran semua kaum di negara kita dan manusia amnya kepada kebenaran.

Untuk makluman dato, bukan setakat remaja tetapi ada segelintir lain yang sepatutnya mereka tidak terpedaya dengan kata-kata DSN itu. Tak seharusnya mereka berfikiran singkat. Ada mata dibutakan, ada akal direndah-rendahkan. Mungkin juga akal fikiran mereka masih tidak terbuka dengan apa yang berlaku tersurat maupun tersirat pada zaman pentadbiran DSN.

Akhir kata, kebenaran pasti akan menang. Kepalsuan pasti hapus.

Unknown said...

Jadi bossku wajar duduk diam n telanlh APA segala fitnah n tuduhan berpuaka Tu...sesungguhnya blogger ini adalah manusia yg rendah tahap akalnya,fakir Dalam pemikiranya..golongan ini ternyata dlaknat kerana perbuatan terhadap saudaranya sendiri..wallahuaklam bil sawab..

NamaSamaran said...

Lim Guan Eng dakwa penjimatan RM180 juta.
hmmmmm....apalah yang bolih diharapkan dari akauntan "Celop".

Abitpusher said...

Tolong la cakap dgn Tun supaya tunaikan janji manifesto tu, dato. Siaran EPL percuma pun belum tayangkan di RTM lagi. Huhu.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Saya baca komen orang pasal "Tol" ini, masalahnya ramai orang melayu tak paham.

Susah juga kalau tak paham tapi nak marah kerana ikut emosi.

Dalam satu hari ada 24jam. (Boleh tengok jam, ada tanda 1 sampai 12, darab 2 jadi 24jam)

Tol kekal untuk harga biasa selama "6 jam" iaitu waktu "peak" atau dalam bahasa melayu waktu sesak jalan.

Tol diskaun sebanyak 30% untuk selama "12 jam". Kalau Toll Rm2 jadi toll Rm1.40

Toll percuma selama "6 jam" dari jam 11 hingga 5 pagi.

Kalau nak banding dengan dulu, jauh lebih baik kerana selama 12 jam, toll diskaun sebanyak 30%.

Waktu malam-malam buta percuma. Kalau dulu kena bayor.

Macamanapun, kalau nak banding dengan zaman Najib, lebih baik sekarang.

Zaman dulu, apa yang BN buat untuk Toll?

Right approach PH said...

Datuk,
when push goes to shove, the strong remain strong.
Happy to see the recent moves by the PH govt in reinforcing the rakyat's belief in them.

Drop in toll rates via congestion fees, drop in petrol prices via continued subsidy of RON95, and drop in ceiling price, flexitime for civil servants, etc. etc.
Not much yet, but the way ahead is the way to go like this, concerted, working as a team committed to the wellbeing of the rakyat.
Let stupid quarrels and internal bickering be now a thing of the past.
Ministers who do not know how to handle press conferences or questions, zip lips please.

Let the opposition quarrel among themselves as they try to sort out how much UMNO gave to PAS, how much they paid to SR, who's the real leader of UMNO, Hassan, Zahid or Najib, when MCA will get out of BN after being shown the door and told to do so by UMNO.

You see, the more you focus on the opposition figures, you give them free publicity.
So let there be a deep freeze on what they say, what they do or their pointless accusations. Ignore clownish and thuggish behaviou, let them rot in their own dunghill.

Focus on the charges against Najib, etc., when they will appear and when they will be tried.
AGC and prosecution teams and lawyers, think, dream and breathe the charges and be well prepared!

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Rumaja Melayu diguna-gunakan oleh Sang Mappadulong ..atau remaja Melayu guna Bossku untuk jadi penyampai masalah yang mereka tengah depani ..masalah rakyat keseluruhan.

Kalau orang Briton bangga dengan Robin Hood ..Sang Perampok ..dalam masa yang sama personal ni menulong rakyat kebanyakan daripada kekejaman Raja yang kejam. Jadi salah kah remaja kita minta Najib jadi Robin Hood mereka ..

9 bulan dulu saya adalah antara Melayu yang terpukau dengan janji PH. Ketika itu siang-malam saya terbayangkan mulut dan bibir Rafizi dan Toni Phua yang saban hari ..siang-malam melafazkan " ..malam ini kita menang ..esok semua turun atau dihapuskan ..". Apa yang telah dijanjikan, tak perlu saya ceritakan disini ..semua Melayu tahu.

