Monday, April 27, 2009

Buang DEB Tapi Apa Gantinya?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SEMALAM, hari Ahad atau dalam loghat Kedah kemaghin (kelmarin) saya ambil bahagian dalam perbincangan panel ‘Memperkasa Budaya Korporat Dalam Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman’.

Majlis itu diadakan bersempena ulang tahun ke-100 Perkhidmatan Tadbir Awam Negeri Kedah atau lebih terkenal dengan Kedah Civil Service (KCS).

KSC ni adalah antara perkhidmatan awan tertua di negara kita. Ia diasaskan oleh kesultanan Kedah lama sebelum British kononnya membawa sistem pentadbiran awam ke Tanah Melayu.

Sebab itulah taat setia kepada Raja menjadi tonggak KCS. Kalau zaman saya lepas sekolah dulu, jadi pegawai KSC gerenti dapat bini cantik. Semua nak jadi DO, ADO dan “Raja Tanah” – Pegawai Pemungut Hasil Tanah.

Jadi dalam posting kali ini saya nak cakap yang mudah saja. Sana sini saya nak guna bahasa yang senang dan gaul (gui, kata orang Kedah) sikit dengan loghat Kedah. Minta maaf la. Saya kalau tak cakap atau tulis bahasa Melayu baku, loghat Kedah mai balik.

Pasai (fasal) guna budaya korporat dalam perkhidmatan awam tu, saya dari awal-awal lagi bagi amaran ada percanggahan di antara dasar dan matlamat budaya korporat dengan budaya perkhidmatan awam.

Satu tujuannya buat untung paling besar walaupun susahkan pelanggan manakala yang satu lagi bagi khidmat paling baik dengan percuma atau pada harga paling rendah kepada pelanggan.

Tapi saya kata, ada ciri-ciri budaya dan amalan korporat macam ikut waktu, cepat, jimat sumber dan kepuasan pelanggan boleh disesuaikan dan diguna pakai.

Macam mana pun, kenyataan saya yang nampaknya dapat reaksi luas dan spontan adalah tentang kelancaran peralihan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah daripada Barisan Nasional kepada Pas selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ini pun ada kena mengena dengan prinsip KCS yang taat kepada Raja, berkhidmat kepada rakyat dan patuh kepada kerajaan yang memerintah.

Bagi saya, nak senang cakap macam ni sajalah. Umno perintah ka atau Pas perintah ka pada dasarnya sama saja. Kalau nasib, kepentingan dan hak kaum majoriti, iaitu Melayu dan Bumiputera diabai, lambat laun bencana akan timpa.

Bencana kepada Perlembagaan, kepada ekonomi, kepada parti yang memerintah dan yang kita sangat-sangat takut bencana ke atas keamanan macam peristiwa 13 Mei, 1969.

Maaf cakap. Bukan nak takutkan sesiapa, tapi kita kena ambil yang baik buat teladan dan yang buruk buat sempadan. Kalau kita lupa sejarah, kita akan ulang kesilapan kita.

Saya tak kata tak boleh buka pasaran atau amal liberalisasi, globalisasi dan macam-macam “si” lagi. Meritokrasi pun buatlah. Hapuskanlah kuota 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam 27 sektor kecil (sub sectors) perkhidmatan atau bukalah lagi sektor perbankan kepada pelabur asing.

Tapi kalau hapus satu, kenalah ganti dengan yang lain. Tak kan kaum Bumiputera yang terdiri daripada 60 peratus penduduk Malaysia ni tak ada apa-apa lagi.

Kalau nak keadilan untuk semua macam PKR atau Satu Malaysia macam Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, logiknya Bumiputera kenalah dapat 60 peratus juga.

Tapi Bumiputera tak tuntut pun. Tak buat tunjuk perasaan macam pertubuhan haram Hindraf. Tak buat demo macam reformasi. Mereka terima 30 peratus yang Allahyarham Tun Abdul Razak bagi bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dekat 40 tahun lalu.

Orang Melayu dan Bumiputera hati mereka baik . Tak banyak mintak. Tak banyak tuntut. Asyik tolak ansur saja. Mereka sokong Umno. Mereka sokong BN sampai ke hari ini. Tengok hasil pilihan raya kecil Batang Ai baru-baru ini.

MP dan Adun BN dari MCA, Gerakan dan MIC itu pun menang fasal undi Melayu. Dalam pilihan raya umum lalu mereka kalah teruk pasai pengundi Cina dan India tolak mereka. Sampai hari ni pun Cina dan India lebih rela sokong calon Pas daripada BN macam di Bukit Gantang.

Ini bukan kenyataan perkauman atau cauvinis. Ini realiti. Ini keputusan pilihan raya. Tapi PM Mohd Najib bagi juga jawatan kabinet, exco negeri dan timbalan menteri. Ada yang bertambah pun.

Tapi bila kementerian yang jadi payung dan sumber ilham peniaga kecil Bumiputera, iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dibubarkan dan kuota saham Bumiputera dihapuskan secara sistematik, kita wajib tanya apakah pemerintah tidak peduli lagi tentang matlamat DEB dan tentang perasaan orang Bumiputera?

Kalau tersilap tutup MECD, tak apa buat flip flop yang positif dengan menghidupkannya balik. Lagi pun Mohd Najib kata bukan semua kerajaan tahu. Sekarang Bumiputera dah bagi tahu. Mereka marah MECD dibubar.

Boleh bubarkan MECD dan boleh batal pemilikan saham Bumiputera, tapi apa gantinya? Kita boleh tolak ansur, tapi kenalah tolak ansur secara adil, telus dan mudah. Kalau ada habuan biarlah boleh dirasa oleh semua kaum, khasnya kaum majoriti Bumiputera.

Selain pelancaran skim baru saham amanah PNB dan janji-janji pembangunan seimbang, mana program untuk perkasa ekonomi Bumiputera yang semakin tenat sejak akhir-akhir ini?

Pemerintah sendiri akui yang jurang pendapatan antara kaum semakin meluas. Bumiputera, khasnya di Sarawak dan Sabah, semakin jauh ditinggal oleh Cina daripada aspek pendapatan isi rumah. Hatta India pun lebih tinggi pendapatan puratanya berbanding Bumiputera.

Ini bukan angka saya, tapi angka Unit Perancang Ekonomi dan angka Bank Dunia.

Tak apalah kalau Mohd Najib rasa sistem kuota tak bagus atau tak berjaya. Tak apalah kalau Mohd Najib hendak perluas meritokrasi. Bukankah la ni zaman liberalisasi, globalisasi dan meritokrasi dan macam-macam “si” lagi?

Tetapi boleh ka kita capai Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kalau 60 peratus rakyat Malaysia tercicir dan berasa kurang yakin dengan nasib mereka sekarang dan pada masa depan?

Perlembagaan adalah tonggak kekuatan orang Melayu dan kaum Bumiputera walaupun hak kaum-kaum lain tetap dijamin.

Allahyarham Tun Abdul Razak perkasakan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan ini dengan melancarkan DEB.

Kalau DEB tidak berjaya 100 peratus, bukan salah Tun Abdul Razak atau salah DEB. Itu salah pelaksana dan penerima. Tapi kita kena ingat, kejayaan DEB yang sikit itu pun dah cukup banyak naikkan taraf ekonomi dan maruah orang Melayu dan kaum Bumiputera.

Tak apalah kalau nak tuduh Melayu suka tongkat atau mentaliti subsidi. Tak pa kalau nak kutuk usahawan Bumiputera fasal dapat kontrak dan penswastaan. Memang kita suka kutuk bangsa sendiri pun.

Tapi apa pula halnya dengan monopoli gula yang sampai hari ini dibagi kepada Robert Kuok? Atau lesen judi kepada Goh Tong, Vincent Tan dan Ananda Krishnan?

Atau lesen penjana bebas, kontrak hospital dan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Yeoh Tiong Lay dan konsesi balak kepada Tiong Hiew King dan Ting Pek Khiing?

Orang Melayu dan Bumiputera bukan saja kena tahu apa yang mereka dapat, tapi kena juga tahu apa yang orang lain dapat. Jangan berebut sama sendiri saja fasal apa yang ada di tangan mereka sangat kecil.

Dalam dok tengok gelagat politik ni, saya tanya diri saya sendiri, kalau Umno hancur macam banyak orang dok ramal sekarang, boleh ka atau mahu ka Pas jadi parti yang pertahan Melayu?

Atau Pas juga sanggup bertolak ansur kerana hendak berkuasa sampai kedudukan Islam dan orang Melayu dipersenda dan dipersoal?

Seperti saya kata dalam posting 22 April “Perdana Menteri boleh buat apa sahaja dengan peruntukan DEB. Tetapi seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan mustahil tercapai.”

Tentang pelantikan tambahan dan pembahagian jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno, saya tak mahu ulas panjang. Yang nampak berat ialah pesalah politik duit dan kayu reput terus ada tempat dalam MT.

Alahai.

146 comments:

Kassim Selamat said...

Dato.

Saya tahu you tinggal di Tropikana.Semalam saya pergi ka kelab nya.Rasa nak pitam bila saya lihat di dindingnya di paparkan gambar Najin dan Ganbar Rosmah.Kali pertama dalam sejarah gambar Pm dan Wife di letak di dinding.Rasa nya ini akan di ikuti oleh pejabat yang lain.

Vincent dan denny tan yang banyak dapat peluang dari Tun Mahathir,tidak pun gantong ganbar Siti Hasmah di dinding.

Buang DEB,apa nak gantinya.Teringat saya cerita Ibu Mertua Ku.P.Ramlee menyanyi 'Mana kan ku cari ganti."deb ITU MACAM sARIMAH DALAM iBU mERTUA kU.tIADA ADA YANG BOLEH GANTI.

Hari ini Najib umumkan lagi financial leberation.banyak lagi yang di buka.Melayu maseh tertanya Anak di tiggalkan dan kera di hutan di susui.

Apa2 yang di bena sejak Tun Razak salama 40 tahun dahulu habir dalam masa sakelip sahaja.Bank Bumiputra dan hapus,Pernas dan tiada,UDA pun macam hidup segan mati tak mahu.MARA di takok yang lama.SEDC negeri juga sudah tidak berfungsi.

Orang2 melayu maseh di takok Klas F bagi sabagai kontrektor.Twin Tower di bena dengan belanja hampir 6 billion.Yang untong Ananda Krisnan.

Orang Melayu baik dari Pegawai Kerajaan,guru,Tok Pengulu maseh di takok lama.Berhutang dengan kooperasi di keliling pingang.Anak keluar university kerja cashier di Tesco.Tahun 1975 orang baling berontak kerana harga getah jatoh.Makan sarai satu kali.Salepas 40 tahun mereka maseh memotong getah.

Apa kita perlu satu lagi revolosi 1969 untok menyedarkan Pemimpin kita.

Kawan saya ada merungut kapada mahayuddin.Dia kana saya hanya lah Timbalan najib.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saya rujuk artikel Malaysian Insider bertajuk "FOREIGN EQUITY : 70PC FOR INSURERS, MERCHANT BANKS; 30 PC FOR BANKS".

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24672-foreign-equity-70pc-for-insurers-merchant-banks-30pc-for-banks

Jika bank-bank komersial diibaratkan sebagai orang, mereka lebih berhak untuk dilindungi dari liberalisasi berbanding bumiputra.

Sedih saya ni Dato'. Apa lagi yang tidak diberi kepada bank?

Saya pernah baca bagaimana seorang pengusaha kedai gunting rambut ditolak permohonana pinjamannya kerana berkelulusan SRP.

Masa keluarnya laporan ini, bank negara pun tak kata apa, kerajaan pun tak kata apa.

Masa krisis ekonomi 1997-1998, bank komersillah yang ditolong dahulu.

Instrumental kepada pemulihan ekonomi, kata TDM.

Siap dipimpin untuk merging exercise.

Apa lagi tongkat yang tidak diberi kepada bank ni?

Orang puteh kata, "pinch me if I am dreaming".

p/s Bagi yang belum pernah lumpuh kaki, saya nak kongsi sikit. Jika diajak physioteraphy, memang ambil masa, itupun kena tekun. Kadang tu kena pujuk sebab yang bertongkat itu tidak berpelajaran, kurang kefahaman ataupun hilang keyakinan. Tapi jika terus dibuang tongkatnya, memang sah akan mengesot seumur hidup.

ahli UMNO dulu kini dan selamanya said...

salam pak kadir...
Iye lah diharap PM Najib terbuka fikiran apabila memansuhkan MECD tu..dan pasai si korup duit dan kayu reput dlm MT tu..mungkin PM Najib nk tgk mereka tu boleh berubah ke tidak..

Anonymous said...

salam Datuk,

nampak sangat kebimbangan datuk pd beberapa keputusan PM baru nih.
Benar jika 60% rakyat dipinggirkan apa jadahnya dgn one malaysian, itu merupakan paksi utama hujah datuk.

Datuk org kita skrg dah tak peduli lg dgn nasib sendiri pd masa depan, bg nya harini bulani camna nak settle bil, camna nak bayar mcm2 bil dan kehendak anak2 serta diri sendiri. Takat tu ajer jauhnya pemikiran masing2 kalu nak brhujah lebih dr one layer atau two layer, dia orang akan kata letihlaa sbb dah letih camna nak survive setiap bulan trutama yg kat bandar2 besar.

So datuk maka apo nak di kato, anak org, anak jiran pun dah tak leh nak ditegur,anak murid pun tak leh dipukul dan di marah berapi, jadi bg sy cukup lah kita bersabar serta melihat betul tak apa yg kita bimbangkan itu terjadi.

Datuk nape tak cuba buat satu gerakan kesedaran yg agak agresif utk kesedaran dan kebimbangan org kita, peduli ape dgn org kata kita racist, janji kita sedarkan anak2 muda dgn berapi-api, sb nak harapkan BTN pun dah hambar.

wassalam.
from
Melati Jengka

Anak Malaysia said...

Dato',

Selepas enam bulan,semua sektor akan di liberasasikan oleh PM, kemudian dia akan nilaikan KPI dan mungkin akan ubah semula jika tak berkesan dan gagal.

Jika perlembagaan juga di liberasasikan, apa akan jadi pada hak-hak istimewa orang melayu?

Kita tak nampak satu NGO pun yang menentang konsep liberasasi PM, mana badan-badan NGO Melayu yang sebelum lantang menyuarakan isu derhaka di Perak?

NGO-ngo ni mungkin takut nak bersuara kerana takut di "ISA" kan atau masih lagi buta dan pekak tentang isu ini?

Betul kata Dato'.. melayu ni baik dan bodoh..sampai PM melayu sendiri melucutkan satu persatu pakaian dari badan orang melayu..Dah bogel nanti baru sedar dan malu..masa tu dah terlambat bila gambar-gambar dah tersebar dan bangsa lain mula ketawakan orang melayu sebab "dah tergadai".
Kisah Pak Kaduk yang menang sabung ayam tapi kampung tergadai...

Sebab nak menang hati bangsa lain...PM gadaikan maruah dan hak orang melayu...melayu memang amat bodoh, terlalu baik hingga dipijak kepala oleh bangsa lain..

Baru perintah tak sampai 100 hari, banyak dah digadaikan... kalau setahun perintah...abis...

Akhirnya Satu Malaysia tercapai..bukan lagi hak orang melayu, cina dan india....hak orang malaysia yang terdiri dari berbagai pendatang asing.....akhirnya bangsa yang bermati-matian berjuang mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah akan tersingkir dan merempat di tanah air sendiri.Tiada lagi keistimewaan untuk bangsa yang bernama MELAYU.

Buat masa ini semua pengampu terdiam kerana nak ampu dan bodek..
Pakatan Rakyat juga diam mungkin sebab pekak dan buta...atau masih tak faham apa yang dibuat PM sebenarnya adalah merugikan majoriti rakyat iaitu MELAYU.
Tiada lagi ketuanan melayu, ketuanan Islam dan ketuanan rakyat..

Anak Malaysia

Jutawan said...

Dato, Please read the below letter wrote by MCA committee member.. Kurang ajar!!! The fact is depa dah kaya dan boleh lah nak simpan duit.. Tentulah sifat mereka tu mestilah kena menyimpan duit sebab bangsa cina adalah bangsa yang tinggalkan negera mereka dan merempat di tanah orang dan berkawan dgn org tempatan dan ambil hak mereka, akhirnya menjadi tuan di tanah orang.. inlah sebenarnya penjajah! Singapore, Penang tentu sekali.. macam parasite.. Bacalah article dibawah yang dipetikkan dari Malaysiakini pada 24 apr.

Sungguh menyedihkan bila bangsa kita diperli dan dituduh 'bangsa yang hanya menunggu bantuan..'. Cuba kita bayangkan sekiranya kita menjadi pendatang di Tanah Besar China dan tinggal selama 3 generasi dan berkulit melayu.. adakah kita akan di terima sebagai rakyat cina yang dilayan sama rata? Bayangkan jugak sekiranya ianya di India.. Tak akan merasa la kehidupan seperti mereka di tempat kita sekarang.. Jackie Chan jugak berkata sedemikian tentang bangsa Cina dalam satu interview baru2 ini. Tontonlah cerita Incident In Shinkuju.. BERSATULAH BANGSAKU, belajarlah dari bangsa ini!

================================
Issue Saham Habis
MCA ulas isu 'saham Cina habis'
Lee Wei Kiat | Apr 24, 09 4:18pm

komentar Malaysia cukup istimewa bukan sahaja kerana kepelbagaiannya dari segi budaya, makanan dan bahasa; tetapi juga kesanggupan masyarakat berbilang kaum hidup dan bekerja sebumbung secara harmoni.

Keupayaan masyarakat majmuk Malaysia untuk wujud bersama, saling menghormati dan saling menghargai inilah yang menjadikan kita negara teladan kepada negara-negara lain yang masih dibelenggu dengan masalah perkauman.

Namun begitu, keharmonian ini ada kalanya diganggu-gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Contohnya, dengan menguar-uarkan bahawa 'Amanah Saham Malaysia (ASM) kaum Cina habis' dalam sebuah akhbar arus perdana yang memaparkan bahawa masyarakat Cina adalah golongan kaya dan berkemampuan.

Laporan ini mungkin mengelirukan pembacanya yang kebanyakannya berbangsa Melayu. Penjelasan yang kabur mungkin mengundang pelbagai tafsiran yang berbeza-beza.

Perkara ini harus dielakkan supaya tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati atau salah faham yang boleh memudaratkan keharmonian kaum.

Penggunaan frasa "ASM kaum Cina habis" seolah-olah memberi gambaran bahawa kaum Cina kaya-raya walaupun negara kita dilanda krisis ekonomi dunia.

Perlu diingatkan masyarakat Cina lazimnya menabung demi kegunaan masa depan. Mereka lebih suka menabung sebagai persiapan untuk menghadapi hari-hari sukar, daripada mengharapkan bantuan sesiapa.

Amalan menabung ini memang satu tradisi dan sudah lama tersemat dalam diri masyarakat Cina.

Sememangnya, pembelian saham berdasarkan kuota kaum amatlah tidak kena pada tempatnya kerana rakyat Malaysia masih dibahagi-bahagikan mengikut kaum.

Rupa-rupanya pembahagian seperti ini satu-satu caranya untuk memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan menyusun semula masyarakat setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Harus diingatkan biarpun semua kuota ASM kaum Cina atau mana-mana kaum lain habis dibeli dalam masa yang singkat, tetapi bukan semua orang Cina terlibat dalam pembelian ASM.

Besar kemungkinan cuma sebilangan kecil orang Cina yang membeli ASM dengan jumlah unit yang besar kerana had setiap pembeli adalah RM 20,000.

Pandangan bahawa semua orang Cina kaya dan mampu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Jika kita berpeluang turun ke padang dan meninjau keadaan sebenarnya, masih ada kelompok masyarakat Cina di kawasan luar bandar dan bandar yang terpaksa hidup dalam kemiskinan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Melihat dari sudut yang lebih positif pula, sambutan luar dugaan masyarakat Cina terhadap skim ASM membuktikan bahawa komuniti ini amat peka kepada peluang-peluang pelaburan yang ada, sama ada dilancarkan oleh kerajaan atau sektor swasta.

Hakikatnya, mereka juga sedar apakah yang terbaik dan dapat menjamin masa depan diri dan keluarga mereka.

Mereka sentiasa melihat ke hadapan dan berada dalam keadaan kesiapsiagaan untuk berhadapan dengan segala macam cabaran yang mendatang.

Lebih penting lagi, sambutan luar dugaan terhadap skim ASM ini bukti kukuh bahawa mereka menaruh kepercayaan tinggi kepada skim-skim amanah yang diperkenalkan kerajaan.

Mereka membeli unit-unit dana ASM ini kerana yakin akan keberkesanan, pulangan dan juga kredibiliti kukuh yang dimiliki oleh agensi kerajaan yang menguruskan dana berkenaan.


Lee Wei Kiat, jurucakap rasmi MCA, mengulas laporan utama muka depan Utusan Malaysia semalam berjudul 'ASM kaum Cina habis' . Berita itu menyebut kesemua 999 juta unit - diperuntukkan kaum tersebut - telah habis terjual dalam sehari, sementara bumiputera hanya membeli 7.65 juta daripada peruntukan 1.665 bilion unit.

Redha said...

Assalamualaikum,
Saya setuju sekali dengan topik yang diutarakan ini. Saya bukanlah nak kondem sesiapa dalam hal ini, tetapi langkah yang diambil oleh PM baru kita ni nampaknya 'semacam' saja. Maksud saya nampak seperti hendak menghakis kekuatan ekonomi dan kesabaran bumiputera.

Mungkin kaum melayu dan bumiputera masih belum sedar lagi. Dalam hal ini, perincian dan penerangan yang sedalam-dalamnya hendaklah diberikan kepada kaum melayu dan bumiputera tentang rasionalnya tindakan yang diambil oleh PM.

Janganlah dek kerana handak terlalu liberalisasi hinggakan hak yang sepatutnya diberikan ditarik sedikit demi sedikit. Janganlah juga dek kerana hendak menjaga hati parti komponen yg lain hak melayu & bumiputera diketepikan.

Tiada gunanya lagi ketuanan melayu jika hak mereka dipegang dan diberikan kepada orang lain.

Fikir-fikirkan lah....

Anak Melayu said...

Salam

Saya rasa PM kita tersepit di antara ingin mendapat sokongan kembali rakyat dan mempertahankan hak melayu.

Sejak kebalakangan ini, UMNO dituduh sebagai parti perkauman oleh orang bukan melayu. Memburukkan keadaan adalah apabila ada parti politik melayu yang sama-sama mendendangkan irama yang sama bersama orang bukan melayu tersebut.

Hasilnya parti-parti tersebut mendapat sokongan orang bukan melayu semasa pilihanraya. Dan ini menjadikan mereka lebih seronok untuk mengata sesama bangsa.

Orang melayu tidak seperti orang bukan melayu dalam mempertahankan hak bangsa.

Kita suka berebut sesama sendiri. Kita takut untuk berebut dengan bangsa lain.
Kita hanya berani sesama bangsa kita.
Kita takut dengan bangsa lain. Kita seronok mengata bangsa sendiri. Kita segan mengata bangsa lain.
Kita suka pasang angan-angan untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Kita tak suka pasang angan-angan untuk majukan bangsa.
Kita sanggup bersama bangsa lain untuk berkuasa.
Kita anggap berkongsi kuasa bersama bangsa sendiri adalah sesuatu yang menjijikkan.
Kita kagum melihat bangsa lain berjaya dan kaya raya.
Kita iri hati melihat bangsa sendiri berjaya.
Kita sanggup mendedahkan kelemahan dan keburukan bangsa sendiri.
Kita anggap berdosa mendedahkan keburukan bangsa lain.

Inilah yang menjadi masalah bangsa melayu sekarang. Kita berpecah-belah. Kita tidak tahu lagi dan tidak mahu lagi mempertahankan hak kita. Kita terlalu lemah dan hilang pedoman.

Yang kita mahu adalah kuasa. Biar hilang semua hak, asalkan ada kuasa.

Kadang-kadang terdetik di hati kecil. Mungkin apabila semua hak sudah tiada ataupun terdapat satu lagi tragedi 13 Mei, barulah melayu bersatu kembali.

anak bajau semporna said...

harapan kita datuk,jangan sampai UMNO termasuk perangkap PKR yang telah menawarkan segala-galanya kepada kaun bukan bumiputera demi untuk mengenggam kuasa,sehingga pihak UMNO terlebih bertolak ansur untuk menambat sokongan bukan melayu seolah olah kita nak bertahu "apa yang ditawarkan PKR juga mampu UMNO beri malahan lebih baik lagi".sehingga kita terlalai bahawasanya bilangan kita ada 60 peratus yang sedang resah.Walaupun kita yakin UMNO sedang menarik rambut dalam tepung,tetapi agenda membela bumiputera ini tak perlu kita rasa tersipu bila lakukannya dengan jelas,terbuka dan berterus terang kerana itu sememangnya hak kita yang mana orang lain tak patut merasa iri dan menjeling dengan ekor mata bila kita berusaha untuk mengapainya.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato

As a product of an all-English education (apart from the mandatory Bahasa Kebangsaan) back in the 1950s and 60s at the then Johor English College in Johor Bahru, I often wax nostalgic about how things were back then in the twilight days of the British colonial administration.

