Monday, July 06, 2009

Wajarkah Korbankan DEB Kerana Undi Minoriti?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TERIMA kasih kepada pembahas dan pembaca yang menghayati puisi mudah saya dalam posting lalu. Saya tidak pandai bermadah dan berbahasa tinggi dan indah. Itulah yang mampu saya luahkan untuk melepaskan sebak di dada dan berkongsi rasa.

Terima kasih kepada yang turut berpuisi dan berpantun seloka. Khazanah bahasa ini jangan kita lupa. Madah pujangga dan tunjuk ajar pendeta jangan dipersia-senda.

Ekoran daripada reaksi yang membina kepada posting itu, izinkan saya meneruskan perbincangan mengenai Dasar Ekonomi Baru atau saki bakinya yang nampaknya amat tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Mohon maaf jika tampalan kali ini lebih panjang daripada biasa.

Saya hendak mulakan dengan bertanya: Selama 30 tahun Dasar Ekonomi Baru berkuat kuasa, adakah ia menyekat perkembangan ekonomi negara?

Jawabnya tidak. Malah kerana pelaksanaan matlamat-matlamat dan program-program DEBlah, ekonomi Malaysia berkembang pesat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat daripada RM12 bilion pada tahun 1970 kepada RM120 bilion 1995 dan RM357.9 bilion 2007, menjadikan ekonomi Malaysia ke-29 terbesar di dunia.

Adakah ia menyekat kemajuan kaum-kaum bukan Bumiputera dan membantutkan kemasukan modal asing seperti yang didakwa oleh begitu banyak pihak sehingga membuatkan sesetengah pembesar Umno berasa bersalah dan defensif?

Pun tidak. Kadar kemiskinan dikurangkan dan pendapatan semua kaum meningkat. Tetapi pendapatan kaum-kaum bukan Bumiputera, khasnya Cina meningkat dengan lebih pantas kerana mereka menguasai dunia perdagangan dan profesionalisme.

Jurang Miskin-Kaya Meluas

Malah jurang pendapatan antara yang miskin dan kaya menjadi luas semula sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kemunculan kegiatan baru ekonomi seperti perkhidmatan (services) dan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) lebih menguntungkan sesetengah kaum dan golongan pekerja.

Laporan Rancangan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHDP) tahun 2004 mendapati 10 peratus rakyat Malaysia yang paling kaya menguasai 38.4 peratus daripada pendapatan ekonomi berbanding 10 peratus paling miskin menguasai hanya 1.7 peratus.

Kita semua tahu siapa dan kaum mana paling kaya di Malaysia dan siapa pula yang paling miskin di negara kita ini. Malah jurang antara yang kaya dengan yang miskin dalam kaum yang sama turut meningkat.

Bumiputera tidak mencapai matlamat 30 peratus pemilikan kekayaan korporat. Mengikut perangkaan rasmi, pada tahun 2006, pemilikan Bumiputera pada nilai pasaran dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dianggarkan RM88.4 bilion atau 15.1 peratus.

Tetapi bukan Bumiputera yang berupa 34 peratus daripada warganegara memiliki RM251.1 bilion (42.8 peratus) manakala pemodal asing memiliki RM234.7 bilion (40 peratus).

Majoriti aset Bumiputera dipegang oleh institusi amanah dan beberapa kerat ahli perniagaan Melayu yang berjaya.

Lebih Buruk Tanpa DEB

Hatta pada nisbah yang rendah dan berat sebelah ini pun, kita boleh berkata DEB telah berhasil mengurangkan kemiskinan dan ketidakseimbangan kaum.

Misalnya, apabila DEB dilancarkan pada tahun 1971, pemilikan korporat Bumiputera dianggarkan hanya dua peratus.

Jadi apalah salahnya kita meneruskan pelaksanaan sesetengah matlamat dan kaedah DEB yang baik dan berkesan itu?

Mengapakah sesetengah orang Melayu dan parti-parti politik Melayu begitu takut untuk mempertahankan sesuatu yang terbukti baik dan menguntungkan semua kaum?

Kalau ada perkara yang hendak ditentang dan dikritik dalam dasar itu adalah kegagalan mencapai sepenuhnya matlamat membasmi kemiskinan dan 30 peratus pemilikan Bumiputera.

Dalam apa bentuk sekalipun, matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambah ekuiti Bumiputera wajib diteruskan.

Tetapi dasar-dasar berkaitan pemilikan ekuiti bukan Bumiputera boleh diliberalisasikan kerana mereka bukan sahaja sudah mencapai matlamat itu malah atas dasar meritokrasi sudah boleh bersaing dengan orang asing.

Inilah masanya bagi badan-badan amanah dan tabung-tabung pelaburan rasmi, termasuk Ekuiti Nasional Berhad yang baru ditubuhkan, menambah modal dalam syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan asing yang berdaya maju kerana harga saham di Bursa Saham berada pada paras yang menarik.

DEB Punca Bukan Melayu Tolak BN?

Apakah pengundi bukan Melayu menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lalu kerana DEB?

Kalau begitu, kenapa mereka sokong BN sebelum ini, khasnya pada tahun 2004?

DEB hanyalah alasan! Mereka menolak Umno dan BN kerana imej BN yang tidak baik dan kerana mungkir janji. Banyak janji dan ikrar era Abdullah Ahmad Badawi seperti keterbukaan, kebebasan dan liberalisasi tidak dilaksanakan seperti difahami oleh pengundi.

Selain merakamkan protes, pengundi bukan Melayu tahu bahawa dengan menghukum BN mereka boleh membuat tuntutan baru.

Dilema Umno dan BN adalah memastikan agar tolak-ansur dengan bukan Melayu ini tidak akan menambahkan kemarahan orang Melayu dan memastikan orang bukan Melayu mengundi BN.

Yang dikhuatiri adalah apa yang disebut oleh ungkapan Inggeris iaitu pengundi bukan Melayu mungkin “have the cake and eat it at the same time.” Dalam erti kata yang lain, mereka terima apa yang diberi, tetapi tetap tidak mengundi BN.

Ada Bumiputera Tak Sedar Untung Nasib

Bumiputera yang menolak DEB atau berasa bersalah mendapat bantuan DEB sebenarnya tidak kenang budi dan tidak sedar diri.

Apatah lagi kalau mereka membuta tuli bercakap mengenai meritokrasi dan liberalisasi yang mereka sendiri tidak faham implikasinya.

Kalau tidak kerana sekolah asrama penuh, MRSM, biasiswa dan pinjaman pelajaran, adakah mampu bilangan profesional Bumiputera dinaikkan ke tahap sekarang?

Pada tahun 1970, ada hanya 6.8 peratus akauntan adalah Bumiputera, 4.3 peratus arkitek, 3.7 peratus doktor dan 7.3 peratus jurutera. Yang agak banyak adalah doktor haiwan (40 peratus) sebab pada waktu itu Melayu pelihara haiwan. Tetapi pada tahun lalu, 24.5 peratus akauntan adalah Bumiputera, arkitek 38.2 peratus, doktor 52.9 peratus dan jurutera 52.4 peratus.

Apakah Melayu dan Bumiputera profesional ini boleh berada di mana mereka sekarang jika bergantung nasib semata-mata kepada pembiayaan ibu bapa mereka yang mengerjakan bendang, dusun dan huma untuk mendapat pelajaran tinggi?

Sekalipun mereka sudah berdikari dan tidak perlu tongkat lagi, tetapi ingatlah banyak lagi orang Melayu, Iban, Kadazan dan Orang Asli yang miskin dan melarat.

Dan bagi setiap rumah besar yang doktor atau jurutera Melayu miliki, orang Cina miliki lebih banyak dan lebih besar.

Jangan berbangga sangat dengan aset-aset Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hari ini semakin banyak kawasan bandar seperti Seri Kembangan, Petaling Street dan Bukit Bintang, hampir-hampir tidak ada penyertaan Bumiputera malah India pun hampir-hampir tidak ada.

Jadi, apakah yang buruk sangat dengan DEB sehingga begitu ramai orang, termasuk orang Melayu, berasa ia merugikan dan wajib dihapuskan?

Meritokrasi Bila Tembolok Terisi

Orang bukan Melayu dan sesetengah orang Melayu kini asyik bercakap mengenai keadilan sosial dan meritokrasi.

Bukankah kerana keadilan sosial dan meritokrasi di bawah DEB maka begitu ramai orang bukan Melayu mampu ke universiti-universiti ternama di dunia atas pembiayaan sendiri mengatasi bilangan Bumiputera yang dibiayai oleh Kerajaan?

Mengapakah apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada Bumiputera, ia dituduh memberi tongkat, tetapi apabila bukan Bumiputera mendapat hak yang sama, ia dikatakan hak dan meritokrasi?

Apabila Bumiputera berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi?

Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen IPP dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah?

Dan berapa kerat tahu atau masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan melencongkan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, tiada siapa pun mengucapkan terima kasih atau bersungut?

Hari ini, ada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tersenarai dalam laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan IPT swasta yang disenaraikan berjumlah 450 – ya, 450.

Dengan pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, adalah tidak mustahil dalam masa yang singkat pengajian di IPT akan didominasi oleh bukan Bumiputera.

Soal pokoknya adakah situasi berat sebelah yang memihak kepada kaum-kaum minoriti ini menyokong pemulihan Umno dan pembentukan 1Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur?

Sudah lupa yang sejahtera, aman dan makmur itu adalah cogan kata manifesto BN tahun lalu?

Dan apakah sudah dikaji dan difahami implikasi sistem biasiswa dua tingkat (two-tier) kepada nisbah kemasukan dan prestasi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera ke IPT?

Sumbangan bukan Bumiputera Tidak Dinafikan

Tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Bumiputera juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan.

Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan.

It is not altruism -- bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan!

Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini.

Tetapi, pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak BN adalah orang Melayu dan Bumiputera lain.

Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu.

Tetapi akibat kelemahan Umno, orang bukan Melayu bulat-bulat menolak BN pada pilihan raya 2008 manakala ramai orang Melayu memihak kepada Pas.

