Saturday, May 16, 2015

Soalan Penyiasat 1MDB Wajib Tanya



A Kadir Jasin

SAYA minta izin nak cerita panjang sikit berkenaan 1MBD kali ini. Mungkin lebih panjang dan lebih terperinci daripada sebelum ini.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Saya tujukan rencana ini khusus kepada para penyiasat Pejabat Ketua Juruaudit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen (PAC) yang sedang dan akan memulakan siasatan ke atas 1MDB.

Saya mohon Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan memulakan sesi baru Isnin ini turut memberi perhatian rapi terhadap perkembangan isu 1MDB. 

Ahli Parlimen wajib ambil berat.
Saya akan cuba bercerita dalam bahasa paling mudah dengan harapan paling ramai orang boleh faham. Saya akan cuba mudahkan bahasa korporat dan beri penjelasan.

Untuk mudahkan cerita, saya mulakan dengan membuat kesimpulan berikut:

Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.

Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di“bailout” (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan.

Berikut adalah antara soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat dan penjelasan mengenainya:

1. Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA) apabila ia ditubuhkan pada tahun 2008?

2. Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) telah dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?

[Soalan ini wajib dikemukakan kepada (Tan Sri) Azlan Zainol, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP/EPF, (Tan Sri) Mohd Bakke Salleh Presiden/CEO Sime Darby, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB dan CEO LTAT) dan (Tan Sri) Ismee Ismail (CEO Tabung Haji) yang berupa pengarah pengasas (founding directors) TIA. Menurut bekas MB Terengganu, (Datuk Seri) Ahmad Said wang Negeri Terengganu tidak digunakan oleh 1MDB dan Terengganu dapat balik modal berbayar (paid-up capital) TIA/1MDB sebanyak RM1 juta.]

4. Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?

[Wajib tanya Bakke dan ahli Lembaga Pengarah lain, iaitu Lodin dan Ismee mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB. Azlan tidak sertai lembaga 1MDB.]

5. Adakah berasas andaian bahawa kalau 1MDB tidak menjual saham anak syarikatnya, Edra Global Energy Sdn Berhad melalui tawaran awam permulaan (IPO), 1MDB akan mengalami masalah aliran tunai (cashflow) yang kronik sehingga tidak dapat menguruskan (service) hutang serta membiayai perniagaan menjelang September ini?

6. Adakah betul T. Ananda Krishnan (AK) telah memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MBD bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital?

Mungkinkah Ananda digunakan untuk mengabui mata?
7. Atau adakah nama beliau diguna untuk menyembunyikan hakikat sebenar bahawa wang RM2 bilion itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain?

[Wajib siasat pembabitan AK dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya  kepada Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB. Daripada maklumat terbaru yang saya peroleh, andaian bahawa AK telah mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang. AK terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza]

8. Adakah benar bahawa atas desakan AK penilaian telah dibuat ke atas aset Edra pada bulan November/Disember tahun lalu oleh kumpulan perbankan Macquarie yang meletakkan nilainya pada kadar RM5 bilion?

9. Kalau ini benar, bagaimana pula Goldman Sachs yang mengatur penjualan bon-bon 1MBD pada tahun 2012/13 meletakkan nilainya pada kadar RM8.5 bilion?

10. Mengapakah dalam masa yang singkat nilai aset Edra jatuh sebanyak RM3.5 bilion?

11. Adakah ini berpunca daripada perubahan kaedah perakaunan atau, seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, berbilion-bilion hutang 1MDB tidak dapat dikesan penggunaannya?

[Beliau meletakkan angka itu sebanyak RM27 bilion daripada RM42 bilion hutang 1MDB.]

12. Tidakkah peranan Datuk Yusof Annuar Yaacob dalam urusan pinjaman 1MDB berupa “conflict of interest” (percanggahan kepentingan) yang serius? 

Siasat peranan Yusof Annuar dalam penjualan bom 1MDB
[Apabila Goldman Sachs mengatur penjualan AS$4.75 bilion (kira-kira RM17.1bilion pada nilai sekarang) bon 1MDB dalam dua “tranche” pada tahun 2012/13, Yusof Annuar adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia. Mengikut agensi berita ekonomi Bloomberg, Goldman Sachs mendapat komisen AS$500 juta (kira-kira RM1.8 bilion). 1MDB membayar yuran ASS$196.2 juta bagi bon bernilai ASS$1.75 bilion yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan AS$283.2 juta bagi bon bernilai AS$3 bilion  pada bulan Mac 2013].

13. Mengapakah yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs begitu lumayan?

[Bandingkan dengan fakta berikut: Tahun lalu, National Commercial Bank, Saudi Arabia melakukan (IPO) AS$6 bilion (RM21.6 bilion) yang diatur oleh HSBC dan tujuh ejen lain. Menurut laporan akhbar New Straits Times, (yang amat akur kepada Mohd Najib), mereka hanya dibayar komisen AS$6.7 juta (RM24.1 juta) atau 0.1 peratus nilai IPO. Bagi IPO Alibaba, juga tahun lalu, yang bernilai AS$25 bilion (RM90 bilion), Credit Suisse dan Morgan Stanley hanya dibayar yuran AS$300 juta (RM1.08 bilion). IPO Alibaba dari Negeri China adalah  IPO terbesar dalam sejarah.

Sekarang Yusof Annuar adalah Ketua Pegawai Negeri Deustche Bank bagi Malaysia dan Deutsche Bank sedang menuntut agar 1MDB bayar lebih awal hutang bernilai AS$975 juta (RM3.5 bilion) yang diaturnya tahun lalu.]

Perlu disebutkan juga iaitu (1) antara ahli konsortium Deustche Bank yang beri pinjaman kepada 1MDB adalah Aabar Investment PJS di mana Arul Kanda Kandasamy bekerja sebelum dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden 1MDB awal tahun ini dan (2) salah seorang ahli lembaga pengarah Deustche Bank Malaysia adalah (Datuk) Ahmad Johari Abdul Razak, adik Mohd Najib].

14. Adakah Deutsche Bank di bawah Yusof Annuar cuba menggunakan alasan “force majeure” untuk paksa 1MDB bayar balik hutang lebih awal kerana keadaaan telah berubah yang menjadikan pinjaman kepada 1MDB lebih berisiko?

15. Wajib soal siasat AK untuk mengetahui adakah benar khabar-khabar angin yang mengatakan satu jumlah yang sangat besar - melebihi RM600 juta - yang dibayar oleh 1MDB bagi membeli IPP dari Tanjung Energy PLC milik beliau, dibayar kepada pihak ketiga?

16. Apakah kedudukan undang-undang (legal status) Yayasan 1MDB Rakyat dan siapakah pemegang amanahnya?

Orang misteri Jho Low simpan banyak rahsia
17. Adakah benar Jho Low dan “carpet trader” Deepak Jaikishan kenal mengenali dan saling bantu-membantu?

[Kedua-duanya diketahui rapat dengan Mohd Najib dan isteri beliau, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Sekarang Deepak tidak rapat lagi.]

18. Apakah pertalian Jho Low dengan Felda?

[Penyiasat perlu kaji perhubungan sumbang muhrim (incestuous relationship) yang membabitkan 1MDB, TH dan Felda serta peranan Pemandu dalam tiga entiti ini.]

19. Apakah peranan dan pendirian Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dalam hal-hal yang melibatkan hutang dan pergerakan wang 1MDB yang sudah pun menyebabkan nilai ringgit jatuh?

20. Apakah betul ada individu yang menyimpan RM200 juta hingga RM300 juta dalam sebuah institusi kewangan bukan bank yang tidak dikawal oleh Bank Negara?

Soalan-soalan di atas dan banyak lagi soalan lain yang berkaitan dengan 1MDB dan pihak yang berkuasa ke atasnya wajib ditanya oleh para penyiasat.

Lebih ramai orang yang berkaitan 1MDB wajib dijejaki bagi mengetahui bagaimana krisis kewangan serta ketidaktelusan 1MDB boleh berlaku di depan mata kita dan hanya baru-baru ini saja terbongkar.

Unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah adalah antara isu yang wajib dirungkaikan oleh para penyiasat supaya yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan duit serta aset negara yang digunakan ke atas 1MDB diperoleh semula.

Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara.

Kita mohon petunjuk dan perlindungan Allah Maha Esa.

Wallahuaklam.

108 comments:

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam Dato,


Aduhai Dato,


Kalau didapati jawapan keatas separuh soalan soalan tersebut, maka ramai akan berehat di Sg Buloh `rest house'.



Kalau semua jawapan didapati, maka terpaksa lah satu lagi `rest house' serupa di sg buloh dibina kerana ramai sangat yang kena berehat.



Kalau ada lagi jawapan tambahan dari AG dan PAC dan dipersidangan parlimen....
maka ada PRU baru dan mungkin ada perlembagaan baru sekali!!!.





Hutang negara melebihi 3/4 trilion ringgit tu nak bayar bagaimana?.


Kalau setakat pendapatan income tax dan GST sampai kiamat pun tidak akan terbayar hutang hutang tersebut.....


Akhirnya kena jual bank negara dan perbendaharaan sekali agaknya.


Bukan saja nasi sudah menjadi bubur,malah bubur itu sudah basi dan berulat!.



Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Salaam Dato

Selain 1MDB, satu lagi skandal kecil yang perlu perhatian....

http://www.theedgemarkets.com/my/article/abn-dire-straits-bank-pembangunan-loan-poser

tt said...

Ya Allah Ya Rabb selamatkanlah Malaysia

Strategi Perang #2:Gerila said...

Berani ke penyiasat 1MDB tanya semua soalan ni kat DS Najib?

zainal abidin awang kechik said...

Salam Tok..

"Manusia selalu bimbang dan takut bila wang tidak bersama mereka.. " manusia patut bimbang dan takut bila Allah tidak bersama mereka"
Quote " Ahmad SAHILL "

Saya melihat dan merasai sikap " moral hazard"..hilang maruah mereka ... Tidak lansung takut kepada siksa api neraka..lakukan sesuatu yang baik untuk anak anak malaysia yang Akan datang .. Tinggalkan mereka untuk uruskan kejayaaan kita...

JANGAN lah kita tinggal paku paku berduri...

"Wahai Allah ..buka kan jiwa mereka kepada kebenaran "
Selamat kan Malaysia dari tangan yang kotor

Sayu sedih dengan sikap Perdana MENTARA MAKU SERI PERDANA

Unknown said...

Salaam DAKJ.

Wah panjang lebar pertanyaan tu....semput jugak la nak d jawab. Apa pun tu lah inti paginya. Tapi masih belum sampai dasar nya tu. Baru 'topping' je....tanya dan berjawab lah agar semuanya dapat d selesaikan supaya sakitnya tak d tanggung rakyat. Ingat satu je....JANJI ALLAH ITU PASTI.....

Kamal said...