I recall, for instance, that the British left Malaya (as it was known then) and Singapore with 3 great legacies:

- an English Language-based education system that was transparent and meritocratic
- an efficient civil service and police force
- an efficient and transparent legal and judicial system

Now fast-forward 50+ years and see what Malaysia and Singapore have done with their legacies from the British.

Am I wrong in concluding that, up to now at least, Singapore has got it right more times than Malaysia has? Or that Singapore has done a far better job in building on the British legacies than Malaysia has?

Sure, we can pontificate on international rankings of competitiveness, judicial and legal systems, tax and investment incentives, national education systems, ease of doing business etc for Malaysia and Singapore, but the fact remains that Malaysia (or Malaya then) did inherit some good things from the British. What it then did with those good things is another matter entirely.

I am tempted to draw a parallel with the parable in the Christian Bible about "talents" (as in sums of money in that context) and what the holders of the "talents" did with the money. The man who was given one talent went and buried the money, and when his master returned from a long journey, presented the latter with the same one talent, much to the ire of the master. The moral of the parable seems to be that much is expected of those to whom much is given.

Anonymous said...

berkenaan posting saya sebelum ini, saya tidak marah kalao mereka yang kalah dilantik menjadi senator dan meneruskan khidmat kepada rakyat..

tetapi kalau mereka hanya berkhidmat apabila ingin pilihan raya memang tidal kemana..

yang saya maksudkan mereka perlu hatta kalah pilihanraya sekalipun atau kalah MT terus berkhidmat bukan terus merajuk dan sugul menanti jawatan baru nak gembeleng tenaga nak kerah kudrat turun kepada rakyat..

dah la sidang dun tak dah lagi pasal takde kerusi, parlimen apatah lagi karang semua nak sambut besday la, nak wat korban semilih korban belum lagi nak parking kereta nak g tengok Final piala FA..jadi tidak ada sebab mereka tidak turun tengok rakyat...jangan tunggu PM Najib turun baru nak terhegeh turun, sedangkan PM nak tadbir satu Malaysia...

kami rakyat marhaein sangat berharap masalah kami dapat diketengahkan tetapi bukan melalui majalah tiga atau agrotek RTM atau discovery chanel di astro..

sedikit tentang subsidi, bukan kami rakyat yang ingi subsidi, tetapi telah disuap dari kecil dengan istilah subsiddi dantongkat, bukankah subsidi itu adalah untuk menampung kehilangan keuntungan dari contoh minyak dari retail player seperti shell trading, petronas dagangan, kalau toll highway semua menggunakan istilah subsidi, kenapa pada masa design tak buat survey tentang harga tol, malah jajaran nye juga tidak mengambil kira pengguna seba itulah smart tunel tidak ada laluan motor sedangkan ada satu juta motor di lembah klang sahaja. manakala kalau harga barangan subsidi kenapa kata kami yang nak subsidi kenapa tidak beritahu tentang bayaran dari gov. coffer untuk menggemukkan bos bos ini, beri kata dua pada mereka kalau nak meniaga di malaysia ikut regulation kalau tak nak meniaga di negara lain...

p/s: kayu reput??dah spora kot? tak bermaya lagi tapi sebab antik ada value letak kat display, nanti proses oxodation tuh abislah tuh, kita pun bukan kekal diatas muka bumi nih, senang cakap pandai pandai lah jawab kat Tuhan nanti kat kemudian hari...

sedikit laporan berita sukan: bo;a sepak malaysia sudah maju kerana dapatsatukan semua kaum, orang, warna negeri, tengok kat stadium nasional, ada orang melayu, cina, india, iban, bidayuh, orang asli, kelantan, bumi sarawak, bumi sabah, jawa johor, jawa selangor, kedah hang, takpun orang england yang jadi jurulatih kelantan, lupakan lah politik sket datuk, jom pekena kopi ke, teh tarik ke, mee jawa ke, roti prata...

azroy

My Oh My said...

Apakah sudah tiba masanya satu parti melayu yang betul-betul memperjuangkan hak melayu ditubuhkan. UMNO, PKR dan PAS nampaknya dah hampas!

http://diataspagar.blogspot.com/

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Saja tanya, Dato' baca ke blog Kedahlanie? Saya baru terjumpa artikel "APA PENDAPAT ANDA SELAMA 13 BLN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH KEDAH..???

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/04/apa-pendapat-anda-selama-13-bln.html

Sekali imbas, komennya tidak bertapis. Seronok baca komen-komen disitu. Macam dok kat kedai kopi kampung di Kedah. Macam-macam ada!

Maklumlah saya (dan saya percaya ramai macam saya) yang kurang tahu pasal politik Kedah.

Sepupu arwah datuk saya dulu pindah dari Terengganu ke Kedah dan buka sekolah pondok. Sekarang, kalau tak silap, beliau sudah meninggal dunia manakala sekolah pondok itu diuruskan oleh anak beliau.

Rasa ralat jugak, sampai sekarang belum sempat menjengah kesana.

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Saya setuju betul betul dengan Dato'.

Bila lagi PEMUDA UMNO nak bangkit pertahankan agenda MELAYU.

PAS tidak hirau sudah kerana mereka seiring sejalan dalam Pakatan mereka.

AYUH MELAYU,PERTAHANKAN HAK KITA.

kluangman said...

Kesian, orang orang seperti Dato' dan saya hanya mampu terus menyalak.

Najib hanya perlukan AGENDA EKONOMI bagi mendapat undi Cina dan India untuk terus memerintah dan satu AGENDA POLITIK mebunuh PAS dan PKR untuk mengembalikan Melayu terus sokong UMNO.

nizamhameed said...

salam Dato,

seperti yang saya beritahu dulu, MINDA kita mesti KELAS PERTAMA. barulah kita berani buat perubahan.

Minta maaflah ye,selepas penamaan barisan kabinet saya dah baca yang DS Najib gagal untuk bertindak BERANI.

sekian

penangboyumno said...

It was previously reported that Kalaivanar had accused Anwar of acting as “a pharaoh and dictator.”
Star Online:

"Dr Ambrose Labang, who quit as Julau division chief and party member in early April, was also sacked along with three others who followed him.

Dr Syed Husin said the decision to sack the 16 was made during the party’s supreme council meeting last Sunday and are immediately effective."

Dr Ambrose tu dilaporkan dah keluar parti, macam mana nak buang orang yang dah keluar parti?
Apa punya merepek?

Anonymous said...

Ybhg Dato' I agree whole heartly with your statement and sentiment.

Dalam kilauan startegi Blue Ocean PM baru ini, ya, seolah-olah segala yang dibuatnya tidak merugikan orang Melayu langsung.

27 sektor perkhidmatan tiba-tiba dibuka pintu gerbang penguasaan pehak asing dan tiba-tiba juga MCA seolah-olah tercium bau peluang merabakkan lagi hak bumiputera melyau, muncul bersuara yang sektor yang lain-lain juga harus dibuka penyertaan tanpa batasan terhadap syarat menganding pemilikan kuota bumiputera sebanyak 30%.

Saya berasa PM baru ini mengeksploitasi kedudukannya dan kekuasaannya terlalu cepat, sehingga membuatkan orang melayu tidak sedar hak mereka kini sudah tercabut, tanpa penjelasaan mengapa, mengapa, mengapa hanya HAK orang Melayu.

Apakah kerana kurang kepandaian orang Melayu, apakah kerana kekurangan modal orang Melayu atau sebab semata-mata 1MALAYSIA?

Kalau ABDULLAH dulu announce dulu - nampak gaya NAJIB buat dulu, seperti gaya seorang prajurit "shoot first, ask question later"

Tepat sekali pernyataan Dato, apakah yang hilang akan berganti dan apakah yg patah akan tumboh kembali.

Soalan saya kenapa begitu tergesa-gesa apakah kerana GERBANG menjelang pembukaan pasaran ASEAN 2015, dan MALAYSIA harus menempa sejarah untuk menjadi pusat perkhidmatan serantau.

Strategik - strategik juga Dato, tapi kalau anak Melayu hanya layak jadi hamba abdi pendatang asing satu masa nanti buat apa? Seperti yang sudah lama berlaku di FELDA - FELCRA. Apakah tidak seharusnya Kerajaan mengembeling agensi tertentu mengambil posisi strategik menjadi rakan usahasama bersama pengusaha asing sebelum dilepas kepada orang melayu yang layak.

Apakah jawapan PM Blue Ocean - Melayu GLOKAL terhadap pernyataan Dato ? - Melayu GLOKAL harus dibumi asing kerana negeri sendiri sudah ditawan pendatang asing.

Saya menyorot usulan dan pernyataan Dato local partnership is important to ensure the marketibility of the services open can also be consume by the local. Kecuali pasar Malaysia ini akan kemabli semula kepasar ZAMAN PEMERINTAHAN MELAYU MELAKA, they can trade as long as they pay the taxes, and MALAYSIA will once again, one day again be the country with 100's of spoken foreign dialect brought in by foreign trades of diverse background.

Pada saya struktur kepemilikan at least a portion of the 27 sektors must be given or awarded outright "100%" to BUMIPUTERA MELAYU Dato

Salam kasih dari orang separuh tua ke generasi yang lebih sulong makan garam

BERANI BERUBAH untuk anak bangsa melayu

OrangBaruLahir

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Pasal MeCD tu saya setuju sangat dengan pandangan Datuk. Apa lah salahnya MeCD sehingga dibunuh begitu sahaja.

Seperkara lagi, di bawah MeCD ini dahulu ada banyak program. Antaranya program pengiklanan dan program 4PU.

Sehingga ke ke hari ini, mereka yang melaksanakan program ini bagi pihak MeCD tidak tahu apa kedudukan mereka. Duit dah keluar Datuk. Hasil belum dapat lagi.

http://c-bok.blogspot.com

Helmy said...

Basically, Mohd Najib will do what he had to do so as to win the next general election. As the Malay votes are now so split that there is no way the PAS and PKR Malay supporters will vote BN in the next PRU, Mohd Najib either has to try and regain some support from the non-bumiputras or else he just accept the "imminent" BN defeat.

As the English saying goes - one can't have the cake and eat it too ...

sujini said...

Tn Hj AKadir,

Wow...hangat betul pembahasan Tn Hj. kali ini.
Baru balik dari Kedah ka?

Saya fikirkan Tn Hj masih lagi sejuk, (yaini, cool....
mengikut loghat generasi Starbucks), selepas
satu , satu hak kita ditarik balik.
Nampaknya selepas balik dari kampong, Tn Hj
sudah naik berang.

Sayang, saya bukan dari Kedah jadi tak boleh
nak komen loghat Kedah.
Apa komen orang kampong?
Mereka masih tak sedar atau sudah sedar apa
DS Najib dah buat.

Hari ini, di akhbar ada melaporkan dua perkara.
Pertama, Ketua Hindraf nak berjumpa dgn PM.
Mereka akan meminta sekolah-sekolah Tamil
diserap sebagai sekolah kerajaan.

Kedua, Presiden ' Kuala Lumpur and Selangor
Car Dealers and Credit Co. Assoc.' meminta AP
diliberalisasikan.

Pada hari Jumaat , 24 April 2009, akhbar yg sama
melaporkan, New Era College telah mendapat
kelulusan drp Kementerian Pelajaran Tinggi,
untuk mengajar subjek 'Media Research Studies,'
dalam bahasa Cina.
Mereka juga akan meminta kolej ini dinaikkan
kepada taraf universiti-kolej.
[Jika Tn Hj masih ingat penuntut kolej inilah yg
tumbuk VC kolej tersebut semasa Hari Konvo mereka baru-baru ini.]

Saya nak tanya sikit kpd Tn Hj.
Semasa belajak dulu, syllabus negara mana
dipakai untuk subjek kajian Media ?

Seperti komen Tn Hj, kenyataan kita bukanlah
bertujuan perkauman atau pun cauvinis.
Tetapi bukankah perkara Bahasa ini telah
dipersetujui semasa pemerintahan Al-Marhum Tunku Abd.Rahman, mendiang-mendiang
Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan?

Saya tak mau Malaysia jadi Singapura ke2.
Saya takut UMNO akan jadi macam parti Golkar,
selepas 38 tahun memerintah Indonesia, parti tersebut jatuh.
Nasib baik kaum majoriti Indonesia adalah jawa
dan berugama Islam.
Bahasa perantaraannya hanya satu dan nama rakyatnya semua dalam satu bahasa.

Saya tak mau melihat DS Najib dan gerabak-
gerabaknya terperangkap dalam terowong
1Malaysia sekiranya mereka tak berhati-hati.

Nik said...

Dato'

Jelas bangsa bangsa lain bukan menyoal sangat tentang kenapa kerajaan memberi pertolongan lebih kepada orang melayu. Mereka tahu ramai orang melayu terutama diluar bandar masih dibawah paras kemiskinan. Yang bangsa bangsa lain bangkit ialah tentang macam mana penyelewengan berlaku sehingga ramai orang Melayu telah dilupai oleh pemerintah dan cuma segelintir yang mendapat keistimewaan dan keuntungan dari pertolongan kerajaan.

Tidak menjadi masaalah jika DEB diganti dan dipermodenkan. Jangan pula dirombak begitu sahaja.

Polisi sebegini lebih senang di jalankan di kawasan pemerintahan pembangkang seperti Kedah dan Kelantan kerana negeri negeri tersebut boleh dianggap melebihi kawasan Luar Bandar.

Jika BN tidak mampu berbuat demikian maka PAS dan PKR hendaklah membuat perancangan sewajarnya untuk menolong orang orang melayu luar bandar dengan sokongan dari DAP.......

Puyot said...

Tok,

Moga Allah Taala berikan kesihatan, akal yang sentiasa tajam, kekuatan tubuh badan terutamanya jari-jemari tok yang sentiasa mengetuk 'keyboard' untuk menyedarkan bangsa dan membangunkan negara.

Inilah namanya yang dikatakan tikus membaiki labu. Saya pun tak paham apa ke jadahnya (mengutip ayat 'power' si Kamaruddin pengacara TV3 dulu) yang jadi habis carca-marba kebelakangan ini. Apa yang abg Jib pikirkan?

Soalan, adakah dengan wujudnya 30% ekuiti untuk bumiputra menyebabkan negara tidak berdaya saing? Apa buktinya? Ka 30% bumiputra tu sebenarnya 'mereka' yang tidak layak tapi dapat jugak adalah kerana disebabkan oleh kuasa politik? Habis tu, yang bumiputra bukan dalam UMNO dikira bukan sebagai bumiputra?

Kalau sememangnya disebabkan 30% ekuiti untuk bumiputra (semua bumiputra patut berasa terhina) itu memang haprak dan gagal, maka ternyata DEB itu gagal dalam melahirkan Bumiputra yang berdaya saing untuk mengisi keperluan negara dalam menghadapi cabaran seterusnya. Bermakna, sistem pendidikan negara telah gagal dalam memertabatkan Bumiputra sehingga 30% ekuiti untuk Bumiputra itu dicanang-canang sebagai pengacau dan penghalang kepada kemajuan negara.

Pada saya, kalau UMNO betul-betul nak perjuangkan nasib Melayu dan Bumiputra (yang tinggal hanyalah baju dan raja2 Melayu sahaja), UMNO kena tekankan 60% apa jua kuota diberikan kepada Bumiputra. suka atau tidak, itulah realiti komposisi penduduk di Malaysia ni.

Janganlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Bukan apa, anak yang kelaparan itu boleh jadi 'derhaka' dan menentang ayahnya yang sayangkan kera lebih dari anak2 sendiri bila sampai masanya nanti. Kera kalau disolek, diberi makan dan pakaian yang mahal2 pun takkan mampu berkata-kata, berfikir dan bersikap seperti manusia. Manusia yang suka meniru kera itu lebih buruk perangai daripada kera yang meniru manusia.

shahimah said...

A'kum Datuk,

I love love love your posting today. This issue has been on my mind, and my fellow Malays, since Najib talked on One Malaysia and the liberalisation of sub-sectors.

Seperti yang pernah saya kat sebelum ni, kalau nak 1Malaysia pun 1Malaysia la tapi jgn sesekali Melayu di marginalise-kan juz becoz BN dah desperate nak dapat undi kaum bukan Bumi.

Saya lihat sekarang ni, BN dan PAS berlumba2 nak menang hati kaum Cina India. Tak kisah tapi to do that, diorang clip the Malay's wings (whatever's left of the wing lah).

The leaders are taking advantage on Melayu punya "tak pe la" attitude. Maklum la, melayu ni kan baik. Asal kaum lain senyum dengan kita je dah memadai dah. Dah muhibah dah. Tapi kalau the muhibah is "reciprocal" then why are "they" still complaining hak Melayu? Hak Bumi? Hak diorang, harta diorang tak nak share, hak kita diorang dok bising.

Kalau la pucuk pimpinan baru ni terdesak sgt nak menang undi, tolongla jgn jadikan hak kaum melayu ni sebagai landasan. tak boleh nak harapkan kekuasaan raja untuk memayungkan kaum melayu saja. Itupun kaum lain dah berani mempertikaikan raja kita pulak. Tak cukup dia rompak anak, bapak pulak diorang nak kacau. Tu la jadinya kalau terlampau diberi muka sangat.

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum,

Alhamdulillah ada yang tegerak untuk meluahkan rasa kebimbangan dengan apa yang sedang berlaku di tanah air yang tercinta ini selepas 52 tahun merdeka.Saya merasakan semasa kita hendak merdeka dahulu banyak telah didebatkan olih orang tua kita dahulu dan pelbagai jaminan telah diberi bahawa hak orang Melayu akan terjaga /terpelihara melalui penggubalan perlembagaan dan undang-undang dengan beberapa "safe guard" untuk menentukan orang Melayu tidak terpinggir di tanah air sendiri.Malangnya "safe guard - safe guard "ini telah dihakis secara diam-diam sehinggalah orang Melayu sudah hilang kekuatan dan sekarang ini siang malam dikutuk oleh pihak tertentu yang sudah merasai merekalah yang sepatutnya menjadi pemeritah negara ini kerana kebolehan mereka berbanding dengan orang Melayu.

Memang benar seperti kenyataan Dato' setiap yang diambil dari bumiputera perlu diganti. Dalam kanun tanah negara umpamanya tanah yang diambil oleh kerajaan perlu diganti dengan tanah seluas itu juga bagi menentukan peratus tanah dalam pegangan orang Melayu tidak berkurangan. Saya dengar ini tidak berlaku malah tanah-tanah 'prime land ' dalam kawasan bandar sudah pun dipindah milik kepada orang lain.

Dalam hal ini kita janganlah marah sangat kepada DSN yang saya percaya telah terdesak meneruskan program ini yang telah diatur secara halus dan bijak oleh "mastermind" tertentu.Kita mintalah beliau untuk perlahan sedikit dan menentukan apa-apa yang terkandung dalam perlembagaan dan dasar-dasar yang yang telah dipersetujui dahulu ditakrifkan sebagai 'non-negotiable'.

Alhamdulillah dibawah dasar pelajaran negara dahulu kita mempunyai bijak pandai dimana kita bolih menggunakan ilmu mereka untuk mengodit kemajuan negara sepanjang 52 tahun dahulu.Ini bukanlah untuk mencari kesalahan orang tetapi mengetahui apa yang kita telah kehilangan (lost opportunity ) selama tempoh tersebut dan menggubal dasar bagi memulihkannya.

Dato' telah menjalankan tanggungjawab Dato' memaklumkan kebimbangan Dato' dan marilah kita bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya sebaik mungkin , Insyaallah.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

Anonymous said...

'si' akan diteruskan menjadi si Luncai. Maka bertambah lah Luncai dan berjaya lah PM meluncaikan rakyat Malaysia.
3 minggu berkuasa dan satu pagi bangun dari tidur maka berteriak lah Pemimpin Utama negara dengan berani menyatakan satu Malaysia, rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dan beberapa jam kemudian satu Malaysia tidak faham apa yang digembar gemburkan.
Dato', apabila semua dah menjadi Luncai maka semua nya akan menjadi hanchai.
Inilah kata orang dulu dan sekarang -" malas berkayuh perahu hanyut, malu bertanya dan bodoh sombong mungkin Malaysia lingkup"
Biarkan! biarkan! agaknya Dato siapa yang akan melaungkan perkataan tersebut.dh9753

abdullahngah said...

Sesiapa yang mengatakan Umno perintah dan PAS perintah sama sahaja, mereka adalah merupakan manusia yang tidak tahu menilai yang mana buruk dan yang mana baik.

Mereka boleh dikelasfikasikan sebagai manusia yang tidak kenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Jika berkata UMNO perintah lebih baik berbanding dengan PAS perintah boleh tahan juga, kerana ada pegangan hidup yang jelas dan nyata.

Mereka dalah penyokong rasional yang tidak boleh menerima kebaikana yang dilakukan oleh orang lain selain daripada orang UMNO.

Macam orang kafir mengatakan Nabi Mohammad SAW itu gila.

Oleh itu tidak hairan jika ada orang Umno mengatakan PAS sesat.

Tun Musa Hitam pernah kata PAS lebih bahaya daripada kominis.

Dia tidak tahu dia dan orang UMNO jadi macam orang Yahudi.

Saya cukup sedih masih ada orang melayu yang diagung agungkan pandangannya macam layang layang putus tali.

Brangkali begitu feel orang yang duduk dalam Umno dan tidak mahu menerima kebenaran.

anakMelayuRaya said...

A'kum,
DEB,patut dipertahankan.Kenapa banyak sangat yg cakap pasai DEB?Termasuk bukan Melayu?.Adakah kita dh capai target? atau masih kurang 18%?itu pun dah masuk syarikat kerajaan.Patut nya kita bercakap pasai menambah pertusnya bukan menghapuskan nya.Yg kita tahu sekarang yg tambah peratus adalah biasiswa bukan Melayu dah jadi 45%?ini tak bincangka?
Saya terlihat di Pulau Pinang,ada iklan kondo dan aparment reserve utk Melayu dijual utk bukan Melayu,pasai apa? pasai Melayu tak mampu beli,ruamah flat murah dah tak cukup lak.Amanah saham dan wawasan yg baru buka utk Melayu berlambak tak habis dan tak terbeli,kenapa? Apa Melayu tak minat ka?

Inilah ,punca kita kena kaji.Jangan asyek nak kurangkan hak Melayu,yg ada nak hapus,yg baru tak mau bagi.Kalu org lain minta,ok lak sebab takut tak sokong,kalu kita cakap lebih dan minta lebih dikata racist lak.
PM baru dan semua menteri kenala pikiaq,silence majority Melayu sedang memerhati setiap langkah yg diambil.Jangan lak kita jadi Red Indian Amerika,hilang bangsa,hilang bahasa.Jika tidak,Nanti cucu kita boleh tengok sejarah bangsa nya di Muzuim Negara saja.

Adil said...

Salam Datuk,

Pada pendapat saya, kaum bukan Bumiputera tidak kisah jika kerajaan memberi bantuan kepada kaum Bumiputera yang miskin. Malah ramai akan bersetuju dengan bantuan kepada rakyat yang miskin tidak kira kaum.

Tetapi ramai (termasuk Melayu) yang jelak dengan pemimpin-pemimpin jutawan UMNO yang berjaya melalui rasuah.

DEB yang hanya mengikut warna kulit dan bukan mengikut taraf kemiskinan rakyat senang disalahgunakan. Kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini adalah bukti yang paling kukuh. Apakah pendapat Datuk terhadap diskaun 5% kepada semua Bumiputera tanpa mengira pendapatan? Diskaun ini paling menguntungkan Bumiputera yang kaya.

Kuota universiti pun satu isu kopitiam yang amat menyedihkan untuk kaum bukan Bumiputera. Banyak yang berusaha bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya gagal mendapat tempat disebabkan kuota telah dipenuhi dan bukan kerana keputusan yang kurang memuaskan. Banyak ibu-bapa yang terpaksa bekerja keras untuk menghantar mereka ke kolej swasta atau luar negeri. Kebanyakan golongan yang belajar di luar negeri ini akan berasa kecewa dengan kerajaan sendiri kerana ramai yang mendapat tempat dan juga bantuan daripada universiti luar negeri. Yang ruginya negara kita sendiri kerana menyumbang bakat-bakat ke negara lain.

DEB menyebabkan banyak orang Melayu yang mempunyai mentaliti 'entitlement'. Banyak yang lebih suka menuntut 'entitlement' mereka daripada berusaha sendiri. Tanyalah ahli-ahli perniagaan di negara kita. Banyak yang terpaksa melantik beberapa direktor bumiputera semata-mata untuk memenuhi kuota saham 30%.

Kita semua pun manusia. Masing-masing perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan diri. Bantulah rakyat mengikut pendapatan and keperluaan, bukannya warna kulit.

Saya saran gantikan DEB dengan sistem yang hanya membantu yang kurang perpendapatan.

