Tuesday, September 17, 2019

Tanda Tanya Dua OKT Sebagai Ketua Umat Umno-Pas


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Himpunan penyatuan umah agenda politik Melayu-Islam
MUTAKHIR, 18 September: Saya membuang gambar poster kepimpinan HPU setelah dimaklumkan yang ia adalah palsu. Harap maklum dan mohon maaf. Terima kasih.


POSTING ASAL

PELANTIKAN bekas Perdana Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dan bekas timbalan beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebagai dua orang terpenting dalam penyatuan umat Pas-Umno adalah “intrigue” politik yang sukar difahami.

Ia tidak masuk akal jika himpunan umat (ummah dalam bahasa Arab) yang dimasyhurkan Sabtu lalu adalah serius dan ikhlas.

Atau apakah ia sekadar “political posturing” untuk kepentingan orang tertentu dan dengan tujuan semasa yang bersifat sementara?

Ia mungkin hanyalah tindak balas “knee-jerk” bagi mengambil kesempatan daripada tanggapan bahawa sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin merosot dan dengan itu boleh diambil kesempatan.

Tetapi dengan melantik dua orang pemimpin Umno yang kini sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah sebagai ketua gerakan itu, ia mencetuskan tanda tanya mengenai matlamat sebenar para penganjur himpunan penyatuan ummah (HPU).

Kalau ia adalah gerakan jangka panjang yang ada idealisme dan kewibawaan maka ia tentulah tidak memilih dua orang kena tuduh (OKT) bagi mengetuainya.

Apatah lagi mereka ini jugalah yang menjadi punca kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018 lalu.

Atau adakah dalam pelantikan Mohd Najib dan Ahmad Zahid sebagai orang nombor satu dan nombor dua itu pun ada “intrigue”?

Kita tidak boleh menolak terus bahawa ini adalah mainan licik Pas untuk menguasai gerakan itu dalam jangka panjang.

Dengan melantik Mohd Najib dan Ahmad Zahid, Pas memberi muka kepada Umno dengan tujuan menarik sebanyak mungkin ahli dan simpatisan Umno untuk menyertai gerakan itu.

Kemudian jika ditakdirkan Mohd Najib dan Ahmad Zahid disabitkan kesalahan masing-masing maka bolehlah Pas mengambil alih gerakan itu.

Kita kena ingat, Pas bukan bodoh. Malah ia cukup peka hal politik dan bersikap oportunis. Dalam PRU lalu ia berjaya mengambil kesempatan daripada keterdesakan Umno untuk merampas balik Terengganu dan memenangi kerusi tambahan.

Pelantikan Mohd Najib dan Ahmad Zahid juga luar biasa kerana selama ini yang dilihat sebagai pelopor gerakan umat ini adalah Pas.

Malah jika dilihat daripada gambar-gambar yang keluar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu, hadirin berkopiah putih nyata lebih banyak daripada yang bersongkok hitam.

Jadi bagaimana pula tiba-tiba dua orang pemimpin tertinggi gerakan umat itu adalah daripada kalangan songkok hitam?

Lantas timbullah persoalan apakah perhimpunan itu dipelopori oleh kopiah putih tetapi dibiayai oleh songkok hitam?

Hal ini menjadi lebih jelas apabila lokasi tidak berkecuali telah dijadikan tempat perhimpunan. Seperti kita semua tahu PWTC adalah simbol politik dan ekonomi Umno.

Pengajaran Sejarah

Timbul juga persoalan adakah secara diam-diam Mohd Najib meniru sebahagian daripada taktik bapanya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, apabila Perikatan hampir kalah dalam Pilihan raya Umum 1969?

Ketika itu, atas nama Melayu dan perpaduan nasional, Abdul Razak berjaya memujuk Pas untuk menyertai kerajaan campuran dan seterusnya menubuhkan BN.

Situasi Mohd Najib lebih teruk daripada bapanya. Abdul Razak hampir kalah tetapi Mohd Najib kalah terus. Jadi tentulah dia lebih terdesak daripada bapanya kerana dia juga menghadapi perbicaraan jenayah.

Abdul Razak berpengaruh dan pintar. Tetapi Pas tidaklah bodoh umpama lembu dicucuk hidung.
 
Abdul Razak ikhlas mahukan perpaduan tetapi secara diam-diam Pas mengambil kesempatan.

Dengan menggunakan kedudukannya dalam Kabinet dan Exco kerajaan negeri, Pas secara agresif membuka ranting (cawangan) di tempat-tempat yang selama ini “off-limit” baginya seperti di rancangan-rancangan Felda.

