Friday, November 17, 2006

PM, Kebebasan Media dan Realiti Semasa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Tolong gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

UCAPTAMA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Perhimpunan Agung Tahunan Umno tahun ini semestinya mengilhamkan para penulis dan pembaca.

Perdana Menteri secara khusus mengakui bahawa kritikan yang konstruktif (membina) adalah digalakkan dan menganggap media massa sebagai rakan dalam usaha membina masyarakat demokratik yang bertanggungjawab.

Utusan Malaysia keluaran 16 November memetik Perdana Menteri sebagai berkata bahawa kritikan konstruktif adalah digalakkan dan percanggahan pendapat dilihat secara objektif dan tidak semestinya dianggap sebagai tentangan terhadap Kerajaan.

‘‘Media semakin berani menyiarkan berita yang memperlihatkan kelemahan Kerajaan dan kesilapan anggota pentadbiran. Ada di kalangan anggota kerajaan dan anggota parti yang berasa resah. Ada yang menganggap Perdana Menteri telah hilang kawalan.

‘‘Sebenarnya, saya lebih bersedia melihat perbalahan hangat meletus di muka akhbar daripada rusuhan membara di muka bumi,’’ tegasnya.

Serentak itu beliau berkata media massa perlulah matang dan tidak terperangkap dengan isu sensasi yang boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan mempunyai pandangan positif terhadap media massa dan berharap ia dapat mengimbangi peranannya dalam pembangunan negara.

‘‘Pengurusan akhbar yang matang dan bijaksana akan dapat mencapai titik perimbangan yang dapat membina amalan media yang sihat, memahami masalah yang dihadapi rakyat dan prihatin terhadap masalah yang perlu ditangani oleh negara,’’ ujarnya.

Abdullah menegaskan bahawa media massa yang bertanggungjawab akan bersama menghayati wawasan negara dan membantu membina kematangan proses demokrasi.

‘‘Pengamal media perlu sama-sama mengamalkan akauntabiliti yang tinggi terhadap matlamat pembangunan negara dan perpaduan warga,’’ ujarnya.

Terima kasih Perdana Menteri. Hasrat dan jaminan Tuan itu tentulah melegakan dan menggembirakan pengamal media massa dan khalayak mereka yang semakin hari semakin keliru dengan arah tuju Kerajaan dan negara.

Tetapi di masa yang sama, tidak dapat tidak, ia akan mencetuskan perbahasan baru mengenai apa yang Perdana Menteri suratkan dengan apa yang sebenarnya tersirat dan antara apa yang dijanjikan dengan apa yang dilaksanakan.

Perdana Menteri bercakap mengenai media massa yang matang dan tidak terperangkap dengan isu sensasi yang boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Tetapi kita mendapati bagaimana media massa milik Umno dan Kerajaan sendiri, secara sengaja atau kerana leka, telah menyiarkan bahan-bahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seperti kartun Nabi Muhammad (S.A.W).

Manakala akhbar bebas yang kecil dan terpencil yang melakukan kesilapan yang sama digantung penerbitannya, akhbar dan stesen televisyen milik Umno dan Kerajaan hanya perlu memohon maaf sambil lewa dan dibebaskan daripada segala tindakan.

Di saat-saat media massa milik Umno dan Kerajaan diuar-uarkan sebagai berada di bawah kepemimpinan yang berwibawa dan selari dengan prinsip-prinsip Islam Hadhari, kita mendapati ada akhbar yang digantung penerbitannya kerana menyiarkan bahan-bahan seks yang keterlaluan.

Ironinya, tepat pada saat Perdana Menteri bercakap mengenai kebebasan media di dalam Dewan Merdeka, penjual-penjual buku di luar dewan “diarahkan” jangan menjual buku-buku oleh beberapa orang penulis tertentu kerana kandungannya dikatakan kritikal terhadap Perdana Menteri, Umno dan Kerajaan.

Dan bagaimanakah kita mempertahankan kedudukan media massa, khasnya akhbar berbahasa Melayu, seperti yang dirayukan oleh wakil Johor, Mohd. Puad Zarkashi, jika proses “mendangkalkan” minda sudah menjadi begitu sebati dengan elit politik?

Dalam ucapannya membahaskan amanat Presiden, Mohd. Puad maju pembelaan daripada kerajaan dan UMNO bagi memastikan kelangsungan akhbar Melayu dan mengelakkannya daripada berkubur.

Kalau elit politik Melayu yang mempunyai pengaruh yang luas ke atas kandungan media massa berbahasa Melayu berminda hambar dan bercakap mengenai isu remeh-temeh, bagaimanakah mutu dan kandungan media massa berbahasa Melayu hendak dipertingkatkan?

Dan bagaimanakah Mohd. Zarkashi boleh mengharapkan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membantu memperkukuhkan prestasi kewangan media massa Melayu apabila mereka sendiri tidak teragak-agak bersaing atau membelakangkan media massa berbahasa Melayu?

Benar amaran Senator dari Johor itu yang berbunyi “ingat siapa yang kuasai maklumat, ia juga boleh menguasai kuasa.”

Tetapi, dalam suasana yang wujud hari ini kemampuan media massa berbahasa Melayu -- yang umumnya dimiliki oleh orang atau organisasi Melayu -- untuk menguasai maklumat adalah terhad.

Jumlah pengedaran yang kecil, bilangan muka surat yang terhad dan kandungan yang semakin hambar menyebabkan kemampuan media massa Melayu menjadi landasan memperluas dan memantapkan kuasa sama ada kuasa politik, pentadbiran atau ekonomi semakin diragui.

Hari ini, semakin banyak elit Melayu yang memegang teraju politik, pentadbiran dan ekonomi membaca akhbar berbahasa Inggeris dan menggunakan saluran baru maklumat yang berlandaskan Internet untuk memperoleh maklumat.

Tanpa sokongan iklan, media massa berbahasa Melayu terpaksa bergantung kepada jualan untuk menampung perbelanjaan. Ini mendorong mereka berlumba-lumba mencari pembaca dengan menyiarkan bahan-bahan sensasi yang kurang atau tiada langsung nilai maklumatnya.

Maka di sinilah terletak jurang antara apa yang dihasratkan dan dijanjikan oleh Perdana Menteri dengan apa yang sebenarnya dihantar dan sampai kepada kumpulan sasar.

Sistem penghantaran (delivery system) yang tidak terancang terus menjadi masalah dan sekali gus memburukkan imej pentadbiran sekarang. Lain yang dijanjikan, lain yang dihantar atau tidak dihantar langsung.

Maka, pada saat Perdana Menteri menjanjikan kebebasan berkarya, operator-operator Umno yang mahu Perdana Menteri saban masa berasa gembira, menyekat penjualan bahan-bahan yang dikatakan kritikal terhadap Kerajaan.

Dunia media Melayu khasnya dan media massa Malaysia amnya tidak akan mencapai matlamat yang beliau hasratkan jika terus wujud jurang dan kekangan antara apa yang tersurat dengan yang tersurat, apabila toleransi dan keterbukaan sekadar penyedap cakap.

Dunia media Malaysia tidak akan cerdik, bermaklumat dan berpengaruh jika proses menghambarkan (dumbing down) minda oleh elit politik, khasnya Umno, terus berlaku secara sedar atau tidak sedar – bila perbahasan amanat Presiden dipenuhi pantun seloka, lawak jenaka, puji-pujian dan retorik murahan.

Penggantungan penerbitan sebuah akhbar tabloid hujung minggu milik Umno baru-baru ini jelas membuktikan bagaimana proses ini telah menghalalkan transformasi sebuah akhbar tua yang sopan dan membina kepada risalah sensasi yang memperdagangkan seks rambang.

72 comments:

Cucutun said...

Baru Datuk Mukriz komen sedikit dalam nada yang tidak keras maupun tercemar budi bahasanya , semua Pemimpin UMNO sudah gusar dan bercelaru. Bagaimana mahu berhadapan dengan komen media yang konstruktif selagi tidak mahu bite the bullet.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk,
Ini kali pertama saya menulis komen diblog Datuk..saya pinjam baris kedua luahan blog datuk dengan izin..

"Perdana Menteri secara khusus mengakui bahawa kritikan yang konstruktif (membina) adalah digalakkan dan menganggap media massa sebagai rakan dalam usaha membina masyarakat demokratik yang bertanggungjawab."


Tetapi isu kebebasan media yang di ucapkan oleh AAB itu ada syarat-syaratnya.Cuma persoalannya kebebasan mengikut standard siapa?

Adakah media akan dikatakan bebas jika memenuhi standard piawaian berikut:

1.Jika "mereka" diampu, dipuji dan dan kesilapan mereka di "spun" supaya nampak cantik barulah bersamaan dengan media yang bebas?

2. Adakah jika media melayan "musuh" mereka secara kurang ajar, tidak berfikir dengan sulaman fitnah barulah bebas pada mata "mereka"?

3. Adakah jika setiap persoalan dan kritikan "musuh" mereka tidak dijawap bahkan cukup dengan respon-respon melulu dan dangkal barulah dikatakan media yang matang dan bijaksana? (mungkin pemahaman saya tentang respon dan jawapan tidak sama seperti mereka?)

4. Adakah media dikatakan bebas dan mengamalkan akauntabiliti hanya jika media "mereka" melakukan kesilapan demi kesilapan dan dosa akan dipertahankan tetapi jika media lain melakukan perkara sama dihukum pancung??

Pokok pangkalnya, semuanya bergantung kepada definasi "mereka" tentang kebebasan. Kebebasan mengikut apa yang sesuai untuk mereka. Kebebasan yang akan berubah mengikut saiz, musim, fesyen mereka sukai.

Hanya Tuhan mengetahui...

P/s: Saya fikir AAB terlalu banyak terpegun dengan proses "re-branding" mungkin.

Anonymous said...

Agaknya ini merupakan 'post' yg paling menarik yang saya pernah baca di blog ini.

Sifat gilakan kuasa oleh golongan elit UMNO mungkin faktor utama mengapa media berbahasa Melayu tidak dapat berjaya pada masa sekarang.

Saya rasa jika senario ini berterusan, orang Melayu pasti akan jatuh tersungkur daripada memegang kuasa memerintah negara ini dalam masa 10 tahun... ataupun lebih.

corrigenda said...

