بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Mohon surat perjalanan rentas sempadan negeri |
KALAU Covid-19 tidak bunuh kita, ketakutan dan panik mungkin akan bunuh kita.
Ini bukan lagi wabak penyakit. Ia sudah jadi penyakit mental.
Ketakutan dan panik telah nengambil alih, diapi-apikan oleh ketidakwarasan dan ketidakbertanggungjawaban pengamal media sosial.
Pembelian panik menyebabkan supermarket dan kedai kehabisan barang, harga naik dan bekalan disembunyikan.
Penjualan panik menyebabkan trilion ringgit modal pasaran hancur musnah di merata dunia.
Ini bukan lagi wabak penyakit. Ia sudah jadi penyakit mental.
Ketakutan dan panik telah nengambil alih, diapi-apikan oleh ketidakwarasan dan ketidakbertanggungjawaban pengamal media sosial.
Pembelian panik menyebabkan supermarket dan kedai kehabisan barang, harga naik dan bekalan disembunyikan.
Penjualan panik menyebabkan trilion ringgit modal pasaran hancur musnah di merata dunia.
Akibatnya setiap orang
yang ada pelaburan atau simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) dan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP), mengalami kerugian.
Dilaporkan dua orang telah meninggal dunia akibatnya di negara kita, bilangan dijangkiti meningkat dan yang sembuh bertambah.
Dilaporkan dua orang telah meninggal dunia akibatnya di negara kita, bilangan dijangkiti meningkat dan yang sembuh bertambah.
Itulah bahana wabak era digital di mana ketakutan dan panik mudah disebar sehingga menyebabkan manusia
hilang akal dan habis wang simpanan.
Saya berusia 73 tahun.
Generasi saya melalui pelbagai wabak dan jangkitan maut. Kita takut, tetapi
kita tidak panik. Yang selamat dan sembuh, daya tahan jangkitannya menjadi lebih kuat.
Isnin lalu, saya membuat kunjungan biasa kepada doktor saya, seorang bekas
pegawai perubatan tentera. Dia menjaga kesihatan saya sejak tahun 1980-an
apabila dia menjadi doktor di New Straits Times Press (NSTP) Berhad,
Jalan Riong, Kuala Lumpur.
Waktu itu NSTP amat berjaya. Ia mempunyai klinik perubatan sendiri. Ia juga memberi biasiswa kepada kakitangan dan orang luar untuk melanjutkan pelajaran, ada pejabat di London dan New York, menghantar kakitangan untuk menunaikan haji sebagai hadiah perkhidmatan lama, memberi pinjaman perumahan dan kenderaan serta membayar bonus sehingga tujuh bulan.
Waktu itu NSTP amat berjaya. Ia mempunyai klinik perubatan sendiri. Ia juga memberi biasiswa kepada kakitangan dan orang luar untuk melanjutkan pelajaran, ada pejabat di London dan New York, menghantar kakitangan untuk menunaikan haji sebagai hadiah perkhidmatan lama, memberi pinjaman perumahan dan kenderaan serta membayar bonus sehingga tujuh bulan.
Itu cerita lama. Bahan nostalgia.
Waktu itu ramai anak muda berjaya jadi wartawan dan pengamal perbuhungan awam melalui Skim
Latihan Pra-Pengambilan (PETS) yang dimulakan pada akhir 1980’an oleh NSTP sebagai khidmat masyarakat.
Dalam lawatan kepada doktor saya itu, tekanan darah saya 139/60, paru-paru baik, tidak demam dan daya refleks baik.
Hanya ada sedikit sakit tekak. Saya tidak merokok dan tidak makan gula mentah jadi
itu menyumbang kepada kesihatan.
Dilahirkan dan dibesarkan
ketika zaman susah ada kebaikannya. Sesiapa saja yang berjaya melepasi zaman
kanak-kanak yang penuh penyakit, kekurangan zat makanan dan tahap kebersihan
rendah menjadi lebih kuat.
