Wednesday, April 15, 2009

Boikot DUN Terengganu Tindakan Dangkal

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[UPDATE, 16 April] – BEKAS Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, hari ini meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti.


Sementara itu Mahkamah Persekutuan memerintahkan supaya penggantungan 18 bulan ke atas Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir, dan 12 bulan ke atas enam Exco Barisan Nasionalnya dibatalkan.


Dalam keputusan sebulat suara panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Allaudin Mohd Sheriff, memerintahkan yang V Sivakumar, Speaker DUN Perak, bertindak melampaui kuasanya apabila menggantung mereka pada 18 Februari lalu.


[UPDATE, 15 April] -- KHAZANAH Nasional Berhad diarahkan merangka Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators -- KPI) untuk dilaksanakan ke atas Menteri. Penilaian pertama pertama November ini. Soalnya, adakah Khazanah dengan imejnya yang ada sekarang berupa pihak terbaik untuk merangka KPI ahli jemaah menteri?

[Posting Asal]


PEMULAUAN
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh 10 wakil rakyat Barisan Nasional (Umno) minggu ini adalah tindakan dangkal dan hambar.

Ia boleh membantutkan usaha kepemimpinan baru Umno dan negara memperbaiki imej dan prestasinya.

Apa pun alasan 10 Adun BN dari Umno itu – termasuk kononnya “takut dibunuh”—ketidakcerdikan dan kecetekan pemikiran mereka sangatlah memalukan Umno.

Sepuluh Adun itu adalah itu adalah Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Din Adam (Bukit Besi), Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).

[Peringatan Penting: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Masih ada yang tidak mematuhi syarat ini.]

Jelas bahawa 10 wakil rakyat itu tidak dapat membezakan antara pokok dan hutan, antara isu dan tindakan. Ada dua isu yang berlainan di sini.

Pertama tidak setuju dengan Menteri Besar, Ahmad Said. Tidak kiralah tidak setuju yang biasa atau tidak setuju yang teruk sehingga mahu dia digantikan. Kedua memboikot sidang DUN.

Adalah amat menyedihkan dan buruk alamatnya kepada Umno jika 10 Adun itu, termasuk bekas seorang Menteri Besar (Idris Jusoh) terlalu dangkal sehingga tidak dapat membuat perbezaan ini.

Tidak setuju dengan MB adalah isu dalaman Pentadbiran Kerajaan Terengganu dan parti Umno. Masalah ini sepatutnya diselesaikan dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri dan Umno bukannya dengan memboikot DUN.

Memboikot DUN menjejaskan prinsip demokrasi dan konsep perwakilan yang menghubungkan wakil rakyat dengan rakyat jelata yang memilih mereka.

Dalam konteks ini, kita mahu tahu adakah rakyat jelata yang memilih mereka merestui pemberontakan mereka terhadap Ahmad Said atau setuju dengan perbuatan mereka memboikot sidang DUN?

Tindakan mereka dan reaksi Ahmad Said adalah sangat buruk dan amat memalukan.

Justeru itu, adalah tidak memadai bagi Presiden baru Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, setakat mengarahkan mereka kembali menghadiri sidang DUN.

Nasib baiklah pembangkang tidak kuat dalam DUN Terengganu. Kalau kuat, kerajaan BN boleh tumbang. Daripada 32 kerusi DUN, BN mengusai 24 kerusi dan Pas lapan.

Itu pun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, ketiadaan mereka ketika sesi soal jawab pagi semalam telah membolehkan lapan Adun Pas menguasai dewan.

Walaupun 10 Adun yang dangkal itu sudah menghadiri semula persidangan DUN hari ini seperti yang dilaporkan oleh The Star Online, kes ini tidak boleh disapu ke bawah tukar begitu sahaja.

Mohd Najib dan timbalannya Muhyiddin Yassin wajib bertindak tegas mendisiplinkan para pemboikot itu dan mengatasi isu Terengganu agar imej Umno sebagai parti yang lemah dan sedang menuruni cerun ke arah kemusnahan dapat diatasi.

Kalau Ahmad Said gagal atau kurang berkesan sebagai Menteri Besar dan pemimpin Umno negeri, dia wajib beri dia tunjuk ajar dan kalau tak makan ajar, parti wajib bertindak tegas ke atasnya, termasuk menggantikan dia dengan orang lain.

Bukankah ini janji Mohd Najib melalui penilaian key performance index (KPI) dan ikrar rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Mohd Najib dipetik sebagai berkata keadaan di Terengganu bukanlah “krisis yang teruk” (full-blown political crisis). Tetapi apakah beliau akan menunggu sehingga nasi menjadi bubur baru hendak bertindak tegas?

Dakwaan 10 Adun Umno yang dangkal itu bahawa nyawa mereka dalam bahaya mengingatkan kita alasan yang serupa yang diajukan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim, apabila dia lari berlindung di Kedutaan Turki tidak berapa lama dulu.

Janganlah pembesar politik kita, tidak kira daripada BN, PKR, Pas atau DAP, sengaja mengada-adakan alasan bagi menghalalkan tindakan mereka yang dangkal dan bacul sehingga memalukan bangsa dan negara.

Mengenai dakwaan bahawa Setiausaha Agong Pas, Kamaruddin Jaafar, membandingkan situasi di Perak dengan Negeri Thai dan berkata yang huru-hara boleh terjadi di Perak sekiranya DUN tidak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan, saya kurang pasti.

Tidak kiralah siapa yang membuatnya, tetapi kenyataan seperti ini seolah-olah cuba menghalalkan tindakan keingkaran sivil seperti tunjuk perasaan dan rusuhan macam yang berlaku di Kuala Kangsar Februari lepas.

Setelah lama memeras otak dan mencari petunjuk, Kerajaan PKR Selangor yang hari ini menolak surat peletakan jawatan Adun dan Exco Elizabeth Wong Keat Ping yang gambar bogelnya disebar luas oleh bekas kekasihnya, Hilmi Malik, yang juga penggiat penting PKR. Hilmi sedang dicari Polis.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, berkata Cik Wong akan disuruh mengekalkan jawatan Exco dan Adun Bukit Lanjan dan kembali bertugas serta merta.

Sementara itu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng, berkata jawatan Timbalan Ketua Menteri (1) akan kekal kosong “untuk memberi peluang kepada Anwar menyelesaikan masalah dalaman partinya.”

Jawatan itu kosong apabila Adun PKR Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin, meletakkan jawatan 8 April lalu setelah didakwa menerima rasuah daripada seorang pengusaha kuari di negeri itu. Dia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

“Anwar tidak dapat menyetujui permintaan saya untuk membuat perakuan siapa akan mengisi kerusi Exco dan dilantik Timbalan ketua Menteri (1),” Malaysiakini memetik Guan Eng.

67 comments:

ah soon said...

qadak dan qadar agak nya datuk

TEHrasaCOKE said...

Salam sejahtera Dato' AKJ

Perkataan 'DANGKAL' yang Dato' guna
tu rasa saya 'TAK BERAPA SESUAI 'untuk puak-puak yang boikot sidang DUN tu.

Kalau saya nak tulis apa ayat yang sesuai mungkin kena delete kut...

Hehehe... apa punya wakil rakyat.

ehbeewa said...

Terasa malu juga pabila lebel 'ketidakcerdikan dan kecetekan pemikiran'yang dato gunakan untuk YB kita, tapi kadangkala ada realitinya.

Maaf kata,tk.

Ahmad Nawawi said...

Masalah politik semacam ni tak akan ada hujungnya.. Semua pihak nak menang dan nak menang, nak kuasa dan kuasa.. kerana kuasa itu boleh mengkayakan mereka, boleh memenuhi tembolok masing-masing.. Sebenarnya, siapapun jadi ketua di atas sana, akan ada sahaja salah silapnya.. Hanya kita sebagai pengikut mahupun pengkritik yang bijak memahami realiti dan membuat pertimbangan wajar. 2 x 5 = 13

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dua perkara yang menarik untuk diketengahkan berkenaan isu Terengganu.

