Tuesday, February 24, 2009

Apakah Benar Kita Matang Dan Toleran?

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SAYA tergerak untuk menulis coretan ini berikutan reaksi kepada tulisan saya mengenai perbandingan antara dunia pelacur Hong Kong Suzie Wong dan dunia Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam posting lalu.

Tulisan saya itu menimbulkan kemarahan dan teguran ramai pembahas. Banyak yang marah dan berang.

Ada yang menuduh saya mengamalkan “tabloid journalism” dan penulisan picisan.

Rasa-rasanya tulisan saya itu bukan kewartawanan tabloid mahupun penulisan picisan. Sebaliknya saya rasa ia lebih mirip kepada genre (jonra) satira. Dalam bahasa Inggeris, satire (sataya).

Dalam satira, perlakuan jahat, sumbang, kegila-gilaan, kebudak-budakan dan kelemahan manusia didedahkan dan diadili melalui cemuhan, sindiran dan ironi dengan tujuan mencari kebaikan.

Maafkan saya kalau saya katakan bahawa ramai pembahas begitu emosional dan marah malah kasar apabila saya menulis sesuatu yang tidak memihak kepada pembangkang apatah lagi apabila saya mengkritik pembangkang.

Tetapi apabila saya kritikal terhadap pemerintah, begitu ramai yang menyokong saya dan berapi-api mengkritik dan mengutuk pemerintah.

Jadi saya kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, apakah benar seperti yang diuar-uarkan, iaitu pengundi kita semakin matang, bijak, toleran, demokratik, liberal dan menghormati hak asasi manusia?

Kalau benar mereka lebih menghormati hak asasi manusia, mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain semata-mata kerana fahaman atau afiliasi politik yang berbeza.

Kalau mereka lebih liberal (terbuka) mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain yang tidak sependapat dengan mereka.

Begitu jugalah kalau mereka lebih demokratik dan lebih toleran, mereka tentulah tidak mencemuh apatah lagi memaki hamun orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

Lebih-lebih lagilah jika mereka benar-benar matang, bermoral dan berhemah tinggi, “Islamic” dan Muslimin seperti yang mereka dakwa, mereka tentulah lebih bertimbang rasa dan toleran.

Mereka menguar-uarkan kemunculan gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat sebagai manifestasi kepada aspirasi rakyat jelata yang mahukan sistem dua parti yang sejati.

Tetapi pada masa dan dalam nada yang sama juga, mereka memaki seranah parti lawan dan tidak putus-putus meramal dan mendoakan kepupusan Umno serta Barisan Nasional.

Ramai melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan (dan tidak kurang terhadap saya), tetapi tidak bersedia mendedahkan identiti. Malah ada yang seolah-olah takut untuk menggunakan nama samaran.

Kita tidak boleh mengakui diri kita matang kalau hujah dan tindakan kita penuh emosi dan mengikut rasa hati. Kita tidak boleh mengakui diri kita matang kalau tidak arif mengenai sejarah, tidak kaya dengan pengetahuan dan tidak berminat mengilmukan diri.

Akhirnya jadilah kita umpama dulang yang mengata paku serpih atau menterjemahkan peri bahasa Inggeris, periuk yang mengatakan cerek hitam.

Kadang-kadang saya terfikir untuk tidak langsung menyiarkan komen-komen seperti itu. Tetapi saya menyiarkannya juga supaya kita boleh mengukur sejauh mana matang atau tidak matangnya kita. Atau siapa yang matang dan siapa tidak.

Sebagai penulis, saya tidak mengharapkan simpati atau rasa belas kasihan. Falsafah saya lebih kurang ‘berani tulis, beranilah tanggung’.

Tetapi apabila sesetengah pembahas membuat ulasan yang terkeluar daripada batas kesopanan dan kewajaran, saya berasa terkilan sikit.

82 comments:

aranam said...

Assalamu'alaikum
Saya berpendapat bahawa kematangan yang diuar-uarkan itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Adab dan kesopanan semakin lama semakin terhakis. Terima kasih.

IES Agencies said...

Dosa besar datuk ialah mnengaitkan sorang tokoh PKR dengan satire datuk, walhal mereka semua maksum

lihat senarai (tak lengkap) mereka yang maksum di sini

http://marahku.blogspot.com/2009/02/pengumuman-penting-kerajaan-langit-ayah.html

syauqi_x said...

slm pak kadir,

betul tu...

tak kisah lah kita penyokong BN atau PR, yang penting kalau kita rasa kita benar, kita harus boleh berhujah untuk membuktikan yang kita mmg benar...

bukan dengan maki hamun dan carut marut...

maki hamun dan carut marut biasanya kelakuan orang yang dah mati akal...

jujur saja, saya banyak yang tidak setuju dengan tulisan pak kadir, tapi kalau saya cuma maki hamun di sini rasanya tak kan smpai maksud saya ke pak kadir dan pembaca yang lain...

masalahnya pak kadir, sekarang ramai orang yang pikir pakai otot, bukan otak...

terima kasih...

Anonymous said...

asalamualaikum. sihat ka tok jang kadir..

amoker said...

Actually, what is maturity in politics? It will be almost the same like in cyberspace. The UMNO folks will know which website to go, the PR folks have their own fav. IN fact, studies have shown that though the internet is huge, vast traffic goes to some sites.

I just read your article on 'bukit'. Though it is a satire, I am dissappointed to the reference of part of women's body that way. I might not understand it correctly. But it is my same reaction when some YB called 'bocor" etc. Anyway, cheers

Anonymous said...

Datuk,

Perkembangan terkini jelas menunjukan kita sebenarnya belum lah begitu matang. Itu baru satira dari Datuk. Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika kita ada seorang seperti David Letterman yang sentiasa memperbodohkan ahli politik di Amerika.

Mus

Anonymous said...

Salam DAKJ

Sabar Dato’. Ialah, bukan senang nak memenuhi hati semua orang. Tapi mungkin saya boleh beri sedikit nasihat.
Pernah dengar ke Dato’ tentang penyakit DELUSIONAL THOUGHT DISORDER. Delusion bermakna ‘fix false belief’. Penyakit diatas bermakna kepercayaan yang salah yang terdapat di dalam pemikiran seseorang yang tidak boleh diubah lagi. Walaupun ianya salah dan kita bagi berbagai penerangan dalam bentuk facts, berpuluh references ataupun dalam bentuk kiasan, puisi, pantun, Semuanya tak jalan dan juga ianya sangat susah untuk diubati.
Cuma satu cara saja yang mungkin boleh membantu iaitu dengan menggunakan kaedah ECT (Electro-convulsion therapy).Caranya adalah dengan memberikan kejutan elektrik pada otak pesakit tersebut dan ianya dilakukan oleh pakar sakit jiwa dan dibantu oleh pakar bius.
Penyokong penyokong tegar pihak tertentu banyak mengalami penyakit diatas dan memang kita tak boleh buat apa-apa. Kalau nak dirawat rasanya tak cukup pakar sakit jiwa di Malaysia ni dan mungkin tak cukup bekalan elektrik di Malaysia kut.
Apa yang penting Dato’ kita berpaksikan kebenaran. Apa yang benar kita kata benar dan yang salah kita kata salah. Taklah hipokrit.
Minta maaf Dato’ sebab bagi nasihat pula kali ini.

Anonymous said...

Dato',
Hak asasi, tolenrasi, demokrasi, tolak ansur, sopan santun dan pelbagai istilah lagi hanya bila kita mahukan daripada orang lain. Jika kita perlu memberikan pada orang lain, mulalah kita 'pusing 180 darjah'.

Mereka menuntut kesamaan agama kerana hanya Islam agama rasmi negara.
Mereka menuntuk jawatan awam kerana ekonomi perniagaan mula merosot.
Mereka mahu tanah kurnia/ anugerah kerana sudah habis segala tanah bangsa Melayu telah mereka beli.
Mereka mahu hapuskan kuota bidang tertentu sahaja kerana pada bidang lain mereka menguasai.
Mereka kata kerajaan korup & kroni kerana mereka belum jadi kerajaan.

Jadi kita tidak perlu berkecil hati pada apa sahaja orang kata.

Bye/Roti Planta

Against The Wind said...

"Tetapi apabila sesetengah pembahas membuat ulasan yang terkeluar daripada batas kesopanan dan kewajaran, saya berasa terkilan sikit."

Datuk,

Toksah dok terkilan or berkecil hati Datuk. Its how the new generation now act in the internet. Generasi yang berbangga dgn kebebasan tanpa ada rasa hormat. Generasi yang pantai membaling batu kepada sesiapa saja yang tidak sehaluan.

Its very sad, what Datuk has written really sums up the whole thing. Malaysian tidak matang fikiran nya selagi mereka tidak dapat menerima lawan seadanya, yang lawan merea juga ada baik nya tidak semuanya buruk.

I personally feel if the leadership of Pakatan masih lagi DSAI, LKS, LGE maka the majority of its followers will not be matang soon.

Anonymous said...

ASKUM PAK KADIR.
BIARKAN MEREKA BEGITU. MEREKA INI DAH MACAM MEREKA YANG DILAKNAT ALLAH DALAM SURAH FATIHAH. IAITU MEREKA YANG ORANG DIMURKAI DANMEREKA INI DAH DIANGGAP SEBAGAI ORANG MATI. KITA CAKAP APA MERAK DAH TAK MENDENGAR. BIARKAN. PAK KADIR TERUSKAN MENULIS. BANYAK MENAFAAT PADA KAMI SEMUA

ab said...

Salam Dato,

Saya fikir masyarakat kita baru beberapa tahun saja kenal cyberworld ni,termasuk saya sendiri. Tidak ramai yang menulis di surat khabar/majalah sebelum
internet ni ada..jadi macan sekarang ni laa dato..a phase in
developing.

Selain itu orang-orang disini masih lagi ditahap `berani,berani takut'...tak terdedah didalam kehidupan harian untuk memberi pendapat berbeza...sebab itu takut nak tulis nama.

Saya dilatih untuk mendengar/ membaca pendapat/idea yang berbeza dari paling `extreme
negative' dan seterusnya ke `extreme positive'. Macam dari skala 0 paling teruk hingga 10 paling baik...sesudah itu pertimbangkan lah sendiri yang mana terbaik.

