Friday, August 16, 2019

Kerja Bodoh Bergaduh Kerana Zakir Naik


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Penceramah import: Adakah orang agama kita lekeh sangat?
ORANG Melayu dulu mungkin tidak berapa cerdik sebab serba kekurangan. Kurang makan, kurang kesihatan dan kurang pelajaran.

Mereka makan ubi kayu dengan sambal belacan dan ikan salai apabila keputusan beras.

Mereka berubat cara kampung dengan ramuan herba, serapah dan jampi.

Mereka mengaji (belajar) di sekolah rakyat, pondok dan madrasah yang ajar hal dunia dan akhirat.

Mereka berfikiran terbuka dan sering berlapang dada. Mereka tidak jaga tepi kain orang (kecuali kalau kain jemaah kotor terkena lumpur waktu masuk masjid).

Dengan belajar dan memerhati alam sekeliling, mereka menjadi pandai.
Maka mereka berjaya tinggalkan kepada kita banyak kebijaksanaan, contoh dan teladan.

Kepada mereka, orang yang berfikiran cetek dan selalu susahkan diri sendiri, mereka kata tidak ada beban batu digalas.

Tentulah lagi bodoh orang yang sudah pun ada beban tetapi cari beban baru atau ambil alih beban orang lain. Kerja macam ini bolehlah kita kata, galas biawak hidup.

Nampaknya inilah yang sedang berlaku. Kita sudah banyak beban sendiri tapi kita galas juga beban yang orang lain tinggalkan – macam beban kehadiran penceramah warganegara India Zakir Naik.

Kita pun tahu, di India orang Hindu bunuh orang Islam dan orang Islam bunuh orang Hindu adalah perkara biasa. Hasutan agama dianggap sebahagian daripada amalan demokrasi.

Kita di Malaysia lain. Kita hormat agama dan kepercayaan satu sama lain.

Jangkitan

Jadi Maaf cakaplah kalau saya kata bahas melampau mengenai pelbagai isu sampingan telah menyebabkan masyarakat kita menjadi radikal dan semakin berbau perkauman.

Saya gembira mendengar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 15 Ogos, yang kerajaan sedang bertindak tegas ke atas orang yang terbabit menyebabkan ketegangan  ini.

Begitu juga dengan kenyataan bersama pada hari yang sama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Bersatu, Muhyiddin, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, mengenai hal yang sama.

Adalah amat berbahaya dan merugikan apabila seorang Tan Sri sanggup membuat kenyataan yang menafikan sumbangan anggota angkatan tentera.

Dia sudah dikutuk dan telah memohon maaf. Tetapi saya rasa adalah wajar gelaran beliau ditarik balik oleh kerana Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan gelaran tersebut adalah juga pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Cukuplah bahas rentang khat. Maaf cakaplah kalau saya kata ia tidak akan membawa ke mana-mana. Apa maknanya khat kalau penguasaan tulisan dan bacaan jawi umpama reput atas jalan - hidup segam mati tak mahu?

Mungkin Menteri Pendidikan kita ini genius sampai kita yang berintelek biasa ini tak faham tindak-tanduk dia. Tapi bagi saya, yang lebih membimbangkan bukan nak belajar atau tidak nak belajar khat.

Yang lebih membimbangkan ialah mutu pendidikan kita yang tidak menyerlah dan kegagalan dasar dwi-bahasa. Hari ini penguasaan bahasa Inggeris lemah dan penguasaan bahasa Melayu tidak kuat.

Agamawan Import

Berbalik kepada isu pendakwah asing, saya harap pihak berkuasa lebih teliti dan ketat mengenai kemasukan mereka tidak kira apa agama atau kepercayaan mereka.

Kita kena ingat bukan orang Islam saja import penceramah agama. Agama-agama lain pun buat juga. Jadi tidaklah adil kita tumpukan kepada Zakir Naik atau Islam saja.

Saya cukup hairan pasal apa kita gila sangat nak import penceramah macam Zakir Naik ini? Adakah ini bermakna sistem pendidikan Islam kita gagal dan ilmuwan Islam kita hambar?

Justeru itu saya cadangkan pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen kaji balik dasar kemasukan pendakwah, paderi dan sami asing dan pantau kegiatan mereka dengan lebih teliti.

Mana-mana yang didapati melanggar syarat kemasukan, khususnya membahayakan ketenteraman awam, wajib dikenakan tindakan termasuk diusir keluar.

Dalam konteks ini saya faham dan bersimpati dengan anggota Kabinet, termasuk orang muda yang sentiasa saya doakan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mahu Zakir Naik dikeluarkan daripada negara kita.

Kalau Zakir Naik ini sehebat yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak, saya yakin dia tidak akan menghadapi apa-apa bahaya jika dia balik ke negara asalnya atau dia boleh pergi ke mana-mana negara sekali pun.

Dia boleh pergi ke salah sebuah negara Islam yang seratus peratus Islam macam Arab Saudi supaya dia boleh bebas berdakwah tanpa menghasut mana-mana pihak.

Atau dia boleh pergi ke negara bukan Islam macam Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara Kesatuan Eropah di mana syiar Islam sedang berkembang dengan pesat.

Tidak payahlah kita dalam Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri dan berpecah-belah kerana isu Zakir Naik ini kerana dia bukan ciptaan kita pun. Dia dibawa masuk dan, khabarnya, dibagi taraf pemastautin tetap pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

Saya rasa orang Islam Malaysia sekarang pecah-belah bukan kerana politik saja tetapi juga kerana dogma agama yang di bawa balik oleh penuntut kita yang belajar di negara-negara gagal (failed states) dan oleh pendakwah asing dari negara-negara Islam yang gagal.

Sekali lagi saya merayu. Cukuplah kita membazirkan masa ke atas perkara-perkasa remeh-temeh dan melayan idealisme songsang dan pemikiran tidak rasional.

Maaf cakaplah kalau saya kata, cara sesetengah orang kita mempertahankan Zakir Naik ini seolah-olah dia seorang lebih penting daripada berjuta orang peneroka Felda, pekebun kecil Felcra, penanam padi, nelayan dan penduduk PPRT.

Kerja bodoh; kera di hutan disusukan anak di rumah mati kebuluran.

Wallahuaklam.

52 comments:

Manora Pokok Sena said...

Setuju Dato. Masaalah orang kita ni, mereka tak yakin dgn agama sendiri. Mai seorang dua yang boleh bandingkan dan kupas perbedzaan agama kita dengan agama lain, maka berkerumunlah kita kepadanya. Takkan kita tidak belajaq dari pendakwah pembanding agama dulu dari Afrika Selatan. Terakhir dia berdakwah di padang kelab selangor berdepan dgn mereka yg minum arak. Dia tak sensitif walaupun diminat berhenti. Yg banyak memberi masalah ialah pendokong pendakwah ini yg membuka ruang yg luas. Ruang utk apa, ruang pepecahan sesama kita. Saya biasa ke India, selatan dan dan utara. Selisih bahu shj depa nak bergaduh Hindu dan Islam. Tak setabil. Zakir mungkin masih dalam didalam minda indianya dan belum boleh hayati keadaan politik di Malaysia. Dia sepatutnya keep low dulu dan berdakwah sederhana tanpa menyentuh hal politik dlm negara kita.

herman adnan said...