1.Boikot DUN atau Parlimen adalah biasa samada bagi BN mahupun PR. Cuma dalam kes ini, peliknya ADUN memboikot sidang yang dikuasai partinya sendiri.

2.Saya tidak pasti yang lain, tetapi Idris Jusoh adalah salah seorang yang memenangi kerusi penting dalam UMNO pada PAU baru-baru ini. Sekali gus menjadi bukti bagaimana pengundian di PAU itu tidak berjaya memilih yang terbaik.

Sebagai orang KT, saya sedar betapa tertunggu-tunggunya rakyat Terengganu bagi PM baru menyerahkan kembali RM3 billion wang royalti.

Lebih parah lagi, peristiwa ini bukan sahaja mengganggu rakyat malah mengganggu PM menjalankan tugasnya.

Yang lain;

Kamaruddin Jaafar, jika benar itu bukan misquote, dia lupa hanya terlajak perahu boleh ditarik.

Kerusi Timbalan Ketua Menteri (1), bila agaknya mantan itu hendak didakwa. Orang mula membandingkan SPRM vs Khalid Ibrahim.

Dalam kes Elizabeth, tak perlu komen. Saya akan merujuk kepada kes MP Gombak dahulu. Jika membanding dengan kes Chua Soi Lek, elok juga sekurang-kurang Elizabeth meletak jawatan dalam kerajaan negeri walaupun tak letak jawatan ADUN.

Keylee Daud said...

KPI pertama sudah kelihatan kekeke....majuk2 ambil balik kekekeke

tabuan said...

"SELAMAT AMAN DAN MAKMUR" ini manifesto Bn dalam Pru12,tapi nampak nya masih belum lagi dapat di laksana.

sri tribuana said...

Tindakan 10 org ADUN Terengganu adalah childish. Mereka tidak dapat membezakan antara peribadi dan official.
Tindakan mereka seperti MIC dan Samy Vellu kerana mereka tahu BN lemah sekarang. Mereka hanya mementingkan cita-cita peribadi, soal parti dan bangsa tolak ke tepi.
Alasan takut keselamatan adalah 'insult intelligent' pengundi dan memalukan UMNO...
tiada alasan lain ke?

Jika pemimpin UMNO dh mcm ni, lambat laun UMNO sendiri akan menuruni lembah kehancuran seperti LDP dan Congress.

Hidup Idris Badawi!

toytian said...

Salam sejahtera dato,
lari topik sikit.
1. Tertib atau tatacara dalam islam banyak mengajar manusia berpolitik,bersosial,berekonomi.
selemah-lemah iman kita tegur dalam hati dan berdoa jadi baik kpd lebih baik.
2. Amanah Tuhan,Kepercayaan rakyat perlu dirakyatkan oleh yang bergelar pemimpin.yb.
3. Penolakan politik dikotak-kotak, agama disuku-suku adalah hasil tangan mike yang meninggalkan kesan kerosakan yang semakin parah.
4. Apa untungnya rakyat dan apa untungnya pemimpin kalau barakah bukan milik kita.
Ayuh dato rebutlah peluang untuk memartabatkan Islam....tiada istilah dalam kamus,agama melayu kecuali Agama Islam.

Yangretibase said...

Salam,
Sebesar kuman pun saya tidak hairan mengapa dan bagaimana berlakunya pemboikotan DUN Terengganu. Saya berasa pasti akan berlaku lagi peristiwa bersejarah yang lebih hebat dan hangat yang akan membakar hangus sehingga terputus talian hayat UMNO Terengganu dalam sedikit waktu lagi. Kita tunggu saja saat dan waktunya.
Saya berani berkata begitu kerana sebagaimana yang rakyat Terengganu tahu, kepala kedua-dua puak yang bertelagah itu sama-sama keras dan sama-sama masam.
Tetapi, yalah, bukankah perangai pemimpin UMNO memang semula jadi begitu? Ada ke pemimpin UMNO yang baik yang boleh dipercayai dan disandarkan harapan oleh rakyat?
Wallahua'lam.

ali allah ditta said...

3 ADUN terima sms tapi pasal apa 10 yang boikot sidang DUN Terengganu? Nak kata depa ini tak cerdik tapi adalah YB.

Kalu nak jatuhkan gomen Ahmad Said,pakatlah dengan PAS. Biarlah PAS bawa usul tak percaya dan 10 ADUN UMNO ini beri sokongan. Dah gerenti gomen Ahmad Said kecundang.

Itulah gimik politik orang yang tak cerdik ini kadang memalukan. Cakap bukan main,hangat-hangat tahi ayam saja.........

Now, Ahmad Said is laughing all the way!

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Memang tepat sekali - idris jusuh & Co. bukan saja DANGKAL bah kan menampakkan sisa2 penyakit pak lah, sil&co... buat keputusan ikut hidung bukan ikut akal! Nampak gaya UMNO/BN tak kemana dengan mereka2 semacam ini... ape ngang teganu kite?

Nizam Arjuna said...

Sebagai rakyat Terengganu, saya berpendapat tindakan itu menunjukkan kebodohan pemimpin yang tak habis-habis memikirkan kepentingan sendiri. Di kala kepercayaan terhadap parti pemerintah baru sahaja hendak dipulihkan, ada pula yang sengaja yang menangguk di air yang keruh. Jika ada yang tidak sependapat pun, banyak lagi cara lain yang boleh diusahakan. Fikir jauh sikitlah tuan2 sebelum bertindak, anda semua dipilih rakyat...

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum. Inilah sebabnya mengapa kita perlu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Kita pernah dengar orang berkata "Orang atas buat jadi tidak salah kita buat sama".
Nampaknya pergolakan peralihan kuasa diperingkat atas telah memberi isyarat ianya bolih di lakukkan di peringkat bawah dengan sewenang-wenangnya. Disamping apa yang berlaku di Terengganu dimana ada YB-YB yang terang-terang tidak lagi menghormati MB mereka,berlaku juga tindakan tidak menghormati MB Perlis melalui adanya YB yang meminta jawatan perhubungan UMNO ditarik dari MB Perlis dan diberi kepada orang lain. Begitu juga di Selangor terdapat juga desakan menarik balik jawatan perhubongan UMNO dari seseorang dan memberinya kepada orang lain.

Ini semuanya menunjukkan tiada persefahaman dan hormat-menghormati sesama ahli UMNO. Jika tiada lagi perpaduan bagaimana orang Melayu lain hendak menyertai atau bersama-sama dengan UMNO untuk apa yang dikatakan memperkasakan Orang Melayu.

Saya berdoa semoga semua wakil rakyat tidak kira apa parti politik mereka bertenang dan tidak bertindak mengikut hati kerana ini adalah dugaan bukan sahaja untuk UMNO tetapi keseluruhan Negara. Kita telah menghabiskan banyak masa mengaibkan sesama kita dan lupa ancaman Allah jika berlaku demikian Allah akan mendedahkan keaibpan kita semua dimata masyarakat dengan tiada berkecuali.

Sekali lagi tiap-tiap pemimpin kita hendaklah mengikuti nasehat YAB Perdana Menteri untuk menumpukan perhatian kepada menyelesaikan permasalahan rakyat dan mengurangkan aktiviti yang boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri yang bolih dieksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain

Petaling Jaya

amoker said...

I wonder why Utusan did not shout derhaka sultan and stuff at the terengganu fiasco?

I think at the end of the day, it is just money!!

kluangman said...

Nyawa mereka sangat mahal berbanding dengan kepentingan rakyat yang mereka wakili, kalau kalau mereka terbunuh, tentulah rakyat di kawasan tersebut akan sukar mencari pengganti seperti mereka.

Roti Planta said...

Dato',
Jika benar pendapat Dato' bahawa 10 ADUN tu dangkal maka selama ini Terengganu berMenteri Besarkan Idris yang dangkallah! Adakah lagi dikalangan 13 ADUN UMNO lain tu yang dangkal? Kesian rakyat Terengganu....

