Saturday, November 11, 2006

Tun Dr M Kata Terima Kasih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin sihat.

Hari ini beliau memberi temu ramah ringkas kepada Bernama dan RTM.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, dalam temu ramah itu, Tun Dr Mahathir secara khusus mengucapkan terima kasih kepada peserta blog kita ini kerana mendoakan kesihatan beliau.

Semalam, sebagai tanda kenang budi kepada Tun dan bagi membuktikan yang dia tidak keseorangan di saat-saat cemas ini, saya telah menyalin (downloaded) ucapan doa saudara/saudari dan menghantarkannya kepada beliau.

Saya harap saudara/saudari tidak membantah. Terima Kasih.

21 comments:

Anonymous said...

Yang Berbahagia Dato'

Ribuan terima kasih kerana Dato' mendepankan ucapan dan doa ikhlas kami buat Tun Dr M kepada empunya diri.....

Walau tak dapat melawat Tun dan Tak pernah berbual dengannya tetapi Tun tetap selalu di hati dan dipemikiran......

Terima kasih Dato'

Anonymous said...

Datuk Laksamana Bernama
Salaam-mun-salaam

Why, that is so very thoughtful of you, Datuk! Syukran, syukran.

But I would be short of good manners if I forgot to extend my warmest sallam to Both Tun, Tun Hasmah and the family.

And you take things easy, too. We would not want to lose you, too.

malay-tree said...

You're welcome back to politics Tun Mahathir!

Apa Ku Li bisik kat telinga Tun tempohari?

pemerhati said...

Dato

Thanks. How thoughtful of you.

I am grateful to you for the update on TDM and to know that he is getting better.

And yes, warmest regards to Tun Dr Siti Asmah & family.

Anonymous said...

This is for Tun Dr Mahathit yang amat dikasihi & disayangi.

http://www.youtube.com/watch?v=mxJ8sHM6VmU&mode=related&search=

A KADIR JASIN said...

Jay_han,

Mohon pertolongan. Alamat web yang Sdra/Sdri berikan itu apa kandungannya? Kalau tak silap saya mengenai filem dan hiburan.

Shaykh Zarul as Sufi, di mana Ku Li berbisik sesuatu kepada Tun?

Terima kasih.

Anonymous said...

Dato

They are links (got through kmu.net) of two songs - Warisan by the late Sudirman & the other “Perwira” (I think) by Yusni Hamid.

Nothing sinister.

You just click the link, Dato.

It is very menyayat hati. The songs are appropriate & dedicated to TDM.

Anonymous said...

Masakan kami membantah, DAJK. Kami malah menyanjung tinggi langkah berbudi DAJK menjadi titian doa dan salam sayang kami kepada Tun sendiri.

Terima kasih dari lubuh hati!

anakhujanbatu

Anonymous said...

Dato

Correction: Sorry TDM's name was misspelt - malunya. :(

Should be:

"This is for Tun Dr Mahathir yang amat dikasihi & disayangi."

BTW, the link (videon & songs) is dedicated to TDM.

But if you think it inappropriate, you can delete it.

Before you do, just watch the videa & listen to the songs.

Unknown said...

Datuk, Salam..

Saya pun heran awat la saya ni. Dulu saya meluat gila kat TDM. Dulu, rasa macam pantang tok nenek saya nak menghargai dan memuji TDM kecuali kerana DUA perkara yang saya yakin besar sungguh jasanya kepada kita:

1. Mengajar kita supaya tak payah la lagi nak angkat-angkat sembah kat raja-raja.

2. Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (tidak termasuk mengaib dan menzalimi bekas TPM itu).

Tapi bila pakat heboh dia masuk IJN baru ni, awat pulak saya tak nak perkara itu berlaku?

Lebih heran lagi, awat la saya ni harap sangat dia cepat sembuh.

Adakah kerana saya syok sangat sebab dia rajin sungguh bantai PM? Banyak lagi orang lain bantai PM bagai nak rak, tak dak pulak saya rasa apa pun. Dah dok heran pi, heran mai, lalu saya ambik keputusan tak payahlah saya tanya apa pasai saya jadi lagu tu. After all, i dont need any reason too!

