Monday, April 13, 2009

Sepak Terajang Berlaku Dalam Semua Parti

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA tertarik dengan komen Sdr Sinbad (anonymous) yang dihantar kepada posting saya pada 8 April yang bertajuk “Status Quo Di Sungai dan Bukit.”

Saya sudah pun menyiarkan ulasan itu dalam ruangan komen rencana berkenaan. Terima kasih kepada Sdr Sinbad dan semua para pembahas.

Namun, saya rasa ada baiknya saya memetik keseluruhan komen beliau itu dan menyiarkannya sebagai sebahagian daripada posting kali ini.

Benar seperti kata Sdr Sinbad “tendang terajang dan tikam belakang” bukan berlaku dalam Umno dan Barisan Nasional sahaja. Ia berlaku dalam semua parti politik.

Izinkan saya menyiarkan semula komen Sdr Sinbad dengan penuh dan tanpa sebarang suntingan:

Datuk, Itulah akibatnya kalau kita asyik menulis dan berbincang mengenai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Datuk kena lebih kerap menulis mengenai parti-parti lain terutama parti PAS dan DAP. Orang-orang muda sekarang ini ramai yang hanya tahu pasal sepak terajang politik UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Mereka tak tahu bahawa dalam parti PAS dan DAP pun banyak juga sepak terajang dan tikam belakang.

Datuk kena perbanyakkan menulis mengenai bagaimana Lim Kit Siang tendang keluar pesaing-pesaing politiknya dalam DAP. Datuk kena bagitahu pada orang-orang muda apa Lim Kit Siang sudah buat pada Lee Lam Thye dan Wee Choo Keong. Datuk kena ceritakan bagaimana Lim Kit Siang buat komplot untuk ketepikan Kerk Kim Hock untuk menaikkan anaknya Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP. Datuk kena kisahkan semula kenapa Lim Kit Siang ini kena singkir dari jawatan Setiausaha Agung sebab ramai ahlinya pada masa itu sudah muak dengan sikap kuku besi dan dominannya hingga DAP tewas teruk dalam PRU10.

Datuk juga kena ceritakan bagaimana sepupu sepapat Ngeh dan Nga menjadi terlalu berkuasa dalam DAP Perak hinggakan ahli Parlimen Batu Gajah, Foh Poh Kuan pun hampir tersingkir dari bertanding dalam PRU12 dahulu. Dikhabarkan juga bahawa ADUN Jelapang, Hee Yit Foong bertindak keluar parti DAP pun kerana terlalu bosan dengan sikap gila kuasa Ngeh dan Nga ini.

Datuk, tolonglah ceritakan siapa Kamaruddin Jaafar, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain ini semasa mereka dalam UMNO dulu. Ceritakan apa peranan mereka, apa sejarah hidup mereka dan kemewahan yang mereka kecapi dalam UMNO ini. Ramai orang-orang muda yang mengaku sangat bijak pandai dan memuji muja mereka ini ingin tahu perkara yang sebenarnya dari Datuk.

Tolonglah Datuk. Saya dah muak dengan cerita UMNO dan Barisan Nasional.”

Terima kasih Sdr Sinbad.

Saya tidak akan mengulas mengenai semua watak yang Sdr Sinbad sebutkan. Saya hanya ingin berkongsi fakta ringkas mengenai watak yang saya kenal dan fakta yang saya tahu. Antaranya:

1. DAP adalah jelmaan Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party) Singapura. Ia mengambil alih peranan PAP di Malaysia apabila Singapura keluar Malaysia pada tahun 1965;

2. DAP diasaskan pada tahun 1967 dan sejak itu Lim Kit Siang menjadi supremo -- orang kuatnya -- dengan memegang pelbagai jawatan, menjadikannya ketua parti yang paling lama memegang jawatan;

3. Dialah juga ideologue yang menentukan ideologi, dasar dan kepemimpinan parti itu;

4. Dia adalah kata pemutus. Ambil contoh gesaan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini supaya Anwar Ibrahim berhenti menjadi ketua de facto gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat. Kit Siang menyangkalnya dan berkata itu hanya pendapat peribadi Karpal;

5. Ramai aktivis DAP yang tidak sebulu dengan beliau atau yang lebih karismatik seperti Lee Lam Thye, Kirk Kim Hock dan Wee Choo Keong disingkirkan;

7. Akhirnya, anak beliau, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agong iaitu jawatan nombor satu DAP dengan Karpal Singh sebagai ketua pada nama “figurehead” sahaja;

8. Kamaruddin Jaafar adalah orang kanan Anwar dalam Abim dan Yayasan Anda. Dia ikut Anwar masuk Umno pada awal tahun 1980an dan melalui Umno membina landasan politik arus perdananya. Seorang yang baik, waras dan intelek;

9. Apabila Anwar disingkir daripada Umno dan Kerajaan pada tahun 1998, dia keluar Umno. Dia tidak menyertai reformasi sebaliknya masuk Pas dan menjadi Ahli Parlimen sejak 1999;

10. Dr Hassan Ali mencipta nama sebagai pakar motivasi keluarga yang berjaya di segi populariti dan kewangan. Dia mencipta nama hasil promosi media massa arus perdana, khasnya radio dan TV.;

11. Mohamed Azmin Ali adalah petugas peribadi Anwar yang paling rapat dan akrab dengan Ketua Pembangkang itu. Pada 1 Okt. 1987, ketika berusia 23 tahun dia dilantik Pegawai Khas Anwar dan seterusnya sebagai Setiausaha Sulit. Azmin amat akrab dengan bosnya sehingga keluarganya dianggap sebagai sebahagian daripada isi rumah Anwar;

12. Abdul Khalid Ibrahim adalah eksekutif korporat yang amat rapat dengan bekas Pengerusi PNB, Allahyarham Tun Ismail Ali. Dia menjadi kaya raya apabila dianugerahkan “golden handshake” berbentuk lima peratus saham Kumpulan Guthrie dan hak menguruskan firma perladangan raksasa itu;

13. Dia didakwa tidak menguruskan Guthrie dengan baik dan pada tahun 2004 dipecat sebagai ahli lembaga pengarah dan ketua eksekutif. Guthrie adalah syarikat kawalan PNB;

14. Tidak lama selepas itu dia menyertai PKR dan bertanding pilihan raya kecil DUN Ijok, Selangor bagi pihak Parti Keadilan Rakyat tetapi tidak menang;

15. Abdul Khalid pernah bergiat cergas dalam Umno tetapi gagal mendapat jawatan di peringkat bahagian lagi. Dia adalah antara pemikir ekonomi bagi Umno dan Kerajaan; dan

16. Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas.

Itulah sedikit sebanyak mengenai watak-watak yang Sdr Sinbad sebutkan dalam ulasannya sepanjang yang saya ingat. Terima kasih.

125 comments:

azlishukri said...

saya setuju dengan posting Datuk kali ini, sudah tiba masanya politik pembangkang didedah keburukannya pula.

Quantum Metal Consultant said...

Jelas, Dato' juga ketumpulan maklumat dan cerita mengenai pembangkang kerana kita asyik menjaga tepi kain UMNO, jangankan DAP, saya percaya kita kekurangan maklumat tentang MCA dan MIC apatahlagi parti2 di seberang sana.

Maklumat terpecaya datangnya dari dalam dan kemungkinan besar sepak terajang ini kekurangan dalam parti lain khususnya pembangkang kerana halatuju mereka ialah ekonomi berbanding dengan politik, mereka lebih sebok tertumpu kepada ekonomi daripada bercakaran untuk sekadar jawatan.

Faktor yang paling utama ialah kerana mereka belum berkuasa sebagai kerajaan sepenuhnya untuk mengagih agihkan projek.

Perkembangan mutakhir melihatkan kepimpinan PAS mula sedikit goyah dari segi perebutan jawatan kerana mereka kini yakin berada di ambang kekuasaan dan jawatan di dalam parti akan memberi peluang jawatan di dalam pentadbiran jika kerajaan dibentuk.

Kini timbul dua puak, endorgan dan ulamak dan ia dilabelkan dan dimaklumatkan dari dalam PAS itu sendiri.

UMNo dan PAS bertunjangkan Melayu cukup gemar berpolitik dan menjadi budaya harian dan paling ketara, politiking berlaku secara senyap tetapi beracun dari dalam, ia bermula dari atas dan menurun ke cawangan2.

nasiru said...

ini semua orang dah tahu, datuk. kita nak tahu lebih lagi. saya setuju dengan sinbad, kalu asyik crita hal umno, orng ingat hanya pasrti ini saja yng bermasalah.

harap datuk dapat buat kajian lebih mendalam mengenai pemain politik lain plak, baru terer.

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Hal ehwal politik PAS ngan DAP buat apa kita nak ambil kisah sangat (cukup untuk tau saja) sebab depa dua bukannya Parti pemerintah.

Umno lain. Umno dah jadi parti pemerintah dah lebih 5 dekad. Rakyat kena la tau sedikit sebanyak pasai parti dan personaliti pasai apa yang depa2 ni buat dan tak buat, akan tempias kat rakyat, sedar atau tidak.

Kit Siang nak ketepi Kerk Kim Hock tu politik dia.

Samy Vellu nak ketepi sapa2 lain tu politik dia.

Nik Aziz nak minta PAS jangan sekali2 mubahallah (betui ka ni?) tu hak politik dia.

Tapi kalau Najib TR nak ketepi Muhyiddin, kita kena ambik tau pasai depa dua2 menteri yang jaga negara.

Bila PAS dengan DAP perintah negara, kita tumpu la pulak ke depa punya politiking.

Negeri punya politik pulak masing2 punya rakyat negeri la ambik tau supaya depa boleh nampak halatuju kemana pemerintah masing2.

(Kena bubuh yang last tu pasai dah ada non-Umno negeri selain Kelantan :) )

Saya rasa cam tu Datuk. Orang lain mesti rasa can lain.

Rudy said...

Dear Datuk,

I'm a great reader of your blog. But, dont start this kind of stupid request from someone you may not know to write such article that seems like to tarnish others.
This is not your style.

mie said...

bagus juga jika sekali sekala cerita pasal yang lain..

saya ingin letak dalam blog saya ye dato'.. terima kasih..

Tengku Ghazali said...

Assalamualaikum, semua.

Walaupun sejarah silam DAP ada kaitan dengan PAP (ini lazim kerana Singapura pun dulu sebuah negeri Malaysia, tidak lain dari Melaka atau Johor atau Pulau Pinang), tidak boleh dinafikan DAP itu sudah lama "diMalaysiakan", iaitu parti DAP sudah sebati dan seacuan dengan Malaysia dan semangat keMalaysiaan. Kalau kita kaji misi dan visi DAP itu pun semuanya tertakluk dan menurut Perlembagaan Malaysia. Tambahan, DAP memang terkenal kerana konsisten menegakkan keutuhan Perlembagaan kita sejak dahulu lagi.

Visi dan misi DAP juga tidak jauh berbeza dengan perjuangan PKR. Yang menjadi fokus perjuangan DAP sejak pertubuhannya ialah kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa prejudis bangsa, agama atau darjat (yakni, berbentuk 'social justice'/keadilan sosial). Pembaca disyorkan kaji baik-baik dengan sendiri sebelum menerima bulat-bulat komen mana-mana satu pembaca, termasuk komen saya ini sekalipun.

Maka cerita kononnya DAP ini dalangnya ialah PAP ialah cerita lagenda yang palsu dan lapok, yang telah lama menjadi senjata standard puak politik tertentu. Inilah corak retorik satu parti tertentu sejak dekad 1960an, bagi membolehkannya bertanding dengan pembangkang. Sudah menjadi bagai empulur propaganda puak ini kerana bimbang cara DAP dipandang lebih ideal berbanding cara yang bertumpukan satu kaum (etnosentrik).

Begitu sajalah rumusannya, kalau hendak dipendekkan cerita yang panjang. Sekiranya berminat, sila luaskan lagi pandangan dengan membaca sumber-sumber yang berbeza-beza dan boleh dipercayai (buku-buku, jurnal, atau dari laman Internet DAP sendiri).

frossonice said...

Terima kasih atas info. Namun begitu, ianya lebih bersifat bibliografi peribadi.

Bila kita mahu menyelesaikan masalah sendiri, jangan lihat salah orang lain. Lihat di mana diri kita berdiri.

antidrM said...

macam bagus je sinbad ni..cuba cerita lak Datuk..Isteri-isteri menteri UMNO BN..mcm Sit Hasmah, Rosmah, Zaharah KEchik..daln lain lain lagi...ada tak kes..atau skandal mereka..bosan la asyijk cite pasal jantan je

Anonymous said...

Datok,
semua parti ada masalah,ada cah keting,tikam belakang ,tolak menolak dan sebagainya.bukan dalam parti2 di malaysia saja ,sejak zaman awal islam lagi dah ada.zaman dinasti/khalifah pun berlambak apa nak diheran?.bahkan kerana ada MASALAH itu lah politik dan kita meneruskan kehidupan.itu ketentuan ilahi dah.yang berbeza adalah CARA kita handle masalah tersebut.antara PR dan BN ,BN semua ditanggong beres,asal kenal dengan orang atas,semua dijamin,tak bersalah,dijenamakan semula,tak payah minta maaf,rakyat tak akan tahu,rakyat/melayu sampai bila2 akan taat kat umno,sentiasa ada komisyen 20%,dan macam-macam lagi.adapun PR setakat ini ada sedikit ketelusan, mana2 pemimpin tak perform,telus,terlibat dengan rasuah,kuari haram,dll diambil tindakan,tengok Lim K siang,Datok sendiri dalam posting dulu memuji kehidupannya yang humble dan sederhana.payah umno nak ambik balik penang.cuba kalau umno/mca/mic adakah mereka akan seperti pemimpin PR.masalah paling besar bagi umno/bn akan datang/pru 13 ADALAH : ketiadaan calon2 yang berwibawa, bersih, telus, baik, integriti untuk berhadapan dengan calon PR.ambil contoh di bkt gantang/selambau, calon2 bn lemah dan tak dak apa2.tengok calon pr Nizar dan manikumar.dulu terbalik, calon pr/pas yang lemah,ustaz2 kampung saja sedang bn educated, lawyer, doktor,dll.Datok kena ulas sikit awat jadi lagu tu?.BN perlu sedar.nak harap ketua bahagian,wanita/puteri nak jadi calon dalam pru 13, mak oii lagi mudah umno kalah kerana diperingkat bahagian pun mereka dah berbalah2,puak2 dan sebagainya.
sekian.zmy

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman NIr Rahim
Salam A Kadir Jasin
Soalan ni tak pernah hialng mahupun tengelam dari tempurung kepala otak saya.
i) Apa peranan Najib semasa menjawat sebagai TPM atau TP umno .Kenapa beliau tidak mengusul atau memaklum kepada Pak Lah bahawasanya line-up kabinet Pak Lah tidak aktif atau KPI line-up menteri kabinet Pak Lah tidak capai ,apa yang diracang mahupun yang di kehendaki oleh Kerajaan Malaysia .
ii) Begitu juga kenapa Najib tidak mengusul slogan "ONE MALAYSIA" kepada Pak Lah .

Bagi pendapat saya jika Line-Up kabinet Pak Lah gagal mencapai matlamat, ini bermakna Najib juga gagal menjalankan tugas beliau sebagai TPM mahupun TP umno.

Atau Najib memang ada tersirat di hati beliau untuk sabotaj Pak Lah supaya kesemua peracangan yang Pak Lah nak lakukan di sabotaj oleh Najib >Bak kata peri bahasa Melayu " ADA UDANG SEBALIK BATU"

Najib & Muhidin Yasin pun adalah menteri Line-Up kabinet Pak Lah. Jika line-up Pak lah gagal,orang yang pegang jawatan No.2 dalam kerajaan mahupun parti umno gagal.Ini bermakna sekarang ni orang No 2 dah menjadi No 1. Keputusannya pentakbiran sekarang pun akan tercudang jua . Kerana 60% line-up kabinet baru Najib adalah orang atau menteri dari Line-up Pak lah .So tiada bezanya. Kalau line-up kabinet Pak Lah 2 X 5 = BN,
la ni line-up kabinet Najib 8+2=BN juga .So sama saja aje tiada yang baru atau pembaharuan . Menteri yang akan berkerja untuk Rakyat . Betul ke ni?

Azrin H said...

Salam

Pada pendapat saya antara punca kemerosotan sokongan ke atas UMNO adalah kekerapan melampau media massa melaporkan cerita mengenainya. Dari sekecil kecil cerita sehingga seburuk buruk cerita semuanya dilaporkan. Rakyat bosan dan muak. Tiada lagi apa yang menarik tentang UMNO, semuanya sudah diceritakan.

Sekiranya UMNO ingin pulih, UMNO perlu pastikan tiada lagi cerita tentang UMNO di media massa. Jadikan rakyat tertanya-tanya.

Sebagai ganti jadikan media alternatif seperti blog sebagai penyampai maklumat tentang UMNO. Juga digunakan kaedah lama seperti perjumpaan pemimpin dengan rakyat di seluruh negara. Tapi ingat tidak perlu dilaporkan oleh media massa.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

jangan dikenang benda yang lama ,hanya boleh diambil iktibar.

Masa mendatang semua akan porak-poranda.Nabi berpesan bahawa 'hari ini lebih baik dari esok'.

There is no better tomorrow.No matter how you make it.

Anonymous said...

Dato' buat cerita dan ulasan yang ikhlas dan benar tak apa tok, jangan di tokok tambah nak sedap cerita sebab nanti ia jadi fitnah dan penginayaan. Atau pun jangan terlebih goreng!!! Sebab bila dia jadi fitnah, hanya akan membebankan diri sendiri nanti, tak di dunia, diakhirat. Janji ALLAH pasti akan berlaku. dh9753.

Shahiran Shahid Zahri said...

salam..

siapa yg tak muak dgn kisah2 umno.. jemu sangat dah, sebab tu kita nak berubah dgn alihkan kuasa kerajaan kpd yg lain..

ramai yg memperkatakan berkenaan sepak terajang UMNO kerana mereka kerajaan yg memerintah sekarang.. dgn publisiti menganai mereka tiap2 hari, menjadikan cerita2 yg menjemukan tu makin tak boleh nak dielak..

dan sepak terajang dlm umno kian parah kerana mereka berkuasa, dah tentu, rakyat akan memperkatakan, mempertikaikan pihak yg berkuasa.. yg tak ada kuasa, nak kata apa.. mereka belum diuji.. kalau nak tahu, bagi mereka kuasa.. mungkin selepas tu kita akan maklum mengenai mereka, dan apabila ceriat2 mereka mula tak enak tuk diikuti, sebelum kita jemu, tukar lagi kerajaan.. mungkin pilih umno semula.. sebab kalau dah tak ada kuasa, kemungkinan dipulihkan itu cerah peluangnya.. ditampuk pemerintahan mustahil sesuatu pertubuhan atau parti itu boleh dipulihkan..

apa sekalipun, kita rakyat yg mesti bijak.. berilmu dan sentiasa mengikut perkembangan supaya kita dapat sentiasa mengawal kerajaan.. itulah pengertian demokrasi.. bayangkan umno jika masih mendapat mandat besar, akan peduli ke mereka pada rakyat..

jemu atau tidak.. hakikatnya, kita rakyat akan sentiasa memperkatakan, mempertikaikan dan membangkang tindakan kerajaan yg dianggap tidak betul.. saudara sinbad jemu dgn sepak terajang UMNO, gantikan kerajaan.. baru kita boleh mendengar perihal PR pula..

hakikatnya sekarang, Malaysia menuju satu keadaan Rakyat yang mentadbir negara di bawah naungan dan pemerintahan yg dipertuan Agong dan Raja2 melayu..

jgn bangkitkan soal parti yg belum memerintah.. PR masih terlalu awal utk diperkatakan, 50 tahun dgn 1 tahun.. byk bezanya..

manakala kerajaan PAS di kelantan, carilah sepak terajang atau tikam belakang yg berlaku.. dan perkatakanlah.. tapi ingat tanpa bukti dan pengakuan dari pihak terlibat.. ianya merupakan fitnah..