Jangan ludah ke langit Dato, nanti negeri tu juga terlepas hehe

Bye/Roti Planta

keris panjang said...

Salam Dato'
Saya bersetuju dengan pandangan dato' agar krisis yang berlaku di Trengganu diselesaikan seberapa segera yang mungkin agar masaalah tidak menjadi bertambah parah. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dgn menyapu sampah kebawah carpet sahaja. ADUN2 yang terlibat sepatutnya dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat. Apa yang pasti mereka ini tidak sepatutnya dipertimbangkan lagi untuk menjadi calun pada PR13 yang akan datang. Punca masaalah juga perlu segera dikenalpasti supaya "ubat yang sesuai" dapat diberikan. Menteri Besar juga sepatutnya diganti jika prestasi meragukan termasuk kegagalan beliau mengurus negeri dan anggota DUN nya. Sekarang bukan masa untuk berlakon dan bersandiwara lagi kerana parti lawan sentiasa menunggu peluang untuk melenyapkan UMNO.

Roti Planta said...

Dato',

Kalau Anwar susah2 sangat nak pilih ADUN yang setia kepadanya daripada PKR, bagi saja jawatan TKM1 tu kat ADUN PAS yang satu tu.

Bye/Roti Planta

Tinta Hitam said...

Pergolakan didalam UMNo Terengganu adalah disebabkan tiadanya kebebasan bersuara yg sebenar didalam UMNO.Sesiapa yg outspoken mengkritik pemimpin yg berkuasa dianggap pengkhianat dan sepuluh sen tak guna..

Itu sebab ketidak puasan hati ini berlarutan.Sepatutnya proses demokarasi perlu dijalankan sebaik mungkin utk menghilangkan perkara pewrkara kontroversial.

Begoitu juga situasi di Perak.Menteri Besar Perak dijatuhkan tanpa mengikut perlembagaan dan lunas lunas demokrasi.

Org org UMNO yg menganggap diri mereka akan terselamat dari kezaliman UMNO amat silap.Majoriti dari org UMNo menyokong segala perlakuan zalim UMNo pd pihak pembangkang semenjak 50 tahun merdeka.

Perhatikan sekarang mereka sendiri sudah mula menerima kezaliman berkenaan...

Balasan Allah kerana menykong kezaliman?

Melayu Sejati said...

Datuk,

1. Takkan Datuk tak tau lagi, puak-puak ni memang DANGKAL pun. Bukan setakad dangkal tetapi SUPER DANGKAL?

2. Itu sebab nama singkatan untuk puak ni..."Umat Melayu No Otak"(UMNO)

3. Kerja mereka celik mata saja...nak kelentong Melayu.

mamakpenang said...

PKR cuma ada tiga ADUN Melayu dalam DUN Penang. FAirus dah letak jawatan EXCO DAN TKM1. Tinggal dua orang, satu EXCO satu ADUN biasa.Lagipun PKR ada peruntukan dua seat EXCO.

Apa yang susah sangat Anwar nak buat keputusan pasal TKM1. Susah sangat ke nak lantik satu ADUN menjadi EXCO dan yang dah EXCO menjadi TKM1. Lambung duit pun boleh dapat jalan penyelesaian kalau dah susah sangat.

Atau mungkin ada perhitungan lain yang memeningkan Anwar?

Dikhabarkan PKR sedang memaksa Fairus meletakkan jawatan ADUN Penanti untuk membolehkan pilihanraya kecil. Calon yang disebut-sebut untuk DUN Penanti ialah Dr Mansor Othman, orang kuat Anwar yang kalah di DUN Pulau Betong pada PRU lalu. PKR yakin menang di Penanti jika diadakan PRK. Ini akan membolehkan Dr Mansor dilantik ke jawatan TKM1.

Malik Kassim@Malik Itik yang juga EXCO sekarang tidak mendapat kepercayaan Anwar kerana terlalu rapat dengan Guan Eng. Maktar Shapee, seorang lagi ADUN PKR Melayu mungkin dilihat tidak layak untuk jawatan EXCO apatah lagi untuk TKM1.

Wan Shamsudin said...

Dato AKJ;

Kadangkala manusia akan menunjukan sikap 'buruk' dan 'bodoh' tanpa disedari mereka.Inilah contoh contoh yang kita lihat dari sikap Wakil Wakil Rakyat di Trengganu. Mereka adalah Wakil Rakyat yang di pilih olih Rakyat untuk mewakili Rakyat, membangunkan dan membaiki cara hidup Rakyat terutama bagi Kawasan yang mereka wakili.

Siapa yang untung didalam TINDAKAN ini? Mereka? Rakyat? Atau Parti Pembangkang?Harapnya mereka tahu jawapannya.

Sebenarnya, Wakil Wakil Rakyat ramai lupa DARATAN.Apabila pegang jawatan mereka lupa yang mereka itu dipilih olih Rakyat. olih kerana sikap itulah mereka anggap mereka BESAR, dan ada yang "BESAR KEPALA."

Perkara ini bukanlah'kecil'dan ianya perlu diambil secara 'serious' olih Presiden Parti kerana ini menunjukan kelemahan Pemimpin Negeri yang tidak pandai menguruskan Negeri dan menunjukan 'kekurang ajaran' Wakil Wakil Rakyat UMNO di Trengganu.Saya amat malu dan sedih kerana saya adalah anak kelahiran Trengganu.
Jika Perdana Menteri dan Presiden UMNO bercakap tentang KPI, maka saya yakin akan gagal, kerana Key Performance Indicators bermula dari sikap dan perangai dan tanggung jawab sesaorang.Seorang Pemimpin yang BAIK akan mempunyai PERANGAI dan tingkah laku yang baik.Ini menunjukan mereka tidak punyai sifat sifat yang baik sebagai Pemimpin dan Wakil Rakyat.

" Change cannot take place without champions with passion to drive the change agenda.Change cannot take place if one fears rocking the boat. Sometimes one might even need to capsize the boat and lose some crew members because intense resistance will come from those fearful of change"

Nik said...

Dato'

Inilah Pertama Kali saya dapat melihat Najib dengan "Straight Face" memberitahu bahawa Krisis Terengganu bukan krisis yang perlu dirisaukan....
Syabas kerana kemahiran beliau menonjol "Straight Face" tersebut sampai ketahap yang boleh dikatakan "Fine Art".

DPM pulak suruh mereka yang terlibat datang jumpa dia....
Macam Raja suruh hamba datang menyembah!.

Kalau Pembangkang sudah tentu bergegas kesana...

Kalau begini bulan pertama pegang jawatan DPM dah tak dapat lulus KPI.

Hai...Apa Nak Jadi Dato'

Orang bertanya Macam mana nak buat 1Malaysia kalau 1UMNO pun tak terkawal.

Mana dia Keberkesanan Pemimpin UMNO? Nak Tuduh Abdullah Badawi dia dah tak ada.......

Anonymous said...

Datok
saya gembira dengan ulasan Datok mengenai fenomena politik dari terenganu,perak dan selangor,pandangan saya;
1.kes perak,saya khuatir bagaimana zambry akan mentadbir perak dalam rakyat menolak beliau.adakah beliau boleh lagi bersandar kepada 3 adun yang melompat itu setelah kalah di bkt gantang.beliau sendiri masih menunggu mahkamah menentukan status MB.kesan kepada umno perak amat negetif.Najib perlu bertindak agar umno perak setidak2nya orang2 tua melayu boleh menjadi ahli lagi
2.Terengganu ,saya setuju Najib perlu ambil tindakan terhadap kumpulan 10,khususnya si ideris jusoh.dia dok sembang umno berjuang dengan ikhlas,sanggup berkorban, untuk akhirat,rakyat segala2nya, dll.alih2 kes macam tu pun dah nak boikot,kalau jatoh t'ganu(majoriti melayu) kat pas maka umno akan disebut sbg contoh saja.dulu,puak deris saja kaut projek.semua orang tahu.tak boleh kah dia bagi peluang kat ahmad said mentadbir?
3.selangor, saya setuju tindakan khalid mengekalkan khidmat yb Eli,prestasi kerjanya masih baik dan cemerlang,saya amat sedih dengan si hilmi(melayu dan islam)perangainya mengalahkan abu jahal.
4.kesimpulan: politik negara kita semain menarik dan cemas,umno/bn maish bersedih,pas dalam mesyuarat pemilihan,banyak kejutan,kabinet baru tak nampak lagi apa beza dengan dulu,najib nampak amat berhati2 hingga keputusan tergantung2.muhyiden nampak takut2 dan gayat sebagai tpm.apa pun semoga allah memberkati semua. amin. sekian.zmy

abdullahngah said...

