Friday, February 13, 2009

Pertandingan Mendaki Dua Bukit

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya mengalami cabaran yang lebih besar jika dibandingkan dengan dua rakannya dalam gagasan tidak rasmi Pakatan Rakyat pada akhir-akhir ini.

Dua Ahli Dewan Undangannya di Perak – Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) – keluar parti dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

Turut keluar parti ialah Hee Yit Foong, Adun DAP bagi kawasan Jelapang. Akibat tindakan mereka itu tumbanglah kerajaan PR Perak.

Jamaluddin dan Mohd Osman kedua-duanya sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

Hendak jadi cerita, tak sampai 10 hari kemudian, Adunnya bagi kerusi Bukit Selambau, Kedah, V Arumugam pula meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco kerajaan PR Kedah dan serentak itu melepaskan kerusinya.

Kemudian, pada ketika parti-parti PR sedang hangat mempertikaikan pembentukan kerajaan BN di Perak, Ahli Parlimen Pas bagi kawasan Bukit Gantang, Roslam Shahrum, meninggal dunia.

Ada orang mengumpamakan kejadian-kejadian ini sebagai sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang.

Apa pun andaian umum, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April ini menjanjikan pertandingan sengit serta penuh erti bagi BN dan PR.

Bagi PR, dua pilihan raya kecil ini boleh dijadikan medan untuk menguji ketepatan dakwaan dan andaian bahawa rakyat jelata, khasnya di Perak, mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

Kalau pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpendirian yang sama, mereka tentulah akan menyokong calon-calon yang mewakili parti-parti PR apatah lagi dua kerusi ini adalah kerusi PR.

Yang menarik untuk diperhatikan adalah pendirian parti-parti PR sendiri selepas kejatuhan kerajaan PR Perak. Khasnya mengenai kerjasama dan perpaduan di kalangan mereka.

Portal berita bebas Malaysiakini melaporkan yang ketiga-tiga parti komponen PR – PKR, DAP dan Pas – berminat bertanding kerusi Bukit Selambau.

Ini tidak memeranjatkan kerana kerusi ini mempunyai komposisi kaum yang agak seimbang – Melayu 50.2%, Cina 19.3%, India 29.5% dan kaum-kaum lain 1%.

Sebenarnya ketiga-tiga parti itu berhak meletakkan calon di situ kerana Bukit Selambau tidak ditandingi oleh mana-mana parti PR pada PRU lalu.

V Arumugam bertanding sebagai calon bebas dan selepas menang baru menyertai PKR. Dia mengalahkan calon Barisan Nasional, S Krishnan dengan kelebihan 2,362 undi. Dia memperoleh 13,225 undi dan Krishnan 10,863 undi.

Parti-parti BN juga pasti melakukan lobi terbuka dan belakang tabir bagi meletakkan calon masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Pemimpin tempatan Umno telah pun menyatakan harapan agar parti itu diberi peluang mewakili BN.

Pilihan raya kecil Bukit Selambau juga menghidupkan semula persoalan mengenai kaitan antara PKR dan pertubuhan haram Hindraf.

Tiga aktivis pertubuhan itu yang sedang dalam tahanan, iaitu M Manoharan, R Kengadharan and V Ganabatirau telah mencadangkan rakan setahanan mereka, P Vasanthakumar sebagai calon PKR bagi Bukit Selambau.

Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim mengakui hal ini apabila dia dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, dia akan menyerahkan nama Vasanthakumar kepada pasukan penilaian calon parti itu untuk pertimbangan.

Bagi BN, pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak memihak kepadanya. Perkembangan di Perak dan kehilangan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil bulan lalu tidak membantu mencerahkan harapan BN.

Apatah lagi calon Pas dan calon bebas (PKR) menang dengan kelebihan suara yang besar dalam pilihan raya umum 2008.

Namun ada pemerhati berpendapat harapan BN di Bukit Gantang mungkin lebih cerah berbanding dalam pilihan raya umum 2008 jika BN berjaya memilih calon tempatan yang diterima ramai.

Mereka juga melihat dua pilihan raya kecil ini sebagai penting kepada Umno dan BN kerana berlaku ketika peralihan kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada akhir bulan depan.

90 comments:

Anonymous said...

Saya optimis PK menang di kedua-dua bukit itu. Trend mutakhir politik kaum Cina dan India sudah beralih haluan.Rata-rata politik dua kaum terbesar bukan Melayu itu sudah muak dengan BN.Sebelum ini BN sentiasa menang kerana pembangkang terutamanya PAS tiada mendapat undi org Cina dan India. Situasi politik mutakhir saya cukup yakin akan swing vote ke PR. Inilah penyebabnya saya amat optimis Pakatan Rakyat akan menang di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Malah di mana-mana adanya pilihan raya rakyat akan menyokong Pembangkang. Era politik Malaysia sekarang berpusing ke arah politik pembangkang. Kalau tuan Kadir tiada percaya dengan hujah simple saya ini.Kita sama-sama tunggu 7 April. Sumpah junjung Quran tak berani. Tapi Pembangkang pasti menang.

blog saya : http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam DAKJ. Saya ingat eloklah BN ubah sedikit cara berkempen ala tok nadoq depa. Kempen media yang sampai orang BN sendiri naik loya tidak perlulah lagi, cukup-cukuplah tu. Seeloknya pada saya yang perlu diambil berat kuasa undi orang Melayu. Dah terbukti bukan Melayu akan tetap mengundi PR sehingga BN benar-benar membuat satu anjakan baru dalam pentadbiran mereka. Tidak perlulah dikeluarkan berjuta-juta semata-mata ingin mengambil hati mereka. Nanti rugi pelaburan tak menjdai...

Unknown said...

"Namun ada pemerhati berpendapat harapan BN di Bukit Gantang mungkin lebih cerah berbanding dalam pilihan raya umum 2008 jika BN berjaya memilih calon tempatan yang diterima ramai."

Ada ke lagi calon yg diterima ramai untuk BN?

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Kadir,

Pak Kadir tak nak comment kenapa SPR tangguh lama-lama dua PRK ni? SPR ada masalah logistik ke nak buat PRK di Perak & Kedah ni dalam masa terdekat ni?

Orang Sungke....

terubuk jantan said...

Salam Dato AKJ,
1)Apakah barisan baru UMNO nanti akan mempengaruhi pengundi di kedua2 tempat pilihanraya nanti?

2)saya tertarik dgn ulasan "bicara Norbisha" tentang peranan pemuda UMNO nanti kerana berada dalam era kepimpinan baru,minta kupasan dato.

Anonymous said...

tok,

antara dua bukit ni, kita tak pasti yang mana lebih tinggi dan yang mana lebih rendah; yang mana senang didaki dan yang mana mudah dituruni; yang mana berjurang dan yang mana pulak tiada gaungnya; yang mana banyak belukar dan yang mana tiada onak-durinya; serta yang mana lebih senang dipikat binatang serta unggasnya dan yang mana pula susah.

seperti le tour de langkawi, ramai yang tersungkur jika tersalah kayuh dan tersilap tafsir selekoh dan cerunnya.

BN akan menghadapi laluan sukar jika perancangannya tidak betul. seperti yang berlaku di kuala terengganu, janganlah ada yang cuba jadi pendekar BN dan meredah kawasan yang sama sekali asing baginya.

saya setuju dengan ABUNAWAS - ubah cara berkempen. rakyat sudah bosan dengan retorik pembangunan. rakyat juga sudah bosan dengan beberapa penceramah yang tidak patut hadir. penceramah ini berniat membantu tetapi akhirnya menjerat ayam tambatan BN ke serkap musang.

paham-paham je la siapa penceramah yang dimaksudkan...

Anonymous said...

Salam AKJ,

Saya suka membaca cerita politik kat internet dan memerhati peranan media masa selepas PRU 12. Nampak gayanya media massa masih tidak berubah. Sama saja sebelum dan selepas PRU 12. Kisah di Perak di ulang tayang berulang-ulang pada prime time. Di dalam medium maya pula banyak ulasan datang dari penyokong PR, mereka semua mengeksploitasi gerbang maya secukup rasa. Namun BN masih menggunakan medium layar sebagai propaganda isu. Bila setiap hari melihat, semakin meloyakan dan memualkan orang yang melihat sehingga penyokong sendiri pun nak jelek. Saya dapat rasakan BN akan dapat pukulan 2 X KO....sekali lagi.

Anonymous said...

askum dato,

Saya yakin jika dato seri najib take lead, insyallah bn akan memperolehi...

Biar dato seri najib yg buat keputusan dr calon hingga ke cara utk berkempen.. Beliau ada cara tersendiri utk melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan jika diberi mandat utk mengepalai jentera BN. Percayalah
dato seri najib mampu melakukannya..
Beri peluang kpd beliau.

Cuma saya nak cadangkan sesuatu.. Paklah & menantu tak payah turun la.. Senang.. Bukan apa takut org meluat dgn depa.. Semua jentera BN org akan meluat sekali. Nanti buat penat saja jentera BN dr seluruh negara turun, tapi kerana depa anak beranak.. Habis satu kapal kena jugak.

Fikir-fikirkan
JEBON

Anonymous said...

Dato',

Harap-harap kali ini orang Melayu diberikan perhatian yang secukupnya. Sebaik-baiknya perhatian yang penuh tanpa perlu diberi kepada yang lain.

Sebelum ini undi Melayu macam tak penting. Kononnya undi minoriti Cina dan India dianggap undi penentu. Kita semua tahu kepada parti mana kumpulan ini akan undi. Lebih baik tumpu pada undi majoriti orang Melayu.

Selama ini pun tidak kedengaran langsung terima kasih atau peringatan tentang UMNO memberikan kerusi pilihanraya pada bukan Melayu meskipun tempat tersebut lebih 90% pengundinya Melayu.

Kalau BN kalah pilihan raya pun kali ini biarlah kalah sorak tapi hati orang majoriti Melayu senang.

*manletih*

Unknown said...

salam datuk.

Saya rasa, elok juga datuk bertanding "BEBAS" dlm PRK Bukit Selambau. Datuk orang Kedah pasti ramai yang kenal dan menyenangi datu. Cam ne Tuk? Berani ke? Kalau menang nanti, datuk pikir2lah nak menyebelahi mana..

Unknown said...

Salam Datuk,

Saya dah sediakan penyokong dan pencadang ni datuk. Mereka setuju dan sanggup bekorban apa saja.

Quantum Metal Consultant said...

Menang atau kalah bergantung kepada samada Dolah akan berundur atau menangguhkan lagi PAU.

Kemenangan berpihak kepada BN jika Dolah berundur tepat pada waktu yang dijanjikan kerana rakyat masih ingin memberi peluang dan kepercayaan kepada UMNO dan Najib untuk menrajui negara kerana Anwar bukan pilihan yang terbaik khususnya selepas krisis di Perak.

Dalam masa yang terdekat juga di harap PAS dapat membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan - keluar dari pakatan Tipu Rakyat.

al-Balingi said...

Salam..

Pada pendapat Dato' apakah 'bad spell' yang dihadapi UMNO/BN ketika ini bersifat sementara ataupun trend ini akan berterusan sehingga mereka tumbang pada 13th G.E?

PARPUKARI said...

INILAH PELUANG DS NAJIB BUKTIKAN KEHEBATAN BELIAU, SAYA SETUJU DENAGN CADANGAN TUAN, UMNO KALAU NAK MENANG KENA AMBIL CALON TEMPATAN YANG DISUKAI RAMAI

Anonymous said...

Scribe,

Semasa saya di Kulim, masih ada lagi orang lama UMNO yang marah kepada UMNO(?!) - pemimpin baru UMNO di kawasan dia katanya 'macam gangster'.

Itu cerita minggu lepas.

Tak tahulah saya sekiranya orang lama UMNO sudah sedia untuk maafkan UMNO dengan gula-gula percuma.

Anonymous said...

Dato',
Sekarang ini dah tiada pertimbangan lain selain undang-undang. Bacalah mana2 komen di blog2 atau laman berita PR, semuanya tiada pertimbangan lain.

Alangkah bagusnya kalau dulu masa pendatang minta kerakyatan, sultan-sultan dan orang2 Melayu jawab:
"tiada asas perundangan" untuk memberikan kerakyatan kepada mereka ini.

Perkara2 ini yang mesti disampaikan kepada pengundi. Bukan peruntukan juta2 kepada persatuan cina dan india.

Tanpa tongkat/suapan kerakyatan automatik kepada kaum pendatang, tidaklah sekarang ini mereka melaung-laung mengutuk Melayu dan menderhaka kepada Sultan.

Kalau orang Melayu senang, dikatakan sebab tongkat, rasuah, kroni dan mcm2 lagi.

MCA, MIC mesti bertanggung-jawab. Jangan lupa jasa UMNO bagi kerusi pilihanraya sehingga kaum india dan cina bertempat di sini.

*manletih*

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Saya rasa sedih, geram dan kecewa dengan nukilan yang terdapat di Buku pelawat DYMM SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN. Semacam saya berada di zaman puak Gasar, puak kanibal yang tidak tahu adab sopan, tidak tahu tata susila serta tidak langsung menghormati Sultan / Raja sendiri.