PEMIMPIN-PEMIMPIN negara pun masih perlu mendalami public notices/opinions/writings ni..

Perkara ini jelas didalam tulisan
pelbagai penulis di luar negara terutamanya di USA dan UK, diharapkan pemimpin, wakil pemimpin dan ahli-ahli pentadbir negara yang sibuk sangat,tak tahu dan tak sempat membaca dan menyelidik tentang sesuatu issue dapat `a continous education in a specific area/issue' dan dapat MEMBANTU mereka membuat keputusan.

Tenguk saja di New York Times ,times ,guardian,chicago tribune,nation,wsj,russia times dsb....berbagai pendapat mereka( dan dibayar untuk menulis pendapat berbeza mereka).


Penulis yang bagus/columist yang bagus bolih membantu `NATION BUILDING/NATION ADMINISTRATION ETC'...

Tapi kalau menulis asyik nak bantai orang dan bunuh orang
saja tak kemana juga akhirnya, sebab semua orang yang `betul' dan `tak betul' akhirnya mati juga...

Saya suka membaca tulisan ramai
`columists' yang bertujuan membantu mendidik dan menonjolkan
kebenaran dan juga kesilapan yang kita tidak ketahui...

Tulisan dato ni saya fikir ada yang bagus dan ada yang kurang bagus,tetapi lebih baik ada dari
tiada langsung usaha kearah kebaikan.

Mana tahu kalau dato dipilih untuk hadiah nobel, kan bagus juga, ya tak?.

Walau beratus ribu sudah `cerdik pandai' di negara ini, sampai kini belum ada seorang pun yang dipilih
sebagai `nobel laurete' lagi..kat indonesia,philipina,myanmar,pakistan,india,bangladesh pun dah ada dah
sekarang ni...apa kata orang-orang pandai kita ???.


Dato',tak kan lah kita selamanya nak rioh rendah macam kat KEDAI KOPI atau kalau lebih teruk macam kat KEDAI TODI dulu-dulu tuuuuu!!!!.


GO ON WRITING `TILL YOU DROP!.

Abu Bakar Ab Rahman

ab said...

Salam Dato,

Saya fikir masyarakat kita baru beberapa tahun saja kenal cyberworld ni,termasuk saya sendiri. Tidak ramai yang menulis di surat khabar/majalah sebelum
internet ni ada..jadi macan sekarang ni laa dato..a phase in
developing.

Selain itu orang-orang disini masih lagi ditahap `berani,berani takut'...tak terdedah didalam kehidupan harian untuk memberi pendapat berbeza...sebab itu takut nak tulis nama.

Saya dilatih untuk mendengar/ membaca pendapat/idea yang berbeza dari paling `extreme
negative' dan seterusnya ke `extreme positive'. Macam dari skala 0 paling teruk hingga 10 paling baik...sesudah itu pertimbangkan lah sendiri yang mana terbaik.

PEMIMPIN-PEMIMPIN negara pun masih perlu mendalami public notices/opinions/writings ni..

Perkara ini jelas didalam tulisan
pelbagai penulis di luar negara terutamanya di USA dan UK, diharapkan pemimpin, wakil pemimpin dan ahli-ahli pentadbir negara yang sibuk sangat,tak tahu dan tak sempat membaca dan menyelidik tentang sesuatu issue dapat `a continous education in a specific area/issue' dan dapat MEMBANTU mereka membuat keputusan.

Tenguk saja di New York Times ,times ,guardian,chicago tribune,nation,wsj,russia times dsb....berbagai pendapat mereka( dan dibayar untuk menulis pendapat berbeza mereka).


Penulis yang bagus/columist yang bagus bolih membantu `NATION BUILDING/NATION ADMINISTRATION ETC'...

Tapi kalau menulis asyik nak bantai orang dan bunuh orang
saja tak kemana juga akhirnya, sebab semua orang yang `betul' dan `tak betul' akhirnya mati juga...

Saya suka membaca tulisan ramai
`columists' yang bertujuan membantu mendidik dan menonjolkan
kebenaran dan juga kesilapan yang kita tidak ketahui...

Tulisan dato ni saya fikir ada yang bagus dan ada yang kurang bagus,tetapi lebih baik ada dari
tiada langsung usaha kearah kebaikan.

Mana tahu kalau dato dipilih untuk hadiah nobel, kan bagus juga, ya tak?.

Walau beratus ribu sudah `cerdik pandai' di negara ini, sampai kini belum ada seorang pun yang dipilih
sebagai `nobel laurete' lagi..kat indonesia,philipina,myanmar,pakistan,india,bangladesh pun dah ada dah
sekarang ni...apa kata orang-orang pandai kita ???.


Dato',tak kan lah kita selamanya nak rioh rendah macam kat KEDAI KOPI atau kalau lebih teruk macam kat KEDAI TODI dulu-dulu tuuuuu!!!!.


GO ON WRITINGE `TILL YOU DROP!.

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Datuk,

Rasanya kalau mereka matang, dah lama saya sekeluarga menyokong mereka semasa kelemahan BN muncul. Tapi malangnya, tak kiralah pemimpin atau penyokong, mereka tidak cukup matang lagi. Salah satunya, mereka kata kebebasan akhbar. Tapi mereka yg terlebih2 menyaman orang sampai mahu mereka 'mati'.

Abu Bakar said...

"I personally feel if the leadership of Pakatan masih lagi DSAI, LKS, LGE maka the majority of its followers will not be matang soon..."

Ini contoh paling baik ungkapan orang yang menghidapi DELUSIONAL THOUGHT DISORDER (with thanks to OKJ).

Anonymous said...

Salam Dato',

Kebanyakan yang komen ni mungkin hanya nak melepaskan perasaan yang banyak terpendam, tak kena pada tempatnya atau kurang prihatin bila terlalu emosi.

Hanya blog2 sahaja mereka ini dapat melepaskan perasaan, ramai yang membaca artikel atau komen2 ini pula akan terasa seronok atau pedih bila ianya menepati citarasa mereka atau sebaliknya. Masing2 akan bias dengan pendapat masing2.

Tapi Dato', cerita Suzie Wong & Elizabeth Wong tu macam tak kena pula, a bit let down, walau pun untuk Dato' hanya satu satira.

Unknown said...

Salam Pak,
Sejak Pak Najib hampir jadi org no. satu, ramai ex media men esp. dari nstp dah mula tukar haluan dlm penulisan mereka.
Soalan nya, ada kah udang di sebalik batu? Pak Johan dah isi satu kekosongan, tapi banyak lagi yang masih kosong..

Anonymous said...

Salam hormat Dato AKJ,

Saya fikir sesiapa sahaja yang hendak menjadi pemimpin hendaklah memimpin diri sendiri dahulu, jaga maruah diri.Bukannya diri ini dijadikan bahan tontonan ramai. Jika kita kata itu hak peribadi, memang benar tetapi mereka yang menjadi figura ( pemimpin politik)khususnya haruslah tahu bahawa mereka menjadi hak rakyat.



Renungan untuk difikirkan:

1. Pada sekitar jam 2.00pm minggu lepas saya ke masjid negeri untuk bersembahyang zohor, dan selepas itu masuk ke tandas menggunakan selipar getah (Jepun) dan apabila tukang cuci tandas menegur saya, dengan nada marah saya memarahi beliau.

2. Ada beberapa orang jemaah melihat gelagat saya, tetapi dengan ego saya mengherdik tukang sapu itu, tanpa menghiraukan orang lain melihat kejadian yang berlaku.

3. Apabila sampai di rumah saya terfikir; kenapa saya harus memarahi beliau sedangkan beliau menjalankan tugas dan tentulah dalam hati beliau menghendakkan upah yang tidak seberapa di samping beliau beribadah kepada Allah. Pada malam itu saya tidak berapa tidur lina mengenangkan peristiwa itu. Kebetulan saya fikir saya seorang yang berpelajaran jika dibandingkan dengan beliau.

4. Pada keesokan harinya saya pergi semula ke masjid itu untuk berjumpa dengan tukang cuci itu untuk memohon maaf atas kejadian kelmarin dan nasib saya agak baik kerana beliau sudi memaafkan saya.Beliau dan saya sama2 terharu

5. Dengan kejadian itu saya masih malu dengan masyarakat yang melihat kejadian hari itu. Itu baru kes EGO manusia. Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya dan juga dosa2 tukang kebun itu. Kejadian itu cukup memalukan saya sebagai orang yang berpelajaran dan dikenali di kawasan saya. Kebetulan ramai juga Datuk2 di negeri ini kenali dengan saya.

6. Apapun saya bersetuju sesiapa sahaja melakukan kesilapan besar harus meminta maaf dan menerima hukuman masyarakat.Hukuman Allah jangan tanya kerana kita tidak tahu bagaimana beratnya. Cara meminta maaf ialah undur diri (bagi figura), ahli politik, artis dan sesiapa sahaja yang setaraf dengannya.

UTON51

BlueMoon said...

Assm,

Ada parti yang mendakwa mewakli orang Melayu tetapi tindak tanduk mereka jauh api dari pangang. Ada parti pula yang mendakwa berjuang untuk islam tetapi gelagak mereka lebih dasyat dari orang kafir. Ada parti pula yang mendakwa memperjuangkan ketuanan rakyat tetapi sebenarnya mereka menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi mereka. Rumusannya tiada satu parti politik berjuang untuk kepentingan orang Melayu; ingin mendaulatkan agama islam serta melihat rakyat sebagai tuan dengan erti kata yang sebenarnya.

Anonymous said...

From my own observations, I must say that the emotions seem to run wild on Pakatan's side more often. Could it be that they are less mature? or is it because BN's people somehow know which are the right buttons to push to tick them off?

I remember some year or two ago, I myself was "attacked" in your comment section when I disagreed with some sentiments of the then Barisan Alternative (now Pakatan Rakyat) readers of your blog.

Very autocratic for a bunch of people who cry for freedom of speech blah, blah, blah, blah.... I wonder if there will ever be such a thing as the practice of ideals such as freedom of speech, agreeing to disagree, intellectual discourse and the likes if they are to ever gain power?