Setidak-tidaknya itulah yang tercetus dalam perbualan saya dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai kesihatan pada zaman sebelum merdeka dan selepasnya dalam kaitan wabak besar Covid-19 ini.
Dr Siti Hasmah yang pernah bertugas sebagai Pengarah Perubatan Desa di Alor Setar amat peka tentang penyakit dan jangkitannya serta kesan rawatan kepada kesihatan jangka panjang pesakit, khususnya mengenai imuniti.
Waktu itu, taraf kesihatan rendah dan kemudahan rawatan amat terhad. Ada pelbagai penyakit berjangkit yang membunuh atau mencacatkan seperti cacar, taun, demam kepialu (typhoid), malaria, batuk kering dan polio.
Tidak cukup dengan itu,
ada pula penyakit yang dibawa oleh binatang ternakan dan haiwan kesayangan.
Dalam perbualan dengan doktor saya pula, kami menyentuh tentang penjagaan dan rawatan kesihatan
moden yang mungkin menyebabkan manusia hilang imuniti dan mudah dijangkiti
penyakit.
Ini belum lagi diambil
kira penyakit yang berpunca daripada keturunan (genetic) dan gaya hidup.
Walaupun pelbagai
vaksinasi diberi sejak bayi, ia belum menjamin yang seseorang itu tidak akan dijangkiti
penyakit kerana badannya tidak membina imunit semula jadi untuk menyekat
penyakit-penyakit baru.
Jadi dalam kita
berjaga-jaga terhadap pandemik atau wabak besar Covid-19 ini, kita jangan panik
hingga hilang akal dan kira bicara. Ketakutan kita biarlah berasas.
Masih ingat lagikah
bagaimana kita dilanda ketakutan dan panik malah menyangka dunia akan kiamat akibat
Y2K?
Bagi saya, Covid-19
menjadi lebih buruk daripada yang sebenarnya kerana sebahagian besar manusia telah
menjadi hamba kepada media sosial dan menyalahgunakan kuasa digital.
Wallahuaklam. Terima kasih.
17 comments:
Very true. I am also in the 70s. As a child, I remember running barefooted on the roads, played in the rain and mud, drank from the tap and ate whatever was available. Don't remember being sick.Your article brought back good memories of childhood. Agree should not panic, just be cautious. Bashir.
Ini hanyalah pandangan saya untuk dikongsi dengan orang ramai,mungkin betul, mungkin salah. Agaknya, Tuhan hendak menguji kemampuan dan kesungguhan kerajaan PN menangani masalah negara dan rakyat, maka diturunkanNya ujian pertama dalam bentuk krisis getir yang menyebabkan panik dan ketakutan meluas di kalangan rakyat iaitulah masalah penularan wabak COVID-19. Bagaimana kerajaan PN menanganinya, apa yang menteri-menteri berkenaan kerajaan PN ini buat, adakah PM TSMY menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan terhadap masalah yang menghantui negara dan rakyat ini, dan macam-macam persoalan lagi. Belum lagi diambilkira kesan penurunan harga minyak ke atas kedudukan kewangan negara dan bahananya nanti terhadap program-program ekonomi yang mempunyai kesan langsung dan tidak langsung ke atas kesejahteraan hidup (conditions of life) rakyat (common people). Rakyat akan menilai dan mempersoalkan kemampuan kerajaan PN dan khususnya ahli-ahli kabinet kerajaan PN, dan mungkin akan membandingkan dengan kerajaan dan kabinet kerajaan PH dahulu.
Covid 19 sepatutnya telah di kawal dahulu.Cuma kedegilan tun dan puak dap yg tidak mahu buat lockdown awal2. Demi wang kjaan ph-dap sangguo gadaikan nyawa rakyat. Bukan TUn M ka yg kata dulu, keadaan semua terkawal.dan tidak mahu eekat pelancong dari memasuki negara kita. Kapal persiaran di benarkan berlabuh. Pelancong dari China dibiarkan masuk sesuka hati. Menyebarkan kiman merata rata. Sekarang alih2 tun salahkqn rakyat malaysia kunun kita kita tak ambil berat ttg isu ini.Saya nak tanya siapa yg sebenarnya tak ambil berat??? Rakyat atau kjaan ph-dap???