Komen-komen yang tidak beradab ini akan pula dibaca serta diterjemahkan oleh bangsa-bangsa lain diseluruh pelusuk dunia. Adakah kita akan rasa bangga menjadi bangsa yang berjaya memalukan dan mencaci maki rajanya sendiri?

Jika kita berani berkelakuan serta mengeluarkan kata-kata kesat begitu kepada raja sendiri, jangan fikir bangsa lain akan menghormati raja kita malah mereka akan buat yang lebih hina dari itu kepada kita dan raja kita.

Bangsa kita ni kecil sahaja, tiada apa-apa keistimewaan pun di mata bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka cuma kenali kita dengan perkataan 'AMUK'. Mungkin hanya itu sahaja kelebihan yang bangsa kita ada.

Perkara ini jika dibiarkan akan mewujudkan satu masyarakat yang tidak lagi menghormati institiusi beraja. Keadaan ini sangat berbahaya untuk negara majmuk yang mana bangsa asalnya masih belum sedia berdikari dan masih ramai dibelenggu kemiskinan serta mengharap raja sebagai payung mereka.

-Kontraktorwibawa.blogspot.com

Brahim Nyior said...

Datuk KJ,

Menarik PRK di kedua-dua bukit ini sebab ia menentukan survival BN, dan PR.

Pada hemat saya, Najib akan guna apa jua cara untuk PRK ini, kerana ketika itu, beliau sudah pun berkuasa penuh sebagai PM (andainya Paklah memgang janji menyerah kuasa kepadanya Mac nanti)

Ini tidak pelik, kerana ia dibuktikan melalui kempen PRK KT yang lalu. Malangnya, pengundi KT tetap menolak BN biarpun kempen oleh MB Terengganu untuk janji kemudahan itu dan ini diwarwarkan.

Rakyat makin celik, Datuk. Kempen Berita Hairan dan Utusan Merapu, ditambah dengan berita TV3 suku tak mampu menolak apa yang disaji dalam berita melalui internet..

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Dalam pada BN tidak mahu menghadapi pilihanraya lagi, enggan membubarkan ADUN Perak, tiba-tiba Allah tunjukkan mereka kena juga berpilihanraya.. Apakah ini satu lagi perulangan yang akan memalukan BN? Sukar untuk diramal, tetapi berdasarkan situasi semasa, khasnya pengambilalihan Kerajaan Negeri Perak secara rampas kuasa.. tentunya rakyat hilang kepercayaan kepada BN..

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Jika mengikut keputusan2 PRK, selepas PRU Mac 2008 iaitu PRK Pematang Pauh dan K.Trengganu,ternyata bahawa BN belum terbukti lagi ia diterima rakyat(pengundi). Namun dari segi moralnya BN bolehlah juga berbangga dengan "kejayaan" mereka merampas kembali Kerajaan Negeri Perak dari PR.Kedua-dua keadaan inilah yang menjadikan PRK di 2 Bukit ini menarik.

2. Jika BN,khususnya Umno masih belum mahu ambil iktibar dan tidak mahu belajar dari kepetusan PRU dan 2 PRK lalu maka saya berpendapat yang keputusan PRK 2 Bukit ini akan memihak kepada PR (ini confirm!).BN harus sedar bahawa rakyat dan pengundi sekarang sudah matang.Bukan macam dulu lagi.Justeru BN juga perlu matang dalam pendekatannya.Jangan lagi suka menabur janji dan wang kepada pengundi. Cara Pak Lah yang membiarkan Khairi mengemudi Umno perlu diharamkan kali ini.Kalau boleh,orang2 Pak Lah dan muka Khairi tidak perlu turut serta dalam kempen.Takut2 pengundi menjadi meluat dan terus menolak BN lagi.

3. BN harus sedar bahawa pengundi di 2 Bukit itu adalah rakyat biasa dan "simple people".Mereka jijik dengan janji2 kosong dan taburan wang ringgit yang idak jujur ini.Janganlah terlalu agresif yang suka memburuk2 parti lawan semasa kempen.Kita yakin kalau BN membuat pendekatan secara berhemah ini maka pengundi akan balik semula menyokong BN.

4. DS Najib pula, yang mana PRK 2 Bukit ini merupakan ujian pertamanya sebagai pemimpin No.1 Umno harus membuktikan kemampuannya.Cara Pak Lah yang selama ini tidak begitu memberi fokus kepada keperluan dan kehendak rakyar tempatan harus ditukar.Be sensitive toward local needs. Kita percaya, being a cunning politician, DS Najib tentu mempunyai caranya sendiri menghadapi PRK 2 Bukit ini.

LESONGINDEK said...

Salam DAKJ,

Diperhatikan "angin bertiup kencang "kepada PR." Angin sepoi-sepoi bahasa" bertiup kepada UMNO/BN. Jadi yang kencang mengatasi yang sepoi-sepoi bahasa. Yang sepoi menyebabkan terlina dan termimpi. Allah hualam. Dia lah penentunya.


TK.

burungjantan said...

Saya focus kepada UMNO

Merit adalah canang yang selalu dipalu. Begitu juga dengan qota kemasukan budak-budak ke univesiti, kena ikut merit.

Namun apa halnya dalam situasi di Perak, BN telah melantik penasihat untuk mewakili kaum, sedangkan kaum itu kalah, tidak satu pun kerusi MIC menang dalam PRU-12.

Lihat juga mejoriti pengundi di Bukit Selambau yang menyebelahi UMNO, tetapi YAB PM kata calun ikut statut quo, iaitu dari MIC.

Dalam satu hal ikut merit, ikut undang-undang, tetapi poltik punya hal semua ketepi.

Atas alasan politik juga emosi rakyat marahkan Pak Lah. Walaupun undang-undang serta merit memang wujud.

A KADIR JASIN said...

Sdr Faezah, saya kurang pasti malah hairan mengapa Sdr perlu menghantar komen untuk tatapan saya sahaja.

Komen Sdr wajar dan berhemah. Elok dikongsi dengan pembaca blog ini.

Lagipun Sdr memakai nama samaran dan saya pun tidak tahu/kenal siapa Sdr sebenarnya.

Blog ini adalah untuk tatapan dan penyertaan ramai.

Kalau Sdr ada sesuatu yang benar-benar rahsia atau sulit, lebih elok hantar kepada emel saya di akadirj@yahoo.com.

Terima kasih.

Anonymous said...

Menarik untuk di ikuti perkembangan Politik Malaysia bagi Piliharan raya kecil pada 7 April nanti, terutamanya Parlimen Bukit Gantang. Saya akan fokuskan tumpuan saya pada peratusan undi di DUN Changkat Jering. Untuk melihat sejauh mana penerimaan Pengundi kepada YB Osman Jailu. Keseluruhan peratusan undi di setiap DUN dalam Parlimen ini mungkin boleh diterjemahkan terhadap penerimaan "Rakyat" atau penolakan "Rakyat" terhadap krisis di Perak sekarang. Post-PRU12 memaparkankan undi Melayu maintained as it was, i.e let say 50-50% for BN and PR, But Chinese and Indian voters "were swinged" to PR. Thus, if such circumstances still as such. The simple Mathematics would give us answer, PR will win.

Anonymous said...

Kalau ikut turn, selepas PKR menang diikuti PAS di Kuala Terengganu, maka kali ini giliran UMNO lah yang boleh menang di Bukit Gantang itu. Logiknya!

Tetapi perangai UMNO menjadi masalah besar, sejak dulu lagi ahli-ahli banyak sabar, tetapi dia letak calon kat MIC juga, konon supaya BN menang, ada wakil dalam kerajaan.

Kalau calon MIC tak ada, dia lantik penasihat macam kat perak, tetapi pasal hal lain, kena ikut merit.

Macam ni sapa-sapa pun marah.

Anonymous said...

Sebelum ini undi Melayu macam tak penting. Kononnya undi minoriti Cina dan India dianggap undi penentu.

Peruntukan juta2 kepada persatuan cina dan india diberi seperti di dan PRK Ijok tahun 2007 dan di permatang Pauh serta Kuala Trengganu tahun 2009.

UMNO memberi kerusi pilihanraya pada bukan Melayu meskipun tempat tersebut lebih 90% pengundinya Melayu.

Alasan UMNO supaya ada wakil kaum dalam kerajaan, walaupun kaum itu sendiri tidak mahu menyokong.

Tetapi jika bercakap pasal UMNO sahaja dikaitkan rasuah. Macam lah orang UMNO laparkan sangat dengan rasuah

Kalau orang Melayu senang, dikatakan sebab tongkat, rasuah, kroni dan mcm2 lagi.

Lepas pilihanraya mereka mengutuk UMNO dengan teruk, kononnya suka membuli, tak releven parti asaskan kaum, konon BN kena ubah keahlian.

Semasa BN menang di Pulau Pinang, Parti Gerakan mahukan kerusi Ketua Menteri, sedangkan mejoriti ADUN ialah UMNO.

Jadi apakah releven mengundi UMNO lagi kalau tetap 2 x 5 mengundi Pakatan Rakyat juga. contohnya di Perak, ada penasihat kaum bertaraf Exco. Kerusi ADUN tak ada, tapi ada dapat pula.

Bagaimana? Perlukah mengundi?

Unknown said...

Salam Datuk'

ramai sudah muak dengan UMNO.

mungkin pilihanraya kecil adalah kayu ukur terbaik. dan jika UMNO kalah kedua2 dengan majoriti lebih besar, mungkin ia petanda kepada kejatuhan parti UMNO?

Unknown said...

Salam Dato'

Saya suka baca pandangan Dato' tentang politik

Sentimen di dunia cyber sangat negatif terhadap BN...nampak lebih negatif daripada PRU Mac tahun lepas. Cuba lihat komen dalam Malaysian Insider terhadap amaran Sultan Selangor.

Secara peribadi, saya tak setuju dengan 'sabre rattling' DSAI untuk mengambil alih kerajaan pada tahun lepas, dan sudah tentulah tak setuju dengan tindakan BN mengambil alih Kerajaan Negeri dengan cara lompat parti.

Saya pun tak boleh pastikah sebabnya, tapi saya suka dengan Nizar Jamaluddin, walaupun dikatakan derhaka dan sbgnya. Saya suka dengan cara pentadbirannya dan cara dia bercakap (bukan seperti satu dua pemimpin PR lain).

Saya bukan penganalisis politik dan mungkin tersalah tafsir tapi saya rasa seperti BN akan tewas bukan sebab Pakatan Rakyat kuat atau bersepadu, tetapi kerana sentimen negatif rakyat terhadapnya.

Saya rasa faktor Paklah tidak lagi masuk dalam perkiraan. Ramai yang cuba menjadikannya alasan. Faktor sebenar ialah sikap BN itu sendiri. Setiap kali cakap "we must reform, we must reform"...tapi reform apa kalau sanggup menarik dua orang yang dituduh rasuah?

Ini pandangan peribadi sahaja dan mungkin pandangan saya salah.

Anonymous said...

Salam DAKJ
Politik sekarang makin menarik. tapi saya rasa untuk umno menang di kedua dua tempat:-
1. calon mestilah orang melayu tempatan, sederhana dan tiada pengaruh pak lah dan KJ.Bak kata Tun, bukannya pembangkang kuat tetapi pemimpin melayu sekarang tak disukai.
2. saya tekankan colon mestilah orang melayu kerana kaum lain tidak sokong BN buat masa ini; mereka lebih menyokong hindraf.
3. mainkan sentimen derhaka Ir Nizar di negeri Perak seperti Sultan selangor bertitah 'yang mana kaca dan yang mana permata', berulang ulang kali supaya orang melayu sedar
4. Jika di perak PR boleh bertindak begitu kepada raja, apa akan jadi jika mereka memerintah negara, mungkin negara akan jadi seperti Singapore; orang melayu menjadi kelas kedua or ketiga
5. Isu tanah di negeri perak yang diberikan kepada kampung baru juga harus diketengahkan, bandingkan dengan perejurit perajurit terdahulu yang mana masih ternanti nanti untuk mendapatkan sebidang tanah.
6. Isu Karpal Singh yang hendak menyaman raja dan tidak hormat kepada orang melayu kerana katanya umno sekarang lemah
7. Dapatkan nasihat dari Tun siapa calon yang paling layak bertanding dengan perasaan rendah diri dan malu. Insyaallah Tun akan bantu.

Anonymous said...

Saya setuju agar calon melayu dari UMNO bertanding agar kita dapat mengukur kekuatan pengundi melayu. Jangan lagi dimainkan sentimen "pengundi cina dan pengundi india adalah undi penentu". Saya nampak mereka ini semakin "demanding".
Solzamri

Juraimi Zainal said...