Perimbangan kuasa antara Umno dan Pas sudah berubah. Tidak mustahil Pas akan menjadi parti utama Melayu yang terpaksa berpakat dengan parti-parti bukan Melayu untuk memerintah.

Itulah yang akan terjadi apabila peranan Umno sebagai parti induk politik Malaysia tidak dapat dipulihkan lagi.

Dan harapan memulihkan Umno sehingga boleh diterima kembali oleh majoriti orang Melayu dan dihormati oleh bukan Melayu tidak akan berjaya jika kepemimpinannya terus dicurigai dan dipertikaikan.

Tindakan tidak menyingkirkan anasir-anasir rasuah daripada kepemimpinan Umno, malah melantik mereka semula, tidak membantu proses pemulihan Umno.

Ironinya, masyarakat perniagaan yang didominasi oleh bukan Melayu boleh hidup makmur sama ada dalam suasana bebas rasuah atau penuh rasuah!

Apabila orang Umno sendiri mendapati sukar mempertahankan parti mereka, adalah sukar bagi Umno mendapat sokongan orang lain, terutamanya sokongan bukan Melayu. Orang bukan Melayu mempunyai banyak pilihan.

Kesimpulannya, janganlah sewenang-wenangnya ditolak kebaikan DEB semata-mata untuk memancing undi atau kerana ia tidak berjaya sepenuhnya.

Itu bukan salah DEB. Itu adalah pengkhianatan oleh pelaksana yang dangkal, lemah, malas dan korup.

Terima kasih.

Friday, July 03, 2009

Buat Baik Berpada-Pada

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KITA berada dalam era yang kelabu.
Tidak ada lagi warna hijau, merah dan buru.
Sudah bercampur baur.
Pudar, kelabu dan kabur.

Kita dikatakan lepas bebas.
Era globalisasi yang terbuka luas.
Tetapi mengapa kita berasa terbatas?
Terkepung, terbendung, terpintas
Takut berhujah, bimbang berbahas.

Kita agungkan globalisasi.
Kita julang tinggi meritokrasi.
Padahal kita keliru, tidak tahu.
Apa ertinya istilah-istilah itu.

[Macamlah berkhayal dengan Akademi Fantasia
Dan wayang Hindi yang berjam-jam panjangnya.]

Maka kita berbicara tentang kesamarataan.
Tidak mahu lagi kuota dan bantuan.
Lalu kita rungkaikan satu persatu.
Tali-tali yang dulu mengikat kita jitu.

Kita manterakan Malaysian Malaysia.
Kita uar-uarkan Satu Malaysia.
Kita kagumi Masyarakat Madani
Kita berjinak-jinak dengan Islam Hadhari.

Apakah kita kini cukup berani
Yakin kepada kemampuan diri
Sudah sedia untuk berdikari
Atas landasan meritokrasi
Keterbukaan dan globalisasi
Atau sebenarnya kita lupa diri
Umpama anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi?

Adakah mampu Melayu di Ulu Benta
Bersaing dengan Cina di Bukit Damansara?
Atau Melayu di pedalaman dan hulu?
Dengan Melayu baru di Bukit Tunku?
Atau nelayan dengan anak jutawan?
Anak buruh dengan anak orang berpengaruh?

Bukan bangsa lain tidak utama
Mereka pun rakyat Malaysia juga
Tetapi realiti yang wajib diterima
Orang Melayu dan Bumiputera
Adalah majoriti rakyat Malaysia
Pinggirkan mereka, bala jawabnya.

[Hatta saya dan adik-adik saya
Kami pun tidak serata
Kalau ikut meritokrasi
Mungkin anak saya dapat biasiswa
Anak mereka gigit jari
Kerana sekolah di kota
Segala lengkap semua ada
Guru tuisyen dan segala benda.
Tetapi apa halnya
Dengan sekolah di desa?]

Kalaupun hendak bermurah hati
Wajiblah kita berhati-hati
Jangan abaikan hak majoriti
Padahnya buruk kemudian hari.

Terima kasih kawan dan taulan
Madah pujangga jadikan teladan
Buat baik perpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Usah digadai tanah pusaka
Nanti bangsa dihina dikeji.

Sunday, June 28, 2009

Dulu Dituduh Kafir, Sekarang Dikata Ayah Pin

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMBAHAS OKJ, antara lain, menulis; “Boleh Dato’ tulis sikit mengenai samakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng serta komen mufti dalam paper hari ini.”

Terima kasih kepada Sdr OKJ, para pembahas, pelawat dan pengikut tetap yang telah mendaftarkan diri sebagai “followers.” Hari ini komuniti “followers” kita berjumlah 550 orang.

Saya nak bagi sikit pandangan saja. Tak payahlah saya ulang sebut nama orang tertentu itu. Kita semua tahu siapa dia. Tak payahlah kita dewa-dewakan sangat. Kita semua manusia. Ada kekuatan dan ada kelemahan.

Kita semua sudah kenal manusia atau insan yang suka buat kenyataan yang Orang Putih kata “outrageous” itu. Dalam bahasa Melayu, “outrageous” ni lebih kurang tak masuk akal atau bukan-bukan.

Lagipun, kerja mengkafirkan Umno atau mana-mana kelompok Muslim bukanlah perkara baru. Ia berlaku dari semasa ke semasa sejak zaman berzaman lagi. Bukan di negara kita saja, malah di seluruh dunia. Bukan di kalangan orang Islam saja, malah dalam semua agama dan kepercayaan.

Orang yang mengaji di pondok, tinggal dalam kawasan pondok atau berdekatan pondok, tahulah penyakit ini. Senjata paling bisa menikam musuh sesama muslim adalah dengan menuduh seseorang itu kafir, sesat, murtad, jahil dan seumpamanya.

Malah tok-tok guru pondok dan lebai-lebailah yang paling terdedah kepada membuat tuduhan dan andaian seperti ini.

Itulah cara mereka mengawal dan mengepung pengikut mereka dan menolak orang luar yang mengancam periuk nasi mereka, termasuklah orang luar yang lebih warak dan lebih berilmu daripada mereka.

Saya membesar dalam persekitaran pondok. Allahyarham ayah saya mengaji pondok. Tetapi dia mengambil keputusan tidak jadi lebai walaupun dua kali mengerjakan haji dan sebulan sebelum dia meninggal dunia, dia khatam al-Quran empat kali, dengan membaca terjemahannya sekali.

Ramai saudara maranya tok guru pondok dan lebai yang disegani. Tetapi, macam manusia biasa juga, tok guru dan tok lebai tidak terkecuali daripada bercakap bukan-bukan.

Hanya tok guru yang paling tinggi pekerti dan akhlaknya saja yang tidak mengeluarkan petua, arahan atau pandangan yang bukan-bukan. Apatah lagi mengatakan Tuhan mencarut.

Mereka cakap dengan penuh sopan santun, lembut dan dengan nada memujuk. Tetapi ada juga tok guru pondok yang berkhutbah bukan main lagi tapi membutakan mata dan memekakkan telinga kepada perkara-perkara buruk yang berlaku dalam pondok mereka. Dalam pondok pun ada maksiat.

Bukan apa, tapi sebab tidak semua penghuni pondok dan anak buah tok guru itu orang alim atau orang baik-baik. Ada yang jadi orang suruhan dan pekerja saja.

Kalau di Kedah pada zaman dulu, tok-tok guru ada banyak bendang dan dusun. Jadi mereka inilah yang dikerah mengerjakannya.

Di tempat saya, dulu ada dua orang tok guru adik beradik yang sangat dihormati. Kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah, iaitu Tok Guru Haji Aziz dan Tok Guru Haji Razak.

Alhamdulillah, tradisi keilmuan dan kesederhanaan yang mereka amalkan berterusan dengan adanya sekolah yang mereka asaskan di Pendang.

Di Kedah juga, isu orang Umno dikafirkan bukan baru. Itulah inti parti kempen terhadap Umno pada tahun 1969 atas alasan Umno berpakat dengan MCA dan MIC dalam Perikatan.

Tetapi sekarang bukan Umno saja yang berpakat dengan bukan Islam. Parti Islam pun dah berpakat dengan bukan Islam. Jadi tidak timbul atau tidak kedengaran lagilah soal Umno kafir.

Maka digantikanlah dengan tuduhan-tuduhan baru seperti yang Sdr OKJ sebut itu. Politik, saudara!

Tak tahulah saya macam mana Umno boleh disamakan dengan Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng. Kalau tak silap saya, Kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Umno itu pun dah lama haramkan ajaran Ayah Pin.

Tapi Jabatan Agama dan polis nampak macam “relax” saja dalam hal Ayah Pin ini. Itulah sebabnya ada orang percaya Ayah Pin pandai ilmu ghaib.

Komunis yang saya tahu, tak toleransi terhadap agama. Masa saya melawat Kesatuan Soviet sebelum keruntuhan empayar komunis itu, banyak masjid dan madrasah di wilayah Islam di Asia Tengah (Central Asia) sama ada ditutup atau ditukar menjadi pusat kebudayaan.

Tidak dengar pula Kerajaan yang diterajui Umno buat kerja yang sama. Yang saya tahu, di Kelantan penuh dengan pondok dan madrasah. Malah tak salah kalau kita kata Kelantan adalah sebuah pondok yang besar yang diperintah oleh seorang Tok Guru.

Mengenai komen Mufti Perak, saya setuju. Orang Melayu jangan taasub sangat dengan ideologi politik dan cakap orang politik. Agama, bangsa dan kelangsungan lebih penting.

Orang bukan Melayu, khasnya Cina, mereka pun berparti. Malah mereka ada lebih banyak parti. Tapi matlamat pokok mereka sama, iaitu kuasa politik dan kuasa ekonomi untuk kaum mereka. Kita pula macam kera sumbang, terhegeh-hegeh malu hendak pertahankan hak kita kerana takut dituduh perkauman.

Jadi lebih kurang macam itulah pandangan saya mengenai perbuatan menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin, komunis dan Chin Peng serta komen mufti mengenai perpaduan.