Jika zakir naik benar benar seorang Pendakwah ad-deenil Haq, mengkarung ini tidak akan keluar kenyataan ini di bumi Malaysia
“What I said was in the context of my own case, that some Hindu groups opted to support the Modi government in its extradition request"
HORMATI HUKUM ALAM!
Kami Para VOTERS ingin insistly remind Encik Mahathir bin Mohamad as the Most Powerful Figure in Malaysia... Sila Nyah kan zakir naik ini dari negara kita!
Kesimpulan:
INI BUMI MALAYSIA!

Judd Payne said...

Assalam Tuan,

Pada hemah saya bukanlah zakir naik yg menjadi persoalan tetapi fakta dalam dakwah yg dibawanya adalah senjata yg mematikan hujah & sandaran penganut agama selain islam adalah isu kenapa beliau difitnah & diburu oleh negaranya sendiri.

Tuan, apabila kita memperkatakan perkara berkaitan dakwah ia semestinya melangkaui kepentingan negara, bangsa dan apatah lagi soal peneroka felda, PPRT dan sebagainya.

Sekiranya kita tida mampu berdakwah dengan jalan yg disarankan oleh Al-Quran iaitu saling berhujah di atas fakta dengan umat kafir maka cukuplah sekadar kita tidak menolak usaha yg dibawa beliau.

Aqidah adalah benteng terakhir umat Islam..Alhamdulill Tun M dapat melihatnya kenapa tidak tuan.

hah! said...

Ingat ka PH memerintah kebebasan berucap dipertingkatkan. Ceramah Zakir Naik 2 way communications........berbahas, berdebat bagus ......tapi kalau asyik nak guna kuasa saja.......semua orang ada hak, semua orang ada kuasa.......jangan tunggu semua rakyat menggunakan kuasa masing2 untuk selesaikan masalah dengan cara sendiri!

Quantum Metal Consultant said...

Bila dah kaya bila dah menang mudah benar bodohkan orang lain.

Zakir naik sudah berapa puluh tahun mengancam keselamatan dan perpaduan.

Menteri Perpaduan PH apa yg dia buat, jadi batu api jadi racun - itu yg nak disimpan, dipertahan.

Itu kerja orang pandai?

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Izinkan saya memberi respon yg agak keras sikit ye. Diharap Dato’ tak ambil hati.

Bagi sayalah, isu Dr Zakir Naik (ZN) sebenarnya nak test parti BERSATU yg kononnya nak menegakkan Islam dan Melayu. Rupanya jauh panggang dari api. Kikiki…………. So, Dato’, lepas ni tak payah cakap besarlah kononnya parti BERSATU nak tolong orang FELDAlah, pakcik makcik kampunglah, miskin bandarlah. Nak tolong sesama Islam yg dalam kesusahan pun tak mampu. Bukan apa, takut DAP dan PKR marahlah tu.

Sepatutnya, Dato’ sebagai orang kanan Tun pergilah berjumpa betul dgn ZN tu, baca isihati dia. Tanya diri Dato’ sendiri kenapakah Tok-tok sami Hindu dan paderi-paderi kristien takut nak berdebat dengan beliau. Adakah beliau pembohong? Adakah beliau menggalakkan terrorist? ATAU sebab beliau berkata benar, berdebat serta secara ilmiah, secara ‘evidence based’, siap dengan rujukan di dalam Al Quran. Beliau juga dapat mematahkan hujah kafir dgn mengambil rujukan kitab-kitab kafir itu sendiri. Itu yg menyebabkan kafir senak perut dibuatnya.

Saya jarang sependapat dgn Hj Hadi, Nik Abduh dan PAS tapi dalam kes ZN ni, saya memang sependapat dgn mereka. Kata Nik Abduh, hanya munafik je yg setuju ZN dihalau keluar. Ingat Dato’, orang Melayu ni bukannya nakkan pemimpin yg boleh buat mereka kaya. Bukan Dato’. Orang kita nakkan pemimpin yg boleh membimbing mereka ke syurga. Sebab dalam Islam bukan orang kaya je yg boleh masuk syurga, orang miskin pun boleh juga.

Akhir kata Dato’ pergilah berguru dgn ustaz-ustaz tentang ilmu agama pula, buat umrah, berdoa depan Kaa’bah dan naik Haji sekali lagi. Mana tahu tuhan lembutkan hati Dato’ tu. Jangan asyik nak kejar dunia, pangkat, darjat dan kebendaan je dan rasa diri sendiri je betul. Sekian, TQ.

Warga tua pesara Kerajaan said...

Hebat A Kadir Jasin isu yang diketengahkan saya rasa seperti hati tertusuk sembilu. Izinkan saya menyentuh hanya satu isu. Kerajaan negri terutamanya pehak berkuasa ugama harus mengkaji semula dasar sekatan terhadap sebahagian ulamak yang telah sedia terkenal dalam Malaysia sendiri yang tidak dibenarkan berceramah semata-mata beralasan tiada tauliah, pada hal ada tokoh yang dihalang mempunyai ilmu hingga ketahap PHD.

RD. said...

Benar kata Dato AKJ... "Kerja Bodoh Bergaduh Kerana Zakir Naik".

Dari kita bergantung-harap pada Rakyat-Asing yang tidak mahir berbahasa-Melayu, tidak diketahui asal-usul & latar-belakang beliau membesar, lebih baik kita didik sendiri anak-anak Melayu... di Sekolah Agama atau Pusat Tahfiz yang berlambak... supaya mahir bertutur Inggeris, disamping menghafal Al-Quran, mesti juga menghafal Kitab Bible atau lain-lain kitab Agama Buddha & Hindu.

Mengapa kita mesti meletakkan harapan pada orang-asing yang sudah tentu terbawa-bawa dengan permusuhan Islam-Hindu di Negara Asal beliau, demi menaikkan & memuliakan Agama Islam di Negara kita?

Pada masa yang sama, beliau menghadapi tuduhan 'money-laundering' di Mahkamah India.
Jika dakwaan ini benar, bagaimana? Tidakkah ia akan mencemarkan emej Agama-Islam dan nama-baik Malaysia kerana 'mempertahankan' dan memberi perlindungan kepada 'penjenayah'?
Benda-benda sebeginilah yang menjadi pemberat, menarik-jatuh emej Agama Islam dan mungkin juga, nilai matawang kita.

Jidin said...

Tepat sekali Datuk.Sebagai antara orang yang paling hampir dengan Tun,maklumkanlah pada beliau agar bertindak cepat kerana cacian sudah mula dilempar terhadap Tun atas tindak tanduknya yang mula mengusarkan kita semua.Pertama sekali ZN perlu dilucutkan status PR nya dan jika dia kata tak pernah buat salah dinegaranya,pulanglah ke negara asalnya dan bersihkan nama sendiri.

