Wednesday, November 08, 2006

Sekadar Melepas Rasa Terbuku Di Hati

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

RASA sedih, hairan dan ngeri. Akibatnya saya terpaksa bertanya: Apakah yang sedang terjadi kepada Negara kita; negara Malaysia tercinta?

Berita sensasi mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri dan pembesar-pembesar Umno membina rumah umpama mahligai tanpa kebenaran.

Berita mengenai dinasti politik yang semakin menular kuasanya sehingga ke peringkat Majlis Perbandaran dan Daerah.

Berita mengenai kemurkaan Sultan terhadap penyelewengan cawangan eksekutif sehingga memaksa Baginda campur tangan dalam hal yang sepatutnya ditangani dan diselesaikan oleh Cawangan Eksekutif.

Berita mengenai jenayah kejam -- yang sama atau lebih kejam daripada yang digambarkan di dalam filem-filem Mafia Amerika -- yang menyangsikan orang kenamaan, pegawai dan anggota polis ditangkap dan dikenakan tahanan reman.

Ditakuti, kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga, negara kita akan digambarkan sebagai “the murder capital of the world”.

Harap-harap, rasa gundah gulana di hati ini tidak mencerminkan realiti. Harap-harap negara tercinta ini masih dalam jagaan Illahi.

Harap-harap apa sedang berlaku adalah kekecualian dan bukan kebiasaan – exceptions and not the rule.

Na’uzubillahi min dzalik.

[PS. Dan berita mengenai akhbar tabloid "milik Umno" digantung penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kerana "mewujudkan kontroversi di kalangan pembaca dengan laporan-laporan yang dianggap keterlaluan menganai isu-isu berkaitan seks.]

24 comments:

Roslan MS said...

Saya turut berkongsi kegusaran dengan Datuk lebih-lebih lagi bila mengenangkan sebab dan faktor sejarah kejatuhan empayar dan peradaban gemilang Uthmaniah. Pengajaran saya rasa elok juga kita ambil daripada keruntuhan empayar-empayar lain di Eropah yang kejatuhan mereka kesemuanya bercirikan kegawatan elitis (the have - all) yang membawa kepada pengabaian rakyat dan pembangunan negara lantas menyuburkan gerakan anti-elitis yang membawa kepada pemberontakan proliterat(the have - nots). Kita mungkin belum sampai ke tahap yang begitu kronik tapi kita perlu sentiasa berwaspada kepada gejala-gejala yang Datuk sebutkan bagi menjamin kesinambungan kesejahteraan negara tercinta.

Ordinary Superhero said...

Dato', saya turut berkongsi kebimbangan akan kecelaruan suasana di negara kita kebelakangan ini.

Anonymous said...

This is a great news!

Democrat Keith Ellison will become the first Muslim elected to the US Congress, Tuesday, defeating his Republican rival and a third-party candidate by running on a populist platform.

Keith Ellison says he has mixed feelings about being the first Muslim congressman.

“I wasn’t trying to make any kind of political statement about my identity or anything when I ran.”

But he says he wants to help others understand that Muslims have much to contribute to America, while Muslims themselves should know they are “welcome to the table of American politics.”

“I am calling for an immediate withdrawal of U.S. troops from Iraq. I opposed the war before it began; I was against this war once it started and I am the only candidate calling for an immediate withdrawal of troops.” he said in his official website.

For me, this is a positive sign to the Muslim community in US.

InsyaAllah.

Anonymous said...

Dato',

Kalau orang kaya seperti Dato' rasa terkilan, apatah lagi orang2 biasa. Minyak naik,elektrik naik dan sekarang harga air akan naik.Ini belum termasuk barang2 lain yang telah naik apabila minyak dan air naik.Kemanakah pemimipin-pemimpin kita yang sepatutnya membela nasib rakyat.Sibuk membina mahligai dan empayar politik dan perniagaan masing2?Mungkin ini salah satu sebab kadar jenayah pun naik.

Darah rakyat juga semakin naik!!!

A KADIR JASIN said...

Sdr Haji Losong,

Mohon maaf, saya kurang faham apa yang Tuan maksudkan dengan: "Apa yg diramakkan akan berlaku pada tahun 1997?"

