Sunday, July 19, 2009

Kes Teoh: Ujian Integriti dan Kewibawaan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[MUTAKHIR, 22 Julai]KABINET Persekutuan Malaysia dalam sidang mingguannya hari ini memerintahkan agar diadakan “inquest” ke atas kematian Teoh serta ditubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Di-Raja bagi “menyiasat kaedah penyiasatan yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia”.

Terlanjur cakap, rasa-rasanya elok juga diadakan juga kajian kehakiman (judicial review) serta penubuhan Suruhanjaya Di-Raja bagi menyiasat hukuman sebat enam kali ke atas seorang muslimat Singapura oleh Mahkamah Syariah Kuantan kerana sabit tuduhan minum arak di khalayak ramai.

Bidang kuasa suruhanjaya yang dicetuskan oleh kematian Teoh itu, seeloknya direka dengan sebegitu rupa bagi membolehkan semua bangsa di Malaysia membawa semua kes kematian dalam tahanan (tidak kira tahanan SPRM, Polis atau mana-mana agensi penguatkuasaan) untuk disiasat.

Pasti bukan orang bangsa Cina saja yang mati dalam tahanan. Kalau tidak salah, Melayu pun ada. Tapi yang paling kerap dilaporkan adalah India.

Inilah masanya semua bangsa di Malaysia bangkit menuntut hak dan perlindungan yang sama rata kerana nyawa, tidak kira nyawa orang bangsa Cina, bangsa Melayu, bangsa Tamil, bangsa Iban, bangsa Kadazan, bangsa Punjabi, bangsa Siam dan Bangsa Benggali sama saja di sisi undang-undang. Darah sama merah.

[Posting Asal]

SATU ciri yang menghubung-kaitkan majoriti pembahas blog ini adalah dakwaan bahawa saudara dan saudari matang dan bersifat toleransi.

Itulah ungkapan yang kerap saudara dan saudari gunakan apabila mengkritik sesuatu pihak, khasnya kerajaan, dalam blog ini. Tetapi maaf cakap, pada masa yang sama hujah sesetengah saudara dan saudari menampakkan ketidakmatangan dan kurangnya sifat toleransi.

Saya sangat dukacita apabila ada pembahas yang menghantar komen ke tampalan yang lalu mengutuk saya kerana tidak menulis mengenai kematian Teoh Beng Hock, 30 tahun, pembantu kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Teoh ditemui mati Khamis lalu di atas bumbung tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan penyiasatan salah guna kuasa ke atas beberapa orang Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Ada beberapa orang yang memanggil saya bodoh, penakut dan kaki ampu kerana tidak menulis mengenai peristiwa itu. Saya tidak menyiarkannya. Pembahas yang sama kerap menggunakan ungkapan seperti kematangan, toleransi, keadilan dan kebebasan apabila menghantar komen ke blog ini.

Inilah pekerti dan tindak tanduk yang menyebabkan dunia siber Malaysia masih hambar dan dicurigai walaupun mempunyai peserta yang semakin ramai. Tidak hairanlah jika media baru ini sering dituduh menabur fitnah dan berdusta.

Memandangkan sikap, sifat dan akhlak yang negatif ini, saya terpaksa terus menolak komen-komen yang tidak menepati syarat yang saya sebutkan di permulaan setiap tampalan.

Tindakan tergesa-gesa membuat kesimpulan, mencipta teori konspirasi yang bukan-bukan dan menghukum tanpa penyiasatan dan perbicaraan bukanlah cara orang yang matang, adil dan toleransi.

Manusia akan terus jatuh ke bumi selagi ada tempat tinggi dan graviti seperti durian yang jatuh ke bumi dan tupai yang memakannya juga jatuh ke bumi. Hatta unggas yang terbang bebas itu pun akan jatuh juga ke bumi kalau tidak mengepakkan sayapnya.

Kita hanya boleh membuat andaian berasaskan apa yang kita tahu. Misalnya, kita dimaklumkan oleh media massa yang mendiang Teoh bukanlah orang yang disiasat. Dia adalah saksi dalam penyiasatan.

Tetapi saya boleh bayangkan tekanan yang dilaluinya kerana sebagai wartawan dan pengarang saya pernah beberapa kali disoal-siasat bagi membantu penyiasatan polis dan sekali bagi membantu penyiasatan Badan Pencegah Rasuah. Berpeluh!

Walaupun kita bukan matlamat penyiasatan dan bukan orang yang disyaki, namun beban menyatakan kebenaran adalah berat dan menakutkan. Apatah lagi kepada seorang muda yang belum banyak merasa asam garam kehidupan tetapi memikul tugas berat yang turut membabitkan wang ringgit.

Dalam kes penyiasatan BPR (kini SPRM) itu, saya disoal-siasat lebih daripada 10 jam. Ia berkaitan sumpah berkanun (statutory declaration) bekas seorang pegawai Bank Negara yang membabitkan seorang bekas anggota kabinet. Ini berlaku pada tahun 2000 dan 2001.

Seperti pernah saya ceritakan, prosesnya sangat teliti dan pada masa yang sama menggerunkan kerana ia membabitkan seorang yang berkuasa.

Mula-mula sekali kita terpaksa mengangkat sumpah mengatakan keterangan yang akan kita berikan adalah benar dan adalah kesalahan memberi maklumat yang tidak benar.

Kemudian kita akan disoal berulang kali mengenai hal yang sama. Pada setiap pertemuan, soalan yang sama akan diulang dan soalan baru dikemukakan.

Selepas selesai setiap siri penyiasatan, kita diminta membaca catatan pegawai penyiasat, membuat pembetulan dan menandatangani setiap halaman.

Penyiasatan boleh berjalan berjam-jam lamanya. Kita berhenti hanya untuk makan (selalunya nasi bungkus dan makan bersama pegawai penyiasat) dan, bagi orang Islam, untuk solat.

Bagi orang yang disoal-siasat ia tentulah amat membebankan walaupun pegawai penyiasat itu baik dan bersopan. Pegawai yang menyoal-siasat saya sangat baik dan bersopan santun. Dia berulang kali memohon maaf dan berkata dia sekadar menjalankan tugas.

Kita akan diminta mengemukakan pelbagai bukti, dokumen dan membuat deklarasi harta. Saya terpaksa mengisytiharkan aset saya untuk tempoh masa tertentu termasuk akaun bank, rumah dan pelaburan amanah. Hatta kereta Toyota Corolla terpakai yang saya beli untuk kegunaan anak-anak saya pun terpaksa diisytiharkan.

Masalah kita sekarang adalah masalah keyakinan, kewibawaan dan integriti. Kewibawaan dan integriti badan-badan penguatkuasaan, termasuklah polis dan SPRM, terus dipertikaikan.

Kita tidak boleh salahkan orang ramai sekiranya persepsi negatif ini berpunca daripada kegagalan pemerintah sendiri menunaikan janji menambah baik operasi dan pengurusan agensi-agensi berkenaan.

Misalnya, kita masih menunggu-nunggu penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) yang dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pada tahun 2006.

Integriti SPRM pula akan terus dipertikai selagi kes-kes sensasi yang diuar-uarkan akan dibicarakan pada era Abdullah terus disenyapkan dan kes-kes baru membabitkan politik wang ketika pemilihan Umno awal tahun ini didiamkan.

Inilah antara punca kerajaan dituduh melakukan pertuduhan berpilih (selective prosecution). Misalnya, daripada banyak kes ikan jerung yang diuar-uarkan pada awal pentadbiran Abdullah itu, hanya dua dibawa ke mahkamah. Satu masih berjalan sementara satu lagi dibuang kes.

Kesimpulannya, apa pun hasil penyiasatan mengenai kematian Teoh ianya tidak akan memuaskan semua pihak dan tidak akan mengatasi masalah persepsi negatif selagi janji-janji memerangi rasuah tidak dibuktikan dengan jelas, telus dan saksama.

Apatah lagi, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri, dalam ucapan perayaan 100 hari pemerintahannya pada 11 Julai lalu, telah berjanji untuk memerangi jenayah dan rasuah habis-habisan.

NOTA Kaki: Terima kasih kepada para “followers”. Kini bilangan pengikut sudah mencapai 600. Saya harap para “followers” akan saling lawat melawati blog satu sama lain dan sentiasa bersopan santun.

144 comments:

Man Ysf said...

Dato',
Kematian Teoh memang mengejutkan banyak pihak. Kematian beliau sejurus selepas berhadapan dengan sesi soal siasat SPRM telah menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya. Saya sebenarnya tidak berhasrat utk memberikan komentar tentang kes kematian Teoh, tetapi saya ingin menarik perhatian pembaca tentang tindakan2 SPRM yang kelihatan lebih cenderung 'menyerang' anggota2 PR.

Harus diingat, terhakisnya pengaruh BN dalam pilihanraya yang lepas ialah disebabkan persepsi rasuah di kalangan ahli BN/UMNO yang berleluasa. SPRM dilihat sebagai satu mekanisme utk menangani isu ini. Jika SPRM kelihatan lebih ghairah utk mengejar PR, isu asal (BN/UMNO korup) masih tidak terjawab. Adakah dengan memerangi PR maka sekonyong-konyongnya BN/UMNO menjadi bersih lagi suci?? Jika anda berbau busuk, menuduh org lain busuk tidak akan menjadikan badan anda berbau wangi. Oleh itu perkara ini perlu dilihat semula oleh pemikir2 BN. Rakyat Malaysia generasi baru berupaya membuat analisa dan melihat sesuatu perkara dngan lebih objektif. Jangan jadikan peristiwa ini dilihat sebagai satu lagi usaha pihak BN menekan PR seterusnya menebalkan lagi sentimen ketidakpercayaan rakyat kepada parti pemerintah yang sedang dilihat korup itu.

Sepenuhnya di Got-Tots

dan kajang said...

As'kum Datuk,

1. Kes Teoh ini adalah sangat sensitif dan penuh misteri.Ini kerana ketiadaan bukti untuk menunjukkan beliau dibunuh atau membunuh diri atau terjatuh.Oleh itu berbagai pihak,khuusnya Pembangkang cuba mengekploitasi dan sensasikan kes ini demi kepentingan mereka. Walaupun jika ada saksi yang melihat apa yang sebenarnya berlaku atau ada CCTV yang merakamkan kejadian itu, belum tentu masyarakat khususnya Pembangkang akan menerima bulat2 "finding" atau "conclusion" mengenai sebab kematian yang dibuat oleh Kerajaan.

2. Sebagai rakyat biasa yang tiada kepentingan terhadap kematian beliau,kami hanya mampu membuat tafsiran masing2.Dalam kes ini jika hendak dikatakan pihak SPRM yang mahu Teoh mati adalah sesuatu yang tidak masuk akal.Cuma yang boleh dikaitkan hanyalah, seperti yang Datuk katakan, mungkin cara soalsiasat yang dijalankan itu menyebabkan mendiang tertekan dan belian memilih jalan mudah untuk "keluar" dari kes yang disiasat itu.

3. Satu lagi andaian ialah mungkin juga pihak yang akan terlibat dalam kes ini mahu menutup mulut saksi penting ini dengan cara yang misteri ini supaya fokus selepas ini akan diberi terhadap menyelesaian kes kematian ini dan akhirnya kes salah guna wang rakyat terpaksa ditutup.Ini juga sukar dibuktikan kerana ketiadaan saksi dan CCTV yang dapat menunjuk orang yang mungkin terlibat.Andaian lain ialah mungkin juga beliau terjatuh sendiri.Ini juga sukar disahkan tanpa saksi dan CCTV.

4. Oleh itu,pada pendapat saya untuk ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kematian beliau hanya akan membuang masa dan wang rakyat sahaja.Walau apa keputusannya, ia tentu tidak akan diterima oleh Pembangkang jika ia tidak mengikut kehendak mereka.Pembangkang hanya mahu merosakkan kredibiliti Kerajaan sahaja.Mereka tidak peduli kebenarannya.Jika perlu sangat memadailah Kerajaan menubuhkan badan bebas menyiasat kematian mendiang Teoh ini.

5. Kita harap Kerajaan membuat keputusan yang bijak tanpa takut kepada terkanan pihak tertentu.

SUARA RAKYAT said...

Salam Dato.. bagi mereka yang belum pernah disiasat BPR/SPRM hanya tahu membuat andaian. Sejak kematian Teoh tulang belakang dan mata terlalu letih membaca para bloger... hampir 99.9% hanya handaian, dan tiada kebenaran. Apa yang Dato katakan soal integriti badan SPRM itu yang dipesoalkan. Apapun temuan badan ini, tidak akan memuaskan pihak2 tertentu.. kes ini akan terus dipolitikan.. sebagai alat "snooke tanjung" kepada kerajaan.

mtgbertam said...

Salam,

Secara peribadi saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan bidang tugas SPRM. Tetapi sebagai rakyat yg duduk dalam negara demokrasi, saya hairan kenapa SPRM amat pantas memulakan siasatan HANYA pada sebelah pihak. Manakala kes2 yg ternyata lebih besar dan mempunyai signifikan pada rakyat umum, yang melibatkan timbunan harta dan kekayaan pihak lain tidak pula sepantas itu.

Major (Rtd) D.Swami said...

Datuk,
Any sane person will not be able to trust the Police or the MACC. Remember Kugan? Nothing form the police so far, and he was only a suspect.

Look at the MACC Chief. Here is what I wrote:
“I can bet with you that it’s something that you will find on most men’s handphones,” - MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan
Sunday, July 19, 2009
This is the guy who heads the MACC. When his son was caught over the issue of his bringing child pornographic material into Australia. His son, a pilot, pleaded guilty and paid a fine for the offence. He said this,“I can bet with you that it’s something that you will find on most men’s handphones.” Is he not as sick as his son? Maybe he has porn in his handphone. Dear Ahmad, all men are not as perverted as you or as your son. We have mothers, wives, sisters, grandmothers, aunties and of course daughters. Maybe it is normal for men in your family to carry porn in their handphones.

So now the father of a porn carrying pilot wants us to trust him in his investgation of Teoh Beng Hock's death? Please we are not morons, by the way do not make my ba**s laugh with your so called investigation.They definitely have something to hide, his bunch of goons love cows and Lexus.

PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is conducting its own internal inquiry into Teoh Beng Hock’s death and will make public its findings.MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan said the commission had nothing to hide. “We will reveal all. When we have all the facts ready, we will hold a press conference and give a full report,” he said. Ahmad said the MACC would not be shaken by the attacks against it by political parties. “Politicians can say what they like. But whatever they claim will not change the facts and evidence. The truth will be out soon,” he said. Yeah, same truth like your son's porn in Australia with your convoluted logic!

Datuk, the case of Altantuya, even though has been concluded, has alot of questions, motive and who gave the orders. So ask yourself which institution can you trust?

Unknown said...

Salam Dato'

Kalau MACC dituduh menjalankan 'selective prosecution'... berasaskan pemerhatian saya dan pandangan peribadi...saya setuju. Tapi selective prosecution dan tuduhan menyebabkan kematian adalah dua perkara amat berbeza. Kita tidak boleh membuat kesimpulan tanpa sebarang penyiasatan. Masalahnya ialah penyiasatan dilakukan oleh polis, dan kita tahu kredibiliti polis di khalayak umum agak rendah.

Saya harap kerajaan BN sedar bahawa perkara seperti ini boleh menjejaskan sentimen...saya baru sahaja berfikir mungkin tindakan yang mereka ambil dalam tempoh sebulan dua lepas amat baik, dan melihatkan pertikaian pihak pembangkang, sentimen semakin berubah, termasuk sentimen peribadi saya sendiri.

Tapi yang akan mengubah sentimen kembali kepada PR dalam jangka panjang mungkin bukan kematian yang berlaku...itu mungkin kemalangan tragik, tetapi selective prosecution yang dilaksanakan, dan kematian ini menyebabkan selective prosecution itu mendapat lebih banyak perhatian di media (terutamanya media Internet)

Agensi kerajaan sebenarnya bukan agensi BN, ia agensi rakyat. Pengundi akan memberikan undi kepada parti yang menjadikan agensi tersebut agensi rakyat, kalau tidak mereka akan memberikan undi kepada pihak yang mereka rasa boleh menjadikannya agensi rakyat yang mampu bertindak secara adil dan saksama.

Saya nampak sekarang ini kedua-dua pihak PR dan juga BN, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, lebih suka menjaringkan gol sendiri. Saya tak faham, adakah susah sangat nak tahu apa yang dikehendaki rakyat?

Dr Kamal said...

Dato Kadir.

Yang menjadi ramai orang marah dengan MACC ia lah kenapa tak habis habis di buat siasatan ka atas Kerajaan PKR Selangor.Bermula dengan kes korban lembu dan sekarang dengan kes perbelanjaan peruntokan EXCO.

Kenapa pula tidak di siasat dengan Mahligai Khir Toyo,kenapa pula tidak di siasat dengan perbelanjaan oleh Balkhis,dan banyak lagi kes salah guna wang kerajaan samasa Khir Toyo.

Banyak lagi Dato jika nak di sebut.Sama juga dengan AG Chamber dan Polis.Banyak tindakan mereka yang membuat orang marah dan mereka menganggap semua raayat biasa bodoh.

Ini lah puncha yang menyebabkan orang marah.Macam api dalam sekam.

raja2u said...

YBhg Dato',

Assalamualaikum. Apa yang berlaku sekarang semuanya tergalas dibahu YAB PM yang baru berusaha membawa negara kearah kesejahteraan negara. Baru umum 11 hadiah untuk rakyat ,terdapat pengumuman kenaikan tambang pengangkutan yang sudah pastinya menaikkan kos-kos barangan dan perkhidmatan. Dalam menyatakan akan meningkatkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan berlaku insiden kematian seseorang semasa dalam urusan soal siasat pihak berkuasa.

Memang benar walau apa pun keputusan siasatan kelak ianya tidak dapat memuaskan semua orang. Apa yang perlu adalah menyatakan kebenaran kerana teras ugama kita pun adalah bertunjangkan kepada kebenaran. Dari itu kita perlu beri sepenoh kepercayan kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Kita pergi kepada puncanya dan mengambil tindakan dengan tegas kerana kita tidak mahu perkara yang bermula dengan bermain-main bertukar menjadi trajidi. Polis telah dilapurkan menyoal siasat semua pegawai yang berkenaan , termasuk kaedah yang mereka gunakan dalam penyiasatan.Bahan CCTV juga telah dikaji bagi membantu siasatan. Yang tidak kurang pentingnya adalah untuk menyiasat siapa yang membuat lapuran , apakah fakta-faktanya yang membuat SPRM mengambil tindakan sedemikian rupa.Sementara itu marilah kita berlapang dada dan memberi penoh kepercayaan kepada penyiasatan yang diamanahkan kepada PDRM.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Petaling Jaya

Anak Parit Buntar said...

Saya amat bersetuju dengan komen-komen mengenai 'double-standard' SPRM dalam pemilihan kes-kes untuk siasatan walaupun saya bukan penyokong PR, yang pada pendapat saya terlalu banyak berpolitik.

Kita telah melihat beberapa kes 'high-profile' yang melibatkan ahli politik BN yang tidak dihiraukan langsung. Banyak di kalangan rakyat berpendapat SPRM dan polis hanya merupakan agen-agen kerajaan pusat untuk menyerang pembangkang.

Kes kematian juga berlaku kepada Kugan dan beberapa orang yang ditahan untuk soal siasat oleh pihak polis. Walaupun kerajaan berjanji untuk menyiasat kes-kes ini, sampai hari ini pun tiada keputusan yang diberi. Kematian mereka amat mencurigakan kerana kesemua si mati sihat dan siuman.

Selagi SPRM dan pihak polis dilihat sebagai berat sebelah, kebanyakan rakyat tidak dapat menukar persepsi mereka.

Saya berharap tiada lagi rakyat Malaysia yang mati akibat disoal-siasat.

bzz said...

Datuk,

Saya lihat, ahli politik sekarang lebih banyak berpolitik dari meabur bakti. Sikit punya hal, semua nak politik. Yg cakap taknak politikkan kematian Teoh ni, sudah pasti mempolitikkannya.

Yg parah, BN dan kerajaan terikut2 rentak PR. Kalau mereka kata tak betul, kenapa perlu gabra. Biarkanlah mereka terlebih politik. Utamakan rakyat dan masa depan negara. Bukan orang boleh dapat makan pun kalau cerita politik 24jam.

Anonymous said...

Dato" salam....
Yang penting ia lah buat baik berpada pada dan buat jahat jangan sekali Orang tua kita dulu sentiasa berpesan, buat lah apa pun tetapi mesti ingatkan ALLAH dan jangan sesekali menginaya orang dan jangan memfitnah. Setiap perlakuan kita mesti menerima pembalasan dari ALLAH yang maha kuasa.
Ramai mereka yang berkhidmat di institusi yang kredibiliti nya tercemar adalah se bangsa dengan saya dan Dato' tidak kah ia satu keganjilan? Apakah terlalu rendah moral mereka ataupun di mana silap nya? Tak Melayu hilang di dunia nampak gaya nya mungkin tak lama lagi hilang lenyap angkara kemusnahan sendiri.
Hari ini anak orang dan mungkin satu hari kelak anak kita. Mereka yang berkuasa juga harus insaf bahawa perkara yang sama mungkin akan berlaku dan menimpa keluarga sendiri.
It is about professionalism, law and order and the credible system. So, may be this is something missing and very much wanting!!! We need humility in the way we conduct our responsibilities and respect GOD given life. Many Malaysians are not comfortable and it is the truth and its real!!! Camno Dato'and your experiences with SPRM is nothing as they know who you are and which side of the bed that you wake up every day. So no big deal as it is not the real thing. It is not that they are all that bad, ramai juga yang baik baik dan ini yang membuat orang confused dan menggeletar sebab kalau kita kata berani kerana benar sekadar menyedapkan hati sahaja. Apakah Malaysia akan terus jadi Si Lunhai dengan labu nya, biarkan biarkan!!!.dh9753.