Setelah menyedari bahaya perluasan pengaruh Pas itu, pada tahun 1977, Umno melakukan operasi belakang tabir di Kelantan dengan diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Akhirnya tumbanglah Kerajaan BN pimpinan Pas dan digantikan oleh pemerintahan darurat. Ia disusuli oleh tindakan Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, menyingkir Pas dari BN pada akhir 1977.

Kita sudah pun tahu yang Pas mendapat anjakan besar dalam PRU lalu hasil “persefahaman” dengan Umno-BN sehingga membolehkannya menawan semula Terengganu.

Sejak itu Pas menjadi semakin kuat manakala Umno kian lemah apabila ramai wakil rakyatnya keluar parti untuk menjadi wakil Bebas atau menyertai Bersatu.

Setelah merasa kelazatan kemenangan maka adalah tidak mustahil Pas sekarang berasa cukup yakin untuk sekali lagi menikahi Umno setelah melakukan Cina buta dengan PKR dan DAP.

Apa pun, tidak ada pihak yang patut memandang ringan atau menolak bulat-bulat kemungkinan rujuk politik Umno-Pas ini akan menjadi kenyataan jangka panjang.

Wallahuaklam.

29 comments:

Esa Adam said...

Kadir, tak payah la kau buat spekulasi. Apa salahnya UMNO+PAS bersatu.

adamjohan said...

Kadir, projek bawah kementerian kewangan RM450 juta direct nego Kadir buat buat tak nampak ke? Atau Kadir harap rakyat tak nampak? Kah Kah Kah!!!! Man mau sorok muka?

abahturon said...

Kenapa PAS layak utk jawatan timbalan2 aje?

Abitpusher said...

Alaa..Tun M pun boleh kerjasama dgn. DAP. Tun x pernah tarik balik kata2 dia sendiri yang DAP parti rasis. Huhu.

kusufian write said...

INI citera syok syok sendiri. Cam wak Doyok bikin. UMNO PAS kena bersatu nak survive. Actual plan suruh PPBM join skaki..
Rakyat Jelata jelak jelik. PHs buat benda pelik pelik. Dah 6X PM7 gi Jepun tambah hutang...
MOE buat keje Rakyat NoMoney, student breakfast free. But the real issue hanging ...
Only A Trillion Dollar Economy can move us forward...
Buke Citerrr olok olok.. Extend Mecca Corridors . Enlarge IMT, that's could trigger n generates billions...

Airlangga said...

Dato Kadir berulang kali memaki pembangkang BN-Pas sebagai penipu dan penyamun.

Sedangkan pihak kerajaan PH sendiri performance-nya tidaklah lebih kompeten berbanding kerajaan lalu.

Hutang negara malah bertambah lebih cepat.

Pembangunan yang lembab, gaji yang tidak meningkat, bursa saham yang menguncup.

Dalam menteri kabinet, cuma Dr Mahadir dan si Sadiq saja yang rajin berusaha.

Tengok YAB Mahyudin Yasin, apa kemajuan yang dia capai?

Belum lagi YB Wayta, Kula, etc.

YB Gobind pun dah hilang momentum.. orang cakap macam air Pepsi Cola, lepas 5 minit gas pun hilang..

herman adnan said...

Ya.
Memang cukup mengejutkan!
Saya tercirit-birit bila mana seorang timbalan presiden the so-called ulama' sedunia menjual nama satu sosok yang telah berpindah dari alam fana' ke alam baqa'
3. Namun begitu, Pasukan govt. Of the Day perlu REALLY CARE about this progress kerana lebih separuh Penjawat Awam Malaysia adalah budak-budak PAS

KESIMPULAN:
AMANAH, PKR dan PPBM perlu bekerja dengan Strategic Judgment yang 230 peratus. Kerja Kuat sahaja TIDAK CUKUP bila mana Kita terpaksa berhadapan dengan Para Penunggang Agama yang sebegini LICIK

OKJ said...

Salam Dato’ A Kadir Jasin

Lama Dato’ tak tulis. Saya ingatkan Dato’ dah merajuk dah. Berbalik kpd artikel kalini bagus sebab Dato’ bercakap tentang kepakaran Dato’ iaitu politik. Saya setuju dgn Dato’ sebab apa pula nak letak kedua-dua mereka. Cuma mereka tidak disabitkan apa-apa kesalahan lagi, baru tuduh je. Sbb itulah rakyat Malaysia minta jasa baik PH utk mempercepatkan kes mereka bukannya nak tangguh-tangguh. Dato’ ada nampak ke berpuluh ribu org UMNO semasa perbicaraan kedua mereka di mahkamah? Apa maksudnya kalau presiden dan bekas presiden tapi tiada penyokong pun. Katakan kedua-dua dah dijatuh hukum, orang yg ketiga yg naik secara automatic iaitu Hj Hadi. Nampak tak betapa bijaknya PAS. Dan, Hj Hadi dah pergi berjumpa dgn KM Sarawak. Stratergy tu…………..