Terima kasih.

Wednesday, June 24, 2009

40 Tahun Terasa Macam Semalam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

APABILA kita seronok atau asyik melakukan sesuatu, masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari.

Hanya apabila seorang wartawan muda menemu bual saya beberapa hari lalu, baru saya teringat bahawa bulan ini genaplah 40 tahun saya menjadi wartawan. Minta maaflah kalau bunyi macam masuk bakul angkat sendiri. Nostalgia!

Perjalanan ini bermula pada 16 Jun, 1969 apabila saya menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai pemberita kadet atau pada waktu itu lebih dikenali sebagai “cub reporter.”

Pejabat Bernama pada waktu itu hanyalah sebuah banglo dua tingkat di Circular Road yang kemudian ditukar menjadi Jalan Pekeliling dan kini dikenali sebagai Jalan Tun Abdul Razak.

Antara rakan sepengambilan saya adalah Hashim Makaruddin (Tan Sri) yang kini Pengerusi Utusan Melayu Berhad, Mervin Nambiar (Pengarah Jualan dan Pemasaran AFP Asia-Pasifik, Hong Kong), Nor Amanah (berhijrah ke Australia), Tan Jooi Long (rakan sedarjah di Kolej Sutlan Abdul Hamid) dan Cecelia Surin.

Saya cukup bernasib baik kerana pada waktu itu Bernama mengamalkan dasar dwibahasa – Melayu dan Inggeris – dan kami mempunyai mentor di kalangan wartawan kanan seperti Mazlan Nordin (Tan Sri), mendiang Chang Yen Fooi, Abdul Wahab Majid (Datuk), Allahyarham Nordin Zainuddin, Alias Ali (Datuk), Musa Scully, Goldin Miranda dan ramai lagi.

Saya juga bernasib baik diberi keyakinan membuat liputan pemimpin kanan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein awal-awal kerjaya saya.

Mentor saya waktu itu adalah Ahmad Rejal Arbee (Datuk) yang kemudian menjadi Ketua Pengarang Bernama. Kami kerap keluar membuat “assignment” bersama-sama dengan menaiki kereta Austin Healey Sprite tanpa bumbung milik beliau.

Hebat bila berambut panjang menaiki kereta tanpa bumbung!

Saya juga bertuah mendapat latihan dan bimbingan daripada Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, mendiang Tan Sri Lee Siew Yee, Allahyarham Tan Sri Nordin Sophie dan mendiang Felix Abisheganadan apabila saya menyertai Kumpulan New Straits Times pada tahun 1976.

Apa yang boleh saya katakan adalah dunia kewartawanan yang saya ceburi 40 tahun lalu itu amat berlainan dengan dunia kewartawanan sekarang yang serba canggih tetapi terlalu sensasi dan penuh cerita skandal.

Masa berlalu, zaman berubah.

Sunday, June 21, 2009

Let's cherish The Time With Our Parents

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

I AM not much for celebrating. I find such an occasion a wee bit laborious and, in some instances pretentious. So, whatever celebrating I do is brief and far in between.

But this year, Father’s Day celebration holds a special meaning. I suddenly see the merit of the celebration minus its ostentation.

Since my beloved father, Haji Jasin bin Tahir passed away on June 2 at the age of 85, I keep asking myself, and the people close to me the question, did I do enough for him?

No matter how best I try to convince myself that I had done all that I could for him, the little voice in my head keeps asking, could I have done a bit more for him.

I have no regrets. I believe I had done all that I could for my ayah, in health and sickness. Until four years ago, he was a robust, zestful and cheerful old man.

Politics and religion were always on his mind. He was an Umno member since it was formed in 1946 and had his education mostly in the pondok, the traditional Islamic religious schools.

Four years ago, he was admitted to hospital for the first time in his life and underwent a minor surgery to treat his blocked urinary tracked.

Before be agreed to be admitted, he extracted two pledges from us. One, he would not be admitted to a government hospital. He was adamant. “Lebih baik aku mati dari masuk hospital kerajaan,” (I would rather die than entering a government hospital), he stated vehemently.

Why should my ayah, who as a village politician fought for progress, reject a government hospital? “Kakitangan depa sombong, cik,” was his reason.

The frequent visits he made to his sick kinsmen and friends in the government hospitals convinced him that the personnel of the state hospitals were rude.

Two, he would not be forced to undergo major surgeries. So, apart from the urinary track surgery he had not undergone any. In fact there wasn’t a need. He had not been ill for more than a month when he died peacefully, surrounded by all his eight children and a score of grandchildren.

Now that he’s gone, I have to visit my mother, Hajah Che Ah binti Said, 82 more regularly. She misses my dad dearly and needs emotional support. Can’t blame her. She and my dad were blissfully married for 65 years.

They were the proverbial “ibarat kuku dengan daging” couple. They got married when they were still very young and raised us grittily through their sweat and tears.

Long before he died, my father had sold all his land to cloth, feed and educate us. But my mother keeps her possessions intact for their old age.

Apart from rice farming, which the family still carries on, my ayah also tried his hand at various types of businesses – sundry shop, rubber trading and butchery.

For those of us who still have one or both parents, let’s endeavour to take the best care of them so that when they’re no longer with us, the fondest memories of them live on.

Al-Fatihah.

Happy Father’s Day.

Saturday, June 20, 2009

Haiwan Bertopengkan Manusia Busukkan Nama Kita

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ANTARA berita utama akhbar-akhbar arus perdana hari ini adalah kata dua pemerintah Indonesia tidak lagi mengizinkan rakyatnya bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah.

Ini adalah reaksi kepada berita yang tidak putus-putus mengenai majikan jahanam yang menyeksa, merogol dan memperdaya pembantu rumah Indonesia mereka.

Saya setuju kalau pemerintah Indonesia melaksanakan ancamannya itu. Malangnya bagi kita di Malaysia, kerana beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia yang membuat najis habis semua rakyat jelata kita yang baik budi terpalit.

Nama Malaysia dan rakyat jelatanya menjadi busuk kerana perbuatan beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia ini.

Mereka ini sebenarnya tidak layak menjadi majikan. Tetapi dek kerana mereka orang kaya atau berada maka mereka mampu mengambil bukan seorang, tetapi ramai pekerja asing yang mereka layan umpama khadam.

Pemerintah kita boleh buat bodoh. Boleh kata ini hanyalah kelainan bukan kebiasaan. Atau pemerintah kita mengotakan ikrar mengenai sejahtera, aman dan makmur.

Kalau pemerintah kita, seperti diulang cakap oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, akan menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu, maka dia dan Kabinetnya pasti masih ingat bahawa sejahtera, aman dan makmur adalah ikrar parti Barisan Nasional.

Haiwan yang bertopengkan manusia ini wajib dihumban ke dalam penjara dan diharamkan daripada menjadi majikan. Polis, pendakwa raya dan hakim tidak boleh berlembut lagi. Berikan mereka hukuman maksimum.

Muka kita sudah dipalit najis oleh haiwan bertopengkan manusia yang berduit, tetapi tidak berhati perut ini. Hatta haiwan pun tahu erti kasih sayang dan tanggungjawab.

Malaysia sudah mula menuruni cerun ke arah kembali menjadi negara Dunia Ketiga. Bezanya kita ada banyak mercu tanda Dunia Pertama, tetapi mentaliti, budi pekerti dan sifat perikemanusiaan kita lebih teruk daripada sesetengah negara Dunia Ketiga.

Kalau bapak dan ibu menteri berada di padang bersama rakyat jelata, mereka pasti sudah lama tahu bahawa Malaysia tidak lagi sejahtera, aman dan makmur bagi majoriti penduduknya.

Tetapi apakah mereka tahu dan peduli mengenai jenayah yang semakin menjadi-jadi, peminta sedekah asing yang berkeliaran dan penanam padi yang menderita akibat serangan makhluk perosak?

Maaf cakap, bapak dan ibu menteri serta para wakil rakyat jangan sekadar turun padang. Tempat anda sebagai wakil rakyat adalah di padang bersama rakyat!

Kerana bapak dan ibu menteri serta para wakil rakyat terlalu jarang di padanglah maka pelbagai angkara berlaku yang tidak lagi memberikan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat jelata.

Dan pastinya imej negara wajib dipertahankan apatah lagi apabila ia berkaitan dengan sebuah negara jiran yang besar, serumpun dan seagama.

Kalau para pembesar kita dari pihak pemerintah dan pembangkang berasa perlu melayan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew seumpama maharaja zaman baru, maka atas nama kemanusiaan, kita wajib menjamin kebajikan pendatang totok yang menumpang mencari rezeki di negara kita agar mereka tidak dilayan seperti binatang oleh haiwan yang bertopengkan manusia!

Tuesday, June 16, 2009

PM Rasai Keikhlasan Cadangan Pas

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

CADANGAN Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, mendapat anjakan daripada Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, hari ini.

The Star Online memetik Mohd Najib sebagai berkata yang dia boleh merasakan keikhlasan dalam saranan Pas untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Justeru itu, kata Perdana Menteri, Umno terbuka kepada perbincangan mengenainya.
Pada 5 Jun lalu, Abdul Hadi menyatakan hasrat agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di peringkat pusat demi pentadbiran negara yang lebih lancar.

Katanya Kerajaan Perpaduan yang merangkumi semua parti politik mungkin menjadi jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang kini melanda sistem politik negara.
Dia mendakwa bahawa rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR “telah bersetuju dengan cadangannya.”

''Ya, mereka telah menerima cadangan saya. Sebelum saya menghebahkannya, saya telah terlebih dahulu memaklumkan kepada kedua-dua buah parti itu dan mereka pada umumnya bersetuju demi masa depan negara,'' katanya selepas merasmikan Muktamar Ke-55 Pas di Stadium Malawati, Selangor.

Namun selepas itu cadangan dan kenyataan beliau disangkal dan disanggah oleh parti-parti rakan Pas dalam PR dan oleh pemuka-pemuka Pas sendiri, terutama Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyokongnya.