My guess is they will be no different from their idol: Singapore where almost all forms of dissent are suppressed. Even though Anwar is the de facto leader, it looks like Dap is wearing the pants in that relationship. They are just waiting and pretending to emulate their idol, thanks to the not so intelligent so-called intellectuals (more like disgruntled) supporters.

My humble two cents Datuk....

analyst said...

Datuk, saya melihat dari perspektif yang berbeza. Apa yang ditulis oleh Datuk walaupun dikatakan satu genre namun ia menimbulkan reaksi marah daripada pembaca. Reaksi itu sebenarnya menunjukkan betapa marahnya rakyat dengan perangai umno yang tak ubah-ubah. Masih dengan gaya lama, menekan dengan cara yang negatif tetapi gagal membuktikan kelebihan diri. Kalau saya intepretasikan tahap kemarahan ini, dijangkakan teori RAHMAN akan tamat dan boy friend Altantuya akan jadi ketua pembangkang pertama dari umno. Jangan pulak tak paparkan.... maklumlah ada orang yang sensitif pada nama altantuya.

Anonymous said...

Dato

Sebenarnya kita baru melangkah kearah yang dato sebutkan. Perjalanan masih jauh lagi jika kita bandingkan dengan masyarakat barat.

Adakah kita akan sampai? Sekarang ini sukar diramalkan lagi. Berilah peluang dan masa. Dalam perjalanan yang baru selangkah dua ini, tentunya masih banyak yang belum berubah.

bat8

mfbakar said...

Datuk,

Saya pun dalam banyak isu menyebelahi pembangkang. Tetapi sebagai yang bersikap rasional maka kita mesti bersetuju untuk tidak bersetuju dengan hujah-hujah yang rasional juga. Saya faham maksud Datuk.

Anonymous said...

datuk.. saya telah membaca artikel datuk mengenai "Not Quite The World of Suzie Wong". tetapi apakah pandangan datuk terhadap kes Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan kes Senator Datin Paduka Norhayati Onn.

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Liberal? Matang? Toleran? Tidak mungkin individu bersifat demikian akan bertindak mengikut emosi. Totally unprofesional. Jika rakyat yang menyebelahi pihak PR adalah emosional, itu bukan liberal, itu adalah mirip ekstremis.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

Dato' Indeed a Great piece of journslism fair & just. Not the bias-type we see in Malaysia Today or People Parliament and the likes.

Bravo !!!! Fizli

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

.. Falsafah saya lebih kurang ‘berani tulis, beranilah tanggung’.
SEMEMANGNYA KAMI KENAL SIKAP DATUK AMALKAN SEKIAN LAMA DAN MASIH BERPEGANG TEGUH DENGAN FALSAFAH ITU.
MAKA DATUK TIDAK PERLU BERASA TERKILAN KERNA SUDAH SIKAP MANUSIA YANG SERBA KELEMAHAN(WEAKNESSES) DAN BERSALAHAN(DIFFERENCES).

TERUSKAN MENULIS DENGAN FALSAFAH YANG TELAH DATUK AMALKAN SELAMA INI. SEMOGA ORANG MACAM KAMI YANG KURANG ILMU PENGETAHUAN INI DAPAT MENIMBANYA.

ALFATIHAH,AMIN.

Lee said...

assalamualaikum ayahanda.. begitulah mentaliti rakyat malaysia sekarang ini.. jadi lebih baik kita tidak menyokong mana2 parti buat bodoh saja

sokong salah tak sokong salah, tidak bersongkong lagi dipersalahkan.. tak boleh dikritik langsung

Anonymous said...

Salam Dato'..
saya rasa Dato' harus menerima kenyataan yang penulisan kritikal Dato' terhadap UMNO/Barisan Nasional lebih menjurus kepada pembaikan manakala kepada gabungan Pakatan Rakyat adalah lebih kepada condemnation..tapi masih boleh diterima kerana Dato jelas ahli UMNO...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

politik kalau diam macam pak lah kena tindas dan kena ketuk pulak...

dulu anwar ibrahim hentam ghafar baba..nak rebut jawatan TPM...

kalau tak pandai catas, bukan budaya politik malaysia dan dunia begitu juga...

Anonymous said...

Assalamualaikum
Kadangkala saya hairan dengan kematangan orang kita berpolitik. Saya melihat kebanyakan orang yang menyokong parti pemerintah sekarang
mampu dan boleh mengkritik kerajaan yang dipilihnya sendiri. Manakala di pihak pembangkang apa saja yang pemimipinnya kata dan lakukan tidak pernah ada yang menjadin persoalan. Wahh! Ini dah sampai taraf tinggi dah ni. Takkanlah sebagai masusia dia orang tidak melalkukan sebarang salah kot. Terima kasih.

Unknown said...

salam...selaku pengundi dalam golongan muda, aspek matang dan toleran itu sudah pasti perlu menjadi pengangan.

Memang benar, kebenaran itu pahit untuk ditelan. Sebab itu timbulnya keadaan beremosi dan perkara di luar jangka.

Konsep berani tulis, berani tanggung itupun benar. Cuma, kadang-kadang kalau kurang berhati-hati, boleh memuakkan.

Jadi, prinsip paling mustahak untuk golongan muda kini, RASIONAL kena ada dalam mengenal pasti kebenaran sesuatu maklumat. Alhamdulillah, wujud alam maya ini. Tidaklah kita terlalu disogokkan dengan khabar daripada 'satu' maklumat saja. Golongan muda turut dapat mengkaji dan menilainya satu persatu.

Satu lagi, sama-sama kita berfikir secara positif.

Teruskan berkarya Pak Kadir :)

Anonymous said...

Salam Dato,
Saya antara peminat blog dato, kiranya blog dato antara yg saya akan check setiap hari kalau² ada yg 'latest'. Namun ini adalah kali pertama memberi komen. Rasanye setakat kritikan yg macam ini xde bekas kot unt org mcm dato.
peduli kan ajer...
p/s : dulu dato tangkap ikan sepilai pakai tin susu atau kelapa yg dah rosak makan dek tupai????

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Biasa lah tu. Kritik kena dengar, maki kena buat pekak.

Kadang tu kita lurus je tapi orang kata kita ada kona. Nak bagi puashati semua, mana daya.

Hambali ® said...

Manusia lagu tu la.
Konon melaungkan bebebasan bersuara.
Bagi depa, kebebasan bersuara adalah bilamana depa bebas bersuara mengkritik / menghentam orang lain.
Mai tang nak kena batang idung depa, ooooooih tak boleh.

Republican Reds said...

Assalu'alaikum, saya rasa sentimen sekerang berada di pihak pembangkang. Sebab itulah, setiap kali Datuk mengkritik mereka, kebanyakan penyokong mereka menyerang Datuk kerana sentimen anti-kerejaan sangat tinggi terutamanya di kalangan pengguna internet yang muda. Walaubagaimanapun, harus diakui bahawa tindakan kerajaan BN yang menyebabkan sentimen tersebut di cipta. Malah apa sahaja yang di lakukan oleh pembangkang tidaklah seteruk yang dilakukan oleh parti pemerintah. Kita dapat bandingkan kesalahan Tan Sri Khalid tidaklah seteruk Khir Toyo, Exco PR tidaklah seteruk Exco UMNO(tindakan arwah Mat Deros sebagai contoh) jadi disebab itulah merka kuat mempertahankan parti pembangkan kerana buat masa kini, parti pembangkanglah yang lihat lebih baik untuk merintah kerajaan persekutuan jika dibandingkan dengan parti pemerintah.

Anonymous said...

Saya setuju Datuk,

Kalau pengundi Malaysia sebenar-benarnya matang, tak ada orang akan keluar mengundi. kalau kita kupas kehidupan dan cakap2 orang politik dari kedua-dua belah pihak, lebih 90% haprak. Tapi nak buat macam mana, itu saja yang ada. Setiap kali saya membuang undi saya rasa saya melakukan benda yang salah, just a choice between two devils.

Sizero

Anonymous said...

askum Pak Kadir...
saya memang minat dengan tulisan Pak kadir ni..bergaya dan mudah difahami..
saya ni boleh dikategori org muda rasanya tak muda sgt kot....mungkin sebaya anak Pak Kadir..
tentang politik memang saya selalu ikuti...
saya mamang fail dlm penulisan..
golongan veteren macam Pak kadir patut jadi rujukan org muda sekarang...
tentang politik di negara kita yg tercinta...
saya setuju..
masyarakat kita kurang matang dlm bab politik..
seolah kita ada share ngan parti politik tertentu..
taksub tak bertempat...
mgkin sebab itula Tun M tak setuju debat diadadakan..
tahap pemikiran masyarakat negara kita tak setanding negara maju...
just my 2 cent....

Anonymous said...

Datuk,

Sesetengah pemimpin politik gemar menggunapakai kaedah "Politik Membenci" @ Politic of Hate untuk menarik sokongan. Ini kerana, bila jiwa seseorang itu penuh dengan sifat kebencian, maka api kemarahan dalam dirinya akan membuat nya hilang sifat rasional dan toleran dalam berfikir. Dengan itu, ia akan mudah DIHASUT oleh pemimpin politik tersebut.

Apabila seseorang itu sudah sebati kebenciannya pada parti politik tertentu, maka akan tertutuplah pintu hatinya untuk menerima apa sahaja penjelasan yang cuba diberi. Dengan itu, beliau akan menerima apa saja hujah yang disokong oleh parti nya walau sebodoh atau sezalim mana pun; dan menolak apa saja hujah yang disokong oleh parti lawan walaupun hujah itu adil dan bernas.

Adat manusia hanya memilih apa yang mereka mahu baca dan dengar.

People choose what they want to read or listen.


-sinbad-

Brahim Nyior said...

Begitulah perasaan apabila kita menginjak tua, memang mudah jadi perasa.

Arwah ayah saya pun begitu, asal tersalah bicara, tersilap maksud, maka mencuka dan membatulah dia.

Tersinggung. Saya kira itu perkataan paling tepat untuk Datuk rasakan.

Mungkin Datuk patut rasa begitu, jika blogger yang mengirim komen lebih bersikap prejudis dan hentam keromo.

Kurangkan rasa begitu, Datuk... Adatlah, dalam dunia penulisan begini, ada yang pro, dan ada yang kontra.