Anonymous said...

Tuan...

Kaedah penyiasatan telah banyak berubah di merata dunia dan kaedah kaedah yg mendera tidak lagi patut digunakan.

Kalau mengikut laporan polis saksi kes Norza dan yg terbaru nampaknya penyiasat kita masih lagi menggunakan kaedah yg tidak sepatutnya.(Tak tau kes ni masih dalam siasatan atau senyap sahaja).

Kita tidak mahu dalam pada kita mengutuk penderaan di Guantanamo Bay tetapi penderaan yg sama sedang,telah dan akan kita lakukan.

Sudahlah kita diiktiraf pengamal penyeludupan manusia untuk ekploitasi kerja dan sebagainya.

Adakah kita ingin diiktiraf sebagai negara yg kejam amalan siasatannya.

Mungkin tidak semua tetapi nama sudah busuk dan sampai bila orang tidak akan percaya kewibawaannya.

Jared

Voice of the Oppressed, Suppressed said...

There were nice and polite to you because you were a somebody then. Do you know how they treat the 'nobody'? Do you know how they shout and ridicule them?
In the first place you should tell us if you agree that the MACC is an UMNO tool and it is intimidating the Opposition when there are hundreds of cases involving UMNO leaders (Khir for example) which are not dealt with. Is this not selective persecution?
MACC even said it was acting on general complaint Not specific complaint.
And why keep him till 4am!!!

mad said...

amat sukar dipercaya sebuah bangunan penting menempatkan sprm tidak mempunyai cctv. di pekan tempat saya, kedai mamak pun ada cctv.

sprm haruslah bertanggungjawab sepenuhnya kerana kejadian berlaku dalam premis sprm dan semasa kejadian mendiang masih dibawah kawalan sprm. samada sprm didapati bersalah atau tidak, orang tertinggi sprm kenalah meletak jawatan. inilah budaya akauntabiliti dan pertanggungjawaban yg diamalkan oleh negara2 maju seperti jepun, perancis dll. jangan malukan negara dan org melayu khasnya.

OKJ said...

Salam DAKJ (Insya’Allah, superficial je)

Apabila seseorang Dr yg baru habis houseman, beliau dikehendaki posting di kawasan pendalaman. Disitu beliau dikehendaki merawat semua jenis penyakit dan orang, baik yg hidup dan yg telah mati. Perkara yg paling tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan Dr adalah bila menyaksikan post-mortem yg pertama semasa belajar (medical student) dan melakukan post- mortem sendiri semasa bekerja. Sehingga sekarang saya boleh terbayang post-mortem yg pertama dimana mangsa meninggal disebabkan pecah tempurung kepala dan otaknya yg terkeluar. Dengan bau hanyir darah, bau hanyir setiap organ yg dikeluarkan, diperiksa dengaan teliti dan ditimbang sehinggalah menjahit semula mayat berkenaan.

Itu jika fresh specimen. Jika dapat mayat yg telah mati selama beberapa hari, Hai tak boleh nak kata apa. Dengan baunya yg tak boleh dibayangkan, berengganya (maggot) dan keadaan yg ngeri. Berat mata memadang, berat lagi bahu memikul. Ada sesetengah dah tak makan daging sehingga bertahun-tahun lamanya.

Bila kita melakukan post-mortem keatas mayat, banyak maklumat yang kita perolehi. Misalnya, dengan memeriksa suhu badan, muscle rigidity, kembung perut hingga pecah dan kajian umur maggot, kita dapat mengetahui tarikh kematian dengan tepat.
Dan yg paling penting adalah apa yg menyebabkan kematian tersebut samada pecah kepala ke, pecah hati ke, pecah jantung ke, patah tengkok ke dan sebagainya. Disamping itu, kita juga dapat meramalkan kematian adalah disebabkan oleh apa samada tak sengaja seperti motor vehicle accident (MVA) ke, suicide ke atau homiside ke.

Contohnya, kalau mati dibunuh selalunya akan berlaku beberapa pergelutan dan yg mendatangkan kecedeeraan luaran sebelum kematian. Kecederaan tersebut pula selalunya terdapat pada tangan sebab mangsa cuba mempertahankan diri. Dan keadaan pakaian mangsa juga dapat meramalkannya. Seperti kisah nabi Yusuf dan Zulaika dimana penunjuknya ada pada baju Nabi Yusuf yg dipakai. Kalau suicide pula, tiada kecederaaan-kecederaan hendak mempertahankan diri dijumpai. Buah nangka yg jatuh gedebuk pun pecah sarungnya. Macam-macam lagi clue dan boleh didapati dalam buku Forensic Pathology.

Kesimpulannya, dari hasil pemeriksaan post-mortem pun sebenarnya kita dapat mengetahui sebab kematian seseorang dan boleh mengagak punca kematian. Jadi ada sesetengah pihak yg cuba meyalahkan pihak lain sebelum apa-apa penyiasatan dilakukan adalah memang tidak adil, bersifat pre-emptive, jahat, ada niat yg lain dan mungkin ada lipan bara disebalik batu-batu blok kut. Diharap orang Islam tak kira siapa tunggu keputusan bedah siasat dulu. Sekian TQ.

Anonymous said...

Salam sejahtera Datuk...

Saya tak berkisah tentang politik. Tapi minat pada TV Prog CSI. Maka dari gambar si mati yg dikatakan jatuh itu banyak persoalan yg harus dijawab.
Berlaku adil lah pada keluarga mendiang. Pada kepimpinan MCA dan Gerakan (Tee Kiat, Yen-Yen, Tsu Koon, Soi Lek) usahakan lah sesuatu agar satu siasatan yang telus dapat dilaksanakan. Jika parti cina ini berdiam percayalah sokongan parti anda semakin terhakis. Cuba lihat Teoh Beng Hock sebagai rakyat Malaysia bukan dari sudut politik...

Utuh Asim
Buruh Am

samurai melayu said...

SALAM DAK
IZINKAN,

SEMEMANG NYA KITA SEDAR BETAPA BERATNYA TANGGUNG JAWAB PARA ANGGOTA KERAJAAN YANG BERUNIFORM(ENFORCEMENT OFFICERS) BAIK MEREKA YANG MENJAGA KESELAMATAN MAHUPUN PENCEGAHAN JENAYAH TETAPI YANG MENJADI TANDA TANYA ADALAH SIKAP SAMBIL LEWA (APATHY) SESETENGAH PEGAWAI MENENTUKAN KEADAAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGI 'SUSPEK' ATAU 'SAKSI' SETELAH BERJAM2 TERTEKAN DEK SESSI SOAL JAWAB.

BUKAN KAH SESEORANG YANG TELAH MELALUI KEADAAN TERSEBUT HARUSLAH DIKAWAL KESELAMATAN NYA HINGGA DIA SELAMAT TIBA KE ALAMAT PREMIS YANG TERTERA DISURAT 'PERINTAH' YANG DIKELUARKAN OLEH MAHKAMAH ATAU SURUHANJAYA YANG BERTANGGUNGJAWAB..??

MUNGKIN PIHAK YANG 'BERTANGGUNG JAWAB' TIDAK MENGHIRAUKAN KEADAAN KESIHATAN BADAN DAN JIWA SEORANG 'SAKSI' YANG TELAH MELALUI SOALSIASAT BERJAM2 KERANA BELUM PERNAH BERLAKU PERISTIWA SEBEGINI RUPA? (PENJENAYAH/SUSPEK MELAkUKAN NYA SUDAH BERKALI DILAPURKAN)

MUNGKIN MEREKA MERASAKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA BERAKHIR SETELAH MENDAPATKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN TERAKHIR PADA SESSI HARI 'CELAKA' TERSEBUT?

SEMEMANGNYA BANYAK KEMUNGKINAN YANG BOLEH DISENARAIKAN TETAPI AKHIRNYA KEBENARAN MESTI MENGATASI ALASAN..

WITHOUT DOUBT..A ROYAL COMMISSION MUST BE PUT TO ORDER WITHOUT FURTHER DELAY, OTHERWISE THIS UNFORTUNATE INCIDENT WILL BE CLOUDED WITH DOUBTS AND ANXIETY.

ACT FAST, OH! PM OF ONE MALAYSIA.

RAKYAT DIDAHULUKAN?..PRESTASI DIUTAMAKAN?

ALFATIHAH, AMIN.

pakbelalang said...

The govt. must act fast and establish a royal commission to determine the actual cause of the death, period.

Simple and straightforward. Be as tranparent as possible without fear and favour.

If this case is not properly handled with care then the govt. is seen to be hopeless and the opposition will use this "scandal" to their advantage in order to garner support from the public at the expense of BN's credibility.

So Najib has got no choice but to adhere to the demand of the majority of the people to have an independent royal commission set up immediately.

el-Barokhas said...

Najib tidak boleh memilih jalan pintas dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN selepas lebih suku abad BN melakukan 'excesses' yang menghakis kredibiliti beberapa institusi negara justeru merobek fabrik demokrasi.

Sebelas 'hadiah kepada rakyat' sempena menyambut 100 hari pentadbiran beliau adalah terlalu insignifikan jika beliau melewat-lewatkan pengisian secara drastik dan bermakna institusi-institusi kerajaan yang telah terhakis kewibawaannya.

Pak Lah telah, disaat-saat akhir pentadbiran beliau, memulakan proses memperbaiki kerangkanya dan adalah menjadi tanggungjawab Najib melengkapkan perisiannya.

Jika tidak, tinggallah institusi-institusi ini - kehakiman, Polis Di Raja, SARM - sebagai kotak-kotak yang mempunyai label luaran yang canggih dan menarik tetapi kosong di dalam.

Inilah masanya yang paling sesuai melaksanakannya kerana rakyat mula menilai semula PR yang mula menampakkan keretakan dalaman.

Dan dalam kes kematian Teoh Beng Hock ini, apa-apa tindakan selain dari Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja tidak memadai untuk mengembalikan kepercayaan terhadap BN.

Inilah 'hadiah' yang bermakna yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat.

tukang taip said...

salam datuk, masalahnya pihak pembangkang terlalu ektrim, apa yang dikatakan betul mereka kata salah,apa yang salah dikatakan betul, saya lihat isu ini akan menajdi lebih rumit kerana ia telah dipolitikkan oleh anwar ibrahim.

saji said...

Salam Dato'

Bagi saya, tidak ada sesiapa yang waras akal akan menafikan BPR dulu dan kini SPRM begitu cepat dan keras sekali menyiasat anggota2 PR berbanding dengan BN atas sebab-sebab yang tidak perlu dijelaskan.

Namun, percayalah, lagi cepat dan keras mereka menyiasat anggota2 PR ia akan menjadikan anggota2 PR lebih integriti dan wibawa.

Sebaliknya, sikap BPR/SPRM yang melambat2kan siasatan terhadap anggota2 BN atas alasan itu dan ini akan menjadikan anggota2 BN sebagai manusia yang tidak berintegriti dan wibawa.

A.Rangkuti said...

To Voice of the Oppressed, Suppressed.

You asked Datok Kadir Jasin whether he agree that the MACC is an UMNO tool.

Well, if PR rule the country will you ask him again that MACC is a PR tool?

Ab Razak Hj Ahmad said...

Selagi kes Linggam, kehilangan misteri Mr Bala, kematian Kugan maka selagi itulah saya hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman, perundangan, PDRM, SPRM dan yang sewaktu dengannya.

Cakap amat mudah, nak tubuh suruhanjaya siasatan itu dan ini, tetapi bayangkan kalau ia terjadi pada ibu bapa, anak atau saudara terdekat.

Saya komen atas kapasiti pembayar cukai dan bukan mewakili mana-mana parti politik. Saya tidak mahu duit cukai saya di 'longkang' kan...

Mohd Zaidan Kandar said...

"Presumption" atau persepsi adalah asam garam kehidupan dalam semua hal. Jangan salahkan semua orang jika kematian mendiang Teoh menimbulkan banyak persoalan dan andaian. Keadaan dan isue semasa menjadikan andaian yang kadang-kadang liar berlaku. Soalnya adakah mendiang bagitu bodoh dan chuai sehingga tak nampak bahaya di hadapannya. Menara talekom setinggi 50 Tkt setakatnya belum lagi memekan mangsa.....

Pak Lang said...

Datuk,

Saya amat bimbang dengan situasi negara sekarang. Setiap kes dipolitikkan dan dilihat dari segi perkauman. Apakah kes ini akan menjadi begitu hangat sekiranya Teoh ini seorang Melayu. Kita masih ingat cerita tentang isu "Wanita Cina" yang didakwa diseksa dalam tahanan polis. Hinggakan kerajaan terpaksa menghantar seorang menteri untuk minta maaf kepada kerajaan China. Tapi kes diam apabila terbukti yang terlibat ialah wanita Melayu. Suara-suara yang begitu lantang menghentm polis dan kerajaan tiba-tiba sahaja sepi. Kerana apa?.

Nampaknya ada antara rakyat khususnya parti-parti pembangkang sudah tidak boleh berfikir diluar kotak konspirasi dan perkauman. Buat keputusan sebelum siasatan berakhir. Tidak percaya kepada agensi-agensi kerajaan. Menimbulkan syak wasangka rakyat semata-mata kerana pegawai-pegawai dan agensi-agensi kerajan itu majoritinya kaum-kaum tertentu. Ini merupakan bibit-bibit perpecahan yang lebih teruk dari tahun-tahun 60an. Saya rasa selagi rakyat tidak dapat berfikir dengan lebih waras masa depan Malaysia adalah gelap.

Zaman ini ada antara rakyat Malaysia yang menganggap seorang penjenyah sebagai "hero". Saya tidak pelik kalau satu hari nanti Botak Chin seorang penjenyah yang ditembak mati dalam tahun-tahun 80an juga akan dianggap sebagai hero.

Saya rasa tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja. Kenapa tidak beri peluang kepada polis untuk menyiasat. Kalau tidak percaya kepada polis Malaysia boleh minta bantuan dari agensi-agensi luar negara seperti Scotland Yard atau FBI dari Amerika Syrikat. Harap kerajaan jangan terpengaruh dengan tuntutan-tuntutan pihak-pihak yang tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja keputusan yang dibuat. Tuntutan-tuntutan mereka nampaknya cukup melampu. Hingga ada yang minta PM Najib minta maaf. Apa ni?.

Azhar Husin Enterprise said...

Salam Dato'

Soal integriti dan kewibawaan institusi kerajaan seperti Polis, SPRM, kehakiman telah lama dipersoalkan bahkan ramai orang menyatakan agensi ini menjadi alat (budak suruhan) BN.

Kita selalu mempersalahkan orang politik kerana menggunakan agensi kerajaan untuk kepentingan mereka.

Saya berpendapat agensi-agensi berkenaan juga patut dipersalahkan juga kerana membiarkan agensi berkenaan dipergunakan oleh pihak tertentu. Kalau konsep Bersih, Cekap dan Amanah diamalkan kewibawaan agensi tersebut boleh diperbaiki dan menjadi agensi berkecuali.

Sebagai contoh tetapkan jangkamasa untuk memulakan siasatan selepas menerima aduan. Warwarkan aturcara dan prosedur supaya orang ramai tahu perjalanan satu-satu siasatan. biarlah dia berjalan secara konsisten. Bertindaklah mengikut undang-undang yang telah ada secara berhemah dan bijaksana.

Untuk menjadi seorang ketua atau bos bukan hanya mendapat gaji yang tinggi tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dipikul dan dipertahankan yang mana kadangkala ia mungkin melibatkan kemusnahan pada kehidupan sendiri.

terima kasih

azienmat said...

Saya suka mengatakan "..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.."

hangnadim said...

Salam Dato',

Saya boleh bersetuju bahawa agensi yang berkait dengan perundangan dan penguatkuasaan seperti SPRM mempunyai kaedah tertentu untuk mencari bukti. Soal siasat yang mengambil masa berjam jam lamanya adalah antara proses yang dilakukan. Perkara itu tidak dipertikaikan.

Apa yang dipertikaikan sekarang ialah pendakwaan berpilih. Orang ramai tidak akan habis bertanya, mengapa "kes yang bukan kes" melibatkan PR maka SPRM begitu agresif menanganinya. Sedangkan kes kes rasuah besar yang "sebenar bearnya kes" melibatkan pemimpin Umno/BN didiamkan begitu saja?"

Kalau kes kes rasuah yang besar disiasat dan berlaku kematian seperti yang terjadi ke atas mendiang Teoh itu, orang ramai mungkin tidak akan terkejut sangat. Orang akan berkata, "Padanlah kes rasuah berjuta, mati pun tak apa". Itupun keadilan mesti ditegakkan dan tidak boleh menghalalkan kezaliman.

Selain itu, pihak kerajaan memperingatkan orang ramai supaya jangan buat spekulasi dan jangan "jump to the conclusion". Tetapi sebaliknya pihak yang memperingatkan itu pula yang "jump to the conclusion. Ada menteri yang awal awal sudah membuat conclusion lebih kurang begini, "SPRM sudah selesai membuat soal siasat ke atas Teoh dan membenarkan beliau pulang, mengapa pula beliau terjun dari bangunan...?"

Kenyataan sebegitu seolah cuba memberi konotasi bahawa si mati bunuh diri. Hasil dari kenyataan menteri itu telah memberi persepsi awal kepada orang ramai bahawa Teoh bunuh diri.

Namun dakwaan bunuh diri adalah bias kerana Teoh sebenarnya akan mendaftar perkahwinan keesokan harinya. Tiada manusia waras boleh mempercayai bahawa seseorang seperti Teoh yang akan berkahwin pada siang hari itu boleh membunuh diri pada malamnya.

Dato',

Politik sebenarnya bersih kalau kita mahu mengambil pendekatan secara bersih. Tetapi politik boleh menjadi kotor kalau tangan tangan kita sendiri yang mengotorkannya.

Janganlah drastik sangat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat melalui demokrasi. Kalau nak rampas kembali kerajaan maka rampaslah melalui jalan demokrasi juga.

Kalau parti parti pembangkang boleh sabar menunggu giliran mereka selama berpuluh tahun untuk menang sesuatu pilihan raya, mengapa Umno/BN tak boleh tunggu sekadar beberapa tahun lagi bakal berlangsungnya PRU ke 13?

Nampak sangat Umno/BN tidak gentleman dalam semua perkara. Hanya bercakap demokrasi tetapi amalan dan tindakan berlawanan dengannya.

Anonymous said...

Dato'

Apa telah Jadi dengan Kes Rasuah Dua Wakil Rakyat PKR yang Lompat dan Memberi sokongan kepada BN diPerak?

Rakyat sedang Menunggu kesudahan Kes itu kerana ianya membabit tuju hala sebuah Negeri diMalaysia.

Inilah dikatakan MACC tidak mempunyai Priority mengikut Masa dan Kepentingan Negara serta mempunyai motif berbau politik.




Joe Black

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Dato' AKJ,

Ada pembetulan pada perenggan 16, cacatan sepatutnya ditulis catatan.

Secara keseluruhannya, saya mengambil langkah tengah dalam isu ini.

Pertama, kemungkinan berlaku unsur penyiasatan melampau sehingga Teoh dimangsakan, atau, yang kedua Teoh dimangsakan oleh pihak yang takut akan kesalahan mereka didedahkan.

Setelah apa yang berlaku di Perak, teori SPRM sebagai kudeta kerajaan semakin hari semakin kuat dan insiden ini, jika benar berlaku, akan mengukuhkan stigma masyarakat bahawa keadilan sudah tidak lagi wujud pada badan pencegah negara.

Integriti badan berkanun semakin hari semakin terhakis.

Justeru, langkah untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja mungkin benar dan tindakan susulan wajar agar 1Malaysia mengetahui dan integriti badan berkanun dipulihkan.

Shukrin - Spg Pulai. said...

Dato'.

Adat la org yg memaki2 tu kerna emosinya berlebihan. Anggap saja itu ekspresi spontan org ttg kes ini. Kalau dato' sndiri lbh matang dr yg mengutuk tu. Tak perlu siar dan hirau ttg komen2 buruk tu. just ignore, no need to remind again and again.

Untung la Dato' di soal siasat oleh polis yg profesional (xkisahlah jika sebabnya Dato' org UMNO/BN). Tp itu pun Dato' da kata "berpeluh". Cuba la Dato' bayangkan jika Dato' sndiri berdepan dgn pegawai yg tak profesional..siasatan dgn cara mendera, menekan dan mengugut. Camana? boleh? Cara ni legal ke? kalau legal..kiranya yg disiasat tu dah macam terrorist plak kan? Wah..senang...sumbat je dlm ISA. Kan?