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Seperti yang saya katakan dalam komen saya kepada Dato' sebelum ini, Dato' akan hanya beri "verdict" terhadap PM DS Najib hanya selepas 6 bulan. Tapi rakyat sebenarnya tak sangup tunggu selama itu. Mereka sebenanya dahagakan "pembaharuan". Dan saya yakin rakyat, khususnya orang Melayu mahukan yang lebih baik dari yang ada.

2. Tapi semenjak mengambil alih kepimpinan nampaknya PM DS Najib belum lagi membuat apa2 perubahan yang berpihak kepada orang Melayu. Yang agak jelas ialah pembubaran Kem. Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)yangmana misinya ialah "membantu merealisasikan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputa yang berkualiti" telah mengurangkan peranan Kerajaan dalam membantu kaum Bumiputra ini. Walaupun fungsi2 beberapa Jabatan di bawah MeCD diagihkan, tapi yang jelas ialah tiada lagi Kementerian khusus untuk Bumiputra.

3. Yang lainnya ialah tentang meliberalisasikan beberapa sub sektor dengan menghapus ekuiti tempatan. Ini juga menyempitkan lagi peluang Bumiputra. Saya kuatir dengan adanya kuota ekuiti 30% pun, kaum Bumiputra meronta2 untuk mencapainya, inikan pula diharapkan mereka bersaing dengan kaum lain tanpa bantu khusus oleh Kerajaan. Saya bersetuju dengan Dato' bahawa Kerajaan patut ada ganti dengan peluang lain untuk Bumputra jika sesuatu hak yang ada di bawah DEB itu dibuka.

4. Apa yang kita berharapkan janganlah kepimpinan baru ini terlalu ghairah untuk menjaga hati kaum lain hinggakan kaum Bumiputra tercicir. Jangan sampai "nasi dah jadi bubur" dan jangan diulangi Kerajaan yang "flip flop" yang membawa rebah. Saya khuatir rakyat dah tak sanggup tunggu sehingga 6 bulan untuk lihat perubahan dan akan membuat verdict masing2 terhadap kepimpinan DS Najib sebagai PM baru.

ZK said...

Salam Dato',

Saya sedih melihat sekali lagi satu persatu hak orang Melayu dan Bumiputera dicarik-carik oleh bangsanya sendiri. Cukup-cukuplah apa yang telah berlaku sejak dari awal tahun 1980an lagi. Nampaknya para pemerintah hanya tahu menggadaikan maruah bangsanya sendiri demi mengambil hati bangsa-bangsa lain.

Kenapa ya para pemimpin Melayu tidak berani memperjuangkan nasib dan hala tuju bangsa mereka sendiri. Kata kita bangsa majoriti. Apalah gunanya sekadar slogan, laungan dan jeritan tanpa tindakan??

A KADIR JASIN said...

Maaf cakap. Ada "Anon" yang pengecut mengungkit tentang kesenagan hidup saya.

Sebenarnya kalau saya hanya fikir kesenangan hidup saya, saya boleh jadi lebih senang dengan mengampu dan mengiakan apa sahaja yang pemerintah buat.

Kalau setakat hendak hidup senang seorang diri, saya tak perlu ambil risiko kritik dan beri tunjuk ajar kepada sesiapa.

Tapi ini bukan tentang saya. Saya mungkin sudah boleh hidup tanpa DEB kerana saya manfaatkan DEB lama dulu bila mendapat Biasiswa Rancangan Colombo pada tahun 1971.

Yang ingin saya perjuangkan adalah nasib majoriti orang Melayu dan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan kerajaan.

Dak kita kena ingat kalau syarikat dan korporat Melayu muflis, ramai orang Melayu akan hilang pekerjaan, masjid dan surau tidak dapat derma dan pelajar miskin tidak dapat bantuan.

Kalau saya susah, saya papa kedana, tentu saya tidak mampu buat blog ini. Saya kena kerja. Kena taat. Kena ampu. Malah saya mungkin merompak "Anon" kerana desakan hidup.

Inilah kita orang Melayu. Kita cemburu kalau orang bangsa kita sendiri berjaya.

Terima kasih.

Pendekar Perak said...

Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa rakan bloggers saya. Kami telah menbincangkan pelbagai isu dari politik hingga la ke dunia kewartawanan.

Dalam pelbagai isu yang diperbincangkan malam itu, saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahsa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!

Menurut sahabat blogger saya ini juga, selalunya selesai sahaja temuramah maka akan berkumpullah kesemua wartawan itu tadi dan mereka akan bertanyakan sesama sendiri tentang apa yang telah mereka dengar dan faham, kebiasaannya akan ada seorang yang dikira boleh faham sikit-sikit bahasa kebangsaan kita itu dan mereka kemudiannya akan menyalin lah kesemua temuramah tadi!

Biasanya proses sebegini akan mengambil masa dua hingga tiga jam selalunya, saya hampir pengsan bila saya dengar kisah ini, saya sangkakan selama ini semua rakyat Malaysia boleh berbahasa Malaysia! Bukankah itu bahasa rasmi negara kita?

Adalah amat menyedihkan apabila saya dapat tahu masih terdapat orang Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia, bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tak tahu nak berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita?

Jadi tidak hairanlah, tidak berapa lama dahulu wartawan dari suratkhabar Cina ini telah salah tulis mengenai penjelasan YAB TPM kita? Ada logiknya bila TPM kita telah mengatakan bahawa kesemua wartawan tersebut harus belajar Bahsa Malaysia!

Memalukan betul bila perkara ini terjadi, kenapa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari keturunan apa sahaja, kita tidak tahu berbahasa kebangsaan kita? Bukankah bahsa jiwa bangsa? macamana nak jadi bangsa Malaysia kalau nak berbahasa Malaysia pun tak tahu?

Saya memang amat bersetuju sekali dengan pandangan Dato Mukhriz bahawa untuk menyatu-padukan Malaysia kita perlukan satu sekolah! Tidak ada lagi sekolah cina atau tamil lagi! Hanya satu sekolah yang akan menjadi wadah pertemuan semua bangsa dan ianya akan melahirkan "ONE MALAYSIA"

Kita kena mulakan dari sekarang! Kalau nak bersatu maka hapuskanlah perkauman, langkah pertama untuk menghapuskan perkauman adalah dengan menghapuskan sekolah 'vernacular'

HIDUP SATU MALAYSIA!

nur mohd nidzam said...

Tapi kalau hapus satu, kenalah ganti dengan yang lain. Tak kan kaum Bumiputera yang terdiri daripada 60 penduduk Malaysia ni tak ada apa-apa lagi.

Kalau nak keadilan untuk semua macam PKR atau Satu Malaysia macam Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, logiknya Bumiputera kenalah dapat 60 peratus juga
SEMESTINYA 60 PERATUS BOLEH MENJANA EKONOMI NEGARA,TAPI HAKIKATNYA MINORTI YANG MONOPOLI EKONOMI( apa dah jadi dengan DEB umno) lapuk.

Tapi Bumiputera tak tuntut pun. Tak buat tunjuk perasaan macam pertubuhan haram Hindraf. Tak buat demo macam reformasi. Mereka terima 30 peratus yang Allahyarham Tun Abdul Razak bagi bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dekat 40 tahun lalu
BUMI TAK TUNTUT KERANA SEGALA KEISTIMEWAAN SUDAH SEDIA ADA DI TANGAN MEREKA. BELI RUMAH DISKAUN,PELABURAN(ASB)TAK PANDAI SANGAT TAPI DAPAT MASUK U(PENDIDIKAN)DAPAT BIASISWA, KERJA SENANG NAK DAPAT(SEKTOR AWAM DI MONOPOLISI,PRIVATE PUN DAPAT 30%)SAMPAI PETRONAS PAM STESEN, KFC,MCDONALD,PIZZA HUT PUN SEMUA BUMI) MRSM DLL LAGI, SO KENAPA NAK BERDEMO MACAM HINDRAF, HINDRAF DEMO KERANA TIDAK DIBERI PELUANG DALAM PEMBANGUNAN NEGARA, INI JANGAN KAMU IGNORE KERANA INI KEBENARAN.

Orang Melayu dan Bumiputera hati mereka baik . Tak banyak mintak. Tak banyak tuntut. Asyik tolak ansur saja. Mereka sokong Umno. Mereka sokong BN sampai ke hari ini. Tengok hasil pilihan raya kecil Batang Ai baru-baru ini.
ORANG MELAYU MAJORITI MEMANG BAIK DAN ADA AKAL SEBAB ITU MEREKA MINTAK PERUBAHAAN, BATANG AI BUKAN MELAYU!HA SORRY JANGAN NAK TIPU.SEMUA ITU ORANG ASLI YANG TAK PEKA SANGAT TERHADAP KEAADAN POLITIK SEMASA, SENANG UMNO NAK TIPU!
MP dan Adun BN dari MCA, Gerakan dan MIC itu pun menang fasal undi Melayu. Dalam pilihan raya umum lalu mereka kalah teruk pasai pengundi Cina dan India tolak mereka. Sampai hari ni pun Cina dan India lebih rela sokong calon Pas daripada BN macam di Bukit Gantang.
KENAPA ORANG INDIA,CINA,MELAYU NAKKAN PARTI RASUAH,RAKYAT SUKA PARTI MESRA,ADIL,INTERGRITI,kalau mca,mic,gerakan kalah tendang keluar je lah, kenapa umno simpan reject item.macammaba pulak parti politik bukan melayu dari sbah/swak yang telah menyelamatkan umno untok terus berkuasa di pr12, tak pernah pulak dengar, faktanya ialah umno pengang kuasa kerana sokongan bukan melayu, kaum yang disebut kafir tapi bukan kerana melayu.
Pemerintah sendiri akui yang jurang pendapatan antara kaum semakin meluas. Bumiputera, khasnya di Sarawak dan Sabah, semakin jauh ditinggal oleh Cina daripada aspek pendapatan isi rumah. Hatta India pun lebih tinggi pendapatan puratanya berbanding Bumiputera.
Bumiputera yang kamu sebut yang berpendapatan rendah adalah kaum bumi sebernarnya(ISTILAH ASLI, LU PIKIRLAH SENDIRI)yang tidak pernah diperdulikan umno(NIZAR DI PERAK BAGI TANAH MEREKA BALIK YANG DIRAMPAS UMNOBN)jangan kamu nak menipu rakyat denga fakta2 palsu,bila ambil kira purata pendapataan kaun india jangan ambil pendapaatan kawan umno yang mega kaya macan samy,anada,dll.kamu ingat rakyat bodoh?Angka itu angka umno bukan angka kamu.rakyat kalau diberi peluang tak akan tercicir(melayu, cina,india,dll) semua ada kebolehan ,boleh hidup dan bersaing untuk kemajuaan negara, tak macam kamu yang perlukan tongkat.

Tapi apa pula halnya dengan monopoli gula yang sampai hari ini dibagi kepada Robert Kuok? Atau lesen judi kepada Goh Tong, Vincent Tan dan Ananda Krishnan?

Atau lesen penjana bebas, kontrak hospital dan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Yeoh Tiong Lay dan konsesi balak kepada Tiong Hiew King dan Ting Pek Khiing?

Pasai monopoli gula, jangan bodohkan kita lagi lah, siapa bagi lesen? mana pi DEB? SIAPA LULUS LESEN JUDI,LESEN ARAK, pelacuran,LESEN BALAK? hai kamu ni dato tak tahu ka, dato bodoh sampai hal macam ni pun tak tau.

Atau Pas juga sanggup bertolak ansur kerana hendak berkuasa sampai kedudukan Islam dan orang Melayu dipersenda dan dipersoal?

Pas parti yang berprinsip,keadilan untuk semua,tak menyalah guna kuasa, semua kaum terbela atas dasar2 islam,tiada pembaziran dan yang paling penting PAS melayu dan ISLAM TAKAN NAK ABAIKAN UGAMA DAN BANGA SENDIRI.SO DONT WASTE TIME JOIN PAS

casper c said...

Salam Pak Kadir, salam semua.

I suspect the take up rate for Bumiputera portion of shares is low, and hence the need to do away with current quota.

Remember, any unsubscribed portion has to be underwritten by financial institutions themselves, and that cost money with the bottom line being stressed by this inefficient use of resource.

I hold you in high regards Dato', and my comment is not meant to rub you the wrong way. That said, I must highlight your constant message to provide assistance to the Malay community wholesale, is a parody towards a socialist state though I agree, help must be rendered to all irrespective of stripe.

Let's also put it on record to say I don't agree with the doing away with the DEB. I don't think any political org has come out to ask for a total wipe out but rather there are calls for a review of DEB policies.

I can sense, money is tight and the days of giving out money without accountability are long gone. It is an UMNO dilemma that effects all M'sians.

Bad enough UMNO banyak curi Pak Kadir, banyak leweng, duit rakyat kena kebas terang dan jelas, none of that malu-malu kucing style.

Terima-kasih poster Nik dgn hujah yg tepat serta telus.

I know it pains you when I state the obvious Pak Kadir but to save UMNO, it first needs to build/create wealth and opportunities. That is a monumental task even in the best of business cycle.

UMNO squandered billions but knows little about building for the future. What miracles can we expect from Najib in the interim before the next mandate Pak Kadir ?

Your poser " "Buang DEB Tapi Apa Gantinya?" is essential but does little - in terms of aid - to provide real substance to the most needy.

In the real world, the best solution is to provide for the best in education. Present generation will continue to struggle and face harsh realities of the market place but at least their children will be well equipped to take on the world by virtue of being prepared.

Ponder a moment Pak Kadir, in your day - mana ada tongkat ! You sink or swim with the competition. No such thing as separate streaming ie.matriculation vs STPM.

Many might not agree but I hold the view that the best bet for the Malay masses is to invest and provide a first rate education today. Sacrifices have to be made(the non's have been doing this for the longest) though in reality, a better educated and inform mass of Malay student actually works against UMNO's interest.

I'll leave it as such Pak Kadir, kepala sudah pening menjawab masalah DEB.

Salam semua.

nur mohd nidzam said...

Dak kita kena ingat kalau syarikat dan korporat Melayu muflis, ramai orang Melayu akan hilang pekerjaan, masjid dan surau tidak dapat derma dan pelajar miskin tidak dapat bantuan.

Kalau saya susah, saya papa kedana, tentu saya tidak mampu buat blog ini. Saya kena kerja. Kena taat. Kena ampu. Malah saya mungkin merompak "Anon" kerana desakan hidup.

Inilah kita orang Melayu. Kita cemburu kalau orang bangsa kita sendiri berjaya.


DATO, DATO TAKAN LAH DATO TAK DAPAT LAGI, ISU I BUKAN KERANA KAUM BUMI MAJA TAK MAJU ATAU KAUM LAIN ISU IALAH KALAU KITA SEMUA KAUM BERSATU DAN NYAHKAN RASUAH DAN PEMBAZIRAN TAK PERLULAH MANA MANA KAUM NAK MINTA DERMA, NAK MENGEMIS,NAK MUFLIS,SURAU NAK NAK MINTAK DERMA,DAN PALING UTAMA DATO TAK PAYAH LAH NAK MEROMPAK KERANA DATO SUDAH KAYA KERANA NEGARA KAYA AMAN DIBAWAH PIMPINAN YANG BAIK.

nur mohd nidzam said...

HOW COME MY COMMENTS NOT PUBLISHED, ARE YOU AFRAID TO ENGAGE WITH INTELLIGENT PEOPLE, ONLY ENGAGE WITM
H CHIMPS, LIKE THE ONA IN THE PHOTO

nur mohd nidzam said...

HEY MONKEY, GO FIGHT WITH THE MONKEY, SIT ON THE TREE.

Anonymous said...

Datok,
awat lagu tu,anti klimaks pulak.apa yang hebat dan baguih sangat pasai kouta 30%,mecd,DEB,DLL.pelik setelah 50 tahun umno dok bagi macam2 kat orang melayu(umno),tiba2 orang melayu dok miskin macam tu juga.selama ini umno dok war2kan kejayaan melayu,melayu glokal,melayu global,melayu korporat, dll.tiba2 lain jadinya.Datok tidak boleh lagi merintih/menagih/merayu/ kat Najib atau kabinet baru kerana sudah cukup bantuan umno,tak malu ke dengan bangsa lain,mereka maju walau tiada kouta dsb.pihak yang patut Datok tanya adalah mana pergi jutawan/hartawan/ribu2an yang telah menikmati hasil umno.mereka ini sepatutnya menyalurkan balik kebaikan umno kepada rakyat.atau mereka bukan usahawan tulen,proksi saja.kadang2 saya malu kerana bangsa majoriti/melayu perlu perlindungan/hak keistemewaan,atau bangsa majoriti merempat di tanah air sendiri.belum british masok, orang melayu menjadi pedagang, pelayar,usahawan,pendakwah,dll
dalam keadaan tak dak kouta /mecd/deb,dll.bahkan british mai sini pun antara sebabnya untuk berdagang dengan orang melayu. alih2 zaman moden ini orang melayu nak hak macam2. pelik, sebenarnya pemikiran macam ini tidak samasekali dapat membantu bahkan akan mengkemetotkan melayu.percayalah.
sekian. zmy

anak bajau semporna said...

salam datuk,

biasalah datuk mutakhir ini dalam langit terbuka seluas-luasnya ini kutuk-mengutuk bagaikan akan jadi budaya,datuk sendiri ada mengakui bangsa kita paling gemar mendengki dan menghina sesama sendiri.yang penting perjuangan kita betul kadang-kadang bahasa yang agak kesat,keras perlu digunakan untuk menzahir rasa hati kita.kadang-kadang bahasa yang lembut gemalai ini ada orang yang saja-saja buat tak faham sebab dia fikir kita pengecut dan senang dipulas dan dibelit walaupun kita di pihak yang betul.Teruskan perjuangan Datuk jangan rasa terusik dan terganggu dengan jenis orang yang pukul curi ini.

Awey Kelate said...

UMNO umumnya dan Dato Najib khususnya telah mengambil suatu pertaruhan yang agak mahal..iaitu membuang DEB dan menggadaikan Islam semata-mata ingin memenangi hati bukan Melayu. Persoalannya, jika PAS yang melakukan sedemikian, maka akan riuh-rendah orang UMNO, tetapi apabila ketua mereka sendiri berbuat demikian, beranikah orang UMNO berarak di jalan-jalan mempertahankan hak Islam dan Melayu?
UMNO semakin hilang arah, dan dalam keadaan meracau. Sudahlah pembelajaran Sains dan Matematik masih dikekalkan di dalam Bahasa Inggeris, hak-hak lain kaum Melayu mula diniagakan untuk semata-mata terus memenangi hati kaum lain. Apa akan jadi dengan nasib anak-anak kita kelak?
Pemimpin UMNO terus dibuai takhta, harta dan wanita dan nasib kaum Melayu akan terus melayu....

pakbelalang said...

Kalau DEB tak berjaya, nak salahkan siapa? Salahkan Melayu sendiri. Dah banyak peluang terbuka luas diberi untuk membolehkan Melayu mencapai kejayaan sehingga dapat pergi keangkasa lepas.

Nak kata kerajaan BN telah gagal untuk merealisasikan hasrat dasar Tun Razak untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan untuk mencapai 30% penyertaan dalam segala bidang adalah tidak adil.

Kegagalan ini adalah disebabkan oleh orang Melayu sendiri, baik pemimpinnya mahu pun orang Melayu itu sendiri. Terimalah hakikat ini dan kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa pun.

Yang mengilhamkan DEB ialah pemimpin Melayu dan telah diamanahkan kepada pegawai pentadbir yang hampir kesemuanya adalah pegawai Melayu untuk melaksanakannya. Jiklau ianya gagal maka orang Melayu sendiri yang mengagalkannya kerana kelemahan diri sendiri, dari pemimpinnya, pegawainya dan bangsa Melayu itu sendiri.

I think my above statement is very provocative and to certain people it is uncalled for, but that is the reality. We still continue to be in a state of denial. What a pity !!

Walaubagaimanapun, saya rasa DEB patut dirombak semula and should be given a "second chance" dan cari jalan bagaimana caranya untuk dilaksanakan dengan lebeh berkesan supaya semua Melayu dapat menikmatinya.

Kalau gagal juga Melayu is just "hopeless" in the sense that nothing much can be done. Real opportunity lost !! The situation will be made worse if there is a change of government to "greenhorn" Pakatan Rakyat. Make no mistake about it.

Malek said...

the implementation of DEB is flawed. too many times people see that contracts are given out just because he is malay. the business just depends on government contracts and all the business do is just supply barang. no innovation, no good governance, no company mission statement, just supply barang and kutip duit. is this the kind of malay businessmen that we want? is this kind of business sustainable? is this the kind of business that will give back to the people through taxes and help build this country we call malaysia and this bangsa we call melayu?

if malays wants to get some respect, malays need to earn it. it's a sad reality but we needs to fly to places where other races just need to walk to. we have to work twice as hard to be as good as the rest of the world.

i believe in affirmative action. but does race based affirmative action really works? are we saying that as muslims, we shouldn't help people from other races and religions? is that really a teaching of islam?

many may be afraid that scraping away the 30% rule is making the malays weak. why no malays think this means that they need to work harder to earn their living? why no malays never thot of that this maybe a good time to band together, get their act together to majukan bangsa dan negara? why no malays think that this is the time to be creative in order to survive.

kalu lepas 30 tahun kerajaan sudah bantu kita, kita still tak bole berdiri, saya malu jadi melayu. no body remember iklan petronas pasal uncle yg ada satu kaki tuh? dia sudah muak dgr org cakap nak "bantu" dia.

nur mohd nidzam said...

COWARDS, THATS WHAT YOU GUYS ARE, THATS WHAT THIS SYSTEM HAS MADE YOU WITH THE DEB, INTELLECTUALY YOU ARE NOT CAPABLE TO COMPETE WIHT OTHER COMUNITIES,PHYSCIALLY YOU ARE ONLY STRONG WITH YOUR PDRM, JUDICIARY, SPRM,MACC, AND YOUR PEKIDA GANGSTERISM.BUT PUT INTO A 1 ON 1 SITUATION YOU ARE CHICKENS OF THE WEKEST KIND. HA!HA!HA!

nur mohd nidzam said...

THE CHIMP AND YOU SIBLINGS IS IT?

Anonymous said...

datuk

tak dak orang nak cemburu kalau usaha sendiri gigih hingga berjaya

perangai orang umno ni nak rebut kekayaan aja...tamak...nak 30% tapi kerja malas....mcam datuk jugak la

umno ni tak fikir macam mana nak didik anak melayu utama pendidikaan bukan duit atau 30%

kalau dah ada ilmu pandailah depa nak hidup camna

jibam

nur mohd nidzam said...

I AM JUST AN AMATURE, JUST STARTING TO WRITE, YOU BEING A POPULAR WRITER TAK KAN CHICKEN, TAK BOLEH JAWAB,NAMPAK SANGATLAH KE TAK CEKAPAAN PRODUK DEB INI, KALAU BUKAN KERANA DEB U MIGHT B PICKING COCONUT IN THE KEBUN, HA HA HA

Atan said...

Salam Datuk,
Belum pun DSAI dan konco-konco berfahaman liberalnya naik (kalau diizinkan Allah), PM sekarang sudahpun melaksanakan dua tiga langkah yang tampak merugikan bumiputera (akan ada lagikah?)

Yang belum berkuasa berangan-angan melakukan itu ini tetapi yang sedang berkuasa sudah pun merealisasikannya.

Saya sangat bersetuju, kita sangat bertolak ansur.

Cerita Pak Kaduk itu agaknya ditujukan kepada kita.

Roti Planta said...

Dato',

Saya berpendapat perlu ada dasar baru untuk menolong Melayu Bumiputra menggantikan DEB. Nama DEB sudah tercemar disebabkan faktor 'memperkayakan' orang-orang Melayu tertentu sahaja.

Kalau boleh dasar baru tu untuk 999 tahun macam tanah di Perak (kalau Cina boleh tuntut 999 tahun maka apa salahnya Melayu pun tuntut 999 tahun) kerana 'Melayukan Abang'....

Kalau 999 tahun tu Melayu tak boleh capai lagi target dasar baru tu maka sahlah Melayu perlu serah negara ini kepada 'pendatang' dan hijrah ke Pulau Layang2 (terputus tali)

Bye/Roti Planta

nur mohd nidzam said...

YOU ARE COWARD CONFIRMED, UNABLE TO ENGAGE INTELECTUALLY, STUPID MONKEY, I HAVE WASTED MY TIME TALKING TO STUPID MONKEY.

pakbelalang said...

Scrap heap for AP scheme?

JOHOR BARU: The Govern-ment is considering an option to scrap the controversial Approved Permit (AP) scheme for imported vehicles.

comment:

Limited APs should be given to franchise holders only and they must import only brand new models.

All bumiputra car dealers should be given dealership to sell Proton cars and other franchise.