Anonymous said...

Aalam Dato,

Saya rasa majoriti pembaca blog ini adalah dari jenis yang "single-minded". Majoriti rakyat Malaysia kurang membaca, sebab itu mereka tidak faham apakah maksud tulisan satira.

Mantan perdana menteri kita,Tun Mahathir Mohammaed gemar menulis dalam bentuk satira dalam blognya. Tetapi ramai pembaca yang tidak memahami maksud yang tersirat didalam tulisan beliau. Maka timbullah komen yang tersasar jauh dari topik dan merapu.

Mungkin rakyat Malaysia ini dari jenis yang "single-minded", maka dengan itu terjadilah banyak tersalah tafsiran dalam perlembagaan kita, seperti yang terjadi di Perak. (Hah, satira lagi)

Anak Bayan.

mananbuyong said...

Asalamu'alaikum,

Saya fikir Saudara telah menunjukkan kematangan dan toleransi yang tinggi.
Pencapaian Saudara sejak mula menulis di-ketahui olih yang mengetahui.

Dalam hal ini, apalah yang hendak saudara kilankan?

Terkilan kerana tindakan dan perangai mereka yang rendah kematangan dan toleransi?

Itu tidak munasabah.

Namun, sebagai ma'anusia biasa, saya fikir Saudara berhak terkilan.

Kilanlah.. Kemudian teruskan kerja yang baik.

Anonymous said...

Datok,
memang benar kita matang kerana ada pendapat pros dan kons,cuma soal bahasa kesat atau berhemah adalah kewajaran kerana itu adalah sifat manusia amat sensitif kepada ketidakadilan,beratsebelah,menipu, jahat sangka dan lain-lain.Dalam kes ini saya merasakan;
1.Datok bersifat bias kerana amat kerap tulisan Datok memperlekehkan PR yang memerintah beberapa negeri,antara hujjah Datok adalah tidak ada kesepakatan antara parti2dalam PR tidak seperti UMNO,mereka berlainan idealogi,DAP tidak sekali-kali akan menerima PAS dan sebaliknya.bagi saya dalam kes ini kita perlu memberi ruang kepada PR untuk melaksanakan manifesto mereka.kita telah memberi mandat kepada BN selama 50 tahun dan kenapa kita telah boleh memberi mandat yang sama kepada PR.kenapa heboh pasal ketuanan melayu,apa yang UMNO buat selama 50 tahun ini.
2.Datok telah menyenaraikan kesalahan dan secara konsisten mengkritik kerajaan PR walau setahun jagung tetapi Datok tidak berani menyenaraikan keburukan BN.kalau ada pun dalam bahasa yang amat berlapik contohnya 'pihak-pihak tertentu',dilaporkan'ada seorang menteri ;DSB. saya fikir sesiapa saja memang berani menghentam PR kerana PR tidak boleh memberi tekanan atau ancaman kepada kita ,sebaliknya kita menikus dengan UMNO kerana kita merasakan BN adalah periok nasi kita.
3.kepercayaan tahyul bahawa Bn/UMNO saja boleh memerintah masih tebal dalam benak cendikiawan dan orang melayu.kerana itu kita tidak boleh berkompromi dengan parti lain selain dari BN/UMNO sedangkan kita menyangjung tinggi masyarakat luar yang sentiasa mengubah parti pemerintah di negara mereka.
4.meritokrsi amat jauh dari BN/UMNO kerana politik BN/UMNO berdasarkan kaum/bangsa, walau hodoh atau burok sekalipun asalkan melayu akan dijaga dan dilindungi.abad ini kita sepatutnya meraikan keadilan,kebijaksanaan,kecerdikan,kemuliaan DSB.
5.Abad ini juga abad informasi dan akses kepada sebarang maklumat.banyak ucapan pembesar UMNO menjadi bahan jenaka dan gelakketawa orangramai kerana kontradik dengan pegangan umum.masih ada lagi pemimpin umno bercakap hidup umno hiduplah melayu sedangkan setelah 50 tahun umno menjaga melayu dan melayu yang dijaga ini betukar menjadi pak pandir dan lebai malang saja.
sekian
zmy

Unknown said...

Dalam kita meminta kebebasan, mestilah ada satu garisan (guideline)supaya kita tidak terkeluar dari kebebasan yang akhirnya menjajah kita ...

Anonymous said...

Dato ,
Pemikiran sebegini sebenarnya telah diterapkan oleh BN sendiri sejak berlamanya . Kalau kita lihat TV , baca suratkhabar maka pemikiran sebegini telah diterapkan bepuluh2 tahun .. pemikiran melihat kebaikan hanya di satu pihak dan keburukan di pihak lawan . Pemerintah sendiri tidak meletakkan ruang yang sebaiknya untuk mematangkan rakyat sendiri . Dan sekarang pemerintah terpaksa menerima hakikat bahawa pemikiran sebegini telah mengena mereka . Kebanyakkan rakyat yang celik maklumat sudah melihat apa yang disiarkan di TV dan dilaporkan akhbar perdana tidak betul selagi tidak disahkan oleh Laman Internet . Saya sendiri sudah berhenti membeli akhbar dan mendegar berita melainkan bahagian sukan .

Lagi satu dato , saya minta janganlah dato labelkan semuanya sama hanya kerana ada yang melakukan sebegitu . Berkaitan dengan EWong .. secara individunya saya tidak bersetuju dengan perlakuan beliau yang mengamalkan kehidupan bebas dan tidak bermoral . Dan saya juga tidak bersetuju apabila orang menyamakan perbuatan EWong seperti Chua Soi Lek dan lain2 klip perlakuan seks yang tersebar .

Dan sekarang kita masih tertunggu apakah motif di sebalik penyebaran gambar tersebut ?

Gurindam Jiwa said...

Maknanya Dato', rata-rata majoriti pembaca yang sudi memberi komen diblog Dato' ini adalah dari bukan penyokong Barisan Nasional.

Rasanya itu tidaklah mengapa.

Anonymous said...

Kita kena faham bahawa rambut sama hitam, tetapi hati lain lain.

Hari ini rambut tidak boleh dijadikan ukuran kerana rambut boleh diwarnai dengan pelbagai warna.

Tetapi sah bahawa manusia memang tidak sependapat dalam banyak perkara.

Usah dalam politik, dalam perkara agama orang boleh tidak sependapat.

Nabi Kata Haram, masih ada ulama yang mengatakan harus. bermakna boleh.

Allah kata Yahudi musuhnya, tetapi ada ulama yang menagatakan kalau kita jadi ia musush mmacam nama kita nak dakwah mereka.

Mengenai perkataan Allah yang didakwa oleh kristian dia berhak pakai nama Allah dalam penerbitannya juga dianggap sangat relevan oleh setengah pihak agar kita orang Islam boleh berdakwah.

Sedangkan kalau hendak dikira, Keristian memang tidak berhak sama sekali kerana agama itu bukan agama Allah.

Dan Tujuannya berbuat demikian semata -mata untuk meraih orang Islam untuk masuk agama mereka, kerana ada yang menganggap agama yang ada diatas muka bumi ini sama sahaja.sedangkan Allah Kata islam sahaja yang agama Allah dan di redhai. bermakna agama lain agama yang tidak diredhai kerana sudah diubah.

Umno pernah beranggapan demikian, Malah ada sesetengah mengatakan tidak boleh kata orang kafir itu kafir.

Jadi apalah sangat jika orang maki hamun kita dengan usaha menolak kebenaran yang Allah tetapkan.

Biar orang maki hamun asalkan kita berada dilandsan yang betul dan benar.

Yang tidak bagus kita tidak boleh sokong orang buat jahat. Apa lagi menyokong kerajaan yang beramal dengan riba dan rasuah.

Kalau kita sokong maka kita juga masuk neraka. Sebagai orang islam yang beriman kita kena lari.

Jika masih bersikap tidak apa dan masih mengatakan jangan nagetif kan usaha kerajaan, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan bercanggah dengan agama.

Kita sama sekali tidak boleh positifkan usaha salah kerajaan. Apa bila kita bertindak demikian, maka kita merupakan salah seorang yang redha dengan apa yang salah.

Apabila redha dengan apa yang salah sudah sah kita akan berdosa besar.

mengatakan tidak apa pada usaha yang salah, hukumnya lebih berat. Yang manakah yang harus kita pilih.

Kan kita ada agama prinsip. agama ajar kita dengan selengkap lengkapnya. Hari ini dengan hari esok sudah tentu hari ini lebih baik.

Matang kah kita jika kita bertindak tidak apa dengan kesalahan dan kesilapan.

Tolerasikah kita jika duduk sangka baik kepada yang jelas tidak baik dan sangka jahat kepada yang baik.

azlishukri said...

saya juga mengalami hal yang sama - banyak bloggers pembangkang yang tidak matang dan tidak dapat menerima kesalahan diri mereka atau kelemahan mereka.

Unknown said...

Saya setuju dengan pandangan Dato itu, banyak orang kita terlalu ekstrim atau taksub dalam pendapat dan pandangan mereka.

Masyarakat kita tidak boleh menerima pandangan kedua dan berbeza pendapat. Mungkin ini hasil dari cara kita menerima pendidikan yang menekankan pendidikan sehala.

Kita tidak menggalakkan murid berfikir tapi menerima bulat-bulat apa yang diajar.

Anonymous said...

Ini fenomena yang dah lama wujud di kalangan penyokong pembangkang di Malaysia. Mungkin Dato tak perasan atau sengaja buat tak perasan untuk kekal rasional.

Saya rasa fenomena ini satu fenomena pelik sebab ia satu perkara asas yang menjadi kayu ukur samada seseorang tu berhemah atau tidak. Malangnya, langsung tak di ambil kira oleh penyokong pembangkang.

Contoh:.....
1.membiarkan dan mengapikan satu negara huru-hara kerana masalah peribadi kita-bukan satu perbuatan yang noble.
2.mengutuk orang lain berkawan dengan bukan islam padahal kita sendiri bersekongkol dgn bukan islam.-cakap tak serupa bikin.
3.berjanji menerima nasihat sultan, bila nasihat itu tak memihak pada kita, kita lawan.-bukan peribadi yang mulia.
4.bila kena batang hidung orang kita suka...bila terkena batang hidung kita....terus melatah...marah. (macam kes Eli)
5. dan lain lain..

pendek kata tak gentlemen.