Saya berpendapat siapa saje calun dari Barisan Nasional akan tewas;

Mudah saje: 50% - Melayu (akan terbahagi 2), 30% - India (75% akan cenderung kpd PR), 20% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:60.5% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

salam datuk

kajian merdeka centre menunjukkan 74% rakyat perak mahu dewan dibubarkan berikutan krisis perlantikan YB Zamri. Tinjauan rambang yang saya lakukan keatas beberapa lokasi di Ipoh menunjukkan hampir 55% sahaja yang bersetuju dewan dibubarkan. Berdasar pengalaman, ketepatan saya menilai situasai kecenderungan sokongan sekitar 60%. Bezanya antara ipoh dan bukit gantang ialah bukan melayu. Di ipoh suasana dibentuk oleh pemikiran bukan melayu kerana mereka sangat mendemonisasi. Manakala di bukit gantang secara sisoalnya suasana dibentuk oleh pemikiran melayu. Jika di ipoh 55% mahu DUN dibubarkan(kajian rambang saya) pada pandangan saya mejoriti pengundi di sana bersetuju dengan tindakan sultan. Jika faktor ini diambil kira peluang BN lebih cerah. Namun kebolehan anwar dalam perang politik tak boleh dinafikan. Jika BN mahu menang kurangkan serangan pada anwar sebaliknya serang idealogi kompenan Pakatan rakyat.

Atan
Anak penoreh getah

Anonymous said...

Kerajaan Pakatan Rakyat mungkin akan ditumbangkan satu persatu oleh 'Tangan-Tangan Ghaib' yang mengamalkan Politik Kotor Peringkat Tertinggi.

Sebab itu pihak Pakatan Rakyat jangan memandang suka sangat meremehkan perkara ini.

Pakatan Rakyat harus berani mengakui kesilapan dan harus berani berani mengahdapai kenyataan walaupun pahit.

Jangan suka sangat menyorokkan pekung, kerana lama kelamaan ia akan berbau satu kampung dan akhirnya akan tumbang seperti di PERAK!

JANGAN SAMPAI MENDERHAKA KEPADA SULTAN HANYA KERANA TERLALU BERPOLITIKING. SAYA MELIHAT BANYAK PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG BEGITU BIADAB DAN KURANG AJAR SEHINGGA SANGGUP MENCARUT DAN MEMAKI HAMUN TERAHADAP SULTAN PERAK DILAMAN2 WEB.

SULTAN MELAYU ADALAH KETUA DAN SIMBOL AGAMA ISLAM. MENGHINA SULATAN BERMAKNA SECARA TIDAK SEDAR ADALAH MENGHINA ISLAM. SEHINGGAKAN SEKARANG INI BANGSA2 LAIN PUN SUDAH NAIK BERANI MENGHINA RAJA2 MELAYU. JANGAN SALAHKAN MEREKA JIKALAU DIMASA2 HADAPAN, AGAMA KITA JUGA TURUT DICEMAR!

PERNAHKAN KITA MENDENGAR SEMASA DEMONSTRASI ORANG2 CINA DAN INDIA MEMAKI HAMUN MIC DAN MCA? memang ada, bukan tiada langsung...tapi jarang sangat.


BENARLAH SEPERTI PEPATAH ORANG-ORANG TUA..."MENANG SORAK...KAMPUNG TERGADAI"

Fikir-fikirkanlah...ya...


YANG KASIHAN DENGAN MELAYU,
(Karim bin Abdullah)

Anonymous said...

Datuk,

Tak semua rakyat Perak yang mahu DUN dibubarkan itu akan mahu mengundi calon Pakatan Rakyat. Ramai juga yang meluat dengan gaya bekas MB boneka yang macam lembu kena tarik hidung itu. Mereka tunggu masa saja nak halau keluar si kaduk naik junjung ni. PRK Bukit Gantang akan membuktikannya.

Bulan April nanti badi UMNO dan negara iaitu Pak Lah akan pencen dan insya-Allah menantunya si KJ juga akan masuk "cold-storage". Kepulangan Tun Mahathir ke pangkuan UMNO akan memberi nafas baru perjuangan memartabatkan maruah agama, bangsa dan tanahair ini. Perlantikan Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi negara juga akan mengembalikan sokongan masyarakat kaum Cina kepada BN terutama pada mereka yang mementingkan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Era baru akan bermula.


-sinbad-

Anonymous said...

salam Pak Kadir,

Saya bukan penyokong tegar mana-mana parti politik. Tetapi untuk mengatakan BN akan menang di 2 pilihanraya tersebut amatlah tidak logik. Rakyat dah semakin matang.Media-media milik kerajaan cukup-cukup la memperbodohkan org melayu. terasa hina bila membaca dan menonton. Pilihanraya kecil kali ini sudah pasti dimenangi oleh PR.

Saya kurang faham berkenaan beberapa komen berkenaan selagi Pak Lah masih memerintah selagi itu BN takkan menang.Najib harus mengambil alih. Saya dan jugak berjuta lagi org Malaysia merasakan kelemahan BN sekarang ini bukan disebabkan oleh Pak Lah. Bukankah sekarang ini Malaysia ditadbir oleh Najib. Pilihanraya kecil sebelum ini juga dikendali oleh Najib. BN sekarang telah mengalami transformasi ketandusan peminpin, rasuah,politik wang dan bermacam2 lagi.Pendek kata kelemahan BN sekarang adalah secara total.

Berkenaan dengan isu Sultan yg dibangkitkan oleh seorang 'kontarktor'. Orang melayu mana yang tak sayangkan Raja.Orang melayu mana yang tak hormatkan institusi Kesultanan.Tetapi hormat dan sayang melayu bertempat.Lupakah pepatah 'Raja adil Raja disembah,Raja zalim Raja di Sanggah'.Saya berpendapat org melayu perak sayangkan Sultannya.Tetapi bila sultan tidak berlaku adil dan mengetepikan hujah serta undang2 maka rakyat khususnya org melayu kecewa.Dan kekecewaan rakyat ada sebabnya.Keadilan mesti ditegakkan.Kita pun diajar untuk tidak menyokong membabi buta.

Rakyat khususnya org melayu semakin matang. Mereka tidak lagi menyokong membabi buta. Propaganda BN khususnya UMNO tidak lagi menarik org ramai apatah lagi org muda.Keadilan harus diserahkan kepada yg berhak.Terima kasih.

Anonymous said...

Memangpun parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengalami dan sedang menghadapi cabaran yang lebih besar.PAS juga tidak terkecuali. Apa lagi DAP penuh dengan kontravesial sejak sekian lama.

Maklum sahaja ia akan jadi tulang belakang PR untuk memerintah Negara nanti.


Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim mengakui hal ini apabila dia dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, dia akan menyerahkan nama Vasanthakumar kepada pasukan penilaian calon parti itu untuk pertimbangan.

Jika nama itu diterima oleh pasukan penilai sebagai calon Bukit Selambau nanti sudah barang tentu dua anak bulan pada lambang parti itu akan jadi gelap dan tak mungkin cerah, kerana V Arumugam yang letak jawatan exco dan menghilang diri setakat ini sangat sangat diragui.

Ini menyebabkan pengundi akan berfikir banyak kali untuk memberi undi kepada nama Vasanthakumar, Ianya bukan sahaja lebih mencabar, malah calon ini menjadi sangat malang nasibnya.

Kalau nama itu menjadi pilihan parti Keadilan rakyat sebagai calon pilihanraaya kecil 7 April bimbang kerusi Bukit Selambau jatuh ketangan BN.

pengundi DUN Bukit Selambau semua sudah sedia maklum dengan pendirian bangsa ini yang jelas tidak boleh dipercayai dan sebagai wakil yang buruk perangai.

Lebih lebih lagi kerusi itu telah diberi kepada orang Melayu yang ditolak kertas pencalonan atas nama kesilapan teknikal.

Jika PR akur dengan kemahuan Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim saya rasa calon itu siang siang lagi sudah kalah dari segi sokongannya. Apa pun faktor sogokan yang menjadi amalan umno/BNjuga harus diambil kira.

kehilangan V Arumugam barangkali ada kaitan dengan apa yang menjadi amalan kerajaan BN sejak dahulu lagi.

Lihat Perak belum apa apa dirampas dengan begitu sahaja dan melantik menteri besar tanpa ada tiga EXCO yang jadi syarat perlantikan MB.

Apa pun Ianya hampir sama dengan apa yang terjadi keatas Dua Ahli Dewan Undangannya di Perak – Jamaluddin Mohd Razdi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) Hee Yit Foong, Adun DAP bagi kawasan Jelapang – keluar parti dan mengikrarkan sokongan kepada Barisan Nasional.

sedangkan Jamaluddin dan Mohd Osman kedua-duanya sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah yang jelas kedudukan BN macam telur diujung tanduk boleh jatuh tergolek bila bila masa sahaja jika mereka dijatuhkan hukuman 2 hari penjara dan denda RM2,000.

Pasal pilih calon PR mestilah hati hati. Adalah lebih baik kena tanya Allah. Lebih lebih lagi pihak yang akan menentukan calon itu terdiri daripada orang yang beragama Islam.

Nama boleh dikemukakan. Tetapi Allah jangan sekali PR ketepikan. Kalau hendak pilih calon Isteri disuruh tanya Tuhan. Apa lagi pilih calon yang sangat besar makna bidangtugasnya.

Apa pun andaian umum, pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April ini menjanjikan pertandingan sengit serta penuh erti bagi PR yang sudah jatuh ditimpa tangga sekarang.

Anonymous said...

Salam semua peminat blog DAKJ, pada pandangan saya PRK dalam pendakian dua bukit ini AMAT PENTING bagi BN dan PR sebab:
1. Katanya BN dalam proses mencuit hati pengundi setelah mereka dapat memerintah Perak apabila D Zambry dilantik YAB oleh Paduka Sultan.Di sini kita perlu ingatkan kepada IR Nizar (bekas MB Perak tapi masih mengaku MB) BAHAWA KUASA LANTIK MB &EXCO TU ADALAH HAK MUTLAK PADUKA SULTAN BUKANNYA HAK RAKYAT) hak rakyat ialah MEMILIH WAKIL RAKYAT sahaja!!!! YB Nizar hendaknya jangan terpengaruh sangat dgn kawan-kawan bangsa lain atau mana-mana orang yang memang tak faham dan mungkin tidak akan faham, kadang-kadang kala TIDAK MAHU FAHAM mengenai adat budaya 'THE NATIVE OF THIS HOMELAND'.Akibatnya YB NIZAR SENDIRI yang akan tanggong malu atau sebagainya, takut-takut nak jumpa rakyat pun malu.
2. Bagi patriot-patriot BN pula untuk memenangi 2 Bukit ni...MESTILAH jadikan PRK KT tu jadi ukuran.....seperti pemilihan CALON (mesti individu hak rakyat suka dari segi senang kira, mudah jumpa &minta tolong dan tidak sebok berulang alik KL,Cina,Jepun dsbnya,TAPI biasanya BN akan pilih ketua atau AJK Bahagian jah, hak kadangkala pengundi pun tak kenal!!!kelakar bunyinya)CARA KEMPEN saya rasa tak perlu seluruh negara pergi kempen BIARLAH ORANG-ORANG TEMPATAN JE SBB MEREKA LEBIH TAHU HAL KAWASAN MEREKA.Kadangkala semua ahli peladang seluruh negeri akan hadir tempat PRK sebab menteri turun,begitu juga dengan kakitangan kerajaan,KENAPA habiskan wang rakyat? Tapi menteri kembang hidung sebab orang ramai hadir!!!! Rupanya lakonan saja.Selepas bilang undi baru tahu yang ramai hadir majlis tu rupa-rupanya BUKAN PEMILIH.Inilah SEBENARNYA PENGUNDI HANTU TOK!SATU LAGI semua jentolak,lori,mesin buat jalan tar dll akan buat kerja secara spontan..kononnya projek tu telah masuk dalam RMK? Tapi ada juga projek yang lulus dalam RMK tak terbuat sehingga beberapa RMK??? Bos ingat rakyat tak tahu ke? Jangan fikir orang lain ni tak cerdik macam kita (KITA KENA INGAT SISTEM MAKLUMAT YANG ADA PADA ABAD INI)

Saya rasa cukup dulu dato & peminat-peminat dato, saya ni nak tumpang tengok KECERDIKAN ORANG-ORANG POLITIK HARI INI dengan harapan bangsa dan negara tidak TERGADAI & DIJAJAHI SEMULA.Wslm

Anonymous said...

dato'

Saya setuju dengan Abdullah Ngah. Kita tahu perhubongan PKR dengan Hindraf. Anwar adalah ketua de facto atau spiritual leader Hindraf. Anwar is a God to the Hindraf people. Remember in Hinduism there are many Gods and Godesses.

Tapi Majoriti Melayu dan Cina tak akan terima calun PKR/Hindraf. Mana orang Melayu (Islam) akan sokong Hindraf yang bukan saja haram tapi berlandaskan agama Hindu. Hindraf ertinya HINDU Rights Action Front. Barisan Bertindak Hak Hindu!

Hairannya Parti Islam Pas pon sanggup kerjasama dengan PKR yang sokong perjuangan agama Hindu dan denga DAP yang tolak Islam dalam pemerintahan dan mahu Malaysia jadi negera sekular, negara yang agama tidak ada peranan.

Saya setuju juga dengan Burung Jantan. Orang Cina dan India cakap pasal meritokrasi di university, dalam polis,bisnes dan profesional. Mereka tolak MCA, Gerakan dan MIC. Tapi bila BN rampas balik Perak mereka terhegeh-hegeh mahu perwakilan.

