Wednesday, April 08, 2009

Status Quo Di Bukit dan Sungai

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BARISAN Nasional gagal menawan kembali dua bukit –Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah – dalam pilihan raya kecil semalam.

Pas dengan mudah mempertahankan Bukit Gantang manakala Parti Keadilan Rakyat berjaya mengekalkan Bukit Selambau, tetapi gagal merampas DUN Batang Ai, Sarawak.

Keputusannya – BN satu, Pas satu dan PKR satu. Bagi BN, ini adalah kekalahan pilihan raya kecil keempat sejak pilihan raya umum 2008. Sebelum ini, BN kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh (kerusi PKR) dan kerusi Parlimen Kuala Terengganu (kerusi BN).

Peralihan kuasa negara daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada 3 April lalu belum meyakinkan majoriti pengundi bahawa BN, khasnya Umno, sudah berubah.

Untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kita perlu mengakui bahawa adalah mustahil bagi beliau memperbaiki keadaan kucar-kacir selama lima tahun lima bulan di bawah kepemimpinan Abdullah, dalam masa lima hari.

Malangnya, Mohd Najib tidak mempunyai lima tahun untuk memperbaiki keadaan. Paling lama dia hanya ada empat tahun sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Dalam ucapan dasar di Malam Wartawan Malaysia pada 6 April, Mohd Najib menjanjikan ketelusan dan prestasi – transparency and performance.

Di manakah ketelusan dan prestasi lebih penting kalau tidak dalam pembentukan Kabinet?

Jadi dalam bahasa yang mudah, kita mintalah Mohd Najib memilih barisan yang berwibawa dan bukan yang popular. Jangan sekali-kali dipertimbangkan mereka yang menang kerana politik wang.

Daripada angin yang bertiup kencang, suasana masih tegang. Lembaga Disiplin Umno masih meneropong, menyelak dan menimbang. Manalah tahu kalau ada banyak lagi musang dan petualang.

Pilih yang berintegriti bukan yang hanya pandai ambil hati Perdana Menteri suami-isteri. Atau yang berkata, wahai YAB Datuk Seri akulah yang paling setia, pilihlah aku demi agama, bangsa dan negara.

Kaki ampu memang banyak. Dulu asak bertubi-tubi. Tapi sekarang kalau cakap hanya yang enak-enak. Datuk Seri sana, Datuk Seri sini. Biasalah tu, kaki pengampu memang tak tahu malu.

Tengok apa jadi dengan Mantan Perdana Menteri. Bukan yang terbaru, tetapi yang sedikit terdahulu. Sebulan dua lalu dibenci dicaci keji.

Sekarang bila dah masuk Umno kembali, diberi pintas terus oleh TV maka banyaklah yang nak cium kaki. Macam geng-geng yang dengar Dr Mahathir senegeri.

Kaki ampu ibarat pagar yang makan padi, haruan yang makan anak dan tikus yang perbaiki labu – dalam bahasa yang mudah, satu sen pun tak laku.

Tentang integriti, tak payahlah pasang potret tinggi-tinggi. Apa mesejnya potret Perdana Menteri, Timbalan dan Menteri Pelancongan di papan iklan Zoo Negara?

Kalaupun politik macam zoo, takkanlah itu pun nak bagi rakyat jelata tahu? Pakailah gambar orang utan atau ungka. Budak-budak tengok tentulah suka.

“Mak, jom pi Zoo Negara. Kita tengok orang utan dan ungka!”

Tak payahlah habiskan duit rakyat jelata letak muka pada iklan Zoo Negara walaupun ada menteri diberi jolokan badak, gajah dan kera.

Kata orang putih, “no self-aggrandizement please.” Melayu kata, lebih kurang, “tak payahlah masuk bakul angkat sendiri.” Orang benci.

Orang keliru. Potret Perdana Menteri, lirik lagu Negaraku. Apa kena mengena Perdana Menteri dengan lagu kebangsaan ibu pertiwi? Pakai gambar Seri Paduka barulah kena. Menteri janganlah asyik syok sendiri.

PM dah mulakan jalan-jalan (walkabout) di ibu negara. Teruskan. Rakyat di desa, di rancangan tanah, di rumah panjang Sarawak dan di desa pedalaman Sabah pun tentu nak berjumpa juga.

Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam. Macam dulu-dulu tu. Serbu Pejabat Imigresen sekali lepas tu senyap sepi.

Bila Perdana Menteri pergi jalan-jalan, janganlah pula dibuat sarkas media atau upacara untuk kakitangan awam bermuka-muka. Tak payah bagi tahu media dan jangan benar pengilat epal buat kacau sampai rakyat jelata terpulau.
Ini kesempatan Perdana Menteri bersama rakyat jelata, berbual mesra dari hati ke hati. Bukan untuk orang politik dan korporat tumpang sekaki cari populariti.
Rakyat jelata tidak ada wang berjuta. Tidak pun pandai melakar cerita. Tetapi di tangan mereka ada undi yang menentukan siapa hidup dan siapa mati.

183 comments:

numero_uno said...

Hang dengaq tu parpu!! pak kadir bagi nacehat kat hampa puak2 umno ni jangan dok bodo sombong.
Dalam UMNO ni KJ ramai tu yang susah dato'.Saya sokong muhyidin dgn che pa ja dalam umno ni.

p/s KJ = KAKI JEK

warongkopi56 said...

Wow! Cepat betul,selepas Hello Malaysia blog pula sampai. Nampak geram Datuk.

Walau apa cara pun kadang kadang manusia ini kena bagi macamtu baru ad impact.

Anyway I am able to understand within the line and hope you will keep on giving this sort of fair comment.

Assalamuailaikum

Shalehudin said...

Dipohonkan sangat2 nukilan ini diambil kira oleh sang penguasa..

Anonymous said...

Voters in Bukit Gantang were angry at Pemuda Umno for electing KJ and they took it on their ballot papers. It could have become worse if Tun didn't come to help in the campaign.

Tam Dalyell said...

Sungguh terasa Datuk the intencity of your message message.

Yes. You memang tak pernah tak OK. I understang when I watched your raut muka that match this writeup.

Your love for your bangsa and negara tak pernah kami ragui.

al-Balingi said...

Salam Dato',

Pola pengundian di Bkt Gantang kali ini memperlihatkan peningkatan pengundi Melayu terhadap BN..adakah ini petanda baik??

Wallahua'lam..

Quantum Metal Consultant said...

Luahan hati seorang blogawan, apa apapun saya tahu Dato'never not OK.

UMNO cukup malang kerana makin tersepit, walau sebaris kabinet yang sesuci kapas pun, Najib sendiri sebagai Presiden BN dan PM Malaysia tercalar dengan teruk bagai daki karat yang sudah sukar dibuang.

UMNO tetap cukup malang juga walaupun mungkin Najib berundur, Muhyiddin tidak punya sokongan padu dan kesempitan masa untuk memulihkan kembali UMNO.

Najib bagai tanduk di atas telur, begitu berat dan kegetiran yang amat sangat, tertikam dan menikam tetap pecah.

Apa yang mampu Najib lakukan ialah tindakan yang amat drastik dan berisiko tinggi tanpa pilihan, lebih baik tewas ketika melakukan sesuatu dari berdiam dan membiarkan diri diehsani atau berserah pada takdir.

zainal abidin awang kechik said...

TOk..salam untuk sekeluarga di RAHMATI ALLAH SWT.

Saya sudah beransur pulih dengan IZIN ALLAH swt.
B17 saya beli dari klinik di maxico.

BUKIT GANTANG,
saya melihat selagi tiada kerja berpasukan selagi itu BN akan terus gagal.Kalau dulu umno salah PM KELIMA,sekarang nak salahkan siapa..

saya tetap perpegang TEGUH dengan "kata kata tok kepada saya..non'bila bala turun kita semua kena azab NYA"

cara BN berkerja kata orang kedah"sambil lewa"....

ali allah ditta said...

Selagi Najib tidak membersihkan dirinya daripada tuduhan rasuah(kapal selam) dan kes Altantuya itu; Najib boleh bentuk kabinet yang ideal,namun rakyat tidak akan beri keyakinan terhadap kepimpinannya. Its bad for UMNO.

cheers.

Roti Planta said...

Dato,'
Jasa PakLah kepada rakyat selama 5 bulan pertama pemerintahanya lebih banyak daripada tempoh 5 tahun pemerintahannya. Selepas 150 hari memerintah dia mula 'melayan' anak-menantu, suku- sakat, sahabat-handai, rakan, taulan dan kroni-krona. Rakyat dilupakan. Harap Najib tidak begitu.

Saya yakin jika berlaku lagi PRK di semenanjung samada kerusi BN atau PR pasti sukar untuk BN menang. BN sekarang ditolak oleh Cina, dipinggir oleh Melayu dan dibenci oleh India dan paling teruk lagi tidak dipeduli oleh orang muda.

Bye/Roti Planta

pakbelalang said...

Jangan ditangisi benda yang dah hilang,
Ada rezeki lain. Kukuhkan iman dan banyak bersabar dan selalu beristghfar. Itu pesanan ikhlas dari saya dan juga kepada saya.
UMNO akan berjaya, insya'allah selagi ada keikhlasan untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara..

Roti Planta said...

Dato',

Lantikan kabinet esok, sering Dato' sebut (tv dan blog) supaya Najib tidak melantik pesalah politik wang yang dibenarkan bertanding (Khairy).

Sedarkah Dato' bahawa Khairy dipilih oleh majoriti Pemuda dan sekurang-kurang 7 MP adalah 'hardcore' Khairy. Jika tidak dilantik sebagai Menteri dan teruk lagi Mukriz dilantik sebagai Menteri maka tidak mustahil Khairy dan rakan akan menjadi MP bebas pulak. (PakLah pun ikut bebas hehe). Bukankah ini akan mempercepatkan kejatuhan kerajaan Najib.?

Anonymous said...

sudah lah datuk

jangan nak tipu melayu umno lagi

dah ramai yang bodoh sebab artikel artikel kang kong datuk

kesalahan badawi 5 tahun menyebabkan umno begini...datuk lupa agaknya pilihanraya 99 majoriti melayu tolak mahathir....ramai yang tak kembali kepada umno......

sudah lah pengampu orang kaya...pencacai tua pengangkat najis

benjo

Unknown said...

I like the last paragraph.
Pemimpin tak seharusnya turun padang dengan kehadiran media dsb. Cukup bila rakyat tahu dan berpuas hati apabila pemimpin mereka ambil berat secara berterusan dan tidak hanya dalam masa 100 hari pentadbiran.Ia memerlukan usaha yang berterusan.

PEGIDAH said...

Berilah lagi tempat majoriti Melayu bangsa lain perintah. Bagi kuota banyak2 lagi. Kalau boleh Pekan pun bagilah pada MCA, MIC, PPP. Lepas ni bagi pulak jawatan PM tukar-tukar dengan MIC, MCA, PPP. UMNO kan parti tolerant.

Bagi bagi bagi....

Kuota bumiputera hapuskan je. Kan kita nak OneMalaysia. Kuota pemimpin bangsa lain tak boleh usik. Nanti dia marah. Cina India kan undi BN 100%. Orang Melayu je tak bagi BN undi.

*PEGIDAH*

ps kalau komen macam ini pun Dato' taknak siar, tak tahulah nak ckp apa lagi.

Tok Ma said...

Datuk,

UMNO tak kalah di Bukit Gantang. Yang kalah ialah orang-orang Melayu. Ini adalah kerana Nizar menang kerana undi bukan Melayu.

Perkara yang sama berlaku di Bukit Selambau. Meskipun lebih 50 peratus penggundi Melayu, tetapi wakil mereka bukan Melayu. Ini adalah keran bukan Melayu tidak akan menggundi calon Melayu.

Jadi orang-orang Melayu Pas dan PKR janganlah terlalu seronok. Kedua-dua bukit ini majoriti penggundi Melayu, tetapi penentu bukan Melayu. Nampak sangat yang orang-orang Melayu cukup haprak.

Keputusan kedua-dua bukit ini boleh dijadikan hala tuju untuk masa depan politik Malaysia. Bukan Melayu menyokong parti-parti Melayu yang boleh berkompromi dengan mereka. Termasuk kompromi dalam soal bangsa dan agama.

Saya rasa Malaysia semakin hampir menjejaki Singapura.

DS Najib tak perlulah bercakap fasal l Malaysia. Tak perlulah beri bantuan itu dan bantuan ini, bukan Melayu tetap menolak BN. Tak perlulah juga nak kaji semula ISA . Sia-sia sahaja.

Saya rasa ramai orang-orang Melayu sudah menyedari hakikat ini. Cuba yang tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak tahu ialah pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong fanatik Pas dan Melayu PKR.

Brahim Nyior said...

Datuk KJ,

Semacam seloka dan satira sinis sahaja "entry" kali ini.

Biarpun tidak mengulas secara khusus tentang keputusan PRK yang berlalu, pandangan Datuk tentang kaki bodek dalam UMNO memberi kefahaman jelas kepada saya betapa UMNO sudah makin rosak.

Generasi seperti mana ayah saya yang berjuang untuk bangsa dan negara, dalam UMNO sudah semakin hilang.

Yang ramai dalam UMNO hari ini, ialah mereka yang mengejar pangkat, kedudukan dan mencari populariti untuk terus mencengkam kuasa.

Benar, Mohd Najib mempunyai tugas berat mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN. Tapi kita juga harus jujur, dalam memperkatakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat yang mempertahankan kerusi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat (majoriti pun bertambah) kerana rakyat mula mengandaikan ia sebagai satu alternatif kepada BN.

Datuk,

Terimalah hakikat, UMNO semakin ditolak oleh rakyat, dan Najib bukan faktor penentu kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Salam, moga Allah memberi kesihatan yang berpanjangan kepada Datuk dan keluarga.

TAKBIR!!!

Indigo said...

Scribe,



equality and capitalism lives:
who are the king makers:

Kaki ampu memang banyak.
Dulu asak bertubi-tubi.
Tapi sekarang kalau cakap hanya yang enak-enak. Datuk Seri sana,
Datuk Seri sini. Biasalah tu,
kaki pengampu memang tak tahu malu.


do they care for the king?
do they care for the people?
do they care for the country?
or do they care only for themselves?

two out of three is not bad
one out of three is never not okay
but one out of four?

the kingmakers in the land of democracy and free thoughts
ideals drive a hard bargain
and they sold joseph down the river

Kaki ampu memang banyak.
Dulu asak bertubi-tubi.
Tapi sekarang kalau cakap hanya
yang enak-enak. Datuk Seri sana,
Datuk Seri sini. Biasalah tu,
kaki pengampu memang tak tahu malu.

thank you for the compliment, datuk
i will remember that
said the king maker
Tentang integriti, tak payahlah
pasang potret tinggi-tinggi.


Terima Kasih Transparen
(dari hati ke hati
dari dahi ke dagu
dari teling ke telinga
hanya wajah kekasihku

muhammad itu nabi dan rasul
allah itu tuhan yang ahad)

Ibrahim bin Said said...

Semoga Dato' sejahtera selalu.
Dalam ruangan khas di TV semalam seorang penganalisa politik menyebut lebih kurangnya bermaksud "kemenangan PAS dengan majoriti yang diperolehi tidak sepadan dengan populariti calon. Siapalah dia jika dibandingkan dengan calon BN". Kenyataan ini dapat diterjemahkan bahawa beliau telah menjangkakan kekalahan di Bukit Gantang bila diletakkan calon tidak terkenal di situ.
Sesungguhnya Dato' penasihat begini yang boleh diibaratkan sebagai sokong membawa rebah. Jika dah tahu tidak membawa kemenangan kenapa perlu diletakkan beliau di situ. Kenapa tidak diletakkan calon yang menyakinkan yang lebih popular dari calon lawan. Beliau juga semacam menyalahkan(?) warga Kedah kerana memilih Pakatan Rakyat yang tidak berkemampuan membuat pembangunan. Saya tinggal di Kedah sejak lahir lebih lima dekad. Selama itulah ditadbir oleh parti yang sama. Pembangunan memang ada (maklumlah dalam masa lima dekad). Kerajaan PR baru mentadbir satu tahun (bukan satu dekad). Macam mana seorang penganalisa boleh menganalisa dengan membuat perbandingan dua keadaan yang jauh berbeza. Kalau nak membezakan kesedapan rasa buah buatlah bandingan buah durian Bukit Selambau dengan buah durian Bukit Gantang. Jangan bandingkan durian dengan epal. Nampaknya penganalisa politik pun sama ...... hendak mengambil hati ketua baru.

D'Rimba said...

Alhamdulillah perlaksana tegar acuan barat makin lenyap di tanah air sendiri. Mudahan makin ramai sedar pentingnya acuan tersendiri berteraskan Islam sejati....Terima kasih juga kepada pejuang bahasa sekalian...Tak malukah kita memijak bumi menikmati rezeki di tanah air sendiri sedangkan bahasa sendiri tak diamati sepenuh hati.......

Raison D'etre said...

Salam Datuk AKJ,

Sin Chiew ada this hypothesis (speculation) pasal Cabinet baru.

Dan Kalau ikut depa, menteri zoom kesanasinisinun OUT.

Betul NTR kena tunjuk kat negara yang dia memang FOR changes, dan cara terbaik adalah melalui pilihan menteri.

Mesti depa2 yang patut ketaq tengah berpeluh2 la ni..

Tahniah to all three parties for their wins.

Grief for ManU sebab draw at home. 2 goal lak tu. Ish ish.

Anonymous said...

Salam Dato',
Walaupun dah seminggu terlambat, saya nak rakamkan secara digital ucapan tahniah saya kpd DS Najib diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apapun yg diperkatakan org tentang DS Najib, hakikatnya beliau adalah PM negara ini sekarang. Dalam konteks negara ini, lebih-lebih lagi dikalangan org Melayu, kepimpinan melalui teladan adalah pendekatan yg paling terkeatas keberkesanannya. Org Melayu umumnya tidak membaca dan kurang menulis jurnal @ diari, bermakna org Melayu cepat melupakan perkara lampau @ sejarah. Semua yg pernah dipalitkan pada DSN akan dilupakan oleh majoriti Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sebagai PM DSN mempunyai kuasa dan boleh meraih sokongan ahli parti untuk membawa UMNO kelandasan perjuangan yg betul asal saja beliau menunjukkan bahawa itulah matlamat kepimpinannya. Tak ada maknanya cakap berapi-api tapi jika cakap2 itu hanya retorik semata-mata. Saya fikir Dato' dan ramai pembahas lain telah memberikan pelbagai macam saranan dos and donts yg boleh DSN perhalusi utk dijelmakan dlm bentuk tindakan.
PRU-13 adalah ujian sebenar utk DSN. Kemasukan semula Tun Dr Mahathir, walaupun dianggap sebagai simbolik dinamisme dan perpaduan baru UMNO pasca AAB, sememamngnya wajar diraikan tetapi janganlah keterlaluan. Stail TDM telah menyebabkan prestasi UMNO merosot dlm PRU-11. TDM tak sampai ketahap Lee Kuan Yew, jadi tak payahlah diangkat menjadi "senior minister". Biarkan beliau ditahapnya sekarang, mantan PM Malaysia yg dikaitkan dgn legasi Petronas Twin-Tower, Proton, Putrajaya, PLUS,.... yg sinonim dgn kejayaan hebat. DSN tak perlu kpd mentor kerana yg perlukan mentor hanya org muda atau kanak-kanak. Nasihat TDM boleh menjadi racun kerana banyak instance cakapnya tak serupa bikin. DSN perlu think tank yg berwibawa. Saya fikir perlu ada think tank yg utama utk membuahklan plan tindakan dan satu think tank kedua yg bebas dpd yg utama tadi utk melihat perkara secara kritikal. Satu think tank saja akan membawa kpd kronisme... tak ada pembaharuan.
Cabaran dpd Pakatan Rakyat? Ketahuilah bahawa PR adalah cabaran yang benar, jangan sekali2 diremehkan. Memperopagandakan PR sbg petualang negara adalah tindakan yang melambangkan kelesuan pemikiran. Media milik kerajaan dan yg pro kerajaan secara total dan totok memberikan tag buruk kepada pembangkang as if they were a bunch of bandits, enemies of the state...common! wake up man! Treat them with respect. This is a democratic country. While the rakyats begin to understand democracy, it is sad to see the ruling party seems to be doing otherwise.
Good luck to DS Najib.
Pak Hj JB

zuureen said...

Dato,
The results came as no surprise what with the current developments that did not help BN in any way. This is BN's doing I would say. BN is still in denial. What concrete action has been taken to prove that the SPR, PDRM and the MACC are not BN's tools? People are saying that these are BN's component parties. Old issues; phantom voters and vote rigging, postal votes and the like do not seem to be a concern during by elections. No matter how much denial is made towards the 'instant noodle' aid dished out during the by elections, the Rakyat is not convinced because the practice is still carried out. Unfair treatment to opposition parties give them the extra mileage. It is not that the opposition is strong. Appearing to listen to the Rakyat will never win their hearts. Walking the talk will. BN has to start from the basics-everyone must come clean and it begins from the top. I am worried that what is happening now in the political front is not what we preach to or young in schools. You know what i mean.

Unknown said...

Saya terharu membaca tulisan tuan kali ini. Tak kira pihak mana pun yang perintah, rakyat perlu diutamakan. Saya berdoa supaya barisan kepimpinan yg baru yg akan datg adalah kepimpinan yg benar2 telus & tulus ingin berjuang untuk agama, bangsa & negara. Kalu keadaan sama tetap berulang, jgn la merayu rakyat untuk jgn mengundi 'pihak yg lagi satu'. Bukannya suka sgt pada 'pihak yg lagi satu', tapi muak dgn kelemahan & sikap yg di tunjukkan pemimpin kini yg berjuang utk TAKHTA & HARTA sahaja! Sedar lah wahai pemimpin terbaru. Tolg lah kami, rakyat yg merintih utk melihat perubahan negara ke arah yg lebih cemerlang...

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

BN 1, PKR 1, PAS 1

Saya bukan ahli nujum. Tapi, apa yang saya katakan telah terbukti. BN masih tidak belajar dari kesilapan dulu. UMNO juga tidak belajar dari kesilapannya. Inilah padah jika kita masih gagal menyelami jiwa rakyat MASA KINI. Rakyat kita telah berubah corak pemikirannya. Bukan semua yang angguk kepala sahaja.

Belajar lah sedikit ilmu geografi (dahulu Ilmu Alam), taburan penduduk dan sebagainya.

Nasihat untuk PM yang baru, kita tidak dapat puas hatikan semua orang. Bebaskan ISA sebelum pilihanraya, derma, turun padang......... INI SEMUA CERITA DAHULU KALA..........

