Friday, July 31, 2009

Pemilikan Asing Manifestasi Dasar Liberalisasi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PEMILIKAN senyap-senyap oleh syarikat pelaburan Hong Kong, Wang Tak Company Limited, ke atas 31 peratus saham Bernas adalah realiti pasaran bebas.

Inilah contoh liberalisasi dan globalisasi yang sangat-sangat diraikan sekarang. Sesiapa pun yang ada wang -- macam Wang Tak -- boleh membeli saham syarikat di negara kita. Malah menguasainya terus atau membawanya keluar daripada bumi kita ini.

Sama ada pembelian diam-diam oleh Wang Tak itu berlaku sebelum atau selepas Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan langkah-langkah liberalisasi pasaran modal dan pemilikan saham bukanlah soalnya.

Pada Era Abdullah Ahmad Badawi beberapa buah syarikat raksasa di Bursa Malaysia “dipersendiriankan” (taken private) dan dipindahkan ke luar negara. Ini termasuklah Maxis Communications Berhad dan Perlis Plantations Berhad. Atau dibeli oleh pelabur asing seperti Pantai Holdings Berhad.

Kita tentu masih ingat bagaimana Abdullah mendakwa tidak ada syarikat Malaysia yang jatuh ke tangan orang asing tetapi terpaksa mengakui bahawa Pantai Holdings sudah dibeli dan dimiliki oleh Parkway Holdings Singapura.

Akhirnya Khazanah Nasional dikerah membeli balik operasi Pantai Holdings di Malaysia dengan harga yang berganda tingginya daripada harga yang dibayar oleh Parkway untuk menguasai Pantai Holdings.

Nampak-nampaknya inilah yang mungkin terjadi kepada Bernas yang terpaksa dibeli balik dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dibayar oleh Wang Tak.

Itulah yang dibayangkan oleh Menteri Perdagangan Antara dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, apabila beliau berkata Bernas merancang membeli balik sebahagian daripada saham yang dipegang oleh Wang Tak itu.

Tetapi apa atau siapakah Wang Tak ini? Menurut laporan akhbar The Star pada tahun 2007, Wang Tak adalah syarikat milik penuh Lee Hing Development Ltd (LHD). LHD disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Dua orang pengarah LHD adalah Tan Boon Seng dan Ang Guan Seng yang terkenal dalam dunia korporat Malaysia. Tan adalah pengarah eksekutif IGB Berhad dan Ang pengarah urusan Petaling Garden Berhad.

Mengikut laporan-laporan media massa, selain Wang Tak, pemegang saham utama Bernas adalah Budaya Generasi yang memiliki 30.8 peratus dan Serba Etika 6.46 peratus. Budaya Generasi dikaitkan dengan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Persoalannya sekarang adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara hatta Kementerian Kewangan.

Apatah lagi kerajaan pusat melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang saham pilihan yang boleh ditebus (redeemable preference share) atau lebih kenali sebagai saham emas di dalam Bernas. Saham istimewa itu memberikannya kuasa pembatal bagi melindungi kepentingan awam. Lazimnya kerajaan mempunyai dua orang wakil dalam Lembaga Pengarah Bernas.

Atau mengapakah Bursa Malaysia tidak tahu atau tidak dimaklumkan sedangkan semua jual-beli saham yang melebihi lima peratus saham berbayar sesebuah syarikat wajib dimaklumkan kepadanya?

Kalau bursa tidak dimaklumkan, penyiasatan perlu dibuat kerana perbuatan itu melanggar peraturan penyenaraian. Adalah juga kesalahan jika beberapa pihak berpakat (acting in concert) membeli saham Bernas bagi pihak Wang Tak.

Bank Negara pula boleh menyiasat peristiwa ini di bawah Akta Tukaran Asing dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti-Money Laundering Act ).

Dalam dunia tanpa sempadan, wang Malaysia boleh mengalir ke Hong Kong atau Singapura dan kembali semula bertopengkan pelaburan asing. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini banyak syarikat raksasa tempatan membawa keluar berbilion ringgit atas alasan melabur di luar negara.

Kesimpulannya, jika urus niaga ini tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kerajaan kita sendiri menggalakkan kemasukan wang asing ke Bursa Malaysia.

Tidak guna kita menjadi emosional atau mengungkit kononnya Bernas strategik kepada keselamatan negara kerana inilah implikasi muktamad dasar liberalisasi yang diuar-uarkan itu.

Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh menyekat kemasukan modal asing atau kepulangan modal tempatan bertopengkan pelaburan asing. Inilah yang dipanggil globalisasi ekonomi dan modal tanpa sempadan.

Apabila kerajaan kita sendiri melaksanakan liberalisasi pemilikan ekuiti, pasaran saham dan perbankan, kita kenalah terima kemungkinan akan ada syarikat tempatan yang jatuh ke tangan pelabur asing.

Bagi pelabur asing ini adalah amalan biasa. Mereka suka melabur dalam syarikat-syarikat strategik seperti makanan dan pertanian, infrastruktur, telekomunikasi dan tenaga.

Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan syarikat strategik ini muflis. Jadi pelaburan mereka selamat dan mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam ekonomi negara tuan rumah.

Inilah erti sebenar dan nyata liberalisasi dan globalisasi ekonomi.

Maklumat Mutakhir: Mengikut Laporan Tahunan Bernas, pada 22 April pemegang utama saham Bernas adalah Budaya Generasi 30.79 peratus, Wang Tak 29.56 peratus, Serba Etika 6.39 peratus, Lembaga Tabung Haji 6.24 peratus dan Batu Bara 4.69 peratus.

35 comments:

Roti Planta said...

