Monday, April 29, 2013

Akhirnya Kita Sendirilah Yang Kena Putuskan


 A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
 
DISEMASAKAN dan DIROMBAK

SEORANG pelawat blog ini yang berupa seorang usahawan/kapitalis Melayu yang berjaya bertanya saya, mengapa lama tidak menampalkan rencana baru. 

Saya katakan kepada beliau, fikiran saya buntu. Buntu bukan kerana ketiadaan idea, tetapi kerana lambakan maklumat yang berlebihan. Susah memilih yang mana satu hendak didahulukan.

Kalau kita membaca, mendengar dan menonton media arus perdana (MAP), semuanya baik dan lancar bagi Barisan Nasional (BN) dan semuanya buruk dan buntu bagi Pakatan Rakyat (PR). BN akan menang besar dan PR kalah teruk.

Kalau baca Rocket, Suara Keadilan, Harakah dan Selangor Times tentulah semua yang berkaitan PR baik dan harum; semua mengenai BN buruk dan busuk. Akhbar percuma The Sun dan akhbar-akhbar Cina lebih seimbang.

Portal berita utama memberi liputan yang lebih saksama walaupun pengulas dan pembaca mereka mirip kepada PR.

Di kalangan blogger pula, kurang sekali yang bebas dan tidak memihak. Hampir sama dengan dikotomi dalam MAP – pro atau anti - tidak ada laluan tengah. Maki hamun menjadi hidangan utama oleh pemblog dan pembahas mereka. Demokrasi alam siber bertukar menjadi anarki.

Maka tidak hairanlah kalau banyak pembaca, pendengar, penonton, pengulas dan pembahas tidak ketahuan lagi apa yang hendak dihujahkan sehingga pilihan raya nampak seolah-olah ibu kepada segala matlamat dan bukan lagi cara untuk mencapai matlamat, iaitu pemerintahan yang unggul.

Apa Isunya?

Saya pun tidak pasti lagi apakah yang dikehendaki pengundi atau apa yang ditawarkan kepada mereka oleh parti-parti yang bertanding. Terlalu banyak dan bercelaru.

Jadi saya tidak berani dan berasa sangat tidak layak untuk bercakap bagi pihak orang lain. Justeru itu, saya hanya berani bercakap bagi pihak diri saya sendiri kerana akhirnya setiap orang daripada kita terpaksa putuskan sendiri apakah isu dan perkara yang akan mempengaruhi cara kita membuat pilihan.

Bagi saya, berikut adalah isu, hal dan ketetapan yang akan mempengaruhi pilihan saya:

1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.

2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that breaks the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).

4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan – busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat. (Kerajaan Pusat dan negeri).

5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM – selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat).

6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).

7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor).

8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat).

9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.

Sekatan dan Imbangan Penting

Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.

Saya mengundi di Selangor di mana kerusi DUN ditandingi BN (Umno) dan PAS. Dalam PRU 2008, PAS menang. Bagi Parlimen, BN (MCA) bertemu DAP. Pada 2008, DAP menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam.

61 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Analisa seorang bekas wartawan berpengalaman seperti dato' sepatutnya mempamerkan view yg lebih tidak memihak, tidak menuduh Dan memberi inspirasi antara impian Dan realiti.

Dalam pilihan membaiki Dan menggantikan mesti Ada justifikasi.

Unknown said...

Datuk,

T.Kasih. Di mana pun kecondongan Datuk, ada juga tempat semua pihak mengasuh minda.

pcbahar said...

As salam Datuk..

Saya juga seperti Datuk, tidak memihak dan menyokong semberono.. Tapi saya pasti siapa pilihan saya..

Apa yang saya perhatikan kebanyakan penyokong tegar BN nampaknya sudah semakin kendur.. Mungkin mereka pun dah mati akal dan mati hujah..

Dulu depa sendiri yang kata, kalau kita tidak berubah kita akan diubah.. Kata-kata itu sesuai untuk semua pihak sebenarnya..

Kita tunggulah keputusannya tak lama lagi..

Malim ahmad said...

Dato.
Saya tertarek komen berhubong dengan kadar jenayah yang meningkat.

Orang no 2 Kastam ditembak di Putrajaya amat mengjut dan memalukan polis dan kerajaan.

Kedua,Hishamuddin dalam memenohi tuntutan human right group telah memanaohkan ordiannce dharurat yang membolehkan polis menahan reman penajenayah dan membuangndearah bagi penjenayah yangbtak ada bukti lengkap.Yang membuatkan polis tidak puas hai kenapa kita melepaskan saramai hard core penjenayah saramai 3500 orang.Sebeb itu hampir setiap hari kita mendengar beita orang kena tembak.

Ada kah tindakan kerajaan ini mendapat pujian human right group dalam Kempen pilehan raya ini.Tidak dengan suara mereka.malah mereka ini pula menudoh kerajaan dan SPRhendak menipu dalam pilehan raya ini.

Yang lagi memaukan polis ialah,dalam usaha Najib mendapatkan sokongan raayat,ia sanggupmbersetongkol dengan gangster dan ketua ketua chinese Triad.Mereka di bayar wag ang bayak untok meraih sokongan mereka.Mereka juga di minta untok menganggu ceramah pilehan aya dan memusnahkan poster.

Boleh kah kita percaya angster ini.Kenapa kerajaan najib bagitu desperate.Ini akan menyukarkan kerja polis.