Datuk ,ada sesuatu yg perlu diperbetulkan.menurut pemerhatian saya tiada pertelingkahan peribadi antara drm dan dab.tapi rata rata saya dapati ramai yang masih tercengang cengang dan tanya apa motif drm?.soalan ini pernah dilemparkan oleh seorang professional disatu majlis hariraya,seorang Melayu.

bahkan ada tuan punya blog menampakkan adanya pertelingkahan peribadi.
apa yg jelas ialah drm menjelaskan jalan sebenar kearah "rumah" yg semua orang dah nampak.tetapi dab,cuba merintis jalan lain semata mata kerana dia ada jalan lain.

atau sebenarnya dia(dab) nampak "rumah" tapi tak nampak jalan?.atau jalan baru yg tentu perlu dirintis ini mencipta peluang utk opportunis?.

dengan memerhati kepada oportunis yg bermaharajalela sekarang,jelas sekurang kurangnya bagi saya,dab tak nampak jalan!.rumah samar samar.

khairul said...

Datuk,

There is a new tabloid piece coming up:

CAGE FIGHT!!!
(No Holds Barred)

G-lo G-lo Kid versus Dirty Hairy!!!

Note:
The mainstream media will sometimes report it, albiet after a great spin, that the G-lo G-lo Kid used under-the-belt techniques which is a fault in a no hold barred fight to the death for the Heavy-weight Champion of The World!

Anonymous said...

Dato',

Terbaca artikel ni. Pandai dia bodek bos dia dulu no!

"The 77-year-old Mahathir has achieved almost mythical status among his admirers in Malaysia and tributes have been pouring in as he prepares to retire, according to AFP.

A generation has known no other leader, and even those old enough to remember the previous prime minister have had their lives shaped dramatically by Mahathir's 22 years in power.

Hundreds of messages have appeared in local newspapers in recent weeks, hailing the premier as a hero for overseeing Malaysia's rapid economic development and giving this small nation of 23 million people a voice in the world.

Invited to send in their tributes by SMS on their mobile phones, Malaysians have competed for superlatives.

"Dr. Mahathir, you are the greatest leader in Asia. You are irreplaceable. We love you," wrote Tham Kam Seng in a typical contribution.

"You are our nation's hero. A small place on every Malaysian heart will always have you," said another.

Professor emeritus Khoo Kay Kim, a historian with University Malaya, said Mahathir would be honored as "father of modern Malaysia."

"He will be remembered for having physically transformed Malaysia and putting the country on the world map," he said.

A major Malaysian university further introduced a compulsory subject for its 100,000 students: "Thoughts of the Prime Minister".

A book of that title, containing a collection of Mahathir's speeches, will be required reading at the state-owned University of Technology MARA.

Mahathir is renowned for his outspoken and often controversial opinions on everything from minor domestic issues to global politics, the need for technological development and the true meaning of Islam.

A 10-volume encyclopedia of his ideas has also been launched in Arabic and English.

"Some people say Mahathir is the greatest Malay leader that we have seen in the history of our nation," Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said at the launch of the encyclopedia.

Abdullah, who takes over from Mahathir, said: "His legacy will be seen in his ever-flowing cornucopia of ideas, thoughts and opinions on a wide range of issues and topics.

"Laymen and intellectuals will find pearls of wisdom in his ideas and thoughts. Malaysians and Muslims will benefit enormously from reading and re-reading his speeches."

Hantu Gig Jarang

mundarmandir said...

Saya pun pertama kali komen diblog Datuk dan sebenarnya tak sehebat 'penganalisis politik' lain untuk mengulas situasi yang berlaku sekarang dalam pimpinan kerajaan. Ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO seolah-olah mendengar ceramah kesedaran semasa berada dibangku sekolah dulu-dulu. Tawar dan hambar!Kalau dizaman Tun M, banyak perkara baru yang dapat meransang minda berdasarkan isi ucapan. Sekarang, usahkan meransang minda, dengar pun jadi mengantuk. Seperkara lagi ialah antara realiti dan gagasan yang cuba disampaikan. Betul ker boleh memberi kritik yang konstruktif, mengamalkan kebebasan dan ketelusan?? Tak tau lah apa nak jadi

corrigenda said...

saya pastekan sajak kewalian dab.

Sajak Pak Lah. ¡­april 2004

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

................................

datuk,
dab wajib mencari dirinya sendiri.
tak perlu ghazali,shafie!.kedua dua penama ini mungkin ada di sg buloh!.
bila dia berjumpa diri sebenar dirinya,maka bunuhlah diri palsu yg teramat cenderung utk memusnah itu!
sekian.

Feii Umar said...

Assalamualikum Dato',

Dato' seorang yang berpengalaman dalam bidang media sudah semestinya sedar bahawa media merupakan senjata utama politikus. Bukan sahaja di Malaysia, malah dinegara maju pun situasi yang sama adalah perkara biasa.

Sebagai contoh di UK kita boleh lihat bagaimana kemenagan Tony Blair pada pilihanraya 1997 adalah kerana beliau berjaya "memikat" Rupert Murdoch (pemilik the Sun) beralih dari kem Conservatives ke kem Labour. The Sun dalam muka depan akhbarnya memberitahu 4 juta pembacanya: "The Sun Backs Blair," seminggu sebelum pilihanraya. Dan ia ternyata berjaya mempengaruhi pembaca mereka.

Di Malaysia, pengaruh UMNO terhadap akhbar-akhbar utama melayu bukan sahaja perlu malah mereka akan dianggap bodoh jika tidak menguasainya. Ini kerana jika mereka tidak menguasainya, orang lain (parti lain) akan mengusainya, sama seperti contoh di UK atau dinegara-negara lain.

Atas sebab ini saya percaya kebebasan akhbar tidak akan dikecapi sepenuhnya selagi media diperlukan sebagai sumber utama informasi orang ramai.

Satu jalan keluar ialah dengan membenarkan iklan berbayar dimedia cetak dan tv untuk parti politik. Model ini kita boleh lihat di USA dimana parti politik kurang bergantung kepada media tidak berbayar, tidak seperti di UK. Namun keburukkannya ialah setiap kali pilihanraya parti akan membelanjakan berbillion ringgit untuk berkempen. Ini sekaligus menjadikan pilihanraya dimonopoli oleh parti-parti dan orang-orang yang kaya sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa meminta sumbangan dari syarikat-syarikat swasta dimana akhirnya ahli politik ini terpaksa tunduk kepada permintaan golongan korporat apabila berkuasa kelak.

Jadi macamana dikatakan kita boleh mengecap demokrasi, jika disatu pilihan kerajaan PERLU menguasai media untuk kekal berkuasa dan disatu pilihan lain kerajaan PERLU tunduk kepada kuasa golongan koporat untuk membiayai kempen mereka?

Saya berpendapat, kita tidak akan mendapat penyelesaian dengan mendesak kerajaan untuk melaksanakan sikap yang adil kepada kebebasan akhbar kerana ia tidak akan berlaku selagi negara ini sendiri masih terkongkong dalam sistem demokrasi yang memaksa mereka untuk bersikap sebaliknya.

Disatu perkembangan positif ialah generasi baru sekarang kurang bergantung kepada media mainstream dan kebanjiran maklumat membolehkan mereka membuat penilaian hasil dari maklumat yang pelbagai. Sudah pasti 10-20 tahun akan datang ketika generasi maklumat itu sendiri sudah menjadi majoriti, penguasaan terhadap media mainstream akan menjadi tidak relevan lagi. Namun bukan sekarang.

Buat masa ini, saya cadangkan penubuhan satu badan NGO dimana lembaga pengarahnya adalah dipilih secara terbuka. NGO ini berperanan sebagai "neutral ground" untuk rakyat malaysia mendapatkan maklumat dengan cara menerbitkan akhbar cetak mahupun online. Dengan lembaga pengarah yang neutral, mereka boleh memilih ketua editor yang neutral. Pemilihan lembaga pengarah dan ketua editor dilakukan setiap tahun untuk memastikan "buah yang rosak" dapat disingkirkan secepat mungkin.

Terima kasih,

Anonymous said...

En. Abdul Rahman,
Kita lihat berapa lama parti komponen BN sanggup bertahan dengan tindakan-tindakan bercelaru oleh kepimpinan UMNO yang yang menghakis sokongan kepada kaum yang mereka perjuangkan.
Lambat laun mereka akan sedar ia akan membuatkan mereka makin tidak relevan terhadap kaum yang mereka wakili.

Pak Alang Mata Kuyu said...

Dato'

Kebebasan media hanyalah angan2 mat jenin. Kita selalu gunakan perkataan 'Kebebasan' tu untuk mendapat sokongan dan populariti.

Apa yang pasti, bila Dolah mengulang ayat 'kebebasan' dan ayat2 lain yang nampak membodek dirinya sendiri, - meluat saya bertambah berlipatkali ganda.
Ini taktik murahan yang langsung tak gentleman!!

Produk NEP said...

Dato',

May we ask why mainstream Malay newspapers lost and keep losing readers? The answer is obvious for many of us, most readers are fed up with their lack of bold critical comments and their kowtowing to government (of the day) atitude.

Despite what many assume and fear, readers nowaday are more educated and able to have independent thought.

Alternative media are plenty, just surf the internet for the latest news and the most incisive ideas and comments. Or wait for our friends and colleagues to disseminate (unverified?) instant news through sms and other electronic means.

I stopped reading mainstream Malay newspapers years ago.

Only recently did I rediscover my Malay newspapers reading habit to follow my wife recently found interest of reading light entertainment material in the toilet.

kapalayar said...

Assalammualaikum Datuk,
Meminjam kata-kata Datuk,
"Dunia media Malaysia tidak akan cerdik, bermaklumat dan berpengaruh jika proses menghambarkan (dumbing down) minda oleh elit politik, khasnya Umno, terus berlaku secara sedar atau tidak sedar – bila perbahasan amanat Presiden dipenuhi pantun seloka, lawak jenaka, puji-pujian dan retorik murahan."
Bukankah ini juga telah ada sejak dari dahulu lagi?

A KADIR JASIN said...

Sdra Critical Lad,

analisis Sdr bagus. Tetapi saya tidak akan menyiarkannya. Tak eloklah kita menyamakan mana-mana parti politik di tanah air kita ini dengan bangkai.

Saya mempunyai masalah apabila para pembahas mengemukakan hujah yang bernas tetapi menyelitkan istilah, ungkapan dan perbandingan yang kesat atau kurang sopan.

Sila buang ungkapan sedemikian dan saya akan menimbang penyiarannya.

Mohon maaf dan terima kasih.

a critical lad said...

Assalamulaikum w.r.t.

Merujuk kepada komen ke atas ulasan saya, saya tiada masalah sekiranya ungkapan kasar itu dikeluarkan. Saya mohon maaf di atas ketelanjuran bahasa yang digunakan.

Terima kasih.

Dr Butiq said...