Dato',

Saya cadangkan supaya Penguatkuasa tidak perlulah mengejar 'peraih' beras yang membawa beras daripada Siam dengan alasan untuk menjaga Bernas dan pesawah negara. Jika pun kita memakan beras Bernas, sebenarnya kita membayar kepada Wan Tak Co. Ltd. (Hong Kong). Jadi lebih baik kita menolong Melayu Thai yang berniaga beras siam daripada menolong Cina HongKong

Lagi pun beras siam lebih sedap dan murah!

Bye/Roti Planta

Republican Reds said...

Buku amanat Presiden ini tak boleh beli satu-satu ke, satu set saya tak mampu,kalau boleh berapa harganya satu.

Anonymous said...

DAKJ

Penguasaan melalui saham terbesar oleh sebuah syarikat hong kong dalam bernas adalah sesuatu yang memeranjatkan dan figuratively speaking mereka-mereka yang membiarkan perkara ini berlaku boleh dianggap sebagai penderhaka.

Bernas diberi monopoli dalam soal beras negara dan beras adalah satu aset strategik negara yang sama sekali tidak boleh dikuasai melalui pegangan ekuiti terbesar oleh mana-mana syarikat asing.

Apa kerajaan kita buat dan apa tindakan yang telah mereka ambil untuk menghalang perkara ini berlaku? takkan ahli lembaga pengarah bernas yang mewakili kepentingan kerajaan dudduk tidor dan makan gaji buta sahaja.

Kita tahu syarikat tersebut membeli saham-saham tersebut dari pasaran terbuka. tetapi tindakan pengurusan bernas dan kerajaan ambil untuk menghalang? Toksah nak cakap menipulah dengan alasan tidak sedar!

Alasan-alasan yang dikemukakan oleh pengurusan bernas mengenai perkara ini seperti dilaporkan oleh media - amat tidak bertanggungjawab.

yang lebih menyedihkan, kerajaan kita masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dan serius mengenai perkara ini.


bat8

Redza & Hana said...

Salam Dato'

1. Dasar Liberalisasi Ekonomi (DLE) pada awal pengumumannya oleh YAB PM semacam tidak 'ada apa-apa pun'... respons media arus perdana sekadar 'melapurkan saja'.

2. Apakah 'sebutan kes' BERNAS-WangTak oleh YB Menteri MITI kemungkinan bermulanya 'perbicaraan' DLE di media?

3. Telah banyak diperkatakan: 'globlisasi', 'liberalisasi' dan perkataan2 yang sewaktu dengannya adalah bentuk-bentuk penjajahan tanpa sempadan - jika terjebak dan dipatahkan langkah ke hadapan!

mtgbertam said...

Salam,

Moral of the story, negara sedang digadaikan secara diam dan dengan pelbagai istilah korporat dan intelektual untuk mengabui mata rakyat. Apakah dato sendiri masih mengharapkan parti pemerintah akan berubah atau kita yang perlu `merubahkan' mereka dari kerusi mereka sekarang?

Lebih baik berkongsi kekayaan dengan rakyat pelbagai bangsa, daripada menggadaikan negara secara tidak bermaruah kepada negara asing.

Orang yang sekali menipu akan terus menipu untuk menutup segala tipuan yg sebelumnya. Lama kelamaan tidak ada lagi yg dapat disorok, seperti PKFZ dan BERNAS !

Anonymous said...

Salam Dato'

Ini lah jadinya apabila little boys and girls want to play with the big boys and girls - outmanoeuvred, outclassed, outplayed.

Tun Abdul Razak proposed, Najib disposes.

What next?

Melati

OKJ said...

Salam DAKJ

Tidak dinafikan orang kita ni banyak cakap tapi sebenarnya tiada duit termasuklah saya sendiri. Kalau di‘offer’ saham untuk dibeli segera harga RM 50K, melilau nak cari duit. Saham ASB untuk bumiputra bila dibuka pada non-bumi, sekejap je habis.

Macamnilah, Rasulullah bersabda 9 dari 10 rezeki dari perniagaan. Cuba kita lihat berapa banyak syarikat milik orang melayu (tak termasuk alibaba).

Untuk mengatasinya, nak tak nak melayu kena bersatu tak kira apa parti politik pun. Paling senang adalah dengan menubuhkan koperasi. Bermula dengan koperasi kampong/ taman. Setiap kampong ada koperasi sendiri. Kemudian digabungkan jadi koperasi daerah dan negeri. Duitnya nanti bolehlah dilaburkan untuk quota bumiputera. Harga setiap saham koperasi janganlah terlalu mahal. Mungkin 10 ringgit seunit ke. Siapa ada banyak boleh labor banyak. Tapi syaratnya, kenalah aktif bukan hidup segan mati tak mahu.

Pihak kerajaan pula, janganlah tarik hak quota bumiputera tapi ditambahkan atau dikekalkan terutama yg untung. Income tax koperasi pula kalau boleh dikurangkan hingga 5 - 10% je cukuplah. Kerajaan tak dapat banyak dari segi wang tapi dapat banyak dari segi memenangi hati orang melayu. Bila Melayu kuat, negara makmur.

Itupun kalau Melayu bersatu. Tapi kalau caci mencaci dan lebih suka berkawan dengan syaitan dan kafir laknatullah terutama oleh To’ Guru sendiri, tak boleh nak kata apalah. Sekian TQ.

paperpez said...

Pemimpin kita asyik berebut kuasa sesama sendiri dan gagal memberikan tumpuan kepada kepentingan nasional...menelusuri sejarah, banyak tindakan policy maker kita umpama sudah terantuk baru terngadah.

pemimpin kita sepatutnya sentiasa berfikir mengikut arus semasa, bagaimana untuk melindungi kepentingan dan keselamatan nasional, melalui penggubalan dan penguatkuasaan dasar-dasar ekonomi.