Yg bosan said...

Kjaan Ph-dap x habis2 nk salahkan kjaan bn. Depa renew lesen lynas, kjaan bn juga salah. Depa x boleh selesaikan masalah ZN, kjaan bn juga salah. Yg hairan tu la ni depa kjaan memerintah tapi takut utk buat keputusan. Tun M, saya rasa masa dh sampai untuk berundur. Kiri kanan geng ph- dap duk hentam beliau termasuk dari parti bersatu sendiri. Once DAP decides that you are no longer relevant to their cause then you are finished. Tun M ni cuma puppet DAP saja. Sekarang DAP dah ada PM pengganti yg sanggup ikut kehendak DAP. An opportunitistic convicted sodomist willing to sell even his mother to DAP. Tahniah la pada org melayu yg pangkah ph dlm pru sebelum ini. Bayangkan kalau Tun M yg hebat pun tertipu dengan permainan politik kotor DAP, apa lah sangat la rakyat marhaen. Kalau ini pun masih tak disedari oleh umat malayu, maka bersedialah untuk menjadi pengemis di tanah air sendiri.

malaysia dilanggar todak said...

PH menang bukan kerana pengundi yang pro Zakir Naik.Ahli PAS yang menyokong Zakir Naik tidak menyokong PH.Tun Mahathir tidak perlu mengarahkan Zakir Naik keluar,...biarkan Malaysia yang mengusir dia keluar.

kusufian write said...

I had spoken. Suruh PM 7 bulldoze jrr what's he feels n think right. Xyah cakap banyak.
Khat.... ZN.... Askar Makan Tidur jrr.... At sight kita ptuiii jrr TS Apek kokaktuuu..
What's matter most is to generate trillions dollars economy for us to move forward. The crisis in HK is to effect since last Christmas... Read KUSUFIAN WRITE.... THE CURRENCY MANIPULATORS AT WORK AGAIN ... A PART OF PROLONG TRADE WAR..
MANY HAD BEEN SAID BUT PM JUST NOT LISTENING N SEING DETERIORATING..
SAD BUT THATS THE TRUTH.

Syed Hassan said...

Elok Datuk kaji dengan teliti syarahan2 Dr. Zakir Naik terlebih dahulu. Berapa orang yang telah Datuk Islamkan berbanding Dr. Zakir Naik? Apakah jahat sangat ke Dr. Zakir Naik yang telah Islamkan ramai orang di mata Datuk, hanya kerana ada pihak2 tertentu yg bantah dia? Apakah Datuk tak pernah dgr nama2 mereka yang selalu serang Dr. Zakir Naik ini. Kenapa agaknya mereka bertindak begitu terhadap Dr. Zakir Naik? Benarkan Dr. Zakir Naik hina agama lain? Tidak nampak ke siapa2 yg serang Dr. Zakir Naik tu? Sentiasa orang yang sama yg serang Islam biladan Melayu. Tak kan tak kenal dan tak faham lagi cari mereka nak halang pendakwah Islam yg berjaya Islamkan penganut agama lain.

Jadi kenapa tak boleh pertahankan Dr. Zakir Naik? Kerana di warga asing? Nabi2 rentasi sempadan utk dakwahkan ramai org. Islam tiada sempadan.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya rasa bangga dengan Dr. Zakir Naik.

Law and justice said...

Datuk,
you amaze me/us, fully support your article, couldn't have written better.
This Zakir stranger in our midst has sown so much discord among the rakyat, he has to be shown the exit. Go back Zakir to the hell you came from or to paradise Saudi Arabia where you are a citizen.

Razlan said...

BISMILLAH

KERJA BODOH?

1.Zakir Naik bukan biawak hidup, beliau seorang manusia yg byk bercakap ttg hak.  Mereka  yg tidak dpt menerima kebenaran dan kalah dgn fakta fakta yg dikeluarkan beliau jadi gila meroyan sehingga hilang akal sampai ada yg mahu membunuhnya. Kebetulan topik percakapannya adalah  mengenai Islam.

Jika sesiapa bercakap ttg topik apa sekali pun yg membawa kebenaran seperti Julian Assange dan ada org mahu membunuhnya kita mesti mempertahankan org tersebut. Bukan apabila ditekan terus jadi pengecut dan memanggil org itu biawak.

Cuba dengar ucapannya dan baca tulisan beliau sebelum memanggil beliau biawak.

2. Ya Zakir Naik salah satu beban lagi yg perlu digalas, demi mempertahankan seorang manusia yang bercakap ttg kebenaran. 

Tak kan kerana anak kita 7 org, hidup tak berapa nak mewah tak boleh sedekah Rm 50 pun setahun sekali kat mangsa perang di luar negara? Selfishnya!

Razlan said...

Sambungan :

3. Mutu pendidikan kita tidak menyerlah itu satu topik lain yg besar yg harus ditangani.

Zoom in kepada isu khat sahaja dahulu. Apabila ditolak dengan bengis lagi oleh bukan Melayu apa maksudnya?? Maksudnya mereka tolak apa apa yg berkait dengan budaya dan tamadun bangsa melayu. Itu yg dibaca oleh majoriti org melayu apabila tulisan terdahulu mereka tidak mahu diberi ruang sama sekali oleh bukan melayu. Lebih terhina  dgn kenyataan tulisan itu tidak bawa kita ke mana mana. 

Kekuatan sebenar Malaysia adalah kemajmukan negara ini, bukan wibawanya dalam sains dan teknologi. Pelabur ingin melabur di Malaysia bukan kerana Malaysia mempunyai bakat terbaik dunia. Tetapi keyakinan mereka terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum yang unik malah teruji dek zaman.

Bila bergaduh mengenai khat  kekuatan sebenar Malaysia iaitu kemajmukannya tergugat. Mengapa begitu selfish sehingga menggugat kekuatan sebenar Malaysia hanya kerana 6 page pelajaran khat.

Sombong benar menolak tamadun bangsa lain, bangsa yg byk memberi ruang utk mereka berjaya di sini. Itu yg menjadi amarah ramai org Melayu.  

Org Melayu yang tidak kisah bangsa lain langsung tak mahu kasi muka utk belajar  6 page buku teks ttg tamadun mereka,  samada penakut, kurang jati diri, byk pergantungan hidup dengan bukan melayu, mereka pun dah jadi mcm bukan melayu dll...itu yg ramai org kata, saya menyampaikan sahaja, setuju pun ada.

Razlan said...

SAMBUNGAN :
4. Zakir Naik bukan import, kerajaan BN mahu pun Tun Mahathir sedar ancaman ke atas Zakir Naik kerana apa yg diperkatakannya ada kebenaran namun tidak dpt diterima oleh bbrp pihak.

Jika Julian Assange  meminta perlindungan disini saya  yakin Tun Mahathir juga akan mempertimbangkannya jika tidak bercanggah dengan undang undang Malaysia. Bagi Amerika Julian Assange pemecah rahsia negara, bg penduduk dunia yg lain beliau memceritakan kebenaran yg pahit.