Masih ramai rakyat negara ini tidak tahu perangai sebenar orang Umno atau mereka pura pura tidak tahu.

Apakah yang dilakukan oleh Mohd Najib terhadap orang Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah menjawat jawatan perdana.

Barangkali semua maklum apa dilakukan oleh Najib kepada Tun Abdullah.

Seramai 34 orang orang Tun Abdullah di ketepikan.3 diperlis,1 di Pulau pinang, 1di Melaka,7 di perak, 3 di negeri sembilan, 1 di wilayah, 2 diselangor, 6 di Johor 6 di pahang 3 di Terengganu.Kalau mereka mahu sudah barang tentu dapat menukar kerajaan BN kepada kerajaan PR. Kalau mereka mahu.

Demikian juga dengan apa yang berlaku di Terengganu. itulah perangai orang Umno.

cantas mencantas satu sama lain tidak boleh hapus sampai bila bila.

Mungkin sampai kiamat pun perangai itu terpahat kejat dalam hati orang Umno.

mungkin ada yang masih ingat dengan apa yang dilakukan oleh Tan Sri Wan Mukhtar pada Datuk Nik Hassan.

difahamkan, tindakan itu jenamanya ialah "dendam".

Dendam inilah dijadikan amalan orang Umno baik sesama sendiri atau orang yang bukan ahlinya.

Selepas itu tiada ada seorang pun orang Nik Hassan diberi peluang untuk jadi calon bertanding.

Demikian juga dengan boikot DUN yang dilakukan oleh orang Idris Jusoh.

Orang memiliki sifat dendam walaupun bijak sekalipun mereka tetap jahat.

Mereka tergamak melakukan apa apa sahaja demi mencapai matlamat yang dicita citakan.

Idris Jusoh yang tidak mendapt perkenan sultan untuk dilantik sebagai menteri Besar kali kedua walaupun pernah pasrah, tapi beliau tetap simpan dendam kesumat.

Termasuk 22 orang. hatta 10 EXCO yang dilantik oleh Ahmad said.

Mereka ini bukan sahaja muak atau nak muntah tengok muka Ahmad Said, malah mereka mahu jatuhkan juga walau dengan cara apa sekalipun.

Ahmad Said tahu. Datuk Seri Najib pun tahu. Tun Mahathir tahu. Tun Abdullah pun tahu. Mahyiddin pun tahu.

Oleh itu aapa yang disebut rakyat didahulukan itu suatu pembohongan.

Tun Mahathir ketika mula jadi perdana menteri cakap begitu, Tun Abdullah ketika mula mula jadi perdana menteri cakap begitu juga.

Tapi apa yang berlaku. Amalannya tidak perdi kemana. Rakyat didahulukan tetap berlaku. Tapi kepada rakyatn yang sokong BN sahaja.

Di Kelantan, baja padi berlanbangkan dacing tidak diberi kepada rakyat yang sokong PAS.

Di Terengganu atap rumah warna biru tidak diberi kepada orang miskin yang sokong Pas. Apakah dia bukan rakyat.

Sifat Dendam ini jadi milik orang Umno. sama sama umno pun dendam mendendam boleh berlaku. Apa lagi kepada orang bukan Umno.

Untuk makluman, undi tidak percaya terhadap Ahmad Said sebenarnya bukan khabar angin sepertimana yang disebut kebanyakan media.

Oleh kerana yang hendak buat usul undi tidak percaya itu sudah dapat baca apa yang berlaku keatas diri mereka jika menteri mengadap Sultan memohon dewan dibuburkan.

Ini telah dijelaskan sendiri oleh Ahmad said dengan katanya sesiapa yang buat usul tidak kepadanya akan dipecat.

reaksi Datuk Rosol Wahid berkata, menteri besar tidak boleh pecat ADUN dan keahlian Umno seseorang.

Betul menteri besar tidak boleh pecat ADUN dia tidak ada kuasa, tetapi dia ada kaedah untuk pecat mereka yang terbabit apabila DUN dibuburkan.

Pilihanraya akan diadakan dan calon calon yang akan bertanding pasti ditangan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Pengerusi boleh menentukan siapakah calon 32 DUN dalam pilihanraya itu nanti.

Sudah tentui yang terbabit itu tiada nama didalam senarai nama nama calon dalam pilihanraya itu nanti.

Inilah yang membuat mereka yang merancang untuk keluar notis usul undi tidak percaya kepada Ahmad biokot Dewan dengan alasan 3 orang adun ada menerima SMS ugutan bunuh.

Ugutan bunuh sudah dijadikan alasan kuat yang dia biokot Dewan dan meminta jaminan keselamatan. Apabila ada jamin baru mereka ahadir semula dewan.

Jaminan itu datang daripada Najib Razak yang juga memiliki sifat dendam yang menyebabkan Khairy yang menang ketua pemuda tidak dilantik apa apa jawatan, sedangkan naib ketua Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Demikianlah apa yang berlaku di Terengganu. Idris Jusoh tetap menyimpan dendam kesumat terhadap Ahmad said. Ahmad said pun demikian.sebab dia orang Umno.

sama sama kita tengoklah dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

OKJ said...

Salam DAKJ

Tiap hari ada je isu sensasi. Untunglah tauke-tauke paper sekarang ye Dato’. Sekarang sibuk dengan isu MB-MB pulak.

MB Selangor telah mempelawa YB Eli semula. Alasannya; polis masih lagi tidak dapat menyiasat walaupun telah diakui sendiri oleh tuan punya body. Sebagai parti yang chiefnya pun bermasalah moral, saya tak pelik pun. Dah ditakdirkan sejak azali penubuhannya begitu. Moral –terutama yg XXX – jangan ditanya. Ialah, pintu belakang pun boleh, inikan pintu depan, kahwin ke tak, sedekah sex, semua jalan. Pengikutnya makcik-makcik tua ‘perimenopause’ tetap sokong dan tersengeh-sengeh sebab dapat masuk TV. Cuma saya nak tunggu fatwa dari parti Islam apa yang nak dikelentong lagi kali ni. Saya nak pesan sikit, ramai penyokong fanatik dan tegar kat luar sana tu. Dan mereka akan ikut je apa yang dicakap pemimpin termasuklah berkawan dengan syaitan. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Dahlah diri sendiri berdosa nanti, nak tanggung dosa pengikut-pengikut tegarnya lagi. Hukum Hudud bukan untuk orang Islam je. Hukum hudud tu untuk semua manusia yg ada akal Lainlah kalau dah gila ke, nyanyuk ke. Politik politik jugak, tapi kalau ajar ajaran songsang untuk kepentingan sendiri, apa hukumnya ??? Ingatlah sikit seksaaan di kubur nanti.

Macam Pak Belalang kata, Melayu sebenarnya tak penting langsung bagi kabinet bukan saja kat Penang tapi dekat Perak dulu dan juga Selangor. YB Melayu hanyalah untuk cukup syarat je. Tak diisi pun tak pe. Tapi YB Melayunya tak sedar diri, kena tindik hidung, kena ulang cakap macam parrot, kena bersidang bawah pokok, kena setuju walaupun dipermainkan agama sekalipun, Malah isu BABI pun OK je. Bila bercakap je, mesti sebut kesaksamaaan. SO sekarang nampak clear ke ‘keTAKsaksamaan’ tu. Kalau tak nampak lagi tak tahu nak cakaplah. Punyalah bahlul. Kata nak tutup diskolah, kilang todilah, rumah pelacurlah, habuk pun tarak. Samada memang tak tahu apa yang dia tak tahu macam Pak Pandir atau buat buat tak tahu macam Poker face.