Kali terakhir kerajaan campuran ditubuhkan atas alasan perpaduan nasional dan keselamatan negara adalah selepas pergaduhan kaum 13 Mei, 1969.

Dua parti pembangkang utama yang menyertai Perikatan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan itu adalah Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Ini membawa kepada pembentukan Barisan Nasional yang bertanding dan memang besar dalam pilihan raya umum 1974. Pada tahun 1977 Pas dipecat daripada BN.

NOTA KAKI: Selamat datang kepada “Followers” baru blog ini. “Followers” blog kita sudah melepasi 500 orang. Hari ini ada 511. Terima kasih.

Monday, June 15, 2009

Buat Baik Biarlah Berperi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

LEE Kuan Yew datang dan pergi
Mengadap Raja, mengunjung Menteri
Bermesra dengan anak dan bini
Semuanya seronok tidak terperi.

Konon dipanggil “Uncle Lee”
Khabar cerita digelar “Daddy”
Satu Semenanjung dia pergi
Melawat negeri BN, Pas dan DAP.

Maka ramailah tunduk tafakur
Kerana “Uncle Lee” orang masyhur
Datang berduyun berbaris beratur
Hendak mendengar nasihat yang jujur.

Maka “Daddy Lee” pun berkata
Suami-isteri pasangan bahagia
Malaysia-Singapura jiran tetangga
Marilah kita hidup bersama.

“Uncle Lee” orangnya bijak
Kawan dan lawan semua dipijak
Dari zaman penjajah sudah pun nampak
Kawan baik ke penjara dicampak.

Cina, Melayu, India dia tak kira
Semua berkawan akrab dan mesra
Tetapi bila hendak berkuasa
Satu persatu dihumban ke penjara.

A Samad Ismail jangan dilupa
Lim Chin Siong itu siapa?
Devan Nair dikatakan gila
Kerana di depan “Daddy Lee” berani bersuara.

Tetapi itu cerita lama
Orang muda tak tahu apa
Tentang sejarah mereka buta
Cetek ilmu malas membaca.

Maka mereka pun sangatlah bangga
Dengan “Uncle Lee” dapat bersemuka
Lalu dilayan ibarat Maharaja
Bebaslah dia ke mana-mana.

Inilah kita orang Melayu
Mudah dipujuk, mudah dirayu
Kera di hutan diberikan susu
Anak di rumah letih dan lesu.

Ingatlah kata madah pujangga
Gula yang manis bawa bahaya
Dengan jiran kita bermesra
Tapi jangan tergadai bumi pusaka.

LKY datang dan pergi
Hebohlah kita satu negeri
Buat baik biarlah berperi
Takut tergadai kampung dan negeri.

Di pinggir sawah melakar kata
Ampun dan maaf terkasar bahasa
Nasib petani janganlah dilupa
Kerana merekalah makanan tersedia.

Sunday, June 14, 2009

Thank You Fairuz For Doing Us Proud

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

WITH the dearth of good news – big and small – to lift our spirit lately, what could be better than to hear Negaraku being played at the Hungaroring in Budapest, last night.

No, it was not to welcome a big shot from Malaysia. That we have heard pretty often.

The occasion was the victory of the Malaysian driver, Fairuz Fauzy, 27 in the Renault World Series race in Hungarian capital, which was broadcast live by satellite station Eurosport.

Fairuz who drove for the Malaysian-owned Mofaz-Fortec Motorsport team came from a distant 15th on the grid to beat Alvaro Baba and Bertrand Baguette of International Draco Racing.

Syabas Fairuz and syabas Mofaz-Fortec Motorsport .

It’s indeed rare for Negaraku to be played anywhere in the world to mark a victory of any sort for Malaysia.

But please don’t insult him by hurrying to offer him a datukship. Like I often say, honorific titles in Malaysia are a dime a dozen. That’s because he have many Rulers and many popularity-seeking Chief Ministers – the purveyors of “politik pingat.”

Thursday, June 11, 2009

Lawatan LKY: Fahami Yang Tersurat Dan Tersirat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

MELIHAT kepada laporan media massa, saya rasa tidak keterlaluan kalau saya ibaratkan lawatan bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew ke Malaysia sekarang seperti lawatan seorang Maharaja China. Sungguh istimewa sambutannya.

Tetapi ia sebenarnya lebih hebat kerana Maharaja China tidak pernah membuat lawatan ke luar negara sebab mengikut kepercayaan orang China dahulu kala, hanya bumi China bertamadun dan manusia di luar Empayar China adalah orang liar (barbarians) dan orang tidak beragama (heathens).

Kalau tidak silap saya, hanya Pu Yi , Maharaja terakhir China yang menjadi boneka Jepun yang pernah melawat ke luar negara.

Mengapa saya berkata begitu? Lihat sajalah siapa yang membuka pintu rumah dan hati mereka kepada Menteri Mentor Singapura itu – Yang di-Petuan Agong, Perdana Menteri, Sultan-Sultan, Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Dalam Utusan Malaysia hari ini saya tengok tiga Naib Presiden Umno begitu “sopan” bergambar dengan beliau.

Terlintas di fikiran saya adakah seorang negarawan Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapat penghormatan dan keistimewaan yang serupa kalau beliau melawat Singapura?

Tentunya tidak. Di Singapura tidak ada Raja. Di Singapura tidak ada Kerajaan Negeri Pas, DAP atau PKR. Di Singapura hanya ada Kerajaan PAP. Di Singapura tidak ada berbagai parti. Di Singapura ada PAP saja. Singapura adalah sebuah negara demokrasi yang tidak ada pembangkang. Lihatlah apa yang mereka buat kepada pembangkang!

Tapi tak apalah. Bukankah kita ini bangsa yang sangat menghormati tetamu apatah lagi orang tua seperti LKY yang datang untuk mengubati nostalgia?

Pembaca blog ini yang muda mungkin tidak tahu dan yang tua pula mungkin sudah lupa bahawa LKY pernah menjadi warganegara Malaysia dan pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia antara tahun 1963 dan 1965.

Saya tidak tahu secara langsung apa yang tersirat dan tersurat dalam lawatan itu kerana tidak dijemput menghadiri sebarang pertemuan atau taklimat mengenainya. Tetapi saya yakin LKY pastinya tidak menjelajah Semenanjung Malaysia sekadar untuk bernostalgia dan mengubati rindu.

Pada pandangan saya, LKY dengan rombongan anak muridnya menjelajah Semenanjung atas tujuan dan sebab berikut:

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN;
LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua-dua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Jadi lawatan LKY ini bukanlah lawatan nostalgia. Ia adalah lawatan mencari maklumat dan risikan. Lawatan untuk mengenali dan mengukur kepintaran para pembesar Malaysia. Lawatan untuk mengajar anak buahnya untuk mengenali barisan baru kepemimpinan Malaysia.

Inilah keistimewaan Singapura. Ia sangat mengutamakan maklumat dan risikan. Dan tidak seperti negara kita yang meminggir dan mencemuh Dr Mahathir, Singapura memaksimumkan penggunaan LKY sebagai guru dan diplomat luar biasa untuk menarik pelaburan asing dan menebarkan pengaruh Singapura sebagai kuasa ekonomi serantau.

LKY bukan sahaja melawat Malaysia. Dia juga melawat negara-negara jiran yang lain dan menjadi kepala kepada usaha Singapura menarik pelaburan dari negara-negara Asia Barat.

Jadi, harap-harapnya para pembesar kita daripada pelbagai peringkat dan parti tidak sekadar bersalaman dan bergambar dengan LKY sahaja.

Kalau pun mereka keberatan belajar daripada Dr Mahathir, sekurang-kurangnya belajarlah daripada LKY kerana kedua-duanya adalah pemikir dan pelaksana teragung panca penjajahan di rantau kita ini. Kedua-duanya berjaya kerana mereka mengutamakan maklumat dan risikan.

Sunday, June 07, 2009

Implikasi Barisan Baru Kepemimpinan Pas Kepada Isu Perpaduan Ummah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BERGANTUNG kepada saluran maklumat mana yang kita ikuti, keputusan pemilihan Parti Islam Se Malaysia (PAS) membawa erti dan penekanan yang berbeza.

Setidak-tidaknya pun daripada aspek interpretasi dan kesimpulan yang dibuat ke atasnya.

HarakahDaily.Net, suara rasmi Internet Pas, pada hari Sabtu, 6 Jun menyiarkan tajuk berita “Pas tetap bersama Pakatan Rakyat membentuk 'government in waiting'

Tetapi ia turut memetik Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, sebagai menegaskan yang beliau akan meneruskan perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk parti lawan.

HarakahDaily.Net memetik Nasharuddin memberitahu pemberita: “Jika merujuk kepada Ucapan Dasar Presiden sebelum ini, kita tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan sesiapapun sama ada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik mahupun mana-mana pihak dalam membincang apa jua isu."

Ini boleh dilihat sebagai memberi pengertian bahawa walaupun ia akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak menolak kemungkinan berunding dengan parti-parti politik lain.

Malah kejayaan Nasharuddin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden daripada cabaran Husam Musa dan dua calon lagi dalam Muktamar Ke-55 parti itu di Stadium Melawati Shah Alam semalam boleh dilihat sebagai pengukuhan dasar pintu terbuka itu.

Nasharuddin dilihat sebagai rapat dengan Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang, yang berupa penggerak utama dasar itu.

Inisiatif Abdul Hadi itu mendapat perhatian ramai apabila terkeluar khabar bahawa beliau telah mengadakan “pertemuan sulit” dengan Abdullah Ahmad Badawi beberapa bulan sebelum Abdullah bersara sebagai Perdana Menteri.

Kegagalan Husam yang dijenamakan sebagai “Erdogan” kerana sikap liberalnya menumbangkan Nasharuddin dikatakan telah mengukuhkan lagi kedudukan Abdul Hadi dan menyemarakkan kepemimpinan ulama.

Ironinya adalah walaupun Husam dianggap sebagai pemimpin kepada golongan liberal daripada kalangan bukan ulama namun dia dianggap sebagai anak didik politik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas yang menentang cadangan kerjasama dengan Umno.

