Friday, July 12, 2019

Menara Gading Jangan Partisan, Defensif dan Eksklusif


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Sang Dewata Menara Gading harus profesional dan sedia dicabar
MOHON baca dan fahami perenggan di bawah:

“Berkenaan pensyarah yang menuduh kerajaan PH jual RM20 bilion aset negara dalam masa 400 hari itu, nama yang dia pakai adalah Abdul Muein Abadi. Dia dakwa dia pensyarah program Sains Politik UKM.

Rencananya yang bertajuk “Eksklusif: 400 hari PH jual lebih RM20 bilion aset negara” itu disiarkan, antara lain, oleh portal politik Umno-Online. Maaf cakaplah rasa macam ada konspirasi.

Naib Canselor UKM ni nama dia Prof. Ir. Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor. Dia ni lantikan zaman kerajaan PH oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Punyalah baik kerajaan PH dan si Maszlee ni maka turut dilantiknya bekas menteri kabinet Najib, Tan Sri Abdul Wahid Omar, untuk jadi pengerusi lembaga pengarah UKM.

Jadi saya mintalah Maszlee bagi penjelasan dan pencerahan kalau dia baca blog kita ini. Takut-takut kita ni jadi mangsa mainan kayu tiga oleh "the deep state".”

Inilah saja ulasan saya yang menyebut nama pensyarah UKM itu dan keterlibatan langsung dan tidak langsung Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, Naib Canselor UKM, Prof. Ir. Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor, dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar, dalam apa yang saya sifatkan sebagai mainan kayu tiga “the deep state” itu.

Adakah saranan yang berbunyi “jadi saya mintalah Maszlee bagi penjelasan dan pencerahan kalau dia baca blog kita ini. Takut-takut kita ni jadi mangsa mainan kayu tiga oleh "the deep state" itu" berupa percubaan mengawal dan menyekat kebebasan akademik?

Saya hanya minta Maszlee memberi penjelasan dan pencerahan. Ini hak saya kerana Maszlee adalah menteri kabinet PH dan dari parti saya (Bersatu) pula. Takkan tegur menteri pun jadi masalah besar, apatah lagi menteri setahun jagung?

Ekoran daripada itu, saya juga menampalkan komen berikut dalam Facebook saya yang berbunyi:

Thank you for visiting my Facebook and for commenting even though you disagree with me voluntarily or because you're paid to disagree with me.

Further to the incorrect assertion by a UKM lecturer that the PH government had sold RM20 billion worth of assets in the last 400 days, let me enlighten him and his UKM bosses on the issue.

Khazanah in particular has undertaken divestments every year, not just recently.

For example, over the period from 2009 to 2017 under the previous government, Khazanah made 80 divestments amounting to RM45.3 billion.

In 2018, Khazanah’s divestments amounted to approximately RM3.8 billion - lower than most years before that.

Details are as follows:

2009 RM3.108billion
2010 RM6.2 billion
2011 RM7.7 billion
2012 RM4.8 billion
2013 RM1.5 billion
2014 RM5.6 billion
2015 RM5.3 billion
2016 RM4.7 billion
2017 RM6.4 billion.


Total value of the 80 divestments was RM45.308 billion.

Thank you.”

Itu saja yang saya kata tentang pensyarah UKM ini walaupun saya dimaklumkan beliau adalah seorang yang berparti (partisan) dan kini berada di Belanda kerana belajar ijazah doktor falsafah.

Reaksi Menara Gading

Alhamdulillah, komen saya itu nampaknya telah menggoncangkan dunia akademik sektor awam. Tidak tahulah saya sama ada mereka terjaga daripada tidur atau lamunan.

Dengan dikepalai oleh Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), mereka bangun menjawab, menyanggah dan mengutuk hujah ringkas saya itu.

Imaginasi mereka dan penyokong mereka menjadi begitu subur dan sensasi sehingga membuat kesimpulan bahawa saya cuba mengawal dan menyekat kebebasan akademik.