Pertemuan pertemuan ini di jalankan sacara terbuka oleh orang orang ang terkenal.Di Rumah Abu juling di Ceras ,Najib meupakan tertamu khas.Yang datang kamaelis itu semuanya gangster.Mereka minum arak dan mabok.Kemudian mereka diberi duit.

Himpunan di Klang yang di anjorkan oleh Tan Sri Tza.Saorang kepala gang,yang terkenal.najib juga hadhir.Salepas itu mereka minum dan mabok tunggag langang.

Majelis yangbdi anjorkan oleh Lawyer tekenal Shafie Abdullah di subang.Yang hadir meupakan ketua ketua gang seluroh negara.Majelis agak tertib,tak ada minum dan mabok.Shafie hanya meayu mereka memberi. Sokongan kapada BN.

Saya tdak tahu apa lagi yang akan dilakukan oleh Najib dan Pakatan Raayat salepas ini.

Nampaknya sambutan penggundi di ceramah Pakatan amat baik tapi sama ada mereka akan mengundi Pakatan belum tahu.
Yang menarek dalam semua ceramah BN,untok menarek orang ramai mereka terpaksa menyediakan makanan dan minman.DAP buat poster,makan kenyang undi DAP.

Saya dan keluarga saya telah di pindahkan tempat menggundi dari kawasan Melayu ka kawasan Cina.siapa punya kerja saya tidak tahu.Alamat rumah saya yang barumdi rumah kedai jual babi dan Bak Kue Teh.

Saya tidak tahu hendak undi siapa,DAP atau MCA.


Lahuma said...

Dato.

Antara calon low profile dengan low class.
-------------------------------------------
Mahu tak mahu 5hb.Mei.2013 sudah kian hampir.Kita sebagai pengundi terpaksa buat keputusan untuk pangkah.
Buat masa ini ramai sedang berkira-kira mencongak dan menghitung untuk undi siapa.
Masa depan kita terletak pada calon yang baik,amanah,jujur ikhlas,mesra yang tulen yang memilih hidup simple.
Dr Mahahir pun silap kata pilih parti daripada calon.
Dia boleh kata tapi bukan 100% semua betul dan tepat.
Ada parti BN.PR letak calon pun cukup teruk.Ada calon low class tak ada kualiti.Untuk memberi undi pun tak ada selera dan mood.
Parti cincai dalam pilih calon.Boleh jadi calon itu ada kekuatan ampu dan bodek serta tangisan pada pemimpin mereka.
Sebaiknya calon yang low profile ada kualiti ,kelulusan yang baik,nilai amanah,jujur ,imej terpuji.Maka selera untuk beri undi berhasil.
Era kini pun ada lagi calon lulusan SRp/LCE.Macamana hendak berdepan pengundi yang lebih cerdik darinya.
BN/PR sama-sama ada harapan.
Faktor calon yang menjadi model dan tukang jual nama parti itu penting.
Kalau calon low class maka selera pun lenyap.
Ketokohan pemimpin BN/PR seimbang sahaja.Cuma sedikit condong pada BN.
Rakyat masih mahu konsep DACING ditonjolkan.Seimbang antara kerajaan dan pembangkang.Sama-sama jaga kepentingan rakyat.amalan JOLI dan HORA /ANGKUH dengan kuasa berakhir segara.
Bukan bila jadin wakil rakyat/EXCO/MB/KM/Menteri pun berlumba-lumba berebut rezeki dengan rakyat.Tamak haloba.Rakyat yang terpaksa hempas pulas sebaliknya yang ada kuasa mudah dengan jalan pintas urusan mereka.
Rakyat pun tak rela selamanya dengan BRIM atau lainnya.Berilah mereka peluang dan rezeki yang adil.
Rakyat hendak berdikari.
Tolaklah mana-mana calon low class yang tak sesuai masa kini.

Undilah calon yang low profile dan tolak calon yang low class.

Selamat memilih kerajaan untuk masa depan kita.

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam Dato,

Izinkan saya berkongsi pandangan disini dalam bebrapa isu ada kaitannya dengan beberapa masaalah hasil dari ramainya pendatang dan pekerja asing yang mencari rezeki di sini dan masaalah lain yang perlu di tangani kerajaan pilihan nanti.Komen ini hanyalah pandangan Kampong man bagi menjawab beberapa ketidakpuasan hati penyokong pembangkang didalam blog Pirates of Putrajaya,Sir Wenger Khairy.Benar, akhirnya kita sendirilah yang kena putuskan kerajaan mana BN atau PR.Dato tidak perlu confuse membuat pilihan kerana

" CONFUCIUS IS A GREAT MAN but HE SOMETIMES CONFUSE !! "

So no big deal.We are worth one vote each.Saya pilih mengundilah !

" Salam anon 20.50,

I am in agreement to most of your concerns above.These are real issues that need to be continuously addressed as the nation progress to the next level towards vision 2020 propagated by my idol Tun, of course ,and yet PR put all blame on the MAN mercilessly.The govt needs to seriously look into those issues on the influx of foreign workers into the country.They brought their cultures, values and ways alien to us.The price we pay for progress, the social problems associated with their presence.

Imagine Malaysia is without or has zero Indonesian construction workers.Imagine also Malaysia has zero Banglas in the electonic or other industries now.Can we afford to be without them ? or we Malaysians have become too very selective in our choice for employment ?.The facts remains we are still short of workers in certain industries.It is a question how we manage those influx of foreigners really.Some come and choose to be prostitutes in the brothels meeting the supply and demand of the market needs here and some even dare to be MULES for the underworld drugs kings and towkay despite death penalty for the trafficking.All for quick money ehh..