Salam Dato,

Walaupun panjang huraian dato, saya percaya jika ditangkapnya Jho Low maka selesailah misteri yang menyelubungi 1 MDB. Satu mendapat maklumat dari pihak pembangkang sangat tepat apa yang dikeluarkan oleh Sarawak report. Jho low adalah mastermind bagi pihak PM dan isteri dalam usaha memunggah segala khazanah dari malaysia. PM takkan terlepas dalam hal ni kiranya BN tumbang dalam PRU 14 kerana kita menghampiri krisis seperti di Greece.

Unknown said...

As Salam DAKJ,

1. Sebagai rakyat Malaysia yang tidak berpengetahuan, saya terasa amat takut dan gerun membaca soalan dato dan susur galur dibelakang tabir mengenai 1MDB ini. Rupanya banyak pihak yang bertanggung jawab dan terlibat secara langsung atau tidak langsung.

2. Saya pasti soalan-soalan dato dianggap tidak relevan oleh auditor di Ketua Audit Negara.
Siapa yang akan menyoal beberapa Tan Sri dan Dato yang berpengaruh mengenai kaitan 1MDB sedangkan mereka tiada kaitan secara langsung dalam carta organisasi 1MDB. Mereka tidak akan memberi kerjasama secara sukarela kecuali ada perintah mahkamah dan RCI.

3. Saya juga sangsi adanya pasukan audit forensic. Siapakah yang arahkan audit forensic tersebut?
Pasukan mana dan siapa ketuanya? Ketua Audit Negara hanya diarahkan memeriksa akaun sahaja. Itupun kata AG laporan awal dijangka siap pada akhir Jun 2015. TPM juga hanya sebut pada kenyataan akhbar tetapi tidak membuat arahan dan melantik pasukan.

4. PAC pula kononnya akan memanggil KSU Perbendaharaan, CEO dan bekas CEO 1MBD pada akhir bulan ini Mei 2015. Apakah sandaran soalan pihak PAC sedangkan auditan akaun 1MDB sedang berjalan. Saya harap walaupun tidak dapat mengesahkan status sebenar 1MDB, akan ada keputusan untuk membenarkan audit forensic dilaksanakan. Masalahnya PAC ada kuasa dan budgetkah untuk mengarahkan badan bebas membuat audit forensic?

5. Apa yang rakyat fikirkan, jika isu 1MDB ini selesai kelak semua asetnya di TRX dan Bandar Malaysia (Sg Besi) akan tergadai kepada pihak lain, korporat bukan bumi dan korporat luar negara. Begitu juga IPP mungkin dijual semula kepada empunya lama dengan harga yang lebih murah. Rakyat Malaysia hanya akan gah melihat mercu tanda Kuala Lumpur sahaja.

Wallahuaklam.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Setakat ni saya hanya taruh sedikit harapan pd siasatan PAC.

Yg lain tu rasanya bertugas buat kerja damage control atau ibarat kura2 je. Maklum to buy time sebelum PRU 14.

Biasanya BNM tanya macam2 soalan jika syarikat nak pindah wang keluar Msia.

Bab berbillion wang IMDB boleh keluar negeri dgn mudah, ni kena tanya Datuk MI, timbalan govenor. Beliau jaga Exchange Control Dept BNM.

Adakah ini sebahgian ujian ketaatan kalau nak jadi Gobenor BNM?

Patutlah Cina Jho Lo dgn bersahaja perbodoh atau persalahketua2 UMNO.

Harga diri murah2 sangat.

maae said...

Menarik Datuk.

Selama ini saya hanya menunggu rungkaian 1MDB dari laman blog ini, dari maklumat Datuk sendiri kerana sebelum ini lebih bersifat menghentam. Sesungguh nya perkara 1MDB ini berimpak tinggi, melibatkan maruah negara, kredebiliti Melayu dan politik Umno sebagai tunjang.

Jika Datuk suruh memilih mana yang baik dan mana yang jahat, itu semua karakter dalam filem. Dalam politik, berbeza sifat akibat kuasa dan penguasaan dan siapa di beri kuasa. Maka lahir lah "conflict of interest" dan merebut peluang. Sikap baik, telus memang tidak wujud.

Lihat sahaja agenda Melayu, sehingga saat ini tiada yang afirmatif. Kesian ! Berbeza dengan bangsa bukan melayu.

Memang persoalan1MDB ini berkisar "conflict of interest." Saya dapat jawaban sebenar nya apabilia Tunku Aziz (bekas ahli Dap dan kini di lantik pengerusi penasihat SPRM) secara tegas mendadak "di jemput" melakukan serangan yang nyata nya beliau sendiri tidak boleh bertindak sedemikian rupa.

Pembelian IPP dengar harga bukan-bukan. Penafian Pengerusi TH. Kenyataan mantan MB Terengganu perihal minyak Terengganu dan sebelum nya perubahan wajah pentadbiran utama Petronas HQ yang sudah kita semua ketahui dan bincang. Kini karakter misteri Jho Low walhal.di nyatakan tidak berkepentingan dalam 1MDB.

Kini saya pasti ada tangan konduktor orkestra di dalam persembahan ini.

Nota : Persoalan Datuk juga membuatkan saya meluahkan permerhatian peribadi di mana hati ini kecewa juga akibat salah laku Pemimpin2 Melayu yang masih leka dan teruja dengan "penjajahan"

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Transaksi wang dengan harga yang tidak munasabah memang terlalu banyak sekali terjadi.

Mengikut berita dalam media,

Tanah Bumiputra di tengah-tengah bandar dijual dengan harga RM64/kaki, begitu rendah sekali.

Commission pula dibayar kepada Goldman Sach dengan harga yang terlampau tinggi.

Tanah di Penang pula dibayar terlampau tinggi.

Pembelian stesyen janakuasa dikatakan dengan harga yang terlampau tinggi.

Selain dari 1MDB,
PAC melaporkan harga pemutar skru dibeli jabatan kerajaan terlampau tinggi.

Berapa tahun yang lepas , komission untuk beli kapal selam sampai beratus juta.

Apa makna semua ini?

Saya harap audit PAC yang akan berlangsung dalam berapa hari ini dapat merungkaikan apa yang tidak betul,

Semua yang terjadi ini adalah disebabkan tidak ada "transparency" dan "accountability"

Sepertimana dikatakan oleh Dato' semoga generasi yang akan datang tidak menanggung beban disebabkan 1MDB.

Unknown said...

Assalamulaikum, Kalau nak siasat biarlah sampai ke akar umbi nya dan apa motif nya itu amat penting tanpa motif siasatan akan nampak janggal dan mungkin juga tindakan tidak dapat di ambil keatas mereka2 yang terlibat dalam kes 1MDB ini. Mungkin juga ada beberapa skim perlindungan akan digunakan dalam kes ini bagi melindngi pihak2 tertntu supaya tindakan tidak dapat di ambil. Rakyat berharap siasatan benar2 bebas dan telus dan rakyat mahu siaasatan tidak seperti NFC dimana pemberi maklumat di ambil tindakan dibawah akta rahsia BNM. Kita harapkan negara kita bersih dari skandel. Sekian merapu sy dato kerana saya bukan pengampu

Eddy Berhan Ruslan bekas guru pencen said...

Harap TPM Muhyi berani menyelamatkan negara dengan menggesa Najib berundur. Muhyi akan kendalikan siasatan dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Mohon Datuk bantu Muhyi dan kumpulan UMNO yg prihatin terhadap Legasi UMNO. Sekiranya UMNO tidak bersungguh2 untuk menyelamatkan negara/rakyat daripada 1MDB=1MALAYSIA DAH BANKRAP ini maka semoga Allah Subhanahuwa Ta'ala menghancurkan UMNO dalam PRU14 lepas itu semua pengkhianat2 negara & rakyat dibawa ke muka pengadilan.

Ridd said...

Akan muncul "Kambing Hitam".......Rakyat yang sengsara.

Unknown said...

people who knows are not talking; people who are talking knows nothing.

Unknown said...

Aslkum sdr Zed-85.

Bila IMDB beli tanah murah2 daripada kerajaan bererti barua dibelakang IMDB sedang mencuri harta majoriti org Melayu.

Bila IMDB pulak dipaksa membeli IPP dan tanah bermasaalah di Pulau Pinang pd harga melambung maka barua berkenaan sedang melakukan pencucian wang haram. Sambil juga mencuri drpd org Melayu.

Bila wang IMDB boleh dipindah keluar tanpa pengetahwan BNM, bererti reputasi BNM sangat tercemar.

Bila dikumpul2 dgn kes peletupan badan mangsa bunuh bernama Altantuya dan kes lucu bsgaimana hujah2 peguam Anwar diperlekeh tanpa ada perasaan malu maka rasanya tidak ada apa lagi yg selamat di Msia ni.

Tak lain tak bukan kerana semua aparat negara telah dilembukan oleh Mr N kita.

Yg sesetengah pemblog sibuk dgn tiori PAS dilembu oleh DAP tu apa hal? Memang mereka lembu atau yg terima upah.

hasan said...

Salam DAKJ…

Jikalau bahasa saya terkasar dan keterlaluan atau tidak menyenangkan hati Datuk, saya menyusun sepuluh jari, dan kasih dan sayang saya jangkaukan.

Maaf Datuk, pada hemat saya Datuk serupa sahaja dengan Rafizi, Tony Pua dll. Tidak ada apa-apa bezanya. Kalau tidak sedar cepat akan menjadi pengkhianat bangsa dan Negara.

Mari kita kembali kepada yang paling asas. Katakan, saya dapat membeli sebidang tanah kuburan lama dengan harga RM100,000-00 untuk dimajukan.

Saya alihkan semua penghuni kubur itu. Saya memohon dan dapat kelulusan untuk tukarkan pengunaan tanah itu kepada komersil dan pembangunan hartanah.

Saya mencipta nilai masa depan dengan perancangan pembangunan hijau dan dapatkan semua kelulusan yang diperlukan, dengan nilai pembangunan sebanyak RM1.0 bilion. Dengan sekelip mata saya telah menjadi seorang multi jutawan.

Saya kemudian menjemput pelabur pelabur dalam dan luar negara (termasuk Tabung Haji), dan meminjam dana daripada bank bank untuk menjadikan projek pembangunan saya ini satu kenyataan.

Datuk, apalah salahnya kalau 1 MDB hendak berbuat sedemikian? Datuk… adalah permainan korporat untuk mewujudkan nilai masa depan dan menjual kertas komersial. Dan lagi, bukan Datuk tidak tahu bahawa projek-projek infrastruktur/tenaga dibenarkan untuk tawaran awam permulaan dengan menggunakan unjuran ujuran wang tunai masa hadapan yang kukuh munasabah?

Kenapa Datuk nak gempak gempita dan palu gendang sana sini untuk menjatuhkan 1MDB dan mengadu domba PM Najib dengan TDM?

Berilah 1 MDB/PM Najib ruang dan peluang. Bersabarlah! Tenang dan sabar adalah separuh dari iman. Dan Allah berjanji akan berada bersama-sama dengan orang yang sabar.