Mosa said...

Terima kasih diatas ulasan dan komen Datuk dalam arus politik Malaysia.
Sebagai orang muda saya lebih gemar melihat realiti dari history pemimpin. Lebih baik kita beri peluang manusia kembali membersihkan diri dari kesilapan mereka. Tidak kira mereka dari parti atau kelompok mana hatta PM ke enam kita.

Dengan menceritakan keburukan lampau tidak akan membawa kita ke mana-mana. Cumanya kita perlu berhati-hati.

Sahabat Nabi Umar Al-Khattab pun begitu juga sejarah lampau sebelum Islamnya. Dengan melihat sejarah lampau beliau pastilah dia yang paling tidak layak memimpin berbanding sahabat lain.

Apa pun ia adalah pandangan peribadi saya. Wassalam

alrawa said...

Datuk,
Lebih tepat dan sesuai kalau dapat datuk senaraikan 'happening' politik disyarikat2 akhbar arus perdana negara ini. Umpamanya, apa telah terjadi kepada Datuk,Dollah Kok Lanas,Johan Jaafar, Zam dll apabila adanya rebutan atau penukaran kuasa parti pemerentah.
Saya rasa MCA juga main peranan terhadap akhbar The star dan akhbar2 cina.

Puteri Islah said...

salam,

datuk, thanx 4 your simple explanation.

yup, datuk. saya juga setuju dgn saudara Sinbad. kita kena tau jugak latar belakang seseorang pemimpin.

sebelum saya menyertai gerakan jemaah Pas ini (saya merupakan aktivis PAS, bawahan ajer..), ayah saya pernah berpesan, berhati-hati apabila memilih PAS sbg platform jemaah islam (yelah..byk lagi jemaah islanm di m'sia yg boleh disertai.. tapi saya tetap memilih PAS kerana dasarnya dan silibusnya)..

ok berbalik tadi.. ayah saya pernah berpesan.. berhati-hati dgn PAS, sbb dia juga ada unsur politik.. tak semua org dlm PAS ikhlas mcm kamu, nak berdakwah betul2.

betul cakap ayah saya.. yelah, ayah saya penah aktif dlm ABIM.. jd dia dulu mkn garam dari saya.

jadi, saya sbg ahli ingin menekankan di sini:
1. menyertai PAS disebabkan dasar perjuangannya, yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
2. tidak membabi-buta taat, taksub kepada pimpinan. selagi mana pimpinan , ketua tu keluarkan arahan yg praktikal, yg yg diteima akal dari segi etika, moral, syariah..kita terima.
3. kepada pimpinan, xkira cwangan, kawasan/bhgn/negeri/pusat.. yg mana ada 'hidden agenda' ( ya..manusia mana nampak) , tapi saya percaya yang Allah Maha mengetahui kpd mereka yg berniat xbaik ni.. org2 mcm ni.. xkan lama dlm perjuangan.. dgn seniri dia akan terpisah/terkeluar dr jamaah/kelompok..

kalaupun di dunia, kita nmpak dia xkena apa2 hukuman, balasan, tapi mungkin pimpinan tersebut xboleh tahan lama di atas, atau mmg xkemana..

kesimpulan :
1. yup, tidak taasub/fanatik pada pimpinan, tapi sekadar sokong idea dan kepimpinan yg dibawa selagi xlanggar syariat.
oleh itu, berhati-hati lah...

pakbelalang said...

Don't Abuse Media Freedom, Says Awang Tengah

KUCHING, April 12 (Bernama) -- Local journalists are reminded not to abuse media freedom as a 'destructive weapon' because it can jeopardise political stability and destroy social unity and the national economy.

Resource Planning and Management Minister II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said the press was among the most important institution in forming public opinion but a small section of the media or bloggers had ignored ethics and the law.

"We should not allow internet users, including bloggers, to use this avenue to slander, incite and criticise others, including political and government leaders arbitrarily," he said at the Kuching Division Journalists Association (KDJA) installation night, here tonight.

comment:

You have no choice, Awang. The bloggers are mightier than the keris.

There is no way you can prevent all the rampant abuses that are happening in the cyberworld.

The best policy is to be as transparent as possible and the govt. should always be conscious not to abuse its power. The govt. has to do a lot of balancing act and to keep on its toe to maintain its credibility at all times.

Mamai said...

HMMMMM bagus juga background dia orang nie yer......setia, bijak dan mempunyai watak leadership....

zaidonn said...

Setiap yang berlaku ada sebabnya Datuk, dan kita harus belajar daripada sejarah. Malangnya ramai yang mendengar tapi tidak ramai yang meneliti.

Sejarah sudah membuktikan bahawa kumpulan yang mengikut membabi buta itu akan membawa kehancuran kepada kumpulan mereka sendiri.

Tambah malang ramai pula yang berpendapat bahawa buku sejarah yang menulis sejarah Malaysia adalah satu pembohongan yang nyata. Buku sejarah sekolah bukanlah sejarah asal yang 'valid'.
Sedikit hairan bagaimana golongan ini begitu yakin apa yang diperkatakan oleh orang yang memberitahu mereka bahawa buku-buku sejarah itu tidak benar boleh menjadi benar.

maka Datuk, terjunlah Si Luncai dengan labu-labunya.

Sejarah tidak akan menipu, melainkan sebahagian dari manusia yang jadi penipu dan sebahagian lagi membenarkan diri mereka tertipu.

Tapi sukar betul untuk menyuruh rakan-rakan membaca bukan sekadar mendengar.

Persatuan JMB Rajawali Seksyen 9, BB Bangi said...

Memang betul apa yang dikatakan oleh dato. Tak semua parti ada baik, ada juga buruknya. Megenai isu di Perak adakah Mageran diambilkira sekiranya isu mahkamah tidak selesai juga?

Lebai Din said...

Datok KJ.

DAP merupakan party yang di tuboh oleh Lim Kit Siang salepas Malaysia berpisah dengan Singapura.Lim K Siang berkerja sabagai setiausaha politik Lee Kuan Yew sabelum itu.Jadi DAP dan PAP merupakan abang adek.

Ramai pemimpin2 politik Malatsysia tidak mahu menerima hakikat akan kejayaan yang dicapai oleh PAP dalam membangun Singapura.Tapi sejak akhir2 ini kita mulai mendengar ada desakan dari rayaat Malaysia,maupun orang Cina India dan Melayu mahu kita mengambil iktibar dari kejayaan PAP di Singapura dari segi membenteras rasuah dan pembangunan modal insan.

DAP jika diberi peluang,saya yakin,ia dapat membawa kejaaan kapada negara Malaysia.

Dato,jikalau you nak membincang soal kecacatan orang2 politik dan party politrik,saya you membuang masa sahaja.

Orang politik baik dimana sahaja di dunia ini sama sahaja.Mereka ini tamak,jahat,hati busok.Mereka sanggup membunoh lawan,memasok mereka dalam jel atau memecat lawan.

Ada juga yang masok politik untok menegakkan hukom Allah dan membuat kebajikan.Tapi selagi manusia iti nama manusia,ia akan selalu di goda Syaitan.Kerana ini lah janji syaitan kapada Allah sabelum ia di lontar ka dunia pana ini.

Dato,saya ingat tak usahlah kita buang masa dengan cerita bagini.Sacara tak sedar mungkin kita menyebarkan fitnah dan ini dosa besar.

Saya nak ingatkan dato,sabagai orang Islam ayat Quran surah Al Humazah(surah 104)
1-Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.
4-sekali kali tidak.sesunggonya ia akan dilontar kadalam Huthamah.

5-Tahukah kami apa itu huthamah.
6-api yang menyala yang disediakan oleh Allah.
7-Yang membakar sampai ka hati.

Jadi,hati2lah Dato.Baik juga jika kita mengingatkan ahli2 politik kita.Jangan seronok sangat nak rebut kuasa dan jadi Menteri.Ia datang dengan tanggong jawab yang berat.

Roti Planta said...

Dato',
Saya setuju semua parti ada sepak-terajang, tikam-menikam, lobi-melobi, pulau-memulau, tendang-menendang dan sebagainya. Tapi pada mata rakyat semenanjung ianya tidak seburuk apa yang berlaku dalam Umno/BN. Jadi sekarang rakyat telah berhijrah daripada buruk kepada lebih baik, daripada kepuraan kepada kebatilan, daripada penindasan kepada kemerdekaan, daripada penyelewengan kepada kejujuran dan sebagainya.

Jika tempat baru tu lebih buruk maka tidak mustahil rakyat akan berhijrah semula ke tempat lain pula atau kembali ke tempat asal.

Walau pun apa dihujahkan oleh Dato dan Sinbad, majoriti rakyat semenanjung mahu mencuba di tempat baru akibat keperitan di tempat lama.

Bye/Roti Planta

ab said...

Salam dato'

Ini PALING PENTING....

Kalau tidak diberitahu, mungkin seluruh remaja dan separuh rakyat malaysia fikir rasuah,cronism, neoptism HANYA dalam UMNO dan kerajaan sahaja....

Tidak diketahui umum keadaan sebenar didalam semua parti-parti politik lain,NGO lain dan juga berbagai persatuan lain dinegara ini.

INI tak termasuk berbagai syarikat
perniagaan GLC dan lain-lain lagi.

Penerangan dan lapuran dapat membuka mata ramai orang,itu pun kalau bersedia untuk melihat, dengan mata dan fikiran sekali..

Kalau masih nak `butakan mata'juga, biarkan lah mereka begitu.

SESEKALI perlu difikirkan bagaimana
orang bolih sangat marah dan tidak puas hati setiap hari sekarang dilingkungan ada rumah,ada bekalan air,bekalan elektrik,ada pemungut sampah,ada pemisin rumput kat tepi jalan,jalan ada lampu,ada kereta, ada motosikal,ada bus,ada
supermarket, ada sekolah,kolej, universiti,PTPTN,MARA,JAPA,Yayasan macam-macam,biasiswa kerajaan negeri dan sebagainya....

KALAULAH yang sangat marah itu hidup dilingkungan sebagaimana Dato dan juga sebahagian besar rakyat malaysia berumur 50-70 tahun,saya fikir meraka ini dah
`kqoluina' dah kut ni....terbeliak biji mata.

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Salam...

Tie sebenarnya kurang berminat mengenai politik ni lebih2 lagi keadaan sekarang yang kelihatan tidak stabil.

Namun , setelah membaca entri ini, barulah tahu sedikit2 tentang apa yang berlaku....

Kesimpulannya...setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya... dari apa yang berlaku, harap2 ada yang sedar dan mengambilnya sebagai satu ikhtibar.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Datuk AKJ,

1.Cerita politik adalah cerita strategi dan persepsi.

2.Di dalam PAS, ahli PAS yang tulen melalui proses 'tarbiyah' atau didikan yang panjang dan keras.

3.Proses sebegini memantapkan fikrah perjuangan dan menjadi wadah penting membentuk peribadi seorang pemikir, perancang mahupun sebagai pelaksana dasar parti.

4.Inilah inti kepada keberlangusungan pimpinan muda PAS. Sistem 'tarbiyah' membentuk entiti sedemikian.

5.Justeru, politik PAS dan UMNO, jika dilihat dari sudut komposisi Melayu, amat jauh berbeza.

6.Elemen ini yang meyakinkan ahli dan pendokong PAS.

7. Sepak terajang PAS, walaupun akhir-akhir ini seolah-olah menitip bayangan UMNO,adalah tidak sama.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.[5:54]

Sejahtera Abadi said...

One way to diffuse the critics is to attack those who criticized. This is an age old `political' tactic. If you cannot answer the criticisms then create the perceptions that the one who criticized are very much the same if not worse than you.

What is more important is for all of us to have the `amanah' of what we write and what we say. Remember that we are answerable ultimately in the hereafter. To all bloggers, writers, journalists etc. please don't succumb to the tricks of the political masters. We must write based on facts and don't be swayed by political emotions eventhough none of us can become truly non-partisan.

azimanaf said...

Akum Datok Kadir
tahniah kerana berani kritik walaupun lom tentu tepat.
Datok,
sebagai orang mentah saya nak tau skit mengenai TS Khalid. khabarnya dia tonggak Buy Last British. boleh tak Datok ceritakan skit kisah ni? masa dia lepas jawatan CEO PNB kononnya dia beli major share Guthrie lbh krg RM 3j yang menjadikannya great great bos Guthrie. ayah saya pernah jadi SUS Politik bekas seorang menteri (yang dah pencen) cakap,dia pernah hi tea dengan menteri & TS Khalid.Menteri itu tanya "Khalid ko beli Guthrie berapa?banyak duit ko" TS Khalid jawab "Datok,ini memang kerja giler,kalau nak beli cash memeang la takde.saya hutang ni pun sampai mati lom habis bayar". boleh tak Datok cerita skit rentetan kisah TS Khalid dari CEO PNB hingga ke Guthrie. kalu privacy email kan pada saya. TQVM Akum

azimanaf.blogspot.com

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum.
Tahniah saya ucapkan atas kesabaran dan kebijaksanaan Dato' mengendali ini blog dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada para blogger memberi pandangan sehingga tercetusnya pendapat supaya kita terus maju ke topik yang lain.Telah terdapat pandangan tindakan mengutuk (ini berlainan dengan memberi nasehat )tidak memberi sebarang kebaikan kepada seseorang individu mahu pun sesebuah organisasi. Yang penting adalah niat kita untuk membawa kebaikan dan bukannya mengaib atau menjatuhkan seseorang.

Dalam apa-apa hal sahaja kita hendaklah peka bahawa tulisan kita adalah menyerupai "double sided sword" dimana jika tidak kena gayanya akan memakan diri penggunanya.

Dari itu atas cadangan mempaparkan masalah pemimpin parti politik bukan BN adalah perlu kita berhati-hati kerana kalau kita tersilap langkah kita akan mempromosi parti-parti tersebut dengan tidak secara langsung memberi ruang untuk mendedahkannya dengan lebih meluas.

Sebagai contoh jika kita membincangkan bersabit YB Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dari PAS, iaitu seorang pakar motivasi yang pernah diberi kepercayaan mengendalikan program BTN oleh Kerajaan masa dahulu , maka akan timbul persoalan mengapa beliau meletak jawatan dalam Kerajaan dan masuk PAS.Ini sudah pastinya membangkitkan cerita kepincangan politik yang berlaku dimasa dahulu yang tidak mengutungkan UMNO.

Disini saya mengajak kita bercerita mengenai kebaikan UMNO kerana adanya pepatah Inggeris yang menyatakan "You reap what you sow". Jika kita cerita perkara yang baik maka baiklah hasilnya dan sebaliknya.

Saya mulakan dengan menceritakan keadaan pada tahun 1964 dimana hanya terdapat 4 orang pegawai kawalan terafik Melayu dari 65 jawatan. Begitu juga juruterbang Melayu amat sedikit jumlahnya berbanding dengan keturunan lain.Alasannya orang Melayu tidak mempunyai kepujiaan dalam bahasa Inggeris.Kerajaan telah menukar dasar dimana kepujiaan dalam bahasa Malaysia diperlukan bagi perlantikan dalam perkhidmatan awam. Sekarang kita mempunyai ramai pegawai kawalan terafik udara dan juruterbang Melayu tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan mengikut piawan antarabangsa.Begitu juga kita mempunyai ramai professional Melayu sekarang berbanding dengan dahulu.

Begitu juga kita pada masa itu tidak mempunyai estet. Dengan hanya berbekal kapak dan sedikit elaun sara hidup oleh Kerajaan wujudlah ladang-ladang getah dan kelapa sawit RISDA dan FELDA. Siapa kata orang Melayu malas dan tidak mempunyai minda untuk membuat sesuatu yang berteknologi tinggi.Jawabnya pemimpin kita sendiri.

Akhir sekali saya harap pemimpin kita berbincang dan memahami falsafah masing-masing kerana saya dapati terdapat pendekatan berbeza antara pemimpin. Sebagai contoh DS Nagib mahukan wakil rakyat mendampingi rakyat untuk mengetahui kemahuan mereka dan melaksanakan aspirasi rakyat tersebut. TS Mahyuddin pula mahukan pemimpin-pemimpin UMNO mengetahui aspirasi Kerajaan dan menyampaikannya kepada akar umbi supaya difahami dan diterima.Ini adalah pendekatan yang dikatakan "pole apart".Satu mahu melaksanakan permohonan rakyat dan satu lagi mahu rakyat menerima apa kehendak Kerajaan.

Sekali lagi saya berpendapat tiada apa masalah BN/UMNO dan Kerajaan Malaysia. Cuma terdapat perselisehan pendapat dikalangan pemimpin yang mempunyai pendirian mereka yang tersendiri. Apa yang diperlukan adalah mengikuti nasihat YAB Perdana Menteri supaya setiap wakil rakyat mengambil tahu apa yang dikehendaki rakyat dan cuba memenohi permohonan tersebut. Ini penting kerana pada akhirnya rakyat akan memutuskan samada Kerajaan mentadbirkan Negara mengikut keperluan rakyat atau mengikut kehendak sendiri.

Raja Abdul Rahman Bin Raja Mohammad Dain

Petaling Jaya.

Anonymous said...

Pembetulan terhadap satu perkara diatas. Yayasan Anda dan bukannya Yayasan Ada.

Terima kasih.

Unknown said...

By virtue of his closeness to Anwar, Kamaruddin Jaafar (popularly known as KJ than) was appointed to many public listed companies. Even Vincent Tan of the Berjaya group enlisted him. If memory serves me right they got DiGI & KL Monorail, through him.

Iskandar PT said...

Salam Dato',

Sepak terajang dalam parti politik selain UMNO tidak dihiraukan oleh penganalisis politik kedai kopi seperti saya disebabkan parti politik seperti PAS, DAP dan PKR sebelum ini (sebelum PRU 12) tidak dapat menguasai negeri-negeri (kecuali Kelantan,PAS yang dah bertapak lebih 20 tahun).