BN punya asas yang kukuh di Sarawak terutamanya kawasan pendalaman. Tapi, BN lesu, layu di kawasan bandar.

Sekarang ini BN seolah-olah kukuh di Sabah. Tapi, rakyat Sabah boleh berubah sekelip mata.

Dato' nasihatkanlah mereka-mereka disana untuk belajar SEJARAH.

A KADIR JASIN said...

Sdr/Sdri Anon tanpa nama, terima kasih atas pembetulan anda. Sudah diperbetulkan.

Terima kasih

R@duan said...

Saya rasa kempen ZOO yang DAKJ sebut tu kalau tak silap saya ialah kempen ZOOM. Kempen ZOOM ialah program kementerian Azalina untuk meneropong, meneroka dan melawat tempat-tempat istimewa dalam negara. Bukan kempen melawat ZOO yang DAKJ sangkakan. Walau bagaimana pun gambar-gambar pemimpin yang diletak pada billboard memang tak kena.

Hj. Kamaruddin Taib said...

"Status quo"?

Najib turun padang berkempen
Muhyiddin turun padang berkempen
Hishamuddin turun padang berkempen
'Pop star' Mahathir pun berpeluh turun padang berkempen sakan...

Takleh menang jugak.

Tambahan majoriti Pakatan NAIK lagi. Ni selepas Najib jadi Perdana Menteri. Ni selepas Mahathir pulang ke pangkuan UMNO. UMNO mewar-warkan kononnya sekarang ada 'feel-good factor'.... UMNO boleh menang majoriti 3000 di Bkt. Gantang.....

Bak kata penyanyi veteran SM Salim ------> Apa dah jadi?

Sarawak usah cerita sangat lah ya. Sarawak tu macam negara yang tersendiri dan satu situasi yang berbeza dan rumit pula tu.

Tapi ni di Semenanjung, tanah bumi Melayu la kan (Sarawak tu tanah bumi Dayak), di negeri asal Mahathir di Kedah, Mahathir turun berkempen sakan pun orang tolak UMNO.

Tapi di Semenanjung, di negeri Perak tempat Najib mengubah kerajaan, sampai sekarang kerajaan BN di situ belum ditentukan sah atau tidak kerana kes mahkamah masih berjalan, Zambry gi sana sini nak bodek rakyat..... tapi, Bkt. Gantang... kalah teruk jugak.... majoriti Pakatan bertambah lagi..... walaupun Pak Lah sudah letak jawatan dah pergi tanam kangkung. Walaupun Najib sudah lama dijangkakan jadi Perdana Menteri baru.

"Status quo" tu tidak cukup baik. "Status quo" tu sebaliknya satu situasi yang sangat genting bagi UMNO. UMNO seharusnya gementar dan takut sekarang.

Sepatutnya UMNO menang BESAR di Bkt. Gantang dan Bkt. Selambau, antara lain sebab faktor Najib perdana menteri baru dan semangat keperbahruan yang baru dan sebab faktor Mahathir balik jadi ahli UMNO. Pucuk kepimpinan UMNO ada yang jangka UMNO menang dengan majoriti yang selesa.

Dato Kadir yang dihormati,

Inilah tanda-tanda nazaknya UMNO. Sudah berkali-kali dah tanda nazak ni kita dah nampak. Dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu ke Bukit Selambau ke Bukit Gantang. Undi Melayu dah berpecah berkecai dan tidak boleh lagi disatukan di bawah UMNO lagi. Orang-orang yang sokong UMNO masih tak mampu menerima hakikat. Selagi takleh terima hakikat, selagi itu lah UMNO tiada peluang tipis pun untuk menghentikan kemerosotannya. Mungkin juga kemerosotan tidak boleh dielakkan, sebab UMNO dah tenat meskipun ada muka baru di pucuk pimpinannya.

Terimalah sahajalah hakikat sistem pilihanraya dua-parti sudah pun lahir dan tidak boleh dimatikan lagi.

Dahulu, Melayu, Cina dan India sekandang di bawah Barisan Nasional tapi tak ikhlas sebab perkauman berbaur di latarbelakang.

Tapi terimalah Melayu, Cina dan India sudah bersatu dan bersaudara seperti satu keluarga yang sebenar di bawah Pakatan Rakyat.

Inilah benih suci Malaysia yang sebenar yang diilhamkan sejak Merdeka dulu yang menjadi fata morgana yang tidak boleh dicapai oleh Barisan Nasional.

Sepatutnya kan Dato kita harus bersyukur rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dah bersatu di bawah Pakatan.

Takbir....

Wassalam.....

hatiminda said...

kj sepatutnya bertindak waras dan patut membersihkan imejnya jika syg kan umno....realitinya khairy merupakan liability x tersembunyi buat BN

Anonymous said...

Datok,
awat nampak kasaq,resah dan gundah gulana.Bahasa dalam posting ni boleh dikategorikan sebagai mencarut(ungka,berok,satu sen pun tak guna,macam zoo).ini dah lebih ni.satu lagi,selepas DS Najib jadi PM, acap kali Datok menyindir-nyindir dan agak gusar kepada isteri PM,ada masalah ke Datok?.saya amat setuju dengan entri ini ,kerana saya dah komen dulu ,bukan semua manusia faham bahasa lembut atau sindir2an macam yang ada la ni.ibarat kata 'rebuih macamana pun tak empok jugak',ayam pun tak kebuloq nak makan.saya masih tertanya2,apa penasihat/think tank umno buat.kot2 mereka inilah pagar yang makan padi.dalam bernama semalam(7/4) Datok amat tak ceria kerana BN kalah.bawak bersabaq.apa2 pun tahniah Datok semakin telus dan berani.
sekian.zmy

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

masih menghentam pak lah!!sudahlah dato, kita akui beliau adalah pemimpin yg terlemah,kita lihat lah kedepan jgn kebelakang, kalau nak hentam, hentamlah mentor dato kerana sibuk berkempen utk parti yg beliau sendiri kutuk dan hina!!

banyak tips utk CM* baru kita dari dato, ingat mengingati sesama manusia mmg amalan mulia, yang baik saya sokong

CM* baru kalau hendak sokongan rakyat(semenanjung khasnya)bebaskan media, kita muak dan meluat menonton/membaca media terlampau KERAjaan, jika ini dpt dilakukan dlm 3 atau 4 thn ini pasti tidak sukar nanti pru13

p/s : negara kita negara berperlembagaan, tolong patuhi dan hormatinya....pasti rakyat suka

HAMBA ALLAH

Aku Bukan Hipokrit Macam Kadir Jasin said...

Ala Dato ni

Pasal pasang potret besar-besar ni, pasal Dato cakap "no self-aggrandizement please"

Tolonglah ya

Siapa yang meneruskan trend ni utk 20 lebih tahun kalau bukan Mahathir sendiri?

Dari pejabat gurubesar sekolah rendah ke pejabat kerajaan tertinggi ke pejabat kontraktor sokongan UMNO dan pejabat peguam yang ingin mengampu, semuanya gantung potret gambar Mahathir di dinding mereka.

Jadi Dato

Nasihat depa satu jer:

Janganlah hipokrit.

alrawa said...

Datuk,
Sedih saya lihat cara BN berkempen melalui RTM terutamanya tiga hari sebelum membuang undi.
Taktik 'low down' ini berterusan sehingga kemalam mengumum keputusan pilihanraya.Dijemputnya Doktor2 untuk memberi ulasan2 yang orang Jepun akan meyifatkannya sebagai 'GOMASUREE'.
Kecuali Dr. Siva(USM) yang lain tak ubah 'Dr.Zainal'(saya yakin Datuk ingat).
Saya fikir taktik ini akan berkubur dengan terkeluarnya ZAM(Father of low down tactics) dari Kementerian Penerangan. Rupa2nya Shabery Chik pun sama.
Diharap menteri yang baru akan mengubah cara RTM 'berfungsi'.

Wan Nordin Wan Hussin said...

The expectation is with a new broom, the BCA culture, otherwise known as bodek cucuk ampu, will be swiped clean. Not so apparently. Perhaps still early days.

If the debilitating BCA culture continues, I'm afraid the preference of the majority of discerning voters remains status quo.

abdullahngah said...

masa lima hari tidak boleh dijadikan tidak boleh dijadikan ukuran pengaruh Mohd Najib boleh menyakinkan rakyat pada kerajaan.

Yang peliknya sebaik sahaja angkat sumpah perdana menteri saham naik walaupun tidaklah setinggi mana tapi ini menunjukkan keyakinan ada pada pelaburan saham.

Kita yakin rakyat tidak menaruh keyakinan kepada kepimpinan Mohd najib.

Sebab itu BN tidak berjaya merampas semula Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Kita dapat lihat kewibawaan Mohd Najib lebih rendah berbanding kewibawaan Abdullah Ahmad Badawi.

Mengapa tidak? pilihanraya 1999 BN tumbang di Terengganu. Kelantan masih kekal ditangan PAS.

Tahun 2003 Pak Lah dilantik sebagai perdana menteri ke lima.

Tahun 2004 diadakan pilihanraya ke 11. Dalam beberapa bulan sahaja Pak Jadi perdana menteri dengan slogan cemerlang gemilan dan terbilang.

Terengganu jatuh tersungkur semula ketangan umno/BN dan kelantan hampir hampir jatuh.

Dalam masa yang singkat sahaja pilihanraya umum ke 11 memihak kepada BN.

Tidak dapat dinafikan PAK lah selepas menang besar wujud perasaan dengki yang amat sangat dari kalangan orang Umno sendiri.

disebalik dengki mendengki oleh kalangan dalam selimut, maka nama baik pak Lah Jadi huduh kepada rakyat.

kedengkian itu membuat Tun Mahahtir keluar Umno yang dilhat sebagai tindakan kurang bijak.

Tun Mahahtir bertindak membakar kelambu macam tindakan kanak kanak masih berigus.

benci kepada pak lah terus keluar Umno dan sayang kepada Najib dan Mahyidin sanggup masuk semula.

tindakan ini macam tindakan seorang ayah yang benci salah seorang anaknya lantas meninggalkan rumah atau bakar rumah.

Ini membuat Pak Lah tidak mendapat sokongan padu Umno sehingga dipaksa lantik jawatan perdana menteri atas nama peralihan kuasa.

begitulah naib Pak Lah. Najib yang baru naik ini bukan main mendapat pujian oleh sekian maklok termasuk makhlok perasok.

Baik Profesor dan para pensyarah turut memujinya, sedangkan pujian itu salah daripada segi islam.

Anonymous said...

Salam,

Saya pertama kali menulis komen disini. Sebelum era Pak Lah, saya tak pernah ambil kisah tentang politik, ini kerana semua rakyat cukup makan dan aman damai. Namun sejak Pak Lah mengambil tapuk pemerintahan, satu demi satu isu yang membuat saya tidak senang duduk. Isu yang paling saya hangat hati ialah isu minyak dinaikkan 70 sen tanpa memikirkan kesan 'after-effect' dan 'spiraling effect'nya ke atas kesan harga makanan dan utiliti yang lain.

Walaupun saya tak suka pembangkang namun saya turut mengundi pembangkang kerana ingin menunjukkan ketidakpuasan hati saya terhadap kerajaan. Sekarang, saya mula meyukai pihak pembangkang terutama PAS yang lebih 'mesra alam' terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Jelik juga melihat berita TV1 yang lebih pro-BN dan media yang berat sebelah yang selalu memperlekehkan pihak pembangkang. Ya benar, jika UMNO masih tidak mahu berubah, maka terimalah pembalasannya di PRU yg akan dtg.

Semoga di zaman Pak Najib pula, keadaan akan berubah namun , diri beliau sendiri masih terpalit cerita C4. Sesuatu harus dilakukan untuk membersihkan nama beliau sendiri dan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia.

OneVote4Malaysia

Anonymous said...

Datuk,

Pada pengamatan sayalah sebagai rakyat biasa mengenai keadaan politik semasa:

1. Kekalahan BN merupakan tamparan hebat kepada Tun Mahathir. Ini kerana selama ini Tun menganggap faktor kelemahan Pak Lah yang membuatkan orang UMNO berpaling arah di dalam PRU12. Namun anggapan Tun meleset kerana golongan2 ini sebenarnya sudah keluar dari UMNO tetapi biasalah manalah nak hantar surat keluar parti. Cuba check nama mereka dalam parti PKR dan PAS, mereka dah menjadi ahli. Bukan saja di Bkt Gantang tetapi di mana-mana sahaja. Ternyata faktor Tun M adalah faktor kekalahan utama. Bayangkan Pak Lah menang bergaya dan terbesar dalam sejarah pilihanraya BN pada tahun 2004. Ini kerana ramai yakin dengan BN kerana Tun M dah pencen pada waktu itu. Jika diikutkan trend berikut, sewajarnya Najib mendapat kemenangan besar dalam PR kecil ini kerana baru diberi tugas menjadi PM. Tetapi disebabkan rakyat nampak sebenarnya team Najib ini reflection Team Tun Mahathir, sebab itulah rakyat marah sangat2. Lebih2 lagi Najib masih tidak mempertahankan nama baik beliau dengan melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Ku Li untuk menyaman akhbar2 antarabangsa di negara masing2. Malah, sebenarnya semua kena faham bahawa UMNO secara tidak nampaknya telah berpecah kepada 2..iaitu orang2 Najib yang didalangi Tun M dan juga kumpulan yang menyokong Pak Lah. Rakyat sekarang dah pandai menilai dan membuat keputusan.
2. Parti kerajaan masih menggunakan media massa tempatan untuk menyerang parti lawan. Rakyat dah meluat untuk melihat berita TV3 kerana melampaunya usaha kerajaan melalui TV3 untuk menjatuhkan parti lawan. Dah berkali-kali BN gunakan strategi ini, tak serik-serik lagikah gunakan strategi yang telah lama memakan semula diri? Rakyat takan simpati dengan BN lagi.. Ini cerita dah lama mengenai ucapan DS Anwar sewaktu dalam BN di Sarawak mengenai DAP pun nak dimuatkan dalam berita TV1 dan TV3. Itu cerita lama.Rakyat pun tahu benda mcm ni tak de kesan pun pada pendirian mereka. Siapa penasihat media BN ni? Bodoh sangat mereka itu.
3. Ternyata saluran maklumat alternatif iaitu Internet masih menjadi raja di dalam penentu kemenangan calon2 PKR dan PAS di Semenanjung Malaysia. Rakyat boleh membaca dan menimbang sendiri apa2 isu yang berlaku.
4. Kekukuhan PAS, PKR dan DAp sebagai satu pakatan amat jelas sekali menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh bekerjasama. Meskipun ada ramai pemimpin PKR dan PAS yang kononnya mengambil rasuah, namun kerajaan PR tidak kisah mereka ini disiasat oleh SPRM. Ini kerana PR telus dan ketelusan ini dinilai tinggi oleh rakyat. Tidak seperti BN pulak apabila ada pemimpin2 mereka yang ada skandal, mereka akan mati2 mempertahankan bahawa mereka ni tidak bersalah malah sampai PM sejak Tun M jadi PM lagi pun akan pertahankan mereka ini dengan mengarahkan SPRM tutup fail ataupun melengahkan siasatan. Bagi parti-parti di bawah PR..dah sampai masanya mereka betul2 bersepakat dan mendaftar nama Pakatan Rakyat sebagai satu entiti dan mempunyai logo sendiri untuk bertanding.
5. Kali ini, UMNO jgn lagi claim bahawa masih lagi menjadi pilihan orang UMNO manakala parti2 PR memperolehi undi kaum Cina dan India. Tolonglah..buatlah analisa sikit ikut peti2 undi. Malah banyak peti2 undi kawasan Melayu dah banyak beralih kepada PAS di Bkt Gantang. Namun tak dinafikan, undi2 melayu di Bkt Selambau berpecah sikit kerana ada calon bebas melayu mendapat sejumlah undi yang besar juga dari orang Melayu. Namun, adanya pertambahan pengundi Melayu kepada calon PKR yang tidak boleh dinafikan.
6. Jentera kempen BN teramat lemah. Di Bkt Gantang, kebanyakannya dari UMNO sahaja. Tak dinafikan parti komponen lain pun ada mcm Gerakan, MCA,PPP dan MIC tetapi gerakan jentera ini tidak mendapat sambutan sgt dari parti2 komponen ini. Apa dah jadi? Di Bt Selambau pun, UMNO dan MIC kuat berkempen tetapi MCA dan Gerakan pula mcm biskut Oreo je. Nampaknya BN pun dah mcm berpecah. Hati2 dengan Gerakan kerana jika keadaan sentimen rakyat kepada UMNO dan BN masih memburuk, Gerakan bakal membuat keputusan penting berhubung masa depannya dalam BN. Dahlah MCA pun tak sepakat sesama mereka, Presiden dan Tim.Presiden tak sebulu dan mcm mana nak tadbir parti. MIC pulak masih dipimpin orang yang dah lama patut dihantar ke Arkib Negara.BN kena perbetulkan diri sendiri dulu dan bukannya dengan memberikan BN yang sedia ada yang goyah untuk rakyat memilih di dalam pilihanraya. Betul tak?

Ada banyak lagi sebab musabab yang boleh diketengahkan. Tetapi bagi saya, inilah faktor utama yang menyumbang kepada usaha berterusan untuk menguburkan UMNO.

Unknown said...

Dato'

Terperanjat kami baca komen Dato'kali ini.....

Saya kurang bersetuju dengan pandangan ramai yang lebih mementingkan kebolihan Menteri Menteri sambil membelakangkan qualiti Perdana Menteri. Dinegara macam Malaysia, Menteri lebih kurang "Rubber Stamp" atau "Pak Ikut" Kehendak Perdana Menteri....

Terutama sekali dizaman Tun Mahathir, semua Polisi biasanya direstui olih atau berasal dari beliau. Walau pun kita ada Menteri Menteri yang "Best" pun tak guna jika PM ada Agenda dia sendiri atau lebih mementingkan puak dia sahaja.

PM baru kita nampaknya asyik memberi kenyataan yang orang putih panggil "sugar coated"....
PM, Ingat!
"Action Speaks Louder than Words"
Jadi, jaga jaga dengan telatah "Speech Writer". Kalau Terlebih sangat gula, nanti Rakyat tak terima....Takut Kena Diabetes.

UMNO Kelam Kabut said...

Kepada Brahimnyior:

Kamu cakap ""jelas kepada saya betapa UMNO sudah makin rosak"".

Kan UMNO dah rosak. Tunggu apa lagi, brader? Join lah Pakatan Rakyat!

Hartini Omar said...

dato' kalau dah bergurindam ni, buat saya tersenyum la pagi2..

kalaulah saya punya kesempatan bertemu dato' satu hari nanti, satu pkr je yg ingin saya tanyakan

macamana agaknya dato' mengawal perasaan dan kesabaran dengan cacian yg dilakukan secara terang-terangan

berat mata saya membaca, mungkin berat lagi tangan dato mengepos2 komen2 mereka

syabas dato', saya tetap berkirim doa. berani krn benar dan takut krn salah

saya,
yg dah lama sgt tak bersuara

Siti Intan Mustika said...

Dato

Kesianlah penyokong UMNO yang muda mudi

Takyahlah Dato menipu, memperhamba dan menagihkan mereka pada UMNO lagi

Bagilah mereka membuat pilihan sama ada nak terus sokong UMNO atau tidak

Sama ada nak pilih jalan kebenaran atau tidak

Kita pahamlah Dato mungkin sayang UMNO. Tapi itu tak mengapa. Dato dah tua. Kalau Dato nak tenggelam bersama Titanic yang bernama UMNO tu, tenggelamlah. Baru sentimental.

Tapi kasihanilah jiwa-jiwa muda yang berkobar-kobar ingin memberi sumbangan kepada tanahair.

Bebaskanlah jiwa mereka itu Dato, tak baik, kasihan Dato.

Unknown said...

Dato'

Terperanjat kami baca komen Dato'kali ini.....

Saya kurang bersetuju dengan pandangan ramai yang lebih mementingkan kebolihan Menteri Menteri sambil membelakangkan qualiti Perdana Menteri. Dinegara macam Malaysia, Menteri lebih kurang "Rubber Stamp" atau "Pak Ikut" Kehendak Perdana Menteri....

Terutama sekali dizaman Tun Mahathir, semua Polisi biasanya direstui olih atau berasal dari beliau. Walau pun kita ada Menteri Menteri yang "Best" pun tak guna jika PM ada Agenda dia sendiri atau lebih mementingkan puak dia sahaja.

PM baru kita nampaknya asyik memberi kenyataan yang orang putih panggil "sugar coated"....
PM, Ingat!
"Action Speaks Louder than Words"
Jadi, jaga jaga dengan telatah "Speech Writer". Kalau Terlebih sangat gula, nanti Rakyat tak terima....Takut Kena Diabetes.

sonotme said...

Assalamualaikum Datuk dan pembahas

Dgan hadirnya Najib sbg PM baru, sy berharap ada angin perubahn di Bt Selambau dan Bt Gantang tp sayang.... angin masih sepoi2, tak kuat nak tumbangkan PAS dan PKR...hmmmm.....

Nampaknya BN perlu kerja lebih kuat...

P/S: Dah letih nak ckp pasal politik ni...letih...sbb skrip nye dan drama pun masih yg sama...

Assalamualaikum.

Syeikh Akram said...

Sudahlah Datuk, kalau menang kata lain, bila kalah mcm2 alasan... 5hari tak cukupla ape lah. Don't you guys ever learn?

As summary : Bukits for PR, Batang for BN - What does it means? :)

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

I am still very angry and annoyed with UMNO/BN leaders and members. I was hoping that UMNO/BN would lose all three by-elections but I guess I am quite happy that they lost in two.

I would love to give Najib a chance but only 6 months! The first test would be his cabinet formation.

Why am I so angry that every single problem (whether real or perceived) I lay my blame on UMNO/BN?

Why am I brainwashing my children's minds to hating UMNO/BN?

It is because:

(1) UMNO/BN members have got little or no conscience!
- They have no qualm in voting for corrupted members to lead them!

(2) UMNO/BN members think too highly of themselves!
- Mere mortals (the rakyat) are judged based on different standards. The rakyat are stupid fools...

(3) UMNO/BN members take almost everything and gives very little back!
- Projects are awarded at huge mark-ups (exorbitantly inflated) using tax payers money!

(4) Wifes of UMNO/BN leaders and members act and behave like leaches!
- They expect to be treated like the rakyat owe them a living and we must accord them demigod status!

(5) UMNO/BN-link companies expect people to work for them without compensations!
- Service providers should feel honoured to be given a chance to work for them! No compensation required.