Untuk pengetahuan Dato saya telah pergi ke PAU pada hari selasa dan saya telah ke PWTC pada hari rabu (perbelanjaan sendiri,bukan ditanggong oleh umno).Memang tiap tiap tahun saya menghadiri perhimpunan ini sebagai tukang menyebuk ajer.Apa yang membuatkan saya terkejut sambutan pada tahun ini tidak seperti sambutan tahun tahun sebelumnya lengang ,tak ramai orang dan ditingkat 4 tempat pamiran pun kosong ,hari hari yang lain saya tak tahu lah kerana hari hari lain saya habiskan masa merayau merayau di shopping komlek dan tengah hari ni saya dah cabut balik dengan perasaan boring menyampah tak bersemangat dan macam macam lagi.

Kalau saya jadi Mukriz saya akan letakan jawatan dan tidak akan berkompromi dengan kaki pembodek dan pengampu dalam umno lebih lebih lagi dengan pemimpin yang mengecam ayahanda Tun Mahadir.Tak perlulah mencari makan melalui Umno seperti pemimpin lain tu.

Pasal saya akan bertanding menentang Kairi sebagai calon bebas,insyallah sekiranya beliau bertanding dikawasan saya (dato tahu kawasan yang saya sebutkan itu).Saya anak jati yang telah berjaya dan telah lama merantau akan mempertimbangkan untuk pulang berkhidmat di tempat saya sendiri.Saya akan membuat homework saya sendiri insyallah.pasal dipecat dari Umno itu tidak menjadi masalah bagi saya.

Pak Alang Mata Kuyu said...

Dato,

Kawalan media memang diakui wujud dari dulu lagi dan sampai bila2 pun. Cuma kawalan yang dibuat oleh kerajaan Dolah sekarang nampak dungu, kampung dan murah.

Anonymous said...

Datuk,

Baru sebentar tadi melihat berita di kaca TV dan rata-rata exco-exco Pemuda UMNO berserta ketuanya begitu marah dgn komen Datuk Mukriz. Dan selepas itu saya baca di blog Datuk yang menyebut PM mengakui bahawa kritikan yang konstuktif adalah digalakkan....mungkin exco-exco tersebut terlepas daripada mendengar cakap PM kut kerana komen-komen exco-exco tersebut berbau mahukan Datuk Mukriz terus meninggalkan organisasi itu sendiri.

And how many people does Datuk think that what the PM said is something that they trully believe. Well, not me. These are slogans upon slogans but when those comments are directed at them...and with justification, they react with uproar.

The truth is, and the truth hurts, is that Datuk Mukriz is right.

anti-bodek

red84 said...

Kah! Kah! Kah!
(oh corriender!!)

Kah! Kah! Kah!
(oh cucutun?)

Kah! Kah! Kah!
(ZAM reporter BEST IN THE WOLRD!!!)

Kah! Kah! Kah!
(Tengok songkok sham!)

Kah! Kah! Kah!
(pig&feedlot face tak dapat
coverage!!!)

Kah! Kah! Kah!
(Najib bodek habis???)

Kah! Kah! Kah!
Badawi punched the line!!!!!!!!!!

Kah! Kah! Kah!
(No COMMENT Mukhriz)

G-lo g-lo Kid!!!

shh said...

"we have to wait for national crisis" from Tun.

waiting for national crisis

then malaysian will know(especially malay) how much have we lost!

im waiting... 3 years(bank negara source).. the best!

airbatucampur said...

Dato,

Nampaknya 1 puzzle Toyol Code Dato Ron sudah terjawab bila Mat Taib dah jadi senator. Next puzzle pulak bila agaknya.

Maybe ada betulke Toyol Code tu?

red84 said...

Datuk,

Do I really understand Tun's
do'a?

Berkorban apa?
Untuk apa!?
I am waiting to understand
the saying
Like father, like son

Who are you corrigender?
What is a corrigender?
A mutant spice?

drmuzi said...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SYABAS kepada saudara seperjuangan saya, Dato Mukhriz Mahathir,kerana dari beribu umat UMNO yg tidak puas hati dengan ucapan ulangan PAK LAH , anda seoarang sahaja yang mempunyai keberanian untuk mengkritik.

Saya juga hendak mengucapkan syabas kepada saudara, kerana dari sekelompok pembodek pembodek UMNO dikalangan exco yang hilang arah tuju perjuangan selain membodek, anda dapat memisahkan diri dari pembesar UMNO kepada PEJUANG dan PEMIMPIN UMNO.

Saya amat lega melihat perwatakan saudara yg tidak keluh kesah, gundah gulana diserang hendap oleh serigala serigala lapar menjalankan tugas membodek mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam PEMUDA.

Anada terus tampak "calm" dan " in total serenity with yourself"

SYABAS....

mat lela mato tigo said...

Cakap tak serupa bikin:

Belum pun selesai sarkas UMNO edisi 2006 kita telah melihat betapa ke'cacing-panas'nya geng Pemuda UMNO. Semua hentam Mukhriz macam nak rak.

Jadi itulah makna kebebasan media yg difahami oleh anggota Pemuda UMNO. Memang tak cerdik langsung. Presiden (yg sering mengantuk)kata boleh terima kritikan tapi hulubalang(lebih sesuai panggil auhulu dalam balang)UMNO bertindak sebaliknya.Period.

Kalau PL kata ada media freedom, saya akan tunggu bila PKR akan diberi permit untuk mengeluarkan akhbar mereka. Bila Harakah akan diizinkan mengeluarkan 2 issue seminggu. Bilakah permohnan PAS utk ujudkan stesen radio mereka sendiri boleh diluluskan.

Saya rasa ini semua amat mustahil utk berlaku kerana ucapan Presiden UMNo hanya penyedap hati bagi delegate persidangan sahaja. Supaya bila pulang nanti perwakilan akan ada banyak modal utk buka korum di coffee house atai di bistro2 atau di restoran nasi kandar atau paling lekeh di warung2 teh tarek.
hanya akan jadi umpama ayam jantan yg berkokok hebat tapi pungkog berlumur najis.

Dok fikir: sampai bila orang melayu dok nak kena tipu oleh UMNO ni?

mat lela mato tigo

Anonymous said...

Datuk,

Seperti yang telah diandaikan dan diramalkan, keadaan cuaca persidangan UMNO sama sahaja dan tiada isu yang boleh dibanggakan selain isu dari Datuk Mukhriz.

Isu-isu lapuk yang lain memang setiap kali persidangan dok ungkit tang tu jugak! Boring, jemu, jelak dan tak berwawasan langsung. "There's no spark like it used to be"

Semua mereka mengambil sikap berjaga2 didalam mengusulkan bahas. Baik ambil budak2 sekolah menengah & rendah berpidato (mcm Pidato Piala DiRaja), sama aje isi kandungannya. Fakta lama dikeluarkan jadi usul baru dan sebagainya. Kalau ada pun yang bernas, MELAYUKAN MUDAH LUPA!

Jadi kemana arah tuju Bangsa Melayu sekarang? (mungkin Saudara Khairul boleh jawab dengan bernasnya)

Untuk dr butiq, apakah isi perjuangan anda?

Kepada Datuk, apakah pembaharuan yang Datuk ingin lihat didalam sikap pucuk pimpinan sekarang? Dan apakah pesanan yang Datuk ingin sampaikan kepada orang Melayu sendiri?

Semoga saranan Datuk dapat lebih mengubah persepsi kami disini atas erti makna perjuangan yang sebenar...terutama saya yang daif ini...

Terima Kasih....jika sudi memberi jawapan...

MDNOR said...

Dato' and friends,

Undoubtedbly, this year's Umno General Election marks THE END of UMNO. From this point onwards, there will be only an imitation of UMNO. A body without soul.

WAKE UP!

No more pride

PS: I am starting to understand TDM's enigmas - the feeling of guilty for his mistake of picking up Dolah as PM which brought so much pains to generations.

orang lama said...

Dato,

The Umno Annual General Assembly has now been reduced to a circus entertained d by a bunch of clowns (I would have used another appropriate word, but I know you wont let it thru) & watched by delegates who are real dungus, with an exception of a few.

What a sorry state Umno has become.

I feel sad and shudder to think where our country is heading for with a clueless party president who, unfortunately, happens to be the country’s leader.

Scarier still because he does not intend to be a one-term Prime Minister!

cbm609 said...

Dato,
hebat sungguh pesta BERKIPAS diPWTC, ada yang guna kipas besar ada yang kecil,semuanya mengipas bagi presiden tidor lena di buai mimpi indah. kami di peringkat bawah ni rasa amat mual dan loya melihat gelagat pemimpin melayu hari ini yang begitu layu.rasa lambat pula nak tunggu pilihanraya!!

adialhadi said...

Datuk Seri Hishamuddin dan para juaknya cenderung beranggapan komen Datuk Mukhriz terhadap ucapan Presiden dipengaruhi oleh sentimen sebagai anak TDM.
Hakikatnya, reaksi spontan mereka jelas menunjukkan mereka mendengar, melihat dan mentafsirkan komen Datuk Mukhriz dengan sentimen yang tebal bahawa 'dia itu anak Mahathir'. Mereka yang prejudis.
Dan media-media arus perdana, selepas memberi sedikit ruang untuk menyiarkan komen (saya tidak cenderung menganggapnya kritik) Mukhriz itu terus membuka ruang yang besar dan banyak untuk pesta menghentam Mukhriz.
Inilah contoh sebenar wajah media di Malaysia.
Inilah contoh keterbukaan yang diwar-warkan.

Anonymous said...

Datuk,

Tak dapat tanduk, telinga dipulas.

Nampaknya mereka hendak Datuk Mukriz balik ke zaman Megat Terawis.


PakChak.

Penarik Beca said...

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir:

“I think it’s an address he delivered last year. I was hoping for something new. Perhaps, he has other ideas.

“We were hoping that there would be some kind of attempt for reconciliation, some attempt to specifically answer the questions,” he said, when met by reporters.

Mukhriz said they wanted answers so that they could move on and support every decision the Abdullah-led Government made.

“We are open to be convinced. We are waiting for answers. We are waiting for good explanations why things are. But until now – it’s been six to eight months – we are still waiting.”

(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/16/nation/16036138&sec=nation)

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir ketika ditemui berkata, apa yang berlaku sekarang ialah retorik belaka tetapi tiada tindakan.

“Isu rasuah bukan isu baru...sudah bertahun-tahun tetapi masih berlaku. Kita harap ada tindakan yang diambil dan tunjukkan kepada rakyat.

“Kita bercakap, bercakap, bercakap, Saya rasa ahli Umno mahu tindakan dan bukannya bercakap,” katanya ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno hari ini.

Mukhriz berkata, usaha membanteras politik wang dalam Umno tidak serius dan ini dapat dilihat dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno terhadap laporan politik wang di bahagian Kubang Pasu yang keputusannya belum diputuskan.

Mukhriz berkata, secara keseluruhannya ucapan Abdullah tidak ada yang baru kerana beliau mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Presiden Umno itu.