Yes, we need to manage them well just like how we need to manage our wealth for those who have have achieve financial freedom.

On the Selangor water issues it has become clear that the NAIVE Selangor state government has politicised them.There appear to be poor state and federal government cooperation on the Langat 2 water issue in solving the long term clean water supply for Selangor.The more reasons many anticipated that Selangor will fall into BN hand on this one major issue alone and of course many others as well like the sampah, Talam and pasir issues. Anyone knows where Ronnie Liu is ? whatever happen to him now politically. PR Selangor state govt will pay a heavy price this may 5 ,in my view.

Look at Penang second link project for an example .Despite Penang is a PR state the federal govt continues the project because it will benefit the rakyat.Look at that federal govt SINCERETY here and compare to that with the basic water issue in Selangor PR state.Look also at how poor LGE sudden attempt to build an underwater tunnel as well without people opinion ?,Penangites especially.A daft and problematic LGE !! who continue to act like a pembangkang when he should be a Ketua Menteri for the rakyat.

I will stick to my Melaka state and will enjoy the the river cruise anytime in the evening.All thanks to my Ketua Menteri Ali Rastam the TRANSFORMER. Cheers ..

29 April 2013 06:55 "

Pssst....jom kita dengar apa din Melaka kata.Pasti ada yang beliau tidak setuju dengan kemajuan di Melaka tanah tumpah negeri ku.Apa masih mempercayai PR akan menang di Melaka dan N9 ?.Saya sudah membuat keputusan.Anda bagaimana ?

atas pagar said...

Salam Dato,

Saya buat keputusan berdasarkan begini :

Parlimen - kita lihat cara pemimpin teratas sabuah gabungan peringkat nasional yang sedia - kita lihat wawasan dan hala tujunya, karisma kepimpinannya, sejarah kepimpinannya menangani isu peringkat nasional.

Sebab akhirnya MP yang di lantik akan memberi feedback yang kemudian di ambilkira oleh PM dalam membuat keputusan dan menentu arah tuju adalah PM itu sendiri.

ADUN - kita lihat cara pemimpin teratas MB sabuah gabungan peringkat tempatan/negeri yang sedia - kita lihat cara mereka menyelesaikan masalah tempatan yang sedia ada.

Apakah mereka lebih sibuk berpolitik atau lebih tumpukan perhatian terhadap masalah pengundi tempatan di samping memajukan kawasan/negeri mereka.

Dan berapa cepat mereka mampu menyelesaikan isu tempatan yang tak perlu menunggu lampu hijau/budget dari pusat.

Dan yang paling penting, adakah mereka tanpa sebarang kompromi akan terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara, dan bukan menggadai atau memperjudikannya hanya untuk kepentingan peribadi/keluarga mereka sendiri atau menutup sebarang isu moral mereka sendiri

Din Klang said...


Kita undi wakil ADUN / MP yang di dokong oleh GABUNGAN YANG MANTAP, PEMIMPIN TERTINGGI YANG KUAT BEKERJA DAN BUKAN KUAT BERCAKAP SAJA.

Bukan gabungan yang carca marba dari peringkat memilih calon sampai ke pemimpin teratas yang banyak isu moral serta wakil yang berentap sesama parti gabungan sendiri.

silap pilih satu kerja pun tak siap kerana sibuk berebut kuasa, rakyat juga yang rugi seperti yang kita lihat sekarang di negeri pakatan rakyat

wanmuar said...

banyak analisa dan ramalan menjurus kepada kemenangan bn.tapi kalau rakyat mengizinkan bn menang 2/3 ini adalah satu kerugian yang amat besar bagi negara dan rakyat sendiri....percayalah pabila pembangkang sudah tiada peranan di parlimen akibat kemenangan2/3 bn, rakyat akan menyesal tak sudah.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Syabas DAKJ kerana paparan yg berani dan ikhlas dan tidak memihak.

Izinkan saya menambah.

1 semua peruntukkan undang2 yg menjadikan PM seorang diktator hendaklah dibuang. Contohnya kuasa pecat menteri tertentu, ketua SPRM, Gbenor BNM DLL.

2. Hadkan tempoh PM, MB, KM, EXCO, PEGUAM NEGARA TAK LEBIH 10 TAHUN .

3. Biar ada undi rahsia oleh ahli parlimen mengenai pelantikan hakim mahkamah petsekutuan.

4. sistem tender terbuka mesti diwajibkan dan menjadi satu kesalahan jenayah diabaikan.

5. ada badan khas yg pantai hak dan keistimewaan Melayu.

6. rakyat mesti diajar supaya tukar kerajaan setiap paling lama 2 penggal. kalau anak dsh mula nak ganti bapak macam anak Mahadhir dan snsk Najib, kos pd nrgara sgt tinggi.

Somad said...

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Cakap ajalah sokong 'Anu'war I'berahi'm.

Mana tahu, esok-esok boleh jadi Pengerusi Media Prima, takpun Menteri Penerangan. Mahsyukkkk.

Din Kalut said...

Harap-harap Din Melaka tak merapu dalam komennya.

ClevBiz said...