Salam Dato’ Kadir Jasin yg dihormati
Allah manjanjikan dalam Surah Insyirah ayat 1- 8 dimana setiap kesulitan akan ada kemudahan. Allah meminta kita berusaha bersungguh sungguh dan berdoalah kepada Allah. Insyaallah wabak ini akan reda juga suatu hari nanti. Itu janji Allah.
Jadinya, saya rasalah kita kena beserderhana dlm pendekatan wabak ni. Tak takut langsung pun tak boleh tetapi terlampau takut sampai panic pun tak boleh jugak. Macam saya kata dulu, kalau doctor yg merawat pesakit pun boleh dijangkiti dan mati, maksudnya wabak ni bukan calang-calanglah jugak.
Izinkan saya memberi sedikit cadangan seperti yg saya janjikan. Pertama tidur kena cukup iaitu selama 6 hingga 8 jam sehari. Bila tidur cukup system immune kita akan kuat. Masalahnya Astro menyediakan cerita yg best-best pulak sekarang ni. Kedua pastikan vitamin D cukup dalam badan. Kita perlu terdedah pada matahari sekejap, setiap hari utk mengaktifkan vitamin D. Ada orang kata 10 minit dan ada orang kata 30 minit (ikut warna kulit la – ada yg putih gebu dan ada yg hitam manis). Dan ambillah low dose Vitamin D (< 800 IU daily) setiap hari semasa Covid 19 kerana ianya terbukti mengurangkan risiko batuk selsema. Seterusnya , sentiasalah berwuduk dan berkumur dgn air bila berwuduk kerana ini juga dapat mengurangkan risiko kuman. Sekurang-kurangnya 5 kali sehari sama dgn solat fardu. Lagi banyak lagi baik. Baca Quran dan berdoalah kpd Allah semoga wabak ini berlalu pergi dengan cepat.
Kemudian, kajian mengatakan kuman Covid 19 tu boleh hidup sehingga 3 jam dalam udara, 4 jam pada permukaan tembaga, sehingga 1 hari pada kertas dan 3 hari pada plastic dan stainless steel. Jadi kurangkan penggunaan duit kertas dulu semasa berjual beli, guna debit atau credit card je. Duit kertas yg lama tu kalau boleh minta bank Negara quarantinkan dan tukar ke yg baru. Jangan guna duit plastic sebab kuman boleh hidup sampai 3 hari. Lama tu.
Penggunaan hand sanitizer juga patut dilihat semula. Bukan semua hand sanitizer yg boleh bunuh kuman covid 19 ni. CDC dah keluarkan senarai bahan kimia apa yg boleh bunuh covid 19 ni. Minta KKM ambi perhatian. Yg lebih senang ialah dengan basuh tangan dengan air yg mengalir seperti di ajar dalam Islam.
Dah sampai masanya Malaysia memperkenalkan Telemedicine kpd doctor dan pesakit semasa COVID 19 ni. Jadi taklah perlu pesakit datang ke klinik sbb bila pesakit tu positive COVID, dah berapa ramai dah yg terdedah sebenarnya semasa di klinik tu. Boleh guna macam-macam, facetime, video call WhatsApp, Zoom video conferencing, skyscape dan sebagainya. Tapi kena bayarlah sikit sebab kesian pulak doctor tu nak bayar bil talipon dia nanti.
Panjang sangat pulak dah. Ada lagi yg saya nak tulis tentang, clinical features, investigation, management, prevention and latest updates. Nanti kalau ada masa, saya sambung lagi ye. Sekian TQ.
Kadiag, السلام عليكم,
Dlm coretan hang kali ni,
hang singgong sikit pasai orang romah PM interim.
Hang nulih “ Dr Siti Hasmah yang pernah bertugas sebagai Pengarah Perubatan Desa di Alor Setar
amat peka tentang penyakit dan jangkitannya serta kesan rawatan....”