Anonymous said...

Salam...
Being liberal, democratic, honest and open-minded...I'd like to see your thoughts on the arrest of MACC Chairman, Datuk Ahmad Saad's son in Australia for smuggling child porno articles/pictures...!


Chiselstone

Cucu Tok Selampit said...

Salam Dato' Kadir,

Tepat dan bernas sekali cadangan Dato' itu. AQdalah tidak adil apabila kita menyokong satu-satu pihak dan kita mengutuk dan bermusuhan dengan pihak yang lain. Berperangai seperti kebudak-budakan. Kalau tidak dapat apa yang aku mahu, aku tidak mahu berkawan dengan kau. Setiap orang berhak mempunyai ideologi, pandangan atu saranan sama ada berpihak kepada kita atau sebaliknya. Berhujahlah secara bijaksana. Sekiranya kita salah, parti kita salah, kumpulan kita salah, mengaku sajalah.

Wassalam.

mad said...

salam datuk,

tindakan segelintir penyokong pr yg berat sebelah mengkritik tulisan datuk tak boleh ditafsirkan sebagai sikap sebenar semua penyokong pr. samada penyokong pr atau bn semua adalah manusia biasa sahaja, dan manusia diberikan tahap pemikiran dan hati yg berbeza-beza.

memang tidak dinafikan penyokong pr mempunyai fahaman dan ideologi politik yg berlainan tetapi yg nyata mereka mempunyai satu matlamat yg sama iaitu membasmi gejala rasuah dan salahguna kuasa di peringkat tertinggi yg berskala mega. datuk sendiri tentunya bersetuju bahawa perkara ini nyata dan sedang berlaku sejak sekian lama.

seperti saya sendiri, kebanyakkan penyokong pr ini bukan ahli mana2 parti pun. oleh kerana ketidakadilan yg nyata berlaku, ditambah lagi dgn sikap berat sebelah media perdana serta badan2 kerajaan terhadap pr, maka kami tiada pilihan lain condong kepada pr. ini adalah hukum alam datuk. negara kita kini jelas perlu mempunyai pemerintah baru. parti pemerintah tak mampu membersihkan dirinya dari gejala rasuah dan salahguna kuasa. hanya pertukaran kerajaan yg mampu merubahnya. yakinlah datuk bahawa pertukaran kuasa saja yg mampu memulihkan bn, dan kalau nasib menyebelahi mungkin akan menguatkan lagi bn.

apalah sangat menjadi pembangkang utk sepenggal-dua demi pembaikpulihan parti yg datuk cintai itu. saya yakin jika ini berlaku, akan ada muka2 baru yg lebih berwibawa dan bersih menerajui bn. inilah politik matang yg sering datuk ucapkan. bukan dgn cara bn berselindung di belakang media perdana, polis, kehakiman atau spr kerana takut dgn bayang sendiri.

Anonymous said...

Tok,

Sedih juga bila baca posting kali ni. Sabaq ya.. firman Allah Taala mafhumnya: "Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar". Dan sabar itu cantik. Sabar ni bukan untuk tok Kadiaq sorang ja, ni untuk semua. Mai kita tarik napaih (nafas) panjang dan tenangkan minda.

Kesian la kat tokey blog ni, paling tidak pun hormatlah dia sebagai orangtua walaupun berbeza pendapat. dia bagi tompangkan komen di sini pun kira bertuah. Saya pun kadang-kadang tersasul. Maaf ya tok.

Tu sebab dalam Islam (nk bagitau kata Islam ni cantik) dia ada istilah mazhab. Sebab? Sebab ni la. Berbeza pendapat. Dan berbeza pendapat tu satu rahmat. Sebab ianya boleh membuah dan menghasilkan suatu idea atau perkara baru.

Cumanya ada tertib. Tertib dia apa? Tertibnya ialah menghormati pihak yang tidak sehaluan dan sealiran dengan kita. Politik tu fahaman saja. Jangan la sampai maki-hamun.

Nak maki-hamun jugak? Boleh. Dalam jamban sudahlah. Kalau nak buat jugak, buatla di blog sendiri. Jangan dok rosak blog orang. Baik geng PR maupun BN, buanglah pemikiran yang beranggapan semua yang dibuat pimpinan parti tu betui belaka. Yang mana salah tu, kita kena sanggahla. Semua kita manusia. Baik Dolah, Najib, Anwar, LKS, Hadi dan lain2, semua kita kentut busuk. Mati esok jadi makanan ulat.

Oleh yang demikian, jangan kita jadi limau purut tiga serangkai, buta perut tadak akai.

Anonymous said...

salam Datuk kadir,

Benarkah yang komen itu benar-benar dari penyokong parti pembangkang(PR) atau ia sengaja di propaganda oleh penyokong BN agar sengaja menimbulkan rasa kurang senang Datuk dengan penyokong parti pembangkang? tulisan Datuk kali ini jelas memperlekehkan kami seolah-olah hanya kami tidak tahu menilai kesopanan dan kesusilaan jadi di mana buktinya? Datuk boleh lihat banyak blog-blog Bn yang menghentam PR dengan cacian dan hinaan,adakah mereka juga telah matang dan bebenar toleran...
ini adalah sangkaan semata-mata dengan niat menghina kami...

terima kasih...

zam kl

Anonymous said...

Sdr. A Kadir Jasin,

We must learn to "agree to disagree"...

Kebanyakkan diantara kita belum benar-benar matang dalam banyak bidang dan saya tidak terkecuali.

Jika BN buat betul, kita sokong. Disebaliknya kalau mereka buat salah, kenapa perlu kita sokong.

Sepertimana BN, PR pun terdiri dari manusia. Jesteru itu jika PR buat betul kita sokong dan jika mereka buat salah kita tolak.

Akan tetapi para politikus kita tidak berbuat demikian kerana terpaksa ikut kehendak parti (a.k.a. pemimpin atasan). Kebanyakan akan sokong apa-apa saja walaupun ia tidak baik atau tidak berapa baik.

Perkara ini terbalik pulak di kem pembangkang. Semua kerajaan buat adalah salah dan semua ahli pembangkang mesti ikut kehendak pemimpin atasan.

Konsep "terpaksa ikut kehendak pemimpin atasan" tidak berapa ketara dikalangan politikus pembangkang mungkin kerana:
(a) mereka tiada kuasa atas jentera kerajaan untuk "menindas" sesiapa yang tidak setuju; atau
(b) mereka bolih menerima konsep "agree to disagree" dengan lebih keterbukaan (hope I use the right term!)

So to answer you question Sdr. Kadir, saya berpendapat bahawa kita belum benar-benar matang dalam banyak hal...

Mungkin sedikit matang tapi takat tu je!

My 5-sen worth.

Sekian.
Dari Borneo ke Minang

Anonymous said...

salam semua,
ini adalah proses pembelajaran untuk menjadi matang.
toleransi dan kematangan dipupuk, bukan sesuatu yang boleh disumbat secara paksaan kedalam fikiran seseorang. dari hujah yang diutarakan kita dapat menilai tahap pemikirannya. keadaan sentiasa berubah. cara berhujah ada etikanya. toleransi adalah menghormati yang mengikut etika. pandangan yang tak beretika tak harus dilayan. ini proses pembelajaran.
lan-b.

Anonymous said...

Dear DAKJ,
Nampaknya Batang I akan menjadi popular sebulan dua ni! Nasib baik Batang Berjuntai sudah tinggal dalam lipatan sejarah sahaja. Tetapi saya masih lihat papan tanda dekat PLUS Highway masih ada nama Batang Berjuntai. Lupa mereka nak tukar kepada Bestari Jaya kot! Saya ada terpandang papan tanda di tepi jalan di Trengganu menunjukkan arah Kampung Paya Berhenjut.Kenapa paya boleh berhenjut, tak tahulah saya.Kata orang, pekan Palikbang di Kelantan itu dibuka oleh orang Kedah. Legendanya seorang adik nampak sesuatu pada abangnya yang memakai kain pelekat singkat sedang bertenggong lalu ditegurnya berulang-ulang.Abangnya marah ,lalu dibunuhnya adiknya itu.
Wallahuwaalam. Dekat Tapah Perak, ada satu kampong bernama Kampong Bromen.Kalau ada pasangan yang sesat dan hendak bertanya orang eloklah sebut nama penuh kampung itu, jangan sebut 'kami nak pergi Bromen'! Tetapi tak boleh lawan dua kampung yang tak jauh di antara satu dengan yang lain di sepanjang Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam. Satu bernama Kampong Tengkorak dan yang satu lagi bernama Kampung Lanun! Betul ni Dato, boleh round dan lihat nama-nama Kampong ini.
Mungkin banyak lagi nama-nama tempat yang pelik di Malaysia ini yang orangramai elok tahu. Malahan mungkin boleh kita korek asal usulnya dan buat booklet.Macam di US ada satu pekan bernama Intercourse. Kan anih tu?
Walau apapun 'discourse' singkat di atas hanyalah bertujuan untuk hiburan hati melepas kegawatan otak memikirkan karenah politik dan politikus-politikus yang tak habis-habis.We need a diversion from time to time, macam filem Hindustan yang biasanya banyak mengandungi adegan nyanyian dan tarian. Tujuannya bukan apa, tetapi untuk beri peluang kepada penonton pergi ke bilik air atau merokok tanpa apa-apa kerugian mengikuti plot ceritanya. Bagi pehak produser pula tujuannya ialah untuk memanjangkan cerita. Tanpa adegan-adegan itu, setengah jam wayang dah habis.Tak berbaloi bayar tiket wayang.
So in the final analysis, manusia terdiri dari macam-macam rupa, macam-macam karekter, macam-macam perangai, macam-macam latarbelakang keluarga dan sosialisasi, macam-macam pegangan hidup dan bermacam-macam lagi.Maka cara mereka berfikir dan mengeluarkan apa yang mereka fikirpun menjadilah bermacam-macam.Ruangan siber memberi kebebasan yang nampak macam tak berbatas kepada manusia yang pelbagai macam ini untuk meluahkan apa sahaja yang bercokol dalam minda mereka, hatta menggunakan bahasa dan kata-kata yang biasanya hanya terdapat dalam surat-surat layang.Sebenarnya cara yang mereka gunakan itu mencerminkan peribadi mereka yang sebenar, samaada mereka orang yang boleh berfikir dan berhujjah secara rasional dan tidak sentimental atau emosional ataupun tidak. Benar dalam arena politik terutamanya, sebahagian anggota masyarakat terlalu taksub dengan parti masing-masing atau parti yang mereka condong menyokong, tetapi mereka lupa firman Allah yang bermaksud 'Janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu golongan itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka".Wallau Waalam.