Terima Kasih.

Clark Gable of Pulau Duyong said...

ASMLKM Dato',

5 April 2004.
AAB mengarahkan semua YB mengistiharkan harta termasuk isteri2 dan keluarga terdekat...strong signal to fight corruption.

2 Nov 2006
AAB "Harta keluarga adalah private property .Mereka juga ada hak sebagai private citizen".

Therefore they shouldnt be any surprise if our transparency index is southward bound.As Bapak borek anak rentek goes,all UMNO rentseekers started to do the same.
There is no shame in building Istana amongt the poor and destitute voters.
Potray yourself as a robin hood and all is forgiven.
Look like 'Islam-tak-sedar-diri' is more like it.
When Zak Gucci shed crocodile tears his supporters(UMNO gangster)started getting upset themselves.
Just like his boss (from state to fed level) all have been promoted to thier level of incompetence.

When corruption color the heirachy of power, everything under the sun can be bought including murders.

If we are serious about corruption,that is a big if...liberate the press,protect the whistle blower with law ,give real teeth to ACA ,then we shall see the YB serving the rakyat again and not their pockets.

Corruption is going to kill our country as it would lead to social injustice which the poor would blame on well to do and the politician would play the racial card to cover their indulgence ...the rakyat might start to distrust each other.

CORRUPTION KILL

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato' dan semua pembaca,

Maklumkan apa kami mesti buat untuk hentikan semua ini....

Terlalu risaukan masa depan anak2.

Anonymous said...

Rasa yang terbuku di hati Datuk telah Datuk luahkan. Yang dipersoalkan itu apakah negara tercinta ini di dalam jagaan Illahi
maka tengoklah akibat apabila yang celek kitab bagaikan baghal menaggung kitab saperti di Andalusia dulu.
Khubud-dunya bersultan mata dan beraja di hati dan tidak mengenal Hikmah.
Ya, Datuk Abdul Kadir, kita selalu dalam jagaan Illahi cuma adakah Al-Ghaniyul-Rahman atau Azizul-Qahhar.

Anonymous said...

Salam sejahtera Dato',

Pemimpin kita menghadapi krisis identiti. Sementara rakyat telah jauh berubah, mereka masih jauh ketinggalan di belakang.

Mereka gagal menyesuaikan diri untuk hidup di kalangan rakyat biasa. Mereka dah tak reti makan bersila Dato'.

Tiada gundah gulana di hati saya, cuma rasa bagai dihiris sembilu..

Ke mana kita ingin lari Dato' ? Kerana inilah tanah air kita, warisan nenek moyang yang berjiwa kental..

Kita tiada Tanah Besar untuk dituju, tidak seperti orang lain.

Anonymous said...

Menantu, anak PM tidak perlu isytihar harta’

ANAK dan menantu Perdana Menteri tidak perlu mengisytiharkan harta masing-masing kerana mereka bukan penjawat awam dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanggungjawab dalam pemilikan harta mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata anak Perdana Menteri, Kamaluddin dan menantunya, Khairy Jamaluddin tidak perlu berbuat demikian kerana pengisytiharan harta hanya diwajibkan kepada penjawat awam.

"Mereka bukan anggota pentadbiran negara. Mereka tidak perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

"Perdana Menteri sendiri pernah menegaskan beliau tidak terbabit dalam pemilikan harta anak dan menantunya. Beliau mengambil langkah berani menanggung risiko berkata demikian kerana jika terbukti beliau terbabit dalam perkara itu, sudah tentu beliau menanggung akibatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2007 peringkat jawatankuasa, di sini, semalam.

Mohamed Nazri berkata, Abdullah sendiri pernah berkata, jika ada bukti anak dan menantunya terbabit dalam salah laku ketika menjalankan perniagaan atau memiliki harta, Badan Pencegah Rasuah (BPR) bebas menyiasat.

"Sebagai seorang Perdana Menteri yang berperwatakan baik dan mengamalkan Islam Hadhari, saya tidak fikir beliau menipu untuk mengatakan beliau tidak bersalah atau terbabit dalam perkara itu," katanya.

-----------------------------------

Cover la selagi terdaya! Semoga Allah membuka segala kebenaran!!
Sepandai2 mana pun manusia pasti akan diujiNya! InsyaAllah!