Sepak terajang dan tikam belakang didalam parti DAP, PAS dan PKR tidak diambil pusing kerana setiap kejadian yang pernah berlaku tidak mempengaruhi suasana politik negara kita, ini berbeza sekiranya senario yang sedemikian berlaku di dalam UMNO, MIC,MCA dan Gerakan.
Setiap perubahan yang berlaku akan menyebabkan rombakan kabinet secara besar-besaran atau perubahan tampuk kerajaan.

Mungkin selepas ini, perubahan pucuk pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat akan di analisis dengan penuh minat oleh pembaca seperti yang berlaku didalam parti-parti BN.

Anak_Parit

ana said...

saya pernah sebut kalau Umno hancur pas pun turut hancur.

Pertama para pemimpin PAS sekarang kepimpinananya hampir sama dengan dengan kepimpinan Umno.

Lebih lebih lagi ramai sudah orang Umno yang masuk PAS diberi kepercayaan 100 peratus.

Kedua kepimpianan ulamak semakin hari semakin terhakis.

Mungkin dalam muktamar beberapa bulan lagi dari sekarang akan ada perubah besar dan mengejutkan.

Kepimpinan muda yang ada bersama sama timbalan presiden dan ketua pemuda akan buat sesuatu.

Mereka itu bukan ulamak dan perwakilan pula juga bukan ulamak maka tidak mustahil akan berlaku perubahan kepimpinan.

Kalau kepimpinan seumpama ini mengambil alih PAS ia akan jadi hampir sama dengan Umno.

Masakan tidak. Sudah ada yang mengamalkan buadaya yang hampir sama dengan orang Umno.

Faedah bank membeli kendendaraan dan rumah kediaman sudah dianggap bolah. bermakna dia bukan lagi riba yang diharamkan oleh Allah.

Suda ada amalan yang bercanggah dengan Islam cuba diamalkan termasuk dalam kegiatan ekonomi.

Ulamak tidak boleh berbuat apa apa, kerana memilih pemimpin melalui muktamar.

Seperkara yang sangat menyedihkan syura ulamak juga sudah bercelaru, termasuk memutuskan Ibrahim Ali boleh bertanding sebagai calon bebas melalui PAS.

Artis sudah ada yang sanjung, sedangkan artis sudah dikenalpasti segala kegiatanya kebanyakan bercanggah dengan Islam.

warongkopi56 said...

Datuk, dengan permulaan ini saya berharap Datuk dapat berkongsi lebih lagi tentang parti parti lain selain dari BN.

Ini baik untuk orang muda membuat keputusan yang lebih adil. Jangan pula keluar dari mulut singa masuk mulut buaya.

wasalam

Unknown said...

Salam Dato'

Saya kadang-kadang berborak jugak pasai politik dengan kawan-kawan,
sama ada politik dalam atau luar negara.

Saya amat tertarik dengan kata-kata
seorang kawan yang sering jugak diucapkannya bila membicarakan
perihal ahli-ahli politik...

Katanya...
"ORANG POLITIK YANG 'BAIK' BELUM DILAHIRKAN LAGI"...

Apa pendapat Dato'?

PAPA GOMO said...

SALAM...
PERTANYAAN YANG MENARIK DAN JAWAPAN YANG KEMAS WALAUPUN SAYA TAHU SAUDARA KADIR BANYAK FAKTA DAN BUTIRAN TERPERINCI DALAM MENYAMPAIKAN HAL INI. NAMUN SAYA BERPUAS HATI.

SAYA MINTAK COPY ARTIKEL INI BAGI DI SIARKAN KE DALAM BLOGG SAYA. DI HARAPKAN SAUDARA KADIR DAPAT JENGOK KE BLOGG SAYA. SAYA DAH LISTKAN BLOGG SAUDARA.

SALAM....

Unknown said...

Dato'

Saya Faham mengapa ulasan di laman ini lebih condong kepada watak dalam UMNO dan kerajaan, kerana disitulah letaknya kuasa pada masa sekarang dan apapun keputusan yang dibuat akan memberi kesan keatas semua lapisan rakyat. Jadi tak heranlah maka semua pemblogger ingin memberi pandangan atas semua keputusan yang dibuat atau tidak dibuat.

Tindak tanduk pengetua pengetua pembangkang sudah diketahui ramai olih kerana mereka sudah lama berbangkang sampai ketahap umur yang bolih dikatakan final days. Jadi yang akan memberi minat kepada rakyat adalah pelapis pelapis saperti Husam Musa (Kelantan), Nizar (Perak), Theresa (Selangor) dan lain lain....

Unknown said...

Dato'

Saya Faham mengapa ulasan di laman ini lebih condong kepada watak dalam UMNO dan kerajaan, kerana disitulah letaknya kuasa pada masa sekarang dan apapun keputusan yang dibuat akan memberi kesan keatas semua lapisan rakyat. Jadi tak heranlah maka semua pemblogger ingin memberi pandangan atas semua keputusan yang dibuat atau tidak dibuat.

Tindak tanduk pengetua pengetua pembangkang sudah diketahui ramai olih kerana mereka sudah lama berbangkang sampai ketahap umur yang bolih dikatakan final days. Jadi yang akan memberi minat kepada rakyat adalah pelapis pelapis saperti Husam Musa (Kelantan), Nizar (Perak), Theresa (Selangor) dan lain lain....

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

PARDON US DATUK, A RATHER ANTI-CLIMAX ARTICLE BASED ON ITS TOPIC.
MORE TOWARD ' CUBIT MENCUBIT' DAN 'SEPAK TERAJANG'

AS A SEASONED JOURNALIST AND CHIEF EDITOR, WE EXPECTED MORE THAN WHAT YOU HAVE DISHED OUT...

1. WHAT ABOUT KIT SIANG 'DISGRACEFUL' ROLE IN THE DOWNFALL OF THE LATE TAN SRI RAZALI ALI AS SELANGOR MB?

2. KAMARUDDIN JAAFAR 'TRUSTEESHIP' TO ANUAR IN THAT 'SUCCESSFUL' CORPORATION

3. 'ALIENATION' OF 8 ACRE PRIME LAND TO THE PEMADAM SUPREMO UPON HIS 'RETIREMENT' FROM DAP?

AND MANY MORE 'SPICES' OF THE SO CALLED 'BETTER THAN BN' LEADERS OF THE PR (PAKATAN RAPUH)

WE SHALL UNDERSTAND YOUR PREDICAMENT IF THE MANY STALE TALES WERE TO BE EXPOSED HEREIN.

QUE SERA SERA, WHATEVER WILL BE WILL BE.

FELLOW BLOGGERS, DON'T ADD TOO MUCH SPICES HEREIN COZ SOME LAWYERS MAY GIVE YOU A PRESCIPTION FOR STOMACH ACHES..HE HE

HAVE A NICE EVENING.

ALFATIHAH, AMIN.

A KADIR JASIN said...

Sdr Gomo,

1. Sdr dialu-alukan;

2. Sila ambil perhatian mesej saya pada pengenelan blog ini yang berbunyi:

"In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding."

Terima kasih

A KADIR JASIN said...

Sdr Aminiskandar,

Terima kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Dalam PKR, Bapak, Anak dan kawan karib jadi YB. Dalam DAP, Bapak, Anak dan sedara mara menjadi YB. Terang-terang nampak tapi ramai pembangkang buat-buat tak nampak. Bila YB kerajaan, dikatakan kronisme, itulah relitinya di Malaysia ni. Seperti ada yang mengatakan ada mata tapi ber‘catarac’, ada telinga tapi penuh ‘impacted wax’ dan ada mulut tapi penuh oral candidiasis. Ada hati tapi dah jadi cirrhosis.

Boleh dikatakan semua anak melayu yang berjaya berhutang nyawa dengan UMNO. Dasar DEB dah banyak membantu tapi dicemuhnya oleh bangsa sendiri. Apakan daya, melayu cepat lupa dan dah jadi derhaka. Dahlah tu, diCUCUK pula umat Melayu lain untuk membenci UMNO. Bagai kacang lupakan kulit. Tak guna punya manusia.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kita sudah dan akan melihat satu per satu aksi sumbang pembangkang samda PAS, PKR dan juga DAP. Dari segi moral (meliwatlah, berbogellah dan disokong oleh makcik tua yg tak sedar diri), dari segi rasuah (rasuah duit dan rasuah sex), dari segi agama (kalimah ALLAH dan Ayat Al Quran dipermainkan, dahlah salah surah, bacaan dan tajwidnya dipermainkan oleh kafir laknat, dikatanya orang kafir itu nak mendekati Islam, punyalah bangang. Dah tak tahu yang mana betul yang mana kelentong), dari segi ekonomi (negeri sentiasa dalam gerhana), dari segi perancangan (Kandang BABI diutamakan), dari segi tanah (Ingat Bapak dia punya tanah senang-senang je nak bagi), dari segi sedekah (guna duit orang, duit sendiri sayang) dan sebagainya. Sekain TQ.

Indigo said...

Scribe,

Sepandai-Pandai Tupai Melompat
(adam khalifah dibumi)

Maka terima kasih kita kepada Sdr Sinbad.

Saya cenderung menyokong UMNO. Dewasa ini UMNO bermegah-megah dengan jumlah bilang ahlinya yang menjangkau tiga juta bilangan. Berapa ramai ahlinya yang setia kepada parti?

Kalau kita sedia bersetuju dengan pendapat Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dalam temuramahnya dengan ANIZA DAMIS ‘In many cases, it does not amount to graft’:

A: My suggestion was to make the party smaller. Only 10 per cent. Because actually the most active members of Umno are these 10 per cent. The other 90 per cent are like lallang sometimes.

If all Umno members in Kelantan were to actually support Umno, we would have won Kelantan.


Q: It’s a condition of membership that members must vote during the elections, although it doesn’t say that you must vote for your own party…

A: Ya. (laughs)

The same thing in Kedah. So, you can see for yourself, that despite the fact that we have 3.2 million members, the only really solid ones are the 10 per cent.


Q: Wouldn’t it be a great upset for all these people to be given the boot?

A: This is the problem that comes to mind. But the way is to have a second-tier kind of membership, where they are more involved in welfare work, looking after the people on the ground. Finance them, rather than get them involved in the political side of things. Let’s not forget: Umno has been doing a lot of welfare work all these years...

Hanya tiga ratus dua puluh ribu(10 peratus) ahli UMNO yang aktif. Ini bermakna dengan jelas dalam Pemilihan Raya Umum kita sejumlah undi yang diperolehi oleh calun-calun UMNO dan BN yang lebihnya datang dari penyokong-penyokong BN dan para-para 'sympathiser' atas pagar. Sdr YBhg A Kadir Jasin pun telah berkali-kali mengingatkan kita tentang fakta ini. Alhmdulillah.

Kita selalu berkata tentang kematangan pemikiran politik rakyat dan pengundi dan dalam era celek ICT bertambah ramai lagilah yang mereka yang 'matang' dan berdaftar untuk mengundi. Dianggarkan jumlah pengundi baru berdaftar untuk PRU13 nanti akan bertambah dua juta lebih.

Ya, sepak terajang berlaku dalam semua parti dan berita-berita sensasi kemelut politik parti lawan selalu muncul dalam media massa perdana yang lebih cenderung kepada kerajaan yang memerintah. dada akhbar dikaca.

Yang anehnya pada PRU12 BN kalah teruk dan dalam semua PRK di Semenanjung pasca PRU12 BN tewas dengan bergaya. Subhanallah.

Antara sebab musabab BN kalah yang diperbesar-besarkan ialah BN sudah bergelumangan dengan najis rasuah dan ramai menteri-menterinya tidak cerdik melaksanakan tugasan kementerian masing sehingga BN dikatakan tidak mesra rakyat. Oleh kerana UMNO parti yang lebih kuat menonjol prestasi kesiasahannya maka sepak terajang yang dalam UMNO terbukti mudah diingati di kepala rakyat. Apanya tidak, Perdana menteri dan ramai menteri besar dan kecil dan pengarah-pengarah menenterian dan jabatan-jabatan kementerian dan taukeh korporaat dari kalangan ahli UMNO dan BN.

Kalau kita terasa bosan loya mual dan muak mendengar cerita-cerita kebobrokan UMNO dan BN ini adalah lebih banyak berlaku kebobrokan itu tanpa penyelesaian yang jitu dan munasabah yang boleh diterima rakyat yang kian terdedah kepada berita-berita dan analisa tangkas bersangkutan keadilan di mahkhamah, prestasi ekonomi dan politik pengubal undang-undang dan pentadbiran negara kita yang diterbitkan rakyat biasa yang celek huruf dan ICT dan matang dengan kebebasan bersuara.

Mahupun kita dedahkan kepincangan parti-parti lawan walaupun hanya disaat-saat yang lebih bermakna namun sekiranya tanggapan UMNO dan BN itu sudah sebati dengan nilai-nilai kasar dan jelek saperti adanya sekarang, rakyat akan mengundi dengan lebih cerdik dan kasar menentang. Biarlah kita katakan begitu agar saudara seagama seislam kita tidak terkecil hati dengan pilihan falsafah politik mereka.
UMNO perlu berubah atau diubah. Bagaimana dengan perilaku parti-parti komponen BN yang lain?


Kita katakan kita sudah dewasa dan pemikiran keMahathiran itu ketinggalan zaman. Kalau begitu di mana letak pemikiran yang lebih baik atau setanding saperti Mahathir dan kuncu-kuncunya yang dapat dinikmati oleh rakayt negar ini dan juga di banyak dunia orang islam di kalangan parti-parti politik di negara kita ini.

Pendek cerita, Scribe, sekiranya kita gagal membangunkan rakyat yang matang pemikiran dan berjaya mendidik generasi muda dengan nilai murni dan terpuji tersemat dijiwa mereka maka demokrasi dan kebebasan bersuara itu tidak bermakna kepada melayu ini yang bingung kenapa ramai rakyat yang sudah tidak dapat menerima pemikiran Dr Mahathir.

Bagaimana cerita di negara Siam politk rakyatnya selanjutnya elok kita amati dan fahami, Scribe.

Saya cenderung kepada UMNO dan biarlah dari UMNO akan lahir minda-minda melayu saperti Dr Mahathir.
Ada yang ramai tergila-gilakan Thaksin tetapi terlalu sedikit ayng menghargai Dr Mahathir Mohamad.

Kalau anda mahu terus hentam UMNO silakan sahaja tetapi biarlah berfakta dan berilmiah. Kecacatan parti-parti politik yang lain biarkan sahajalahlah UMNO yang menyedari, memahami dan mendalami dan pandai-pandailah kita berbelanja kredit politik ini.


Terima Kasih.

Anonymous said...

Salam Dato,

Daripade komen2 kita dapat tengok, kalau komen tu datang dari ahli yang meyokong pembangkang, di suruhnya ingat Tuhan lah, bagi simpulan ayat Al Quran lah dan macam lagi dengan kata sebagai ingatan.

Tapi kalau pihak pembangkang menulis, macam2 fitnah tanpa bukti semua keluar. Tak ingat pulak ayat2 Al Quran?

Bagi saya yang kecil ni, pengalaman Dato yang luas dalam bidang penulisan tu membolehkan Dato menulis dan saya pasti tulisan Dato adelah kesimpulan yang berlandas kan ilmu dan pengetahuan. Teruskan!


Kamaruzaman

Fisha, Teluk Intan said...

Yb Dato' Kadir.....

Setuju dan sokong 100% dgn komen yang diberi oleh Raison D'Etre...

Setiap parti itu ada isu teknikal dalaman masing masing.... parti mana sempurna? Kenapa kita nak ber-gosip macam pompuan mengenai parti ni dgn parti tu....... padahal dlm UMNO pun kalau nak tahu macam macam kerenah dan perebutan kuasa..... ni belum bukak lagi citer rasuah yg mendalam ni....

Dan spt kata Raison D'Etre tu, yang harus menjadi tumpuan kita sebagai pengundi dan rakyat ialah UMNO dan BN, kerana merekalah yang berkuasa sekarang dan telah berkuasa utk 50 tahun tapi banyak rasuah.....

Tahap penuh rasuah yg diamalkan oleh UMNO dan BN kita tak tahu lagi, semuanya tersorok sebab UMNO berkuasa jadi dia bolehlah sorok semua benda-benda yang rasuah itu.....

Jadi kita kena tumpukan perhatian kat UMNO dgn BN...... DAP dgn PAS kita tahu diorang tu memang berprinsip, bersih, amanah.... PKR pun berwawasan jugak dan ramai pemimpin dia berlainan bangsa pun macam sesaudara berkerje sama dalam satu parti. Terharu hati saya tengok cara diorang tu macam Satu Malaysia...... ni mana ada dalam UMNO? Dalam BN pulak semua macam puak puak macam Tengku Ghazali sebut kat atas tu.... masa berkempen pun orang orang BN macam tak bercampur gaul pun saya tengok kat Bkt Gantang......

Rashid Naik Vespa said...

pembaca bernama Indigo berkata

"biarlah dari UMNO akan lahir minda-minda melayu saperti Dr Mahathir."

Pertama sekali, kesianilah negara kita. Cukuplah setakat ada satu diktator macam Mahathir (ni aku tak cakap, Zaid Ibrahim sendiri dah cakap). Kalau ada dua, hancur hilang la semua rezeki dan kekayaan negara kita jatuh ke tangan golongan atasan (golongan korporat, elit, bangsawan dsb.). Rakyat jadi kuli kilang Intel. Tak perlulah lagi. Biar kita cari pemimpin yg lain skit, yg lagi berhati perut skit. Pemimpin yg tak bina bangunan besar besar, litar lumba besar besar. Aku mintak Tuhan bagi kita pemimpin yg bagi kekayaan kepada rakyat, biar rakyat berumah yg cukup selesa dgn taman bunga indah sekelilingnya bukan bangunan kelabu merata rata, ku mintak pemimpin yg pastikan rakyat semua tak miskin..... wang yg digunakan utk bina bangunan tinggi tinggi kita bagi kat rakyat didik anak muda bagi makan kat rakyat..... kan lagi baik.

Akhir sekali, Mahathir bukan Melayu kalau nak tengok betul betul. Mak dia jer Melayu, ayah dia India. Kalau kita ikut keturunan ayah, Mahathir kira India, kalau tak pun India muslim.

Takkan lah kita Melayu takde tokoh Melayu yg lain utk dicontohi? Takkan sikit sikit Mahathir, apa apa pun Mahathir.

Mahathir ni kita kena siasat selidik baik baik betul ke tidak apa yg dia buat tu semuanya betul ke tidak. Jgn buta buta dipuja, macam Presiden Turkmenistan tu yg rakyat dia puja sebab utk 30 tahun dia jadi Presiden yg keluar suratkhabar muka dia jer. Macam Mahathir juga. Tahun 80s dan 90s kalau satu hari nama dan gambar dia tak keluar di akhbar maka matahari tak terbit la esok harinya tu.

