Tuesday, September 22, 2020

Catatan Sejarah: KWSP Ambil Saham MRCB Tahun 2005

A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kenyataan Bursa: Berlaku pada Zaman Abdullah

MUKHADIMAH: Tuduhan bekas Perdana Menteri, Mohd Najib bin Abdul Razak terhadap saya dan, dengan itu juga, terhadap tiga orang lagi bekas eksekutif kanan New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) yang melakukan Pembelian Oleh Pengurusan (MBO) ke atas NSTP dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) adalah bohong.

 

Sebaliknya, yang menyebabkan Umno hilang kawalan ke atas Media Prima Berhad, iaitu gabungan NSTP dan STMB, adalah Najib sendiri.

 

Ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno antara tahun 2009 dan 2018, saham Media Prima yang dipegang secara proksi bagi pihak Umno telah dijual atau dipindahkan kepada beberapa buah syarikat dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC). 

 

Akhir sekali apabila Umno/BN kalah pilihan raya umum 2018, baki saham Media Prima milik Umno dijual kepada Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar Albukhary. 

 

Dengan itu berakhirlah riwayat pemilikan NSTP dan TV3 oleh Umno yang bermula pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak. Bukan setakat hilang kawalan ke atas Media Prima malah Umno juga hilang kawalan ke atas kumpulan Utusan Melayu. Tetapi macam biasa, Najib akan berbohong dan menyalahkan orang lain.

 

Anatomi Realmild-MRCB

 

1. MBO oleh empat eksekutif kanan NSTP – yang digelar empat budak Melayu - dilakukan pada tahun 1993. Mengikut nisbah pegangan saham - daripada paling besar kepada paling kecil - mereka adalah Ahmad Nazri Abdullah (Pengarang Kumpulan Berita Harian), Mohd Nor Mutalib (akauntan), A Kadir Jasin (Pengarang Kumpulan New Straits Times) dan Abdul Khalid Ahmad (akauntan).

 

2. Mereka menubuhkan syarikat pegangan (holding company) bernama Realmild Sdn Bhd dan meminjam RM800 juta daripada bank bagi membeli Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk dijadikan syarikat tujuan khas (SPV) bagi membeli saham NSTP dan STMB daripada Tan Sri Abdul Halim Saad.

 

3. Berikutan pemecatan Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan pada tahun 1998, Ahmad Nazri, Mohd Nor dan Abdul Khalid menyerahkan saham mereka dalam Realmild kepada Abdul Rahman Maidin. Abdul Rahman memegang 95 peratus dan saya, lima peratus.

 

4. Pada tahun 2001, saya serahkan pegangan saham saya dalam Realmild sebanyak lima peratus kepada Abdul Rahman dan keluar daripada syarikat itu serta meletak semua jawatan korporat dalam syarikat-syarikat berkaitan Realmild, iaitu NSTP, STMB dan MRCB. Serentak itu saya juga meletak jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.

 

5. Pada ketika itu MRCB masih dimiliki oleh Realmild. Ia tidak dijual kepada sesiapa. Maka terbuktilah yang Najib berbohong bila dia kata saya jual MRCB dan tidak bagi duit kepada Umno.

 

6. Abdul Rahman kemudian diarah memindahkan Realmild kepada Tan Sri Anwar Jamalullail dan keluar daripada Realmild pada tahun 2002. Pada waktu itu MRCB masih milik Realmild. Ertinya masih dalam tangan Umno melalui proksi.

 

7. Perlu disebutkan bahawa dalam hampir semua urusan bersangkut-paut dengan Realmild selepas pemecatan Anwar melibatkan Nor Mohamed Yakcop. Dialah yang menjadi “puppeteer” (dalang) menyusun semula syarikat-syarikat milik Bumiputera pasca-Krisis Kewangan Asia 1997/98 dengan dibantu oleh dua, tiga orang “wunderkinder” (budak-budak cerdik). Mereka amat berkuasa dan ditakuti. Nor Mohamed cukup ajaib. Dia berpengaruh ke atas semua Perdana Menteri bermula dengan Dr Mahathir.

 

8. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri mulai 31 Oktober 2003, Realmild diambil alih pula oleh Abdul Latif Abdullah sebagai Pengerusi Eksekutif.