A KADIR JASIN said...

Sdr Shah,

Terima kasih atas satira nama-nama tempat.

Saya kurang setuju nama tempat yang unik diubah semata-mata kerana ada orang berfikiran "kotor".

Di Kedah ada Lana Bulu. Di Perlis ada Kurung Batang.

Tempat-tempat ini ada sejarah dan asal usulnya yang tersendiri.

Kalau bagi saya, Batang Berjuntai itu tidak lebih daripada batang pokok yang berjuntai ke dalam sungai.

Kalau dulu, itu tempat kegemaran Tarzan kampung bergayut, berhenjut dan terjun ke sungai.

Macam dalam komik Kampung Boy Datuk Lat.

Hanya orang yang fikirnya kotor saja yang ada maksud lain bagi nama Bantang Berjuntai.

Orang itulah yang kena kita tukar otaknya dengan menggunakan pencuci Cloroc.

Saya sedih dengan kebodohan dan kecetekan pemikiran sesetengah orang kita sekarang.

Otak kotor dan korup, nama tempat diubahnya. Aduhai

Terima kasih.

mad said...

datuk, di sabah ada satu tempat bernama 'menggatal'

usabukata said...

dato KJ,

saya tak percaya dengan bekas PM tu sejak 1993 lagi bila dia bertanding timbalan presiden.

sekarang ramai orang baru nak sokong dia. ramai pensokong dia dah tak sokong. pensokong-pensokong baru dia ni tak tahu apa yang berlaku.

dato KJ,

dulu hadi cakap tak buleh kerjasama dengan orang kapir. sekarang ramai orang pas dah bepeluk dengan orang bukan islam. ramai yang menjadi pensokong eli dan peluk eli.

mereka kata itu hal peribadi eli. saya setuju itu hal peribadi eli. tapi dah nasib dia hal peribadi jadi public. jadi ramai orang tahu macam mana hal peribadi dia. adakah pensokong-pensokong eli setuju kalau saya katakan semua orang ada hak peribadi tiada siapa buleh persoalkan?

sujini said...

Salam Pak Kadir,

Saya tak kisah sangat dengan cerita orang politik mau pun artis. Yang saya kisah simangsa ialah seorang wanita kerana saya juga seorang wanita. Kaum Adam sepatutnya melindungi kaum Hawa dan bukan mengeksploitasikan keadaan.

Kepada soalan Bapak yang menjadi tajuk pos kali ini, jawabnya ialah kita memang tak matang dan tak toleran.

Yang matang hanya Dr Mahathir.

Yang toleran hanya Pak Lah! ( Beliau sendiri mengaku mempunyai " a high level of tolerance", kalau tak percaya tanya Lorraine Hahn).

Anonymous said...

Syabas Dato,
Saya memang suka membaca penulisan seperti ini kerana ianya TIDAK membicara terhadap mana-mana individu dan ianya lebih bersifat menyeluruh.
Saya juga setuju dengan pandangan Okj dan juga ab....pokoknya kita ni baru 50 tahun merdeka, tetapi kemudahan yang diperolehi sangat cepat hinggakan setengah-setengah individu tu tak sempat nak berfikir apatah lagi nak menilai dan membuat penilaian...
Satu perkara lagi, jika kita renung betul-betul tentang orang kita ni...mereka lebih suka kepada yang memberi RASA SEDAP(baik makanan,percakapan,kediaman,kenderaan atau sebagai)BUKAN yang berbentuk atau nilai KEBENARAN,KESEIMBANGAN,KEMAMPUAN...AKIBATNYA kalu sokong membabi buta, makan hingga dapat kencing manis, darah tinggi,berhutang dan sentiasa di cari along & yang lebih TERUK lagi TAK NIAGA APA-APA PUN JADI JUTAWAN SEKELIP MATA...
Selagi bangsa kita TIDAK BENAR-BENAR .........saya harap dato tidak akan berhenti menulis, moga-moga dengan respon yang diterima negara kita tidaklah ditimpa musibah seperti kebakaran besar Australia, banjir & gempa bumi diChina atau mana-mana malapetaka yang berlaku diAmerika,Peru atau pun di Palestin serta Iraq(yang mungkin disebabkan bangsa Palestin & Iraq tu yang telah dipecahbelahkan).
KITA PUN GITU LAH ARAH PEMBAWAKANNYA...WSLM

A KADIR JASIN said...

Para Pembahas,

1. DUKACITA. Banyak sangat komen kali ini tidak bernama...sama ada di atas atau di hujung.

2. Sila baca nota di permulaan post. Kita tidak melayan komen anonymous dan tak bernama.

3. Istilah aku, awak, kamu dan engkau tu kalau boleh mintalah jangan digunakan. Bunyi kasar. Kita pun tidak mahu anak cucu kita guna bahasa sedemikian.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato',
I'M WITH YOU ON THIS ISSUE! Yang melenting tak tentu pasal tu biarkan lah... moga2 depa "grow up" one day...

Unknown said...

Dato'

Kita tak perlu pandang jauh untuk memahami kematangan dan toleransi rakyat terutama orang melayu. Cuba lah lihat Lawak/Komedi Melayu kita. Lawak atau komedi Melayu mementingkan Lawak Bodoh.....Lawak yang kita lihat di negeri maju lebih mementingkan pemikiran, kefahaman serta toleransi (orang putih panggil wit)......Bukan senang mengamal wit itu.
Cuba lihat Barack Obama, dia masih boleh berjenaka dalam seriousness beliau..jenaka yang witty sambil tidak membuat mana mana pihak marah terhadap beliau.

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Dato' kata,
"1. DUKACITA. Banyak sangat komen kali ini tidak bernama...sama ada di atas atau di hujung."

Yang cakap berdengung tu biasanya memang tak ada blog. Dan jika ada blog sekalipun tak bergambar dan tiada nama sebenar atau latarbelakang yang tidak lengkap.

Dalam blog Dato' ni, saya dah jenuh merasa. Yang 'sound' saya rapat-rapat kat blog Dato' ni, kalau tak silapnya cuma 2 orang sahaja.

Yang selebihnya tu lebih kerap "lempar batu sembunyi tangan".

Tidak kah itu juga sifat orang yang tidak matang?

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

sporting sikit DATO (",) kalau sudah bengang dan marah tahap melampau memang kesat bahasa jadinya, kalau dari situ DATO sukat darjah kematangan tidak adil, saya tidak setuju!! mana tidak bengang kalau pihak yang satu lagi mencarut (lapor yg tidak benar/berat sebelah) saban hari "like nobody business" dgn izin!! mana lagi matang dan toleran, menipu mengampu membelit mengaib mengongkong menfitnah dibandingkan dgn memaki dengan kata-kata yang terbuku dlm hati diruang kecil blog DATO, bukan saya setuju memaki-hamun disini, tapi bukalah hati DATO membacanya dan fahami hati kami setelah DATO bersusah payah membuka blog ini, lainlah kalau DATO sudah tidak neutral lagi, kalau begitu kami sangat2 fahamlah DATO

saya memang ada terfikir hendak register dlm blog DATO, tapi apalah ada pada nama DATO (>_<) org mcm inilah suara grassroot, suara rakyat yg benar2 ikhlas beri pendapat disamping menaikan hit rate blog DATO

p/s: apa ada pada nama contohnya BPR tukar nama SPeRM!!!!

HAMBA ALLAH

Unknown said...

Dato'

Stay Cool...
Saya rasa mungkin ada beberapa komen datang dari ahli penentang kerajaan, juga mungkin ada yang tak berpihak cuma tak suka UMNO dan ada juga Ahli UMNO yang guna halaman Dato untuk meluah perasaan kerana dalam UMNO tak ada ruang untuk luah perasaan...
Janji.. Dato' mempunyai laman yang boleh dikata cuba menjadi adil kepada semua pihak...Itu kami puji.Dan saya harap Dato' jangan ambil kira sangat komen tak waras yang memang datang dari hamba Allah yang perlu pertolongan.
Saya... Tak berpihak mana pihak tapi berharap rakyat jangan sokong penjenayah atau yang corrupt. Sekarang susah nak cari orang yang memang tak kena penyakit "Delusion".

Quantum Metal Consultant said...

Nak tengok anak murid, tengok gurunya.

Manusia lazimnya 'mati' sebelum matang.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
pembangkang sahaja kah yg tidak rasional? saya rasa 2x5 je...
tepuk dada tanya selera kita bole tipu semua org kat dalam dunia ni tapi tak boleh tipu diri sendiri...

Saya agak ragu2 tengtang penggunaan aku, kau & engkau dan sebagainya..kalau sesama manusia dianggap kurang sopan,
ustaz kat sekolah saya ajar kalau nak niat sembahyang dalam bahasa melayu kena sebut : sahaja AKU solat magrib 3 rakaat kerana ALLAH Taala"

Apa komen Datuk dalam penggunaan AKU dalam kontek ini?

Sekian, Wassalam.
Shahir

Anonymous said...

YBhg Dato Kadir

Saya suka blog ini kerana ada kepelbagaian. Isi kandungannya dari pelbagai isu, sama ada politik , sosial atau ekonomi. Pengantarnya pula silih berganti antara Inggeris dan Melayu. Dari soal berat seperti memanafaatkan pakej ransangan ekonomi higgalah cerita santai menyauk ikan karing.

Apa juga cerita, bagi saya, isi rongnya adalah untuk mengajak kita sama-sama berfikir secara kritis dan matang serta melantunkan fikiran dalam kesantunan bahasa.