Dato'
Biarlah pasang papan2 poster & bendera2 besar2 pun saya dah pilih sapa yg akan saya undi nanti.
Saya tinggalkan satu jawatan yg tinggi yg punya gaji & benefit yg bagus dlm sebuah syarikat GLC, bukan Govt Linked Coy tapi Garap Lesap Co! Tak sanggup jadi agen/accessory tolong merompak duit rakyat... sbg contoh kecil kontrak RM45m boleh jack up jadi RM80m, price difference bahagi sama2 perompak (ahli politik, menteri, KSU, SUB dll). Tiap2 tahun pi Umrah tapi merompak tak pernah berenti. Bagi makan anak2 duit haram depa dah tak peduli. Yg paling sedih depa ni pandai berlakon sbg org Melayu Islam yg bertata tertib dan tahu hal agama.
Hidup Rakyat!

Talhah said...

Di Peringkat Tempatan

Alhamdulillah di tempat saya (kawasan Melayu)masalah agak kurang.

1) Tiada masalah longkang, tikus dan anjing liar kerana penduduk agak menjaga tabiat masing-masing. Sebelum nak salah ADUN salahkan diri sendiri dahulu. Siapa suruh tak didik diri dan anak-anak supaya jangan buang sampah dalam longkang. Saya sendiri seminggu sekali akan membersihkan longkang hadapan rumah dari daun-daun yang terkumpul yang datangnya juga dari pokok rambutan saya juga.

Kutipan sampah agak cekap malahan pusat pelupusan sampah yang berdekatan sudah di pindahkan. Tiada lagi bau busuk.

2) Kadar jenayah agak rendah mungkin sebab faktor peneampatan polis/tentera pencen yang berdekatan(kampung tersusun). Budak-budak kampung tak berani nak angkat muka masih ada rasa hormat dan fikir dua kali nak buat jenayah. Cuma ada masalah sosial dari segi Mat Rempit dan budak lelaki perempuan agak bercampur gaul. Tapi belum ada lagi kes buang bayi.

3)Masalah pula terlalu banyak gerai-gerai tepi jalan sehingga mengambil ruang parking kenderaan di hadapan kedai-kedai yang berlesen.

Secara umum saya beri markah B+ untuk keadaan tempatan saya. Not Too Bad eh?

TETAPI keadaan ini mungkin berubah kerana ADUN dahulu telah berpindah ke DUN yang lain. Calon ADUN baharu jiki hendak memilih terpaksa lihat kepada PARTInya pula. Semoga dasar dan gaya kerja ADUN dahulu di teruskan oleh calon yang baru.

Di Peringkat NEGERI

Masih ada lagi bunyi-bunyi korupsi berlaku. Ekonomi masih ketinggalan dan tidak rancak. Perancangan beberapa projek pembangunan masih belum ketara.

Tetapi saya sukakan keadaan ini. Saya tidak mahu ibu negeri saya menjadi KL atau Penang. Sesak nafas dan jiwa di buatnya. Harga makanan masih murah. Migrasi ke dalam negeri kurang. Penduduk masih bersopan. Tidak pula saya ternampak budak-budak muda pakai seluar bertinggung nampak lurah punggung.

Persekitaran masih hijau dan air sungai ada yang boleh di minum secara terus melainkan sungai di tengah ibu negeri.

Markah B

Peringkat PUSAT

Sya mahukan ISA kembali. ISA telah di cuba di tempa di tujah sekian lama dan sudah kukuh penggunaannya. Peruntukkan perundang baru mengantikan ISA masih mentah dan belum teruji.

Saya tidak nampak peniaga karpet pembeli cincin tukang karut jampi serapah memberi kesan besar atas pentadbiran negara melainkan jika saya UBAH. Jika UBAH maka mungkin saya boleh lihat Bapa Perdana Menteri dan anak Ahli Parlimen. Atau Bapa Menteri Besar anak ADUN.

Melainkan isu AES. Kalau benar hendak mendidik rakyat jangan bawa kenderaan laju-laju suruh mereka buat komuniti service. Tuan punya FERRARI boleh bayar mudah tetapi kalau di suruh mencuci jamban selama seminggu agak berat dan boleh jadikan pengajaran baginya. Saya sokong AES jika hukumannya komuniti servis.

Saya tidak layak menerima segala macam BRIM BRAM dan BROOM tetapi saya ada membeli di KR1M. Rakyat Malaysia ni manja. Yang ada Astro dan sampai 4-5 biji telefon mudah alih pun nak ambik BR1M. Astro pun sebab nak tengok Maharaja Lawak, bola dan drama Korea. Gaya hidup rakyat Malaysia sudah sampai melampau. Consumerisme telah menjadi amalan. Hendak lagi dan lagi. Mengumpul duit sebab hendak beli telefon+kamera+apps sampai 1000-2000 ringgit. Jalan kaki dan nak Bas tidak mahu sekali sekala. Melancong hendak ke London Paris dan Melbourne. Hinggakan Haji dan Umrah pun dah menjadi macam melancong. Rakyat Malaysia bukannya susah tetapi sengaja menyusahkan diri. Bila dah susah salahkan kerajaan.

MARKAH kerjaan pusat (sebelum ini) C+

Maka dalam pilihanraya saya sudah ada pilihan saya. Hendak UBAH? tidak rasanya.

x-umno said...

Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.

Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?
2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?
3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?
4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?
5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.
6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.
7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?
8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?
9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?
10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.
11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?
12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?
13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?

14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?

A KADIR JASIN said...