1 lagi. Cuba dato' bandingkan isu rasuah PR dgn rasuah BN. PR dituduh dgn jumlah 2-3 ribu. Disiasat bagai nak rak !
Tp BN..juta2..kes stadium dan bangunan roboh..PKFZ bilion2...Perak..culik YB...Selangor.Istana 'toyol' di Shah Alam..Ni semua berjuta2 la dato'. Ni apa cerita? Masih dlm siasatan ke? amboi..lamanyeeeee... nak tgu smp next election ke? kalau BN da menang masa tu..trus tutup kes.kan? Pandainyeeeee...
Knp dato' tak ulas? takut tersinggung sekutu2 dato' ke? lucu la dato' ni. Jgn buat sy sedih la dgn org mcm dato'. Kata kritis..tp..play safe. Ni kira dah habis bijak la ni ek?

Ni sure tak siar..hahahaha.

karim said...

masalahnya rakyat malaysia ni rajin bercakap dan mengkritik, kenapa tidak biarkan sahaja pihak berkuasa siasat?

tetapi, masalahnya banyak juga yang di kalangan kita yang dihasut untuk tidak mempercayai pihak berkuasa, jadi macamana?

kalau kat us ke, iraq ke dan thailand ke, yang mana banyak mulut sangat tu, dah lama kena tembak, nasib baik di dalam negara kita ni masih ada orang yang rasional, tapi, itulah masalahnya, orang-orang yang cetek akal ini mengambil kesempatan di atas dasar baik-hati pihak berkuasa kita

itupun kena tuduh zalim!!

Anonymous said...

Salam Dato'.
Pagi ni saya tengok paper, ada gambar polis bawa banyak peralatan ke pejabat SPRM. Wah, bagus2..cepat siasat.
Tapi bila baca ulang2 kali. Saya yakin...NO EVIDENCE CAN LINK SPRM TO THE CASE (beng hock). hah. drama kerajaan/polis akan gagal lagi kali ni. Ni bukan soal bawak tools gempak2 pergi siasat. Ni kes orang dah tak percaya polis dan BN. Susah sangat ke nak faham? Tak faham takpe..next election rakyat akan bagi kefahaman tu buat kamu dan BN. settle!

Haji Hasnan Jamlus.
Bandar sg. long. Balakong. Selangor.

Wan Shamsudin said...

Salam hurmat Datuk;

Saya amat yakin, hanya yang kurang 'waras' dan yang 'hipocrite'sahaja akan mengutuk dan menghentam Datuk.

Saban hari, apa yang berlaku benar benar membuat kita jadi 'gila'.Gila sebab begitu amat marah kepada Pemerintah dan Pengamal Pengamal Undang Undang kerana tindakan tindakan yang di ambil tidak begitu 'serious'dan jujur ketika menjalankan tugas yang di amanahkan olih RAKYAT.

Saya amat yakin MEREKA mempunyai AGENDA masing masing.Tengoklah BANGLO KHIR TOYO? Apakah ada kejujuran didalam siasatan keatas beliau olih SPRM? Apa kah MAHLIGAI MEWAH aruah seorang YB di Kelang telah selesai di siasat? Bagaimana tanah TOL bolih di luluskan kepada isteri beliau? SIAPA Menteri Besarnya yang meluluskan permohonan itu? Apakah PEGAWAI PEGAWAI SPRM BENAR BEBAR JUJUR dan AMANAH didalam melaksanakan TUGAS TUGAS MEREKA? Hanya Allah SWT saja yang MAHA MENGETAHUI.Semoga MEREKA itu dari golongan orang orang yang beriman.

Inilah 'SUATU' janji yang belum di laksanakan olih Mantan PM dan PM kita.Saya yakin ianya tidak akan berjaya kerana tiada ketulusan di hati MEREKA.Mereka hanya PANDAI cakap saja, tapi tak serupa bikin.
ARE THEY WALKING THEIR TALKS?

Apakah Pemimpin Pemimpin benar benar mahu membuat perubahan? Saya amat yakin Pemimpin Pemimpin kita tidak mahu berubah
dan mungkin tidak tahu membuat perubahan.

Setiap Negeri ada saja perkara perkara yang tidak memuaskan hati Rakyat. Apakah Menteri Menteri Besar dan Ketua Menteri tahu dan rasa akan ini? Tentunya TIDAK!RASUAH menjadi jadi.Semua ini membuat RAKYAT jadi GILA, kerana di pimpin olih ORANG yang GILA, Gila Kuasa dan macam macam GILA lagi.

Semoga PM yang kita ada ini dapat membersihkan semua ini.Semoga yang KOTOR dan JIJIK di letakan di tempat NAJIS dan hanya yang benar benar BERSIH sahaja di tempatkan di tempat yang baik baik.

Pemuda UMNO cawangan said...

UMNO caw. Tmn Hijrah.

Aslmkum Dato'.

Kita sebagai warganegara malaysia dan ahli parti UMNO merasa sedikit kecewa dengan SPRM. Secara umumnya kita tahu SPRM adalah badan bebas yang menjadi nadi kepada perubahan kearah sistem pentadbiran negara yang lebih baik telus dan tersusun. Namun kes seperti ini amat mencalar imej kerajaan khususnya SPRM sendiri.
Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan profesional dan telus. Jika terdapat bukti kukuh, dakwalah yang terlibat. Hanya ini yang dapat memulih imej kita yang tercalar.

Anonymous said...

Dato

Bila UBN hendak belajar dari sejarah. Hari ini, semasa masih mempunyai kuasa mereka menggunakan pelbagai agensi kerajaan untuk tujuan politik mereka.

Kita tidak boleh persalahkan kakitangan kerajaan sepenuhnya kerana begitu mengikut arahan politicians kerana ini masaalah periok nasi.

UBN kena sedar, satu hari nanti mereka akan kehilangan kuasa. Tiada apapun kekal selamanya. bayangkan kaedah yang sama digunakan keatas mereka,sama-sama kita tengok, jika umor kita panjang.

bat8

Dato' Abd Rahman Kuti Mamak said...

Cara sabotaj parti pembangkang amat dahsyat.

SPRM dan kerajaan kini menjadi mangsa konspirasi anwar dan pembangkang.

Bangunlah bangsa melayu menuntut hak kita yang ingin di gadai oleh PR.

Katakan..ini konspirasi PR.

Al-Yasar said...

Salam,

Saya hanya ingin menarik perhatian pihak yang berkenaan tentang dua perkara berikut:

a) SPRM nampaknya nampaknya begitu cepat dan tangkas menyiasat kes rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang; api tidak terlihat demikian terhadap pemimpin parti kerajaan (BN).Mengapa begitu? Sikap dan tindakan yang kelihatan sebagai double standard ini tentu tidak wajar diteruskan, kalau SPRM mahu dilihat sebagai institusi yang mempunyai integeriti.

b) Cara SPRM menjalankan soal siasat nampaknya melibatkan penderaan mental dan fizikal seperti yang dilakukan oleh pegawai SB yang menyiasat tahanan ISA dan pegawai polis. Adakah wajar seorang saksi disoal siasat dari pukul 5.00 petang hingga 3.45 pagi, seolah-olah sudah tidak ada hari esok? Kalau pun kes itu terlalu penting, tak kanlah siasatan itu tidak boleh ditangguhkan ke pagi esoknya. Saya kira sudah sampai penderaan mental dan fizikal seperti ini tidak diteruskan lagi.

LIN LIANI said...

Daripada Dato dituduh penakut untuk menulis cerita mengenai kematian Teoh ini, apalah kiranya kita bertanyakan beberapa soalan mudah tetapi penting yang mesti dirungkaikan.

Daripada Dato menceritakan bagaimana layanan yang diterima Dato ketika disoalsiasat BPR (ketika belum tukar nama jadi SPRM), ia sebenarnya tidak penting lagi ketika ini apatah lagi anggota SPRM memang amalkan double standard antara seorang pengarang akhbar dengan setiausaha politik, lebih-lebih lagi daripada pembangkang.

Apakah yang harus jadi perhatian sekarang ialah apakah punca kematiannya, bagaimana dia dibunuh dan siapakah yang membunuhnya? Inilah intergriti dan kewibawaan yang perlu dipertahankan SPRM.

Masyarakat sesungguhnya masih keliru dan hairan:

1) Mangsa bukan tertuduh tetapi hanyalah saksi, tetapi perlukah dia disoalsiasat hingga 3.45 pagi? Keadaanya sama seperti yang pernah dialami Dato. Jelas terbukti, cara soalsiasat yang dilakukan daripada era BPR hingga SPRM adalah sama. Jiwa terseksa bukan kepalang.

2) Waktu siasatan tamat pada jam 3.45 pagi. Soalnya, kenapa mangsa boleh dibiarkan bersendirian dalam bangunan SPRM? Mangsa hanyalah saksi dan dibawa untuk soalsiasat, apakah keistimewaannya sehingga boleh dibenarkan bermalam di situ?

3) Daripada 3.45 pagi hingga mangsa ditemui mati terjatuh di bumbung tingkat 5 pada tengah hari keesokan harinya, di manakah mangsa sebenarnya berada? Apakah mangsa masih dibenarkan tidur di situ ketika waktu pejabat telah bermula seawal jam 8 pagi?

4) Bangunan SPRM tentunya mempunyai anggota keselamatan. Soalnya, bolehkah mangsa berkeliaran di sekitar kawasannya?

5) Mangsa diminta anggota SPRM untuk bawa dokumen ke bangunan SPRM pada keesokan pagi. Tetapi mangsa gagal melaporkan diri. Soalnya, kenapa SPRM tidak berusaha menjejakinya sebelum menemui mayatnya pada jam 1.30 tengah hari.

6) Setelah menemui mayat mangsa pada jam 1.30 tengah hari, keluarganya diberitakan hanya menerima berita kematia mangsaa pada jam 5 petang. Soalanya, dalam tempoh 4 jam lebih ini, apakah tindakan yang telah dilakukan SPRM?

Kita sememangnya mengharapkan kerajaan mengambil keputusan segera untuk menambah baikkan agensi-agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM dan banyak lagi demi memulihkan keyakinan rakyat.

Amat setuju sekali pandangan Dato mengenai janji-janji Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib yang sehingga hari ini tidak menampakkan sebarang hasil. Sekadar janji kosong semata-mata.

Sebaliknya dicemari pula keperitan dengan kematian Teoh yang dipenuhi seribu misteri dan persoalan.

Sesungguhnya imej SPRM telah tercalar selagi tidak memberikan jawapan jelas mengenai punca kematian Teoh. Untuk meminta anggota SPRM berubah cara soalsiasatnya ala marathon mungkin sukar, tetapi memadainya memberikan penjelasan bagaimana seorang saksi yang dipanggil beri keterangan boleh berakhir dengan kematian?

Terima kasih.

Mista Blogga said...

Assalamualaikum Dato'..

Saya cadangkan Dato' siarkan juga beberapa komen yang bersifat kutuk, maki dan hamun tersebut, terutamanya daripada mereka yang meletak gambar dan nama betul (kalau mereka-mereka ni berani!)

Biar kita semua 'followers' di sini menghakimi orang-orang yang macam ni yang bersifat dangkal dan bodah.

Tindak balas keterlaluan pihak PKR dan DAP dalam hal ini memang sudah dijangka dan ia sedikit pun tidak memeranjatkan. Sudah pasti ada isu yang lebih besar dan serius yang cuba mereka tutup untuk mengalihkan perhatian rakyat. Nampak jelas strategi seorang politikus bernama DSAI sedang digerakkan di sini.

Saya rasa pihak polis mesti menyiasat orang-orang yang mempunyai motif kepada kematian Teoh kerana setiap pembunuhan adalah disebabkan motif.

Tak perlulah saya sebut orang-orang tersebut kerana khalayak sangat maklum.

Penyelewengan dari ahli exco PKR dan DAP nampaknya semakin berluasa.

Shukrin - Spg Pulai. said...

Dato' Rahman kuti mamak ni melayu ke mamak?

Oi dato'. Nama pun dah terang2 mamak, nak ckp pasal melayu plak. Dato' pun menuduh jugak. Menuduh ini konspirasi PR. Apa kes?

A KADIR JASIN said...

Sdra/Sdri pembahas yang mulia dan bijaksana,

1.Saya ceritakan pengalaman saya dengan BPR dan Polis BUKAN UNTUK MENDABEK DADA!

2. Saya sedar wujud double-standard dalam semua hal.

3. Saya ceritakan pengalaman saya bagi menggambarkan tekanan jiwa yang ditanggung oleh orang yang disiasat, sama ada sebagai yang disyaki atau sebagai saksi biasa.

4. Mengenai polis, kalau saudara dan saudari telah baca atau peduli nak baca laporan "Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police" 2005 mengandungi cadangan terperici mengenai aspek tahanan, penyisatan dan hak asasi manusia.

5. Tapi apa sudah jadi dengan laporan itu yang diserahkan kepada kerajaan empat tahun lalu?

Sdr Bat8, orang putih kata, spot-on. Kalau hari ini SPRM begitu tekun dalam kes membabitkan pembangkang, bayangkan satu hari nanti jika BN ditakdirkan menjadi pembangkang!

Terima kasih.

assalamualaikum said...

Dato'

Benarkah SPRM memilih bulu dalam siasatan mereka ? Mengapakah SPRM tidak mengeluarkan kenyataan berapa banyak siasatan yang dibuat sama ada pihak kerajaan,puak pembangkang atau orang awam ? Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri untuk tidak menjejaskan proses siasatan yang dijalankan.

Ada perbezaan antara orang BN dan orang PR. Biasanya dikalangan BN apabila disiasat oleh SPRM tidak menghebahkan kepada media,bising-bising, seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu yang dia telah disiasat.Hanya beberapa orang PR yang disiasat ternampak yang SPRM tidak adil ? Malah laporan pun dibuat orang mereka sendiri.Jangan lupa PR ini juga adalah kerajaan disebahagian negeri-negeri di Malaysia.

Alasan yang diberi kenapa Dr Khir Toyo tidak disiasat adalah tidak benar sekali membandingkan MB selangor dan Exco-Exconya yang baru disiasat oleh SPRM.Harap SPRM mengeluarkan kenyataan berapa banyak siasatan yang telah mereka lakukan terhadap orang BN.Saya berpendapat lebih banyak orang BN yang telah disiasat cuma mereka ini tidak kecoh-kecoh dan buat bising.

Mustapha Ong said...

Dear Datuk AKJ,

The tragic death of Teoh Beng Hock is a strong signal that something is fishy and not quite right vested in the authority of MACC,whose task is to investigate reported cases of corruptions and other abuses of power by members of the public administration and corporate entities.

As a fellow Malaysian senior citizen who had gone through the space of uncontrolled outburst of racial sentiments, particularly during the unfortunate incident of May,1969,I am saddened that some of us across the political divide are still harping on the basis of our own racial origin after almost 52 years since our independence.

The incumbent prime minister Najib Tun Razak is making serious efforts to unwind all level of sensitivity that will affect our national solidarity as one Malaysian through his 1Malaysian ,in order to forge closer unity among our people. Unfortunately, the mainstream print and electronic media and political institutions, continue to play up racial issues by exploiting the latest incident surrounding the sudden demise of a young Malaysian,Teoh Beng Hock.

A precious life had been lost and yet we are exploiting the subject when it really doesn't matter whether the deceased is a Chinese, Malay, Indian or any other Malaysian origin. It also doesn't matter whether those investigating MACC offficers were Malay, Chinese or Indian but the incident took place within the 14th floor of the MACC premises, after a tedious and lengthy interrogations till the wee hours of the morning.

In a nutshell, if MACC is proven responsible for Teoh's death or even suicide, then the prime minister is also reliable to resolve the mysterious death of the deceased. There should not be any attempts to cover up by the police investigations and since the issue is of public interest, the call for an immediate Royal Commission or an independent inquiry to be headed by a Federal Judge should be considered by the next cabinet meeting. I believe the public statement by the head of MACC is on the defensive with personal egoism as head of the Commission.

The assuring statement on the outcome of the thorough investigation should only be expressed by the IGP and not by MACC.Ultimately,only the prime minister should express his official opinion and decision that will resolve the mystery death of Teoh in the best interest of the public as well as the bereaved family.

In the meantime, we should not waste our time to hurdle all kinds of accusation or insinuation that smack of uncontrolled racial sensitivity.The Teoh family is not asking for sympathy or empathy, but justice should prevail without emotion or vengeance from any quarters.

Wake up all Malaysians, especially those in politics that are supposed to lead us into unity, but not to divide us with their political antics and greed for power, fame and wealth that will destroy this nation built by our fore fathers of past generation.

Mullah TTDI said...

Salam Dato' KJ

Saya bersetuju dengan komen Datuk yang menegur sesetengah penulis komen yang tidak bersopan-santun dalam memberi pendapat dalam blog Dato'. Walaupun kita berlainan pendapat, tidak seharusnya sikap atau moral kita dikorbankan untuk menegakkan pendapat kita sahaja. Kepada Dato' KJ, teruskan menulis dan berwacana.....

Shukrin - Spg Pulai. said...

Jika kelak ( 1 hari nanti BN jadi pembangkang )

1. PR akan pastikan perkara yg sama takkan berulang.

2. Jika masih berlaku sepertimana hari ini. Maka BN bolehlah menganggap itu hukum karmanya. hahaha atau..itulah benih budaya yang mereka taburkan selama ini..so mereka makan hasil titik peluh mereka sendiri la.... hahaha..

Brahim Nyior said...

Datuk,

Terlalu banyak spekulasi berhubung kematian Teoh. Satu SMS yang saya terima menyatakan dia di'bunuh' kerana hubung kait dengan kongsi gelap.

Hakikatnya spekulasi bukan betul. Andaian sahaja..

Memang integriti SPRM tercalar, tapi berikan ruang Polis untuk menjalankan tugas, supaya dapat merungkai persoalan yang timbul.

(Masalahnya sekarang, integriti Polis pun dipersoalkan..)

abdullahngah said...

saya terima dengan senang hati apabila ada orang mengatakan saya bodoh.

Mengapa? kerana Allah melabelkan manusia sebagai "bodoh" lagi "jahil".

Allah mencipta kita, maka dia maha tahu. Macam tukang perabut yang mencipta perabut.

jika masih ada orang yang percaya integriti masih wujud, maka mereka adalah sebodoh bodoh manusia sepertimana yang dinytakan oleh Allah SWT itu.


Dia tahu dalam sebuah almari yang diciptanya. Tapi orang yang membelinya mungkin tidak tahu kayu jenis apa yang dipakai.

Sebab itu pembeli sentiasa kena tipu dengan taukei perabut.

Taukei perabut boleh kata ini kayu cenggar, ini nyatuh,ini belian.

Tapi hakikatnya tidak sama dengan apa yang dinyatakan. Yang tahu hanya tukang perabut sahaja.

Yang maha tahu ialah Allah SWT sahaja. Demikian juga penyiasat yang menyiasat satu satu kes.

Mereka tahu fakta sebenar kes yang disiasat, manakala kita diluar ini tidak tahu hakikat sebenarnya.

Demikian juga doktor yang buat bedah siasat keatas mayat yang dishaki.

Doktor boleh berbohong dengan laporan perubatan dan bedah siasat. Apa lagi anggota polis yang diamanah menjalankan penyiasat keatas satu satu kes.

Oleh itu bagi saya integriti sudah tidak wujud lagi dalam mana mana agendsi kerajaan Hatta kerajaan yang memerintah negara ini.

Dengan kata lain, apabila integriti sudah tidak wujud lagi zaman kini,maka kewibawaan jangan diharap boleh dilaksanakan.

Tidak dinafikan penyiasat punya kewibawaan, tetapi mereka tidak ada integriti. Termasuk hakim, ketua hakim, peguam negara yang duduk dibawah payung perdana menteri.

Apatah lagi ketua polis yang jelas dan nyatakan mengikut telunjur orang diatas.

Kalau hakim boleh makan rasuah, jadi tidak mustahil doktor juga boleh terbabit sama.

Jadi soal kes Teoh: ujian integriti dan kewibawan tidak timbul sama sekali, kerana pihak berkuasa boleh buat apa sahaja untuk mencapai metlamat yang diharap harapkan.

Kita tengok kes timbalan ketua Pulau Pinang yang dikatakan ada bukti kes terhabit dengan rasuah oleh SPRM.

Malangnya, apabila orang berkenaan letak jawatan kes yang ada bukti kes sudah tiada kes lagi.

Jadi dinama letaknya integriti SPRM dan pihak berkuasa terhadap kes yang disebut dan disiasat.

Demikian juga yang diperlakukan oleh SPRM terhadap beberapa orang adun dan EXCO pakatan rakyat di selangor.

SPRM diberi peranan penting untuk menjatuhkan kerajaa pakatan rakyat selangor sepertimana jatuhnya kerajaan perak.

Jadi jangan bercakaplah pasal integriti dan kewibawaan, kerana kejujuran tidak wujud lagi zaman rasuah yang maharajalela ini.

Shah said...

Dear DAKJ,
Apa jadi dengan kes Jamaluddin, ADUN Behrang dengan Kapten Osman, ADUN Changkat Jering?.Sampai la ni tak dengar berita.

Shah said...

Dear DAKJ,
Apa jadi dengan kes Jamaluddin, ADUN Behrang dengan Kapten Osman, ADUN Changkat Jering?.Sampai la ni tak dengar berita.

A KADIR JASIN said...

Sdr Abdullahngah, antara lain, berkata:

"saya terima dengan senang hati apabila ada orang mengatakan saya bodoh.

Mengapa? kerana Allah melabelkan manusia sebagai "bodoh" lagi "jahil".