Dlm sepak terajang politik baru2 ni, orang macam lupa kad dia, tentang kesan ataih batang tuboh dia,
ataih jasa di tabog kpd rakyat alog setag dan kedah.....
munkin macam orang lupa kesan maki hamun, cerca nista tehadap breder cherok tok kun,
ke ataih Dr Wan Azizah.
Depa dua ni jugak munkin bulih dikira lagenda Malaya... srikandi malaya.
Teraih coretan hang pasai bimbang yg landa rakyat yg hang nulih
“... Ini bukan lagi wabak penyakit. Ia sudah jadi penyakit mental.“ Munkin penyumbang yg buat benda ni
lebih parah ialah dasag kerajaan, sat pi kata kalu nak lintaih sempadan negeri, misalan dari selangog ke negeri sembilan,
kena dapat permit polis, paih tu pi kata tak payah,
budak2 u kena balik romah, paih tu tak payah,
orang2 Malaya (katanya 300,000 orang) yg kerja di Singapor tak bulih pi dah,
paih tu katanya sikit hari bulih pulak,
dan sana sini, katanya banyak kedai dan restoran kena tutup dan ramai pekerja2 diberenti....
walau pon sewa tetap jalan, hutang romah tangga yg sangat tinggi (‘household debt’)
mana tak jadi ‘mental’ Kadiag. Ni mai nya pulak, dlm suasana ramai rakyat memang dok begelut isu2 mental,
katanya kerana hadapi tekanan ekonomi (yg sedia ada) wabak dadah dan jinayah, masaalah romah tangga dan
hang pon tau, kerana kehampaan tehadap tidak keruan politik dan seteruihnya kesannya pd ekonomi,
yg antara lain merobek lagi hubungan
suku kaum yg sedia rapuh.... mai pulak ancaman wabak korona ni.
Jangan mareh no,
Aku
• Cuban Drug Could Save Thousands of Lives in Coronavirus Pandemic? Refer to: https://www.globalresearch.ca/cuban-drug-could-save-thousands-lives-coronavirus-pandemic/5706643
• Treatments for coronavirus that have worked in China? Refer to: https://www.paulcraigroberts.org/2020/03/13/treatments-for-coronavirus-that-have-worked-in-china/ AND https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/32150618 AND https://reader.elsevier.com/reader/sd/pii/S0924857920300820?token=92457EBC4E75F28D02F311F610DB2D48113E501DC04D49C824E6FD819F77BE34A9937B4 AND https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/?term=chloroquine+coronavirus
• Pandemic: The Invention of a Disease Called Fear. People are being “Herded”. Disrupting the World Economy? Refer to: https://www.globalresearch.ca/pandemic-invention-disease-called-fear/5706596
• When Available, COVID-19 Vaccines May be Hazardous to Human Health? Refer to: https://www.globalresearch.ca/when-available-covid-19-vaccines-hazardous-human-health/5706631
• Beijing Believes COVID-19 Is a Biological Weapon? Refer to: https://www.globalresearch.ca/beijing-believes-covid-19-biological-weapon/5706558
• Coronavirus - on the Verge of Worldwide Breakout? Refer to: https://www.paulcraigroberts.org/2020/02/23/coronavirus-could-be-on-the-verge-of-worldwide-breakout/
SALAM DAKJ
SEMOGA DATO DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK SUPAYA BOLEH TERUS MENULIS LAGI...
Betul tu pak kadir...org2 lama semua 'kebal' dengan virus ni...tu yang semua buat relaks n slow je agaknya termasuk la org2 besar...apalah sangat nyawa kami yg dibawah ni...
Kalau sistem kesihatan italy yang moden tu pun boleh jem, kira boleh tahan jugak la yer virus ni pak kadir...
Salam Dato’ A Kadir Jasin yg dihormati
COVID 19 controversy
Bolehke saya bercakap sedikit mengenai COVID 19 controversy and Case Fatality Rate (CFR). Panjang sikit ni ye.