 

9. Mengikut rekod, dalam tempoh itulah berlaku pemindahan saham MRCB daripada Realmild kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hal itu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia oleh MRCB pada 7 Januari 2005 seperti dalam gambar di atas. Jumlah saham MRCB yang dipindahkan adalah sebanyak 155,555,555.

 

10. Tetapi sebelum itu pun KWSP sudah melabur dalam MRCB kerana sejak dijadikan SPV untuk melakukan MBO ke atas NSTP dan TV3, MRCB menjadi sebuah syarikat yang berpotensi dan harga sahamnya kukuh. Ia mendapat beberapa buah projek besar termasuk membangunkan KL Sentral. Saham-saham MRCB itu tidak dijual tetapi diambil alih kerana MRCB berhutang kepada KWSP untuk membeli 20 peratus saham RHB Bank. Sebab itulah hari ini, selain menguasai MRCB, KWSP juga ada saham dalam RHB Bank. Tidak ada apa yang hilang dan tidak ada siapa yang curi. Sekarang MRCB milik semua pencarum KWSP.

 

11. Habis macam mana Najib tuduh saya, rakan-rakan saya dan Dr Mahathir Mohamad jual saham MRCB dan curi duit? Pada tahun 2005 saya sudah keluar Realmild, MRCB, NSTP dan STMB hampir empat tahun. Kalau pun nama kami tersenarai sebagai pemegang saham MRCB, ini adalah kerana kedudukan kami sebagai pemegang saham Realmild. Kami tidak ada pegangan terus (direct holdings) dalam MRCB.

 

12. Kemudian apabila Najib naik jadi Perdana Menteri pada 4 April 2009, dia lantik Zulkifly Rafique jadi Pengerusi Eksekutif Realmild. Pada tahun berikutnya (2010) KWSP membuat tawaran membeli baki saham MRCB, tetapi tidak berjaya.

 

13. Pada zaman Najib juga nama Realmild ditukar kepada Radimax Group Sdn Bhd dan sedikit demi sedikit hilang kawalan ke atas Media Prima.

 

14. Boleh jadi sebab banyak sangat hal-hal yang menakutkan dalam kepala Najib atau dia memang kaki putar-belit maka dia buat cerita yang bukan-bukan, termasuk memfitnah dan berbohong.

 

15. Yang jadi mangsa adalah rakyat jelata yang tidak tahu apa-apa dan tidak faham hal-hal kompleks berkenaan dunia korporat. Maka atas prinsip itu juga, Najib melakukan konspirasi penipuan 1MDB dan membuat kenyataan yang bukan-bukan.

 

16. Saya tidak menjawab fitnah Najib lebih awal kerana saya perlu membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak yang terlibat dengan Realmild dan MRCB kerana saya sudah hampir 20 tahun keluar daripada kumpulan itu.

 

Wallahuaklam. Terima kasih.

 

 

 

13 comments:

kluangman said...

Najib kalau tidak biasa senohong sudah tentu dia takkan kenal ikan duri

Itu asal-usulnya.

OKJ said...

Salam Dato Kadir yang dihormati

Kenapa lama sangat Dato’ tak post artikel dalam blog ni? Rindu pulak rasa. Dato’ janganlah merajuk lama sangat bila kena kritik sikit. Dalam politik ni, tiada yg betul dan salah dan tiada juga sahabat atau seteru selamanya. Dulu Dato sanjung TSMY sebab keluar UMNO tapi sekarang Dato’ berseteru dgn dia pulak. Nasib baik saya jugalah yg jadi pembahas tetap blog ni, tak merajuk pun. Kena kutuk pun saya buat rilex je. Cuma masa zaman Najib jadi PM dulu, saya dan company ditekan dan disembelihnya walaupun sama-sama orang UMNO. Kawan saya sampai kena stroke pun ada. GILA !!!!!!. Tapi Alhamdulillah, dia buat zalim dekat orang dulu, sekarang dia pulak kena. Adillah tu saya rasa.

Berbalik dgn kenyataan najib terhadap Dato’ ttg kes-kes lama tu, terus terang saya kata bukan level saya ni dan saya tak tahu langsung pun. Tapi kalau nak pilih siapa yg cakap benar dan menipu secara santai, saya akan pilih Dato’ bercakap benar. Sbb Najib ni cakap dia berbelit-belit. Bersumpah tak tahu duit masuk account sendiri tapi lepas 3 hari kemudian tahu pulak dia duit tu diguna utk charity je. Dah macam mana nak percaya Bossku ni? Banyak lagi contoh, tapi saya bagi yg verdictnya dah dikeluarkan mahkamah dulu ye..