(http://www.malaysiakini.com/news/59607)

Kot-kot tak cerdik (kalu kata bodo, takut depa marah pulak), kesimpulannya Mukhriz nak:

1. "...something new".

Nampak dak? Kalu tak nak jadi PM satu penggal, TAKKAN TAK NAIK-NAIK DARJAH! Suruh naik darjah pun salah!?

2. "...some kind of attempt for reconciliation".

Nampak dak? Nak BERDAMAI. Bab mana dalam kitab Abdullah Fahim yang kata nak berdamai tu berdosa?

3. "...answers so that they could move on and support every decision the Abdullah-led Government made".

Nampak dak? Nak SUPPORT EVERY DECISION... Kalau keputusan baik untuk agama, bangsa dan negara, dia nak sokong la. Sokong pun tak bagi?!

4. "We are open to be convinced..."

Nampak dak? Dia bukan kata, "Pigirah! Aku tak mau dengaq cakap hang". Dia minta diyakinkan. Salah ka dia mintak diyakinkan ketika ramai sangat dah dok rasa you are not an astute PM?!

5. "Saya rasa ahli Umno mahu tindakan dan bukannya bercakap".

Tak nampak ka? Dia tolong sampaikan apa yang ahli Umno nak. Selalu sangat dok keriau sana sini nak lawan rasuah, nak berperang dengan rasuah, dia mintak la lawan sungguh, perang sungguh, bukan dok hingaq sana-sini ja. Mintak buat apa dicakap tang mana menghinanya?

6. "Usaha membanteras politik wang dalam Umno tidak serius dan ini dapat dilihat dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno terhadap laporan politik wang di bahagian Kubang Pasu yang keputusannya belum diputuskan".

Tersorok sangat ka makna kata-kata dia sampai tegagau-gagau tak nampak apa-apa!? Dia minta bagi selesai la elok-elok laporan politik duit Kubang Pasu. Kalau Kubang Pasu tak sah, Perhimpunan Agung pun tak sah! Penat ja penulis ucapan PM merekacipta modal baru untuk justify lemah dan lambatnya dia - modal baru; transformasi ekonomi lebih bermakna dan berkekalan (kununnya!).

Kira dah bagus dah la permintaan dan harapan Mukhriz tu.. Awat yang PM kata, "Bagaimanapun saya rasa komen beliau itu tidak betul sama sekali".

Lain la kalu Mukhriz macam Penarik Beca yang dah ketagih meratib-ratib:

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

apanama said...

What Datuk Mukhriz bravely pointed out is the EXACT SENTIMENT of more than 20 MILLION OTHER MALAYSIANS who are not Umno members.

His words reflected the sentiments and disgust of the Malays (the bodek breeds excluded), other Bumiputeras, Chinese, Indians and even Indonesians who followed the UMNO PRESIDENT's speech.

NOTHING NEW! is the general response, and RIGHTLY so a BRAVE Youth exco-member conveyed the feelings from the grassroot.... the MALAYSIAN GRASSROOTS!

Keep it up Datuk Mukhriz! Don't leave UMNO..but resign from all party positions if/when you feel that it's a disgrace to be sitting around with heartless primates.

red84 said...

Datuk,

Maka mula lah kenal
padang dan medan
merah, biru,
dan hijaunya.

Hey Zam, be COOOL!
If nobody likes you -
I do
(Are you O'Brien
or Radzi?)

I need to stand corrected
so where is my mutant spice

Mohamed Zamberi Jaffar said...

Assalam Datuk.

Tiada siapapun di dunia yang tidak mempunyai kuasa di atas media dapat menguasai minda pembacanya. Justeru, there's no such thing as 'kebebasan media'. Jika Pak Lah benar-benar membuka ruang untuk media bebas menulis tentang kebenaran, beliaulah orang pertama yang akan terbungkus. Media - elektronik ke, cetak ke adalah senjata dan pelindung sekali gus. Pengunaannya tertakluk kepada keadaan dan tujuan, nak menyerang atau mahu pertahan.
Dengan demikian, apa yang ditutur Pak Lah tentang 'kebesan media' adalah karut!

Bagaimanapun, peranan media dapat membantu kita membuat penilaian ke atas perwatakan 'pemimpin' khususnya UMNO masa kini. Melalui Astro channel 94, buat pertama kali saya dapat melihat persidangan UMNO secara langsung. Conclusion saya, pendebat usul hanya mengulangi perkara sama 'berdiri di belakang' YAB Presiden UMNO Pak Lah. Perkara lain hanya 'bunga-bunga tahi ayam'.

Yang lebih menjijikkan ialah watak Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dari Kedah tu. Jika ada biro lucah dalam UMNO, beliau adalah calon Pengerusi terunggul. Dalam kepala dia hanya dipenuhi 'lendir' and his whole head is nothing else but 'hole'. Inikah pemimpin UMNO? Wakil Rakyat UMNO? Memang begitu lagaknya, Pak Lah pun memberi markah baik di ats prestasi beliau dengan mengatakan dalam ucapan gulung beliau bahawa prestasi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap pada persidangan ini adalah lebih baik. That the quality.

Kita berhadapan dengan isu serious, tetapi kepala mereka hanya ada 'lubang & lendir'.

Lemah akal melayu.
Wasalam.

langit biru said...

Dato'
Secara realitinya, kebebasan bersuara/akhbar/media/menulis dan seumpamanya pada hari ini tidak ada bezanya dengan zaman DrM, yang mana Dato' sendiri adalah sebahagian darinya. Semuanya sama. Harakah,PKR dan lain-lain permitnya dihadkan sama seperti zaman DrM. Pokok pangkalnya, sesiapa yang tidak selari, tidak setuju,tidak menyokong apatah lagi kalau menentang Kerajaan akan dipinggirkan,dihimpit-himpit, ditekan-tekan,diugut-ugut dan sebagainya. Samada zaman AAB mahupun zaman DrM, sama sahaja bahkan zaman DrM, secara jujur saya katakan lebih keras--tengok saja Ops Lallang, lebih 100 akedemik, cendikiawan,professional Melayu Islam termasuk Chandra Muzaffar di sumbat dalam pagar besi. Ahli UMNO yang menentang kepimpinan DrM seperti Zahid Hamidi, Kamarudin Jaafar, Kamarudin Mohd Nor dll pernah disumbat dalam pagar besi oleh SB atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. DrBadrul Amin suatu masa pernah menjadi pensyarah UIA dan begitu kerap keluar TV dalam rancangan Al-Kulliyah, dan Perdana Islam juga disumbat dalam pagar besi pada zaman DrM. Mereka ini hanyalah bercakap. Bercakap pula bukan menggunakan media elektronik yang hebat! Maka pada zaman DrM kalau dikatakan Negara Polis lagi lebih tepat berbanding zaman AAB.

Saya suka bertindak sebagai pemerhati bebas yang bebas membuat sebarang komen, tidak taksub kepada mana-mana pemimpin/pembesar.

Begitulah realiti di Malaysia, tiada ruang kebebasan sebenarnya,baik zaman DrM mahupun AAB. Saya yakin Dato' amat arif akan hal ini,memandangkan Dato' pernah menjadi penulis utama/ketua editor akhbar arus perdana zaman DrM.

Dari dulu hingga sekarang,hanya satu perkara yang betul-betul tepat beritanya yang dilapurkan oleh akhbar arus perdana iaitu BERITA KEMALANGAN JALANRAYA!!! Berita politik, amat tinggi kesangsiannya baik zaman AAB, atau DrM.

Kedua-duanya adalah sama kerana mengikut acuan yang sama!!! Dan Dato'pernah menjadi sebahagian darinya dulu.......

drmuzi said...

UMNO perlu disedarkan.

UMNO perlu disedarkan.

UMNO perlu disedarkan.

Caranya pelbagai.

Mungkin PILIHANRAYA medium yang terbaik.

Rakyat akan menghakimi UMNO.

Saya dapat rasakan DAP dan Keadilan akan menguasai urban area, contoh terdekat bagaimana DAP dapat menguasai kerusi kerusi dai Sarawak, dan Keadilan mahupun baru sekali mencuba dapat menguaasai 1 kerusi.

Bayangkan senarionya nanti di Semenanjung dimana penyebaran maklumat melalui internet lebih meluas.

PAS...harus bersyukur, Kelantan pasti kekal ditangannya lebih lebih lagi jika berlaku pertukaran tampuk pimpinan dari Tuan Guru Hj NIK Aziz kepada YAB Dato Husam Musa( i see good prospect for this talented HUSAM).

UMNO will have hard time in PERLIS , Kedah and Terengganu if TUN decide to go down to the grassroots giving talk to the massess.

Tetapi jika itu harga untuk menyedarkan UMNO, saya sanggup melihat senario tersebut.

Jay_han said...

Dato

Why does Pak Lah contradict himself all the time and often within a space of a few minutes. Take the Press Conference he gave after the party General Assembly yesterday.

Bernama quoted Pak Lah as saying that he would get very worried if people just showered praises. "But everybody (at the assembly) has spoken very frankly on what they feel about certain things. And I think that's healthy, that's good."

Yet when asked about Dato Mukhriz Mahathir's comments that his keynote address on Wednesday contained nothing new, Pak Lah said:

"Well, he has said something which I thought was not right at all..."

Quote:... Abdullah berkata itu perkara yang patut Mukhriz sendiri putuskan dan menambah: "saya tidak buat keputusan untuknya." - bernama

I read it as Pak Lah is unhappy, in fact angry, that Dato Muhkriz saw nothing new in his speech. If that is Dato Mukhriz’ view, what is wrong with that?

Yet in the same breath he said that he didn’t want delegates to praise him too much.

Nobody is asking him to make a decision for Mukhriz to leave the pergerakan.

Why should Dato Muhkriz step down, in the first place? For having a different view from the rest of the pemudas - the ampu bodeks - who are gunning at Mukhriz?

Is it a warning by Pak Lah to Muhkriz to toe the line and a signal to the Youth movement to take action against Dato Muhkriz?

So what the hell is he talking abt “tegurlah saya”, ketelusan, freedom of speech bla, bla, bla…in his policy speech when opening the party G Assembly?

shar101 said...

The ultimate test of credibility for any leader is to give him power.

AAB was appointed to succeed by TDM three years ago. To summarily gauge his leadership style and quality, we need only look at the past few days on the events which unfolded during the UMNO GA.

After all those years of 'training' as a politician, holding various portfolios and even being a part of team 'B', AAB has no clear vision of the future for the malay largesse in Malaysia because he has turned UMNO into a racially myopic and self-serving political party.

Since achieving his hugh mandate in 2004, AAB has remained, in essence, a glorified government servant waiting instructions from higher authorities.

His over-dependence on others like KH/BP of NST, level 4 'boys' and political sycophants to boost his image has failed both domestically and internationally.