Saya ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada Datuk yang saya dapat rasa tak senang sungguh dengan perangai posting saya yang dok ralit sungguh meratib-ratib:

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Anonymous said...

Datuk,

Terima kasih diucapkan juga.

Kami disini tiada bantahan, cuma ini sahajalah yang dapat kami sumbangkan walaupun tidak sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan jasa Tun kepada Malaysia.

Semoga Tun dapat terus membimbing kami melalui penulisannya kerana kami mengharapkan banyak lagi hasil PEMIKIRAN beliau untuk santapan hari ini dan kemudian hari. Juga karya Datuk Kadir sendiri, jika berpeluang.

Just an idea, mungkin apa yang diikhlaskan oleh Tun, Datuk dan para pemikir disini dapat dibuku kan selepas diolah dan diedit bagi menjadikan sebuah "THE SCRIBE" yang menarik kepada rakyat Malaysia. Kenapa tidak?

Sekian...

Anonymous said...

Dear Datuk,
Good to hear that Tun has recovered.

Instead, am looking forward for more of his writings especially his biography. Man of his standing will have many interesting thoughts to share with "rakyat".

I am glad to personally met this "Giant" before, only regret is not have him to sign his book.

Tun, do not scare us like this again ok?

Eskay
3rd Generation Malaysian Chinese

Anonymous said...

Dato' dan Rakan Rakan Semua, renungilah semula bait bait kata di dalam puisi ini yang sudah berusia 10 tahun rupanya tanpa kita sedari........Puisi ini jugalah yang selalu saya tatap dan menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha kuat meraih kejayaan dalam bidang akademik sejak zaman Tingkatan 2 (1996 dulu) hinggalah kini.....



PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.



Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.
lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996

malay-tree said...

Dato; Kadir yang dihormati,

Apabila saya mangatakan :"Apa yang Ku Li bisikan kepada Tun tempohari" Itu bukanlah bermaksud saya benar-benar maksudkan bahawa Ku Li benar2 membisikkan sesuatu... tepat ke telinga Tun (Masakan boleh?).

Ia lebih merupakan melihat kepada sesuatu yang tersurat dan cuba menilainya dengan pandangan yang tersirat.

Mungkin kalau boleh di umpamakan laksana Merenung lukisan Salvatore Dali di Muzium Seni Lukis lalu sedaya upaya interpretasikannya dalam bentuk komentari didalam akhbar.

Mohon Maaf, jika tulisan itu menimbulkan satu bentuk Speculative.

Anonymous said...

Alhamdulillah, segala yang berlaku ada hikmah nya.

Berbeza dengan Dato', saya tak pernah bersua muka apatah lagi bersalam tangan dengan Tun. Keinginan tersebut sememangnya terlalu tinggi tetapi apakan daya kita rakyat biasa yang hina dina ini hanya dok di sini saja. Kalau pi KL pun tak tahu jalan....sesat!

Namun, yang lebih penting menghayati cara pemikiran beliau, buah fikiran beliau, dan matlamat beliau.

Anonymous said...

Yang Berbahagia DAKJ

Tun dijemput memberi ucapan di dalam 3 majlis di New Zealand tapi di Malaysia Tun dinyahkan begitu saja.......

Komen sikit dato.

malay-tree said...

Correction:

Refer to my latest commentary. The correct name is Salvador Dali not Salvatore Dali. And The real name is Salvador Felipe Jacinto Dali. His most famous painting title is "Depicting Allah".

Tq

A KADIR JASIN said...

Saudara/Saudari para pembahas sekalian,

izinkan saya merujuk kepada jay_han. Terima kasih atas penerangan sdra/sdri.

Sudirman Haji Arshad, perginya meninggalkan nama. Seorang seniman muda yang baik budi, mulia pekerti. Moga-moga Allah ampuni dosanya dan redhai amalannya.

Shaykh Zarul as Sufi, mungkin bukan spekulasi lagi. Semalam Ku Li mengulang-lawat Tun di IJN. Jumpa Ku Li semalam. Dia cukup segar dan karismatik.

Sdra/sdri akulamat, Tun mungkin pariah kepada segelintir orang Umno. Tetapi banyak rakyat Malaysia dan dunia yang jauhari dan mereka mengenal manikam. Kepada yang berkuasa, idea boleh menjadi ancaman besar.