Secara berjenaka dan menyindir, Husam berkata beliau tidak menang mungkin kerana janggutnya tidak cukup panjang.

Tetapi dalam nada tegas dia memberi amaran Pas akan “membayar harga yang tinggi” jika terus “memujuk” Umno.

Ini berlainan dengan pandangan Nasharuddin yang dipetik oleh HarakahDaily.Net sebagai berkata keputusan untuk meneruskan idea tersebut dibuktikan menerusi pengundian oleh perwakilan.

Mungkin ada benarnya analisis Nashruddin itu kerana Abdul Hadi mengulangi komitmen kepada gagasan kerajaan campuran itu beberapa kali dalam Muktamar dan dalam sidang-sidang akhbarnya.

Walaupun Abdul Hadi dan kelompoknya dikaitkan dengan ulama dan berpendirian ortodoks, namun kenyataan beliau mengenai kerajaan perpaduan bukan sahaja liberal malah masuk akal.

Sebagai seorang pemikir dan perancang ideologi dan strategi Pas, Abdul Haji sedar bahawa kerjasama Pas dengan PKR dan DAP bukanlah sesuatu yang unggul sepenuhnya.

Malah Pas adalah komponen paling lemah dalam PR di peringkat nasional manakala di peringkat negeri ia memerintah Kedah dan Kelantan tanpa bantuan parti-parti lain.

Sebaliknya kemelut politik di Perak di mana Pas berupa rakan kongsi paling kecil tetapi ditonjolkan kerana DAP dan PKR tidak berupaya mengemukakan seorang Menteri Besar Islam telah memburukkan imej Pas.

Sebaliknya jika Abdul Hadi komited kepada perpaduan umat Islam yang berupa umat majoriti Malaysia, dia tidak boleh lari daripada melihat ke arah Umno.

Tanpa perpaduan umat Islam, yang majoritinya orang Melayu, perpaduan nasional yang sejati sukar diwujudkan.

Sekali gus keputusan pemilihan Pas itu memberi cabaran baru kepada Umno kerana ia perlu bersedia memberi respons yang boleh meyakinkan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokongnya.

Umno pasti sudah sedar bahawa ramai orang Melayu yang dulunya hanya dengar cakap Umno tetapi sejak Pilihan Raya Umum tahun lalu telah turut membukakan telinga kepada parti-parti lawan Umno.

Kesimpulan rambangnya, walaupun golongan agama dikatakan telah memperkuatkan kedudukan di dalam Pas, namun barisan kepemimpinan yang baru dipilih itu turut mengandungi ramai tokoh-tokoh liberal sama ada daripada kalangan yang berpendidikan agama mahupun pendidikan biasa.

Ini memberi gambaran bahawa dasar lebih liberal dan kepelbagaian suara akan menjadi wadah kegiatan dan perjuangan Pas, khasnya menjelang PRU nanti.

Senarai penuh keputusan pemilihan:

Presiden
Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden

Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1) Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2) Salahuddin Ayub, (824)
3) Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Idris Haji Ahmad, (799)
3) Kamarudin Jaffar (769)
4) Azizan Abd Razak, (653)
5) Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488).

Wednesday, June 03, 2009

Sekadar Maklumat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 4 Jun)
- TIADA kata-kata yang boleh menyatakan bagaimana berterima kasihnya saya kepada semua pihak yang menziarahi jenazah ayah saya dan mendoakan kesejahteraan rohnya.

Terima kasih kepada saudara saudari pembahas yang menghantarkan ucapan takziah dan doa.

Terima kasih juga kepada Sdr YB Dr Mohamad Hayati Othman, MP Pas Pendang, Sdr YB Mohamad Taulan Mat Rasul, Adun Pas Tokai dan Sdr Othman Abdul, bekas MP BN Pendang atas kunjungan mereka.

Kepada Sdr Salahuddin Ayub, MP Pas Kubang Kerian atas panggilan telefonnya dan Sdri Rosnah Majid, bekas Exco BN Kedah, Sdra Husam Musa, Exco Pas Kelantan, Sdr Ahmad Sabu, Naib Presiden Pas dan Sdr Mahfuz Omar, MP Pas Pokok Sena atas hantaran SMS mereka.

Terima kasih kepada semua yang menghantar SMS dan kepada akhbar-akhbar yang menyiarkan berita kematian ayah saya.

[Posting Asal]

AYAH saya, Haji Jasin Bin Tahir meninggal dunia jam 11.30 malam tadi. Allahyarham berusia 85 tahun.

Dia meninggalkan ibu saya, Hajah Cik Ah Binti Said, 82, lapan orang anak, 31 orang cucu dan 18 orang cicit.

Terima kasih kepada pembahas dan rakan yang mendoakan kesihatan beliau ketika beliau sakit dan yang mengucapkan takziah serta memberi sedekah Al-Fatihah.

Dia akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah tengah hari ini.

Tuesday, June 02, 2009

The Unsettling Case of NEC Chairman

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

WHEN I started penning my column “Other Thots” in the New Sunday Times newspaper back in 1991, I disagreed often with then Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.

I often predicated my disagreement with the phrase “with due respect to the Prime Minister” to which he took a slight exception and asked if I could do away with it, which I did.

We now have a new Prime Minister and I have openly promised that I would give him six months before I do a KPI assessment on him because that’s the length of time he has given his ministers and senior civil servants to fulfill their KPI requirements before he assesses them.

But in the mean time, life goes on and things continue to happen. We cannot overlook them just because we’ve given Mohd Najib Abdul Razak six months before being assessed.

So my Kopitiam old timers and I, and the oracle sincerely hope that the Prime Minister will not take offence if I say something about the National Economic Council (NEC).

Really it’s not about “apa lagi Kadir mau?” (what else does Kadir want?). I can’t remember asking anything from the PM except to help in an ongoing project to publish the speeches of Umno Presidents from Datuk Onn Jaafar to Tun Abdullah Ahmad Badawi, which he agreed and I thank him sincerely for it.

Of course I pleaded with him repeatedly over the years not to give up on the NEP objectives of eradicating poverty and the restructuring of society.

When he announced his cabinet, he also announced his intention to establish the National Economic Council (NEC) to be headed by someone with ministerial rank.

People waited anxiously and rightly expected an exceptional and very special person to occupy the post. After all the economy is facing a very serious crisis globally, although initially the Ministry of Finance predicted we are immune and there would be growth.

But as The Star newspaper reported on May 28, the economy contracted by 6.2% for the first three months this year compared to the same period last year. The economists had expected the contraction to be only 3.5%.

Bank Negara Governor Dr Zeti Akhtar Aziz said at a media briefing that the financial crisis, which peaked last September and led to a general slowdown in economic activity, had taken longer than expected to be resolved.

She said “the deterioration was greater than expected” and that the exports outlook “remained weak”, adding that the outlook for April to June would depend largely on external factors. However, she expected the second half of the year to see a better economic performance.

Given the negative performance and the less than rosy outlook, we expected the NEC to be formed immediately to come out with suggestions and proposals to overcome the problems faced by the nation and the people.

Unfortunately, for reasons known only to the Prime Minister, it took him something like a month and a half to name just the council’s chairman.

The rest of the team has yet to be named. And he chose the Minister he dropped as the Minister of Economic Planning, Amirsham Abdul Aziz, to head the council.

No malice intended but if he was not suitable to head the EPU and was thus dropped from the Cabinet, how is he now qualified to head NEC?

Amirsham is a nice bloke and a friend but being a public figure he cannot escape scrutiny.

Politically he came out of nowhere when the former PM brought his out of the woodwork after retiring from Maybank and made him a minister.

That rightly gave rise to all sorts of rumours on why Abdullah recruited him. He was in Maybank and did a good job as a diligent conservative banker until just before he retired when Maybank belatedly ventured into Pakistan, Vietnam and Indonesia.

It is public knowledge that all these purchases were overpriced and now Maybank is beginning to suffer huge losses due to the non-performing loans of its overseas banks.

Sadly, while the bank officers may claim that all these deals were done transparently and above board, the ultimate losers are the unit holders of Permodalan Nasional Berhad’s unit trusts.

PNB is the biggest investor in Maybank. And now PNB has to live with these bad overseas investments by Maybank. How did the government and its regulatory agencies like the Finance Ministry, Bank Negara and the Securities Commission approved these purchases?

The question in people’s mind is why chose someone with this kind of track record?

Is there such a dearth of talent amongst our 24 million people that we have to keep recycling the cabinet and the civil service?

Is there nobody better out there whom PM can choose for this very critical job? Don’t we have outstanding economists or scholars for PM to choose from?

Had Amirsham left Maybank with flying colours, we would not have problems placing our faith in him. But now not only that Maybank is bleeding financially it has also lost to Public Bank as the biggest bank in the country.

Then there might be unhealthy rivalry among the economic and financial agencies that the PM is counting to assist him in reviving the economy.

For instance what role will the Economic Planning Unit (EPU) now play?

Let’s look back at 1997/98 financial crisis for some pointers. Dr Mahathir picked Tun Daim Zainuddin to head Natioanl Economic Action Council (NEAC).

As its name suggested, it was an action council. It had to take action because there was a crisis. He put Daim at EPU and made EPU the NEAC secretariat so that the two could work in tandem. There was coordination. Once the NEAC published its action plan, Daim was asked to join Cabinet to act and deliver on the action plan.

Now we have the EPU on the one hand and the NEC on another. Are we not wasting resources in trying to manage this crisis?

I sincerely hope I am wrong, terribly wrong!

People are asking these questions. The impression is the government seems not to be in a hurry to solve the crisis. People are suffering and there is no sign that ministers and top civil servants are is worried.

There is no gesture on part of Cabinet members and top civil servants to reduce their salaries and allowances to show sympathy with the people. When the rakyat are suffering, it would be nice if Ministers, Menteris Besar, Chief Ministers and deputy ministers make some sacrifices.