It is often stated that "the news is the first draft of history" and if AAB thinks that the current freedom of the press equates to freedom of speech, he has certainly lost the ability to discern the wheat from chaff. The fourth estate in Malaysia has been misused, abused and misrepresenting the facts.

If the alternative media becomes the choice of information dissemination by more Malaysians, we can thank AAB for it.

dinarmas said...

SELAYANG PANDANG UNTUK PAK LAH 1

1) ISLAM TAK HADHARI ?
Logik frasa Islam Hadhari memerlukan lawannya iaitu Islam yang tak hadhari.Frasa Islam Hadhari membawa kita bertanya apakah pula erti Islam yang Tak Hadhari? Boleh Dato' tolong saya apakah makna Islam Tak Hadhari?

Sungguh menggerunkan apabila Pak Lah begitu mudah bertukar-tukar frasa dalam perhimpunan UMNO. Sekejap Islam, sekejap lagi Islam Hadhari, kemudian Islam dan balik ke Islam Hadhari. Orang Islam pun keliru apatah lagi orang bukan Islam.

Islam perlukan label hadhari?
Seperti mana
Parti Islam dan Bank Islam ?
Tetapi Parti Islam atau bukan Islam itu juga berlandaskan permainan demokrasi terbitan Pemberontak2 di Perancis yang kini menjadi demokrasi untuk menggerakkan kapitalisme pula. Maknanya Parti Islam terletak dalam keadaan Islam yang terdemokrasi. Islam jadi kapital untuk sistem demokrasi.Capitalising Islam for democracy. Islam yang boleh dipilih atau dibuang 5 tahun sekali.
Bank Islam pun masih berlandaskan ringgit yang boleh dikawal oleh dolar amerika. Maknanya tidak ada bezanya bank islam dengan bank tidak islam.Bank Islam tetapi wang amerika.

Lazim sekarang ialah orang menyembah Islam dan tidak menyembah Allah. Bank Islam, Parti Islam, Bon Islam, Insuran Islam, Stock Exchange Islam, Universiti Islam dan sekarang Islam pun ada yang hadhari dan ada yang tak hadhari.

Islam Hadhari untuk demokrasi ?

2) KRITIKAN IKHLAS ?
Kononnya Pak Lah sedia terima kritikan yang ikhlas. Kritikan Datuk Mukriz tak ikhlas ke? DRM tak ikhlas ke? Jadi Pak Lah nak nilai dulu orang ikhlas atau tidak sebelum nak dengar teguran.

Rasanya Pak Lah tau bahawa komen 'musuh' adalah lebih baik diambil manfaat dari bodekan kawan.
Mungkin Pak Lah perlu ambil iktibar DRM. Musuh dan hujah musuh baginya adalah satu aset yang sentiasa beliau manfaatkan.
Susahlah kita jika Pak Lah nak kerja check keikhlasan orang pula
sebelum nak ambil tindakan.

wassalam.

ahli umno 1982 said...

Tuan Rocky dan Datuk AKJ,

Menumpang guna hujah Pak Lah tentang demokrasi, kebebasan, keterbukaan, kritikan konstruktif dan mandat besar, reaksi saya adalah seperti berikut iaitu Mukhriz Mahathir lebih berhak daripada Pak Lah, Najib, Hishammuddin, Khairy, Rafidah, Shahrazat dan Noraini untuk bercakap tentang Umno.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana tidak seperti Pak Lah, Najib, Hisham, Khairy, Rafidah, Shahrazat dan Noraini, Mukhriz DIPILIH OLEH PERWAKILAN. Dia bertanding exco Pemuda dan memang walaupun cuba disabotaj.

Pak Lah, Najib, Hisham, Khairy, Rafidah, Shahrazat dan Noraini sebenarnya tidak ada locus standi dan tidak sah kedudukan demokratik mereka kerana tidak dipilih oleh perwakilan. Mereka masuk pintu belakang.

Jadi mengapa harus ada suara sumbang, suara tidak demokratik dan suara pengecut yang mahu Mukhriz dikenakan tindakan?

HANYA PERWAKILAN PEMUDA boleh menentukan nasib Mukhriz.

Mukhriz wajib menebus kesilapan besar bapanya mewariskan Umno kepada penjawat-penjawat menang tanpa bertanding yang tidak demokratik dan tidak toleransi.

Anonymous said...

mahu tak mahu, saya terpaksa sokong umno. Kerana saya tak mahu parti lain berkuasa. terutamanya parti keadilan dibawah pimpinan anwar ibrahim dan pengikut-pengikut fanatiknya.

tapi saya harap umno mestilah demokratik dan terbuka menerima sebarang kritikan.

pak lah tak lama lagi akan berbaik semula dgn tun mahathir. sebab mereka tahu golongan reformis ni mesti nak ambil kesempatan.

banyak komen disini berani kritik pak lah, berani kritik tun mahathir. tapi kenapa tak berani nak hentam anwar ibrahim ataupun pemimpin parti pembangkang yg cakap tak serupa bikin?

TOMAN BUNGA

yanaamsidi said...

Dato', untuk menguji kebebasan media bukannya susah di Malaysia ni. Apa saja yang memuji, menyokong atau menulis perkara yang selari dengan kerajaan mendapat tempat di media. Tetapi apa juga pendapat yang bertentangan amat sukar disiarkan. Komen Mukriz Mahathir disiarkan oleh Star bukan Utusan, BH atau NST. Akhbar2 ini hanya menyiarkan hentaman Hishamuddin Hussein terhadap Mukriz dan juga ketua2 Pemuda yg lain. Bagaimana jika Mukriz mahu menjawab dan menguatkan hujah2nya. Rasa2 boleh kah ia disiarkan mengikut citarasa Mukriz. Kalau boleh bermakna ada kebebasan.

Dr Butiq said...

kenapalah begitu ramai ahli dan perwakilan umno yang hadir pada PAU hanya ada seorang sahaja orang yang seperti Mukriz yang berani menyatakan kebenaran.Yang lain lain semuanya telah buta disebabkan kuasa dan berebut rebut untuk mendapat habuan RMK 9.Sebagai orang melayu saya malu melihat gelagat pemimpin umno sekarang yang telah tidak boleh berfikir secara waras lagi.Lagi lah malu bila saya fikirkan bagaimana bangsa lain melihat mentality pemimpin umno sekarang.Modalnya dari dulu sampai sekarang hanyalah rethorik nak membela orang melayu ,ha ha ha melayu sekarang bukan macam melayu dahulu boleh digula gula kan.Kesian saya tengok pemimpin umno sekarang ,saya ingatkan anak bekas Perdana Menteri Tun Hussin dan Tun Razak bijak belaka seperti bapak mereka tetapi anda nilailah sendiri.Yang saya nampak berbakat besar ialah anak Tun seorang sahaja Mukriz,kenapalah tidak kita gilap pemimpin yang berbakat besar ini dan kita berikan sokongan sepenuhnya.Pemimpin umno yang ada sekarang keutamaan hanyalah kuasa dan Duit dari projek kerajaan.tak hairanlah kalau ketua pemuda bahagian pun boleh buat rumah besar.

Saya yakin kalau trend mengampu pemimpin ini berterusan umno akan terkubur sepertimana terkuburnya parti Kongress India.

Opah said...

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Yang tersirat diluah
Mukhriz dikutuk pula

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Pemuda saja caghi pasai
Hentam Mukhriz melulu

Enjit-enjit semut
Siapa sakit naik atas
Takkan tegur sikit dah dituduh pembelot
Di mana telus? Di mana bebas?

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Janganlah asyik cium keris
Mudarat juga kalau selalu lena

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Berhimpun sudah, berucap pun sudah
Tapi sayang penyudahnya apa?

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Pembesar sekarang pantang diselar
Sebab tak ada keyakinan diri

Kalau ada sumur diladang
Boleh kita menumpang mandi
Tiga K terus dijulang
Kaut wang penuh pundi

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Usah berlagak wahai pembesar
Agama, bangsa perlu pembelaan




NST
Atau dr spin

Dek Mat said...

Dato'

bagi saya petikan dibawah daripada ucapan (perenggan 66) Pak Lah adalah sesuai sekali untuk kita paham bersama sama.

"Akhir-akhir ini kita menyaksikan peningkatan polemik berhubung isu kaum dan agama. Ia telah sampai ke tahap yang mencetuskan kebimbangan. Beberapa faktor menjadi penyebab kepada polemik yang berlaku. Salah satu darinya adalah persekitaran lebih terbuka hari ini yang membolehkan berlakunya perbahasan sehingga terlajak ke peringkat melanggar sempadan isu-isu sensitif menyentuh agama dan kaum. Persekitaran lebih terbuka ini adalah baru kepada masyarakat Malaysia. Pengubahsuaian sedang dilakukan oleh pelbagai pihak dan ada juga yang sedang menguji batas sempadannya. Ada yang cenderung bersifat keterlaluan dan ini menjemput reaksi bantahan dari pihak lain. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk semua. Dalam pada itu amatlah penting dijamin bahawa kestabilan negara dapat dikekalkan sehingga masyarakat dapat mencapai tahap perimbangan."

Pujangga said...

YBhg Datuk,

The impending disciplinary action against Datuk Mukhriz Mahathir points to one thing - that Umno is breeding "Yesmen" within its party.

I was utterly disgusted when I read the statement by Umno Youth Chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein that Mukhriz "had crossed the line" and his actions cannot be tolerated by the party leadership.

But for what, may I ask? For saying that there was nothing new in the presidential address of the recent Umno General Assembly and that it was similar to the one Abdullah Ahmad Bawadi delivered last year?

I felt the same way too. Perhaps, Abdullah used the same speech writers. We all used to look forward to the speech by Tun Dr Mahathir Mohamad when he was Umno President. And we know that Dr Mahathir writes his own speeches.

I would like to ask Hishammuddin and the rest of the Umno leadership these:

Isn't Mukhriz, an adult, a tax-paying Malaysian citizen, an Umno leader, entitled to his opinion? Does he have to be a "Yesmen" like Hishammuddin and the rest of those in the Umno Supreme Council? Do all Umno members have to agree with the President all the time? Isn't there room for dissenting views?

Umno claims to be democratic, but no one can say anything negative about the President, even if he does not do a good job.

This is Islam Hadhari.

When Saidina Abu Bakar (R.A) was appointed our First Caliph, this is what he said:

"I have been given the authority over you, and I am not the best of you. If I do well, help me; and if I do wrong, set me right. Sincere regard for truth is loyalty and disregard for truth is treachery."

Please ponder.

Mat Merah said...

you wrote..
"Tetapi kita mendapati bagaimana media massa milik Umno dan Kerajaan sendiri, secara sengaja atau kerana leka, telah menyiarkan bahan-bahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seperti kartun Nabi Muhammad (S.A.W)."