Forget about giving them APs as most of them really don't have the funds to import vehicles. The tendency is that most of them abuse the APs giving to them by just becoming Ali Baba or "wholesalers" and they become filthy rich "berniaga AP atas angin". That defeats the purpose and it has become a political issue which makes some Malays got angry.

nur mohd nidzam said...

STUPID MONKEY CREATED BY THE DEB,
HA!HA!HA!ha! umno full of monkey like you,IF THE BRITS WERE AROUND YOU WOULD BE PROBLABY SITTING ON TREES.

abu hasan said...

salam Dato'..

alahai..tak sampai 6 bulan Dato' dah mula nak komen Dato' Seri Najib..mesti Dato' dah terlalu geram..

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Saya bukan doktor tetapi ramai jugak kawan rapat jadi doktor.

Kawan-kawan saya selalu ingatkan saya supaya jangan terlampau sangat bergantung dengan "anti-biotic" dari klinik bila jatuh sakit. Alasan yang diberi "terlalu lama dan kerap mengambil anti-biotic akan menyebabkan badan kita kurang daya tahan".

Tetapi saya selalu tanya balik "apa itu terlalu lama dan kerap". Jawapan mereka mudah. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang bila jatuh sakit. Ia juga bergantung kepada "mental strength" dan banyak lagi faktor-faktor yang perlu diambilkira.

Jika kita perhalusi persamaan antara "anti-biotic" dan "DEB", maka kita mungkin "conclude" bahawa terlampau bergantung dengan mana-mana satu bolih membawa padah.

Akan tetapi, tahap penerimaan atau tahap keperluan seseorang individu itu amat berbeda. Jadi amatlah susah untuk "prescribe the correct dossage of either antibiotic or DEB/NEP".

So where does it lead us?

We cannot forever be reliant on DEB/NEP but when should it be stopped?

Should we have a gradual decrease in dossage? Over how long?

Sudden stop in antibiotic before full recovery could also be detrimental to a person's health. So should we have a program to reduce dependency on DEB/NEP so as not to endanger the Bumiputras?

I really don't know.

Sekian.

p/s:
Bumiputras enjoyed DEB/NEP during the initial years.
Unfortunately the DEB/NEP subsequently benefited only UMNO-putras and, of course, MCA-putras and MIC-putras.
That was the time when the whole intentions and aspirations of NEP were ignored to benefit a selected few...

nur mohd nidzam said...

32COWARD, I WILL NEVER WRITE OR VISIT YOUR BLOG CAUSE YOU JUST ANOTHER UMNO DOG, WHO CHOSSE YOUR PUBLICATIONS NEVER THE LESS I WILL EXPLAIN YOUR WRITING IN MY OWN OR ANOTHER BLOG.

pakbelalang said...

Yang "deadwood" dan HP6 berada di MT tu patut dipersalahkan oleh perwakilan UMNO.Tak boleh buat apa-apa lagi.Itulah kehendak perwakilan.

Tapi yang menjadi tanda tanya ialalah "deadwood" yang dilantik oleh Najib. Saya tak tahu apa rasionalnya. Mungkin Najib sudah buat perkiraan politik yang mendalam. Harap tidak "backfire".

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ,

Antara lain Datuk berkata "Inilah kita orang Melayu. Kita cemburu kalau orang bangsa kita sendiri berjaya."

Saya nak tambah sikit lagi mengenai sifat kita orang Melayu ni Datuk:

1. Bila kita senang, kita bukan hendak menyenangkan tetapi kita semakin hendak senang (sudah senang nak senang lagi & dalam pada itu kita menyusahkan orang!).

2. Bila kita tolong orang dan orang itu senang kemudian hari, kita jarang hendak sekadar tumpang suka sahaja (kerana kalau boleh kita hendak tumpang senang!).

3. Bila kita tolong orang, kita kata kita ikhlas hati. Tapi bila orang tersebut tak tolong kita balik, kita kata pula orang tersebut tak kenang budi!

4. Bila ada orang datang hendak mengenang budi, kita selalu kata pula dalam hati "Orang ni nak mintak tolong apa lagi ni??".

5. Ada juga orang yang tahu berterima kasih dan tahu mengenang budi, tetapi ada juga orang yang terima kasihnya daun keladi.

6. Kalau kita tengok orang susah hidup berdikit, kita kata dia bercermat. Tetapi kalau kita tengok orang senang hidup bercermat, kita kata dia kedekut! (it's a very fine line between cermat & kedekut when you're rich).

Take it easy Datuk.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

diazkobe said...

Datuk AKJ,

1. “Boh” Datuk. Jangan kasi “can” kat depa.

2. Apa orang minta semua depa nak bagi. Kalau silap haribulan.had dalam seluag pun kena gagau nanti

3. Pasal liberasasi 27 sub-sektor tu, dalam paper tunjuk ramai individu dan orang persorangan bukan Bumiputera komen bagus tindakan tu. Tak dak pun komen dari pihak Bumiputera. Mana pergi Dewan Perniagaan Melayu atau mana-mana badan yang kononnya merjuangkan hak ekonomi orang Bumiputera. “Seghot” habeh.

4. Yang depa dok pi tanya dgn anak kesayangan bapa, Tim Menteri Miti tu. Memang lah dia kata OK, menunjukkan reality global konon. Orang baru. Nak kipas. Kenalah ikut cakap boss 1Malaysia.

5. Yang reporter pun asyik dok promote dia ja la ni pasai apa tak tau. BN nak bertanding nanti ke tak kat Penanti pun tanya kat dia. Dia bukan org besag parti. Mestilah dia kata lawan pasai Tun M kata lawan.

6. Dlm Mingguan Malaysia kelmarin, panjang lebar interbiu dia. Cemuih.

Salam

nur mohd nidzam said...

pariah journalist like you got no place in the internet, you should be with utusan celakas, ha!ha!ha

nawawidahalan said...

A'kum dan terima kasi Datuk,

Jika Pak Lah yg dianggap clean menerima kritikkan hebat selepas 2 tahun meneraju kerajaan, akhirnya tumbang bagaimana dengan DS Najib?

DS Najib naik ketika diselubungi pelbagai persepsi negatif rakyat terhadapnya. Dengan keruntuhan ekonomi dunia dan hampir semua sistem hidup menemui jalan buntu.

Inilah suasana semasa yang perlu dipulihkan oleh DS Najib.

Mampukah dia?

Adakah DS Najib orang yang benar-benar layak membaiki keadaan yang amat rumit sedang berlaku yang dunia saksikan sekarang?

Saya jangkakan hayat kepimpinan Najib lebih laju menjunam berbanding lajunya beliau cuba meyakinkan rakyat. Percaya atau tidak, sudah banyak tindakan dan strategi yang beliau lakukan telah pun mula memakan diri sendiri!

Belacak said...

Syabas Dato'

Dato' telah sampaikan apa yang ingin saya sampaikan didalam blog saya. Dato punyai pengikut blog yang ramai dan punyai akses dengan pihak berpengaruh. Mesej yg dato' sampaikan amat relevan di saat orang melayu bagaikan mengalami sindrom ED (rectile disfunction) pada masai ini.

warongkopi56 said...

Datuk,

Ini adalah kali kedua saya bersetuju dengan saranan Datuk,pertama tentang KPI dan ini kedua. malah kalau tidak ingat pesanan Datuk (channel awani) tentang menulis dalam blog mesti berlandaskan pada undang undang lebih banyak perkataan boleh digunakan.

Mungkin ada kebenaran juga saperti komen En.Helmy dan Sujini,scenario politik sekarang ini umpama BN dalam ugutan dan parti parti komponen pun dah mula tunjuk berani.

Saya juga merasai sedih dan takut kemana akan perginya bangsa saya Melayu akhirnya. Yang pasti," satu batang lidi senang di patahkan tetapi seberkas lidi bila dan jadi penyapu susah dipatahkan."

Saya juga telah meminjam perumpamaan yang digunakan oleh Raja Dr.Nazrin Shah,"Jangan menang sorak kampong tergadai",dan Jangan dengan guruh dilanggit air dalam tempayan dicurahkan". Adakah ini yang dilakukan oleh PM?

Saya sampai kehari ini masih tidak faham istilah 1Malaysia. Saya cuba memberi pengertian dalam scope nasional tetapi masih tersangkut sebab, saya masih orang melayu dan berugama Islam dan apa sekali pergaulan pun waima globalisasi ke,meritokrasi ke atau liberalisasi ke ada had dan batasnya. Jadi mengikut fahaman Datuk boleh kongsi dengan saya yang hanya kelulusan "MCE" saja.

Tentang dasar DEB ini memang baik dan adil untuk semua tetapi macam Datuk kata pelaksana dan penerima yang tak betul.Contoh dalam Utusan hari ini dimana Timbalan menteri dapati dua orang doktor tidak layan pesakit diwad kecemasan dan Pegarahnya pula memui doktornya dan menambah mungkin shift mereka dah habis. Soalan saya, adakah apabila sesaorang datang untuk rawatan kecemasan doktor boleh biar pesakit itu derita kesakitan sebab doktor sudah selesai shiftnya dan penganti belum datang?
Dimana sifat kemanusiaan disini dan dimana "rakyat didahulukan dan percapaian (performance) diutamakan?

Terkeluar dari rail ke?

Banyak Lagi tapi setakat ini dulu.

Wasalam

Dr Zainal mamak said...

Dato Kadir.

Dato adakah kita maseh \memerlukan lagi DEB untok membangunkan orang Melayu.?

DEB telah di salah gunakan oleh Menteri2 UMNO,Pengampu UMNO,Si Tan Sri dan dato,untok mengkayakan diri mereka,keluarga mereka dan kawan2 mereka.

Apa yang menguntongkan orang melayu.Penoreh getah di baling makan sahari sekali dalam tahun 1974 bila harga getah jatoh.Hari inisalepas 35 tahun mereka terpasa makan sahari sekali juga.Anak hendak pergi sekilah pun tak mampu.

Dari segi perniagaan,kononnya bantuan diberikan kapada orang melayu.mana ada Melayu yang maju dari DEB.Syed Mokhtar menjadi kaya kerana ia memaksa Halim saad menjual saham malakof kapada nya dan memaksa PNB menyerahkan MMC kapada nya.Macam cerita Ali baba.

Bila ada dua tiga melayu yang berjaya saperti halim saad,Tajuddin,kita bunoh mereka.memaksa mereka menjual harta mereka kapada Khazanah.Siapa yang buat kerja ini,tanya lah Tan Sri Noor Muhamad.Syarikat Naluri bhd yang mempunyai cash reserve sabanyak 1 billion hasil jualan saham Mas,dijual kapada Cina.Ini kerja siapa tanya lah Noor Muhamad.

UDA yang di tubohkan untok membantu orang Melayu memiliki bangunan perniagaan,di jual kapada Khazanah.Tugasnya sekarang bukan untok menolong Melayu tapi untok bertanding dengan Melayu.

Orang melayu sejak tahun 1970 berniaga di pasar malam.sekarang ini pun maseh berniaga di pasar Malam.Pak Chik saya berniaga ayam,hendak mendapat tempat di pasar borong Selayang dia kata boleh mimpi.Sejak sekarang hanya boleh menumpang di tepi pasar borong Selayang.Itu pun kadang kena halau oleh pehak berkuasa tempatan.

Mana dia Pernas yang di tubohkan untok membantu melayu.Sekarang ini lenyap.Dengar kata dah di jual kapada Chairmannya Dato Shariman.

Pegawai Kerajaan kita hampir 90% orang Melayu dari KSN ka KSU dan Ka Pegawai takbir.Jika hendak menolong Melayu amat berat tangan sekali.Jika Peniaga Cina datang semuanya boleh kira,

Apa dato hendak bermegah sangat DEN ini.Apa Dato boleh membeli Berita Publishing dengan harga satu ringgit sahaja,dah gelap mata.Tolong lah dato.Jikalau saya pun dapat membeli berita Publishing dengan harga satu ringgit,tak payah berniaga la.Ia nya dah auto pilot.Makan tidor sahaja,tiap bulan wang masok poket.Saya faham kenapa Dato akan matian meyokong Tun mahathir.Ada kah ini semangat DEB yang asal.

Saya setuju dengan tindakan Najib 100%.tak payah menyibok dengan DEB,Bila melayu merana,mungkin dengan ini mereka akan sedar dan berkerja lebeh keras lagi.

Salam

Anonymous said...

Salam Dato',

Saya amat bersetuju dengan Dato', jika DEB dibuang kerajaan perlu gantikannya dengan yang lain. Gantikan dengan yang sama maksudnya tetapi disertakan dengan mekanisme yang mengatur perlaksanaanya. Jangan lagi gantinya itu nanti menjadi kuda tunggangan segelintir parasit yang melahap dan mengerenyam perjuangan suci memertabat bangsa.

Sekitar tahun 1974 dulu kita dikejutkan dengan statistik bahawa seluruh harta Melayu dalam negeri Melaka sama dengan yang dimiliki 4 jutawan Cina di sana. Setelah 35 tahun dan DEB pun dah lama luput tarikhnya, adakah statistik itu masih sama?

DEB, dengan izin Allah, telah membantu saya mendaki strata sosial dari kelas rendah ke kelas menengah rendah. Itu melalui pelajaran. Alhamdulillah, saya dikuniai Allah dengan anak-anak yang "terang hati". Dua orang anak saya bekerja dengan gomen dan seorang dengan syarikat elektronik. Saya belum puas, saya inginkan ada antara anak-anak saya yang akan bekerja sendiri sehingga boleh menggaji orang lain.

Berbalik kepada DEB, atau apa juga namanya kelak (?), itu adalah satu yang mesti diwujudkan. Konsep One Malaysia yang tidak peka kepada keperluan kaum pribumi yang majoriti pasti akan membawa huru-hara. Singapura tidak boleh dijadikan contoh kerana demografi kaum di sana amat berbeza dengan di Malaysia. Lihat apa yang terjadi di beberapa negara Afrika, di Kenya misalnya, kaum pendatang minoriti yang terlampau membolot kekayaan negara akhirnya terusir membawa nyawa dan wang ringgit tetapi terpaksa meninggalkan segala bentuk harta dan perniagaan. Rakyat pribumi Kenya tidak menjadi kaya selepas itu, tetapi kaum pendatang terpaksa memulakan hidup baru di tempat baru. Rusuhan kaum di Indonesia yang berlaku dekad yang lalu adalah bukti ketamakan yang melampau tanpa peka kepada kedhaifan golongan majoriti kaum pribumi bakal membawa padah.

Cuma satu yang saya bimbang, pemimpin Melayu boleh secara sistematik dan licik "dibela dan dipegang" oleh kaum pedagang untuk terus menerus memperkudakan massa Melayu, sebagaimana bijaknya British memegang Raja-Raja Melayu mengawal massa Melayu berabad-abad lamanya. Atau sebenarnya, tanpa disedari apa yang saya bimbangkan itu sedang belaku ketika ini?

DS Najib akan berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada BN jika Melayu tidak merasakan mereka diambil enteng, Cina merasakan peluang mereka menambahkan kekayaan tidak disekat, manakala India merasakan rintihan mereka didengari (dan diambil "affirmative actions"). Saya tidak begitu memahami jiwa orang-orang Dayak, Kadazan, dan Melayu Sabah dan Sarawak. Nampaknya mereka puashati dengan BN.

Pak Hj JB.

A KADIR JASIN said...

Minta ampun Pakbelalang,

Saya minta kerjasama. Kalau boleh mintalah ulas berkaitan tajuk posting.

Bukan saya tidak mahu siar, tapi tidak kena tajuk.

Mohon kerjasama dan persefahaman.

Kepada yang lain, no problem if you call me names.

But it would be better if you use your great mental dexterity to share with others why I am such a bad person.

To show just how vindictive some people are, I will publish their repeated maki-hamun.

Terima kasih banyak.

lee kh said...

It is very sad. Why do you think that the Malays need something to replace the DEB to help them get along? What about all the native people in Malaysia? What about the Chinese and Indians, the Indonesians, Thais and Burmese..dont they need some "crutches" too?
Are you saying that you, the Head Honcho of Berita Publishing need some "crutches" too?
Or are you saying that the Malays, regardless of their actual economic standing deserve the pro-Malay aid forever?
If the government is fair and just it should be helping every one who is poor or within the help category. Surely people like you or your children do not need any pro-Malay aid? My estimate is that more than 35% of the Malays are able to compete with anyone in the world. And you and your family are in this category.
Perhaps thinking like a Malaysian is way beyond you...if you are invited to speak to the Kedah Civil Service..tell them about the future say 50 years down the line..help give birth to a true Malaysian nation. Datuk I am 66 years old from Sultan Abdul Hamid College. 33 years ago when my elder daughter was born...the hospital nurse asked me what "race" she should put for her. I told the nurse..proudly ..please put "Malaysian"! She looked at me..and said clearly and emphatically, "No such thing". I told her please put it down because I was going to start one! She went away. When she gave me the birth certificate the next day..the birth certificate had the words...of Chinese descent in place of "Race"!
Datuk, we are all made up of the same substance...oxygen, carbon dioxide, some iron and some salt..I exhale you in-hale..you are part of me and I am part of you!
You know this..so why keep on thinking and telling everybody there is a Malay oxygen or Chinese carbon dioxide? Come on Datuk, my daughter tried the same thing when her daughter (Maya my grandaughter, note the name please) was born. Please help make it possible for my grandaughter to be able to put on her daughter's birth certificate, Malaysian. Or are you the "taakan Melayu hilang dari dunia?"

A KADIR JASIN said...

Sdri/Sdra Melati Jengka,

Saya pun kalau ambil hati dengan orang Melayu ni, saya tak mahu cakap banayak lagi. Rasa-rasa nak kata, lantaklah awak.

Tapi apa akan jadi kalau Melayu dan Bumiputera terus miskin dan tercicir?

Mereka jadi Mat Rempit, penagih dadah, GRO, pelacur, pencuri, penyamum dan penyangak.

Malayu, Cina dan India nak tidur malam pun tak senang takut dirompak dan disamun. Kalau dulu jenayah berkumpulan (gengster) umumnya babitkan orang Cina. Sekarang Melayu dan India pun dah banyak.

Ikut hati memang saya tak mahu ambil peduli orang Melayu lagi. Yang muda-muda tu bukan main kurang ajar.

Tadi di Raju ada seorang budak Melayu dalam darjah 4 atau lima dia ambil kerusi di depan saya dengan kurang ajar sekai. Bukan nak kata maaf atau sori, muka kita pun tak tengok. Abang dan kakak dia ada bersama.

Apa dah jadi dengan ibu bapa dan guru sekarang? Apa dah jadi dengan akhlak?

Sedih. Dalam blog ini pun ada watak macam itu.

Terima kasih.

Jahamy said...

Dato,

Satu perkara yang yang rasa amat aneh bila Dato sebut berkaitan dengan monopoli judi oleh Lim Goh Tong, dan lain-lain. Di Lembah Klang sahaja ada lebih daripada 70 kelan slot machines yang dimonopoli oleh 3 orang sahaja - kesemua nya daripada etnik Cina. Selalu persepsi nya ialah peniaga Cina pandai dan Melayu bodoh, jadi mengapa beri lesen slot machine ie "perniagaan" yang bodoh dan CASH RICH kepada yang pandai? Kenapa tidak pada Melayu yang bodoh?

Oh ya...haram bagi orang Melayu kan?

salam.

pakbelalang said...

Dato'

No problem. Just KIV some of my comments which you feel not relevent to the subject. My comments are actually for your consumption only. Mungkin boleh jadi bahan rujukan jika didapati ada substance untuk berhujah kemudian. Tidak menjadi hal.

Anonymous said...

Datuk,

Siapakah Nur Mohd Nidzam itu?

Mengapa begitu rendah sekali akal dan santun dia? Oops silap, bukan rendah tapi akal dan santun dia zero!

Kalau setakat tahu mengutuk, itu kerja orang tak ada akal.

Tapi kalau mengutuk secara menganalisis, itu kerja orang berakal.

Dan kalau mengutuk bersekali cadangan-cadangan bernas, itu kerja orang bijak pandai.

Pepatah menyebut, satu jari kita tunjuk kat orang empat lagi jari tunjuk kat kita. Demikianlah halnya dengan Nur Mohd Nidzam... nama sedap dan mulia tapi rupa-rupanya setaraf Orang Utan yang Datuk dok belai di sebelah tu...dan saya tidak menolak kemungkinan yang Orang Utan itu lebih mulia daripada Nur Mohd Nidzam!

Come on bro, lets be more intellectual and debate professionally, not full of vengence.

Sayang Salmah.

Anonymous said...

Saya tanya kawan saya dari Patani, "Di sana ada masalah Mat Rempit tak?"

Dia menjawab selamba-selamba, "Selepas Tak Bai, dah tiada masalah tu lagi."

Sang Bwana.

alang said...

Salam Dato, betul ke jadi pegawai tu senang dapat bini cantik.hehe. Nak try apply la kut2 ada rezeki.hehe. Gurau2 dimalam hari. Semoga Dato sentiasa dilindungi dalam rahmatNya. Amin.

uton51 said...

Dato AKJ,

"KEDAULATAN RAKYAT"

SAMA MAKSUDNYA DENGAN

"1 MALAYSIA, PEOPLE FIRST, PERFORMANANCE NOW"

CAKAP LAIN SERUPA BIKIN

Anonymous said...

salam datuk,saya quote yg ini------Tapi apa pula halnya dengan monopoli gula yang sampai hari ini dibagi kepada Robert Kuok? Atau lesen judi kepada Goh Tong, Vincent Tan dan Ananda Krishnan?

Atau lesen penjana bebas, kontrak hospital dan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Yeoh Tiong Lay dan konsesi balak kepada Tiong Hiew King dan Ting Pek Khiing?

Orang Melayu dan Bumiputera bukan saja kena tahu apa yang mereka dapat, tapi kena juga tahu apa yang orang lain dapat. Jangan berebut sama sendiri saja fasal apa yang ada di tangan mereka sangat kecil.---------------


1.datuk saya mula ragu apa yg drM buat dulu.bukankah ini legasi dia? mana datuk ketika itu?

2.Orang Melayu berebut sesama sendiri kerana mereka tak ada informasi tentang apa yg orang lain ada/dapat.jadi jelas pembesar umno sembunyikan informasi utk kepentingan perut mereka!.

3.konklusi saya, pembesar umno sendiri kianat pada bangsanya?.saya ditipu oleh drM?.


sedihnya saya membaca dua topic terakhir datuk!.

corrigenda.

mns2121 said...

Salam Dato,

1. TAR dah buat silap yg amat besar dan akan terus diingat sampai bila2 oleh generasi melayu sampai hari kiamat sbb bagi IC kpd kaum2 lain.. that's the biggest mistake of all.

2. TR dah buat perkara yg betul dgn deb.. tapi tak cukup source dan kekuatan untuk berjaya.

3. MM dok pi mai pi mai tang tu.. sampai hari nie dok menyesai..

4. AAB just do whatever he need to do...

5. PM5 baru <100 hari dah buat hal... apa nak jadi nih.? Impossible to BN nak menang PRU kan datang.. Menang sorak je lah.. kg tergadai..

6. lagi 50 thn PM5 akan diingat sbg org yg buat kesilapan no.2 paling besar sejarah melayu...

camna dato?

A KADIR JASIN said...

Sdr Corrigenda,

Sistem francais dan monopoli ini bermula sejak zaman British dan berlaku di semua negara bekas tanah jajahan Inggeris.

Keluarga Kuok mendapat monopoli gula, beras dan gandum dari pembesar Johor lama sebelum merdeka.

Ia diberi kepada bapa Robert Kuok Hock Hien iaitu Kok Keng Kang.

Bila merdeka, lagi banyak kontrak, francais dan monopoli mereka dapati kerana pembangunan semakin pesat dan orang Bumiputera tidak ada kemampuan.

Hanya selepas DEB dilancar barulah Bumiputera dan syarikat pemegang amanah mula mendapat sedikit habuan.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Sdr Alang,

Tu dulu.La ni depa lagi suka orang korporat pasai pakai kereta besar dan dok di KL.Hee...

Terima kasih.

OKJ said...

Salam DAKJ

Berat mata memadang berat lagi bahu memikul. Nak baca pun tak sedap. Macamnilah, saya rasa Dato’ kena tambah pada bahagian peringatan Dato’ iaitu hanya orang waras dibenarkan membahas. Orang gila, sewel, tolol, bahlul, berpenyakit mental dan seumpamanya tidak dibernarkan sama sekali dan akan didelete bila dibaca pada perkataan pertama atau bila saja ternampak namanya. Dari perhatian saya, hanya <1% pembahas yg sewel dan gila. Jadi tak rugi apa-apa kalau tak disiarkan pun.

Sebenarnya, mengikut Dr pakar sakit jiwa, kadar sakit mental telah bertambah. Saya mula-mula tak percaya tapi sekarang dah percaya. Saya percaya orang lain pun percaya juga. Kata pakar sakit jiwa lagi, kalau dulu orang gila dari kalangan sakit ‘schizophrenia’ tapi sekarang bertukar kepada ‘manic depressive disorder’(MDP). Saya mula mula juga tak percaya tapi sekarang dah percaya.