Cuba Datuk teka siapa yang sabar sekarang ini? Datuk atau PM Najib? Kita tunggu dan lihat siapa yang muncul. Sesungguhnya ALLAH tidak akan memungkiri janjinya. Amin.

matpenang said...

Salam dato,

Dalam Islam ada kaedah untuk memilih. Jika dua pihak yang bertanding ada mudharat (kelemahan), wajib pilih yang kurang mudharatnya.

Dari dulu pembangkang dah membongkar satu persatu kerakusan parti keris ni dalam mengaut khazanah negara. Tapi, ramai buat diam maklumlah waktu tu harta rampasan agak banyak. Satu untuk kau satu untuk aku. Ramai juga yg semenjak dua menjak ni menghentam najib, dulunya dlm blog ini kemain berdarah melayunya.

Apa salahnya kita beri peluang pakatan tadbir negara. Kalau lepas satu penggal nampak makin mengikut langkah umno, tolak saja.

Sekarang khazanah dah tinggal serdak. Baru nak berkelahi.

Malindo said...

Salam DAKJ.Syabas,bongkar dan bongkar lagi.Dulu kalau ada pemimpin dtg kesini(Jakarta)saya serta rakyat Malaysia disini akan sambut di Bandara(airport)halim kesuma perdana atau Soetta.Sekarang dah malas melihat mereka yg ingin hancurkan rakyat.Dah tak penting bagi saya dan teman2 disini.Dan kalau ada perjumpaan dgn rakyat Malaysia,kami juga dah malas.biar pelajar Malaysia saja yg hadir.Sebab cerita dan pembohongan tentang apa berlaku di Malaysia akan di hidangkan.Dubes senyum saja.Org org ini dah tak penting bagi kami yg sayangkan ibu pertiwi.

Haikal Hakimi said...

Assalam DAKJ,

# Kemelut hubungan Najib dgn Tun M semakin berlarutan dan saya berpandangan pendedahan demi pendedahan akan lebih giat dijalankan untuk memenuhi agenda sama ada utk mengekalkan ataupun menjatuhkan pucuk pimpinan negara.

# Pada hakikatnya, kedua-dua pemimpin akan terus dengn pendirian masing-masing dibantu jentera perang saraf untuk menjejaskan kredibiliti antara satu dengan yang lain.

# Di pihak Najib mereka perlu lebih bekerja keras memandangkan mereka kini berada dalam kedudukan yang agak terancam..dgn kedudukan tersebut maka pelbagai usaha akan digerakkan dan segala macam imbuhan akan disalurkan. Manakala di pihak Tun M, momentumnya akan meningkat dari masa ke semasa dengan lebih ramai tokoh mula menonjolkan watak dan menzahirkan sokongan kepada agend bekas Perdana Menteri itu.

# Saya melihat kedudukan Najib ketika ini saling tak tumpah seperti Presiden US bernama Richard Nixon yang dijatuhkan ekoran terlibat dalam skandal politik dinamakan "Watergate". Skandal ini pada mulanya didedahkan oleh dua wartawan Washington Post bernama Bob Woodward dan Carl Bernstein dan seterusnya membawa kepada penyiasatan menyeluruh pentadbiran US oleh CIA dan FBI.

# Akhirnya Richard Nixon didapati bersalah dan seramai 49 anggota tertinggi pentadbiran beliau dijatuhi hukuman penjara.

# Maka isu 1MDB sekiranya tidak ditangani dengan berhati-hati dan bijaksana oleh kerajaan khususnya di pihak Perdana Menteri maka tidak musthil 1MDB bakal menjadi "watergate" Malaysia.

Waalahuaklam.

Haikal Hakimi said...

Salam DAKJ,

Kalau berkelapangan, mohon Dato ulas tentang skandal politik "watergate" dan kebarangkaliannya dengan isu 1MDB ini..Adakah impaknya sama iaitu bakal berakhir di mahkamah untuk diadili sewajarnya?

zack said...

The ppl are skeptical of the investigation. We need indendent bodies to do the forensic audit. And 1mdb must freeze operation pending investigation. Ppl involved must be suspended pending investigation. Unless that be done, dream on for justice to be done. I believe that Malaysia is doomed. We are all doomed because we hv shown the world how we have become a nation with no integrity at all, no respect for former leader, no shame for doing wrong, no manners, no brain, no soul, no nothing! Thanks to Najib and his supporters.... you hv paved the way to the end.

Unknown said...

Maybe..maybe..if Jho Low can be made as the main witness with full immunity..mungkin dia akan bercerita pnjg lebar Datuk. Tidak perlu utk dia pulang ke sini utk menjadi saksi.

red said...

en haikal...ini bukannya pertembungan antara najib dan tun mahathir...ini adalah antara rakyat dan najib.....kenapa susah sangat nak paham...

aku said...

Kadiag, salaam. Bukan setakat wajib tanya saja Kadiag, tapi wajib di segerakan. Urusan semua dibeku, uruih macam 'receivership', pelaku yg terang2 ada saling kepentingan, yg luluih kamsen kak goldman sachs, yg luluih beli penjana kuasa IPP, yg luluih dolar 700 juta...ditahan reman dan kena serah paspot...Apapon kena segerakan.

Ksian said...

Najib takde stamina. Tengok skang dah hilang dah muka "happy golfing with obama" dia. Ksian pun ada nengok muka berkerut dia.

Jib.udah le tu

ismail muda said...

Datuk, tumpang bertanya sikit perkara no 18 kalau boleh...Apa yg sbbkan Datuk kaitan Jho Low dgn felda? Adakah Jho menjadi org penting yg sbbkan felda membeli hotel di London rm800 juta lebih yg cetuskan kontroversi? Adakah Jho Low juga dipanggil 'Mr David'? Adakah beliau juga turut mempunyai hubungan akrab dgn org atas felda? Ada clue lain? Tkasih

Unknown said...

Sdr HH.

Presiden US mungkin presiden negara paling kuat didunia.

Akan tetapi undang2 di US tidak mengizinkan polis ,hakim dan pendakwa US dibuli oleh presiden mereka.

Di Msia negaranya kuat gendang kosong je. Tapi PMnya mengalahkan maharaja.

Unknown said...

Sdr Malindo.

Diantara ketidak cerdikan TDM adalah bila sebagai menteri pelajaran 1974 beliau perkenal Akta Universiti yg menyekat gerakan pelajar hingga mempondankan gerakan persatuan mahasiswa.

Padan muka. Waktu sekarang tiada mahasiswa yg mahu kehadapan sokong TDM melawan kezaliman Najib.

Unknown said...

Ada org terlalu sabar macam sdr Hasan.

Jangan sampai mat Indon pecah rumah sdr Hasan dan pengapakan anak dan isteri.

Hasan tetap suruh sabar.

Sabar atau dayus?

Unknown said...

hasan said........Pengomel yang tidak memahami isu yang diketengahkan persoalan 1MDB untuk dibahaskan yang menjadi pokok isu nya ialah rantai penghubung dari satu pihak kepada pihak lain itu yang menjadi kemelut nya...yang tragis ialah kemana menghilang nya duit tersebut....Persolan ini yang perlu dijawab oleh pihak pengurusan 1MDB dan juga pihak yang ada kepentigan dengan 1MDB...T/kasih dato.

Unknown said...

As Salam DAKJ,

1. PM telah berbohong di Parlimen berkenaan wang US1.03 billion yang kononnya dari Caymen Island disimpan di sebuah bank bukan mega di Singapura.

2. Melalui cagaran kononnya wang itu, 1MDB telah meminjam dari beberapa bank di Singapura berjumlah lebih RM3bilion. Akhirnya pihak bank pemberi pinjaman mendapati ikrar cagaran adalah palsu yang dimanipulasi dan meminta bayaran balek hutang pinjaman dalam tempoh singkat.

3. Saya mohon pencerahan dato, adakah berbohong dalam parlimen merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa dimahkamah? atau sekadar celaan di parlimen sahaja.

Sekian, terima kasih.

Zed-85 said...

Saudara Hasan,

Berkenaan dengan contoh Tanah Kubor RM100,000 jadi 1 billion.

Sebenarnya 1 Billion itu lebih besar dari 1 juta bukan sebaliknya.

1 Billion = 1000 juta.

100,000 jadi 1 billion bermakna berganda 10,000 kali.

Sebagai contoh, saudara menang sebuah kereta mercedes dalam peraduan gores dan menang.

Kemudian saudara menjual kepada Abu sebanyak Rm50.

Abu hantar kedai cuci kereta Bangla sampai bersih dan jual kereta dengan harga 10,000 ganda. (Berdasarkan contoh saudara Hasan)

Harga kereta menjadi RM500,000.

Abu bukan orang baik kerana ambil kesempatan dengan penjual kereta.

Penjual kereta pula jika diambil perkataan PM iaitu bukan sahaja bangang tetapi bangang sebanyak 10,000 kali ganda.

Berbalik semula kepada contoh saudara tanah yang dibeli dengan harga 100,000 begitu murah. Itu tanah milik siapa?

Bukankah tanah itu adalah tanah bumiputra milik rakyat Malaysia?

nor ishak ismail said...

Pak Kadir yang budiman.

Sudah terlalu banyak soalan yang di tanya tentang "sorok duit" 1 MDB. Ketua penyoalnya dah tentu Chedet.....tapi mereka menjawab secara main-main, malah mereka mengata Chedet soalannya tak konsisten, angka berubah rubah dan terkini mereka tanya pula apa pasal duit hilang pulak?. Padahal semua orang yang berminat dengan kes "sorok duit" 1 MDB faham apa yang Chedet cakap dan tanya.

Nah, sekarang Pak Kadir dah senaraikan pula soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat kes "sorok duit" 1 MDB ini. Penyiasatnya pula terdiri daripada Ketua Audit Negara, SPRM dan PAC.

Saya kurang yang yakin dengan barisan penyiasat ini.....lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan Najib (Rosmah) dan budak-budaknya.....Najib tak macam Pak Lah. Pak Lah menang besar dahulu yang akhirnya beliau terbuai (tak sedar diri) dan akhirnya terlingkup di PRU12. Najib pula terlingkup dahulu pada PRU13, malah kata Chedet, Najib tersungkur lebih teruk lagi.

Rasanya Najib telah banyak belajar daripada kegagalan PRU13. Najib tahu akan kepandaiannya dalam bidang sorok dan tabur duit. Untuk dia menjadi kuat dalam UMNO kepandaiannya telah digunakan.

Sekarang ini semua wakil rakyat Najib telah dijelmakan sebagi !% orang terkaya didlm negara ini. Hasilnya Najib dapat (beli) 100% sokongan. Apabila PRU14 mampir maka tahu lah Najib apa nak buat dengan kepandaiannya itu.

Adik Najib ia itu Nazir (yg sudah tentu lebih kenal Najib) pun tidak yakin dengan barisan penyiasat yang dicadangkan (Najib).

Nazir bertegas supaya melantik Audit Bebas untuk menangani kes 1 MDB secara lebih telus dan adil. Beliau juga telah membidas Lembaga Pengarah 1 MDB yang selama ini menikus, hanya menunggu (tindakan) drp Ketua Audit Negara dan tidak bertanggungjawab.