Allah mencipta kita, maka dia maha tahu."

1. Rasa-rasanya silap hujah Sdra tu.

2.Mana boleh disamakan Allah dengan makluk ciptaannya?

3. Adakah maksud Sdr bahawa "jahil" yang Allah labelkan ke atas manusia itu sama dengan "bodoh" yang seorang manusia labelkan ke atas manusia lain?

4. Minta berhati-hati merujuk sesuatu kepada Allah.

Terima kasih.

DR. Naini - UniKL said...

Satu ruang perbahasan yg sihat disini nampaknya. Tahniah Dato A kadir Jasin.

Saya pun nak menumpang la bagi pandangan tentang kes kematian Beng Hock.

Ya..sebahagian besar point para pembaca saya setuju iaitu. SPRM tidak telus dan tidak kelihatan telus. Persoalan in agak besar sebenarnya kerana. Jika isu ketelusan jabatan penting kerajaan seperti SPRM ini berlaku di negara2 di eropah. Pasti menggoncang kerajaan mereka.

Tetapi di Malaysia ia kelihatan seperti isu (ketelusan SPRM) ini remeh. Ini barangkali budaya Malaysia yang kurang memberi penekanan terhadap akuantabiliti dan dignity. Kesannya, bila berlaku kes seperti hari ini. Bukan sahaja SPRM di pertikai tetapi pihak polis juga turut tidak dipercayai.

Dalam sesebuah negara yg demokrasi dan berdaulat spt malaysia. Kes ini sgt berbahaya apabila orang awam sudah tidak lagi mempercayai sistem dan institusi kerajaan. Ini memungkinkan kelak terjadinya kerosakkan struktur daulah negara. Kesannya amat buruk. Baik ekonomi..sosial dan perlembagaan.

Jika persepsi rakyat salah sekalipun..persepsi tetap ada kesan rantaiannya..bukankah politik itu juga sebahagian dr persepsi?.

Hj Osman - Kpg Parit Jamil , Muar Johor. said...

Apa cerita kes kugan?

Apa cerita kes Khir toyo?

Apa cerita PKFZ?

Apa cerita kes Pita Linggam?

Apa cerita kes Musa Hassan dan Gani Patail?

Apa cerita kes Stadium runtuh?

Apa cerita kes Ali Rustam?

Kes Kapal Selam? Eurocopter?

Kes YB Perak?

Semua ini...clear!

Nani said...

Dato' ,

Berani kerana benar , takut kerana salah! Kalau difikir secara logik, Teoh adalah saksi penting utk kes dakwaan rasuah di kalangan ADUN DAP yg dibabitkan dgn kes 'underworld'.Dan siapakah yg memulakan kes 'underworld' ; ini bukankah ahli parlimen pembangkang sendiri? Takkan SPRM begitu bodoh nak menhapuskan saksi penting dan di kawasan pejabat mereka sendiri?
Segala motif menuding ke arah pihak pembangkang sendiri . Tapi biarlah pihak polis membuat siasatan dan SPRM pun terus membongkar penyewelengan ini . Mengikut statistik , pertambahan rumah urut , judi dan ah long tanpa lesen telah bertambah ke 4000 pada tahun ini daripada 700 pada thaun lepas di Selangor .
Berkenaan kes rasuah terpilih , kes pemilihan jawatan tertinggi UMNO pada tahun ini entah ke mana perginya? Tidak didengar pun ceritanya . Adakah kerana ia melibatkan profil tinggi ahli keluarga bekas PM ?

Anonymous said...

Satu institusi yang masih berintegriti ialah Angkatan Tentera Malaysia. Sejak berdekad, mereka mampu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, di dalam dan di luar negara. Kecuali beberapa pegawai dan bekas pegawai yang pernah ditahan dan dihukum atas pelbagai kesalahan, bagi saya ATM masih teguh. Apa kata beri ruang kepada pegawai-pagawai tentera ambil alih SPRM dan Suruhanjaya Pilihanraya. Ini adalah jalan pintas, dan sangat berkesan untuk memulihkan maruah badan-badan yang tercalar. ATM mempunyai badan risikan yang sangat efektif, sudah pasti orang-orang politik tak boleh ambil ringan tentang disiplin mereka.

Sekian,
Nacaleb

Anakbukitgantang said...

salam ziarah,

pengalaman Datuk disoal siasat oleh SPRM akan dilalui oleh setiap pegawai kerjaan yang bergelumang dengan tender, kontrak, pemberian lesen perniagaan dan tapak perniagaan, pemberian rumah mampu milik, pemberian tanah kampung tersusun dan sebagainya.

Apapun, sebenarnya pengalaman saya disoal siasat oleh SPRM atas salah laku 2 ex bosses, dan 1 rakan sejawat, mengiyakan rutin pemeriksaan SPRM itu benar iaitu persoalan akan dinerikan secara rutin, dan saksi dinenarkan berhenti rehat untuk solat, makan dan ke bilik air.

Apapun TIDAK ADA PILIHKASIH dan SEMUA orang akan disaiasat.

Siasatan SPRM bermual dgn dakwaan MP Wangsa Maju Wee dan juga mungkin siasatan ke PBT lain.

Ingatlah, Teoh bukan seorang sahaja yang disiasat, tetapi Teoh mati kerana bukti siasatan boleh membawa implikasi kepada pihak yang disiasat.

Oleh itu, saya merayu semua pihak supaya bekerjasama dgn SPRM,polis dan pasukan forensik kerana kita perlu cari kebenaran, bukan tuduh dan terjah tanpa bukti.

el-Barokhas said...

Saya nak majukan satu hypothesis:

Sebenarnya MACC dan juga PDRM menjadi alat PR dengan menjalankan tugas begitu rupa yaitu menggunakan metod yang tidak cekap, tidak berkeperimanusiaan dan tampak seperti berpihak kepada BN.

Dengan cara ini rakyat akan menuduh BN menggunakan institusi-institusi ini untuk menghancurkan PR.

Moral hypothesis ini: BN janganlah terlalu mempertahankan salahlaku atau ketidakcekapan badan-badan ini; sebaliknya 'get them to clean up their act'.

mad said...

apa-apapun, sebagai langkah awal org tertinggi sprm kenalah meletak jawatan demi maruah badan itu sendiri dan jugak pemerintah. apa berkualiti sangatkah individu ini utk terus menerajui badan penting kerajaan setelah dilanda skandal besar dalam sejarah sprm yg dulunya bergelar bpr(nama saja tukar tapi kakitangan dan cara kerja tetap yg dulu) apakah tak ada lagi individu yg berkelayakan utk menerajui badan ini di seluruh malaysia ini.

Anonymous said...

Datuk aa..,

Tk perlu sjya diraja bg kes ini. Apa istimewa sgt. Ni sumer kongsigelap petaling street punya kje.


Mangkukrule

mad said...

berita terbaru dari malaysian insider melaporkan telefon bimbit teoh masih dalam simpanan pegawai sprm yg mengendalikan soal siasat. benarkah teoh dibebaskan pada pukul 3.45 pagi. kalau dia dibebaskan kenapa telefonnya tidak dikembalikan. jangan salahkan rakyat yg awal2 lagi sudah terbau konspirasi

Anonymous said...

Dato',

Ada komentar yang mengatakan lamanya masa soal siasat sebagai satu bentuk penderaan (torture)!!!

Bagi saya pendapat sedemikian hanya berpandukan kepada tafsiran sendiri tetapi bukan berdasarkan kajian atau amalan standard di mana-mana negara.

Hakikatnya tempoh masa soal siasat yang kurang daripada 10-16 jam adalah 'halal' di mana-mana negara.

Fakta sebegini berlambak dalam internet dan boleh disahkan dengan membuat carian atas kata kunci "interrogation".

Tidak salah untuk membela mangsa tetapi janganlah memutar belitkan fakta.

antiperak

Anonymous said...

Datuk',

Memang benar ada integriti dan kewibawaan yang dipersoalkan tetapi kalau di beri pilihan saya tidak rela pembangkang yang mengetuai kesemua agensi berkenaan kerana kalau itu berlaku, kebarangkaliannya ialah mereka akan jadi seperti kera yang dapat bnga atau tikus yang baiki labu!! Hmmm, percayalah.

APOLITIKAL

irfandina said...

Salam Dato'..

Terima kasih kerana menulis tentang kematian Teoh..saya percaya majoriti dikalangan kita mahu keadilan ditegakkan...

Tetapi saya amat musykil sekali kenapa pihak pembangkang terutama sekali DAP kelihatan begitu bersungguh-sungguh menyerang kerajaan dalam isu ini...

Apa yang pasti DAP mendapat political mileage yg besar dalam isu ini...saya rasa Dato pasti tahu kenapa saya berkata seperti ini...

Selain drpd menuding jari kepada SPRM...apakah tiada kemungkinan lain kenapa Teoh ditemui mati sedemikian rupa...

semoga Dato mempunyai kekuatan dan diberi taufik dariNya untuk mengupas isu ini dari perspektif yg rasional...

saji said...

Salam Dato' dan rakan2 pembalas,

Hakikatnya, selagi mana kita (pembalas2 yang beria2 membuat andaian tentang punca kematian Teoh Beng Hock dalam jagaan SPRM) terus menggunakan pandangan mata, kita akan mengatakan benda2 yang kita dapat lihat dengan mata kita sendiri sahaja iaitu SPRM, UMNO/BN, gangster dsb sebagai puncanya.

Kalau kita gunakan pandangan mata dan akal sekali atau logik akal pula, kita akan mula mengatakan siasatan SPRM double standard dsb, SPRM tidak telus, SPRM kuda tungan UMNO/BN dsb.

Dan kesemuanya (andaian) dipengaruhi oleh sistem nilai yang kita peganag dan kepentingan yang kita ada pada kes kematian Beng Hock.

Jika kita analogikan satu pandang ke laut, maksud saya, mata kita yang memandang ke laut itu akan mengatakan yang nampak hanya gelombang, ombak, kapal dan sampah sarap.

Akal kita yang memandang pula mengatakan hanya nampak sotong, ikan, plankton dan lain2 hidupan laut.

Tapi kalau kita menggunakan pandangan mata hati, kita akan mengatakan di bawah dasar laut rupa2nya ada minyak!

Maksud saya lagi, tak semua orang mempunyai kemampuan menggunakan pandangan mata hati untuk menghasilkan andaian yang tepat mengenai punca kematian BENG Hock.

thegreatteadrinkerdownsouth said...

Salaam, Dato'

I am relieved by your measured and sober comments on this issue, as opposed to the strident verbiage recently employed by certain newspapers that are linked to a major political party.

For the record, Hong Kong's ICAC (Independent Commission Against Corruption) reports directly to the Hong Kong SAR (Special Administrative Region) Chief Executive. In Singapore, the CPIB (Corrupt Practices Investigation Bureau) comes under the PMO (Prime Minister's Office.

In both cases, the anti-corruption agencies report directly to the top political leadership.

To the best of my knowledge, no one has accused either the Hong Kong ICAC or the Singapore CPIB of bias or political motivations in their investigations. Is this due to the perception (at least as seen in the various rankings of international competitiveness) that the rule of law is open and transparent in both Hong Kong and Singapore?

Is the chain of command defined as clearly for the MACC? Does it come under the Home Ministry or the Prime Minister's Department?

What is the MACC's track record in initiating and successfully prosecuting charges of corruption against individuals and organisations? Does it maintain a database of ALL complaints received, reports made and action taken? Is this database open to scrutiny by the courts?

And do asking all these questions amount to pursuing a "racist" agenda?

On a related point, the recent poll conducted by the Merdeka Centre in late June (the one in which the Prime Minister got a 65 per cent approval rating) showed also that trust in the police was 46 per cent. It was 41 per cent for the MACC and 39 per cent for the judiciary.

Are the polling techniques and sample makeup faulty, skewed or biased, or is the public's confidence in these institutions lacking? Or can we claim, in all seriousness, that the Merdeka Centre poll is "racist"?

abdullahngah said...

Manusia bukan sahaja bodoh lagi jahil, tetapi jahat dan zalim.

Seorang raja Mesir yang berminat dan berkahwin dengan isteri orang dianggap oleh semua manusia masa itu dan kini sebagai jahat sejahat raja.

Raja itu juga dilabelkan sebagai zalim dan maha zalim, kerana berminat dengan isteri orang lain, sedangkan banyak perempuan lain yang harus dijadikan isterinya.

Iislam larang pinang tunang orang, apa pula menmgambil isteri orang lain.

Manakala bodoh dan jahil biasa sahaja. Demikian juga gila. Setiap manusia mengidap sakit gila, kecuali Allah sahaja yang tidak gila.

Gila harta, gila pangkat, gila kuasa.gila mengampu sanggup cium tangan pemimpin yang zalim, sedangkan ibu bapa dan ulamak sahaja yang wajar didiumnya.

Mereka ini yang dianggap bodoh, kerana gila, gila itu akan membuat mereka berlaku zalim.termasuk tergamak membunuh nyawa yang tidak berdosa.

termasuk zalim pada diri sendiri atau dengan kata lain mereka memcampakkan diri mereka didalam kebinasaan.Ini dilarang oleh Allah.

orang yang tidak menerima yang mereka sebenarnya bodoh, mereka mempunyai sifat ego, sombong dan tidak jujur. tiada integriti, termasuk tidak jujur apabila menulis, bercakap bohong, berjanji mungkir, mengkhianati amanah.

Orang yang tidak ingat mati adalah orang bodoh dan bodoh inilah yang membuat mereka makan rasuah makan riba apabila berkuasa.

Bukan sahaja bodoh,malah mereka jahat dan zalim serta rosak akidah sepertimana kata JAKIM sesiapa yang terbabit dengan rasuah akan rosak akidanya.

Apabila rosak akidah kena taubat kalau tak taubat mereka kekal sebagai mujrimun sepertimana maksud ayat Allah, petang kafir petang islam dan pagi kafir petang islam.

Saya cuba ingat kerana ada firman Allah yang bermaksud: hendaklah kamu ingat mengingati, kerana sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada orang orang mukmin. (yang benar benar beriman dan bertakwa)

Entah bagaimana pula bagi yang bukan mukmin?

OKJ said...

Salam DAKJ

Berikut adalah beberapa kisah pengajaran yang dapat kita sama-sama menghayatinya
1. Semasa syaitan bersumpah kepada Allah akan menyesatkan seluruh keturunan Nabi Adam, Allah berfirman dengan maksudnya akan dikurniakan senjata yang ampuh iaitu akal fikiran untuk digunakan dengan bimbingan petunjuk-petunjuk (agama) supaya dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
2. Nabi Adam dan isterinya Hawa termakan buah khuldi adalah disebabkan syaitan memperdayakan keduanya dengan membuat janji menggunakan nama Allah.

Perbincangan pertama.

Kita dikehendaki pakai otak dan pikiran yg dikurniakan sebaiknya. Kalau kita tak tahu sesuatu perkara, tanyalah kepada orang yg tahu, bukannya buat buat tahu ataupun tanya dengan yg sama-sama tak tahu. Itupun kira baik juga. Masalahnya, tak tahu apa yang tak tahu tapi buat buat tahu. Lepastu mulalah tuduh orang tu jahat, ini jahat dan boleh dikatakan semua orang jahat. BODOH SOMBONG.

Perbincangan kedua

Tahniah diucapkan kepada parti yg kononnya lebih Islam kerana telah dapat bersama-sama dengan orang orang kafir laknatullah sehingga tiada lagi Islamfobia katanya. Setan pun gunakan nama Allah untuk menipu, inikan pula …. Diantara kejayaan parti patut dibanggakan

1. Dulunya, adanya ustaz kafir yg baca surah Al Quran dengan salah, tunggang langgang didepan To’ Guru pulak tu, alsannya supaya tiada lagi Islamfobia
2. Dulunya, mengatakan sex bebas dan bergambar bogel yg kononnya fitnah dari UMNO
3. Dulunya, lebih mempercayai kafir laknaatullah dari sesama agama sendiri.
4. Minggu lalu, isu kurang ajar sembelih BABI pun dah ketar lutut
5. Berberapa hari lepas, To’ Haji gunakan taktik menipu macam penyangak untuk menang pilihanraya. Takbir!!!
6. Terbaru, pemimpin besar PAS bertafakkur sambil pegang lilin bersama-sama kafir yg lain untuk mengingati mendiang yg mati dan sesetengahnya melebelkan sebagai patriotic. Astagfirullahhalazim.
7. Lebih baru, kerajaan 2 negeri ingin sama sama membantu meringankan beban penzina dan anak luar nikah yg belum lahir lagi. Bukan saja rasa tak bersalah, bahkan mengagung-agungkannya pula dengan beri kemudahan. Antara dosa yg paling tidak diredhai dan dilaknati Allah adalah dengan membangga-banggakan dosa besar yang telah dilakukan tanpa rasa segan sedikitpun kepada manusia lain dan juga kepada Allah. Nauzubillah.
8. Akan datang, dikhabarkan akan mengadakan pertunjukkan sarkas seluruh negara untuk menerangkan dengan lebih jelas sebab kematian walaupun belum diketahui hasil post mortem lagi.

Cuma sekarang ni siapa yg mempengaruhi siapa. Tahniah. Takbir !!! Sekian TQ.

abu muaz said...

Salam Dato',

Bagaimana Tun Salleh Abas dilanyak sebegitu rupa saya sebenarnya telah hilang keyakinan terhadap sistem yang melingkari kehidupan kita ini.

Unknown said...

Dato'

Jika kes Pita Lingam senang diputus supaya diselidik olih Royal Commission, Mengapa susah sangat membuat keputusan dalam kes Teoh yang membabit kematian?

Anonymous said...

salam dato',

Tertarik dengan beberapa orang komentar yg bertanyakan kes 2 YB di Perak...seolah2 kononnya kes tu tiada tindakan dr SPRM...walhal kes tu dahpun dibicarakan di mahkamah!kalau maklumat sebeginipun mereka tak ambil tahu...bagaimana nak mengubah persepsi yg dah tertanam di dalam minda?!



anakjati_sgway

zainal abidin awang kechik said...

tok..

semuanya makluk di cipta untuk mati..siapa dulu dan siapa kemudian...
"Fedel Castro pernah berkata kepada saya ..semasa lawatan pertama saya mengiringi Menteri Luar Negari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi..Kata beliau..""MATI ITU SATU KEBENARAN.. BAGAIMANA UNTUK MEYAKINKAN MANUSIA.. ADA YANG MATI SEBAGAI RAKYAT BIASA ATAU MATI SEBAGAI PERWIRA""

BONDA SAYA BERKATA KEPADA SAYA..RAKYAT MALAYSIA AKSYIK BERPOLITIK..KALAU TANAM UBI PUN DAH BOLEH DAPAT HASIL...

SALAM

atanjamilselamat said...

MACC perlu tampil ke depan dan merongkai permasalahan yang timbul. Walaupun mereka mungkin mengatakan bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang mencurigakan tetapi senario peristiwa yang berlaku ke atas mendiang sangat pelik untuk tidak rakyat menuding jari ke arah MACC. Maka MACC perlu "come clean" dan perlu menyakinkan rakyat bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan. BN perlu perlu bertindak adil seadil-adilnya dan jangan cuba untuk "cover-up" apa-apa untuk melindungi sesiapa.

Anonymous said...

salam dato.selepas insiden ini dato fikir ada ke org akan berani utk jd saksi kes2 jenayah terutama yg berprofil tinggi.dahlah keselamatan tak dijaga malah ditindas mcm org kena tuduh pulak.
sprm atau pdrm intergriti telah lama tercemar krn org tertingginya patut lama ditukarganti.crime rate makin tinggi, rasuah menjadi2 tapi siasatan fokus pd PR je.saya masih ingat kes seorg melayu yg masuk icu kerana dikatakan menelan klorox semasa soal siasat polis.mengapa tiada org melayu umno bangkit menolak penderaan yg tak masuk akal ini dato.ini diluar batasan agama tapi kita org melayu marah bila cina bersungguh membela kematian yg tidak sepatutnya berlaku.Cuba dato tanya pemuda mca michael chong betapa ramai org2 melayu dtg mengadu pdnya minta pembelaan.di mana pemuda umno melayu?di kamunting sana majoriti org2 melayu dipisahkan dari keluarga tanpa bukti kukuh tapi kita org melayu hanya tutup mata tak nak ambil tahu.Bila cina bersuara kita marah pulak.Ini persoalan keadilan bkn isu kepartian, bangsa atau agama.Ianya boleh berlaku pd dato atau keluarga yg dato sayangi.Semua ini tidak mustahil berlaku jika tidak dibendung dari skrg.segala yg berlaku ini ada hikmah dan pengajaran yg patut kita renungkan.

rakyat tak bodoh.

pakbelalang said...

Candlelight Vigil: PAS Ulama Should Issue Fatwa, Says Perak MB




IPOH, July 20 (Bernama) -- PAS ulama should issue a fatwa (religious ruling) on candlelight vigils like the one participated by Perak PAS deputy commissioner Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin for political aide Teoh Beng Hock, who fell to his death at the MACC office in Shah Alam on Thursday.

Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir who said this, pointed out that a photograph of Mohammad Nizar holding a lighted candle with some opposition leaders following Teoh's untimely death, appeared in the New Straits Times on Saturday.

Zambry said PAS had many ulama including its spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat and president Datuk Seri Abdul Hadi Awang who could clarify whether Mohammad Nizar's action was allowed by Islam.


comment:

Mungkin Tok Guru akan keluarkan fatwa yang menghalalkannya.

