Wednesday, March 22, 2006

PM JANJI AGIHAN ADIL

A Kadir Jasin

TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana membuat satu lagi janji yang sekali gus memperbetulkan satu persepsi yang keliru.

Laporan Utusan Malaysia dan The Star pada 16 Mac yang memetik kenyataan akhbar Jabatan Perdana Menteri mencetuskan persepsi bahawa keseluruhan penjimatan subsidi hasil daripada kenaikan besar harga minyak petrol pada 28 Februari lalu akan dibelanjakan keseluruhannya di Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, penjimatan yang dianggarkan RM4.4 bilion itu akan digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Mengulas berita itu dalam rencana bertajuk “Untuk Siapa Tabung Pengangkutan”, saya menulis di dalam Weblog ini mengatakan, antara lain, bahawa keputusan itu tidaklah adil.

Ia tidak adil kerana kenaikan harga minyak petrol, diesel dan gas cecair petroleum membebankan rakyat di seluruh negara tetapi hasilnya akan dibelanjakan di Kuala Lumpur sahaja.

Pada 18 Mac, Utusan Malaysia dalam berita muka depan bertajuk “Dana RM4.4b diagih adil untuk semua negeri – PM”, memetik Abdullah sebagai berkata:

“Pengagihan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam akan dibuat secara adil kepada semua negeri berdasarkan keutamaan masing-masing bagi menambak baik sistem pengangkutan awam.”


Sumber: Utusan Malaysia

Sangat eloklah kalau begitu. Tak siapa pun mempertikai rancangan kerajaan itu. Yang dipertikai ialah kenyataan awal JPM yang memberi gambaran hanya Kuala Lumpur akan mendapat faedah.

Mungkin elok di masa akan datang bagi para penasihat dan “minders” Perdana Menteri berfikir panjang dan mendalam sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan akhbar atau memulakan sesuatu “spin”.

Sudah cukup lama Kuala Lumpur jadi anak emas. Baru-baru ini pun dapat habuan lagi apabila seorang lagi Ahli Parlimennya dilantik menjadi menteri.

Takut Nak Petik Laporan NST

ADA seorang bekas wartawan New Straits Times (NST) menghantar SMS kepada saya bertanya apakah saya tidak membaca akhbar lama saya itu lagi.

Dia bertanya demikian kerana saya tidak lagi memetik NST dalam kolum “Other Thots” saya dalam majalah Malaysian Business.

Saya terus berlanggan dan membaca akhbar itu di rumah dan pejabat. Tetapi saya agak jarang memetiknya kerana gusar akan dituduh orang tidak baik (bad people) oleh “encik-encik tajir” yang mengepalainya dewasa ini.

Permisi, guna bahasa kontemporari Indonesia sedikit. Encik-encik tajir ini sudah pun menuduh saya melancarkan vendetta (permusuhan turun temurun) terhadap mereka kerana bertanya, melalui SMS, tentang kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad (SAW) pada 20 Februari lalu.

Baru-baru ini saya terpaksa menghantar SMS kepada seorang wartawan kanan akhbar itu untuk mendapatkan pengesahan bahawa NST tidak menyiarkan berita dan/atau gambar pembukaan sesi baru Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 Mac lalu.

Dia menjawab “Tak dak”. Saya terpaksa bertanya kerana seorang pembaca weblog ini – Desmond -- mengulas mengenai ketiadaan berita itu di dalam NST.

Pengangkutan Bukan Masalah KL Saja

KITA tidak menafikan yang pengangkutan awam Kuala Lumpur memerlukan penaikan taraf dan integrasi. Tetapi membelanjakan penjimatan subsidi hanya di Kuala Lumpur tentulah tidak adil dan tidak membayangkan penggubalan dasar dan pelaksanaan projek yang mantap.

Ini akan memburukkan lagi penentangan pengguna terhadap kenaikan mendadak harga bahan bakar (30 sen seliter atau 18.52 peratus) dan tambah meyakinkan mereka bahawa kenaikan itu tidak dirancang dengan sempurna.

Media massa arus perdana menguar-uarkan penjimatan RM4.4 bilion. Saya tidak akan mempersoalkan dari mana mereka mendapat angka itu dan sama ada ini tujuan sebenar harga minyak dinaikkan.

Lagipun, jika kita percaya hujah-hujah lain yang dikemukakan oleh para mamanda Menteri dan tukang canang mereka seperti mengurangkan penggunaan minyak, maka penjimatan yang diuar-uarkan itu mungkin tidak sampai RM4.4 bilion.

Bila penggunaan minyak berkurangan kerana harga tinggi, maka kurang jugalah nisbah subsidi yang dijimatkan. Apatah lagi kenaikan besar harga minyak pada 28 Februari itu berlaku pada ketika harga minyak mentah dunia semakin menurun.