Dr Zambry pon jadi orang biul lantik penasihat Cina dan India dan bagi taraf exco. Ini kerja orang yang tak fikir. Lantik penasihat boleh. Tapi kenapa hina Melayu (Umno) dengan beri taraf exco kapada penasihat Cina dan India tu? Mereka bukan Adun. Cina dan India Perak tolak BN bulat-bulat pada PRU ke-12 lalu.

Kalau kerajaan Umno Perak nak jaga hak Cina dan India tak payah lantik wakil Cina dan India.

Dulu Cina dengan India mana ada kuasa dan hak. Mereka kaum pendatang. Tapi Melayu yang setuju secara sukarela bagi kewarganegaraan kapada nenek moyang mereka pada tahun 1957.

Kerana nak jaga hati orang Cina dan India yang tolak BN, Umno buat kerja yang buat orang Melayu marah. Ini kerja orang yang tidak berfikir. Allah suruh umatNya selalu berfikir.

Yang Kechewa

Orang Tua Umno.

Anonymous said...

Salam Dato',

BN mesti menukar cara berkempen. Kempen tentang pembangunan rasanya dah tak boleh beli pengundi. Pengundi dah bijak menilai zaman ini.

Saya candangkan BN kempen membenteras RASUAH habis-habisan. Contohnya:-

1. Ramai ahli politik yang terbabit dengan RASUAH dilindungi BN. Dakwa mereka sebelum pilihanraya. Keluarkan berita kes RASUAH di TV, suratkhabar dan internet hari-hari.

2. Bersihkan tanggapan rakyat yang BN tidak bersekongkol dengan SPR, NGO dan badan kehakiman.

3. Pilih calon BN yang bersih dari RASUAH walaupun telah lama pupus.

4. Minta ahli UMNO mendampingi ULAMAK, bersihkan mereka dari majlis-majlis maksiat dan kalau boleh minta pemimpin UMNO memberi ceramah untuk membela agama.

kalau BN boleh buat perkara yang saya sebut diatas, pastinya rakyat khususnya orang MELAYU akan kembali mengundi BN.

HIDUP BN!!

HIDUP UMNO!!

- Anthony Russel -

sawit futures trader said...

Salam Dato',

Sejak bila pula Hindraf jadi parti politik? Nak daftar ROS hari tu pun bukannya lulus.

Bukan saya nak kata letak calon kaum india tak boleh menang. Masalahnya calon tu bukan mewakili mana-mana parti politik. Tak ke bunyinya macam calon bebas je.....

Secara peribadi, saya tidak pernah sampai ke dua Bukit tersebut. Susah saya nak menelah sentimen pengundi di sana.

Tapi saya berani kata, sesiapa yang kempen dengan pengisian tempatan, ada kelebihan.

Dalam hal ini, selalunya BN terkebelakang. Contohnya PRK di KT. Nak main isu hudud. Isu Hudud peringkat nasional mungkin boleh diketengah tetapi di KT, Hudud bukan isu.

Tak cepat pilih calon pun tak apa. PAS last minit baru umumkan calon. Tapi calon yang dipilih benar-benar bersih.

Mungkin ramai yang tak tahu, Wahid yang menang di PRK KT tempohari pernah di ajak ber"gocoh" di Sidang DUN oleh MB Terengganu (masa tu dua-duanya ADUN). Isunya adalah tentang masalah projek-kroni.

Kisah jiran-jiran pun tak pernah diziarah Wan Ahmad Farid juga adalah isu tempatan yang mengesahkan sikap beliau yang dikatakan tidak mesra rakyat.

Kesimpulan saya, samada BN atau PR kena pilih calon yang dimahukan PENGUNDI TEMPATAN.

Untuk memilih calon, bergantung kepada kepekaan BN dan PR dalam mengenal pasti citarasa PENGUNDI TEMPATAN.

p/s
1.PR menang 1 Bukit, BN menang satu Bukit; ini dikatakan seri.
2.PR menang 2 Bukit; ini dikatakan kerajaan PR Perak telah dijatuhkan secara khianat.
3.BN menang 2 Bukit; ini dikatakan PR telah sah meretak dan akan merebak.

mad said...

saya rasa kalau bn dah 'sedar' dan tidak lagi menggunakan media perdana utk memburuk-burukkan pr serta tidak lagi mengamalkan politik wang dalam 2 prk yang akan datang, rasanya bn akan kalah lebih teruk lagi. ikut cara lama - kalah, tukar perangai dan guna cara gentlemen - lagi teruk kalah.

sememangnya kekuatan bn selama ini adalah kerana wang, wang dan wang. tanpa wang bn adalah lebih lemah dari pr kerana rata2 pemimpin pr lebih baik dari pemimpin2 bn. tanpa wang jentera pilihanraya bn takkan bergerak, manakala jentera pr mampu bergerak walaupun dgn budget yg rendah kerana mereka sanggup bekerja secara sukarela.

ramai mengatakan kelemahan bn adalah disebabkan pak lah dan kj, namun bagi saya bn sudah ditolak majoriti rakyat tak kira siapa yg mengemudi parti. rakyat kini mahukan parti alternatif, tak kiralah samada dibawah pimpinan dsai atau org lain.

saya setuju bahawa sentimen di dunia siber adalah negatif terhadap bn lebih daripada sebelum pru12 lalu. dan saya rasakan pr akan menang lebih besar di 2 bukit itu nanti.

kembara putih said...

Salam Datuk

Saya heran kenapa ahli2 UMNO begitu pandang tinggi pada Najib, seolah2 sedang menunggu Al-Masih turun ke bumi. Bagi rakyat yang tak sokong BN, Najib lebih teruk dari Pak Lah & kuku besi Tun, kegolojohan dia satu bonus kpd perjuangan rakyat.

Namun sedar @ tidak, majoriti rakyat di 2 bukit ni sebenarnya tak sabar2 nak mengganyang UMNO. Cuma sedikit kecewa bila SPR melengah2kan PRK. Samada tarikh yang diformulakan antara SPR & UMNO benar2 positif untuk mereka @ sebaliknya...sama2 tunggu

Anonymous said...

pilihanraya dua bukit pada 7 april nanti menjadi medan penting utk titik mula mengembalikan keyakinan rakyat pada bn.kebetulan Dato seri NAJIB mengambil alih pucuk pimpinan parti.Apa yang berlaku pada PRU12 lalu menjadi pengajaran yg sangat penting kepada UMNO dan orang melayu. Kini rakyat dapat menilai perangai dan kelaku pas dan pkr kononya alternatif umno utk jaga melayu.UMNO kena ambil iktibar dari pru12 yg mana amaran telah diberikan.UTK kembalikan keyakinan rakyat singkirkan pemimpin yg rasuah,korap,penting diri sendiri,sombong dan bodoh.BUKIT SELAMBAU parlukan wakil melayu,itulah angin kencang akar umbi.JIka BN abaikan kehendak akar umbi,siang2 akan kecundang.Sebab itulah PR awal2 dgn sengaja war2kan letak calon india dgn harapan BN akan ikut sedangkan PR telah sedia calon melayu.Taktik ini yg berlaku di LUNAS dahulu...ha...kecundang BN..salam AKA

Anonymous said...

Datuk,

Apakah kempen-kempen terhadap raja-raja Melayu kebelakangan ini ada kaitan dengan percubaan menjatuhkan raja-raja Melayu. Kita tahu ada dikalangan rakyat Malaysia tidak senang dengan raja-raja Melayu kerana raja-raja Melayu adalah simbol orang-orang Melayu dan negara Melayu. Ada yang tidak senang kerana mereka tidak suka sembah raja. Pada mereka hanya Tuhan sahaja yang boleh disembah. Tanya orang-orang pas. Malahan Anwar Ibrahim juga pernah mempunyai pendapat yang sama ketika masih belum masuk UMNO.

Jadi orang-orang Melayu yang begitu ghairah hentam raja-raja ni hendak apa sebenarnya?. Apakah mereka telah kaji dalam-dalam implikasi ke atas tindakan mereka terhadap bangsa Melayu dan Malaysia. Jangan jadi pak turut. Orang berdemonstrasi, kita pun berdemonstrasi. Orang kutuk raja-raja Melayu, kita pun ikut. Tapi orang lain ada muslihat tersendiri sedangkan Melayu hanya syok sendiri.

Jadi kalau tak mahu sistem yang ada sekarang bermakna mahukan sistem republikan. Ada Presiden dan Perdana Menteri macam Singapura atau kerajaan diketuai oleh Presiden ala Amerika. Harap pengkritik-pengkritik raja-raja Melayu sedar apa yang akan berlaku sekiranya sistem ini dipraktikkan. Tak perlu pergi jauh, lihat sahaja apa yang terjadi pada orang-orang Melayu di Singapura. Ketika masih dalam Malaysia Lee Kuan Yew pernah meramalkan orang-orang Melayu cuma boleh jadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa 20 tahun sahaja. Kalau Singapura masih dalam Malaysia kemungkinan besar orang-orang Melayu tidak dapat jadi Perdana Menteri selepas Tun Hussein Onn.

Perkara seumpama ini berkemungkinan besar berlaku berdasarkan kepada cara pemikiran orang-orang Melayu sekarang ini. Ada orang-orang Melayu yang sanggup berbuat apa saja asalkan hidup senang. Rasuah, ali baba, dengki, khianat dan apa saja.

Tengoklah siapa yang orang-orang Melayu Bukit Selambau akan sokong dalam pilihanraya kecil April ini. Apakah mereka akan sokong calon PR pemimpin Hindraf yang ditahan bawah ISA kalau betul dia yang menjadi calon. Benar kata Tun Mahathir orang Melayu mudah lupa. Hingga ada yang sanggup iktiraf Ching Peng sebagai pahlawan "revolusi 48" sedangkan tangan dia berlumuran darah orang-orang Melayu.

Ada orang-orang Melayu kata Sultan Azlan tak berlaku adil. Adakah dia tak adil kerana tak mengikut telunjuk kumpulan-kumpulan tertentu. Dan tentu adil kalau dia ikut telunjuk kumpulan-kumpulan tersebut. Keadilan hendaklah berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Bukan ikut angin.

Saya tengok gambar exco Perak dalam akhbar menunjukkan lengan dengan "arm band" hitam tanda berkabung. Gambar ini memberi seribu satu pengertian.

Anonymous said...

Dato AKJ,

Gantang:

Bakan untuk menyukat sesuatu seperti beras dan gandum, dan selepas PRK nanti kita dapat menyukat siapa sebenarnya yang menderhaka PR atau BN?

Selambau:

Alat untuk menangkap ketam, pepatah Melayu mengatakan " Seperi ketam menyuruh anaknya berjalan betul."

Dato,

Sekarang saya bukan jadi Melayu pandai tetapi bertambah bahlul, dan belingeu melihat cucu-cicit si kitol.


UTON

Anonymous said...

Dato

Dalam PRK bukit gantang ini,umno/bn memerlukan strategi yang amat bertepatan dengan suasana politik sekarang.

Kempen stail PRK pmg pauh dan kt dengan umpan pembangunan atau limpah projek segera dan banjir wang yang ditaburkan macam daun kayu belum dapat menjamin kemenangan umno/BN.

Yang paling perlu dielakkan adalah tektik atau strategi ala menumbang kerajaan PK perak - sah disegi undang-undang pilihanraya ( kerana SPR akan mencari alasan untuk menolong UMNO/BN tapi meloyakan aka main kotor.

Pertimbangan UMNO/BN di PRK bukit gantang ini mesti dalam kontek PRU 13, bukan sekadar nak menang PRK bukit gantang sahaja at any cost. Menanglah kemenangan ini akan mengurangkan tekanan kepada kerajaan dr zambry tetapi jika kemenangan itu secara kotor, padah jangka panjang adalah fatal.

PRK KT baru-baru ini menunjukkan bagaimana kemas dan komitednya anggota pakatan rakyat bekerja.

Selain dari kerjasama erat antara parti-parti Pakatan, kita juga melihat bagaimana rakyat yang menyokong pakatan seperti bloggers telah turun membantu calon pakatan rakyat di KT tempohari.

Dijangka dalam kedua PRK dua bukit ini nanti, golongan ini akan turun juga. Sama-sama lah kita lihat nanti.

Lastly, dengan keputusan SPR mengadakan PRK dua bukit ini selepas PAU dilihat untuk membantu UMNO - UMNO/BN akan menghadapi kedua PRK ini dengan satu handicap walaupun kempen sebenar masih belum bermula lagi.

bat8

mfbakar said...

Datuk,

Saya cuma ingin melihat YB Bebas DUN Changkat Jering akan turun berkempen pada PRU Bukit Gantang nanti. Sememangnya beliau wajib turun padang sekurang-kurang dikawasannya sendiri kerana DUN Changkat Jering berada didalam kawasan parlimen Bukit Gantang.

Saya juga ingin melihat majoritinya pada PRU 2008 akan berpindah menjadi majoriti BN dikawasan DUN Changkat Jering pada 7 April nanti. Jika beliau gagal saya syorkan beliau letak jawatan secepat mungkin kerana kehadhirannya berterusan diDewan Undangan Negeri tidak lagi ada 'legitimacy', sekadar meminjam istilah sains politik.