Apa yang saya nampak, pemimpin kita gagal memahami isu-isu strategik yang berkaitan dengan keselamatan nasional, selain gagal belajar daripada pengalaman masa lampau.

Kita ingin meniru orang lain untuk kononnya menjadi 'terbuka' dan bebas, tetapi dalam isu-isu strategik, US dan UK sendiri pun tidak terbuka dalam hal-hal berkaitan kepentingan nasional...contoh, white house pernah menggagalkan usaha syarikat minyak China untuk membeli saham dalam Unocal (okt 2005). Thatcher juga pernah menolak hasrat syarikat kuwait untuk membeli saham dalam BP pada 1988..

Masih ingat kisah '‘Dawn Raid’ dan bagaimana selepas itu London mengubah polisi mereka berkaitan pemilikan saham supaya harta strategik mereka tidak terjual kepada asing?

Jadi janganlah kita tertipu...bak kata TT: "Yang bebas hanya kaum kapitalis antrabangsa bebas merompak dunia ketiga. Mereka akan membeli harta kita – kalau kita hendak membeli pasti tidak dibenarkan"

Jadi sampai bila kita harus akur kepada policy maker kita yang 'bijak bestari ini'?

mr edz said...

semuanya kerana duit.. pemnyakit cintakan dunia

ORANGUTAN PENANG said...

YANG DIKEJAR TAK DAPAT..YANG DIKENDONG BERCICIRAN..KERA LUAR DISUSUKAN..ORANGUTAN MATI KELAPARN

Anonymous said...

Peop

Datuk and fellow commentators,

People running the regulatory agencies like SC, Bank Negara and Finance Ministry are robots. Thet care only for their limited area of brief. They don’t care for the big picture. They don’t care about national interest. Of course they don’t care about the screaming Melayu. They want foreign investment, tax income and business commissions. See how they failed us with Pantai Holdings.

Because of these bumbling civvies or traitors as one commentator said, Khazanah had to fork out nearly a billion ringgit to buy back Pantai which Parkway bought for just over RM300 mil. And where are these people when Bernas free float shares were being gobbled up by the pseudo HK company? Back in 2003 less than 15 per cent of Bernas shares were in foreign hands.

If Najib has PKI and NKRA for Finance Ministry I am sure it will fail miserably. So no KPI and NKRA for Finance because it is under the PM himself. So he KPIs and NKRAs Muhyiddin so that he can hold Muhyiddin by the horn. I think all Government reps in GLC and strategic companies where government has golden shares are failures and traitors to national interest.We should identify and reveal their names.

Ex-Banker

A KADIR JASIN said...

Sdr Republican Reds,

1. Buat masa ini dijual sebagai satu set;

2. Saya akan tanya penerbit jila boleh dibeli mengikut buku.

Terima kasih.

Anonymous said...

DAKJ,
INILAH AKIBATNYA APABILA TERLALU MEMPERCAYAI PEMERINTAH YANG TAK MAHU BERUBAH.BILA KITA PERTIKAIKAN MAKA DIKATAKANLAH BAHAWA INI SEMUA KERJA PEMBANGKANG.DAHULU WAKTU PAK LAH MENERAJUI NEGARA, HABIS SEMUA PIHAK MENGHENTAM BELIAU TERUTAMA PARTI SENDIRI UBN.KESIAN PAK LAH TERPAKSA DIPINGGIRKA.NAH SEKARANG KITA DAPAT NAJIB, HASIL TERKINI YANG KITA PEROLEHI IALAH DASAR LIBERASASI.DATUK JANGAN PULA KATA INI IDEA PEMBANGKANG KERANA YANG PUNYA KUASA PEMUTUS IALAH UBN SEBAB IA MEMERINTAH. DATUK, SAMPAI HATI KERAJAAN UBN SWASTAKAN BERAS NEGARA.MAKANAN RUJI RAKYAT TEMPATAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT ASING.TIDAKKAH ITU KHIANAT NAMANYA.KENAPA MEDIA ARUS PERDANA KURANG MENDEDAHKAN PERKARA INI KEPADA RAKYAT...

pakbelalang said...

It is interesting to read the latest Bernas 2008 Annual Report.

http://www.bernas.com.my/ar/ar2008.pdf

The Excutive Director's annual salary and emolument of over RM 1 million is rather mind-boggling. Just wonder whether the ED is worth the amount to be compensated.

It is also interesting to read the notes to financial statements relating to related party disclosure on business transactions.


I am not an accountant but I would like to pose a question whether Bernas is really well managed or otherwise? I am glad if somebody who is competent in financial analysis would be able to highlight how healthy the company is!

Buyong said...

Penyakit tidur yang diwarisi Dollah susah nak hilang sebenarnya.

Penyakit inilah yang mengikis semangat petriotik anak bangsa kita.

saji said...

Salam Dato' dan Roti Planta.

1. Jika kita (orang Melayu -Islam)biarkan 'peraih' beras Melayu-Islam Thai yang membawa masuk beras daripada Siam atas alasan mencari rezeki dan menjana aktiviti ekonomi, kita menyokong sistem ekonomi baru Islam yang dinamakan KAPITALIS-ISLAM yang saya timbulkan sebelum ini.

2.Jika kita biarkan penyelewengan pemilikan saham Bernas, kita adalah pendokong sistem ekonomi KALITALIS- UMNO/BN yang menggunakan 'pekakas2 ekonomi' sistem KAPITALIS- TULEN BARAT- penswastaan, libralisasi ekonomi, tender terhad, FDI, ali-baba kontrak dan bentuk2 sistem kontrak Price-in-advance Barat - Lump Sum, Bills of Quantities, Turnkey dan Design and Build sebagai 'pekakas' yang kita anggap halal untuk menjana ekonomi dan mengkayakan diri serta kroni.