Saya cakap tentang PRN Sabah sikit boleh ke. Daripada tinjauan sayalah, saya rasa Warisan PLUS akan kalah dan PN - PBS akan menjadi kerajaan. Pertama, Warisan ni lebih kepada one man show, harap Dato’ Shafiee seorang je. Tun Mahathir sendiri pun tak pergi Sabah lagi. Kenapa ye. Hehehe…… Lepastu dapat pulak pemimpin yg bengong yg kata Kes Tanduo tu dulu askar berperang dgn ayam dan anjing je. Habistu askar kita yg mati berjuang tu macam mana? Rasanya orang yg sama juga kata tak apa pelancong China masuk Malaysia masa mula mula COVID dulu sedangkan China sendiri dah quarantine 980 juta rakyat mereka masatu. Pening saya bila dapat pemimpin cap ayam macam ni.

OKlah Dato’. Sampai sini dulu ye. Jangan takut Dato’, antara Najib dan Dato’ Kadir, selain Lokman Adam, saya rasa orang lain lebih percaya dgn Dato’ dari Bossku walaupun saya seorang ahli UMNO. Prinsip ahli UMNO akar umbi macamtulah, betul kita kata betul, salah kita kata salah mengikut acuan Islam. Tiada lagi istilah taat membabi buta. Sekian TQ.

adamjohan said...

Kalau tak besalah kenapa tak berani nak saman Najib. Semua orang tahu betapa benci nya engkau terhadap Najib. Ini peluang ke emasan untuk kenakan Najib! Tapinengkau tak berani kan? Takut kebenaran terpancut macam cirit dan bertempek kat muka kau kan? Tak apa kami faham....

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir

Banyak pulak isu politik minggu ini. Baru sebentar tadi Anwar mengumumkan beliau dah ada cukup korum utk membentuk kerajaan. Betul ke tak saya pun tak tahu tapi saya rasa betul kot kali ini.

Jadinya, saya rasa dah sampai masanya parlimen dibubarkan dan pilihanraya ke 15 diadakan supaya ianya adil untuk semua pihak. Ianya dah tak dapat dielakkan lagi. Kita pulangkan semula kuasa memilih kepada rakyat. Itu jalan yang terbaik. Sekian TQ.

Aku said...

Kadiag: ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎,
Terima kasih pasai huraikan episod ‘realmild’, MRCB dan KWSP sekali lagi.
Aku agak saja, tudohan atau dakwaan MOI bukan sebenagnya dari dia, munkin jugak dari geng upahan dia ...
Dlm sidang mahkamah dan jugak di parlimen, nampak dia tak berapa maham liku2 kewangan.... atau
dia belakon bodo.
Munkin hang bulih tanya Rafizi.
Lagi pulak masa dia ada sikit2 kuasa masa jadi PM sekali guih menteri kewangan, ada dia buat apa2 untuk
betoikan ‘kebobrokkan’ dlm tudohan ni....?
Aku lebih cenderong yg ini merupakan serangan ataih batang tuboh hang sendiri, munkin seperti serangan peribadi
yg dibuat tehadap hang olih sesetengah ‘responden’ pd blog hang ni. Lebih2 lagi bila depa putuih angin
dgn hujjah2 hang, macam masa depa kata PH yg bawa ‘kerugian’ pd Petronas baru2 ni.
Aku ingat hang lebih maham apabila serangan dilaraihkan kpd batang tuboh dan bukan pd hujjah2.
Setengah2 episod lagu ni, ahli saikologi munkin gulong bawah terma ‘transfer of hostility’.

Macam mana pon, ‘coretan’ aku kali ni pon banyak sandag pd bberapa andaian, kalu tak tepat aku mohon maghap no.
Aku

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Izinkan saya mengupas sedikit PRN Sabah baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada rakyat Sabah kerana dapat merampas kerjaaan dari Warisan Plus secara sah. Ini membuktikan Langkah Musa Aman utk merampas kerajaan dahulu memang dialu-alukan oleh rakyat Sabah. Sebenarnya, tak perlu pun orang Sabah melalui PRN ini jika Dato’ Shafiee Afdal lebih gentleman dan dah boleh baca kehendak rakyat Sabah. Kesian rakayat Sabah sebab kes Covid disana terus melonjak tinggi.