I would like to know which UMNO-owned newspaper printed the controversial Prophet Muhammad (PBUH) cartoons drawn by Danish cartoonists?

Thank you!

dinarmas said...

SELAYANG PANDANG UNTUK PAKLAH 2

1) Respon kpd dek_mat
'Persekitaran lebih terbuka ... proses pembelajaran...' kata dek_mat.
Secara fizikalnya sudah lama daerah kita ini terbuka. Hang Li Po, Alburqurque,portugis, belanda dan inggeris, jepun dan banyak lagi dah datang dari dulu lagi.

Kalau dari segi IT, takkan PakLah tak tau DrM dah buat cybercity untuk kita.Apa saja maklumat kita boleh dapat. Budak-budak tadika pun tahu main internet.Saya banyak belajar dunia IT yang terbuka dari anak-anak saya.

Pokoknya adakah PakLah baru sedar atau baru nak belajar tentang persekitaran terbuka ?

Zaman 'googling' dan langit terbuka adalah zaman kita tidak perlu lagi bergantung kepada media cetak lazim untuk dapatkan maklumat malah untuk berkempen politik? Cabaran kpd NST, Utusan dan lain-lain adalah lebih lagi dari keterbukaan dan globalisasi itu sendiri dibandingkan dengan cabaran orang upahan Singapura yang kalau tak perform akan lambat laun disisihkan juga.

2)'Kesian factor' ke atas Mukhriz - kata Joceline Tan dari Sunday Star (19 Nov 2006)
Kata Joceline
UMNO perlu jaga-jaga agar tak terlebih pancung Mukriz kerana bimbang faktor kesian akan beri kesan buruk berbalik kpd UMNO.

Mungkin juga sekarang faktor kesian kpd PakLah yang membolehkan beliau terus diberi peluang memimpin negara atau boleh diambil kesempatan? DrM memang dah handal, PakLah nampak lemah, jadi orang naik kesian bila PakLah kalah berbalah.

Walau apapun, kepimpinan bukanlah atas dasar kesian. Rakyat yang sebenarnya mengharap dikasihani oleh pemimpin dan bukanlah sebaliknya. Pemimpin mestilah nampak memimpin bukan merayu bekerja bersamanya. Suruh jangan buat rayuan!Dalam kepimpinan Islam kaitan rakyat dengan pemimpin ialah - kami dengar dan kami taat.

3) ISLAM dalam kesultanan lawan Islam Hadhari untuk politikus demokrasi.

Sekarang kita lihat 2 jenis Islam. Islam yang secara tradisinya terjaga melalui kesultanan di mana kesultanan menurut Raja Nazrin ialah lanjutan dari khalifate.Di sini Mufti,Qadhi, Baitulmal dan mungkin majlis agama islam memainkan peranan.Paling utama di sini ialah urusan zakat ialah urusan kesultanan dan bukan urusan maybank.Urusan zakat ialah urusan yang tidak disentuh oleh British dan hingga kini terpelihara dalam kesultanan/sultaniyyah.Urusan zakat yang benar ialah urusan yang menunjukkan kuasa pemerintahan sebenar.
Jika income tax lebih gah dari segi kuatkuasa dibandingkan dengan zakat maka kita fahamlah siapa yang berkuasa. Ahli politik yang hidup atas demokrasi berkapitalisme mungkin lebih berkuasa kerana menjadikan urusan zakat perkara secondary.Malahan Maybank (dan Bank dunia- by extension) pun boleh ambilalih tugas amil zakat yang sebenarnya urusan kesultanan/khalifah.Jika income tax disamaratakan dengan zakat bukankah ia memberi makna sistem demokrasi berkapitalisme adalah setanding dengan Islam bersultan.Kongsi kuasa? PakLah, kami bimbang Islam berdemokrasi dan berkapitalisme tambah pula dengan Islam Hadhari yang entah apa-apa ni?

Jakim, Ikim, Islam Hadhari sudah jadi petunjuk Islam politikus yang menjadikan Islam sebagai kapital/modal untuk politik demokrasi berkapitalisme.Semakin terang Islam terdemokrasi sedang mengambilalih Islam yang selama ini terpelihara dalam sultaniyyah.
Kita bimbang Islam being hijacked
oleh parti-parti politik yang demokratik lagi kapitalis termasuklah UMNO dan PAS.

wassalam

dukperati said...

i am consistent on my perception toward PM.....

whatever he said....i will think reverse....

kakiurut said...

Dato', yang dihebuhkan ialah kenyataan Mukriz berhubung ucapan dasar presiden yang dia kata tak ada benda baru. Mungkin reporters juga boleh tanya Mukriz tentang pandangannya berhubung ucapan gulung dan penangguhan presiden. Manalah tau entah-entah dia kata ucapan penutup tu bagus. Macam mana Hishamuddin Hussein Onn nak sack dia. Mukriz juga perlu komen ucapan Hishamuddin sekali. Masa Pemuda meeting berdegar2 tapi entah apa-apa yang emosionalsangat hingga ada yang cakap jangan bermain dengan api dan orang pun bertepuk tangan bagai nak rak.Masa Umno proper pun sama. Peleknya bila ucapan penutup semua orang beri tepukan walaupun tidak ada ucapan bersemangat. Jadi susah nak faham apa sebenarnya pendirian orang Umno. 3ealiti kita mementingkan perpaduan. +leh itu apasal Pemuda terlalu emosional. Takkan Hishamuddin tak advise Pemuda terlebih dulu.

red84 said...

Datuk

Questions for YBhg Mukhriz:
(to promote
1.Do you really have anything to say to support your allegation of 'nothing new'?

What would be 'New Ideas'?

2. What do one really have to know about Gobal Economics or Finance to qualify one to comment on RMK-9?

ROCK KAPAK said...

"BERITA MINGGU 19 NOV 2006 (AHAD)MARAN: Pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh dua hari kepada anggota Exco paling kanannya, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menjelaskan kenyataannya memperlekehkan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum dikenakan tindakan disiplin."

Datuk,

Kesian Datuk Mukhriz, baru nak memberi komen dah kena bantai habis2an...dan mungkin di disiplinkan! Macam budak2!

Lee Kwan Yew yang tuduh macam2 pada MALAYSIA, mereka diam menikus!! Memang dasar BACUL!!! JAGUH KAMPUNG memang gelaran yang sinonim dengan PEMBESAR MELAYU kini! Rakyat sendiri boleh pula nak disiplin la apa la...

PEMBESAR UMNO masa kini sudah semakin menjadi2, PENGECUT, BACUL DAN PEMBANGSAT KAUM MELAYU!!!

Jika mereka yang tidak berpuashati tidak boleh ditegur dan mengkritik, apa akan jadi pada RAKYAT? Pendapat yang ikhlas diberikan, alamat nahas padahnya!!

PM dan pembesar2 negara sudah pun tahu risiko berada diarena politik!Kritikan dan sindiran berasas atau tidak sudah menjadi adat resam didalam politik(malahan sama saja didalam mana2 organisasi)!

Apa mereka lupa bahawa rakyat memilih mereka atas dasar menyokong aura TDM dan UMNO BARU yang beliau pimpin?

SAYA DENGAN BERANI MENCABAR BARISAN PEMBESAR UMNO DAN KERAJAAN SEKARANG SUPAYA MELETAK JAWATAN DAN MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN LIHAT SENDIRI PILIHAN RAKYAT DENGAN SERTA MERTA!!!

LET'S VOTE MUKHRIZ FOR PRIME MINISTER!!!!!

MUKHRIZ FOR PRIME MINISTER!!!!!

MUKHRIZ FOR PRIME MINISTER!!!!!

MUKHRIZ FOR PRIME MINISTER!!!!!

MUKHRIZ FOR PRIME MINISTER!!!!!

ROCK KAPAK

Old Media Hack said...

Dear Datuk,

There is nothing more pathetic than an unrepentant writer like you trying to convince an unconvinced writer like me. We are both journalists. And I sense that a few fellow debaters here blog are compatriots.

Like you, I was also briefly at the Umno assembly. I left because it was not the assembly that we were used to. I was there when late Haji Sulaiman Palestin of Penang challenged late Tun Hussein and I was also covering the assembly when Tengku Razaleigh and Musa challenged Dr Mahathir in 1987. Those were the democratic days of Umno.

So what democracy and what freedom are you trying to attribute to Abdullah Bahawi?

We know the end game. With sincere apologies I am compel to say that your attempt to pacify the Prime Minister and the Umno crowd is pathetic. Why you should to that I don’t know. Maybe you still harbour the hope that the voice of reason will prevail and professionals like us will have the ears of the PM.

Datuk, let us accept the reality. You are no longer the Editor-in-Chief of the NSTP and I am retired. Your views and your help are no longer sought. On the contrary, you are unwanted and you are dangerous. This is not the PM and the time that we were used to. This is also not the media environment that we once served.

What freedom and what constructive criticisms are you taking about? You can’t even express a simple viewpoint without some political and media mercenaries and goons pounding on you. I am not talking about critical analysis and pointed criticisms. The mere act of expressing one’s view is sinful and dangerous enough unless it is in praise of the PM and his inner circle.

Look at how they are pounding on Mukhriz. Nothing that he said of the PM’s speech was mind-boggling. It was not a critique. It was a simple, straight forward statement. I have a lot more to say about it. I read the text of his speech in the Utusan.

Let me say this, the language alone puts me off. As a communicator, I would have great trouble mediating his message to the masses. Bukan bahasa yang sesuai dipersembahkan kepada delegasi. Bukan bahasa seorang pemimpin negara. Anak saya di sekolah mampu berbahasa dengan gaya yang lebih cantik. This is what happens when people who are inexperienced are charged with writing an important speech like that.

It was clear from the language and style that the original text was in English and was badly translated into bahasa Malaysia by people who are barely conversant in the language.

So Datuk, please don’t fool yourself because in fooling yourself you may fool others. There are some of us who still listen to you and enjoy your writing. You know and I know that the mantra was mere lips service. You don’t have to pacify anybody. Not even us. What we want is for you to share with us your unadulterated views of things and issues that are affecting our lives.

a critical lad said...