3. Jika hal yang sama ditanya kepada golongan ulamak, mereka akan mengatakan, kita kena kepada kembali kepada sistem ekonomi yang dianjurkan oleh Islam.

ab said...

Salam dato,

Penyelesaian masaalah ini ilah MEMBENARKAN syarikat/indidivu lain meigimpot beras....no monopoly.

Saya pernah memohon untuk permit
import beras,dan import sebuah kereta dari TUN RAFIDAH AZIZ,
tapi ditolak mentah-mentah tanpa soalan...

KALAU MENTERI DAN PEMIMPIN asyik dok tolak permohonan rakyat,nanti BURSA MALAYSIA pun terjual juga...

TETAPI BEGITULAH tabiaat pemimpin
sekarang...alah mana you all bolih import beras,mana you bolih jual kereta,mana you bolih import cili, mana you bolih import bawang...
SEBAB YOU ni MELAYU, you ni kurang pengalaman, kurang pengetahuan,tiada modal dsb... KAMI NI LAIN LAH..KAMI PANDAI BERNIAGA DAN BANYAK PENGALAMAN DAN ADA BANYAK MODAL......

`KAMI' tu ialah penjual negara sebenarnya!!! PIIIRAAAAH kata imuda.

Abu Bakar Ab Rahman

putra said...

Sebenarnya, bernas, syarikat melayu, telah lama menipu rakyat Malaysia. Orang melayu mendiam diri apabila pengguna beras di tipu kerana terpaksa membeli harga beras yang mahal, tetapi Petani medapat subsidi tidak sebanyak mana.Kerana itu, kebanyakan sawah sekarang dikerjakan oleh orang Thai diutara semenanjung, dan petani hanya mengutip sewa sahaja.Perangai melayu amat memalukan.
Syarikat Hong Kong ini dimilik oleh rakyat Malaysia yang berjaya berniaga ditahap antarabangsa, bukan standard kampung lagi.
Sedar diri lah kaum melayu.
Pihak UMNO yang sebenarnya memundurkan melayu selepas 50 tahun merdeka dan 22 tahun bawah pentadbiran dr mahathir. walaupun seribu tahun pun, kalau perangai masih sebegini, sudah pasti dasar DEB tidak akan tercapai.

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Ada yang mengatakan kalau pembangkang memerintah makanya liberalisasi tidak akan menyebabkan manifestasi seperti isu Bernas? Betul ke andaian sedemikian?

Cuba teliti konsep pembangkang berhubung ekonomi yang dipayungi mereka di beberapa negeri sejak March 2003. Apakah yang ada sesuatu yang baru yang dapat menggembirakan penyokong mereka?

Mereka berikrar akan menghapuskan kemungkaran, tetapi adakah kehadiran beribu enterpris (lebih 4,000) di Selangor yang mana aktiviti mereka adalah menggalakkan gejala mungkar, adalah salah satu manifestasi bagi apa yang telah mereka ikrarkan dulu?

OKlah mereka boleh katakan yang itu bukan manifestasi dari apa yang mereka laung-laungkan sebelum mendapat kuasa. Mereka boleh memberikan seribu alasan bagi menafikan pembabitan puak-puak mereka tetapi hakikatnya kenapa semacam ada 'orang dalam' yang sengaja buat-buat tidak nampak?

Oh ya! mungkin ada konco-konco pembangkang yang menjadi 'tali barut' yang beroleh duit terpijak kerana bersetuju untuk 'tutup sebelah mata' terhadap gejala mungkar di negeri terkaya. Atau mungkin ada pihak yang mengharapkan untuk mendapat sokongan material daripada wang haram?

Cumanya berbaloikah apa yang mereka dapatkan itu sedangkan semua itu akan dicajkan oleh pengusaha 'lintah darat' kepada bangsa sendiri yang tidak sedar mereka mungkin terlanggan premis2 haram berkenaan!

Begitu juga apalah sangat keuntungan yang diperolehi oleh mereka yang memberikan perlindungan kepada kegiatan sebegitu kalau dibandingkan dengan keuntungan yang dikaup oleh pengusaha berkenaan yang semestinya jauh lebih lumayan.

Cumanya kalau tang isu Bernas lebih kepada hilangnya nilai patriotisme tetapi setidak-tidaknya nampak juga cukai yang dikutip tetapi kegiatan tidak bermoral di negeri termaju tadi belum tentu dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah.

Anak Bapak -- buta kira-kira

Anonymous said...

Salam DAKJ,

Ada komentar yang menggunakan isu ini untuk memancing sokongan kepada pihak pembangkang. Biasalah tu. Tidak dinafikan adalah mudah untuk mereka memancing sokongan ramai agar berpihak kepada pembangkang apabila timbul sesuatu kepincangan dalam mana-mana sistem yang ada iaitu dengan mengatakan sebegini: "Ayuh! kembali kepada sistem ekonomi Islam, itu dan ini, bla, bla dsbnya."

Tidak ada salahnya ungkapan lunak sedemikian itu, cumanya mampukah ungkapan retorik menyelesaikan permasalahan yang nyata banyak kerumitannya? Bukankah isu ekonomi bangsa sesuatu yang rumit kerana ia terbentuk sejak zaman penjajahan lagi? Oleh itu ia sudah tentu perlukan lebih banyak masa untuk dipulihkan.

Bayangkan senario ini: setelah lebih 20 tahun memegang teraju pentadbiran sebuah negeri yang 90% penduduknya adalah orang Islam dan yang bekerja sendiri, apakah usaha yang telah dilaksanakan dan apakah produknya yang telah dihasilkan yang sepatutnya telah dapat menyumbang kepada pembinaan sistem ekonomi ummah? Kalau jawapannya adalah tidak ada, makanya inilah yang dimaksudkan sebagai retorik itu.