To MB Tgganu; sepatutunya YB siapkanlah highway yg tak siap-siap tu dulu, barulah tunjuk belang. Yang selebihnya, tak baik menuduh melulu. Kita serahkan kepada orang Tgganu. Sekian , TQ.

Anonymous said...

Datuk AKJ,
Sangat sangat memalukan bila ADUN Kerajaan memerintah memulaukan Sidang Dewan Undangan Negeri semata mata takut ugutan SMS yang diketahui siapa penghantarnya.
Dewan bukan arina untuk melepaskan geram atau marah terhadap pemimpin parti. 10 orang ADUN itu membuktikan mereka tidak layak mewakli rakyat dan mereka sepatutnya letak jawatan supaya dapat diadakan pilihanraya lagi sekali.
Dzulman, Shah Alam.

Anonymous said...

Dato'

Another day, another stupid move by UMNO people. It's business as usual. Same old, same old.

I'm beginning to think that UMNO is really a lost cause and we're flogging a dying horse.

Looking at the list of the cabinet members again, Najib has not really empowered himself with smart and fine people who have proven track records. Malaysians usually end up with the short end of the stick since our leaders are handpicked and not those who have emerged under their own steam as leaders with excellent leadership skills . I guess we can expect more shenanigans from our handpicked leaders in the near future. It's a no brainer.

Our leaders remind me of the story of the naked emperor. As we can see, there are way too many clueless naked emperors running around in this country.

Tsk! Tsk! Tsk!

Melati

pakbelalang said...

My personal opinion about Ahmad Said as Mentri Besar of Trengganu is that he is not the right leader to helm the state administration, period.

I think he is still suffering from "kejutan budaya" after being appointed as Menteri Besar to replace Idris Jusoh.

Maybe he is also suffering from inferiority complex. There is something that is lacking in his personal traits.

Looking at the latest political development in Trengganu, I think Ahmad Said is facing personality clash and is unable to get the respect due from most of his BN colleagues because of the way he carries himself as Menteri Besar.

Najib and Mahyuddin have to step in and resolve quickly this leadership crisis in Trengganu.I believe the situation would become more serious if there are "invisible" hands getting involved in the crisis.

It does not augur well for state BN if the problem continues to drag on indefinitely without concrete solution.

Trengganu has got a lot of potential to progress faster than any other states especially in tourism sector. But unfortunately the state leader running the show is not able to have the right vision and take advantage to capitalise the natural resources that are "freely" available.

It looks like the present Menteri Besar does not have the "intellectual" capacity to move the state forward. What a pity!!

Anonymous said...

Salam Dato,

Kalaulah kejadian yang menimpa di DUN Terengganu itu terjadi dimana-mana negeri Pakatan Rakyat maka melalak dan meroyanlah media cetak (BH, Utusan, NST) dan media elekronik (TV3 dan RTM). Spin doktor pula sibuk mengasah pena mereka, mungkin untuk tiga hari,tiga malam.

Tapi kejadian ini bukan hanya dipandang low profile aje oleh media arus perdana, malah dibuat penafian seolah-olah tiada boikot yang berlaku.

Tulisan Dato pun dah mula menonjolkan kepincangan kerajan PR. Hai nak bodek kepimpinan baru ke atau ada intai-intai projek?

Anak Bayan.

wariq said...

Paku dulang paku serpih
kata kat orang kita yang lebih
Setiap orang ada kurang ada lebih
macam mana nak berubah.
selagi penyakit hati menguasai diri sampai bila tak berubah.
Tunggu kuasa rakyat yang akan megubah.

anak parit said...

Tidak mengiktiraf Ahmad Said sebagai menteri besar bila cubaan membuat undi tidak percaya DUN bolehlah dikategorikan sebagai menderhaka terhadap DYMM Sultan.
BN/UMNO lawan UMNO/BN...
satu lagi lawak UMNO yang pecah tembelang bila mana isu menderhaka yang digembar-gembur di Perak , muncul semula di Trengganu.
Di Perak PR lawan BN, itu suatu yang lumrah bila kerajaan lawan pembangkang.Di Trengganu itu merupakan suatu yang pelik tapi benar.
Golongan yang tamak kuasa ingin merampas dari golongan yang dipercayai oleh Sultan.
Inilah transformasi yang di laungkan UMNO..UMNO memang dah berubah...

Anak Parit

berasiam said...

Salam Dato' AKJ

Malang sungguh UMNO kerana selepas setengah abad menguasai politik negara, hasilnya adalah pemimpin yang tidak memahami peranan mereka dalam alam demokrasi yang mereka terokai sendiri. Ternyata kepentingan diri telah menguasai jiwa di kalangan ramai pemimpin UMNO sehinggakan isu maruah diri serta kepentingan parti sudah tidak menjadi keutamaan mereka. YB DS Idris Jusoh merupakan aktivis mahasiswa di USM sementara YB Ramli Nuh juga pemimpin mahasiswa (yang cenderung kepada PAS) di UKM semasa zaman kemahasiswaan mereka. Dengan kata lain, mereka bukanlah orang yang baru berjinak dalam politik apabila aktif di dalam UMNO semata-mata. Oleh yang demikian, adalah mendukacitakan apabila mereka juga terlibat dalam kejadian yang menyerlahkan kedangkalan politik masing-masing ini.

Ternyata mereka lebih mengutamakan kepentingan diri dan membelakangkan keperluan parti serta prinsip asas demokrasi supaya mendokong dan menyokong kepimpinan yang telah dipilih. Mungkin Lembaga Disiplin UMNO boleh melakukan siasatan kerana tindakan mereka menjejaskan parti dan ini jelas disebut dalam Perlembagaan. DSN dan TSM perlu tegas menangani unsur-unsur sebegini melalui segala saluran yang ada. Bukan politik wang sahaja yang melemahkan parti tetapi sikap sebegini juga tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Mustapha Ong said...

Dear Datuk KJ,

Assalumualaikum. Pada pagi Khamis ini menjelang ke malam jumaat nanti, yang penuh dengan rintihan dan impian seribu malam itu, biarlah saya mencurahkan pendapat saya yang baik daripada hati ke hati yang kerdil ini.

Tapi, sebelum itu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana Datuk telah sudi menyebarkan tulisan kerdil saya itu, yang dikaitan dengan pertemuan "yang tidak dirancang itu di antara Pak Lah dan Anwar Ibrahim" (menjamu selera Arab di Gombak tempoh hari itu).

Alhamdulillah syukur disamping itu juga dapatlah saya diberi ruang untuk membetulkan persepsi kawan-kawan serta musuh dalaman saya mengenai konon nya "penglibatan" saya di WDC selaku orang yang suka mengampu Wira Kenegaraan kita yang tercinta, iaitu Tun Dr Mahathir seorang insan jaguh yang sememang nya rakyat susah nak lupakan, jasa dan kewatakan beliau selaku PM Malaysia yang berkuasa selama 22 tahun di bumi bertuah Malaysia ini.

Maaf lah jika kita cerita hal Mahathir, sudah tentu bibir kita tidak boleh berhenti, sama ada hujah nya itu baik, buruk, positif mahupun negatif terhadap kelakuan kontroversi beliau yang masih mempunyai tarikan rakyat yang begitu hebat.

Lihat aje semalam di Majlis pelancaran kereta generasi kereta MPV Proton Xzora.Apabila disebut sahaja ungapan "terima kasih dan penghargaan" kepada Tun Mahathir atas jasa beliau yang telah mengilhamkan industri kenderaan negara dengan jenama "Proton", semua yang hadir telah memberi serokan dan tepukan gemuruh yang begitu tulus dan ikhlas. Bahkan kita yang berada dihadapan kaca TV itu semasa menonton pelancaran itu pun terungkit dan memberi serokan yang sedemikian.