Kebetulan rakyat Malaysia dan ramai di dunia suka mendengar apa yg diperkatakan  yg dibawa Zakir Naik, ini bukanya kegilaan. Jika mendengar dgn mata hati, akan faham mengapa beliau cukup popular.

5. Apa yg diperkatakan Zakir Naik yg membahayakan ?  Cuba bagi ctg dah fakta. Saya sanggup menulis panjang lebar disini kerana byk mendengar dan membaca tulisan beliau dan tiada apa pun yg membahayakan yg dibawa beliau. Jika benar ada sila senaraikan dan minta berjumpa dgn Zakir Naik sendiri utk menjelaskannya.  Jangan org lain gertak kita pun ikut sekali.

Hanya kerana beliau cukup popular ramai yg menjadi takut apa yg diperkatakannya menjadi ikutan ramai, apatah lg perkara itu benar, maka jadilah nasib beliau begini.

Razlan said...

Sambungan:

6. Sebelum ini mungkin saya juga mendoakan anak muda Syed ini, tetapi bila seorang anak muda yg konon pandai dan berani seperti dia tidak mahu mempertahankan org yg di posisi sama seperti Julian Assange, hilanglah sama sekali doa saya kepada dia.

7. Kashmir yg statusnya dipertahankan oleh konstitusi negara pun hilang taraf dlm sekelip mata. Apatah lagi manusia seperti Julian Assange dan Zakir Naik.  Julian Assange dah pasti mereput dlm penjara kini....kejamnya hati  manusia yang sanggup  biarkan perkara yg sama terjadi kepada Zakir Naik

8. Negara Islam yang seratus peratus Islam macam Arab Saudi di tuduh membunuh Adnan Khassogi dgn sgt kejam. Tak baca ka? Para agamawan, aktivis di Madinah, Mekah ramai kena bunuh. Yg sedang dlm penjara, kena torture! Tak baca ka? Jgn terlalu fokus hal peneroka di Malaysia (yg dah ramai pun kaya) sehingga tak tau nasib aktivis dan agamawan di luar yang di bunuh di torture dll.

Razlan said...

Sambungan:
9. Tentang Atau dia boleh pergi ke negara bukan Islam macam Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara Kesatuan Eropah di mana syiar Islam sedang berkembang dengan pesat:
 
Ramai agamawan dr Amerika dll spt Nouman Khan, Mufti Menk, Sheikh Imran Hossien dtg ke Malaysia.

Terimakasih Ya Rabb mereka dtg ke sini, ada berkahnya bg bumi Malaysia ini.  Zakir Naik di sini pun ada petanda keberkahan bumi di sini. Seorang yg mampu mengingati setiap surah Al Quran   siap dgn chapter dan mukasuratnya, bahkan hal yg sama utk kitab kitab agama lain juga.

Tidaklah hanya BTS, Bazzi dan Blackpink yg seksi saja dtg kesini.

10. Tentang Tidak payahlah kita dalam Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri dan berpecah-belah kerana isu Zakir Naik ini kerana dia bukan ciptaan kita pun. Dia dibawa masuk dan, khabarnya, dibagi taraf pemastautin tetap pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN).:

Zakir Naik sama seperti Julian Assange bukan ciptaan kita, ttp ciptaan Allah, yg bg ramai manusia mereka teraniaya  kerana bercakap benar.  Ini bukan masalah mereka warga negara luar, mereka adalah warga dunia yg apabila tidak dipertahankan telah dan akan dizalimi oleh yg tidak sebulu dgn mereka. Julian Assange sedang menerima nasib buruk kerana kegagalan dunia utk membantunya.

Razlan said...

Sambungan:

11. Tentang Maaf cakaplah kalau saya kata, cara sesetengah orang kita mempertahankan Zakir Naik ini seolah-olah dia seorang lebih penting daripada berjuta orang peneroka Felda, pekebun kecil Felcra, penanam padi, nelayan dan penduduk PPRT:

Jika golongan yg disebut di
atas di asak, di halau,  dituduh macam macam yg tidak ada bukti kekukuhannya,  bukan sahaja sesetengah org kita, malahan majority org kita akan mempertahankan golongan tersebut habis habisan.

12. Kerja bodoh; kera di hutan disusukan anak di rumah mati kebuluran.

A strong man : A person who protects the victimised.

Apparently you are not.

syauqi_x said...

Pak Kadir,

1. Dasar pendidikan masih tidak jelas ke mana arah tujunya. Hasil kegagalan dasar yang lalu boleh dilihat dari corak pemikiran masyarakat sekarang, cetek mengalahkan katak di bawah tempurung. satu puak membawa polisi 'finland' serba caca marba walaupun perkara asas banyak yang masih serba kekurangan, dan satu lagi puak melompat dan melalak bila mendengar perkataan berbau 'islam' tanpa tahu pucuk pangkal. Daripada tak isu jadi isu besar. Tembak kaki sendiri kata orang putih.

2. ZN mungkin secara sengaja atau tidak sengaja membawa politik tanah india ke tanah melayu. Seperti ada dendam tak selesai cuba mengheret kita sekali dengan sentimen kebencian kepada orang malaysia yg dah lama tinggal di sini. Malangnya lah bila sejuta haji nak mempertahankan dia.

cenkeet said...

Saya setuju dengan dato.Sekarang semua org jadi bodoh sebabnya isu yang remeh temeh yang jadi popular. Sepatutnya berbahas tentang bagaimana nak meningkatkan ekonomi, mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan harga keperluan harian, meningkat peluang pekerjaan, pelaburan.

Ini pandangan saya, tiada lagi menteri dibawah pemerintahan PH yang menyelah kewibawaan sebagai pemimpin kecuali Menteri perumahan. Sepatutnya sebagai menteri memberi idea yang bernas dan dapat menghasilkan manafaat kepada rakyat. Ini tidak, semua idea semacam untuk menjaga periuk nasi masing masing bukannya utk bangsa dan negara.

Ini bulan merdeka..tak nampak pun aktiviti atau program yang boleh membangkitkan semangat perpaduan dan semangat cintakan negara, yang ada isu perkauman (rasis).isu langgar kereta, isu zakir naik termasuk isu adib.

Negara jiran kita,mereka dah mula berfikir pasal ekonomi kreatif, cyber security, industri 4.0, pasal kereta elektrik, pasal biodiesel. Kita seperti yang diperkatakan sebelum ini. Ini pandangan saya semata mata.Maaf cakap la, saya belum merasa nikmat dibawah pemerintahan PH.

Unknown said...

Excellent comment. I agree 100 percent.

Sunny said...