Anonymous said...

Najib Razak telah selamat ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Khairy Jamaluddin pula telah berjaya menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO. Muhyiddin Yassin pula nampaknya telah berjaya pula meletakkan dirinya pada kedudukan “kerusi beracun” Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.

Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;

1. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
2. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
3. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
4. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.

Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja. Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.

Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR. Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.

Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan. Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).

Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik. Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.

Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas “dedalu” dan “kanser” ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.

Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.

Ingat, Rakyat Adalah Hakim.

Ketua Perusuh

Anonymous said...

Dato'

Boleh tak Dato' menulis tentang implikasi kepada pembangunan dan memperkasakan Melayu akibat pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)?

Saya rasa implikasi pemansuhan MeCD terlalu penting bagi Melayu untuk tidak dibincangkan di sini.

Saya bimbang jika blog Dato' ghairah memberi komen tentang kepincangan MIC/MCA/PR dan isteri-isteri pemimpin negara, isu-isu yang mengugat kepentingan Melayu gets buried in the process.

Terima kasih.

Melati

Anonymous said...

Sepak terajang Pas? Dah baca mengenai Pas buat U-turn mengenai isu Nga Kor Ming baca ayat al-Quran.Pada 1986 Pemuda Pas lancar bantahan besar-besaran apabila Lim Ah Lek buat hal yang sama di Bentong. Bacalah kisah ini dalam Malaysiaaktif.com - Anak Duyong (Melaka).

Anak Perak said...

Datuk,

Datuk tidak sentuh peranan DAP, Gerakan dan PPP (sebelum menganggoti BN)dalam peristiwa 13 Mei 69.Saya cadangkan generasi muda supaya membaca buku "13 Mei Sebelum dan Selepas" termasuk versi dalam Bahasa Inggeris tulisan YTM Tunku Abdul Rahman.

Saya bangkitkan isu ini kerana ianya sebahagian dari sejarah dan sepak terajang politik. Ianya juga perlu kerana kini sudah ada pihak-pihak yang menulis semula sejarah bertujuan menyalahkan UMNO dan orang-orang Melayu sebagai punca peristiwa berdarah 13 Mei. Tidak dinfikan perkara ini menjadi sebahagian dari punca kekalahan UMNO dan BN dalm PRU 12.

Ramai generasi muda Melayu tidak tahu sejarah negara mungkin kerana sekolah-sekolah tidak lagi menitik beratkan sejarah. Pernah berbual-bual dengan beberapa orang muda Melayu yang terlalu muda ketika DEB dilancarkan atau dilahirkan selepas DEB. Saya dapati pengetahuan mereka terhadap sejarah amat cetek.

Generasi muda tidak melihat KL terbakar. Ramai yang tidak dapat bayangkan hidup disebalik kawat berduri di zaman dharurat. Apatah lagi siksanya hidup di zaman Jepun.

Mungkin ramai juga yang tidak tahu kisah Lt. Adnan Saidi, Lt. Ariffin dan ratusan anak-anak Melayu lain dari Rejimen Askar Melayu yang berjuang hingga kedarah terakhir dan terkorban dalam pertempuran mempertahankan Singapura di Pasir Panjang, Singapura dari penaklukan Jepun Februari 1942. Kini Singapura menjadi sebuah negara asing dan nampaknya pengorbanan mereka telah dilupakan dan sia-sia.Saya pernah berkhidmat dalam satu pasukan dengan anak Lt. Ariffin ketika dalam tentera tahun 60an.

Pernah terbaca dalam blog ini tentang seorang pembahas yang bertanya betulkah Pas pernah menyertai BN?. Perkara ini terdapat dalam buku-buku sejarah.

pakbelalang said...

Nik Aziz gets emotional over Amy Search's performance
> Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat admitted that he had shed tears when Amy Search sang spiritual songs at an event recently, reported Kosmo!

According to Nik Aziz, he was moved by Amy’s performance.

“When I saw Amy and heard his songs, I cried but not many people knew that,” he said at the Kelantan PAS Youth Golden Jubilee recently.


comment:

Oh, rupanya ada emosi juga Tok Guru Nik Aziz ni.

Kalau Wahidah buat life performance mungkin air mata Tok Guru mengalir dari mula sampai akhir. kah, kah, kah !!!

Dato Ismail punjab. said...

Dato Kadir.

Boleh datok huraikan dengan mendalam dan apa yang dato faham,slogan DAP Malaysi Malaysian dengan Slogan Najib ONE Malaysian.

Sabelum saya memberi ulasan,elok saya demgar pandangan Dato yang banyak pengalaman dalam politik tanah Ayer.

Kawan saya berkata Slogan najib One malaysian ini akan menghantui Najib,UMNO dan BN.sapanjang pemerentahan nya.Saya tak setuju.

affendi hussain said...

sepak terajang tu dah memang mainan org politik tak kira parti.. normal .. cuma beza siapa dpt liputan lebih & siapa paling byk tukang canang cerita dialah nampak teruk..

saya cuma suka nak dengar yg jenis main 'flying kick' & punggal kepala saja..

("/)

affendi hussain said...

buat sdr rashid naik vespa:

Study balik 5 Rukun Islam tu.. Rukun tu,tanggungjawab individu, bukan main2..tanggungjawab kerajaan bukan bg subsidi mkn percuma kpd semua umat..ttp tanggungjawab umat Islam adalah menunaikan semua rukun termasuk keluar zakat (Rukun ke4) supaya baitulmal ada berkepuk dana utk pembangunan negara, ummah, syiar islam & bantu org susah.. lg bykn dana lg kuat ekonomi umat..tanggungjawab pemerintah hanya urus dana dgn bijak, amanah & adil..(perlunya memilih pemerintah berakhlak & bijak..)

mana nak dtg dana kalau semua org Islam tak mampu keluar zakat?

kalau tidak serupa hidup membela parasit pengikis dana baitulmal le..kalo saya jd pemerintah dan mempunyai 90% rakyat2 konon Islam berfikiran mcm tu, baik saya arah campak semua dlm laut saja tinggal yg 10% berguna..bankrap negara islam nanti..jahanam!

p/s: Zaid Ibrahim tu kalo tak dpt kontrak2 kroni kerajaan & bank atas dasar DEB yg dikecamnya tu alamatnya firma guaman dia jadi serupa gerai bawah pokok asam jer..dah senang skrg pandai ckp pulak...telan lah temberang dia byk2..boleh muntah!

biarlah mahathir tu mamak ke apa..hakikatnya dia tu lebih melayu dari kebanyakkan melayu liberal skrg..lebih byk menyumbang kpd melayu drpd puak2 melayu yg bersedia bersekongkol dgn bukan melayu utk menjahanamkan bangsa sendiri..ikut takrif Perlembagaan Persekutuan, mahathir ke, syed albar ke, khir toyo ke etc. semua ditakrif sbg melayu..
("/)

Anonymous said...

Salam Dato',

Maaf saya komen saya nie lari dari topik. Tak dapat komen tempoh hari sebab seminggu dok hospital.

Saya sangat tidak setuju kerajaan membubarkan kementerian usahawan dan meletakkan MARA dibawah kementerian Luar Bandar. Pembubaran Kementerian Usahawan bererti MeCD pun terhapus juga.

Saya rasa langkah yang diambil oleh PM kita adalah sesuatu yang kebelakang, bukan kehadapan. Bayangkan MARA yang telah melalui berbagai transformasi dan banyak melahirkan teknokrat bumiputera, kini telah diletakkan dibawah kementerian luar bandar. Come-on lah PM, ini bukan zaman 60an lagi.
Dulu bolehlah, MARA ada kasi loan beli basikal kat orang-orang kampung.

Tapi sekarang skop MARA adalah terlalu besar dari itu. Bahagian Pendidikan Mara telah banyak melahirkan teknokrat bumiputra dan mereka ini adalah dari bandar dan juga luar bandar.

Begitu juga dengan MeCD dan TEKUN yang telah banyak membantu usahawan kecil bumiputra. Mereka yang mendapat grant dari MeCD dan pinjaman dari TEKUN, bukanlah dari luar bandar semata-mata, tapi ramai juga yang terdiri dari penduduk bandar.

Jadi saya harap PM baru kita letakkanlah MARA, TEKUN dan MeCD ke kementerian yang lebih menonjolkan peranannya sebagai pemacu usahawan bumiputra.

Anak Bayan.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sebetulnya, saya kurang setuju dengan nada artikel Dato' kali ini.

Nak tengok sapa lebih besar jahatnya? Tak kemana kita. Lagi memecahkan ada la.

Lagipun, nada sebegini telah banyak kali ditolak apabila diguna dalam kempen pilihanraya.

Bagi saya, Sinbad dah bagi umpan dan Dato' pula dah termakan umpan.

Sebagai contoh.

Dalam blog ini, agak ramai meminta supaya Najib diberi peluang kerana baru beberapa hari menjadi PM. Dikatakan kerosakan yang telah dilakukan Pak Lah sudah memakan tahun.

Dalam blog pro PR, agak ramai pula yang mahu PR di Penang, Kedah dan Selangor diberi peluang kerana baru 1 tahun memerintah. Dikatakan kerosakan yang telah dilakukan BN sudah menjangkau beberapa dekad.

Skrip serupa cuma wataknya berbeza. Tentu sampai bila-bila pun tak habis bincang malah lagi membesarkan jurang.

Pada saya senang sahaja. Bincang siapa yang lebih banyak buat kerja yang bermanfaat kepada rakyat. KPIkan mereka semua.

Cumanya, kalau ikut amalan, KPI ini penilaian untuk kerja-kerja semasa, bukan kerja-kerja dulu.

Sebagai contoh.

Bagi pihak BN, dikatakan kini fokus adalah kepada ekonomi. Harap dapat dikongsikan pecahan perbelanjaan pakej sehingga kini ie apa yang telah di"stimulate"kan?

Bagi pihak PR, dikatakan Selangor telah berjaya menjadi kerajaan negeri yang lebih berjimat. Mana datanya, harap kongsikan. Jika ada, saya nak bandingkan dengan data perbelanjaan Selangor semasa Khir Toyo dulu.

6 juta pengundi baru pada PRU13. Saya rasa perkara macam ini lah yang mereka cari sebelum mula memilih.

Pada hari semalam (isnin), The Star ada artikel tentang bagaimana sewa bangunan komersil di KL dijangka pada trend menurun.

Jika tiada data perkembangan stimulasi ekonomi atau data perbelanjaan negeri Selangor 2008, maka berita "between the line" seperti trend sewa bangunan komersil akan diambil kira.

Indigo said...

Scribe,

Keluhan Melayu Celek
(tak secerah pandangan mahathir)

Saperti telah kita katakan 'perbezaan falasah politik' sering belaku dalam puak, kaum, masyarakat dan bangsa. subhanallah - allah maha bijaksana.

Isu melayu dan mahathir itu rasanya telah UMNO putuskan yakni dr mahathir mohamad ahli umno bernombor (0000000)1.

Yang telah diperiksa saya dengan lebih teliti adalah mahathir itu bau-bau bacang junjungan besar tetapi pernah berkata nabi muhammad kesayangan selawat dan salam buat baginda pun akan bercukur sekiranya dia hidup di zaman bercukur pisau gilette ini.

Yang dipuja-puja itu puncanya belum terbit pada kita semancung mahathir dalam tindaktanduknya sebagai orang yang pintar yang telah banyak berbakti kepada negara, bangsa dan agama selama dua puluh dua tahun dan walaupun sudah agak lanjut usianya masih berani menyahut cabaran dan ada masanya celupar bertempat: ketuanan melayu.

Seronok bebudak bilamana orang melayu mahathir ini menyatakan suara sekomplok orang islam di persada dunia: the jews rule the world by proxy, was it, scribe!? - regulate soros and the hedge funds? (my god! this mahathir must be loco!); tetapi bila mahthir bercakap banyak orang negeri maju pasang telinga dalam hal ekonomi dan cara berpolitik di persekutuan tanah melayu, sabah dan sarawak.

Elok juga kita berterima kasih, Scribe dan selebihnya bertanya Sdr Rashid Naik Vespa apa pendapatnya tentang pembelian dan penjualan Aprilia oleh Proton dan apa pendapatnya tentang revolusi thaksin di siam?

terima kasih, scribe, kerana anda sebilangan kecil yang tahu kurang ajar saya agak keterlaluan dari si-cenderung penyokong umno terhadap dr mahathir di hadapannya setelah drM dia sokong proposal kerdil saya. syukur dan alhamdulillah.

(why do i hurt the ones that i love most, scribe?)

Anonymous said...

Ybhg Dato dengan izin,

Bila diteliti Ybg Dato, hampir kesemua lidah pengarang akhbar cina tanah air agak kritis dengan kerjaan yg memerintah sekarang ini, mereka ternyata seperti tetap berjuang untuk kepentingan kelompok cina, malah tidak membuka ruang untuk penyatuan rakyat.

Lidah pengarang bertopeng selalu nya mereka lempar untuk pembacaan masyarakat umum melalui ruang komentar pembaca atau surat pembaca yg sering menyerang segala tindakan kerajaan yg tidak menyebelahi orang cina - lidah pengarang bertopeng ini adalah penulis yang mempunyai bias penulisan yg hanya mementingkan perjuangan orang cina, baik dari segi bahasa, peluang perniagaan orang cina, bantuan khas sekolah cina ... segala-galanya untuk orang cina, dan tidak pernah berjuang untuk kepentingan masyarakat yg lebih luas.

Pendekatan lidah pengarang bertopeng yang diberikan ruang utama, seolah-olah menjadikan bahan penulisan tersebut, menjadi suara konsensus orang cina.

Trend ini juga kini dapat dilihata dalam NST, Berita Harian yang seolah-olah Malaysia ini tidak lagi ada orang Melayu, tetapi masayarakat yang jauh liberal, dan seolah-olah melupakan kelompok besar orang melayu yang masih diluar bandar.

Akhbar-akhbar cina dan penulisan liberal NST dan Berita Harian, kadang kala mencerminkan mereka adalah official mouth piece untuk party pembangkang.

Pada zaman Tun Mahathir, Straits Times di Singapura jarang sekali membuat penulisan kritikal yang berani menyerang cara dan corak pemerintahan Tun Mahathir, tetapi sekarang hari demi hari Straits Times di Singapura semakin berani menyerang pucuk pimpinan di tanah air, dan seolah-olah menjadi lidah resmi pembangkang Malaysia.

Kalau editor-ditor upahan ANWAR di luar negara, memanglah tujuan dan matalamat hanya menyerang UMNO, kerana berpehak kepada ANWAR.

Begitu juga di media-media ONLINE seperti MALAYSIAKINI dan MALAYSIAN INSIDER mereka seolah-olah bersuara untuk rakyat sedangakan mereka dalam kebanyakan situasi hanya mengambil pendapata pembangkang yang diolah semula.

Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri dah lama saya tarik balik lesen percetakan akhbar-akhbar Cina, sebab hidupnya akhbar ini hanya untuk menjadi meda perjuagan orang cina menentang kerajaan.

Tapi memang kalau dilihat kedepan kebebasan akhbar adalah mekanisme check and balance untuk sebuah negara demokrasi, dan sebarang tindakan mencabut lesen akan hanya mengusung keranda perjuangan Mei 1969 kembali.

Usulan untuk kehadapan mungkin tidakan yang lebih berkesan perlu dimainkan oleh jentera parti UMNO, dalam mengadakan saluran media yang dapat membentuk minda melayu yang dapat membaca dan mencerahkan perjuangan orang melayu.

Peranan jentera penerangan UMNO mungkin tidak lagi berkesan, kerana tiada mesej perjuangan melayu yang berterusan dapat dihadirkan bukan hanya kepada masyarakat yang lebih luas malah kepada ahli-ahli UMNO.

Kedepan the alternatif media harus menjadi senjata perjuangan UMNO nbagi memenangi hati pengundi muda melayu mee instant.

Tapi penulis sperti Ybhg Dato sudah agak jarang kedapatan dalam media masa masa kini, mungkin journalist dan mass comm graduate dari UITM dan Universiti orang melayu telah dididik lebih awal oleh parti pembangkang yang menyusup masuk ke ruang kuliah masa kini

Salam Perjuangan - BERANI BERUBAH untuk BANGSA Melayu

OrangBaruLahir

pakbelalang said...

A Batang Baram River Cruise Next?

Baram, Sarawak's second longest river, may just be the next site to promote river cruise expedition for tourists in Sarawak.

However, this would become a reality, only if the Rajang River cruise makes a successful debut in July.

She said that since being promoted on the company's website at www.pandaw.com, the Rajang River Cruise received tremendous response, particularly from European and American tourists, to join in the nine-day, eight-night cruise that would cover a number of tourist attractions along the nation's longest river.

The entire trip would cost about RM10,000 per tourist and the river cruise operation would also open up unique job opportunities in Sarawak's tourism industry.

comment:

Well done.

There are several things that they must always take into consideration seriously, particularly when promoting package tour to European and American tourists.

1.Security and Safety
2.Good accommodation
3.Cleanliness
4.Public toilets must be impeccably clean.

pakbelalang said...

Biarkan mereka.

Kalau dia nak sepak terajang ke atau nak main belakang ke atau nak tikam belakang ke, gasak dia oranglah, asalkan mereka tidak sepak terajang rakyat.

Akhirnya rakyatlah akan sepak terajang mereka !!!

Shahnon said...

Membacakan komen Sinbad dari sudut yang lain, tafsiran saya ialah supaya blogger2 pro-kerajaan mengambil sikap lebih offensive terhadap pembangkang. Sebabnya kalau dilihat blogger2 pro-Pakatan, mereka tahu gabungan Pakatan Rakyat pun banyak masalah. Spt kes rasuah TKM1 P.Pinang dsb, tapi hal ini tak diperbesarkan sangat kerana mereka lebih suka menghentam kerajaan BN.

Saya fikir sudah sampai masa blogger2 penyokong kerajaan bersikap lebih offensive. Saya optimis bahawa keputusan pilihanraya ke-13 nanti sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh tindak tanduk dan hala tuju para bloggers sekarang ini.

pakbelalang said...

BN leaders are fond of producing attractive slogans. Now the latest is SATU MALAYSIA.

To me it is all crap!!

I suggest Najib to consider my High School, Muar motto "Deeds Not Words" established in 1915.

Indigo said...

Scribe,

Kenapa penulis memilih tajuk sebegitu bunyinya dalam rencananya Of the Mongols and Dr Mahathir
Malaysian Business ,
Sep 16, 2002
by A Kadir Jasin

THE Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, once told this writer that he was not a good businessman. He went on to recall his Maha Clinic days in Alor Star in the 1960's, when he was always in deficit at the end of the month despite attending to many patients.

`On the other hand, my partner at the clinic always had a surplus. He
treated about the same number of patients as I did but he was very
particular about keeping track of his income and expenditure. I am not good at details. I left these things to other people,' he said.