Tun Mahathir memang hebat berlaka dan kenyataan ini bukan dari seorang "kaki ampu" yang telah difitnahkan oleh segentir bloggers.Tahniah Pak Tun Mahathir dan Mak Tun Siti dari saya yang kerdil ini. Juga tahniah kepada Sdra Muhkriz yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI.

Nak cerita hal gelombong politik hangat-hangat tahi ayam itu di DUN Terengganu telahpun dianggapkan telah selesai. Jika tidak, ada kemungkinan jua Tuanku dikatakan telah murka kebawah prestasi MB yang berkuasa masakini.

Kita hanya tunggu dan lihat dan seandai nya Tuanku terpaksa bercampur tangan dalam hal politik sekali lagi dibawah pentadbiran PM Najib.MB yang baru telah "on standby kut" dan siapa dia, kita harus tunggu dan lihat.

Sesungguh nya saya bukan dari Terengganu, harap dipetunjukkan seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat, dan berwawasan atas landasan "Konsep Satu Malaysia dengan pendekatan membina fikrah Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

ZURICH AL Qaaf said...

TIADA...MB.YANG.DAIF/SELAIN YAB AHMAD SAID...
DIA DI LANTIK DENGAN KERINGAT DAN AIR MATA...SEMASA SAYA KUNJUNG HORMAT DI PEJABAT NYA...DIA MENJAMU SAYA NASI DAN IKAN KELI "NAL KENAL MAKAN IKAN KELI NI KERANA IKAN KELI BOLEH HIDUP TAMPA AIR" KALAU ORANG NAK BUNUH POLITIK
KITA LAMBATLAH SIKIT MATI"

UMNO ZALIM BUAT AHMAD SAID ... DEMI ALLAH DAN RASUL ....SAYA BANTU DIA DAN DIA MASIH HIDUP ...BOLEH KITA TANYA DIA
SALAM ZAINAL ABIDIN AWANG KECHIK

Anonymous said...

Bak kata P.Ramlee...alif...mim...nun...wau..SARKAS !

Raduan

cayman said...

Anonymous said...
Salam Dato,

Kalaulah kejadian yang menimpa di DUN Terengganu itu terjadi dimana-mana negeri Pakatan Rakyat maka melalak dan meroyanlah media cetak (BH, Utusan, NST) dan media elekronik (TV3 dan RTM). Spin doktor pula sibuk mengasah pena mereka, mungkin untuk tiga hari,tiga malam.

Tapi kejadian ini bukan hanya dipandang low profile aje oleh media arus perdana, malah dibuat penafian seolah-olah tiada boikot yang berlaku.

Tulisan Dato pun dah mula menonjolkan kepincangan kerajan PR. Hai nak bodek kepimpinan baru ke atau ada intai-intai projek?

Anak Bayan.

12:14 AM
Biasalah budak-budak PKR dengan PAS yang bertuankan DAP. Asal cakap benda yang tak elok (tetapi benar) pasal diorang, mulalah melalak macam anjing. Terimalah realiti, ingat Anwar Ibrahim tu taraf wali ke?

Anonymous said...

this is the signal for the end of umnoe. what najib needs is total overhaul or be put to rest. do believe in karma.

lann-b.

-WADAH- said...

Assalamualaikumm...
Penulis pernah menulis dan malah akan mengulangnya. Sebab persepsi rakyat terhadap BN buruk, apa sahaja yang BN buat tetap akan nampak buruk. Lebih lah lagi mereka pula yang tiba-tiba "boikot" DUN.

Pepecahan yang tidak boleh nak elak lagi....

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

1 malayISA atau 1 umno????

nampaknya KPI CM* sudah mula mencatatkan markah terendah

kalau umno sendiri CM*/presiden party gagal menyatu-padukan inikan negara malayISA berbilang kaum

so CM* kamu mungkin gagal untuk subjek yg pertama!!

HAMBA ALLAH

clean said...

maaf off topik..tapi topik tetap berkait dengan dangkal la jugak..

"Terima atas keputusan (kerajaan Selangor itu)....kita akan mengeksploitasi isu tersebut," kata Ketua Pembangkan Selangor ketika diminta mengulas keputusan keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan, menguntung Barisan Nasional (BN).

SEMOGA EKONOMI SELANGOR MAJU DAN MAKMUR ATAS TINDAKAN MULIA KETUA PEMBANGKANG SELANGOR YANG TURUT MENDAPAT LIPUTAN MELUAS AKHBAR ARUS PERDANA.

TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.

P/S: nasib baik org mentaliti mcm ni tak jadi ketua pemuda UMNO.

Wan Shamsudin said...

Dato AKJ yg dihurmati;

Amat terkejut saya apabila membaca dan mendengar bahawa Khazanah Nasional diamanahkan olih PM untuk membuat kertas kerja mengenai KPI(Key Performances Indicators)yang akan di gunakan untuk mengukur prestasi Menteri Menteri,Timbalan Menteri dan Ahli kabinet yang lain.

Apakah Khazanah melalui Azman Mokhtar benar benar layak dan terlalu baik daripada yang lain yang ada di Negara kita ini.

Apakah prestasi GLCs' dibawah Khazanah benar benar baik? Apakah ukuran keuntungan sudah memadai bagi PM sehingga Khazanah Nasional diberi kepercayaan tentang KPI?
Apakah keuntungan GLCs'yang hanya bergantung pada kenaikan tarif seperti TNB dan Telekom diambil kira sebagai syarikat baik dan dipimpim olih CEO yang cemerlang? Apakah tidak ada 'kriteria' lain sebagai ukuran?

KPI ini bukanlah suatu perkara kecil, dan ianya MESTI melibatkan banyak lagi PAKAR PAKAR yang benar ARIF didalam perkara ini.Ini bagi saya, mesti melibatkan KSN, Jabatan Integriti, JPA dan juga pakar pakar akedemik.

Sepatutnya KPI ini juga dibuat keatas Khazanah Nasional dan GLCs' agar prestasi mereka bolih di pantau.Apakah semua GLCs menguntungkan? Apakah prestasi Khazanah ini bolih kita banggakan? Apakah Negara kita sudah ketandusan orang bijak pandai?

Kata William Shedd ' A ship in harbour is safe, but that is not what ships are built for'.
Tengok saja pada pelaburan luar Negara olih Khazanah Nasional. Apakah pulangannya? Kita bercakap tentang Globalisasi. Apakah mereka tahu bahawa peranan 'cross culture juga berperanan penting untuk globalisasi.Jika di kaji tentu ada silapnya, tapi kebanyakan silap itu dapat di tutup olih orang orang tertentu.

Saya cadangkan PM dan Ahli kabinetnya belajar dan baca buku karangan olih Jon M. Huntsman yang bertajuk " Winners Never Cheat'.

sujini said...

Tn Hj.Kadir,

1. Belum pun sebulan Perhimpunan
Agong UMNO berlalu dimana kata-
kata Presidennya masih lagi
teriang-riang di telinga hamba
tapi sudah ada hulubalang-
hulubalang yg telah murkakan
Tuan Presiden.

2. Apakah yang hadir pada
perhimpunan tersebut sekadar
melihat Pertandingan
Perbahasan diantara penuntut-
penuntut tua?

3. Adakah hanya setakat memberi
tepukan jika ada yang menyentuh
hati dan gelak ketawa jika ada
yang lucu?

4. Apakah mereka(10 ADUN) ini
tidak faham atau buat-buat
tidak faham mesej yg dilaung-
laungkan oleh Tuan Presiden?

5. Adakah mereka bertindak secara
peribadi atau diarah oleh Tok
Dalang?

6. Walau apa pun,hamba setuju
dengan pendapat Tn.Hj.bahawa
Tuan Presiden perlu membuat
kaji selidek apa yang
sebenarnya berlaku sebelum
tercutusnya insiden 10 ADUN
menyorok dalam bilik Hotel
ekoran menerima ugutan bunuh.