INDIGO said...

Scribe,

Senariosa: No Woman No Cry
(terpijak kulit pisang pun)

Teoh ditemui mati Khamis lalu di atas bumbung tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan penyiasatan salah guna kuasa ke atas beberapa orang Adun kerajaan Pakatan Rakyat Selangor...Kita hanya boleh membuat andaian berasaskan apa yang kita tahu. Misalnya, kita dimaklumkan oleh media massa yang mendiang Teoh bukanlah orang yang disiasat. Dia adalah saksi dalam penyiasatan.


nota:
berapa banyak punya keberangkalian dia saksi; berapa banyak kemungkinan
dia terdisyaki

dan sebab-sebab jatuh dari tingkat
berapa - mana bukti? -
ke tingakat lima.

jiwa merdeka yang tertekan
- satu lagi pengorbanan
demi filasafah hidup mereka.

adakah semuanya akan dipertanggungjawabkan
di akhair nanti

butir-butir pasir tertiup zaman

zamrar said...

Dato',

Setakat maklumat umum yang diketahui kini, kes ini begitu misteri. Bagaimana seorang yang berada di dalam premis SPRM boleh hilang dari kawalan mereka. Oleh itu memang wajar pihak yang lebih dipercayai untuk mennyiasat perkara ini. Siasatan dalaman hanya akan menjadi bahan ketawa seperti mana insiden mata lebam, "polis siasat polis yang pukul orang dalam lokap di balai polis, tetapi polis tak jumpa polis".

Berkaitan kes terkini DSAI, harap ada pihak terutama mereka yang terlibat dalam perundangan mengulas berkenaan dokumen yang tidak diberi kepada pembela sehingga perlu mendapat perintah mahkamah. Apakah ini situasi biasa? Atau adakah ini satu lagi perkara pelik dalam sistem kehakiman negara kita?

WAN HAMIDI said...

'selective' anticorruption is done by SPRM...

Unknown said...

dato,
pertama sekali kita sebagai umat
manusia walaupon berbiza asal usul,
agama dan bahasa tapi kita bersatu
bahwa kita ciptaan allah.takziah kita ucapkan terhadap keluarga men
diangteoh. dato,keadilan pasti ditegakan ,saya berharap kerajaan
jangan campor tangan kerana akan
diangap cuba melindungi penjenayah
dan di harap pembangkang jangan cuba
untok mempolitikan kes ini.kerana
rakyat akan menilaikan dua2 pihak.
rakyat tak buleh di suguk apa saja,
keadilan ditunggu oleh rakyat,saya
berhasrat kes ini akan mematangkan
kerajaan juga pembangkang.

Mullah TTDI said...

Salam Dato' KJ

Saya menyokong pandangan saji dalam artikel kali ini. Dalam kes ini, hampir semua berpandangan bahawa SPRM yang bertanggungjawab terhadap kematina saudara Teoh. Dan secara tidak langsung, BN/UMNO yang bertindak di sebalik insiden tersebut. Adakah ini keadilan?? Walaupun saya tidak menyokong kerajaan BN, akan tetapi dalam kes ini, biarlah kerajaan menamatkan siasatan dahulu sebelum kita berbicara semula......

makbudak said...

dato'

mengapa ada pihak yang suka menyamakan apa yg bn lakukan sekarang ini, juga akan dilakukan oleh sesiapa jua yang akan jadi kerajaan nanti? jika begitu, sampai bila2lah rakyat negara ini terus menerus berpemimpinkan pemimpin yang tidak akan berlaku amanah dan adil?

ada pembahas di sini yang menyatakan, kalau pembangkang memerintah pun maka agensi2 kerajaan spt sprm dan pdrm juga akan menjadi tunggangan mereka. adakah ini bermaksud "takapa" kalau benar sekalipun agensi2 tersebut menjadi tunggangan kerajaan? apa jenis mentaliti orang yang berpendapat begitu?

setuju tak kalau saya katakan, penyamun, dia akan sangka orang lain pun akan menyamun kalau ada peluang. tapi, kita pula yang bukan penyamun ni tak akan sangka atau terfikir orang lain sanggup menyamun malah sehingga ada yang terbunuh mati akibat perbuatan menyamun tu. namun hakikatnya sangkaan penyamun tersebut dan kita sendiri adalah salah. sebab manusia ini lebih2 lagi zaman sekarang, bukan setakat rambut dah tak sama hitam, hati dan sifat budi pekerti tak sama antara satu sama lain.

jadi, bagaimana kita nak membezakan antara orang yang boleh dijadikan pemimpin yang amanah dengan yang tak amanah? adakah sesiapa jua yang menjadi pemimpin (termasuklah diri kita sendiri) semua akan berlaku tidak amanah disebabkan oleh kelabu biji mata dengan pangkat, kuasa dan harta,?

Bukankah ALLAH ada berfirman yang maksudnya lebih kurang, adakah sama mereka yang beriman dengan yang tidak beriman? maka, kita ada panduan untuk diikuti. Jadilah orang yang berfikir. kembali pada Quran dan Sunnah. di situ ada panduannya.

Wallahua'lam....

Unknown said...

Setuju sekali dengan pendapat Datuk tentang KESOPANAN dalam melontarkan idea dan pandangan. Jgn hanya kita bersopan bila kita setuju dengan sesuatu topik dan berlaku "kurang ajar" bila tidak bersetuju dalam topik yang lain.

Anonymous said...

Salam Dato'

Saya seorang melayu yang berharap sangat pemimpin tertinggi UMNO termasuk juga peringkat Bahagian dan Cawangan seluruh negara BERUBAH! Sudah cukup lama saya menanti..sejak boleh mengundi 25 tahun dahulu. Tapi sampai la ni..gitu jugak!!!...Sekarang saya tak sabar nak baca akhbar bila mereka-mereka ini pula keluar akhbar lebih kerap kerana dikaitkan dan didapati bersalah kerana rasuah. Harapan saya..bilalah PR akan memerintah Malaysia. Kecewa sangat dengan UMNO!

Malik Klang

Anonymous said...

Bersedia untuk bertanggungjawab! Baik semasa menjadi Perdana Menteri, Menteri atau Ketua Pengarah sesuatu Jabatan juga Suruhanjaya yang ditubuhkan. Bila ada kes yang melibatkan organisasi kita, dah salah dipihak kita....bersedia untuk menyebut ayat ini 'Saya merasa bertanggungjawab dan akan meletak jawatan serta merta'.Profesional la sikit.Kalau dah tak tau nak urus Kementerian..Jabatan...Suruhanjaya...Pertubuhan...Persatuan Sukan atau tidak lebih baik berhenti. Bukan berdolak dalik....meluat dah..sangat!Kata nak maju, tapi masih takut nak berkelakuan secara profesional.2020 sudah semakin dekat Dato'.Teringat kata-kata kelakar dari seorang bekas Menteri Kerja Raya dari Sg. Siput bila jambatan MMR2 retak dulu...'Ini semua kerja TUHAN'. Salahkan takdir ke?..alahaii.....

Malik Klang

pakbelalang said...

Hj Osman - Kpg Parit Jamil , Muar Johor. said...
Apa cerita kes kugan?

Apa cerita kes Khir toyo?

Apa cerita PKFZ?

Apa cerita kes Pita Linggam?

Apa cerita kes Musa Hassan dan Gani Patail?

Apa cerita kes Stadium runtuh?

Apa cerita kes Ali Rustam?

Kes Kapal Selam? Eurocopter?

Kes YB Perak?

Semua ini...clear!

comment:

Saya berbangga ada orang kampong mempersoalkan isu-isu diatas.

Syabas, Tuan Hj Osman. Tuan Hj sungguh perihatin tentang isu diatas.

Kalau Tuan Hj Osman seorang pemimpin kampong, jagalah kampong Tuan Haji baik-baik. Jangan gadoh-gadoh pasal politik.

BenciManipulsai said...

Salam Dato',

Saya tidak faham (sebenarnya sengaja buat tak faham) mengapa pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat secara melulu menuduh SPRM, Kerajaan dan UMNO bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.

Pelik. Mereka ini begitu suka sekali dengan teori-teori konsipirasi.

Pada pendapat saya, jika mungkin SPRM "terbunuh" atau sengaja bunuh Teoh, SPRM memang sah "kurang akal". Kalaulah saya nie SPRM dan saya "terbunuh" atau sengaja bunuh, takkan la saya nak bunuh dan tinggalkan mayat tu kat opis saya sendiri. Mesti la saya "letak" kan mayat tue kat hutan ker, tanam ker, dalam laut/sungai ker... atau kalau nak lagi jahat, saya letak jer kat depan rumah Anwar ker, Kit Siang ker... konpem tidak meninggalkan syak wasangka... hahaha...

Maaf. melalut.

Anonymous said...

Tidak ada manusia atau badan atau sistem yang sempurna. Mengharapkan yang sempurnalah menyebabkan manusia akan di kecewakan kerana mereka yang mengaku dapat memberikan yang sempurna pasti tidak akan dapat mengotakan kata-kata mereka kerana baik manusia tau badan dan sistem-sistem yang direka oleh manusia tidak boleh jadi sempurna.

Contohnya gejala maksiat dan kemungkaran. Dalam usaha Pembangkang untuk memancing sokongan maka mereka memeberikan petunjuk seoah-olah apabila mereka memerintah makanya semua gejala tidak sihat dan gejala kemungkaran akan dapat diatasi tetapi setelah lebih setahun memerintah adakah mereka dapat menjadikan negeri mereka terutama negeri yang paling kaya di negara ini sebagai bebas daripada gejala yang tidak sihat?

Bukankah begitu ketara sekali bahawasanya premis yang menggalakkan gejala tidak sihat tidak dapat mereka kurangkan malah lebih dari itu usaha kearah menghapuskan premis-premis sedemikian rupa mendapat tentangan secara halus daripada pihak pembangkang yang megang jawatan utama dalam exco negeri. Bukankah ini menunjukkan pembangkang juga mengamalkan budaya populis dan retorik politik untuk memenangi hati pengundi tetapi bukan kerana mereka benar-benar mahu melakukan apa yang mereka janjikan sebagai satu tanggungjawab.

Ini bukan bermakna kita harus menjadi fanatik dengan kerajaan yang sedia ada tetapi kalau ternampak ada usaha penambahbaikan bertrusan seperti PPSMI, MACC, liberalisasi ekonomi maka bukankah itu nampak lebih wajar dan realistik berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai mengatakan mereka lebih sempurna dalam serba serbinya. Bukankah Islam didatangkan untuk memulihkan akhlak manusia sedikit demi sedikit tetapi bukannya secara serentak sekali gus?

Oleh itu bagi saya selagi kerajaan sedia ada mempunyai pendekatan untuk sentiasa menambahbaikkan mana yang kurang dan menghapuskan mana yang tidak perlu atau yang tidak sihat, itu sudah cukup untuk memberikan markah positif kepada mereka. Kecualilah kalau kerajaan sedia ada langsung tidak bergerak ke depan makanya barulah kita akan mengabil risiko dengan memperjudikan nasib bangsa da negara dengan memberikan peluang kepada pmbangkang (yang terkenal dengan budaya populis dan retorik politik) untuk menunjukkan bakan pentadbiran mereka.

Oleh itu sebagai rakyat kita harus celik dan tidak mudah digula-gulakan oleh mana-mana parti politik yang kononnya mampu memberikan lebih daripada parti-parti lain walhal kita sendiri tahu gula-gula tersebut hanya untuk memancing kita agar memberikan mereka peluang untuk berkuasa tetapi setelah berkuasa mereka terus lupa semua janji-janji mereka sebaliknya akan terus berpolitik dan mempolemikka semua isu termasuk kematian seorang insan yang malang seperti saudara Teoh. Apa ini?

APOLITIKAL

Arm Ibrahim said...

Salam Dato'

1. Berkenaan HP6. Pada era HP6 dulu ada artikel di akhbar mengagungkan kereta buatan korea..kononnya proton patut belajar daripada pembuat kereta korea. Saya menggunakan kereta Kia Spectra 1.6. hasilnya saya gredkan sebagai 4/10. Ketika bujang dahulu, kenderaan Satria 1.3 2nd hand saya lebih banyak memberi kepuasan dari segi nilai wang dan prestasi. kini kembali menggunakan kenderaan proton. Kereta Kia tu...dijual dengan harga pasaran pun masih rugi. Beli Aug 2005 dengan harga RM67,000, jual Nov 2008 dengan harga RM24,000.. Pasaran yang menentukan betapa 'nilainya' kereta import.

2. Kes Teoh. Malang sekali kepada pihak SPRM, kejadian itu berlaku di kawasan pejabat mereka.. Mendiang Teoh lebih berguna kepada SPRM ketika masih hidup daripada ketika mati. Kini ada satu penulis kaum yang mengatakan sepatutnya soal siasat adalah mengikut masa pejabat... soal siasat mesti tiada tekanan mental...soal siasat mesti selesa kepada yang disoal...

3. Kes Teoh. Fahami psikologi orang Cina Malaysia bila menghadapi tekanan...semasa di Universiti dahulu bukan janggal kalau dapat tahu pelajar cina menelan pil tidur untuk ketenangan...

4. Adakah semua ini bermakna Lembu-lembu suci tidak boleh disentuh oleh SPRM? Polis?

sekian

Anonymous said...

Dato',

Baru setahun dua berkuasa diberapa negeri sudah banyak kes penyelewengan yang kita dengar walhal pembangkanglah pihak yang paling banyak bercakap tentang penyelewengan seolah-olah kalau mereka berkuasa mereka adalah pihak yang bebas daripada melakukan penyelewengan iaitu sebagaimana negara contoh bagi mereka (Hongkong dan Singapore) yang seolah-olah ahli politik dan penjawat awam di sana tidak melakukan penyelewengan!!

Persoalannya, kalaulah tanpa adanya peranan badan seperti MACC bagaimanakah kes-kes penyelewengan yang berlaku di negeri bawah penguasaan PR akan dapt didedahkan kepada umum? Kalaulah pembangkang yakin mereka tidak menyeleweng apa yang di khuatirkan? Dan kalau pembangkang tidak percaya kepada mana-mana badan penguatkuasaan yang diterajui oleh penjawat awam, apakah mereka mempunyai kawalan dalaman atau badan lain bagi memantau aspek penyelewengan dalam kalangan mereka?

Dan apakah kalau ada penyelewengan makanya pembangkang mahukan pengundi menghalalkannya dengan alasan bahawa orang lain juga tidak bebas dari melakukan penyelewengan? Sepatutnya pembangkang berterima kasih kerana ada pihak yang membantu mereka membersihkan laman parti mereka daripada elemen-elemen kotor dan keji lebih-lebih lagi kalau mereka sendiri tidak berupaya melakukannya secara bersendirian. Janganlah nanti pembangkang lebih gemar menyapu kesemua kebobrokan berkenaan di bawah karpet.

Hanya dengan menggunakan khidmat pihak ketiga sajalah pembangkang dapat membuktikan betapa bersihnya mereka dan secara tidak langsung menghapuskan persepsi negatif: "cakap tidak serupa bikin" yang mula menular ke dalam benak pengundi terutama yang berdiri di atas pagar seperti di Manik Urai.

Apapun terpulanglah kepada pembangkang apa yang mereka mahu lakukan dalam konteks penjagaa imej. Sudah tentu pembangkang boleh menyembunyikan semuanya di bawah karpet tetapi tabiat sdemikian akan merugikan mereka juga untuk jangka waktu sederhana dan panjang. Fikir-fikirkanlah wahai pembangkang.

APOLITIKAL

Unknown said...

Salam Datuk,
apa yang datuk perkatakan memang benar, dewasa ini persepsi orang ramai memainkan peranan besar untuk membuktikan integriti SPRM. Daripada maklumat kasar yang saya perolehi mendianng disiasat berkaitan dengan pengedaran bendera malaysia yang bernilai RM2400 walhal, ada bekas pembesar kita yang bercuti ke disneyland menggunakan dana kerajaan dan hidup mewah di istana seksyen 7 shah alam hidup dalam bersenang lenang tanpa gangguan daripada SPRM disamping Wang peruntukkan ADUN RM500k habis dalam masa 3 bulan Mengapakah perkara ini didiamkan sahaja?.. Datuk...ini hanyalah persepsi daripada saya, insan yang belajar tak tinggi ni. Terima Kasih

Anakbukitgantang said...

Dear Malaysian public,

Please be level headed and let the police check the crime thoroughly. Lest we forget, It was the late Teoh who offered to be the witness to a series of corruptions and claims of the involvement of underworld figures in PBT activities. Can anyone please explain why a star witness was murdered? Who would gains from such acts? It was not the police nor SPRM/MACC who would have any gains, but those suspected of such dealings!

And to those politicians who was blatant and unashamed at manipulating this issue for their political gains had steep so low in the political game ........I am really sorry that the Malaysian public still fall for this irresposible and foolish antics of immature politicians.

Please read full report before making any judgement. A person is judged by his or her statement, and a statement shall be made only after all facts are gathered.

Anonymous said...

Persoalannya kenapa pihak UMNO cukup pertahankan SPRM. Adakah UMNO itu SPRM dan SPRM itu sebahagian dari UMNO. Jgn sampai persepsi rakyat Malaysia bahawa SPRM dan badan2 penguatkuasa lain dikawal UMNO. Semua rakyat tau yg ujud politik wang yg dahsyat ketika PAU UMNO yg lalu, tak kurang yg telahpun dipersalahkan oleh lembaga, tapi apa yg SPRM lakukan. Sengeh je ke? Sebab tu kita dapati ada teori nakal menjelang PRU13 nanti, kalau PR nak tubuh kerajaan, pastikan terlebih dahulu 'kawtim' dgn semua kepala2 penguatkuasa, kalau tak kalu, mereka berupaya untuk 'goncang' bagi pihak UBN sampai PR jatuh tergolek.

MAD BALING

Budak Pee Jay Kay Bee said...

Dear Dato,

Until MACC & Police shows FAIRNESS in ALL of their actions, the people will always be suspicious. Their actions must be CONSISTENT regardless of political inclinations. We now have government bodies who shows that they are working for the government in power and not for the people. The old values are gone. You wont see this in the old days. You see the civil servants acting professional instead of being subservient to those in power. This goes back to being fair and professional in all of their actions.

The stigma on MACC & Police being the government politician's weapon will persist unless there is a total change on the method of appointing the head via independant bodies etc that gives all parties some say. Only then can we see the professionalism & fairness emerge from these bodies.

Cetusan said...

assalaaaaaaamum..DATo'

sesuatu kerja jika dibuat dan memberi ruang untuk dikritik walaupun betul pada satu pihak, pada pandgan pihak ramai..muskhil juga.. ..
ruang untuk membuat silap.

Anonymous said...

Salam Dato'.

Saya masih mengharap, barisan kepimpinan baik pemerintah atau di pihak pembangkang menjadi insan yang bukan mementingkan diri, jawatan, harta SAMPINGAN atau apa saja yang menguntungkan mereka. Jika pemimpin di pihak mana sekalipun, menunjukkan contoh yang baik, individu ini akan menjadi contoh betapa prinsip dan etika amatlah penting dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Kepimpinan di setiap bahagian di kementerian, jabatan, suruhanjaya atau apa saja akan mencontohi pemimpin tertinggi yang beretika profesional dan matang ini. BERTANGGUNGJAWAB keatas kelemahan sistem yang ada di bawah seliaan kita. BERTANGGUNGJAWAB keatas kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahan kita. Bukan orang bawahan yang terpaksa mengikut sistem itu saja yang dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan. Buka minda, orang bawahan hanya mengikut arahan.Dari dulu lagi kerap diperkatakan tentang kajian semula segala macam sistem yang dikecam di Malaysia.Ia berbalik semula pada pembuat DASAR dan ahli politik di negara kita.BERTANGGUNGJAWABLAH!!!!

1 MALAYSIA (Dasar siapa?)....telah ada pandangan yang mengatakan kita bukan bangsa Melayu, Cina atau India, tapi kita bangsa Malaysia! Tidak kira siapa pun yang mati, tapi kita kena memikirkan berapa ramai lagi yang akan mati kerana kelemahan sistem bukan saja pentadbiran malah perundangan di negara kita.Serius jika ingin berubah!!!Biasa-biasakanlah dengan perletakan jawatan jika tidak mampu menguruskan sebuah negara, kementerian,jabatan,suruhanjaya dan juga sesuatu pertubuhan.

Malik Klang

Quantum Metal Consultant said...

Nampaknya rakyat Malaysia didahulukan oleh pemimpin pembangkang dan kerajaan - mereka daulukan kita untuk dilaga lagakan dengan perbezaan pendapat dan mereka suburkan dengan api api di tangan mereka.

MUBA said...

Datuk,

Peratoran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) amat jelas iaitu anak yang lahir tanpa nikah tidak ada nama bapa yang dicatitkan di dalam surat beranak sebaliknya nama ibu yang melahirkannya sahaja. Tapi dalam kes Teoh, kekasihnya/tunang? yang mengandung berkeras mahu mencatit Teoh sebagai bapa dalam surat beranak. Ini menimbulkan tekanan kepada kerajaan khususnya JPN. Apakah kerjaan akan berlembut. Tidak mustahil. Kerajaan telah banyak membuat keputusan yang pelik-pelik kerana mahu memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Kerajaan juga rasa tertekan kerana desakan pihak pembangkang termasuk Melayu dalam Pas dan PKR.