UMNO: SINAR GEMILANG YANG MENGHILANG (VERSI LEMBUT)

Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

Tuhan itu kekal. Tuhan itu wujud selama-lamanya. Yang lain, yang dicipta-Nya, pasti mati, pasti lenyap, pasti jatuh, pasti hilang. Tidak terkecuali kepada parti UMNO dan pembesar-pembesarnya. Selari dengan hukum alam, sesebuah tamadun manusia, empayar kerajaan, organisasi atau syarikat yang pernah mengalami zaman kegemilangan pasti mengalami zaman kejatuhannya apabila manusia yang membina tamadun, empayar, organisasi atau syarikat itu melakukan penyelewengan dan kemungkaran. UMNO sudah mengalami zaman kegemilangannya khususnya di era pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kini, tibalah masanya UMNO bersedia pula menghadapi zaman kejatuhannya. Hakikatnya, UMNO sudah berubah. UMNO tidak lagi berperanan sebagai wira yang menegakkan perjuangan tulus lagi suci demi bangsa, agama dan negara, ia sudah berubah menjadi parti yang menjadi jaguh untuk menjaga kepentingan pembesar-pembesar, ahli keluarga dan konco-konco mereka sahaja. UMNO kini dipenuhi dengan ramai pembesar yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda tertentu. Demi kepentingan golongan ini, segala yang lain boleh dikorbankan termasuklah maruah orang Melayu, tatasusila dan budi pekerti mulia orang Melayu dan kedaulatan negara sekalipun. Sama ada UMNO boleh diselamatkan atau tidak, itu soal lain, masa yang menentukannya dan terserahlah kepada ahli-ahli parti itu sendiri.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, bibit-bibit atau tanda-tanda kejatuhan UMNO ini semakin hari, semakin jelas. Semakin hebat usaha pembesar-pembesar UMNO dan kerajaan untuk menutup kebenaran, memutarbelit fakta, menyebarkan pembohongan, memperbodohkan rakyat, mengalih tumpuan daripada isu-isu yang dibangkitkan, melarikan diri daripada masalah, menyekat kebebasan bersuara untuk mengkritik, mengugut dan mengancam pengkritik-pengkritik mereka, memburuk-burukkan, menghina dan mencaci penentang mereka, mempromosikan diri sendiri tanpa rasa malu, mengelak daripada menghadapi pemilihan parti, mempertopengkan agama untuk kepentingan sendiri, maka semakin tersemailah bibit-bibit kehancuran UMNO ini. Realitinya, UMNO memang memiliki ramai pembesar, tetapi ketandusan pemimpin dalam erti kata yang sebenar. Abdullah, Mohd. Najib, Hishammuddin dan lain-lain bukanlah pemimpin tulen yang pintar dan tahu apa itu erti susah. Mereka tidak pernah mengalami kesusahan hidup kerana mereka datang daripada golongan berada. Bagaimana mereka hendak membantu orang miskin dengan berkesan, sedangkan mereka tidak pernah mengalami kemiskinan. Dan berdasarkan latarbelakang pendidikan mereka, mereka bukan juga orang pintar kerana kebanyakan orang pintar biasanya disuruh untuk mempelajari bidang-bidang yang sukar seperti perubatan, kejuruteraan, sains tulen dan teknologi. Bagaimana mereka boleh membuat keputusan yang bijak, sedangkan mereka tidak pernah dilatih untuk berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan masalah yang kompleks.

Sesungguhnya, UMNO memerlukan pemimpin yang pernah mengalami kepayahan hidup sejak kecil. Mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mengubah nasib mereka. Lazimnya juga, mereka jualah yang selalunya pintar dan berjaya hasil daripada usaha tekun mereka itu. Mereka juga berkualiti bukan saja dari segi ilmu, tetapi juga dari segi moral dan akhlak. Berbeza dengan mereka yang datang daripada golongan kaya, kumpulan ini selalunya kurang berkualiti kerana mereka telah pun hidup dalam keselesaan dan tidak perlu lagi mengubah nasib kecuali memperkayakan diri mereka lagi. Malah, banyak juga di antara mereka yang suka mencari jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu disebabkan oleh kuasa wang yang mereka miliki. UMNO pasti tumbang selagi pemimpin yang tahu erti susah dengan kualiti ilmu dan akhlak yang tinggi ini tidak muncul. Percayalah bahawa sekuat mana UMNO cuba mengelak, semakin rapatlah ia dengan apa yang hendak dielakkan itu. UMNO pasti tersungkur dan apabila ini berlaku, Barisan Nasional akan berpecah. Sesungguhnya, yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu akan bertukar menjadi hilang.

Sekian, terima kasih.

freeverse said...

Datuk,

A small kritikus sat like a Russian tourist in a deck chair
on the top of the biggest grain heap
in all the kilang padis in Kedah
and he ponders.

“brrrr-brrrr” said the G-lo G-lo Kid

The rays of sunlight prodding through
the holes and cracks and the gaps
in the walls of this cavernousity
breaking the dusty gloom
and dehusking the racous of the machines-talk in monotone.

“brrrr-brrrr” said the G-lo G-lo Kid

What is the next thing to do
when you have spitted it out that kritikus responsibility
and yet there is and can be
no silly answer forthcoming to your criticism
because there is and can be it a better answer
save for “well,…”?

“brrrr-brrrr” said the G-lo G-lo Kid

So the kritikus scooped out a handful
And chewed on the beras like a
A buff in a movie house stuffing his face with popcorn.
While all this time and at the same time
you do not even have a plausibility of
an iota of an educated guess.

“brrrr-brrrr” said the G-lo G-lo Kid

And a drop of dew fell on you
As hard as an apple on your head
While the Bedu spits out date seeds
And the camel burped.

“brrrr-brrrr” said the G-lo G-lo Kid

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kapalayar said...

old media hack, anda pastinya tidak banyak membaca apa yang Datuk telah tulis dalam blog ini. Buat usul periksa dahulu.

Bersetuju dengan old media hack tentang gaya, bahasa dan nada ucapan Presiden itu yang ntah apa apa hantah. Adakalanya seperti ada tempat2 yang ada tertulis skrip berikut. (berhenti untuk perwakilan bertepuk).

A KADIR JASIN said...

Sudara Critical Lad,

Terima kasih kerana mengolah semula komen Saudara dengan membuang istilah-istilah dan ungkapan-ungkapan yang kurang sedap didengar.

Terima kasih juga kepada semua pembahas atas sumbangan yang bernas dan berterusan.

Terima kasih kepada pelawat dan pembahas yang saya temui di PWTC minggu lalu dan di rumah-rumah terbuka Aidil Fitri.

Sdr Freeverse,

Thank you for contribution. I remember well the spots of light on the bare wooden floor of my old kampung house in Kedah.

The holes in the nipah roof that let the sunlight through also allowed in the rain. When they got big enough, you could even see the moon and the stars.

ahm said...

stay on mukriz... we support you. come umno election challenge hisham and kick his butt off.

i like mukriz comments on AAB opening speech. lousy and visionless. and his closing speech even worst. media should also ask mukriz comments on presiden's closing speech; mukriz probables comment could be "worst..".

about hisham speech both youth and closing are also weak, layu and retorik. at the end of the assemblly none of the delegates understand where the direction is heading to and what exactly next action to be taken...

agreed, we should support mukriz, go on mukriz, stay in and fight openly, you will not loose anything my dear friend...

drmuzi said...

Dato saya berpendapat, Tengku Razaleigh harus bangkit, turut serta bersama TUN Dr M dan yang lain lain bersama berjuang utk mengocak tampuk pimpinan UMNO dibawah Abdullah Badawi dan Najib.

Tun tidka mungkin dan tidak berhasrat langsung untuk menjadi PM mahupun Presiden UMNO.

Maka Tengku Razaleigh perlu tampil dari buaian lena beliau utk lebih cergas dan aktif menyentak tampuk persiden UMNO.

Bangun Tengku !Bangun!....

Sebagai lelaki budiman, anda bertanggungjawab berjuang bersama TUN Dr M memastikan Kepentingan Negara , Bangsa dan Agama terus mekar.

Wassalam.

dr muzi...merayu Tengku Razaleigh.

Penarik Beca said...

Depa mcm nak kata Mukhriz bodo. Dia tak faham, tak reti apa dan tak nampak2 benda baru dlm ucapan dasar Presiden.

Herannya, awat tak tunjuk mana satu yang baru. Transformasi ekonomi lebih bermakna dan berkekalan? Baru ka, haru ka?

Boleh jadi tingkat 4 baru buat ayat tu - skrip baru, wayang baru. Tapi wayang tu wayang lama tu, wayang tongkoi.. Chung kchung chenngg! Bukan "Sleepless in Seattle" (which makes sense why people sleep in most of the meetings, or every meeting? Tidur Lah!)

Kununnya (TDM tu tak reti ka nak sebut kononnya?) yg 20 tahun dulu tu tak relevan dah. Yg relevan tu apa? Beli kereta orang supaya kita dapat jugak juai sayoq kat depa? Dulu juai ikan RM700 juta, la ni RM1.1 bilion? Huuiiii... banyaknya jualan bertambah!!! Business minded tuuu!!

Sambil dok tulis ni, radio dok pasang lagi "Aduh Tsumawi" (Tsumawi tu apa? Gelombang kecundang ka?) Kalau saya reti karang lagu, saya nak buat lagu "Aduh, sudah Lah" atau

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Wan Anonymous said...

Datuk,

Jika benar bagai dikata,
kita seharusnya tidak menderita,
tercari-cari berita dan cerita,
yang benar semata-mata,
tetapi semua orang mengata,
itu semua palsu belaka.

Saya terbaca dalam akhbar The Star bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan "The Mother Theresa International Award for Social Justice." Saya tidak membaca berita ini dalam akhbar lain. Dan ini membuat saya mempersoalkan keikhlasan dan tahap professionalisme akhbar utama negara kita. Perdana Menteri boleh bertempik sekuat hati sepanjang hari mengenai kebebasan akhbar dan apa juga yang berhubung kait dengannya. Tetapi jika berita sebegini rupa pun tidak ada tempat dalam dada akhbar utama negara kita, apa gunanya jaminan kebebasan seperti yang dilaung-laungkan?

NST, Berita Harian, Utusan Malaysia - tiga buah akhbar yang semuanya menyokong PM, kerajaan, BN dan UMNO - masing-masing tidak nampak nilai berita dalam penganugerahan Tun Mahathir sebagai pemenang anugerah yang amat berprestij itu. Apa juga alasan yang mereka beri, pembaca sudahpun membuat penghakiman: bahawa akhbar-akhbar ini gagal mempamirkan mutu pemberitaan yang mereka janji kepada pembaca.

Saya sudah muak membincangkan tahap kebebasan akhbar. Kebebasan akhbar bergerak mengikut rentak kerajaan yang memerintah. Akhbar utama hari ini dikuasai oleh mereka yang berlumba-lumba 'meng-ia-kan' PM, tak kira sama ada mereka pengamal media yang tulen atau yang menyamar sebagai pengamal media! Mereka juga sengaja tidak mahu melihat berita yang terpampang di depan mata seperti berita penganugerahan Tun Mahathir.

Maaflah Datuk, jika komen itu lari sedikit dari topik yang disajikan.

Anonymous said...

Selepas berhari-hari berdebat, bergurau senda dan berucap, sudahnya yang mencuit adalah kenyataan selamba mukhriz juga.