Back here among the padi farmers to take care of my ailing dad, I hear their cries of pain as their padi crop is destroyed by the parasitic snails and their living standard eaten away by inflation.

Footnote: I thank sincerely the many debaters who offered their prayers and best wishes for my father’s speedy recovery. But he’s an old man. He’s 85 and there’ so much modern medicine can do for him. But thank you nevertheless for your kind thoughts and prayers.

Saturday, May 30, 2009

Perihal Chin Peng Dan Pendatang Haram

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM era penerbangan murah di mana “semua orang boleh terbang”, wabak penyakit dan “pelarian moden” boleh datang dan pergi dengan hanya RM50 tambang.

Yang menyekat pembanjiran pelarian ekonomi ini hanyalah syarat-syarat perjalanan – pasport, visa, permit kerja dan cukai keluar-masuk.

Jadi, tanpa kita terperangkap dengan polemik mengenai sama ada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Chin Peng, wajar dibenarkan memasuki Malaysia, kita sudah pun berdepan dengan isu kebanjiran pelbagai anasir yang tidak diingini.

Apa pun alasan membenar atau tidak membenarkan Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua memasuki Malaysia, sentimen orang Melayu yang berupa bangsa induk dan majoriti jangan sekali-kali dipersendakan.

Wajib diingat, kerana sikap anti-komunis dan pengorbanan darah dan daging orang Melayulah, keganasan bersenjata PKM berjaya ditumpaskan, gagasan Republik Komunis Malaya digagalkan dan hari ini Malaysia menjadi tuan rumah kepada ribuan kapitalis dan jutawan Cina, India dan beberapa kerat Melayu.

Ini tidak menolak bahawa ada orang Cina dan India yang turut mengorbankan nyawa menentang pengganas komunis dan hakikat bahawa ada juga orang Melayu yang menyertai dan menyokong pemberontakan PKM.

Tetapi pokok pangkalnya anggota PKM adalah majoritinya Cina dan majoriti yang mati dan cedera melawan mereka adalah askar Melayu dan anggota tentera Komanwel.

Jadi, kalau pun ada undi bukan Melayu yang hendak diraih dan perikemanusiaan hendak dilaksanakan, jagalah dulu hati orang Melayu.

Janganlah hati orang Melayu yang baik hati itu terus dijeruk.

Berbalik kepada suasana semasa, negara kita sedang dibanjiri pendatang haram (ya, pendatang haram – illegal immigrants) daripada pelbagai benua dan negara.

Kalau pendatang haram, pendatang haramlah. Buat apa kita nak panggil pendatang tanpa izin? Di seluruh dunia, istilahnya adalah pendatang haram atau illegal immigrants bukan pendatang tanpa izin atau immigrants without permission.

Kenapalah kita ini baik dan berbudi sangat sampai orang pijak kepala kita?

Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari Negeri China atas Visa Pelajar. Mereka jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam.

Mereka datang dengan permit dari Bangladesh, India dan Pakistan, tetapi mereka jadikan negara kita batu loncatan masuk secara haram ke Australia, Amerika atau Eropah sehingga kita dicap melakukan penyeludupan manusia (human trafficking).

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita benarkan “pelancong” dari negara raksasa yang miskin seperti China dan India masuk tanpa visa atau kita longgarkan syarat. Dalam sekelip mata mereka akan membanjiri negara kita yang kecil tetapi sangat baik hati ini.

Bayangkan, Malaysia ada 24 juta penduduk. China ada 1.3 bilion penduduk dan India ada satu 1.13 bilion penduduk. Sepatutnya kita mengetatkan syarat kemasukan pendatang daripada semua destinasi berisiko, termasuk pelancong yang semakin ramai melencong menjadi GRO, pelacur, perempuan simpanan, calon isteri dan pengemis.

Menang betul kerajaan telah membebaskan 27 sektor kecil perkhidmatan daripada syarat Dasar Ekonomi Baru, tetapi ini tidak bermakna kerajaan perlu membuka pintu negara untuk dibanjiri oleh pendatang yang tidak diingini seperti pelajar dan pelancong merangkap GRO dan pelacur.

Baru-baru ini akhbar New Straits Times menyiarkan berita mengenai jenayah bersindiket yang meraih berbilion ringgit setahun hasil pelacuran dan dadah.

Anggota sindiket ini tidak teragak-agak memangsakan kaum sebangsa mereka apatah lagi pelancong dan pelajar dari negara-negara miskin seperti China, India dan Indonesia.

Betul, banyak negara, termasuk negara-negara maju sedang membuka pasaran mereka untuk menarik pelaburan dan pekerja mahir.

Maka kita janganlah terus jadi bodoh dengan menliberalisasikan sektor perkhidmatan kita kemudian membuka pintu masuk negara kita kepada pelancong murah, kepada buruh dari Bagladesh yang diimport oleh sindiket, pengemis, GRO dan pelacur Negeri China dan penjaja jalanan dari Afrika.

Mungkin ada pihak yang cuba mempersendakan saya apabila mereka mengatakan cara terbaik menarik pelancong ialah dengan melonggarkan syarat perjalanan untuk penduduk negara raksasa seperti China dan India.

Saya harap, macam kata ungkapan Orang Putih, “they are pulling my leg” pada saat-saat Perdana Menteri sedang bersiap sedia untuk menjejaki Allahyarham ayahandanya ke Negeri China.

Jangan melawak dengan perkara macam ini. Bukan kita tidak mahu pelajar, pelabur atau pelancong dari Negeri China atau mana-mana negara, tapi kita kena pastikan agar bila kita buka pintu kuala, ikan siakap yang masuk dan bukan sampah sarap.

Ingat rintihan nenek moyang kita – kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran kerana menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Wednesday, May 27, 2009

Kewibawaan Petronas Wajib Dipertahankan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA perhatikan ramai pemblog dan pembahas mereka telah mula membincangkan perkembangan di Petronas dengan penuh emosi.

Saya tidak salahkan mereka. Dalam hal ini, kita rakyat Malaysia berhak menjadi emosional. Kelangsungan Petronas adalah tanggungjawab kita semua.

Isu yang membakar emosi itu adalah ura-ura pelantikan seorang muda lulusan Oxford yang seangkatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas seorang menteri untuk menduduki lembaga pengarah Petronas.

Orang muda lulusan Oxford itu dicamkan sebagai Omar Mustapha Ong, bekas Pegawai Khas Mohd Najib Abdul Razak ketika Mohd Najib menjadi Timbalan Perdana. Bekas menteri itu pula dikatakan Syed Abdul Hamid Albar.

Walaupun pelantikan mereka masih di alam misteri, cakap-cakap mengatakan Omar akan dilantik ahli lembaga pengarah manakala Syed Hamid pengerusi bagi menggantikan Mohamed Hassan Marican.

Oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan tidak akan berlaku tanpa kehendak dan pengesahan beliau.
Jadi tidak hairanlah kalau ramai pemblog dan pembahas mereka mengaitkan ura-ura pelantikan Omar dan Syed Hamid dengan Perdana Menteri.

Saya kenal Omar. Daripada perwatakan, dia sederhana dan nampak cerdik. Yang menjadi masalah adalah pertaliannya dengan Mohd Najib dan Khairy.

Omar adalah pemegang tampuk Ethos Consulting Sdn Bhd, sebuah firma perundingan korporat. Laporan The Star mengenai Ong pada tahun 2006, antara lain, menyebut:

“Ethos Consulting Sdn Bhd has appointed Omar Mustapha managing principal and director effective Feb 1.

Prior to his appointment, Omar served as special assistant to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on matters of public policy, international relations and the corporate sector.

Omar was co-founder of Ethos Consulting together with the late Dr Liew Boon-Horng and has worked closely as joint managing principals since the firm’s founding in June 2002.

He left the firm to join the Deputy Prime Minister’s staff in February 2004.”

Walaupun dia meninggalkan Mohd Najib untuk menguruskan Ethos Consulting, namun Omar tetap rapat dengan Mohd Najib dan dipercayai terus terbabit dengan kegiatan beliau.

Seperti banyak institusi dan syarikat yang rapat dengan Khairy dan persekongkolan Tingkat Empat, Ethos Consulting dilaporkan mendapat banyak kerja perundingan kerajaan, khas untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ura-ura pelantikan Omar ke lembaga pengarah Petronas menjadi berita sensasi di Internet kerana banyak pihak bimbang akan berlaku campur tangan luar ke atas syarikat minyak negara itu serta kemungkinan terjadi eksploitasi ke atas kontrak serta asetnya.

Kebimbangan ini boleh difahami kerana di bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, persekongkolan "Tingkat Empat" dan "budak-budak PM" telah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti dalam urus niaga ECM-Libra, AirAsia, pembinaan terminal penerbangan murah (LCCT) dan penjualan Pantai Holdings kepada Parkway, Singapura.

Apa pun kebenaran kepada ura-ura ini, kepentingan dan kewibawaan Petronas wajib dipertahankan. Sebarang tindakan yang mengancam kepentingan dan kewibawaan Petronas oleh sesiapa pun wajib didedah dan disekat.

Namun, keyakinan dan harapan boleh diletakkan di atas bahu Mohd Najib kerana dia bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi dia kenal Petronas sejak syarikat itu ditubuhkan ketika pentadbiran ayahnya, Abdul Razak Hussein.

Pekerjaan pertama Mohd Najib setelah pulang dari pengajian di England adalah di Petronas sebagai pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.

Ketika itu, kalau tidak silap saya, Tengku Razaleigh Hamzah adalah Pengerusi dan Junus Sudin (Datuk) -- bos saya yang baik hati di NSTP -- adalah Pengarah Urusan.

Saya sendiri mula membuat laporan mengenai Petronas pada tahun 1976 untuk akhbar The Business Times ketika rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) dengan syarikat-syarikat minyak asing dijalankan.

Hari ini, berkat kecekapan dan integriti pegawai-pegawai Petronas yang majoritinya Bumiputera, dan tanpa campur tangan yang negatif daripada kerajaan, Petronas muncul sebagai salah sebuah syarikat terbesar di dunia.