During the course of my work, I have worked for UMNO/BN-linked companies. Linked either through the party or individuals (members).

These companies expect services to be provided for free! We can invoice them but don't hold ones breath for payment!

Man-hours and man-days spent means nothing to these jokers! To them, we should be proud to be given a chance to serve an UMNO member!

Contracts signed mean nothing as their attitude is "sue me if you dare"!

Why do I say these things? It is because they:

(1) Could afford to change expensive cars like changing shirts;
(2) Could afford live lavishly building bungalows fit for Kings;
(3) Could afford to "sponsor" decision-makers to give "special considerations" to their proposals even though they are not qualified or have no capacity to undertake certain jobs; and
(4) Could afford to pay only those that has direct link to decision-makers.

At the end of the day, I am "screwed" when:
(1) taxes that I pay are misused; and
(2) services provided are not compensated as per agreement/contract.

I would like to refer to TheStar 08 April 2009 (front-page):

"Maybe the people are still undecided, so we will have to work harder to convince them"
- UMNO Deputy President, Tan Sri Muhyiddin Yassin

For Sdr. Muhyiddin, the people have decided, not undecided. UMNO/BN needs drastic transformation. Don't engage Etos to do the post-mortem on your defeat! They would provide you with answers that you want to hear, not the whole truth!

Sekian.

Non-partisan said...

Saya penuh yakin DSN dengan keiltizamannya serta disokong oleh barisan kabinet yang berintegriti, bersih dan kelihatan bersih mampu melakukan perubahan yang drastik dan positif ke arah mempertingkatan mertabat Malaysia.

Saya juga yakin BN akan terus membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang. Insya-Allah.

ahmad asyraf said...

Encik Ibrahim Said,

Boleh saudara sebutkan nama penganalisis politik kangkung itu ?

Bukan apa. Saya nak ambil masters. Tidak mahulah saya berguru dengan kangkung. Nanti saya hanya jadi jaguh di kampung2.

a.z said...

Dear Dato' AKJ

Maybe for the sake of those who still is in denial, you could do a write up of an alternate version of the election results. Say BN won all three seats, see what kind of comments that comes in. That way, you can judge the true mentality of BN supporters. Sombong, bongkak dan out of touch sebab terlalu lama berkuasa. Ayah saya orang Kulim, Kedah, strong supporter of BN but he knew BN is gonna lose. Why? He's hypothesis is that BN/UMNO has rejected the young and smart people and keep pushing with old and dated ideas. At the UMNO branch and division level most of the heads are the same old timers who are to greedy to relinquish their posts to more capable people. Apa tidaknya, dalam UMNO, jawatan itu lubok emas...see tak payah post mortem pun. Pi tanya ahli UMNO yang biasa apa salahnya dengan UMNO.

Unknown said...

Datuk,

Sudah menjadi budaya UMNO, ampu dan bodek untuk mengejar jawatan dan penuhkan kocek.

Takziah BN...semoga tidak berkubur pada PRU ke-13!

www.duniacacamarba.blogspot.com

LOKMAN LATIP said...

Salam Datuk

Asyik nak cerita pasal UMNO sahaja yang boleh perintah Malaysia... payah la kalau nak capai 1Malaysia

Asyik cerita pasal PAS dan PKR saja yang fanatik... adakah UMNO itu tidak cermin diri sebagai FANATIK?

Isu sebenar di hati, tahukah Datuk?

Malaysia ada lebih kurang 28 juta penduduk dan lebih kurang 60% adalah Melayu/Bumiputera. 60% ini boleh saya andaikan sebanyak 16 juta orang yang mencakupi 3.2 juta keluarga.

Tahukah Datuk dari setiap keluarga saya andaikan 1 orang akan berjaya dalam kerjaya(masuk IKM, ILP, Kolej Komuniti, Poli dan Universiti) manakala yang lain akan keciciran(school dropout yang jadi penagih dan mat rempit).

Apa yang UMNO telah buat dalam membantu mereka selain dari MELEKAKAN mereka dengan hiburan.

Saya sangat sedih dengan fenomena yang terjadi ini yang mana ternyata berlaku di seluruh Malaysia.

Fikir-fikirkan la Datuk

nizamtoha said...

tiga kali kena pukulan KO...
Hollyfield pun reti malu..

Tapi klu ikut Mat Tyson,muka tembok...

doremon said...

Saya rasa ini juga adalah luahan rakyat yang menolak apa yg dilakukan terhadap kerajaan PKR di Perak.
Laungan mereka dibisukan.
Rintihan mereka diketawakan.
Monumen mereka dirobohkan.
Bantahan mereka dilecehkan.
Kebijaksanaan mereka dilekehkan.

Undi mereka diumpan ???
Rakyat makin bijak.

KINAS said...

Salam Datuk,

BN tidak perlu malu untuk mengaku telah ditolak oleh jumlah pengundi yang lebih besar di Bukit Gantang dan Bukit Selambau...kenyataannya memang dilihat begitu. Apa yang penting sebab musabab kepada penolakan tersebut yang perlu dicari...tindakan selepas bedah siasat kepada keputusan tersebut merupakan perkara yang perlu diberi penekanan....yang jelasnya ada dua bahagian yang perlu diteropong teliti....pertama di sebelah parti dan keduanya disebelah pengundi....andaikata kecacatan wujud disebelah parti maka perbetulkan parti begitulah sebaliknya andaikata mentaliti pengundi yang dilihat menyumbang kepada keputusan, maka lakukanlah gerakan mengubah mentaliti pengundi....tidak wajar meletakkan kesalahan ke atas parti seratus peratus apabila keputusan tidak memihak....sebagai contoh kalau sebaik manapun sesuatu parti itu berubah tetapi mentaliti majoriti pengundi hanya seperti saudara BENJO yang membuat komen di sini saya rasa kita akan sentiasa menerima keputusan yang mengecewakan...walaubagaimanapun saya akui bahawa untuk mengubah mentaliti pengundi bukanlah mudah....mentaliti kelas bawah seperti BENJO wujud disebabkan oleh banyak faktor, termasuk faktor ginetik diwarisinya dan mungkin kolompongan di dalam proses pendewasaannya...sebagai contoh mungkin pemikirannya telah dikongkong dari kecil lagi...kelompongan dari aspek kebebasan berfikir dalam hidup beliau telah menjadikan beliau begitu....kita perlu bersimpati kepada BENJO...bukan salah beliau ttp kita juga beretanggungjawab untuk berusaha agar mentaliti rakyat Malaysia menjadi 'matang politik'.

Unknown said...

Ngook,

Don't try to use Status Quo as an excuse for the BN lose in 2 Bukit.
Everyone know how important is the by election result in these 2 Bukit.

Using the statud quo as an excuse for BN lose will continue affect your belove BN keep on losing as it never understand what's the majority Rakyat wants and never want to change!

Orang KK said...

Tapi yg paling susah sebenarnya... nak perbaiki sistem yg telah dikucar-kacirkan selama 22 tahun + 5 tahun... apa yg berlaku sekarang bukan akibat 5 tahun lepas ..tapi kena tengok lebih ke belakang lagi... hehehe... fikir kan lah...

Hamba said...

UMNO semakin di tolak oleh yang melayu yg bru sedar ttg rupa paras hodoh UMNO. Rakyat dah meneliti kemerdekaan 50 tahun Malaysia dan sudah menilai apa yg di lakukan oleh UMNO dan BN. Sejarah tidak berbohong. Zaman TDM adalah zaman yg penuh penindasan dan perompakan ke atas rakyat... Masih mahu mengagungkan TDM lagi? Majoriti rakyat dah berfikir sebaliknya!!! Janganlah cuba mangatakan yang rakyat terpedaya dgn helah dan penipuan pembangkang..Lupa ke yang media masa di kuasai oleh UMNO dan BN?... Propaganda, penipuan, manipulasi hanya boleh dilakukan oleh pihak yg mengawal media masa seperti zaman Hitler..datuk mesti tahu atau tak nak rakyat tahu hal ni...Kebenaran sebaliknya perlukan masa utk di sebarkan...30 tahun dan sekarang barulah kesannya terasa...Apa yg ada pada rakyat sekarang ini adalah kesedaran yg tulin dan jelas...Masih nak kata rakyat telah terpedaya dgn pembangkang??? Kalau begitu kamu semua telah tertutup mata, telinga dan yg teruknya hati...Minta di jauhi..( wang dan harta masih matlamat utama???)

wanbaki said...

Dato',
1. BN/UMNO perlu ada pemimpin yang macam AZMIN ALI tu. Cakap saja semua orang percaya. Kalau kita cakap DSAI yang menaikkan kadar faedah yang menyebabkan rakyat sengsara yang bertujuan meminjan dari BANK DUNIA (ada % tu), tak kan ada yang percaya. kerana mentaliti rakyat sudah berubah. Dan pendekatan BN/UMNO untuk menyerang balik PR tidak releven.

2. BN/UMNO perlu ada pemimpin macam SAIFUDDIN. Semasa bertanding di LUNAS lawan MIC dan menang. Kempen yang mengelirukan yang boleh menjual AGAMA bila bila masa kerana menyatakan PILIH MASJID atau KUIL. tapi ketika di Bukit Selambau beliau juga kempin KUIL.

3. BN/UMNO perlu ada pemimpin macam NIZAR. Kerana berani mohon untuk derhaka dapa Sultan. Propaganda kafir untuk mereputkan perpaduan Melayu yang tiangnya adalah Raja berjaya. Tun Dr M adalah idola sebenar NIZAR kerana keberanian tersebut.

4. BN/UMNO perlu ada pemimpin macam NIK AZIZ. Kerana menjadi idola dan IKON agama kepada orang Melayu Islam yang menghalalkan cara yang salah dan APABILA BERSAMA DENGAN PEMIMPIN DAP DAN PKR MEREKA MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN DAN PERJUANGAN PARTI MEREKA DAN MENURUTI KEHENDAK MEREKA. Walaupun kadang-kadang FLIP-FLOP macam PAKLAH.

5. BN/UMNO perlu ada pemimpin macam DSHA. Kerana fatwa beliau amat memberi kesan kepada pengikutnya dan UMNO dan boleh mengubah FATWA mengikut keuntungang politik. PEMIMPIN PAS INI DAHULU BERKATA BAHAWA BERKERJASAMA DENGAN ORANG YANG KAFIR ADALAH HARAM TETAPI KINI HALAL BERKERJASAMA DENGAN DAP.

Sedarlah kita bahawa... kita perlu PANDAI cakap supaya ORANG percaya apa yang kita cakap dan tak perlu buat apa-apa kerana orang MALAYSIA memang suka dengar cakap-cakap. Oleh itu BN/UMNO sangat sangat perlu ORANG-ORANG seperti disebutkan DIATAS... Bukan nak menafikan kekalahan BN tapi BN selalu buat silap kerana tidak ada orang SEPERTI DIATAS...

Samuel Goh Kim Eng said...

LESS FRILLS ON THE HILLS

People can see further on the hills
They can recognise those with skills
Not so easily fooled by entertaining thrills
They want those responsible to pay their bills

(C) Samuel Goh Kim Eng - 080409
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Wed. 8th Apr. 2009.

hlekir said...

Salam,

Tak mau komen panjang lebar. Nak ulang lagi bahawa rakyat MENYAMPAH DENGAR BERITA RTM, TV3, UTUSAN, BERITA HARIAN.

Menyampahnya rakyat diterjemah pada kertas undi.

Simple calculation mcm tu pun pemimpin UMNO tak reti ???

Anonymous said...

Datuk,

Kalau dulu rakyat tertipu dengan janji manis BN, kini mereka terpedaya dengan janji beracun PKR, DAP dan Pas.

Pas dan PKR akan jadi hamba kepada DAp lebih teruk daripada Umno jadi hamba kepada Mca, Mic, Gerakan dan PPP.

Cina dan India tolak BN dan terima Pas di bkt gantang sebab Pas sudah terbukti lebih rela diperalat oleh kaum Cina dan India daripada Umno.

Cina Kuala Sepetang kelar lapan pun tak akan sokong BN sebab mereka pun mahu layanan istimewa daripada kerajaan bonek Pas yang digerakkan oleh DAP seperti geran tanah sepanjang zaman.

Silapnya Tun Hussein bila dia pecat Pas dari Bn pada tahun 1977. Dia derhaka kepada legasi Tun Razak. Bayangkan kalau Pas dalam BN, Dap, Mic dan gerakan tak akan angkat muka.

Melayu Kecewa

A KADIR JASIN said...

Sdr Mr Clean,

I am not posting your comment. Your opening comment is condescending towards the Sarawakians.

Just because they elected the Sarawak BN, does not mean they are ignorant.

Anonymous said...

Datuk,
Melihat situasi dan kondisi politik dalam negeri mutakhir ini, dan keputusan 3 pilhanraya yg baru lalu,saolah olah sbg menyambut PM baru yg penuh dengan harapan meninggi. Sudah sampai masanya UMNO bertindak segera dan tegas mengenepikan "form & pomp" sebaliknya usaha dengan lebih gigih mengisi & mencari "substance"
utk rakyat.
Orang lain teruskan program mereka menemui dan berada bersama rakyat selepas sahaja tiap pilihan raya dan secara berterusan dan tidak hanya menunggu ketika pilihanraya hampir tiba baru cuba cuba hendak menjelma.
UMNO tidak sahaja memerlukan pemimpin baru tetapi ahli ahli baru yg sanggup befikir dan bertindak cara baru.
Pengorbanan mereka yg memimpin termasuk juga isteri dan suami masing masing adalah sangat sangat ditekankan (emphasized.)
PM baru kita terpaksa berjalan melalui berbagai jerangkap samar. Ia sepaptutnya boleh dipimpin oleh isterinya yg juga sedang mengelak lebih banyak jerangkap samar - ada yg samar samar dan ada pula tidak begitu samar. Yang masih belum sama samar ialah TS Muhiyuddin.
Marilah kita berdoa kehadrat Allah SWT supaya negara kita selamat hendaknya.
Dzulman, Shah Alam.

Juraimi Zainal said...

Salam,

Komen saya..

1) Bukan masalah 5hari PM baru dilantik... Rakyat masih tak boleh menerima perubahan yg ingin di buat oleh BN...(W/pun selepas 1 PRU12).
2) Cara BN berpolitik masih di takuk lama...i.e menggunakan jentera2 yg tak sepatutnya, ulasan isu Perak..
3) Media perdana masih tak berubah lagi dalam memberi ruang yg seadilnya kpd PR.
4) Tgk lah cara TDM memperlakukan Pak Lah... w/pun Pak Lah tidak berjaya dlm pentadbirannya...
5) Politik wang memang sudah sebati even di akar umbi...
6) Tgk lah cara profesional yg menjadi panel2 undangan mengulas even yg berpangkat Dr/Prof pun.. Mereka spt tidak dpt menerima hakikat dlm mengulas sesuatu isu... (yg ok spt Dr Hasbullah, Prof Agus, Nobisha).. Tuan ok jugak la..

pakbelalang said...

State may allow one hypermarket

KANGAR: The Perlis government has not decided on the applications by hypermarkets to set up outlets in the state, said Sabry Ahmad, chairman of the Agriculture and Agro-based Industries Committee.

Asked about concerns among supermarket operators that the presence of a hypermarket might affect their business, he said that would not happen.

Sabry said the presence of a hypermarket would create more opportunities for farmers to market their produce. -- Bernama

comment:

Why restrict the setting up of hypermarket? It is foolish.

Definitely there is a lot of spin off business activities and the creation of new jobs.

We shoud encourage any kind of business as long as it is legal. There should be competition in business and the fittest survives.

Unknown said...

ada orang kata cara BN berkerja kata orang kedah "sambil lewa"....

betui ka? atau pun lebih teruk dan dasyat dari itu..

apa yang menyebabkan sambil lewa?

semua ada upah dan ganjaran...tapi hati nurani tak kisah..tak ikhlas.janji dapat DUIT

lihat saja lah blog2 pro UMNO.

caci, maki, herdik, cerca, panggil org dgn binatang2 'haram' menjadi amalan...

mcm nie kah nak mendekati rakyat?

bluehikari.com said...

Datuk,

1. UMNO dalam proses reform. Walaupun reform masih lagi saki baki pengamal rasuah menang dlm MT. Moga DSN memilih yg bersih untuk kabinetnya.

2. Peratus pengundi Melayu menyokong BN meningkat dlm PRK di dua bukit. Tetapi agak keliru pabila pengundi bukan Melayu masih tidak menyokong MCA dan MIC. Mereka masih remain dengan PR. Pandangan saya,
MCA dan MIC perlu lakukan sesuatu dan tidak hanya menyalahkan UMNO sahaja. MIC misalnya, perlu seorang pemimpin baru yg lebih muda dan berwawasan menjadi org no1nya. rakyat sudah muak dengan pemimpin lama. DOTK sedang ke arah itu.

pakbelalang said...

Call For State Holiday To Mark Najib's Appointment As PM

KUANTAN, April 7 (Bernama) -- The Pahang government was today urged to declare a one day public holiday in recognition of Datuk Seri Najib Tun Razak being appointed as Malaysia's sixth prime minister.

Pahang Mubarak (association of former elected representatives) president Datuk Abdul Jabbar Ibrahim said it was only apt that this was done as it was a great source of pride for the people of Pahang that Najib had followed in his late father Tun Abdul Razak Hussein's footsteps in becoming prime minister of the country.


comment:

Come on. This is a stupid suggestion.Enough of this kind of ridiculous way of showing your appreciation to a leader.

Apa benda punya cadagan sampai nak diadakan cuti am. Najib bukannya Sultan atau Maharaja !!

Orang yang beri cadangan ini mungkin dah tak ada modal lagi untuk nak "project" dirinya atau nak "attract attention". Mungkin dia dah nyanyuk!!

pakbelalang said...

Johor Raja Muda Leads 352 Honorees

JOHOR BAHARU, April 8 (Bernama) -- The Raja Muda of Johor, Tunku Ismail Ibrahim Tunku Ibrahim Ismail, headed the list of 352 people conferred honours and awards at Istana Besar here in conjunction with the birthday of the Sultan of Johor, Sultan Iskandar today.

Tunku Ismail Ibrahim, who is the sultan's grandson, received the Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I).

The sultan's daughter, Tunku Kamariah Sultan Iskandar, and Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman also received the DK I.

Hospital Sultanah Aminah (HSA) anaesthesiologist Datuk Dr Subrahmanyam Balan was the sole recipient of the Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) which carries the title Datuk.

HSA urologist Dr Yoong How Fee was the sole recipient of the Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) which also carries the title Datuk.


comment:

Nak dapat Dato' Johor bukan senang.
Kalau dapat kira " memang terror".

Tak macam negeri lain senarai anugerah Datukship berjela panjangnya. Tak ada class.

A KADIR JASIN said...

Sdri Hartini Omar,

Tak apalah kalau ada yang maki saya.

Mungkin itu saja yang mereka tahu. Nak bagi idea tak dapat. Jadi maki dan guna bahasa kesat.

Lebih elok mereka lepas geram dengan maki hamun saya daripada mereka menjadi perogol bersiri, pembunuh kejam atau mengamuk di stesen bas.

Yang penting ada seorang dua yang dapat manfaat daripada debat yang sihat.

Mereka tumpang masuk blog kita ini sebab kalau mereka buat blog sendiri, mungkin tidak ada yang mahu melawat.

Saya tak tahulah kalau di sekolah dan rumah sekarang, genarasi muda Melayu kita diajar maki hamun.

Terima kasih.

Che Jam said...

Datuk,

Saya nak tulis benda merapu. Kalau tak dilayan pun tak pe.

Datuk setuju tak ? Perjuangan PAS adalah perjuangan yang sia-sia. Macamana dia hendak memartabatkan Islam di dalam mekanisme demokrasi ? Daulah Islam itu sendiri bercanggah dengan konsep 'nation state'. Ada orang nak buat biskut samprit tapi pakai sarang kuih karas. Islam itu tinggi dan ia tidak ditinggikan. Macamana nak pecahkan ruyung sekularisme itu wahai Hadi Awang ? Kenalah langkah mayat Karpal Singh dulu. Mayat Lim Kit Siang. Mayat Lim Guan Eng. Dan berapa banyak punya mayat lagi. Pendarahan akan berlaku. Aduhh...

Ada orang berjuang untuk satu ideal dan akan mati tanpa mencapainya. Sebab Rasulullah sudah gerenti kekalahannya. Hanya kerosakan demi kerosakan disempurnakan satu persatu. Kerosakan pada umat manusia. Kenapa tidak pilih untuk menang ?

Datuk,
Betul ke dulu sebelum 1977 PAS adalah komponen BN ? Ada orang tulis mende ni dalam ulasannya.

Datuk jangan sedih-sedih. Jangan marah-marah. Ceria-ceria selalu. Senyum sikit.

Hanez

Raja Qazrin Raja Fitri said...

Dato

Tolong jangan sentimental atau sayu secara terlebih sangat.

Tiada mana-mana pihak atau pembaca di sini memaki atau mencaci Dato.

Perasaan Dato yang kecewa mungkin begitu sebab hati nurani Dato terasa bersalah sebab cuba memberi satu tafsiran maklumat yang memihak kepada UMNO

Mana orang tak pandang rendah pada Dato

Kalau Dato berubah, mungkin lebih ramai lagi orang akan pandang hemat pada Dato dan mungkin orang yang bukan penyokong UMNO pun akan hormat Dato

Selagi Dato cuba mempertahankan rejim yang rasuah teruk yang walaupun ada muka baru tapi tetap rasuah sampai ke peringkat cawangan dan akar umbi, selagi itulah orang kurang hormat pada Dato, tak kira Dato bercakap guna style sopan ke, guna cakap style skema ke, atau cakap style macam profesional gitu.

Rakyat tidak mudah diperdayakan lagi Dato.

Di sebalik peribadi luaran, rakyat nampak juga isi dalaman dan kepentingan dan sokongan Dato itu.

Cuba tukar yang ini Dato. Insyallah orang akan pandang hormat lagi pada Dato.

Ini sedikit nasihat kecil dari seorang yang sama umur seperti Dato juga.

pakbelalang said...

Rosmah: Give kids the best start

REMBAU: Malaysians should act as a family unit to create an enriching environment for the mental and physical development of toddlers, Datin Seri Rosmah Mansor, the prime minister's wife, said yesterday.

Rosmah, on her maiden visit here, added that the Permata Centre in Taman Chembong Jaya here was close to her heart because it was established in Negri Sembilan, where she was born.

Permata, or the Council on Streamlining Childcare and Early Education pilot project, is headed by Rosmah, and to date has 14 centres nationwide with 380 toddlers below the age of 4.