Anonymous said...

Dato'

bukan ingin menokoktambah tetapi pada hemat saya, apa yang dimaksudkan oleh haji losong berkemungkinan ada hubungkait dgn pergolakan politik negara yg berlangsung setiap 10 tahun. (Mengambil kira keadaan politik pasca 87/88, 97/98- saya tidak pasti era 77/78; mungkin Dato' bulih beri sedikit gambaran) Maka tidak menjadi satu kebetulan sekiranya ada perhitungan mengatakan tahun 2007/2008 merupakan tahun yang akan mencabar keupayaan pemimpin2 dan pembesar2 UMNO dalam mengharungi arus perubahan dan percaturan politik.

Ini harus dilihat dari sudut positif, sejauh mana perubahan ini dapat meningkatkan semula martabat UMNO sebagai sebuah partai nasionalisme yang harus teguh berdiri untuk memartabatkan perjuangan bangsa yang masih belum selesai.

pada hemat saya, perjuangan kemerdekaan telah lama berlalu dan telah dikecapi oleh generasi bangsa hari ini dan perjuangan yang lebih jelas adalah perjuangan mengisi kemerdekaan itu, - perjuangan mencari kehidupan yang lebih selesa supaya ruang untuk menimba ilmu pengetahuan lebih terbuka agar anak bangsa mampu terus bersaing dalam era global yang semakin mencabar ini.

Anonymous said...

Kes polis bom mayat tu tangkap aje menteri yang jaga polis tu. Mamat suspect ni salah seorang yang bukan main celuparnya mengutuk Dr Mahathir. Rasakan!

Hantu Gigi Jarang

malay-tree said...

Inilah yang sedang terjadi kepada Malaysia Negara Tercinta...

Bala datang tak putus-putus. Kalau orang Media seperti Dato’ baru mula terasa bahang kerosakkan yang sedang menimpa masyarakat kita, ini bermakna Dato’ sebenarnya telah terlambat. Maaf Dato’ tapi kami orang awan warganegara Malaysia lebih-lebih yang tinggal di Kuala Lumpur telah lama menderita dengan pelbagai Penyakit Sosial.

Kes Ragut, Mat Rempit, Pembuli Jalan Raya, Gangsterism dikalangan Remaja, Meningkatnya PENDATANG HARAM, Perkauman, Barang Naik Harga, Traffic Jam, Banjir, Jiran-Jiran bergaduh sesama sendiri, Flat Sempit, Longkang Kotor, Meningkatnya Pesakit Jiwa, Anak-anak tidak lagi hormat Ibu Bapa, Gadis berpakaian separuh bogel, Seks Bebas, Zina meningkat, Kosongnya Masjid, Ramai tak Solat, Kes Bunuh Meningkat, Gugur Bayi, Pelacuran, Budaya Punk dan Skinhead termasuk Black Metal, Tol Semakin Banyak, Berlumba-lumba di Lebuh Raya, Arak diminum seperti minum air sejuk, Kes Buli di Sekolah, Bunuh Diri, Ecstacy, Disko dan Kelab Malam, Rasuah dikalangan penjawat Jawatan Awam dan tidak lupa Gaji yang tidak pernah setara dengan kos hidup semakin meningkat....dan banyak lagi...yang sedih untuk diceritakan...meningkatnya orang Melayu Islam bertukar agama laksana tukar kereta...

Na’uzubillah min zalik!

Dato’ Kadir yang dihormati,

Senarai diatas adalah satu BEBAN REALITI yang terpaksa di hadapi oleh Warganegara Malaysia pada tahun 2006. Dapatkah kita semua bayangkan apa yang akan terjadi pada tahun 2020 nanti? Kononnya Malaysia sedang menuju pesat untuk mencapai sebagai salah sebuah NEGARA MAJU, tapi BERBALOI kah?

Bukankah senarai diatas adalah BALA ALLAH SWT yang sedang menimpa sedikit demi sedikit tanpa kita semua sedari... Hanya mereka yang dirahmati Allah swt sahaja yang dapat menentang ARUS KEJAM ini...
Jangan ada sesiapa yang berani cuba menyalahkan tuhan...kerana bala ini adalah akibat Jahil, Angkuh, Bongkak dan Riak yang wujud dalam masyarakat kita.