Pembahas Talhah benar-benar mengusik perasaan saya, apabila beliau, antara lain, berkata:

"Sebelum nak salah ADUN salahkan diri sendiri dahulu. Siapa suruh tak didik diri dan anak-anak supaya jangan buang sampah dalam longkang."

1. Saya setuju. Ibu bapa saya walaupun orang kampung totok ajar saya kebersihan. Sesuatu yang sukar kerana waktu itu kampung memang kotor.

2. Hari ini menjadi second nature saya pungut sampah yang orang buang dan masukkan ke dalam tong sampah.

3. Tetapi saya pernah tengok dengan mata kepala sendiri YB Umno/BN yang pengotor, tiada disiplin dan kurang ajar.

4. Kami dalam perjalanan ke Kursus Bina Semangat Perdama yang pertama kali diadakan dan diketuai sendiri oleh PM waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad di PD pada awal tahun 1990-an.

5. YB dari Terengganu itu pandu kereta Mercedes. Saya pandu Toyota Corolla ikut belekang beliau. Beliau makan rambutan dan sepanjang perjalanan dia membuang kulit dan biji rambutan ke luar kereta mewahnya ke atas jalan raya.

6. Waktu kursus yang bangun bercakap bercerita mengenai YB pengotor, tiada disiplin dan kurang ajar itu tanpa menyebut namanya.

7. Ahlamdulillah dalam pilihan raya umum selepas itu beliau kalah kepada PAS, tetapi tetap diberikan jawatan tinggi dalam GLC.

8. Dan orang macam beliau dalam kepemimpinan bukan seorang. Ada banyak lagi. Kita didik anak kita berprinsip dan idealistik, tetapi di keliling mereka pemimpin dan pembesar menunjukkan contoh busuk dan hanyir. Kalau hendak terus berperinsip mereka terpaksa merantau ke luar negara.

9. Terima kasih Panglima Hang Tuah kerena memberi semangat "takkan Melayu hilang di dunia" tetapi di tanah air sendiri Melayu sudah hilang kuasa ekonomi dan mungkin juga hilang kuasa politik kerana pemimpin yang kotor, tidak berdisiplin dan kurang ajar.

Wallahualam

minah ronggeng said...

Insyaallah..

Anwar akan jadi Perdana Menteri.

minah ronggeng

Kampong man said...

Salam Dato,

Soalan sdra X-UMNO sebenarnya banyak sudah dijawab dalam Transformasi Najib dengan ETP, GTP dan berbagai peruntukan bagi penerima kumpulan sasar.Saya tidak perlu.Kenalah rajin membaca sikit.Jangan dok sibuk baca Harakah, Suara Keaadilan dan Rocket sahaja mahukan perubahan kerajaan tidak dapat tidak. Apa yang pengundi harus fikirkan adalah

1.Apa kah kita mesti tukar kerajaan ? dan kenapa pula mesti ditukarkan ?.Apa hebat sangat kah Pakatan Rakyat sahingga kita mesti mahukan mereka ? for the sake of change and change we must?. PR masih sentiasa bercelaru,kelam kabut dan cenderung pada huru hara berpanjangan. Pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja.Siapakah dalang demonstrasi jalanan dalam perhimpunan Bersih dan Shamsidar agaknya.Ini bukan budaya kita orang Timor . Alhamdulillah, kini tidak nampak ada lagi perhimpunan haram streets rallies.PDRM kini amat tegas dalam isu keselamatan dan ketenteraman.

2.Sekira perlu berubah haruslah kearah yang lebih baik.Saya tidak/ belum lagi nampak kebaikan pembangkang memerintah. Tanpa pengalaman mengurus ia tidak mungkin akan dapat membawa negara kita bertambah maju.Setuju,kita perlu perbaiki kelemahan.Kita tidak mahukan learning curve dengan kerajaan baru.Sekira DAP tidak dapat menguruskan sebilangan kecil ahli mereka dalam pemilihan CEC Dec lepas bagaimana agaknya mereka boleh mengurus 13.3 juta pengundi dan 38 juts rakyat agaknya.

Betulkan pakatan PR itu sendiri dahulu. Jangan bercakar sesama sendiri dalam PR.Jangan tonjolkan calun muat turun dan payung terjun sahaja tanpa punyai kualiti umpamanya artis2 dan penyanyi handalan saperti Aishah, Dayang ku Intan dan Hermantino sedangkan BN sekarang sudah ramai mempunyai calon muda proffessional yang berkualiti. Contoh di daerah saya Mesjid Tanah BN ada arkitek dan lawyer sebagai calon. Mereka yang mempunyai intellectual depth bukanya artis dan calon ustazah mee segera dan penceramah saperti ustazah Abby Abadi umpamamanya.

3.Siapa yang mahukan huruhara ?.Apabila Penang ,Kedah dan Selangor pertama kali jatuh ke tangan PR adakah BN buat huruhara ?.Bomb buatan sendiri di ceramah BN di Penang kerja siapa ?.Apabila Perak diambil alih BN dan terbukti sah disisi undang undang siapa yang membuat huruhara dan siapa yang baring di atas jalan menghalang kereta Sultan membantah.Siapa yang membuat persidangan di bawah pokok di Perak ?.Ada kah ini civilised?.Ahh..penat dan tak kuasa nak berceloteh panjang !.

4.Najib bermohon biarlah peralihan kerajaan jika berlaku baik BN atau PR kita menerima dengan baik pilihan rakyat majoriti.Bukankah kita semua sudah matang berpolitik dan mencintai kedamaian, keharmonian dan kestabilan?.Isu huru hara kita sama sama jauhi ok.