Sdra penganggurpaksa, sebahagian blog kita ini sudahpun dibukukan dan diberi tajuk "blogger". Mungkin sudah di pasaran.

Sebagai tanda terhutang budi kepada pembahas dan pelawat semua, jika projek ini membuat untung, sebahagian keuntungan itu akan didermakan untuk tujuan kebajikan.

Terima Kasih.

Anonymous said...

dato'

terima kasih sekalung budi,
ingatan dato' buat sama2 lampirkan doa dan harapan para blogger amat dihargai. - satu petunjuk dalam berbuat sesuatu bukan untuk mencari nama dan berkepentingan individu tetapi biarlah manfaat kepada semua. :)

dato'
kekuatan Tun; inspirasi kami
perjuangan Tun; semangat kami
penat lelah Tun; penawar kami
lagenda Tun; warisan anak cucu kami..

salam taazim

Anonymous said...

Datuk, I hope you'll read this article by our Information Minister (and publish it if you think it's fit).
Of course it was penned when he was 'still free' to express his thoughts and views but the no one could possibly alter the facts in the article.

It brought tears to me, not due to Zam's words but because of how Malaysia and the Malays in particular are treating Dr.Mahathir Mohamad.

At times..it's good to look back.

p/s I just pray that he will stay longer with us. Amin.

Oleh Datuk Zainuddin Maidin (ZAM)