That might be so with Dr Mahathir the private medical practitioner in
Alor Star. But a failure he was not...


nota:

i. interesting reading this old piece of scribbling.

ii. no wonder che det likes the sport of equestrain.

iii. terima kasih tatar-turkmenistan.

Indigo said...

Scribe,

Option to delete or delay is yours.

Thai troops surround protesters near PM's office
By John Ruwitch and Martin Petty John Ruwitch And Martin Petty
39 mins ago

BANGKOK (Reuters) – Thai troops encircled thousands of protesters encamped near the prime minister's office in Bangkok early on Tuesday after a day of street clashes in which two people were killed and dozens injured.

Prime Minister Abhisit Vejjajiva, who declared a state of emergency in Bangkok on Sunday, urged the protesters to leave. He told Reuters his aim was to restore law and order but said their rights would be respected.

In an interview with Reuters, Abhisit ruled out an immediate dissolution of parliament and said he was not interested in making a deal with exiled former Prime Minister Thaksin Shinawatra, the figurehead of the protest movement.

Speaking of the "Red Shirt" protesters, he said: "If they are not inciting violence, if they are not engaged in riots, if they don't have weapons, then they can exercise their rights."

With Humvees and armored personnel carriers, the army and police set up a perimeter around an estimated 6,000 demonstrators, including women, children and a few Buddhist monks, who were calling for the resignation of Abhisit.

But some of demonstrators prepared for a confrontation, felling trees and laying them across a main road between the troops and the center of the protest, stockpiling rocks and bricks and dousing disabled buses in the street with petrol.

The protest stems from an intractable dispute pitting royalists, the military and the urban middle-class against a poorer rural majority loyal to the exiled former prime minister.

Abhisit said in the interview that dissolving parliament could lead to electoral violence. But he said he was willing to listen to the grievances of some of the protesters.

On Monday black smoke billowed over the city of 12 million people after protesters set fire to several buses to block the troops. The side of one government building was ablaze.

Soldiers drove them back with repeated charges and fusillades of assault rifle fire, aimed at the sky and the crowd.

One person was shot dead in fighting between protesters and residents angry about the demonstrations, Satit Wongnongtaey, a minister at the prime minister's office, said on television.

A hospital said another person was also fatally shot in the violence under similar circumstance, and there was sporadic fighting between protesters and locals in the evening.

The Emergency Medical Institute said on Monday night 94 people, including soldiers, were injured in the clashes.

Thaksin, ousted in 2006 coup and living in exile, told CNN from an undisclosed location: "Many people are dying... They even take the bodies on the military trucks and take them away."

PEACEFUL MEANS

The demonstrations have further hobbled a country reeling from political chaos last year and the global financial crisis.

Rating agencies Standard & Poor's and Moody's, both of which already have a negative outlook on Thailand's sovereign ratings, said the renewed political unrest increased the risk of a downgrade.

"Tourism can rebound, but investor confidence will be very hard to get back," said S&P analyst Kim Eng Tan. "Going forward we expect investors will become a lot more risk averse."

Thailand's top military commander, General Songkitti Chakabakr, said in a televised statement on Monday that the committee charged with restoring order would strive "through every peaceful means" to bring the situation back to normal as soon as possible.

On Saturday protesters forced the cancellation of a high-profile Asian summit in Thailand, a big embarrassment for Abhisit, who took office only in December.

"I believe the darkest days in Thailand's history are yet to come as we see no swift solution to ongoing divisiveness," said Prinn Panitchpakdi, a CLSA Asia-Pacific analyst.

Several countries issued cautionary advisories on travel to Thailand.

The violence on Monday began before dawn, at the start of the Thai New Year holiday, much of it near one of the city's central traffic hubs, Din Daeng junction, which protesters had blockaded.

Last year politicians backed by the "Red Shirts" were in power and royalist "Yellow Shirts," supporters of those now in government, held nearly non-stop protests, culminating in a week-long occupation of Bangkok's main airport.

The political strife died down for a while after Abhisit came to office through parliamentary defections that Thaksin supporters say the army engineered. They demand a new election.

Protests flared anew after Thaksin, living in exile to avoid jail on a corruption conviction, said Abhisit must resign by April 8 -- the day before Thailand was to host the now abandoned East Asia Summit in the beach resort of Pattaya.

Thailand has had 18 coups since 1932 and the military often has the final say in Thai politics, sometimes with the blessing of the king.

(Additional reporting by Vithoon Amorn, Kittipong Soonprasert, Panarat Thepgumpanat and Andrew Marshall; Editing by Jonathan Wright)


nota:

I find the proposed 'revolution' by Thaksin interesting study. would Ahisit Vejjajiva crumple and fold very soon or sooner or later or much much later? could i expect any educated guess from you on this matter as i think the report is one sided and pro-government - there must certainly be more than 6,000 active protestor that was reported.

alas put thai nit noi, scribe
only sawadika...so

terima kasih bangkok
(don't you think Sdr pakbelalang rather prodigious?)

Manusia said...

Fisha, Teluk Intan said...

Dan spt kata Raison D'Etre tu, yang harus menjadi tumpuan kita sebagai pengundi dan rakyat ialah UMNO dan BN, kerana merekalah yang berkuasa sekarang dan telah berkuasa utk 50 tahun tapi banyak rasuah.....

Jadi kita kena tumpukan perhatian kat UMNO dgn BN...... DAP dgn PAS kita tahu diorang tu memang berprinsip, bersih, amanah.... PKR pun berwawasan jugak dan ramai pemimpin dia berlainan bangsa pun macam sesaudara berkerje sama dalam satu parti. Terharu hati saya tengok cara diorang tu macam Satu Malaysia...... ni mana ada dalam UMNO? Dalam BN pulak semua macam puak puak macam Tengku Ghazali sebut kat atas tu.... masa berkempen pun orang orang BN macam tak bercampur gaul pun saya tengok kat Bkt Gantang......

Saya tengok orang kat blog datuk ni banyak macam orang mabuk minum todi. Adakah mereka ni bermimpi atau apa? Dia nampak satu-side saja. Tak ada langsung pertimbangan, main cakap aje. Hebat betul lah DAP PAS PKR yang super-bersih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Dato’ ada baca ke tentang kemungkinan boleh berlaku rusuhan di Perak seperti berlaku di Bangkok dan Pataya jika tiada pilihanraya semula seperti kata pemimpin PAS. Alhamdulillah, tak payahlah kerajaan sebok-sebok menerangkan keperluan ISA lagi sebab PAS pun dah tahu tujuannya.

Cuma yang penting sekarang, kerajaan haruslah menerangkan dengan lebih terperinci keadaan di Thailand tu, berapa orang mati (dengan gambar sekali), berapa orang cedera parah dan cedera ringan (dengan videonya sekali), kerosakan kedai dan hotel, kerugian yang dihadapi, pandangan masyarakat dunia dan pelancong termasuk interview sekali, pandanagan rakyat Thai sendiri dan sebagainya. Tunjukkan juga pemberian makanan secara percuma kepada pendemonstrasi seperti di Thailand tu. Ulangkan beberapa kali sehingga semua orang sedar.

Kemudian apa lagi, buatlah operasi ‘belukar dan semak samun’ (lalang dah lebih tua selepas 5 tahun) besar-besaran kerana pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Sure tiada rakyat Malaysia yang membantah. Dan ramai yang bersetuju. Sekian TQ

Nasir said...

Dato Kata ; 16. Sepanjang mengenai sepupu DAP Perak, Ngeh dan Nga, mereka, bersama-sama dengan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar adalah kuasa sebenar di belakang Kerajaan PR walaupun bekas Menteri Besarnya daripada Pas.

-------------------------------------
Boleh Dato buktikan ? Jangan sekadar ambil kata2 orang .
Sepanjang UMNO memerintah Malaysia 50 tahun lebih , sehingga sekarang kaum melayu masih jauh ketinggalan dan sasaran yang diletakkan dalam DEB juga jauh dari sasaran . Siapa yang membela Goh Tong ? Ananda Krishnan ? Siapa yang menganugerahkan IPP kepada syarikat2 Cina ?

Adakah ini boleh dikatakan kjaan BN sebenarnya dikuasai MCA .

Indigo said...

Scribe,

Reduce Water Consumption Or Pay More - Lim

PENANG, April 12 (Bernama) -- The chief minister has urged Penangites to reduce water consumption by 10 per cent or pay more, by way of water tariff next year.

"The formula is simple, we would not want to charge higher on water tariff for state water consumers but if you force the government to implement more water infrastructure projects for the future, you will end up paying significantly more," said Lim Guan Eng.

He was speaking to reporters after officiating the World Water Day 2009 at the Penang Botanic Garden here today.

Lim said the current high rate of domestic water consumption would cause the government to build bigger dams, treatment plants, pumping stations and pipelines which might cost billions of ringgit.

He said that last year, domestic water consumers in the state used an average of 285 litres of water daily, as compared to only 157 litres a person in Singapore and 219 litres in Hong Kong.

Meanwhile, Lim said the state executive council would hold meeting next Monday to discuss aid to be given to senior citizens aged over 60.

He said that beginning May 1 -- in conjunction with Labour Day -- forms would be distributed to senior citizens via state assemblymen and state government agencies, before evaluating who was eligible for the aid.

Lim said that the state government would need about a year before implementing the aid, declining however, to reveal the type of aid.
-- BERNAMA

nota:

should we pretend that this is just another empty promise from a state government closely linked with the another state government that has bid to take over water management company?

should the water agreement with singapore be restarted, scribe?

Fisha, Teluk Intan said...

Yb Dato' Kadir....

Sokong Pak Lebai Din!

Pak Lebai Din cakap DAP kalau diberi peluang Malaysia pun boleh makmur......

Fisha nak ulang cakap Pak Lebai Din.........

"Ramai pemimpin2 politik Malatsysia tidak mahu menerima hakikat akan kejayaan yang dicapai oleh PAP dalam membangun Singapura.Tapi sejak akhir2 ini kita mulai mendengar ada desakan dari rayaat Malaysia,maupun orang Cina India dan Melayu mahu kita mengambil iktibar dari kejayaan PAP di Singapura dari segi membenteras rasuah dan pembangunan modal insan.

DAP jika diberi peluang,saya yakin,ia dapat membawa kejaaan kapada negara Malaysia."

Ni baru betul..... ni baru orang yg berpikir luas terbuka skit, yg bukak mata skit.... tak terlalu ikut sentimen naluri membuta-buta..... ni baru Pakcik yg duk berpikir dan cakap lepas berfikir masak-masak.....

Tak baik kiter tolak DAP ke PAS ke PKR ke...... kita kena tengok apa diorang buat tu dulu..... DAP tu jangan lupa usaha dan keringat mereka berdekad-dekad menyuarakan hasrat rakyat dan memastikan demokrasi dan hak rakyat biasa tak ditindas....... dulu kalau takde DAP pembangkang mana lagi yg pertahankan sistem demokrasi? Ni ayah Fisha yg citer.... mereka sanggup masuk penjara demi prinsip dan rakyat..... berani.....

Bukankah mereka pun anak Malaysia cam kita berjuang utk Melayu ke Orang Asli ke Cina ke India tak kira bangsa? Kenapa kita Melayu tak hargai? Apakah mereka tu zalim ke rasuah cam UMNO?

Anonymous said...

Assalammualaikum Datuk... semoga sihat2 selalu hendaknya... amin

Jamak Aton Habi Mahmood
ex staff jelita mag

Petir Getir said...