Saya sedikit pun tidak berminat menyekat kebebasan sesiapa asalkan orang atau pihak berkenaan berani memperkenalkan diri kerana dalam dunia yang dipacu oleh media sosial sekarang terlalu ramai pondan, darai dan kembiri yang baling batu sembunyi tangan.

Bagi diri saya, apa yang saya lakukan adalah sekadar memanfaatkan hak saya sebagai wartawan dan anggota masyarakat Malaysia Baru untuk bersuara.

Saya sekadar mempertikaikan motif dan tujuan tersirat pihak-pihak yang saya sebutkan itu sambil mempertahankan kerajaan daripada perbuatan putar-belit fakta dengan berselindung di sebalik kebebasan intelektual.


Sebagai seorang yang rendah pendidikan akademik – setakat sijil kewartawanan saja - saya banyak belajar dan mendapat faedah daripada para cendekiawan tulen. Saya katakan tulen, bukan kangkung.

Dalam debat ini pun saya mendapat faedah besar, misalnya daripada pemikir muda Wan Ahmad Fayhsal yang membalas tulisan Abdul Muein secara waras, akademik dan berfakta.

Adakah semudah itu mereka menuduh saya cuba mengawal dan menyekat kebebasan akademik semata-mata dengan mempersoalkan tulisan seorang pensyarah?

Adakah menara gading kita sudah menjadi begitu kurang keyakinan diri, defensif dan eksklusif sehingga tidak boleh dicuit barang sedikit pun?

Atau berasa bahawa kecendekiawanan dan kebebasan berartikulasi adalah monopoli mereka dan pemberita cabuk macam saya hanya layak menulis mengenai kes curi ayam?

Untuk apa saya membelanjakan sejumlah wang yang banyak dari kocek saya sendiri untuk menghantar empat orang anak saya (setakat ini) untuk belajar di luar negara kalau tujuan saya adalah untuk mengawal dan menyekat kebebasan akademik dan kecendekiawanan?

Mungkin Saya Silap

Tetapi mungkin saya silap. Boleh jadi kita bukan lagi berada dalam era kecendekiawanan yang dipelopori oleh gergasi seperti Profesor Diraja Ungku Aziz, Almarhum Tan Sri Basir Ismail, Mendiang Tan Sri Khoo Kay Kim, Tan Sri Rashdan Baba dan Almarhum Datuk Dr Ungku Omar Ahmad.

Sebagai wartawan, saya mendapat manfaat besar mendampingi mereka dan kontemporari mereka. Generasi mereka menghargai kepelbagaian pengalaman dan percambahan media.

Pengarang dan wartawan sering dijemput menyertai debat dan dialog universiti manakala media massa pula menggunakan keintelektualan menara gading bagi menaikkan martabat ilmu dalam penerbitan masing-masing.

Ketika saya menjadi Pengarang Kumpulan Berita Harian (1986-88) akhbar Berita Harian ada kolum mingguan bernama “Ruangan Rabu” yang diwujudkan khas bagi menyiarkan tulisan cendekiawan universiti.

Tetapi sekiranya reaksi Gerak dan sekutu mereka terhadap tulisan saya mencerminkan “mindset” kakitangan akademik institusi pengajian tinggi, khususnya IPTA, saya CADANGKAN agar kerajaan tubuhkan sebuah suruhanjaya bebas penambahbaikan pendidikan tinggi negara.

Dalam konteks itu juga saya mohon kerajaan memikirkan kebaikan memecahkan Kementerian Pendidikan dengan menghidupkan semula Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya juga mengambil maklum bahawa dalam siaran Facebooknya, pensyarah Abdul Muein memaklumkan yang dia telah “diarahkan untuk tidak lagi menulis tentang sebarang isu politik yang sensitif.”

Kenyataan itu membuktikan bahawa dia memang menulis mengenai politik. Itu keputusan universiti.

Saya tidak kata tidak boleh tulis isu politik. Yang saya timbulkan ialah saya nampak macam ada unsur konspirasi dalam rencana yang dia tulis dan disiarkan oleh portal politik Umno-Online.