PERKEMBANGAN terakhir Malaysia menampakkan keyakinan dan keupayaan negara meredah gelombang ekonomi, tetapi kegawatan politik terus memberikan cabaran yang menggugat kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad sekalipun proses demokrasi telah memutlakkan penerusan kepimpinannya.
Ini adalah harga paling mahal yang terpaksa dibayar kepada kesilapannya membawa masuk ke dalam UMNO anasir-anasir revolusioner yang tidak menjiwai dan menghayati jati diri UMNO.
Apa yang gagal untuk dilakukan oleh komunis sebelumnya telah berjaya dilakukan oleh anasir ini menerusi penerapan yang berasaskan perjuangan Islam yang fundamentalis, ekstremis dan ideologikal yang tidak sahaja berjaya mengelirukan dan mengaburkan pandangan dunia terhadap Dr. Mahathir yang sebenar tetapi juga terhadap institusi tradisi yang telah dibangunkan oleh UMNO sejak lebih 50 tahun dahulu.
Pandangan dunia dan dalam negara yang begitu tinggi terhadap Dr. Mahathir telah berubah dalam sekelip mata hanya kerana mata lebam.
Sebenarnya Dr. Mahathir bukan antiglobalisasi atau antikapitalisme. Malah, universialisme dan globalisme yang menyebabkan dia disalahmengertikan oleh anak bangsanya.
Beliau tidak berganjak daripada asas pembangunan politik, sosial dan ekonomi yang diletakkan oleh Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu pasaran bebas, liberal demokrasi dan konsep hidup bersama antara kaum (masyarakat majmuk). Bagaimanapun, beliau menyimpang daripada perdana-perdana menteri terdahulu dalam pendekatan dan stail.
Tidak seorang pun Perdana Menteri Malaysia sebelumnya yang pernah menentang ketidakadilan dalam sistem kapitalisme, nilai negatif Barat dan orthodoxy agama secara terbuka, berani, sistematik, combative dan efektif sehingga menggemparkan dunia di samping meningkatkan maruah negara.
Dalam beberapa hal, Dr. Mahathir terlihat berkongsi nilai Asia dengan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew terutamanya dalam penapisan nilai demokrasi Barat ke negara masing-masing tetapi Dr. Mahathir tidak apologetik dan kelihatan lebih berani dalam menangani manipulasi kapitalisme dan neokolonialisme Barat.
Lee Kuan Yew sekalipun terlihat sebagai autoritarian tetapi mendapat kemaafan barat kerana berkompromi dengan kepentingan keselamatan dan ekonomi Barat.
Dr. Mahathir mahu membawa Malaysia ke arah kemerdekaan penuh yang lepas bebas daripada telunjuk Barat. Dr. Mahathir juga tidak terlihat sebagai sebati dan selesa dengan budaya Inggeris seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Lee Kuan Yew sekalipun kesemua mereka adalah berpendidikan kolonial Inggeris.
Ini mungkin kerana selain daripada beliau menuntut dalam disiplin akademik yang berlainan, juga mungkin kerana beliau tidak pernah belajar di United Kingdom dan tidak pernah dipengaruhi oleh suasana kehidupan liberalisme Barat dan gaya hidup orang Inggeris.
Selain daripada itu pengaulannya dengan golongan agama, ulama, ustaz, pak lebai dan sebagainya di Kedah ketika usia mudanya dan ketika dalam perjuangan kemerdekaan di Kedah telah menyuburkan lagi nasionalisme dan radikalisme yang memang telah wujud dalam dirinya yang menyebabkan pejuang-pejuang kiri dan ultra-nasionalis ada kala melihat beliau sebagai salah seorang daripada mereka. Beliau pernah disifatkan oleh Lee Kuan Yew sebagai Malay Ultra.
Ini terpancar daripada penentangan Dr. Mahathir terhadap beberapa dasar awal negara dan cara hidup Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak.
Bila menjadi Perdana Menteri, beliau mengambil langkah mengharamkan arak di majlis-majlis rasmi kerajaan dan juga di kem-kem tentera dan mes polis.
Beliau melenting terhadap pemikiran kolonial dan sisa-sisa penjajahan, sensitif terhadap tindakan atau kata-kata Barat yang menghina bangsanya atau orang Asia.
Dari awal pemerintahannya, beliau telah menggemparkan negara dan mengejutkan British dengan mengambil balik tanah Carcosa seluas 7.2 ekar di kawasan tertinggi di Kuala Lumpur yang dihadiahkan kepada British, melakukan serangan waktu pagi di London Stock Exchange menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 yang mengembalikan kuasa milik ladang-ladang getah Guthrie kepada Malaysia dan memperkenalkan dasar Buy British Last.
Serangan George Soros dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang serentak dan secara kolektif untuk membantut dan membendung kebangkitan ekonomi Asia supaya mengikut acuan ekonomi Barat pada Julai 1997 telah digagalkan oleh Dr. Mahathir sekalipun mereka telah berjaya di Korea Selatan, Indonesia, Filipina dan Thailand. Serangan ini terancang dan menarik iaitu satu tangan meruntuhkan dan satu tangan lagi menghulurkan bantuan.