Bagi saya, hak menentukan kandungan blog adalah pemiliknya. Oleh itu, ayat-ayat seperti ... daripada kau menulis ..... lebih baik kau menulis .... bagi saya adalah kurang wajar.

Bagi saya komen atau ulasan bagi mana-mana blog pun harus berdasarkan kepada isu posting semasa. Kadang kala terjadi apabila kita pra tulis sesuatu isu dan kita poskan isu yang kita tulis itu di mana-mana yang kita sempat. Lalu terjadilah lencongan tajuk.

Ada kawan yang kata bahawa sopan santun ini untuk orang berpendidikan sahaja. Katanya, orang kurang pendidikan sepertinya yang bekerja di sektor yang kasar menolak sopan santun. Bayangkan bagaimana sopan santun diamalkan dalam satu kerja yang persaingan fizikalnya tinggi. Katanya, kalau sopan santun, alamat tak makanlah keluarganya. Saya tidak dapat menyebut bidang kerjanya, takut ada orang kata saya pandang rendah kerja berkenaan.

Tulisan ini nampak macam bodek. Bagi sesetengah orang bodek-bodek ini sangat alergik. Trend ini sudah jadi jurasic.

Harap dapat YBhg Dato` kekalkan gaya blog ini.

Sekian.

Alang Sepang said...

Aslkm,

Matang biasanya ikut usia. Kadang kala usia tidak menjamin kematangan.Orang matang biasanya berucap,beri pendapat, selalunya berlapik cakap dan tidak menyinggong,menguris hati org lain walau ianya pedas,tajam kata2nya dan mereka ini selalunya banyak pengalaman.Org berusia tak matang selalunya bercakap macam budak2, cakap ikut sedap cakap, cakap tak berfikir2 dan cakap tidak konsisten.

Tetapi dlm usia Malaysia merdeka 52tahun dibanding 446 tahun dijajah maka usia merdeka ini belum cukup matang. Bagi sebuah parti BN khususnya UMNO telah lebih 50 tahun memerintah negara ini dari parti2 lain. Maka itu UMNO lebih matang dari yg lain apatah lagi dibanding dgn PKR.

UMNO,BN selama ini terlalu toleren. Dari dulu ladi UMNO,Melayu telah banyak toleren.Maka itu kita berbilang bangsa boleh hidup aman damai walau pun majoriti besar org melayu hidup dalam kemiskinan.Pemimpin2 melayu terpaksa mengunakan istilah2 umum untuk tolong org melayu.Contoh; membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit.Ini semua adalah kematangan pemimpin ,pemerintah, maka semua berpuas hati.Dasar pendidikan,dasar kebudayaan, dasar ekonomi dan dasar2 lain dibentuk akhirnya rakyat pandai, ekonomi meningkat, tetapi Pemimpin ?

Sekarang,, negara berubah,rakyat bijak pandai tetapi pemimpin tidak cukup pandai untuk mengawal rakyat yg pandai. Pemimpin parti yg dianggap matang tidak bercakap,mentadbir, berpolitik secara matang dan tolerensi tidak bertempat maka inilah akibatnya yg terjadi hari ini.

Anak ,dari kecil dipukul kalau buat salah, dipukul kalau tidak sembahayang. Kalau melentuh buluh biar dari rebung. Api, semasa kecil menjadi kawan, bila dah besar menjadi lawan.Semua org melayu tahu peribahasa ini. Pemimpin melayu(UMNO) lebih tahu, tetapi mengapakah tidak gunakan dalam pemerintahan. Ada pemimpin dahulu gunakan, berkesan dan tidak siapa berani melawan,tidak siapa berani derhaka.Sekarang, Org melayu derhaka kpd raja sendiri, maka bangsa lain lebih berani lagi.

Akhir kata, Tun sendiri mengaku telah tersalah org untuk mengantikan beliau. Maka itu apa yg terjadi pada masa ini akan menjadikan pengalaman,iktibar kpd pemimpin akan datang dan dengan ini pemimpin itu nanti akan lebih matang memerintah, matang untuk tolerate atau tegas dlm melaksanakan dasar negara terutama perkara2 dalam PERLEMBAGAAN negara kita.

Pesanan saya, pilihlah pemimpin berjiwa rakyat, bukan berjiwa sombong,pembohong ,bongkak, tamak,suka memfitnah. Tun Abdul Razak adalah salah satu contoh yg daya nampak PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT.Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Datuk,

Saya geleng kepala baca komen sesetengah orang di blog Datuk ini.

Sudah berbakul-bakul kritikan dan kata pedas Datuk lontar pada Pak Lah, KJ, Kalimullah, NSTP, Menteri-menteri, bini-bini menteri, bekas menteri, ketua-ketua UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain, TETAPI masih ada orang yang kata Datuk ni "bias" dan berat sebelah kerana hanya mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat.

Macam mana tu Datuk?

Ada orang bukan setakat tak matang tapi dah ke tahap BUTA HATI!

Sabar saja lah Datuk.


-sinbad-

wanbaki said...

BIASA LA DATO'.... ISLAM CIPTAAN MANUASIA MEMANG MACAM TU...KAWAN NGAN SYAITAN PUN TAK APA... MAKI HAMUN PUN TAK APA... MEREKA MAKAN RASUAH PUN TAK APA... LESEN BALAK ULU MUDA DIA PUNYA PUN TAK APA... BANGSA SENDIRI DIMAKI DIA SIAP SOKONG PUN TAK APA... SULTAN MURKA TAK APA... HINA MUFTI PUN TAK APA... APA SAJA MELIBATKAN MEREKA TAK APA PUNYA.... SEBAB MEREKA DAH DIJAMIN SYURGA

Anonymous said...

Salam dato'...
1.Pekara pertama yang ingin usulkan disini adalah berkenaan dengan isu minyak.atau lebih tepat lagi tentang isu naik turunnya harga minyak.adakah harga minyak dinegara kita sekarang tidak setara dengan minyak dunia?dan jika harga minyak dinegara kita lebih tinggi berbanding paras minyak dunia..adakah kita sekarang ini memberi subsidi kepada kerajaan?.bolehkah dato' jelaskan kepada pembaca blog tentang isu ini.
2.Bagaimana dato' melihat penerimaan rakyat terhadap dato' seri najib?saya rasa jika,pilihanraya kecil kuala terengganu yang lepas telah memberi gambaran jelas yang rakyat telah menolak dato' najib juga kerana pada waktu itu umum sudah sedia maklum tentang peralihan kuasa yang akan berlaku pada bulan mac..malahan juga,pada kempen itu..dato' seri najib telah diberi tanggungjawab untuk mengepalai umno di kuala terengganu..kurang tepat juga jika memberi alasan bahawa wakil calon yang dipilh tidak sesuai..malahan kerajaan sendiri telah memberi semula wang royalti kepada rakyat terengganu.tetap rakyat masih menolak kepimpinan bn.kenapa?

Anonymous said...

dato,
saya ada sorang kawan penyokong PAS. Sembahyang lima waktu, alim, agak terer bab agama..

Tapi kalau sebut depan dia perkataan BN, mahathir @ UMNO.. yg keluar ayat dari mulut dia semua sumpah seranah, carut-marut sampai bersembur air liur. Hilang respek pada dia bila dengar ayat carut-carutan ni.

Tak tau la camner twisted la diaorang ni. Entahla.. apa nak jadi la.

yg benar..
orang jauh.

Anonymous said...

Assalamualaikum dato', selamat berjumpa lagi. blog ini antara blog yg terbaik. mcm2 karektor kita lihat. aduhh...seronok ade, sedih pun ade. saya hanya melihat dan menilai dgn kewarasan dan kematangan saya .semua ini membuatkan saya lebih bersikap neutral. pro BN ke, pro PR ke, sama aje. semuanya cuba menegakkan prinsip masing2. hanya amalan kita akan dihitung. kepada pemimpin yg tak jujur dan amanah dlm melaksanakan tanggungjawab, anda semua tdk terlepas dari perhitungan kelak.
wassalam
bos gaurus.

the indie story said...

SOKONG DATO' KADIR JASIN 100% DIATAS TULISAN INI.

BIJAK. PADAT. MANTAP.

Anonymous said...

A'kum Dato'

Saya antara ribuan dan mungkin juga jutaan yang meminati cetusan idea Dato' (kalau tak baca macam resah gelisah pulak...)

Saya tertarik dengan apa yang Dato' tuliskan, Dato' ada menyentuh tentang golongan yang membaca blog Dato' majoritinya adalah dari mereka yang tak suka UMNO/BN jadi apabila sesuatu itu tak kena pada selera maka semua akan memberontak maki hamun tak tentu hala... Tapi saya rasakan Dato' terjadinya 'fenomena' itu adalah kerana rasa geram, meluat, menyampah yang amat sangat pada pemerintah sekarang. Media yang berat lagi senget sebelah itu menyemarakkan lagi keadaan dan suasana ini... Jadi Dato' apabila dapat peluang macam ni apa lagi semua peluru dan bom dimuntahkan lah!

Kita diwar-warkan hidup dalam negara yang boleh terima kritikan dan integriti adalah tunjangnya tapi hakikat sebenar... Jika kita tak sealiran dengan pemerintah jangan kata suara, kita juga mugkin boleh disumbat ke penjara, (boleh tanya Tun Mahathir apa perasaan dia sekarang bila dia diperlakukan macam tu...)

Tapi macam mana pun Dato', saya setuju bahawa kita perlu berlapang dada dengan pandangan yang mungkin tak selari dengan pemikiran kita...

Sekian
Anis Sofwa

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dato' A. Kadir Jasin dan seluruh warga,

Saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata berbentuk positif dalam blog Dato' A. Kadir Jasin di sini. Setelah kali terakhir saya memasuki dan melayari laman internet dengan hanya bertujuan menulis komen dalam blog ini, sekali lagi saya memasuki dan melayari laman internet dengan satu-satunya tujuan untuk menulis komentar dalam blog ini.

Dalam pandangan kerdil saya, acapkali satira ditulis berdasarkan emosi dan tekanan berlandaskan pengalaman hidup atau laporan media.