LAGI KUAT KITA MENENTANG ALLAH SWT LAGI JAUH LAH KITA DARIPADA RAHMATNYA...

Terakhir, Berhati-hatilah dengan arus informasi terkini yang keluar dari PETI BODOH @ Televisyen di rumah kita. Dua sahaja pilihan kita...pertama samada kita menjadi manusia yang semakin berpengetahuan. Dan yang kedua, kita akan menjadi manusia PASIF yang sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam lamanya menonton KABEL TV dengan segala Hiburan Sampah Sarap masuk kedalam kepala kita TANPA TAPISAN...

Maka benarlah Nabi kita saw...

subsidi said...

Slogan,
headline,
ucapan
hanya tinggal menjadi kata-kata yang tak memberi makna kepada kami yang terpaksa berjuang hari demi hari.

Setiap hela nafas, setiap saat, menjadi liabiliti dalam dunia kapitalis yang perlu di bayar setiap bulan dalam bentuk kos kehidupan....

lebih debit dari kredit.

Senario negara tidak langsung memberi satu harapan bahakan menampakan kemunculan mendung yang membawa ribut besar.

Anonymous said...

kebimbangan ini sudah lama terbuku dan tersemat , sejak timbulnya pengenalan baru kepada orang2 Melayu iaitu 'Melayu Baru' seperti yang dicanangkan dan dibangga2kan oleh pembesar2 dan pemimpin2 kita dalam UMNO dan kerajaan sendiri , yang telah memberikan satu label baru kepada bangsa kita . Melayu Baru , bermakna yang lama sudah tidak diperlukan lagi , yang lama sudah basi dan sudah ketinggalan zaman . Adakah mungkin kita akan menoleh ke belakang sedangkan 'Melayu Baru' baru melangkah setapak demi setapak ke depan . Tapi , alangkah ruginya 'Melayu Baru' kita , langkah yang dihayun kerap terbabas terbabas . Inilah kebimbangan sebenar . Jalan yang lurus tidak lagi menjadi amalan , jalan yang bengkang-bengkok dan penuh dengan tipu daya 'Melayu Baru' menjadi benchmark ! Pemimpin2 muda yang baru bertatih baik dalam Pemuda , Puteri , malah si Putera yang memperjuangkan mat2 rempit ( entah apa yang ada dibenak fikiran si Ketua Putera dan si Ketua Pemuda )turut sama2 belajar meluruskan apa yang sudah bengkang-bengkok . Budaya sekarang sudah jauh menyimpang , sudah jauh meninggalkan nilai2 keMelayuan kita . Atau adakah kita patut menukar bangsa kita yang sudah 'melayu' , yang sudah 'layu' lesu dan lemah . Kita tukarkan saja kepada 'Mekuat' atau 'Menongkah' atau 'Mekaya' atau apa2 saja asalkan kita tidak 'Me Layu' !
Kebimbangan ini tidak berhenti di sini saja , kebimbangan ini pasti akan membiak sebagaimana 'Melayu Baru' kita membiak dan menetas tahun demi tahun hasil graduasi dari kolej Pemuda , Puteri dan Putera yang tidak mendapat petunjuk kepimpinan yang sebenar . Petunjuk yang diberikan adalah bagaimana untuk memperkayakan diri sendiri , bagaimana untuk melobi , bagaimana untuk tidak menghormati orang tua atau sejarah lama , bagaimana untuk mendapatkan projek2 kerajaan malah swasta menerusi air lior , bukan titik peluh dan usaha . Malah bermacam2 lagi yang semua kita mengetahui dan mengiakan , tapi bagaimana untuk kita menghentikan ? kebimbangan akan berterusan...sebagaimana pemimpin2 muda ini yang akan mnejadi pemimpin generasi anak2 kita kemudian hari . Nampaknya kita perlu mengajar anak2 kita untuk menjadi 'Melayu Baru' supaya mereka tidak ketinggalan di hari muka !

Anonymous said...