Anonymous said...

Salam Dato' AKJ

Berbanding dua PRK sebelum ini yang agak mudah dijangka keputusannya, dua bukit yang bakal didaki 7 April ini lebih sukar dijangka. Beberapa faktor yang ketara berbeza wujud di kedua-dua bukit ini.

Pak Lah yang selama ini dikatakan sebagai salah satu punca utama penolakan rakyat terhadap BN tidak lagi berada di tampuk kuasa pada tarikh itu. Najib yang dijangka mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan pasti akan membuat pilihan calon secara lebih berhati-hati untuk PRK dua bukit ini.

Pertukaran kerajaan negeri Perak daripada PR kepada BN masih mengelirukan sebahagian besar rakyat termasuk pengundi di Bukit Gantang.

Walau bagaimanapun, segala tindakan kerajaan negeri yang lalu yang dilihat terlalu menurut kehendak DAP bakal menjadi pertimbangan utama pengundi untuk membuat keputusan. PAS melalui Nizar yang diamanahkan jawatan MB jelas tidak mampu mengekang nafsu DAP di Perak dan ini pasti menjejaskan kepercayaan serta sokongan pengundi Melayu kepada mereka.

Susulan keputusan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak telah menyaksikan satu episod yang jelas menghina institusi Raja-Raja Melayu khususnya kenyataan Karpal Singh mahu mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi juga bakal menjadi faktor utama dalam PRK kali ini. Tindakan keterlaluan sehingga tahap menghina secara berterusan melalui pelbagai saluran tentu membangkitkan rasa tidak puas hati pengundi Melayu yang merupakan majoriti di kedua-dua kawasan.

Secara undang-undangnya, apa yang disebut sebagai Pakatan Rakyat bukanlah suatu entiti yang sah, berbeza dengan BN. Tindakan mereka mencabar kesahihan kerajaan negeri Perak menggunakan hujah bahawa tiga ADUN bebas itu bukan ahli BN bakal memakan diri mereka.

Keyakinan tinggi pakatan PAS, DAP dan PKR hasil kejayaan dalam dua PRK sebelum ini juga dikhuatiri akan membentuk suasana over confident mereka untuk meraih kemenangan.

Di Bukit Gantang khususnya, BN mampu mencatat kemenangan sekiranya calon yang sesuai dikemukakan manakala seluruh jentera bersatu padu dalam kempen yang dijalankan. Jangan ghairah merasuah kerana pengundi hari ini sudah masak dengan politik rasuah BN. Jawab isu yang ditimbulkan dan serang semula lawan dengan dengan cara yang difahami oleh pengundi,

Anonymous said...


Ahmad Nawawi said...
Dalam pada BN tidak mahu menghadapi pilihanraya lagi, enggan membubarkan ADUN Perak, tiba-tiba Allah tunjukkan mereka kena juga berpilihanraya.. Apakah ini satu lagi perulangan yang akan memalukan BN? Sukar untuk diramal, tetapi berdasarkan situasi semasa, khasnya pengambilalihan Kerajaan Negeri Perak secara rampas kuasa.. tentunya rakyat hilang kepercayaan kepada BN..

8:27 AM

Bro,
aku pun 'RAKYAT' jugak, jangan pergunakan semua rakyat Malaysia untuk memperkudakan pandangan sempit kau. tak adil ok! Kalau nak kata rakyat yang sokong PKR takpe. Timakasih.

Anonymous said...

datok
yang mustahak diulas adalah DUN bukit selambau akan diserahkan oleh BN kepada MIC.cakap-cakap kat sini(bedong)mengesahkan bahawa mic akan bertanding walaupun umno beriya-iya ingin mengambil semula DUN berkenaan.mula2 Mahathir Khalid membuat gesaan tersebut diikuti oleh Tajulurus(K/Bahagian),menyokong cadangan k/perhubungan umno,namun nampaknya tidak menjadi.orang melayu kat sini kebanyakan amat berat menerima calon dari mic dan bn akan kalah dengan mudah.saya rasa umno perlu mengambil kembali DUN tersebut dan meletakan calon melayu.persoalanya adakah umno akan berani menentang MIC? dan kalau calon dari MIC apa implikasi kepada orang melayu.saya yakin isu ini amat sukar ditangani olen umno dan hari demi hari umno semakin banyak mencipta masalah ambil contoh kes di perak ,umno merasakan dengan Datok zambry dilantik sebagai MB masalah akan selesai,namun dengan perlantikan itu umno semakin dihimpit masalah.inilah dikatakan salah perhitungan dan umno akan tersepit lagi di 2 bukit berkenaan.
zmy

mfbakar said...

Datuk,

Saya merujuk kepada komen daripada berasiam. Pertamanya dalam isu YB Nizar dikatakan boneka DAP semasa PR memerentah Perak. Semua harus ingat bahawa DAPlah yang menjadi kumpulan yang mempunyai wakil-rakyat terbanyak didalam PR selepas PRU 8hb Mach 2008 iaitu DAP (16) PKR (9) dan PAS (6). Kalau tidak kerana Undang-Undang Tuboh Negeri Perak mewajibkan penyandang MB ialah seorang Islam, YB Datuk Ngeh telah pun menjadi MB. Sememangnyalah puak yang mempunyai bilangan terbanyak berusaha untuk membuat dasar yang lebeh mirip kepada gulungan mereka. Walau bagaimana pun, pada analisis terakhir, kerajaan PR adalah mirip kepada kebajikan rakyat yang berhak untuk mendapat keadilan seperti gulungan yang tidak bertanah.

Menyentuh isu kegawatan politik Perak setelah jatuhnya kerajaan PR, jelas menunjukan UMNO/BN tidak konsisten dalam soal ini. Pada dekad 1970an, sewaktu Datuk Ghazali Jawi menjadi MB Perak, telah tercetus satu pergolakan antara UMNO Perak dan Almarhum Sultan Idris. Ini berikutan satu isu rasuah yang melibatkan MB. Sultan Idris mahu MB meletak jawatan dan UMNO Perak pula menyokong padu MB supaya tidak meletakan jawatan walaupun dengan jelas itu adalah titah Sultan. Maka timbullah satu keadaan degang antara UMNO Perak dan istana. Pada kemuncaknya, Sultan Idris menitahkan bahawa beliau tidak akan mencukur janggutnya selagi MB tidak mengosongkan jawatannya.

Keadaan itu berlanjutan sehingga janggut Sultan Idris telah menjadi panjang sehingga menutupi tekak baginda. Keadaan itu telah diselamatkan oleh Kuala Lumpur dengan melantik Datuk Ghazali Jawi menjadi Duta Besar keMesir yang memerlukan beliau meletakkan jawatan MB. Isu Ghazali Jawi dituduh rasuah berkubur begitu sahaja. Kesimpulannya, krisis yang dialami oleh YB Nizar dan Datuk Ghazali sama saja kerana kedua-duanya dititah oleh istana untuk meletakkan jawatan. Kedua-duanya enggan diatas perinsip Sultan tidak berhak berbuat kemikian kerana hanya diDewan Undangan Negerilah tempatnya. Tetapi UMNO sekarang menyokong istana dan melebelkan Nizar sebagai penderhaka kepada Sultan. Inilah talang dua muka UMNO didalam menghadapi krisis yang sama diwaktu yang berlainan. Saya rasa pengundi-pengundi diBukit Gantang akan memilih yeng terbaik dan tidak termakan daayah-daayah pihak yang bertalang dua muka.

Anonymous said...

Salam DAKJ

Nak comment sikit lagi.UMNO sebagai wadah perjuangan orang melayu kena tukar taktik berkempen jika hendak memikat pengundi. Kalau dulu, kebanyakan kempen berkisar pada pembangunan, peruntukan yang lebih, jasa jasa yang telah dilakukan sebelum ini, keburukan parti lawan tetapi ianya tidak menjadi semasa dan selepas PRU12.

Oleh itu,saya cadangkan cara berkempen pada kali ini ialah dengan kita ramalkan atau "predict" apa akan terjadi jika bukan UMNO yang berkuasa.Contohnya, apa akan terjadi:
1. kepada raja-raja melayu seperti yang berlaku di beberapa negara di dunia
2. Tanah tanah yang dahulunya dikuasai oleh kerajaan akan diagih agihkan mengikut kepentingan individu
3. kemasukan student melayu ke institusi pengajian tinggi jika tiada sistem qouta
4.komplikasinya seperti berapa ramai doktor melayu, jurutera melayu, peguam melayu, arkitek melayu dan professional melayu di malaysia selepas itu.

Mungkin kita boleh buat perbandingan yang terdekat dengan apa yang terjadi di singapore.Saya pernah bertanyakan seorang medical student (pelajar perubatan) dari Singapore yang membuat attachment di salah sebuah hospital di Malaysia beberapa tahun yang lepas. Katanya bilangan kemasukan medical student ke universiti di Singapore adalah sekitar 250 orang setahun dan CUMA 2 orang sahaja anak melayu yang berjaya masuk pada tahun tersebut. RENUNGKANLAH.

Bak kata Tun Dr. Mahathir, kita mahu sebuah negara Malaysia yang maju tetapi dengan acuan kita sendiri tanpa menggadaikan apa-apa. Tidak guna Malaysia menjadi sebuah negara yang maju tetapi anak-anak kita cuma menjadi pekerja bawahan sahaja nanti.

Diharap para penyelidik khususnya dari UMNO dapat membuat satu penyelidikan yang menyeluruh dan dapat dihebahkan kepada umum tentang perkara di atas.

Anonymous said...

harapan cerah sbb kalo pilih calon tempatan? analisa tu ternyata silap..YB Roslan Shaharom pun bkn org bkt.gantang..dia org Bt.Gajah..tu pun Pas menang..yg penting skrg rakyat dh jelak dgn Umno Bn nih..masa utk BN hancur!!letaklah sape pun..

Unknown said...

Dato'

Baru baru ni PM Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa UMNO beruntung kerana pilihanraya dua bukit ini akan diadakan selepas pemilihan pimpinan UMNO pada awal bulan April ini. Katanya UMNO akan lebih kuat untuk menghadapi pilihanraya tersebut di bawah pimpinan Najib.
Adakah dia sedar bahawa kerja kerja kempen pilihanraya perlu dibuat pada bulan bulan Februari dan March, yaitu masih dalam masa pimpinan beliau?
Mungkin beliau tahu bahawa UMNO akan kalah. Jadi buat lah ulasan untuk secara langsung meletak tanggungjawab bakal kekalahan tersebut keatas Najib!!\

Hai... Itu lah adat pemimpin kita. Bukan untuk bertanggungjawab yaitu "The Buck Stops Here" malah amalan medreka adalah "Pass the Buck"

A KADIR JASIN said...

Sdr OKJ,

Saya nampak ramai orang Melayu yang berjaya (bukan berjaya sangat, berjaya sikit saja)tidak lagi tebal semangat Melayunya.

Maksud saya semangat mahu menolong Melayu lain yang kurang berjaya atau belum berjaya.

Mereka hanya fikir diri mereka saja. Mereka inilah yang asyik sangat cakap fasal meritokrasi, demokrasi dan persamaan.

Mereka tak fikir dari mana dan siapa yang menolong mereka sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari.

Mereka tak sedar jika dibandingkan dengan kejayaan majoriti orang Cina dan India, orang Melayu sebenarnya masih jauh ketinggalan.

Orang Melayu macam ini sudah lupa adat Melayu yang saling tolong menolong dan ajaran Islam yang menuntut orang kaya (orang berjaya) menolong orang miskin dan daif.

Terima kasih.

Anonymous said...

"Mereka tak fikir dari mana dan siapa yang menolong mereka sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari."

ya..sya berstuju dengan pandangan dato diatas..dan mereka itu adalah melayu UMNO yang hanya mengkayakan diri sendiri dan kroni2 sahaja..

sekali lagi umno akan kalah di dua bukit..

Anonymous said...

Salam Dato',

BN dah pun mulakan kempennya. Tak abis-abis tuduh Dato Seri Nizar penderhaka.

MELUAT! MELUAT! MELUAT! MELUAT!

Anak Bayan.

ab said...

Salam Dato,

SEDIH SUNGGUH....

Nampaknya makin ramai orang melayu ni macam guna perut untuk berfikir, guna otak untuk kejar harta dan kuasa dan tipu orang,nampak seronok sungguh ada pilihanraya silih berganti.....tak nampak macam mana rezeki anak-anak melayu yang akan tamat pelajaran di kebanyakan kolej dan universiti beberapa bulan lagi...

TAPI TERLALU RAMAI ORANG MELAYU TIDAK NAMPAK ada orang nak runtuhkan islam,kesultanan melayu dan ketepikan orang melayu...
Sistem kehakiman nampak teruk betui...sangat aktif bila tangkap penagih dadah,mat rempit,kes khalwat,seludup lembu dan rokok dan `peon' curi duit pejabat...

TAPI DIAM SERIBU BAHASA DAN LAMBAT BUAT KEPUTUSAN APABILA menyaksikan
rakan-rakan dok `baham' islam, kesultanan dan parlimen kita...
Rakan-rakan yang makan suap itu lambatkan perbicaraan dan kalau ada peluang, biarkan..biarkan..