Oleh itu usahlah terlalu memikirkan sangat isu Bernas kerana kalau sekalipun ia dimiliki sepenuhnya oleh GLC, ia hanyalah berupa satu kebanggan tetapi tidak mampu mengubah status ekonomi ummah secara kekal sebagaimana terbukti selama ini.

Yang hampir pasti menyumbang kepada pemilikan ekonomi ummah sudah tentulah pencapaian ekonomi setiap individu ummah itu sendiri. Justeru isu pembangunan ekonomi individu ummahlah yang perlu lebih di ketengahkan agar ianya dapat menimbulkan kesedaran dan akhirnya dapat bergerak secara maksimum!

Anak Bapak -- antiretorik

sujini said...

Salam hormat Datuk Hj AKadir,

Terima kasih diucapkan diatas keprihatinan SpotTheblogger dan usaha Datuk untuk mengesahkan cerita pasal saham Bernas ini.

Saya nak berkongsi dua senario disini.
Pertama, dua buah syarikat tempatan iaitu,Etika Emas Estate Sdn Bhd.(Presidennya Mohd Amin Supian)dan Genneva Sdn.Bhd(Group Senior Manager,Tony Yao)telah dituduh mengambil deposit daripada pelabur secara haram. Penjelasan daripada mereka ialah kedua-dua syarikat tersebut mempunyai perniagaan jual beli emas yang sah.Pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat serbuan keatas kedua-dua syarikat tersebut dan diarah ditutup,sementara siasatan dijalankan. Ini akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan.

Senario kedua, diatas laporan SpotTheblogger dan kajisiasat Datuk,terbongkar satu lagi "deal" di pasaran Saham Bursa KL.

Senario pertama tiada kaitan dengan dasar liberal,global,dunia tanpa sempadan,perdagangan bebas dan pemasaran bebas.
Namun begitu diatas tuduhan yang dilaporkan oleh pihak tertentu, perniagaan kedua-dua syarikat tempatan ini terpaksa digantung.

Berbalik kepada senario kedua.
Seperti tampalan Datuk,kita sudah faham siapa yang terpaksa membeli balik saham Bernas selepas pembelian saham Bernas oleh sebuah syarikat Hong Kong terbongkar.

Dua soalan yang menjurus kepada transaksi yang akan berlaku antara kerajaan Malaysia dan Wang Tak ialah:-

Akan berlakukah "kickback" diatas penjualan balik saham ini?

Siapa yang untung akhirnya?

Senario kedua ini bukanlah asing dikedengaran.
Sudah berlaku berulang kali.
Contoh yang terakhir ialah pembelian saham BII oleh Maybank.

Jika pemimpin negara masih lagi terpengaruh dengan dasar-dasar orang kafir dan munafiq ini maka negara kita akan menuju kehancuran.

Mereka memang suka melihat negara Islam menjadi muflis dan hancur.

Saya seru kepada pemimpin-pemimpin negara, kalau sudah buat kesilapan (big time) kena pandai-pandailah perbetulkan kembali.

Kalau tidak, tidak guna jadi pemimpin.

Terima kasih.

Eksekutif Cikai - Wangsa Maju said...

Ini semua money laundry utk para kroni BN. Buat apa jual then beli balik? Kalau dah tau mcm tu. Buat apa jual? Atau kalau dah tau..kenapa beli balik? ini btl2 keje bodoh.eksekutif2 ni kalau kita kata dia bodoh..dia marah kita balik. Tapi tengok la keje bodoh mereka ni. Kita rakyat nganga je dengar berita2 mcm ni. Siapa yg ngok skrg? Nak sokong BN lagi? hancur2.

pakbelalang said...

The govt will not abolish ISA: Nazri
By RUBEN SARIO


KOTA KINABALU: The government has no intention of abolishing the Internal Security Act (ISA), a law that has ensured stability in the country, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said Saturday.

comment:

Yes, that's it. I am pro-ISA. One point up for Nazri in his KPI.His statement is sensible "this time".

Anonymous said...

datok.

saya rasa bukan kerana dasar liberalisasi tapi kerana dasar bengap kita( baca : pemimpin).dah tahu dasar tu nak pelingkup kita,kenapa kita terhegeh hegeh.macam cerita tiga abdul,dah tahu kena jual apa pasal dok pi layan.dan bukan sekali kita kena jual,berkali kali dok macam tu juga.bukankah itu dasar bengap namanya.maaf kasar sikit.geram.
zmy

Azman said...

Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

Baru-baru ini Datuk Mukhriz mempertahankan dasar liberalisasi kerana katanya dasar tersebut dapat mempersiap-sediakan negara di dalam menghadapi kehendak AFTA, cabaran globalisasi dan lain lain.

Dengan berlakunya insiden Bernas-Wang Tak ini, adakah kerajaan boleh dikatakan sebagai bersedia?

Dari kefahaman saya, konsep liberalisasi perdagangan (trade liberalization) hanya memberi fokus kepada dua bentuk “protectionisms” yang diamalkan oleh sesebuah negara -- tariff dan non-tariff.

Tariff adalah berkenaan cukai, yuran dan lain lain bentuk ‘sekatan fiskal’ yang akan membawa kesan langsung ke atas harga barangan import.

Manakala non-tariff adalah bentuk-bentuk sekatan yang tidak melibatkan cukai, yuran dan lain lain. Contoh-contoh non-tariff adalah seperti kuota impot, sekatan ekspot, perlesenan, sekatan tukaran wang asing, local content dan lain lain.