Inilah yang terjadi kepada Malaysia tercinta...saya ingin menambah komen dari shaykh zarul as sufi..yang mungkin terlupa iaitu pemimpimpin-pemimpin UMNO yang pengampu, pembodek, yang bongkak, sombong, MUNAFIQ, SERAKAH & LUPA SEJARAH....Maaf Dato'

A Voice said...

Saya menyedari decay ini lama apabila dalam kita mengejar kemajuan dan peningkatan diri, umat Melayu yang dulu dianggap bangsa yang "docile" kini sanggup mengubah budaya mereka untuk mengadaptasi budaya baru "anything is fair game to achieve that "success"".

Saya dah tidak hairan apabila PM yang mahu terang2 mempertingkatkan elemen Islam dalam pentadbiran dari penerapan nilai2 Islam ke Islam Hadhari, kini bakkata orang bawah2 dan kampung, 2 x 5 juga dalam isu kollusi, kronisma, dan nepotisma. Maksud saya 2 x 5 tidak ada fokus politik pada siapa2 kerana KKN boleh berlaku pada siapa2 saja.

Ikan kalau busuk bermula dari kepala. What else is there to say?
Malah keadaan lebih meruncing. Jika saya boleh mengambil quotation dari komen Nancy Pelosi , Speaker baru house of Representative Amerika, mengenai President Amerika, "He is incompetent, ignorance, and dangerous".

I must say it applies to one Prime Minister who recently visit the American President to only be concerned about his Oil-for-Food and Nuclear Centrifuge issues, which are personal in nature. And. lets look what is he doing on our interest like the bridge and recent launch of gega project SJER just for political survival.

Anonymous said...

Bala,Bala,Bala.

Datuk,apa kita tahu apa itu bala bila mendatang atau kita meminta-minta di turunkan bala?

Dauk, kalau tidak tahu memebezakan bala dan cubaan kehidupan manusia di bumi maka kita belum kenal tuhan!

Datuk, apakah Tsunami 2004, gempa bumi di Iran, Pakistan dan letupan gunung berapi misalnya di tempat-tempat lain itu bala Allah swt?

Datuk, kalau itu lah pandangan orang Islam sekarang maka minta maaf, saya tidak setuju.
Datuk, adakalanya yang Rahmat itu dikatakan azab, mana kita mengenal tuhan? Makanya yang hakiki, kita ini jahil sebenarnya

Bala, bala, bala. Adakah kita meminta diturunkan bala?
Kalau begitu, tuan, tuan mintalah tuan sekeluarga segala keturunan tuan dihapuskan tuhan secepat mungkin. Ameen.

Datuk, apa mereka tidak tahu dan tak faham Al-Fatihah yang di baca setiap rakaat sembahyang?

Man arafa nafsahu, arafa rabbahu.

Anonymous said...

Kes terbaru membawa kita nostalgia wanita ketuk ketampi, juga berlaku pada hujung tahun. meminta maaf untuk kesalahan yg tidak dilakukan memang perbuatan kurang bistari. Tetapi kes terbaru jelas membabitkan warga asing. Tiadakah rombongan meminta maaf ke Mongolia?

malay-tree said...

Jika ada masih ada lagi manusia yang cuba menafikan senarai diatas sebagai bala balasan Allah swt dengan secara angkuh memberi istilah baru sebagai satu Rahmat Tuhan. Maka jelaslah ia adalah satu idea songsang yang lahir daripada permikiran yang berkecamuk.

Adalah amat malang bila ada sesetengah golongan tidak dapat membezakan diantara Bala dan Rahmat Allah swt.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim dipecat dari Jawatan Timbalan Perdana Menteri ia adalah satu rahmat untuk beliau sebenarnya. Dalam ertikata supaya beliau tidak terlibat lagi dgn segala bentuk kezalaiman atau apa sahaja.

Tetapi jika Pelacuran, Pembunuhan, dan Meningkatnya Kes Murtad, apakah ini satu bentuk Rahmat dalam ertikata sebenar Rahmat?

Saya tidak faham mengapa ada mereka yang begitu dangkal untuk membezakan diantara keduanya. Sehingga dengan angkuh sanggup Berdoa benda-benda pelik kepada ALLAH swt.
Tidak malukah golongan seperti ini mengeluarkan Pendapat Songsang tanpa rasa bersalah?