Tahun 2019, penduduk Malaysia 32.6 juta, warganegara 29.4 juta, lelaki 16.8 juta, perempuan 15.9 juta, Bumiputra 20.4 juta (69.3%), Cina 6.7 juta (22.8%), dan India 2.03 juta (6.9%). Jadinya bumiputra 69.3 % dan Bukan bumiputra 30% sahaja. Dato’ tak takut ke tengok angka-angka ni terutama selepas dua parti terbesar Melayu bergabung ???? Statistik PRK kecil baru-baru ni pun kata, kalau jumlah bumiputra > 60%, nescaya PH akan kalah di kawasan tersebut. Inikan pula angka terbaru kata 69.3%.

Dan satu lagi, had umur mengundi akan diturunkan kpd 18 tahun yg mana semua orang tahu yg anak orang Melayu biasanya 3 hingga 5 orang, Cina dan India biasanya 1 hingga 3 orang je. Nampaknya Menteri Sukan yg baru ni memang tak reti pun tentang strategy. Strategy menempah maut dan gali kubur sendirilah jawabnya. Hehehe……….. Tapi saya percaya mesti tak jadi punya nanti sbb Tun Mahathir dah nampak dah. Sekian TQ.

Aku Bukan Blogger said...

Datuk ada suatu kemusykilam sedang melanda Malaysia.

Tiap tiap bulan MOF buat pinjaman melalui terbitan MGS atau GII.

Dan tiap2 bulan Khazanah jual strategic asset.

Rakyat yang dungu takkan tanya, tapi rakyat yang bijak akan nampak.

Bila hutang kerajaan nak berkurang?

Takkan asyik nak bagi alasan 1MDB saja?

Rakyat mengeluh kesempitan hidup, tapi pasaraya Mid Valley sesak teruk.

TAM Peace said...

Apa kena dengan kita orang Melayu, OKT boleh jadi wangi..walaupun banyak benda ajaib didedah di Mahkamah. Barangkali kita lupa bahawa saksi membuat pendedahan bersumpah, boleh disoal balas...masih memberi kredit kpd Penyatuan Umat ini. Kalau muka baru tu..elok lah juga. Group tu jadilah pembangkang yang baik..kalau kerajaan buat tak betul...desak sekuat-kuat nya.
TAM Peace

TAM Peace said...

Apa kena dengan kita orang Melayu, OKT boleh jadi wangi..walaupun banyak benda ajaib didedah di Mahkamah. Barangkali kita lupa bahawa saksi membuat pendedahan bersumpah, boleh disoal balas...masih memberi kredit kpd Penyatuan Umat ini. Kalau muka baru tu..elok lah juga. Group tu jadilah pembangkang yang baik..kalau kerajaan buat tak betul...desak sekuat-kuat nya.
TAM Peace

Tok Ki said...

Tak salah tapi jgn main belakang tikam Umno nanti kena terajang kali kedua

Tok Ki said...

Itu projek Najib 2016 akhirnya terbongkar

Airlangga said...

YAB Mahyudin Yasin ni geram betul saya.

Saya tak pasti kenapa di umur sebegitu beliau masih menjadi orang penting dalam politik, malah memegang jawatan ministry yang penting pula. Adakah Datuk Mahyudin Yasin merasa dia masih mampu memberi bakti? Adakah dia merasa dia sebegitu penting sampaikan tak ada replacement?

Keliatan aja macam orang yang uzur dan sakit.

Saya rasa ramai para PTD muda-mudi yang lebih bekemampuan menjadi menteri lebih baik dari beliau..

A KADIR JASIN said...

Berikut adalah kenyataan Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Penerangan Umno pada 14 September, mengenai poster yang didakwa palsu. Kenyataan ini dirujukkan kepada saya oleh seorang sahabat Facebook. Terima kasih.

"Poster yang diviralkan adalah palsu. Ianya bukan dikeluarkan UMNO atau PAS. Justeru rakyat diharap tidak mempercayainya.