Besides the curriculum, she said, the government had approved a RM150 million allocation to set up 300 centres to enable 1,000 pre-schoolers to enrol in the programme by the end of the year.

Present was Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

comment:

Hopefully the RM150 million allocation is properly accounted for and utilised solely for the purpose.

Janganlah diambil kesempatan diselewengkan untuk pergi "belajar sambil melawat" di luar negara pulak. Atau pergi untuk "technical visits" seperti ke Disneyland. kah, kah, kah !!!

Dato Iza Turkey. said...

Dato.K.Jasin.

Najib mulakan tugasnya dengan membuat kenyataan One Malaysia Concept.Saya tak tahu siapa punya idea ini.This will hurt him the most.

Apa dia maksud one malaysia.Apa bezanya dengan DAP Malaysia Malaysian.Apa DENGAN KONSEP INI DIA NAK TAREK BALEK SOKONGAN Cina dan India.Percaya lah dato.Once mereka taste the blood.they want more.Do you think the Chinese in Peneng will vote Gerakan and MCA back in Goverment.Boleh mimpi for the next 30 years.

Apa beza Peneng dengaN Perak dan Selangor.Apa Chinese di situ akan mengundi samula BN.Boleh mimpi.

Salah siapaDato.Masa Dato Harun menjadi MB dfia dah nampak semua ini terutamanya belang mereka sawaktu menyambut kemennagan Pilehanraya 1969.Apa yang Dato Harun buat dia created banyak kampong2 Melayu di bandar saperti Kampong Kerinchi,Kampong Dato harun,Kampong Keramat,Ampang,kampong Belacan.

Bila datang MB UMNO salepasnya terutamanya Mike Tyson,tanah kerajaan di beri sawenangnya tampa.Semua nya jatoh katangan bukan bumiputra,maka naik lah bermacam projek perumahan di Selangor dan mereka ini bertaboran di sana sini tampa kawalan.

Saya maseh ingat,sawaktu PAP mengesuai Singapora,perkara pertama yang di buat oleh LKY ia lah memecahkan kawasan Melayu saperti Gelang,Toh Paya dan menaborkan masyarakat Melayau merata rata,sahingga Melayu Singapora tiada ada kuasa sacara collective.

Saya wish Najib All the best,Nasehat saya jangan lah jadi Mr Nice.Dalam politik kita pukul dulu baru cakap.

Saya berharap Kabinet Najib mempunyai kredibility.Bukan saha KJ perlu di asingkan,banyak lagi muka2 UMNO dalam MKT yang tak perlu ada dalam kabinet.


Jadilah kekalahan di Bk Gantang dan Bk Selambau satu Lesson pertama.

Salam.

limpbiskut said...

Bukan Dato' ini rajin menghadiri majlis-majlis kecil dan formal DSAI ka?

Saya rasa saya sendiri pernah nampak Dato' suatu ketika dulu pada tahun 2006, di sebuah hotel di Jalan Ampang - Tun Razak. Meja saya sebelah meja Dato'.

So what does it make of you, really... a respectable friend, or fiend?

confused.

pakbelalang said...

BN's Defeat Does Not Mean Rejection Of Najib, Says Hishammuddin

SUNGAI PETANI, April 7 (Bernama) -- The Barisan Nasional's failure to wrest back the Bukit Selambau seat from the opposition does not mean the people's rejection of the country's new leadership, Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.

He said there were several local and national factors which contributed to the BN's loss.

comment:

Usually whenever BN lost in any by-election there will be statement saying that a "post mortem" will be made to determine the cause of it, but later on we don't hear anything of the result of the "post mortem". Taktik ni memang dah biasa didengar. Dah lali.

Sebenarnya tak payahlah lagi buat post mortem kerana kita layari sajalah internet dan dapatkan keputusan "post mortem" dari bloggers. Semuanya "expert" belaka. kah,kah,kah!

amoker said...

1. Yeah, ask the menteri to take down her face in the Zoom advertisement please.

2. After the sydicated PR by Najib and the feel good effect, he is still unable to deliver.

3. Performance? How is Najib's performance for our economy? 5 months continous decreasing export & ringgit continue to slide.

5. Seemed that giving free stuff and free makan & go go girls can only work in places like Lubok Antu.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM DATO,
INI ADALAH PERTAMA KALI SAYA MENULIS COMMENT DISINI. SAYA SUDAH MENGIKUTI BLOG DATO AGAK LAMA. SAYA SEORANG DOKTOR SWASTA, MENGUNDI DI KAWASAN BUKIT SELAMBAU SEMALAM. ALHAMDULILLAH MENANG. DISINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYATAKAN SAYA MENGUNDI CALON INDIA KERANA TIADA CALON MELAYU YANG BERWIBAWA DAN KEPENTINGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK TERUS KUAT DI NEGERI YANG DI BAWAH PEMERINTAHAN PAS.
SAYA MENGAKU RAMAI ORANG YANG MASIH TIDAK FAHAM KENAPA TIDAK PILIH CALON MELAYU/ISLAM, KERANA CALON MELAYU YG ADA ADALAH BEKAS2 ORG UMNO YG TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM. SEKURANG2NYA PKR DAN PAS BOLEH BERSAMA2 MENPRJUANGKAN AGENDA MASING2 DALAM PAKATAN RAKYAT.
KINI RAMAI ORANG2 SEPERTI SAYA YANG MEMILIH PAKATAN RAKYAT KERANA PEJUANGANNYA YANG LEBIH RELEVEN DARI UMNO.
BANYAK PENGARUH2 MEDIA ARUS PERDANA YANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT DALAM MEMBETULKAN KERAJAAN BN. KAMI TIDAK BODOH. KAMI MELUAT MEMBACA BERITA2 DI MEDIA PERDANA.
TIDAK DI NAFIKAN PAKATAN RAKYAT JUGA ADA KELEMAHANNYA TETAPI MASIH BOLEH DI MAAFKAN KERANA MASIH DI PERINGKAT REBONG.
SEKIAN DULU.
DR.BKT SELAMBAU.

Roti Planta said...

Dato,

Tengok suratkhabar Utusan Malaysia (kadang-kadang di baca Utusan Meloya) masih tulis BN 1, PAS 1 dan PKR 1. Sepatutnya tulis
BN 1, PR 2 atau
PAS 1, PKR 1, PBDS 1 atau lebih baik lagi ditulis
PAS 1, PKR 1, PBDS 1, UMNO 0 dan MIC 0

Takkan nak 'swing' memanjang!. Bukankah baru dua hari Najib minta media lebih profesional dan tranference

Bye/Roti Planta

Budak Parit said...

Encik A Kadir;
kalau Najib nak prove that UMNO dah berubah.... then he must make his own decision and standing tall without even thinking of getting blessing from the outdated former PM. Think about it. Malaysia is this mess because of one man ego (Former PM). So inviting the former outdated PM to be the (official or unofficial adviser) is like looking for trouble. Malaysia will be even worse! Come on Najib you have to prove that you are the man and have the gut to change UMNO. Prove that by bringing the much needed reform and not SOMEBODY PUPPET!

Ibrahim bin Said said...

Tahniah Dato'
Nampaknya Dato' telah berjaya membangkitkan selera blogger untuk menyertai forum di blog Dato'.
Pohon izin Dato' utk respon kpd sdr Ahmad Asyraf yang nak ambil masters. Tak salah sdr berguru dgn sesiapapun. Pokoknya nawaitu sdr dan pesanan guru saya masa di SAHC tahun 60-an dulu boleh jadikan pegangan sdr; "Buat apa yang CIKGU ajar; jangan buat apa yang cikgu BUAT" dan "Yang pentingnya APA yang dikatakan bukannya SIAPA yang katakan".
Selamat berjaya sdr semoga anda tidak menjadi sokong yang membawa rebah.

Ainur68 said...

Salam Dato' dan para blogger,

Analisis Awani semalam adalah ubat yang pahit untuk UMNO/BN telan. Itupun penganalisis masih cakap berlapik dan tidak menyebut kes Alt****ya yang menjadi satu faktor kekalahan. Apa pun, siapa yang kita ingin tipu disini? Penguasa? Rakyat? Atau diri kita sendiri? Kita boleh berbeza pendapat kerana kita punya ilmu, nilai dan pendedahan yang berlainan. Tidak perlu kita membodoh2kan orang lain. Tapi kemenangan PR adalah satu hakikat. Yang kalah kena buat post portem dan lebih jujur dengan diri sendiri utk memperbaiki diri. Yang menang, teruskan usaha untuk mempertingkatkan hidup rakyat. Senario politik hari ini dah berubah. Kita tidak akan sentiasa berada di atas.
Sekarang rakyat sudah punya "check and balance" sendiri. It is not about fair or not fair. Life is about changes, if you don't change..you extinct! Nature's law never fail.

pakbelalang said...

"The Choice Is Mine Now," Says Abdullah




PUTRAJAYA, April 7 (Bernama) -- Tun Abdullah Ahmad Badawi said today his retirement will enable him to do the things that he did not have the chance to do previously.

"The choice is mine now," said the former prime minister, adding that he did not have any problem adapting to his new lifestyle.


comment:

Selamat bersara Tun Pak Lah. Semoga sihat dan di panjangkan umur.

Kalau saya jadi Tun Pak Lah saya akan terus relax pergi holiday keluar negera. Mungkin tempat yang best sekali ialah Istanbul, Turki.

Kalau saya ada kapal layar mewah sendiri macam "COBRA" saya akan belayar dari Istanbul singgah diseluruh marina di Mediterranean. Malam-malam enjoy lihat bulan terang dan makan seafood - ketam, udang,lobsters,oysters dll.kah,kah,kah, he,he,he Angan-angan tu FREE !!

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Semalam saya dah tanya blogger C-BOK soalan ni. KJ: Iconic or ironic? What say you..
Salam

Zainal Ariffin Ashari said...

Datuk,
Semalam saya sudah bertanya dengan blogger C-BOK soalan ini. KJ : Iconic or ironic? What say you..
Salam

Anonymous said...

I was in Singapore in February, my first visit since 1999. Memang Singapore ada WOW factor. From public housing to transport to economic planning...all done without poster beruk, ungka and kera...

We should invite PAP to "invest" in this country. Let them set up branches and divisions, and allow Malaysian to vote for them. If they rule Malaysia....then you will see the transformation within 5 years, courtesy of PAP. They will show you how a developing country should be ruled in the 21st century!

UMNO is the party of the 80s...they don't know what to do in the 21st century...That's why Malaysians reject them. So MCA, why are you still in BN?

Blackwood Hills.

pakbelalang said...

Last call to Najib.

Please don't give KJ any position at all. Not even a parliamentary secretary position.

Let him sort out the UMNO youth problem. He has to make a great effort to rally support from the youth members who are now split into three camps. This is very critical, indeed. If he could not unite the youth members to rally behind him then I feel he has no choice but to voluntarily step down. It could cause serious damage to the credibility of the whole UMNO organ to face the next PRU 13. Make no mistake about it. Being Ketua Pemuda, his mission is not accomplished yet. A long way to go.

Vikram said...

Kenyataan Dato bahawa keadaan pilihanraya adalah 'status quo' adalah cetek dan tidak betul.

Seorang pakar politik Malaysia, Bridget Welsh, mengatakan walaupun Barisan dan Pakatan terus berpegang pada kerusi masing-masing tapi situasinya jauh daripada 'status quo':

The results are in, and the 2-1 victory shows that both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional held onto their original seats. But the final tallies do not suggest a status quo.

Far from it.

The larger majorities for the opposition indicate serious obstacles for Najib Abdul Razak and BN. Voters have decisively rejected his new leadership less than one week into his tenure. The debate will not only centre on the numbers, but around the factors that contributed to BN defeats.

Allow me to point out 10 factors that stand out.

Baca dengan lebih lanjut di sini.....
http://malaysiakini.com/news/101914

OKJ said...

Salam DAKJ

Tan Sri Muhyiddin Yasin ada mencadangkan panel bebas menyiasat sebab kekalahan. Alhamdullilah, bolehlah saya memberi sedikit pandangan bebas.

Secara umumnya kita bolehlah bahagi kepada 2 perkara pokok iaitu masalah dalaman (dalam UMNO, BN, Kerajaan) dan masalah luaran(Pengundi Melayu, India dan Cina kenapa tak sokong sebelum menyerang pihak lawan).

Saya mulakan dengan masalah dalaman UMNO

Bila pilihanraya, setiap warganegara yang layak boleh mengundi dan nilai undi tetap sama tak kira menteri ke, tukang kebun ke. SO dalam UMNO, pemilihan pucuk tertinggi juga kena begitu. SETIAP ahli diberi kuasa untuk memilih calon dari presiden higga ke ahli majlis tertinggi. Tiada lagi tapisan di peringkat cawanagan, bahagian dan seterusnya kurang 3000 orang (kurang 0.001%) menentukan pucuk pimpinan tertinggi. Tak adil tu. Kita cuma akan menyayangi keluarga jika kita menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan diberi ruang untuk menyatakan sesuatu. Bila semua Umat Melayu dapat mengambil bahagian dan memainkan peranannya, barulah meriah dan mendapat sambutan. Dan dapatlah kita mencari pemimpin yang betul betul layak dikalangan ahli UMNO sendiri dan secara tak lansung menghapuskan politik wang.

Untuk mencari seseorang pemimpin berkelayakan, bukalah keahlian kepada semua golongan umat MELAYU dan semua boleh aktif berpolitik. Kumpulan pengurusan dan professional (Kumpulan A) dah lama sepatutnya dibenarkan berpolitik (bukan saja guru, tapi semuanya). Mereka lebih tahu keadaan sebenarnya dan juga mereka banyak idea. Mereka boleh memberi idea penambahbaikan dan juga yang mempunyai nilai tambahan kepada UMNO. Janganlah pemimpin sekarang rasa tergugat tapi untuk kebaikan di masa hadapan. Kita nak tengok pemimpin UMNO seorang yang professional eg Professor, Dr, DR, IR, Ulama, Saintis. Baru 2 cadangan dah panjang sangat pula. Saya berhenti disini dulu. Nanti sambung lagi. Sekian TQ.

Siti Khadijah said...

Dear Datuk AKJ,

Well said. I agree that we should go back to basics and get people with content and in this age of globalisation also able to communicate well.

Nor Fadzlina Nawi said...

Are they actually reading your views Dato'? Are they actually paying attention to the views of the people aside from gawking at their own 'assumed beatiful & honest' reflections? Or are we all barking up at the wrong tree? I sure hope the intensity & tenacity of your post reach their hearts, if they do have hearts to begin with...

rozana said...

UMNO perlu check perkara berikut:-
1. Berlaku jurang sosial antara pemimpin dgn rakyat seperti wujudnya golongan elitis/bangsawan dan marhaen.
2. Tiada berlaku double-standard dalam tindakan undang2 samada drpd PDRM,SPRM dan mahkamah.
3. Jangan nampak kerajaan lemah dengan tuntutan sekolompok tauke/peniaga yang melibatkan barang keperluan asas spt gula, beras.
4. Pemimpin yang sudah tidak nampak bersih perlu dipencenkan jangan tungu dek " tidak bersalah selagi belum dibuktikan di mahkamah"
5. Media massa mesti pro rakyat dgn mendedahkan permasalahan dan menjadi saluran kepada kerajaan, bukannya menjadi pembodek pimpinan yang menjadi sokong bawa rebah.

A KADIR JASIN said...

Sdr Zainal Ariffin Ashari said; "Datuk,
Semalam saya sudah bertanya dengan blogger C-BOK soalan ini. KJ : Iconic or ironic? What say you.."

NEITHER.

I reserve my thought.

Thank you.

Sofian said...

Mampukah Dato’ Nagib dan raka-rakan menambat hati pengundi dan rakyat? Jika UMNO ingin menambat kembali hati pengundi, mereka haruslah berusaha untuk mengubah semula persepsi rakyat terhadap UMNO. Pada pandangan saya persepsi para pengundi terhadap BN & UMNO sekarang ini, ia adalah sebuah parti yang tidak menunjukkan keikhlasan. Persepsi ini diperkuatkan lagi dengan tingkah-laku para pemimpin parti dan tidak tanduk parti itu sendiri.

Lihat saja cara mereka berkempen di dalam media kawalan mereka. Rakyat sebenarnya tidak setuju apabila melihat mereka menggunakan jentera-jentera kerajaan seolah-olah semua itu adalah hak parti. Terlalu banyak insiden-insiden yang boleh memuakkan rakyat terhadap mereka. Diantaranya yang dapat saya ingatkan adalah seperti berikut:-

• Keengganan Menteri Penerangan membenarkan Penggunaan Radio Selangor walaupun hanya beberapa jam sehari setelah parti lawan memenangi kerajaan negeri selangor sedangkan pejabat mereka bertempat di bangunan SUK Selangor
• Penggunaan media kerajaan yang berlebihan untuk program parti seperti Pemilihan Agung UMNO, sedangkan parti-parti lain tidak langsung diberi ruang walaupun untuk beberapa minit.
• Rakyat dimuakkan dengan berita-berita yang berat sebelah sebelum dan semasa pilihanraya ataupun pilihanraya kecil. Melalui media ini, mereka sebenarnya telah berkempen sebelum tarikh yang dibenarkan untuk berkempen. Dengan taktik kotor, mereka telah mengharamkan akhbar parti lawan dan hanya ditarik balik pada saat-saat terakhir sebelum pilihanraya kecil di adakan.
• Terlalu memperkudakan pihak-pihak polis dan lain-lain badan kerajaan untuk kepentingan parti. Keputusan-keputusan yang berat sebelah seperti dalam memberi permit ceramah, bertindak terhadap laporan polis dan sebagainya.
• Memperkudakan SPRM, dimana keputusan SPRM sering dianggap memberi lebih manfaat kepada BN & UMNO
• Di dalam masaalah dengan raja-raja, mereka sentiasa menyalahkan parti lawan sedangkan merekalah yang terdahulu menunjukkan kederhakaan terhadap sultan.
• Mereka tidak dapat mengikis sikap rasuah mereka. Tindak tanduk mereka tidak langsung memperlihatkan mereka berjuang untuk menghapuskan rasuah.
• Merka tidak dilihat sebagai memperjuangkan Islam sebenar. Perjuangan terhadap Islam mereka hanya setakat melepas batuk di tangga.

Saya pasti terdapat banyak lagi perkara-perkara yang boleh membuatkan sokongan seorang rakyat hambar terhadap BN & UMNO. Saya sendiri, jika BN & UMNO memperlihatkan perubahan sekurang-kurangnya terhadap perkara di atas akan dapat mengubah menambat hati saya kembali terhadap BN & UMNO. Percayalah

A KADIR JASIN said...

Sdr Roti Planta,

Itu betul (correct) sebab Pas bukan PR yang bertanding di Bkt Gantang dan PKR bukan PR yang bertanding di Bkt Selambau.

PR tidak wujud dalam senarai parti politik.

PR tidak didaftarkan.

Terima kasih.

Masmanja said...

Dato
Mungkin sekarang mula lah kulit tangan YAB Tun luruh balik dek kaki ampu....oleh monyet-monyet bekas tinggalan badawi.

Read my blog http://masmanja.blogspot.com/

ab said...

Salam Dato,

SUASANA 3 tahun akan datang YANG SANGAT MENAKUTKAN....

1.Remaja tak suka UMNO/BN...lagi ramai akan tak suka,sebab bertambah pengangguran dalam 2-3 tahun akan datang.

2.Orang Cina tak sokong MCA/Gerakan/BN...kalau teruk keadaan ekonomi akan lebih tinggi peratusan kehilangan kepercayaan orang Cina ni...

3.Orang tamil dah give up dengan
MIC/PPP...forget tamil support anyway!

SO THE INCOMING CABINET IS VERY WEAK AND WILL BE WEAKER OVER THE NEXT 3-4 years due to internal UMNO/BN problem and attitude...and WEAKER economy.

KALAU PM nak uji kepercayaan rakyat terhadap kerajaan baru ni....buat SNAP ELECTION PRU13, sekarang.

Saya nampak macam akan kalah juga....KALAU DI TANGGUHKAN 3-4 tahun lagi, nampak makin teruk kejatuhan,disebabkan faktor ekonomi ni....

Alamak.....3 kemungkinan PM ni.

1.Kalau PRU13 sekarang,macam kalah..
kalau tangguhkan pun macam kalah juga...

2. Saya takut kesihatan terganggu..
kabinet baru lagi,kalau muka-muka kitar semula lagi,akan bertambah lemah dan kalah juga.

3.Kalau tinggalkan dalam 10 orang yang muka tebal buat bodo tapi dah kenyang duit dan harta rasuah.....mungkin orang fikir sekali dua pertimbangan,tapi tak tentu juga dipilih lagi...

4. Saya bimbang....kematian didalam tugas.



Dato Seri Najib ni....entah lah.



Abu Bakar Ab Rahman

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Padat & tepat posting ni... "Apa mesejnya potret PM, DPM & Menteri Pelancongan dipapan iklan Zoo Negara?"
>> mesej nya macam Dato' cakaplah, politicians kita ni ramai yang macam monyet, kera, badak, dll. semacam yang dalam zoo. Sekurang2nya makhluk ini tak perlu ada malu, Tuhan dah jadikan ikut fitrah masing2... yang manusia ni dah ada akal & hati, tapi ramai yang tak tahu malu! Patut mereka ini dok dalam zoo pun! Nak tenguk nanti berapa ramai "kera", "monyet" & "badak" dll. yang ada dalam bakal kabinet Najib? Silap2 pening Najib nanti nak jadi zoo keeper!

Anonymous said...

Bila MB Perak nak buat technical studies kat disneyland? Cuti sekolah ni kaaa?...Saja tanyaaaa.....

Blackwood Hills

Khir Tonjol said...

Salam Dato Kadir,

Mungkin komen saya tak masuk sebelum ni.

Saya cakap lagi sekali ya Dato.

"Status quo"? Tak betul tu.

Najib turun padang berkempen
Muhyiddin turun padang berkempen
Hishamuddin turun padang berkempen
'Pop star' Mahathir pun berpeluh turun padang berkempen sakan...

Pucuk kepimpinan UMNO ada yang jangka UMNO menang dengan majoriti yang selesa.

Takleh menang jugak akhirnya.

Tambahan majoriti Pakatan NAIK lagi. Ni selepas Najib jadi Perdana Menteri. Ni selepas Mahathir pulang ke pangkuan UMNO. UMNO mewar-warkan kononnya sekarang ada 'feel-good factor'.... UMNO boleh menang majoriti 3000 di Bkt. Gantang.....

Bak kata penyanyi veteran SM Salim ------> Apa dah jadi?