DOLAH ni pulak dok belajar lukis pasu,lukis meja,makan mee,tanam pokok akhir-akhir ni...korek kubur saja yang tak tunjuk!...

LAGI SATU saya fikir orang melayu Penang dah tidak ada lagi dah ni sejak 2008 mac!...kenapa asyik dok nampak orang melayu kat singapura?.Orang malayu peneng pun dah putus nyawa ka?? atau takut kena kasi teloq?.

INGAT, KALAU KERAJAAN ISLAM YANG KUAT YANG DIASASKAN OLIH RASUL DAN NABI TERAKHIR,serta sahabat,serta ulama-ulama besar dulu pun dah telungkup, jangan ingat kerajaan
berdasarkan orang melayu MAlaysia ni bolih KEKAL!!!...

KITA KENA BERSAMA MENGEKALKAN kerajaan tersebut,kerana 60% lebih penduduk adalah orang melayu...
NO TWO WAYS ABOUT THIS ISSUE!!.

INDONESIA TAK CUKUP TANAH DAN PULAU UNTUK 16-17 juta orang melayu pendatang dan Arab Saudi tak akan terima lebih seorang pun tanpa visa!

Abu Bakar Ab Rahman

Anonymous said...

Dato, kalau nak tahu realiti sebenar sokongan rakyat komen pengunjung Saif Al Hasham adalah terbaik. Dato tak percaya pergila ke masjid lepas jumaat, pasar malam, gerai makan, bank, supermarket malah syarikat glc pun orang melayu terutama di bandar telah lama beralih sokongan ke PR .

pengguna mrr2

mad said...

had a smile on my face when i read one of the first article on the 2 by-elections from bernama titled: Chances of winning bright:PM. sounds familiar. we all know by now, especially after ge12, that this is the standard reaction from pm on any by-elections held regardless of the sentiments shown at ground zero. of course, knowing past results, i read the article exactly the opposite, meaning that bn doesn't have any clue and will crash badly.

i predict that bn will not change it's campaign tactic much, it's the only way they know how to win an election, never mind the results so far.

media spins on these 2 by-elections will be interesting to read, even with all it's predictability and one-sidedness. it have a great entertainment value after the voting results are known.

Anonymous said...

kalau BN nak menang di bukit gantang dan selambau jangan benarkan KJ dan geng nya turut berkempen.saya dan keluarga berjanji tidak akan undi BN sekira KJ turut serta kempen nanti.saya yakin ada ramai pengundi seperti saya,wassallam.

slyderrose said...

Sindrom memutarbelitkan berita tidak akan menambahkan undi BN/ umno. Cukuplah. Menambahkan dosa aje dan akhirnya kalah juga. Ubahlah perangai pemimpin umno ke akhlak yg islamik. kekawan dan saudara mara yg dulu mengundi umno masa PRu12 di Bukit Gantang sudah menyampah dengan umno dan kali ini undi mereka akan pergi ke PAS. Itulah hakikatnya.

dan kajang said...

As'kum Dato'

1. Kita lihat sekarang terlalu banyak isu yang tidak sepatutnya timbul telah mula ditimbulkan.Isu Penderhakaan terhadap Raja Melayu, isu merebut jawatan MB di Perak dan yang terkini ialah isu penentangan PPSMI oleh kononnya penjuang Bahasa.Semuanya ini akan menjadi tajuk utama dalam kempen 2 Bukit.

2. Saya cuma nak bincang tentang tindakan "pejuang Bahasa" yang membuat laporan Polis terhadap Kerajaan.Walau pun mereka mendakwa tidak beremosi tapi dari memek muka dan cara bercakap, mereka ini terlalu emosi. Mereka bercakap seolah-olah tidak menguna akal fikiran yang waras.Mereka sanggup ugut Kerajaan yang kononnya rakyat tidak akan menyokong BN di PRU 13 jika tidak ubah mata pelajaran Sains dan Matmetik dalam BM.

3. Saya hairan orang yang mengaku cerdik pandai mempunyai pemikiran dan pendirian yang begitu cetek.Bagi saya mereka ini hanya mementing diri dan kedudukan sendiri.Tidakkah mereka ini berfikir apa yang telah diputuskan oleh Kerajaan mengenai PPSMI itu adalah untuk menjamin pelajar2 kita tidak ketinggalan dalam rebutan ilmu yang kian mencurah masakini?

4. Seperti Dato', saya juga adalah angkatan yang mengunakan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik sejak darjah 1 hingga tamat persekolahan.Tapi yang pentingnya saya masih mampu menguasai BM dengan baik dan masih berbangga jadi orang Melayu hingga hari ini.Saya juga mampu mendapat "A" dalam mata pelajaran BM bagi peperiksaan Senior Cambridge dan HSC dulu.

5. Bagi saya mereka ini adalah terlalu berimaginasi yang memikirkan orang Melayu kononnya akan hilang identiti jika PPSMI diteruskan.Kenapa tidak mereka ini lebih positif lagi dengan cari jalan untuk mengukuh dan memantabkan lagi guru2 kedua mata pelajaran itu dalam BI supaya pembelajaran lebih berkesan lagi.Ini akan beri lebih manfaat lagi dari berbalik semula ke BM.

6. Saya yakin jika kita semua bersabar nescaya dalam masa 10-15 tahun lagi anak2 kita ini juga mampu menterjemah dan mengeluar istilah BM dalam ilmu sains dan matametik yang berjaya mereka kuasai.

6. Sementara itu eloklah pejuang Bahasa ini memulakan tugas mereka dengan menubuhkan satu badan penterjemah pantas dalam kedua mata pelajaran ini supaya setiap istilah baru yang melimpah setiap hari dapat diterjemah segera dan seterusnya diedarkan.Itu pun kalau mereka mampu melakukannya.

Siti Khadijah said...

Dear Datuk AKJ,

The rakyat will make a wise choice. I reckon it will not make a difference on who is leading UMNO/BN. What is paramount is that the whole concept of the coalition got to change. They need to rebrand themselves by going to the ground.Listen to the people and please don't underestimate their intelligence. Work for the people and live your brand.If you say transparency and integrity then act based on these principles.Another extremely important point is that the rakyat is not just watching you but your family members too!

A KADIR JASIN said...

Sdra Hang Lekir,

Maaf tidak dapat menyiarkan komen sdra kerana terdapat ungkapan yang kesat dan berbaur tuduhan.

Bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih di atas maklumat mengenai Ketua Pengarang kumpulan NSTP dan asal-usul wawancara dengan Jamaluddin Jarjis yang disiarkan oleh Berita Minggu dan kemudiannya New Sunday Times.

Saya kurang pasti pengaruh JJ terhadap Mond Najib Tun Razak seperti yang sdra unjurkan.

Terima kasih.
Terima kasih.

Anonymous said...

Dato,
Ramai org Melayu (Islam) di sini begitu bangga mengundi PR. Misalnya: komen

"Rakyat khususnya org melayu semakin matang. Mereka tidak lagi menyokong membabi buta."
".... Dato tak percaya pergila ke masjid...telah lama beralih sokongan ke PR."

Memilih pemimpin dgn mengundi orang kafir yg makan babi?, berjudi?, minum arak?, berzina??? Ini yg dikatakan org Melayu matang? Ini yg dikatakan org ke masjid?

Maaf. Saya tidak akan memberi undi pada calon bukan Islam yang bertanding di tempat yg majoriti pengundi ialah Melayu. Walaupun calon BN.

Tak cukupkah kita beri mereka ini kerakyatan, kesenangan? Mengapa nak diberi jadi pemimpin? Tidak ada lagikah org Islam yang boleh menjadi pemimpin tempat yg majoritinya org Islam??????? Kalau tempat yg majoriti bukan Melayu, tak kisahlah siapa pun calonnya.

Saya bukan racist. Racist ialah seperti di USA. Kulit hitam tak boleh undi. Kulit hitam tak boleh satu restoran atau satu bas dengan kulit putih, etc etc. Kalau masih tak faham, saya tak terkejut kerana keputusan peperiksaan di sekolah pun majoriti tak dapat A dalam kefahaman/comprehension.

Saya cuma hendak hak saya sebagai orang Melayu di Tanah Melayu.

Kepada yang mengaku Islam tu. Fikir2kan lah. Jangan bangga dengan pemimpin kafir anda. Nak kena jawab di akhirat nanti.

*manletih*

Anonymous said...

Salam Dato,

Tak reti nak komen PKR dua Bukit sebab saya bukan orang sana. Cuma nak komen isu 'derhaka'.

Pada UMNO, sudah2lah mainkan isu derhaka pada Sultan. Kalau diulang2 benda yang sama, orang akan jadi muak. Lainlah kalau ada angle baru. Bayangkanlah, PRK lagi sebulan lebih, pastinya masa kempen kelak isu derhaka ini akan digunakan sepenuhnya UMNO. Tak tahulah saudara2 serakyat di kedua bukit sana, saya sendiri dah mula muak nak baca suratkhabar. macam dah takde isu lain. Kalau berterusan 50 hari lagi ??? mau muntah rasanya.

Jangan dianggap BN pula yang ketandusan isu.

Anonymous said...

Datuk,

Saya tidak setuju dengan pembahas yang mendakwa pejuang-pejuang bahasa yang menentang PPSMI sebagai kurang akal. Mereka semuanya bijak pandai. Mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dan paling penting mempunyai kecintaan terhadap bahasa dan bangsa yang juga cukup tinggi. Dan mungkin juga terlebih akal.

Apa masaalah PPSMI. Ramai yang berpendapat ianya menyukarkan pelajar-pelajar Melayu di kampung-kampung. Banyak isunya. Isu guru-guru Sains dan Matematik (S&M) yangf tidak mahir bahasa Inggeris. Soal para pelajar yang tidak faham bahasa Inggeris. Soal ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak-anak ke kelas tuition. Soal ketidak mampuan ibu bapa untuk mengajar atau membantu anak dalam matapelajar berkenaan kerana mereka sendiri tidak faham bahasa Inggeris. Perlu ingat majoriti orang-orang Melayu tinggal di luar-luar bandar.

Dasar ini tidak memberi apa-apa masalah kepada pelajar-pelajar yang tinggal di bandar-bandar. Sebahagian besarnya anak-anak pegawai-pegawai kerajaan, ahli koperat, ahli-ahli perniagaan atau kakitangan swasta. Selain daripada ibubapa sendiri yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris ibu bapa juga mampu menghantar anak-anak ke kelas tuition. Tambahan pula guru-guru yang mengajar di bandar-bandar kebiasaannya fasih dalam bahasa Inggeris. Sementara pelajar-pelajar pula terdedah kepada bahasa Inggeris. Janganlah kejayaan anak-anak Melayu dibandar-bandar dijadikan kayu ukuran untuk meneruskan PPSMI.

Saya juga membaca beberapa komen dari golongan cerdik pandai yang berjaya hingga menjadi doktor dan jurutera lulusan luar negara sedangkan mereka dulunya adalah produk sistem bahasa Melayu. Agak pelik mereka juga menentang PPSMI. Bukan kerana kurang akal tetapi kerana menggunakan akal untuk menganalisa keadaan.

Pengkritik-pengkritik PPSMI bukan anti bahasa Inggeris. Tetapi ada pihak-pihak yang sering memutar belitkan keadaan mendakwa kumpulan ini menentang bahasa Inggeris. Sebaliknya kumpulan ini adalah hasil dari sistem pelajaran Bahasa Inggeris. Pro. Ismail Hussein umpamanya menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris yang cukup baik (Saya dan ribuan graduan Universiti Malaya adalah bekas pelajar-pelajar beliau. Tetapi ini tidak pula bermakna saya menyokong beliau kerana saya bekas pelajar). Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Gapena lainnya.

Sebaliknya Pengkritik-pengkritik PPSMI percaya dasar PPSMI tidak mencapai matlamat selagi para pelajar tidak fasih bahasa Inggeris. Cerita ini seolah-olah sama dengan orang Melayu yang pergi ke Perancis, tetai tidak faham bahasa Perancis. Lalu apabila ditanya dalam bahasa Perancis dia akan menjawab dalam Bahasa Melayu. Begitulah lebih kurang cerita lawak yang pernah saya dengari.

Mungkin pada generasi lama bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang asing, tetapi lain halnya dengan generasi baru. Jadi adalah janggal untuk membandingkan generasi lama dengan generasi baru. Saya sendiri produk sekolah pengantar bahasa Inggeris awal 60an. Tetapi pandangan saya dalam isu PPSMI hampir-hampir sama dengan Gapena.

Kita akui bahasa Inggeris itu cukup penting. Bahasa ilmu dalam berbagai bidang sains, komunikasi bahkan dalam bidang saster juga. Lantaran itu, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa kedua negara ini. Tetapi untuk mempertingkatkan kefasihan para pelajar dalam bahasa Inggeris bukanlah melalui PPSMI.