Semakin rendah harga minyak mentah di pasaran dunia, semakin rendah jugalah penjimatan subsidi. Apabila harga dinaikkan pada 28 Februari, harga minyak mentah di pasaran New York (NYMEX) ialah A$61 setong. Pada 20 Mac ia jatuh kepada AS$60.42.


Sumber:Energy Economics Newsletter

Sebenarnya kos pengangkutan kita, mengikut ukuran Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita pariti kuasa membeli (purchasing power parity) mungkin lebih tinggi daripada di banyak negara jiran.

Ini adalah kerana banyak jenis cukai dan kadar (rates) yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan, sama ada untuk kegunaan peribadi atau awam, seperti cukai import, cukai eksais, cukai jualan, cukai jalan, yuran pemeriksaan kenderaan dan tol lebuh raya.

Saya baru pulang dari menjelajah Selatan Thailand untuk menemui bekas-bekas pemimpin dan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang bermastautin di sana di bawah Perjanjian Damai tiga hala (PKM, Malaysia dan Thailand) tahun 1989.

Saya mendapati sistem jalan rayanya baik – tak jauh bezanya daripada lebuh raya tol kita – tetapi tidak ada tol. Yang sedikit membimbangkan ialah banyaknya sekatan jalan raya yang didirikan oleh Tentera Thai di wilayah-wilayah majoriti Islam sejak berlaku kekacauan pada bulan Oktober 2004.

Yang Tersurat dan Tersirat

KITA harap dasar harga runcit minyak sekarang adalah terancang dan bukan sekadar cara mudah untuk “mengelokkan” (dressing up) belanjawan supaya nampak seimbang.

Bukan apa, kita takut kalau-kalau mantera mengenai belanjawan seimbang (balanced budget) menggalakkan sesetengah pemikir dan pelaksana dasar ekonomi, belanjawan dan mata wang mengambil jalan mudah mengimbangkan belanjawan dengan melaksanakan dasar-dasar jangka pendek dan spontan yang boleh merangsang inflasi dan melembapkan produktiviti.

Hakikat bahawa majoriti rakyat jelata tidak faham atau tidak peduli mengenai isu-isu ekonomi, khasnya ekonomi mikro, tidak menghalalkan pemesongan dasar atau pemutar-belitan hakikat.

Justeru itu, setiap ikrar janji yang dibuat oleh pemimpin politik negara, khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan diputarkan menjadi halwa rambut yang manis dan berwarna-warni oleh media massa arus perdana seharus tidak merugikan rakyat terbanyak.

Hanya melalui pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktiviti yang menyeluruh dan pengagihan kekayaan negara secara meluas sahaja, beban kenaikan harga seperti yang berlaku pada 28 Februari itu boleh diatasi secara berkesan.

Speed Up Implementation, Says PM

I would not dare join skeptics in casting doubt on the Prime Minister’s instruction to ministries to make sure that the implementation of the 9th Malaysian Plan commences on March 31 (Berita Harian, March 21).

All that I can say is, the planning for the Plan actually started years ago with the mid-term review of the 8th Plan, followed by the inauguration of the second National Economic Consultative Council (Mapen 2) in 1999. The report of Mapen 2 was submitted to the Government in 2001.

The 9th Plan is intended to come into force this year. We are now about to complete the third month of the year and the plan is still at the deliberation stage in the Parliament.

As for the recent Government statement that it did not want to dip into Petronas’ coffers, I think it is mere interpretation. According to one estimate, Petronas contributed RM110 billion to the financing of the 8th Malaysian Plan. For the current plan period, Petronas should be in a better position to contribute much more as crude oil prices are higher.

In The News For The Wrong Reason

THE reinstated Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Effendi Norwawi, hasn’t said much since his return to the Cabinet recently.

But that does not stop him from being in the news. His actress wife Tiara Jacquelina had successfully staged Puteri Gunung Ledang at the national theatre, Istana Budaya, some weeks ago.

Today, Effendi is again in the news – being accused by his former wife Zariah Hashim (previously known as Faridah Effendi) in the Kuala Lumpur Syariah High Court of failing to fulfill their divorce agreement.


Source : The Star

At stakes are properties in Sarawak and the UK, and stocks and shares worth millions of ringgit. Wealth and opulence of our high officials is being blown open by acrimonious divorces.

With some Ministers and important political figures now married to celebrities or are in the process of divorcing one, we can count on filling our idle movements with these sideshows.

And Why Shouldn’t Yahya Speak Out?

AS Malaysians we have every right to speak out in defence of our country. Defending this country is not the right and privilege of Ministers like Datuk Seri Syed Hamid Albar only.