7. Sekiranya tidak ada
permasalahan dalam parti
masakan terjadi peristiwa
menyorok diri akibat ugutan
bunuh.

8. Selepas PRU 12, Trengganu dan
Perlis adalah dua negeri dimana
pemilihan MB oleh kerajaan
pusat telah ditolak oleh Sultan.

9. Jangan sampai penyakit ini
merebak ke negeri Indra
Kayangan.

10. Tn.Presiden dan Panglimanya
harus menyinsing lengan dan
menangani sebarang permasalahan
secara menarik rambut didalam
tepung, rambut tak putus
tepong tak berselerak.

Mamai said...

KPI saya dah gunakan sejak tahun 1996 lagi, dulu panggil KRA bukan KPI tapi benda yang sama.....
Persoalannya siapa yang akan menetapkan KPI.

Dah tahu lama pun kebanyakkan orang dalam UMNO ni kurang cerdik

Anonymous said...

Agaknya yg 10 ni lupa akan kain rentang NATANG tak sampai setahun lalu - mereka ni lah MELAYU YG MUDAH LUPA.

Jika berlaku undi tak percaya terhadap MB, adakah Sultan akan terima mereka ?

Pelajarilah dari sejarah supaya kita tidak mengulanginya semula.

Nani Cheras

Bung Aziz.Sabah. said...

Dato Kadir.

Khazanah nak bantu Kerajaan buat KPI model untok di gunakan menilai performance.

Kenapa Najib nak buang masa dengan KPI Index untok menilai menteri2nya.Can he sack or replace Subranmaniam dari MIC jika ia tak perform.Jawabnya tak mudah.Mana ada MIC leader lain yang boleh gantinya.

Bolehkah najib sack Zahid Hamidi,Hishamuddin or Shafie Apdal.jika mereka tidak perfom.Sukar >Najib bukan Lee Kuan Yew.PAP boleh menukar sabarang pemimpin dan menterinya kerana mereka di lantek sacara cadre system bukan cara pilehanraya saperti UMNO dan MIC.

Saya takut nanti Najib jadi bahan mainan Pembangkang sahaja.

SuaraTemasek said...

Sekali lagi wakil yang dipilih oleh rakyat untuk melahirkan aspirasi massa memilih untuk menjadi "badut" di dalam "sarkis" yang mereka sendiri cipta.

mad said...

saya setuju dgn datuk, bahawa 10 org yb itu memang dangkal. seharusnya mereka meletakkan saja jawatan sebagai protes, barulah rakyat respek dgn wakil2 umno/bn. lagipun tahun ini kan 'tahun pilihanraya malaysia'.

yb fairus pun sudah mengosongkan kerusi dun dan tak lama lagi akan ada satu lagi pilihanraya kecil. hip hip hooray

bro brotherhood, said...

Salam DKJ,

Ur rite bro, y khazanah? y not ISIS??..wat else can I say,..heheh..(",)

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

perletakan jawatan fairuz adalah satu keputusan tepat dan berhemah

walaupun beliau ada pilihan lain yg lagi lumayan, tapi beliau memilih utk mengosongkan kerusi penanti....kredit utk beliau

persoalannya, bersediakah bn untuk menghadapi kekalahan demi kekalahan, nampaknya KPI CM* akan merudum lagi selepas isu dun terengganu

berbalik kpd isu perak, bn akan membilang hari2 yg mendatang, yb2 bn pasti tertunggu-tunggu kad jemputan ke majlis persidangan, kalaulah tuan aru tidak mahu buat persidangan sehingga 13/5 bagaimana ya??

p/s : syukurlah adun bn terengganu telah berani pergi ke persidangan, mungkin muyidin ada beri tangkal kebal kalis peluru agaknya....>.<

HAMBA ALLAH

Roti Planta said...

Dato',
Bahana lantik Menteri berfikiran 'lama' bila Rais Yatim tidak membenarkan RTM menyiarkan apa2 berkenaan Kumpulan 10 di T'ganu itu. DS Najib nak baru2 ini nakkan media lebih bebas tapi Rais nak kontrol media seperti tahun 60'an atau negara2 komunis.

Rais,Rais..., kalau RTM tak siar pun, rakyat lebih tahu malah boleh menyebabkan rakyat malas nak terngok berita RTM dan beralih kepada berita alternatif. Siapa akan rugi!

Bye/Roti Planta

Anonymous said...

Meluat ... seperti yang dijangkakan ... penjawat UMNO tidak berubah, mereka hanya pentingkan diri sendiri.

Muak ... sudah lebih satu tahun pilihanraya, Negara masih dihantui kemelut politik, jawatan dan kuasa. Siapa yang betul-betul menyusuri janji-janji pilihanraya?

Letih ... kita masih jauh dari dewasa dalam membina Negara.

Sayangmalaysia

A KADIR JASIN said...

Sdr Roti Planta, antara lain, menulis:

"Bahana lantik Menteri berfikiran 'lama' bila Rais Yatim tidak membenarkan RTM menyiarkan apa2 berkenaan Kumpulan 10 di T'ganu itu."

Sila ambil maklum laporan berikut daripada Malaysiakini:

"Government-owned television station RTM did not blackout the Terengganu political issue as reported by Malaysiakini yesterday, said Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim this morning. Full story at Malaysiakini.com"

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato',
PM Najib sepatutnya segera KPI kan MB Trengganu, MB Perlis, MB Pahang, KM Melaka, KM Sabah, KM Sarawak, MB Johor dan MB N9.

Beranikah PM Najib melucutkan jawatan- jawatan mereka yang berada di dalam kuasa Presiden UMNO. Kalau PM Najib 'kurang berani' ataupun dah terkena wabak 'koro', tak payahlah KPI kan kabinet beliau yang terdiri daripada komponen BN. Belum KPI kan lagi , MIC dan MCA dah bernada sumbang.
Beranikah PM???

Anak_Malaysia

Anonymous said...

dahlah ponteng kerja, lepak pulak dengan geng kat hotel lepas tu panggil tv tunjuk muka akulah kaki ponteng

kalau pegi lawat kawasan masa tu kan lebih elok, pura-pura sikit nak lihat masalah orang kampung baru nampaklah cerdik sikit

malas nak kerja letak jawatan, buat semak trengganu je

zulkifli

Anak Malaysia said...

Dato',
Dari pemerhatian saya,

Dah setahun kita menghadapi PRU 12,PR dan BN tak habis-habis berpolitik, masalah ekonomi masih jauh dari jalan penyelesaian walaupun PM dah umumkan dua pakej penyelamat.
Keyakinan pelabur untuk masuk ke dalam ekonomi Malaysia masih dalam keadaan kabur.Agak pelik bila stimulus pakej yang diumumkan tidak mampu menarik minat pelabur untuk terus menabung di Malaysia, situasi yang berbeza dari zaman TUN bilamana pakej rangsangan diumumkan , indeks naik, keyakinan pengguna dan pelabur naik. Bila DSNTAR umumkan pakej, yang naik hanya harga barang, inflasi, pengganguran dan semua perkara yang tak sedap didengar.
BN dan PR hanya tahu menganjurkan PRK yang dah berjumlah 5 kesemuanya, PR 4-BN 1 dan akan bertambah satu lagi untuk DUN Penanti.
Rakyat dan pengundi semakin bosan (kecuali penyokong kuat mereka yang suka) dengan parti Pakatan Rakyat dan BN yang tak sudah-sudah menuduh , berlawak dan caci mencaci antara mereka bila berlakunya PRK.
Sampai bila nak berkesudahan dan mula membuat kerja?
Ekonomi makin merudum, hilang kerja dah tak terkira, harga barang terus melambung.. bila nak berakhir??
Rakyat makin terhimpit....
Wahai YB-YB..sedarlah..bangunlah..
segeralah bekerja untuk rakyat..
jangan tunggu hingga tempoh dah berakhir...

Anak Malaysia

pakbelalang said...

Objektif KPI mengikut pengalaman saya bekerja disyarikat swasta sebenarnya bukan tujuan untuk membuang pekerja tetapi adalah untuk mengukur prestasi pekerja dengan KPI yang telah disediakan untuknya.