Nah, pilihlah siapa dan parti mana yang kamu fikir layak mewakili tempat kita dan negara ini.Mudah sekali kan ? and we move on.Salam.

Jay Bee said...

Dato’,

Bagi saya, isunya adalah,

1.Rasuah dan penyalah gunaan kuasa (Paling utama).

2.Pentadbiran yang lemah (Poor Governance).- Jalan raya sesak, jalan berlubang-lubang, lampu traffik rosak satu/dua bulan sekali (tempat saya), hospital buruk ( Bangunan Era 70’80an), Sekolah Rendah dan Menengah buruk dan persekitaran tidak kondusif, meja dan kerusi rosak. Enjin kapalterbang TUDM berada di Uruguay Amerika Selatan. Keselamatan awam tidak terjamin. Kawasan rumah flet murah yang didiami orang melayu tidak terjaga dan kotor.

3.Harga barang semakin meningkat. Harga rumah meningkat terlampau tinggi.

4.Menteri BN angkuh dan sombong.

5.Media Massa yang terlampau ketara seberat.

6.Nilai-nilai yang ditonjolkan oleh pemimpin kepada rakyat tidak baik. Fitnah, mengata dan menggunakan sentimen perkauman untuk mendapat sokongan. Ini memberikan impak yang tidak baik dan merosakkan minda rakyat.

7.Suasana Politik yang tidak sihat. Polisi kerajaan untuk rakyat tidak didebatkan tetapi politik lucah dan kritik lawan berleluasa.

8.Terlampau banyak tol yang membebankan rakyat.

Drkecik said...

Salam,

Bayangkanlah jika DAKJ sendiri sebagai otai dlm dunia media buntu untuk mengolah maklumat dari semua pihak baik pembangkang atau pemerintah apatah lagi rakyat biasa.

Inilah dinamakan fitnah akhir zaman dimana segala pembohongan,penipuan,tipu daya,persepsi dilontarkan bertubi-tubi.
Semua saluran digunakan media,alam cyber,tweeter dan segala macam lagi semata-mata untuk memesongkan kebenaran. Semua tipu daya ini menyebabkan rakyat marhaen kebingungan manakala cerdik pandai tercengang2.

Imbas kembali dalam konteks fitnah politik dan rasa tidak tenteram sebenarnya bermula dari faktor anwar ibrahim.
Bermula dgn pemecatan, anwar menggerakkan demontrasi dan hasutan,mainan persepsi dicetuskan bahawa beliau dizalimi dan sebahagian besar rakyat percaya.

Keadaan tenang apabila kepercayaan rakyat kembali kpd parti pemerintah sementelah ketiadaan anwar kerana dipenjara telah memutuskan rantaian fitnah dan mainan persepsi.

Fitnah gelombang kedua tercetus semasa peralihan kuasa mahathir -abdullah . Kelemahan pemerintahan abdullah badawi dirasai rakyat dan rasa tidak selamat mula menghantui. Ketegangan antara rakyat kembali memuncak apabila anwar dibebaskan .

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah fitnah,kekacauan,hasutan dan mainan persepsi adalah oleh individu atau personaliti bukan parti atau kerajaan. Umno umpamanya stabil dan dipercayai dibawah mahathir tetapi mula hilang kredibiliti dibawah abdullah dan najib hanya mewarisi umno yg sakit.Dibawah najib kepercayaan rakyat mulai kembali walaupun agak perlahan.

Anwar mempunyai semangat yg luar biasa dan tidak mengenal putus asa dalam menabur fitnah,membuat hasutan dan segala macam tipu daya untuk memastikan cita-cita nombor wahidnya menjadi PERDANA MENTERI tercapai.

Anwar mewakili sisi gelap, politik menghalalkan cara adalah modus operandinya.Oleh itu menentang anwar bukan bererti menyokong najib.menentang anwar bererti menentang kejahatan dan membela kebaikan.Ini adalah perang antara the good and the evil.

Razak said...

Dato.
Cerita tak kan Melayu hilang di dunia,berupa ceita dongeng.
Hang Tuan bukan Melayu.Hang Tuah,Hang Jeba,Hang Lekir,Hang Lekiu merupakan pangilam China dari Armada Cheng Ho yang di tinggalkanuntok menjaga Sultan Melaka.

Melayu memang susah hendak hilang di dunia.Di Indonesia ada lebeh 100 juta pendudok,Malaysia ada mungkin 18 juta.Di selatan siam,Selatan filipina,Di Cylon dan SauthbAfrika maseh ramaimlagi Melayu.

Lagi pun Orang Melayu ini hampir semua berugama Islam,Mereka kawin dan suka pula beranak banyak.
Bukan macammrang Putih.Mereka tak mahu kawin,banyak anak haram.Dan Jika kawin mereka tidak mahu anak,lebeh suka bea anjing aperti di France ,Spain dan Germany.

Sebab itu kadar pendudok Europe menurun hampir 20% satahun dan kadar pendudok Islam meningkat hampir 15% satahun.

Perangai Orang Melayu baik di mana pun sama.Baik di Indonesia,di sini atau di Cape town.Banyak angan angan dan bercakap dari bekerja.