Sarawak usah cerita sangat lah ya. Sarawak tu macam negara yang tersendiri dan satu situasi unik dan berbeza.

Tapi ni di Semenanjung, tanah bumi Melayu la kan (Sarawak tu tanah bumi Dayak), di negeri asal Mahathir di Kedah, Mahathir turun berkempen sakan pun orang tolak UMNO. Di negeri Perak tempat Najib mengubah kerajaan, sampai sekarang kerajaan BN di situ belum ditentukan sah atau tidak kerana kes mahkamah masih berjalan, Zambry gi sana sini nak bodek rakyat..... tapi, Bkt. Gantang... kalah teruk jugak.... majoriti Pakatan bertambah lagi..... walaupun Pak Lah sudah letak jawatan dah pergi tanam kangkung. Walaupun Najib sudah lama dijangkakan jadi Perdana Menteri baru.

"Status quo" tu tidak cukup baik. "Status quo" tu sebaliknya satu situasi yang sangat genting bagi UMNO. UMNO seharusnya gementar dan takut sekarang.

Inilah tanda-tanda nazaknya UMNO. Sudah berkali-kali dah tanda nazak ni kita dah nampak. Dari Permatang Pauh ke Kuala Terengganu ke Bukit Selambau ke Bukit Gantang. Undi Melayu dah berpecah berkecai dan tidak boleh lagi disatukan di bawah UMNO lagi. Orang-orang yang sokong UMNO masih tak mampu menerima hakikat. Selagi takleh terima hakikat, selagi itu lah UMNO tiada peluang tipis pun untuk menghentikan kemerosotannya. Mungkin juga kemerosotan tidak boleh dielakkan, sebab UMNO dah tenat meskipun ada muka baru di pucuk pimpinannya.

Terimalah sahajalah hakikat sistem pilihanraya dua-parti sudah pun lahir dan tidak boleh dimatikan lagi.

Dahulu, Melayu, Cina dan India sekandang di bawah Barisan Nasional tapi tak ikhlas sebab perkauman berbaur di latarbelakang.

Tapi harus kita terima bahawa Melayu, Cina dan India sudah bersatu dan bersaudara seperti satu keluarga yang sebenar di bawah Pakatan Rakyat.

Inilah benih suci Malaysia yang sebenar yang diilhamkan sejak Merdeka dulu yang menjadi fata morgana yang tidak boleh dicapai oleh Barisan Nasional.

Sepatutnya kan Dato kita harus bersyukur rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dah bersatu di bawah Pakatan.

Takbir....

Wassalam.....

CommonerNinetyNine said...

The political mindsets of the current generation of voters, especially the younger voters, are very different from those generation of pre-2004 era.

Voters in the past tend to weight more on the performance of BN. So when there were unsatisfactory policies or personalities, changes or adjustments to the cause of the problems would normally retain the support of the voters.

The current generation of voters are different, when they say they want change, they are not talking about changes or adjustments to unsatisfactory policies or personalities, they are talking about changing the ruling of BN. They do not care how much changes or adjustments are being done, or planned to be done, they just want a change of the ruling political parties. They are banking on the idea of the opposition parties have never been given chances to rule before, how can we judge them! And they think 50+ years for BN is too enough, and they say BN has failed them, it is time to change! So what I personally see is that they want change, for the sake of change!

After having opportunities to mix with people of this current generation of voters, I personally think that talking about political policies to this kind of mindsets does not help at all because they are mostly having the perception of BN is absolutely wrong and PR is absolutely right. Even a slight mentioning of certain BN policies are good will straight away turn eyes and will get labelled traitor, and a slight doubting of certain PR policies will get labelled political spy!

Is there any other possible strategies in dealing with this kind of voters? There will be another 6 millions new voters in the coming GE and I personally believe most of them are of this kind. Should we surrendar? Or till the last ‘blood’!

Unknown said...

Wah saya sangat terkesima dan teruja dengan artikel Datuk kali ini! Satu pesanan dan mesej yangt jujur lagi berani, terus terang dan ranpa sembunyi!

Anak Rembau Jati. said...

Datok.

Dalam by election ini Najib tidak turun padang langsong baik di Bk Selambau atau Bk Gantang.Pada hari pertama Najib di Office dia patut pergi ka Taiping or Sungai Petani tunjok muka.Buang masa sahaja dia pergi ka Petaling Street dan Briekfield.

OBAMA favourate words"Maka no mistake..."But poor Najib hari pertama menjadi PM dah buat dua mistake.!-Tak pergi melawat kawasan By election dan 2-buang masa dengan Tun Mahathir.Kalau dia dengan cakap Mahathir lagi cepat BN dan UMNO mampus.

Who is Mahathir to dictate to Najib his cabinate lineup.Tun Hussein pun tak gangu dia samasa Mahathir jadi PM.Hairan kenapa dia marah sangat dengan Khairy.Kalau dia dah clear oleh jawatan kuasa displine,kenapa nak kata dia rasuah lagi.Susah lah dato.

nizamhameed said...

salam Dato'

Pertama sekali, nampaknya Dato' tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap TUN ABDULLAH.

Keduanya, saya bersetuju dengan Dato' yang DS Najib perlu melakukan lebih dari biasa untuk memenangi semula hati Rakyat. Dan ianya bukan mudah dan tidak dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.

Cumanya kenapa Dato' menyokongnya menjadi PM? Masih menjadi tanda tanya, Apakah kita tidak mempunyai pemimpin yang lebih baik IMEJNYA. Bukan niat saya memburukkan DS Najib tetapi dengan apa yang telah "berlaku" sepatutnya kita memilih pemimpin lain yang IMEJnya BERSIH. Manusia memang tidak dapat lari dari DOSA, antara besar dan kecil, Dan Paling kurang DOSAnya.

Kita tidak memilih pemimpin hanya semata-mata kerana ianya di sokong oleh DR M ataupun sesiapa pun.

Saya pasti DS Najib tentu pening kepala memikirkan barisan kabinet. Harap-Harap beliau BERANI membuat keputusan walaupun akan menyakiti sesetengah orang/pihak/parti komponen sekiranya keputusannya itu yang terbaik.

CADANGAN SAYA;- AHLI AHLI AKAR UMBI/PEMIMPIN SEPATUTNYA "MESRA RAKYAT". JANGANLAH LUPA DIRI SEPERTI MANA BERLAKU SELEPAS KEMENANGAN BESAR DI KALA TUN ABDULLAH MENGAMBIL ALIH JAWATAN. BALASAN ALLAH TIDAK LAMA.

P/S KECIK HATI DENGAN PEMIMPIN UMNO, SEBAB SUDAH MENGALAMINYA....

Anonymous said...

Dato the Scribe,

Well said. Cukup garam dan asam.

Keep it up sir.

ikhlas dari,
papaidasailormantuttuttt

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Permisi untuk mengajukan kepada pakbelalang...

"Last call to Najib.

Please don't give KJ any position at all. Not even a parliamentary secretary position."

I cannot but agree with your comment here.

I'll go a little further to suggest that KJ should not be appointed as Head of BN Youth.

Otherwise BN would be endorsing a leader found guilty of corrupt practices by his own party...

It say a lot to the credibility of the person and those that supported him.

Sekian.

TiCO said...

YBhg Dato Kadir


Setelah Jebat ditikam Tuah, Jebat mengikat luka tikaman, lalu Jebat pun mengamuk. Ramai yang mati semasa Jebat mengamuk. Bagi Jebat, bayangan ajal sudah kelihatan. Alang-alang menyeluk pekasam, biuar sampai ke pangkal lengan. Ramai yang mati semasa Jebat mengamuk. Begitulah tekad Jebat. Itulah yang digambarkan dalam hikayat.

Kita takut peristiwa ini berulang pada UMNO. Jangan pula ada pemimpin UMNO yang merasakan bahawa hayat UMNO hanya di hujung selekoh. . Lalu membuat sesuatu yang di luar pertimbangan dan luar perikemanusian sementara masih mempunyai saki baki kuasa.

Kalah di bukit , kalah di permatang , kalah di kuala. Siapa yang membawa bala?

Sampai sekarang tidak faham kartun Born Loser NSTP.

nizamhameed said...

Tambahan,

DATO'

Berjuanglah kita kerana AGAMA(ISLAM), BANGSA dan NEGARA... Dahulukanlah AGAMA( Hanya segelintir Pemimpin Tertinggi UMNO yang menggunakannya)

BUKAN Kerana BANGSA, AGAMA dan NEGARA(kebanyakan/seringkali pemimpin tertinggi UMNO mengunakkannya)....Bukannya Bangsa

2 perkara yang hampir serupa - tetapi permulaan yang berbeza dan pengakhiran yang serupa!

sekian

Anonymous said...

salam datuk,

tima kasih kerana datuk tetap setia memberi pandangan apa yg datuk sukai, sbb ini tempat/rumah datuk, tetamu hanya boleh menumpang tempat pd rumah datuk samada utk setuju atau tak setuju dgn datuk, cumanya makhluk yg mencaci datuk ( jika istilah ni boleh dipakai) sepatutnya malu dgn junjungan nabi kita(kalu Rasul kita jadi ikutan, kalu tak rasanya tak sesuailah menjadi pejuang Islam atau bangsa Melayu)

sbb riwayat ada menyebut pernah jirannya menjemput baginda utk kenduri, lalu bagindalah org yg awal2 lagi sudah tiba kerumah jirannya, malangnya semasa baginda nak menyuapkan makanan kemulut, tiba2 satu tamparan hinggap ke muka baginda, ditampar oleh jiran tadi kerana kedatangan abu jahal ke rumah itu dan memberi kata dua pd jiran baginda samada mahu menyokong abu jahal atau menjadi musuh abu jahal, jika ingin sokong abu jahal tunjukkan bukti dgn menampar baginda dan mnghalau baginda. Hebatnya akhlak rasul tak di balasnya tamparan itu malah trpaksa pergi dr rumah jiran tanpa dpt menelan sekunyah pun makanan tadi kerana telah dihalau oleh jirannya tadi dgn mukanya penuh senyuman.

Ini cth yg tk boleh dinafikan, jadi sesapa yg nak dtg ke blog/rumah datuk rasanya tak perlulah nak kutuk datuk,w/pun tak memuji tapi ingatlah pd akhlak rasul, dan kita yg bersyahadah ni tentunya masih ingat akan ajaran ustaz2 ttg sifat mazmumah yg akhirnya merosak diri sendiri.

Jgnlah dek kebencian yg tak berpaksikan pd akhlak rasul jadi perjuangan kita.

Bila masa di akhir zaman akan dilakukan extraction demi extraction utk memisahkan yg kafir, kufur,zalim,ammarah dan mardhiah. Jadi marilah kita berhati-hati dgn kaedah pengasingan yg terjadi ni sbb ianya penuh dgn tipu daya muslihah dan fitnah utk memastikan sesiapa yg benar syahadah/penyaksiannya tak akan tergugat qalbunya pd menifestasi afaalNYA apatah lg nak bereaksi dgn penuh benci dan ammarah pd setiap perangai dn t/laku manusia2 termasuklah yg dikatakan pemimpin, tok guru,penyokong. Sb kemenangan Islam bukannya berpaksikan benci dan benci, tapi dgn hikmah dan hikmah.

wassalam
melati Jengka.

Anonymous said...

Yg Bhg Datuk,

Persoalannya kenapalah TS Muhyiddin tidak berani menghadapi realiti dan cakap-cakap rakyat yang tidak mahu lagi "M factor" mencengkam sistem pemerintahan yang ada sekarang.

Penolakan rakyat dalam PRU2008 dan Bukit Gantang dan Selambau kerana rakyat sudah muak dan cukup bosan, dengan corak pemerintahan kerajaan sejak 27 tahun iaitu TDM (22 tahun) dan Pak Lah (5 tahun).

Cuba lihat dan dengar komen-komen dari pihak pengarah pilihanraya telah gagal di Bukit Gantang. Belau masih tidak mampu lihat dan tidak mahu menerima hakikat ini. TS Mahyuddin akan hanya menerima kenyataan yang menguntungkan beliau sahaja....saya rasa amat dukacita dan rasa susah hati atas nasib DS Najib atas keputusan di Selambau dan Bukit Gantang ini. Kalau beliau terus mendengar cakap dan tidak mahu menerima realiti begini dengan izin Allah BN tidak akan mendapat kepercayaan rakyat dalam PRU akan datang.

Kita tunggu dan lihat sama ada DS Najib mempunyai kebijaksanaan dalam menghindarkan diri beliau daripada pengaruh kelab bekas mantan Perdana Menteri ini.

Untuk renungan DS Najib dan para pembaca:-

1. Kemenangan besar BN dalam PRU2004 adalah petunjuk daripada cetusan harapan rakyat kepada Pak Lah agar setelah terlepas daripada kongkongan Mahathirisme selama 22 tahun, mereka mengharapkan satu kelainan corak pemerintahan yang lebih telus dan tidak lagi terkongkong.

2. Setelah 5 tahun berlalau, Pak Lah telah gagal atas faktor yang tidak baik yang diwujudkan oleh anak menantunya sendiri, Saudara Anwar serta dan Tun Mahathir.

Maka rakyat memberikan mesej dan peringatan yang jelas di dalam PRU2008 lalu IAITU MENOLAK PAK LAH YANG TIDAK DAPAT MEREALISASIKAN ASPIRASI DAN HARAPAN MEREKA menolakan corak dan cara pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun tu.

Harap DS Najib meneiti betul-betul bukti dan tanda yang cukup jelas bahawa pengundi di Bukit Gantang memberikan mesej yang jelas bahawa mereka tidak suka penglibatan Tun Mahathir dalam pemerintahan kerajaan sekarang.

Tengok saja dalam komen Tun Mahathir di Londn minggu lalu, dengan tiada rasa rendah diri memaklumkan dalam sidang akhbarnya bahawa DS Najob akan menghadapi masalah jika beliau dan Pak Lah menjadi penasihat pada masa yang sama kerana kononnya perbezaan cara Pak Lah dan TDM akan menyusahkan DS Najb kelak.

Mengapa masih ramai orang di luar tidak faham dan tidak dapat menilai pendekatan TDM ini mungkin agak definasi kepentingan negara atau "National Interest" kepada beliau amat berbeza dengan kita semua...Wallahu'alam.

Orang masuk dan keluar UMNO sebagai contoh macam pakai baju dan salin baju agaknya. Apabila suka masuk apabila tidak suka keluar UMNO. Patutlah UMNO tidak dipertahankan dan dengan mudah diharamkan dalam sejarah pemerintahan TDM kerana kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan orang ramai dan negara...kononnya pemimpin mesti terbukti kuat dulu, barulah boleh menjadi pemimpin yang berkesan.....Wallahu'alam.

Saya sekeluarga sememangnya tidak pernah memohon untuk menjadi ahli UMNO Baru sejak 1987, iaitu UMNO diharamkan selagi TDM dan meraka yang terlibat dalam proses tidak mempertahan UMNO daripada diharamkan dalam tahun tersebut masih hidup...bukan masuk UMNO kerana individu atau personaliti tertentu dalam menerajui UMNO.

Harapan yang cukup tinggi kepada DS Najib untuk membawa corak pemerintahan yang sama atau lebih berkesan daripada cara pemerintahan allahyarham ayahanda beliau sendiri, dan bukan pemerintahan TDM dan Pak Lah yang semuanya daripada wujud daripada doktrin UMNO Baru.

Wallahu'alam.

Rakan20G

pakbelalang said...

BN sudah tidak dapat sokongan dari orang Cina dan India. Paham-pahamlah. Jadi kita mesti teruskan agenda Melayu tanpa mereka "without fear". Mereka tidak mahu bersama kita.Bukan salah kita. Teringat President Bush berkata " Either you are with us or you don't". So the struggle must go on with or without them. We just cannot continue with this kind of game play of hypocrisy by the Chinese and Indian communities. How much more sacrifice the Malays have to offer. Surely, there is a limit to everything. It looks like nothing is being appreciated.

Anonymous said...

//PR tidak wujud dalam senarai parti politik//

wahai dato yg pandai n very very pandai ini tahukah anda umno pun tak wujud lagi di bumi malays ini lagi... yg ada sekarang ialah umno baru n dr.m pengasas Umno baru ini...


hamba allah...

Islam Hebat said...

Salam Datuk,
kalau ada masa tolong beri nasihat pada Zahid Hamidi jgn la terlalu sombong dan angguh... hari tu dia habaq yg UMNO bg pinjam kat PAS kerusi Parlimen di bukit Gantang... bukan kah kuasa itu Allah yg bg pinjam untuk menguji manusia... mintak Datuk nasihatkan dia.. terlalu angkuh dan sombong lah... contohi Datuk Shahrir samad yg ada prinsip lg baik...

wanzaim said...

Salam Dato AKJ,

Sebelum ini saya ada menyatakan yg tak perlunya BN bertanding .. lantak pi lah sapa nk menang .. lg pun mmg BN masih ditampuk kuasa lagi .. baik gunakan kuasa yg ada lagi tu utk memperbetulkan akar kpd segalaa permasalahan iaitu ekonomi ... bila bertanding ni .... secara x langsung beri ruang kpd PR .. utk menonjolkan diri ... lagi ler naik saham PR .. tak tahu ler PM kita silap langkah ke ... atau ... nk dibiarkan oleh musuh yg BN nampak lemah ... lepas tu baru senang nak mencatur .. entahlah ...

p/s : Dato' ade ke skrg Pak Lah tgh senyum meleret psl kekalahan nie ???

Shah said...

Dear DAKJ,
Selagi ada orang yang berfikiran macam Wan Baki dan beberapa penulis anonymous dalam blog Dato, selagi itulah UMNO tdak akan dapat pulih, malahan ia akan menuju kepupusan. Kepada majoriti rakyat di Semenanjung Malaysia, UMNO sekarang adalah ibarat sebuah kapalterbang model lama (macam Boeing 707) yang terlalu banyak kecacatan hingga tidak mampu membawa penumpang-penumpangnya ke tempat yang hendak dituju dengan selamat. Apalagi pilot dan cabin crewnya bermasaalah. Ambil pula bekas pilot yang sudah tua dan tak mampu memberi apa-apa sumbangan yang baru kecuali berleter mengenai hal-hal lama, siapa nak naik kapalterbang macam ini?.
Seorang pengkomen menyebut tentang penggunaan media massa seperti RTM,Utusan dan Berita Harian sebagai alat propaganda parti.Bukan sekali bahkan berkali-kali hal ini dibangkitkan tetapi masih fall on deaf ears.RTM dibiayai dari hasil cukai yang dibayar oleh SEMUA rakyat tak kira bangsa, parti, rupa, kedudukan dan sebagainya. Tetapi kenapa bila masuk bab pilihanraya ia dipergunakan seolah-oleh hanya orang-orang UMNO saja yang membiayainya?.Inilah salah satu daripada pelbagai ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO/BN.

D'Rimba said...

Jangan kita terlalu menyalahi PakLAh itu sendiri. sememangnya pencetus ilham PPSMI itu jauh lebih bertanggungjawab dalam segala kekalutan parti dan anak bangsa yang makin hanyut di lautan kebaratan. PakLah jauh lebih bermakna dengan peninggalan sajak yang amat berkesan Kucari Damai Abadi jika betul kita semua amati sepenuh hati...Percayalah dia menjadi mangsa. Saya harap mudahan peninggalan PakLah akan meninggalkan kesan yang amat bermakna mendalam jauh ke dasar hati bangsa supaya mereka sedar.

Noor Hasilah Ismail said...

dear dtk,

dah confirm, esok pagi PM akan mengadap Agong bagi mohon perkenan senarai kabinet barunya dan PM akan buat pengumuman di Putrajaya, jam 3 petang.

Anonymous said...

assalamualaikum...

post yang sangat tajam dan tepat..
tepat pada orangnya...
tepat pada waktunya...
moga Allah terus memberkati Malaysia
God bless Malaysia..aminnn


byknya orang dok epi..
dok seronok UMNO nk mati..
melayu memang buta hati..
sejarah kemarin lupa lagi..

UMNO dh jadi parti epi2...
parti buat duit guni2...
parti buat anak bini...
hangpa epi kami mati...

dulu UMNO punya pahlawan..
la ni para pemimpin tak ketahuan..
idop nk macam bangsawan..
prangai macam org kena sawan...
UMNO dh nyawa2 ikan..
kesian la kesian...

UMNO tak salah..
UMNO banyak jasa...
halau inggris bina negara..
nama malaysia sedunia...

orang UMNO la yg jemuan...
UMNO ni depa buat arisan..
DEB jadi tunggangan..
kunun pandai tapi stupid pisan...
kesian la kesian..

UMNO mana, bangsa mana, agama mana...depa buat parti ni macam mak bapak depa yg punya..

datuk sri najib,
i trust in you..
macam TUN mahathir do..

datuk sri,
please dok bebaik2..
talian hayat anda sudah abeh..
tadbir la tanah air kami baik2..

datuk sri...
please la please
pilih betul2 sapa yg patut jadi menteri...
no more basa basi...
walo depa u punya famili..
please la please..

hishamuddin menteri dlm negeri?
please la please...

haprak..

Mamai said...

siapa pun dalam UMNO mereka memang payah nak berubah jadi biar rakyaat yang mengubah mereka...Mahathir keluar dan masuk kembali dalam umno tiada perubahan juga...

mamai said...

mengapa masih sempit lagi pemikaran kita ini, mengapa harus perjudis terhadap kaum lain di Malaysia, adakah Malaysia hanya untuk orang melayu, mengapa Cina,India dan bangsa lain tidak boleh.

Orang Melayu kalau nak maju kena rajin, kena kerja keras kalau selalu nak dibantu lama-lama gunung emas pun habis.....

orang melayu harus malu dengan umno..yang gah merpejunagkan hak orang melayu hakikatnya mereka memperjuangkan diri mereka sendiri..

umno sekarang bukan lagi umno 50 tahun yang lalu yang benar berjuang untuk tanah airnya...

umno sekarang umno yang berjuang untuk poket sendiri

FG1008760 - 0122231890 (ikhlas.fg1008760@gmail.com) said...

1. Tahniah datuk, bagus atikel ini ada mesej yang jelas. Rakyat sekarang ini, seperti katak dibawah tempurung yang lut sinar. Mereka tahu siapa pemimpin yang bekerja untuk rakyat.
2. Tahniah BN sarawak. Tetapi ingat jika anda menteri tak melawat dan tidak menggunakan rasa hati dalam menjalankan tugas tidak akan mewujudkan sense of belonging golongan pelapis negara kelak.

3. rajin-rajin melawat terutamanya di rumah panjang jauh di pedalaman seperti belaga. Sebab masyarkat luar bandar dan pedalaman sangat menghargai kalau YB MENTERI DATANG.