Sebaliknya penumpuan/penekanan hendaklah diberi dalam pembelajaran bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran. Kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah-sekolah hendaklah ditambah. Kalau sekarang ini 10 jam seminggu ianya perlu ditambah mungkin sampai 20 jam. Biar para pelajar merasai nikmat belajar hingga mereka boleh bermimpi dalam bahasa Inggeris. Biar mereka juga boleh berfikir seperti mana genersi lama iaitu berfikir dalam bahasa Inggeris meskipun ketika menulis dalam bahasa Melayu.Latihkan guru-guru supaya jangan ada antara guru-guru bahasa Inggeris yang dipermainkan para pelajar. Hantar mereka belajar TESL di luar negara.

Bawa masuk guru-guru bahasa Inggeris dari Negara-negara Komonwel (yang terpilih sahaja) dan Amerika Syarikat untuk mengajar di sekoah-sekolah, maktab-maktab perguruan dan universiti bahkan sebagai jurulatih bahasa inggeris kepada guru-guru bahasa Inggeris disekolah-sekolah. Lantik semula guru-guru bahasa Inggeris yang pencen dan pesara-pesara kerajaan yang fasih dalam bahasa Inggeris untuk menjadi guru bahasa Inggeris.

Ramai yang bimbang kegagalan para pelajar Melayu lulus PPSMI akan memberi implikasi kepada bangsa Melayu dimasa-masa hadapan. Maka akan berkuranglah anak-anak Melayu yang akan menjadi doktor, jurutera dan sebagainya. Sekiranya ini berlaku bermakna nasib masa depan orang-orang Melayu semakin malap.

Apa salahnya kalau S&M diajar dalam BM sepertimana sebelum PPSMI. Tahun-tahun 80an dan 90an ribuan para pelajar Malaysia dan Melayu dihantar belajar ke US, UK, Australia dan sebagainya.Mereka lulus dan kembali bertugas dan kini memegang jawatan yang tinggi. Saya sendiri amat mengenali dan bergaul rapat dengan para pelajar tajaan JPA, Mara, Petronas, TNB yang dihantar belajar di Amerika Syarikat khususnya disekitar Los Angeles.

Perlu ditekankan sekali lagi pengkritik PPSMI bukan anti bahasa Inggeris atau anti intelektual. Cuma mereka terlebih fikir. Mereka berfikir untuk kebaikan dan nasib bangsa dan bukan untuk diri sendiri sahaja.

Isu ini telah berkali-kali disiarkan diakhbar-akhbar. Harap PM dan menteri-menteri khususnya Menteri Pelajaran mengambil maklum tentang perkara ini. Tetapi jangan sekali-kali anggap kritikan sebagai sesuatu yang negatif.

Tetapi saya agak tidak senang apabila PKR dan Pas telah "hijack" isu ini untuk kepentingan politik mereka. Oleh kerana itu wujudlah tanggaan yang pengkritik-pengkritik PPSMI mempunyai agenda yang agak sama dengan pembangkang.

Anonymous said...

Datuk Scribe,

Tumpang lalu.

Nak ulas Anak Perak. Ulasan awak menarik. Saya pun kenal konon2 pejuang bahasa yang awak sebut itu.

Saya pernah berjumpa dan berbual dengan Ismail Hussein di Gapena. Saya cakap Melayu, dia cakap Indonesia. Saya cakap Melayu, dia cakap Inggeris.

Hassan Ahmad pun serupa. Saya cakap Melayu, dia cakap Inggeris.

Sebab mereka ini tahu bahasa Inggeris mereka lebih hebat daripada bahasa Inggeris saya.

Saya pun orang kampung. Tapi kalau kita didik anak kita betul2, bahasa Inggeris bukan susah sangat hendak dikuasai.

Jadi saya kata, mereka ini betullah bukan anti bahasa Inggeris tapi mereka juga bukan pejuang bahasa Melayu. Kalau mereka berjuang bahasa Melayu, tentu mereka sokong mana2 dasar yang akan memperkayakan bahasa Melayu melalui pembelajaran.

Tapi bagi saya, mereka ini adalah hipokrit!

Mudah saja, mereka berpelajaran Inggeris, anak2 mereka berpelajaran Inggeris dan cucuk mereka pun berpelajaran Inggeris. Tapi anak kita orang kampung, mereka suruh cakap Melayu saja. Inilah perangai manusia hipokrit.

Jadi sdr Anak Perak janganlah termakan dakyah mereka. Belajarlah sebanyak bahasa yang boleh. Kenapa kita mesti debat bahasa Melayu dan Inggeris saja? Apa hal dengan bahasa Arab bahasa al-Quran? Atau bahasa Cina kalau kita tahu susahlah orang Cina nak tipu kita di pasar?

Datuk,

Maaf saya pun nak sambung ulas kepada Manletih. Saya setuju tu. Kalau Cina dan India dah tolak pemimpin Islam dalam Umno dan Pas, pasal apa kita orang Melayu sibuk sangat nak sokong calon Cina dan India?

Kita tengok dalam Parlimen. Calon Umno yang menang tu semuanya dari kawasan majoriti Melayu. Boleh kata semua calon Cina dan India dari BN ditolak oleh Cina dan India. Tapi mereka tak pulak sokong calon Pas. Sebab itulah dalam Parlimen, ada 33 PKR, 28 DAP dan hanya 23 Pas.

Saya setuju tu. Umno jangan sangat bagi muka kepada Cina dan India yang tolak calon bangsa mereka sendiri pada PRU ke-12. MCA, MIC dan Gerakan kena bukti dulu mereka sekarang sudah dapat balik sokongan Cina dan India. Jangan dok asyik mintak kerusi saja.

Salam.

Dr Haris

fital said...

Menurut ahli nujum pak belalalng jika pad 7hb tu bulan mengambang PAS akan menang di Bukit Gantang, jika bulan sabit UMNO akan menang.

Di Bukit Selambau menurut tukang telek PR akan menang.

Anonymous said...

AKJ,

Saya pikir, jauhkanlah anak menantu kesayangan PM dari kedua dua bukit ini jika BN bercita-cita untuk menang. Tapi kalau mahu jadi mat jenin, menang sorak tapi kampung tergadai.. maka lepaskanlah anak menantu PM tersebut untuk bermaharajalela di kedua dua bukit ini.. nanti kempunan pula dia nak kebumikan orang.

pak badol

Unknown said...

"When asked by the press reporters whether Karpal and NIzar would be detained under ISA, the PM said no."

How can PM sign orders to detain them?

Since their actions and words are now are very much sought after and a 'plus point' for UMNO/BN to capital-lies and spin in the up coming bye-election!

On the issue of Hudud, PR, Anwar and 'saman Sultan', indirectly Mr Karpal is helping the malays to be united, and UMNO needs a person like him very much!

Anonymous said...

Salam Datok,

Saya merasakan yang BN perlu berpijak di bumi yang nyata dan cepat sedar.Kemarahan rakyat jelas terbukti tapi seolah-olah cuba dilindungi oleh media massa yang memang semua tahu dalam kawalan BN. Lagi banyak serangan palsu dan melampau oleh BN dalam media massa, lebih meluat rakyat pada mereka hatta penyokong Bn sekalipun.. kembali berkhidmat pada rakyat, mungkin rakyat boleh beri peluang..teruskan apa yang dilakukan sekarang... BN tak mungkin boleh hidup lebih lama..

bat8 said...

dato

saya menyokong penuh pendapat anak perak mengenai masaalah PPSMI. Izinkan saya mencoret pengalaman saya sebagai bapa kepada murid darjah 2.

Pada tahap darjah 2, murid-murid diajar mengenal benda-benda asa dalam bahasa inggeris seperti bola, berjalan, jenis binatang dsb yang asas-asas. Grammar atau tatabahasa tidak disentuh lagi.

Manakala dalam pelajaran matematik mereka diajar campur, tolak dengan menggunakan bahasa inggeris. Kebanyakan murid-murid dapat membuat latihan dan menjawab soalan apabila soalan berbentuk angka diberi.

Masalah mula timbul apabila soalan matematik diberi dalam bentuk ayat.Macamana murid darjah 2 hendak memahami soalan matematik yang ditulis menggunakan grammar penuh bahasa inggeris dalam peperiksaan - sedangkan dalam matapelajaran bahasa inggeris mereka hanya belajar mengenal bola, binatang dsb sahaja.

Saya pernah membangkitkan masaalah ini dalam mesyuarat PIBG namun pihak PIBG tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba membawa perkara ini keatas.

Orang yang paling layak untuk ditanya masaalah ini adalah TDM sendiri. Dialah yang tergesa-gesa mahu pengajaran bahasa inggeris dalam matematik dan sains.

bat8

Anonymous said...

Datuk,
Hari ni heboh isu Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar luas sekarang ni adalah dirinya. Sila rujuk Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Saya taktau nak kata apa dah. Tapi harap PAS buka mata. Kalau Chua Soi Lek reti saja letak jawatan, tak payah tunggu lama-lama. Itu yang dalam Barisan Nasional.

Saya harap PR yang mendakwa memperjuangkan nilai-nilai budaya Malaysia akan ambil tindakan sewajarnya.

Ini bukan soal "Kalau kau buat, aku pun boleh buat juga". Ini soal moral pemimpin. Harap-harap kita boleh berfikiran terbuka dalam soal ni.

Lagipun, bukan semua pemimpin dalam PR yang rendah moralnya seperti YB Exco yang mengaku beraksi lucah tu. Pecat sahaja dia, dan move on to more important agenda, untuk menjaga kebajikan rakyat.

Anonymous said...

Yang Mulia DKJ,
Kadang-kadang saya rasa heran dengan pendirian sebahagian besar orang-orang UMNO berhubung dengan isu politik yang telah berlaku di Perak. Olehkerana terlalu taksubnya mereka kepada parti, mereka tidak lagi dapat melihat sesuatu isu itu secara objektif dan rasional.Mereka lebih menggunakan emosi dan sentimen semata-mata.
Mengenai 'sembah derhaka' ( bahasa istana yang bermaksud 'memaklumkan tidak bersetuju')Mohd Nizar kepada Sultan Perak di atas titah baginda supaya dia meletak jawatan atau kalau tidak, dianggap jawatan MB itu kosong adalah konsisten dengan perlembagaan Perak, 'rule of law' dan prosedur demokrasi. Titah baginda hanyalah berasaskan bahawa Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN dalam DUN Perak ( setelah UMNO/BN memaklumkan kepada Sultan bahawa mereka telah mengambil alih majoriti secara tidak demokratik).
Hakikat bahawa Tuanku Sultan tidakpun menandatangani satu surat atau watikah menitahkan penamatan perkhidmatan Nizar sebagai MB menunjukkan bahawa Sultan telah menggunakan budibicaranya sahaja untuk menasehatkan Nizar ' Yob, kamu tak dapat sokongan majoriti ADUN, berenti sajalah Yob '.
Tapi pandangan 'derhaka' Yob ini pula berbeza kerana berasaskan Perlembagaan (Undang-undang Tubuh)Negeri Perak dan amalan yang dibuat dalam demokrasi ,dia hanya boleh ditamatkan perkhidmatannya setelah satu usul tidak percaya terhadapnya dibentang dan diluluskan dalam persidangan DUN.Bila DUN telah luluskan, samaada dia letak jawatan atau Sultan tamatkan perkhidmatannya sebagai MB barulah tidak ada apa-apa yang hendak dipertikaikan lagi.
Macam Ketua organisasi yang hendak menamatkan perkhidmatan kakitangannya.Tidaklah boleh dengan hanya berasaskan laporan beberapa orang bahawa si Polan itu mencuri , maka dia pun diberhentikan. Olehkerana mencuri itu satu kes jenayah, perlulah ditunggu keputusan mahkamah mensabitkan kesalahan itu dahulu.Jika kesalahan itu berkait dengan hal bukan jenayah, maka perlullah di bawa ke Lembaga Disiplin dan mendapat keputusannya.Dalam kes Nizar ini , ia tidak melibatkan kelakuan jenayah pun, tetapi prinsip dan kaedahnya mestilah serupa. Macam kata Tengku Razaleigh, hanya DUN yang berhak menentukan samaada MB patut dilucutkan jawatannya ataupun tidak, bukannya atas arahan mana-mana pihak lain.
Maka sekiranya Nizar dianggap sebagai penderhaka dan menghina Sultan oleh orang-orang UMNO ini, maka sewajarnyalah KU Li juga patut diheret sama.

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

bkt gantang tiada masalah kpd PR, bkt selambau 50-50 calon tempatan bersih dan mesra amat penting, masihkah ada calon BN sebersih semesra sebegitu???

sebenarnya proses pr tidak membebankan negara, pemimpin atau parti asalkan mengikut undang2 dan perlembagaan, tidak perlu pak lah, kj mahupun dsn berkampung berminggu2 dibkt2 tersebut, tabur wang, janji projek,bg beras kain batik, dizaman2 kegawatan ketidak tentuan ini adalah lebih baik pak menteri2 fokus kpd negara, biarlah proses demokrasi berjalan seperti yg termaktub dlm perlembagaan, mudah bukan!!! amat malang sekali pak menteri2 yg sibuk berkempen terjerit terlolong bersumpah laknat tetapi keadaan negara yg tiada hala tuju dan membimbangkan dibiarkan lesu

p/s : bebaskan tv,radio dan suratkhabar pasti pengundi akan bg kredit kpd bn....