Adalah kerana Zakir Naik menteri cabinet kita yang Muslim seperti Syed Saddiq , ridzuan dan lain lain bertumbuk dengan gobind Singh Antony loke LGE sampai pecah muka atau nak ambil risau tikam satu sama lain ? Kenapa tidak ? Atau pun mereka serenok bersembang secara bail minum kopi duit raayat sedihkan ? Kalau mereka dalam cabinet tak bertumbuk apa yang buat 4 menteri hindu nak bising pasai zakir naik . Awat depa ingat raayat kat bawah bodoh sangat ka nak bertumbuk atau tikam satu sama lain pasai zakir naik .raayat tak bodoh sampai tahan tu . Sebalik nya raayat Di bawah hidup gembira satu sama lain antara Muslim Dan bukan Muslim. Pi tanya polis ada berlaku ka macam tu ? Konklusinya is lah orang politic yang sebenar nya yang nak pecah belah kan raayat Di bawah atas nama perjuangan komuniti mereka. Adalah ini perjuangan atau hasutan ? Bagi says orang politic yang dok hasut raayat . Mereka yang jahat . Tangkap Dan charge mereka

Unknown said...

Saudara jika saudara seorang muslim saya sangat berasa sedih. Sepatutnya saudara siasat dahulu apa yang dikatakan oleh Zakir Naik bukan dengan mendengar fitnah kafir dan liberal Islam. Jika Zakir benar bensr membawa permusuhan antara hindu dan muslim di India bagaimsna setiap kali dia betceramah di India sekurang kurangnya seorang hindu memeluk agama Islam. Inilah yang membuat kerajaan Narendra Modi marah kepada Zakir dan membuat tuduhan tuduhan yang tidak benar. Saya kesal dengan Menteri muda Syed Sadiq yang dengan tidak usul periksa menyokong untuk usir Zakir keluar atas alasan Zakir insult my brothers and sisters (chinese and Indians). He must have forgotten brotherhood in Islam. Saya rasa Syed Sadiq perlu mendalami ilmu agama Islam. Elok juga dia menjadi anak murid Zakir Naik.

Unknown said...

Hello Sir, I would be happy if you could list the very much discord that the stranger Zakir has sown. From what I see you non muslims are not happy with him because your religious leaders who debated with him always loose and ever talks which he gave anywhere in the world there is be at least one non muslim converted to muslim. That is why Narendra Modi government framed him up with false charges.

Unknown said...

Agreed 100 percent with you.I think Pak Kadiaq needs to go through Zakir Naik's debates/talks as well as interview Zakir before writting anything on him.

Unknown said...

Saya sangat sedih sikap saudara yang merupakan seorang Islam tetapi tanpa usul periksa membuat andaian bahawa Zakir bersalah hanya berdasarkan fitnah dari orang kafir.

Eizan Talib said...

Well said Datuk. We should focus on building up the our nation TOGETHER. TanSri Rafidah already said, recession is coming, so we better get ready prepared for that.

bumi-non-malay said...

Anwar Using Zakir Naik to Screw Tun Dr M....Zakir Naik think Tun Will Die Soon.....WIN-WIN...Zakir Naik gets to Stay and Talibankan Malaysia!!...Sabah-Sarawak waiting for opportunity to sack malaya and be like Singapore...that is the dream Now!!...Its over for Azmin...Rafidah the Dark horse now!!

Cikgu Warga tua pesara kerajaan said...

Setuju Dato'Kadir, Rakyat Malaysia banyak dibebankan dengan perkauman dan agama. KITA TAK PERLU MENGIMPOT orang saperti Naik untuk mengeruhkan suasana politik di Malaysia. Naik perlu tahu Setuju Dato', Malaysia adalah negara majmuk. Ada banyak keluarga Melayu (muslim) ada tali persaudaraan dengan kaum yang lain umpamanya Cina, India atau pun orang Sabah dan Sarawak dan sebaliknya, dan kita telah tinggal di Malaysia secara aman beberapa puluh tahun (kecuali Mei 13). To Naik I would say this: Do Not come to Malaysia and sow seeds of discord and disharmony. Do Not transfer your hatred and distrust which you probably experienced in India to Malaysia and as to my Muslim friends in Malaysia, we need Naik to preach to us like we need the plague Ebola. Listen to wise words of counsel of a man like Datuk Jasin a man of the word who has served in media for ages. I wish he could be our Minister of Education instead of a novice like Mazlee. Mazlee perlu dihukum satu tahun di bangku sekolah supaya dia merasa dan mengetahui sengsara cikgu dan perasaan murid dengan sebarang kekurangan.

Cikgu Warga tua pesara kerajaan said...

Setuju Dato'Kadir, Rakyat Malaysia banyak dibebankan dengan perkauman dan agama. KITA TAK PERLU MENGIMPOT orang saperti Naik untuk mengeruhkan suasana politik di Malaysia. Naik perlu tahu Setuju Dato', Malaysia adalah negara majmuk. Ada banyak keluarga Melayu (muslim) ada tali persaudaraan dengan kaum yang lain umpamanya Cina, India atau pun orang Sabah dan Sarawak dan sebaliknya, dan kita telah tinggal di Malaysia secara aman beberapa puluh tahun (kecuali Mei 13). To Naik I would say this: Do Not come to Malaysia and sow seeds of discord and disharmony. Do Not transfer your hatred and distrust which you probably experienced in India to Malaysia and as to my Muslim friends in Malaysia, we need Naik to preach to us like we need the plague Ebola. Listen to wise words of counsel of a man like Datuk Jasin a man of the word who has served in media for ages. I wish he could be our Minister of Education instead of a novice like Mazlee. Mazlee perlu dihukum satu tahun di bangku sekolah supaya dia merasa dan mengetahui sengsara cikgu dan perasaan murid dengan sebarang kekurangan.

guna said...

maaf datuk, boleh saya tanya satu sumbangan datuk pada agama Islam? Ada tak mana2 makhluk Allah yg beri pengiktirafan? Hanya ZN shj berani berdebat dengan musuh2 Islam. Kita? Tepuk dada tanya iman. Terima kasih datuk.

Manan Razali said...

*Keadilan sosial dalam Islam*
_Manan Razali_
16 Ogos 2019

"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta kamu sesama sendiri dengan jalan yang batil, kecuali melalui perniagaan yang dilakukan secara saling meredhai di antara kamu. Dan janganlah kamu juga berbunuh-bunuhan sesama sendiri (kerana dengki dan rasa kebencian). Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Sesiapa yang berlaku zalim melalui cara menceroboh hak orang lain dengan niat buruk, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka. Balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah (dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangNya)."
[An-Nisaa (4) : 29-30]

Larangan terhadap melakukan penganiayaan, merampas dan menceroboh hak orang lain, serta melampaui batas disebut beratus-ratus kali dan di merata-rata tempat di dalam Al-Qur’an. Nama lain bagi perbuatan ini adalah zalim. Lawan bagi zalim pula ialah adil, dan ia merupakan salah satu daripada 99 nama2 Allah yang indah, iaitu Al-Adl yang bermaksud Yang Maha Adil.

Maka zalim adalah satu sifat yg mustahil bagi Allah. Disebabkan ini, sesiapa yang berlaku zalim akan dicampak ke dalam neraka. Bahkan sesiapa yg cenderung kpd kezaliman pun akan akan dibakar oleh api neraka.