Pertama, just nak update Dato’ dan pembaca bahawa ubat yg kedua iaitu Kaletra (anti HIV) yg digunakan dlm klinikal trial untuk membunuh kuman COVID nampaknya tidak Berjaya. Kajian yg dilakukan di China melibatkan 200 pesakit mendapati tiada perbezaaan samada ubat diberikan atau sebaliknya. Kematian didapati lebih rendah sedikit tetapi tidak significant kerana viral load selepas pemberian ubat juga tidak mengalami penurunan yg diharapkan. Cuma demam pulih cepat satu hari. Jadi, eloklah ubat Kaletra diberhentikan utk COVID 19.
Kedua tentang case fatality rate iaitu kebarangkalian seseorang akan mati jika mendapat suatu penyakit. Lagi tinggi CFR lagi bahayalah. Contohnya SARS 2003 CFR adalah 11%, Ebola 40%, Marburg 60%, Nipah virus 80%, Campak 3% dan influenza <1%. Bila CFR >5% maka penyakit itu dikatakan berbahaya. Berbalik kpd COVID 19, purata CFR adalah 3.4% tetapi mengikut kajian terbaru, bagi pesakit yg ada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung CFR menjadi > 6%,7% dan 10%. Juga bila kita melihat kpd statistic COVID 19, kesemua top 20 adalah negara-negara maju kecuali Malaysia dan Iran. Ini yang menjadi controversy ni. Saya tulis Inggeris sikit ye.
If you still remember, coronavirus enter the host cell by binding its S spike to the specific host receptor, which is called Angiotensin Converting Enzyme 2 (ACE2) receptor. The function of the ACE2 receptor is to activate the ACE 2 enzyme and later, to convert the Angiotensin II to angiotensin 1-7. Angiotensin 1-7 has a vital role in the regulation of the cardiovascular system. It acts as a neprilysin hormone, which can induce natriuresis and, therefore, reduce the afterload. It also has a potent vasodilator effect, which automatically able to reduce preload. It also has an anti-inflammatory property and even an anti-oxidant effect. Since it can reduce the preload and afterload, it is a superb hormone for the cardiovascular system.
Two very potent antihypertensive drugs, which are angiotensin-converting enzyme inhibitor (ACEI) and angiotensin receptor blocker (ARB), will promote the above effect. These drugs are called Renin Angiotensin Aldosterone System (RAAS) blockers. At the same time, it also induced the up-regulation of the ACE2 receptor to enhance the effect. Because of superb action on the cardiovascular system, RAAS blockers have become the first-line treatment for patient with hypertension, diabetes mellitus, and also in heart failure, especially in developed countries.
Unfortunately, COVID 19 needs ACE2 receptor to enter the host cell. As I mention before, since these drugs cause the up-regulation of the ACE2 receptor, patients who are on these drugs are more prone to get infected. If they got infected, most of them would have more severe disease with poorer prognosis.
CONTROVERSY. Based on the latest observation COVID 19 study in China, some authors suggest stopping taking RAAS blocker (ACEI or ARB drugs) during COVID 19 pandemic and change to other antihypertensive drugs. However, the College of Cardiology (America and Europe) disagree with the statement and suggest to continue those drugs instead of replacing it. Their reason is that the trial looking at the RAAS blocker in COVID 19 is only an observational study. To prove it, they need Class I study, which is a randomized control trial (RCT), to conclude.
Akhir kata, Inilah satu sebab kenapa kuman ini kena pada negara-negara maju sebab negara miskin tiada duit nak beli ubat ni untuk rakyat mereka. Malaysia pula boleh dikatakan semua pesakit 3 serangkai kita memang ambil ubat ni. Jadi bagi sayalah, eloklah ditukar dulu ubat RAAS blocker semasa COVID 19 ni untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi kerana masih banyak ubat lain yg boleh digunakan. Tetapi bukan untuk pesakit jantung yg amat memerlukan ubat ini. Sekian TQ.
