Monday, April 20, 2009

Tidak Wajar Boikot Pilihan Raya Kecil

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

WALAUPUN Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, “tidak ketepikan apa juga kemungkinan,” termasuk memulaukan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, saya rasa adalah amat merugikan jika Barisan Nasional mengaku kalah sebelum bertarung.

Sekiranya BN memulaukan PRK itu atas apa jua alasan, ia adalah tindakan yang tidak demokratik, cetek fikiran dan merugikan pengundi.

Sebagai sebuah pertubuhan yang mendakwa sedang melakukan penambahbaikan dan restorasi, Umno wajib meyakinkan parti-parti komponen BN yang lain bahawa BN wajib bertanding di DUN Penanti.

Sikap menyerah kalah atau defeatist akan menyebabkan lebih ramai pengundi hilang keyakinan BN dan parti-parti komponennya. Umno dan BN perlu mempamerkan tahap keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

BN mungkin tidak berjaya merampas semula kerusi itu daripada Parti Keadilan Rakyat tetapi ia masih mempunyai penyokong yang ramai yang pasti kecewa jika ia tidak bertanding.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) mendapat 7,346 undi manakala Abdul Jalil Abdul Majid (BN) memperoleh 5,127 undi memberikan kelebihan 2,219 undi kepada Mohammad Fairus.

Lagipun, kalau betul analisis yang mengatakan semakin ramai pengundi Melayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kembali menyokong BN pada PRK baru-baru ini, adalah sangat tidak bijak bagi BN memulaukan PRK Penanti.

Orang Melayu yang ingin kembali menyokong Umno dan BN kerana bertambah yakin dengan kepemimpinan Umno dan negara sekarang akan kecewa dan hilang semangat.

Memanglah Anwar Ibrahim akan menanti untuk mendera BN kerana Penanti adalah salah sebuah daripada tiga kerusi DUN dalam kawasan Parlimen beliau, Permatang Pauh.

Lagipun, Penanti adalah satu-satunya DUN yang dipegang oleh PKR. Dua yang lain iaitu Permatang Pasir dipegang oleh Pas dan Seberang Jaya oleh BN.

Bagi Ketua Umum PKR itu, Penanti wajib dipertahankan dengan apa cara jua kerana kontroversi di sekitar peletakan jawatan Mohammad Fairus cukup mengaibkan PKR.

Mohammad Fairus adalah salah seorang aktivis muda reformasi yang menjadi harapan Anwar. Dia begitu dipercayai sehingga pada usia yang sangat muda – 33 tahun -- dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan diberikan portfolio agama.

Malangnya, dia menjadi sasaran dakwaan rasuah oleh penggiat PKR sendiri sehingga ditangkap dan disiasat oleh dan disiasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.

Dia meletakkan jawatan sebagai TKM1 dan Ahli Majlis Kerja Negeri (Exco) pada 21 Mac walaupun sebelum itu penafian demi penafian dibuat oleh kepemimpinan PKR dan kerajaan negeri pimpinan DAP.

Merumitkan lagi suasana bagi kepemimpinan PKR, khasnya Anwar, adalah kata dua Mohammad Fairus melalui sebuah akhbar Cina yang dia akan mendedahkan “skandal” PKR dan kerajaan negeri jika kepemimpinan parti tidak menolong membersihkan namanya.

Jadi tidak timbul langsung soal ketidakwajaran BN bertanding kerusi itu. Malah BN wajib bertanding. Soal wajar atau tidak PRK itu diadakan pun tidak timbul.

Asalkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sah, PRK wajib diadakan kerana tempoh hidup DUN Pulau Pinang masih panjang.

Lagipun, dengan krisis demi krisis yang melanda PKR dan wakil-wakil rakyatnya, adalah tidak mustahil bahawa lebih banyak kekosongan kerusi akan berlaku yang memaksa PRK diadakan.

Sebelum Mohammad Fairus, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang, Perak) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering, Perak) berpaling tadah, seorang – V Arumugam, Bukit Selambau, Kedah -- meletakkan jawatan dan seorang lagi, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan, Selangor) menghantar surat peletakan jawatan tetapi ditolak oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Kalau BN menarik diri, yang menang adalah PKR dan yang kalah adalah rakyat jelata yang menyokong Umno dan BN.

110 comments:

sawit futures trader said...

Salam Dato',

MUNGKIN secara umumnya, rakyat sudah mula bosan dengan PRK - political fatigue.

Tapi bagi penduduk kawasan dimana PRK sepatutnya diadakan, dalam kes ini, Penanti, tentunya mahukan pertandingan.

Menang kalah nombor dua. Yang penting, jangan abaikan (abandon ship) pengundi begitu sahaja.

Lagipun, itulah tempat yang paling sesuai untuk menerangkan halatuju kabinet baru. Bukan sebab Penanti ini dalam Permatang Pauh tetapi sebab PRK Penanti akan menjadi perhatian seluruh warga Malaysia.

Jika BN tak bertanding, saya percaya KPI PM jatuh setangga.

OKJ said...

Salam DAKJ

Keburukan bertanding
1.Mungkin akan kalah sebab kawasan kubu kuat Anwar TAPI belum try belum tahu

Kebaikan bertanding
1. Pantang anak Melayu dicabar, pantang menyerah kalah sebelum bersilat, bujur lalu melintang patah dan pantang Melayu derhaka pada kaumnya
2. Dapat memberikan idea sejauh mana sokongan Umat Melayu di Penanti nanti diimana sokongan Umat Melayu di Dua bukit telah dikatakan meningkat. Saya yakin penuh ianya meningkat seperti didalam ‘Hikayat terpijak Kulit Pisang’.
3. Dapat menyakinkan lagi Masyarakat kepincangan parti PKR yang kata memperjuangkan keadilan yg jauh dari rasuah. Ini baru setahun jadi YB dah melilau apa yang boleh dapat. BARU SETAHUN TU. Tak tahulah kalau lebih lama lagi. Please tangkap cepat cepat, bicara cepat cepat, masuk jail cepat cepat. Lagi lama lagi baik. Kita tunjuk kepada semua rakyat Malaysia siapa sebenarnya parti PKR tu. Cakap tak serupa bikin. Ialah chiefnya pun bermasalah moral. Sama macam negeri Selangor, sedekah dengan duit orang. Apake jadah. Baru setahun memerintah, dah macam macam. Tapi yg peliknya penyokong tegar masih lagi kata “yes Boss”. 2nd thought, tak pelik sebab parti yg moral bukannya isu.
4. Dapat menyakinkan lagi Masyarakat kepincangan parti PAS yang kata memperjuangkan Islam ala PAS. Nampaknya PAS pun dah sokong dengan YB Eli. Cuma YB Zulkifli je yg berani komen. Yg lain senyap je tiada komen. Senyap tanda setuju. Maksiat pun nak sokong. Tahniah PAS kerana telah berubah. Takbir.
5. Dapat menyakinkan lagi Masyarakat kepincangan parti DAP seperti di Negeri Perak dimana Mr. Siva merapu lagi. Court dah kata tutup mulut tapi masih melalak lagi. Lepas tu minta Baginda tuanku memberi sebab kepadanya kenapa dibenarkan persidangan DUN pada Mei ini. Punyalah BAPAK KURANG AJAR.Dasar tak sedar diri. Ini baru setahun jadi Speaker, tak tahulah kalau jadi speaker Malaysia. Kalau Umat Melayu tak sedar lagi tahu tahulah… Tak boleh ke SPRM ambil tindakan salah guna kuasa cepat sikit. Hukumam menghina mahkamah pun elok juga sebab mempertikaikan keputusan mahkamah secara terbuka pulak tu termasuk kesemua yg mempertikaikan keputusan. Bukan seorang tapi keLIMA lima Hakim sependapat. Cuba kalau keputusan sebaliknya. Satu Malaya kecoh. Biasalah tu. .

Kesimpulannya,UMNO kena bertanding di kawasan Penanti. Sekian TQ.

Tok Ma said...

Datuk,

Setuju BN mesti bertanding. Najib jangan sekali-kali menyerah kalah sebelum berjuang. Soal kalah menang memang adat bertanding. Memberi laluan mudah kepada pihak lawan pasti dianggap satu tindakan bacul.

Pokoknya BN boleh menggunakan PRK Penanti sebagai saluran untuk menangkis tohmahan lawan. Manalah tahu mungkin keadaan terbalik. Allah tidak menyukai orang yang takkabur.

PRK ini boleh digunakan untuk mengatur strategi kerjasama semua parti komponen BN. UMNO juga boleh melihat samada parti-parti komponen BN benar-benar taat setia kepada BN atau sekadar mendesak untuk kepentingan kaum tertentu sahaja.

Kalau tidak suka PRK yang sengaja dibuat untuk suka-suka seperti yang berlaku di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan kini di Penanti, eloklah pinda perlembagaan. PRK hanya diadakan bagi tujuan yang menasabah sahaja.

abdul halim said...

pm najib kena lawanlah. letaklah soo koon sebagai calon. at least boleh test power gerakan dan a test for his KPI. kalau kalah maknanya di tak perform dan tak layak jaga portfolio KPI menteri, sack him off...

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato'AKJ,

Pelbagi kenyataan dibuat oleh pemimpin teras BN untuk boikot pilihanraya kecil (PRK) Penanti. Boikot atas alasan PRK membazirkan wang rakyat adalah alasan yang cetek, dangkal serta tidak celik minda.

Kenapa selepas kalah dalam hampir semua PRK sebelum ini, baru timbul alasan boikot. Kenapa tidak boikot semua PRK sebelum ini?

Bukankah pemimpin BN melaungkan amalan demokrasi dalam semua ucapan mereka? Demokrasi terbuka, demokrasi terpimpin, macam-macam terma demokrasi lagi kita dengar.

Bukankah kalah menang adat mainan berpolitik, berparti. Kenapa harus BN takut pada bayang-bayang sendiri?

BN adalah komponen parti-parti yang mewakili semua kaum di negara ini. Apakah BN tidak mampu lagi mengurus-setia serta mengerakkan jentera unit pilihanraya mereka?

Kalau BN tetap boikot PRK Penanti, maka rakyat telah mendapat satu jawapan yang tepat dan mudah. BN HANYA AKAN LETAK CALON YANG MEREKA YAKIN MENANG PADA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN YANG "SELAMAT" SAHAJA.

Maka benarlah tanggapan selama ini bahawa kawasan-kawasan tidak selamat,BN tidak gandakan usaha untuk cuba memenanginya.

Jadi, BN tidak seharusnya terperangkap dalam jerangkap-jerangkap yang BN sendiri usahakan.

Ahmad Nawawi said...

BN perlu buktikan keupayaan mereka meningkatkan prestasi buruk selepas tewas di KT, B.Gantang dan Bukit Selambau. Tewas sebelum bertanding lebih parah daripada tewas dalam gelanggang.. Soal kos memang tidak dinafikan ia akan melibatkan jutaan ringgit, tetapi kalau boleh, kita pastikan BN guna duit BN (duit parti), bukan duit dari 'kerajaan' yang boleh menyelalmatkan duit rakyat hangus di arena politik yang tiada kesudahan..

penangboyumno said...

As my name states I am an UMNO boy and I am bias towards BN.
Last election I did campaign for PKR and did vote for the opposition.
With the appointment of Najib and the new ministers I felt that BN has changed.
It is now better and more effective than before in giving and helping the Rakyat.
So I am back supporting BN.

With the current event especially in Penang The Rakyat could not rely on this PKR anymore.
So it makes no different for the Rakyat to choose BN rather than PKR to create a stronger opposition.

There is nothing certain in PKR.
In Penang we are even afraid to rely on the YB as at any point of time the YB can change portfolio.
A lot of things that this PKR YB has started but cannot finish.
They are doing their jobs in fear as they are not even certain with their fate.
Penang people knows this.
As a lot of things that needs changes in Penang needs time to implement the change.
With a lot of politiking and less work done this will not be achieved.
Because of that we see the PKR YB's are under utilise and not performing.
That is why in Penang you can see that the DAP YB's are performing with flying colors and mucch celebrated by the People of Penang.
Whereas the PKR YB's are mostly not known and far from being appreciated by the people of Penang.

Anwar must be teach a lesson.
If he really concern about the Rakyat affairs, he should let this new YB's to do the best they can.
Be more creative and innovative in fulfilling the Rakyat needs.

His move today is just undermining the YB's integrity and respect.
Never in the history BN has done such a non clever move.

I have met with the PKR YB's and they are really dissapointed and sad with the current event.
They might smile to you but at the back they are just like a person who sign a contract to work that started with great motivation and energy but ended up being told that

"we actually employed you because we do not have anybody better, we in actual fact do not trust you and therefore please do not try to shine, as you can be certain that this job is not permanent as we will terminate your service as per our request and if you read carefully it is all in the contract".

If change is needed in Penang, is to change Penanti seat to BN in order to teach Anwar and I am saying Anwar and not PKR a lesson that if you want to play politics please do not play at the expense of Rakyat and PKR's member especially.

PKR members in Penanti will certainly gives protest vote to BN.

kayumanis said...

Mesti lawan.

Info said...

BN sememangnya wajib bertanding utk terus mewakili suara rakyat yang menyokong.

Ia adalah sesuatu yang pelik apabila parti memerintah negara tidak menyertai satu PRK. Apakah BN juga seakan terjangkit dengan corak dan peel parti pembangkang selama ini yang hanya bertanding pada kawasan atau parlimen yang boleh makan cekak atau sekadar tak nak kehilangan wang pertaruhan.