HAMBA ALLAH

A KADIR JASIN said...

A comment has been anonymously sent to this blog. It purports to be a comment by one SA Vigneswaran.

If the comment is indeed from SA Vigneswaran, I hope he will resend it and sign his name.

Thank you.

samagreen said...

Salam DKJ

Teman lihat begini,

1) Sapa suruh VA letak jawatan at d very first place?

2) Andaikata VA tak letak jawatan dan RS tak meninggal dunia, apa perlunya diadakan PRK?

3) Hidup/Mati adalah 'ketentuan' dari Dia!! Jatuh/Bangun adalah jugak 'ketentuan' dari Dia...... Dia Yang Maha Kuasa & Dia Maha Mengetahui!!

4) BN has nothing to lose, bcos both Bukit Selambau and Bukit Gantang not theirs.

5) Oleh tu, mendaki dua bukit ni adalah satu 'pertandingan' bagi BN, dan adalah satu 'ujian' bagi PR. Wallahualam


samagreen
sg rapat, ipoh

p/s
-Jika VA boleh menghormati sensitiviti istana, mengapa Yeop Nizar sebaliknya??

-Furthermore, Exco sekadar dilantik oleh MB, tapi MB diperkanan/dilantik oleh Sultan!!

~ Mungkin 'harga diri' VA lebih tinggi dari Yeop Nizar??

Unknown said...

Dato'

Dok sembang ngan kengkawan kat RR Bukit Dukong sambey pekena teh tarik/tokua bakag kami membuat kesimpulan berikut;

Peluang BN nak menang kat mana-mana tempat la ni kat kawasan-kawasan yang bermula dengan:

BUKIT, KUALA, CHEROK, SUNGAI, GUNUNG, PANTAI, PARIT, PAYA, HULU,
TITI, SIMPANG, BATU....

Peratus nak menang agak tipis.
Betoi tak betoi taktau laaa...

Tapi harap-harap takdak mangkuk yg pi tidog tengah jalan tak bagi Sultan lalu dah la.

mad said...

saya dari sarawak. pagi tadi semasa minum di kedai kopi saya mendengar seorang pakcik yg duduk disebelah bercakap tentang politik tempatan. dia bercakap mengenai tanah yg dimiliki oleh seorang ahli politik tempatan yg seluas 800 ekar di sebuah kawasan pendalaman. dia meragui bagaimana ahli politik itu dgn senang saja mendapat tanah yg banyak sedangkan org2 tempatan kawasan itu amat sukar mendapat tanah walaupun seekar dua saja. dia juga mengatakan inilah salah satu punca mengapa org2 di semenanjung kini beralih kepada pembangkang. pakcik ini berumur dalam lingkungan 60an. kalau dulu pakcik dalam lingkungan umur ini memang sudah pasti penyokong bn.

minggu lepas bapa saudara saya dari kampung datang ke bandar untuk membuat urusan. oleh kerana kampung terlalu jauh dia terpaksa bermalam dirumah anaknya beberapa hari. perjalanan ke kampung saya memerlukan dua penerbangan, sekali menggunakan boeing air asia dan sekali menggunakan 'twin otter' mas. saya sudah lama tidak berjumpa dengan bapa saudara saya ini dan saya bersama adik saya membawa dia makan malam disebuah restoran. bapa saudara saya ini sememangnya bukan jenis org yg ambil tahu hal politik, namun antara perbualan kami malam itu menyentuh perihal politik malaysia, atau lebih tepat lagi mengenai salahlaku ahli politik khasnya ahli politik parti pemerintah. dia juga merungut perihal seorang yb dikampung yg sudah menyandang kerusi selama hampir 20 tahun, kini mempunyai ladang kelapa sawit yg luas dan mendapat beberapa projek. dia sedar hal begini sebenarnya bukan sesuatu yg normal.

datuk, saya mengambil dua contoh insiden ini utk menyatakan bahawa rakyat lingkungan umur 50 keatas sudah mula beralih kepada pembangkang. ini sesuatu yg jarang berlaku lebih2 lagi di sarawak. kalau org2 muda tak hairanlah kerana memang majoriti mereka menyokong pembangkang. ini cuma pengamatan saya secara kasar dan bukan melalui bancian yg sistematik.

oh ya datuk, saya meramalkan bn akan tewas dengan majoriti lebih besar di 2 bukit itu nanti. terima kasih datuk

Iskandar PT said...

Salam Dato',
Kalau dalam peperangan dulu-dulu (Perang Dunia 1 atau 2), strategi menawan bukit akan mendatangkan kelebihan pada pihak yang menawan kerana kelebihan pada pihak tersebut ialah dapat melihat jauh ke sekeliling kawasan yang di tawan dan pihak musuh sukar untuk memanjat bukit tersebut. Namun pada peperang hari ini, dapat menawan bukit bukan lagi suatu kelebihan di sebabkan senjata yang digunakan lebih canggih.
Dalam isu P59 dan N25, pihak yang cuba menawan kembali ialah BN dan pihak yang telah merampas ialah PR.
Andaikata pihak BN menggunakan senjata dulu-dulu, pasti BN akan tewas kerana senjata yang digunakan dah lapok. Kalau BN menurunkan segala kekuatan dari Jeneral 4 bintang hingga ke soldadu untuk menawan P59 dan N25 pun, mungkin BN tewas jugak kerana pengundi kat situ meluat tengok Jeneral 4 bintang mengetuai serangan hendap jer dan masuk kampong bila ada PRK.
BN/UMNO kena guna senjata moden yang tak perlu bunyi bising bila diletupkan,satu peluru boleh tembak sampai 10 musuh tumbang, bom yang BN gunakan terlalu bising bila meletup dan mengenai musuh pun, macam meriam karbaid.
BN/UMNO kena banyak guna akal bukan gunak otak udang yang hanya sedap bila makan ngan laksa jer.
Maklumlah bila dah memerintah lebih 50 tahun, karat pun dah banyak dan bebal pun dah tebal.
Strategi guna masjid, majlis sumbangan, majlis pecah tanah dan macam-macam majlis yang sumbang-kumbang dah tak relevan lagi, tunjukkanlah keikhlasan dalam perjuangan, berjuanglah demi Agama, Bangsa dan Negara dan bukan berjuang untuk perut dan kroni.Nescaya pengundi akan menaruh kepercayaan dan mengundi semula untuk BN/UMNO

Anak_Parit

Mussolini said...

hehehe sapa sangka cempedak dah jadi nangka tok AKJ

angin tak ada ribut tak ada tiba2 bukit lanjan pon akan ada by-election

kena mendaki 3 bukit daaaa

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

pendakian yg makin sukar untuk umno bn, sekarang 3 bukit menanti utk didaki!!!

kenyataan2 yang memualkan byk dikeluarkan oleh menteri2 umno, ini akan membuatkan komponen parti yg lain jugak akan jelek dgn buruk perangai umno ini!! hanya mca,mic,gerakan dan ppp shj berusaha keras utk memulihkan imej bn sedangkan umno hanya menambahkan lagi najis yg telah sedia terpalit dan mulai mengering!!

p/s : pastikan calun bn hilang wang deposit kali ini!!!!

HAMBA ALLAH

cree said...

Kepada kontraktorwibawa,jangan melihat isu dari satu sudut.Cuba kaji punca ianya berlaku.Bagi kes Perak,Sultan akan lebih dihormati jika bertindak sebagai orang tengah.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya budak baru belajar, tapi dari pemerhatian saya bila ada kes PKR menderhaka kepada raja..terus2 diwar warkan seantaro dunia, tapi bila org dari BN menderhaka ...takpa, kenapa double standard?

satu lagi bab merderhaka ni pun pelik jugak..untuk org yg bila org pertikai hukum Allah tak berapa kisah, tapi kalau pertikai pasal melayu, raja dll menyalak mengalahkan anjing...

Saya kurang setuju kalau disebut raja sebagai penaung agama, bab tutup aurat anak bini pun tak lepas lagi, mungkin boleh diperbaiki..

sekian wassalam

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

keadaan politik malayISA semakin kalut dan memalukan, gambar terselak kain dihebohkan gambar bugil!!bagaimanapun syabas YB EW kerana sikap bertanggungjawab, berani buat berani tanggung, biar rakyat menjadi hakim nanti di bukit lanjan

mb haram dan exco haram sudah digantung, syabas saya kepada akitek dsn, nanti rakyat jua akan menjadi hakim keatas perlakuan tuan

kalau dihitung2 mahu dekat rm75juta akan dibelanjakan oleh KERAjaan utk PRK nanti(15X5), tahniah KERAjaan kerana bijak membelanjakan duit rakyat

yang terseksa dan gawat adalah rakyat bukan tuan pembesar negara

p/s : tuanku sultan perak harus mencari formula baru untuk menyelesaikan kekusutan ini

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

salam DAKJ n Bloggers,

2 bukit atau kemungkinan besar 3 bukit tambah 1 batang (",)

kebencian rakyat meluap-luap, kalau dahulunya rakyat akan terasa kehilangan, mengirim ucap takziah kpd ahli keluarga simati,bersama-sama berdoa keatas rohnya tapi tidak di malayISA kini....apa yang mereka fikir hanya by-election!! bn telah berjaya menukar budaya pemikiran rakyat mahean....syabas bn

HAMBA ALLAH

Anonymous said...

Salam buat Abg KJ blogger yg baru saja saya lihat disudut Pendang dalam ASTRO AWANI sekarang ini. Didalam pengalaman saya dalam Politik Malaysia terutama bersengkutan dengan UMNO memang Kepimpinan nya adalah terlalu Agrsif. Ini bukan salah Parti UMNO tetapi adalah Pelakon didalam Parti UMNO itu sendiri. Pemimpin UMNO terutamanya Tim. Presidennya terlalu YAKIN dan BERKUASA. Menurut PENGAMATAN dan FIRASAT saya. UMNO akan KECUNDANG ketika Datuk Najib menjadi Presiden UMNO dimasa mendatang nenti. Kalu Abang KJ tidak percaya lihatlah PERISTIWA ini berlaku ataupun tidak.Pemimpin Parti UMNO tidak pernah jadi Pembangkang makanya mereka benar2 merasakan diri mereka "POWERFULL". Mereka tidak menyedari ada lagi yang MAHA berkuasa......

M.Shapawie said...

Salam Buat DAKJ, Saya selaku pemimpin kerdil ja, Sebagai pemimpin Kerdil saya suka minum dengan Kawan2 dan orang tu2 di Kedai Kopi. Kekadang sampai 5 & 6 meja sehari. 1 minggu 3,4 kali saya begitu. Memang BN ni akan berakhir Riwayatnya ditangan Datuk Najib saya lihat. Kerana 90% Kawan2 yang saya temui rata2 menyatakan pendirian mereka. Di Negeri Sabah atau Sarawak Fenomenanya sama sahaja. Apa lagi di Semananjung, Saya naik taksi 90% pemandu Taksi pro Pembangkang. Apa yang menyedihkan mereka bercakap tingkah laku Kepimpinan BN itu sudah terlalu MEMUAKkan Rakyat...Kenapa FENOMENA ini berpunca DAKJ? Sikap dan Sifat yang memuakkan Rakyat dinegara ini saya lihat adalah berpunca dari Liputan Mediamassa yang berat sebelah dan Sifat Kepimpinan BN yang menggamalkan DOUBLE STANDRAD, Terutama sekali kepada Penduduk dinegeri Sabah/Sarawak.Kerajaan BN Negeri Sarawak tidaklah begitu boleh dikutak ketikan oleh kepimpinan BN dari West Malaysia kerana kepimpinan Negeri Sarawak tidak mudah tunduk akan kehendak Pemimpin Semenanjung. Bukan seperti Pemimpin Negeri Sabah yang suka Mengampu. Pemimpin Negeri Sabah Mengampu kebanyakan mereka bukan berketurunan orang Sabah @ Malaysia yang asli.COntohnya mcm Datuk Musa Aman bapanya dari Pakistan, Datuk Shafie Afdal, TS.Pendikar Amin dari Southern Philipines. Pengeluaran MAY KAD juga berlaluasa di Negeri Sabah. Pemberian MAY KAD di Negeri Sabah kepada Pendatang2 Asing dari Pakistan,Indonesia dan Souterh Philipines memang bermula dari Era Datuk Hariss Mohamad Salleh lagi. Jangan sekali kali DAKJ tidak mengambil kira akan Permasalaahan kami di Sabah. Kerana ini juga menjejaskan Anak2 diSemenanjung Malaysia juga. Kerana anak2 (Indonesia,Pakistan dan Philipines) ini sudah pun banyak menyertai Tentera,Polis,Jab.Imigresen dan Jabatan2 Kerajaan Malaysia, Malahan YB2 MP dan ADUN di Negeri Sabah pun sudah ada banyak....DAKJ jangan tidak menolong kami didalam Blog DAKJ berkenaan dengan Pemberian MAY KAD ini. Fenomena ini akan MENJEHANAMkan lagi Negara kita pada satu hari....

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).