Pesta pembelian panik dirancakkan oleh mereka yang mementingkan diri. Bertroli-troli barangan yang menggunung dimuat masuk ke dalam rumah sendiri sehinggakan rak-rak di dalam kedai licin dan kosong melompong. Hanya golongan yang berduit sahaja mampu berbuat demikian tanpa mengambil peduli akan nasib orang yang kurang berkemampuan. Apabila semua bahan makanan di kedai habis dipunggah, keadaan ini telah menyusahkan yang miskin seperti saya terpaksa beralih ke tempat lebih jauh untuk mendapatkan bekalan. Itupun belum tentu akan dapat. Entahlah berapa jauh lagi harus merayau. Begitulah buruk perangai makhluk-makhluk "kiasu" ini membuat persiapan macam dunia nak kiamat. Selain daripada itu, diharapkan pihak yang berwajib dapat menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dengan setegas-tegasnya dalam erti kata sebenarnya. Tindakan keras harus diambil ke atas mereka yang ingkar akan perintah yang teramat serius ini tanpa kompromi. Jika tidak, usaha kerajaan untuk membendung Covid-19 yang membunuh ini akan mengalami kegagalan malah pandemik ini akan terus menggila dan merebak sampai hilang kawalan dengan meragut lebih banyak nyawa yang tidak berdosa. Harap-harap angka jangkitan positif tidak lagi terus meningkat. Akan tetapi, pada saat-saat genting ini, PM tepi kita suatu ketika dahulu masih terkial-kial berpolitik untuk menonjol-nonjolkan diri. Meluah sungguh. Semoga Tun selamat berkuarantin dan sihat walafiat.
"Bagi saya, Covid-19 menjadi lebih buruk daripada yang sebenarnya kerana sebahagian besar manusia telah menjadi hamba kepada media sosial dan menyalahgunakan kuasa digital."
--> Itulah Dato. Media sosial memang power...
Dengan Media sosial, fitnah disebar hingga BN tumbang....padahal hingga sekarang tak ada satu pun fitnah2 tu dapat dibuktikan lagi di mahkahmah...semua kononnya penyelewengan masa BN pun hingga sekarang dan semasa PH memerintah selama 22 bulan pun tak boleh nak buktikan..
Tapi dengan media sosial juga, fitnah antara mereka (sesama pemimpin dlm PH) pula yg telah mnejatuhkan keraajn PH....Nampak tak kuasa Allah....Nampak tak balasan Allah
Kerajaan yg naik dengan memfitnah, akan jatuh juga kerana fitnah sesama mereka pula...
Media sosial juga yg memberi byk maklumat kepada rakyat berkenaan Covid19..
Panic ada baik dan buruk..
Panik menunjukkan rakyat faham dan tahu tentang keburukan dan kesan bahaya akibat Covid19..
Panik juga menyebabkan tindakan mereka menjadi tidak rasional apabila mereka membeli dlm jumlah yg tidak sepatutnya dan tergesa gesa..ini semua akibat dari MCO (movement control order)..
Tapi media sosial juga boleh digunakan untuk educate the public...
So, media sosial tak salah...tapi yg salah ialah mereka yg menggunakannya dan yang tak tahu menggunakannya
Lagi laporan dari pelbagai sumber tentang kaedah rawatan untuk COVID-19:-
1. http://www.xinhuanet.com/english/2020-02/17/c_138792545.htm
2. https://thehill.com/policy/healthcare/public-global-health/488410-us-testing-two-generic-drugs-as-possible-coronavirus
3. https://www.forbes.com/sites/lisettevoytko/2020/03/18/japanese-flu-drug-effective-against-coronavirus-in-clinical-trials-chinese-officials-say/#7db56b876bad
Salam dato. Ada tak kena dgn perkembangan terbaru nie, mana menteri KDN? Kenapa nak deploy tentera sedangkan PGA ada 20 batalion at KDN disposal. Lebih drp ckup dgn PGA kenapa tentera yg kena kerah.
Datuk,
Is the government and Ministry of Health exploiting its contract medical officers?