BN wajib bertanding.

Anonymous said...

Dato'

1. Saya adalah penyokong PAS

2. Saya menjangkakan sekiranya ada pertandingan di DUN Penanti, kali ini PKR akan tewas @ kalau menangpun dengan majoriti tipis

3. Bermula dengan peristiwa 'lompatan' Osman Jailu dan Jamaludin di Perak menunjukkan betapa ahli PKR bukanlah ahli politik yang sejati seperti yang dimiliki oleh PAS

4. Tidak hairanlah, kerana kebanyakkan mereka ini asalnya dari UMNO. Itu sebablah kebanyakkannya jenis yang 'Tidak Tahan Daulat'

5. Dato' percaya tak bahawa yang memberi undi kepada calon-calon PKR adalah majoritinya adalah 'penyokong dan pendukung' tegar PAS?

6. Berapa ramai sebenarnya yang menyokong PKR Dato' agak?

7. Setuju Dato' kalau saya katakan dari aspek pentarbiahan ahli-ahli dan pemimpin parti, PAS mendahului jauh meninggalkan parti-parti politik lain termasuk UMNO

8. Maaf Dato' bukan nak bangga diri, saya dan sahabat-sahabat lain dalam PRU ke 12 lepas tidak mengira wang ringgit, masa dan tenaga memberi seratus-peratus sokongan untuk kemenangan PAS

9. Dan selepas berjaya memerintah di negeri kedah ini, kami tidak pernah pun meminta apa-apa bantuan mahupun pertolongan melainkan mengharapkan mereka mentadbir negeri ini dengan penuh tanggungjawab

10. Orang pernah bertanya (sinis) kepada saya dan sahabat-sahabat saya yang lain 'Apa yang kaorang dapat dengan menyokong PAS? habuk pun tak ada!!

11. hmm.. Dato' ada jawapan?

Tuan Haji
Alor Setar, Kedah

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Krisis politik Perak bila akan berakhir? Mengapa sampai berlarutan begitu? Boleh ke Datuk KJ atau sesiapa tolong beritahu saya bagaimana 'kes kartun' yang melucukan ini boleh berlaku? Tak 'kartun' ke, kalau MB dan EXCO Perak mampu dinyahgugurkan, mengapa dan bagaimana Speaker masih berdiri dengan teguhnya dan tidak dapat diusik?
Kekalnya Speaker di kerusinya di DUN Perak itulah punca kebobrokan politik Perak. Siapakah yang patut dipersalah? Tolong jawab.
Dan jalan penyelesaiannya pula bagaimana? Paling mudah, tentulah dengan mengadakan Pilihan Raya DUN Perak - tetapi BN tidak bersedia kerana takut kalah - walaupun BN tahu yang menjadi korban ialah RAKYAT!

nawawidahalan said...

Isnin, 2009 April 20
Penanti : Strategi Politik, Siapa Yang Kena?
Memancing ikan stail kampung ada satu kaedah untuk mengesan jenis ikan, jumlah dan tahap 'kelaparan' mangsa. Sebelum memancing, sejenis 'uras' biasanya diperbuat daripada hampas kelapa goreng disiramkan sekadarnya dalam sungai atau kawasan memancing. Uras yang mempunyai aroma tersendiri akan mula membangkitkan 'semangat' ikan yang sedang lapar. Biasanya seluang, lampam dan beberapa jenis ikan sungai akan segera timbul menyambar uras dengan galaknya. Selepas meneliti jenis ikan yang ada, umpan dan mata kail yang sesuai akan digunakan oleh sipemancing. Ini hanya tamsilan.

Dalam politik semasa DS Najib sudah menaburkan 'uras'nya. UMNO dan BN mungkin tidak menurunkan mana-mana calon di Penanti. Itu semacam uraslah. Tabur dulu, kemudian tengok reaksi. Menarik dan seperti yang diharapkan telah mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.

Strategi DS Anwar
DS Anwar memang sangat berminat dengan suasana riuh rendah. Jika ada PRK tentu boleh adakan gerakan riuh rendah. Maka pakar strategi PKR Saifuddin Nasution telah mengacah Najib sebagai pengecut. Ini reaksi yang menyembunyikan rasa agak kecewa jika benar-benar UMNO dan BN memulaukan PRK Penanti.

Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang sememangnya cerdik, sederhana dan rasional. Kebanyakan ulasan dan pandangan beliau mempamerkan sikap seorang yang jujur dan berprinsip. Beliau tidak gembira dengan stail politik Anwar tetapi menyerahkan pendekatan tersebut semula kepada Penasihat PKR itu.

...sambung baca di http://nawawidahalan.blogspot.com

pakbelalang said...

Kalau BN nak bertanding juga, semua jentera BN semasa berkempen hendaklah "well ochestrated". Kalau tidak hasil "ground zero".

They have to find the best approach to deal with the opposition campaign strategy.

Kalau setakat pergi perang dengan "senjata" lama juga jangan haraplah boleh menang.

Yang paling berat bagi BN ialah masaalah "persepsi" rakyat. Selain dari itu saya rasa tidak ada masaalah besar.

BN mesti rombak cara berkempen. Identify all the weaknesses and find new methods of addresssing all issues being brought out during the election.

Atan said...

Salam, Datuk

Jelas bahawa yang menjadi pertimbangan DS Najib dalam hal Penanti ini ialah isu kos(belanja untuk berkempen dsb) dan soal melaksanakan agenda negara (mungkin menyertai PRK Penanti bukan agenda negara.)

Beliau (seperti juga Datuk) yakin bahawa senario semasa menunjukkan bahawa Penanti tidak akan berjaya dirampas daripada Pakatan Rakyat (PR) dan dengan itu tidak perlu membuang masa dan wang ringgit untuk merampasnya. Agaknya, beliau berfikir, biarlah PR syok sendiri. Atau, mungkin peranannya sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN dalam PRU12 dan PRK Permatang Pauh dan KT dulu memberinya pengalaman berguna tentang hakikat pilihan raya di negara ini buat masa ini (sedangkan KT yang dimenangi BN pun dapat dirampas oleh PR).

Bagi saya sebagai rakyat marhaen, hasrat DS Najib itu (mengetepikan ego buat seketika) sangat wajar. Saranannya itu tidak menggambarkan BN takut, tetapi rasional.

Dengan tidak menyertai PRK itu, media massa kerajaan tidak perlu buang masa menjalankan propaganda sebaliknya memberikan tumpuan pada hal lain. Menteri tidak perlu berkampung di Penanti sebaliknya menjalankan tugas mentadbir. Rakyat tidak perlu diganggu oleh perayu undi dan dengan itu dapat melakukan aktiviti harian macam biasa.

Tidak hilang bisa ular tedung selar kalau setakat menyusur akar dan banir.

Wallahualam

Anonymous said...

Scribe,

Saya tak sokong pandangan you. Saya sokong Najib. Kalau betul orang orang Melayu kat penanti tu dah mula sokong Umno, mereka tak payah mengundi. Buang masa pergi berkempen kat sana sebab diorg tu PKR tegar. Sokong Anwar babi buta. Baik orang2 Umno/BN concentrate buat keje.

Jane Doe

kluangman said...

Najib tenggelam punca! Atau Najib sekadar main politik juga, test air tenang jangan disangka tiada biawak air.

Walaupun dikatakan kubu kuat PKR, apakah selama ini BN tidak mempunyai sejarah menewaskan musuh di kubu kuat mereka sendiri dan sejarah BN tewas dilubuk sendiri juga bukan lagi satu cerita dongeng.

Yang penting semangat dan strategi.

Penyakit takut ini kalau ada pada Najib adalah cukup merbahaya kepada negara kerana seorang pemimpin walaupun mungkin bijak tetapi takut dan murah maruahnya mudah dipijak pijak dan digertak musuh.

Apakah ada harapan jambatan bengkok diteruskan dan bagaimana Najib mahu hadapi Singalapar.

Saya teringat lagi petua bagaimana kalau bertembung dengan anjing garang yang menyalak dan cuba menyerang kita, walaupun tidak ada senjata di tangan dan amat takut, langkah yang paling bijak ialah kita tunduk seolah seolah mencapai batu atau kayu untuk menyerangnya, anjing itu akhirnya lari mencicit, bertempiaran walau[pun masih menyalak..

Begitulah kuatnya psikologi dan ini boleh digunakan untuk Anwar.

Boyot said...

Dato,

Pd pandangan saya, SPR tidak harus menerima surat perletakan jawatan itu.
Kalau SPR kata perlu utk diadakan PRK disitu saya setuju utk BN tidak meletakkan calon. BN harus menumpukan sepenuh tenaga dan perhatian utk memerintah negara.
Berundur setapak tidak bermakna mengaku kalah

Salam
Boyot

pondok said...

Saya sendiri tidak boleh menerima keputusan DS najib yg membuat 2 keputusan yang benar2 menyinggong perasaan orang melayu!!

Pembubaran MeCD tanpa alasan2 yg kukuh serta ..ada hasrat untuk tidak bertanding di Penanti!!

Benar kata datuk, jika benar servey pada 2 PRK yang lalu undi melayu makin berpihak kepada UMNO..maka izinkan lah orang2 melayu untuk menunjukan sokongan di Penanti!!

www.kelebchedet.com
Portal Penerus Amanah Tun Mahathir!!

Parpu Kari said...

SALAM DATO, SAYA SANGAT SERONOK DAN GEMBIRA HARI INI KERANA DAPAT BERJUMPA DAN BERKENALAN DENGAN DATO SEMALAM! KALAU ADA MASA LAGI DATO, KITA BOLEH BERCERITA PANJANG LAGI NANTI YA!

SAYA ADA BUAT SEDIKIT ARTIKEL DI BLOG SAYA, SUDILAH SEKIRANYA DATO BERI KOMEN!

SALAM!

Parpu Kari said...

MAAF YA DATO LUPA NAK BAGI LINK TADI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/kenapa-kita-harus-takut.html

Indigo said...

AKadirJ,

Kipas Untuk Orang TuaArif Shah telah merasmikan ekpedisi kelab kembara bermotosikal ke Cameron Highlands dan pendaftaran warga emas pada padi Sabtu 18 april.

Arif Shah ADUN Seberang Jaya kata dengan bongkak seronok berlapis senyuman lebar dia suka tidak akan ada pertandingan.

Nampak sah dia tidak suka pada apa-apa cadangan yang mahu PR itu ditandingi UMNO.

Saya ingatkan dia pandai kerana boleh cakap pelat cina. Yang nyata dia takut kepada Anwar.

Tokey Laksa Beras Penanti said...

Saya sokong Pak Kadir... Jangan ngaku kalah sebelum bertempur...kami pengundi DUN Penanti amat menantikan apakah tipu muslihat Anwar seterusnya di Penanti.Hanya mereka yang benar2 terbuka mata dan pintu hati sahaja tidak akan mengundi PKR...Hanya seronok dengar temberang Anwar lagi..lama2 pekung akan terbuka jugak.

abdullahngah said...

Apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri ke 6 berkata kita akan bermesyuarat mengenai pilihanraya kecil Dun Penanti, parlimen permatang Pauh ,Pulau Pinang.

Dalam mesyuarat itu kita akan tentukan sama akan bertanding atau tidak.

Ini membuat muncul pelbagai pandangan dari penganalisi politik negara atau dengan kata lain muncul pelbagai persepsi.

Antara lain ada yang mengatakan UMNO/BN akan boikot pilihanraya kecil yang akan diadakan dalam masa enam bulan ini.

Apabila boikot pasti rugilah Umno/BN kerana dalam pilihanraya kecil Bukit gantang lalu sokongan melayu terhadap umno bertambah.

Ini berita baik buat UMNO/BN, terutama sekali perdana menteri baru. Walaupun UMNO/BN kalah, sokongan orang melayu sudah mula berubah.

PAS juga kena ingat dengan perubahan undi orang melayu terhadap Umno/BN. Jika melayu sudah menberi sokongans emula kepada Umno di Bukit gantang dalam pilihanraya kecil itu, bermakna PAS sudah mula panas punggung walaupun mmenang.

Yang menyebabkan Umno kalah, kerana undi orang china dan India yang juga berubah. itulah yang menyebabkan pas memang parlimen Bukit gantang.

Boikot pilihanraya kecil pernah dilakukan oleh PAS di Pahang sebelum ini.Umno tidak pernah berbuat demikian,

Jika benar BN akan boikot pilihanraya kecil DUN penanti sudah tentu dilihat ianya sebagai sudah kalah belum bertarung.

Bagi saya Umno tidak akan boikot walaupun Perdana menteri bercakap dengan nada penuh kekesalan.

Cakap itu tidak lebih daripada hanya berupa tempelak kepada PR yang barangkali untuk meraih undi dalam pilihanraya DUN Penanti nanti.

lakonan Perdana menteri baru itu agar dapat memulihkan imej UMNO/BN,kerana rakyat PR dikatakan membazirkan wang dengan cara meletakkan jawatan.

Bagi rakyat yang IQ rendah pasti percaya dan yakin PR punca kerajaan berbazir.

Tapi bagi rakyat yang IQ tinggi sudah pasti perdana menteri yang beramal dengan pembazir melalui projek projek kecil dilabelkan projek mewah.

Kerajaan yang memerintah lima puluh tahun ini bukan sahaja membazirkan wang rakyat, malah inilah satu satu kerajaan yang salahgunakuasa secara berleluasa, melakukan penyeleweangan dengan sewenang wenangnya, melakukan rasuah secara bermaharaja lela.