The Foreign Minister chided Datuk Yahya Abdul Jalil, the main contractor for the new bridge to Singapore, for his Sunday interview in the Mingguan Malaysia.


Source: The Star

Yahya had, among other things, said he prayed that the Government would not to succumb to Singapore’s demand for the opening of the Johor airspace for its air force jets and for the sale of sand to the republic.

This is our country. So why shouldn’t we pray for it? We believe in God. So why can’t we pray for His guidance?

We have every right to defend our country and our honour. If Syed Hamid – the son of the Lion of Umno, late Tan Sri Syed Jaafar Albar -- cannot accept the rakyat’s view, he should cease being their wakil.

While on the one hand the Prime Minister had asked the people to tell him what he ought to know and not what was good to hear, his ministers continue to be intolerant of feedbacks.

9 comments:

AZLAN A M said...

Assalamualaikum, I have just came accross your great blog last week.I think my comments are not politically correct to be here in the midst of "serius cybertalk" but just curious to raise a question wether you have a plan to create a column to guide readers who interested into getting more knowledge in journalism rather than just a scribe.

freedom fighter.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk bahawa negara ini adalah milik kita semua rakyat Malaysia. Kita berhak untuk menyuarakan pandangan kita samada baik ataupun tidak di sebuah negara demokrasi ini. Bagi saya, pandangan dan harapan Datuk Yahya A. Jalil adalah satu pandangan yang ikhlas.

Tidak sepatutnya Menteri Luar atau sesuapa jugapun merasa kurang senang dengan harapan itu. Pemimpin sepatutnya melihat pandangan dan suara rakyat secara objektif, kerana tanpa rakyat tidak ada pemimpin. Suara pemimpin adalah suara rakyat. Rakyat berhak bersuara dan berkata-kata.

Betul kata Datuk, kalau tidak bersedia untuk menerima pandangan rakyat, jangan jadi pemimpin.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk, bolehkah dijanjikan tidak ada lagi kenaikan, yang akan dicekup dari saku kami lagi,di masa akan datang? Rasanya janji itu lebih manis dari seribu janji yang ditaburkan bagi rakyat marhain seperti saya.

Anonymous said...

Pengagihan adil? macam mana tu?...oleh kerana kesakarang ini banyak ungas2 @ ayam mati kerana dituduh pembawa virus Hamba teringat perumpamaan orang politik dulu-dulu...alkisah kalau ayam dalam sebuah reban jika ditaburkan makanan ditengah-tengah reban itu maka berebut-rebutlah ayam antara satu sama lain untuk mendapatkan makanan.Dalam keadaan pengagihan yang sedemikian...ayam-ayam yang buruk dubur, ayam yang cacat, ayam yang patah sayap dan kaki atawa ayam yang berpenyakit dan ayam-ayam yang lemah hanya mungkin mendapat dedak-dedak yang tak ada guna dan tak ada kualiti...harapnya 4.4 bilion tersebut tidak diagihkan dengan cara menaburkannya begini.

Anonymous said...

Datuk,

Re: "I don't want to be a hero".

What is the meaning here? Are we fighting over something that's not exactly belongs to us? For me a hero is simply an ordinary person in extraordinary circumstances, who, despite the odds being stacked against him or her, typically prevails in the end. What odds that are being stacked against him, or Malaysia for that matter? I can imagine if the issue is about Pulau Batu Putih because of it's technicalities but this side of the Selat Tebrau is very prestine clear. Oh my God, I miss DrM dearly!

Zainal A. Kasim said...

Yes,

Anonymous put it correctly when he wrote "I miss Dr M dearly". I believe many people do...

Anonymous said...

Recently, we heard comments from the other side of the causeway that there'll be "serious consequences" if Malaysia decided to proceed with the crooked bridge. I strongly suggest the FM and his officers should inquire (during another round of golf!) what these “serious consequences” are so that we can better appreciate their concerns. I don’t totally put the blame on the FM. He’s just acting within a certain given mandates. My curse is to the mandates and of course, the person responsible for formulating them.

Malaysia is sold off for half of the bridge?

BTW, congratulation to Dr M for his new assignment! Semoga Allah (SWT) sentiasa merestui beliau dalam menjalankan kerja yang mulia ini.

Salam.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya puji keberanian mereka yang boleh menyuarakan pendapat ataupun suara hati kecil mereka tanpa sembunyi.
Pada saya bila sesuatu kenyataan itu disambut dengan cara melatah seperti yang berlaku kepada pak menteri kita ini maka tentunya ada tercetus konflik tersendiri di dalam dirinya sendiri... Datuk setuju?

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pendapat pujangga, pangkah lah lain dari yang biasa sebab UNDI KITA RAHSIA. ( agaknya..). Terlalu complacent dengan comfort zone.. pun tak boleh juga dia orang nih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).