Sabelah petang,ada rokok daun tembakau jawa,kopi O dan biskut kering dia boleh bersembang sampai malam.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Saya cukup bersetuju dgn lambakan maklumat sekarang. Dan sesetengah pihak mendapati susah untuk memastikan maklumat yg manakah benar dan yg manakah maklumat palsu. Sebenarnya, saya dahpun menulis secara scientifik bagaimana hendak membuat justifikasi melelui kaedah ‘metanalysis’, ‘level of evidence’, ‘grade of recommendation’ dan sebagainya beberapa kali dalam blog Dato’ ni. Cuma mungkin Dato’ terlepas pandang; ialah pandangan yg tak seberapa dari orang kampungje (OKJ).

Izinkan saya memberi sedikit tip-tips yg mudah sempena PRU 13ni. Pertamanya, Islam itu adil. Jadi sebagai pengundi Islam, kita wajiblah mendapatkan maklumat dari kedua-dua belah pihak. Bukannya cukup apabila dipegang bahu dan dijawab sedikit sebanyak oleh bakal calon, dah rasa syok dah. Bolehke sdr Fed Up?

Maklumat juga termasuklah segala bukti bervideo dgn niat hanya hendak mendapatkan kebenaran bukan sebab lain OK. Ini belum tengok dah kata fitnah. Sdr langitbiru, apa pendapat saudara dan dah tengok ke video terbaru tu supaya berlaku adil?

Bagi sayalah, untuk berjaya di dunia memerlukan ilmu dan untuk berjaya di akhirat juga memerlukan ilmu. Sebab itulah kita digalakkan menambahkan ilmu pengetahuan sehigga ke peringkat tertinggi bukannya mencerca orang yg berilmu seperti Dr Sidek Baba. Faham ke Sdr Din Melaka?

Juga eloklah bertanya apabila tidak tahu. Cuma, tanyalah dgn orang yg tahu, bukannya tanya kepada orang yg sama-sama tak tahu khususnya kepada Pn Rosiah.

Banyak lagi tips-tips yg boleh saya kongi bersama supaya kita dapat menjalankan t/j sebagai pengundi Islam yg berkhemah. Sekian TQ.

langitbiru said...

Competente said...

“”Race politics in Malaysia is not about racism, it is about providing fair treatment to all the races””.

-Competente- 6:23 PM


Terimakasih Sdr Competente, satu kupasan yang sangat menarik.

Sepatutnya, tidak perlu lagi “Race politics”.

YANG perlu dan sangat dituntut adalah, AMALAN POLITIK YANG ADIL. Dan keADILan itu bukan berasaskan kaum, tetapi adil sebagaimana dituntut oleh Agama.


Sejarah mana-mana tamadun dunia banyak menunjukkan “keadilan” itu hanya milik sesuatu kaum, yang mana pemerintah adalah dari kaum tersebut. Bagi pemerintah dan kaumnya, mereka bercakap keadilan untuk semua, tapi hakikatnya mereka tidak berlaku adil dalam banyak perkara terhadap kaum lain.

ATAS sebab itu, Al-Quran LEBIH AWAL mengingatkan mereka yang beriman yang memegang tampuk kuasa bahkan sebagai saksi dalam apa jua perkara menuntut umat manusia berlaku adil.

Ini kerana soal perkauman yang menyebabkan sesuatu kaum membenci kaum yang lain telah mendorong kaum pemerintah untuk tidak berlaku adil kepada semua rakyatnya yang berbeza kaum.

Sebab itu Rasulullah saw berjuang menghapuskan semangat perkauman Assobiyyah, TETAPI menegakkan keADILan.

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan".(al-Maidah 8)

KetidakADILan ke atas sesuatu kaum atau kelompok sebenarnya dianggap sebagai satu kemungkaran.

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan". (An-Nahl 90)


KeADILan juga sangat-sangat dituntut kepada kaum kafir, bukan Islam yang berada dibawah pemerintahan kerajaan Islam kecuali Kafir Harbi, yang memerangi pemerintah islam kerana agama dan mengusir kaum Muslim dari kampong halamannya.


"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".( Al-Mumtahinah 8)

langitbiru said...


“The political demands of the immigrants (whether directly or descendants) are very much racist indeed, and motivated only for the gain and advantages of their particular races. …….; they are pushing for the removal of the privileges of the majority 65% natives of the country. It is stupid for the Malays who do not understand this”.

Penilaian dan kefahaman politik semasa mungkin berbeza pandangannya, ini satu lumrah.

Berbalik kepada keADILan tadi, hari ini keADILan itu bukan lagi milik satu kaum pemerintah, TETAPI milik parti pemerintah.

SEHINGGAKAN mereka yang sama kaum dengan pemerintah, tetapi berbeza anutan partinya tidak mendapat keADILan dari pemerintah yang sama kaumnya.

Sebagai contoh, walaupun Melayu Kelantan itu juga Melayu sama dengan Pemerintah yang Melayu Islam, tetapi sampai ke hari ini, KElantan yang diperintah oleh Melayu Islam yang berbeza partinya dari parti pemerintah, dinafikan HAKNYA, hak royalty gas dan minyak yang disusahakan oleh Petronas. Sedangkan perjanjian antara Petronas dengan Negeri jelas menunjukkan negeri ada hak dan layak untuk royalty.

JIKA sesama kaum pun tidak berlaku adil, bagaimana halnya pula dengan kaum lain yang berbeza kaum dengan parti pemerintah?

DAN JANGAN pula para pemerintah berselindung disebalik hak-hak istimewa kaumnya, hakikatnya hanya ahli dan penyokong partinya sahaja yang benar-benar mendapat hak-hak istimewa tersebut.