"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim kerana ini akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka. Kamu sekali-kali tidak ada seorang penolong pun selain dari Allah. Dan, pasti kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan (jika Allah menyiksa kamu).”
[Hud (11) : 113]

Senang cakap dalam bahasa pasar, Allah pantang pada orang2 yg zalim dan takkan kasi chance kepada mereka. Oleh itu, untuk tidak termasuk dalam golongan yg Allah sangat benci ini, kita wajib bersikap adil. Tetapi kefahaman kita terhadap maksud adil, wajib selari dengan maksud adil yg dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Jangan sampai apa yang kita fikir adil tidak selari dengan apa yg Allah dan RasulNya kata adil.

Malangnya hal ini tidak ditekankan dalam diri kita dan tidak dijadikan nilai hidup yg utama oleh sistem pendidikan dan budaya masyarakat kita. Disebabkan ini, masyarakat jadi buta dengan kebenaran dan keadilan, dan anggap hal ini sebagai hal yang remeh sahaja. Lalu, yg salah jadi betul, dan yang betul pula jadi salah.

Akibatnya, orang yang zalim disokong dan orang yang berusaha berlaku adil ditentang. Penyamun, pencuri dan penipu dipuja dan diwajarkan dengan ayat2 Quran yang ditafsirkan diluar konteksnya hingga mengelirukan orang ramai, manakala usaha terhadap perlaksanaan keadilan sosial ditentang dengan berbagai-bagai fitnah.

Islam tidak lengkap tanpa keadilan sosial. Fahami ini dengan baik. Pasak ini dalam benda lembik dalam tengkorak kita itu dengan kemas dan kuat. Jika tidak, bimbangilah terhadap ancaman Allah dalam ayat 11:113 di atas.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dengan ilmu dan bimbinganNya, dan memberi taufiq kepada kita untuk melakukan apa yg dicintaiNya. Semoga negara ini akan jadi lebih sejahtera dan makmur dibawah pimpinan mereka yang adil..

Allahumma aamiin..

Budak kampung Selatan said...

Tuan,

Saya juga kagum dengan ZN..cuma cara beliau menyampaikan hujah yang menyentuh sensitivity rakyat Malaysia itulah yang menjadi masalah dan boleh mengugat kesejahteraan dan keharmonian negara berbilang bangsa kita. Tuan nak ke tengok kita berperang sesama sendiri? Sudah kuatkah bangsa kita yg beragama islam ni? Kalau kuat kenapa toilet kita kotor?

Budak kampung Selatan said...

Tuan,

Pendapat seposen saya..dah cukup kentalkah kita untuk mempertahankan ZN? Kalau kita kuat, kenapa surau dan masjid kita masih kosong waktu solat suboh? Kenapa bila ada lori terbalik , kitalah yg pertama menjarah?

Boleh bercakap berkenaan perbezaan agama di malaysia tetapi biarlah secara berhemah dengan jalan berdakwah kepada saudara2 kita yg non muslim.

Jika tidak kita sebenarnya hanya mencurah minyak kepada api..

Abitpusher said...

Alamak..dato sendiri mcm x puashati dgn.dasar PH. Pegi la cakap sendri dgn PM7.Huhu.

Powerranger said...

Datuk Kadir, saja nak menyelit.


Isu Zakir Naik adalah jerat yg di pasang dengan sengaja untuk meranapkan Pakatan Harapan.

Siapa pasang jerat, kena faham sendiri2.

Masing2 boleh fikir, kalau Zakir Naik amat mudarat, takkan KDN duduk goyang kaki.

Media massa menghangatkan isu tanpa fokus kepada isu utama iaitu kebenaran hujah Zakir.

Isu semasa Khat, Zakir dan Lynas hanyalah isu2 remeh yang bakal mempamir sikap sebenar pemimpin PH.

bulan said...

Dato yang amat mulia.
Masaalahnya samaada nak mengikut atau terikut. Inilah Kelemahan yang nyata dan cuba hendak diperbetulkan demi kesejahteraan umat Malaysia hingga jadi perbalahan.
Ayahda Tun dan Dato juga dengan cara tersendiri telah menunjukankan kecerdekkan dalam mengimbangkan tindakan yang akan diambil terhadap sesaorang yang sudah tentu akan dizalimi tanpa membabitkan umat Malaysia kini.
Bersama bersatu hendak menyokong keputusan demi melangkahi batas-batas kemanusiaan supaya umat tidak terjerat dalam masaalah yg dibuang mati emak ditelan mati bapak.
Jangan juga kerana terasa lemah dan kekurangan seba-serbi, sengaja melepaskan tanggong jawap bersama sebagai TuanRumah.
Sayangnya dalam diri yang sedang mempercepatkan langkah, mereka telah pun berlari dan kita semua turut berlari tetapi mereka tiba tiba boleh terbang dengan sendirinya tanpa kita sedari. Bila sampai ketika kita juga semua boleh terbang. Kemungkinan, mereka tidak akan lagi bersama kita kerana mereka telah berehat dan berparty. di langit, di lautan dan di daratan.
Adakah kita hanya mampu mengikut dan terikut bukan diikut?

herman adnan said...

Saudara,

Siapa yang mempersoalkan bilangan orang yang di dakwah kan oleh nya???

Nak berdakwah... dakwahlah dengan penuh bijaksana! Tak perlu nak meminta simpati seolah olah kezaliman yang dia hadapi lebih teruk dari Junjungan Besar s.a w

INGAT dulu semasa gangster2 Taif lempar batu pada Muhammad.... rasulullah rilek jer malah menghalang malaikat yang nak return!

HORMATI HUKUM ALAM!
INI BUMI MALAYSIA TANAH TUMPAH NYA DARAH

wansee c said...

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62. Akan tetapi, sistem pendidikan negara kita masih kucar-kacir dan tercari-cari suatu formula yang sempurna. Dasarnya senantiasa diubah-ubah mengikut cita rasa politik semasa dan yang menjadi mangsa sudah tentu pelajar sekolah. Ini adalah sungguh tidak adil dan ternyata mengeliru serta memperjudikan masa depan generasi muda. Contohnya, pelaksanaan PPSMI, kemudian dimansuhkan dan terkini ia akan diwujudkan semula. Begitu juga dengan isu sensasi masa kini: tulisan Jawi. Jika Kementerian Pelajaran berniat murni untuk melaksanakannya, suatu perancangan rapi dari semua sudut dan aspek harus diberi pertimbangan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, tindakan secara melulu ini telah mengundang tindak balas kecam yang hebat daripada masyarakat Tionghua dan seterusnya menginzinkan isu ini dipolitikkan. Melalui akhbar Utusan Malaysia suatu ketika dahulu, saya berjinak-jinak dengan tulisan Jawi. Kini, saya berasa bangga dan beruntung kerana berjaya memperkaya diri dan memperoleh kepuasaan rohani dengan menguasai suatu tulisan yang bukan dalam bentuk huruf Rumi.