While the Director General of the Health Ministry is overwhelmed with the increasing number of Covid19 cases, there are junior (?) civil servants in the MOH and govt sending out love letters to the contract medical officers, saying that the last two-year contract is given, and no further contracts will be given.
“After this, you are not our responsibility anymore,” we read that in between the lines of the letter from our dear MOH, while the young doctors, wearing their multilayered protection under the hot sun, swab the nose and throat of the suspected public, bearing the risk of contact with patients who are dishonest about their history of Covid.
They lay their lives on the line for the nation and this is how they are treated.
The MOH is deploying nearly 400 contract medical officers to Sungai Buloh Hospital, Malaysia’s main coronavirus treatment centre, with those outside Selangor starting next Monday.
The hospital has insufficient PPE, so why send so many there? Doctors' lives are not important?
A letter by MOH’s Human Resources Division secretary Zainal Alhakab Seman dated March 18 said the placements targeted UD41 grade contract junior doctors — who have completed their housemanship and obtained full registration to practice — from the 2016, 2017, and 2018 batches.
Most of the young contract doctors posted to Sungai Buloh Hospital in Selangor are from the batch that started their housemanship in November 2017, with a few from the batches of December 2016; May, July, September and October 2017; and February 2018.
Those posted from outside Selangor — Kelantan, Johor, Melaka, Negri Sembilan, and Penang — are required to report for duty at Sungai Buloh Hospital on March 23, just five days after MOH’s instruction on their transfers. Those transferred from other Selangor government hospitals start work at Sungai Buloh Hospital today.
And this very self serving statement says: “In line with the effort to combat the Covid-19 outbreak, especially in the Klang Valley, the Ministry of Health’s top management has decided to increase medical officers for postings to the Selangor state health department, specially to fulfill the importance of service at Sungai Buloh Hospital, the treatment centre for the outbreak,” Zainal said in his letter to government hospital directors and state health directors, as sighted by CodeBlue.
“These placements are final and any appeal will not be considered.”
Under the new policy, medical officers (MO) employed from December 2019 will continue to remain at grade UD41 despite the pledge by MoH last year that they would be promoted to UD43, a grade signifying contract status but with higher pay.
Basically under the renewed contract scale will still be UD41, which means same pay as house officer but few hundred less than our counterpart (MO) in the department
In the past, a MO who has completed his or her housemanship is upgraded to UD44 with a basic pay hike of RM2,947 to RM3,611, to reflect the responsibility and workload.
UD41 medical officers also lose the RM600 flexi monthly allowance given to house officers — the annual salary differential between UD41 and UD43/44 officers is RM8,000, according to healthcare online magazine CodeBlue....
Critics of the policy also feel that the government timed the decision partly as a way to avoid public attention.
The MOH and government must stop playing with the young doctors' lives, eventually there will not be young or old doctors around. Treat the contract doctors with humanity and decency and as human beings, not dispensable articles, accept and absorb them as permanent pensionable staff and they will reciprocate with greater committment.
We urge the DG and PM to withdraw the letter. We urge the respected Agong to work with the DG and PM to resolve this. Doctors' lives are just as precious as the ones these doctors are trying to save. The doctors are your sons, daughters, mothers, fathers....
Hydroxychloroquine and azithromycin as a treatment of COVID-19: results of an open-
label non-randomized clinical trial. Refer to report (in pdf format): https://drive.google.com/file/d/186Bel9RqfsmEx55FDum4xY_IlWSHnGbj/view
To all the politicians especially the 'head' of opposition, stop politicking to gain self-interest while the number of Covid-19 cases are sky-rocketing and so does the death toll. If you refuse to help, just zip up so as to nip the xxwar-like- virus from your mouth in the bud at this catastrophically critical juncture. No one is happy except this very self-important person hoping to see all new government efforts to overcome the pandemic, comes to a failure. That is his main shitty aim. Damned you and go to hell, would you?
Syukur Alhamdulillah ujian saringan Tun disahkan negetif. Hidup Tun! Semoga Tok Kadir turut berkeadaan sihat dan cergas di samping keluarga tersayang.
Post a Comment