Schizophrenia ialah penyakit gila yg bercakap sorang, bercakap dengan dinding, telanjang, bau busuk dan sebagainya tapi dah kurang sekarang. Yang banyak ialah jenis satu lagi iaitu kalau tengah ‘manic’ banyak ‘flight of ideas’ iaitu cakap tak putus putus, memaki hamun orang, mencarut dan sebagainya dan kalau tengah ‘depress’ pula akan murung sebab tengok dekat blog sendiri tiada orang baca dan kosong komen. SENDIRI TULIS SENDIRI BACA. SO jadi ‘manic’lah sekejap nak buat publicity murahan.

Sekarang baru saya percaya. Sekian, TQ.

p/s: tentang DEB masih tiada idea nak cakap, bila dah ada, saya poskan.

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri Sayang Salmah,

Teman Orang Utan saya itu pekertinya tinggi. Tolong jangan samakan dengan manusia yang hodoh akhlaknya.

Teman Orang Utan saya itu tidak menggigit. Tidak ganas. Malah sangat "friendly".

Ia tinggal di Pulau Orang Utan, Laketown Resort, Bukit Merah, Perak.

Sejak saya kenalinya pada tahun 2001, suku sakatnya sudah banyak.
Mereka beranak pinak.

"Bapa Angkat" mereka adalah usahawan Bumiputera Tan Sri Mustapha Kamal.

Dia tubuh yayasan khas untuk biak Orang Utan dan hantar mereka balik semula ke Borneo.

Terima kasih.

mad said...

maaf datuk, tolong lain kali jangan siarkan komen yg terlalu kurang ajar menghina datuk. walaupun saya kadang2 tak sependapat dgn datuk tapi kata2 kesat terhadap datuk amatlah mendukacitakan. terima kasih

Atan said...

Salam Datuk,

SKETSA 1

“Olang Malayu manyak lajin.”
Begitu kata seorang Cina tua kepada rakan bualnya, seorang lelaki Melayu yang sudah berusia waktu air kopi melalui tekak saya di sebuah restoran Hailam di daerah saya. “Lu olang ha, pukul lapan pagi sutak masuk kubun, pukul ampat pitang pun mulum malek.
Kita olang Cina tatak itu macam lajin. Kita pukul lapan masuk kubun, pukul suploh sebelat sutak malek. Tapi kita pigi masuk kubun hali-hali, lu olang masuk kubun satu minggu satu kali, kalang-kalang satu mulan satu kali.”

Saya tidak tahu punca yang mencetuskan orang Cina itu berkata demikian, tetapi inti percakapannya sangat tepat kepada sikap masyarakat saya pada waktu itu.
(Orang Cina itu sudah amat tua pada waktu itu, 30 tahun dulu.)

SKETSA 2

“Lu kena faham, kita orang Melayu tak boleh jadi kaya macam lu orang, tak boleh monopoli bisnes serupa lu orang. Lu orang ada macam-macam persatuan mau tolong lu orang bukak bisnes. Semua pengedar, lu punya bangsa. Kilang Nestle ka, kilang motosikal ka, apa-apa kilang pun, semua sales manager lu orang punya bangsa. Lu orang boleh senang dapat barang. Tauke kedai runcit dari lu punya bangsa, pengedar kasi barang lebih murah daripada peniaga Melayu. Itu pun, bila kita orang Melayu tanya sama tauke-tauke macam lu punya bapak, ‘Apa macam lu punya niaga?’ dia orang selalu cakap ‘Susah mau cali makan’.”

Saya telah berkata demikian kepada kawan saya yang berbangsa Cina kerana dia telah memprovokasi saya tentang sikap peniaga Melayu di kampung saya. Dia berkata, orang Melayu sukar nak maju sebab sikap. Untung nak banyak, katanya, tapi modal takut sangat nak keluarkan. Dia berkata begitu apabila melihat peniaga lontong, pisang goreng, sayur-mayur, dsb peniaga kecil lain yang telah bertahun-tahun berniaga, tetapi gerai/pondok niaga masih merupakan papan buruk yang dikutip entah dari mana. Dia berkata kepada saya lebih kurang begini (ada disebutnya tentang naga dsb sebelum itu tapi lupa pula saya), “Orang Cina pegang satu prinsip: kalau mau dapat banyak wang mesti berani keluar banyak wang.” Sebelum itu, dia berkata macam-macam tentang peniaga kecil Melayu itu, walaupun sakit telinga saya mendengarnya tetapi kebenaran kata-katanya tidak dapat saya nafikan.

Maka, untuk mempertahankan bangsa saya, saya menghujahkan hal itu tanpa menyentuh sikap peniaga lontong, pisang goreng, dan sebagainya itu kerana memang benar pun mereka tidak memperlihatkan perubahan dan peningkatan apa-apa pada penampilan perniagaan mereka. Mereka masih menggunakan besen atau baldi plastik untuk isi kuah lontong (mamak jual rojak guna bekas steel untuk kuah rojaknya), guna tikar getah sebagai alas gerainya, dan guna papan daripada pelbagai ukuran untuk gerainya yang beratap plastik koyak-koyak itu.

Selepas saya berkata demikian, tentang monopoli mereka dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah dalam hierarki perniagaan, tanpa saya duga dia berkata, “Lagi satu ha, lu orang susah mau kaya sebab lu orang banyak baik. Mau kaya mesti mau tipu sikit-sikit.”

Kedua-dua sketsa ini (bukan diada-adakan) kembali dalam kotak kenangan apabila membaca dua perenggan Datuk:

TAPI APA PULA HALNYA DENGAN MONOPOLI GULA YANG SAMPAI HARI INI DIBAGI KEPADA ROBERT KUOK? ATAU LESEN JUDI KEPADA GOH TONG, VINCENT TAN DAN ANANDA KRISHNAN?

ATAU LESEN PENJANA BEBAS, KONTRAK HOSPITAL DAN TANAH DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR KEPADA YEOH TIONG LAY DAN KONSESI BALAK KEPADA TIONG HIEW KING DAN TING PEK KHIING?

Kalau mana-mana perniagaan yang selama ini dimonopoli oleh mereka (dalam hal gula, misalnya) dan kita mencuba untuk merampasnya, kita tidak akan dapat menyainginya. Mereka akan memboikot produk kita secara senyap dan halus. Dalam senario yang biasa kita lihat dan sering diperkatakan orang, orang Cina secara bersendirian, dapat hidup mewah dengan perniagaan mereka di tengah-tengah kelompok masyarakat Melayu (di sebuah kampung yang berdekatan dengan kampung saya ada satu kes). Merekalah satu-satunya keluarga bangsa Cina yang ada di situ tetapi mereka jugalah yang menguasai pembelian hasil kebun masyarakat Melayu di situ sehingga dapat pula memajak dan membeli kebun penduduk setempat. Lebih hebat lagi, satu keluarga itu dapat berbahasa Jawa. Tetapi, kita secara bersendirian tidak mungkin dapat menguasai perniagaan di tengah-tengah kelompok yang majoritinya bukan bangsa kita.

Jadi, bukankah dasar melindungi bumiputera yang merupakan penduduk asal negara ini wajar diteruskan? Atau sikap tolak ansur kita harus di"mandulkan" sama sekali.

abdullahngah said...

saya dapat buat kesimpulan bahawa 70 peratus pembahas dalam blog kadir jasin ikut hawa nafsu.

Mereka cadang itu dan ini untuk menjamin kedudukan orang Melayu.ideal ideal yang dikemukakan kadang kadang ikut ideal orang kafir.

Buat apa apa pun semuanya gagal. DEB juga gagal kononnya kena ganti dengan yang baru yang lebih baik.

Apa yang dbuat oleh kerajaan UMNO/BN semuanya tidak baik, kerana mebelakangkan Al Quran dan hadis.

Allah Subha nahu wataala sudah menyatakan dalam surah Baqarah ayat 284 yang bermaksud: segala yang adas dilangit dan yang ada dibumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya nercaya Allah akan menghitung dan menyatakan kepada kamu. Kemudian dia mengampunkan bagi mereka yang dikehendakinya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang undang peraturannya) Dan ingatlah. Allah maha kuasa atas tiap tiap sesuatu."

Mengapa orang Melayu tidak berjaya mencapai apa yang impiankan, kecuali para pemimpin sahaja yang dapat mencapai metlamat yang dicitacitakan.

Anak anak jadi kaya raya isteri jadi kayaraya keluarga jadi kaya raya korni kayaraya pegampun kaya rakaya, talibarut jadi kayaraya. menanti jadi kayaraya.Tapi yang lain lain hidup menderita, termasuk terpaksa bayar hutang Bank.

Kenapa mereka tidak berjaya jadi usahawan, walaupun ada DEB? kerana mereka guna hawa nafsu termasuk terbabit dengan Riba dan rasuah.

Sedangkan Allah telah menyatakan secara jelas dan terang akan perihal orang makan riba sepertimana yang maksud firman Allah dalam ayat 275: orang orang yang memakan Riba itu tidak dapat berdiri betul melain seperti berdiri orang orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang, kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan jualbeli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambilnya) maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal didalamnya".

Allah menyatakan lagi dalam ayat 276 yang bermaksud: "Allah susutkan kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".

Sebab itu orang Melayu gagal dalam bidang usahawan. Sebab mereka makan riba dan Allah nyatakan harta mereka akan "susut" (hilang atau habis kerana terpaksa tanggung faedah Bank.

Buatlah apa yang terbaik sekalipun yang terbit dari hati yang dikatakan ikhlas untuk tolong Melayu, ia akan menemui kegagalan jika masih beramal dengan riba.

Ini janji Allah kepada manusia yang diciptanya.Oleh kerana kebanyakan kita menggunakan hawa nafsu maka itulah jadinya.

Anonymous said...

Ybhg Dato'

Saya berasa marah juga dengan bandingan DEB seolah-olah anti biotik - lama-lama jadi ketagih.

Sebenarnya mungkin ramai diantara kita dibesarkan dalam persekitaran yang begitu selesa, sehingga kita kadang kala tidak menyedari masih ramai lagi orang MELAYU yang hidup dalam serba kekurangan.

URBAN POOR akan menjadi masalah yang mendorong kepada pelbagai masalah sosial berpunca dari kedudukan eknonomi yang hanya mampu menyara hidup sehari-hari.

Kalau URBAN POOR ini setiap hari melintasi, banglo besar tersergam indah dan hampir setipa hari dilewati oleh MERCEDES mewah dihadapan gerobok burok yang menjadi tempat tinggalnya disekitar perumahan mewah di Kuala Lumpur dan di sekitar kota-kota besar dalam MALAYSIA, sudah pasti satu hari akan timbul ledak-ledakan kecil kemarahan masyarakat setempat dianatara yang kaya raya dan yang miskin melarat.

Disamping URBAN POOR, masih terdapat ramai lagi masyarakat MELAYU yang setiap hari diherdik kaum pendatang dan dimaki hamun oleh kaum pendatang kerana mereka miskin, bau busuk dan tidak pandai.

Mereka, MELAYU ini masih menduduki rumah-rumah kampong yang sudah hampir roboh ketanah, peninggalan generasi MELAYU yang sudah lama mati, mereka masih menjadi kuli batak CINA, hanya layak menjadi driver LORI CINA yang keluar pagi pulang malam ke Singapura,mereka hanya layak menjadi tukang sapu dan buroh kasar dalam setiap syarikat swasta milik kerajaan yang masih BELUM membuang mereka, mereka masih menjadi buroh kasar yang menjadi tukang sapu jalanan.

ORANG MELAYU masih MISKIN, mungkin ada segelintir MELAYU yang sudah KAYA-RAYA dengan harta yang tidak bakal habis selama 7 keturunan.

TAPI rata-rata ORANG MELAYU MASIH MISKIN

Orang MELAYU masih menjadi majoriti pekerja-pekerja kilang yang taat mencurah kederat 12jam sehari dengan hanya gaji sebanyak RM12 sehari, itupun sekiranya towkay kilang tidak bertindak memberhentikan mereka dan menganti mereka dengan PENDATANG ASING.

Orang MELAYU MASIH MISKIN hanya layak menoreh getah yang bukan lagi milik mereka tetapi milik MELAYU yang berharta yang tiinggal dikota-kota besar.

Orang MELAYU MASIH MISKIN, hanya layak menangkap ikan bila laut tidak bergelora dan masih menampung hidup dengan berhutang kepada peraih-peraih ikan yang masih sanggup menghantui kehidupan mereka dengan menjerat mereka menjadi hamba abdi yang terus menerus mengadaikan jiwa dan raga mereka hanya untuk sepundi beras.

Orang MELAYU MASIH MISKIN, mereka mempunyai keluarga besar yang ditampung kehidupan dengan tanah sawit yang hanya beberapa ekar, dan banyak tergantung kepada bantuan kerajaan untuk menanam semula pokok sait yang sudah tua yang tidak sanggup mereka tebang kerana perbuatan sedemikian seperti memotong leher sendiri kerana tiada punca pendapatan alternatif.

Orang MELAYU MASIH MSIKIN kerana kemiskinan mereka adalah bagai desiran ombak yang ditentukan oleh harga-harga komoditi yang tidak kunjung kekal, walaupun dengan bayran CES, walaupun dengan langkah-langkah setok penimbal kerajaan, walaupun dengan langkah-langkah pengawalaan harga dari sebuah negara yang menjadi pengeksport utama minyak sawit, dan pelbagai komoditi lain.

Garis bawah yang harus kekal dalam ingatan pemimpin-pemimpin MELAYU yang masih berjuang demi BANGSA, adalah ORANG MELAYU MASIH MISKIN, dan bakal menjadi hamba abdi dibumi dan tanah air sendiri.

Semaklah staus pemilikan harta orang MELAYU berbanding bangsa asing yang sudah lama menjadi lintah darat, semaklah stauts keciciran anak melayu di bangku sekolah dari darjah 6, PMR dan SPM .... DAN JUGA jumlah siswa yang GAGAL dipenghujung jalan.

Semaklah status pemilikan perniagaan MELAYU yang hidup segan ... MATI SUDAH TENTU.

DEB perlu diberi nafas baru SETUJU, ORANG MELAYU harus KEKAL mendapat manafaat dari perubahan yang dibuat oleh KERAJAAN ORANG MELAYU.

Salam perjuangan OrangBaruLahir

Ampuan Awang said...

Salam Pak Kadir,

Saya cukup berminat dengan setiap artikel yang Pak Kadir keluarkan. Disini saya tiada apa2 kenyataan yang hendak dikeluarkan tapi saya cumanak meluah satu perkara saja... ORANG KITALAH DALANG dalam DRAMA POLITIK sekarang... Saya cukup sedih

Pak Lang said...

Datuk,

Seorang pembahas yang menggunakan bahasa-bahasa kotor dan jelas biadap mengaku dia "intelligent people". He must be very sick.

Cara dia tulis macam budak-budak. Dari tulisannya nampak dia macam penyokong Pas. Inilah jenis penyokong yang bodoh sombong atau bodoh tuli. UMNO atau BN tak rugi apa-apa dengan orang macam ni. Tapi yang rugi ialah orang Melayu.

Jelas dia tidak menggunakan kemudahan-kemudahan belajar yang diberi percuma dibawah DEB. Atau dia mensia-siakan kemudahan yang disediakan.

Saya terkejut bila membaca tulisannya. Saya juga terkejut bila Datuk menyiarkannya. Mungkin Datuk sengaja berbuat begitu dengan tujuan tertentu.

Selain daripada itu buatlah kajian sebelum menulis. Tidak semua "franchise holder" bagi jenis-jenis perniagaan yang dinyatakannya orang UMNO atau Melayu.

Kalau tak suka Utusanpun tak perlulah sebut Utusan celakas (celaka). Tulisan-tulisannya tidak melambangkan nilai-nilai islam parti yang disokongnya.

KAZ said...

Terima kasih Dato'.

Agak2 Najib baca tak blog Dato' ni.

Sejak mula Najib bercakap tentang 1Malaysia, saya dah mula risau.

Ramalan saya Najib yang kita harapkan ini akan membuat kerosakan yang lebih teruk daripada AAB.

Tetapi, dalam masa yang sama, saya berdoa semoga ramalan saya ini tidak tepat.

-Teringat posting Dato' tentang naik bas pi ke Gua Musang, sekarang kita dah sampai Gua Musang, perlu ka kita tukar bas ni lagi?

Alahai.. Ruginya Melayu sejak akhir-akhir ni.

Lepas ni, saya harap Dato' dapat kupas kesilapan kerajaan dan orang Melayu dalam pelaksanaan DEB.

Terima kasih Dato'.
You are one of my idol.

pakbelalang said...

JOHOR BARU: All 980 million additional Amanah Saham Wawasan 2020 units for non-Bumiputeras were snapped up in fewer than four hours yesterday.

Sales of the Bumiputera units are still on.

comment:

What does this reflect? It shows how strong the economic power of non-bumiputras.

Don't the bumiputras feel embarrass? Or the bumiputras will have so many excuses why the units are not been taken up fully. Imagine 980 million units being taken up within 4 hours. Unbelievable!

Bear in mind the units allocated is not 30% but 51% of the total to bumiputras. Hopefully it will be fully taken up by the bumis.

If not fully subscribe then I think it is only fair to tranfer the units to non-bumis so that PNB could utilise the additional funds to generate higher invesment opportunity to earn higher dividends for investors.

Should we deny the non-bumis from investing more? Is that fair?

If I were PNB management I would offer the units to the non-bumis the balance not being taken up by bumis after a certain period of time. PNB should not lose the opportunity to create higher value in its investment portfolio to make more profits and earn better dividends for investors.

nur mohd nidzam said...

dato minta maaflah sebab malam tadi some of my comment was rude and unprofessional, i was angry sebab dato was not posting my comment which i took a lot of effort to write, saya bukan nak justify my rudeness but just explain and i know i was wrong to be rude. i thank you and praise your courage to post my long written comment finnaly. my sincere apology.

Anonymous said...

DAKJ,


Saya amat berdukacita terhadap kebiadapan sesetengah pengomen. Bukannya adat resam orang Melayu terutama yang lebih berumur daripada kita walaupun kita kurang bersetuju. Inilah yang dimaksudkan kita sebagai orang Melayu sudah hilang arah tuju terhadap identiti budaya kita.

Saya kurang bersetuju dengan pembubaran MECD kerana agensi agensi di bawahnya semuanya telah bertempiaran seperti anak ayam hilang emak. Banyak program program yang didalam perlaksanaan semuanya tergendala. Walaupun MECD mempunyai kelemahannya, adalah tidak wajar disebabkan nyamuk 3-5 ekor satu kelambu nak kena bakar.

Saya sendiri terlibat secara langsung dalam banyak program pembangunan usahawan. Kalau tak banyak adalah jugak nampak hasilnya, kelahiran usahawan dalam program seperti vendor dan francais.

Program koperasi baru yang hendak digerakkan terbantut lagi. Macam mana nak majukan usahawan Melayu? Koperasi yang paling maju ialah Bank Rakyat, letak bawah MOF. Buat apa? Nak kasi perhabis duit dan emas yang Bank Rakyat pegang?

PNS yang telah dimandatkan untuk pembangunan francais dari segi kewangan dan khidmat nasihat diletak bawah MOF tapi Pendaftar Francais yang memantau industri francais letak bawah KPDHEN. Mana logiknya? Nak perhabiskan duit PNS jugak? Macam mana nak kembangkan kelas penengahan Melayu kalau pembangunan perniagaan tidak dituruti dengang pembiayaan. Nak harap bank komersil bagi pinjaman? Yang pegang portfolio pinjaman dalam bank komersial pun bukannya Melayu. Tinggallah harapkan SME Bank. Bangsa bukan Melayu pun boleh dapat pinjaman kat sana. Net effect = Melayu nak pinjam pun masih kurang tempat.

UDA tak bermaya? Hah! Tapak yang cantik cantik semuanya bagi kat Cina. Melayu dapat tapak nun ceruk tingkat 5 tersorok kat belakang. Apa gunanya UDA pegang bangunan perniagaan kalau Melayu tak boleh berniaga? Lepas tu bila Melayu terlungkup, kata Melayu tak pandai berniaga.Pernah sorang towkay China yang kurang ajar, depan saya mengatakan dia dah dah pegang pegawai atasan di UDA, dia boleh dapat semua papan iklan dibangunan UDA. China jugak yang kaya. Dia sogok pegawai UDA dapat papan iklan murah lepas tu jual balik tinggi tinggi.

INSKEN, Institiut Keusahawan Negara. Boleh tak bagi statistik, yang beratus beratus kursus yang telah dijalan, yang memakan duit beribu-ribu, berapakah usahawan yang telah dilahirkan dibawah bimbingan INSKEN? Ada kelas sampai 50 orang, yang kelas 3 orang pun ada...Siapa yang pantau kualiti?

Yang tersebut diatas boleh diumpamakan sebagai ais terapung (iceberg)dimana 10% peratus sahaja yang nampak. Lagi 90% Wallah hualam.

Saya pertengahkan cuma untuk peringatan. "All it takes for evil pervail is for good men to keep silent" Hakikatnya ialah itulah yang terjadi kepada bangsa Melayu. Kita membiarkan segala yang tidak baik berlaku didepan mata kita. Kita menidakkan kejahatan dan keburukan dengan selemah lemah iman iaitu didalam hati kita. Bukan dengan kalam dan jugak fizikal kita.

Seperti kata perbidalan Melayu "Bukan salah ibu mengandung...." Orang Melayu ni pelik sikit...Dah terhantuk baru nak tergadah. Bila dah tak ada jalan keluar baru nak mengamok. Saya persoalkan kewibaan pengomen pengomen halaman blog DAKJ. What have you done lately to ensure that Melayu is not totally being left behind daily? Do each and everyone of you make choices daily that do not betray your self worth and dignity? It is too easy into being seduced taking the short cut which is to be "tak apa" How many of you dare to say " I choose to keep my life as straight and clean as I can?" or "I am the best by example to the people around me?"
ataupun bila menengani sesuatu digenggam sampai jadi bara?

Budaya dan ada resam Melayu kita tinggi tapi kita sendiri tidak menghargainya...

Keturunan Jebat

Food for thought

A KADIR JASIN said...

Sdra Nur Mohd Nidzam, berkata:

"dato minta maaflah sebab malam tadi some of my comment was rude and unprofessional, i was angry sebab dato was not posting my comment which i took a lot of effort to write, saya bukan nak justify my rudeness but just explain and i know i was wrong to be rude. i thank you and praise your courage to post my long written comment finnaly. my sincere apology."

1. Apology accepted. But your rudeness is inexcusable;

2. You did not wait for me to post your 8.25 pm comment. Instead to wrote nasty things;

3. In this blog, comments are not automatically posted. I read them before they are posted;

4. Surely you should wait for a while (even hours) before concluding that I had rejected your comment;

5. If you are a young man and a Malay, I hope you learn a lesson. It does not pay to be rude.

6. You are welcome to debate in this blog, but let us keep our sanity and akhlak.

7. To others, I am sorry I can't publish comments whose facts I am not very sure of, especially when "air muka and maruah" are at stake.

Thank you.

TooLBoX said...

Mula dgn DEB selepas tu liberasi dan terbaru bukan 1 bukan 2 tapi 7 Foreign Banks.

Betullah kata Dato'; PM tidak sewajarnya pegang jawatan Menteri Kewangan

The Botak Man said...

Sdr. A Kadir Jasin,

Minta permisi untuk merujuk kepada komen Sdr./Sdri. "Salam perjuangan OrangBaruLahir".

Saya rasa saya paham akan kemarahan yang dirasai olih Sdr./Sdri.

Saya pun marah. Lebih-lebih lagi kerana bangsa Melayu (nampaknya) amat sukar untuk bersatu, untuk berusaha memajukan diri sendiri serta bangsa sendiri. Yang kaya mudah lupa diri, yang miskin menjadi lebih miskin.

Yang amat saya marah sekarang adalah dengan kedaifan orang Islam yang kebanyakkannya orang Melayu.

Dimana perginya potongan zakat setiap bulan?

Setiap tahun kutipan zakat makin bertambah-tambah tetapi orang Islam yang hidup papa-kedana juga bertambah. Apa dah jadi?

Zakat adalah rukun Islam dan ia bukanlah untuk pamerkan statistik kutipan yang bertambah.

Zakat adalah untuk menolong umat supaya tiada yang papa-kedana, supaya tiada yang hidup melarat. Kemiskinan bolih membawa banyak bencana kepada mesyarakat.

This is why zakat is one of the pillars (rukun) of Islam.

Sekian.

Raison D'etre said...

Datuk AKJ,

Perhaps we are in a second kind of Malay Dilemma where on one side we need to progress from whatever crutches that had come from being labelled Bumiputra and yet at the same time there is the stark reality that (I agree with your pelaksana comments) many are still way behind.

I was reading this week's The Edge (mainly for the PKFZ story - a classic Malay/Chinese collaboration "success" if I may say so) and came to the entreprenuer pages which highlighted, amongst other, BFM's founder as well as that of Les Copeq.