Apa kata pemimpin-pemimpin Pas dalam isu ini. Apakah Pas yang mendakwa UMNO unislamic dan menyeleweng macam Ayah Pin dan Komunis (PKM?)dalam isu-isu yang melibatkan agama dan moral seperti ini. Apakah kepentingan politik diberi pertimbangan lebih tinggi dari agama. Come on, Tok guru-Tok Guru, alim ulamak-alim ulamak Pas. Keluarkanlah fatwa. Mungkin fatwa Pas lebih baik dari UMNO. Jangan asyik nak salahkan orang saja.

Anonymous said...

Salam Dato'

I'm just glad that you have been rejecting rantings that are nothing more than cusses from I'm sure tons of writers. I suspect you even protect some of us from these very 'passionate' creatures whenever some of us criticize TG Nik Aziz or Brother Anuar. I guess it's very okay to bludgeon Najib, Dollah and Tun Mahathir to death.

I just cannot imagine how you and other bloggers like rocky bru, Big Dog, etc can read all those really vile things and yet continue to write decent articles and remain upbeat. The same goes for Saudara Mustapha Ong and to some extent pakbelalang. Yet Saudara Mustapha Ong continues to contribute his opinions in both languages whilst remaining polite and positive. As for pakbelalang, he's as enthusiatic as ever. I like his news flashes although some think he regulalrly careens out of topic. If not for his news flashes, I would have missed them all.

Thank you Dato'.

Melati

Against The Wind said...

Dato'

Lately ni dah malas nak baca readers comments kat blog dato' ni.

Yang dato' lepas kan pun masih banyak yang memberi comments ikut hawa nafsu.

Saya tak tahu lah kalau suatu hari nanti puak puak ikut nafsu ni memerintah Malaysia apa kah yang akan terjadi.

Bagi la polis buat kerja dulu, kalau hasil siasatan nanti di katakan teoh jatuh tingkap sebab terpijak kulit pisang,, barulah suruh suruhanjaya apa ka siasat.

Kalau lah Polis Malaysia dan SPRM atau apa saja agensi kerajaan di Malaysia ni semua jahat sangat..saya rasa dah lama Malaysia ni jadi tunggang terbalek. Selective presecution maybe..but intentionally killing witness..hmm dont think so.

Orang UMNO pun ramai gak kena siasat SPRM ..takde la nak kecoh kecoh pun. DOnt tell me PKR or DAP people are saint? far from it la.

saji said...

Salam Dato'

Pada saya, tidak salah mempolitikan kematiah Teo Beng Hock jika ianya mempunyai maksud tersirat untuk membetulkan manusia, badan dan sistem sedia ada di negara ini yang masih pincang.

OKJ said...

Salam DAKJ

Surat terbuka untuk Professor Dato’ Dr Harun Din

Assalamualaikum

Kepada yg dihormati Tuan Guru Professor Dato’ Dr Harun Din. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia ingin meminta jasa baik dan pandangan peribadi yang ikhlas dari hati Tuan Guru. Walaupun kita berlainan pahaman politik, tetapi Islam tetap satu.

Sejak akhir akhir ini saya berasa begitu terkilan melihat telatah beberapa pemimpin besar pakatan rakyat. Sebagai pemimpin Islam yang mempunyai ramai pengikut dan sebahagiannya mengatakan apa yg dilakukan oleh pemimpinnya adalah benar belaka, perlakuan yg salah dari sisi agama Islam tidak sepatutnya dilakukan.

Sepertimana yg kita ketahui baru-baru ini di PRK Manek Urai, memang kedua-dua belah pihak inginkan kemenangan. Tetapi apakah hukumnya menyebarkan berita yg palsu semata-mata untuk menang pilihanraya.

Selang beberapa hari selepas itu, peristiwa kematian seorang saksi di kawasan SPRM juga menjadi kecoh. Sebagai seorang Islam, saya dapat rasakan hati kecil Tuan Guru juga merasakan ada yg tidak kena dan tidak terlintas lansung di hati kecil itu pembunuhan itu dilakukan oleh SPRM. Ditambah pula belum pun penyiasatan yg menyeluruh dilakukan, sudah ada kata kata nista yg dilemparkan.

Bermula dari situ, ditambah pula beberapa rintitan yang boleh memesongkan aqidah seseorang terutamanya anak anak kita yg masih kecil lagi. Dengan bertafakkur sambil memegang nyalaan lilin dan diketuai oleh seorang kafir yg memuja simati, adakah ia perlu diharuskan? Perbuatan terkutuk ini takut akan menjadi budaya bagi anak anak muda nanti.

Kemudian cadangan agar teman wanita dan anak dalam kandungannya diberi bantuan oleh dua negeri juga amat memilukan. Memang kita bersimpati dengan kematian mendiang tersebut, tetapi adakah kita menghalalkan hubungan tanpa ikatan pernikahan yang sah dan hasil kandungannya. Bukankah menjadi satu kesalahan besar yang dilaknati Allah dengan berbangga-bangga dosa besar yg dilakukan dimasa yg sama ianya ditutup oleh Allah dari pengetahun orang lain?

Dan sekali lagi peminpin besar pakatan menundukkan kepalanya dihadapan colok tanda menghormati mendiang simati? Adakah itu juga dibolehkan?? Terlalu banyak kerosakan-kerosakan yang telah dilakukan semata mata untuk menjaga hati sahabat kafir laknatullah dan pada masa yg sama sanggup menghina, mencerca dan mencaci sesama agama sendiri termasuklah para mufti sekalipun.

Sesungguhnya dapatlah Tuan Guru Dato’ Dr memberikan pandangan dan perincian yg jelas berhubung perkara di atas. Islam cuma akan dimuliakan, dihormati dan disanjung tinggi jika kita bersatu dan mengasihkan saudara seislam sebagaimana kita kasihkan diri kita sendiri. Islam juga menggalakkan perbezaan pendapat tetapi tidak sehingga berpecah belah.

Sekian terima kasih.

Yang benar
OKJ
(Orang kampung je)

zabri mokhtar said...

SALAM DATUK & SEMUA,

SPRM DAHULU DIKENALI SEBAGAI BPR.

UNTUK PENGETAHUAN KALIAN SEMUA SPRM AKAN MENJALANKAN SIASATAN WALAUPUN MENDAPAT SEHELAI SURAT LAYANG.

SURAT LAYANG BERMAKSUD WALAUPUN NAMA PENGADU TIADA DIBERI ATAU NAMA SAMARAN DIGUNAKAN. DAN LAPURAN KES DIBUAT WALAUPUN KITA MEREKA2 KES TERSEBUT PIHAK SPRM AKAN MENYIASAT. (DENGAN MENGAMBIL KIRA TIADA SIASATAN BERPILIH2)

SEBAGAI CONTOH SEKIRANYE KITA MENULIS SECARA LAYANG SPECIES nazri MENERIMA ATAU MEMBERI RASUAH KEPADA SI A ( SEBAGAI CONTOH SI A NI BERKERJA SEBAGAI JURUTERA DI JKR ). BAGI PROJEK SEKIAN2. DAN KITA HANYA NYATAKAN MANA2 PROJEK YG DIJALANKAN OLEH JKR DIBAWAH SELIAAN SI A TADI. MAKA SPRM BERHAK MENAHAN nazri atau SI A DAN MENGSELONGKAR SELURUH PEJABAT DENGAN WAREN MAHKAMAH.

KITA TIDAK PERLU BERSEMUKA DENGAN SPRM CUKUP DENGAN MENGHANTAR SURAT MELALUI POS ATAU FAX ATAU APA CARA SAJE ASALKAN SAMPAI KE TANGAN SPRM TANPA MENUNNJUKAN IC ATAU MEMBERI NO TELIPON.

CARA SIASATAN YANG DIJALANKAN OLEH SPRM AMAT2 BERBEZA SEKALI DENGAN SIASATAN YANG DIJALANKAN OLEH POLIS.

POLIS APABILA MENJALANKAN SISATAN SERINGKALI KITA DENGAN PERKATAAN “MASIH DIDALAM SIASATAN POLIS DAN KITA TIDAK BOLEH MEMBERI APA2 KENYATAAN TAKUT AKAN MENJEJASKAN SIASATAN KAMI”.

BERMAKSUD POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN SECARA SENYAP2 DAN MUNGKIN MENYAMAR DAN SEBAGAINYA.

TETAPI SPRM BERLAWANAN APA YANG POLIS BUAT. MEREKA MEMBUAT PENGUMUMAN SI nazri ATAU SI A RASUAH. MEREKA TAHAN SEPANJANG MASA YANG MEREKA HENDAK. MEREKA MEMPUNYAI WAREN MENGELEDAH.

APABILA MEREKA MELAKUKAN INI SEMUA SEOLAH2 SI nazri ATAU SI A TELAH BERSALAH . WALAUPUN PERBICARAAN TIDAK DIJALANKAN DIMAHKAMAH LAGI.

KATAKAN SIASATAN DALAMAN DILAKUKAN TANPA KEMAHKAMAH DAN DIDAPATI SI nazri ATAU SI A TIDAK BERSALAH. TIDAK PULAK SPRM MEMBUAT PENGUMUMAN KEPADA SEMUA ORANG BAHAWA SI nazri ATAU SI A INI TIDAK BERSALAH.

SEDANGKAN NAMA TELAH TERCEMAR TIADA PEMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA PUN DR SPRM. .

ITULAH DEPA……..

IKHLAS,

pakbelalang said...

anakbukitgantang,

You really hit the nail right on the head of these irresponsible people who are trying to take advantage of this situation at the expense of the deceased person for their political gain. They are really haprak and HP for sure!!

They are unintelligent lot. What a pity we have such people around in our society. Very immatured indeed.

Anonymous said...

Dato',

Semasa bersekolah dahulu, semasa menunggang basikal dengan kawan-kawan, apabila bertembung dengan sekatan jalan raya, kawan=kawan semunya panik "polis!, polis!..." yang mana maksud mereka ialah tak usah hampiri sekatan jalan raya kerana takut tak lepas!!

Namun saya sedapkan hati mereka dengan kata-kata "eleh, kalau tak buat salah atau basikal yang kamu tunggang lengkap semua ciri-ciri dari segi keselamatan, apa yang hendak ditakutkan...". Namun mereka tetap tidak percaya kerana terlalu fobia yang mereka tidak akan dapat melepasi sekatan tersebut lalu mereka suruh saya pergi dahulu!!

Oleh kerana tidak mahu di tuduh sebagai "cakap tidak serupa bikin" maka walaupun dengan perasaan berani tetapi cuak, hendak tidak hendak terpaksalah juga saya bersendirian menghampiri sekatan jalanraya dan setelah ditanya dan di periksa itu dan ini, saya dilepaskan untuk meneruskan perjalanan. Selepas itu barulah kawan-kawan yang lain mengekori saya dan akhirnya semua mereka dapat melepasi sekatan berkenaan. Akhirnya barulah saya dengar ungkapan "betullah, betullah..." dari mulut kawan-kawan saya itu.

Intipati cerita ini ialah kalau kita tidak melakukan apa jua kesalahan di sisi undang-undang, kita tidak akan berasa gentar untuk berurusan dengan pihak yang menguatkuasakan undang-undang. Sebaliknya mereka yang melanggar peraturan tentu berasa cuak atau cuba memperkecilkan peranan penguatkuasa undang-undang.

antiperak

wishediwaswrong said...

Menyentuh orang Islam menyertai candlelight vigil bagi mendiang Teoh, saya teringat kes kematian seorang jiran bebangsa Cina. Hanya dua tiga orang jiran Melayu menziarahi padahal kawasan perumahan itu majoriti Melayu Islam.

Saya sebagai orang Islam berasa malu, seolah-olah orang Islam ini petty sangat.

Jadi dalam kes candlelight vigil ini tak payahlah rojok kepada alim ulama. Bukankah segala yang kita lakukan terletak pada niat?

Unknown said...

Dear Datuk,

Benar kata datuk, BPR officers sopan tetapi menyakitkan hati dan kepala. Saya pernah disiasat, memang berpeluh. Namun, Physical abuse, tidak pernah berlaku. They are very professional.

hangnadim said...

Salam Dato'

Saya nak respon sikit saja kepada komen Mazura. Respon saya:

Jangan nak samakan soal siasat yang anda hadapi dengan soal siasat yang dihadapi oleh Teoh Beng Hock. Ianya 100% berbeza.

Teoh disoal atas kapasiti "political motivated and political mileage". Ada agenda besar di sebalik soal siasat itu.

Baguslah kalau SPRM bersikap profesional kepada anda. Tetapi apakah SPRM bersikap profesional kepada Teoh yang disoal selama 10 jam dan berakhir sehingga awal pagi??? Pengakhirannya pula Teoh mati terdampar di bawah bangunan SPRM.

Bersyukurlah kerana anda bukan "Teoh Beng Hock"".

Intergriti - JB. said...

Kalau ada org mati kat rmh ko..atau depan laman rumah ko org? sape dulu kena soal? jawab la?

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara saji

Jika Saudara merestui kematian Teo untuk dipolitikkan, sila ke
http://empayar-malaya.blogspot.com

Apabila saya melihat gambar-gambar cina-cina DAP dan PKR membawa sepanduk yang menggugat kesejahteraan dan keamanan negara ini pada hari pengebumian Teoh, saya teringat gambar-gambar serupa yang berakhir dengan 13 Mei, 1969 dan teringat juga gambar-gambar yang membawa kepada rusuhan kes Natrah@Maria Huberdina Hertogh pada 12 Disember 1950. Kedua-dua tragedi membawa maut kepada sesiapa yang kurang bernasib baik pada hari rusuhan.

Jangan lah Saudara saji mahu bermain api melainkan Saudara sudah memiliki jet peribadi dan landasan kapalterbang di belakang rumah saperti John Travolta, banglo mewah di Australia, US, UK atau Canada dan wang berjuta di Swiss bank atau Canary Island. Boleh lah Saudara lari bersama kaum keluarga Saudara jika terjadi rusuhan.

Bagi ramai rakyat Malaysia di sini, kami tiada segala kemewahan yang saya sebut di atas.

Melati

Anonymous said...

Dato'

Benarkan saya respons kepada pandangan salah seorang pemberi komen seperti di bawah:

"wishediwaswrong said...

"Menyentuh orang Islam menyertai candlelight vigil bagi mendiang Teoh, saya teringat kes kematian seorang jiran bebangsa Cina. Hanya dua tiga orang jiran Melayu menziarahi padahal kawasan perumahan itu majoriti Melayu Islam."

"Saya sebagai orang Islam berasa malu, seolah-olah orang Islam ini petty sangat.

"Jadi dalam kes candlelight vigil ini tak payahlah rojok kepada alim ulama. Bukankah segala yang kita lakukan terletak pada niat?

------------------------------------

Orang Melayu kurang menziarahi si mati dari golongan kafir waima jiran tetangga sekalipun bukan kerana perasaan perkauman atau tidak prihatin tetapi disebabkan oleh kekangan dari segi agama dan budaya.

Hakikatnya, sesiapa jua mempunyai sensitiviti dan sukar bagi sesiapa jua melakukan perkara yang dianggap sensitif buat mereka. Contohnya, mereka yang tidak sukakan pandangan "bat kut teh" yang menjijikkan atau bau-bauan seperti asap colok, tidak boleh dipaksa untuk menggemarinya.

Oleg itu walaupun dalam sesuatu majlis yang dikira sebagai rukun kifayah tetapi kalau ada puak yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab seperti yang disebutkan tadi dan selagi ada puak lain yang dapat mengisi keperluan fardu berkenaan maka tidaklah menjadi apa-apa kepada mereka yang tidak menghadirkan diri.

Oleh itu mempertikaikan sikap orang Melayu yang tidak pergi meraikan majlis pra-kembumian kaum kafirun tanpa mengambil kira faktor penghalang adalah tidak betul, kecualilah kalau tidak ada langsung orang yang boleh menguruskannya.

Kepada penulis diharap janganlah membangkitkan isu seperti ini walhal ada isu yang lebih besar iaitu melibatkan pemencilan beberapa majlis tertentu oleh Islam A terhadap Islam B tetapi tidak pula kedengaran diskusi dan wacana ilmu yang secara serius membincangkan isu berkenaan atau mempertikaikan kewajarannya atau di buatkan 'fatwa' mengenainya hingga ke hari ini!!!

Nota kaki: manusia mudah menjadi liberal atau sekular atau jumud atau apa saja bergantung kepada betapa bermakna atau beruntungnya sifat sedemikian buat diri mereka.

ANAK BAPAK

saji said...

Salam Dato'

Mengenai pembalas2 yang sangsi dengan tindakan DS Nizar pegang lilin dalam upucara memperingati mendiang Teo Beng Hock dari sudut akedah Islam, izinkan saya memberikan respon dengan mengemukakan 4 pertanyaan berikut:

1.Bagaimana pendakwah Islam kembangkan Islam di Pulau Jawa dulu yang menganut agama Hindu?

2. Tidakah Islam dikembangkan di Pulau Jawa dulu menerusi asimilasi budaya yang sinonim dengan ajaran agama Hindu, yang mana sesetengah daripadanya masih dikekalkan ?

3. Tidakkah tindakan DS Nizar yang memegang lilin itu boleh dianggap sebagai mencontohi usaha pendakwah Islam silam mengembangkan Islam diPulau Jawa?

4. Tidakkah Teoist atau Buddist yang dikatakan 'agama' anutan orang Cina tempatan itu bukan 'agama', tetapi bentuk2 kepercayaan yang banyak bezanya dengan agama orang Islam, Krestian dan Yahudi?

teloor kemughuk said...

Tok,

Saya rasa kan, Beng bunuh diri sebab takot khawin. He he he he

Antu Kite said...

Yang Berbahagia Datuk,

Nak tengok sikit parti DAP sempena perkembangan akhir-akhir ini:-

1. Gangster (Underworld connection) - tuduhan dari org PR sendiri

2. Macam ada konspirasi je dlm dalam Pakatan Rakyat yang tidak berpakat ni? (Team A dan Team B yg bermula dari isu photo Eli Wong? Boyfriendnya? Azmin Ali? MB Selangor? Anwar?)

3. Rumah potong babb..eh!eh! khinzir..! yang beroperasi secara haram di Kedah

4. Cita-cita membangunkan ladang babb...eh!eh! khinzir.. yang besar lagi canggih di Selangor? Negeri Sembilan?

5. Rasanya, ada yang pernah berkata dulu "Langkah mayat saya dulu" pasal negara Islam?

6. Ada Adun Perak yang tak bersunat membaca surah-surah Al-Qur'an dalam kempen politik yang nampaknya diangkat taraf jadi Pak Lebai?

7. Bersekedudukan (walaupun dengan suami orang) adalah hak asasi seseorang di negara ini? (Ada makcik-makcik bertudung menyokong dlm sidang akhbar Eli Wong tempoh hari)

8. DAP ni memang terkenal sebagai parti chauvinis cina yang asalnya dari PAP yg sekarang ini memerintah Singapura.

9. Ada lagi?

Nak tanya orang Melayu PKR dan terutama sekali orang PAS.

Lebih suka "tidur sebantal" dengan yang di atas semata-mata kerana UMNO adalah seteru politik? Seteru politik sampai boleh dilabel kafir?

PAS! kalau terlalu marah sangat dengan kaum sebangsa dari UMNO tu, boleh tak ambik wudhu sekejap, usap dada dan beristighfar banyak-banyak sebentar.

PAS (dan PKR Melayu) awak berbenci-bencian sesama kaum demi politik, tolong renung sejenak dan tanya soalan ini:-

"Apa akan jadi kepada orang Melayu di bumi sendiri?"

Lebih baik "kafir" UMNO dari "kafir" DAP.

Saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Tapi saya orang Melayu yang dah nak menjelma sebagai hantu raya!

Antu Kite.

ijam said...

Kita tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan oleh sesetengah pemimpin pembangkang. Banyak isu tentang kegagalan mentadbir urus di sesetengah negeri pimpinan mereka yang menyebabkan rakyat risau dan bimbang. Kalau dikatakan dimanipulasi oleh media arus perdana, dalam web pembangkang pun menyentuh hal yang sama.

Jadi, adalah wajar siasatan yang menyeluruh dilakukan. Semoga, keamanan dan perpaduan yang kita kecapi selama ini berkekalan.

kamar zaman said...

Salam Datuk,

1. Kes ini semakin menonjolkan kebodohan agensi-agensi kerajaan yg berkaitan utk membantu memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN.
2. Bagaimanakah agaknya PM Najib mendapat ilham utk memperkenalkan KPI kepada semua, sedangkan dia sepatutnya tahu bagaimana kesudahannya nanti.
3. Menyentuh berkenaan 100 hari Najib menjadi PM. Dia hebahkan beberapa pengumuman sebagai hadiah kpd rakyat. Saya dapati beliau berbohong lagi kerana antara hebahan itu ialah penambahan RM 150juta kpd tabung Tekun Nasional. Sehingga kini kita tahu bahawa Tekun Nasional gagal utk memproses permohonan pinjaman. Ada yg terpaksa menanti sehingga 4,5,6 bulan tetapi masih gagal mendapat pinjaman. Projek usahawan banyak yg terbengkalai. Ramai yg kerugian. Inilah dia slogan "Rakyat Didahulukan" "Prestasi Diutamakan" "Denyut Nadi Rakyat" ala BN.
4. Saya sebenarnya ingin memohon pertolongan drpd Datuk utk mendedahkan apa yg sebenarnya berlaku di Tekun Nasional. Cubalah Datuk layari laman web TN. Artikalnya tidak di kemaskini. Piagam pelanggan hanyalah satu pembohongan semata-mata.
5. KPI yg cemerlang!!!????