Perkara-perkara non-tariff inilah yang dibicarakan oleh kebanyakan ‘trade blocs’ termasuk AFTA yang melibatkan perdagangan antarabangsa Malaysia dan negara-negara asing, dan vice-versa.

Mana ada cerita fasal kuota ekuiti sehingga kerajaan terpaksa membuat dasar liberalisasi?

Di dalam konteks yang lain pula, jika kita melihat mengenai konsep kemasukan FDI, di mana hampir kesemua FDI dilakukan oleh MNC asing, isu ekuiti sememangnya menjadi perkiraan penting oleh mereka. MNCs asing akan mengambil berat soal ekuiti agar mereka mempunyai “controlling power” terutama bagi pelaburan Greenfields, Brownfields dan M&A. Oleh itu, mereka berkehendakkan equity yang besar (contoh 51% atau lebih).

Tetapi, polisi peratusan pemilikan ekuiti atau “controlling power” oleh MNCs asing adalah berbeza-beza di antara sesebuah “host country” dengan yang lain. Maksudnya, ada negara membenarkan pemilikan ekuiti 51% atau lebih kepada MNC-MNC yang membawa masuk FDI, dan ada negara yang membenarkan kurang daripada itu.

Namun demikian, UNCTAD mendefinisikan “controlling power” untuk kemasukan FDI oleh MNCs sebagai 10% ekuiti threshold (i.e. di antara 10-50% sahaja).

Justeru, mengapa Kerajaan Malaysia mesti kelam-kabut meliberalisasikan ekuiti 30% Bumiputra? Saya tidak nampak logiknya di sini.

Terdapat tekanan daripada UNCTAD kah atau terdapat tekanan daripada pihak-pihak yang lain yang bermotifkan sesuatu?

Mungkin ramai daripada kita yang sedia maklum bahawa terdapat juga beberapa kes di mana MNCs asing memberi tekanan kepada sesebuah kerajaan untuk menukar polisi-polisi negara semata-mata bagi membenarkan MNCs tersebut memperolehi keuntungan yang besar. Contoh -- Union Carbide mengawal kerajaan negeri Delaware di U.S dan beberapa host countries.

Lebih kurang 7-8 tahun lepas, terdapat juga beberapa MNCs asing yang cuba menekan kerajaan Malaysia supaya menukar polisi kesatuan pekerja tempatan agar tidak mempunyai “taring” meminta kenaikan gaji pekerja. Nasib baik kerajaan ketika itu tidak tunduk kepada tekanan itu lalu MNCs tesebut bertukar haluan melabur ke Vietnam dan China.

Adakah sekarang ini kerajaan lebih rela mengikut selera MNCs dengan mengumumkan dasar liberlaisasi?

Semalam, Datuk Mustapa Mohamed dilapurkan sebagai berkata bahawa langkah pembelian balik saham-saham Wang Tak tersebut tidak bermakna kerajaan akan menghadkan kemasukan pelaburan asing, malah kerajaan akan terus menggalakkannya.

Adakah kenyataan tersebut bermakna akan berlaku lagi beberapa “buy backs” apabila berlaku lagi peristiwa saham syarikat-syarikat strategic tempatan yang lain dibeli oleh pelabur-pelabur portfolio asing?

Dengan berlakunya insiden Bernas-Wang Tak ini, pemansuhan FIC juga menunjukkan bahawa “sector regulators” (i.e. Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan lain lain) yang diharapkan (dan dicanangkan oleh EPU) sebagai menjaga kepentingan Bumiputra apabila berlaku kemasukan pelaburan portfolio asing, sudah tidak bermakna lagi.

Entah lah Datuk, saya serabut memikirkan hal ini.

Terima kasih.

Azman Mohd Isa

Anonymous said...

Salam Dato',

Episod jual murah beli balik mahal atau bayar harga mahal untuk barang murah spt pada Pantai Holding, BII, Agusta adalah manifestasi kurangnya ilmu orang Melayu dalam urusan dagang.

Kebanyakan ahli Lembaga Pengarah Melayu yang pegang saham 5% adalah orang-orang yang tidak mempunyai pengalaman dagang. Kita dengan mudahnya di outclass, outcast, outplay, outmanoeuvre. Dulu saya pernah beli saham Gemtech, salah sorang ahli LP ialah Mohd Nizar Abdul Razak (5%). Nasib baik sempat jual masa harganya RM 13.40 kalau tak meloponglah sekarang ni...

Kita sekadar jadi jurucakap aje. Tentu kita masih ingat TS Tajuddin Ramli pernah jadi Pengerusi Persatuan Tuan Punya Pemilik Syarikat Penerbangan Antarabangsa sedikit masa dulu....heheheheh hihihihi...Glamor jangan tak glamor.

Dunia tanpa sempadan dan perkampungan dunia adalah realiti masakini. Free trade agreement, trade zone, free market, market tariff, dan k-economy adalah antara playing rules of the economy game. Anak-anak muda kita tidak berlumba-lumba mendalami ilmu dalam bidang perniagaan. Di IPT anak-anak kita masih mahu pilih program pengajian yang senang lulus. Ambil kursus perakauan tapi tak ambil yang program profesional. Ambil kursus MBA di IPT yang tenaga pengajarnya tak pernah ada pengalaman handle sektor korporat.

Tahun 1970 pegangan ekuiti Melayu lebihkurang 2% manakala Cina sekitar 30% (kurang pasti yang tepatnya). Sejak tahun 2000, ekuiti Melayu lebihkurang 18% manakala Cina mungkin sekitar 65%. Maka terkejut, terpesona dan mabuk orang Melayu dengan "kemewahan" yang kira-kira 10 kali ganda berbanding zaman 13 mei 1969 dulu manakala Cina merasa bertambah lega.