Gagasan EECnya (East asian Economic Caucus) dilihat sebagai percubaannya untuk reasianisation setelah ideologi Asianisme Jepun gagal menerusi perang di pertengahan abad ke-19.
Jepun mulanya menganggap gagasan ini sebagai ``Tashinamu'' a devotion to a course with little likehood of recognition or success, tetapi konsep ini kemudiannya mendapat perhatian dan penerimaan kalangan perniagaan dan politik Jepun.
Dr. Mahathir dalam kenyataannya di Sidang Kemuncak Serantau Asia Kyuhsu di Tokyo pada bulan Oktober 1994 secara terbuka mengkritik sikap kerajaan Jepun itu.
``Malaysia kecewa dan sedih kerana satu-satunya negara Asia yang mempunyai keupayaan untuk menolong negara jirannya telah menolak untuk berbuat demikian,'' katanya.
Yoshihide Soeya dari Universiti Keio Jepun yang pernah berkhidmat dengan The East West Center Honolulu dalam tulisannya dalam majalah Look Japan keluaran Mac 1995 menyifatkan gagasan Dr. Mahathir itu sebagai ``suara reaksi identiti Asia dan nilai Asia terhadap apa yang dilihat oleh kebanyakan orang Asia sebagai serangan Amerika Syarikat terhadap ekonomi dan nilai-nilai Asia.''
Tetapi yang paling mengecewakan Barat ialah apabila kelicinan kemaraan strategi globalisasi Barat untuk menawan Asia Timur dengan soft power telah terbantut di Malaysia setelah berjaya di Korea Selatan, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Malaysia yang mempunyai asas ekonomi yang kuat dan Perdana Menteri yang ``kancil'' telah membina tembok yang menggemparkan dunia, yang di luar dugaan pemerintah-pemerintah ekonomi dunia.
Dr. Mahathir telah memagar ekonomi Malaysia dengan kawalan modal dan penetapan kadar tukaran asing kepada mata wang Amerika Syarikat.
George Soros yang terkejut terus memanggil Dr. Mahathir ``A menace to his own country'' (seorang yang menjadi ancaman kepada negaranya sendiri). Dr. Mahathir membalasnya dengan memanggil Soros ``penyangak.''
Setahun kemudian setelah tindakan ekonomi Dr. Mahathir itu menampakkan kesan, kehadiran beliau pada Persidangan Tokoh-tokoh Kewangan Dunia di Davos, Switzerland dilihat sebagai hendak membalas dendam atau menuntut bela.
International Herald Tribune pada 2 Februari 1999 menyiarkan tulisan David E. Sanger dari New York Times mengenai persidangan Davos itu di bawah tajuk ``Amid Capitalists, Malaysia's Cadfly seeks Vindication'' (Penyengat Malaysia menuntut bela di tengah-tengah kapitalis).
Katanya, ``The world's financial Commanders have had no greater nemises in recent years than Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad of Malaysia, who has banned the trading of his country's currency, denounced US economic imperialism and jailed his Finance Minister for daring to challenge his economic prescriptions and his iron-handed rule.
``Now, Mr. Dr. Mahathir's favourite hobbyhorse-controlling capitalism's excesses, keeping small countries from being washed out to sea by the ebb and flow of billions of dollars - is the subtext of half of the seminars here in Davos.
``While almost no one has endorsed the Malaysian solution of declares a country's currency valueless outside its border, the 73 year old Prime Minister has come to seek vindication and to delight in the fact that the International Monetary Fund and the US Treasury fear that others could follow in his footsteps.''
Dr. Mahathir menyindir terhadap reaksi Amerika ini dengan berkata, ``Amerika Syarikat mestilah toleran terhadap kebodohan Malaysia ini, kenapa tidak biarkan kami bersendirian melakukan perkara yang salah yang kami mahu lakukan. Apa ertinya bercakap tentang kebebasan dan kemerdekaan jika awak mengatakan `saya mempunyai kuasa untuk menyekat awak dan saya akan sekat awak.'''
The Economist dalam rencana pengarangnya keluaran 4 Disember 1999 menyifatkan Dr. Mahathir sebagai pembinasa globalisasi.
Majalah ini tidak sedar bahawa ketika serangan ekonomi terhadap Asia Timur, perpaduan ASEAN goyang, anggota-anggotanya mahu menyelamatkan diri masing-masing, Filipina dan Thailand condong kepada desakan Amerika supaya dihapuskan dasar ASEAN tidak campur tangan antara negara dan Singapura mahu membunuh Malaysia dengan menawarkan faedah tabungan yang tinggi hingga lebih 40 peratus - suatu insentif yang tidak logik.
Tetapi bila kita terselamat atau berjaya menyelamatkan diri daripada kerapuhan solidariti ASEAN dalam kegentingan krisis, maka kita dilihat sebagai mementingkan diri sendiri.
Bagaimanapun, terdapat juga beberapa orang pengkaji Barat yang mahu melihat Dr. Mahathir secara rasional dan mengaku kepintarannya. Umpamanya Michael Leifer, Pengarah Asia Research Centre, London School of Economics dalam tulisannya dalam International Herald Tribune pada 29 Mac 2000 yang berkata, ``Dr. Mahathir tidak pernah menjadi penentang liberal demokrasi Barat tetapi dia selalu menterjemahkan demokrasi bagi menyesuaikan dengan konteks politiknya.