Senarai majalah Fortune Amerika Syarikat meletakkan Petronas sebagai syarikat yang ke-95 terbesar di dunia tahun lalu. Sebahagian besar pendapatannya kini hasil daripada kegiatan di luar Malaysia. Petronas adalah pengarak panji-panji negara di persada dunia.

Jadi, sebesar mana pun keperluan memberi pangkat dan jawatan persaraan kepada bekas menteri, operator politik atau rakan taulan, kepentingan Petronas dan kepentingan rakyat jelata jangan sekali-kali diperjudikan.

Kalaupun perlu melantik seorang pengerusi baru bagi memisahkan tugas lembaga dan pengurusan Petronas, calonnya biarlah bukan daripada kalangan politik.

Ingat jugalah kepada legasi Allahyarham (Tan Sri) Azizan Zainol Abidin bekas Pengerusi Petronas dan hormatilah orang dalam Petronas yang telah membuktikan kepakaran dan integriti yang tinggi.

Ura-ura sebeginilah yang memberi alasan kuat kepada pihak-pihak yang mahu Petronas bertanggungjawab kepada kuasa yang lebih universal seperti Parlimen untuk terus memperjuangkan tuntutan mereka.

Kepada rakan-rakan blogger, mungkin elok bagi sesiapa saja yang berkepakaran di bidang petroleum, perniagaan global dan urus tadbir korporat membuka sebuah blog khas untuk mengawasi dan memantau perkembangan di dalam Petronas agar ia tidak dilarikan (hijack) oleh pihak-pihak yang rakus.

[NOTA KAKI] -- Mohon maaf kalau saya terlambat membaca dan menyiarkan komen-komen Saudara dan Saudari. Saya terpaksa berulang alik ke kampung di Kedah kerana ayah saya sedang sakit dan emak perlukan sokongan emosi.

Sunday, May 24, 2009

Sekolah, Guru dan Kenangan Masa Lalu

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

JUMAAT lalu saya melawat dua sekolah lama saya – Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Michael dan Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Star.

SMK Saint Michael berlainan sekali daripada waktu saya belajar di situ antara tahun 1962 dan 1966. Sebelum itu saya belajar selama tiga tahun di Sekolah Rendah Saint Michael dalam perkarangan yang sama.

Semua bangunan lama daripada kayu dan kapur mortar telah dirobohkan dan diganti bangunan moden empat tingkat daripada konkrit.

Paya nipah dan belukar di belakangnya dikeringkan sebagai tapak. Dulu, pada musim kemarau, sebagai sebahagian daripada kegiatan luar bilik darjah, kami dikerah membersihkan paya dan belukar itu. Waktu itu belum wujud istilah kokurikulum.

Sambil menebas dan membakar, kami mencuri-curi mencari ikan karim (karing) atau ikan pelaga. Burung ruak-ruak dan ayam-ayam pun ada. Sekarang paya dan belukar di sekitar kawasan itu telah ditambak menjadi tapak rumah dan kedai.

Pada waktu saya di situ, Sekolah Saint Michael adalah sekolah bantuan kerajaan (government aided school). Gaji guru dibayar oleh kerajaan tetapi kami masih dikenakan yuran RM15 sebulan. Kini ia sekolah milik kerajaan sepenuhnya.

Saya dapati lorong ke Gereja Saint Michael di Jalan Langgar sudah ditutup dan kawasan sekolah terpisah sepenuhnya daripada rumah ibadat Roman Katolik itu.

Sewaktu saya di Saint Michael, ia masih separuh ditadbir oleh gerakan mubaligh Roman Katolik dan kami dibenarkan masuk ke kawasan gereja untuk rehat dan membaca buku.

Sekolah Saint Michael diasaskan pada tahun 1934 dan majoriti pelajarnya adalah budak-budak Melayu, Cina dan India daripada keluarga miskin yang tidak mendapat keutamaan atau yang rendah pencapaian akademik.

Anak orang kenamaan, kakitangan awam dan profesional umumnya mendapat tempat di Maktab Sultan Abdul Hamid manakala yang perempuan belajar di Sekolah Sultanah Asma. Sekolah perempuan yang sejenis dengan Saint Michael ialah Saint Nicholas Convent.

Murid-murid Saint Michael yang bercita-cita tinggi cemburu dengan murid-murid MSAH manakala murid-murid MSAH pula memandang rendah murid-murid Saint Michael.

Pada zaman penjajah, keutamaan diberikan kepada anak orang kenamaan Melayu, kakitangan perkhidmatan tadbir dan profesional, justeru itu ditubuhkan sekolah eksklusif seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan MSAH.

Saya ke MSAH pada tahun 1967 untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam. Pada tahun itu tidak sampai 10 orang murid Saint Michael berjaya menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Untuk masuk ke Tingkatan Enam, kita kena lulus Sixth Form Entrance Examination.

MSAH yang berusia 100 tahun masih mengenalkan reka bentuk asalnya. Saya perhatikan ada beberapa buah bangunan baru dan sebahagian atap asal beberapa bangunan telah diganti.

Selainnya masih dalam reka bentuk dan bahan binaan asal yang memberikan sekolah itu suasana kedesaan. Pokok-pokok pukul lima (raintree) di perkarangannya sudah dua atau tiga pemeluk.

Rumah guru besar sudah dirobohkan dan digantikan dengan beberapa buah rumah moden.

Sewaktu saya belajar Tingkatan Enam di sekolah itu pada tahun 1967 dan 1968, rumah itu didiami Mr Joginda Singh Jessy.

Dia adalah Guru Besar kami dan terkenal dengan bukunya bertajuk History of Malaya (1400-1959). Tetapi kami lebih mengenali beliau sebagai Guru Besar yang sangat mengutamakan disiplin dan akhlak.

Setiap hari perbarisan mingguan dia akan berdiri di pintu masuk dewan untuk menentukan misai dan rambut siapa terlalu panjang.

Kami juga mengenalinya kerana dia mempunyai seorang anak gadis yang sangat jelita yang sama-sama Tingkatan Enam dengan kami. Namanya Surinder. Semua budak lelaki Tingkatan Enam kena “penyakit hangau” tetapi tidak seorang pun berani mencurahkan rasa kerana takutkan bapanya.

Tetapi Guru Besar yang paling saya hormati dan terhutang budi adalah Allahyarham Cikgu (Datuk) Shaari Abu Bakar, Guru Besar Sekolah Melayu Pendang dan mendiang Mr Charles Alexander Westwood, Guru Besar Saint Michael.

Cikgu Shaarilah yang dua tahun berturut-turut (1957 dan 1958) membawa saya ke Alor Star dan Simpang Empat untuk mengambil peperiksaan Special Malay Class Entrance Examination.

Hanya dalam percubaan kedua baru saya berjaya. Turut lulus adalah anaknya, Nadzim (Datuk) dan Allahyarham Samsuri Saad, anak tukang gunting dan pelawat sambilan Pendang. Kalau tidak kerana beliau saya mungkin tidak berasa masuk sekolah Inggeris atau ke sekolah menengah.

Mr Westwood yang kami tukar namanya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 1966 menjadi Salleh Iskandar Kayubarat, adalah mentor dan bapa. Kami begitu akrab dengannya sehingga boleh berhutang dan meminjam baru kotnya.

Dia begitu gembira dengan kejayaan sekolah kami dalam pertandingan Bulan Bahasa Kebangsaan dan senang dengan “nama” barunya.

(Pada tahun 1966 saya berjaya mewakili Kedah dalam pidato pelajar peringkat kebangsaan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.)

Apabila beliau membina sebuah rumah kayu di Jalan Telok Wan Jah di Alor Star, beliau menamakannya “Rumah Kayubarat”.

Begitulah komited dan prihatinnya guru pada zaman itu. Namun ini tidak bermakna guru-guru zaman sekarang tidak. Saya mendapati ramai yang cukup komited, prihatin dan bermotivasi.

Pendidik terkenal Amerika, K. Patricia Cross berkata: “The task of the excellent teacher is to stimulate apparently ordinary people to unusual effort. The tough problem is not in identifying winners: it is in making winners out of ordinary people.”

Terima kasih cikgu!

Wednesday, May 20, 2009

Could The Answer Be Blowing In The Wind?

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[LATEST, May 22] – THE APPEAL Court today overturned the Putrajaya High Court decision and declared Dr Zambry as the rightful Menteri Besar of Perak.

But will he listen to my two sen worth of opinion that he should table a confidence motion in the Assembly?

[ORIGINAL POSTING]

DOES it really matter who the Menteri Besar of Perak is today, tomorrow or the day after?

The Malaysiakini says “tomorrow is D-Day for both the BN’s Zambry Abd Kadir and the Pakatan Rakyat’s Mohammad Nizar Jamaluddin, as the Court of Appeal will decide on who is the rightful Menteri Besar of Perak.”

Is it really the D-Day?

Maybe.

The Court of Appeal will tomorrow hear Dr Zambry’s appeal against the High Court ruling that Mohammad Nizar is the rightful mentri besar of Perak.

It will also hear Mohammad Nizar’s application to set aside the stay of execution order granted to Dr Zambry. Mohammad Nizar is seeking a three-man Bench to overturn the stay order granted by Court of Appeal Justice Ramly Ali.

But will it really solve the imbroglio?

Maybe, maybe not.

Why?

Because Mohammad Nizar told Malaysiakini if court decision is in his favour, he will immediately seek an audience with the Sultan to get his consent to dissolve the state assembly and call for fresh state elections.

Did the High Court, in ruling in favour of Mohammad Nizar, not say that once appointed by the Sultan, a Menteri Besar is solely responsible to the State Legislative Assembly?

Did the Court not also say that only a vote of no confidence taken on the floor of the House could legally remove a Menteri Besar?

So, can Mohammad Nizar seek the Sultan’s consent to dissolve the state assembly and call for fresh state elections when there’s no black and white to say that he has lost the confidence of the House?

Supposing that Mohammad Nizar, as the reinstated Menteri Besar, goes to the Assembly and suffers a vote of no confidence. Will or can the State Legislative Assembly be automatically dissolved?