Ni dah 9 bulan ..janji-janji yang dijanjikan tinggal janji. PH berdolak-dalik. Yang dijadikan sasaran, orang melayu juga ..dikatakan Melayu malas, melayu suka meminta-minta, Melayu semua nak FREE.

NamaSamaran said...

Mudahnya Tuan cakap remaja Melayu keliling Bossku bodoh2.Bagaimana Tuan tahu mereka bodoh ? Dengan melihat saja kah? Jika benar mereka bodoh sekaipun ,itu hak mereka untuk mendampingi sesiapapun.Asalkan bukan jenayah .

NamaSamaran said...

Najib akan hadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan2 yang dikenakan.
Biar mahkamah tentukan bersalah atau tidak.Cuma Tuan jangan samakan Najib dengan Najis.Awas berkata2.Najib pun ada keluarga.

Ali said...

"Hidup Boosku" Allah percepatkan sikadio nie mampuih...

NamaSamaran said...

PH yang janji dalam kempen.Semua janji2 ada dalam buku Manifesto .Lepas PH Jadi kerajaan jawapnya Manifesto bukan kitab suci.
YB2 PH semasa Jadi Pembangkang penuh dengan idea nak pulihkan Negara,lepas menang Jadi YB kerajaan ternyata mereka hanya TONG KOSONG.

wansee c said...

Feeling squeamish at the sight of bossku in the Tube, let alone listening to his idiotic bosh. Right from the beginning, PH had underestimated his capability and made a terrible blunder for being too lenient and not quick on the draw to have a tight grip on him. That allowed him to fully use the time and space to wander up hill and down dale to get touched base with the people on the pretext to render them a service. Subsequently, the rhythm of momentum soared until it came to a full-force-boom that caught PH off guard.

For the past 9 months, PH was just too preoccupied in some nonsensical infighting, washing each other linen in the public, openly campaigning to overthrow Tun in the party poll, etc. which had provided more and more opportunities for bossku to venture further and gain confidence to make a comeback contemplation. The Malays, at the same time, had finally had enough earful of the PH ugliness and decided to turn the initial HOPE to NOPE, seething with frustration and so a void was created for bossku to fill in the bill at the perfect timing. That's it, I think.

Therefore, make haste to box him up and send to the slammer where he is supposed to be and ideal to fit for his standards as a world-class kleptomaniac. Lest more innocent Malay youngsters fall for his bad influences and being misguided and worse still, it may incur even greater disaster to the nation, someday in the future. So, back to the norm, it is the three strikes rule.

panglimo potaseh said...

Tok Kadir.

Orang fikiran singkat je yang percayakan DSN. Bagaimana pula dengan fikiran orang yang percayakan Rafizi dan Tony Phua ..yang kata malam ni kita menang esok tol hapus ..minyak jadi RM1.50 ..dan macam-macam janji lagi? ..singkat ke panjang?

KJ said...

Ko undi PH ke dulu yg nak meroyan pehal?

dt rahman pekan said...

Saya tlh pergi melawat PDM yg d tugas kan kpd rakan saya serta memberi sedikit sumbangan ikhlas. Mengikut nya amat sukar utk mendpt sokongan kaum melayu yg makin merosot. Mengikut bancian yg d buat olih sebuah badan kerajaan BN akan menang dgn majoriti 2000 undi.

Namun, ramalan saya ia lah PH masih bolih menang tapi dgn majoriti yg berkurangan. D najib factor masih memainkan peranan yg penting. Apa juga keputusan, PH /PBBM, wajib membuat post mortem yg transparent n proffesional.

Our roads r clogged during peak hrs. D strategy 2 divert vehicles n encourage usage of roads during off peak hrs is correct.

According 2 studies, it takes between 10yrs 2 20yrs 2 alter d culture of using public transport. London has been quite successful.
Our mass transport system is quite matured. Hence d govt must start wth strategies or we emulate d London success.May b 4 a start, we can introduce discounted fares during off peak hrs 4 our MRT n LRT networks.

as 4 najib,somebody must convince him not 2 behave 'mcm orang gila talak'. He shld instead concentrate on his defence 4 d coming court proceedings.