4. APA KATA MOHD NAJIB DAN BARISAN KABINET BUAT SATU JELAJAH PELOSOK MALAYSIA SETIAP NEGERI, SETIAP BAHAGIAN, SETIAP DAERAH, SETIAP KAWASAN TAK KIRA BANDAR , LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN DENGAN SLOGAN SATU MALAYSIA, SAYA PERCAYA PILIHARAYA AKAN DATANG BARISAN NASIONAL MENANG 100 % SEKALIGUS MEWUJUDAKAN SATU MALAYSIA YANG MAMPAN DAN PENUH PERPADUAN.

OKJ said...

Salam DAKJ

Sambungan (masalah dalaman UMNO)

Sebenarnya masalah utama orang melayu adalah tak puas hati sebab perbezaan diantara pemimpin dan rakyat jelata terlalu besar iaitu berkenaan ‘4+1B’. Pemimpin duduk rumah BANGLO, kereta BMW, ada BOT sendiri dan sentiasa BERJALAN keluar negara. Ada setengahnya berBINI dua atau berBINI muda atau berBINI artis maa….... Rakyat pula duduk rumah teres, kereta waja, naik ‘slow boat’ ke pulau-pulau, bini satu dan melancung di dalam negara (macaam dalam iklan tu, semuanya ada di sini). DAN ramai lagi yang tak mampu dan tak tahu pun tentang istilah 4B tu (+1B lagi tak tahu). Bila dicucuk cucuk oleh pihak pembangkang lagilah meletup gunung berapi.

SO, pemimpin perlulah berubah. Cuma pemimpin sejati saja yang dapat buat iaitu agihkan kesenangan sama rata dikalangan ahlinya. Buka consortium yang terdiri dari syarikat syarikat kecil dikalangan ahlinya. Tender besar kerajaan diberi kepada consortium UMNO dan diagihkan kepada syarikat-syarikat ini sama rata. Siapa buat kerja dapat bahagian. Tiada untung atas angin. Tiada dominasi, tiada kroni, tiada korupsi. Tiada lagi Raja Gula, Raja Minyak dan Raja segala raja.

Ubah sedikit cogankata kepada SATU KAMPUNG SATU SYARIKAT. Setiap kampong ditubuhkan satu syarikat tak kira samada perkhidmatan ke, pelancongan ke, pembinaan ke, perladangan ke, cuci kereta ke, rawatan tradisional ke atau sebagainya. Berikan bimbingan dari mula dan pastikan syarikat tersebut lulus ISO (kenalah jaga standard juga). Daftarkan dan gabungkan syarikat ini kepada consortium UMNO yang besar dan diberi tender yang bersesuaian. Pekerjanya mestilah orang kampong dan pengarahnya ketua kampong atau tok imam kampong ahli UMNO. Bukan saja dapat mengurangkan BANGLA dan INDON tapi setiap ahli merasa. Siapa rajin dapat lebih. Insyaallah, ahli bertambah dan sokongan akan meningkat mendadak.

Yang lain saya dah utarakan dalam post sebelum ni seperti rasuah, AURAT,kumpulan pemikir, tentang ABC dan sentimen kemelayuan dan social contract.

Itulah serba sedikit masalah dalaman UMNO yang boleh diutarakan dan mesti diambil tindakan kalau nak lama bertahan.Untuk masalah dalaman BN, masalah dalaman Kerajaan, dan masalah luaran kenapa orang Melayu , Cina dan India tak sokong serta akhir sekali macam mana nak menyerang pihak lawan secara stategik, nanti saya poskan (jika ada permintaan hehehe………). Maaf Dato’ panjang sikit. Itupun saya dah ringkaskan. Sekian TQ.

Azhar Husin Enterprise said...

Salam Dato’

Saya amat bersetuju dengan Dato’. Pada pandangan saya kegagalan BN sekarang ini kerana dua perkara utama

1) Tahap Persepsi MORAL pemimpin tertinggi BN amat rendah sekali. Soal betul atau salah persepsi itu bukan isu. Bagaimana mereka menangani persepsi masyarakat itu yang lebih penting. Kebanyakan jawapan yang diberi nampak tidak serius/tidak peduli dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Bahkan ada setengah isu ia dibiarkan berlarutan dengan menganggap orang ramai akan lupa.

2) Tahap persepsi ketelusan dan prestasi pada Pentadbiran tertinggi (ahli kabinet) juga amat lemah. Sering dikaitkan dengan rasuah, kroni, projek membazir, menyembunyikan fakta sebenar, tidak berpandangan jauh dan belbagai lagi. Isu ini jugak ditangani sambil lewa. Kenyataan yang dibuat pada umum tidak dapat memuaskan hati rakyat. Bahkan ada yang menjadi bahan ketawa dan diterbalikkan seperti jika kerajaan umumkan harga barang tak naik bermakna tak lama lagi barang akan naik lah…

Untuk menyakinkan kembali rakyat ia akan mengambil masa. Perubahan radikal (tak silap saya Dato’ ada nyatakan dalam Hello Malaysia – maaf kalau silap) perlu di lakukan segera dan ‘segera’. Mampukah YAB Dato’ Najib menyelesaikan krisis ketidakpercayaan pada BN ini … kita berharap dia mampu. Kalau tak… cepat-cepat cari orang lain untuk menyelesaikan.

Terimakasih.

numero_uno said...

salam dato'

Sebenaqnya datuk parti UMNO ni syokk sendiri tu yang susah nak berubat.

Dok habaq ahli umno berjuta2 lemon, memangpun dato' saya antara salah sorang ahli umno laa,tapi UMNO yg cerdik.Yang sebenaq nya ahli umno yang berjuta2 tu ada dalam rekod yang tak pernah diupdate..hehe

Berapa ramai saya nak tanya dato' orang umno yang kuar masuk pas dan keadilan .Saya rasa setengah daripada ahli umno dah kuar kot yang tinggai totok2 dan berkepentingan ja kot.Kalau istihar keluaq umno pun bukan nak potong nama, siap hantar surat merayu undi depa lagi ada laa...hehe

Kalau TUN tak zalim pecat ANWAR macam terrorist saya ingat UMNO la ni makin perkasa.Tapi sayang TUN salah ikut penacehat...semua penacehat 10 percent..semua pelingkup!!!!Last2 UMNO terlingkup!

Selagi dalam UMNO dok ada kaki cantaih,kaki jek,pendengki selagi tu la UMNO dipandang sebelah mata oleh rakyat.

kalau najib leh ubah kak rosmah jadi macam kak wan insyallah rakyat pun sejuk ati ckit tengok perubahan
yang ada dekat presiden UMNO.Tapi kalau dok buat perangai lama gak,alamatnya sepenggal ja la jadi PM.

Rakyat dahagakan perubahan!!!

adioss..

Unknown said...

Datuk, Apalah kita nk harap dari umno,kalau ada semacam tku adnan yg masih di ragui dgn case korek korek vk lingam dilantik jadi setiausaha agong umno...dan lobby untok abd azeez putra untok mkt...ish..ish perwakilan pulak bolih terima.DISASTER.Saya orang tua nk tengok la malaysia ni ditadbir cara ikhlas,tapi nmpk gaya senget jugak.tukaq pm mcm tukaq dayong ja..dari tangan kanan pi tgn kiri.
umno dianggap mcm depa punya suka hati nk buat apa pun.itu yg rakyat meluat gelagat depa.
masa depan anak cucu kita tk terjamin lagi

Unknown said...

Dato,

Pada pendapat saya... AWAL LAGI untuk BN dikatakan bungkus!!!

Tapi andaikata Najib takde kasi apa perubahan drastik dalam masa 3-4 tahun ni, saya kerat jari BN bungkus terus PRU13 nanti.

Ada macam2 la isu-isu rakyat yang najib perlu teliti. Tapi bagi saya la, isu kritikal adalah EKONOMI, RASUAH dan KADAR JENAYAH. Lain-lain isu takde apa sangat. ISA tu elokla ada. Kalau takde, habis semua orang nak mengacah-acah orang lain kasi marah. Isu samarata bangsa pun, takkan selesai punya kat Malaysia ni.

BN kena counter-attack juga PR especially dalam penggunaan perkataan "CHANGE" dan "RAKYAT". Dua perkataan ni juga digunakan oleh Presiden Obama amat berkesan menarik hati rakyat.

Sekian, terima kasih.

heicalmy said...

Salam Datuk,
Kalau ikut trend sekarang adakah Saudara Anuar Ibrahim akan jadi PM ?.
Hari tu Persidangan UMNO ramai bersorak dan hari ini BN gagal rampas 2 kerusi.
Hari tu KJ menang Ketua Pemuda dan hari ini undi BN dah kurang.

pakbelalang said...

BN should give more emphasis towards the needs of Sabah and Sarawak electorate especially the bumiputra of different ethnic groups. Without doubt they are now strong supporters of BN. The oppositions are trying very hard to make inroad in Sabah and Sarawak.

Kalau BN lalai maka alamatnya akan hancurlah BN.

That is why I suggested earlier Najib should create Ministries for Sabah and Sarawak affairs headed by strong and respected MPs from the respective states to coordinate and monitor all federal projects in the two states to ensure that the Sabahans and Sarawakians especially the bumiputras enjoy the fruits of development.

pakbelalang said...

Selangor Asks Federal Government To Set Up By-Election Fund

SHAH ALAM, April 8 (Bernama) -- The Selangor government today asked the Federal Government to consider setting up a special fund for by-elections as practiced in many developed countries.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said this would ensure transparency and accountability in the spending without risking the efficiency of the electoral process in Malaysia.

comment:

Ini "textbook" Mentri Besar is an idealist. Dia tahu theory sahaja but when comes to implementing his ideas, it is all haprak. I don't think he is really that intelligent as a Mentri Besar. Dia setakat jadi investment managar and analyse the performance of public listed companies bolehlah but to hold public position like Menteri Besar dia tak ada charisma. Cakap pun gagap. Jadi CEO Guthrie pun hancur. Competitors punya palm oil plantation yield per acre was much more productive than Guthrie when he was the CEO and also competitors like IOI and Kepong per share value were double the share of Guthrie during his time heading the giant corporation.

For the past one year what actually he has achieved. Ground zero, except to continue digging up all the shitts done by Khir Toyo. Itu lah kerja Khalid.

Tengku Mukhree said...

Akum Dato Kadir,

Haris Ibrahim cakap UMNO mungkin boleh reform?

I'm afraid its not possible.

Reform means that the whole lot of UMNO leaders (top leaders, branch leaders, division leaders, including AJKS) will have to purged. This means 80% of UMNO members removed. An impossibility.

This also means a new bunch of members who are basically free from UMNO money politics (i.e., rasuah) need to take over the leadership and radically change the way the entire governance system of political patronage operates. A hugely big ask!

By saying this I suddenly realised (sedar) that no such 'clean' member possibly exist in UMNO (sebab if he is really clean, kenapa nak beroperasi in a corrupt organisation and system? Baik join PKR atau PAS).

The rot has set in to deep. It's like cutting down ‘lalang’ or burning it. Kita cantas lalang, tapi lo and behold, a few days later the lalang still crop up... there’s no end to it.

The seed (corruption) is seen as part and parcel of UMNO (modus operandi atau cara berfungsi UMNO). The only way is to replace the lalang with new crop so that the lalang don’t have room to grow.

That is the sad state of UMNO today. UMNO doesn’t need reform, it needs to be put out of its misery or better yet exterminated and replace with new hope.

Wassalam.

pakbelalang said...

Najib Needs To Work Hard To Ensure BN Win 13th GE

PUTRAJAYA, April 8 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has to work very hard to ensure Barisan Nasional (BN) win the next general election.

Dr Mahathir also refuted the claim that there was an agreement between him and Najib to include his son Datuk Mukhriz in the new cabinet line-up to be announced tomorrow.

He said this was mere speculation and baseless as he had never interfered in Mukhriz's political route.

"I have never lobbied for my son. I have never campaigned for him, and have never spoken for him. I leave him alone and when he lost (the Umno Youth elections), that's his business.

"If Najib wants to appoint him, that's Najib's business, not mine," he said.

-- BERNAMA

comment:

I think Mukhriz deserves to be a full minister. He is qualified. He has all the attributes to be a good minister. Najib must give him a chance.He is just as committed as his father. Just like Najib is also as committed as his late father Tun Razak.

When I say he is good, he is good. Make no mistake about it. We need a good thinking minister to be in the cabinet.

We do not want impressionists.

Khairiyah Jamaluddin said...

Dato Kadir yang disayangi

Kesianlah penyokong UMNO yang muda mudi semua

Takyahlah Dato menipu, memperhamba dan menagihkan mereka pada UMNO lagi

Bagilah mereka membuat pilihan sama ada nak terus sokong UMNO atau tidak

Sama ada nak pilih jalan kebenaran atau tidak

Kita pahamlah Dato mungkin sayang UMNO. Tapi itu tak mengapa. Dato dah tua. Kalau Dato nak tenggelam bersama Titanic yang bernama UMNO tu, tenggelamlah. Baru sentimental.

Tapi depa rayu kat Dato agar Dato kasihanilah jiwa-jiwa muda yang berkobar-kobar ingin memberi sumbangan kepada tanahair.

Bebaskanlah jiwa mereka itu Dato, tak baik, kasihanilah mereka Dato.

Khairiyah Jamaluddin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
A KADIR JASIN said...

Sdra/i Khairiyah Jamaluddin (nama pun dekat nak sama Ketua Pemuda Umno), antara lain berkata:

"Kita pahamlah Dato mungkin sayang UMNO. Tapi itu tak mengapa. Dato dah tua. Kalau Dato nak tenggelam bersama Titanic yang bernama UMNO tu, tenggelamlah. Baru sentimental.

Tapi depa rayu kat Dato agar Dato kasihanilah jiwa-jiwa muda yang berkobar-kobar ingin memberi sumbangan kepada tanahair.

Bebaskanlah jiwa mereka itu Dato, tak baik, kasihanilah mereka Dato."

1. Tak perlu lecture saya mengenai sayang dan kasihan kepada generasi muka;

2. Saya ada anak dan saya ada cucu. Alhamdulillah, emak dan ayah pun masih ada lagi;

3. Syukur Alhamdulillah, sejak saya lahir pada tahun 1947, keadaan tanah air kita menjadi semakin baik dari hari ke hari;

4. Sebelum DEB, jangan harap dapat masuk universiti kalau tidak ada three strong principals dalam HSC dan tanpa sokongan biasiswa. Waktu itu hanya ada sebuah universiti iaitu University Malaya.Majoriti pelajarnya bukan Melayu;

5. Bila DEB dilancarkan ramai boleh masuk universiti, tetapi mutu siswa dan siswazah lain cerita;

6. Hari ini, Alhamdulillah, saya mampu menyara diri saya, anak-anak saya, ibu dan ayah saya dan ramai lagi yang berkongsi rezeki dengan saya;

7. Tetapi ramai orang muda hari ini, nak sara diri sendiri pun susah, apatah lagi menyara ibu bapa dan saudara mara;

8. Kenapa? Sebab belajar tinggi tetapi ilmu rendah. Maka ramailah yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar;

9. Kelompok ini mengaku diri mereka matang dan demokratik dan menuntut reformasi;

10. Tetapi mereka ini jugalah yang memaki hamun -- termasuk memaki hamun saya -- apabila pendapat mereka dibangkang dan idola politik mereka dikritik. Mereka tidak toleran dan mereka tidak boleh berhujah; dan

11.Saya mungkin tidak lemas kalau Titanic karam. Tetapi apakah siswazah Melayu mediocre akan selamat kalau ombak daripada karamnya Titanic itu melanda mereka?

Terima kasih.

azienmat said...

membebel pulak orang tua ni..

Iskandar PT said...

Salam Dato',
PM Najib ada masa sehingga tahun 2013 untuk memperbaiki kapal BN/UMNO yang semakin tak menentu arah tujunya selepas dilanda tsunami pada Mac 2008.
Pada suku ketiga 2008 (Ogos 2008), sekali lagi tsunami ekonomi membadai kapal yang pada waktu itu kapten nya TAAB, akhirnya TAAB menyerahkan teraju kapal kepada DSNTAR.
Sewaktu DSAAB ambil alih dari TDM, indeks bursa naik, kerana pelabur yakin, PRU 11 pula BN cemerlang dengan 90% kerusi dikuasainya.
Bila DSNTAR ambilalih dari TAAB, saham merundum, BN kalah di dua Bukit tetapi menang di Batang.
Media pengampu dan penyebar fitnah BN, hanya menwar-warkan kemenangan di Batang tetapi memberi tajuk kecil untuk PR yang menang di 2 Bukit.
Mee segera pelbagai jenama terus di'masak' di 2 Bukit , walaupun PM dah berjanji untuk tidak memasak mee segera di PRK lagi.
Pengundi dapat membezakan antara penipu, pembohong, pendusta dan penderhaka.
Mengebom secara berterusan dan masih menggunakan strategi lama di 2 Bukit merupakan senjata yang memakan BN sendiri.
Menghantar Jeneral Tua, Jeneral Pencen, Ejen Talam BerMuka-Muka yang dah diterima oleh pengundi satu lagi strategi terdesak BN/UMNO.
Tiada isu yang baru dan mampu diutarakan oleh BN di Dua Bukit dan hanya sekadar menabur janji, duit, ugutan dan pelbagai provokasi dengan menggunakan kakitangan awam.
Telah saya nyatakan sebelum ini, BN makin ketandusan strategi untuk menentang arus kebangkitan pengundi muda.
Kita tahu bahawa BN/UMNO mampu menguasai Sabah/Sarawak disebabkan kemunduran di sana, Sabah dan Sarawak umpama Semenanjung pada tahun 1970-an.
Pemimpin BN/UMNO semakin hilang ke'bijak'kan bila masih mengharapkan pemimpin pemimpin yang bermasalah untuk menerajui mereka dalam Gerakan, MIC,MCA dan UMNO.
Penyakit yang menular dalam BN mesti di ubati dengan kadar segera, bukan setakat mengubati simptom tetapi mengubati punca penyakit yang semakin membarahi BN.
Penyakit yang disebabkan kuasa, kekayaan, ketamakan, keegoan dan pelbagai lagi jenis kejahatan perlu di sekat penularannya.

Kalau PM Najib gagal, DS Najib akan melengkapkan TEORI R>A>H>M>A>N
sebagai PM terakhir dari UMNO/BN.

Fikirkanlah

Anak_Parit

Awang Maya said...

Awang rasa jengkel bila mendapat berita bahawa parti MCA meminta bilangan peruntukan menteri dan timbalan menteri sedia ada untuk parti tersebut perlu dikekalkan tatkala DS Najib sedang merangka untuk mengecilkan saiz struktur kementerian sedia ada. Malah lebih memualkan kerana ada ura-ura parti tersebut cuba momohon diperuntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Komen pertama Awang ialah - BANYAK CANTIK? ......baca seterusnya di http://awangmaya.blogspot.com/

affendi hussain said...

Status quo..?

Tiada yg kalah..yg dulu menang tetap menang..tiada yg dpt lebih..? Yang sebenar kalah adalah puak2 Melayu Muslim ni lah.. berpecah belah jd minoriti sampai minoriti lain yg tentukan keputusan utk mereka...

Dlm 'line up' kabinet esok harap2 menantu ex-PM tak jd menteri & org UMNO reject dari Merbok pergi Sg. Petani tak jd lidah penerangan kerajaan... dah byk liabiliti..

Kalau nak buat reformasi..biar ada standard..bila ikut standard kena ikut semua bagi habis..nak standard ISO, DIN, BS, AS ? kalo berbaju Melayu, kena satu sut lengkap..macam reformasi UMNO baru2 ni.. nk guna pakai standard modern..pakai baju kot & tali leher tetapi masih pakai sarung & selipar.. itulah standard yg UMNO skrg pakai... jd pak lawak..

Bkt Selambau.. seperti dijangka..kan? BN nak menang? Tunggulah PAS bercerai dgn PKR & DAP dulu & kalau PAS tak bertanding disitu.

Bkt Gantang... rakyat masih tak boleh terima kaedah ambil alih guna pintu belakang..kalau UMNO terus kumpul liabiliti mcm ni, sampai bilalah tak sudah asyik kalah je kerana tak mampu nak jual produk...

Batang Ai..nasib baik org Sarawak tiada isu2 kompleks mcm org2 di Semenanjung.. takde harapan lah Anwar nak main jalan belakang utk jd PM..

UMNO punya strategi marketing & pengurus marketing masing2 teruk & korup...w/pun jual barang baik sekalipun pasti tetap bankrap!

Mcm mana UMNO nak dpt sokongan padu Melayu & bumiputera 65% majoriti?

Berikut adalah cadangan yg pasti terus berkesan:

1. Bagi setiap keluarga bumiputera RM 1 juta dlm tabungan mereka..

atau;

Bagi tanah atau hartanah nilai yg sama kpd setiap keluarga bumiputera dan warga negara asing dilarang membeli hartanah di Malaysia dan hanya boleh menyewa sahaja dari bumiputera...

Pasti berkesan..apalah sgt (< RM1 Tril.) bila dinilai ini drpd kebocoran kekayaan negara yg hanya berlegar kpd individu2 tertentu saja, 'just one time cost'..selesai semua masalah...

p/s: only money talks socio-economy language comprehended by everybody..a healthy socio-economy is the root of a nation building..bukan retorik kuno ideologi nasionalisma, ketuanan Melayu atau negara islam yg hanya berkisar tentang hudud saja.. tak caya..?

Kaji balik 5 Rukun Islam.. chemistry umat terbaik hanya berlaku apabila lengkap tindakbalas ilmu + tauhid & akidah + socio-ekonomi.. jubah, lebai, serban, nasionalism, satu Malaysia & Bangsa Malaysia tiada dlm 'equation'..

p/s: dimana Melayu & Muslim kita skrg? kail hanya sejengkal dah rasa mampu menagih hasil di lautan dalam? selama ni pun majoriti sedap makan ikan org beri..bukan belajar tangkap sendiri..dah bosan sedap makan, pandai komplen tak sedap pulak..


("/)

pakbelalang said...

Today is D-day for the rakyat to know who are the "political elite few" who manage to serve Najib's cabinet.

Just keep our fingers crossed and hope for the best. The rakyat expectation is very high indeed but I don't think Najib would be able to satisfy everybody. We have to accept this fact so that we won't be miserably disappointed.

Hoever,my bet is KJ would definitely be left out. If he is included then something is wrong with Najib's wisdom. It will be really May-day for BN party and a field day for the opposition parties until PRU 13.

pakbelalang said...