Sekarang ini buruk berada di pihak PR kerana melakukan sesuatu yang boleh membazirkan wang rakyat. Lebih lebih lagi Malaysia sedang berhadepan dengan cabaran krisis ekonomi yang teruk. Maka comellah UMNO?BN.

Betul ke buruk dapat dekat PR dan comel dapat dekat UMNO/BN? Orang yang mengampu atau kaki bodet dan tali barut sudah pasti sampai bila bila pun molek belaka, walaupun hudoh asalkan mereka dapat apa yang mereka hendak.

Tun Mahathir berkata kabinet Najib molek kerana dia sudah dapat apa yang dia hendak. Mukhriz anaknya sudah jadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Demikianlah orang seangkatan dengannya, termasuk profesor, profesor madya ada diinstitusi pengajian tinggi kini.

Kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak dapat dibaca oleh rakyat dan rakyat sudah menilai siapa sebanernya batang tubuh itu.

Lebih lebih lagi tokoh yang diwar warkan lebih comel sekarang ini tidak lain tidak bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun sedang menghadapi tuduhan liwat kali kedua.

Datuk Seri najib walaupun sudah bebas dari terbabit dengan kes bunuh paling zalim terhadap warga monogolia masih belum ”lepas pantang”,kerana rakyat masih faham dengan kata kata ”saya kambing hitam” yang keluar dari mulut orang yang membunuh.

Kes ini tidak mudah ”padam” dan mungkin tidak padam sampai bila bila walaupun Najib sudah jadi perdana menteri.

Kes juga tidak akan padam juga jika sekiranya Anwar diambil tindakan ISA sekalipun. Malah rakyat akan marah yang amat sangat jika Najib ikut jejak langkah Tun Mahathir sepertimana yang diperlakukan sebelum ini.

Najib tidak akan boikot pilihanraya DUN Penanti yang akan diadakan nanti, kerana pilihanraya ini akan jadi batu uji kepadanya.

Kalau boikot sudah pasti dinilai Umno/BN lemah dan takut menghadapi persaingan politik. Lebih lebih lagi inilah waktunya untuk mengetahui sejauhmana keberkesanan motto satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.

Kalau kalangan profesor dan profesor madya boleh buat keputusan mee segera dengan slogan tersebut, mustahil rakyat di kampung kampung DUN penanti sukar hendak membuat keputusan.

Kalau kalangan tersebut boleh yakin, mustahil rakyat yang menteliti rendah tidak boleh menerima dengan dada terbuka bahawa apa yang akan dilakukan oleh perdana menteri baru ini suatu yang politik.

Alangkah bodohnya rakyat menolak rakyat didahulukan.Kita juga tidak harus lupa.

Wang boleh buat rakyat jadi buta kalau diberi satu juta. Jika diberi ribu ribu mata rakyat akan kelabu dan haru biru.

oleh kerana IQ rakyat rendah sejak dahulu hingga kini. Jadi tak kan orang yang Iqnya rendah tidak boleh menerima slogan itu, sedangkan orang yang IQ tinggi pasrah dengan slogan tersebut.

Shah said...

Dear DAKJ,
Sebenarnya saya kesian dengan Najib. Dia dalam keadaan yang sangat serbasalah. Dia mahu buat perubahan bagi menyesuaikan UMNO dengan perubahan minda sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung dan di kalangan generasi muda.Dia mahu transformasi pemikiran dan tindakan politik yang mengenepikan pendekatan perkauman yang sempit, tetapi lihatlah apa yang disarankan oleh UTUSAN MALAYSIA. Dia mahu media massa yang lebih bebas dan kurang propaganda, tetapi lihatlah apa yang Rais Yatim kata. Dia mahu prestasi didahulukan, tetapi lihatlah apa pemimpin-pemimpin UMNO yang lain buat, masih nak bercakap dari melakukan sesuatu. Dia hendak buktikan 'he is the man in control', tetapi lihatlah, Tun Mahathir masih hendak buktikan 'he is the actual man in control, albeit behind the scene'.
Dalam keadaan serbasalah yang serius ini, tindakan tidak bertanding di Penanti mungkin satu tindakan yang bijaksana.
BTW, I still notice Pak Belalang masih menenggek pada blog Dato untuk menyuarakan pandangan professor serbataunya.Kalau buat blog sendiri tiada siapa hendak lawat kot!

Rozana said...

Datuk AKJ,
rupanya krisis di PKR menjadi krisis keyakinan diri dan konflik personaliti buat BN pulak, macam mana ni?

Nik said...

Dato'

Tidak wajar bagi Najib memberi modal kempen kepada PR dengan kemungkinan besar kekalahan diPenanti...

Juga tidak wajar bagi DrM mengembur gembar tentang kenganan Najib bertanding kerana jika Najib berubah fikiran akan dikata Najib dibawah telunjuk DrM.

Jadi sepatutnya kita beri PM ruang untuk buat keputusan sendiri tanpa tekanan dari mana pihak. Keputusan dia buat atas nasihat agen agen SB dan wakil Komponen parti serta Team Cbinet beliau......

Yang sedih beliau tidak akan mengharapkan apa sumbangan pun dari TPM atas hal ini dan apa hal pun....

Dato Zain. said...

Dato Kadir.

Saya ingat Pilehan raya Penanti perlu di sertai oleh UMNO/BN.Ini untok menjaga intergity dan image perty.

Jadikan pilehanraya ini sabagai Issue tempatan sahaja iaitu hanya Banagian UMNO Ptg Pauh dan Perhubongan UMNO yang terlibat.Tak payah big gun dari Kuala Lumpur.Tak payah tujok kekuatan dengan berarak besar2an.Sukar bagi UMNO hendak menang tapi jangan lah menyerahkan bagitu sahaja.

Di Khabarkan hari ini Tun Mahathir bersedia untok mengendalikan pilehan raya Penenti jika Najib tidak setujun untok mengambil bahagian.Nasehat saya kapada TUN,tak usahlah menyebok sangat.Satengah2 ahli UMNO melihat Tun bukan lah asset tapi liability kapada UMNO.Kurangkan campor tangan dalam UMNO sekarang.Jikalau marah dengan Anwar dan Pak Lah pun perlulah ada hadnya.

Apkata jika MP di Parliment yang maseh menyokong Pak Lah bergabong dengan PKR.Sudak tentu Najib dan Mahayuddin demam tak kebah.Khairy kata mereka maseh ada saramai 40 MP yang kuat menyokong Pak Lah."They have nothing to lose.?"

alrawa said...

Datuk,
Jikalau BN 'tawar hati' untuk bertanding PRK Penanti,saya kira ramai calon bebas akan bertanding. Salah seorang mungkin ditaja oleh UMNO. Dengan cara begini, kalau menang calon PKR pun, UMNO tidak akan terasa 'kemaluan'nya(ada ke?).
Olih yang demikian,saya tidak bersetuju dengan pendapat Datuk yang mengatakan bahawa rakyat yang kalah kalau BN tak bertanding.

Republican Reds said...

Betul kata alrawa,kalau bertanding kalah nanti lagi menjejaskan BN terutamanya UMNO,harus dingat bahawa peningkatan undi melayu adalah sebab faktor sensitif seperti perderhakaan Nizar terhadap sultan,dan Nizar sebagai patung DAP,walaubagaimanapun UMNO dan BN tetap kalah dan peningkatan undi melayu sangat kecil malah BN hilang lebih banyak undi bukan melayu.Saya rasa baik najib memberi perhatian untuk mentadbir dengan baik,kalau berjaya barulah rakayat akan kembali menyokong BN,kalau tidak lebih baik undi Pakatan Rakyat dan habislah BN dan UMNO.Jadi jangan banyak sangat berpolitik,fokus kepada mentadbir negara,kalau Najib dapat membawa Malaysia mengharungi krisis ekonomi dengan jayanya,disamping membanteras gejala tidak sihat seperti rasuah,mesti pengundi akan undi BN.

tembaksaja said...

Boikot? Sebagai pengundi muda yang baru tiga kali berpeluang mengundi saya rasa cukup kelakar lebih-lebih lagi saranan boikot itu datangnya daripada pemerintah negara. Kalau dahulu, kita dengar bab boikot-boikot ini kerja pembangkang terutama PAS yang tidak senang dengan kelibat pengundi-pengundi hantu. Tapi apabila ia keluar dari mulut pemimpin nombor satu BN, Perdana Menteri Malaysia yang baru..saya dihamba kebingungan. Dulu ada Pemuda Umno kata PAS parti tiada `telur' kerana mahu memboikot Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK), tetapi nampaknya dalam situasi sekarang..sudah tidak adakah `telur' Umno atau BN? Bagi saya mudah, biarpun seribu satu alasan BN untuk tidak menyertai PRK Penanti...umum mengetahui ia helah untuk mengelak diaibkan sekali lagi..selepas dimalukan dengan teruk pada PRU, PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Lagi pun..apa keyakinan DS Najib jika BN tidak bertanding, PKR akan menang percuma? Come on DS Najib..ini negara demokrasi dan semua sudah tahu penangan calon Bebas di Bukit Selambau. Kalau BN tak sanggup kalah..PRK Penanti tetap berlangsung dan benarlah apa yang dikatakan oleh blogger Alrawa..BN mungkin letak calon upahan!

Saya yakin rakyat semakin matang dan penyertaan BN dalan PRK Penanti tentunya akan memberi impak kepada kekuatan PKR sendiri. Ayuh..jika benar rakyat dapat nafas baru dengan kehadiran DS Najib dan saf pimpinan ideal beliau, tiada sebab parti terbesar Melayu dan BN sebagai payung parti-parti pelbagai kaum ini tiba-tiba jadi pengecut!

musyu said...

bertanding jangan tak bertanding.... Insyaallah kekalahan di tangan UMNO/BN... parti yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia yang mahukan perubahan kepimpinan dan corak pemerintahan... mampukah Najib membawa negara ke arah kecemerlangan? Dengan berbagai tomahan yang masih lagi terpalit di dahinya yang belum dibersihkan selagi itu sukar untuk BN mentadbir negara ini dengan berkesan yang boleh diterima majoriti rakyat Malaysia. Andainya jawatan PM perlu di pertandingkan seperti negara-negara lain yang memilih Presiden, belum pasti Najib layak untuk duduk di kerusi PM sekarang ini. Rakyat bukan boleh diperbodohkan lagi dengan fahaman sempit ciptaan UMNO/BN. Selagi UMNO/BN tidak berubah dan tidak mampu untuk berubah. UMNO akan tinggal sejarah dengan catatan hitam.

manletih said...

Masalah besar sekarang ialah ekonomi. Pemimpin hendaklah tumpukan pada pemulihan ekonomi.

Bertanding pun- kalau kalah tidak mengurang, kalau menang tidak menambah.

Pilihanraya Umum tetap datang kalau dunia belum kiamat. Bila tiba masanya nanti, buatlah pilihan masing-masing.

*manletih*

the tedung selar said...

Dato'

Untuk menyuburkan lagi demokrasi,
Lawan.

Macam main bola kalah mati; Tak menang-kalah. Dua tu saja. Seri?

Seri takdak. Yg ada cuma Datuk Seri...

Tapi... kalau duit yg nak pi lunggok kat Penanti tu kalau pi 'bedak' sorang sikit kat orang miskin, budak sekolah yang telan ayag paipsi kat sekolah lagi baguih...

Memetik kata-kata Raja Lawak Nabil...(Mingguan Malaysia semalam)
'Bukan menjejaskan ekonomi negara' dia terpeluk makwe dia depan khalayak.

'Bukan menjejaskan ekonomi negara' kalau tak ada pertandingan kat Penanti.

al-Balingi said...

Salam Dato',

*Saya sangat bersetuju dengan pendapat Dato', jika BN bagi 'walkover' kpd PKR, tentu grassroot akan KECEWA. Ahli-ahli bawahan juga perlu dijaga hati mereka. Manakan tidak, ianya seolah melambangkan akar umbi tidak mampu berkempen menyaingi PKR.

*Pendapat Chedet juga perlu diambil kira. BN tidak sepatutnya takut untuk bertanding. Beliau risau jika tag 'cowardice' melekat pada BN forever and ever.

* Dato Arif Shah Adun Seberang Jaya (kalu tak silap) semasa diinterview Awani melahirkan keyakinan bahawa 'angin perubahan' kini dapat dirasai di Penanti,especially Chinese community yang ready to swing their votes due to political fatigue.

Wallahu 'a'lam.

Local Fighter said...

Salam Dato',

BN perlu ubah strategi dlm kempen di Penanti. Tidak perlu memberi gula2 kpd pengundi. Perlu pendekatan yang diterima rakyat.

Tak perlu jentera yg ramai tapi kualiti tiada. Hantar yang benar2 ingin bekerja dan mentaliti perlu diset sbg kita yakin menang!

Penanti akan jadi platform kpd Pemuda UMNO untuk tunjukkan bahawa kepimpinan yang dipilih PAU lepas menepati aspirasi rakyat. Jika tidak potong markah KPI ketuanya. hehe

AkuMelayu said...

Dear Dato

Here's the dilemma, the risk of losing this by-election is beyond quite plausible... but it's not that risk in particular that is of concern but rather the cost that is tagged on that risk... I have no idea how much is spent on running campaigns but just by visual observations it must run into at least hundreds of thousands... So as the Chairman of BN and President of UMNO, DSNTR must be thinking, why bother?