In d mean time somebody must make n effort 2 convince najib 2 make peace wth Tun while both r still alive. After all najib has been charged. So let d law take its course.

wallahu'allam.

Pengundi pekan said...

Sebenarnya si MO1 ni yang sudah terpengaruh dengan gaya hidup orang muda.

Waktu muda dia, umur awal 20an dah kena balik pekan kena jadi MP... umur lewat 20an kena jadi MB. Bila masa la nak rasa merempit masa muda..

Bila dah kena pencen dan kaya raya, baru lah dapat merasa jadi orang muda.
#boss apa nak malu, belum masuk sg buluh pun lagi.

Hud Hud said...

Manusia ni dikuasai oleh emosi dan juga fikiran. Saya berpendapat orang melayu ni secara umumnya lebeh dikuasai emosi dari fikiran mereka. Ertinya, bila mereka membuat sesuatu keputusan, ia biasanya diputuskan dulu oleh apa yg mereka rasa. Selepas tu baru lah mereka membuat justifikasi dengan akal fikiran.

Olih itu mereka ni mudah ditipu dengan memanipulasi perasaan dan emosi mereka. Macam2 cara boleh buat. Membangkitkan perasaan marah, takut, melalui isu2 kaum dan ugama. Atau membangkitkan rasa simpati mereka dengan cerita2 telah dianiaya, difitnah.

Din Beramboi said...

Berkali-kali orang tua ini (Datuk A Kadir Jasin) menghamburkan kata-kata Datuk Seri Najib Razak akan di tangkap, dipasung ke dalam penjara — makhluk yang melakukan jenayah walaupun Si Makhluk seorang pemimpin — pemimpin pun memang wajib dipasung di dalam penjara.

Okay! Sekarang ini penjara semakin dekat kepada Najib — den tidak menyangkal perkara ini!

Jikalau sampai PRU15 Najib tidak juga terpasung di dalam penjara — bermakna Peguam Negara hanya tahu menari dan menari dan menari untuk memeriahkan masjlis gerombolan perkumpulan peguam — mudah kata, peguam negara ini hanya memikirkan hurrah-hooray mabuk bertodi-todi, bertandak menari — tidak mustahil penjenayah (pemimpin pecah amanah) boleh terlepas.

Simpan sekejap kisah Najib ini ke dalam folder "Penjara sedang menanti".

Sedar atau tidak, sekarang ini gerombolan Pakatan Harapan tidak menyelesaikan masalah rakyat!?

Masalah apa yang tidak diselesaikan oleh gerombolan Pakatan Harapan hingga masalah ini begitu pejal seperti buntut tonggek Si Janda Nurul Izzah — menghempap rakyat?

Jawapan paling mudah untuk jawab soalan di atas hingga makcik pakcik FELDA Taib Andak faham ialah "Kos sara hidup — gila babi — meningkat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan!"

Sebelum gerombolan Pakatan Harapan mentadbir negara (sebelum PRU14, 9 May 2018) — bermacam-macam janji terhambur dari mulut bangkai pemimpin Pakatan Harapan — lihatlah video-video janji mulut berbau bangkai seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, janda Nurul Izzah, dan ramai lagi.

Terbukti, janji mulut berbau bangkai mereka memang teramat busuk seperti bangkai babi.

Ayat yang den tulis ini memang kasar — memang den kena tulis kasar kerana janji Pakatan Harapan (PH) semuanya kata-kata palsu, manifesto PH memang besar punya tipu, hubaya-hubaya pemimin PH memang hancing punya kencing.

Sesudah PRU14, dan kini (2 Mar 2019) rakyat menyedari gerombolan Pakatan Harapan memang tidak menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat.

Tup tup tup penyokong gerombolan Pakatan Harapan kelihatan sedang seronok seperti sedang gila punya babi mabuk bertodi-todi — gian menghentam Najib.

Woi! Penjara sedang menantikan kedatangan Najib — tak perlu meloncat-loncat menghentam Najib kerana anak kepada Tun Abdul Razak ini bukan lagi Perdana Menteri Malaysia malah, sudah berbakul-bakul tuduhan pecah amanah dihadapi oleh Najib.