Rosli Basiran said...

Salam buat Dato' AKJ,

Hari ini kerajaan buat keputusan tubuh Surahanjaya Siasatan berhubung kematian Teoh.

Jadi, kenapa tidak buat Suruhanjaya Siasatan setiap semua orang yang mati di Malaysia?

Apa istimewanya Teoh ini?

Jelas sekali kerajaan pimpinan DSN terperangkap. Kerajaan pimpinan DSN tidak tegas.

DSN mesti tegas......tapi sekarang dah sama macam bekas PM yang suka main golf, suka tidur,lembik.....

Apa yang kita dapat, Dato'?

jeansLusuh said...

Salam Pak Kadir ..

saya mohon petik sedikit artikel Bapak untuk saya muat turun di dalam blog saya .. harap halalkan Pak ..

syukran

Tan Sri Osman. said...

Dato.

Saya setuju.Kenapa surohanjaya Di Raja hanya menyisat cara MACC menjalankan siasatan.Bagaimana pula dengan Polis yang banyak berlaku kes kematian dalam Lokap.

Nampaknya di Malaysia nyawa manusia bagitu murah sekali.

Sata juga ingin mengingat MACC,kenapa kes Mahligai Khir Toya maseh belum di siasat.Kenapa pileh kaseh.

Kenapa kes mengeluarkan lesen teksi kapada syarikat Uptowm sabanyak 3000 leseh oleh Nazri maseh belum di siasat.Kapada siapa kah wang sewa teksi sabanyak 30 ringgit satu teksi untok satu hari dibayar.

Bagitu juga dengan PKFZ,kenapa lambat sangat di siasat.Jika disiasat money trail syarikat K.Dimensi sdn bhd,kapada siapa di bayar commission,sudah tentu kita tahu siapa yang buat angkara sahingga kerajaan rugi berbillion ringgit.

Raayat marah kerana nampak sangat diskrimanasi dalam siasatan MACC,

raja2u said...

YBhg Dato'

Assalamualaikum.Tahniah saya ucapkan kepada Kabinet dibawah kepimpinan YAB PM yang telah membuat keputusan segera dengan tidak berdolak-dalik penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.Ini adalah satu keputusan bijak kerana ianya menampakkan kerajaan betul-betul mendengar rintihan rakyat disamping menentukan tiada rasa berdendam antara SPRM dan PDRM hasil dari siasatan yang dilakukan keatas SPRM olih PDRM dalam kes ini.

Kita tidak bolih menyalahkan Kerajaan dan kaum Cina apabila ternampak kerajaan mengambil berat tiap-tiap masalah yang dihadapi kaum Cina berbanding dengan lain-lain kaum.Ini adalah kerana kaum Cina bersatu menjaga kebajikan kaumnya berbanding dengan kaum lain yang berpecah belah dan mementingkan dirinya sendiri sahaja.Sebagai contoh apabila diketahui wanita yang diminta tok ketampi sambil bogel adalah orang Melayu adakah apa-apa tindakan diambil olih pertubuhan-pertubuhan Melayu Islam terhadap kerajaan ?. Jawabnya tiada siapa yang peduli. Sepatutnya ulama' kita menghantar memorandam kepada Kerajaan menyatakan perbuatan seperti itu salah dan hendaklah diberhentikan.

Memandangkan terdapat dua kumpulan yang yang berbeza haluan akan mengadakan perarakan ke Istana Negara pada 1hb Ogos 2009 saya cadangkan program tersebut dibatalkan dan perhimpunan bolih di adakan di Stadium.Saya jangka cadangan untuk mengadakan perarakan ini adalah untuk menunjukkan berapa ramai ahli dan penyokong mengambil bahagian.Saya rasa risiko untuk bertembung dan terjadi pergelutan adalah tinggi dimana dharurat bolih dikenakan kerajaan.Ini sudah pastinya tidak memberi kepuasan kepada parti-parti politik dan sebahgian orang awam yang mahu melihat sistem dua parti berkembang sihat di Malaysia.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya

A KADIR JASIN said...

Sdr jeansLusuh,

Halal, dipersilakan. Tapi sebutlah nama blog saya kalau boleh.

Syukran.

wishediwaswrong said...

Ada yg bertanya apa istimewanya Teoh ini dan apa yg. kita (rakyat Malaysia?/BN?) dapat (dari penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja) ini.

Teoh tidak istimewa. Yang istimewa ialah perihal kematiannya sepertimana kematian Kugan dll. yg. sewajarnya selamat dalam penjagaan pihak berkuasa.

Apa kita dapat? Memang kita tak akan dapat kontrak kerajaan atau apa-apa hadiah kebendaan. Tapi kita akan dapat hadiah yang lebih fundamental, lebih bermakna: kebenaran, ketelusan, kesempatan memperbaiki, kelemahan, amalan-amalan yang ketinggalan zaman dll., jika ada.

Langkah-langkah seperti inilah yang boleh membantu BN dalam mengembalikan kepercayaan rakyat; bukan 'hadiah-hadiah' dekorasi seperti penambahan lesen teksi yang diikuti sertamerta dengan kenaikan tambangnya.

Lainlah kalau kita telah berubah menjadi insan materialistik sepenuhnya dan hilang naluri kemanusiaan.

pakbelalang said...

Syariah Lawyers Association Regrets Shahrizat's Statement On Whipping Of Model

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- The Syariah Lawyers Association regretted the statement by Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil on the Syariah Court decision to whip a model for consuming liquor.

Its deputy president Musa Awang said the statement was a challenge and insult to the Kuantan Syariah Court.

He was also replying to a similar statement by Titiwangsa Member of Parliament Dr Lo'lo Mohd Ghazali.

Musa said Judge Datuk Abdul Rahman Yunus made the decision based on provisions of the law.

"Any unhappiness with the Syariah Court decision must be made via procedures provided by law," he said in a statement here Wednesday.

Shahrizat said she was shocked by the Syariah Court decision and called for a fair and just punishment.

Dr Lo'lo was surprised that whipping of women was sanctioned by the Malaysian syariah law adding punishment should be educational, and not to cause hurt.

Musa said although whipping for women was not allowed by civil courts, Islam did not differentiate between men and women offenders.

"Their rights and punishments are the same according to Syariah law and in the eyes of God."

"Although the two leaders intention was to defend women, they should understand the whipping methods according to Islam."

He said the whipping implemented by Syariah Court was different from that done by Civil Courts.

"Whipping procedures in Pahang are spelled out in detail under section 125 and section 126 of the Syariah Criminal Procedure Enactment 2002."

Musa said a rotan or small branch should be used for whipping and that it sholud be not more than 1.22 metre long and not more than 1.25cm thick.

Whipping would not be done on pregnant offenders and would only done two months after delivery. It must not hit the face, head, stomach, breast or private parts.

"It must be done using moderate force. The punisher should not raise their hands over the head so as not to injure the skin."

He added offenders health should be checked by government health officers who should also be present during whipping.

comment:

1. Allah takkan mengzalimi makhluknya. Allah mengasihani dan menyayangi makhluknya yang selalu digoda oleh syaitan dan iblis.

2. Allah tahu kelemahan manusia, itu sebab pintu bertaubat sentiasa terbuka untuk kita memohon ampun atas dosa yang kita lakukan.

3. Kalau saya hakim, saya akan nasihat wanita itu supaya bertaubat je dan jangan diulangi perbuatan keji itu. Allah akan menerima taubat kita jika betul-betul kita menyesali atas dosa yang dilakukan.

4. Dalam Quran ada bermacam-macam "degree" of hukuman yang ditetapkan Allah. Tapi dalam hal ini kita harus gunakan akal dan kebijaksanaan kita sama ada hukuman ini setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh wanita ini.

5. Hukuman yang dibuat oleh hakim mesti "consistent" dengan hukuman kepada wanita yang ditangkap kerana "hisap dadah". Adakah hukumannya sama iaitu denda RM5000 dan 6 kali sebatan. Apa bezanya "hisap dadah" dengan minum arak?

7. Dalam Quran Allah berulang kali berfirman supaya manusia selalu berfikir !!

8.Kalau kita membaca majalah "elite" Malaysia Tatler" kita dapat perhatikan bagaimana orang Islam "bergaya" dan "berbangga" dengan meminum wine. Lihatlah gambar wanita-wanita Islam dalam majalah tersebut. Ada wanita Islam degan tidak segan silu minum arak.

5.Kenapa mereka ini tidak di tangkap dan di"SULA" je. THIS IS DOUBLE STANDARD !! Kenapa tak diheret kemakamah Syariah dan di hukum?

rocky said...

Royal commission is of no good if not followed like the last 2. not following means it is against the King, correct? derhaka?

Tok Ma said...

Datuk,

Mungkin tidak lama lagi polis, MACC dan lain-lain agensi kerajaan tidak lagi bebas bertindak. Mesti adakan temujanji sebelum boleh menyiasat seseorang. Tidak boleh lagi menjemput seseorang itu ke balai polis/pejabat MACC. Sebaliknya keterangan diambil dipejabat pihak berkenaan dan bergantung pula kepada kelapangan pihak tertentu. Kalau terpaksa menunggu sampai berjam-jam sebelum dapat menemui seseorang. Elok bawa buku supaya boleh baca diruang tamu sementara menunggu orang yang ingin ditemubual mempunyai masa terluang.

Kita sering mengambil contoh kebebasan dinegara-negara barat. Tapi membutakan mata dan memekakkan teling dalam kes-kes yang melibatkan ketegasan pihak polis dan agensi-gensi kerajaan lainnya. Di Amerika Syarikat umpamanya polis tidak teragak-agak melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sendiri, selain dari menggari suspek dan arahan meniarap di atas tanah atas alasan mempertahankan diri.

Polis juga memberi ingat setiap perkataan suspek boleh digunakan "in the court of law". Jadi di US tidak ramai suspek yang berani memaki hamun polis, jauh sekali dari melawan atau menggigit polis. Setiap perlakuan boleh dikenakan tuduhan tambahan.

Persolannya bolehkah perkara-perkara seumpama ini dilakukan di Malaysia negara yang mengamalkan dasar rakyat penyayang ini?

Hinggakan Mat Rempit berani melanggar polis. Usahlah dicakapkan tentang maki hamun dan penghinaan. Begitu juga dengan "opinion poll" yang jelas tidak melambangkan pendapat majoriti rakyat.

Janganlah bercakap tentang "rule of law" sedangkan dikala yang sama tidak memberi peluang kepada petugas-petugas untuk menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan. Begitu juga dengan sikap "prejudice" terhadap sesuatu pihak semata-mata kita tidak suka atau percaya kepada pihak-pihak berkaitan.

saji said...

Salam Dato'

Izinkan saya respons teguran Sdr. Melati terhadap komen saya pasal mempolitikkan kematian mending Teo Beng Hock dengan mengacukan 5soalan berikut:

1. Tidakkah Islam agama yang banyak dilengkapi unsur2 politik (kalaupun tak menggalakan umatnya berpolitik ) seperti ibadat haji sebagai perhimpunan tahunan umat Islam sedunia, sembahayang menghadap satu arah iaitu ke kebalt sebagai melambangkan umat Islam yang mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu mendapat keredaan Allah SWT, sembahayang jumaat sebagai himpunan umat Islam setempat seminggu sekali, dan banyak lagi?

2. Tidakkah tindakan PM, DSN menubuhkan Surhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes kematian mendiang Teo Beng Hock suatu tindakan politik atas alasan seperti berikut:

a) Menjaga hati/menerima desakan kaum Cina yang pernah menyokong BN,khasnya yang mereka salorkan kepada parti komponen BN orang Cina MCA, Gerakan dll?

b) Memastikan rating pemerintahan DSN 100 hari yang sedang naik itu di pertahankan, setidak2nya dek kembalinya sokongan kaum Cina kepada BN, khasnya?

3. Tidakkah tindakan mempolitikan kematian mendiang Teo Beng Hock itu, dari sudut dasar awam tempatan, membawa maksud tindakan rakyat tempatan tertentu mecetuskan 'isu' masyarakat untuk disampaikan terus kepada pihak kerajaan, yang kini, dilapurkan sedang mengambil tindakan mengatasinya dengan menubuhkan Suruhanjaya berkenaan?

4.Berkitan dengan perkara 5 di atas, tidakkah satu dasar baru akan diperkenalkan oleh kerajaan yang berkaitan dengan keperluan memperbaiki peraturan sisatan SPRM sedia ada yang masih pincang?

5. Tidakkah politik merupakan satu seni yang mampu mengubah benda mustahil menjadi tidak mustahil?

OKJ said...

Salam DAKJ

Alhamdullillah. Nampaknya ada lagi keikhlasan di dalam PAS dimana Dato’ Harun memperincikan mengenai ‘candlelight vigil’ yang memang meragukan dan memberi contoh di zaman rasullullah. Tapi ramai juga yg menyokong dan ada yg tak nak jawab.

Bila saya cakap tak tahu apa yg tak tahu, marah. Contohnya orang bagi contoh dari riwayat rasullulah ke sahabat ke, dia bagi contoh To’ Guru Jawa. Ape ke jadahlah!!! Sekarang bolehlah kita lihat sendiri siapa yg memperjuangkan Islam dan siapa yg mempergunakan perkataan Islam didalam PAS. Pikir sendiri la.

Berkenaan badan enquiry bebas, nanti saya komen kemudian. Dato’ mula dulu, saya ikut. Sebenarnya serampang bukan je 2 tapi 4 mata. Hehehe…….. sekian TQ.

buyong said...

"Pembangkang diutamakan; Cina didahulukan"

wanzaim said...

Salam Dato,
Dah banyak sangat teori-teori yang keluar membabikan kes kematian Teoh. Tapi terfikir juga saya, adakah ini merupakan BALA akibat dari pertukaran dari BPR ke SPRM yang dibuat oleh PM kita yang ke 5??? .. sebelum ni dah berapa byk kes yang telah disiasat oleh BPR .. dah TIDAK PERNAH berlaku sebarang kejadian kematian ... entahlah ..

p/s : kekadang susah nak percaya, tapi ...

Anonymous said...

Bureaucratic tricks Datuk,

1. When you lazy to do things on your own, you form a task force;

2. When you want to delay doing things you form a committee;

3. When you have no intentions of doing anything, you form a Royal Commission.

Examples? Royal Commission on Local Government, Royal Commission on the poloce and the Lingam Commission.

Bravo BN leading the PR up the garden path.

In the meantime, the MACC and the Police should hold back all interrogation until the Teoh Commsission makes it findings and recommendations.

Blackmore Pakiam
Sungai Sidim
Kedah.

Anonymous said...

Terdapat beberapa pembahas di sini yg marah bila kerajaan terlalu ikut kehendak org cina di negara ini.Sedar atau tidak tuan puan semua sebenarnya org cinalah yg menjadi tuan kpd tanah melayu ini.umno yg bertanggungjawab menjadikan mrk tuan kpd kita(che det pun dah mengaku).Ketuanan melayu yg dilaungkan umno itu adalh retorik semata2 utk menyejukkan hati org melayu yg mmg senang digula-gulakan.pemimpin2 melayu sebenarnya tidak pedulikan rakyat krn apa pun terjadi mrk semua sudah ada rumah dan harta di luarnegara.Bila ada rusuhan nnt senanglah utk ekspot keluarga keluar.yg jd mangsa rakyat marhaen.
mmg wajar pembangkang mgeksploit kes ini krn npk `biased'.bila diri sendiri atau keluarga dah melalui sistem korup ini barulah terhegeh2 mengadu kat pembangkang.jgn angkuh sgt tuan puan spt perkara ini mustahil berlaku pd anda semua.
Lagi satu, pasal kes pegang lilin, kalaulah saya bangsa asing melihat isu di diperbesarkan mggambarkan org melayu islam di negara ini bangsa kolot dan bodoh.pegang lilin pun boleh murtad ke sampai nak keluarkan fatwa.apalah susah sgt nak jd org islam di m'sia ini.kalaulah lilin tu boleh berkata-kata diapun mengeluh.bangsa asing mendengar bacaan doa selamat dlm majlis ilmu org islam pun reti hormat.tak pernah lg dorang pertikaikan.tapi berbeza dgn org melayu pgg lilin pun boleh jd isu.inilah kesannya bila islam itu dimelayukan oleh umno.

rakyat tak bodoh.

hangnadim said...

Salam Dato',

Saya turut menyokong satu sindiran: "Pembangkang Diutamakan, Cina Didahulukan".

Memang telah lamapun berlaku, pembangkang diutamakan 'dalam siasatan siasatan seperti ISA, rasuah dan sebagainya'.

1) PEMBANGKANG DIUTAMAKAN: Sebab tu pembangkang menjadi sasaran. Orang Umno/BN tidak menjadi keutamaan. Orang Umno adalah anak emas maka jarang orang Umno kena ISA atau disiasat berhubung dengan rasuah. Buat rasuah besar boleh lepas.

2) CINA DIDAHULUKAN dalam membolot habuan projek, sehingga projek yang dapat kepada orang Melayu pun dialibabakan kepada orang Cina.

Ingatlah, satu jari yang dituding kepada orang lain sebenarnya empat jari lagi sedang menuding kepada diri sendiri.

Anonymous said...

Salam Daok KJ

Apa yg diharapkan jgnlah kita ber'spekulasi' dengan isu yg berlaku antara SPRM dan kes Teoh. Lebih baik sebagai umat Islam kita berdoa dan sembahyang hajat agar semua pentadbiran kerajaan yg diamanahhkan oleh rakyat berjalan dengan baik, telus dan penuh integritidan tidak terpilih-pilih 'action' nya. Lain2nya kita serah kepada Allah SWT.

Kalau kita asyik menumpukan kepada satu perkara dan abaikan banyak lagi perkara, maka kita juga turut disifatkan sebagai kurang integriti.

Nak layan isu, kata orang utara 'jenuh' la. Lepas satu, satu yg menjelma, nak ambik 'action' pun, kita tidak setaraf 'Linggam'.

MAD BALING

Anonymous said...

Datuk,

Terlalu banyak persepsi dan politiking dalam kes kematian TBH ini. Saya harap semua pihak bertenang dan tunggu hingga siasatan selesai dijalankan. Kita bersedih dan dukacita dengan kematian TBH ini tetapi janganlah jadikannya sebagai modal untuk memecahbelah dan mengadu domba masyarakat.

Saya yakin, mendiang pasti tidak mahukan kematiannya dijadikan alat perpecahan dan permusuhan ...


-sinbad-

Anonymous said...

Kepada pemimpin2 umno, drp korang sibuk dgn isu lilin, lebih baik korang fikirkan bila boleh tukarkan tanah TOL org2 melayu kpd geran kekal.Dah bertahun2 menunggu.Boleh tak korang pastikan setiap anak melayu m'sia berpeluang memiliki tanah walau sekangkang kera di tanahair sndri.Pastikan bangsamu selesa di tanahair sendiri tidak kira penyokong kerajaan atau pembangkang.Barulah korang boleh menjerit pasal ketuanan melayu.
Pada ulama umno, lepas isu pegang lilin ni fikirkan pulak ttg isu beri angpau masa raya, org melayu makan pakai chopstick, melayu pakai cheongsam dan perkara remeh temeh yg lain supaya bangsa lain boleh memandang rendah pd org islam.Gejala sosial yg berlambak2 skrg majoritinya org melayu apatah lagi yg dah murtad.Bahaya rasuah tak nak pulak keluar fatwa padahal itu adalah perosak utama bangsa.Sebab itu bangsa kita dikatakan meLAYU.

sekadar di pinggiran.

affendi hussain said...

Ada 3 kemungkinan:

a. Bunuh diri? (tak boleh pakai)
- Dia nak kawin esoknya, family pun tarak hal w/pun ada anak luar nikah...persiapan dah buat..dia bukan kena kejar along pun..tak mungkin tekanan soal-siasat sampai nak bunuh diri senang2 melainkan org gila..kalau gila org tak ambil jd setiausaha politik YB..silap2 YB kena potong..org nak potong tangan dgn pisau sendiri pun fikir panjang..apatah lg nak terjun bangunan..
SPRM pun rata2 pegawainya bangsa kita..org skrg kan dah tak heran dgn melayu..lebih2 lg loyer2 power pun semua geng diaorg..jd apa nk ditakut..

b. Dibunuh (Mungkin)
- Oleh siapa & sebab apa? Motifnya?
Kalau ya pun tak mungkin oleh SPRM, dia adalah saksi mereka utk tangkap orang DAP jika nak diperguna oleh kerajaan BN..

c. Terbunuh tak sengaja (Mungkin)
- Mana tau pegawai SPRM main gertak acah2 buang keluar tingkap nk dpt maklumat tetapi tak sengaja terjatuh beliau ke bawah...?

Mari kita tengok siapa yg kena... hmmm... boring lah.. mesti sgt lama...jomlah lena.. Zzzz....

LIN LIANI said...