Dewasa kini, kemudahan internet mempelbagaikan lagi elemen-elemen informasi secara visual dan audio. Kadangkala terdapat pihak-pihak yang tidak berhemah dan bertanggungjawab membekalkan maklumat yang salah dan khilaf yang menyebabkan ramai belia termasuk diri saya sendiri terpengaruh mindanya sahaja dan seterusnya menulis kata-kata dan persoalan berdasarkan maklumat khilaf yang dibekalkan oleh para pelapor media.

Oleh demikian, amatlah wajar titah nasihat Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini bahawa kata-kata mesti dimaafkan diikuti dan dijadikan teladan. Satu lagi contoh positif adalah nasihat tersurat Perdana Menteri Wen dari Negara China bahawa pendidikan amatlah penting dan mustahak bagi pelajar muda. Pada pandangan saya, secara tersiratnya, beliau mahukan golongan belia yang masih belajar diberikan dorongan, sokongan, rangsangan, imbuhan, nasihat dan tindakan yang sentiasa positif tanpa melibatkan apa-apapun kekerasan, keganasan, kekasaran, penyelewengan, penggodaman, salahgunakuasa serta segala unsur-unsur negatif. Sebagai seorang belia yang masih dalam proses pembelajaran, saya amat alu-alukan nasihat Perdana Menteri Wen.

Saya juga sentiasa berharap kesemua golongan berumur memahami dan menyedari fakta dan faktor tersebut. Nenda saya, Benedict Wong, walaupun berlainan anutan agama dan keturunan etnik dengan saya, selalu memberikan nasihat-nasihat positif kepada saya suatu ketika dulu. Oleh demikian, saya memohon dengan penuh rendah diri kepada kesemua golongan berumur, tidak kira anutan agama, ideologi, etnik dan fahaman, agar terus memberikan harapan, dorongan, sokongan, rangsangan, imbuhan, nasihat dan tindakan yang sentiasa positif tanpa melibatkan apa-apapun bentuk kekerasan, keganasan, kekasaran, penyelewengan, penggodaman, salahgunakuasa serta segala unsur-unsur negatif kepada mana-manapun belia. Sesungguhpun tiada pertalian darah, permohonan saya juga ditujukan kepada Pope Benedict XVI, anggapkanlah sebagai rayuan cucunda kepada nenda, agar kita semua bersama-sama memulakan lembaran tanpa prejudis, syak-wasangka dan salah tafsir.

Sewaktu menjadi peguam dahulu, saya selalu menasihati bekas-bekas anakguaman saya agar menghindari segala gejala negatif. Disebabkan saya dari dulu hingga kini tidak pernah terlibat dalam apa-apapun bentuk dengan sebarang najis dadah/narkotik, keganasan, kekasaran dan kekerasan, saya yakin mereka telah berjaya menjalani hidup dengan nilai-nilai positif. Sikap sentiasa memahami dan memaafkan sentiasa membawa kepada perubahan positif yang berhemah (compassionate positivistic change). Back kata pepatah Inggeris, to forgive is divine.

Terdapat pelbagai pihak yang mengutuk syarikat-syarikat kewangan dan perbankan tanpa melihat kepada fakta-fakta sekeliling. Saya percaya ramai di antara kita yang pernah atau sedang menikmati pelbagai kemudahan pinjaman dan simpanan yang diberikan syarikat-syarikat tersebut yang membolehkan pinjaman pendidikan, perumahan dan sebagainya. Kita harus sedar bahawa kita semua adalah benefisiari sistem pasaran bebas dan liberalisasi!

Satu contoh positif terkini adalah laporan mengenai tokoh perbankan Leonar Abess Jr. yang mengongsikan kekayaan peribadinya bersama-sama para pekerja dan persara syarikatnya. Inilah contoh keusahawanan pasaran bebas yang berhemah dan bertanggungjawab yang sentiasa mengujakan diri saya. Pada pandangan saya, beliau bijak dalam pembentukan perkongsian dinamik positif untuk menguatkan hubungan secara berhemah yang seterusnya memperkasakan sistem pasaran bebas!

Teringat saya akan pesanan titah Raja Dr. Nazrin agar, dengan izin dalam Bahasa Inggeris, "turn citizens into stakeholders". Amatlah wajar dan berpatutan bagi kerajaan di negara kita untuk menghayatinya. walaupun hanya berbekalkan elaun wang ihsan pemberian kedua-dua ayahanda dan bonda saya, saya sentiasa mengorak langkah-langkah positif untuk menjadi usahawan positif yang berjaya tanpa meminta-minta.

Saya bukanlah seorang aktivis atau pendorong apa-apapun. Saya hanyalah seorang optimis yang ikhlas dan jujur yang inginkan pendamaian, kesejahteraan, keamanan, kemakmuran, progres positif untuk keharmonian dan keserasian majmuk yang dianjurkan kerajaan dalam Malaysia. Sepertimana titah nasihat Raja Dr. Nazrin, keamanan hanya dicapai oleh mereka yang bersifat positif, adil saksama, ikhlas dan jujur.

Saya menyeru semua belia dan golongan berumur agar sentiasa menghayati keseluruhan ucap utama Datuk Ser Hishamuddin Hussein di Persidangan Keamanan di Kuala Lumpur kelmarin.

Sebagai seorang belia yang masih belajar yang bencikan apa-apapun bentuk keganasan dan cintakan keamanan, saya sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat untuk mengukuhkan ekonomi belia (saya bukan pakar ekonomi) dan kestabilan sebagai suatu bentuk memperkemaskan usahasama dan kerjasama sektor awam dan sektor swasta yang positif dan diyakini dapat membendung segala keganasan.

Satu-satunya misi saya adalah menjayakan Wawasan 2020 anjuran kerajaan Malaysia dan visi saya ialah kewujudan masyarakat Malaysia yang progesif berlandaskan Rukun Negara dan perlembagaan sejajar dengan pembangunan lestari positif yang adil saksama, harmoni, damai makmur serta progresif.

Saya bukanlah bijaksana, bukanlah berharta, bukanlah berkuasa dan bukanlah berpengaruh. Seandainya Dato' A. Kadir Jasin atau kerajaan Pusat atau negeri dalam Persekutuan Malaysia berpendapat saya mempunyai ruang potensi bakat untuk berkhidmat dalam struktur organisasi syarikat Dato' A. Kadir Jasin atau kerajaan dalam Persekutuan Malaysia, saya sentiasa alu-alukan.

Saya amat berharap segala komen dan persoalan saya dari dulu dilihat daripada sudut positif tanpa sebarang salah tafsir dan syak wasangka. Sekiranya serba kekurangan, saya alu-alukan tunjuk ajar dan nasihat positif Dato' A. Kadir Jasin.

Saya anak watan Malaysia. Saya sememangnya menghayati pandangan dan nasihat Dao' Seri Dr. Rais Yatim dan Dato' Sharir Abd. Samad bahawa seseorang tidak boleh memekik sesuka hati tatkala berkhidmat dalam kerajaan.

Saya percaya kita kini masih dalam proses pematangan pemikiran dan toleransi minda secara positif.

Tulus ikhlas,
Hakimi bin Abdul Jabar
Batu Pahat, Johor

Ainur68 said...

Salam Dato,

Manarik betul tajuk yang Dato' tulis kali ni. Saya bersetuju dengan isu ini. Jangan kan didalam blog, kadangkala bila berhadapan dengan penyokong2 kuat PR atau BN mereka pun boleh kehilangan akal bila bagi komen. Tak boleh membezakan yang mana fakta dan yang mana pandangan (opinion). Walaubagaimana pun perjalanan kita masih jauh, semoga kita semua menjadi matang dalam perjalanan ini. Benarlah kata2 pujangga; jika anda ingin mencari pergaduhan, berbicaralah tentang agama dan politik!

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato' A. Kadir Jasin dan sekalian warga,

Saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata berbentuk positif dalam blog Dato' A. Kadir Jasin di sini. Setelah kali terakhir saya memasuki dan melayari laman internet dengan hanya bertujuan menulis komen dalam blog ini, sekali lagi saya memasuki dan melayari laman internet dengan satu-satunya tujuan untuk menulis komentar dalam blog ini di samping menjenguk blog Ahirudin Atan dan Dato' Ruhanie Ahmad.

Titah-titah nasihat Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Selangor dan Raja-Raja Muda Perak dan Perlis baru-baru ini wajar dihayati dan dikupasi secara mendalam.

Persoalan saya kepada Dato' Kadir Jasin dan Dato' Ruhanie Ahmad, sebagai belia yang cetek ilmu, berdasarkan titah ucapan Sultan Kelantan; bukankah sistem pasaran bebas dan liberalisasi yang diuar-uarkan oleh pelbagai pihak membenarkan penerimaan sistem kewangan dan perbankan berlandaskan syariah atas dasar pasaran bebas dan liberalisasi? Saya ada mendengar satu kuliah Maghrib yang menakjubkan di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar Batu Pahat, Johor minggu lepas oleh Ustaz Akhtar berkenaan sistem keberhutangan syariah. Tolong kupasi isu ini.

Di samping itu, bukankah saranan kerajaan perpaduan oleh Tengku Razaleigh selaras dengan titah ucapan Tuanku Yang diPertuan Agong baru-baru ini? Bak kata pepatah, bersatu teguh?

Saya tidak pernah mempersoalkan hak-hak orang Melayu mahupun sistem raja berpelembagaan. Dato' Ruhanie Ahmad jauh lebih arif dan berpengalaman akan isu kerakusan berdasarkan laporan blognya.
http://kuda-kepang.blogspot.com/2009/02/malaysia-dan-realpolitik.html

Kepada Dato' Ruhanie Ahmad; bila nak sesama solat Jumaat di Masjid Jamek Dato' Bentara Luar Batu Pahat? Fikir-fikirkanlah.

Sebagai seorang belia yang menentang segala bentuk kekerasan, keganasan, kekasaran, salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah, penggodaman, tekanan-tekanan mental dan fizikal negatif dan cintakan kesejahteraan dan keadilan, saya cadangkan satu dialog yang berbentuk positif untuk perkembangan positif bagi masyarakat agar tidak melata.


Tulus ikhlas,

Hakimi bin Abdul Jabar
Batu Pahat, Johor.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).