These are our success stories, and we do need more. Malays who can stride out and match the rest without much (notice this word) backing from their Bumiputra status.

Grants and incentives are fine by me, as long as they do reach those who are supposed to receive them.

This is perhaps where we as a bangsa had failed ourselves in that the thrust towards creating a competitive, a worthy and succesful Bangsa Melayu had faltered somewhere along the lines.

I believe our 'cheap labor" policy - since translated into a foreign laborer addiction - is now transforming the young Malays especially into a group of sociopath without much direction for their future.

The Mat and Minah Rempit, the bohsia and the bohjan (to quip a long forgotten term), are, I believe Malays.

Our very root as a Bangsa is going haywire if they represents the future.

This is never the fault of our so-called crutch but that of pelaksana who had forgotten their duties and responsibilities in ensuring everyone gets their fair share of the nation's wealth.

Who is this pelaksana? Who?

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Dato' AKJ yang dihurmati dan peserta-peserta blog ini yang diraikan,

1. Fenomena yang kelihatan oleh saya ialah semakin ada pembaharuan dan perubabahan yang dibuat oleh PM, semakin sempit dada insan yang hendak dibela sangat-sangat tu (MELAYU).

2. 1 MALAYSIA, maaflah Dato' dan rakan-rakan sekelian saya sedang mencari maknanya. Nampak semacam duplikasi dari "malaysian malaysia" juga. (kalau dah sama mengapa bertelagah?) Jika dapat diperjelaskan makna tanpa interpretasi tersasar saya berterima kasih.

3. Selepas melihat kejayaan Islam for All oleh PAS, mengapa sekoyong-koyong PM nak korbankan semuanya apa yang telah ada pada bumi, demi mengambil hati kaum bukan bumi? Sekarang ni masa berpolitik untuk semua kaum, bukan lagi berpolitik untuk kaum dalam kelambu bangsa-bangsa lagi..nanti tak laku. CUMA IANYA MEMERLUKAN KEBIJAKSANAAN (hikmah) DAN KERJA KERAS (Jihad).

4. Ingatan perlu juga kepada penggemar PERUBAHAN agar janganlah lupa diri terhadap batasan AGAMA,KEISLAMAN, KEBENARAN, KEHAKIMAN, PENDEMOKRASIAN, KEADILAN DAN KEILMUAN. Janganlah pakai hentam sajalah labu..demi untuk seutas KEKUASAAN (POWER), KERANA YANG PALING SUSAH MEMPERBETULKAN KETELANJURAN YANG DISENGAJAKAN DAN DIPERTAHANKANNYA PULA DENGAN DEGIL (ARROGANT).

5. Carilah ganti sistem ekonomi kita yang lebih mampan. Pakailah prinsip ekonomi untuk meraih kekayaan bersama di dunia ini dan sama-sama melaksanakan PEMILIKAN DAN KEMAKMURAN BERDASARKAN SYARIAT ISLAM DAN ILMU SERTA TEKNOLOGI-KEJURUTERAAN DI DALAM SOSIO-POLITIKO-EKONOMI DAN PERADABAN YANG ADIL DAN SAKSAMA. Akhirnya para penganut Islam selamat mendapat ganjaran KEMAKMURAN DAN PAHALA di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih kerana memberi perhatian dan respon.

DUNGUN

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato

After having read and re-read the various posts in this thread, I have come to the unpalatable conclusion that Malaysia, as a country, is still not ready to play in a globalised world.

One may well ask why, 50 years and counting after Merdeka, a significant percentage of Malaysians still feel insecure and unable to compete against the likes of China and India, let alone the US, the EU, Japan, S Korea and the other members of Asean.

Isn't 50 years enough for us to get our act together and raise our game to world standards (and I am not talking about football here!)?

When the PM announced plans to liberalise 27 subsectors of the service economy, the naysayers and prophets of gloom started their complaints. Never mind that the government wants the services sector to contribute 60% of the country's GDP by 2012. Never mind that Malaysia has still not ratified the World Trade Organisation's Government Procurement Agreement which requires members to treat foreign and domestic suppliers equally when the government buys goods and services.

It appears that a significant number of Malaysians have an atavistic, even primeval, fear of competition and globalisation. Can this be attributed to the shortcomings of the national education system? Or to a mindset where affirmative action and protection, regardless of economic forces, takes precedence?

Whatever the reasons, the fact of the matter is that foreign investments - either direct or portfolio - are becoming increasingly hard to attract, with every country out there fighting tooth and nail to get foreign investments. Any country that fails to make the grade - for infrastructure, trained and skilled manpower, conducive living environment, good corporate and political governance, minimal corruption, transparent decision-making without policy reversals and "flip flops", a sound legal and judicial system and a well-trained and efficient government bureaucracy with a minimum of red tape - is destined to languish by the wayside, while stronger, fitter and more aggressive countries push upwards to lift their populations and economies to developed nation status.

It may not matter for the business tycoons, entrepreneurs and the PMETs (professionals, managers, executives and technicians) in Malaysia who may be able to jump to greener pastures when the world economies get over the current global financial crisis and resume their upward growth path. But ordinary Malaysians, of all races, without special skills, training or talent will have to languish in a country where the possible dearth of foreign investments will result in a lack of good jobs and growth opportunities for home-grown SMEs.

And that is a sure recipe for disaster.

Anonymous said...

Dato,

buka Yellow Pages. Check business directory listing dari A to Z. See, almost all businesses are owned by Chinese. That's not their fault. They take the risk, business risk that is..to start a business, any business. Many succeed.

On the other hand, if there is such a thing called Failed Business Pages, i bet the listing from A to Z will be monopolised by the Chinese as well. Many Chinese have failed in business too. That's normal. Bottom line is, you don't succeed if you don't take risk.

DEB policy makers should have studied the Yellow Pages. You can see a business chain or pattern, where importers, manufacturers, distributors, retailers are all linked. They are well supported by financial institutions, transport operators, insurance,raw material suppliers, warehousing, etc. When most of these are owned by Chinese, naturally they are rich.

If the DEB could copy this pattern since 30 years ago, there will be thousands of Bumi usahawan already. The Bumi Network can even match the Bamboo Network. The key question to Bumi business success is simple: For every 1 ringgit spent at any business chain, how much will go to a Bumi?

There are thousands of Bumi contractors from class A to F...i wonder why? Where are the Bumi owned warehouses, packagers, transport, raw material suppliers, insurance, spare parts manufacturers, etc?

Salesman

Anak Malaysia said...

Dato',
Nur Muhd Nizam,
Tidak wajar memaki hamun orang lain . Setiap tulisan anda memaparkan betapa rendahnya atau tingginya akhlak anda .

Walaupun Dato' dah memaafkan tetapi sikap "sopan" anda wajar tidak dimaafkan oleh DKJ kerana ia menyinggung perasaan DKJ dan para pembaca yang menghormati DKJ sebagai tuan punya blog.

Bersikap sopanlah bila berada dihadapan tuanrumah.

Berbuatlah perkara yang kita mahu orang lain buat kepada kita ..bersopanlah dan jangan mengikut emosi.

Anak_Malaysia

Dr Tajuddin Jadi jali said...

Datok Kadir,

Sorry dato.Kerana saya lama tinggal di luar Negeri sejak tahun 2000 lagi,saya banyak ketinggalan apa yang berlaku di tanah ayer.

Setahu saya DEB di mulakan pada tahun 1970 dan untok 30 tahun.Tamat pada tahun 2000.Sebab itu saya lari keluar negeri kerana DEB sudah habis.

Kenapa pada tahun 2009 Dato maseh ungkitkan DEB.Sebab itu lah orang Cina dan India dan Bengali marah kapad BN dan UMNO kerana kita tidak tepati janji.

Apa hampir 30 tahun orang Melayu mendapat layanan istimiwa dari segi ekonomi,maseh tidak mampu untok berdiri sendiri.Kemana kah perginya orang Melayu yang berjaya kerana DEB.

Bank Bumiputra,Pernas,UDA,SEDC di tubohkan untok membantu orang melayu.Sekarang semua agency2 ini telah lebur dan hilang.Anggapan saya kerana orang melayu telah berjaya,maka kita tidak memerlukan lagi bank bumiputra,Pernas dan UDA.

Kenapakah perginya wira2 Melayu yang kaya rasa hasil nekmat DEB saperti Tan Sri Halim saad,Tan Sri Amin Shah,Tan Sri Tajuddin,Tan Sri Rashid.Ada kah mereka ini lenyap tak berkubor kerana DEB.

Saya lihat dalam list orang yang terkaya di majalah Dato,Malaysian Business,terdapat nama Ananda Krisnan,Francis Yeo,Quek Leng Chan,Teh Heng Piau dan banyak lagi.Tiga puloha tahun dahulu mereka ini hanya perniaga biasa,nak bayar hutang bak pun susah.Ada kah mereka ini product dari pelaksanaan DEB.

Seronok juga jika kita hendak berbicara fasal DEB.Macam kira berbicara dengan bulan.

Harap .Dato jangan la emotional sangat.

pek percubaan said...

Assalamualikum Dato
Saya sebenarnya pun tak berapa percaya kpd Umno. Dan juga tak berapa yakindgn PAs untuk menggantikan Umno dalam memerintah Malaysia ni. Tengok la disekeliling kita . Apa dah jadi. Siapa pun naik akan mengorbankan hak org Islam dan Melayu serta bumiputera. Siapa yg rugi? MECD, nama ALLAH, Bank, DEB, Jawatan menteri dan mcm2 lagi.
Dato kena kuat semangat memberi kesedaran kepada org Melayu dan ISlam.
Tengok Dato kat Kopitian Killiney tapi takut nak segan nak tegur lak.
Wan

Dato Robert Lim Johore said...

Dato;

Your comment on Robert Kouk getting the franchise for sugar in malaysia.You are wrong.

Robert was given the quota to import Sugar by Tengku Rahman.He become the sole importer.He build Sugar refinary in Prai.This Sugar Quota given to Robert Kouk make him what he is today.He make ton of money.From this money he bullt Shangrila Hotal in Singapora and Rasa sayang Hotel in Penang.Then he branch into palm oil trading and estate.

Robert didnot need DEB to be what he is today.He need the support of Malay Prime Minister and the Malay civil servant in Ministery of Trade.

Thank.

OKJ said...

Salam DAKJ
Pendapatan Negara maju: Switzerland USD55K (RM 16500 sebulan); USA USD 50K (RM 14400), UK USD38K (RM11400); Singapore USD 30K (RM9000 sebulan)
Pendapatan isirumah hasil DEB: RM 660(1970); RM 1254 (1990); RM 2996 (2004). Mula mula setiap 20 tahun naik 2X ganda, kemudian 15 tahun naik 2X ganda. SO, ikut kira kira, kita perlukan lagi 10 tahun untuk pendapatan RM 6000 dan lagi 5 – 10 tahun pendapatan RM 9000- RM12000. Kesimpulannya kita memerlukan kira kira 10-15 tahun lagi nak jadi negara maju seperti WAWASAN 2020. (Memang bijak ayahanda Tun Dr. Mahathir kita) Itupun jika tiada trafic jam dan pendapatan negara maju statik. Cadangan saya DEB perlu lagi 15 -20 tahun barulah boleh diubah dasarnya.

Sesungguhnya,DEB memang perlu dan perlu dipertahankan. Semua umat Melayu tahu tu tapi ada yg buat buat tak tahu. Cuba tengok kedai kiri kanan, berapa banyak kedai Melayu kalau bukan di bazaar MARA atau pasar malam atau pekan sari. Lihat di Megamall berapa banyak kedai melayu. Cuba lihat 100 orang terkaya di Malaysia berapa ramai Melayu (Itupun ada yg jelous). Lihat berapa banyak syarikat Melayu yg gulung tikar. Lihat pendapatan isirumah kurang RM1000 bangsa apa yg paling ramai. Lihat amanah saham untuk bukan melayu sekejap je habis tapi untuk bumiputera, boleh buat pinjaman bank pun tak habis habis.

Biasanya manusia akan sedar dan insaf bila barang kesayangannya hilang. Kereta yg dipakai tiap tiap hari tak dihargai sehinggalah ianya rosak atau hilang. Dasar DEB juga tidak dihargai sehinggalah ianya pudar. Pada masa itulah Umat Melayu akan tercari cari dan akan bersatu kembali. Saya rasa mungkin itulah strategi yg hendak digunakan. Tetapi satu strategi yg begitu berisiko samada berjaya atau berkubur Umat Melayu di Tanah Melayu. Sama-samalah kita lihat dan berdoa.

Cerita pasal kerajaan dan UMNO je boring juga. Apa kata Dato’ risik risik tentang Murtamar PAS yg akan datang. Dengar khabarnya PAS pun dah terbelah dua antara ULAMA dan Erdogen. Betul ke ? Biasalah tu politik orang Melayu. Pi mai pi mai tang tu jugak. Jangan disangka air tenang tiada badak air. Sekian TQ.

pak mat tempe said...

Salam Dato',

Pada pendapat saya lah Dato' dasar ini lahir akibat kuasa politik melayu dah makin lemah. Bargaining power bukan bumi semakin jelas dan nyata. Bagaimana ini boleh berlaku. Kita kena kaji. iTU PERSOALAN POKOK NYA

Kita kena sorot kebelakang apakah sebabnya politik melayu lemah dan berpecah. dan apakah sebabnya. Pada saya ia bermula dari saat Anwar Ibrahim ditendang keluar dari mainstream politik negara. Walaupun ia pernah terjadi pada era Ku Li 1987 tetapi tidak sehebat 1998. Walaupun fakta ini tidak akan diakui orang terutama UMNO.(Saya bukan penyokong Anwar) Bagi saya faktor Anwar masih kuat mencorakan landscape politik nagara ini. Ini dapat dilihat pada PRU12. Itupun beliau tidak dapat bertanding. Kita kena terima hakikat ini jangan membohongi diri sendiri untuk menyedapkan hati. Masih ingat kah kita diambang PRU12 macam2 komen sombong terhadap beliau dan ada pemimpin tinggi yang memberi komen sape Anwar, Kita dah lupa beliau dah ,bagi kita dia takde apa2. tetapi bagaimana hakikat sebenar. Keputusan 5 negeri hilang. Kalau bukan faktor dia faktor apa kah yang menyebabkan kekalahan teruk BN tersebut. Buatlah kajian.

Begitu juga PAS mereka ada pengikut tegar mereka. Pengaruhnya banyak diPantai Timur dan menular keselatan Kedah dan Pahang dan Perak. mereka ini solid melayu

Oleh itu Kalau boleh cari jalan untuk menyatukan pemimpin 2 ini. Panggillah bijak pandai profesor2 kita bincang. Jangan lah nak bincang sape akan menang PR Kecil. atau ungkapan2 yang nak please satu pehak sahaja itu tidak boleh mengubah keadaan dan tak kemana kita. Cuba berikan hujah2 yang boleh menyumbang kepada menguatkan , menyatukan kuasa politik melayu. Apa formulanya, siapa yang jadi key person atau pemimpin yang patut dilibatkan. Siapa kuat pengaruh ,dipercayai, dihormati untuk lead. Apa yang saya nampak Ku Li adalah sangat sesuai dari semua segi, orangnya bijak, berpengalaman, very senior politician. mengimbangi golongan bangsawan dan marhaen.generasi muda dan tua

cerdik pandai kita berani lah berkata benar walaupun pahit jika perkara tak betul kata tak betul walau dipihak mana (PR ke UMNO KE). Kalau penyelesainnya melayu bersatu yang paling baik, cadangkan lah penyatuan. Sebab dari faktanya kedua pehak ada pengikut nya lebih kurang sama banyak. Dengan keadaan sekarang yang sini maki sebelah sana dan yang sana maki sebelah sini yang untung sape?. Boleh ke menyelesaikan masalah atau merungkai kekusutan yang ada.Siapa yang tak sayangkan bangsanya itu dah naluri semulajadi setiap bangsa di mukabumi ini tetapi tidak lah menafikan hak lain2 keturunan atau racist, extremist.

Kita tak boleh salahkan non bumi dalam hal ini,kerana itu memang matlamat perjuangan parti mereka masing2.Sama juga dengan kita UMNO memperjuangkan kepentingan etnik masing2 secara berhemah dan harmoni(positive discrimination). Sejak dahulu lagi mereka tak setuju dengan DEB tetapi tidak dilahirkan dengan terang2.
Saya pernah bekerja dikelilingi masyarakt Non bumi. ayat2 yang selalu keluar kekadang panas telinga nak dengar. tetapi kawan2 tu dah rapat dengan kita,kita bersedia mendengar tanpa ambil hati. Ini brlaku akhir 70han dan awal 80han dulu. Saya penah mengusik mreka apasal awak kedekut nak belanja duit . dia akan jawab U boleh lah belanja duit sebab tak perlu simpan sangat , sekolah anak anak ada biasiswa. Buku dapat Free, beli rumah ada discount bumi, lepas belajar boleh kerja dengan kerajaan dah terjamin. Nak berniaga ada MARA beri pinjam. nak jadi kontrektor kerajaan beri kelas 'F' untuk bumi sahaja dan projek kerajan bumi sahaja.Pendek kata nak apa pun kerajaan akan bantu.tetapi kita orang non bumi segala nya mesti buat sendiri. anak belajar belanja sendiri tu pasal kena kuat belajar tu pasal juga kita berjimat tak boleh tidak. Non bumi yang kaya takapa dia banyak duit tak perlu bantuan Saya jawab sekadar mempertahankan diri . Itu memang dah hak kita orang melayu dalam Perlembagaan. Orang melayu memang perlu dibantu sebab ketinggalan dalam perniagaan. Non bumi dah pandai brniaga dan memnguasai ekonomi Malaysia. Dari faktanya pada masa itu berapa kerat orang melayu ada bisnes besar2, bangunan orang melayu di pekan besar. Begitu juga golongan Profesional melayu. Tu pasal kita tetapkan 30% hanya 30%sahaja. Kalau ikut hukum statistik fair distribution base on head count 60% baru lebih adil.

Tetapi Kekadang difikirkan ada betulnya susah juga kita nak menepisnya sebagaimana susahnya kerajaan nak kata NO kepada mereka sebab dasar dah lama tapi matlamat tak dapat capai juga.

Kita memang dipersimpangan sekarang ini . Samada sanggup menerima ini sebagai satu perubahan yang mesti dibuat demi survival BN dan kemajuan negara, keharmonian hubungan kaum dengan slogan 1 malaysia dan mesti diterima oleh orang melayu berdasarkan keadaan semasa( Secara politiknya, sosialnya dan ekonominya).
ATAU
minta kerajaan timbang semula dasar tersebut .Berbincanglah semula semua pemimpin melayu dari semua parti akan buruk baiknya dasar ini kepada orang melayu. Ketepikan perbezaan dan berlapang dada lah , bersalaman, bermaafan berfikir dengan kepala yang dingin demi anak cucu kita. Macam kata Dato' buat lah apa pun dasar tetapi golongan majoriti jangan diabaikan. Saya bersetuju sangat kerana keharmonian malaysia ini bergantung kepada kepuasan hati rakyat majoriti. fikir2 kan lah.

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Wan (Pek Percubaan), lain kali datanglah jumpa saya.

2. Sdr Dato' Robert Lim Johor, cerita say itu saya petik daripada sebuat rencana dalam The Star beberapa tahun lalu.

3. Mungkin Tunku perluas monopoli itu ke seluruh Tanah Melayu atas nama Robert Kuok.

4. Tapi mereka bermula di Johor.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Dr Tajuddin Jadi Jali, antara lain menulis,

"Setahu saya DEB di mulakan pada tahun 1970 dan untok 30 tahun.Tamat pada tahun 2000.Sebab itu saya lari keluar negeri kerana DEB sudah habis."

1. Senanglah orang yang boleh lari ke luar negara bila DEB habis.

2. Malangnya bukan semua orang Melaty macam Tuan.Ramai Melayu nak ke Makkah pun kena menabung berpuluh tahun dan minta sedekah.

3. Ingatlah kepada yang tak mampu. Bukan semua Melayu kaya dan global macam Sdr.

4. Saya pun boleh lari macam Sdr. Tapi ini tanah tumpah darah saya. Tanah Melayu yang saya cintai.

5. DEB tamat tapi objektifnya diteruskan oleh Dasar Pembangunan Nasional dan sekarang Dasar Pembangunan Wawasan.

6. Saya tidak emosional. Kalau emosional saya larilah ke luar negara macam Sdr.

7. Do enjoy your kebangsatan, an old Malay word which roughly means to seek one's fortune away from home.

Terima kasih.

Nik said...

Dato Says;

"Inilah kita orang Melayu. Kita cemburu kalau orang bangsa kita sendiri berjaya."

Ini adalah satu satunya perangai yang amat merosakkan umat bangsa melayu......Ini kesan dari kurang daya berpakat dan kurang budaya memberi.

nur mohd nidzam said...

Kepada Anak Malaysi,
saya telah mintak maaf secara terbuka dan ikhlas. Dato telah membuktikan kemuliaan beliau dengan memaafkan saya dan dato telah memberi teguran dan tunjuk ajar yang akan saya pelajari. saya kesal dan malu dengan setengah komen saya itu.Kalau boleh nak tarik balik tapi dah terlanjur.saya juga mintak maaf kepada semua pembaca disini macam saudara.oleh itu saya merayu kepada saudara janganlah ungkitkan hal itu lag, lets move ahead.
sekian terima kasih

Anonymous said...

Dato'

Allahyarham Tun Abdul Razak proposed, Najib disposes.

Melati

pakbelalang said...

KUALA TERENGGANU, April 28(Bernama) -- The Terengganu government is buying old houses with historical value in efforts to retain heritage and boost tourism in the state.

State Tourism, Arts and Culture Committee Chairman Datuk Za'abar Mohammad Adib said several old houses in Kampung Losong here had been acquired.

comment:

Soalan:-

1.Is there any proper valuation to determine the value of each old historical house purchased?

2. Who decides which old houses to purchase? Is there a special committee to identify which old houses are having "real" historical value.

3. Does the purchase of the house involve the purchase of the land as well?

4. What about maintenance of the houses? How much it will cost to maintain each house on a yearly basis?

5. How does the State Government define a particular old house has historical value? Are they employing official historical reseachers?

6. How many houses are involved and whether the location of each house is strategically located to boost tourism?

7. What is the total project cost?

8. Is the project viable long term or would it be one day all the houses become white elephant.

9. Will the owner(s) of the house vacate the house after the purchase?

I think something is not right with this project or proposal.

Don't you think so, Dato'? The state govt. should review this in order not to let some people in power to take advantage. There are so many loopholes that can cause pilferage to state funds.

pakbelalang said...

Dato'

Wouldn't it be a good idea if you have a section for people like me who like to divert on other subjects and to comment on other things?

There are certain things that I just want to tell the world. Having my own blog is out of question. I am not a focus person and cannot sustain my interest.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dari pemahaman saya, DEB asalnya bertujuan untuk mengimbangkan sosio-ekonomi antara kaum (rujukan utama kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Anggapannya pada masa itu, sosio-ekonomi kaum adalah jauh ke hadapan berbanding kaum melayu dan kaum india.

Bagaimana DEB ditafsir sebagai hak mutlak kaum melayu, penindasan kaum cina dan pengabaian kaum india, tidak lah saya ketahui.

Jika saya salah, tolong betulkan.

Walau bagaimanapun, buat hujah ini, saya anggapkan saya betul.

Maka kata kunci bagi DEB adalah "KESEIMBANGAN SOSIO-EKONOMI ANTARA KAUM".

Benar, bagi kaum melayu, cina dan india, telah ada peningkatan dari segi taraf sosio-ekonomi mereka masing-masing.

Soalnya, adakah keseimbangan yang disebut tadi telah dicapai? Bagi saya, tidak. Dan disinilah masalah teras nya.

Dua persoalan saya ingin ajukan disini :

1.Apakah keseimbangan itu sudah tidak perlu?
2.Atau keseimbangan itu masih lagi perlu dan memasukkan elemen antarabangsa sebagai satu formula baru?

Marahkan nyamuk, jangan bakar kelambu. Jika sekalipun benci akan kelambu, gunalah ubat nyamuk. Dewasa ini, ubat nyamuk jenis yang bakar ada, yang elektrik ada, yang ada asap ada, yang tidak ada asap pun ada.

Jika pakai kelambu, nyamuk masih dapat gigit, itu bukan salah kelambu.

Mungkin salah kita sebab tidur terlalu lasak atau salah kita tak pasang kelambu elok-elok.

Namun ia TETAP BUKAN SALAH KELAMBU!

Shade said...

Sapa kayakan YTL?...............UMNO
Sapa kayakan Ananda Krishnan?...UMNO
Sapa kayakan Vincent Tan?.......UMNO
Sapa kayakan Lim Goh Tong?......UMNO
Sapa kayakan Lee Kim Yew?.......UMNO
Sapa kayakan Jefry Cheah?.......UMNO
Sapa kayakan Patrick Lim?.......UMNO

Sapa miskinkan org Melayu?......UMNO

Nik said...