Jadi bermula dari sekarang kita perlu belajar apakah formula yang ada di Singapura, Korea, Jepun, Belanda Sweden, Finland dan negara maju yang lain tentang ilmu akhlak tentang bagaimana membersihkan diri daripada rasuah, pecah amanah, tak kencing bangsa sendiri, kesaksamaan dan keadilan.

Kita dah lama direndam dengan ketakutan, orang itu boleh buat tapi orang macam ini tak boleh buat, kita tidak sedar bahawa hidup kita semakin berkasta, kuota Melayu hanya dibolot oleh Melayu yang kaya sahaja. Entahlah apa nak jadi?

Kalaulah barisan penyiasat ini dikekalkan.....ia jadi semacam cerita "The Gauntlet" arahan Clint Eastwood.....yg ceritanya berkisar tentang akibat kuasa duit dan jawatan tidak seorang pun penguasa yang boleh dipercayai.

banggoi petai said...

Ini hasan malek ke ?? Nmpak sesuai betul dengan cara bercakap hasan malek. ...hasan kat mana hasan kat mana

hasan said...

TANAH KUBUR

dari sebuah inspirasi
tanah kuburan yang usang
tidak bermaya
tidak bermakna
tidak berharga
aku suntikan nafas
aku hidupkan
aku menjana eknonomi
aku wujudkan peluang
untuk insan berkerja
demi menjunjung
cita-cita negara

kawan
lihatlah jiran kita
apalah yang dia ada
bila ditinggalkan oleh ibubapa
hanya sebidang tanah
batu dan udara
air bersih untuk minum pun tiada
namun tak sampai generasi dua
menjadi maju
dan berjaya
jauh meninggalkan kita

namun
ramai orang yang membenci
dan mencemuh
cara dia bertenaga
mengeluar keringat
untuk mencapai
matalamat negara

walauapapun tomahan
atau cemuhan
yang dilemparkan
dia tetap layak
dianggap wira
dikaca mata dunia

tekadkan hasratmu insan
hadapilah segala rintangan
ingatlah
cemburu dan fitnah
adalah lumrah manusia

hasil nukilan:
hasan kasyfi al-rash
Waktu 6.00 pagi
17/05/2015

Unknown said...

Sdr nor ishak ismail.

Sdr jangan sebut negara Singapore, Korea atau Jepun.

Nanti ada pengomen yg naik darah.

Nanti sdr di suruh migrate je ke sana.

Nanti mereka hujah negara tersebut bukan negara Islam. So negara tersebut boleh buat bisnis apa jua termasuk jual arak. Sebab itu mereka cepat maju.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Tak sangka betapa busuk hati anak Bugis sorang ni.

Di depan belasan ribu Melayu Johor boleh la dia loyar buruk salahkan BNM yg beri idea agar Najib beri BRIM.

Kabarnya dgn jumlah 200000 guru diJohor ditambah dgn sedikit wang2 ala BRIM, kepada penganggur terhormat dan mat rempit jumlah belasan ribu kelmarin dianggap satu penghinaan.

Dua persoalan. Pertama sejak bila org BNM jadi bodoh sangat ni. Tak pernah di buat negara lain kalau kerajaan beri wang direct kpd rakyat termasuk yg ada pendapatan. Yg rakyat mau adalah cukup pekerjaan dgn gaji yg sesuai dgn kos sara hidup.

Persoalan kedua, oleh kerana anak Bugis telah banyak kali terbukti kencing rakyat dgn janji tak di tepati apa kata kita desak Gobenor jawap kenyataan anak Bugis.

Inilah padahnya bila kerajaan zalim ada General Orders yg mengekang kakitangan kerajaan buat press conference yg dianggap tidak memihak pd UMNO. Kalau pc membodek sangat dialu alukan.

Temberang dan pengecut sungguh anak Bugis ni.

Allah maha melihat.

malindo said...

Sdr Umar,tq atas komentar.saya melihat kisah apa yg berlaku di Malaysia(skandal?)macam cartoon.agaknya ada terlibat skandal yg kata dlm hati macam kata anak anak muda jakarta'berteriaklah kamu sama aku,emang gua pikirin'

Malindo said...

Betul.penyiasat boleh mohon ke negara dimana JL berada utk menanya(menyiasat?).

Malindo said...

Salam DAKJ dan pengkomentar:ini lari sikit dari tajuk:Pagi ini minggu(ahad)saya minum pagi dgn Ketua Umum Laskar Merah Putih Haji Adek Erfil Manurung/LMP yg punya ahli 17juta org.Kita lupa hal lalu LMP hentam Malaysia kerna hal tersebut sudah tidak terjadi sekarang hasil diplomasi saya dan teman2.kami berborak hal semasa dan salah satu yg menarik perhatian saya dari komentar beliau adalah:tanya belia"Pak,kenapa Pak Najib terlalu mendabik dada akan darah bugisnya sehingga timbul arogan,seharusnya beliau berbangga jadi PM yang berbangsa melayu yang memimpin Malaysia tanah melayu"saya terdiam dan Haji Adek tidak mahu komentar hal hal lain.

pon said...

1mdb ini diurus secara auto pilot sejak dari mula. sebab tu tuan punya ilham serta penasihat nya pun tak tahu macamana nak terangkan.

usul saya agar tuan punya ilham dan penasihatnya yg di panggil untuk di soal siasat oleh RCI

vasantha said...

Dear Dato,
It Is very clear that the malay politicians from the ruling party awake from their self imposed slumber and do the right thing. We should always be accountable first to our "boss" from above. There are still many living in dire poverty in our country. The plight of the street people in our country begs to be addressed.There is another KL that comes alive after darkness envelops the city.We have a duty to help them.They have a right to a decent life.Even if many of them are drug-addicts, have we done enough for them. Many are not recipients of BRIM. Our legislators do not have a clue about stray animals. They are treated like 'sampah-sarap.Let's stop pandering to the whims and fancies of rich people.

Unknown said...

MUNGKIN SETELAH SELESAI SEGALA MACAM AUDIT TERMASUK fORENSIK KEATAS 1MDB. SIAPA AGAKNYA YANG AKAN JADI KAMBING HITAM PUTIH UNTUK MENYELAMATAK BOS-BOS YANG DAH KENYANG MERATAH DUIT RAKYAT

adion said...


sepatutnya orang umno tugas mereka sebagai ahli ialah memperjuangkan ideologi dan arah tuju parti keramat orang Melayu dan bukan nya kena mempertahankan pemimpin yang lemah dalam mentadbir parti dan negara.

msh said...

Salam Dato.

Sy tabik dgn rencana dan perkara berbangkit mengenai 1MDB yg Dato bersusah payah lontarkan....ini 1 kerja yg payah dan perlu asas dan fakta2 yg tepat.

Sy percaya.....mana2 Ketua negara didunia yg terlibat dgn 1001 kontroversi seperti PM Najib akan dgn sendirinya letak jawatan atau cabut lari ke negara lain.

Umum tahu....jika Ketua negara itu didapati lemah..dia pun akan undur atau di suruh bersara (seperti Pak Lah).

Apalagi jika Ketua terlibat pula dgn bnyak kontroversi dan mungkin menjadi satu skandal.

Apa perlu menunggu siasatan lagi...jika banyalk soalan2 yg Tun M tanya pun masih tidak terjawab?

Lihat sahaja isu2 berkaitan 1MDB:
(Terlampau bnyk yg meragukan)

- Dokumen2 palsu...
- Tanah di Pulau Pinang yg dibeli - 1MDB melebihi harga pasaran...(mungkin telah dimarked up)
- Penglibatan Jho Low dlm bnyk perkara yg ketua2 dlm 1MDB terpaksa turuti (kerana kuasa diberi pd Jho Low yg datang dari Maharaja sekeluarga).
- IPP2 yg dibeli dgn harga tinggi.
- Wang RM7b diCaymen yg mcm dah lesap .
- USD1.3b diletak diSingapura dlm BSI Swiss Bnk yg kerugian USD750j....dan bank itu mempunyai modal berbayar senanyak USD2b sahaja.
- Penglibatan Tabung Haji dlm tanah trx yg nmpak mcm 'bail out' sahaja.
- Anak tiri PM yg mampu membeli 2 kondo....RM ratusan juta .....diNY dan diBeverly Hills juga rapat dgn Jho Low .
- 1 MDB meminjam wang dari Ananda untuk membayar hutang bank sebanyak RM2b.....ini satu perkara yg tidak masuk langsung bila sy milik kerajaan telah meminjam dari Syarikat individu....apalagi bila salah satu IPP yg dibeli dgn harga tinggi dimilki oleh Ananda......hubungan yg meragukan sekali.

Jika isu2 kelemahan dan kontroversi yg melibatkan Najib ini nadih dikira kecil dan tidak perlu dilayan....sy tidak tahu lagi lah sama ada ada isu yg lebih besar.

Ini tidak termasuk dgn isu2;.

'Carpet trader' Deepak yg kenal rapat dgn Rosmah dan Najib hingga diberi hutang mudah dan tidak terbayar berjumlah RM32j oleh Bank Rakyat.
Dan telah diberi peluang membayar balik dgn check2 'post-dated' tanpa faedah....huh tak masuk akal langsung.

Mungkin Dato kena juga selidiki sama ada arwah Tun Razak ada meninggal saham yg besar dlm bnk Rakyat untuk anak sulung dia.

Bagaimana dgn cincin RM25 juta yg ditiduh kepunyaan Rosmah?

Buat masa ini....sy rasa Najib didlm mode 'damage control' dan memerlu masa untuk 'memperbetulkan' 1MDB....dan seperti pembahas2 diatas....akhir sekali semua yg menurut perintah akan melakukan 'magic' dan 1MDB akan terselamat dan mndpt untung.

Ini sekali gus melepaskan Najib dari tohmahan Tun M...dan dia akan dijulang lagi tinggi oleh Pengilap Ketua Bahagian H J yg setia tidak berbelah bagi....mungkin Muhyiddin pun ikut serta menjulang sama.

Dari situ dia akan terus memegang kuasa hingga GE14 dan akan berehat bila Umno dan BN telah ranap kebumi dikerjakan.

Sejarah juga akan menulis...betapa dajalnya ketua2 Melayu yg rendah Jatidiri kerana sengaja membutakan mata dan hati menyokong ketua yg begini... demi survival diri sahaja.

Tun M dan rakyat jelata masih boleh bersuara tetapi dajal2 ini peduli apa.
GE14 ada 3 tahun dari sekarang.
Terima kasih.

Ibrahim D said...

Sdr Umar,
Ini tak Ada kena mengena dengan Anwar la. Perbincangan ialah mengenai 1MDB

hasan said...

Salam Datuk... Thanks very much for making it more inspiring. You are just great. And O yes.. thanks for giving me the space. God bless you.

msh said...

Sdra Adion.

Perut dan tekak dulu.... .dah jadi 'warlords' ....teruskan lah.