Pada pendapat saya, status PR Zakir Naik harus segera ditarik balik dan seterusnya diusir keluar dari tanah air tercinta kita sebelum keadaan menjadi lebih mudarat lagi. Bukan sahaja pemikirannya bertoksik malah mulutnya berasid. Jika manusia yang berbahaya ini dibiarkan berkeliaran dengan menyembur racun yang keterlaluan tanpa diambil tindakan keras, maka ia akan mengakibatkan porak-peranda yang amat dahsyat kelak. Sanggupkah kita mengambil risiko sebegini hanya disebabkan seorang pendatang asing yang mencari perlindungan di atas bumi yang berpenghuni lebih daripada 30 juta penduduk? Berbaloi ke? Siapakah dia dan kenapakah kita membiarkan dia menunggang-langgangkan hidup kita yang telah pun sarat dengan 1001 macam masalah harian.

Apa sekali pun, tatkala kita sedang melara, tiba-tiba, Tan Sri Rafidah Aziz diperlihatkan calon yang paling sesuai dan layak dilantik sebagai PM kita. Setidak-tidaknya, buat masa sekarang, beliau kelihatan seakan-akan TPM kita dengan suaranya yang lantang dan berani itu. Justeru, saya mengesyorkan bahawa suatu pilihan raya kecil paksaan segera diadakan untuk membolehkan beliau dibawa masuk ke Parlimen dan seterusnya PM8. Saya teringin hendak tengok bagaimana "orang itu" akan berlonjakan seperti mana dia berhibur diri di atas pentas "bollywood" setiap kali berkesempatan.

shrdin101 said...

Saya seorang yang kerdil ini melihat isu ini dari segi keadilan dan berpendapat Dr. Zakir Naik perlukan pembelaan orang Islam. Adakah patut golongan golongan tertentu mendesak kerajaan untuk meminta Dr. Zakir Naik keluar dari Malaysia sedangkan Interpol sendiri menolak dari menemerima dakwaan kerajaan India. Saya akui Dr. Zakir Naik perlu memperbaiki cara beliau menyampaikan dakwah disini. Tapi patutkah kita membiarkan golongan tertentu yang menguasai media seperti the Sun , Free Malaysia today dan Malaysiakini mengapi apikan desakan mereka ? Mereka telah lama membuat desakan ini dan mencari cari kesilapan Dr. Zakir Naik untuk mereka perbesar-besarkan dan meletakkannya sebagai tajuk besar surat khabar mereka.

TENTERA ALMAHDI said...

Ini, Untuk M'layu Liberal, Moderate, Cina &India























Surat Terbuka Untuk Melayu Liberal, Melayu Moderate Dan Sahabat Kami Bangsa Cina Dan
India

Bukan Rasis Tapi Ini Fakta
Tanah Melayu diserang Khmer (Angkor, Chenla) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Chola, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Siam/Thai(Sukhotai, Thonburi, Ayuthaya, Rattanakosin) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Portugis, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Belanda, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?


Tanah Melayu diserang oleh British, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Kalau nak pergi jauh sikit di Borneo, masa Kesultanan Melayu Brunei diserang dan hampir dijajah oleh tentera Sepanyol dan Filipina, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan pulau Borneo?

Yang akhirnya kemenangan di pihak Brunei, berjaya menghambat Sepanyol keluar dari Borneo...

Begitu juga Melayu Banjar, mempertahankan Selatan Kalimantan/Borneo dari dijajah Belanda dan berakhir dengan kekalahan dan kejatuhan Kesultanan Banjar...


Tiba2 mereka datang nak hak sama rata, nak hapuskan hak Bumiputera...

Padahal orang-orang Melayu dan pribumi bermati-matian mempertahankan tanah air ini sejak dulu lagi...

Kalau tanya mereka apa itu Perang Musuh Bisik (Kedah-Thai) era Rattanakosin, Perang Selangor & Johor-Belanda, Perang Selangor-Thai era Rattanakosin, Perang Melaka - Thai era Ayuthaya, Perang Naning (Naning - British), Perang Tiga Segi (Johor-Aceh-Portugis), Perang Johor & Belanda-Portugis, Perang Srivijaya - Chenla, Perang Srivijaya - Chola, Perang Pattani - Thai era Thonburi dan Rattanakosin serta banyak lagi...

Rasa-rasanya mereka tahu ke tidak tentang peperangan-peperangan ini?

Mereka tahu ke tidak pengorbanan yang menitiskan airmata, keringat dan darah malah mengorbankan nyawa nenek moyang bangsa Melayu ketika itu?

Di mana mereka semasa peperangan - peperangan ini berlaku?
Kami bangsa Nusantara...
Benua kalian nun jauh di sana...Sini adalah Benua Kepulauan Nusantara Malay Archipelago...

Kepulauan Melayu ia meliputi seluruh Asia Tenggara, Champa (Cambodia, Vietnam kini) Selatan Thai, Singapura, Sumatera Riau, Kalimantan, Selatan Filipina, sparuh Myanmar dan kawasan sekitarnya...

Rumpun keluarga kami besar di bawah Malayo - Polynesian Austronésia...
Ia meliputi hampir separuh dari peta dunia sehingga Madagascar...

Nenek moyang kami hebat di lautan maritim dan daratan belayar di sekitar kawasan ini tanpa perlu paspot atau visa (BACA DI SINI)...

Berlayar di atas kapal jong yang besar tanpa perlu kompas...Hanya ikut arah angin dan bintang...

Sebutkan sahaja empayar-empayar orang Melayu dan Nusantara lain...Langkasuka, Fu Nan, Kedah Tua, Sriwijaya, Tambralingga, Sailendra, Majapahit dan lain-lain...

Sampailah kami masuk Islam beramai-ramai dan menubuhkan pula Kerajaan Bersultan...
Dari situ mula lah penubuhan Kerajaan Kesultanan Melaka Johor Riau Acheh, Pahang, Selangor dan lain-lain...

Jangan pernah kalian bermimpi mahu berkongsi hak dengan kami...
Mana mungkin kami ingin berkongsi hak yang sama ke atas tanah pusaka wasiat peninggalan nenek moyang kami ini...









Tok Buntar said...