Apa yang dipersetujui dan ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Presiden PAS ialah Piagam MAUFAKAT NASIONAL. Maka dengan sendiri, menunjukan poster yang ditularkan itu tidak sebagaimana apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS.

Saya berkeyakinan, poster ini bertujuan mengelirukan rakyat terutama ahli UMNO dan PAS. Malah ianya dilihat sebagai usaha berterusan pihak tertentu yang ingin memecahkan maufakat erat UMNO dan PAS.

Saya yakin UMNO dan PAS tidak terganggu dengan tindakan sebegini terutama oleh PH.

Malah akan lebih kukuh maufakatnya melalui Piagam Maufakat Nasional.

Percayalah bersama rakan rakan dalam BN, sahabat BN serta rakan rakan PAS dalam Gagasan Sejastera, UMNO dan PAS akan memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Saya juga percaya PH bimbang dengan apa UMNO PAS lakukan menerusi Piagam MAUFAKAT NASIONAL kerana itu mereka kepanasan ketika ini."

Mak Na said...

That's coz the ones with brain aren't in PAS..

Budak kampung Selatan said...

Soalan pak kadir senang je..knp amik okt jadi ketua umat? Dia x persoal pn umpas nk bersatu..ade paham

Budak kampung Selatan said...

Agak2 surat bertarikh bulan april tu masa sapa jd pm yek? Baik la ko pi amik wudhuk ..cuci muka x malu ko tu

Saz said...

Kutuk lah bro.... Tak habis2 mengutuk. You ni PAN kah. Dengki tak habis

Law and justice said...

Datuk,
just reading about Anwar's attempt to "coerce" Tun Mahathir to confirm his date of succession as PM is ludicrous.
Firstly, for Anwar to become PM, this has to be agreed by the rakyat, and he does not have the support and consensus of all of us. Not simply for anyone to say that he or she will succeed Tun.

Secondly, the PAS party has thrown its support behind Tun to complete his 5 year term, and this is in line with most of the rakyat wishes.

Thirdly, by popping up now and then in foreign press and sometimes in the local press, talking about being the crown prince in waiting for the PM's post is laughable, as though by wishing upon a star, the PM's post will become his is fantasy.

Fourthly, the 2 year term was NEVER stipulated.

Fifthly, he must demonstate he has leadership material, and the way PKR is being run with so much internal problems and infighting, is abundantly clear that he and his "supporters" are not what the rakyat wants. All desperation coming out of hiding.

Sixthly, all these go to show beyond a shadow of doubt that Tun must choose carefully when and who he can handover the PM's post, to the person he considers the best to become PM.

Seventh, the PM's post is not a piece of toffee or sweet to be handed around.

And I can go on and on and on. What's the point, Malaysia does not have a credible successor to Tun Mahathir, and we appeal to Tun Mahathir not to be swayed by silly and stupid talk about any dates. Tun has to be confident that he leaves Malaysia on firm footing become he hands over.

Law and justice said...

Datuk,
Simply ridiculous for the current govt to agree to waste RM450 million ringgit building the super huge white elephant in Kelantan.

Dr Mahathir had minuted in the letter from PDM: "YB Menteri Kewangan, projek ini telah diberi kepada PDM Builders. Jika mereka dapat kurangkan kos, tender baru tidak perlu".

Nonsense isn't it?

Best for Tun to come out and cancel whatever agreement the previous govt or his own govt has with PDM . His previous denial of ignorance does not hold water at all.

White elephant is a white elephant, cannot turn any other colour.
The rakyat desperately needs the RM450 million ringgit for healthcare for all, instead of a white elephant building which will not save lives.

Law and justice said...

Datuk,
sad news received that Deputy Minister in the Prime Minister's Department Mohamed Farid Md Rafik passed away in the early hours of this morning. He was 43.

The deceased, from Bersatu, was Tanjung Piai MP. There is a period of grief and mourning, respected by all.

Thereafter Bersatu must hit the ground running. Imperative to reach all and everyone in Tanjung Piai to counter the attacks especially from MCA who will take this opportunity to cut the ground from Bersatu. PH has to show again the unity, the harmony and the focus and will to win this by election.
Some will say use this byelection to teach PH govt a lesson for all its Uturns.
This is absolutely the wrong and stupid knee jerk response, we should never give way to the opposition. Everyone must pitch in and hold the fort for PH. Once you let the PAS/UMNO/MCA circus in, they will create more havoc and more mounting debts, the rakyat and country who are already suffering under this huge burden by the previous govt cannot afford to be bankrupt all over again. Get this message through.

Mak Na said...