Survival bangsa...ugama dan negara....tidak penting lagi..

Presiden lebih penting.....sebab 'saling memerlukan'. ...kenalah bantu membantu.....Parti nak ranap pun 3 tahun lagi.....masih ada masa.

msh said...

Salam Dato.

RALAT:

POSTING AWAL (msh 6.44PM).

Kesilapan...."1MDB meminjam wang dari Ananda untuk membayar pinjaman bank sebanjak RM2j".

DIUBAH DAN DITULIS;

" Adakah Ananda memberi 1MDB RM2j untuk membayar faedah bank?".

Zed-85 said...

Saudara Haikal,

Dalam "watergate" skandal, Congress Amerika melakukan siasatan terhadap Presiden Nixon yang berakhir kepada peletakkan jawatannya.

"Impeachment" dilakukan iaitu satu proses untuk melucutkan kuasa/jawatan anggota executive kerajaan termasuk Presiden.

Bill Clinton juga telah melalui proses tindakan "Impeachment".

Di Amerika, Presiden bukan kuasa mutlak. Rakyat Amerika memberikan kuasa kepada Congress dan Badan Kehakiman.

Lehlomo said...

All speculation and innuendos. Not one single document or evident produced in your blog.

It is no better than a dog barking.

No wonder Najib is winning.

A KADIR JASIN said...

Dear debaters and visitor,

1. MY other big worry about the 1MDB scandal is the effects it could have on the image and credibility of the Malay-Bumiputera business and professional community.

2. There could be the case of “seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit” (one buffalo covered with mud the entire herd is smeared.

3. As such I am pleased and I thank Allah to get an assurance from people responsible for TNB that they would not allow the national power company to be used to rescue 1MDB.

4. My worry stems from the fact that TNB has already been forced to save the 2,000-MW coal-fired power plant dubbed Project 3B which 1MDB has failed to carry out.

5. Reports said TNB had been given the approval to take over the project in order to avert future power shortage.

6. Still some elements of rescue had to be accepted by TNB because engineering, procurement and construction (EPC) contract had already been awarded by 1MDB.

7. According to a Star newspaper report, 1MDB and its partner Mitsui & Co Ltd won the RM11 billion power plant project in a controversial open tender in February, beating YTL Power International, TNB and Malakoff Corp Bhd.

8. The Star said TNB had already started talks with Mitsui & Co Ltd over the power plant, as well as engineers from Toshiba Corp, IHI Corp and the Hyundai Group, which is the consortium that won the EPC contract for the project.

9. I send an SMS to a high level executive associated with Khazanah/TNB to remind him of the perils of being involved with 1MDB. I don’t want Khazanah and TNB to be smeared too.

10. The executive assured me: “Thank God we are not involved and InsyaAllah we intend to stand that way.”

11. We have seen how 1MDB smeared the not-so-good name of Tahung Haji. We don’t want any more GLCs, GLICs and trust agencies being prostituted to rescue 1MDB.

12. Malay/Bumiputera business and professional community must continue to protect and enhance their image and credibility by avoiding the 1MDB-type of business model .. if it can be called model at all.

13. My fervent hope is no matter who rule the country - the BN or PR - the Malay/Bumiputera business and professional community can hold its head high and will not suffer decimation because of scandals like 1MDB.

Wallahuaklam

Thank you.

Kawanlama said...

Hanya sekadar hendak berkongsi catatan dari buku 'Memoirs of Tan Sri Ani Arope' dalam bulan Oktober 2013 dirujuk.

Rakyat M'sia mungkin berasa lebih bangga dengan DAKJ jika sekiranya DAKJ dapat membantu pendirian orang tua ini dalam mempertahankan TNB dan rakyat melawan pemimpin negara yang cukup berkuasa dalam sejarah negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 1996.

Daripada menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan IPP dalam tahun 1995, allahyarham telah berhenti selaku pengerusi eksekutif
TNB.

Unknown said...

Sdr Lehlomo.

Apa jua yg diperkatakan mengenai Najib atau kaitannya sudah terang lagi bersuluh . Tak perlu cari penyakit bentangkan bukti dsbnya di blog ni.

Bukan fitnah, illusi maupun spekulasi.

Pemunya blog ni seorang wartawan veteran yg pintar yg tahu bahawa peraturan penguasa tidak memihak kpd pengkritik rejim UBN. Malah kehebatan penguasa zalim mengada2kan bukti untuk memenjara pengkritik sangat terserlah.

Kalau sdr tak mengikuti apa yg dibahas selama ini mengenai Najib lebih baik sdr belajar dan bertanya.

Kecuali pernyataan sdr tadi cuma nak buat instigasi terhadap kami semua .

Rumah yg ada anjing menyalak lebih baik drpd tiada anjing langsung. Macam Dewan Rakyat suatu masa dulu suara pembangkang hampir tiada.

Sayang si Najib ni semakin kuat pembangkang sepatutnya dia sadar diri dan jaga nama baik kerajaan.

Sebaliknya yg beliau buat. Dia lupa majoriti di Dewan pun dah semakin kurang. Nasib baik ada Speaker yg jugak tak demokratik yg tak akan membenarkan usul undi tak percaya.
PR pun bukan malaikat Tetapi negara yg tiada pembangkang tidak akan ada check n balance.

Nak harap wakil rakyat UMNO, asyik tidur dah kena penumbuk rusuk presiden.

Dengan segala kekuatan polis, tentera, mahkamah dan pendakwa tunduk kpd Najib, memang tak salah sdr berpendapat Najib menang.

Akan tetapi tiada siapa yg zalim atau tidak termasuk Sultan boleh hidup atau berkuasa selamanya.

Dan sdr jangan fikir Najib tak berlawan dgn rakyat tapi cuma dgn TDM, PR atau Dakj.

Dan kalau sdr belajar sejarah belum pernah penguasa zalim menang bila berlawan dgn rakyat.

Masih ramai rakyat Msia yg tak boleh di perbodoh.

nor ishak ismail said...

Saudara Hasan.

Apabila Chedet mengatakan skandal "sorok duit" 1 MDB adalah rumit untuk difahamkan, maka saya setuju dgn beliau. Malahan peringkat paling asas iaitu apakah rupanya "billion" itu pun sangat sukar digambarkan. Ada orang bertanyakan pada saya, laksa tu pulak apa?

Rafizi, Tony Pua dan Pak Kadir adalah orang terawal yang mula bercerita pasal kemelut "sorok duit" ini. Kemudiannya apabila Chedet memulakan langkahnya, kemelut "sorok duit" ini menjadi lebih terpeinci dan mula difahami umum. Mereka ini mengkritik untuk membetulkan keadaan (walaupun objektif mereka berbeza) dan perlu difahami bahawa mereka ini bukanlah PENGHAINAT bangsa dan negara.

Saya tertarik bagaimana Saudara Hasan mencipta nilai masa depan dari RM 100,000. menjadi RM 1,000,000,000 (nisbahnya 1 : 10,000) atau beli satu dapat sepuloh ribu dalam sekelip mata sahaja. Wah.....lebih hebat daripada 1 MDB yang beli tanah "institusi Melayu" RM 60 kps, jual RM 3,000 kps.

Saya mengagak tanah kubur yang saudara Hasan beli tentunya tanah berstatus "wakaf" atau "institusi melayu. Saya tak tahu bagaimana saudara akan menjualnya kepada bukan Melayu melainkan saudara ada "connection" dengan beberapa pejuang atau pendekar Melayu berstatus MENTERI.

Jangan jadi macam 1 MDB (lantik Jlow untuk kencing orang Melayu) dan jual tanah (Institusi Melayu) yang dibeli daripada Kerajaan Persekutuan pada bangsa asing spt Australia, Hong Kong dll.

Satu lagi perlu diingatkan unjuran hartanah utk masa depan tidak semestinya naik mengila. Pembangunan hartanah secara tamak boleh mengakibatkan "letupan hartanah" AWAS.

Pak Kadir dan gengnya bukan nak menjatuhkan 1 MDB. Mereka sekadar bertanya, secara spesifik (setelah banyak kali dibohongi) dimanakah 1 MDB sorokan duit yang sebanyak berpuloh billion itu. Duit ini bukan kepunyaan Pak Kadir pun (walaupun sebagai rakyat beliau ada kongsinya). Pak Kadir (Chedet, Rafizi, Tony Pua) hanya nak tolong.

Najib dah pun diberi ruang secukupnya. Beliau adalah anak bangsawan (bukan hartawan). Umur 22 tahun (belajar belum habis lagi) dah dapat jadi Menteri (banyak pekara pelik dibuatnya) dan terus jadi kaya-raya.....masa jadi PM maka muncullah 1 MDB.....juga banyak perkara yang terlebih pelik yang dibuatnya .....segala ruang dah diberi.....sekarang adalah masa untuk kita BERTANYA pula.

Maka sekarang ini kita tengah bersabar untuk menunggu jawapan yang sebenar-benarnya (setelah banyak kali dibohongi). Najib banyak kali tertangkap berbohong dan terlepas tanpa hukuman.....apa itu tak sabar namanya.....mungkin kita pula "berdosa" sebab bersengkongkol dengan "munafikin".

Di Korea (sdr Umar Abdul Aziz jgn ambil hati) beberapa hari lalu bekas PM nya yg telah "letak jawatan" akan dihukum setelah memakan rasuah yang jumlahnya lebih kecil. Bayangkanlah jika "Si Kafir" pun tahu tidak boleh bersekongkol dengan "tukang rasuah".


OKJ said...

Salam Dato Kadir

Audit AG

Pertamanya, saya mengaku saya tiada kelayakan ACCA utk audit 1MDB. Jadinya, apakata kita bagi jeleh PAC dan Auditor general (AG) buat kerja mereka dulu. Lepastu, bolehlah Dato’ Kadir audit AG dan PAC pula dan bentangkan di dlm mesyuarat tingkap nanti.

Cuma saya harap laporan AG tidak jadi macam laporan MH370. Sampai sudah tiada orang yg nak bertanggungjawab tentang “airturn back” yg hanya disedari selepas melihat rakaman, yg sepatutunya dikesan secara “realtime” pd masa tersebut utk tindakan “intercept”. Akhirnya, Malaysia terpaksa membelanjakan beratus-ratus juta ringgit hanya utk mencari yg entah dimana.

Bayangkan, kalau doktor yg jaga CCU tak detect ventricular tachycardia (VT) atau ventricular fibrillation (VF) sebab tertidur dan menyebabkan satu nyawa terkorban, rasanya dah kena buang kerja dan disaman berjuta-juta dah.

Ketiganya, kalau bailout yg hasilnya menang menang (win win) macam Petronas beli syarikat perkapalan anak Tun Mahathir dulu, apa salahnya. Kita tak rugi apa-apa pun. Jadinya Dato’, janganlah kita berdendam sebab nama dia 1MDB macam sebahagian ahli PAS berdendam dgn UMNO sebab namanya UMNO. Islam tak ajar macam tu.