Dato'

Dr Tajudin Jadi Jali said;

"Setahu saya DEB di mulakan pada tahun 1970 dan untok 30 tahun.Tamat pada tahun 2000.Sebab itu saya lari keluar negeri kerana DEB sudah habis."

Eh? Senang nya nak lari keluar negeri...Yang setahu kami yang berlaku macam ni adalah anak buah UMNO yang telah berjaya menyamun negara dan berupaya dengan wang besar mendiri hidup baru di luar negara....

Yang Melayu dan Cina lain yang berhijrah keluar negara bukan pasal DEB. Mereka berhijrah keluar negara untuk masa depan anak anak mereka mencari rezeki dinegara maju. Bukan senang nak start hidup baru di negara baru...Migrant dari Itali, Greece dll menghadapi rintangan yang sama...Cuma yang kaya saperti orang UMNO yang dapat easy money boleh cakap macam Dr Tajudin....

Anonymous said...

Kita harus mula bercakap tentang human ability to adapt, to change and to compete. Melayu tidak kurang dari bangsa2 besar lain dalam perkara di atas. Orang yang berpengaruh seperti Dato' harus lebih bercakap tentangnya lebih2 lagi dalam blog ini. Kita boleh Dato'.

Fazilis

Anonymous said...

Salam Dato',

Ini pendapat/persepsi 2 det (2 cents) saya..

- UMNO sepatutnya majukan bangsa melayu, tapi sekadar majukan segelintir umnoputra, mcaputra dan micputra. Sudahnya DEB ke mana apa ke mana, melayu dok takok tu la jugak!

- UMNO nama pun parti Melayu. Tapi tulisan jawi hilang pasai umno. PPSMI pun umno jugak yang buat hal. Yang paling lawak, paper umno (utusan, bharian) yang guna bahasa melayu pun tudia baguih punya dok sokong! Nanti semua pakat pakai bahasa Inggeris hangpa nak juai paper kat sapa? Sepatutnya umno kuatkan lagi bahasa melayu. Buat undang2 yang bagi kuasa kat bahasa melayu. Contohnya, bila kat tempat awam semua rakyat kena cakap melayu. Ni dak, pi berurusan kat kedai bukan melayu, baguih punya depa dok kelentong cakap bahasa depa, kita sepatah haram tak paham! Depa ada 'advantage' seolah-olah 'lethal weapon' kat depa. Toksah muhong laa kata hangpa tak besa kena lagu tu! Masa belajaq oversea dulu, bila part yang kita tak mau kawan atau pensyarah orang puteh paham apa yg kita cakap, kita bantai ja cakap melayu, 'advantage' tu!

- UMNO masih dok jaja cerita Anwar 'lewat'. Tapi majoriti memang tak buleh terima dan tak mau terima. Dengan insiden2 yang dah jadi sejarah tahun 98-99 dulu, oghang utagha kata tak masuk akai. Lain laa kalau Wan Azizah pernah berkelahi kaa.. mintak cerai ka hapa kaa.. ni dia dan anak2 ok ja.. siap sanggup berkorban lagi untuk pertahankan dia! Bini ialah manusia yang paling peka bab suami punya 'preferences' walaupun suami cuba 'cover-line' habih!

Tu ja takat ni, ada masa nanti buleh tulih lagi. Mekasih Dato' bagi 'line' kat saya..


IjauKunin'.

eddy said...

Salam Dato’, I for one think that the Malays in general are too pessimistic and defeatist in their attitude as if we are lost if we are not given preferential treatment by the Government. For too long now, too much emphasis is given to the perception that the other races especially the Chinese will totally overwhelm us in commerce, finance and education without Government affirmative action.

I beg to differ, the Malays as a race have come a long way since Merdeka from just being mere farmers and low rank civil servants to being professionals, managers, engineers, doctors, bankers etc. competent in their chosen fields and positively contributing to the economy. The Malays can stand proud of their achievements since Merdeka, just look at you Dato’, son of a farmer in Kedah who rose to become Group Editor-in-Chief of the NSTP, this is a huge achievement in itself. What is needed now is that more positive publicity must be given to the extraordinary and ordinary achievements of the Malays in education, service sectors and other industries and their contribution hand in hand with our other Malaysian brothers.

Taking into account the Perlembagaan which enshrined the special status of the MaIays/Bumiputras, I think it is timely that DS Najib has the courage to start to wean us gradually from the protection and preferential treatment that has given much comfort, so much so that we think it is a “right” rather than a “privilege” which could be taken away and we should already realize that such things cannot go on forever in this thoroughly globalised world.

Some Malays will need to change their attitude and their mindset from being quitters,fatalistic and defeatists to being upbeat, assured, confident and proud.

One more thing we should stop comparing with what others have ( sugar,flour,gambling concessions etc.) but focus our mind on what we should do as a group and individually to achieve what we want for us and our children.

……Just a thought from a practising Professional Engineer(Civil).

Dr.Tajuddin Jadi Jeli said...

Dato Kadir.

Saya lari dan tinggal di Perth.Di sini bukan saya saorang.Ramai kawan2 dari Malaysia.Bekas Pengarah Tanah dan galian Selangor pun ada rumah nya di sini.Macam istana.Partrik Lim pun ada rumah di sini.Juga hidup macam king.Dato Neela kurapan juga ada rumah di sini,ada bodyguard keliling.

Dato."Bangsat" itu mengikut fahaman saya buka lari keluar negeri."Hang pergi bangsat kemana" itu bermaana hang pergi bawa diri kemana.Bangsat itu untok orang yang papa lari dari kampongnya.

Juga digunakan u\saperti,hang keturunan bangsat.bermaana keturunrn yang tak baik.

Saya lari keluar negeri kerana tak taham melihat "perompak" dalam UMNO dan Kerajaan merompak wang raayat tampa limit atas nama DEB.Tak payah lah saya ulas.Dato pun tahu.

Anonymous said...

Dato'

1. PM Najib can do away 30% Bumi shareholding in the 27 services sub-sectors. But he has to ensure that as many Bumis as possible enter these sub-sectors either on their own or in JV with others. When I was in the bank, we encouraged and finance meaningful Bumi-non-Bumi JVs. This is also in line with the PM's 1Malaysia.

2. In employment, the Government should use its suation power to compel all services operators to employ multi-racial staff in line with "Malaysia Truly Asia" and 1Malaysia concept.

3. It is an insult to the PM's 1Malaysia is these companies employ their own races;

4. I know it is difficult for small- and medium-size Bumi companies to attract Chinese staff. But they can attract Indian staff more easily. The Melays have no proplem with working for Chinese companies;

5. So in line with 1Malaysia, PM has to use his power and influence that the Bumis and all poor Malaysians are not sidelined and neglected in this liberal environment;

6. Foreign bankers must bring capital into Malaysia and not raised the capital here. They must bring new type of businesses so that they will be stealing businesses from the existing banks;

7. They must train and employ new staff and bring in skills instead of stealing from the existging banks.

Ex-banker

Dato Kamal Aziz.Johore said...

Dato,

The biggest mistake make by Tun Razak in 1070 is to launch DEB to help the Malay.Now after 40 year The Malay remain where they were in 1970 and the goverment waste billions of ringgit.The real benefit of DEB is the Chinese and Indian.

Thay why now alot of malay dah buka mata dan say goobye to UMNO.Sebab itu lah Najib mula mengenepikan dasar DEB kerana dia tahu bapanya make the biggest mistake,Melayu tetap Melayu.

Cina jadi kaya raya kerana ahli politik melayu dan pegawai Kerajaan Melayu.

Hidup Najib dan Rosmah.

A KADIR JASIN said...

Dr Tajuddin Jadi Jeli, antara lain, berkata:

"Saya lari keluar negeri kerana tak taham melihat "perompak" dalam UMNO dan Kerajaan merompak wang raayat tampa limit atas nama DEB.Tak payah lah saya ulas.Dato pun tahu."

Itu hak dan persepti Sdr. But I would rather stay here and fight for the Malays and the country. Mind you I have many Chinese and Indian friends. I grew up, educated and now live in a multi-racial envoronment.

Yes, I know many Malaysians have palatial homes in Perth. I have seen and gone to some of their homes. I am not saying it's wrong. I am proud that so many Melayus can afford homes in the Orang Puteh countries.

But these are exceptions. Most Malays are still struggling to have tiny flats in KUala Lumpur. If the PM does away with the NEP and not replacing it, it is these poor Malays who will suffer. Melayu kaya mungkin itu jejak Sdr ke Perth.

Sdr Eddy, thank you for your thoughts. My generation is very lucky. We were educated both in bahasa Melayu and English. So my worry is the generations after me or after us may not enjoy the same good things that the NEP and stable political situation gave us. Thus that the basis of my struggle.

As for the special rights and privileges of the Malays, these existed well before Merdeka.

That's why the Reed's Commission stated that these rights and privileges had to be protected in the Malayan Constitution, thus the Article 153.

Tentang Sdr Nur Mohd Nidzam, saya rasa kita terimalah mohon maaf beliau. Saya pun dah maafkan beliau dan beliau pun dah kata dia silap. Orang yang berani mengaku kesilapannya dan mohon maaf adalah orang yang mulia.

Terima kasih.

antubiul said...

Datuk,

Nampaknya Najib is not as expected. He playing to the opposition tune especially AI.The way his thinking is fullfil AI dreams and PR will doomed. He forget that in Malaysia 'MALAY' first than others. It not that malay wants everthing, is just that the wealth should be divided equally. As you mention and as we do knows about monopoly, the non bumi has and edge on us and no chinese or indian made a noise on it,no noise on the sugar king etc but they made so much noise on malay equity and malays is still blind.Looks like UMNO not only going to loose the Chinese votes, the malays will also deserted them slowly and where will they go?

eddy said...

Salam Dato', rest assured that I understand "maksud yang tersirat" in your latest posting and I do agree and support your struggle. Like you, I have been educated both in Bahasa Melayu and English. As such, as a parent I also hope that the learning of Science and Mathematics in English Policy mooted by Tun Mahathir in 2003 is continued indefinitely so that our children will have the benefit of education in both languages.

I am not too sure about Dato Kamal Aziz Johore verdict on the DEB and about the Malays still being stuck in the 1970s though, he really should look around him and see for himself how much our lot has improved. I think the DEB cannot be seen narrowly as a program for making Malays rich per se, it is a carefully thought out socio-economic program where giving good education to the less fortunate is given a huge emphasis also and by far the objective in giving our lot a good education have been largely successful. If only the two stream system i.e Malay or English stream has been kept and perpetuated in the National Schools, the result of the DEB in producing good quality Malaysians ready to compete in this globalised world would have been more pronounced.

Of course it cannot be denied that much of the negative vibes of the DEB is due in part of the perception that only the Chinese and some ruling parties cronies got filthy rich while the majority target group of people are just left holding a wooden spoon so to speak. Perhaps under the 1Malaysia concept we could have a truly "Dasar Ekonomi Nasional" with set procedures to ensure maximum delivery to all target group regardless of ethnic background.In Malaysia we need not be worried that the Malays will be left out as by virtue of Malay/Bumis being majority of the population definitely they will be the biggest component of the target group for the new Dasar Ekonomi Nasional.TQ.

Orang Jauh said...

Dato,
Saya dah pernah komen pasal pemansuhan DEB ni pada artikel dato yg lepas.

Sekarang kita dah tak boleh buat apa pun, keputusan dah dibuat. Kita orang melayu ni pun, lazimnya taat pada pemimpin. Takkan kita nak memberontak pulak.

Saya ada berfikir dan saya membuat sedikit kesimpulan pasal perkara ini.

1) Yang paling penting sekarang adalah orang melayu belajar hidup susah tanpa mengharapkan kerajaan.

2) Melayu perlu disedarkan bahawa kekuatan sesuatu bangsa adalah pada penguasaan ekonomi dan pengetahuan.

Rasanya kita sudah tidak perlu kaitkan kekuatan melayu dengan penguasaan politik, sebab dengan politik jugakla kita dah hilang "keistimewaan". Sekarang, kita hanya harapkan pada diri sendiri sahaja.

Sebagai pemulaan, mungkin dari pembaca blog ini sendiri, kita kena tanamkan semangat yang kuat untuk berdaya saing. Kita juga kena sentiasa menggalakkan atau beri sokongan (semana yg mampu)kepada sesiapa orang Melayu yg bercita-cita tinggi, bukan dari kalangan keluarga dan sedara-mara sahaja. Tiada lagi hasad dengki atau cemburu. Sesiapa melayu yg kita nampak atau kenal, kita kena nasihatkan, galakkan mereka supaya belajar tinggi-tinggi ataupun ceburi bidang perniagaan.

Saya percaya kita orang melayu boleh berjaya tanpa pertolongan kerajaan (saya sedar ia memerlukan masa yg panjang), tapi setidak-tidaknya, kita dapat melatih diri sendiri dan keturunan kita untuk lebih berdaya saing. Jika kita berjaya selepas ini, isyaallah tiada lagi hinaan, tiada lagi kutukan dari bangsa lain yg mengatakan Melayu hanya mengharapkan ihsan kerajaan sahaja. Sebagai majoriti dalam Malaysia, rasanya tiada masalah untuk kita jadi kuat dan berkebolehan. Rasanya sekarang adalah titik permulaan untuk kita memulakan langkah pertama.

Melayu Boleh!!
Melayu Boleh!!
Melayu Boleh!!

isyaallah.

nur mohd nidzam said...

saya rasa reform yang paling utama dan pertama yang harus diutamakan oleh pentadbiran baru ialah reform sistem pendidikan negara.Sstem pendidikan kita sekarang terlalu kepada prinsip perkauman.Orang cina pergi sekolah cina,orang india sekolah tamil, anak melayu sekolah kebangsaan. sudah tiba masa semua sekolah ini digabungkan,bahasa malaysia menjadi bahasa untuk seua mata pelajara, bahasa tamil,cina dan inggeris pengajarannya di tingkat kan supaya rakyat malaysia yang diverse mampu bersaing diperingkat global dengan dunia.Selain dari itu kita juga boleh melahirkan satu masyarakat yang menghormati satu sama lain,saling bantu membantu,tolerasi antara satu sama lain, tidak wassangka antara satu sama lain dan memangap diri mereka benar benar anak Malaysia dan berganding bahu memajukan negara.Saya harap satu hari nanti lahir satu masyarakat malaysia yang berbilang kaum dipimpin oleh pimpinan islam yang boleh berkerja sama tanpa perasaan perkauman yang begitu tebal yang boleh dirasai selepas membaca blog dan komen komen disini.

manletih said...

Malas nak komen banyak2.

Semua yang sokong buang DEB lupa yang ekonomi kita dimonopoli oleh perasuah bukan bumiputera yang memandang rendah org lain. Macamana nak bersaing? Nak jumpa purchasing officer pun susah.

Kalau tak faham, memang anda tiada pengalaman berniaga di peringkat yg lebih tinggi dari kedai runcit dan kedai makan.

Been there. Done that. Makan gaji jelah orang yang bukan perasuah.

*manletih*

p.s. in business rasuah menyamar sebagai entertainment/pr/marketing. Lebih kurang macam politik wang laaaa. Bukan rasuah. Duit minyaak.

Awey Kelate said...

Dato'
DEB - satu legasi Tun Razak, akhirnya diruntuhkan anaknya. Saya antara yang mendapat manfaat dari DEB. Namun, apa yang agak songsang adalah tiadanya "ketahanan" pada kebanyak jutawan Melayu yang dihasilkan. Dan, ramai jutawan Melayu ini hanya menghiasi dada akhbar bahagian hiburan - gosip dengan artis tu, kahwin-cerai dengan artis ini. Harta yang diperolehi mereka banyak tidak dapat dimanfaat masyarakat Melayu yang kurang bernasib baik. Berapa ramai jutawan atau bilionaire Melayu yang menampung belanja anak-anak Melayu yang cemerlang tetapi ibu-bapa yang dhaif??
Kita lihat jutawan dan bilionaire Cina Malaysia memperuntukkan dana untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar kaum mereka. Amat sedih sebab kita Muslim sememangnya digalakkan membantu sewaktu kita diberikan kesenangan, namun kita lihat para datin atau puan sri Melayu (bukan semua) lebih pentingkan koleksi baju dari Paris, London, New York dri membantu pelajar-pelajar Melayu miskin yang agak cemerlang.. sebab itulah tiada berkat berlegar di dalam harta mereka.
Keperluan sekolah Cina banyak dibiayai golongan jutawan Cina, tetapi adakah golongan jutawan Melayu bertindak sedemikian????
DEB bukan untuk kita sisihkan kaum lain, tetapi juga bukan untuk disalahgunakan oleh segelintir (bak kata Datuk) UMNO-putra, MCA-putra atau MIC-putra

OKJ said...

Salam DAKJ

Snippets

1. Saya rasa Menteri Kesihatan baru ni bagus sebab defend Dr. Yalah, kalau salah kata salah tapi kalau betul kena kata betul. Politician pula kena jujur dgn fakta bukan main bantai je ikut sedap mulut. Macamnilah siapa yg lebih kita percaya politician or doctor???

2. Untung juga babi kat Malaysia sebab dapat vaksin percuma. Apa kata kerajaan beri percuma vaksin Influenza A kepada seluruh rakyat Malaysia. Harganya lebih kurang RM 80. Boleh dapat discount kalau guna banyak. Dari bagi vaksin H1N1 ke babi, lebih baik bagi vaksin Influenza A ke manusia. Cukup cukuplah mengutamakan babi. Sekian, TQ.

nur mohd nidzam said...

Dato,
salam,
I feel we malays are not any less then any major race,infact in certain areas like religion,culture,family ties,tolerance,ability to adapt to situations malays are ahead.

Maybe Dato can help to focus on
encouraging the govt to use these strong points of malays to motivate and provide some sort of training programe for the masses or the comunity.

Dave - the disappointed malaysian said...

Dear Datuk,

First of all, I’ve got to know your post from a newspaper. I decided to write you a story of mine. To be honest, with all due respects, I doubt you’ll approve it.

I got 4 A (aces) during my SPM and was hoping so much to get to UTM at that time. Unfortunately, like most of others high scorers, no room for me. But one thing surprised me that even several SAP “bumi student” bumiputra students managed to get it through. I was so angered and disappointed with the outcome.

I went to private college while working as a part time computer technician that earns 350 / month just o ease up my parents’ burden and which is an amount that doesn’t help much. And so that, my parents can have the rest of the saving for my brother and sister’s education.

After the college, the only way to get an degree is to Australia which I could not afford it. I can’t even squeeze a RM 5,000 (as bank’s security’s deposit) for me to get a RM 25,000 loan for the school fee in Australia because I didn’t’ want to put the burden on my parents. Even if I can get the RM 25,000, I would still need to work very hard to earn enough money for my living and pocket money which I had prepared myself. There were no government funds available, not for non-bumis.

I was so disappointed and I told myself that, one day, I will leave this country where we are not treated as a citizen here. So, I went to Singapore. I saw a whole new world there. I appreciated and enjoyed the equal opportunities provided by Singaporean government. Today, what I or my family have, it is a reward from our hard work without a single Malaysian government’s helping hand.

Even today, whenever I’m traveling and meeting people around, whenever I’m being asked where am I came from, I’m feel so sorry and sad because I hesitate every time even now, to tell them I’m a Malaysian. I feel shame as a Malaysian because I don’t I’m part of the country other than it is stated formally on my IC. So, I’ll always end up telling them “ I’m born in my xxx hometown in Malaysia but I’m a Singaporean”.

I truly love this piece of land, because it’s the place I grown up. But, I had to admit that for the sake of my family’s future, my children, my grand children. I decided to leave and away from a place that I think it’s hopeless; at least I couldn’t foresee the hope within my lifetime.

I have a lot of friends from other races, Malay, Chinese, Indians and I have a lot of real bumis such as Iban, Bidayu, and etc….I don’t feel good even if telling others or introduce to other with terms “my Malay friends or Indian friends” and etc.. I always call them “my friends” because I recognize each human being as a human being, and not by their races or religious.

Finally, I would like to tell you that, whatever we majority Chinese have today are from our very hard work and enormous efforts we put it. It’s neither dropping from sky nor from Malaysian government.

My biggest wish is to see Malaysia to become a real “1 country, 1 nation”.

Alamfanacinta said...

Salam Datuk..

Apa rasionalnya MeCD di bubarkan..Bukankah kementerian tu sedang mencipta nama..Biarpun menterinya silih berganti namun misi dan visi tetap di teruskan sehingga menjadi bualan di sana sini serta membuka mata rakyat dan menanam kesedaran menjadikan keusahawanan kerjaya pilihan.

Dengan program yang di atur dan rancak di hebahkan melalui media cetak dan media eletronik ternyata MeCD berjaya mengangkat mertabat pelbagai peringkat masyarakat untuk hidup berteraskan sunnah iaitu sembilan persepuluh pintu rezeki itu adalah dari berniaga.

Agensi agensi di bawah MeCD juga berpaut rapat sesama mereka seperti anak anak yang akur menunggu arahan peneraju mereka yang bekerja dengan ikhlas bukan mengejar nama maupun mencari glamour...Membubarkan MeCD seolah olah meruntuhkan rumahtangga yang sedang bahagia.

Ke manakah perancangan yang sudah di atur, yang sedang di rencana ke mana hala tujunya..Biarkanlah orang melayu yang kecil dan sederhana ni nak hidup..Kembalikanlah kepada yang hak..Kalau perpustakaan melayu pun nak dirampas apa lagi yang tinggal untuk mereka buat rujukan untuk mereka mengadu kesempitan dan kepayahan bagi memulakan perniagaan..

Macam kata C-Bok one stop station dah jadi 8 stop station..Bukan kah pembaziran pembubaran? Memupuk semangat berniaga menjadi teras utama MeCD..tidak hairanlah sana sini berbicara untuk menambah pendapatan dengan berniaga..peluang terbuka luas dan kami yang bakal menerima ijazah juga telah terpanggil untuk mengimarahkan dunia perniagaan..

Apakah 1 Malaysia bimbang orang melayu jadi pandai?Bukan kah itu cita2 bapa pembangunan kita dulu..Janganlah bersikap macam zaman british dulu..Nenek saya bercerita orang Inggeris galakkan orang melayu tanam kelapa..semua makanan berunsurkan kelapa di jamu pada anak2 cucu orang2 melayu..apatah lagi santan pekat..antara kuih muihnya adalah tepung talam,seri muka,kuih anak dara dua sebilik..tidak ketinggalan sayur lemak putih dan macam2 lagilah..semuanya akan membuatkan orang melayu jadi lupa..lemah otak akibat terlebih hidangan santan..semua buat kita lupa bekerja..semua gara gara santan..ada agenda yang tidak secara langsung..ala ala subversif gitu..

Generasi sekarang munkin dah sedar kurangkan santan dalam makanan sebab tu kita lihat ramai bijak pandai jadi tak sepatutnya 1 Malaysia takut atau gentar bila anak anak muda sudah pandai berkata kata..Kata nak jadi inclusive jadi kenapa Tidak jadikan MeCD lebih istimewa di mata rakyat jelata..

Andai di kembalikan MeCD ke tempat asal ternyata Satu Malaysia mendengar suara hati rakyat..Jangan malu untuk mengubah mana tahu dapat membina semula kekuatan 1 Malaysia tidak mustahil dapat menarik semula peminat yang sedang pudar..

Selalu2lah 1 Malaysia jengah di one stop station Ybhg Datuk A. Kadir Jasin ni..ada ilmu dan warisan yang di tinggalkan melalui tulisannya..Apalah ada pada harta berkoyan sedang yang kita harapkan agar ilmu yang di tinggalkan dapat di menafaatkan buat bekalan perjalanan kita ke sana nanti.

Salam hormat dari saya..saya doakan datuk sekeluarga sihat sejahtera..

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR: The Umno Veterans Council, formerly the Umno Veterans Club, wants Opposition Malay-based parties such as PAS to merge with it under Barisan Nasional “to ensure a better future for the Malays and Muslims in the country.”

comment:

That goes without saying. Bersatu kita kukuh bercerai kita roboh.

All we need is just political will to make it happens. Never too late. UMNO and PAS leaders must be rational in their thinking and reflect what is their commitment towards "memertabatkan ummah supaya jangan dipandang hina dan daif" and try to blend to suit each others political objectives.

Nak seribu daya, tak nak seri daleh !!

ONE MELAYU,ONE UMMAH AND ONE MALAYSIA!!

Memang dah molek benor tu !! Apa nak lagi. Mari kita ubah cara kita berpolitik. Politic "give and take" rather than confrontational politics. Bangsa Melayu bukan nya 100 juta. Kalau stakat puloh juta je itu pun tak boleh bersatu padu. Sedih, sedih !!

Anonymous said...

Salam Dato',

Kalau Melayu nak hidup kaya, Melayu kenalah berniaga @ berdagang. Tak cukup. Melayu juga kena jimat cermat. Pada dasarnya, nak berniaga kenalah ada modal. Nak ada modal kenalah menabung. Berniaga itu memerlukan macam-macam, terutama ilmu (baca maklumat), kecekalan, keyakinan, usaha bangun setiap kali jatuh,...panjang senarainya.