However, if DSNTR puts on the PM's hat, there shouldn't even be any discussion, no two ways about it, the by-election must be held... It is not about winning or losing, as PM of the country, it is his duty to ensure the democratic process takes place, and the by-election is just that.

I do believe that the 'transformation' and 1Malaysia concept is slowly inching away at the people's rejection, for lack of a better word, for BN/UMNO... but with every process, it's going to take time. Therefore, I do believe Penanti will remain firmly in PR's hands, nothing BN/UMNO can do right now to win this one, everything BN/UMNO does right now is perceived as wrong/insincere/just plain wrong... but that should not deter BN to contest, just cut down the unnecessary spending / wooing / cajoling / entertaining etc. Does campaigning actually work in the first place? Has any study ever been done that shows that by campaigning the contestants increase their chances of winning or actually win in an opposition stronghold? Or is it just a norm... What's the worst thing that can happen if BN contests without campaigning? Lose, right? But it was never theirs in the first place, so......

My two cents: Contest... Fine, lose now (again), but he'll definitely have points in the bag for the big one, just by demonstrating that BN are the true keepers of the democratic process...

Do it NOT for pride and glory, it's NOT a pissing contest (excuse my french), it SHOULDN'T be about 'pantang anak Melayu dicabar' and rah rah rah... it's DEMOCRACY, full stop.

bersuara said...

Syed Ali kata yang dileporkan dalam Malaysia Kini:

("Tetapi, kenapa soal pembaziran baru sekarang ditimbulkan, pada hal kerajaan Umno-BN tidak habis-habis membazirkan wang rakyat?

"Mengapa soal main politik ditimbulkan sekarang pada hal pemimpin-pemimpin Umno-BN tidak sudah-sudah bermain politik melalui media yang mereka kuasai?" katanya.)

Mamat ni kata antara lainnya "Awat depa boleh buat dan kami tak boleh buat".

Dia lupa, sebab depa buat lah kami tukar depa ambil PKR. Sekarang kalau PKR pula nak buat, kami tak ada masalah tukar balik bagi kat BN.
Di Penanti ni, sapa pegang pun boleh, bukannya kami dapat apa-apa. Takat dapat dengar ceramah free, kat mana-mana Masjid pun ada dan lebih bermunafaat.

magn said...

entahla kadang2 pelik saya tengok perang org umno dan atau yg nak umno memerintah, apa lagi yg tak faham, allah kurnia kan akal utk difikir..entahla

baru saja 2 atau 3 minggu keluar di semua media propaganda bn,pemimpim umno/bn cabar fairuz letak jawatan sebab itu dan ini, bila dah letak kata politik dan sengaja pulak,

apa perkataan yg layak saya sebut disin pun saya tak tau sebab nanti dato sekat message ni, so pls publish la.

betul kata tuan haji alor star tu, kami di sini pun sama, ahli pas majoritynay keluar masa,tenaga dan wang mempertahankan PAS walaupun di hina,fitnah dan sebagainya, itula kekuatan kami.

-WADAH- said...

Assalamualaikum...

Memang wajar BN bertanding, bukan sebab hendak menang sangat tetapi sebab mereka sebenarnya tiada pilihan; mereka kena cuba jaya juga.

Apabila pakatan pembangkang pada zaman dahulu (sebelum 8 Mac) hendak memboikot pilihan raya, maka yang terkena kesan adalah BN juga - kononnya pengundi hantu lah, rasuah lah dsb. Dan apabila BN pula yanh hendak memboikot pilihan raya, BN juga yang akan diberi tomahan buruk - tidak demokratik, bacul, so on and so forth. Tidak kira apa yang BN lakukan, masalah sekarang adalah persepsi..

Walaupun Anwar masih lagi tidak dapat mengotakan janjinya untuk menjadi PM dan mengguling kerajaan, apa yang beliau lakukan sekarang ini adalah untuk membina persepsi buruk terhadap BN; moga-moga PRU akan datang mereka semakin kuat. Dan tindakan beliau ini dilihat semakin berjaya...

Dan penulis tidak akan terperanjat kalau akan ada lagi pilihan raya-pilihan raya kecil bukan disebabkan natural causes. Walaupun perletakan jawatan ahli YB PR (lebih lagi PKR) boleh dilihat sebagai kelemahan mereka dalam pentadbiran, bukan itu yang dilihat oleh kaca mata ketua umumnnya. Perletakan jawatan itu sebenarnya peluang untuk beliau menggunakan penuh saluran PRK untuk menunjukkan bahawa undi terhadap pakatan bertambah, rakyat semakin menerima pakatan, pakatan semakin kuat - hal-hal sebegini akan membina persepsi positif rakyat terhadap PR tanpa perlu mereka menunjukkan prestasi baik dalam pentadbiran.

Bukankah ini yang berlaku untuk hampir semua PRK selepas 8 Mac? Majoriti kepada pakatan semakin bertambah, pengundi semakin 'matang', dan mereka semakin popular...!

Sudahnya, melihat kepada trend semasa, apa sahaja yang dilakukan BN tidak akan dapat meningkatkan kembali keyakinan dan persepsi rakyat terhadap mereka. Sebab itu, selayaknya mereka bertanding; kot-kot nasib menyebelahi mereka!

uton51 said...

DAKJ,

Sepanjang saya hidup ini, saya tidak pernah mendengar parti pemerintah boikot PRK atau PRU yang pernah saya dengar parti pembangkang boikot PRK atau PRU.

2. Februari lepas pihak-pihak tertentu suruh ADUN Bukit Lanjan letak jawatan tetapi sekarang nak boikot pula. Apa sudah jadi?

3. Kata Suku saya, Tidong : "Ngapu te sehingge dete ingkamang." Maksudnya: " LAWAN SEKALIPUN KITA MELAWAN DALAM KEADAAN MERANGKA."

4. YAKIN AKU KALAHKAN ULAMA-ULAMA BAHLUL (YAKUB)

Anonymous said...

Dato,

Setuju yang BN mesti bertanding. Letak bekas Ketua Menteri, Koh Tsu Khoon sebagai calon. Test popularitynya. Macam Nizar di Bkt Gantang.

Penantian

Faezah said...

Salam Dato'

Dalam bab penanti ini saya menyokong Dato' seri Najib. BN tidak perlu bertanding,ini bukan soal takut cabaran.

Anonymous said...

take care all the best

peter wong

Mustapha Ong said...

Dear DKJ,

Saya tidak menyangkakan bahawa kenyataan PM Najib Tun Razak sekilas imbas yang telah menyatakan, ada kemungkinan bahawa BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti, telah disalah tafsirkan oleh begitu ramai pengkritik termasuk Tun Mahathir mantan PM yang ke5.

Diantara ramai yang telah mengkritik, ada yang telah menyokong bahawa BN harus menaruh nasib kita di Penanti. Jika BN memberi laluan, Anwar dan PKR akan menyambut kemenangan mereka secara besar-besaran. Tetapi ada juga yang berpendapat mengikut suara rakyat yang sungguh bertanggungjawab bahawa Kerajaan harus tidak membenarkan pertandingan pilihan raya kecil itu, atas sebab membuang duit rakyat dalam keadaan ekonomi yang lembab ini. Di samping itu, Presiden MCA Ong Tee Kiat berkata " negara dan rakyat harus berehat daripada kemelutan pilihan raya yang hanya merugikan wang, masa dan tenaga rakyat, tanpa mendatangkan sebarang faedah sama ada menag mahupun kalah.Suasana cooling off period perlu diutamakan".

Pada pendapat saya yang kerdil ini, saya setuju bahawa pilihan raya kecil Penanti boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu SPRM bahawa kali ini adalah yang terakhir untuk semua parti-parti politik bagi mengadakan pilihan raya kecil, tanpa sebab-sebab yang kukuh, lojik dan munasabah sahaja.

Peraturan atas sebab-sebab mengadakan semula pilihan raya kecil perlu dikaji dan dimantapkan.Negara telah terpaksa untuk mengadakan beberapa pilihan raya kecil sejak PRU ke12 seperti medan hiburan dan tempat perjudian oleh sindikit perjudian yang telah kita dapat berkesan.

Apa kata pihak PDRM dan saya meminta Tuan IGP sendiri patut menyiasat perkara dengan lebih serius dengan bantuan MACC. "JANGAN KITA HANYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN."

Kita semua faham agenda Anwar yang telah merekakan kejatuhan Fairus atas sebab-sebab PKR yang tertentu seperti telahpun dibongkarkan oleh puak PKR, berpunca daripada masalah dalaman persendirian parti rapuh itu. Kes berunsuhkan rasuah masih ada dalam siasatan MACC.

Tambahan pula jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Mutiara itu, yang diperuntukan kepada PKR adalah amat penting dikekalkan dengan seorang jaguh PKR bagi menyeimbangkan kuasa DAP di bawah kepimpinan Lim Guan Eng.Itu lah agenda Anwar pada ketika ini untuk memberi seingan kepada kepimpinan Najib pada suasana politik hari ini.

Saya selaku seorang Veteran UMNO/BN Cap Kapal Layar era tahun enam puluhan, ingin menyeru kepada kebijaksanaan PM Najib semoga UMNO/BN harus meneruskan agenda perjuangan dimana sahaja orang PKR berada. Sesungguhnya adalah disetujui bahawa kemenangan mahupun kekalahan UMNO/BN tidak akan menjejaskan imej atau keutuhan semangat perjuangan bersama BN, tetapi akan merupakan soal "moral politik" dikacamata rakyat.

Medan Penanti harus dijadikan medan politik pergerakan gagasan pemuda dibawah kepimpinan Khairy Jamaludin. Justerus itu, saya cadangkan bahawa KJ dipertanggungjawab sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Penanti dan Muhkriz Mahathir sebagai Timbalan beliau. Saya yakin bahawa dengan barisan kepimpinan baru Pemuda Malaysia, harapan untuk UMNO/BN untuk mengembalikan kerusi DUN Penanti amatlah cerah sekali. Biarlah Anwar dan PKR menanti-nanti kan durian runtuh itu dan bermimpi sekurang-kurang nya dapat merampaskan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang daripada kubu kuat dan orang kuat Lim Guan Eng.

Trojan Horse. said...

kalau Omar Ong cakap boikot, kita semua mesti dengar. Don't mess with Omar Ong, dia taiko Putrajaya.

Anonymous said...

Salam Dato' dan pembaca sekalian.

Boikot Pilihan Raya Kecil dengan alasan membazir wang rakyat merupakan alasan dangkal PM dan pengikut-pengikutnya?.

Jika benar PM fikir tentang pembaziran wang rakyat sudah pasti PM tidak akan menggunakan wang kerajaan untuk mengangkut rakyat dari seluruh daerah negeri Pahang untuk menyambut beliau di Pekan pada Sabtu yang lalu.

Nampaknya UMNO/BN hanya berubah semasa bercakap saja tapi tetap sama Dulu Kini Dan Selamanya...?

afja02

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Minta maaf tapi saya ada kemusykilan. Ada yang kata belanja PRK boleh cecah jutaan.

Macam mana boleh sebesar itu jumlahnya?

Bukankah setiap calon hanya dibenarkan berbelanja pada amaun terhad yang tertentu sahaja? (Dato' boleh kongsi? Saya dah lupa had amaun berkenaan)

Belanja SPR pula adalah perbelanjaan kerajaan, bukan perbelanjaan mana-mana parti. Apalah sangat bezanya belanja PRK dengan kempen dan PRK tanpa kempen.

Lagi pula ADUN baru mesti dicari, tak boleh dibiar kerusi kosong.

p/s hanya satu cara BN tidak bertanding, iaitu apabila rakyat nampak yang kerja-kerja ahli kabinet berada dalam gear 5. Malangnya (bagi saya), gear 1 pun belum masuk - baru sekadar pegang stereng aje.

Orang Jauh said...

dato
Saya rasa kenyataan najib tu satu taktik aje. Ini untuk buat orang ramai sedar betapa PKR ni kerjanya membazir duit rakyat aje.

Saya rasa BN boleh menang kat Penanti. Tapi harapan saya BN tukar strategi pilihanraya. Selalunya kita tengok BN approach pilihanraya dengan bagi gula-gula la, bagi geran tanah la, janji pembangunan la. Lepas tu di media massa kerja mereka 24jam menghentam PR dan macam nak tunjuk BN ni parti malaikat.

Saya rasa elok pilihanraya ni, buat macam takde apa. Tak perlu coverage besar-besaran, tak perlu tabur duit, tak perlu janji pembangunan dan lain2.

Sebab orang dah muak dengan semua taktik pilihanraya biasa BN. Jadi perlulah BN tukar strategi.

Yg perlu BN tunjuk adalah BN akan amalkan sistem "bersih, cekap dan amanah". Itu aje.

Rammers said...

Salam Mesra Dato' AKJ

Pada pandangan saya PM Najib sudah tentu mempunyai banyak sebab dan maklumat untuk tidak bertanding di PRK Penanti.Setelah mengkaji baik dan buruknya. Saya berpendapat memang ada kebijakan untuk tidak bertanding kerana kalah atau menang pun kesannya tidak menguntungkan.

Lebih baik usaha memantap pentadbiran ekonomi negara dari membuang masa dan duit rakyat.

Saya sendiri dah mula loya dan dah naik menyampah dengan keegoan PR dalam setiap sesi ceramahnya.

Saya ingin sekali melihat pertandingan antara TDM dan DSAI bertanding menunjukkan siapa yang lebih berpengaruh. Bolihkah pertandingan ini direalisasikan di prk penanti.