Keempat, jet baru kerajaan ACJ dah beroperasi semalam selepas sebulan setengah rakyat dikenakan GST. Eloklah tu. Dato’ Najib kata umur kapat terbang lama 16 tahun dah tua. Tapi yg saya fahamlah, umur satandard kapal terbang adalah diantara 25 hingga 30 tahun, lepastu barulah dikatakan tua. Tak tahulah Dato’ Najib. Nasihat, dah berbuih mulut dah. Cuma, jawablah dgn rakyat pada PRU ke 14 nanti. Sekian TQ.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Salah satu lagi contoh adalah Bank Rakyat. Bank yang pencapaiannya agak baik oleh pengurusan orang melayu.

Timbul pula cerita saudagar carpet dapat pinjam wang.

Saya setuju, lembu bawa lumpur, habis semua terpalit.

Sepatutnya, lembu itu di "Quarantine" dahulu.

joe black said...

Dato

Based on the mood of the Public, the Intensity of the Assault made by those opposed to Najib as well as Facts presented by yourself and the Edge soupled with the Lame Responses made by DS Najib and his bloggers, it is obvious that we have gone past the Tipping Point.

His Paid Bloggers are just carrying on simply because they are paid. There is no justification for their carrying on past the tipping Point aside from looking more foolish than they have ever been. The same goes for DS Najib.

If the Intensity of the Anti Najib movement goes up another notch past this tipping point, it will be totally unbearable for him.

Perhaps he is hoping to be rescued by the PAS Ulamaks who have been sounding their support for him. He may see A PAS UMNO Alliance as his only saviour...

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Sejak 1993 bila Mahathir datang dgn idea mengarut kayakan IPP dgn perah rakyat melalui perjanjian berat dgn TNB.

Najib kata" Mahathir boleh takkan kami tak boleh"

Saya merujuk poin No 6 Datuk akj.

Kalau boleh saya ibarat kan TDM sebagai P Ramli dalam bidang lawak.

PM2 selepas TDM mungkin dah ketandusan idea spt pelawak selepas P Ramli dah susah nak cari kawak baru. Itu sebab zaman Najib terpaksa buat duit IMDB lesap tanpa berita.

Unknown said...

Betul sangat tu Joe Black.

Bawah Hadi , Pas kelihatan cair dgn Najib.

Perpaduan Melayu KONON berjaya menghalalkan segala kecurangan UMNO dan Najib.

Unknown said...

Sdr Zed-85.

Itu baru satu contoh drpd mungkin berpuluh2 contoh kroni ceroboh bank rakyat.

Apa hal pulak dgn Bank Islam, bank muamalat, agro bank, sme bank, maybank, rhb bank, affin bank , am bank dan exim bank?

Kalau dikumpul2 hutang longgar spt Deepak ni boleh mencecah billion rgt.

Kalau tidak nasakan BBMB boleh muflis.

Segala tahi2 yg mereka tinggalkan dalam bentuk hutang lapuk akan di kongsi bersama oleh rakyat dalam bentuk kos meminjam yg lebih tinggi selama berpuluh tahun.

Soalnya ramai kita tak perasan atau tak ambil kisah asalkan dapur masih berasap.

Mat Cendana said...

Satu post dari Jebat Must Die yang perlu diberi perhatian mengenai hasil laporan oleh Auditor General bulan depan. Kemungkinan besar, "akaun 1MDB adalah berimbang". Bukan kerana tidak sebarang salah laku, atau AG sengaja sembunyikan apa-apa, tapi kerana scope siasatan oleh AG adalah teramat sempit. Ini sama dengan disuruh audit buah durian - ya, betul...ada 10 biji seperti yang dinyatakan. Tapi tidak tahu tentang isinya, samada masak dan sedap, atau berulat di dalam. Sebab scope hanyalah untuk membilang jumlah sahaja.

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/05/18/the-ags-report-will-not-find-anything-wrong-with-1mdb-heres-why/

Mat Cendana said...

Seronok juga dok baca komen-komen yang begitu jelas adalah red herring. Ini menunjukkan bahawa mereka-mereka yang berkepentingan dalam 1MDB, khususnya kuncu-kuncu semakin desperate. Bila tak mampu lagi untuk menegakkan benang basah, maka kena cuba distract dan alihkan perhatian kepada hal-hal yang tidak berkaitan langsung.

Lepas ni cuba lah bangkitkan tentang Vincent Tan dan Swansea. "Apa kena mengena dengan 1MDB ni??" Entahlah. Tapi harap2 fokus lah ke situ, ke mana-mana pun...barulah boleh berdalih dari persoalan2 1MDB yang tidak mampu dijawab ni.

hasan said...

Sdr Nor Ishak Ismail @ 9.25am

Seperti yang telah saya sebut di atas - kita kembali kepada asas. Dan contoh saya berikan itu adalah konsep asas. It is bankable. Banyak ahli-ahli korporat yang bukan bumiputera di negara kita ini telah menggunakan konsep/model tersebut dan berjaya.

Di samping itu, di luar negara, untuk projek-projek perniagaan skala sederhana, penganjur menggunakan konsep “crowdfunding” (silakan google). Pada masa ini, saya ada mengambil bahagian di dalam satu projek “crowdfunding” di Germany. Saya telah melabur sedikit wang untuk projek itu.

Zed-85 said...

Saudara Nor Ishak,

Memang Ramai orang yang masih tidak faham soal 1MDB, terutamanya disebabkan skala dan jumlah yang begitu besar.

Apabila Tun Mahathir bising, barulah ramai orang melayu berfikir, ini mesti ada yang tidak betul.

Isu GST lebih difaham rakyat kerana wang poket makin berkurangan.

Ramai yang tidak tahu bahawa pengenalan GST bukan setakat itu sahaja.

Kadar GST boleh naik.

Kalau wang perbendaharaan makin susut disebabkan hutang yang meningkat, kadar GST mungkin dinaikkan.

Singapura mula perkenalkan GST dengan kadar 3%. Setelah itu dinaikkan sedikit demi sedikit.

zack said...

Kawanlama, orang bersalah dan kalah saja yang suka divert issue.

zack said...

Najib winning? If that is what you call winning, lets wait for the next GE...he will 'win' big, definitely.

awang batu burok said...

Mr Hasan,
Dalam melakukan usaha mencegah kemunkaran tidak ada istilah sabar dan tunggu dulu...
Syabas Dato AKJ, teruskan usaha mencegah kemunkaran yg sgt dahsyat ini.

awang batu burok said...

Rasanya duit 1MDB dah jadi mcm MH370, lenyap entah kemana.

Pompuan said...

Fed-up betul dengan Umar Abdul Aziz. So Anwar-obsessed. Macam ayat lazim pulak. Si Nuar tu dah tak relevant dah, woi Umar.

Pompuan said...

I stand by what I said previously we must stop this Najib battering. Nothing good will come out of this. Thus I agree with Hassan's viewpoints. Najib is not gonna step down. We Malays are quarelling among ourselves. The issue will split the Malays down the line. Vasantha's comment with the word Malay politician is the case in point. She's insinuating about our politicians. She forgot that her Indian leaders all won because of Malay votes. Why? She saw that we are now weak and disunited.
I watched all Tun M's video on this1MDB scandal. Gegak gempita Melayu kita bersorak bertepuk tangan.bila beliau kata UMNO akan kalah. Bukan main syok lagi. Lupakah kita siapa kita dan peri mana kita bergantung kepada UMNO terutama ibu bapa kita di kampung. Apa jadi kepada kita jika ni terjadi. Jgn haraplah Keadilan dan DAP. Cuma Umar je yang suka.
Bersatulah kita semua. Tak terfikir ke kemungkinan IMDB issue is purposely created to split the Malays?

Unknown said...

Salam Datuk

This is just a comment from a layman.

I just dont understand why Najib used 1MDB to invest overseas with a or few unknown companies that have no track record. The Al Waled group brought a substantial share of CITIBANK. Now if 1MDB is doing the same thing then it should not be problem and nobody will continue questioning where did that RM42billion gone to as the world knows CITIBANK is a very large and influential financial body.

1MDB acquired the 500 acres of the Sg Besi land for a dirt cheap price from the Government. And 1MDB can sell it for hundred times over and make hefty profits. Just look at the Mulia group from Indonesia that recently announced their intention to set base there. Bila nak mula tak tau la.

By right 1MDB SHOULD be promoting and marketing that 500 acres to local and foreign investors. It could name it as the KL City of Tomorrow just like what Tun M did to Putrajaya. By getting local and foreign investors to buy the land not only 1MDB making hell a lot of profit, they can even siphon a little bit and share among their thieving friends. And it will not have an adverse effect. But there will be Thousands of jobs created and these jobs are for MALAYSIANS ! And the domestic economy will further improved.

Now RM42 billion has been transferred overseas under the pretext of investments. Chances are ( big chances I believed ) only a fraction of that amount can be recovered after reading many articles in the local blogs as well as foreign newspapers. And I believed these are not fabricated stories but it is for Real as all of them seems to write along the same line and the famous Jho Low name keep popping faster than a popcorn !

If Najib still maintains that the investment is good and transparent then how come till today whoever asked him ' Where did you put the money" he continues to keep silent. Then it is only right that the Rakyat and the Parliament should call for a vote of no confidence against him Simply because HE REFUSED to disclose RM42BILLION OF THE RAKYAT's money ! This can be termed as Raping the country ..not just simple stealing or robbing.




OKJ said...

Salam Dato A Kadir Jasin

Izinkan saya mengadu sedikit dekat Dato’ Kadir.

Kalau Dato’ perasanlah, beberapa menjak ni saya menagku komen saya tidak menyebelahi sangat kerajaan. Saya menegur kerajaan supaya menjadikan Islam sebagai panduan seterusnya menjadi lebih cemerlang lagi nanti. Saya ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Sejak itu, saya telah menerima surat bertali arus suruh bayar tax. Lepas satu, satu. Sampai tafsiran semula tax yg bertahun-tahun dulu pun kena. Saya dah tak terkata apa. Sampai hati kerajaan buat macam tu ke business orang melayu. Kalau cakap dalam “paper & TV” tu sentiasa kata nak tolong orang Melayu. Ini nak tolong apa ni?????

Saya tak tahulah samada kerjaan memang kurang duit perbendaharaan (iaitu secara tak sengaja) atau pun saya dah kena black list dah (iaitu memang sengaja). Mungkin yg pertama iaitu secara tak sengaja kot. Saya malaslah nak tuduh sesiapa sebab tiada sesiapa pun yg kenal OKJ, tapi elok rasanya saya mengundur diri dulu dari blog Dato’ sebagai langkah berjaga-jaga sehingga keadaan mengizinkan kembali. Saya pun sedar saya hanyalah ahli UMNO kampong cabuk je.