The pm's post is not a piece of toffee or sweet to be handed around-LOL
The problem with bang non is he thinks he's God's give to Malaysians...he's full of himself ...Don't understand why people still worship him!!

Hj Nabawi said...

Pls scrutinise from legal aspects b4 give any comment

herman adnan said...

Hujjah versus Hujjah sahabat ambo Saz...
Cuba anda jolt down, bahagian mana yang ambo kutuk...
Saz...
..... ingatlah pesan Junjungan besar S.a.w bahawasanya "Aku diutuskan bukanlah untuk menyiat merobek kulit-kulit manusia untuk mencari hati nya untuk melihat keikhlasannya Melainkan Aku hanya dihantar untuk MENYAMPAIKAN SEMATA-SEMATA dengan memberi Contoh teladan yang baik untuk diikuti"
.... sebanyak manapun ilmu dan amal kamu INGAT LAH empat Perkara ini:

1. Pemaaf
2. Pemurah
3. Wara'(berhati-hati)
4. Mulia budi pekerti

...sehebat manapun kamu KENALI LAH DIRI KAMU TERLEBIH DAHULU!

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Salam takziah diucapkan kpd keluarga MP Tg Piai khususnya dan parti BERSATU amnya. Moga roh Dr Mohd Farid diberkati Allah dan akan bersama orang-orang yg soleh. Maut tidak mengenal usia dan kerja. Rasanya kerja jadi politician lebih stress dr jadi doktor.

Jadinya, akan ada lagilah PRK di Tg Piai tidak lama lagi. Setelah lebih setahun setengah PH memerintah, saya rasa BERSATU nampaknya mempunyai masalah yg sangat besar utk mempertahankan Tg Piai. Kalau saya pengundi Melayu disana, memang saya tak undi BERSATU pun. Izinkan saya memberi sebab-sebab saya sendiri kenapa saya tak pilih BERSATU, orang lain saya tak tahulah pulak.

Pertama dan yg paling utama, BERSATU tak dapat mempertahankan sesama Islam, Contoh, dalam kes Dr Zakir Naik, pemimpin BERSATU termasuk Dato’ sendiri lebih mempercayai kata-kata kafir dari oang Islam sendiri. Astagfirullah…… Dato’ fahamke beza antara kafir harbi dan kafir zimmi ni sebenarnya?

Kedua, pemimpin BERSATU diam membisu termasuk Dato’ sendiri apabila Tun Mahathir dicerca oleh ahli PKR dan DAP. Apa yg Dato’ kata adalah itu hak demokrasi mereka. Betul, tapi Dato’ kenalah pertahankan boss Dato tu juga. Kalau boss sendiri pun tak dapat nak pertahankan, macam mana kononnya nak pertahankan Melayu.

Ketiga, PH memang tak reti nak memimpin pun. Cakap je besar tapi tak reti. Contohnya, sebelum ni Khazanah untung berbilion-bilion, bila PH memerintah, habis semua dijualnya kononnya nak bayar hutang. KLIA rupanya tiada backup system pun. Air Asia untung berjuta-juta tapi MAS rugi berbilion-bilion. Harga minyak kata PH menang je esok, harga RM1.5 seliter, tol nak dihapuskan dan berbagai lagi.

Mana taknya, pemimpin Ph cuma dari kalangan bloggers, SRP, SPM, penipu sijil akedemik, penipu kepakaran, dituduh merogol, dituduh semburit, dah dibuktikan meliwat dan sebagainya. Cakap je pandai, buat kerja tak reti. Tun pun buat apa??? Tun sekarang bukan Tun yg dulu lagi. Kita kena terima hakikat itu sebenarnya.

Akhir kata, maaf Dato’ Panjang pulak. Biasa pagi Ahad ni saya berkebun sikit tapi tak boleh sebab jerebu. Hah !!! Itu saya tak komen tentang jerebu lagi dan pemimpin PH tak boleh nak selesaikan pun. Aduh…….. Sekian TQ.

Unknown said...

I am also puzzle why Dr. Mazlee appointed UUM Vice Chancellor with 4 H index. The current Vice Chancellor of UUM only interested in getting Datukship from the palace and evidently he got it. Hope you can highlight this to our beloved Tun.

awang kualaberang said...


salam Dato, biarkan lah si lebai-luncai dan si mat-klepektokrasi terjun dgn labu nya....

SUZALIE said...

Tiada siapa yg nak didakwa di mahkamah dan dimasukkan ke dalam penjara. Kalau sdr mahu dipenjarakan, iya tak perlu berselindung dan tunggang umat Melayu Islam.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).