Adakah TDM lebih melayu dari DSAI mari kita lihat sapa yang kena(menang) atau DSAI lebih melayu dari TDM.

samagreen said...

Salam DAKJ dan semua,

1) Dari aspek moral, teman rasa BN tak perlu terlibat dlm PRK ni. Krana:
- ia mengorbankan nasib rakyat utk selesei masalah parti lawan;
-beri prioriti pd masalah ekonomi yg sedang melanda negara. Ramei rakyat yg hilang pekerjaan contohnya, perlukan pembelaan!!

2) Dari aspek strategi, teman rasa BN tak perlu ikut rentak PR:
-Bukan semua cabaran perlu dilawan;
-'Orang yg suka mencabor' akan jadi lebih tertekan jika cabaran dema idak dlayan;
-Kalo BN rasa akan menang, bukan dapat ambik balik state sekelip mata!! Lebih baik remain as pembangkang yg berwibawa;
-Jika BN rasa akan kalah, buat apa nak digagahkan jugak lawan arus. Lebih baik cari jln darat utk ke hulu, then easily follow the current down to the kuala... Maknanya UMNO/BN perlu dulu rapatkan barisan dan laksanakan one Malaysia agenda pembangunan!!

3) Dari aspek agama/ spiritual pula, cuba kita renong balik kata2 kramat ni .... "orang yg brani bukanlah orang yg pergi berlawan, tapi orang yg sentiasa muhasabah diri melawan napsu syaitan".

Selama ni kita udah banyak habiskan wang, tenaga, akal, emosi, kepakaran, strategi utk menumbang lawan. Tapi dari aspek lain yang lebih penting, kita lupa bahawa DIA kasih pada hambaNya yg sabor dan ‘tenang jiwanya’, pertolonganNya datang dari sudut yg kita sendiri tak sedor… this’s the absolute victory!! Dunia Akhirat (maksud Ali-Imran: 200)

Jangan le mimpikan Akhirat, jika d Dunia ni kita udah tumpo!! (maksud Al-Fajr :27-30). Sesunggohnya Allah in the Hereafter, and Allah in the World is the SAME.

May Allah bless us all!!

Anak Malaysia said...

Dato,'
Menyerah kalah sebelum bertarung pada saya bukanlah semangat BN/UMNO sebelum DS Najib jadi PM.
Sekiranya pendekatan tak mahu bertanding dalam PRK merupakan prinsip PM, dia wajar meletak jawatan sebagai PM dan beri laluan pada pemimpin yang berani bertarung.
KPI DS Najib - sifar jika tak mahu bertanding.
Panduan untuk memenangi PRK Penanti:-

Kalau BN terus menggunakan strategi lapok untuk PRK seperti memasak mee segera yang banyak untuk PRK Penanti, BN bungkus.
Pendekatan mengebom seperti di 4 PRK lalu perlu dihentikan kerana ia gagal samasekali.
Menghantar Ezam, Lokman, Hanapiah Man, Ruslan Kassim, K Nalla dan beberapa nama yang dah "expired" dari politik tanah air juga perlu dihentikan.Mereka hanya memberi "palitan lumpur " pada UMNO/BN.Orang -orang seperti mereka yang dikategori sebagai "penjilat kahak yang telah diludah" wajar dibuang terus dari arena politik dengan cara tidak menampilkan mereka pada PRK sebagai pendebat.
Gunakan pendekatan baru, inovatif dan konstruktif. BN/UMNO mempunyai ramai pemikir yang bertaraf global dan glokal yang kononnya mempunyai ijazah kelas oxford, cambridge dan harvard.
Tak payah lah heret jeneral 5 bintang yang dah bersara untuk memberi ceramah seperti TAAB dan TDM. Bukan semua orang suka dengar leteran mereka dan sejarah mereka memerintah negara kerana pengundi dah tahu... jasa jasa mereka.
Pengundi kawasan Penanti juga tak suka dengar penceramah memburuk kan DSAI dengan iklan -iklan yang memalukan keluarga DSAI. BN/UMNO kena ikhlas dengan perjuangan mereka, bukan untuk memenuhkan tembolok dan perut mereka bila berkuasa.
Jangan hantar KP UMNO yang baru PRK Penanti, ia menambahkan kebencian pengundi disana kerana pengundi meluat tengok menantu TAAB.
Jangan tabur duit macam tabur koci pada kera, pengundi mempunyai maruah, makin tabur makin dibenci.
Jangan buat provakasi pada pendengar ceramah dan penyokong parti lawan dengan menghantar FRU dan sekatan jalan yang banyak untuk menakutkan penyokong parti lawan.
Berkempen lah dengan berhemah.

Semoga berjaya di PRK Penanti.

Anak Malaysia

pakbelalang said...

Shah,

Nak kata saya tenggek kat blog Dato' katalah. What is bothering you actually? Did I hurt you?

As I said ealier it is the prerogative of Dato' whether to post my comment or otherwise. It is his blog and I am communicating with him. If you find it rather irritating or of no substance to read my comments, then just skip it.

Anak Perak said...

Datuk,

Kekalutan politik Perak nampaknya tidak ada tanda-tanda nak reda. Kenapa kerajaan pusat biarkan isu ini berlarutan. Nampaknya Speaker DUN Perak ini cuba nak tunjukkan kuasa. Tak dapat bayangkan apa akan jadi pada orang-orang Melayu sekiranya kumpulan-kumpulan minoriti mengambil alih kuasa di Malaysia.

Masanya sudah tiba bagi kerajaan Pusat memikirkan untuk mengistiharkan darurat dan mengambil alih pemerintahan Perak melalui "direct rule". Perkara ini sering kali dilakukan oleh kerajaan pusat India khususnya dalam menangani konflik Kashmir.

Harap Najib menunjukkan keberanian dan mengambil sebarang tindakan meskipun tidak popular demi untuk kesejahteraan negara dan rakyat.

Kesabaran rakyat juga ada hadnya. Perlu diingatkan tidak semua umat Melayu di Perak dan Malaysia amnya sanggup berbaring ditengah jalan berdemonstrasi menentang Raja-Raja Melayu.

Sebenarnya rakyat (kecuali pemimpin dan penyokong PR) sudah bosan dengan permainan politik yang tidak ada hujungnya. Mungkin Malaysia akan masuk rekod dunia sebagai negara yang paling banyak PRK.

Mungkin di PRK Penanti nanti,Fairus boleh tolong BN berkempen dengan membocorkan konspirasi PKR terhadapnya sebagaimana yang didakwanya baru-baru ini. Alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Anonymous said...

Datok,
dalam kes penanti,saya bersama Najib menyokong BN tidak meletakkan calon kerana melalui by election banyak isu/ tohmahan/ kritikan/fitnah/cacian terhadap bn hingga nampak bn amat defensive dan diasak sampai ke dinding.lagi BN dalam keadaan amat lemah dan terancam.maka adalah molek kita tidak masok gelangang setalah lunyai dikerjakan.jika masok bertanding dan kalah moral bn akan merudum lagi.juga amat tidak comel bagi pm baru bermula KPInya dengan dengan kekalahan demi kekalahan.saya tak nampak apa2 untung bagi rakyat dan ahli umno kalau tak masuk bertanding.kalau ada yang nak rugi bukan rakyat tapi ahli umno sebab rakyat dah bersama PR,tinggal ahli umno saja lagi bersama umno ,itu pun kalau ambik kira di bkt gantang ramai dah menjadi ahli PAS.bila ada by election di penanti fenomena yang sama akan menunggu umno/bn.orang melayu/umno pun ada cakap 'berundur bukan semestinya kalah'.lagi satu umno berhadapan dengan ketiadaan calon yang berwibawa dan integriti,
sekian.zmy

pakbelalang said...

By-election Is A Practice In Democracy And Not A Waste, Says Selangor MB




SHAH ALAM, April 20 (Bernama) -- Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said Monday that contesting in a by-election is a practice in democracy and should not be considered a waste of public funds.

"This is what we do in democracy.

comment:

I really wonder whether Khalid really knows what democracy is all about.

What else do we do in democracy, Khalid? Is giving 100 ekor lembu part and parcel of democratic practice?

Orang Pekan said...

BN berada dalam situasi 'Nothing to Lost'.

Kalah, tak jadi masalah.
Tapi kalau menang, ia akan membuka pintu kebangkitan.

pakbelalang said...

Zahrain Takes Lim To Task Over Statement To Media

PENANG, April 20 (Bernama) -- Penang Parti Keadilan Rakyat (PKR) chief Datuk Zahrain Mohamed Hashim has taken Chief Minister Lim Guan Eng to task for using the media to voice out his dissatisfaction towards the party and its advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain said as a partner in the ruling coalition in Penang, it was not proper for Lim to voice out his dissatisfaction in the media over the appointment of the Deputy Chief Minister I and the resignation of Mohammad Fairus Khairuddin as the Penanti assemblyman.

comment:

Baguslah tu, Gadohlah !!

As I said PKR is just a fly by night party. Among them (DAP, PKR and PAS) they tend trying to ride on each other.

Siapa selalu dapat naik kuda dialah yang sebenar ada kuasa dalam mentadbir negeri.

Wan Shamsudin said...

Dato AKJ;

Apakah DS Najib suka duduk dan mengemudikan kapal yang berlabuh di Pelabuhan? Atau suka di tempat dimana airnya cetek dan tenang?

DS Najib mesti ingat bahawa sebagai Perdana Menteri, beliau juga adalah Presiden Parti UMNO dan juga Presiden Barisan Nasional.

Apakah didalam UMNO/BN sudah 'ketandusan'political strategist? Atau jikalau adapun ,mungkin sudah hilang 'sengat'atau 'bisanya' telah tak ada.

Olih sebab sebab diatas, mungkin DS Najib tak berani ke Penanti. Apakah takut kalah atau membazir wang di Penanti ini.Lebih baik berbelanja di Penanti daripada membazir di tempat tempat lain.DS Najib mesti fikir semasak masaknya kerana ini akan menunjukan beliau seorang yang 'berkemampuan' atau 'lemah'.

PR ada kelemahannya, maka cari dan 'attack' habis habisan, satu per satu PRK di ambil BN. Barulah PR gentar. Ini tidak, tarik diri awal awal perlawanan. Ini 'koro' namanya.

Nampaknya DS Najib kena banyak belajar berfikir, apa kata ajak Khazanah susun strategi untuk PENANTI. Jikalau DS Najib tidak hantar calun, maka Penanti akan menjadi PENANTIAN YANG AMAT MENYIKSAKAN bagi UMNO/BN, juga buat DS Najib sendiri, percayalah.

pakbelalang said...

It's Not About Winning Or Losing - Dr Mahathir

CYBERJAYA, April 20 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the Barisan Nasional's (BN) decision on whether or not to contest in the Penanti by-election should not be based only on the chances of winning.

"It's not a question of winning or losing, we are the underdog there but we cannot neglect our own supporters," he said.

comment:

Yes, it is not about winning or losing but I think what is important is what will be the psychological effect of winning and losing as far as UMNO or BN is concerned?.

Will it make UMNO more stronger?
Will it make Najib and his BN team more confident to face the future challenges?

Haron said...

Dato,

Hanya mutakhir ini saja UMNO/BN asyik kalah dalam PRK kecuali di Kawasan Batang Ai yang turut menunjukkan peningkatan undi pembangkang. Sebelum ini BN asyik menang. Hampir setiap kali kali PRK pembangkang terus bertanding walau dalam keadaan yang sukar bagi mereka.

Jesteru BN punya segala dari segi logistik dan segala jentera dan media arus perdana kerajaan memerentah, yang memberi segala kelebihan , mengapa pula mengundur diri.

Bila ada wakil rakyat pembangkang disebut-sebut berskendal seperti kes Liz Wong, ada menteri yang mendesak agar beliau meletak jawatan, mengapa pulak kini perlu ada peruntukan supaya Wakil Rakyat tidak boleh meletak jawatan kecuali kematian?

Come on BN, bola dikaki anda. Anda bukan dayus dan tidak pula terlalu berhemah sebelum ini dalam pengiraan kos PRK. Selalunya BN amat perihatin ketika ada PRK. Berbagai projek "instant mee" telah dilaksanakan di Bukit Gantang dan Di Bukit Selambau (walaupun di sini BN pembangkang)

Mungkin YAB Najib merasakan orang Penanti telah mendapat banyak "durian runtuh" masa PRK Permatang Pauh dulu . jika ini rasionalnya, saya bersetuju.

Baiklah. Berilah laluan kepada PKR dengan kemenangan mudah yang besar kemungkinan TIDAK AKAN MENJADI BEGITU MANIS BAGI MEREKA. JIKA MEREKA MENANG BERTANDING MANIS KEMENANGAN MEREKA ADALAH PAHIT BAGI BN". BIARKAN MEREKA MENANG PAHIT.

pakbelalang said...

I think it is best for BN to conduct random survey to determine what is the feeling on the ground at Penanti before deciding whether to participate or to be at the sideline (not boycott) in the by-election.

If there is a slightest indication that the electorates have changed their mood in favour of BN then it is worthwhile to take the challenge head-on against PKR or PAS.

Tapi janganlah berkempen macam "hidup segan mati tak mau". It must be well planned from day one. And it must be monitored like monitoring the "stock market on real time".

Puyot said...