Nampaknya gerombolan Pakatan Harapan tetap gian menghentam Najib — sedangkan makcik pakcik di FELDA geram melihat kemabukan bertodi-todi semua pemimpin PH, penyokong PH, juak-juak Anwar Ibrahim Sup Liwat Buntut, tidak henti-henti menghentam Najib.

Woi! PH! Selesaikanlah masalah rakyat (kos sara hidup yang meningkat) — setakat keseronokan menghentam Najib ini — bagilah kemabukan menghentam Najib ini kepada wartawan TV3, Astro Awani, Bernama, dan bermacam-macam wartawan lagi.

Tugas lebih afdal pemimpin PH adalah menyelesaikan masalah rakyat bukan gian menghentam Najib — celaka kaw PH!

Who's the boss? said...

Datuk,
having a good laugh, what's sauce for the goose is sauce for the gander:
the caption, “Siapa boss? Aku lah boss. Ingat Najib ke? (Who is the boss? I am the boss. Thought it’s Najib?)

Irrespective who put it up, UMNO or PH, this caps the "malu bosku" made infamous by the infamous Najib.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Alhamdulillah. Keputusan tak rasmi kata kalah lagi Pakatan Harapan (PH) utk kali kedua berturut-turut. Jadi, Dato’ boleh agaklah utk PRK selepas ni, kalau sesuatu kawasan majority > 65% Melayu, kalahlah PH nampaknya. Masalahnya, majority pecahan pengundi di kawasan parlimen Malaysia adalah seperti di atas. Maknanya, kerajaan sepenggal PH semakin menjadi kenyataan lah ye. Hehehe………

Maksudnya apa? Maksudnya orang Melayu dah kembali ke UMNO dan mula menyampah dengan PH. Izinkan saya memberi sedikit pencerahan dari kaca mata orang Melayu ye.

Pertama. Saya dah kata berkali-kali cukuplah serang Najib. Tapi Dato’ degil sangat macam dulu jugak, tak nak dengar kata langsung. Orang Melayu ni berhati mulia dan tidak suka terus menerus memalukan orang macam saya kata dululah Dato’ (terutama orang yang dah jatuh pun.). Kedua, orang Melayu juga perlukan pemimpin yg lantang bukannya Armanja berhati tisu. Ini DAP kutuk Tun Mahathir pun, bukan sahaja ketua pemuda Armanjanya senyap bisu, Dato’ sendiri yg sepatutnya sebagai mentor pun kecut nak bela. Bila nak lepas tangan, Dato’ kata itu hak demokrasi, jadi DAP boleh kata macam tu. Pening !!!! Pening !!!!!! nak masuk politik sangat. Terpaksalah PAS masuk campur bela Tun Mahathir sbb pemimpin dlm Bersatu tak boleh harap……. Ketiga, Tun Mahathir pun satu. Sebelum tu, pusing keliling dunia eksyen bukan main lagi, bising pasal tak bagi atlet paralempik Israel nak bertanding di Sarawak. Orang cacat pun Tun buat macam tu ?????? Tapi Allah balas cash. Sekali, bila orang kafir Malaysia hina Rasullullah sendiri, Tun buat-buat senyap je, tak berbunyi langsung. Aduh !!!!!!

Akhir kata, saya cakap je ni apa yg orang Melayu pendamkan dalam hati terhadap Tun, Dato’ Kadir, Armanja, Armada dan PH. Jangan marah pulak ye. Sekian TQ.

Menteri Kewayangan said...

Harapan telah kalah di Semenyih.

Tanda-tanda Harapan tidak akan bertahan selama satu penggal kerana sudah ditolak oleh rakyat.

Unknown said...

Assalam,
Sebenarnya rakyat tua Dan muda sudah bijak berpolitik yg dilakonkan oleh kerajaan dula Dan sekarang. Kerajaan PH hanya perlu jalankan t/jawab dengan baik semua amanah yg telah diberi. Kejayaan akan menjawab tuduhan tanpa perlu menuding jari siapa cerdik atau sebaliknya. Jangan dilabel orang memenangkan PH sebaliknya pandang kabinet yg dilantik. Rakyat mahukan yg boleh bekerja mewakili mereka.

Manunggal Jati said...