Saya sokong penuh komen 'rakyat tidak bodoh'. Kenapa hanya pegang sebatang lilin, Nizar boleh dikritik bagaikan telah melakukan dosa yang tidak boleh dimaafkan. Memang selama ini rakyat bukan Islam cukup hormati bacaan doa selamat ketika hadiri majlis. Tapi rakyat bukan Islam tak pernah pun bising dan berkata berdosa.

Sekali lagi membuktikan permainan politik Malaysia mengatasi segala-galanya sehingga mampu menjejaskan keharmonian kaum.

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara saji

Jawapan 1:
Saya tidak menyentuh langsung ugama. Isu saya dengan Sdra hanya lah kematian Teoh yang disensasikan dan dipolitikkan.

Jawapan 2a:
Tidak terlintas langsung kah di fikiran Sdra bahawa inquest dan penubuhan Suruhan Di Raja itu adalah bertujuan
i. menyiasat punca kematian mendiang Teoh?
ii. menyiasat metodologi dan prosedur yang digunakan oleh MACC ketika menyoalsiasat mendiang?
iii. menyiasat jika ada unsur-unsur pelanggaran hak asasi manusia ketika soalsiasat dijalankan?
iv. menjawab soalan keluarga mendiang Teoh yang bersedih and thus, provide closure for them?
v. menjawab soalan rakyat Malaysia yang ingin mengetahui kebenaran?

Dari kacamata Sdra nampaknya ia semata-mata ditubuhkan demi "Menjaga hati/menerima desakan kaum Cina yang pernah menyokong BN".

Soalan 2b:
Mungkin. Itu lah percaturan politik. Dalam sistem demokrasi, memenangi pilihanraya adalah kemestian. Kalau kalah, tidak dapat memerintah.

DAP, PKR dan PAS mesensasikan dan mempolitikkan kematian mendiang Teoh bukan ke untuk " menaikkan rating" atau to gain political mileage mereka? Saya rasa Sdra ada terbaca di akhbar-akhbar sebelum ini kematian Melayu di penjara dan semasa disoalsiasat polis. Di manakah DAP, PKR dan PAS ketika itu? Saya tidak nampak brader Anuar atau Husam berhimpun di mana-mana stadium untuk menarik perhatian kerajaan ketika itu. Kalau benar mempolitikkan dan mensensasikan kematian seseorang hamba Allah semasa disoalsiasat dan semasa berada dalam lokap boleh mengubah prosedur dan metodologi yang digunakan polis, kenapa dipilih-pilih pula mangsa mengikut bangsa?

Saya masih ingat lagi kes wanita ketuk ketampi. Theresa Kok dan LKS bersungguh-sungguh membela wanita malang itu sehingga mantan PM yang sentiasa tidur itu terjaga sebentar untuk menggesa Azmi Khalid memohon maaf ke China w/pun siasatan masih belum selesai. Tetapi apabila didapati wanita itu Melayu, semangat berkobar-kobar Kok and LKS untuk mencari keadilan terus padam. Dari insiden itu, Sdra pasti boleh menangkap tujuan DAP berbuat demikian. Niat mereka mensensasikan dan mempolitikkan nyata tidak sesuci dan semurni niat Sdra.

Walaupun Melayu adalah majoriti di negara ini, apabila kita ke pusat undi PRU13 kelak, undi kita telah berpecah kepada tiga. Jadi, terpaksa lah Najib, Brader Anuar dan Nik Aziz mengambil hati Cina dan India sekarang. They all have (and had) to bend forward and backward - if you know what I mean to appease the non majoritiy.

Soalan saya kepada Saudara pula: Adakah pemimpin-pemimpin DAP mengambil hati Melayu? Adakah mereka memperjuangkan isu-isu Melayu?

Bersambung

Melati

Anonymous said...

Salam Saudara saji

Soalan 3.
Berhati-hati Sdra. Bukan semua rakyat Malaysia tenang dan menggunakan otak apabila sedang mengibarkan sepanduk dan melaung-laungkan slogan anti-kerajaan beramai-ramai. Bukan semua anggota polis juga tenang dan dapat bersabar apabila mereka dipanggil anjing dan babi kerajaan serta dilempar batu, botol dan diludah. Rusuhan Natrah di Singapura dan 13 Mei berpunca dari api-api cetusan yang dilahirkan oleh "niat suci" lagi "murni" ahli-ahli politik dan disambut pula oleh rakyat tempatan. Dalam banyak kes sejarah rusuhan dunia, penyala api selamat tetapi pembawa obor api maut. Yang paling malang rakyat Malaysia yang tidak berdosa maut ketika membeli belah di pasar, menghantar anak ke sekolah, dll.

Soalan saya kepada Saudara: Dalam kes ini siapa pencucuh api dan siapa pembawa obor api?

Saperti kes wanita ketuk ketampi yang disangkakan cina kerana kecerahan kulitnya, MACC sudah dijatuhkan hukuman bersalah kerana mayat mendiang di jumpai di premis bangunan MACC. Hukuman bersalah dijatuhkan sebelum selesai siasatan.

Soalan 4:
Ya. Saya yakin rata-rata rakyat Malaysia mahukan SPRM yang bersih, cekap dan amanah. Persoalannya, apakah tujuan sebenar mensensasikan dan mempolitikkan kematian mendiang Teoh oleh DAP, PKR dan PAS? Adakah untuk menekan kerajaan untuk mengubah dasar yang berkaitan dengan keperluan memperbaiki peraturan sisatan SPRM sedia ada yang masih pincang atau untuk meraih undi cina serta menekan kerajaan untuk menjayakan lagi agenda cina dengan cara memberi tekanan demi tekanan kepada UMNO yang sudah diketahui lemah dan lesu. Atau untuk mengalih perhatian kita dari isu "underworld" yang dicetuskan sendiri oleh ahli mereka kepada umum? DAP, PKR dan PAS mempunyai dua peluang besar sebelum ini "to make things right": kes Kugan dan kes wanita ketuk-ketampi. Gamaknya kenapa beria-ia benar dalam kes mendiang Teoh?

Soalan 5:
Politik itu suatu permainan seni jika berada di tangan ahli-ahli politik yang berilmu, bertamadun, berhemah dan cintakan negara. Politik membawa mudharat besar jika berada di tangan mereka yang beroperasi berlandaskan "the means justify the end".

Melati

Anonymous said...

Salam saudari Melati,
Izinkan saya berbeza pendapat dgn saudari.Bagi saya soal siasat dan kematian teoh lebih kpd political motivated jurus ke arah pembangkang.Tak pelik lah sekiranya mrk mengeksploitasi kes ini.sama juga jika umno atau bn berbuat yg serupa jika berlaku pd ahli mrk.takkan itu tak boleh nak fikir?desas desus mengatakan ttg kegiatan kongsi gelap tetapi sprm yg menyiasat bukannya polis?kalau professional mengapa tidak kumpul bukti dulu spt tape, video,penyamaran dsb.Bukankah mrk badan berwibawa dan terlatih.
Mengenai tahanan melayu yg ditindas semasa soal siasat itu bukankah spatutnya dpt pembelaan dari parti umno aka parti org melayu.bukankah mrk septutnya ke depan membela nasib org melayu tertindas.bukankah `umno' itu parti org melayu dan parti tunggak negara.tentulah hasilnya lebih berkesan dari pihak pembangkang.sbg contoh isa, knp pemuda umno tdk membela nasib org2 melayu yg ditahan sehingga lapan tahun.mrk ini dinafikan hak utk keadilan diri dan dipisahkan dr keluarga begitu lama.Bila hindraf cepat pula dibebaskan itupun pemuda umno tak bising.knp nak salahkan pembangkang pulak.
Rakan2 ofis saya bergurau ttg situasi skrg bila polis disuruh siasat ttg kes ini.mrk umpamakan spt penyamun nak siasat si penyangak.sampai begitu sekali terhakisnya keyakinan masyarakat pd institusi penguatkuasaan di m'sia skrg termasuklah badan kehakiman.saudari boleh menafikan semua ini utk kepuasan diri sendiri, nak ambil hati pm 1m'sia atau nak jaga hati sekutu2 dlm parti tapi hakikatnya badan2 ini mmg telah tercemar integritinya.ini amatlah bahaya utk rakyat dan negara.mengenai suruhanjaya inkues ini pula kita tidak diberitahu dgn jelas ttg cara penyiasatan atau tindakan akhir yg akan diambil.
Isu perkauman pula kerap dimainkan di akhbar2 perdana saban hari.bermula dari isu bangsa pendatang,hindraf, isu sultan dan mcm2 lagi semuanya berkisarkan kaum dan agama diulang berminggu2lamanya.Ada seorg kolumnis melayu dlm akhbar msm yg mengambarkan kes teoh ini lebih kpd mncari kesalahan agensi kerajaan yg majoriti dikendalikan org melayu.isu kaum juga yg dimainkan bkn atas prinsip kebenaran.ini bukankah utk menyemai kebencian sesama kaum di m'sia supaya bersifat prejudis antara satu sama lain.Bila kebencian memuncak akan timbullah rusuhan.pemimpin2 atasan semua dah bersiap sedia dgn rumah di luarnegara.yg tinggal utk jadi mangsa kita rakyat marhaen.Alhamdullillah rakyat m'sia skrg semakin bijak dan rasional dlm membaca sesuatu isu atau propaganda yg dilancarkan. Kita tidak beremosi spt zaman dulu bila informasi bulat2 diterima dari msm.Internet menjadi sumber maklumat utama dan cepat.walaupun ada pihak yg menuduh byk fitnah berleluasa tapi rakyat dah pandai menilai.Jadi pihak kerajaan jgnlah cuba memperbodohkan daya berfikir rakyat spt dulu.Perhimpunan aman yg disertai oleh berbilang kaum di m'sia ini juga menggambarkan perpaduan utk menyatakan rasa tak puas hati sebilangan rakyat.Bukankah itu sebhg dari demokrasi yg subur.ia menjadi tidak aman bila diprovoke oleh anasir2 yg tidak bertanggungjawab.ia tidak merbahaya spt propaganda perkauman yg dilakukan media massa.
Akhirkata, mencari kebenaran itu memerlukan usaha dan perjuangan.Kita tidak perlu memperalatkan diri sendiri utk melindungi ketua, pemimpin yg tidak beramanah, menindas dan melakukan jenayah atas nama bangsa melayu.Saya tidak melihat kes teoh,mangsa2 isa atau kugan sbg kaum tertentu tetapi lebih kpd mereka itu rakyat m'sia.Takut bala yg diturunkan Allah tidak kira kita dari parti mana, bangsa apa, agama apa.Doa dari org yg teraniaya itu lebih cepat dimakbulkan Allah.Terima kasih dato kadir sudi mempamerkan pendapat saya dan maaf pd saudari melati jika terkasar bahasa.

rakyat tak bodoh.

saji said...

Salam Sdr. Melati,

Boleh sdr senaraikan isu-isu orang Melayu yang sama ada tidak atau sepatutnya diperjuangkan oleh DAP sebagai mengambil hati orang Melayu kita untuk membolehkan saya memberikan pandangan ?

Anonymous said...

Sdra/ri rakyat tidak bodoh

"Tak pelik lah sekiranya mrk mengeksploitasi kes ini.sama juga jika umno atau bn berbuat yg serupa jika berlaku pd ahli mrk.takkan itu tak boleh nak fikir?"

Oleh kerana tiada lagi ahli parti UMNO yang menemui ajal saperti kes mendiang Teoh, maka saya tidak boleh menyatakan apa UMNO akan buat jika perkara itu terjadi. Apa yang Sdra/ri agak akan berlaku adalah pendapt peribadi atau spekulasi Sdra/ri sahaja. Tidak lebih dari itu.

Tetapi saya boleh tunjukkan kepada Sdra/ri apa yg TELAH terjadi apabila terdapat Melayu atau Cina yg menemui ajal atau dianiaya oleh PDRM. Rujuk komen saya kepada Sdra saji berkenaan itu.

"desas desus mengatakan ttg kegiatan kongsi gelap tetapi sprm yg menyiasat bukannya polis?kalau professional mengapa tidak kumpul bukti dulu spt tape, video,penyamaran dsb.Bukankah mrk badan berwibawa dan terlatih."

"mengenai suruhanjaya inkues ini pula kita tidak diberitahu dgn jelas ttg cara penyiasatan atau tindakan akhir yg akan diambil."


Oleh kerana saya amat yakin Sdra/ri tidak terlibat atau tidak diperlukan langsung dalam penyiasatan kegiatan kongsi gelap dan kaitannya dengan ahli DAP dan juga bukan doktor pakar atau forensik yang terlibat dalam inquest, perlu kah PDRM/SPRM/suruhanjaya inkues memberitahu Sdra/ri secara kasar atau terperinci apa yang mereka telah atau sedang lakukan? There is such a thing as jeopardizing the investigation. Siasatan SPRM tidak akan berjalan tanpa kerjasama dari PDRM.

Sekali lagi Sdra/ri membuat andaian atau rumusan bhw jika Sdra/ri tidak tahu atau tidak diberitahu oleh mereka, maka tiada apa-apa yang berunsur kebenaran atau profesionalisma yang dilakukan oleh PDRM/SPRM/suruhanjaya inkues. Sdra/ri mahukan (no, demand) mereka supaya menjalankan tugas dengan profesional tetapi ada kah Sdra/ri sendiri bersikap profesional dan objektif dalam menilai mereka? Sdra/ri sapu bersih semua anggota polis bhw mereka korup dan bertindak saperti Sherif Lobo. Kan?

"Mengenai tahanan melayu yg ditindas semasa soal siasat itu bukankah spatutnya dpt pembelaan dari parti umno aka parti org melayu."

Dalam Sdra/ri menuding jari hanya kepada UMNO, apa peranan PAS dan PKR yang diterajui oleh pemimpin Melayu dan Islam dan mempunyai penyokong-penyokong rata-ratanya Melayu? PAS adalah parti yang melaung-laungkan kepimpinan negara Islam yang hakiki sementara PKR melaung-laungkan keadilan rakyat. Jika UMNO tidak mengambil peduli tentang isu kematian Melayu di tangan PDRM, kenapa parti-parti gah saperti PAS dan PKR yang sudah mempunyai kepakaran mengadakan tunjuk perasaan tidak mengambil alih dari situ? Bukan kah mereka juga Melayu dan penganut ugama Islam? Kenapa Melayu saperti mereka melayu sama saperti Melayu UMNO?

"Rakan2 ofis saya bergurau ttg situasi skrg bila polis disuruh siasat ttg kes ini.mrk umpamakan spt penyamun nak siasat si penyangak."

Cakap ikut mulut memang sedap Sra/ri. Jikalau berlaku rompakan, pembunuhan, dll, mereka gopoh-gapah mencari polis dan bukan DAP atau PKR atau PAS. Saya mempunyai rakan yang selalu mencemuh polis (saperti rakan-rakan Sdra/ri lah). Satu hari, beliau telah mendapat surat saman kerana telah melanggar peraturan jalanraya dan dendanya cuma RM300 sahaja. Dengan tak malu beliau menanya saya jika ada kenalan polis yang beliau boleh melepaskan diri dari didenda. Saya hanya senyum sinis sahaja melihat gelagat rakan saya yang kononnya dia sahaja lah yang betul dan profesional.

Melati

Bersambung

Anonymous said...

Salam sekali lagi kepada Sdra/ri rakyat tak bodoh

"Isu perkauman pula kerap dimainkan di akhbar2 perdana saban hari...diulang berminggu2lamanya."

Pernah kah Saudra/ri membaca akhbar cina? Mengikut rakan-rakan cina yang akrab dengan saya dan berfikiran sederhana, mereka juga amat gemar memainkan sentimen perkauman.

Sekali lagi Sdra/ri merumuskan dengan mudah apa yang Sdra/ri tidak tahu atau tidak diberitahu bhw akhbar-akhbar perdana lah sahaja yang menyalakan api perkauman. Sudah kah Sdra/ri membaca manifesto Hindraf? Kalau Sdra/ri seorang berbangsa Melayu dan menganuti ugama Islam, Sdra/ri akan berasa amat marah tentang apa Sdra/ri sudah baca dan fahami. Melainkan Sdra/ri ini adalah seorang India dan penganut ugama Hindu atau Sdra/ri seorang Melayu dan penganut ugama Islam tetapi tidak pernah sama sekali membaca apa yang telah di tulis oleh Hindraf. Jikalau Sdra/ri seorang Melayu Islam tetapi dengan senang lenang memandang enteng apa yang ditulis oleh Hindraf, terus terang saya katakan I cry for my race and my religion.

"Jadi pihak kerajaan jgnlah cuba memperbodohkan daya berfikir rakyat spt dulu."

Pandangan peribadi saya, parti-parti pembangkang pun jangan cuba memperbodohkan saya.

"Perhimpunan aman yg disertai oleh berbilang kaum di m'sia ini juga menggambarkan perpaduan utk menyatakan rasa tak puas hati sebilangan rakyat.Bukankah itu sebhg dari demokrasi yg subur.ia menjadi tidak aman bila diprovoke oleh anasir2 yg tidak bertanggungjawab."

Perhimpunan kebiasaannya membawa rusuhan terutamanya apabila isu kaum dan ugama dimanipulasikan. Setakat ini kita masih lagi bernasib baik. Sila rujuk komen saya kepada Sdra saji.

"Kita tidak perlu memperalatkan diri sendiri utk melindungi ketua, pemimpin yg tidak beramanah, menindas dan melakukan jenayah atas nama bangsa melayu."

Jangan pula kita diperalatkan oleh orang lain kerana fokus kita hanya kepada kesalahan dan kelemahan Najib dan barisan kepimpinannya dan tidak sedar diri sendiri digula-gulakan oleh orang lain untuk diperangkap mereka.

"Saya tidak melihat kes teoh,mangsa2 isa atau kugan sbg kaum tertentu tetapi lebih kpd mereka itu rakyat m'sia."

Itu pandangan peribadi Sdra/ri. Saya lebih berminat kepada tujuan DAP, PKR dan PAS dalam mensensasikan dan mempolitikkan kematian mendiang Teoh.

"Takut bala yg diturunkan Allah tidak kira kita dari parti mana, bangsa apa, agama apa.Doa dari org yg teraniaya itu lebih cepat dimakbulkan Allah."

Jika Sdra/ri takut, jangan lah tergesa-gesa mengambil rumusan akan apa-apa yang Sdra/ri tidak diberitahu atau belum pasti tahu. Dan jangan lah sapu bersih semua UMNO "jahat". There are many unsung heroes out there who are quietly carrying on the good things that they are doing.

Saya juga meminta maaf jika terkasar bahasa.

Melati

Anonymous said...

Salam Dato'

Dengan izin

Salam Saudara saji

Rasanya Sdra tahu apa yang patut diperjuangkan oleh parti cina DAP dan mereka pun tahu apa yang mereka perlu perjuangkan jika mereka benar-benar mahu reinvent the way politics are played in this country. Rujuk sahaja lah contoh-contoh yang saya telah beri berkaitan mensensasikan dan mempolitikkan kematian Teoh.

Melati

Zainuddin Haji Sulaiman said...

Assalamualaikum! Dato',

Mengenai kes mendiang Teoh ini, saya memanglah tidak mengetahui apa-apa tentang perkara dalaman sekadar tahu melalui pembacaan melalui media-media. Namun saya yakin, setiap isu yang hangat diperkatakan di kesemua bentuk media itu, terutamanya media cetak dan elektronik ditambah lagi dengan media alternatif iaitu blog sudah tentulah terdapat sesuatu. Kerana pepatah Melayu pun ada mengatakan, Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Jadi dengan kes Teoh ini, sudah tentulah pihak-pihak yang berhampiran dengan mendiang iaitu keluarga mendiang dan bekas tunangnya, dan kalangan sekutu-sekutu politik Teoh adalah terlebih maklum dengan isu yang sebenarnya.

Namun yang demikian, dek saya tidak mengetahui langsung tentang isu sebetulnya melainkan sekadar melalui pembacaan saya tidak dapatlah memberi komen yang sepatutnya mengenai isu Teoh ini.

Cumakan, kenapa saya masih berkeras ingin memberi komen, sedangkan diri ini tidak mengetahui tentang duduk letak perkara sebenar, ialah kerana saya tertarik dengan komen saudara Man Ysf dan saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersetuju dengan sepenuh hati iaitu 100% dengan komen saudara Man Ysf tersebut.

Itulah sahaja komen saya, dan saya berharap baik pihak pemerintah maupun pihak pembangkang janganlah dianggap perbezaan itu suatu masalah kerana "variety is the soul of pleasure" / " kepelbagaian itu adalah jiwa kepada keseronokan".

Biasalah, orang Melayu adatnya dan kepercayaannya tak sama dengan kaum lain iaitu China, India, Iban, Kadazan, Sikh, orang Asli, Bidayuh, Melanau, Serani, kaum Baba dan Nyonya, Siam dan lain-lain kaum minoriti di negara kita.

Terima kasih.
1 Malaysia
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.

affendi hussain said...

Yang jatuh di Vista Angkasa dkt Kerinci dari tingkat 16 baru-baru ni kepala bersepai sampai darah terpercik hingga ke tingkat 2...

Yang jatuh kat Plaza Masalam tak macam tu pula ye..hmmm...kantoi..! Tuhan nak tunjuk kot..

????

Kesian org jadi mangsa percaturan org politik..dah mati pun masih digunakan sbg 'pawn'.

(",)

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).