Tok,

Benarkah? Benarkah begitu? Benarkah begitu sekali sayangnya duit rakyat oleh pimpinan BN sampai dikatakan membazir kalau letak calon di PRK Penanti? Muahahahaha!! Dongengan apakah ini yang cuba didodoikan?

Ni apa cerita ni?! Lawak antarabangsa yang cuba membangangkan rakyat kecil seperti saya ini? Mungkin tidak! Yang bangang ialah mereka yang berkuasa dan berkata mahu bekerja dan fokus dan oleh yang demikian tak perlu letak calon di Penanti.

Eh! Andaikata ada YB mati (mintak barang dijauhi) di kubu kuat UMNO @ parti komponen BN, masihkah skrip yang sama akan digunapakai? Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Be a man! Do the right thing!

Hallo?! Ini negara demokrasi la brother! Kena ada pertandingan! Takkan tak pandai menari mengata lantai yang tidak rata? Kalah menang belakang kira bro. Ni proses demokrasi. Kalau pembangkang lainlah. Ni BN (gabungan parti terhebat di abad ini). Come on la bro! Are you serious? Or my mind is playing tricks on me? Dhoh!

Buat yang sokong bro Jib takmau letak calon, tolong lah.. pikir jauh sikit, boleh tak? Jangan penting diri sendiri. Bagi la peluang rakyat laksana dan jalankan tanggungjawab demokrasi mereka di Penanti kelak.

Iskh.. drama Venezuela pun kalah dengan intrigue yang ada dalam politik di Malaysia ni. Boleh bikin filem ni!

Keylee Daud said...

apabila kalah pembaziran diutarakan apabila menang pembaziran diselalukan..batal smabung batal sambung kasi lulus juta2 kasi pampasan juta2..

raja2u said...

YBhg Dato'
Assalamualaikum.Nampaknya YAB Perdana Menteri mengalami banyak masalah semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia.Masalah bukannya berpunca dari kegagalan menjalankan tugas tetapi telah menerima begitu banyak pendapat yang sebahagian darinya bercanggah antara satu dengan lain. Beliau sekarang berhadapan dengan masalah samada boikot PRK Penanti atau bertanding.

YAB DSNajib hendaklah bersabar kerana disebalik setiap kesukaran ada kebaikan.Yang penting jangan terburu -buru.Jelmakanlah dalam perbuatan konsep 1 Malaysia yang makmur dan aman damai rakyatnya.Sebagai PM Malaysia YAB sudah teratas dari parti politik. Semuanya adalah anak buah YAB. Konsep 1 Malaysia bukannya satu perkara baru. Pemimpin terdahulu semasa Merdeka dahulu sudah pun memikirkan penyatuan rakyat yang berbilang kaum melalui satu Bahasa dan jika bolih penjelmaan satu Budaya yang berteraskan Budaya Melayu. Diantara masalah yang dihadapi UMNO sekarang adalah tidak lagi memberi keutamaan dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu.

Untuk menentukan keadilan maka usaha telah difikir dan dilaksanakan supaya semua rakyat menikmati kemakmuran negara dimana usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan telah dilancarkan. Mungkin telah berlaku masalah dalam pelaksanaannya dan dengan itu YAB PM telah mengarahkan supaya wakil rakyat turun padang dan mengetahui apakah sebenarnya masalah yang dihadapi rakyat dan mengambil tindakan mengatasinya.

Berbalik kepada PRK Penanti kita perlu melihatnya dari segi positifnya.Bukankah idaman semua rakyat bahawa wakil rakyat kita hendaklah bersih. Kita sering memuji orang politik negara Jepun umpamanya yang meletak jawatan bila ada kes terhadap mereka.Apa yang BN perlu buat adalah mengemukakan calun yang betul-betul bersih dan disenangi rakyat.Kurangkan kos PRK dengan tidak menyediakan duit poket kepada mereka yang turun untuk mengudi dan juga jangan menawarkan projek-projek pembangunan luar jangka.

Sebesar-besar perubahan adalah apabila kita boleh menerima setiap perkara yang baik walaupun ianya datang dari parti lawan kita.Kebaikan rakyat diutamakan.

Raja Abdul Rahman Dain
Petaling Jaya.

pakbelalang said...

Kadang-kadang bila kita fikirkan bagaimana Melayu dah hilang kepercayaan kat UMNO , saya rasa kecewa juga.

Kalaulah sesungguhnya Melayu dah tak nakkan UMNO lagi, bagi jelah PKR, PAS dan DAP memerentah, period.

Apa lagi pemimpin UMNO sibuk nak memperjuangkan hak Melayu dan ketuanan Melayu.

Perjuangan UMNO dah tak laku lagi dan dah tak diterima oleh bangsa Melayu sendiri.

Melayu sudah berfikir bahawa mereka lebeh selesa dengan PAS, DAP dan PKR. Biarkanlah Melayu bersama mereka supaya mereka dapat membezakan dikemudian hari yang mana intan dan yang mana kaca.

Kalau intan timbullah Melayu dan kalau kaca maka tercalarlah muka bangsa yang bernama Melayu yang tidak akan hilang didunia dulu, kini dan selamanya ......... !!!

pakbelalang said...

SHAH ALAM: Khalid presented RM2 million to 25 Chinese schools throughout the state during the function. NST.

comment:

Sekolah Tamil tak ada peruntukan ke? Mengapa sekolah Cina je ? Sekolah Agama macam mana?

pakbelalang said...

BN jadi parti 'nakhoda zaman' - PM

JOHOR BAHRU 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

comment:

Kalau nak jadi parti "nakhoda zaman" pemimpin UMNO dan BN mesti jangan jadi "nakhoda kapal sarat dengan lanun-lanun darat".

Selagi ada pemimpin UMNO menjadi "nakhoda kapal lanun" selagi itulah UMNO/BN sukar untuk berubah menjadi "nakhoda zaman" yang ada credibility.

Banyak "nakhoda kapal lanun" berada diperinkat Bahagian-Bahagian UMNO. Nakhoda inilah yang menjahanamkan UMNO !

affendi hussain said...

Salam semua,

Perlukah lari dari medan perang kerana takut kalah..? Kalau takut bertanding baik bubar parti..apa objektif penubuhan sebuah parti politik? mestilah nak memang.

Ini bukan kubu kuat PAS..
ini kerusi PKR sejenis ex-lalang drpd UMNO..setaralah.. takkan tak kenal lagi lawan masing2!

kalau kerap kalah PRK pun bukan sebab badi sial...hanya silap strategi..ini buka main judi yg faktor penentu adalah nasib..

UBAH STRATEGI!
1) Usah bawa watak2 liabiliti turun berkempen.. pukulan KO awal nnt.

2) Fokus kpd kaum majoriti.. ya..bangsa sendiri! kalau tak tak usah nak melolong memekik tak seperti dikata..

3) Kalau nak bantai Anwar pun..bantai secara fakta, bantai janji2 916 dia..bukan hentam aspek moral & peribadi..biarlah geng dia nak kempen cara tu..pukul canang tanpa saji fakta (bukti) lama2 org muak ..bila muak org dah boleh menilai sendiri..

4) Retorik pembangunan mega2 tu simpan dulu.. org muak.. terlalu kompleks utk minda marhain nak 'digest'.. org marhain hanya faham kesan inflasi (harga barang2 asas naik), upah kecik, hilang pekerjaan, masalah kemudahan kesihatan, utiliti, pendidikan & pengangkutan..
- kalau tak kena cara, ibarat menyimbah petrol ke bara api..hati terbakar siapa yg tahu? peti undi jd saksi.

5) Low profile..jgn 'poyo'.. jgn nak konvoi2 motor besaq, bawak beruk besaq, & tayang SUV/MPV mewah.. org meluat tengok..
- kalau semua kaya hasil usaha hempas pulas sendiri mcm org biasa takpalah hangpa nak menunjuk.

6) Tak payah perayu2 puteri, putera etc..meluat, rimas.. cetak risalah & saji fakta cukuplah mcm kat negara2 maju..rakyat marhain tak bodo, celik huruf. Tak perlu gantung poster byk2..org dah kenal lama lambang kati, mata, bulan & roket..yg mengundi bukan budak sekolah lg..bazir & menghina kemampuan minda..
- apa mesej yg cuba nak disampaikan melalui poster2 tu? lagi byk lg 'power' kah?

sekian..lu fikir lah sendiri
wasalam,

p/s: Tok Najib gempaq saja kot..saja nak bagi puak2 kem sana syok dulu..tgk lah hari penamaan calon nnt.

("/)

hlekir said...

Menonton dan mendengar ulasan dato kadir jasin dalam astro bersama Timbalan KPN (DIG), menyaksikan buah fikiran orang lama yang amat tidak sesuai. Tergamak dato' mengatakan `pembangkang mengambil kesempatan di atas isu koogan....'.

Justeru, buah fikiran dato' dalam hal ini juga saya simpulkan sebagai tidak seiring dengan perubahan yg mahu dilaksanakan (baru niat) oleh PM. Perubahan bererti tidak sama dengan yang terdahulu....iaitu idea dato yg tidak lagi relevan dengan berkembangnya maklumat sekarang.

unpopular said...

Salam Dato'

Saya rasa apa yang dinyatakan oleh PM hanyalah sekadar untuk test market. Ini kerana BN secara angregatnya telah kalah 4-1 kepada PR dalam PRK. Bimbang PRK Penanti ini akan jadi kekalahan ke 5, maka PM sekadar melontar statement supaya BN tidak payah bertanding atas alasan nak jimat wang rakyat. Walaubagaimanapun sekiranya ada arus yang kuat dibawah yang inginkan pertandingan, BN akan bertanding, percayalah..

WaAllahu'alam.

Anonymous said...

Salam semua.

1. Dato Najib buat keputusan tidak bertanding mungkin kerana dah tau BN akan kalah lagi di Penanti.
Mungkin Info dari *Secret service, *Intelligent, *SB, *Razak Baginda..etc.

2. Pemimpin berkualiti macam DS najib sahaja yang boleh berfikir tentang kepentingan rakyat dan membelakangkan sedikit kehendak parti.

3. PRK biasanya banyak pembaziran masa, kewangan dan menggugat ketenteraman.

4. Pemimpin bijak harus ada banyak muslihat untuk bertanding bagi menyusun rentak kemenangan dan sedia berkorban tanpa mengikut perasaan.

5. Dato Kadir dan mereka yang sependapat dengan Dato rasanya belum sampai ke tahap mempunyai fikiran seperti DS Najib.

6. "Rakyat didahulukan" adalah tepat kalau BN tak bertanding.

- Anthony Russel -

chot said...

As Salam Datok

Ikhlas..itu adalah perbezaan antara PR dan BN

pahami istlilah keikhlasan..

toksah nak citer yang mereka sendiri tak paham...

rakyat tak memerlukan kata2 yang terlampau retorik...cukup hanya keikhlasan sahaja

Kalau BN dapat memahami apa maksud keikhlasan....

InsyaAllah mereka boleh memperolehi kemenangan

Musa Putih said...

Salam Dato;

Saya tidak bersetuju dengan pandangan Dato.Saya percaya Najib mempunyai sebabnya yang tersendiri tidak mahu UMNO/BN bertanding di Penanti.

Sabenarnya PKR telah mula mengunakan tektik perang Gurella,jadi mereka akan terus menyerang dan menganggu UMNO dan BN dengar bermacam cara,demi untok mendapat perhatian raayat.Mereka menjadi agent provercator.

manletih said...

Pakatan Rakyat mempunyai df leader yang tidak memegang jawatan. Guan Eng jawatan Ketua Menteri, Nik Aziz Menteri Besar.

Anwar sekadar ahli parlimen biasa macam KJ.

Biarlah Anwar menang tanpa bertanding di Penanti. Hendak lihat samada Guan Eng boleh beri laluan untuk jawatan Ketua Menteri PP pada bossnya.

Bukankah PR parti yang mementingkan meritokrasi dan tidak memandang perkauman???

Tolong ulas Dato'. Terima kasih.

*manletih*

Zain Parpu said...

Dato.

Saya nampak Dato dengan TUN memang mempunyai fikiran yang sama.Dato orang Pendang dan Mahathir orang Titi Gajah.

Sebab yang Dato berikan untok UMNO bertanding kawasan Penenti tidak boleh di pakai.Jikalau bertanding biarlah menang.jika dah tahu hendak kalah tak payah lah buang masa dan wang.Lagi pun kalah menang di situ tidak mempunyai apa2 kesan kapada UMNO Peneng.

Untok maklumat Dato,BN terutamanya Gerakan boleh mimpi siang hari jika ia percaya dapat menguasai samula Peneng.Tunggu lagi 30 tahun lah,lebeh lagi jika Soo kon jadi President Gerakan.

UMNO Pulau Pinag pun boleh mimpi untok menang samula kerusi2 di Peneng.Kita hendak tengok siapa yang di lantek menjadi ketua perhubongan Negeri.Gang mamak mahu Noor Muhamad jadi ketua,Gang melayu mahu Dato Izhar,Pemuda UMNO mahu Dr Ibrahim Saad dan wanita mahu Dato Zainol.

Peneg UMNO dah jadi macam Nasi kandar Kassim.

warongkopi56 said...

Assalamua'laikum Datuk,

PM baru Dato' Sri Najib telah pun mengutarakan "rakyat diutamakan" jika benar tekadnya itu beliau harus merestukan pertandingan.

1.Pertandingan inilah memberi peluang pada rakyat menentukan semula apa yang mereka kehendaki.