Eloklah ianya dijadikan pengajaran kepada PH dan Anwar. Jadinya, kpd Anwar, tak payahlah sebok nak jadi PM kalaupun dapat sokongan Zahid dan kawan-kawannya. TSMY pun bijak juga. Beliau akan memilih utk bubarkan parlimen. Kesudahannya, Perikatan nasional akan memang lebih besar dan kerajaan yg sedia ada masih kekal. Cuma mungkin nama nama pemimpin yg ada kes je yg diganti. Dan rakyat akan menyalahkan PH bila kes Covid meningkat diperingkat nasional.

Kedua, UMNO hanya memenangi tak sampai 50% dari Kawasan yg ditandingi. Ini menggambarkan prestrasi bukuk UMNO di Sabah. Pemimpin-pemimpin UMNO kenalah muhasabah diri dan jangan bercakap besar lagi. Contohnya, belum apa apa lagi, Dato Zahid dah minta UMNO jadi KM Sabah. Nasib baik UMNO tak bertanding lebih banyak kerusi.

Ini bermakna rakyat mahukan perubahan dari pucuk pimpinan UMNO. Please lah, pemimpin-pemimpin yg ada kes mahkamah samada sudah dijatuh hukum, sedang dibicara, menunggu giliran utk dibicara, yg cakap lepas macam Nazri Aziz dan seterusnya, berehatlah dari UMNO. Bagilah muka-muka baru pula. Ramai lagi yg bagus-bagus, layak, bijak, consultant, professional, pakar perunding dan professor-professor sebenarnya.

Ketiga, kenyataan Tun Mahathir yg tak akan bertanding utk PRU 15 memang kena. Pertama, kemungkinan besar Tun akan kalah jika bertanding juga. Malulah Tun nanti. Lagipun biarlah Tun pencen dan dikenang sebagai negarawan. Harap result PRN Sabah dapat memberi sedikit clue tentang pengaruh Tun sekarang yg bukannya lagi seperti dulu. Sekian dahulu ye. TQ.

Zaki said...

Kalau ini tulisan najib, mesti kena hentam punya. Pemimpin dan penyokong PH akan membakul sampah kan sahaja kenyataan seperti ini. Akan ada suara-suara yang cakap, "kalau orang tu fitnah, saman lah kalau berani. Tak berani saman makna nya betul lah tu".

Tapi kalau tuduhan tu kena batang hidung sendiri, tulis sahaja untuk menyangkal dakwaan itu sudah memadai. Jenis pemikiran, "Aku tak pa, tapi kalau depa.....".

Penyelamat? Daripada paling korup dalam sejarah Malaysia (yang ni boleh tanya rakan-rakan dalam PH atau PH Plus) kepada penyelamat. Korang ni memang jenaka yang tak kelakar.

Ps: saya bukan sokong najib atau belah satu lagi. Saya hanya rakyat biasa yang melihat cara berpolitik di Malaysia.

Unknown said...

AKJ boleh cerita dalam blog ini tetapi siapa yg dapat faedah dari jualan saham ini?

Mike said...

Dari kronologi kes SRC, 1mdbee, Tak tahu, Tak kenal, Tak ambil, Tak klepet, Tak sebut, Tak cakap semuanya bohong belaka...jadik...tunggulah pembohongan seterusnya...

Mika Angel-0 said...

[24/10, 08:05]
Melihat usaha Malaysia dan New Zealand, sudah pasti kedua-duanya bertungkus-lumus dalam menyelamatkan rakyat serta negara. Namun, ketegasan dan disiplin setiap individu di setiap peringkat memainkan peranan penting yang membawa kepada kejayaan negara seperti New Zealand dalam mengawal penularan wabak ini.

😷😷🤔🤔🤔🤔🤔🤔😷😷👍
Nak samakan Jakarta Baru dengan New Zealand konon.

Test and quarantine NEW PATI Indonesians and Filipinos!

Human traffickers are the superspreaders. YDPA pun boleh pikir.

Why SEMBURIT the troublemaker wants darurat?
Many UMNO Baru MP will join PPBM lah so he no chance to be PM.
Yes Semburit and MakLampin is the batu api(how semburit can be so popular?)
😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣
Money trail...Splash???
More...(wadoh wadoh wadoh apa benar wakjahid itu jakarta baru, dong? Maka apa pula Semburit? Liberal dan LGBTQ. Semburit source of funds, modus operandis??)