Mengapa orang Melayu tidak sokong UMNO terutamanya golongan muda.

Bila kita dapat menganalisis latarbelakang mereka kita akan faham bahawa mereka "berkemungkinan" mengalami personaliti yang penuh dengan persoalan-persoalan yang mereka sendiri tidak dapat memberikan pertimbangan yang seksama.

Mungkin mereka "confuse" kerana tidak dapat jawapan yang berpihak kepada cara pemikiran mereka dan akkhirnya mereka meluahkan perasaan "membrontak" dengan membuat komen-komen yang sungguh extreme sekali di blog-blog dan kadang kala very irrational.

Saya rasa mungkin ada baiknya mereka meluahkan perasaan mereka kepada orang lain daripada terpendam sahaja dihati mereka untuk mengelak daripada tekanan jiwa atau stress.

Anonymous said...

assalamualaikum...

orang melayu memamg macam ni..
lupa diri tu dah mmg hobi..
sedaq2 dah makan diri...

kepada UMNO saya nk habaq..
terima kasih banyak2..
24 tahun saya membesaq..
budi umno memangla banyak...

kalau UMNO jahat...
maka onn jaafar pon org jahat..
Tunku Rahman pon jahat...
Tun razak pun jahat...
Tun mahathir pon jahat..
tapi UMNO tak jahat...
banyak org hebat2...
melahirkan idea n org hebat2....

UMNO dah sayu..
saya sedih saya pilu...
ni kerja parpu2...
perangai serupa iblis serupa antu..
im sori but i hate u...

depa buat wadah perjuangan kita..
serupa mak bapak depa yg punya..
sronok2 dan buat kumpul harta...
kami, kami, hangpa, hangpa..
kita kuli depa raja...

UMNO dh nak mati
melayu tak simpati..
depa pakat maki maki...
lupa sejarah lupa diri..

dari UMNO datang DEB dan segala..
utk agama utk bangsa...
kita bukan lagi bangsa hina..
tp UMNO byk serigala..
semua benda nak niaga..
DEB serupa mak bapak depa punya
takdak maruah mati rasa...

UMNO ni kita yg punya...
ni warisan hak milik bangsa...
mai la ramai2 kita jaga...
demi agama, bangsa dan negara..

UMNO memang bukan segalanya...
tapi ini salah satu prasarana..
jangan kita sampai merana..
takdak crita takdak wacana...

Najib razak pemimpin kita..
bukan malaikat cuma manusia
salah silap merat-rata
bagi la chance dia mencuba..

Dear najib kita punya datuk sri..
jaga kami jangan lupa diri..
UMNO melayu punya parti..
jangan buat harta famili famili

datuk sri orang pekan...
anggapla ni mu punyo last chance..
skali lagi kami bg can..
UMNO bisa kita kuatkan..

ingat..jangan lupa..
UMNO ni banyak manusia..
ada baik ada hina
perangai setan muka manusia
macam macam dok ada...

kami mau...
pemimpin yang adil
kami mau
pemimpin yang berani
kami mau
pemimpin yg memahami
kami mau
pemimpin ada akal ada hati

dear para pemimpin kami..
we choose u not ur anak bini..
apatah lagi menantu tak sedaq diri
jangan lagi nk main api..
cukup sudah sampai sini..
mintak maap khilaf kami...
wahai melayu mari mari..
sama2 UMNO kita baiki...

wssalam

-Haprak-

Anonymous said...

Datuk,

Wow! Wow! Wow!

Pakatan's supporters are doing a KJ's.

PRU12, BN menang besar. Ramai pemimpin UMNO jadi sombong. Cakap selalu besar dan riak. Akibatnya, ramai orang sakit hati dan menyampah termasuk ahli UMNO sendiri.

Sekarang, PR pula menang tapi tak besar mana pun. Ramai penyokong PR dah mula jadi sombong. Cakap besar dan selalu riak. Perangai saling tak tumpah macam perangai UMNO dulu. Lama-lama nanti orang mesti naik meluat.

Saya selalu berkata. Rasuah ni bukan kerja UMNO saja. Akibat UMNO yang pegang banyak kuasa, maka ternampak merekalah yang paling rasuah.

Agak-agaknyalah apa akan jadi pada Pakatan bila mereka dapat BANYAK kuasa? Kalau dilihat gaya riak mereka sekarang, saya tak terkejut kalau ramai yang jadi korup macam UMNO juga nanti?

Pada penyokong2 Pakatan, saya nasihatkan, belajarlah dari kesilapan UMNO. Jangan terlalu BONGKAK dengan kemenangan. Rakyat akan sentiasa menilai. Kalau UMNO pernah dihukum kerana kesombongan mereka, jangan ingat anda tidak akan dihukum dengan sikap riak anda ini.

Perlu saya ingatkan, di Bukit Gantang, undi orang Melayu pada PAS sudah merosot teruk. PAS jangan jadi lalai dan harus kenalpasti apa puncanya.


-sinbad-

OKJ said...

Salam DAKJ

Diharap Dato’ jangan layan komen yang tak guna tu. Dato’ baca sikit je, lepas tu delete. Jangan disiarkan. Blog ni Dato punya dan Dato’ tak perlu buktikan apa-apa dan jangan jawab pun sebab dah delete. Standard pemikiran mereka ni lemah sangat dan tak sama dengan standard pemikiran Dato’. Hati pun tak sakit dan mereka yang nak cari publisiti murahan dah tak de tempat lagi. Dato’ dah buktikan segalanya ke anak cucu dan masyarakat kat luar ni. Mereka ni sumbangan kepada negara takda pun tapi berlagak.

Masalah orang muda kita ni tak tahu apa yang dia tak tahu tapi buat buat tahu (banyak kali dah saya kata). Kalau lelaki tahan juga tapi ni betina.Mak ayah suruh pergi belajar, dia pergi merayau jumpa boyfriend. Bukan setakat bodoh sombong tapi dah jadi Bangang, Kurang Ajar dan tiada adab lansung masuk rumah orang. Masuk U pun sebab quota bumiputra tak sedar diri. Itu pun kalau masuk U. Lulus exam pun nyawa-nyawa ikan dah nak berlagak, itupun bodek lecturer minta tips. Baru dapat 1st degree macam dah tahu semua, itupun bukan bidang kritikal. Tak dapat cari kerja nak salahkan kerajaan pula. Macam mana nak dapat kerja, orang suruh bahas topic tak reti lepastu merapu. Dahlah duduk pun kat rumah ‘mummy daddy’, cakap banyak. Duit muka bayar kereta pun ‘papa’ bagi, tak sedar diri. Itupun kalau ada kereta sendiri. Diharap anak mereka nanti kurang ajar macam maknya juga. Sekian TQ.

dalamtidurmu said...

PKR,DAP dan PAS juga rakan-rakan yang bersekutu dengan mereka berkongsi perasaan kebencian kepada UMNO dan pula mempunyai matlamat yang sama untuk menumbangkan kerajaan BN.

Inilah yang membuatkan mereka bersatu,bayangkanlah niat dan tujuan mereka tercapai,kemanakah hala tuju mereka nanti?

Perkara semacam ini telah terjadi di negara Afghanistan kepada para pejuang Mujahiddin.Selepas Soviet Union tewas,berundur dan keluar dari Afghanistan,para pejuang Mujahiddin telah kehilangan musuh mereka.Permusuhan dengan Soviet Unionlah yang membuat mereka bersatu.

Bagaimana dengan Pakatan Rakyat?
Adakah landasan yang mereka pilih sama?Berjuang dengan prinsip atau dengan kebencian dan untuk menjatuhkan?

Anonymous said...

Dato' AKJ,

Untuk mengekalkan status Quo di tempat2 lain yang masih dikuasai pemimpin2 BN/UMNO kena ubah dari semua sudut Kehidupan.

Percayalah rakyat semakin benci melihat pemimpin yang dilihat berkereta besar,berumah besar bersenang,berpoya daan dikeliling olih model2,jelitawan dan berbagai bentuk kesenangan. So baliklah semula dizaman mula2 kemerdekaan.
Nak tengok semua pemimpin BN naik basikal, Tak payah pakai kot pakai baju biase je yang murah. Makan & minum kat bangsal tak lagi kat hotel2 mewah.Campur gaul dengan rakyat kat kedai kopi tak payah ade polis yg jaga. Jual rumah besar, kereta besar,motor besar pakai yang disediakan je. Bini banyak tak pee..Jangan kena queen kontrol dah....
Barulah rakyat akan mula sedar dan nampak serta menginsafi bahawa bukan senang nak jadi pemimpin. Pemimpin yang berjuang untuk rakyat adalar mereka2 yg tidak mengejar harta dunia dan kesenangan dunia.
So be it....

abdullahngah said...

kepada ibrahim bin Said

Nama Ibrahim memang nama seeorang nabi tapi fikiran dan fahamannya macam fikiran dan fahaman orang kafir

Tidak apa berguru dengan sesiapa sahaja adalah prinsip hidup yang dipegang oleh orang kafir.


sebab itu orang islam tidak boleh berjaya sebab mereka berguru boleh sahaja asalkan dia guru.

Tahniah kepada Ahmad Asyraf yang nak ambil masters.kerana beliau faham mengenai islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Nama sama dengan nama nabi tetapi sikapnya berkaitan dengan berguru dikatakan "Tak salah sdr berguru dgn sesiapapun. Pokoknya nawaitu.

Ibrahim nampaknya menganggap naitu segala galanya, sedangkan nawaitu telah ditetap. Solat tidak sah kalai tiada niat.

Sebab itu dalam Umno beri wang kalau tiada niat beli undi bukan rasuah namanya.

Rasuah bukan kerana nawaitu (niat) dia adalah praktis yang dilakukan oleh seseorang dalam satu satu perkara.

Kita bimbang dengan fahaman ini. Jangan jangan, minum arak niatnya bukan arak untuk kebaikan. Zina niatnya sedekah.

Mungkin rasuah itu niatnya sedekah, maka dia bukan rasuah dia adalah sedkeha dan dapat pahala pula.

Kalau ada kalangan orang islam perpendapat begini sah mereka bukan orang islam yang diakui oleh Rasulullah SAW.

Mereka juga islam tetapi Islam yang berpihak kepada puak ke 72 yang jelas dan nyata tidak diterima oleh RasulullahSAW dan Allah.

Pendapat "Buat apa yang CIKGU ajar; jangan buat apa yang cikgu BUAT" adalah pandangan orang kafir.

Inilah yang membuat kita tinggal ajaran islam dalam konteks berguru memang tidak boleh sebarangan.

Untuk makluman Ibrahim. Pandangan itulah yang menyebabkan ramai orang melayu berguru dengan orang kafir, termasuk dalam bidang agama semasa menyiap PHD di luar negara.

Kebanyakan yang lulus PHD diluar negara menjadi manusia yang jahat dengan islam. Jahat dengan islam bermakna jahat dengan Allah dan Rasul.

Mereka adalah ulama' tetapi ulama jahat yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW. Inilah bahana apabila berguru dengan sesiapa sahaja.

Ada yang ada gelaran DR (PHD) diluar negara berkahwin dalam gereja. Orang jenis inilah yang anggap beri wang bukan rasuah. Faedah bank bukan riba.

mecam mana boleh berjaya malah sokongan mereka kepada Najib dengan cara memuji itu akan menjadi sokong yang membawa rebah.

wali said...

Dato KJ, Jangan membebel kerana kata kami tak boleh berhujah... kami orang muda mahu menjaga air muka orang tua... hujah Dato` boleh disanggah tapi kerana adab dan akhlak tak mahu sakitkan hati orang tua.. orang tuakan cepat terasa.. ""Kenapa? Sebab belajar tinggi tetapi ilmu rendah. Maka ramailah yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar"" Siapa yang melahirkan generasi seperti ini? UMNo kan? Kenapa jadi Begini? Sebab Penasihat yang lebihkan melayu dari Islam... Tengoklah NC dan TNC melayu kat universiti... lebih banyak berseronok dan berhibur dari kajian ilmiah.. rosak anak muda kita Dato`.. Saya harap Dato' x saham dalam merosakkan anak muda ini... Umno akan dijatuhkan oleh anak muda yang pernah mereka lahirkan sebagaimana Firaun dijatuhkan oleh Nabi Musa yang dibesarkan di dalam istananya sendiri.. Tidak bersyukur dan tidak berterima kasihkah Musa pada Firaun? Dato` tahu jawapanya kan... belajarlah Sirah an ambil pengajaran darinya..

Fairuz Effendi said...

Tok Kadir,

Dengan segala hormatnya, ingin saya menyentuh mengenai perkara-perkara yg Tok sebut di atas tadi berhubung dgn komen Khairiyah Jamaluddin:

"Sebab belajar tinggi tetapi ilmu rendah. Maka ramailah yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar;"

---> Mungkin ada kebenaran dalam apa yang Tok sebutkan. Mungkin ada sekelompok kecil yang memang bersifat begitu, tak kira bangsa apa pun, tapi Tok tolong janganlah pandang hina pada semua pemuda-pemuda Melayu kita yang berpelajaran tinggi, seolah-olah mereka ini tidak 'mengenang budi' dan sebagainya. Kalau mereka sudah berfikiran luas, janganlah halang mereka atas nama 'tidak mengenang budi' tapi galakkan mereka mencari kebenaran. Katakanlah kalau kerajaan UMNO beri beras kepada kita, dan kalau UMNO itu jugalah yang rasuah teruk dan membolot harta rakyat sambil menyedekah beras kat rakyat, adakah wajar kita 'terhutang budi' pada UMNO ini? Ini soal prinsip, Tok, bukan soal 'mengenang budi'. Kalau satu tangan itu memberi dan satu lagi tangan itu merompak, kita harus tau mengenal kezaliman. Amar maaruf nahi mungkar. Lagipun, parti mana-mana pun yang mentadbir negara ini akan bagi rakyat beras, bukan UMNO saja. Parti mana-mana yang janji akan berlaku adil kepada semua kaum di Malaysia, kita lantik mereka dan pastikan mereka berpegang kukuh pada janji mereka, kalau tidak kami buang juga. Kami pemuda terdidik bukan jahil atau tidak matang. Golongan tua kami hormati, tapi kami minta golongan tua agar jangan juga pandang rendah terhadap kami.

"Kelompok ini mengaku diri mereka matang dan demokratik dan menuntut reformasi; tetapi mereka ini jugalah yang memaki hamun -- termasuk memaki hamun saya -- apabila pendapat mereka dibangkang dan idola politik mereka dikritik. Mereka tidak toleran dan mereka tidak boleh berhujah"

---> Ya, seperti saya sebut di atas, ramai di kalangan kami yang benar-benar layak dikatakan matang, mendokong demokrasi dan keadilan bagi semua manusia dan bukan sahaja Melayu. Inilah keinsanan ertinya. Inilah dia realiti Malaysia tanahair kita. Dan Tok tolonglah jangan tuduh bahawa kami lah yang memaki hamun Tok. Pelbagai pihak dari seluruh pelosok Malaysia yang datang memaki Tok (mungkin Tok ramai musuh), tapi janganlah secara otomatik labelkan kami, golongan pemuda terdidik, sebagai pesalah. Dalam memberi pendapat tu kalau kita tidak bersetuju, kita bantah dan sebutlah mengapa kita tak bersetuju dengan mana-mana pendapat itu. Kalau pendapat kami yang didapati kurang betul, kalau benarlah pandangan kami ada kelemahan, kami amat terbuka kepada kritikan konstruktif Tok. Sila bagi tunjuk ajar. Pada masa yang sama, sekiranya kita tidak setuju dengan Tok, kita akan sebut dengan hormat sekali dan beri kritikan pada pandangan Tok juga. Dan mengenai idola, ramai daripada kami mendokong sebagai idola prinsip kebenaran dan keadilan. Bukan semua manusia layak dijadikan idola. Seseorang manusia itu kami hormati kerana dia itu pemangkin atau perangsang prinsip dan nilai-nilai yang murni. Kami tidak mengagongkan manusia mana-mana. Kami agongkan prinsip dan nilai di dalam mesej yang dikirimkan itu. Kami menilai situasi dan keadaan di negara kami berdasarkan nilai-nilai ini. Maka Tok janganlah tuduh kami ini semuanya tidak bertoleransi dan tidak mampu berhujah atau mengangkat-angkat manusia mana-mana sebagai idola. Kalau nak dikatakan, orang-orang di sebelah pagar sana pun ramai yang tak tolerans dan mabuk ideologi.

Terima kasih Tok.

Wassalam.

Shah said...

Dear DAKJ,
Just to seek Mutapha Ong's prediction on the outcome of Bukit Gantang and Bukit Selambau by elections which he said is based on his confidence and conviction.

Anonymous said...

pendapat Datuk amat saya suka
teruskan lagi, kudos dari saya

akasa

pakbelalang said...

Anwar claims ballot boxes dropped into sea

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat claimed that it lost the Batang Ai by-election because several ballot boxes were "dropped into the sea" by helicopters and speedboats ferrying the ballots to the counting centre.

commment:

What a joke! Kelakar, kelakar. kelakar!

Macam Che Gu sekolah tadika bercerita dengan anak muridnya.

hlekir said...

//PR tidak wujud dalam senarai parti politik//

Dato' yg bjaksana, kalau tak silap untuk mendaftarkan sebagai satu pakatan parti2 (mcm BN) perlu ada 7 parti komponen). Jadi, isu daftar atau tidak bukan isu besar.

ISU BESARNYA, RAKYAT TOLAK BN !!!

Anonymous said...

secara rasional,saya melihat BN bukannya tidak relevan,kerana masih mempunyai sokongan kepada mereka.
Saya sebagai rakyat yang tidak memihak, melihat kepincangan BN kerana masih mengamalkan politik yang tidak matang. Jangan perkecilkan pemikiran rakyat. Apa kata , biarkan calon-calon yang bertanding menyatakan aspirasi mereka di media masa dan elektronik. Sikap terlalu mengagongkan calon sendiri dan memburukkan calon luar akhirnya memakan diri sendiri. saya sangat tertarik dengan hujah Prof Dr.Abul Hassan yang berani menyatakan PAS akan menang sebelum PRK kerana hasilkajiannya yang telus menunjukkan para pengundi di BKt gantang rupanya lebih matang daripada para menteri yang terlalu yakin dengan ungkapap sinonim dengan mereka " Saya yakin , kiata akan menang". Muhasabah lah diri.

Anonymous said...

Dear Dato' Abdul Kadir Jasin,

Iconic! or Ironic? Neither it should be

Moronic.

Dorothy

Ab Razak Hj Ahmad said...

Quote:

[8. Kenapa? Sebab belajar tinggi tetapi ilmu rendah. Maka ramailah yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar;]

Soal kat sini bukan sebab ilmu rendah. Nanti generasi muda akan terasa tetapi Datuk tak rasa pelik ke dengan sistem kat Malaysia ini. Dua perkara penting iaitu pelajaran dan pendidikan kena bayar manakala untuk mendapat 1st class treatment kena bayar beribu ringgit kat private hospital.

Sepatutnya dua perkara ini perlu percuma kerana benda asas dan kalau rakyat berpelajaran tinggi serta kesihatan memuaskan maka boleh menyumbang dan berkhidmat kepada negara. Sudah banyak negara maju di dunia ini yang tidak mengenakan fee atau bayaran untuk dua perkara di atas.

Di Malaysia ni pula dapat offer untuk masuk IPTA atau IPTS dan ada cek pendahuluan untuk PTPTN. Belum start kuliah dah berhutang. Bila graduate je hutang berpuluh ribu nak kena bayar sampai mati.

Sebab itu generasi baru nampak lesu je. Maaf ini bukan soal mentaliti subsidi ya.

Lagi satu pasal income tax sebab tengah sibuk dengan e-Filing so nak mengomel sikit.

Apabila saya dapat duit gaji maka saya akan bayar duit loan rumah, bayar segala bil, duit minyak kereta, tambang komuter, LRT dan juga belanja dapur serta duit poket untuk anak-anak ke sekolah. Belum campur bayar fee sekolah dan sebagainya. Hujung bulan je poket kosong. Tapi bila buat declaration kat LHDN banyak betul duit gaji saya on paper dan jumlah itulah yang dikenakan cukai. Kerajaan tak tahu ke saya begitu perit setiap bulan. Begitu juga pasal PCB Bonus, yang kami bertungkus lumus memajukan syarikat dan bila ada bonus itulah yang nak merasa manisnya duit tapi itu pun dikenakan cukai juga.

Sudah la bayar cukai perit lepas itu duit cukai pula digunakan entah apa-apa. Buat projek untuk rakyat kalau kos asal RM10 juta bila siap jadi RM50 juta sebagai contohnya. Sebagaimana laporan Jabatan Audit Negara yang mana ada agency beli skru dengan bolt harga ratusan ringgit instead of puluhan ringgit.... kusut la macam ni..

Pelbagai simulasi budget yang berbillion tapi saya yang makan gaji di sektor swasta tak nampak satu apa pun yang memberi faedah kat saya.

Bilalah derita ini akan berakhir.....

Kepada pak Menteri kat luar sana tolonglah paham masalah saya ini. Bukan menagih simpati atau mengemis tapi cuma perlu ruang untuk bernafas....

samagreen said...

Salam DAKJ,

1) Yang udah tu udah, kita nengok ke depan!!

2) Tugas utama DSN skrang ialah utk memulihkan keadaan ekonomi;

3) Tugas kedua, DSN perlu benteras rasuah habis-habisan. Ini harus bermula dlm UMNO sendiri!!

4) Tugas ketiga (yg sama pentingnya dgn tugas pertama tadi) ialah tegakkan solat subuh secara berjemaah seramai mungkin. Jika boleh sama ramainya macam sembahyang jumaat. Insyaallah.

Wassalam.

Anonymous said...

Azienmat,
Org tua mmg sensitif..kau kena lah faham..ckp kena berlapis cket..besok kalau kita tua pun camtu jugalah kita nih..

Datuk,
Maafkan kami org-org muda nih...bukannya kami lupa segala jasa dan polisi-polisi yang baik dari Kerajaan BN terdahulu ketika diterajui oleh UMNO original sebelum 1987. UMNO yg ketika itu diterajui oleh majoriti guru-guru yg ikhlas mahu melihat anak bangsa berdiri setaraf dgn bangsa lain.

Namun Datuk, sayang seribu kali sayang, hero-hero bangsa Melayu ini telah semakin terhakis di dlm UMNO baru selepas 1987...sehingga ke hari ini; Drpd para pejuang2x ikhlas demi anak bangsa telah diganti dgn Businessman yg tamak dan ingin cepat kaya dgn menjual tanah dan harta anak bangsa kpd bangsa asing di atas tiket pembangunan/pengswastaan...Majoriti mereka inilah yg dibela dan dididik oleh pujaan hati Datuk -> Madey;

Maka dgn itu kami golongan muda terpaksa menolak UMNO yg sudah semakin jauh drpd mendekati rakyat. The best word to describe their behaviour is TOO COMPLACENT.