2. Pertandingan ini juga membolehkan BN menjadikan sebagai kayu pengukur sama ada betul orang melayu dah mula berubah angin selepas dua bukit diSemenanjung.

3. Mengenal pasti apa yang masih tidak kena dengan BN?

Wasalam

nasidagang said...

BN mesti bertanding demi kepentingan pengundi-pengundi yang menyokong BN!!

ulasan lanjut saya di:

http://www.nasidagang.com

MohdHafizKamal said...

Kes ni menunjukkan penting utk memilih calon yg betul. Kalau calon bermasalah memang yg rugi rakyat, terutamanya pengundi kawasan tersebut......ingatan ini terpakai bagi kedua2 BN dan PR.

saji said...

Salam Datuk AKJ,

Bagi saya, Pilihan Raya di negara ini sebagai satu upacara meraikan hukum/kontrak al-Wakalah atau Wakil-mewakil bagi tujuan melantik pemimpin untuk mewakili penduduk sesuatu kawasan yang telah ditetapkan oleh SPR.

Alasan saya, pilihan raya yang diadakan di negara ini jika dirujuk kepada Akta Pilihan Raya yang diwujudkan untuknya memenuhi maksud takrif, empat rukun (pemberi wakil,penerima wakil, barang yang hendak diwakil dan akad), syarat sah penggunaan dan contoh penggunaan kontrak al-Wakalah tersebut.

Ia boleh disamakan dengan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama merayakan Hari Raya Puasa.

Malah penggunaan perkataan 'Raya' di sebalik istilah 'Pilihan Raya' itu sendiri sudah cukup menjelaskannya.

Maksud saya, dalam kita memberikan pandangan, sama ada BN wajib bertanding atau tidak di PRK, Dun Penanti kita perlu melihatnya dari sudut Islam yang sudah mewujudkan hukum al-Wakalah tersebut sebagai suatu kemudahan untuk menjaga kepentingan umat manusia melakukan aktiviti muamalat di dunia ini yang meliputi aktiviti melantik pemimpin.

Sejahtera Abadi said...

One thing for sure in PKR, those facing allegations of corruption etc. should not remain as wakil rakyat. That is the message to the wakil rakyat and the rakyat. But in BN those already proven guilty still serving as if nothing happen. Leaders must not only clean but must be seen as clean. Imagine if this is practiced in BN. For sure, every week we may have by-elections. It may not be a wise practice but all elected representatives must be accountable to rakyat i.e. the voters. If BN thinks waste of money, political gimmicks etc. then please don't contest.

Sejahtera Abadi said...

My prediction: DSAI as a candidate, win the election and become the CM of Penang. The present CM will become the Deputy CM.

Kamarudin JB said...

BN mesti terus bertanding tetapi kemunculan TDM tidak diperlukan kerana terbukti tidak mendatangkan kesan yang positif di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Sentimen sokongan dan kepercayaan kepada DSAI masih tebal.

Mungkin rasenya pengaruh Pak Lah masih ada. Saya juga sedih kerana PM tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak membina mengenai pilihanraya kecil Penanti.

Jika kita berusaha dengan lebih baik dan bijaksana kita pasti akan menang. Sekurang-kurangnya kita tahu pengundi melayu secara perlahan-lahan mula beralih kepada BN.

Pensyarah U said...

Apa yang berlaku dengan kes YB Fairus, jelas menunjukkan belang sebenar YB Anwar. Semasa PRU12 saya rakan dan rakan secara diam-diam berkempen untuk Pakatan Rakyat (tak boleh buat terang-terangan sebab kami orang gomen) merayu orang-orang Melayu, sama ada orang gomen maupun orang kampung di sekitar kawasan Permatang Pauh untuk mengundi PKR/Pakatan Rakyat. Dan kemudian semasa PRK Permatang Pauh sekali lagi kami berkempen merayu pengundi memberi peluang YB Anwar ke Parlimen. Tapi nampaknya kami orang-orang Melayu telah tertipu rupanya dengan kelicikan berpolitik YB Anwar. Cukuplah, di Penanti, kami telah bersedia menanti untuk menghumban PKR. DS Najib, saya dan rakan-rakan telah bertekad bahawa kami akan berhabis-habisan membantu calon UMNO/BN untuk menawan Penanti.
Good Bye PKR.

Penanti- Kami Sedia Menanti.

izham said...

Apakah strategi BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adakah PM akan mengerahkan seluruh bala tentera ke Penanti untuk berperang? Kalaulah saya di tempat PM saya tidak akan meletak seorang calon pun untuk menentang PKR di Penanti biar dia menang percuma.Kemenangan yang tak bermaruah.

Apa yang dilakukan oleh Anwar merupakan strategi untuk menyekat gelombang transformasi yang di bawa PM‘ SATU MALAYSIA’.

Apalah ada di Penanti kalaulah BN menang di sana sekalipun apakah BN dapat membentuk kerajaan? tidak sama sekali, jadi tidak perlu BN bertungkus lumus di sana lebih baik menumpukan perhatian pada pemulihan ekonomi Malaysia;

Andaikata PKR menang di Penanti Anwar akan menjadikan kemenangan ini sebagai satu senjata yang cukup ampuh untuk meyakin rakyat pada pilihanraya kecil yang lain “lihat lah apa yang kita kata, akan kita kota mana-mana pemimpin PKR yang bermasalah kita akan singkirkan” “kita akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semula calon yang sesuai “Anuar akan memberi contoh di Bukit Selambau dan Penanti dan semua ini bisa di putar belitkan bagi meyakinkan rakyat bahawa apakah BN sanggup mengambil langkah yang sama jika ada wakil rakyat BN yang bermasalah?

PM, apabila musuh menyerang bertalu talu tidak perlu Datuk Seri mara ke hadapan, lebih baik kita mengundur dua langkah kebelakang menyusun strategi agar kejayaan yang lebih cemerlang di capai.

BN perlu menggunakan masa selama 6 bulan sebagai tempoh bertenang lantaklah PKR nak singkirkan sepuluh ADUN nya sekalipun Datuk Seri tidak perlu melayan wayang Anwar.

Bayangkan setiap kali pilihanraya kecil diadakan kurang lebih jutaan ringgit dibelanjakan ,sebagai kerajaan yang bertanggung jawab sewajarnya wang rakyat digunakan untuk perkara- perkara yang lebih penting dari melayan Anwar Ibrahim yang gila kuasa itu dan merasakan dia cukup popular sekarang ini,

Mungkin ada yang mengatakan apalah sangat wang yang dibelanjakan untuk pilihanraya kecil ini, inikan Negara demokrasi ,ya kepada mereka yang berharta memang lah jumlah itu sedikit bagaimana pula kepada yang papa kedana ?

Mengikut rentak tari Anuar menunjukkan kerajaan gagal menghidu tipu muslihat PKR,ini semua adalah strategi yang sengaja di buat untuk merangsang rakyat agar terus mengatakan bahawa gelombang perubahan politik semakin hampir menjatuhkan BN.

Jangan sesekali Datuk Seri terpedaya dengan muslihat Anuar Ibrahim tumpukan kepada
Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.
Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya Datuk Seri terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini.

TooLBoX said...

Adoi! letih aku scroll asik2 muka pakbelalang. Jgn asik paste lar pakbelalang. Komen cukuplah

Jgn marah tapi aku rasa menyemak ajer

Bersuara said...

Star Online reported:
"The party (DAP) also slammed Penang PKR chief Datuk Zahrain Mohamed Hashim for “behaving like a little Umno leader” with his comments on the issue that do not reflect a spirit of multi-racialism in the coalition."

Dalam berita lain Star Online:
"Tan said Lim often boasted that he looked at merit and not race or religion when appointing state government staff, but he instead allocated the DCM 1’s post to a Malay, from PKR.

“This is hypocrisy and a practice of double standards. PKR has two other state excos, Abdul Malik Abul Kassim and Law Choo Kiang.

“Are they not fit for the post, or are they leaders without merit?” she said."

Dah kata yang PKR ni mengarut. India depa bagi, Cina depa bagi, Melayu depa bagi tapi mamak depa pinggiri.

sujini said...

Tn Hj AKadir,

Tak silap saya,mengikut PM,tidak
diketepikan kemunkinan BN tidak
akan bertanding PRK Penanti.
Beliau menambah lagi walau apa
pun hal ini perlu dibawa
berbincang dengan pihak UMNO dan
parti-parti komponen BN.

Memanglah tugas pihak media yang
suka mengembar gemburkan keadaan.
Sekarang ni semua pihak media
termasuk program bualbicara sibuk
membincangkan patut atau tidak BN
bertanding di Penanti.
Kenapa tak tanya je penduduk
Penanti tu samaada mereka boleh
terima balik UMNO/BN?

Sementara tu, tunggu je lah dulu
sikawan kita ni berbincang dengan
siDin, siOng dan siSamy dan buat
keputusan.
Bukankah mereka diberi gaji untuk
berfikir dan membuat keputusan?


p.s. Tn Hj, saya agak kecewa bila buku Membangun Negara dengan Mata Pena sudah habis dijual di Pesta Buku Antarabangsa bila saya pergi melawat hari ini. Jurujual DBP menyuruh saya datang esok.Kenapa buku-buku keluaran DBP ini susah nak dapat di gedung-gedung buku selain di DBP?

Anonymous said...

Salam Dato,

Allow me to deviate from topic of discussion:

1. It seems the Malaysian Insider is playing devil's advocate between TDM and the PM.

2. Their disdain for TDM is for all to see and their writers also seems to have a knack for obtaining some inside information.

3. Is Kalimullah still pulling the string in Malaysian Insider?

4. When will PM change the head honchos in the MSM? He better do it fast before their spin makes it worse between him and TDM.

5.My suspicion is that the former fourth floor advisors are still plying their trade for the PM.

6.What is so bad about taking TDM's advice? Would you rather take advice from someone with a proven track record?

7. What say you Dato'?

Regards,

Pak Nujum

Anonymous said...

Dato,

I am a non-Malay. Many urbane non-malays like me are tired of anwar. We are fed-up, actually. They gave us hope, we gave them votes in the last GE, and what do we get in return? Arumugam, Fairus, Eli, Nga and Ngeh, Sivakumar...and Anwar, Anwar...and more of Anwar! crime is rising, the economy is still slow, public transport is still appalling, and yet we get more by elections. Enough is enough. Contest or no contest at Penanti, BN should get back to work. If BN gets things done, they will be back in power. PR doesn't get things done after 1 year. What is BN waiting for? Keep all ministers in the country to fix problems.

LoopedBridge

Anonymous said...

Dato'

Jika aruah bapa Najib mempunyai Tun Dr. Ismail sebagai orang paling kuatnya yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang matang, bijak, berpandangan amat jauh serta mempunyai integriti yang amat tinggi, bagaimana pula Najib?

Melihat daripada beberapa keputusan yang telah dan sedang di buat oleh Najib, saya percaya beliau masih belum ada "Tun Dr. Ismail" di sisinya.

Saya sentiasa tertanya-tanya bagaimana sesuatu keputusan diambil oleh pemimpin-pemimpin kita kerana sudah semacam menjadi kelaziman bahawa sesuatu keputusan yang telah atau bakal diambil didapati seolah-olah tidak dibincang dengan lebih terperinci. Mungkin mereka perlu mengikuti kursus tentang effective meeting and effective decision-making. Nampaknya pemimpin-pemimpin kita lebih ghairah mengumumkan keputusan-keputusan 'mesyuarat' daripada bermesyuarat.



Melati

Dhahran Sea said...

Salam Dato',
Saya harap penyakit "KORO"(?) yang pernah menular ramai pemimpin UMNO baru2 ini sudah dapat di hapuskan? Kalau tidak, ini pertanda kurang baik... "crooked bridge" pun nampaknya tak kemana sebab nak tunjuk "who's the boss", nak bertanding Penanti pun dah mula takut (agaknya buah anu tu dah ter"koro"?)... symptom koro ni masih ada lagi kalau tak silap saya? Apa ubatnya agak Dato'?

Anonymous said...

Btw Datuk, tak nak komen ke tentang MB selangor belanja RM1.7 juta ke Disneyland tu?

adam

pakbelalang said...

Toolbox,

Maaflah. Sesekali saya terpaksa extract "sikit je" berita terkini dari akhbar-akhbar untuk membuat comment berkaitan dengan isu semasa.

Saya paham ada comment saya lari dari tajuk. Tapi saya memang nak bawa isu-isu semasa ini keperhatian Dato' AKJ dan memberikan pandangan saya.

Kadang-kadang boring juga nak komen pasal politik semasa. Jadi saya alih perhatian untuk komen tentang hal lain.

Being senior citizen ini adalah therapy untuk saya berkomunikasi dengan orang luar untuk mengelak dari otak jadi nyanyuk.

Just bear with me, please. Thank you.

pakbelalang said...

KUALA LUMPUR, Tues:

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been advised to ignore negative reports about him in the foreign media. Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said the Western media had launched a concerted effort to demonise Najib.

comment:

Ini semua kerja Anwar Ibrahim. Kerja orang desperado.

Can you just wait your turn Anwar. Who knows god willing you will be the next Prime Minister after PRU13.Sembayang hajat banyak-banyak, minta doa kepada Allah supaya dikabulkan permintaan.Insya'allah akan berjaya.

Tapi buat masa sekarang janganlah asyik hentam Najib "below the belt". That's not fair. Be gentlemanlah sikit. Cukuplah main belakang !!

pakbelalang said...