Surah Al-Isra, Verse 16:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

And when We wish to destroy a town, We send Our commandment to the people of it who lead easy lives, but they transgress therein; thus the word proves true against it, so We destroy it with utter destruction.
(English - Shakir)

via iQuran

//www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/10/745549/disiplin-individu-penting-bendung-pandemik

[24/10, 08:17]
Did his Ali family envy the DrHasmah's Mohd Ali family modus operandis?

Janji kepada Che Det
Janji kepada JigoloPaguh
Janji kepada Aljuburi
Janji kepada H2O

Hebat keluarga Azmin Semburit

Surah Al-Isra, Verse 16:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

And when We wish to destroy a town, We send Our commandment to the people of it who lead easy lives, but they transgress therein; thus the word proves true against it, so We destroy it with utter destruction.
(English - Shakir)

via iQuran

//en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Azmin_Ali

[24/10, 08:27]IF 18-year-olds were to vote in 2023, current Third Formers, those who will be taking their PT3 exams, will be part of a potent political force whose impact few can imagine.
Together with those who were not eligible to vote in the previous election, we would see an estimated 7.8 million new voters, adding to the 14 million or so registered now. This is perhaps the most significant change since the first election in 1955.

😷🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂😷👍
Hebat Azwan dan Ummi
Punch and Judy Show
Semburit itu main belakang, dong. Wakjahid main Tomi?

IMHO only: teori konspirasi akibat Tokong akan dibuang DAPIGS yang dapat mandat Beijing melalui Bob Kok Beijing (may war??)

https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/02/568395/young-are-political-kingmakers

Mika Angel-0 said...

Sdr Najib is a jack of all trades. Baguslah

Kita yang kurang arif pula perlulah bertanya kerana takut lagi teruk tersesat jalan.

Takrif serious case bagaimana?
Yang 'serious case' itu macamana pula? Contact terdekat? Keluarga?

Di semua penjara dan pusat-pusat tahanan bagaimana pula ceritanya dengan warden-warden dan keluarga mereka?

Adakah hebat lagilah minda dan jiwa rakyat Siam, Vietnam, Kemboja, Singapura, China, Jepun, dan seluruh dunia melainkan Malaysia?

High risk group itu siapa, Sdr Najib?

Harap Che Det pertimbangkanlah H2O ganti JigoloPaguh secepat mungkin.

(Sdr Najib of all trade takut nak panggil EGM UMNO Baru pecat wakjahid and geng kah atas sebab dia sememangnya telah bersalah melakukan banyak jenayah besar?
Elokkah pindah high risk group ke hotel-hotel dengan penjagaan mesra?)

Wallahuaklam

Surah Al-Isra, Verse 16:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

And when We wish to destroy a town, We send Our commandment to the people of it who lead easy lives, but they transgress therein; thus the word proves true against it, so We destroy it with utter destruction.
(English - Shakir)

via iQuran

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157446732645952/

Mika Angel-0 said...

Sdr Najib is a jack of all trades. Baguslah

Kita yang kurang arif pula perlulah bertanya kerana takut lagi teruk tersesat jalan.

Takrif serious case bagaimana?
Yang 'serious case' itu macamana pula? Contact terdekat? Keluarga?

Di semua penjara dan pusat-pusat tahanan bagaimana pula ceritanya dengan warden-warden dan keluarga mereka?

Adakah hebat lagilah minda dan jiwa rakyat Siam, Vietnam, Kemboja, Singapura, China, Jepun, dan seluruh dunia melainkan Malaysia?

High risk group itu siapa, Sdr Najib?

Harap Che Det pertimbangkanlah H2O ganti JigoloPaguh secepat mungkin.

(Sdr Najib of all trade takut nak panggil EGM UMNO Baru pecat wakjahid and geng kah atas sebab dia sememangnya telah bersalah melakukan banyak jenayah besar?
Elokkah pindah high risk group ke hotel-hotel dengan penjagaan mesra?)

Wallahuaklam

Surah Al-Isra, Verse 16:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

And when We wish to destroy a town, We send Our commandment to the people of it who lead easy lives, but they transgress therein; thus the word proves true against it, so We destroy it with utter destruction.
(English - Shakir)

via iQuran

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157446732645952/

mags premiums said...

www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).