Sampaikan Pesanan Hamba pada Tun M..
Umno memiliki penyokongnya tersendiri..
PAS memiliki penyokongnya tersendiri..
Gabungan UMNO PAS sangat kuat kerana sentimen Bangsa Melayu dan Agama Islam..
Apabila Sentimen Melayu Dan Islam bergabung seperti sebelum Kemerdekaan Tanah Melayu tidak ada pakatan lain yang mampu mengalahkan mereka.
Buktinya sudah 2 kali PH tewas kerana ditolak oleh Rakyat.
Undi yang sebelum ini dimiliki oleh PH telah beralih arah kepada Pakatan Umno Pas..
Strategi PH menanam kebencian kepada UMNO dan PAS memakan diri sendiri..
PH dilihat sebagai Pakatan Anti Melayu, Anti Islam, Pro DAP..

Sudah tiba masanya untuk Tun M membuat Pakatan baru kerana PH telah gagal meraih sokongan majoriti masyarakat Melayu dan Islam.

Selain itu ada gerakan sabotaj dalam PH sendiri yang menyebabkan PH semakin lemah. Puncanya kerana ada Team yang ingin merebut jawatan PM sebelum tiba masanya..

Nasihat saya kepada Tun M jangan lagi menanam kebencian kepada UMNO dan PAS..
Sebaliknya pendekatan kasih sayang kepada UMNO dan PAS perlu diambil untuk kembali meraih sokongan masyarakat melayu islam..
Pakatan Baru Tun M perlu dibentuk demi penyatuan Ummah masyarakat Tanah Melayu
Rundingan sebaiknya dibuat secara sulit dan tertutup bersama..
1) Team Azmin - PKR
2) Team Hishamuddin Tok Mat - Umno
3) Team Najib - Malu Apa Bossku
4) Team H.Hadi - PAS
5) Beberapa MP DAP yang mampu bekerja sebagai Menteri diperlukan untuk meraih sokongan sebahagian masyarakat Cina dan India. Mereka perlu disaring serta bebas dari isu penyelewengan kuasa, bebas isu anti-melayu, bebas isu anti-islam (Team Anthony Loke & Team Gobind Deo - DAP)

Rombakan Kabinet Tun M merangkumi Pakatan Baru Tun M perlu dilakukan segera seperti Serangan Subuh di Kota London pada tahun 1981 (Dawn Raid Guthrie)

AkuMelayu said...

Nak ajar sikit dan beri contoh kpd Fake Accountant PH dan rakan sekutu apa maksud “toll free”.
Toll free maksud nya tidak perlu bayar satu sen pun.
Contoh seperti toll Batu 3 Shah Alam dan toll Sungai Rasau Klang yang dimansuhkan oleh Datuk Mappadulung BossKu (Datuk Bugis kesayangan DAKJ).

Hakimi Abdul Jabar said...

The Facts Are Simple. Winning A Few By-Elections Does Not Absolve Individuals From Criminal Offences They Are Charged With in Criminal Courts Nor Does That Mean They Are Given Acquittals. As a lawyer, I look forward to the determination of those criminal trials & many more!

Yg bosan said...

Sebenarnya rakyat x kisah pun dgn si najib. Kita semua dah pakat jatuhkan beliau dln pru14 lalu. Pada hemat saya umno dan kerajaan pernah di'hijack' oleh puak mamak spt azeez rahim, mohd nor yaakub, ali hamsa dan irean sariger. Mereka2.ini sepatutnya hanya sesuai utk parti kimma saja bkn umno. Alhamdulillah skrg mereka ini sudah tidak lagi aktif. Dan kita tlh beri mandat pada PH utk memerintah. Kita pun minta d percepatkan pendakwaan ke atas najib dan sekutunya. Jika beliau bersalah, beliau patut terima apa saja hukumannya. Namun, PH skrg bkn main angkuh dgn rakyat. Rakyat melihat segala janji x ditepati. Penyokong2 dap bkn main angkuh mempersendakan melayu, islam dan raja2.malayu tanpa d ambil tindakan.Kematiqn adib d lihat spt x ada pembelaan. Inquest pada rakyat hanya membuang masa. Akhirnya, kesimpulan adib meninggal kerana dipukul dan d tendang namun inquest x dapat mengenal pasti siapa perlakunya.Kes menghina rasulllah, si penyokong dap tu rasanya akan cuma disuruh membayar denda RM 1k dan dikecualikan dari penjara atas alasan umur dan kesihatan saja. X percaya? Tunggu dan lihat. Sekarang ini rakyat dah muak dgn segala alasan PH. Sudah sampai masanya umat melayu islam kembali bersatu. Sudah tentu ph/dap tidak suka kalau ini berlaku. Pada merela cuma tsunami china saja yg baik untuk mereka. Penyatuan melayu islam hanyalah mimpi ngeri pada mereka.Kita pernah membuang bn dari tampuk pemerintahan dan kita tidak takut untuk melakukannya sekali lagi untuk menjatuhkan ph. Kepada penyokong2.ph/dap, saya sarankan teruslah menghina agama islam, bangsa melayu dan raja2 melayu. Kita nantikan kebangkitan tsunami melayu tidak lama lagi. Setelah semenyih, jgn pula terkejut, bn sekali lagi akan mng d rantau. In syaAllah.