Kalau saya hendak mengawal dan menyekat kebebasan bersuara, tentulah saya tidak membuka ruang komen dalam blog ini dan menyiarkan komen yang membelasah saya dan kerajaan.


Wallahuaklam. Terima kasih.

11 comments:

Unknown said...

Sebagai warganegara Malaysia Pensyarah atau guru boleh sokong mana mana parti politik yang mereka mahu. Tiada undang undang yang menyatakan mereka tidak boleh keluar kenyataan menyokong atau tidak menyokong mana mana pihak. Kalau lah apa yang di tulis oleh pensyarah tersebut adalah fitnah sepert yang kamu "tweet" kenapa tak saman aja pensayarah tu?

wansee c said...

Uuuooo...Tok Kadir, you sound agitated. Foaming at the mouth just because of a kangkong tepi longkang UKM is pointless and a waste of oomph. It is, in my opinion, a storm in a teacup. To cheer yourself up, I suggest, go stir-fry (fire) the kangkong with some Maszlee margarine. Then devour the fusion dish however you want it. Be happy, satisfied and let go. Or perhaps, PH government should mull over to sue him for misinforming the public with a distortion of facts, just to nip in the bud from any probable recurrence of the sort which may taint the image of PH in the future.

Happy 93th Birthday to Tun Siti Hasmah. May Tun Siti be always in fine fettle as Tun M needs her as much as the rakyat need him to steer the nation into the right direction of recovery and ride out the storm to eventually prevail as a prosperous and peaceful country. That will need another 4 years to accomplish, I presume. May Allah bless both Tun good health and longevity...

Otai... said...

Divestment bukan jual asset yg berkualiti tinggi.

rosideen said...

dah pencen u pun masih cakap saya professor dr ... boleh perasaan dia bila di kritik..

Ronimza said...

Salam Datuk.bolih nak partisan.cuma kena sokong PH & Tun M.selain daripada itu dilarang keras.Dalam Malaysia Baru memang ini cara nya.

Yg bosan said...

Maaf dato .saya sidetrack sikit from this discussion. Saya baca dgn penuh minat kenyataan terbaru kpn..yg bermaksud polis sedang mengenal pasti perancang penyebaran video seks songsang didakwa pemimpin2 no 2 parti pkr. Saya Tak tahu lah samada saya nk gelak ka atau saya nak nangis dato? Kpn Ni dulu hebat sgt kununnya nk menegakkan kebenaran. Sekarang dah lain jadinya. Rakyat bukan berminat nak tahu dalang penyebaran video tersebut. Rakyat nak tahu samada benar pelakonnya tu adalah seperti Mana yg didakwa oleh saudara Haziq. Susah sangat ke dato nak mengesahkan ketulenan video tersebut? Pls ask the kpn not to play politics and start to act one as a top cop for God sake.

pemikir said...

Hentam saja la Labu.. bukan nak kena buang kerja pun. Sokong Kjaan atau Pembangkang kini tiada tekanan.

Lee Watts said...

One thing that everyone will agree is that Datuk AKJ is one of the very few bloggers who allow all sorts of different comments to be posted at his blog. Including those that attack him!

I'm very surprised by this open-mindedness and bravery. So unlike those hypocrites and cowards of various parties who talk a lot about "freedom of speech". But they will never publish comments that contradict their opinions. Claiming these 'are abusive' etc. when in fact they cannot counter.

I don't agree with many things that Datuk AKJ says. And I also loath his boss, Mahathir. But when it comes to allowing others to express themselves, this blog is exemplary.

awas said...

one of them is OSTB THE COWARD.

SUZALIE said...

Bukan kekang kebebsan mahupun penulisan org, tapi kita ada tanggungjawab membetulkan jika ada salah. Itu kerja org bertanggung jawab, jauh beza dgn tulisan tidak bertanggunjawap, menulis tanpa fakta dan fitnah.

Lee Watts said...

That Syed guy? I haven't been to his blog for ages. Didn't know he blocks others! That's cowardly.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).