SHAH ALAM, Mon:

New pictures of Elizabeth Wong have surfaced, less than a week after the announcement that she was not stepping down as Bukit Lanjan assemblywoman and state executive councillor.

comment:

A leader must have a very strong moral standing. In this case, as a Mentri Besar Khalid should make a strong stand to dismiss her as assemblywoman and exco member. This shows how weak Khalid is as a leader.

Just look at how Tun M sacked his Deputy, Anwar. That's what a true leader is, when it comes to matter concerning moral upright, you just cannot compromise in order to maintain the image of the government.

pakbelalang said...

DAP claims Zambry sacked 800 village chiefs without notice
More than 800 village chiefs, who were elected to their posts nine months ago, were sacked without notice by the district officers of their respective areas last Thursday.

comment:

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku,saya rasa adalah lebeh munasabah jika perlantikan Ketua Kampong atau Penghulu diberi tauliah terus dari Sultan seperti juga imam-imam Masjid.

Ini bermakna jika ada pertukaran kerajaan yang baru, the new political master has no right to sack the Ketua Kampong or the Imam.

The Phoenix Foundation said...

AKJ!
I know this is an odd place to post this but I am not to ICT savy!!
Yesterday{21/04/09}, whilst perusing books @ The UMCOOP, I spied & purchased a copy of your DAMNED THAT THOTS!
I would be grateful if you sign this when you are able to,perhaps the next time you visit Rajoo's!
Cheers!
Godspeed!
Jeyapalan.T.S.Mahesan

A KADIR JASIN said...

Sdr Jeyapalan.T.S.Mahesan, thank you for purchasing the book. It was published a while ago.

Whenever you see me at Raju, please come and join me.

Sdr Adam menulis: "Btw Datuk, tak nak komen ke tentang MB selangor belanja RM1.7 juta ke Disneyland tu?"

Sepanjang pengetahuan saya, MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, tidak dikaitkan dengan "belanja RM1.7 juta ke Disneyland."

Dia dikaitkan dengan penggunaan kereta sendiri sebagai kereta rasmi dan memberi "lembu korban" yang dibiayai oleh sebuah perbadanan kerajaan negeri.

Terima kasih.

Nik said...

Dato'

Pak Nujum Says,
"6.What is so bad about taking TDM's advice? Would you rather take advice from someone with a proven track record?"

What Track Record? Semua kementerian yang diketuai beliau semua tidak kemana....

Anyway, TDM Muhyideen is a liability to Najib....The PM needs a dynamic assistant who will help him to put out fires and not start fires which he (PM) has to put out. I urge Najib to quickly find a replacement before it's too late.

pakbelalang said...

When a Mat Rempit is not a Mat Rempit

By RASHITHA A. HAMID

KUALA LUMPUR: The Mat Rempit are a feared lot. They are a nuisance to fellow road users, they participate in illegal street racing and perform dangerous stunts, such as the wheelie, superman (lying flat on the seat), and scorpion (standing on the seat with one leg during a wheelie).

But who is a Mat Rempit? Even the police don’t seem to know.

- The Star.


comment:

It is easy to identify the Mat Rempits. The person who is very close to Mat Rempits' activities is none other than the newly elected ahli Majlis Tertinggi UMNO Mr (Is he a Datuk? ) Azeez.

Azeez is expert in Mat Rempit activities. He had brought along the Mat Rempits and spent quite substantial amount of public funds arranging for them to go to the North Pole to do the stunt parachute jumping.

The police should seek help from Azeez.kah,kah,kah

manletih said...

DON'T LET ANWAR BE LIKE KJ AND SAMY VELLU.
ANWAR FOR PENANTI!!
ANWAR the new Penang Chief Minister!!

"Nik said... What Track Record? Semua kementerian yang diketuai beliau (Tun M) semua tidak kemana...."

Samada saudara ini orang yang buta dan tuli atau orang yang umpama kerbau dicucuk hidung.

Lesson No1. Depan mata anda. Uncensored Internet. Dasar siapa?

*manletih*

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Nak ulas komen Pakbelalang.

"Being senior citizen ini adalah therapy untuk saya berkomunikasi dengan orang luar untuk mengelak dari otak jadi nyanyuk."

Kadang tu banyak sangat. Boleh jadi sampai 5/6 komen berturut-turut.

Saya cadangkan, ikut kebiasaan, letakkan link address sahaja sebagai rujukan. Walaupun artikelnya panjang dan kita cuma nak rujuk satu perenggan sahaja. Pendek dan kemas, tak gitu?

Lagi satu, saya cadangkan buka blog sendiri. Semua komen di sini, letak juga disana.

Jadikan sebagai blog "koleksi komen" dan mungkin sekali-sekala masukkan artikel asli sendiri.

Berkaitan dengan ketua kampung. Kalau tak semuapun, hampir semua adalah dipilih. Kemudian dilantik dengan kontrak. Notis memang diberi tapi 800 orang ni ada kontrak spesifik tentang tempoh perlantikan. Tambah pula elaun tak dapat sejak Zambry jadi MB; dah tiga bulan sedangkan notis baru je dapat.

Tu yang mereka tak puas hati. Tu yang jadi penyakit tu bila Zambry berhentikan mereka.

Saya rasa tak salah jika diteruskan dengan khidmat mereka. Setahu saya (saya baca-baca je berita) mereka bukan proksi sesiapa kecuali orang kampung mereka sendiri. Mereka dipilih melalui pilihanraya kampung.

penangboyumno said...

Latest News:
"PAS pula tolak PKR di Penanti
Abdul Rahim Sabri | Apr 22, 09 11:54am
Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti."

PKR adalah parti yang tidak lagi dipercayai Rakyat.
YB Malik sekarang sembunyi dan malu nak jumpa orang.
Kesian buat orang baik-baik macam ni.
YB Malik adalah orang dari hari Anwar dibuang berada bersama parti keadilan. Dialah Pengerusi Parti Keadilan Penang sebelum parti ni jadi glamor.
Waktu tu dia dikutuk dan kena perli hari-hari.
Mak bapak dan adik-adik dia pun ketawakan dia.
Depa kata kat dia buang masa buat kerja berfaedah. Sokong Anwar buat apa? Apa dia boleh buat?
Tapi YB Malik tetap teguh berdiri di atas kepercayaannya bahawa dia berjuang diatas dasar keadilan.
Nampaknya yang berlaku bagi dia malu adalah YB Anwar, orang yang dia puja sebelumnya.
Memalukan dia dengan berkata bahawa dia tak layak jadi TKM 1.
Apalah salah Mamak sorang ni sehingga dihukum sebegini.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dato,

Untuk mengambil keputusan samada wajar atau tidak memboikot pilihanraya Kecil Penanti kita harus melihat dari dua aspek.

TIDAK WAJAR KERANA:

1. Membazirkan wang.
2. Membuang masa.
3. Menang atau kalah tidak akan mengubah kerajaan.
4. Tumpuan harus diberi kepada masaalah ekonomi.

WAJAR KERANA:

1. BN akan dilihat sebagai pengecut.
2. BN telah mengaku kalah sebelum bertempur.
3. BN tidak harus menafikan hak dan sokongan pengundi-pengundinya.
4. BN berpeluang untuk menerangkan kepada rakyat akan dasar2 kepimpinan DS Najib.
5. BN dapat mendedahkan keburukan,kepincangan parti pembangkang dari segi moral, dasar perjuangan yang tidak konsisten.
6. BN mungkin boleh mencapai kemenangan walaupun dengan undi yang kecil.
7. Pendirian pengundi2 boleh berubah.
8. BN akan dilihat sebagai parti yang bertanggungjawab.

Fikir2kanlah.

-AHBZ-

Mustapha Ong said...

Dear Datuk KJ,

Sorry to hear that you are begining to feel the stress of blogging and your old problems may come back to haunt you again. Take care lah kita dah tua dan kadang-kadang kita punya priorities dan alignment lari sikit.

Anyway Datuk, I was hoping to meet up with you in Cyberview yesterday, to support Tun Mahathir's Leadership Talk Series. Tun's talk entitled "The MSC and Leadership in the Information Age", was indeed very inspiring, and I thought at his age of coming to 84 years, his thoughts on technologies are sharper and more informed than some of the IT CEOs present.

The most interesting part was at the Q & A sessions, whereby Tun could encounter any questions relating to leadership qualities, off the cuff at the back of his finger tips.

On posting my question from the floor, Tun was a real gentleman first and a distinguished statesman second, as he did not answer my question on "Najib's quality as our current leader and PM, to address his personal issues, economic and political crisis, amidst the notion that like Tun himself, Najib will also survive the tides of these crisis that he had inherited from Tun Pak Lah.

Tun's response to my question was not too convincing, as the panel had considered my question as politically crafted.However,Tun did mention that he himself had survived many crisis during his 22 years at the helm of the government.

For the record at the media conference, it was good that Tun responded to another question from the floor that while he maintains the citizen's right to criticise Najib's administration and policies, it did not mean that the PM should follow his advice on all matters that he had raised in public.

In a simple analysis, Tun is not behind Najib in all his strategic vision to do things differently from Tun Mahathir or Pak Lah.It's Najib's administration and he proceeds along his vision created under his new political ideology of One Malaysia platform, that will spearhead all his development plans for all Malaysians in this country.

It is also not NM (Najib-Muyhiddin)political alliance between PM and DPM combination. As of now until 13th GE, the rest can wait for another 14 years, including Anwar if he still insists to overthrow Najib. Anwar cannot force Najib out from his coveted office of PM, but the rakyat certainly will have the last say and the big game is at the next 13th PRU.

Azroy said...

Salam Dato'

maaf kerana sudah lama tak baca blog dato, paper, tgk berita sume saya sudah lupa...

sejak mula berniaga nih semakin tamak haloba saya...kadang2 kawan dan famili pun saya tinggal

untuk umno ke gerakan ke mca atau mic, tak perlu tunggu pilihan raya kecil baru nak terburu buru nak wat kerja, bukan itu sahaja kalau kalah pun bukan halangan nak mewakili rakyat

jadi tidak timbul mahu mengambil bahagian dalam PRK memana kerana sudah tugas hakiki ahli politik untuk turun kebawah mendengar masalah rakyat

kalau yang terpilih tuh terlepas pandang sesuatu bahagian, yang tak terpilih tuh ringan ringan lah tulang untuk ketengahkan masalah rakyat nih..

bukan dah kalah pastu nak bising nak jadi senator lah nak jadi ahli pertubuhan ni la, itu la...

jadi bila ada memana nak PRK bukan isu nak letak calon untuk bertanding, sebenarnya calon tuh boleh berkhidmat atau tidak, dan paling penting khidmat nya kepada rakyat jelata lah...

Azroy

Azroy said...

Dato'

macam dah trend sekarang kalau dah peruntuk kerusi untuk sesuatu parti atau lebih tepat lagi **** jadi sampai kiamat lah akan kekal kerusi itu kepada component itu, ini dapat dilihat apabila PRK bukit selambau yang menyaksikan MIC tewas berkali dan mungkin berulang lagi, malah boleh dilihat pada PR juga apabila TKM I Penang yang diperuntuk pada pada PKR kekal dalam PKR dan PKR kerusi Penanti juga akan menyaksikan PKR sebagai komponen PR yang akan bertanding jika dilihat pada trend PRK yang lalu...

sekadar nak berborak, sebab bukan senang bagi saya yang buta IT dan celik hanya sedikit sahaja pasal komputer ini utk berbicara dalam alam mega cyber ini, apatah lagi untuk berbicara dengan Tokoh terulung seperti Dato

jadi kalao yang kalah PRu pastu balik kampung tido jadi apabila ada PRK adakah patut diletak orang yang sama, malah kalau diamati apabila kalah PRU calon yang kalah masih ketua bahagian, jadi nak gerakkakn kereta kalo enjin tak hidup susah juga, apatah lagi kalau enjin kereta tuh tersadai di belakang rumah meninggalkan badan kereta di depan rumah untuk orang ramai conteng dan sepak terajang...

kadang kadang politik ini tidak adil bukan sahaja kepada pengundi malah kepada calon itu juga, tetapi Dato Nizar walaupun dah kalah masih tak balik jadi engineer tapi masih cuba berkhidmat dalam kawasan dun beliau, kini ada parlimen pula, dan bukan sahaja kepada negeri perak lagi, kini beliau berpeluang menjadi perdana menteri jika ada rezeki...negara kita malaysia tercinta

satu malaysia !!

sekadar renungan

azroy

mba said...

Salam Dato'AKJ,

Saya berasa amat bersependapat dengan dato pasal Penanti, BN kenalah bertanding,,walaupun guna duit rakyat..itu hak rakyat kepada rakyat..DS Najib mesti tau...takkan melayu hilang didunia!!!tak begitu tok!!!

moose,JB

Alfonso said...

Soal bertanding atau menarik diri dari PRK Penanti adalah satu keputusan politik. Maknanya bukan sahaja UMNO malah parti komponen turut terlibat.Sehingga kini ada pandangan yang pro dan kontra. Sudah tentu sebagai Pengerusi BN,DS Najib mempunyai pertimbangan yang wajar. Pandangan beliau untuk tidak bertanding nampaknya berjaya menarik pelbagai pendapat yang tidak bersetuju dari ahli parti sendiri mahu pun pembangkang. Dalam sistem demokrasi, hak untuk bertanding adalah keputusan parti. Apa jua keputusan yang diambil, sudah tentu setelah dipertimbangkan buruk dan baik. Hormatilah keputusan pemimpin.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).