Jika KPI pekerja tersebut tidak menepati prestasi yang telah ditetapkan oleh syarikat maka pekerja dapatlah menilai sejauh mana kelemahan dia dan cuba memperbaiki prestasinya pada tahun berikutnya. KPI ini akan beterusan tiap-tiap tahun mengikut target atau objektif syarikat.

Jika pekerja tersebut masih lagi gagal mencapai KPI yang memuaskan maka kedudukan dia didalam syarikat akan "stagnant". Dia tidak akan dibuang kerja tapi mungkin tidak dinaikan pangkat, tidak dapat kenaikan gaji atau tidak dapat bonus.

Selagi dia tidak melanggar tata tertib berkerja disyarikat dia tidak mungkin dibuang kerja.

Begitu juga rasa saya Menteri-menteri yang dikenakan KPI. Perdana Menteri mungkin akan menasihati Menteri-menterinya tentang prestasi KPI masing-masing dan berbincang dimana yang perlu diperbaiki jika ada kelemahan-kelemahan dalam Kementerian masing-masing dan diperbetulkan jika perlu.

Itulah tujuan sebenar KPI bukan untuk "penalise" menteri-menteri hinggakan dibuang jawatan mereka.

Dr. RBAONG said...

Filem-filem Box-office minggu ini:

Selangor: Sexy Eli (18SX)

Terengganu: 10 Abdul (U)

Pulau Pinang: Penanti-an Fairus (U)

Perak: Ngeh-Nga outlaws (SG)

Sabah: Suhaili's island (U)

Perlis: Syahid dan Isa (U)

Tamil Movies: Mr Samy no Value (Wayang pacak)

OKJ said...

Salam DAKJ

Terbukti Raja Siva telah salahguna kuasa. SPRM dan Kerajaan Persekutuan kenalah ambil tindakan undang undang untuk memberi pengajaran kepada yg lain supaya jangan salah menggunakan jawatan yg ada. Kesalahan yg lain seperti meletakkan tarikh pada surat tanpa pengetahuan tuan punya, melucutkan hak sebagai ADUN ikut suka, memanggil sidang dewan bawah pokok tanpa perkenan sultan, memalukan ADUN-ADUN terutama MB baru dan sebagainya juga perlu diberi perhatian.

Nasihat saya, inilah masanya ADUN-ADUN terbabit balas balik dengan saman malu, saman fitnah, saman pembohongan, dan saman saman lain yang difikirkan logic. Peluang keemasan dah didepan mata, janganlah dilepaskan begitu sahaja, ianya datang sekali sekala dan itulah namanya leader yg bijaksana. Nama pun jadi bersih, duit pun dapat dan yang penting saman sampai bankrupt seperti di Singapore, jadi tiada lagi competitor atau competitor yg akan datang akan lebih bertanggung jawab.

Kepada Pemimpin PAS, Nakkan bukti yg macam mana lagi. Bukti yg jelas dah ada depan mata.Takkan nak sokong juga parti yg bergelumang maksiat. Takkan nak duduk bersama juga dengan parti yg terang terang menentang hukum Allah. Takkan parti orang Islam tapi disokong oleh orang kafir. Lain macam je bunyinya. Cucuk-cukuplah cuba menegakkan benang yg basah tu. Malulah sikit dekat Allah. Memang ada satu dua bijak pandai dan professional yg menyokong tapi lagi ramai yg menyampah sebenarnya. Pulanglah ke pangkal jalan. Fikirlah untuk anak cucu dan generasi yg akan datang nanti.

Tentang PRK dekat Penanti tu, Dato’ ulas dulu dan saya ikut. Biar dibelasah cukup cukup. Hehehe…………Intro: Nak sambung belajar konon. Menipu kenalah professional macam lu punya chief. Sekian, TQ.

pakbelalang said...

Ministers must prove themselves
By : Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR:
Najib said he told his ministers not to put their photographs on billboards, banners and bunting.

"For instance, if we want to promote tourism in Langkawi, we do not need pictures of the prime minister and the tourism minister on the billboard."

comment:

Begitu juga jika kita hendak menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidifitri, Hari Tahun Baru Cina atau Deepavali atau apa-apa majlis resmi kerajaan, tak payahlah paparkan dibunting-bunting atau banners diseluruh bandar Seremban dengan gambar Menteri Besar Negeri Sembilan umpamanya.

Meluat, den !!

mohd ali ismail said...

Wakil2 rakyat yang berkelakuan bodoh seperti 10 UMNO bacbenchers Terengganu itu sepatutnya diambil tindakan tegas dan keras supaya tindak tanduk mereka yang tidak sopan non-productive menjadi satu trend.Disini bolih dilihat sejauhmana bermaufakatan antara ADUN2 sehingga tergamag boikot persidangan semata2 memenuhi kepentingan diri mereka.Mana dia maruah mereka ini bukan kah perlantikan mereka sebagai ADUN untuk memperjuangkan nasib rakyat.Orang2 seperti inilah bertangongjawab keruntuhan UMNO/BN.

nasidagang said...

harap semuanya sudah selesai tidak ada gaduh2 lagi, sudah tiba masa bekerja lebih kuat lagi...layarilah wwww.nasidagang.com untuk cerita2 undi tak percaya mb tganu.

rocky said...

looks like all is not well in UMNO. as DPM said, things are cracking. in T'gganu it is all about $$$$. and is a joke they hide in hotel cos of safety.

Anonymous said...

Datuk,
Kami anak muda mahu menyahut cabaran Utusan Malaysia --> Bangkitlah Melayu !!

- Bangkitlah Melayu untuk beri sokongan mutlak kpd UMNO agar byk lagi tanah Melayu boleh di kawtaw untuk diberi kpd taukeh2x Cina...di atas nama pembangunan, jadi boleh UMNO dpt duit buta atas angin demi untuk di"belanja"kan kpd org Melayu marhain...kununnya.

- Bangkitlah Melayu utk terus jualkan tanah kita kpd UMNO agar boleh dijual dgn harga tinggi kpd tawkey Cina spt Genting - Lim Goh Tong; Bkt Tinggi - Vincent Tan dan Pangkor Laut - Francis Yeoh.

- Bangkitlah Melayu bagi menentang pengkhianat bangsa Melayu didlm PAS dan PKR yg bersengkongkol dgn DAP untuk beri tanah yg tlh diduduki oleh org cina > 50 tahun drpd leased hold kpd freehold sedangkan PAS dan PKR juga beri status tanah yg sama dua kali ganda size nya kpd org Melayu dan Org Asli di Perak.

- Bangkitlah org Melayu agar semua org Melayu boleh terus berikan kuasa kpd Pemimpin UMNO skrg agar mereka boleh teruskan agenda mereka walaupun sesetengah mereka itu tlh didapati salah dlm politik wang yg tlh diklasifikasikan sbg bukan rasuah tau..oleh sesetengah org!!

- Bangkitlah org Melayu agar terus sokong UMNO supaya pemimpin pilihan Raja-Raja Melayu di T'ganu dan Perlis boleh digantikan dgn Pemimpin pilihan org UMNO. Ini bukan sembah derhaka cuma "minta disagree" jer...


Rgds/Ir Fariz Salleh - KL

ChengHo said...

Najib have to fire 10+1 Adun Trengganau , just like Sun Tzu art of war , Najib have to make an example the punishment for mutiny and rebellion..

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

perlantikan individu2 yg tidak layak menjadi ketua2 boss2 pengarah2 ceo2 exco2 adalah tradisi umno, dahulunya drebar teksi pun pernah dilantik menjadi exco KERAjaan negeri, opis boy selalu!! dan yg terkini seorg lagi drebar yg "berpengalaman" menjadi pengarah di syarikat glc KERAjaan ganu

patutlah umno ini semakin hari semakin terhempit dan terpinggir

penyelesaiannya mb ganu kene kongsi wang royalti dgn 18 exco tu....habis cerita

p/s : makin panas, makin fenin kepala CM*

HAMBA ALLAH

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).