Jadi harap Datuk AKJ yg budiman, agar memahami trend kami anak muda yg bukan hanya cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar.

Komen Datuk hok nih:-
<10. Tetapi mereka ini jugalah yang memaki hamun -- termasuk memaki hamun saya -- apabila pendapat mereka dibangkang dan idola politik mereka dikritik. Mereka tidak toleran dan mereka tidak boleh berhujah;>

Kami kurang setuju sedikit krn kalau Datuk pegi visit web dan blog pro-BN/UMNO, tgk bagaimana bahasa mereka yg begitu kesat dan menghina terhadap Pemimpin PR just krn ada yg mengkritik idola politik mereka iaitu Pemimpin BN. Sekurang-kurangnya komentar2x di blog Datuk yg terkenal ini, masih lagi ada "adap dan tatacaranya".

rgds/Ir Fariz Salleh - KL

Queen Latifah said...

Salam

Saya nak komen tetapi hendak tunggu saudara ulas tentang the new line up... what do you think?

Dr Nik-On X-Ray said...

Dato', the last few paragraphs are the ones that really need to be scrutinized. These "kaki ampu" are the people who will do whatever possible to ensure they are "seen" and "heard" and they will create very thick wall between the leaders and people at large. They have not contributed anything to develpoment of our country...but just to monopolize any projects for their own sake.
Please eradicate all the "kaki pengampu" from our country as they are also the contributors to the rise of corruptions. They are the cancers...kill them before they kill our Malaysia

TunTinTan said...

Salam Saudaraku,

You said:
Untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kita perlu mengakui bahawa adalah mustahil bagi beliau memperbaiki keadaan kucar-kacir selama lima tahun lima bulan di bawah kepemimpinan Abdullah, dalam masa lima hari.

Hehe, saya terpanggil dgn statement di atas, iaitu KENAPA bn tidak pernah berhenti dengan memfitnah negeri-negeri jajahan PR yang belum cukup haul memerintah dan TERPAKSA mencuci "najis" bn setelah 50tahun lebih memerintah..

Saya cukup gembira sekiranya kita ader PEMERINTAH yang berfikiran seperti saudara. Iaitu berfikir utk kesejahteraan rakyat dan negara BUKAN hanya duk besarkan tengkuk masing-masing..

FYI, saya ahli UMNO old boys 2nd generation.

Now a days, ampu-ampuan mmg dah jadi makanan & mainan umno utk naik....

Tak tau la sapa lagi boleh di harapkan..

KESIAN MELAYU!!!..

Umno Old bOys

manletih said...

Dato',

Mohon pandangan Dato' mengenai kedudukan MARA, MRSM, koperasi etc setelah tiada Kementerian Usahawan. Satu lagi pengorbanan? DEB dihapuskan?

*manletih*

Indigo said...

Scribe,

kerana apakah membangun negara dengan mata pena di usahakan?

bagaimana punters akan merangka keberangkalian dr mahathir berjaya dengan apa perkerjaan negarawan yang beliau akan mulakan dalam perjuangan demi bangsa agama dan negara beliau dan sahabat-sahabatnya dan berapa ramaikah 'skeptics'?

membangun negara dengan mata pena
subhanallah dan alhamdulillah.

initial momentum...

UTON said...

DAKJ,


Kata, bijak pandai tak guna kita menanng bicara kalau kita kalah dalam PR.Dalam kata lain " MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI."

2.Elok nasihatkan rakyat Malaysia baca buku tulisan AS Abraham bertajuk: Was Ishmael or Isaac Ta ken For Sacrific ?

3.Baca surah al-Baqarah ayat 216;

4.Baca buku kecil Jabatan Bengkok Fakta Lurus dan telus.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih diatas jawapan Dato' kepada saudari Khairiyah. Jawapan yang tepat.

Bila balik kekampung, orang-orang tua dikampung bercerita anak-anak muda sekarang ramai yang minta duit pada mak dan ayah dan bukannya memberi mak dan ayah. Ayat yang paling kerap didengari " asalkan lepas diri diaorang pun cukuplah asalkan tidak menyusahkan orang.".

Saya sendiri mempunyai adik dari golongan muda yang kalau tidak dibentuk memang boleh jadi tak sedar diri. Namun saya cuba sedaya menarik diri pijak ke bumi jika nampak macam tak sedar diri. Kalau bercakap semua perkara mereka tahu mengalahkan menteri tetapi bila teruji selalunya cepat mengalah.

Kalau nak melibas kita dengan sifat memberontak ramai anak muda mampu, tetapi kalau nak melibas dengan hujah yang bernas belum tentu ramai mampu

Nona Azizah Razali said...

Salam Dato'

Selepas Datuk Seri Najib umum barisan kabinet, Dato' dah tak serabut kepala, semak perut dah kot??

pakbelalang said...

Khairy ready to assist Najib

MALACCA: “As Umno Youth head, I am ready to assist the Prime Minister (Datuk Seri Najib), whether within or outside the Government, and I feel the post is not important,” he told reporters after paying a courtesy call on Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam at Seri Bendahara here.

comment:

He went to see his "mentor" who is in the same boat as he is to exchange notes or maybe just to console each other.

Well, just too bad terpaksa gigit jari.

Itulah orang kata jangan main mercun tapi nak main juga. Nah, kan jari dah cedera kena letupan mercun.

Tok Ma said...

Datuk,

Saya setuju degan Pak Belalang, BN dah tak dapat sokongan Cina dan India. Oleh itu elok sekali BN/UMNO meneruskan agenda Melayu. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah kepulauan Melayu termasuk Melaka, Acheh, Jambi, Johor-Riau diperintah oleh orang-orang Melayu. Yang mula jadi kacau apabila kaum pendatang datang berduyun-duyun. Politik Perak jadi kacau bilau kerana berebut bijih timah dan pergaduhan kongsi gelap Hai San dan Ghi Hing di Larut. Ianya berkesudahan dengan campur tangan British dan Melayu mula hilang kekuasaan di Perak dan dinegeri-negeri Melayu yang lain. Apakah sejarah akan berulang.

Generasi muda Melayu juga tidak sukakan UMNO dan kerajaan BN yang berteraskan Melayu. Kalau ada yang lebih baik dari UMNO/BN saya juga mau tumpang sekaki. Kalau ada agenda ekonomi yang lebih baik dari DEB saya juga alu-alukan.

Saya dilahirkan di Perak zaman darurat sama macam Datuk Kadir. Pernah makan nasi kawah. Malah ramai adik beradik kena bunuh dek komunis. Sekolah dan universiti tidak ada kuota. Ketika di sekolah Inggeris hampir-hampir 80 peratus guru-guru bukan Melayu. Guru-guru Melayu cuma mengajar kelas bahasa Melayu dan kelas-kelas menengah rendah. Budak-budak Melayu sering dipermain-mainkan kerana kami golongan minoriti. Masuk sekolah inggeris samada melalui kelas peralihan (remove) atau SMC. "Malays are stupid", "Balik kampung tanam kacang" sempena dengan lirik lagu P. Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Hari ini ejekan-ejekan seumpama ini dianggap racist. Apatah lagi kalau ianya dibuat oleh budak-budak Melayu. Gegak gempita seluruh Malaya. Buat laporan polis dan tunjuk perasaan. Dizaman itu kami hanya menarik nafas panjang dan dan buang geram dim-diam.

Kelas Tingkatan enam cuma ada dua. Lebih kurang 60 pelajar. Dari dua-dua kelas ini pelajar-pelajar Melayu cuma lebih kurang 5/6 orang. Ramai pelajar-pelajar Melayu gagal LCE atau SC/FMC. Ramai yang berkhidmat dalam tentera termasuk saya sendiri. Tanah Melayu ketika itu sedang berperang dengan komunis (PKM)yang mahukan Tanah Melayu menjadi negara komunis pro Tiongkok (PRC).

Orang-orang Melayu bertaraf profesionl doktor, engineer dan lain-lain boleh dibilang dengan jari. Bacalah buku-buku politik dan Tanah Melayu yang ditulis oleh pengarang-pengarang tempatan (bukan Melayu) dan penulis-penulis asing. Hakikat ini diakui oleh pengarang-pengarang ini meskipun mereka bukan Melayu.

Keadaan orang-orang Melayu semakin baik kerana DEB yang kini dibenci oleh orang-orang muda Melayu sendiri. Kerana DEB pelajar-pelajar Melayu dari pekan hingga ke kampung-kampung masuk universiti dalam negara dan luar negara. Biasiswa kerajaan, pinjaman biasiswa termasuk Mara. Tetapi ramai yang bila dah kerja tak mahu bayar balik pinjaman. Bila dipaksa bayar mereka marah. Benci kerajaan. Orang-orang macam ini tak habis-habis cakap fasal jujur dan amanah. UMNO rasuah dan kerajaan yang korup. Siang malam cakap fasal islam.

Sepertimana kata Datuk Kadir ramai pelajar-pelajar Melayu masuk universiti (luar dan dalam negara)kerana kuota bumiputera/DEB. Kerana terlalu mementingkan kuantiti dari kualiti ramai ada yang punyai ijazah tetapi tidak ada ilmu. Bagaimanapun, lebih baik dari tidak ada apa-apa.

Satu bangsa yang tidak memahami sejarah bangsanya akhirnya akan menjadi bahan sejarah.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dato' kata,

"Itu betul (correct) sebab Pas bukan PR yang bertanding di Bkt Gantang dan PKR bukan PR yang bertanding di Bkt Selambau."

"PR tidak wujud dalam senarai parti politik."

"PR tidak didaftarkan."

Saya sedar Dato' dah banyak kali buat kenyataan sedemikian. Secara teknikalnya Dato' memang betul tetapi bukankah kita sepatutnya menilai dari sudut itu sahaja? Bukankah isu persepsi itu adalah lebih significant dalam politik?

Saya percaya, PRK di Permatang, Kuala dan 2 Bukit telah membuktikan bagaimana perkara teknikal seperti itu tidak dipandang berat.

Adakah ini kata kunci bagi membaca selera semasa pengundi?

Saya percaya, jika Dato' mendalami perkara ini, tentu Dato' dapat membaca rentak dan tempo persepsi orang ramai terhadap politik dalam Malaysia.

Saya ingin mengingatkan Dato' dan diri saya, majoriti pengundi kini adalah dari kelompok umur 40 tahun dan kebawah.

Tentunya model politik dalam persepsi golongan ini tidak tertakhluk kepada model yang konvensional.

Malah ada pendapat yang mengatakan check and balance didalam perikatan informal adalah lebih kukuh berbanding perikatan yang formal.

Berbalik kepada keputusan 3 PRK yang terbaru, nyata "pemberontakan" terhadap UMNO/BN bukan sekadar terhadap tokoh tertentu semata-mata.

Saya berpendapat ia menuntut total reform diperingkat parti dan perikatan itu sendiri.

Anything else will easily be passed as another rhetoric.

The rest, I will save for your next article which I naturally expect, to be on the new cabinet line-up.

pakbelalang said...

Jemaah kabinet yang baru dibawah pimpinan Najib telah di istiharkan.

Sekarang mereka mesti berkorban apa sahaja untuk kemajuan rakyat.

Mereka mesti "berhijrah" dan "berjihad" untuk membawa rakyat dari kegelapan menuju ke cahaya harapan yang lebeh selesa lagi.

Jangan banyak berpolitik lagi seperti parti pembangkang yang tidak habis-habis cuba nak menubuh kerajaan Pakatan. Cukuplah !!

We are already tired !!

pakbelalang said...

Don't you think it is rather awkward to have your deputy as a deputy minister and you are left behind gigit jari.What a pity !!

Don't blame anybody but blame yourself, friend !! kah,kah,kah !!

Try luck next time. There is still hope to fulfill your ambition to become Prime Minister at the age of 40. But a long the way there are a lot of "painful" lesssons to be learnt. You have to struggle and really stand on your own. You have nobody to fall back. Your father-in-law has gone deep into the twilight zone.

Now there is KPI to measure your performance. Either you make the grade or you just fade away.

Anonymous said...

Salam Dato n bloggers

DSN much better than his cousin, DSH, who appointed Dato Hamid Mandela as Bendahari Pemuda last term. Apa la budak SRP boleh buat selain mengampu....

Panching utara Ktn

A KADIR JASIN said...

Sdr "Datok Zakaria Keling",

Daya tidak akan poskan kpmen Tuan kertana:

1. Saya tidak berasa di mana-mana Restoran Pelita semalam;

2. Jadi tentu Tuan atau pelapor Tuan tidak nampak daya saya ketawa besar "sampai nampak gigi macam baboon."

3. Terima kasih

A KADIR JASIN said...

Sdr Indigo,

Tajuk buku itu diberikan oleh DBP. Itu buku mereka. Mereka yang usahakan. Saya ucap terima kasih kepada DBP. Buku itu adalah himpunan rencana saya dalam penerbitan DBP sejak 1974. Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Hlekir,

Tujuh ORANG penaja.

Penaja perlu manusia bukan benda.

Terima kasih

pakbelalang said...

Fairus Effendi,

Memang benar bukan semua pemuda yang terpelajar "dah bodoh stupid". Mereka pandai dan bijak belajar.

Tapi yang dipersoalkan ialah dari segi "pemikiran intelektualnya" sungguh cetek sekali.

Bukan semua pemuda terpelajar seorang intelek.Mereka setakat pandai belajar apa yang diajar tapi tidak lebeh dari itu.Pemikiran intelektualnya tidak ketahap mana pun.

Jadi kita harus bezakan antara orang terpelajar dengan orang intelektual.

Orang intelektual dapat berfikir diluar kotak. Tapi orang terpelajar mungkin hanya dapat berfikir didalam "tempurung" sahaja.

Kalau kita teliti setengah daripada pemuda yang membuat komen-komen dengan perkataan yang sungguh kesat dan menjijikan adalah mereka yang mengalami "inferiority complex" atau rasa rendah diri. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri mereka. Jiwa mereka mungkin tertekan dan untuk meluahkan kebuntuan perasaan yang tertekan ini mereka akan merapu-rapu dengan membuat komen-komen yang kadang kala tidak masuk akal langsung kononnya untuk mencari "kebenaran".

Itulah cara mereka hendak menarik perhatian untuk menutup kelemahan diri mereka.

Cuba kita perhatikan personaliti pemuda-pemuda yang membuat demonstrasi jalanan. Mungkin kita akan dapat lihat ada susuatu yang kurang pada diri mereka yang menyebabkan mereka memberontak dan senang dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka. Mereka sebenarnya adalah "timid, naive dan gullible" dan senang terpedaya.

Ini adalah pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang kurang setuju.

sum mun buk mun um yun fahum laaa yarjiuun. surah al-baqarah ayat 18.

Agus said...

A Kadir Jasin berkata :

6. Hari ini, Alhamdulillah, saya mampu menyara diri saya, anak-anak saya, ibu dan ayah saya dan ramai lagi yang berkongsi rezeki dengan saya;

7. Tetapi ramai orang muda hari ini, nak sara diri sendiri pun susah, apatah lagi menyara ibu bapa dan saudara mara;

8. Kenapa? Sebab belajar tinggi tetapi ilmu rendah. Maka ramailah yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar;

9. Kelompok ini mengaku diri mereka matang dan demokratik dan menuntut reformasi;


Komen balas Datuk ini jika dihalusi membawa kesan yang besar pada pengikut yang pro kontra :

Yang tidak terlibat dalam politik Datuk jadikan sandaran pada no.6.
Allah dan rezeki.

Cuba halusi dengan perasaan tenang dan tidak terburu-buru.

"Bukan kamu yang memberi makan pada mereka tetapi AKU(Allah s.w.t)." Al-Quran

Dengan ini jelas watak yang kita bawa dalam sepanjang hidup.
Juga menjadi kenangan bagi saya yang mengharungi hidup setengah abad dengan kenyataan Datuk ini.

Apakah pengakuan kita dalam kesaorangan berhadapan denganNYA dikemudian hari ?

Terpulang pada Datuk atas budibicara semasa masih kita diberi kesempatan.

Menarik balik kenyataan ?

Anonymous said...

Salam Dato'

Sila baca kembali ayat Dato Kadir:

6. Hari ini, Alhamdulillah, saya mampu menyara diri saya, anak-anak saya, ibu dan ayah saya dan ramai lagi yang berkongsi rezeki dengan saya

Jika ayat itu berbunyi " Hari saya mampu menyara diri saya, anak-anak saya,ibu dan ayah saya dan ramai lagi berkongsi rezeki dengan saya"

Pada hemat saudara ada perbezaan tak antara dua ayat ini. Tolonglah jelaskan pada pembaca blog ini yang kurang ilmu agama seperti saya

Anonymous said...

Datuk,

Itulah akibatnya kalau kita asyik menulis dan berbincang mengenai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Datuk kena lebih kerap menulis mengenai parti-parti lain terutama parti PAS dan DAP.

Orang-orang muda sekarang ini ramai yang hanya tahu pasal sepak terajang politik UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Mereka tak tahu bahawa dalam parti PAS dan DAP pun banyak juga sepak terajang dan tikam belakang.

Datuk kena perbanyakkan menulis mengenai bagaimana Lim Kit Siang tendang keluar pesaing-pesaing politiknya dalam DAP. Datuk kena bagitahu pada orang-orang muda apa Lim Kit Siang sudah buat pada Lee Lam Thye dan Wee Choo Keong. Datuk kena ceritakan bagaimana Lim Kit Siang buat komplot untuk ketepikan Kerk Kim Hock untuk menaikkan anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP. Datuk kena kisahkan semula kenapa Lim Kit Siang ini kena singkir dari jawatan Setiausaha Agung sebab ramai ahlinya pada masa itu sudah muak dengan sikap kuku besi dan dominannya hingga DAP tewas teruk dalam PRU10.

Datuk juga kena ceritakan bagaimana sepupu sepapat Ngeh dan Nga menjadi terlalu berkuasa dalam DAP Perak hinggakan ahli Parlimen Batu Gajah, Foh Poh Kuan pun hampir tersingkir dari bertanding dalam PRU12 dahulu. Dikhabarkan juga bahawa ADUN Jelapang, Hee Yit Foong bertindak keluar parti DAP pun kerana terlalu bosan dengan sikap gila kuasa Ngeh dan Nga ini.

Datuk, tolonglah ceritakan siapa Kamaruddin Jaafar, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain ini semasa mereka dalam UMNO dulu. Ceritakan apa peranan mereka, apa sejarah hidup mereka dan kemewahan yang mereka kecapi dalam UMNO ini. Ramai orang-orang muda yang mengaku sangat bijak pandai dan memuji muja mereka ini ingin tahu perkara yang sebenarnya dari Datuk.

Tolonglah Datuk. Saya dah muak dengan cerita UMNO dan Barisan Nasional.


-sinbad-

tok janggut said...

Untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kita perlu mengakui bahawa adalah mustahil bagi beliau memperbaiki keadaan kucar-kacir selama lima tahun lima bulan di bawah kepemimpinan Abdullah, dalam masa lima hari.

BETULKAH TUK, SELAMA 5 TAHUN 5 BULAN KEADAAN NEGARA KUCAR KACIR DI BAWAH PAK LAH? KALAU BENCI PUN JANGANLAH SAMPAI MACAM TU SEKALI TUK, BERPADA-PADALAH. BUKANKAH PILIHANRAYA UMUM KE 12 PAK LAH MENANG BESAR. KUCAR KACIRKAH ITU TUK?

TiCO said...

YBhg Dato,
,

Toh Su Koon yang tidak menunjukkan prestasi di Pulaua Pinang diberi tugas utama untuk memantau prestasi menteri. Jawatan yang tinggi kerana dapat melaporkan prestasi menteri.

Jawatan ini sama taraf dengan Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu tercapailah perjuangan parti bukan selain UMNO untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan mereka.

Sekian,

Anonymous said...

Dato'

Setelah membaca pelbagai komen-komen Melayu yang menyokong PR, saya bertambah kesian kepada Melayu yang kebanyakannya hanya mampu meluahkan rasa benci kepada Najib/UMNO. Saya teramat ingin membaca komen-komen mereka tentang manifesto "Ketuanan Rakyat" (bukan Ketuanan Melayu) yang dijuangkan oleh PR serta kerjasama intim PAS & puak kafirun yang jelas telah menyatakan pendirian tegas mereka bahawa negara Islam hanya boleh dibentuk selepas melangkah mayat mereka dahulu. Itu jihad puak kafirun di negara ini.

Tetapi nampaknya sehingga kini hanya luahan perasaan benci sahaja yang dapat saya baca dan bukannya bagaimana PR boleh memajukan lagi agenda-agenda Melayu & Islam di negara ini.

Dato', di zaman Nabi Muhammad S.A.W. dahulu, pernah kah baginda berjuang bersama puak kafirun yang telah bersumpah bahawa negara Islam hanya akan dibentuk selepas melangkah mayat mereka dahulu?

Jika Dato' tidak boleh menjawab soalan saya ini, tak apa. Mungkin doktor swasta yang telah mengundi di Bukit Selambau boleh menjawabnya serta bercerita sedikit bagaimana negara Islam boleh dibentuk melalui kerjasama dengan DAP?

Melati

Lompong Pudu said...

aiseyman, Sdr Tico, how could this be happeninglah?

ada apa-apakah yang tertransacted?

eeesh! so exciting one no?

Anonymous said...

Salam Datuk,

Buku baru Datuk tak sampai mai di Seremban lagi, no?

antimisailebat_jijik! said...

Berdasarkan bahan(pandangan/komen/buah fikiran/cetusan/idea dll) yang beliau tulis di blog ini, Pak Belalang saya ibaratkan seperti sesumpah dan umang-umang.

Ada 2 perkara perlu ditegur untuk beliau perbaiki diri.

1. Ejaan Che Gu sudah lama tidak digunakan. Ejaan betul ialah cikgu.
(Menunjukkan betapa kuman di seberang laut beliau nampak tetapi gajah di depan mata beliau tidak nampak - dan betapa berumur nya beliau...)
2. Cikgu tadika tidak bercerita yang karut-marut (peti undi dibuang ke laut) kepada anak muridnya. Sila pantau ke sekolah tadika sehari suntuk dan lihat cikgu tadika mendidik anak murid nya. Juga sila baca dan hayati kurikulum sekolah tadika.

Oleh itu, sila lah beri contoh yang lebih masuk akal.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).