Kalau 40 tahun lepas Melayu cuma ada basikal dan rumah papan, sekarang melayu ada dua atau tiga kereta dan duduk rumah batu. Bila berkumpul semasa hari raya atau kenduri kahwin orang melayu hari ini tak cakap fasal persekolahan anak-anak tapi cakap cerita juta-juta RM termasuklah fasal MLM, projek sianu dan sipolan, fasal holiday, dan tak lepas fasal kereta.

Dalam "kemewahan" baru inilah anak-anak Melayu terutama yang lelaki semakin ramai terjebak gejala yang merugikan, iaitu dadah, rempit, dan terkini, seks bebas. Nisbah pelajar lelaki: perempuan di IPT ialah sekitar 1:2. Tanpa pelajaran dalam dunia k-economy bermakna kita akan sentiasa kalah. Teringat dialog sebuah filem Indonesia lama dulu, "Si bodoh makanan si cerdik, si miskin makanan si kaya". Lee Kuan Yew outplayed Tunku & Co some 46 years ago and now his disciples are outplying our boys. I am afraid the same old tawkey's pat on the back trick is being used to our boys, again and again.

Dato',

Saya menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang masih ada anak bersekolah, marilah kita lipat gandakan usaha mempastikan anak-anak kita mencapai kejayaan akademik yang cemerlang dan terbilang. Kita lahirkan generasi Melayu yang benar-benar berilmu agar mampu menjaga utuh khazanah bangsa yang masih ada dan mampu pula menempatkan diri megah perkasa di pentas dunia.

Pak Hj JB

Tok Man said...

In general I have no issues to take up with foreign ownership of malaysian companies.

it would seem strange that for the gomen of a country that talk a lot
about things national- national car,
national language , national whatever.., we let the supply of our
national staple food ,rice be under
the control of a hongky company.

I have always asked if national
language is more important than
national interest [like pride,integrity, morality] but it would appear that the 'pecinta bahasa' had their last say. Morality like having a 2 term MB
splashing RM 24m for his house
is not an issue for them.

It is sad that we like to say we
are glokal and islamic in one breath. Mostly both means nothing
if at the end of the day the price
of our beras is set by a chinaman
in kow loon.

Malays do not seem to have a 'racist' pride. We do this [ keep
a consistent rational nationalistic-certainly not a ketuanan thingy ] policy because we are malays
or muslims in one breath. Over the
last forty years of 'faulty' leadership the leaders have learned to give excuses or maintained a
strategic sllence as to why a good
or noble policy is not carried out.

saji said...

Salam Sdr. Anak Bapak--antiretorik,

Yang sdr kata usaha kemabali kepada sistem ekonomi Islam (SEI)itu banyak rumitnya dan tidak lebih sebagai retotik itu ialah disebabkan ketiadaan perancangan yang menyeluruh dan sepadu dalam proses pembentukannya atau dilakukan secara piece meal/bahagian2.

Mengapa berlaku demikian? Lima sebab berikut mungkin dapat menjelaskannya:

1.SEI dicetuskan diketuai oleh golongan ulamak yang kurang pengetahuan ilmu perancangan dan trknikal.

2.Sistem2 SEI yang dilaksanakan setakat ini iaitu kewangan, perbankan, insuran, pajak gadai, wakaf dan saham merupakan kumpulan sistem ekonomi/muamalat Islam yang umumnya diketahui oleh golongan ulamak, mahupun ada kaitan dengan usaha menyelesaikan isu riba.

3. Keenganan golongan ulamak yang terlibat dengan pembentukan SEI tersebut menerima hakikat bahawa sistem2 ekonomi Barat yang menyeluruh dan sepadu itu adalah pinjaman atau adaptasi daripada SEI yang asal.

4. Kepupusan golongan ulamak yang menguasai ilmu2 ukhrawi dan duniawi melibatkan ilmu teknikal, khasnya.

5. Kuarangnya ulamak lulusan bidang muamalat Islam, berbanding dengan syariah, usulludin dan hadis.

Anonymous said...

Salam datuk.Sekadar renungan bersama.

KALAU AIR DI JOHOR SINGAPURA PUNYA…
TALIKOM SINGAPURA PUNYA…
HOSPITAL PANTAI SINGAPURA PUNYA…
FELDA SINGAPURA PUNYA..
ISKANDAR SINGAPURA PUNYA...
BERAS HONG KONG PUNYA…
EKONOMI NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA ?…kah kah kah..

NOTA: Pada tahun 1988 Kuwait Investment Office ingin membeli 21.7% saham British Petrolium. Kerajaan Thatcher walau pun gila penswastaan masih menolak pembelian ini.

Pada bulan Oktober , 2005 Chinese National Offshore Oil Company hendak membeli syarikat minyak Amerika Unocal. Rancangan pembelian ini telah digagalkan oleh Rumah Puteh.

Ingat tak kes ‘Dawn Raid’ membeli saham ladang getah Tanah Melayu yang dimiliki oleh British di London Stock Market pada thaun 1981? Bagaimana sesudah itu undang-undang membeli saham di London diubah untuk memastikan harta mereka tidak akan terjual.

Jangan jadi bodoh. Tidak ada perniagaan bebas. Yang bebas hanya kaum kapitalis antrabangsa bebas merompak dunia ketiga. Mereka akan membeli harta kita – kalau kita hendak membeli pasti tidak dibenarkan.

Ihsan dari tukar tiub.