What if Dr Zambry, with 28+3 Assemblymen and women on his side, also goes to the Assembly, table a confidence motion and wins?

Can the State Legislative Assembly be dissolved when there is a party in majority and is willing to form a government?

But for a start, will Dr Zambry be allowed to table a confidence motion if a Pakatan Rakyat member is in the Speaker’s chair?

Or would Dr Zambry be magnanimous by not contesting the dissolution of the State Legislative Assembly and put the fate of the BN once again in the hands of the Perak voters?

And finally, how long can Perak and its people endure this moribund state of affairs before the wheel of commerce and industry grinds to a halt and law and order break down?

When that happens, can we with the clearest of conscience, throw our hands in the air and say, que sera sera?

Or, are we agreeing with Aesop that, “we hang the petty thieves and appoint the great ones to public office”?

Could the answer to all this be blowing in the wind as Bob Dylan says?

Monday, May 18, 2009

BN Pulau Pilihan Raya Kecil Penanti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 23 Mei]BERNAMA melaporkan pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman, 59, dan tiga calon bebas iaitu bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42. Hari mengundi adalah 31 Mei.

[MUTAKHIR, 22 Mei] -- AHLI Dewan Undangan Negeri Pas bagi kawasan Manek Urai, Ismail Yaacob atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Su Wil, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Zainab Hospital in Kota Bharu hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon Barisan Nasional (Umno), Zulkepli Omar dengan majority 1,352 undi. Dia memperoleh 5,746 undi manakala Zulkifli 4,394 undi.

Apakah Umno/BN akan sekali lagi “melakukan Penanti” dengan memulaukan pilihan raya kecil ini?

[Posting Asal]

SIR WINSTON Churchill berkata: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”

(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran).

The Star Online berkata: “Barisan Nasional memutuskan tidak bertanding pilihan raya kecil Pananti, Pulau Pinang, 31 Mei ini.

“Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang.”

“Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.”

Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."

(Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna.)

Dan apa agaknya kata 5,127 pemilih yang mengundi BN di Penanti pada pilihan raya umum tahun lalu dan 3 lebih juta ahli Umno.

Saya?

Tak mahu kata apa-apa lagi!

Saturday, May 16, 2009

Iktibar Daripada Cerita Presiden Obama

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEBUAH universiti di Amerika memutuskan tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Presiden Barack Obama kerana dia belum cukup berjasa dan terbukti prestasinya.

Di Malaysia, universiti berlumba-lumba memberi ijazah kehormat kepada menteri, bekas menteri dan isteri menteri.

Tidak mengapa kalau isteri menteri atau isteri bekas menteri itu tidak jelas atau belum terbukti jasa, kepakaran dan kecemerlangannya. Yang penting dia isteri menteri.

Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi “a dime a dozen” atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang.

Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan “derma” dan “sedekah”.

Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri.

Khabarnya, di sebuah organisasi media arus perdana, pengurusan baru telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan yang ditawarkan anugerah diraja melaporkan terlebih dahulu kepada pengurusan.

Saya terbaca sebuah berita dari bandar Tempe di Negeri Arizona, Amerika Syarikat di mana Arizona State University tidak menganugerahkan ijazah kehormat kepada Obama kerana pencapaiannya setakat ini belum melayakkannya menerima anugerah itu.

Dengan berseloroh, Obama berkata bukan pihak universiti itu sahaja yang berpendapat beliau perlu menunjukkan lebih banyak kejayaan malah isterinya sendiri, Michelle, juga berpendapat demikian.

Obama berkata begitu ketika menjadi tetamu kehormat di majlis konvokesyen universiti berkenan. Adalah tradisi universiti di Amerika menganugerahkan ijazah kehormat kepada tetamu khas majlis konvokesyen.

Sebaliknya pihak universiti itu menamakan salah satu skim biasiswanya mengikut nama Obama.

Dengan berseloroh, Obama berkata: “Saya datang ke sini bukanlah untuk mempertikai cakap-cakap bahawa pencapaian saya belum memadai. Buat permulaan, Michelle setuju dengan penilaian ini. Dia mempunyai senarai panjang mengenai apa yang belum saya laksanakan, yang menanti saya di rumah.”

Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini walaupun sang suami baru sehari menjadi menteri atau menjawat jawatan tinggi.

Kita suka orang luar kata kita sederhana atau “modest”. Tetapi ramai orang kita sebenarnya amat suka menunjuk-nunjuk dan gila pangkat.

Mereka tidak begitu peduli pandangan masyarakat terhadap mereka. Akibatnya mereka sangat serius mencari anugerah, pangkat dan gelaran, tetapi mereka tidak berkelakuan seperti orang ternama.

Maka berlakulah situasi di mana budak “kanyir” dan jutawan segera yang entah apa sumbangannya kepada masyarakat dan negara diberikan pelbagai gelaran dan anugerah, termasuk gelaran diraja.

Tidak hairan jugalah kalau begitu ramai penyandang anugerah diraja yang terbabit atau dikaitkan dengan akhlak buruk, skandal dan jenayah.

Ada negeri dan wilayah tertentu di bumi Malaysia ini yang menjadikan penawaran anugerah sebagai cara mencari pengaruh politik dan sumbangan kewangan.

Harap-harap institusi pengajian tinggi kita mengambil iktibar daripada tindakan Arizona State University dengan tidak sewenang-wenang memberi ijazah kehormat kepada sebarang Ali, Ah Kau dan Muthu.

Tuesday, May 12, 2009

The Perak Ruling Is Not As Clear-Cut

A Kadir Jasin

[ANONYMOUS comments with not be entertained. When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]

[UPDATE, May 14]REJECTING claims that BN was "afraid" to fight snap polls in Perak, the Prime Minister today said he was willing to hold talks with Pakatan Rakyat to resolve the Perak crisis.

"There should not be pre-conditions as it (the meeting) should be quite open in order (for us) to explore (all) possibilities," the Malaysiakini quoted him as telling journalists in Putrajaya.

"I have said the number one principle must be mutual respect for one another. Number two, we have to follow rules and regulations inside the Dewan and outside the Dewan," he added.

[LATEST] -- PAKATAN Rakyat's defacto chief, Anwar Ibrahim said the PR is willing and ready to meet MohdNajib to resolve the Perak political crisis although the coalition prefers a fresh election, according to The Star SMS service.

[Original Posting]

POLITICS and law are complicated matters. And when the two meets, the complexity can be beyond the ability of ordinary mortals to comprehend.

Thus the view that the May 11 Kuala Lumpur High Court ruling confirming Mohammad Nizar Jamaluddin as the Menteri Besar, solves the Perak political crisis could be simplistic and misguided.

Already the Court of Appeal has granted a stay of execution pending an appeal by Dr Zambry Abdul Kadir.

And since we’re discussing a subject matter that involves the Courts and the Palace, I appeal to all debaters to be absolutely careful.

The implications of the ruling may not as clear-cut as some people think. Unless all parties agree to the immediate dissolution of the State Legislative Assembly, the crisis could drag on.

What the Court did was to grant Mohammad Nizar a declaratory relief that he is still and was Menteri Besar at all material times. A declaratory judgment is the judge's determination of the parties' rights under a contract or a statute often requested in a lawsuit over a contract.

The governing theory, according to law books, is that an early resolution of legal rights will resolve some or all of the other issues in a lawsuit.

Many outstanding matters have to be sorted out before the real issue, which is the long-term stability of the state, is resolved.

To begin with, it is natural for the Barisan Nasional to appeal. The Court, in ruling in favour of Mohammad Nizar, had ordered Dr Zambry to show cause and give information under what policy, power or authority he allegedly held office and exercised the responsibilities, functions and duties as Mentri Besar.

The Judge’s instruction in fact compels Dr Zambry to appeal in order to answer the above questions.

Mohammad Nizar has several options. But his immediate reaction, according to Press reports, was to call for the dissolution of the State Assembly for which the consent of the Sultan of Perak is needed.

This, however, could contradict the spirit of the Court ruling that gives authority to the State Legislative Assembly to determine the legitimacy of his government and the confidence or the lack of it in him.

The Judge, Justice Abdul Aziz Abdul Rahim, among other things, ruled that Mohammad Nizar, once appointed Menteri Besar, was answerable only to the State Legislative Assembly. The Judge clearly stated that the Sultan of Perak had no right to dismiss him.

“Based on democratic practice, the vote of no-confidence should be taken on the floor of the assembly and only that way, he (Mohammad Nizar) could be forced to resign.

“(Otherwise,) how could Nizar lose confidence on the purpose of Article 16 (6) of the Perak Constitution?” the Judge said.

Article 16 (6) states that if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

Going by the spirit of the court ruling and the State Constitution, Mohammad Nizar should go back to the State Assembly to face a vote of no-confidence.

With 28 members on his side against 31 on the side of the BN, he is doomed unless miracles happen. A return to the Assembly may prove that he actually “ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly.”

Even if he loses the confidence vote, there’s no guarantee that he can force the dissolution of the State Assembly. The BN can and may go to the State Assembly to seek a mandate to lead the state as it has the majority.

That’s the reason behind Mohammad Nizar’s insistence on seeking the Sultan’s blessing to dissolve the State Legislative Assembly.

But will the Sultan risk making another decision after his earlier decree to allow the BN to form the government had proven to be problematic and unpopular?

Thus the most appropriate move is for Mohammad Nizar to brave the odd and put his fate in the hands of his peers in the State Legislative Assembly.

The mistake of the BN was it failed to table a confidence motion when it wrested power from the PR in February. Had that been done, the legitimacy of its rule might have been unequivocally established.

Would Dr Zambry dare or is able to convene the Assembly and table a confidence motion now that the BN controls the House?

For the immediate future, it appears that the situation in “the land of grace” (Darul Ridzuan) may not be as graceful and blessed as should be.

No sane investors, local and foreign, would want to stake their luck and money until a stronger government emerges.

It will take a while before certainty returns and, in this context, a fresh election may yet be the best solution to end the logjam once and for all.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).