Akhir kata, saya cukup respect Dato’ Kadir dan blog “The scribe”nya dgn keberanian yg Dato’ tunjukkan. Betul kata pepatah Melayu, jangan berumah ditepi pantai jika takut dilanda ombak. Sekarang barulah saya faham erti keberanian yg ada di dalam diri Dato’ Kadir, membujur lalu melintang patah. Saya bukannya pendekar bugis yg pantang berundur walaupun setapak, tapi hanyalah orang kampung yg berundur setapak bukan bererti menyerah kalah @ penakut. Sekian TQ.

seroja said...

Salam Datuk

Saya cuma pengundi biasa yang tidak ada kelulusan apa2 hairan bagaimana sesetengah pembahas di sini mengaitkan kes petronas bail out anak Tun Dr M dengan Tabung Haji digunakan untuk beli tanah TRX 1MDB.

Apakah Petronas mempunyai pencarum di kalangan rakyat jelata sebagaimana Tabubg Haji yang saya adalah antara ratusan ribu pencarumnya?

Bukankah akaun Petronas itu jelas berbanding 1MDB yang kita tidak tahu di mana dan ke mana wang milikannya? Alih-alih kita dengar wang ada di cayman island lah, di singapura lah....

Yang lawaknya Datuk Seri Najib kata duit RM42 bilion 1MDB yang kita heboh2kan ada di TRX....pengakuan bodoh yang dibuat selepas berbulan2 ditanya. Nampak sangat jawapan terdesak....

A KADIR JASIN said...

1. Salam para pembahas dan pengunjung sekalian (sekalian ertinya kita yang berkongsi sebuah kali (sungai)).

2. Bulan depan, genaplah 46 tahun saya jadi wartawan. Dalam tempoh itu saya tidak pernah berhenti belajar.

3. Jadi saya tahu bahawa di kalangan pembahas blog iniada orang yang partisan (berparti/memihak),ada yang bipartisan (yang boleh nampak buruk dan baik kedua-dua belah pihak) dan non-partisan yang tidak berpihak kepada nama-mana parti.

4. Jadi dalam blog kita ini ada yang hidup mati sokong parti, ideologi dan pemimpin pilihan mereka. Mereka ini partisan.

5. Kemudian yang nampak buruk dan baik parti-parti yang berlainan. Kalau Umno/BN buat yang betul mereka iktiraf dan kalau buat yang salah mereka kritik. Begitu juga dengan yang Pakatan Rakyat buat. Saya sendiri akui banyak perkara yang PR buat di Selangor dan Pulau Pinang serta dalam Parlimen adalah baik.

6. Kemudian mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti atau yang tidak bernimat dengan politik. Mereka melihat buruk dan baik dari kaca mata mereka sendiri tanpa dipengaruhi oleh propaganda politik.

7. Jadi yang sokong Umno akan tetap sokong Umno tidak kira apa yang terjadi kepadanya. Yang sokong Najib akan terus sokong beliau biar apa pun kesalahan dan kelemahan beliau. Yang benci Dr Manathir akan terus salahkan beliua sampai bila-bila dan yang cintakan Anwar tidak akan nampak atau akui kelemahan beliau biar pun sebenar gajah Tok Mia.

8. Cuma saya harap, berhujahlah dengan berhemah dan berasaskan fakta bukan melepaskan geram tanpa mempedulikan kebenaran dan kesopanan.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

1. Saya setuju dengan Mat Cendana yang merujuk kepada Jebat Must Die. Skop siasatan Ketua Juruaudit Negera TERHAD and will not reveal the truth. Sebab itulah ia menjadi pilhan Mohd Najib.

2. Sebab itu juga saya menekankan penyiasatan pelbagai hala oleh ejensi yang berbeza - SPRM, PAC dan polis.

3. Saya mirip mempercayai yang PAC lebih berwibawa kerana ia mempunyai perlindungan Parlimen dan menikmati "qualified privilege" serta dianggotai oleh pelbagai parti (BN dan PR)dan dibentangkan di Parlimen.

4. Alhamdulillah, saya mendapat maklum yang ada anggota PAC dari Umno yang mahu keberangan didedahkan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

5. Kalau mereka benar-benar peduli dan mahu mengekalkan kelangsungan Umno, mereka harus memisahkan Umno daripada kemungkaran para pemimpin yang melakukan kesalahan serta membebankan parti.

6. Sdr OKJ, antara lain, berkata: "Kalau Dato’ perasanlah, beberapa menjak ni saya menagku komen saya tidak menyebelahi sangat kerajaan. Saya menegur kerajaan supaya menjadikan Islam sebagai panduan seterusnya menjadi lebih cemerlang lagi nanti. Saya ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Sejak itu, saya telah menerima surat bertali arus suruh bayar tax. Lepas satu, satu. Sampai tafsiran semula tax yg bertahun-tahun dulu pun kena. Saya dah tak terkata apa. Sampai hati kerajaan buat macam tu ke business orang melayu. Kalau cakap dalam “paper & TV” tu sentiasa kata nak tolong orang Melayu. Ini nak tolong apa ni?????"

7. Saya tidak kenal siapa saudara sebenarnya. Tak tahulah kalau ada pembahas di sini tahu saudara siapa. Jadi macam mana Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh tahu siapa saudara dan lakukan pengauditan semula cukai pendapatan saudara?

8. Mungkin saudara berniaga besar sebab saudara pernah kata saudara dapat kontrak A sampai Z dari Putrajaya sampai tak ada masa lagi nak sertai perbahasan blog ini. Mungkin orang Putrajaya tahu siapa saudara sebenarnya sebab saudara dulu sokong YAB Presiden mati-matian.

Wallahuaklam.

Terima kasih.

budak jawa said...

Assalamualaikum Dato',

Sentiasa menanti penulisan dato' yang objektif dan keterbukaan dalam melayani setiap komen samada memihak kepada artikel dato' atau yang tidak memihak mahupun yang lari dari topik. ahaha.

Akan mematuhi ketetapan yang dato' buat sebagai menghormati tuan rumah dan supaya perbincangan lebih menarik dan membuahkan hasil.

Apapun kita dan di pihak manapun kita, saya sebagai rakyat marhaen percaya kita berkongsi untung nasib negara kita. Sebagai rakyat marhaen, kami tenggelam dan timbul bersama-sama negara kita tidak kiralah masalah yang dihadapi dibawa oleh pihak mana, parti mana atau golongan mana.

Wallahualam.

Budak jawa

Kawanlama said...

Saudara Seroja, Petronas adalah milik rakyat M'sia, baik mereka yang sudah mati, masih hidup atau generasi akan datang.

Cuma saya minta bantuan saudara untuk dapatkan laporan kewangan sejak ditubuhkan...harap dapat saudara usahakan ye

Hanezam said...

Datuk,

Najib mahu bertahan 22 tahun, macam Dr M. Eeeeee resahnya...

Kawanlama said...

Mengapa sempit sangat saudara MatCendana dan cuba bandingkan buah durian audit dengan 1MDB.

Kalau hendak lebih faham jika pihak AG dikehendaki untuk memastikan jenis dan harga durian sebagai contoh jenis musang king, maka pegawai AG akan pasti dan buka isi durian itu dan diletakkan dalam bekas pelastik tertutup dan akan jamin itu adalah durian musang king kepada pihak kerajaan kan?

Berhujahlah dengan perbandingan yang sewajarnya.

Kawanlama said...

Dan jelas lagi terang bahawa kamu berdua, saudara MatCendana dan Zack cepat lupa sejarah dan tidak lagi sabar lagi menunggu laporan berdasarkan fakta sebenar tidak lama lagi daripada pihak AG dan PAC.

Kenapa takut sangat hendak hadapi kenyataan benar dan masih terus bermimpi dan tidak bertapak di bumi nyata.

Tolonglah berlapang dada apabila apajua laporan bebas nanti.

Kalau pandai sangat dan tak sabar berikan saya jawapan berapa sebenarnya kerugian 1MDB sama ada dalam bentuk 'realised or unrealised' losses jika ada. Kalau tidak ada jawapan biar duduk diam lagi elok daripada hendak menyoal saya ye

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Rasa2nya OKJ ni macam main sikologi nak takut2 pengemar blog Dato Kadir je.

Nice try OKJ

Joe Black said...

Tahniah OKJ...

Nampaknya kerajaan sudah perlukan sangat wang sampai tuan sudah menerima hadiah sokongan saudara terhadap Najib.

Mungkin saudara bolih jumpa PM saperti si Saiful supaya cukai tuan dapat dilupuskan..Gua Tolong Lu Lu Tolong Gua Kan?

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Dalam Islam tiada istilah tidak memihak.

Hatta hakim sekali pun dia mesti memihak kepada yg layak atau yg betul.

Saya sangat mengambil berat dalam urusan menyokong hanya yg benar sahaja. Benar bercampur maksiat pun tak cukup baik untuk saya puji.

Sekali pandang UMNO sekarang nampak buat baik spt buat sekolah dan masjid.

Akan tetapi mereka wajib dikutuk jika sekolah yg sepatutnya boleh dibuat dgn harga rm10jt tetapi dibilkan kpd rakyat dgn harga rn30jt demi nak bagi makan kroni.

Kalau perkara sama dilakukan kerajaan PR Selsngor, P Pinang atau Kelantan pun saya akan kutuk.

Othman Ahmad said...

Bukankah kita semua ketahui British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Sementara Spore adalah markas bagi mereka di rantau ini yg mendapat jolokan 'Little Israel'. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Sachman Gold yg mendukung gerakan LGBT dan Liberalisme.

Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA.
Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Said sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep 'Divide and Rule'.
Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British, Amerika dan Little Israel Spore adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap musuh.

Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rsasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

Waula Hu Alam.

Ex Son of Spura

Unknown said...

Pompuan.

Saya rasa suami pompuan (kalau dah kahwin) paling beruntung.

Kalau dia main kayu tiga di luar pun,;pompuan tetap akan sayang.

Kalau dia balik rumah melayani Pompuan selepas dia melepas hajat dgn perempuan sundal pun pompuan buat2 tak tau.

Asal jangan bercerai berai. Asal jangan berpecah. Biar pompuan menderita dgn penyakit bawaan perempuan jalang pun pompuan akan redha.

Demi UMNO , silalah tambah curi lagi 50b wang rakyat.

Pompuan tetap bersama penyamun tarbus.

Pompuan said...

Salam DAKJ yang saya sayangi (Ahem)
You are wasting your breath, dear Sir.
PAC won't be calling Najib and Jho Low. So much.for people trying to pin them down.

Unknown said...

Sdr Joe Black.

Ada yg tak kena dgn cerita OKJ.

Sejak dulu iaitu sebelum dpt projek besar Putrajaya pun bukan main sopan dgn presiden.

Tiba2 semenjak dua menjak ni pulak selepas dpt projek OKJ dah berani melawan toke.

Pompuan yg pasrah je pun gigih pertahan Najib.

msh said...

Maaf berkata....satu pandangan yg dangkal....tanpa asas.

Maharaja memang suka kalau ramai rakyat begini.

Unknown said...

Aslkum DAKJ.

Berita terkini dari negara jiran Thailand.