OrangBaruLahir berkata.....

~~~~Pada zaman Tun Mahathir, Straits Times di Singapura jarang sekali membuat penulisan kritikal yang berani menyerang cara dan corak pemerintahan Tun Mahathir, tetapi sekarang hari demi hari Straits Times di Singapura semakin berani menyerang pucuk pimpinan di tanah air, dan seolah-olah menjadi lidah resmi pembangkang Malaysia.

Begitu juga di media-media ONLINE seperti MALAYSIAKINI dan MALAYSIAN INSIDER mereka seolah-olah bersuara untuk rakyat sedangakan mereka dalam kebanyakan situasi hanya mengambil pendapata pembangkang yang diolah semula.~~~~


Habis la Malaysia cam ni.

Kalau orang tak boleh kritis, habislah.

Apa salahnya kita kritik?

Takkan nak main ampu jer macam zaman Mahathir?

Suratkhabar main ampu, rakyat berkhayal berangan-angan, golongan elit UMNO senyap senyap sapu kekayaan rakyat.

Inikah yg kamu mahukan?

Sekian lama jentera akhbar UMNO dari New Strait Time hingga ke Utusan Malaysia membedal pembangkang melaung propaganda dan berbohong, tapi kita terima saje macam penagih dadah yg khayal dalam dunia sendiri, dunia yg dicipta mereka yg inginkan kita terus berkhayal, tidak menggunakan akal kurniaan Allah, dan tidak menyoal.

Pembangkang tak diberi ruang yg mencukupi

Rakyat luar bandar dibanjiri propaganda UMNO yg jenteranya begitu kuat dan tersusun di kawasan desa

Inikah yg kita mahukan? Kejahilan, keakuran, tak berani menyoal, tak berani berdiri demi hak rakyat?

Pemimpin negara itu org yg rakyat pilih utk berkhidmat utk kita, bukan utk benda lain. Muhyiddin yg tu tuduh org Cina tu tak terhutang budi kat UMNO + BN walaupun UMNO curahkan 'hadiah dan wang' tu biar betul. Pembangunan dan kebajikan rakyat tu wajip ditunaikan olih kerajaan, bukan hadiah, bukan rakyat kena terhutang budi kat UMNO + BN. Begitu angkuh UMNO + BN mencurahkan wang rakyat sendiri kemudian meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO + BN. Kalau Muhyiddin berani suruh dia soal Melayu sekali kenapa diorang tak terhutang budi dan masih mengundi Pakatan.

Inikah nasib tanahair kita, hinggakan kita ditindas begini pun kita sengaja membutakan mata kerana takut?

Mana dia semangat keberanian bangsa kita sejak zaman dahulu kala?

Anonymous said...

Datok,
maaf mohon laluan sekali lagi,saya nak minta Datok buat ulasan kemelut dua/tiga negeri mengenai ketua perhubungan UMNO, perlis, terengganu,selangor /dll.kenapa tak habis2 lagi?.ingatkan lepas kabinet dilantik,ianya selesai,rupanya bertambah haru dan celaru.apa lagi yang tak kena dengan si Shahidan,kaya,ada phd,jadi ustaz setanding dengan mufti,negeri tak dak besaq mana pun.tapi kecoh kalah amerika?.
begitu juga dengan yang lain.saya dah tahan dengar perkembangan akhir2 ini.tak dak masa nak korek PR punya keburukan,alih2 kita /bn punya buruk dijaja sana sini.nampaknya umno makin kalah makin besaq kepala,bila rakyat tolak,pakat lah dok heran dan garu kepala:apa salah kita/bn?.
sekian,zmy

herokecik said...

Terima kasih datuk kerana posting isu nie. memang sesuai dan kalau boleh isu ini ditekankan serta diberi perhatian.generasi baru kini hanya tahu cari kesalahan daripada kebaikan. apakata detailkan lg penjelasan isu ini.Ianya amat berguna sekali

Anonymous said...

Salam pada YBhg Dato,
nampaknya semua Pak Menteri sekarang sibuk nak cari KPI masing-masing.......Saya harap apa-apa pun KPI yang akan dinyatakan oleh Pak Menteri ini akan dimaklumkan pada rakyat, agar rakyat dapat mengenal pasti halatuju Pak Menteri baru ini...Menteri Pertahanan pula sibuk nak tubuhkan wataniah disetiap Parlimen dan akan mendapat sukarela hampir 600,000 orang.....cakap semua orang boleh tetapi nak implementasi satu hal lain. Sebelum kita nak kan wataniah ramai....Tentera kita yang tetap ni dah cukup ke semua ke peralatan perang mereka???ataupun hanya sekadar pertunjukan hari kebangsaan?????Saya sarankan menteri pertahanan duduk dulu dan buat buat kajian teliti.... sebelum membuat kenyataan nak buat itu dan ini.....Ini bukan masa nak berpolitik lagi... tapi masa untuk kerja dan masa untuk kerja banyak menggunakan akal dan fikiran yang serius bukan hanya kenyataan yang hanya rhetorik...untuk mendapat perhatian dari rakyat agar dilihat begitu jauh pandangan Pak Menteri ini......Saya rakyat yang menyokong BN harap Pak Menteri belajar merangkak dulu sebelum belari......cadangan saya ialah mantapkan dulu ATM yang sedia ada sekarang sebelum kita mengundang sukarela dari awam masuk wataniah. Kalau hanya sekadar masuk wataniah agar mengundi BN belum tentu lagi tercapai rancangan ini.
Salam
Helang 79

zaidonn said...

Bila ahli politik bermain dengan Ayat Al Quran.

(post # 7 in http://ciliapizaid.blogspot.com)

Saya baru saja membaca blog Datuk AKJ saja nak tengok kat mana komen yang saya tinggalkan semalam terletak. Jadi saya baca semua komen-komen yang ditinggalkan oleh blogger-blogger dan awam.

Entah kenapa macam satu 'trend' pula mereka menggunakan ayat Al Quran sebagai landasan untuk berhujah.

Saya masih ingat lagi ketika saya dilatih untuk menjadi pendebat sekolah oleh guru bahasa Melayu saya, beliau mengingatkan bahawa jangan jadikan satu kebiasaan untuk menggunakan kalam Allah untuk tujuan peribadi.

Ini saya pegang hingga ke hari ini.

Setiap kali saya memberi ceramah berhubung debat dan pidato saya akan berpesan secara jelas bahawa "Jangan sekali-kali menggunakan ayat Al Quran untuk tujuan berdebat dan berpidato". Malah saya turut menekankan untuk tidak menggunakan ayat dan petikan dari mana-mana kitab suci dari mana-mana agama sekali pun.

Adalah satu dosa menurut agama Islam apabila seseorang itu mempergunakan ayat Al Quran.

Apatah lagi di dalam debat dan pidato sejelasnya penggunaan ayat-ayat tersebut adalah untuk tujuan memenangi sesuatu pertandingan. Oleh itu jelas maklumlah ayat tersebut digunakan untuk tujuan peribadi demi meraih sesuatu.

Inikan pula dalam hal berpolitik!

Saya jadi makin sedih apabila seorang tukang komen dalam blog Datuk AKJ memberikan terjemahan surah Humazah, terjemahannya salah malah dia tidak pula menyenaraikan sepenuhnya terjemahan surah pendek tersebut, beberapa ayat telah ditinggalkan.

Saya kira saya tidak percaya Tengku Ghazali ini orang Melayu dan Islam (melalui lenggok bahasa dan kesalahan ejaan mudah yang dilakukan oleh orang ini).

Jangan cuba memperdaya orang yang ramai, kerana seperti yang saya tuliskan di dalam blog Datuk AKJ jangan jadi penipu ataupun merelakan diri ditipu.

Menurut agama saya, agama Islam tipu yang paling bodoh ialah menipu diri sendiri.

Masyarakat Malaysia harus kembali dididik untuk menghormati agama lain, kita telah terlalu lama dibuai momokkan, bahawa Malaysia itu padu dan bersatu padahal lihatlah agama orang lain dijadikan landasan.

Masyarakat Malaysia semakin kurang sopan.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sepak terajang dlm dunia politik tu biasa dan diterima pakai, bukankah kita mahu pemimpin yg terbaik dan terhebat dikalangan parti2, kepada yang lemah atau gagal memimpin jgn kecewa kalau di side-kickkan, cthnya tun lah, beliau cool walaupun diterajang bertubi-tubi.......

memang menjadi budaya bn khususnya umno selain rasuah, sepak terajang tikam belakang sms fitnah surat berantai buku dalil ini semua agenda peribadi utk kepenting diri sendiri mahupun kroni

kalau di parti lain ada masa-masa tertentu sahaja bukan berpanjangan tapi bukan di bn, ada sahaja sepanjang tahun!! cthnya bekas pemimpin ini tikam pemimpin itu, pengikut ketua ini sabotage ketua pemimpin itu.....exMB ni sontot MB itu!!! tak habis-habis

so oleh kerana tikam menikam dan terajang tak habis2, rakyat yang memilih mereka ini akan risau dan naik meluat,rakyat memilih mereka untuk tadbir urus negara!!kalau pembangkang yg buat perangai rakyat tak peduli,pasal tak gugat sosio ekonomi negara tapi kalau pembangkang ini jadi kerajaan nanti kalau buat perangai bn, tahulah rakyat ramai-ramai terajang mereka ke laut!!!

paling terkini cina pun buta-buta kena terajang dgn muyidin, itulah susah kalau pemimpin bn khususnya umno ini masih lagi sombong budu, pandai tak blh diikut, budu tak blh diajar.....

p/s : apa dah jadi dgn dun terengganu..."kami nak derih, NATANG"

HAMBA ALLAH

jab sp said...

Dato,
Saya amat suka dengan idea Sinbad.
Untuk menjadikan kita nampak putih walhal kita sebenarnya hitam legam,adalah lebih baik kita juga cari mereka yang bukan kalangan kita yang hitam legam supaya bila perbandingan dibuat ,kita akan dengan bangganya berkata:Tengok betapa putihnya aku jika berbanding dengan dia yang amat hitam dan menjejekan.
Moga bila ini dapat dilakukan barulah kita dapat tidur selena lenanya dan bila bangun kita tak akan berasa apa apa walaupun waktu itu yang sebenar bangun hanya kita bangkai bernyawa.

Anonymous said...

Datuk,

Terima kasih kerana memberi liputan "perdana" terhadap komen saya ini.

Saya tidak ada niat jahat atau mahu Datuk mendedahkan aib orang lain, cuma saya mahu orang kita terutama golongan muda lebih memahami apa itu politik dan apa itu wayang dan sandiwara pengiat-pengiat politik ini.

Tidak perlu rasa takut atau gusar dengan berita atau artikel yang tidak memihak dengan fahaman politik kita. Dalam mencari kebenaran dan keadilan, perkara sebegini harus ditempuhi dengan berani dan hati yang terbuka. Sesungguhnya, kematangan kita berpolitik akan terbit dicelah-celah perselisihan pendapat dan perdebatan yang sihat.

Ramai diantara kita sedar akan masalah rasuah, tetapi tidak ramai dari kita yang mahu mengakui bahawa kita juga mengalami masalah serius dari segi ketaksuban dan hipokrasi yang disulam perasaan dendam kesumat yang melampau. Masalah taksub dan hipokrasi ini amat kritikal hingga ke tahap sanggup menggadaikan kepentingan bangsa dan agama.

Datuk,

Saya masih beranggapan bahawa wadah perjuangan UMNO dan PAS ini masih suci dan murni cuma tindakan dan sikap pemimpin dan penyokong mereka yang keterlaluan inilah yang menyebabkan ia dipandang serong dan gagal mencari titik pertemuan.

Kepada golongan muda, saya nasihatkan perbanyakkanlah membaca mengenai perjalanan politik ahli-ahli politik idola saudara/i. Nilailah mereka dengan jujur dan ikhlas. Tidak perlu mengherdik atau menista orang-orang lama seperti Datuk Kadir. Kita perlu sedar, ramai orang-orang politik tidak kira dari kerajaan mahupun pembangkang ini adalah rakan kenalan Datuk Kadir sendiri yang ada diantara mereka dikenali beliau sudah lama malah ketika anda-anda semua masih hisap "tek" (menyusu ibu)lagi. Orang-orang lama ini lebih arif dan lebih mengetahui hati budi orang-orang politik. Oleh itu, kita orang muda janganlah kurang ajar sangat.

Kepada peminat-peminat Lee Kuan Yew dan PAP Singapura, saya syorkan anda membaca perjalanan politik Lim Chin Siong, Devan Nair, Tan Sri A.Samad Ismail dan beberapa yang lain. Kemudian selidiki kaitan persaudaraan peneraju-peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Singapura dengan pemimpin-pemimpin kanan PAP. Nilai sendiri sistem kehakiman, perbankan dan kebebasan media Singapura. Perhatikan juga keruntuhan moral dikalangan golongan muda di Singapura ini.

Terima kasih.



-sinbad-

Anonymous said...

Salam Dayuk

Terima kasih kerana membuat ulasan anggota pembangkang saperti
yang di pinta oleh Sinbad. saya rasa komen sepintas lalu sebegitu tidak mencukupi bagi watak2 yang di minta dan juga tidak berapa jelas. tidak saperti ulasan yang dibuat untukb kebanyakan pemimpin Umno dan BN
mungkin Datuk risau akan hilang pembaca2 setia. walau bagaimana pun harapan saya begitu tinggi untuk mendengar nya. mungkin kisah Mat Sabu bolih tulis sikit.
bagaimana Nizar boleh jadi kaya dan glomour kehidupan nya haya menjadi MB setahun
semoga kami dapat maklumat seombang

Anonymous said...

it's funny to see how many people totally dependent on government for their day-to-day lives. individuals should be ultimately responsible for their fate in this world. is politics is the only thing in malaysia? there are bigger issues like staying afloat in this world economy, moving up to the value chain, stepping forward to "developed" nation.

have we really progress that far ahead that we are above name-calling, glory-hogging and post-hunting individuals?

i also find it funny that whenever bad mouthing is done on BN, "semuanya betul! BN patut di maki". but the moment one say bad things about PR, it's all reversed. is PR leaders so pure that they are totally sinless? i prefer balance to keep each other honest.

people should think that how insignificant malaysia is and think of the past glory where once europeans used to say that "the lord of malacca holds the throat of venice"

-50cent-

pakbelalang said...

Muhyiddin all out to help Najib overcome challenges


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak needs a “working team” to help him manage and steer the economy to recovery.

That is exactly what his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin intends to provide his boss with.

Muhyiddin said he planned to provide support and assistance to the Prime Minister in his efforts to boost the economy and wanted staff members in the Deputy Prime Minister’s office to be “part of the team.”

comment:

Yes, we must stop spending too much time politiking. Time to move forward to face the current challenges that the rakyat is facing. Give Najib a breathing space for him to work out something to address all the social and economic issues that the nation is facing.

All veteran leaders of BN must give full support to Najib to restructure or reengineer the whole UMNO set up and make it a vibrant and corruption free strong political party.

We cannot afford to continue be involved in politics as it would be counter productive.


It is now a matter of politcal will to ensure that UMNO is back in the right footing and right direction.

pakbelalang said...

Rais Strives To Make Ministry More Effective




KUALA LUMPUR, April 14 (Bernama) -

On the proliferation of the new media, he said the ministry would not be taking hasty actions against government critics as long as they did not flout the Communications and Multimedia Act.

"We are planning to hold a briefing session on the act for bloggers. If they do not heed the advice, we will be firm on them.

"To implement a policy, we have to be firm. But the legal redress will be our last resort," he said.

Rais divided bloggers into three types -- one who wrote the truth, another who exploited the sentiment of the people, and the last one, who churned out inaccurate facts and made wild allegations.

"The third type of bloggers are breaking the law. When the law is not respected, the country will be in disarray. I plan to enlighten the bloggers on the act when I meet them soon," he said.

-- BERNAMA

comment:

Dato', you are in what category of bloggers?

I don't think you are in the third category of haprak and HP6 type of bloggers.

As evidence, that is why I pick your blog as my favourite blog.

Since Rosmah dapat anugerah "First Lady of Charity" mungkin tidak keterlaluan saya anugerah Dato' " Malaysian Blogger of First Choice" !!!

N. Kiru said...

Dear Kadir,

Whilst I have always enjoyed reading all your articles for years, I certainly hope sepak terajang posting was an anomaly
and a departure from your usual conventional thoughts due to perhaps a rare writer's block.
I have doubt any attempt to smear or assassinate the character of any person or party would appear even as a footnote in our nation history books.
So my dear Datuk, whats with the axe to grind?

pakbelalang said...

Assemblymen's Action Should Not Jeopardise BN's Position - Muhyiddin




PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) -- The action by 10 Barisan Nasional (BN) assemblymen of not attending the Terengganu State Assembly sitting today should not be to the extent of affecting BN's position as the ruling state government, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.

The deputy prime minister said as a government entrusted by the people to rule the state, all quarters should work together and resolve whatever dissatisfaction they had.

Muhyiddin said he would obtain a report and meet Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said over the matter.

comment:

There are a lot of stories regarding MB of Trengganu.

I wonder whether the Sultan made the right choice.

If the MB is not up to the mark then BN should propose alternative candidate to be the new MB.

Kalau tidak ditangani dengan segera ianya akan menjadi masaalah besar kepada jentera kerajaan Trengganu dan akan menjejaskan pembangunan dinegeri tersebut. Maka rakyat negeri Trengganu yang akan rugi.

Anonymous said...

Dengan izin Ybhg Dato,

Maaf la kepada saudara Petir Getir, jika tulisan saya tidak menepati cita rasa mencipta budaya membina perjuangan membina bangsa Melayu yang kritikal, yang mungkin saudara inginkan dari semua pehak.

Memang kita ini semua rambut mungkin sama hitam, tapi tetap berbeda selera.

Saya mungkin tidak memahami sepenuhnya apa yang boleh di takrifkan sebagai kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara, kerana walaupun telah membaca sedikit sebanyak peranan media masa sebagai salah satu elemen dalam sistem demokrasi yang sehat saya masih tidak menemukan "an ideal implementation any where in the real world including the one in USA" - disana walaupun digembar gemburkan mengenai kesan penulisan penyelidikan dan penuilsan kritikal seperti kesan "Watergate" terhadap NIXON, dan penulisan skandal seks BILL CLINTON yang membawa kepada kejatuhan kedua-dua Presiden, media di AS masih juga ada element sensational and bias reporting dengan hadir nya begitu banyak tabloid, steysen TV dan radio yg menlahirkan pelbagai pendapat sama ada menyokong atau menentang sesuatu dasar pemerintah, tergantung kepada pemilik dan pembawaan politik sidang redaksi bilik berita akbar atau steysen tersebut.

Kritikan saya adalah berdasarkan perbezaan ketara yg dapat dilihat dewasa ini mengenai perubahan besar dalam penentangan terhadap kerajaan Malayisa yg memerintah, dari elemen-elemen media massa dari negara jiran tetangga yg sedikit sebanyak terlalu menjaga tepi kain orang lain sedangkan media tersebut sedikit pun tidak berani menyerang dasar pemerintahan Dinasti LEE KUAN YEW dan hala tuju rejim diktator berkuku besi dinegara mereka sendiri.

Saya juga menulis kerana merasa terdapat kekurangan dari segi bahan bacaan yang menyikapi dan menghias perjuangan orang Melayu, tidak seperti di zaman sebelum Merdeka atau sesudah Merdeka dimana semangat perjuangan orang Melayu masih dibarisi oleh penulis-penulis akhbar dan barisan sidang redaksi akhbar melayu yang masih berinti perjuangan melayu.

Kekadang tu bila memabaca sebahagaian berita sampai para pertama aje dah dapat tangkap mesej yg mungkin penuh sebahagain muka surat akhbar tertentu. Dan bahan berita tu kekadang tak ada dasar wadah perjuangan yang hedak disampaikan.

Kepada saudara PETIR GETIR, saya pernah juga menjadi pencinta idealisme kebebasanan bersuara, tetapi bila melihat bangsa saya diherdik, di maki, dicela oleh lidah pengarang bertopeng yang setiap hari menghakis maruah, hak, kedudukkan anak bangsa saya kekadang tanpa memberi sebarang ususlan membina terasa juga marah.

Ini lah pemahaman dan pendirian saya, MALAYSIA adalah satu-satunya negara yg diperintah oleh orang Melayu, yg sudah cukup adil dan cukup bertolak ansur kepada bangsa pendatang, dan bagi saya inilah saja negara buat anak cucu saya yg sudah lahir dan akan dilahirkan.