Cadangan saya kpd dsn sepatutnya bermula dgn basic implementation dulu iaitu "put the right person for the right job".Ini adalah kata2 lee kuan yew bila ditanya rahsia kejayaannya memajukan s'pura.Tapi bila dilihat barisan kabinet najib yg ada spt jauh panggang dari api datuk.Sbg rakyat m'sia saya bimbang negara ini akan terjual bkn pd rakyatnya sendiri tetapi org luar yg dpt melihat sumber kekayaan negara yg dirahmati Allah ini.Saya yakin org spt dato dikurniakan Allah dgn kelebihan yg dato ada iaitu menulis.Jadi eloklah tulisan dato akan dtg lebih kritis dan membina utk menyedarkan rakyat dan kerajaan/pembangkang ttg kepincangan yg harus diperbetulkan.Saya berpendapat pd usia sematang dato bertindaklah secara neutral tanpa mengira anutan parti tetapi utk agama, bangsa dan negara yg tercinta ini.

rakyat tak bodoh.

abdullahngah said...

begitulah kita apabila diserah bunga kepada kera dan mengharapkan tikus membaiki labu.

Bukan kerana lain. Pemimpin pasti salah dan jahat. Bukan kerana tidak ada ilmu.

Mereka ada ilmu, tapi mereka tidak jujur. Sebab itu apa yang dilakukan untuk kepentingan diri sendiri.

Saya pernah kata pemimpin dahulu dan sekarang ini adalah pengkhianat. Macam juga pemimpin palestin.

Cuma kita tunggu masa dan ketika untuk negara ini digadai jika enggan bertindak.

Bukan payah, tetapi rakyat juga dilahirkan macam para pemimpin yang ada.

Macam buah ulu. Begitulah acuannya begitulah hasilnya.

Yang paling menyedihkan kita, dah pemimpin boleh dicucut hidungnya, manakala rakyat juga turut sama, konon para pemimpin boleh buat tak akan tidak boleh buat.

oleh itu, tidak hairanlah dengan apa yang dilakukan oleh perdana menteri mengenai liberalisasi ekonomi punca negara akan tergadai.

mengapa tidak.Kalau syarikat itu dan syarikat ini dimilik haknya walaupun 30 peratus sahaja.

bak kata perpatah beri betis hendak peha, beri peha sudah tentu habislah jika diberi lagi.

manakala pemimpin hari hari asyik duk tanam tebu dibibir mulut akhir hilang segala.

Kalau Singapura boleh hilang tidak mustahil malaysia pun demikian juga.

Anonymous said...

DAKJ,

Something like this was going to happen sooner rather than later coz these "species" always have their insiders to give information in advance so they can gain the upper hand whilst the general public is still "sleeping"

Like one of the commentators said, if Bernas had done such a wonderful job, why in the hell that our rice is still being imported and we still don't have enough local rice? Millions of ringgit spend on research for the so called high yield rice on top of subsidy for the padi farmers. What happened?

Nobody wants to know the truth. We allow our government to put people who are HP6 running companies and BOD of strategic companies so what can you say?

I have my own beef to with a lot of GLCs in the country. When you feedback they take it personally but think about it? Why should "they" give a damn? Example: University professors sitting on various government committees and BODs. They go around collecting their fat allowances whilst their salary is still intact. In the meantime the students are not being educated as they should coz the faculty members who are not favoured end up having to take care of bigger classes.

Tak usah nak menangis kemudian hari sudah. Tak larat dah. Kadang-kadang terasa tak gunanya tulis untuk luahkan perasaan sebab tak ada lagi nampaknya pemimpin yang ada mertabat yang boleh membetulkan keadaan. Yang ada sekarang semuanya dah terlebih tarikh luput ataupun tiada ketokohan waja untuk "make the difference" They are either selfish brats or not intelligent enough to make wise choices.

Keturunan Jebat

Saleh Majid said...

Dato Kadir,

Wang Tak Ltd,merupakan syarikat yang di dafter di Hong Kong tapi di mileki oleh dua orang perniaga Malaysia yang terkenal,IGB dan Paramouth garden.IGB merupakan pemaju dan pemilek Mid Velly,yang membenanya di atas tanah yang di mileki oleh Bandar Raya Kuala Lumpur yang di sewanya salama 50 tahun.Paramouth garden merupakan pemaju terbesar One Utama di damansara.

Saya hairan kenapa kerajaan perlu membeli samula saham2 meraka di dalam Barnas.Apa kah tindakan mereka memileki saham dalam Bernas mengancham Negara.Saya tidak nampak apa salahnya.Lagi pun kerajaan maseh memileki golden shares.

Tindakan kerajaan ini set a bad precedent dan menghantar satu signal yang salah di pasaran modak di Kuala Lumpur.

Anonymous said...

Kalau di negara komunis dulu, pengkhianat dihukum tembak sahaja dgn serta merta. Malaysia tak boleh buat ke? Jika tidak, pengkhianat akan bertambah dari masa kemasa.

Mata kecik sebelah..

sang kancil said...

salam dato

terima kasih kerana membawa isu ini. sebenarnya kita orang melayu berada dalam situasi yang yang amat kritikal ketika ini. perpecahan dan kelemahan politik orang melayu menyebabkan kita tewas dalam 'political bargain'. demi kelangsungan politik dan kuasa lah yang menyebabkan pemimpin sekarang banyak menyerah.kita tunggu apa lagi yang akan diminta dan apa yang akan diserah. Biasiswa sudah, tapak kuil sudah banyak, 30 % ekuiti dah lebur mungkin lepas ni tanah rezab melayu dan pelbagai malapetaka.

Anonymous said...

jangan sampai nk kejar sangat liberalisasi, nk puaskan ati sesetengah pihak..kita gadaikan apa yg kita punya....lepas tu bagi macam2 alasan...hujung2. kena cover balik saahsilap..beli balik dengan harga mahal....malu2...

H.A.P.R.A.K

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).