Wah! Kalau semua senarai hitam diatas (temasuk Melayu Islam menukar agama) adalah satu bentuk Rahmat anugerah Ilahi. Maka saya tertanya-tertanya...bagaimanakah pula bentuk bala dalam ertikata yang sebenar.

Oleh itu patutkah kita terima sajalah "Rahmat Songsang" ini dengan menikmatinya tanpa rasa bersalah dan menoleh seketika mencari puncanya?

Dato' yang dihormati,

Manusia-manusia seperti ini sebenarnya mempunyai hati yang gelap sehingga tidak dapat membezakan diantara Bala Tsunami dengan Rahmat Runtuhnya World Trade Center.

Mungkin mereka terlupa kepada perkataan "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR"

Saya juga turut tertanya-tanya mengapakah dengan begitu mudah melatah menuduh orang lain sebagai tidak mengenal Tuhan sedangkan diri begitu lemah untuk memahami diantara tanda-tanda Bala yang menimpa akibat Kezaliman dan Maksiat semakin berleluasa.

Memang ALLAH swt, adalah Maha Pengasih dan Penyayang. Tapi harus dingat ALLAH swt juga tuhan yang Maha Adil. Jikalau tidak masakan Hancurnya Firaun dan Namrud akibat kejahatan yang mereka kerjakan.

Cuba mendoakan terhapusnya keturunan seseorang hanya mempamerkan kejahilan sendiri. Sedangkan agama islam tidak pernah mengajar kita mendoakan perkara-perkara yang membinasakan...

Merasakan telah mengenal Tuhan dengan Hati yang Terlalu Kotor adalah perkara yang amat menyedihkan.

Bukankah tidak dapat membezakan antara Rahmat dan Bala...merupakan satu bala kepada manusia-manusia yang kononnya merasakan dirinya terlalu bagus tahap tertinggi.

Ia dalah satu konsep yang sama bila sampai satu masa nanti Manusia tidak lagi dapat membezakan diantara Kebaikkan dan Kejahatan. Diantara Dosa dan Pahala.

Apakah bila Tok Guru dan Para Ustaz berdakwah memberi sedikit peringatan tentang turunnya Bala maka Bala Bencana akan benar-benar turun akibat daripada Peringatan Tulus Mereka.

Yang sebenarnya bala turun bukanlah disebabkan oleh Tuan Guru dan Ustaz selalu bercakap tentang Bala, Bala, Bala...

Bala bencana turun disebabkan berleluasanya kezaliman dan Maksiat. Bala turun saat Manusia telah terlupa akan turun Bala dari Allah swt. Disaat manusia tidak lagi bercakap tentang bala...maka disaat itulah Bala datang. Allah swt menurunkan Bala Bencana sebagai satu bentuk peringatan...

Dan kalau ini berlaku...i'm speechless...

Anonymous said...

Dato'

I have been a silent reader of your blog for some time now, and would just like to delurk to say how much I enjoy your writing. I apologise for not being able to write in Bahasa Malaysia as eloquently as you although I am a born and bred (and will probably die in Malaysia) Malaysian. However, of late, I have also been troubled by the matters of this country. To the extent that my husband and I are seriously contemplating of working elsewhere because we feel that we will not be able to achieve our potential in this country which unfortunately still operates on the basis of know-who rather than the know-how. And believe me Dato', nothing is more scary than to be disillusioned by the country that you love.

Anonymous said...

Difahamkan dari bekal kakitangan MM bahawa pihak pengurusan NST hanya ingin bangunkan pasaran akhbar Melayu oleh itu memang ingin alihkan tumpuan pembaca Melayu kepada Metro dari MM. Maka penggantungan ini memang alasan untuk menutupnya selamanya.
JamilahW

share n care said...

Difahamkan dari bekal kakitangan MM bahawa pihak pengurusan NST hanya ingin bangunkan pasaran akhbar Melayu oleh itu memang ingin alihkan tumpuan pembaca Melayu kepada Metro dari MM. Maka penggantungan ini memang alasan untuk menutupnya selamanya.
JamilahW

Anonymous said...

I stand corrected. Alhamdulilah.
(That shiekh is not too bad - sharp nib hurts. No tattoo, though)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).