Dunia perniagaan ni, tak kira apa jenis perniagaan waima berniaga nasi lemak pun, berubah dengan cepat. Kalau kita selesa, tau-tau pesaing kita boleh buat kita jadi tak relevan, perniagaan merosot, kaput. Selera, citarasa, gaya hidup masyarakat kita pun berubah cepat. Itu sebabnya kita selalu tengok ada syarikat yang nampak maju, tak lama tutup kedai. Ambil saja contoh Globe Silk Store di Jln TAR KL, siapa yang tak tahu kedai tu pada tahun 1970 - 1990an? Sekarang kedai tu khabarnya dah tutup (?).

Pada pengamatan saya, generasi peniaga Melayu sekarang ni banyak yang fikir tentang membuat pinjaman untuk mula berniaga. MARA lah, SME bank lah, Bank Pertanian lah,...macam2 ada. Manusia ni sama saja tak kira apa bangsanya; kalau duit tu bukan dia yang punya (dikumpul melalui hasil titik peluhnya sendiri) maka kuranglah rasa sayangnya pada duit tu.

Orang Cina telah menguasai jaringan perniagaan di negara ini sejak sebelum Perang Dunia I lagi. Dalam masyrakat Cina pun ada clan yang mengawal jenis perniagaan tertentu. Resmi orang berniaga ialah mahu memonopoli perniagaan, jadi kalau ada bakal pesaing tentulah akan dihapuskan seboleh mungkin, tak kiralah dari clan mana, bertambah-tambah pula dari kaum Melayu.

Pepatah orang Amerika, "if we can't beat them, join them". Melayu kena bergabung dengan Cina untuk berniaga kerana jaringan perniagaan di Malaysia (dan di Asia Tenggara) telah mereka ungguli. Bukan itu saja, mereka ada modal, dan modal mereka amat besar.

Tanpa penyertaan Cina, tak akan ada tempat atau kompleks perniagaan yang berjaya. Bandar Muazam Shah, Bandar Penawar, Bandar Baru Serting (sekarang namanya Bandar Seri Jempol) semuanya sepi kerana tak ada Cina berniaga disitu. Kalau Melayu nak tingkatkan peluang dan tahap perniagaan kena jemput Cina berniaga sama. Plaza Angsana JB adalah contoh Melayu berniaga ada kelas sikit kerana pengurusan kompleks tu (UDA) beri (or rather jemput) Cina berniaga sama.

Orang berniaga kena yakin dan berdaya tahan. Kita nampak banyak kedai runcit India dimerata temoat hampur disemua bandar dan pekan di Malaysia Barat. Tak payah sebut restoren mamak 24 jam ..mana-mana ada. Kalau diperhatikan, kedai India tak diurus sebaik kedai Cina tapi orang India memang terkenal berjimat cermat, itu sebablah terus bertahan. Harga barang di kedai India biasanya lebih tinggi berbanding kedai Cina tetapi kedai mereka bertahan kerana mereka peniaga India taat dengan perniagaannya.

Saya fikir orang Melayu kena balik ke asas: Perniagaan jalan kekayaan, rajin usaha tekun jalan kejayaan, jimat cermat jalan kekayaan. Biaq pi dengan politik kalu nak meniaga, kompoi duit buat modai, mula sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dato', dah melalut saya ni.

Pak HJ JB

Anonymous said...

Looking at China now , is it too much to do a sudden move to allow Malay kids to take extra Mandarin class in goverment school. Now , please stop all this nonsense I do not love my Bahasa etc.Knowing an extra subject make you less stupid or less Malay?
If we can have this classes , we should start and certificate base and slowly upgraded to be included in main subject.
Do you know that Malay parents has to fork out 350.00 a month for 4 times a week Mandarin language class? When our kids able to converse casually in Mandarin , still disallowed to work because 'Chinese Only' ?

Adam

zaidi ali said...

Salam Dato'.

Salah satu cabang DEB ialah Penswastaan Malaysia yang berlandaskan teras DEB.

Konsep Penswastaan Malaysia diperkenalkan semenjak zaman Tun M. Matlamatnya untuk membantu Bumiputra. Memberi peluang Bumiputra untuk bersaing bersama Bukan Bumi. Sayangnya tidak disebut pula peluang persaingan sama rata antara Bumiputra. Lalu tiket Bumiputra diguna secara meluas untuk pengagihan kontrak yang melibatkan golongan Minoriti Bumiputra Berkepentingan (MiBB) tertentu sahaja dengan membelakangi golongan Majoriti Bumiputra Tidak Berkepentingan (MaBTB) yang lain. Keadaan terpinggir tidaklah begitu signifikan ketika zaman Tun M kerana tender melimpah-limpah.

Golongan MaBTB yang dibelakangi ini terasa semakin terasing di bumi sendiri semasa zaman Tun Lah bilamana tender semakin mengecut dan kontraktor besar mula berkata "kontrak kecil pun kontrak juga". Syarikat kontraktor kelas A mempunyai anak-anak syarikat kelas B,C,D,E,F (kalau ada nak tambah sampai Z). Lagilah terasa apabila kontraktor kelas F disaingi kelas A dalam ertikata sebenar. Kesilapan lagi dilakukan apabila kontrak kerja menampal jalan (penyelenggaraan)pun diberi kepada 3 kontraktor gergasi iaitu RoadCare, BelatiWangsa dan (Lupa pulak nama ke-3). Kerja-kerja ciput pun disapu golongan MiBB. Tender Terbuka sudah jadi Tender Celah Ketiak dan Tender Celah Gigi pula dicungkil habis.

Saya tidak cemburu golongan MiBB boleh menukar Merc S320 yang lebih besar asalkan jangan dituang pasir ke dalam enjin Merc C200 golongan MaBTB sampai isteri muda pun lari.

Secara realitinya Tun M berjaya dengan wawasannya mewujudkan 100 jutawan MiBB sebagai hadiah memufliskan 100,000 MaBTB dan ianya berlaku "Atas Nama DEB".

Kesimpulannya DEB itu suatu dasar yang amat baik sekiranya Bumiputra yang dimaksud tidak berkasta-kasta seperti Bhoomiputrek di India!

Khalid Ibrahim said...

Dato.

You kata DEB tamat dan diganti dengan Dasar Pembangunan wawasan dan Dasar Pembangunan Nasional.Ini satu kesilapan yang besar kerana ,

Ramai orang Cina dan India berasa tertipu kerana sangka mereka DEB telah tamat tahun 2000.Sebab itumereka tak mahu mengundi BN dalam tahun 2008.Ini lah yang najib cuba kakukan sekarang,Tinggalkan DEB dan semua Malaysia memounyai hak yang sama.

Tulisan DR Tajuddin yang lari meninggalkan negeri amat menarek kerana terlalu banyak "perompak"dalam UMNO dan Kerajaan.Saya ingin menambah.Apabila projek2 kerajaan sudah kehabisan,susah hendak memrompak Dana kerajaan,maka mereka mula mencari institusi mana yang boleh di rompak;

Amat sedeh dato,Institusi yang mereka pileh ialah PNB yang di tubohkan untok menolong orang2 Melayu/Masa Tun Mahathir kita dapati Tun Daim amat rakus dalam mengkaya kan dirinya dan kawan2nya,tapi dua Institusi yang ia tgidak sentoh iaitu PNB dan Petronas'

Masa Dolah Badewi jadi PM,mereka merompak PNB tampa kesian belas kapada unit holdernya yang terdiri dari orang Melayu yang miskin.

1-Penjualan Estate milek PNB kapada Sime Darby.Dalam transaksi ini PNB yang asalnya menguasai saham Plantation hampir 75%,bila digabong kan dengan Sime % sahamnya jatok below 50%;Ia terpaksa membelanjakan hampir 2 billion ringgit untok membeli saham Sime di pasaran untok mendapatkan samula 51% Dalam deal ini ada perompak mdalam UMNO membuat untong hampir 2 billion ringgit.

2=Pembelian saham bank di Indonesia BII oleh Malayan Banking.Dalam transaksi ini ada orang UMNO buat untong hampir 1.5 billion dan Malayan banking hampir benkrup.

Saya tidak tahu apa lagi yang mereka akan rompak salepas ini.

Do we need DEB,Dato.

Nik said...

Dato'

Khalid Ibrahim said:

"Amat sedeh dato,Institusi yang mereka pileh ialah PNB yang di tubohkan untok menolong orang2 Melayu/Masa Tun Mahathir kita dapati Tun Daim amat rakus dalam mengkaya kan dirinya dan kawan2nya,tapi dua Institusi yang ia tgidak sentoh iaitu PNB dan Petronas'

Masa Dolah Badewi jadi PM,mereka merompak PNB tampa kesian belas kapada unit holdernya yang terdiri dari orang Melayu yang miskin."

Adakah Tabung Haji satu dari Institusi yang telah dirogol oleh penyamun penyamun tersebut?
Hai...Penabung yang nak keMekah pun kena sental....

Anonymous said...

Datuk,

Apalah malang nasib saya. Banyak komen yang saya beri, langsung tak melekat di blog Datuk ni. Mula-mula saya ingatkan Datuk dah "reject" komen-komen saya tu, tapi bila komen-komen yang "simple" pun tak dapat keluar, saya rasa pelik jugak.

Entahlah Datuk, apa masalah PC saya ni pun, saya tak tahulah. Nak kata ada orang dah block IP address saya ni dari beri komen kat blog Datuk, saya takde bukti. Lagipun saya ni bodoh IT. Manalah saya tahu itu semua.

Sekarang ni saya buat posting pun dari cybercafe. Rasa-rasanya dah 10tahun saya tak pernah masuk cybercafe ni Datuk. Puhhh diaaa... Datuk, dah macam medan perang cybercafe ni. Boom bang... boom bang ... budak-budak tengah main "online game". Seronok jugak tengok gelagat dia orang ni, Datuk.

Zaman "depa" Datuk. Dulu zaman saya, riuh dan kecoh masa tangkap ikan dengan kawan-kawan, tangkap ayam buat sembelih, main konda-kondi, main rounders, main bola "inter-kampung", mandi sungai dan lain-lain.

Zaman memang sudah berubah Datuk. Pemikiran orang dulu dah tak sama dengan pemikiran orang sekarang. Orang Melayu terutama yang muda-muda ni pun dah berlainan sangat pemikiran mereka. Kita terpaksa terimalah.

OK lah Datuk, saya tak boleh nak tulis panjang. Otak tak boleh nak "concentrate" dengan bunyi bom dan machine-gun yang bertalu-talu di kiri kanan saya ni. Haha... Datuk mungkin baca komen saya ni tak sampai 1 minit, tapi saya dah duduk kat sini lebih setengah jam! Nak keluarkan idea pun jammed!

Buat kawan-kawan pembahas. Teruskan berbahas secara "gentleman" dan berilmiah. Elakkan dari mengguna perkataan kesat dan kurang sopan. Sila hormat "tuan rumah". Jangan jadi "belanda diberi tanah".


-sinbad-

mread said...

Dato,

Pada pendapat saya, dasar DEB ini haruslah dipermodenkan and lebih transparent untuk memastikan kekayaan dapat di kongsi bersama oleh org Melayu. Pada dasarnya, DEB telah disalah gunakan in the sense only segilintir 'elite' Melayu yg enjoy the benefits and at the same time make them richer and more richer. Pada pendapat saya, dasar DEB tidak berjaya sepenuhnya walaupun telah dilancarkan over 40 years ago, which kinda a long time period. Dalam tempoh 40 tahun, korea selatan telah mengubah ekonomi mereka dari miskin ke sebuah negara yg maju dan kaya. Ini menunjukkan implementation of DEB is weak overall. The idea is sincere and noble as equal economic power will ensure race relation stays healthy. But what happened is totally chaos, Malays are split between them (poor & rich) and other races do not trust the Malay as they feel discriminated against. My point is, we should be able to hit 30% economic power years and years ago and it will make sense to abolish DEB right now. This is not the case though, we are not even hit 20% level and they want to abolish it now. So, siapa yg bersalah disini?

mustafa ht said...

salam dato.kalau zaman pakLah buat ni
hancur kepala pakLah kena hampok. tapi najib org umno dan mahathir suka
tak apa! begitulah budaya umno kalau dah nak jatuh hentam lagi.yg kuat tu kita sanjung tinggi2.pilihanraya 1995
dulu tak silap Barisan dgn anwar, najib,mahyuddin bersama mahathir dan pakLah menang besar.kalau tak silap karpal dan kit siang pun kalah masa tu. barisan dapat lebih drp 2/3 majoriti. tapi apa umno buat?tambahkan sekolah jenis kebangsaan,kompromikan keperkasaan
bahasa melayu,kurangkan kuasa raja.
keperkasaan politik org melayu tidak dipelihara didalam keghairahn
mahathir nak mengkomersialkan org
melayu.pada saya memanglah tidak boleh dinafikan sumbangan mahathir kpd kedewasaan negara,tapi kelayuan
melayu hari ini bermula dari zaman
mahathir.hari ini mahathir brcakap pasal rasuah.di zaman beliau cakap2 prihal anggota kabinet dan kerajaan yg rasuah menjadi
buah mulut ramai.kes rafidah,samyV,
ketua pengarah epu etc.rasuah sikit
mahathir pejam mata.yg penting melayu mesti kaya.tapi hari ni kaya
melayu setakat mana? tapi kdudukan
politik melayu,agama dan raja di
cabar dgn rakus.dato dan geng2 dato
salahkan pakLah kerana kononnya ahli umno takut nak brcakap.skarang
pasal buang DEB dan MECD ni org umno tak brcakap jugak.takut ke sapa? saya banyak jugak melayari
blog dato. hampir tak pernah saya
terbaca dato komen negatif tentang
mahathir.sewaktu menjadi panelist
mengulas pilihanraya kecil bukit
gantang dan selambau d BernamaTV
baru2 ni bersama ahmad talib dan sharkawi jirim ada pemanggil marah
kenapa mahathir kempen hentam peri
badi org. ketiga2 panelist tak bother nak jawab pun.begitu respect
nya dato dan geng2 terhadap drM.
pada dato dan geng mahathir tak ada salah.yg salah org melayu pakLah, umno, anwar,khairi etc.
mokhzani dan mukhriz kaya adakah
kerana mereka mokhzani dan mukhriz
atau kerana mereka bin mahathir?

kambeng said...

Bila pkr kata nak hapus deb..suma mengamok,budak hingusan uitm pun sama buat demo(kena paksa kot)..tp bila dato najib buat,suma diam mcm tikus.

ZK said...

Dato,

DEB haruslah dinilai,dikaji,diselidik dan ditambah baik semula. Dasar lama nampaknya hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja lebih-lebih lagi para kroni dan saudara mara pemimpin politik yang berkuasa. Walau sudah lebih 30 tahun berlalu, nasib orang-orang kampung dan luar bandar masih tidak terbela. Masih ramai orang melayu, india dan ada segelintir orang cina yang masih hidup berhempas pulas menyara keluarga. Masih ada kawasan luar bandar yang kekurangan kemudahan asas.

Jika dasar lama diteruskan lagi,yang kaya akan bertambah terus kaya. Nafsu mereka tidak dapat dipuaskan.
Tembolok besar mereka terus mahu diisi tanpa menghiraukan orang lain.

Perlu ada mekanisme baru untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan bertaraf hidup rendah. Pemerintah mesti IKHLAS dan JUJUR jika mahu menolong golongan yang kurang berkemampuan mengubah taraf hidup mereka.

Propagator said...

Dear Dato'

I am hoping for najib not to take
the populist road. If he does that he will lose on both counts.

The chinese and indians he hopes to pacify and win over will keep demanding for more and will never be satisfied while the Malays will feel more and more deprived and alienated.

Come the next elections it will show. The death knell for UMNO and the demise of BN.

Anonymous said...

Dato,

Maafkan saya kerna ingin bertanya SIAPAKAH SEKARANG YG MEMPERUANGKAN HAK ORANG MELAYU...
Kerana sekarang ini masing2 ingin merAIH UNDI CINA dan INDIA, MELAYU kini SUDAH tiada PEJUANG yang BERANI DAN LANTANG.
Pada saya UMNO harus terus mempertahan dan memperjuangkan hak ORANG MELAYU tanpa takut di gelar RACIST kerana itu lah TERAS PERJUANGAN UMNO.
Tetapi perjuangan itu harus lah perjuangan yang jujur tanpa menharapkan balasan wang ringgit atau pun kekayaan. Saya percaya kalau ini dilakukan oleh UMNO saya pasti orang orang melayu akan kembali di belakang UMNO.
Saya faham ada yang berpendapat UMNO itu parti pemerintah jadi ia tidak boleh lari dari memberikan kesamarataan kepada bangsa lain,,,,,,,pada saya ini satu alasan yang tidak boleh di terima kerana perjuangan untuk semua itu SEBENARNYA terletak dikepemimpinan tertinggi BN BUKAN UMNO. ( UNITED MALAY ORGANISATION )

JADI sekali lagi soalan saya SIAPA YANG MEPERJUANGKAN MELAYU DIWAKTU INI ?????

Maka jika ini berterusan apa akan jadi pada anak ucu kita ??????


Nadzree Tajudin
HIDUP MELAYU KALAU PERJUANGAN JUJUR
TERSUNGKUR MELAYU KALAU KITA TIDAK

SpekMan said...

Dato' semasa Najib mengumumkan kabinet barunya, saya dan 3 lagi rakan2 menangis kerana tempat bergantung dan menagih harap-MECD-dimusnahkan. Lihatlah apa yg BN/UMNO berikan kepada penduduk Kuala Sepetang..sedangkan Melayu merempat di negara sendiri. Saya org Johor, saya amat masak mengenai pembangunan luarbandar di Johor. Sekarang, kita harapkan sokong, rupa2nya sokong yang membawa rebah.

Apakah Najib sedang menebus 'dosa'nya kerana kelantangan beliau semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO-berarak ke Kg. Baru.

Jika Dato' berpeluang bertemu dgn Najib/Mahyuddin-[kami rakyat biasa ni wpun mengundi tak boleh jmp mereka nanti bodyguard ketok dengan cotar] tolong sampaikan suara hati kami bahawa...jangan sampai maruah kami digadaikan semata2 ingin menagih simpati kaum bukan bumiputera.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato

I am not even sure that I am talking on the same wavelength as your goodself or many of the people who have posted in this thread.

You see, Dato - arguments about 20% or 30% share of the economy, rights and privileges or "pendatangs" don't matter in the wider scheme of things.

Why? Because the future of Malaysia is all about jobs (and good jobs, at that) and moving up the economic value-added chain. While becoming more "green", saving the environment and becoming more caring and concerned Malaysians.

Look at the statistics. How many graduates and school leavers are being churned out annually by all our universities, technical training institutions, polytechnics, colleges and schools? They number in the thousands? Where are the jobs for these Malaysians going to come from? From domestic investors? From the GLCs? From the government? From foreign investors?

Just yesterday (Saturday), I read the transcript of an interview with Piyush Gupta who is the CEO, South East Asia Pacific, Citibank. Those in the banking industry may remember that he was Country Head for Citibank in Malaysia back in 2001.

In his current post, Mr Gupta is responsible for all of Citibank's businesses in Australia, New Zealand, Guam and Asean countries. A big portfolio with one of the world's biggest banks.

Where is Mr Gupta based? In Singapore. Where Citibank employs more than 5,000 staff, where it has it's regional headquarters and it's regional data processing centres.

I ask myself - why is Mr Gupta not based in Malaysia? Why isn't Citibank employing 5,000 staff in Malaysia and putting it's regional HQ here?

Or consider Stanchart Bank which has it's regional HQ and which has located some of it's global heads of business in Singapore (not in London, where it's world HQ is), where it employs in excess of 5,000 staff. Why isn't Stanchart employing 5,000 staff in Malaysia and siting its' regional HQ here?

Or look at the big technology companies - IBM, Hewlett-Packard, Dell, Cisco, Microsoft, Intel, Seagate etc - why have they consistently decided to site their regional HQs and employ hundreds, if not thousands of well-paid staff in Singapore instead of Malaysia?

MNCs like Citi, Stanchart, IBM, H-P etc don't give a damn (pardon the expletive!) about quotas and percentages. They are purely and simply about getting the best people for the job, hiring the best talent out there and putting them in the best location that they can find.

It is all about openness to global talent, state-of-the-art and well-maintained infrastructure, financial and tax incentives and personal safety in a cosmopolitan environment where the lines of demarcation between the secular and the religious is clearly defined and policed.

I am sure, Dato, that you have read reports on the uproar in Britain over the British government's plans to increase the top income tax rate on top salary earners to 50%. Analysts expect this to result in an exodus of highly-paid bankers, business executives, entrepreneurs, rich foreigners resident in Britain and even some English Premier League football stars to more hospitable and welcoming locations.

Global talent is fickle and footloose. London may be the flavour of the month now. Tomorrow, it could be Dubai or Zurich or Sydney or New York or Shanghai or even Singapore. Will they give Malaysia even a look-see?

Which is why all these arguments about 20% or 30% or whatever are destined to be ultimately futile exercises in frustration-venting and ranting about rights and privileges, religion and language. While the rest of the world moves on to bigger and better things, once the current global financial crisis is resolved.

And it is indeed sad that so many Malaysians have yet to grasp these fundamental facts of life. And while I have the greatest personal respect for you, Dato, it appears to me that you fall into this category.

I really hope that you prove me wrong!

Anonymous said...

DAKJ,

After going through all the 144 comments relating to DEB, it is obvious, quite a number of commentators have no idea what affirmative action means. I do not think it would be possible for America to have a coloured/black president if there was no affirmative action which was the Civil Rights Act passed in 1964. It took America less ten years after the affirmative action adopted at federal/national level to get their first colored/black president.

DEB I believe was meant as such policy. Advancing the economic standing of the Malays by expanding the economic pie whilst at the same time accelerate the Malays participation in the expansion.

There is seriously nothing wrong which such policies given the fact that the intention behind it is for economic balance. Without such policy. Malaysia would have been no better than some of the African countries where the local blacks who are majority of the population have no say in their economic activities who are control by the "whites" and in our case the chinese and our ex-colonial masters.

The fault lies in the implementation of the affirmative action which was mainly abused by the existing poltical masters which gave birth to the "entitled and priviledged"

Creation of the middle class is the way to move forward. The bigger the disparity between the haves and the have nots is what creates instability at both the political and socio economic levels. It does not take a genius to figure that one out.

If the current PM does not take cognisant of this fact as proven from all over the world, then he is definitely leading UMNO into a major down fall in the next election and UMNO from my observation can stay buried.

The next wave will be a party that does not take race into factor and it only need one unifying factor and it this case I believe PAS could easily be the next political masters provided they iron out their own internal bickering and agree only one agenda which is ISLAM.

It may seem scary to non Malays who are mostly non Muslims. Through history however, it has been proven than Muslim leaders are more benevolent than non Muslim leaders. (Majority ok? of course there are always exception before any commentators starts throwing flaks at me.)

I truly support Datuk in looking for a replacement of DEB which is more realistic ad pragmatic in approach. From my own observation as business consultant, the failure of government policies are akin to a companies Strategice direction not being translated into Tactical and Action Plan and therefore results in execution failure. Thus non achievement of the intended results. More often then not, it is due to different vested interests which are not in alignment.(Contradictory in nature)

Again Food for Thought.

Keturunan Jebat

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato

Here's a simple question for 'Keturunan Jebat' 11:00 AM - do you think that "affirmative action" and "meritocracy" are mutually complentary or inherently antagonistic?

Question 2 - why should foreign investors buy into the Malaysian version of "affirmative action" when there are so many other competing investment locations to choose from? Does Malaysia offer a compelling value proposition to foreign investors that they have no choice but to invest in Malaysia?

Question 3 - if you believe the international competitiveness rankings produced by the likes of Unctad, WEF and IMD, how do you account for the fact that the world's top 15 economies, in terms of competitiveness and FDI inflows, are both secular (i.e. a distinct separation between state and organised religion is enforced) and have (this is bound to be controversial) non-Muslim majority population?

To equate Malaysia to African countries, as you have done, shows that you have not understood what drives foreign direct and portfolio investments. And without these investments, where are the good jobs going to come from - the jobs that the PM is relying on to move Malaysia up the value-added chain and into the ranks of high-income countries and also to create more middle-class and upper middle-class Malaysians? Can domestic investors and the GLCs pick up the slack and fill any void caused by FDI (foreign direct investments) moving elsewhere?

Being doctrinaire is one thing. A seeming unwillingness to ignore economic realities is something else entirely.

On an unrelated sidenote: the head of Italy's Fiat car company, Sergio Marchionne (the same Fiat that is proposing to take over US car company Chrysler and General Motor's Opel car company), has said that a carmaker must make more than five million vehicles a year to be able to turn a profit. Obviously, Mr Marchionne has not heard of the Malaysian miracle that is Proton! Nor does he seem to be cognisant of how BMW and Porsche are doing!

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).