Dan saya berpegang kepada prinsip dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung, dan pada saya sikap dan biadapnya media masa yang ada pada hari ini tidak menghargai langsung kedudukan mereka yg telah diberikan sebahagain hak untuk bersuara.

Saudara PETIR GETIR, what maybe you cup of tea is poison to me

Salam Perjuang kepada saudara PETIR GETIR

BERANIlah BERUBAH buat orang Melayu

OrangBaruLahir

Anonymous said...

Terima kasih Dato kerana menulis kisah mereka.Saya ingat mereka melakukan kesalahan besar.Rakyat Malaysia sudah tahu menilai sesuatu isu.kita bukan berada dizaman 80an dan 70an dimama ketika itu ramai ahli Umno degan penuh angkuh,riak mengatakan hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah tapi lupa bahawa Allah Taala Berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.

Anonymous said...

From Kampong Boy;

Dear Dato',

Yes, I do agree that once in a while you shall come up with a story line that covers the opposition as well. After all, the PKR keep on championing the transparency, non corruption, openness and many others. Similarly once upon the time, they are also the same group of people who are shouting very loudly, during Tun Mahathir time the issues on cronysm, nepotism and corruption. So are they not practicing what they have been preaching? It is for readers to look at who are there in the PR line up?

Again, thanks for allowing me to give some comments on one of the most popular blogs.

Regards
Kampong Boy

Unknown said...

Dato'

Sdr Sinbad, sebagai seorang kelasi kapal, tuan patut sudah biasa dengan telatah telatah lanun lanun dilaut. Tak kan lah tuan sudah naik muak pula.


Perdana Menteri sedang sibuk mentransformasi kapal lanun kekapal biasa. Cuma kita takut nanti terjadinya pemberontakan (Mutiny) saperti yang sedang terjadi di Terengganu

Dr Nik-On X-Ray said...

Good things done sincerely, bad things need to be corrected. Whoever holding the executive power need to remember, who they are without the people. Criticism is to correct any wrongdoings.
Being a leader, you must expose yourself to be judged everytime, by the people who have cast their votes. You are also answerable before The Almighty AlLah on the day of Judgement in all aspect. Dont think to be a leader just to accumulate something for yourself, but the responsibilities are much bigger than that.
2 Angels are writing everything you're doing everytime. These accounts are going to be produced before The Almighty AlLah...all the evidences will be on prosecuting side even your own body.....
Only The Almighty AlLah knows All and May AlLah Bless all of us

pakbelalang said...

Rashid Naik Vespa said...

Pertama sekali, kesianilah negara kita. Cukuplah setakat ada satu diktator macam Mahathir (ni aku tak cakap, Zaid Ibrahim sendiri dah cakap). Kalau ada dua, hancur hilang la semua rezeki dan kekayaan negara kita jatuh ke tangan golongan atasan (golongan korporat, elit, bangsawan dsb.).


comment:

Zaid Ibrahim is an impressionist. I don't have high regard for him.

Zaid is considered as the most successful bumiputra "loyar" in town and filthy rich. Why? Because he is Umnoputra !!

Likewise,I can safely compare him with Khalid Ibrahim. Another Umnoputra who is also filthy rich.

So these two gentlemen have become succesful partly because of their association with UMNO. Both of them simply cannot deny this fact.

Sekarang mereka bolehlah diumpamakan kacang lupakan kulit. Bolehlah dianggap mereka ialah Melayu yang "mudah lupa".

It is rather sad that both of them stabbed UMNO behind the back.

I am not a fan of Tun Mahathir but I still feel that without the slightest shadow of doubt he had contributed a lot in the development of our country.

Yes, I must admit that some of his visions had failed miserably and backfired but generally he had done reasonably well in managing the country.

To say that he was a dictator is rather not fair at all. I would say he was a very firm and committed leader who wanted his country to progress and be respected by others.

pakbelalang said...

FT Ministry Officers Urged To Get Closer To The People

PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) -- The new Federal Territories Minister, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, has urged officers of the ministry to get closer to the people to know their problems.

comment:

I want to give just one exercise for Raja Nong Chik.

Pergilah jengok semua penghuni rumah pangsa diseluruh Wilayah dan lihat sendiri keadaan hidup mereka sebenar. Saya rasa banyak masaalah yang belum dapat ditangani dan diselesaikan.

1. Masaalah lift tak berfungsi
2. Massalah sampah
3. Masaalah air
4. Masaalah kemudahan riadah

Semuanya berkaitan dengan masaalah maintenance.

Itu belum lagi dilihat tentang masaalah sosial dikawasan tersebut. Mungkin amat menyedihkan.

anak melayu said...

dato,
saya setuju dengan komen tengku ghazali.
catatan yang bernas dan masuk akal..
saya adalah orang melayu yang dah lama berhijrah..memang sebelah dato asal usul dari trengganu.saya pula tinggal di malaysia hanya beberapa tahun sahaja-sewaktu kolej dahulu..
bukannya saya mahu memperkecilkan bangsa saya sendiri..
tetapi ada sebuah catatan di akhbar asing.
catatan tersebut mengatakan bahawa pemikiran orang melayu malaysia adalal sempit.
sukar untuk melepaskan mentaliti meminta-minta.
dan membiarkan nasib mereka dipolitikkan sehingga tidak ada arah tujuan untuk bangkit sendiri.

sekali baca memang tidak setuju,tetapi setelah baca berkali2 akhirnya terpaksa mengaku memang benar..

ada sesiapa yang setuju?

untuk melihat satu malaysia diamalkan adalah perkara yang berat dan agak sukar.
pemikiran dan mentaliti yang telah diracunkan telah ditanam setelah sekian lama..
tidak mustahil tetapi adalah satu titik beban yang menggunung..

jikalau diatasnya hanya mampu melafazkan hanya untuk menyedapkkan hati segelintir maka jangan tersilap langkah.

anak melayu said...

ada beberapa catatan diatas yang mempunyai maksud...
'jikalau malaysia diketuai oleh DAP-(mempunyai misi malaysia untuk semua) akan terjadinya kemakmuran seperti singapura.'

tetapi kalau dilihat dari sejarah,bukankah singapura itu adalah milik malaysia?

terjadinya pembuangan singapura adalah tertendangnya idealogi DAP oleh semua orang tahu UMNO ketika itu..

catatan saya hanya sekadar mahu mengonsi fakta sejarah yang segelintir tidak mahu menelannya..
kerana akibatnya adalah pahit..

sawit futures trader said...

Salam Dato',

INDIGO MAT COPY-PASTE BERCAKAP SORANG-SORANG SEBAB RAMAI YANG TAK FAHAM INDIGO kata,

"ps darimana Sdr Kelapa Sawit dapat angka 6 juta itu? Hebat-hebatlah Scribe penconteng, pencoret dan pencatat yang mengunjung ke blog Pak Kadir ini, saya yang tercorot dek terbuai panggilan harley-d...berharley-harley-harley pusing satu dunia. gostrak yo!"

6 juta tu salah taip.

Budak sekolah pun pandai kira. Tiap tahun yang ambil SPM dalam sekitar 450,000 orang. Darab 4 tahun jadilah dekat-dekat 2 juta. Lebih kurang tu la pengundi baru.

Tak payah nak bahasakan orang. Tegur sahaja tak cukup, nak jugak mengatakan orang. Isi tulisan tak ada pulak nak komen. Apa jenis orang ni...

Ooooo lupa, memang jarang ada isi sendiri sebab tu suka copy-paste!!!

Pak Lang said...

Datuk,

Maaf kalau saya terkeluar dari tajuk perbincangan. Tapi saya panjangkan untuk renungan pembahas-pembahas Melayu khususnya peyokong DAP, PKR dan Pas.

Lebih setahun lalu saya terbaca satu surat yang kononnya ditulis oleh Dr. Ng Seng dari London. Surat ini khabarnya disiarkan oleh sebuah Majalah di Lodon. Surat bertajuk "Bersatulah Kaum Cina" dikatakan juga disiarkan oleh akhbar Cina Malaysia. Saya tidak pasti.

Intisari surat ini ialah:

* Kaum Cina Malaysia digesa supaya mengekalkan identiti. Pertahankan Bahasa Mandarin. Iklan-iklan pekerjaan dalam akhbar beri keutaman kepada calon-calon yang boleh menguasai bahasa Mandrin/Kantonis. Dengan cara ini orang-orang Melayu akan terpinggir.

* Tuntut hak-hak politik melalui kekuatan ekonomi. Kaum Cina menguasi 60 pertus kekayaan negara. Melayu cuma 3 peratus.

* Bidang pelajaran. Berusaha bagi mempastikan generasi akan datang (kaum Cina?)tidak diajar pengorbanan orang-orang Melayu khususnya dalam bidang sejarah. Kejayaan hendaklah berteraskan meritokrasi.

* Bangga dengan tindakan kerajaan Singapura yang berjaya memecah-belahkan etnik Melayu negara itu melalui puak-puak seperti Banjar, Jawa dan sebagainya. Akhirnya etnik Melayu dari 19 peratus cuma tinggl 10 peratus sahaja.

* Bangga dengan tindakan Lim Chong Yew, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang (PP)yang berjaya megambil tanah-tanah Melayu di PP (pulau) untuk tujuan perumahan mewah dan perindustrian. Orang-orang Melayu tidak mampu membeli rumah (akhirnya ramai yng lari ke Seberang Prai, Kedah dan Perak). Perkara yang sama perlu dilakukan di bandar-bandar besar lain seperti Ipoh, KL, Seremban.

* Etnik Cina disarankan supaya berpindah ke Alor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Trengganu untuk menguasai politk dan ekonomi bandar-bandar tersebut yang majoriti masih Melayu.

* Perpechan Melayu melalui parti-parti politik UMNO, Pas dan PKR menguntungkan orang-orang Cina. Perkuatkan perpecahan ini dengan menanam perasaan benci orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka (kerajaan?).

* Orang-orang Melayu miskin tetapi bernafsu besar. Sanggup menjual bangsa sendiri.

* Wujudkan kebencian orang-orang Melayu terhadap Sultan/Raja-raja Melayu.

* General-general tentera Malaysia keturunan Melayu bodoh. Mereka boleh dikuasi.

* Cadangkan orang-orang Cina bermuka-muka. Orang-orang Cina berkebolehan bermuka manis dan dipercayai Melayu. Mainkan peranan ini dengan baik. Api-apikan kerisauan orang-orang Melayu terhadap kerajaan dan pemimpin hingga tidak berminat untuk menggundi. Separuh dari penggundi Malaysia adalah orang-orang Cina.

Mungkin penyokong-penyokong PR menganggap surat ini palsu. Tetapi dari pengamatan saya apa yang ditulis oleh Dr. Ang ini telahpun berlaku. Iklan-iklan pekerjaan memberi keutaman kepada clon-calon yang fasih bahasa Mandrin,kebencian kepada sultan-sultan dan raja-raja Melayu, mengrasuahkan pegawai-pegawai dan ahli-ahli politik Melayu supaya mereka mudah dikuasai, pertahankan identiti termasuk bahasa Cina dan budaya, perpecahan meluas orang-orang Melayu berdasarkan parti-parti politik (BN/PR), Orang-orang Melayu tidak lagi menganggap DAP sebagai parti chauvinist Cina, Penyokong pembangkang (Melayu)menganggap kerajaan PR di Perak yang dikuasai DAP sebagai kerajaan islam.

PRK K.Trengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau menunjukkan kaum Cina menjadi penentu meskipun majoriti Melayu. Kemelut politik Perak berlanjutan kerana DAP ingin menunjukkan kekuasaan orang-orang Cina. Sedangkan penyokong-penyokong (Melayu) digula-gulakan dengan isu-isu demokrasi dan hak asasi.

Apa yang menarik dalam surat ini Dr. Ng tidak membezakan orang-orng Melayu UMNO, Pas atau Kedilan. Dia hanya menyebut Melayu sahaja.

Indigo said...

Scribe,

Semacam Skrip Movie(tok-tok naik sheikh)

Trengganu ada minizoo baru.
takal ke tagal ke gatal?

Muhyiddin sudah bagi amaran!
kepada sepuluh budak ganu kite!
-warning! bila aku sampai
aku buat muka sebek aku
soksek soksek depan kamera
kemudian aku tembak!
aku kuntow!
aku action!

dan harap harap tan sri
kami kaki kepala batas
jangan terpaksa menjerit - cut!
macam si-pengarah mamak ahmad nisfu
jatuh lah! jatuh la!
kamu semua lanun haprak kenalah
kalah samak lanun johor!

Dan tuan direktor pun pangsan!

Di Trengganu ada minizoo
dan taman thema islam hadhari

action!
"hey, mud! you mau kasi jatuh
sama itu lanun nomber one kah?"

dan sekarang lanun numbor dua masuk
mari kita tengok ketangkasan pagoh!
senyum sikit!

bagus! bagus!
semua lanun haprak jatuh
tergolek dok bersepah dek
like a house of cards

siapa lanun nomber one, chief?

OKJ said...

Salam DAKJ

Snippet:
1. Dato’ Boleh ke siasat apa yang tak kena dekat Tgganu kite tu. Lain macam je bunyinya. Ialah Dato’ banyak contact.
2. Saya dah cadangkan cabinet jangan di kecilkan sebab nanti ramai tak puas hati. Kan dah jadi. Tapi nasihat saya kepada YAB Dato’ Najib, jangan ubah apa-apa. Tiada istilah flip flop dalam cabinet baru.
3. BN akan disokong semula oleh semua kaum jika parti tunjangnya kuat iaitu UMNO kena kuat balik. SO kepada Tan Sri Muhyiddin, jangan takut pada gertakan. Bila UMNO lemah, macam-macam digertaknya. Bila umat Melayu kuat balik, automatic mereka akan datang balik. Biasalah tu machaaaa, ramai nak hidup dengan mengambil kesempatan maaaaa (dan mengampu serta membodek). Lagipun, dikatanya UMNO banyak politik wang. Bila dipikir semula, budaya siapa yang rasuah tu satu dari strategi perniagaan. SO kita bolehlah dengar apa yg dicakap tapi jangan percaya pun.
4. Saya percaya YB Dato’ Seri Utama Rais dapat membendung 3rd class blogger yang kuat menipu dan memfinah. Kalau tak dibendung, jadi macam 5 tahun lepas. Cakap dengar-dengar pun boleh bersumpah. Saya istilahkan ini sebagai ‘kebebasan berAURAT’.
5. Kepada ketua pemuda UMNO yg baru, bila nak cabar ketua pemuda pembangkang berdebat dalam rancangan DEBAT ni, YB kenalah buktikan kejantanan tu dan cepatlah sikit. Jam terus berdetik ni. Kasi hentam sama itu olang.
Sekian, pagi sikit harini sebab nak kejar flight AiAsia. TQ.

Anonymous said...

Salam Sejahtera Datuk AKJ,

Sepak Terajang Beraku Dalam Semua Parti...

Ya saya bersetuju akan hal ini.Tetapi Datuk perlu ingat.. Ramai bloggers datang dan memberi pandangan mereka kesini kerana tertarik dengan sepak terajang dalam UMNO/BN. Di Media-media milik UMNO/BN kemungkinan besar mereka hanya menyiarkan pandangan yang berpihak sahaja. So , saya tabik dengan kebolihan Datuk dan saya percaya dengan sendirinya menaikkan nilai saham diri datuk sendiri. Tetapi sebaliknya jika datuk memaparkan kisah sepak terajang dipihak lain yang tidak menarik perhatian so saham datuk dengan sendiri nya menurun.

Kisah dipihak PR kisahnya terlalu banyak di media sebelah sana, kisah buruk baiknya terpampang dan tersebar luas dah jadi tak menarik untuk dibaca.

Saya tidak bersetuju dengan sdr sinbad, baik ape pun bentuk penulisan yang hendak dibawa biarlah ia mencerminkan keperibadian sendiri.

Pastinya perbahasan menjadi menarik dan puas untuk dibaca...

Tok Ma said...

Datuk,

Saya kesal dengan kenyataan Kamaruddn Jaafar, pemimpin Pas bekas UMNO dan pemimpin ABIM. Katanya, huruhara seperti di Thailand boleh terjadi di Perak sekiranya DUN tidak dibubarkan dan pilihanraya baru diadakan.

Tetapi Kamaruddin mesti sedar tidak semua orang Melayu Perak menyokong Pas dan PKR atau DAP. Dalam PRU 12, majoriti Melayu menyokong UMNO (27)sedangkan pas 6 dan PKR 7 (tak semua Melayu).

Saya kata Melayu kerana kalau terjadi huruhara orang-orang bukan Melayu cuma berdiri dibelakang sedangkan Melayulah yang dihadapan. Jelas apa yang terjadi di Kuala Kangsar tempoh hari.

Perlu juga sedar yang orang Melayu tidak semuanya fanatik dan cintakan Nik Aziz atau Hadi Awang. Tidak semua orang Melayu percaya pangkah Pas masuk syurga.

Jangan fikir tentang kebolehan Melayu Pas dan PKR membuat huru. Mereka juga perlu fikir tentang kebolehan majoriti Melayu Perak yang menyokong UMNO. Bagaimana pula reaksi pasukan keselamatan (polis dan tentera). Apakah mereka akan berdiam diri.

Bagaiamana pula dengan puluhan ribu bekas-bekas tentera veteran dalam perjuangan menentang komunis dan konfrontasi. Selama ini mereka hanya mendiamkan diri. Tetapi dalam hati pasti ramai tidak senang dengan keadaan politik hari ini. Perjuangan mereka untuk mewujudkan keamanan supaya rakyat boleh hidup tanpa bimbang hanya akan menjadi sia-sia. Bagaimana kalau puluhan ribu veteran-veteran ini berarak menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pengacau-pengacau.

Fikir-fikirkanlah.

Petir Getir said...

OrangBaru Lahir:

Demokrasi tu matlamat ideal..... kalau kita tak capai demokrasi penuh dan lengkap pun yg penting ialah dlm usaha nak capai demokrasi itu kita dokong nilai nilai spt kebenaran dan keadilan dsb. dan menolak perkauman dan ketidaksamarataan dll.

Bak kata orang, 'yg penting bukan destinasi kita saja tapi lebih dari itu juga ialah perjalanan kita ke arah destinasi itu'.

Justeru ini yg penting ialah percobaan memantapkan nilai nilai yg baik dalam perjalanan kita ke arah suatu ideal yg demokratik, tak kira kita mencapai demokrasi yg penuh atau tidak.

Kalau di Amerika media dia tak bebas atau ada akhbar yg pro kerajaan dan ada akhbar yg anti kerajaan yang penting ialah suara dan idea bebas diluahkan dan dapat bertembung dan bertanding dgn sopan santun. Di Malaysia ni lain pulak citernya. Pembangkang sekian lama dibisukan dan ditindas olih golongan pemerintah demi kepentingan golongan pemerintah. Mana boleh ni?

Menentang kerajaan itu tak salah kalau kerajaan itu tak berbuat betul. Kerajaan semasa mungkin berubah ubah tapi kesayangan terhadap negara itu tetap.

'Sayang pada negara' itu berbeza dengan 'sayang pada kerajaan'.

'Sayang kepada negara Malaysia' itu suatu yg mulia. 'Sayang kepada kerajaan Barisan Nasional' itu bahaya. Kita nilai suatu kerajaan itu ikut prestasi dia dlm memenuhi kewajipan kepada negara dan rakyat.

Tapi saya setuju yg media Singapura tak berani kritik kerajaan dier sendiri. Ini sebab cara pemerintahan kuku besi Lee Kuan Yew dari segi politik itu sama dgn cara Mahathir dulu. Rakyat takut bersuara dan mengkritik. Kalau kritik, masuk penjara atau kena heret ke mahkamah. Tapi kita di Msia ini lagi bebas skit dari Singapura selepas regim Mahathir. Singapura masih terperangkap lagi.

Apa itu perjuangan Melayu? Perjuangan Melayu yg dulu berbeza dgn sekarang. Kita kena ikut masa dan keadaan. Saya mahu Melayu dipandang tinggi di mata dunia kerana Melayu berjuang utk kebenaran dan keadilan bagi semua di zaman ini. Ini sebab tanahair ini sudah bukan milik Melayu saja tapi Org Asli, Cina, India dll yg lahir di Msia. Saya malu kalau perjuangan Melayu itu masih bertumpukan 'ketuanan Melayu'. Kalau Melayu berjuang utk kebajikan bersama seloroh rakyat Msia ni alangkah indahnya. Alangkai mulia kalau Melayu berjuang memastikan nasib semua yg papa kedana dan tertindas dan terbiar dibela, termasuk Melayu?

Malang sekali ada lagi penulis akhbar lama berfikiran kolot dan 'out dated' yg masih lagi menghulur obor perkauman era lama, era Malaysia sebelum merdeka. Mereka buta kepada hakikat Msia moden. Tak tau la mereka gitu sebab betul betul kolot atau taksub dgn cara-cara org politik yg menggunakan ketuanan Melayu dan tektik menakut-nakutkan Melayu sebagai alat utk meraih kuasa dan mengaut kekayaan.

Kepada saudara OrangBaruLahir, saya berharap sedara kembali ke jalan idealisma kebenaran dan keadilan bagi semua umat manusia tak mengira bangsa. Pulanglah ke pangkuan apa yg benar dan baik. Kita lawan mereka yg mencela kita dgn kesopanan dan dgn kebenaran. Siapa yg boleh kalahkan kita kalau kita bercakap benar dan bertindak adil kepada semua? Jadi toksah lah takutkan org yg memaki atau mengherdik kita. Jangan terlalu mengikut perasaan dan terus menyokong pulak rejim penindas semata mata mahu lawan org lain.

Malaysia negara yg diperintah oleh org Melayu, tapi diperintah dgn kerjasama rakyat Msia yg lain.... org Asli, Iban, Cina dan India. ini jgn dilupa. Kalau pemimpin saya Iban tapi dia adil kepada Melayu atau Cina atau siapa2 saja, saya rela juga.

Berfikirlah spt seorang manusia. Bukan ikut puak. Cara berpuak ini Allah S.W.T. sendiri dah perintahkan kita buang jauh jauh.

Kita ni tunggu lagi utk apa?