Azahari Ahmad said...

Janji PH bukan sebab utama PH ditolak rakyat tetapi rakyat muak dan marah dengan sikap menteri menteri yang bongkak melaksanakan polisi menekan rakyat.Sebalik menteri menteri PH gagal menurunkan kos sara hidup,gagal membawa masuk pelaburan asing untuk mengujud peluang pekerjaan,gagal membawa lebih ramai pelancong,gagal mendakwa ahli ahli dan menteri menteri umno yang jelas rasuah dan salah guna kuasa,gagal meningkat mutu perkhidmatan yang diketahui umum penuh dgn birokrasi tidak efisien langsung tiada sikap peduli atau sempati pd rakyat. Larangan merokok di premis makanan yg terbuka, menambah kamera AES dengan kenyataan menteri pengangkutan dengan penuh kesombongan 'I DON'T CARE',sikap Anwar Ibarahim yg gelojoh untuk menjadi PM antara menyebabkan rakyat drp menyongkok kpd membenci PH.

Abitpusher said...

Agak2 apa la modal PH nak mainkan utk PRU 15 nnti. Modal Najib 1mdb dah basi dah.

Ayah said...

PH gagal menunaikan janji ekonomi dan jaga kepentingan melayu islam... ph allowed najib to take advantange on this opportunity... if u performing well, nobody will care bout najib... move on lah PH... busuk dr rumah sendiri cuci dulu..

Kasim Patalon said...

Realiti tidak pernah menipu.

Hakikatnya kemenangan PH di PRU yang lepas masih lagi diragui.
Sentimen kebencian ke atas Najib tidak mampu mengubah undi bumiputera, mengubah persepsi, ya.
Perpecahan undi bumiputera mencorakkan segala-galanya.


Sekarang, apabila pilihanraya dilakukan secara jujur dan adil, terserlah sebenarnya undi orang Melayu sukar hendak berubah banyak.

Faktor keangkuhan dan keengganan pemimpin PH untuk bekerjasama dengan civil service seperti yg didakwa Tun Daim, pengagihan bajet secara tidak adil kepada kawasan kerajaan memerintah, dan kenyataan yang mempersoal hak bumiputera, dan Islam.






SNJ said...

Satu saja saya nak komen . Mendalami lah bab akidah kerana dgn nya akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Dlm keadaan kerajaan yg di belakangnya DAP , Datuk masih tidak nampak lagi sedikit demi sedikit islam semakin dinperkecilkan. Orang orang melayu islam yg semakin hari semakin terpinggir oleh strategi yg dimainkan oleh DAP dan disokong oleh org yg tak nampak apa yg tersirat spt Dato.
Tulislah artikel yg dapat membantu org islam bersatu supaya mungkin dgn artikel itu menjadi satu amal jariah utk Dato di alam barkzah nanti. Bukan nya artikel yg akan menjadi dosa berterusan yg akan dipikul oleh Dato di sana nanti.

Saman Md said...

Slm Panglimo. Istighfar.. Sy sngaja tak mo sentuh ttg rafizi atau siapa lain. Tuan boleh baca semula komen sy. Tq

Subhan Gong Badak said...

Ini ker standard perangai penyokong Tun? Tak pelik.