Dear Dato,
Saya tertarik untuk menulis di blog dato supaya kita rakyat Malaysia saling memahami diantara satu sama lain. Terlebih dahulu, jika dato merasakan penulisan saya boleh mengundang masalah kepada saya, saya berharap dato jangan siarkan atau dato boleh siarkan di tampalan dato sebagai karya dato. Saya tidak kisah. Saya hanya orang biasa yang membaca blog dato dari dulu, bermula dengan “OTHER THOTS” di NST masa dulu-dulu. Sebagai seorang non-muslim(hindu), saya memang menjauhi sebarang pertanyaan mengenai agama Islam kerana ia boleh mengundang tindakan undang-undang serta politik.
Terlebih dahulu saya ingin memberitahu dato serta pembaca-pembaca blog dato sebagai non-muslim, saya sekadar ingin bertanya. Janganlah besok buat laporan polis terhadap saya kerana bertanya sedikit mengenai seorang Islam bernama Dr Zakir Naik. Jika ianya berlaku, saya harap Dato Kadir akan bail out saya. Izinkan saya bertanya:
1. Ramai orang termasuk pembaca blog mengatakan bahawa Dr Zakir Naik ini seorang pakar perbandingan agama. Adakah dia pernah menerbitkan sebarang kertas ilmiah yang pernah diterima oleh pakar-pakar lain? Di zaman YouTube, perbandingan agama LD Russell, ELON university adalah satu contoh yang baik. Boleh tonton bagaimana beliau mengupas agama hindu. Yang bab hujah, pernah kah saudara saudara melihat bagaimana hujah Dr Zakir Naik bila berdepan dengan Shah Rukh Khan? Sila layari Youtube lagi. Banyak sekali kita boleh pelajari dari YouTube. Saya rasa memberi peluang menanyakan satu soalan dan lepas itu diberi jawapan bukan hujah atau debat. Ianya hanya Q&A session.
2. Bagi orang hindu seperti saya, terdapat percanggahan nyata (core fundamental difference) diantara agama hindu dengan agama tauhid atau Abrahamic Religion, yang merangkumi agama Judah, Kristian serta Islam. Agama hindu mempercayai tuhan itu satu dan tuhan itu wujud dalam semua kewujudan, “the divine manifest itself in all creation” tetapi agama tauhid mempercayai bahawa tuhan itu satu dan semua yang wujud dicipta oleh tuhan yang satu itu, “God created the world”. Konsep ini sebenarnya sangat berbeza. Wikipedia pun dapat menerangkan perkara ini. Adalah tidak wajar bagi Dr Zakir Naik melihat dari kaca mata yang berlainan dan memetik beberapa ayat dari Veda dan sebagainya dan menyembunyikan perkara asas sebegini. Agama hindu tidak mempunyai kitab suci sebagaimana agama tauhid dan agama hindu tidak mempunyai nabi. Selebihnya, tuan tuan bolehlah buat kajian sendiri. Google itu mudah.
3. Dalam siri ceramah Dr Zakir Naik di pentas PERKASA, kalau tak silap saya pada tahun 2017, Dr Zakir Naik ditanya satu soalan berbunyi begini “ if there are two muslim leaders, one is a corrupt person works with other muslim parties and the other is a non-corrupt muslim leader who works with non-muslim parties, which one should a muslim support”? Jawapan yang diberikan oleh Dr Zakir Naik adalah jelas di YouTube, iaitu harus sokong pemimpin Islam yang korupt. Saya ingin bertanya kepada sahabat sahabat muslim termasuk dato.
3.1 Mengikut link JAKIM http://www.islam.gov.my/e-hadith/915-sifat-orang-munafik, orang islam yang tidak amanah merupakan sifat Munafik. Adakah Dr Zakir Naik menyarankan agar orang islam di Malaysia mengambil seorang munafik sebagai pemimpin??
3.2 Kalau seorang pemimpin Islam (dalam kes ini, pemimpin yang bekerjasama dengan parti bukan islam) menunjukkan sifat-sifat islam yang murni seperti mempunyai nilai nilai amanah yang tinggi dan orang-orang bukan islam tertarik dengannya, adakah itu sesuatu yang salah? Kalau mengikutkan kata-kata Dr Zakir Naik, nampaknya begitulah.
Akhir sekali, dizaman internet ini, eloklah kita teliti sebelum mempercayai kata-kata orang yang mengelar dirinya pakar. Sama-samalah kita renungkan.

Nama samaran: Tok Buntar

ir. miringila said...

Sampai bila Datuk? Sampai bila lagi kita harus percaya akan segala dongengan Arab? Hari ini sejak dari kurun ke 15 kita dikelabukan dengan dongengan Arab sehingga kita menolak segala dongengan karangan nenek moyang kita atas alasan dongengan Arab itu nampak seakan-akan benar. Natijahnya hari ini kita berkelahi, kita bersengketa Kerna masing-masing dengan tafsiran masing-masing. Dan kalau kita orang melayu sanggup meninggalkan segala dongengan Arab, saya yakin minda dan akal kita akan lebih terbuka. Kita akan sedaya upaya menggunakan otak kita untuk menentukan apa yang benar dan apa yang salah. Saya yakin apabila perkara itu berlaku, sedikit demi sedikit akan pudar pengaruh dongeng arab didalam kehidupan kita. Barulah kita dapat menuju kejayaan... Sekian datuk.

nasir said...

DKJ.Saya teringat cerita dlm Buku Sejarah Melayuedisi Shellabear...
Tun Perpatih Puteh wakil Sultan Melaka pergi India.Disanjung hebat dan dilayan dgn baik...
Akhirnya dapat dapat sekapal hasil dagang kain tanpa bayar...
Dialog begini muncul dari pedagang India...
Maulana pelir apa gerangannya... ambil barang orang dgn tidak dibayar.
Melayu lebih hebat dalam semua segi masa tu.
Tamat.

herman adnan said...

Sahabat,
Sejarah adalah Sejarah. Usah jadikan Sejarah sebagai bullet pada hari ini. Sejarah hanyalah sebagai Panduan.

Sahabat,
mampus kering lah jika mung nok ungkit sejarah. Sabahans pun boleh ungkit pasal Suruhanjaya Cobbold yang berat sebelah. Nak salahkan tenku deraman?

Sahabat,
Tak payah lah demo hujjah sejarah untuk membunuh. Sejarah adalah Panduan.

Maju ke depan!

Unknown said...

ZN berceramah bukan berdebat. David Woods antara Christian apologist yg telah mengajak ZN berdebat berkali kali tapi ditolak. Kalau ZN hendak membuat ceremah mengenai religious comparative studies, bawa pendokong agama tersebut. Cuba tengok Shabir Ally, beliau berdebat secara hemah dgn pendokong Christian. Cara ZN berceramah ialah "my religion is the best because yours is the worst". Mana mana agama sepatutnya mampu berdiri diatas kehebatan/kesucian agama tu sendiri. My religion is the best because I belive in it bukan because yours is fake. Cara terbaik ialah kita mendalami agama kita tu sendiri dan jgn terlalu bergantung kpd ulamak agama. You will be enlightened.

Hairul said...

Berat ni bro. Sodomi, klau x sahih dh jd fitnah...

Unknown said...

ZN ujian kpd semua.
Dlm kubur nanti kita tahu siapa yg benar atau tidak.

lias merak said...

sy tidak nampak sejarah jadi peluru. tapi jadi panduan. sejarah sudah menunjukan bangsa asing yg ada diaini berasal dari cina dan india bukan pembuka tanah melayu. kalau sejarah ini anak mereka tidak tahu. ini yg jadi . lupa diri. melayu dikatakan pendatang di tanah melayu.

Unknown said...

All must goto nothingness...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).