Mantan PM bernama Yingluck telah di dakwa di mahkamah kerana tuduhan merasuah pengundi di kawasan beliau dgn cara yg tak berpatutan hingga merugikan negara berbillion2 USD.

Negara kafir bernama Thailand telah membuktikan kpd dunia bahawa mereka mempunyai iltizam untuk menegak undang2 tanpa mengira bulu.

Perlu diingat Thailand bukan pun negara maju.

Kalau nak tenguk sejarah ada PM atau mantan PM Msia didakwa rasuah dan salah guna wang negara maka kita kenalah naikkan sokongan pd PR dari 52% kepada 75%.

Saya sentiasa berdoa.

yana said...

Salam Datuk AKJ,

Sebagai rakyat kerdil yang hanya mampu bersuara di media alternatif ini saya merasa sangat sedih kerana hampir pasti keadilan yang diharapkan oleh kita tidak akan kesampaian. Walaupun Datuk sudah sediakan soalan-soalan wajib siasat ini tetapi saya tidak yakin PAC dan AG akan buat tugas mereka setelus dan sebebas seperti rakyat harapkan. Selagi DS Najib berada di atas selagi itulah bayang-bayang beliau menghantui semua yang sudah dipegang 'balls' mereka ini. Tiada penyiasatan sebenar akan berlaku, tiada fakta sebenar akan dirungkai. Semuanya sudah dimanipulasi oleh DS Najib dan orang-orangnya. Kita hanya mampu menyalak Datuk, kerana bila kita mula menggigit depa pukui dan tembak kita. Ini yang saya putus harap sangat Datuk.

Terima kasih Datuk A.Kadir Jasin. Saya doakan agar Allah sentiasa melindungi Datuk sekeluarga dari marabahaya, serta memberikan Datuk kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini.

Othman Ahmad said...

Sdra UUA...

Pelajar diberi biasiswa & pinjaman untuk tuntut ilmu & belajar. Apatah lagi membahayakan keselamatan/nyawa sendiri dalam aksi jalanan/demonstrasi yg merusakkan harta, nyawa & keamanan awam macam orang tak bertamadun.

Othman Ahmad said...

Sdra Kawanlama...

Almarhum Tan Sri Ani Arope pernah berlawak bodoh ketika seluruh semenanjung Malaysia terputus bekalan
letrik pd awal 90an. Ianya amat memalukan terutama kecaman dari pihak pelabur asing. Bila diajukan pertanyaan kenapa ini boleh terjadi, dgn Nada selamba dia jawab, 'No big deal. After all TNB also stand for Total National Blackout'.

Tak lama selepas itu dia letak jawatan.


Unknown said...

Aslkum Dakj.

Soalan2 yg Dakj senaraikan tentunya memedihkan dan menyakitkan hati Najib dan penasihat2 IMDB.

Suruh pembesar2 IMDB bawa sekali semua akaun syarikat yg kononnya telah di sah dan semak sebagai betul dan adil oleh tiga firma audit Antara bangsa bila mereka menghadap PAC.

Dalam penyata akaun tahunan tersebut tentu ada tiga perkara.

Pertama balance sheet yg menunjukkan jumlah aset, tanggunggan dan aset bersih IMDB. Kalau amoun aset bersih tu dah dalam braket maka tahulah kita bahawa hutang IMDB melebihi asetnya.

Kedua penyata untung rugi yg menunjukkan senarai pendapatan dan perbelanjaan serta untung atau rugi IMDB setiap tahun.

Ketiga penyata aliran tunai masuk dan keluar setiap tahun yg menunjukkan apa yg mereka belanja sehingga menghadapi skandal kewangan masa ini.

Walaupun IMDB tak lah bodoh sangat hingga nak tunjukkan berapa wang telah pergi secara terang2 kpd individu spt Jho Low , dll akan tetapi percayalah akaun IMDB boleh membantu seribu satu macam soalan lain.

Dengan syarat pengerusi PAC benar2 jujur.

Tulisan Dakj kali sangat besar impaknya kepada masyarakat umum memandangkan terkini kajian Merdeka Centre mendapati 81% drpd org Melayu tak tahu atau tak ambil kisah pasal masaalah negara akibat skandal IMDB.

Merdeka centre jugak mendapati 87% mereka yg layak mendapat ihsan atau wang rasuah BRIM tak tahu menahu soal skandal IMDB.

Oleh kerana MAP berjaya berkempen terhadap kumpulan Melayu diatas maka rasa2 nya UMNO akan menang lagi PRU 14.

Selain drpd org spt Dakj, TDM, parti pembangkang, NGO , setiap drpd kita perlu main peranan mencelikkan org Melayu yg tak sedar mereka semakin layu dibawah cengkaman UMNO.

Terakhir PAC jugak mesti panggil wakil BNM tanya bagaimana wang IMDB boleh merayau2 macam kisah cinin betlian hingga tak tahu jalan cerita.

Kawanlama said...

Sdra UAA, penyata Kedudukan Kewangan dan Penyata Pendapatan Komprehensif bagi akaun 2MDB dilaporkan ikut piawaian perakaunan antarabangsa.

Asetnya dinyata pada nilai saksama dan sudah tentu akan ambilkira segala kenaikan dan penurunan ikut nilai pasaran semasa. Begitu juga penyata pendapatannya termasuk rugi atau untung yang telah direalisasikan atau unrealised.

Harap dpt sdra berikan nilai sebenar 1MDB ketika ini kalau tersangat berilmu ye.

Unknown said...

Sdr seroja.

Petronas dalam sejarahnya memang jadi sapi perahan kerajaan sejak zaman TDM hingga Najib.

Tak cukup dgn dividen tahunan yg kersjaan tagih drpd Petronas ada waktunya Petronas terpaksa bailout syarikat milik kroni ternasuk anak TDM.

Tak ada beza bila wang TH diguna kerajaan Najib utk bailout IMDB.

Kedua2 tak akan di buat oleh kerajaan bersih.

Soalnya satu dunia tahu TDM tak bersih.

Sayangnya Najib lagi teruk tak bersihnya.

Kalau sejak dulu TDM ada amal budaya kerja jujur dan telus tentulah hari ini kita dapat baca penyata kewangan Petronas dan sekarang IMDB pulak.


Dan setiap tahun paling tidak Agong dan Ahli parlimen akan terima satu salinan penyata kewangan Petronas dan IMDB untuk demakan.


Kegagalan Najib membetulkan kesilapan TDM dalam hal ini sepatutnya sudah cukut buat org spt Kawan Lama tidak menyokong Najib.

Hairan jugak ye. Kenapa?

Kawanlama said...

Saudara Othaman sudah baca ke buku memoir allahyarham? Takut2 sdra nanti tergolong dalam golongan musuh ilmu...mereka yang kerap buat tanggapan salah.

Kawanlama said...

Sdra UAA, sebabnya adalah saya bukan jenis makhlok yang hanya tahu mengutuk dan selalu diajar berpegang kepada fakta BENAR ye.

Matsaman said...

Kawanlama, hang ni kawan lama sapa? Kawanlama Tok Kadiaq ka? Kalu hangpa kawanlama dia, pasai apa standard rendah sangat daghi standard dia.

Punyalah hang puloi nak pertahan Mat najib sampai hang keliru 1MDB. hang tulih 2MDB. Hang ni depa bayar ikut inci atau ikut jam? Aku pun kawan Tok Kadiaq juga. Geng Nasi Abu depan Kolej. Aku pun heran dia sanbaq sungguh dengan hangpa punya kelaku.

hangpa nak lawan pun, nak pertahan najib ka, anwar ka, dr Mahathir ka, hang buat la cerdik sikit. Ni nampak sangat hangpa dapat bayaran ikut inci main gasak.

Minta ampun Tok Kadiaq, kelolo sikit. Geng dok belakang kelas. OSC Gred 2.

Unknown said...

Kawan lama.

Komen sdr 12.01pm.

Para satu tu pun dah kelam kabut. Kecuali Kawan Lama pernah tenguk dan baca laporan kewangan IMDB hanya si bongok boleh konfirm bahawa laporan tersebut telah disediakan mengikut piawaian antarabangsa.

Para kedua menampakkan kpd kita Kawan lama sebagai blogger upahan yg bodoh tapi demi duit maka cuba2 tunjuk2 pandai.

Amalan perakaunan biasa merekod pembelian aset hanya berdasar kos asal. Dan mana pulak unrealised profits boleh di rekod. Itu namanya syok sendiri.

Apa yg kawan lama merapu ni.


Para ketiga mengesahkan lagi kebonggokkan Kawan lama.

Kalau audit luar pun dah berhenti dua kali.

Dan oleh kerana semua akaun IMDB dianggap RAHSIA NEGARA bagaimana rakyat nak beri nilai sebenar IMDB.

Najib sendiri pun nampaknya dah blur tentang nilai sebenar IMDB.

Apa kata kawan lama sendiri pergi tanya Najib.

Othman Ahmad said...

T. Kasih atas peringatannya.

Mohon maaf saya juga berhak meluahkan tanggapan maaf terhadap almarhum bersandarkan pengalaman sewaktu aktif dgn Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

Kawanlama said...

Terima kasih atas maklum balas tulisan saya di atas.

Pertama yang jelas sdra tiada ilmu perakaunan asas.

Kedua tidak hendak berusaha cari maklumat dan penyata kewangan untuk buat penilaian atas nilai aset bersih 1MDB., sebab soalan saya amat mudah tapi sebab tiada ilmu, maka saudara terus dalam bukan bongok, tapi tidak cerdik.

Tiada alasan lain melain menganggap mudah orang berlainan pandangan sebagai penulis upahan...memang saudara sudah muflis

Kawanlama said...

Terima kasih dan nampaknya sekurang2nya orang yang jauh kurang cerdik melayan pandangan saya yang kurang cerdik ini...

Unknown said...

Kawam Lama.

Belajarlah hormat org lain dgn kenyataan atau soalan yg betul.

Bukan semua org boleh jadi akauntan. So hormat sedikit kenytaan sdr mengenai perakaunan asas tu.

Perakaunan yg asas pun kawan lama dah merapu.

Cerita pasal perakaunn melibatkan soal teknikal yg mana kalau yg bercakap tu cuba tunjuk pandai macam kawan lama maka dgn mudah org pandai akan tahu.

Bererti bila kawan lama merapu maka buang masa dan menipu pembaca.

Setahu saya lulusan perakaunan agak mudah dpt perkerjaan.

Maka tak perlu jadi blogger upahan PMO.






Kawanlama said...

Memang confirm saudara muflis...

asyraf rosli said...

melayu di kampung di tipu tanah pusaka meraka.
cerdik pandai bangsa lain buat segala macam perjanjian berat sebelah yang akhirnya untungkan mereka

melayu dibandar yang konon cerdik pandai pun kene tipu, golongan pembesar pulak

hai nasib melayu, mmg ditipu sahaja kah.

Unknown said...

Jom kita lihat bilionaire2 dan belajar dari mereka cara untuk menjadi bilionaire , jangan guna rasuah tau, kalo offset ok la

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).