Subhan Gong Badak said...

Errr cuba Datuk jawab hujah yg sihat ni.

Subhan Gong Badak said...

Masalahnya, dalam team Bersatu ada kelompok liberal. Mereka ini 10 peratus atau lebih sahaja dalam masyarakat melayu.

Dan mereka ini mempunyai status sosial yg tinggi. Kelompok ini loya dengan orang2 yg mereka gelar jumud. Mereka keji orang yg memakai kopiah. Sebab dimata mereka, golongan bawahan ini mundur dan tak sudi ke depan.

Itu hujah lemah kelompok minoriti melayu liberal. Tapi mereka ini lupa bahawa 90 peratus melayu yg lain juga punya hak.

Sorely disappointed said...

Datuk,
I would like to remind the Communications & Multimedia Minister Gobind Singh of his promise to provide unifi services to replace streamyx wifi as soon as possible at lower or same cost.
What is happening with this?
We have queues of streamyxwifi customers having to line up and wait for months to get free upgrades because available slots were already taken up by new or existing customers.
Am also a victim of his promise. My road has a box for 8 slots only, and although this could have been extended to 10 or more slots, I was told by TM they are waiting for their planning to get approval for the additions. In the meantime we are told to wait.

No need to publicise that his Ministry has successfully brought down broadband prices,
did Gobind also state how many existing customers signed up and are still on the waiting list?
So Gobind get the additional slots for us, cut down the waiting time.

Aldeenor said...

This is the BERSATU of Tun M...

"From “frogs recruiting” to “fake degree” to “flying cars”, Mahathir government has been pressing all the wrong buttons. The fact that leaders with fake degree are being protected like endangered species, instead of getting punished, goes to show the lack of quality leaders within the premier’s own party. It was quite shameful that Johor Chief Minister Osman Sapian was dishonest about his education credential."

PAS dengan fatwa menipu is ok, UMNO corrupted klepto-penyamun and BERSATU obvious lack of integrity and honesty, apa lagi yang left ngan maruah Melayu Islam kita? *sigh*

This is perfect untuk you guys...👍


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. *Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.* Mereka itulah orang-orang yang lalai."

( Al-A'raaf : 179)

Mereka tidak dapat memanfaatkan mata, telinga dan akal sehingga mensia-siakan hidayah Allah. Keadaan mereka seperti binatang bahkan lebih buruk daripada binatang, kerana binatang tidak mempunyai akal dan upaya fikir untuk mengolah kesan penglihatan dan pendengaran mereka. Binatang hanya mewujudkan persepsi atau reaksi terhadap dunia luar secara naluri dan bertujuan hanyalah untuk meneruskan hidup [survival]. Betapa hinanya manusia yang menjadi seperti binatang ini dan menjadi hamba kepada hawa nafsu, malah mereka lebih rendah nilai kerana tidak mampu menggunakan kelebihan akal dan hati.

Afala ta'qilun?
Afala tubsirun?

Hang Jebat II said...

Dato', negara yg maju bukanlah hny pd pemimpinnya semata ttpi rkyat seluruhnya.

Sering kedengaran teguran kpd pmimpin tp krg kpd rakyat.

Klu kita perhati skliling kita,msih nmpk gejala yg dilakukan oleh rkyt yg dewasa spt:

Buang smph merata2, bw ank2 naik kndraan smbil langgar peraturan lampu isyarat, rmh ada porch tp parking kreta2 di luar porch sehingga menyusahkn jiran lain mencari parkir, tolong kwn atau mnta tlg kwn punch kad, dll.

Renung2kan...

MeteorX said...

the current government is so stupid..even the governemmt staff is fed up with all the stupodoty decisions mada by this pakatoons

budak jawa said...

Setuju. Rakyat yang sebegini, inilah pemimpin yang layak bagi kita semua.

Unknown said...

Bodoh punya PH.Yang korang pi mansuh GST tu apahal..kalau dapat kurang harga barang tak pa la juga..sekarang pendapatan korang dah kurang..abeh aset kerajaan korang jual..ekuiti orang melayu jugalah jadi mangsa.

Unknown said...

Tuan je yg mulia dan pandai

Unknown said...

Yelah remaja melayu bodoh, tuan jer yg pandai..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).