``Saya yakin bahawa Dr. Mahathir bukan antidemokrasi, malah beliau menentang pemerintahan tentera dan sikap autoritarian.''
Leifer menyatakan ini apabila Dr. Mahathir menegur pemerintahan tentera pimpinan Jeneral Musharaf di Pakistan di hadapan jeneral itu sendiri ketika beliau melawat Malaysia pada Mac 2000.
International Herald Tribune dalam laporannya pada 29 Mac 2000 berkata, ``Presiden Clinton hanya memberikan kata-kata yang bersifat apologetik dibandingkan dengan Dr. Mahathir.''
Dr. Mahathir memberitahu Musharaf, ``Demokrasi walaupun terdapat beberapa kelemahannya tetapi tetap merupakan bentuk kerajaan yang terbaik.''
Dalam masa lebih 20 tahun di puncak kuasa, Dr. Mahathir telah banyak mengambil tindakan yang popular dan tidak popular, yang bersifat jangka panjang dan jangka pendek, yang terburu-buru dan juga yang bervisi.
Ada ketikanya beliau dilihat terburu-buru dalam tindakannya tetapi ada kalanya beliau dilihat mengambil masa yang amat lambat dan perlahan sehingga beliau terpaksa menanggung liabiliti yang tinggi, disalahmengertikan dan akhirnya terpaksa menghadapi mala petaka politik yang sangat besar.
Beliau memulakan tugasnya dengan tindakan popular membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seramai 21 orang pada 30 Julai 1981, mengemukakan slogan Bersih Cekap Amanah dalam pilihan raya 1984, tetapi popularitinya mulai tercabar apabila berlaku krisis ekonomi di pertengahan tahun 80-an yang mulai memperlihatkan serangan keras daripada media asing. Mereka membuat konklusi bahawa krisis ekonomi yang melanda Malaysia akan selesai jika Dr. Mahathir berhenti.
Beliau tergugat tetapi mantap sebagai Perdana Menteri selama lebih 20 tahun tetapi tiga Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan gagah, bijak, Mr. Tactician, perancang licik, petah bercakap, popular, karismatik, the best actor dan sebagainya telah terguling.
Sekarang beliau mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang soft, lurus, bukan smart politician, tidak begitu bercita-cita tinggi, sederhana, warak, penyabar, disenangi oleh semua orang dan tidak ada rekod skandal. Ramai yang mengatakan dia baik tetapi lembut dan lemah tetapi secara diam, dia memperlihatkan diri sebagai seorang diplomat yang cekap, teknokrat yang bijak dan Menteri Dalam Negeri yang tegas dan berkesan.
Mungkin ini adalah orang yang secocok dengan pandangan Lee Kuan Yew, Menteri Kanan Singapura tentang pimpinan yang akan ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dalam interviunya dengan CNBC pada 13 Disember 1999.
Katanya, ``Tidak ada yang lebih penting bagi seorang pemimpin negara kecuali meninggalkan satu sistem, sebuah kerajaan, sebuah masyarakat dan para pemimpin yang dapat meneruskan kerja-kerjanya.''
Kepimpinan Dr. Mahathir selama 20 tahun telah menyerlahkan dirinya sebagai seorang nasionalis yang universal pemikiran tetapi Asianist sifatnya, bukan tradisionalis tetapi pragmatis, konsisten, bukan autoritarian atau diktator, tetapi liberal dan demokratik dalam konteks Asia.
Beliau bukan ideolog sebaliknya mengambil semua anasir yang baik daripada semua ideologi sebagai doktrin politiknya: Kapitalisme, sosialisme, sekularisme dan agama.
Beliau adalah seorang tokoh pembaharuan Islam yang tidak dapat bersabar melihat kejumudan, konservatisme dan orthodoxy dalam sikap orang Islam.
Pada konklusinya saya suka meminjam gambaran bekas Hakim Mahkamah Agung, Harun Hashim terhadap Dr. Mahathir dalam kolumnya Benchmark di New Straits Times pada 14 Januari 1999.
``Sama ada seseorang suka atau tidak suka Dr. Mahathir, mereka mestilah menerima hakikat bahawa dia adalah ahli politik yang terbijak dan bukti nyata bahawa politik adalah seni segala kemungkinan.''

Rencana ini pertama kali disiarkan oleh Utusan malaysia 9 September 2001

Anonymous said...

to apanamaa: That's Dr M's favourite word (if one can call it a word!) apanamaa... Thank you for that article. It brings back memories of the good old days when we feel good and proud to be a Malaysian. Dr M has been like a father to us, looking after our best interests. Even now with the current political uncertainties and unhappiness, we take comfort that Dr M is still around to keep an eye on things. And we take umbrage to the dastardly things that have been to thrown at him by the very people who used to praise him when he was the PM. Too easily and so quickly they forget Dr M's contributions of 22 years. There are no words to describe such people. But there are also many who have not forgotten. I have not forgotten.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).