Salam Perjuang kepada saudara OrangBaruLahir

BERANILAH Buka Mata buat rakyat Malaysia

True color of Pakatan Rakyat said...

Pakatan Rakyat true color !!!! How come the Rakyat blindly support them is perplexing?



Wednesday April 15, 2009
Declassify documents, PJ folk tell MBPJ
By TAN KARR WEI


http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/4/15/central/3685773&sec=central


"......THE call by a Petaling Jaya City Council (MBPJ) councillor to use the Official Secrets Act (OSA) on persons who leaked council documents has drawn flak from Petaling Jaya residents.

During the MBPJ full board meeting last month, councillor Derek Fernandez said he would lodge a police report against the person who has been distributing government documents that were classified under the OSA.

Fernandez was referring to a Suresh R Menon who had sent out letters to state assemblymen of the alleged favouritism that MBPJ was practising in the implementation of the new billboard regulations.

The letters were attached with copies of the council’s meeting minutes, which are labelled secret.

All Petaling Jaya, Selangor Resi-dents’ Association Coalition (APAC) chairman Liew Wei Beng said that Pakatan Rakyat has been championing transparency and the threat to use the OSA was inconsistent with the stand made by the political parties.

“If the issues raised in the letters were not true, MBPJ should sue the person for slander. Using the OSA is just another way of saying that the council refuses to answer the concerns that were raised,” said Liew...."

hlekir said...

Dato',

Kejadian di Terengganu dato' tak mau kaitkan dengan PENDERHAKAAN ke ??

Komen ketua penerangan UMNO negeri Perlis, menyatakan yg seharusnya Syahidan Kasim yg dilantik sebagai MB, dato' tak mau ulas sebagai PENDERHAKAAN ke??

samagreen said...

1) Kita semua sedar bahawa seseorang yang baik hati dan ikhlas sememangya ditakuti syaitan kerana tidak boleh ditipunya. Akan tetapi, orang ‘baik hati’ yang takabbur dan riak akan tewas, bila berdepan dengan mereka yang berpegang pada prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’.

2) Kopiah putih yang diletak atas kepala tidak menggambarkan seorang muslim, tetapi seakan sedang berpolitik. Nabi syorkan berpolitik, tapi politik Islam ada prinsipnya tersendiri dan sederhana, bukan pada mulanya menjunjung martabat Melayu, membela nasib dan identiti Melayu Islam, tetapi akhirnya memusuhi ulamak yang tidak merestui permintaan kita; akhirnya merusuh di depan istana kerana tak puas hati dengan keputusan yang tidak memihak kepada kita; kerana geramkan helah politik BN, akhirnya secara tidak langsung telah menyaman istana atas nama ‘hak rakyat’.

3) Keadaan pada hari ini, UMNO selalu dituduh berfahaman pragmati dan sekular, taghut, kafir dan sebagainya. Tetapi kita lupa yang akhirnya kita sendiri terpaksa menjalankan ‘strategic partnership’ dalam PR yang terang-terang menolak perlaksanaan hudud.

4) Sabda Nabi: “Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari dunia atas kedudukan agama, memperlihatkan pakaian agama di muka orang, lidahnya lebih manis dari madu, tapi hatinya adalah hati serigala.” Layakkah kita mengaku diri sebagai mukmin sejati menurut Quran dan Hadis?

5) Sebagai manusia, kita harus selalu introspeksi diri, harus selalu sedar akan kelemahan diri sendiri. Kerana kelemahan diri inilah kita hidup bermasyarakat. Selalu cerminkan diri, kerana kita tak boleh tipu ‘orang yang berada dalam cermin’. Namun begitu cermin ini harus jujur, kerana jika tidak, kita akhirnya turut dipertanggungjawab menggalakkan rakan kita yang telah menconteng arang terus berjalan dengan bangga dan riak!!

6) Kita merasa diri begitu hebat apabila membaca ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dalam setiap pidato. Tapi sayang sekali jika Allah tidak sertakan dengan ilmu.

“Kami akan membacakan (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa; kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi.” [Al-A’laa: 6-7]

Bahawasanya apabila kita membaca Al-Quran, ia menyebabkan Nur Allah/ Kalimah2 Allah turut bergetar, ….lalu terus mengirim getaran2 itu ke hadrat Allah SWT, Pada detik dan waktu itu juga Allah SWT terus membalasnya…...dgn Balasan yg tak dapat dihitung Agongnya.

7) Oleh itu, ia bukan kerana bacaan kita tu hebat, tetapi kerana hebatnya bacaan dari Allah SWT utk hamba2Nya yg bertaqwa. Sesungguhnya ilmu dan rahmat itu datang dari sisiNya jua!! Wallahualam.

Ahmad Putra said...

Maafkan saya. Saya lihat ulasan Tg Ghazali di bawah lebih ilmiah dan professional berbanding Datuk yang mengambil dari sudut yg nampak perkauman.

Datuk cuba beri gambaran yang lebih ilmiah sebab Datuk tak menyebelah mana-mana kan.

EQUILIBRIUM said...

komen asal sinbad yg menbuatkan saudara terpanggil membuat posting ini agak kelakar. saya katakan kelakar sbb kepada siapakah tujuan posting ini dibuat?

golongan muda dalam amno sendiri atau golongan muda di luar amno? apakah umur pertengahan 30 seperti saya dianggap orang muda yg tidak tahu perkara2 yang sinbad sebutkan itu? atau golongan pertengahan 20an.

golongan yg tidak tahu adalah spesis yg malas membaca dan malas ambil tahu. tak kira tua atau muda. berapa ramai golongan tua baik di bandar mahupun kampung yang tahu 16 perkara saudara sebutkan dalam posting ini?

pada saya ini adalahmasalah golongan muda itu sendiri yang lebih berminat mengikuti berita dunia hiburan. politik tak mendatangkan makna pada mereka. buat apa sibuk2 nak tahu lim kit siang buat apa?

kalau siti nurhaliza kawin sapa lagi best. boleh buat bahan sembang antara kuliah atau bahan lawak sambil minum2 lepas kerja.

pakbelalang said...

Petir Getir said...
Malang sekali ada lagi penulis akhbar lama berfikiran kolot dan 'out dated' yg masih lagi menghulur obor perkauman era lama, era Malaysia sebelum merdeka. Mereka buta kepada hakikat Msia moden. Tak tau la mereka gitu sebab betul betul kolot atau taksub dgn cara-cara org politik yg menggunakan ketuanan Melayu dan tektik menakut-nakutkan Melayu sebagai alat utk meraih kuasa dan mengaut kekayaan.


comment:

Saya rasa bukan akhbar Melayu sahaja memainkan api perkauman tapi akhbar Cina dan Tamil juga memainkan peranan yang sama untuk memperjuangkan hak bangsa mereka.

Untuk menuding jari kepada satu pihak sahaja tidaklah adil.

Kita harus meneliti dan menilai mengapa akhbar-akhbar masih lagi menggunakan pendekatan perkauman yang sempit.

Pada pandangan saya salah satu sebabnya ialah kerana objektif syarikat akhbar banyak memikirkan tentang aspek komersial untuk menarik lebeh banyak lagi pembaca dan pelanggan dari kaum masing-masing hinggakan kadangkala mereka lupa tanggong jawab mereka untuk melahirkan suasana harmoni antara kaum.

Akhbar Cina cuba menakutkan kaum Cina dan begitu juga akhbar Melayu dan Tamil. Mereka beranggapan akhbar mereka bertanggong jawab untuk membela kaum masing-masing.

Dato Hasan Ibrahim. said...

Dato;

Kapada tulisan PAK LANG. ini ulasan saya.

Itu cerita lama.saya tak tahu sama ada pak lang lahir tahun 1969 atau 1950.Kalau lahir tahun 1950 ka bawah,saudra dapat rasa sendiri peristiwa tahun 1969 samasa perarakan kemenangan DAP alam pilehanraya.Orang melayu patut sedar.

Yang sedehnya Mahathir dan Pak Lah sedar akan peritiwa 1969 tapi apabila mereka jadi PM,yang banyak menjadi kaya ialah orang Cina.Yang sedeh mereka kaya bukan dengan usaha mereka tapi dengan pertolongan kerajaan.Antaranya Ananda Krisnan,Yeo Teng Lay,Vincent Tan,Patrik Lim,Robert Tan,Danny Tan,Rim Ken Yu,dan banyak lagi jikalau nak di sebut.

Yang sedehnya baru baru ini Tun Mahathir dalam ucapannya baru2 ini menghentam keras orang Cina,ucapannya sama saperti tahun 1970 bila ia kalah dalam pilehan Raya Kota Star.

Di SErawak,Ketua Menteri Taib Mahmud.Yang menjadi kaya raya ialah orang2 Cina.Dato Tiong asalnya saorang kominist yang miskin,nak makan pun tak ada wang,jadi kontrektor kechil akhirnya jadi billion air kerana dapat banyak tanah balak.Ting Pek king pun sama.Hanya driver lori hantu.JADI kaya raya dengan pertolongan Taib mahmud dan Mahathir,

Saya saya mungkin ini kelemahan kita Orang Melayu.Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi di Indonesia dan Brunai.Di Indonesia orang cina cuma 5% tapi menguasai kekeyan hampir 70% kekayaan Indonesia.

Siapa yang kita hendak marah.Pemimpin kita,UMNO atau dirikita,

Saya salahkan dirikita kerana kita yang memileh pemimpin UMNO dan Kerajaan.

Ada kah PKR dan Pas dapat mengatasi masaalah kita ini.Saya tak yakin.

Ada kah Najib dan Mahayiddin akan dapat membantu.Sata tak yakin.Lebeh2 lagi dengan konsep Najib One malaysia.Saya amat terkejut bila dapat tahu konsep ini di ketengahkan oleh Koh Su Koon.saorang Chauvanis Cina.Sekarang menjadi Menteri dan tugasnya untok menjayakan konsek One Malaysia.

Nampaknya kita orang Melayu akan jadi Kera.

pakbelalang said...

anak melayu said...

...... bahawa pemikiran orang melayu malaysia adalal sempit.
sukar untuk melepaskan mentaliti meminta-minta.
dan membiarkan nasib mereka dipolitikkan sehingga tidak ada arah tujuan untuk bangkit sendiri.

sekali baca memang tidak setuju,tetapi setelah baca berkali2 akhirnya terpaksa mengaku memang benar..

ada sesiapa yang setuju?

comment:

Saya rasa kita mesti teliti tentang latar belakang socio-ekonomi dan sejarah kedudukan bangsa Melayu untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Adakah mentaliti meminta-minta satu sifat semula jadi bangsa Melayu?

Adakah mentaliti meminta-minta kerana Melayu dalam keadaan lemah, terdesak dan daif tidak dapat bersaing dan berdikari teguh dengan bangsa lain hingga memerlukan "tongkat"?

Adakah bangsa Melayu dalam kedudukan "equal level of playing field" dengan bangsa lain dimana mereka tidak perlu lagi meminta-minta?

Adakah tanpa meminta-minta bangsa Melayu boleh duduk sama tinggi dengan bangsa lain?

Adakah Melayu sudah bersedia untuk bersaing sama rata dengan bangsa lain tanpa meminta-minta?

Adakah mentaliti meminta-minta wajar dianggap sebagai hak mutlak mereka?

Tidakkah bangsa Cina dan India ada juga mentaliti meminta-minta?

Untuk menjawab sama ada saya bersetuju atau tidak agak susah, kerana banyak fakta-fakta yang perlu dikaji dan kajian demi kajian telah dibuat oleh berbagai pihak dan hasilnya ialah pi mai, pi mai tang tu juga !!

pakbelalang said...

Najib surprises Sikhs at Vasakhi celebration


KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak joined the Sikh community in its Vasakhi Day celebration yesterday.

“I gave late notice as I did not want any pomp and pageantry. I did not want the red carpet, bunga mangga or kompang.

“I wanted to meet you in a natural way and take part in the daily activities so I can better understand the aspirations and hopes of the Sikh community and all communities.

comment:

Yes, yes, yes, Najib. No more red carpet. No more bunga manggar. No more kompang.

This pomp and pageantry is out dated. It must apply to all leaders who are making their working visits or having official public functions except maybe if there are special campaigns to promote new products or services invited by corporations.

Likewise, having full page coloured congratulatory message to welcome leaders for "public" functions must be banned, except maybe message from corporations to open their new factories or launching new products or services. That is part of their advertising and promotional expenses and it doesn't come from public funds.

Masyarakat Berwawasan said...

sawit futures trader said...
Salam Dato',

INDIGO MAT COPY-PASTE BERCAKAP SORANG-SORANG SEBAB RAMAI YANG TAK FAHAM INDIGO kata,

"ps darimana Sdr Kelapa Sawit dapat angka 6 juta itu? Hebat-hebatlah Scribe penconteng, pencoret dan pencatat yang mengunjung ke blog Pak Kadir ini, saya yang tercorot dek terbuai panggilan harley-d...berharley-harley-harley pusing satu dunia. gostrak yo!"

6 juta tu salah taip.

Budak sekolah pun pandai kira. Tiap tahun yang ambil SPM dalam sekitar 450,000 orang. Darab 4 tahun jadilah dekat-dekat 2 juta. Lebih kurang tu la pengundi baru.

Tak payah nak bahasakan orang. Tegur sahaja tak cukup, nak jugak mengatakan orang. Isi tulisan tak ada pulak nak komen. Apa jenis orang ni...

Ooooo lupa, memang jarang ada isi sendiri sebab tu suka copy-paste!!!

1:06 AM
Apa ni bergaduh macam budak-budak, tengok gambar dah tua-bangka. Datuk, komen orang gaduh-gaduh ni tak payah siar lah, nanti orang ingat datuk pun 2 x 5.

Anonymous said...

Most politicians from both side of the House are corupt.

Rakyat,
Stop glorifying and patronising politicians, stop thinking that they are our masters. Politicians are our servants, maids, workers and coolies. Therefore, we have the rights to honor and reward them just as much as we have the same rights to criticize them, condemn them, remove them, and even kurang-ajary abuse them in the case where they are so kurang ajar in blatantly abusing the power to enrich themselves, as if they are perpetually immune from God.

I support any attemt to expose the wrongdoings of past and present politicians. We shall spit on them, and we shall curse their descendants.

Beautiful Nuts.

sap said...

Salam Dato'..
posting kali ini agak menarik..saya mengharapkan pada masa akan dtg dato' akan dpt mengulas dgn lebih lanjut dan mendalam lg ttg sepak terajang dlm PAS,PKR,DAP khususnya serta parti2 lain seperti gerakan,MIC,PPP dan sbg nya.
sekali lagi terima kasih dato'.

pakbelalang said...

Lim Allows More Time For Anwar To Pick Deputy CM

PENANG, April 15 (Bernama) -- Chief Minister Lim Guan Eng has given Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim more time to decide on the candidate for the post of Deputy Chief Minister I.

comment:

We can safely draw into conclusion that it is immaterial whether the Deputy Chief Minister 1 post would be filled sooner or later as far as Eng Guan is concerned. It is not significant at all. After all the Deputy Chief Minister position is symbolic only. Tak ada TARING macam paper Tiger !!

Serupa juga macam Nizar jadi Menteri Besar Perak. Dia hanya jadi " babu" sahaja kapada DAP. PAS diperkudakan. Itu pun PAS tak sedar diri. Kuasa punya pasal. Tapi kuasa tidak mutlak. Kuasa bertaraf "pariah" !!! Shame !!

pakbelalang said...

Izinkan saya komen sikit statement dai Dato Hassan Ibrahim.

Tun Mahathir ada juga menolong usahawan-ushawan Melayu tapi hampir kesemuanya lingkup. Tak boleh sustain. Apa sebabnya? Tengok sajalah Tajudin Ramli, Amin Shah dll. Apa sudah jadi kepada mereka. Haprak !!

Mereka jadi kaya "Pak Pandir". !!

Shafique said...

Salam Dato.

Daripada membaca citer meleret Sinbad tu saya rasa bernas lagi komen yg diberi oleh Tengku Ghazali di atas.

Indigo said...

Scribe,

Terima Kasih. Ingatkan tadi hilang lagi contengan kita.

Siapa makan lada, Scribe?

Wan Shamsudin said...

Dato AKJ;

Bagi saya semua parti politik adalah baik. Hanya manusia yang gilakan kuasa didalam parti tersebut membuat parti itu tidak baik.Niat asal semuanya baik, untuk membela nasib Rakyat, kononnya.Akan tetapi apabila berkuasa maka kebanyakan 'janji' hanya tinggal 'janji'.
Kita tengok saja cara UMNO/BN memerintah.Macam macam cerita ada. Di Pulau Pinang, kita lihat cara PR memerintah.Ada masaalah tak? Nampaknya akan ada Timbalan Ketua Menteri baru. Kenapa?
Di Selangor, tengoklah EXCOnya. Sesaorang Wakil Rakyat yang dipilih MESTI bersikap baik dan punyai MORAL yang baik. Jika tidak JANGAN JADI WAKIL RAKYAT.

" Leaders take ownership of the results and do not try to excuse those or blame someone else for them"

Anonymous said...

Salam Datuk,

saya masih tercari-cari adakah lagi pemimpin melayu yg boleh diharapkan, rupanya makin pupus..

bertahun berpolitik namun tak cerdik - cerdik

pergilah berguru dgn karpal singh menuntut ilmu kebal, tapi kenalah datang berkerusi roda..

zulkifli

anak melayu said...

Pak belalang,

kalau dilihat dengan teliti,maaf kpd semua bahawa yang bernama melayu sebenarnya hanya bertopeng melayu tetapi mempunyai darah keturunan yang berbeza..

sebab itu,yang asli melayu semenjak dahulunya telah dijajah mentaliti..
segala janji dikotakan kerana hanya melihat dari dasar luar sahaja..

masalahnya ialah akibat terlalu melihat kebelakang
dan menyalahkan sejarah yang kini tiada manusia dapat mengubahnya..

tiada siapa yang sebenarnya memperkecilkan keupayaan orang melayu..

hanyalah (saya rasa semua tahu jawapannya)

kerana orang melayu tidak ada masa untuk pandang kebelakang sahaja kerana jangan nanti pada masa hadapan tidak ada orang melayu yang mampu berdiri..sendiri.

apabila sudah jatuh nanti,janganlah pula salahkan langit/bumi atau hari...

tetapi melihat dan mengukur pada baju sendiri

jikalau sudah melihat 'jangan sampai semut di seberang nampak jelas tetapi gajah di depan mata tidak nampak..

Naz said...

Anak Melayu (di atas), tak kisah la melayu ke bukan melayu ker kalau org tu dah cakap yg betul terima sajer jangan berdegil-degil

Anonymous said...

Datuk,

DAP di Penang mansuhkan DEB. Muka tak malu, selalu mengaku kejayaan dasar kerajaan terdahulu sebagai kejayaan diri sendiri.

DAP di Johor kata negara Malaysia amalkan aparteid. Sanggup membelakangi Sultan Johor hanya sebab tidak mahu pakai songkok!

DAP di Perak gantung ADUN hanya kerana mereka menurut titah Duli Tuanku Sultan. Sanggup mempersenda Al-Quran untuk tujuan politik murahan.

DAP di Selangor pertikaikan tulisan jawi. Bunyi azan pun dianggap sebagai satu pencemaran bunyi!

DAP di Malaysia kata mereka memperjuangkan semua bangsa, tapi keahlian partinya sendiri yang hampir 90% bangsa Cina itu tidak mencerminkan kepelbagaian bangsa.


Datuk,

Itu hal yang kita sudah biasa dengar. Nak cakap banyak pasal DAP ni nanti orang lain kata kita ni bangkitkan isu politik sempit dan perkauman.

Jadi, sebab itulah saya mahu mengajak pembaca mengetahui isu dalaman dan sepak terajang yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP ini supaya rakyat sedar bahawa mereka-mereka ini pun orang politik yang penuh tipu muslihat dan tamak haloba. Dan, contoh terbaik adalah perebutan kuasa diantara mereka sendiri.

Apa-apa pun penafian mengenai persamaan DAP dan PAP Singapura ini, yang pasti Lim Kit Siang sudah berjaya meletakkan anaknya Lim Guan Eng sebagai peneraju DAP
samalah dengan Lee Kuan Yew meletakkan anaknya Lee Hsieng Loon sebagai Perdana Menteri Singapura.


-sinbad-

anak melayu said...

naz,
catatan2 yang sedia ada tidak semestinya mempunyai kebetulan atau kesalahan.

masing2 mempunyai pendapat sendiri dan ada cacat2 celanya.

rambut sama hitam tapi hati lain2.

jangan sampai sudah terantuk baru terbangun..

belum makan cili sudah terasa pedasnya..
entah apatah lagi nanti..

anak melayu said...

anon 2.22pm,

masalahnya sekarang bukanlah isu asing yang harus kita risaukan..

siapa yang jadi pm di tanah asing,bukan tanggung jawab kita untuk menentukan..

kalau kita sibuk mahu mengetahui hal ehwal orang lain,sibuk menegur semut yang ada di seberang..

apatah lagi nanti gajah kita di depan mata..

isu yang dibangkitkan dalam blog ini ialah tidak kira parti pasti ada yang tidak sempurna.
tiada parti/negara yang terbaik di dunia..

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Buat Masyarakat Berwawasan :

Budak-budak, sekali tegur dua kali tegur dia buat tak endah. Sudahnya kenalah bagi sekali. Kalau cara orang tua dia tak faham, kena bagi cara budak-budak gak kot baru dia faham.

Betul ke kamu ni bukan alias INDIGO? Hahahaha

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).