Agaknya memang betul yang diperkatakan ramai, Perhimpunan Agung Umno kali ini hambar, tawar dan kurang fokus. Akhirnya yang dianggap serius ialah komen kecil Mukhriz!

winston said...

Datuk,

Internet adalah merupakan media kommunikasi yang ampuh dan berbahaya.

Ia sukar dikawal dan dimasa-masa yang akan datang, di sini lah terletak kunci kebebasan bersuara.

Anonymous said...

kasihan pak lah. orang masih tidak mahu mengerti perjuangan murni beliau. sekurang-kurangnya beliau melakukan tindakan kemanusian selama pemerintahannya...

1. tidak campur tangan dalam makhamah

2. membebaskan anwar ibrahim yang tidak tahu mengenang budi. Anwar Ibrahim semasa berkuasa sedaya upaya cuba menguburkan politik Pak Lah secara sistematik. Team Wawasan berjaya mengenepikan tun ghafar, pak lah dan sanusi.

3. membebaskan nik adli nik aziz sebelum aidilfitri. NIK ADLI DITAHAN ISA SELAMA HAMPIR 5 TAHUN DI KEMUNTING SEMASA PEMERINTAHAN YANG BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR. SEHINGGA KINI TUDUHAN TERHADAPNYA TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN. beliau dibebaskan dizaman pak lah yg dicaci maki oleh kebanyakkan org.

4. menaikkan kembali industri pertanian yg selama ini dianak tirikan terlalu lama. Dgn alasan industri AUTOMOTIVE (yg kemudiannya dibuktikan tidak kemana. kereta malaysia ditakuk lama lebih2 lagi setelah mitsubishi sebagai rakan kongsi menarik diri secara terhormat)kereta malaysia berganda mahal dgn kualiti tidak seberapa jika dibandingkan harga sebenar di luar negara.

5. menerima kembali seteru politik terbesar beliau Dato Najib (pak ajib) dgn melantik sebagai TPM

6. juga menerima kembali musuh politik seperti muhyidin yasin dan mat taib. disamping memberi balasan setimpal kpd ibrahim ali. Dato Ibrahim sebelum ini di maki hamun oleh harakah dan pas, kini menjadi hero Pas.

7. bersikap merendah diri terhadap tun mahathir, biarpun sebelum ini teruk dikutuk dgn pelbagai kata nista. sehinggakan anak pinak beliau turut disentuh. Perbuatan yang mulia tun Mahathir ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri.

8. bersikap toleran dgn tun, dgn mengikut sahaja rentak tun. serta mengadakan pertemuan empat mata. biarpun selepas itu kembali perlekehkan

9. membebaskan proton dari cengkaman hak individu yg seolah2 cuba menjadikan proton harta peribadi. Keputusan bisnes proton sebelum ini kebanyakkan mmg sangat merugikan. antara kereta tak laku yg dikeluarkan dgn besar2an sehingga berbillion ringgit ialah Juara, putra, tiara, arena, satria gti. dan yang akan datang bakal tak laku ialah Savvy. Tengku Mahalel sepatutnya dah lama letak jawatan. Pesaing proton terdekat iaitu Perodua mengecapi kejayaan demi kejayaan. Perodua Kembara yg nampak macam tak laku tu pun still banyak kelihatan diatas jalanraya. Sedangkan Gen2 yang bertopengkan make up murahan begitu buruk tahap kualitinya. Maaf secara jujurnya Gen2 setelah dicuba pandu memang tak berapa pick up.
Enjin Campro tahun 2006 jika dibandingkan dgn Enjin Mitsubishi Magma @ Lancer tahun 1983 yg sehingga kini dipakai oleh Proton Iswara(new saga)yg terbukti ketahanannya, ibarat langit dgn planet zuhal. 2006 tak dapat challenge 1983 cuba bayangkan. apa sangatlah Satria Neo enjin campro tu kalau nak compare dgn Proton Wira Saloon(enjin mitsubishi lancer 89) keluaran 1993.

10. bersikap terbuka dgn masih mengekalkan jawatan2 yg disandang oleh tun mahathir dalam badan2 kerajaan sebagai penasihat

11 bagi tun pejabat kat putra jaya (kalau org lain dah lama kena halau)

12 mengukuhkan kembali hubungan kerajaan dgn Raja2 Melayu yg sebelum ini teruk dicederakan semasa pemerintahan tun mahathir. Sehingga YM Baginda Sultan Johor menyatakan sokongan terbuka terhadap Pak Lah.

13 menyokong NGO2 Islam dgn membantah penubuhan IFC


Org yg selalunya dilihat lemah, kadangkala tidak semestinya lemah. malah SIAPA SANGKA mampu mencairkan besi waja yang telah memerintah selama hampir 23 tahun. Legasi mahathir tidak sekuat mana rupanya.......

"MAHU LAH TERUS TERSERLAH"

BUNGATOMAN

ROCK KAPAK said...

ADUH PAK LEHA - Artis: Maki

Mana rayuan kami
Hendak kami sampai kan
Dendam kesumat kami pada
Pemimpin yang menyimpang jauh

Jauh bukan jarak dan tempat
Kau puja nama dan pangkat

Mungkin pengganti mu
Akan kami dapatkan
Rindu pengubat kami
Hanya pemimpin yang dulu

Mengapa dia kau lupakan
Luruh jiwa dan badan

22 tahun kami sandar percaya
Dan tak mungkin padam cahaya
Cinta nya pada bangsa dan agama
Kau hilangkan dari pandangan
Seperti langit di lindung awan

Nanti bila mahkota kau terhempas
Baru nak kau sedar
Yang kau sangkakan intan
Oh hanya lah kaca

Nanti dah kalah.. barulah
Kau nak sedar, yang jiwa kami tercalar
Oh … sakitnya
Bukan kepalang

Kau biarkan kami sendiri
Menderita siksa
Barang naik harga…
Pak Leha

Kau biarkan kami sendiri
Melewati sepi dalam hidup kami Pak Leha

Kau biarkan kami sendiri
Meratapi nasib dalam gelita….Pak Leha..

Oohh Pak Leha…UNDURLAH!

Edited version by: Rock Kapak

The Observer said...
This comment has been removed by a blog administrator.
The Observer said...

Wan Anonymous,

Apa nak dihairankan. Datuk Khalid pengarang cari makan gaji. Datuk Hisham bekas pengarang sukan. Datuk Manja pengarang profesional. Michael Aria the only "free" newspaper editor. Jadi itulah ceritanya. Khalid makan gaji. Hisham apapun tak mengerti. Manja profesional membuta-tuli. Di NST, Kalli berkuasa lagi. That's the reality.

kakiaurut said...

Bagi semua orang yang berkepentingan, sebelum kita meengatakan Dato'Mukriz Mahathir mengarut atau tidak, adalah lebih baik kita periksa fakta dan hakikat kita dulu. Tolong check satu perkara saja iaitu mengenai RMK-9. Setelah dilancarkan hingga sekarang, apakah yang sudah terbukti dilaksanakan. Memang banyak peruntukan yang diluluskan, tapi diluluskan di mulut saja. Tolong periksa di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Jika anda ke sana, anda akan tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Anda akan tahu apa sebenarnya yang sudah berjalan dan apa sebenarnya perkara yang pegawai-pegawai EPU sendiri tidak tahu menahu. Daripada cerita kawan-kawan yang sudah pergi ke sana, mereka berkata pegawai-pegawai EPU pun dah pening kepala. Tapi, jangan lah percaya apa yang saya tulis ni...pergi periksa sendiri, siapa yang sedang bertelagah di sana tu antara pembuat dasar dan pelaksana. Kelam kabut dibuatnya. Mungkin itu yang dimaksudkan Dato' Mukriz kut.

MM said...

Kebebasan dah tak wujud lagi sebenarnya. Lagi pula lepas talian prabayar kena daftar :) Jangan cepat percaya sekali gus melatah dengan agenda ala Barat. kebebasan media, ekonomi; akhirnya minta tolong Presiden bantu sebab kereta mereka teruk ditewaskan dalam pasaran bebas dengan kereta Jepun yang ternyata jimat minyak (merujuk pertemuan tuan-tuan punya industri automobil Amerika dengan GWB baru-baru ini). Amerika dan Eropah pun takut dengan tekstil China yang murah dan kerana takut pekung di dada terdedah, pejabat Al Jazeera dibom.

Kita mahu perkara yang sama di negara yang tercinta ini?

Kebebasan itu boleh dibeli. Tak payahlah cakap-cakap kosong AAB sebab kerajaan sendiri pegang hampir semua media yang ada, dan gagal pula mengawalnya sampai "tersiar" hal-hal dalam kelambu dan penghinaan Junjungan kita yang hakiki (SAW).

Apa yang kita semua boleh buat ialah menyokong mereka yang benar dan neutral, yang sedang anda semua tatap ini.

bisobonar said...

YBhg Dato,

to kapakbatu..pasai lagu pak leha,

u man really brutally creative..buat pulak pakai lagu cindai..Dato K tak mare kot! tapi dia kawan baik dengan AAB..

wasalam

Sebutir Pasir said...

Assalamualaikum Semua,

Banyak betul komen dan pandangan terasa berminat untuk melibatkan diri.

Kebebasan media yang sebenar memang tak mungkin kita kecapi. Tapi itu tidak bermakna rakyat kita tidak celik. Semua yang berlaku rakyat memang tahu. Penyelewengan dalam sistem kita, orang memang dah tahu, dah dapat bezakan antara 'cover-up' dan yang sebenar. Cuma yang membolehkan rakyat terus 'membeli' ucapan-ucapan yang menyatakan kebebasan media dan demokrasi adalah keharmonian dan keluarga yang perlu disara. Kalau diheret masuk ISA sia-sia saja.

Masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu amat menghargai ketenangan,soal minyak naik dan tak turun-turun pun tak bising-bising. Soal tol naik, tarif utiliti naik pun kita tak jadi huru-hara. Seharusnya sikap harmoni rakyat Malaysia ini tidak di ambil peluang. Rakyat kita masih pandai berterima kasih. Pandai menilai budi.

Blog-blog seperti ini harus dijadikan rujukan oleh pemerintah dan pembangkang. Dijadikan sumber memperbaiki pentadbiran. Kerana internet bakal membawa kemerdekaan kepada rakyat jika berlaku penindasan seperti mana penulisan menyemarakkan kesatuan melayu suatu ketika dulu sehingga Malaya memperoleh kemerdekaan.

Moga pentadbiaran PM mendapat petunjuk Allah demi kebaikkan semua.

Terima Kasih.

"Berjuanglah anak bangsa sesungguhnya kebenaran akan pasti menyinar kalau bukan di 'sini' pasti di 'sana'."

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).