Dan saya tidak nampak, di mana rasionalnya , “they are pushing for the removal of the privileges of the majority 65% natives of the country. It is stupid for the Malays who do not understand this”.

SAYA nampak hanya retorik tanpa hujah dan contoh yang jelas dan nyata. Hak-Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera SUDAH TERMAKTUB dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika mereka berusaha untuk hapuskan hak istimewa Melayu danBumiputera, mereka benar-benar perlu 2/3 undi Parlimen. DAP hanya bertanding 51/222 kerusi parlimen, menang semuanya pun belum boleh hapuskan hak Melayu Bumiputera dalam Perlembagaan.

DAP is demanding the same right for all the races in Malaysia; isn't it being racist to ignore the privileges and rights of the majority natives to be given away to minority immigrant-descendant races?

Di Kedah semalam, Muhyiddin beritahu RM500juta peruntukan sekolah Cina. Najib ronda-ronda kayuh basikal di Penang, umum RM10 juta kepada SEBUAH sekolah Cina. Di Kuantan, NAJIB umum RM100juta untuk sekolah Cina.

NAKBAGI BERATUS-RATUS JUTA KEPADA SEKOLAH CINA BAGI LAH, TETAPI RATUSAN JUTA JUGA PERLU DIBERI KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT, ITU BARU ADIL!

Jadi siapa yang “ignore the privileges and rights of the majority natives to be given away to minority immigrant-descendant races”

Pinjam kata-kata Nabil raja Lawak, “LU PIKIRLAH SENDIRI”!

Hayamwuruk said...

Salam Dato',

Saya berpendapat kerajaan pusat tidaklah sebagus mana seperti yang kita harap-harapkan tetapi malangnya PR yang membuat cabaran masih berada ditahap bawah lagi. Memang harapan saya ingin ubah kerajaan yang ada tetapi PR masih belum bersedia apatah lagi dengan isu-isu moral kepimpinan mereka, rasis dan ekstremis nya. Mungkin diPRU 14.

meka said...

Datok, saya sebagai orang terengganu meminta maaf atas kelakuan YB itu. Sebenarnya memang ramai org trengganu berperangai begitu pada zaman ayah-ayah saya. Malah bagi mereka tiada salah berbuat begitu. Syukur generasi baru tidak berkelakuan begitu lagi. Tq

meka said...

Datok, saya sebagai orang terengganu meminta maaf atas kelakuan YB itu. Sebenarnya memang ramai org trengganu berperangai begitu pada zaman ayah-ayah saya. Malah bagi mereka tiada salah berbuat begitu. Syukur generasi baru tidak berkelakuan begitu lagi. Tq

langitbiru said...

Betul kata Dato';"Akhirnya Kita Sendirilah Yang Kena Putuskan".

Saya mengundi di Penang, DUN PKR vs UMNO , PARLIMEN PKR VS UMNO.

Parti saya PAS, tak bertanding di kawasan saya.

Bunga-bunga api, anak anak api mula tercetus di Penang, sebelum merebak ke KL, dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969.

SEJAK hari itu, Penang khususnya, "AMAN" walaupun PArti Pembangkang tak pernah menang dan tak pernah jadi Kerajaan Negeri.

KEADAAN tiba-tiba bertukar pasca 2008, siri demontrasi bertali arus, sabung menyabung, dilakukan oleh parti yang tiba-tiba hilang kuasa selepas 2008.

Keadaan yang "AMAN" bertukar jadi tidak harmoni, tidak tenteram, tidak aman dan ACAP KALI SANGAT jalan-jalan raya di sebelah Pulau, Pulau Pinang terganggu dengan teruk dan dasyat HANYA para kerana beberapa orang penunjuk perasaan di jalanraya. SEKALI DUA OK LAH, tapi ni kerap sangat.

GEMPAQLAH kononnya Penang dah jadi negeri Cina, mampuih lah Melayu, hancuqlah Islam dan macam-macam sumpah seranah dilemparkan. JANGAN LUPA KEK BERBENTUK tahi sebagai kek harijadi, dan KALUNG GAMBAR sebagai orang mati.

ITU BARU NEGERI jatuh kepada PR!

Kalau NEGARA jatuh kepada PR, apa akan jadi Wallahualam.

BETUI KAH NAJIB akan pegang kepada kata-katanya semasa pembubaran parlimen tempohari, PERALIHAN KUASA akan berlaku secara AMAN?

.....Saya tengok agak kesian kat Pak lah, turun berkempen begitu kerap untuk calun pilihannya dari keluarga Merican!!!

Beberapa poster tanda protes, KAMI TAK NAK CALUN MAMAK!!!

Ada pantun berbunyi,

Ikan puyu masak lemak
Kami tak nak calun Mamak

Rawter dan Merican sudah lama bertapak di Penang!

Unknown said...

Aslkum Dakj

kalau kata bodoh tau pulak marah. kata tak kata dia bodoh, nanti dia ingat dia pandai sangat, sedangkan satu malaya tau dia bodoh.

waktu krisis ekonomi asia memang lah indeks komposit bursa malaysia jatuh teruk. tapi bukan malaysia saja. saham semua negara asia termasuk yg handal spt jepun dan korea selatan pun jatuh teruk.

punca utama kerana jualan panik dan serangan samseng mata wang yg bermain judi.

yg saya kata bodoh tu, apa pulak krisis kewangan asia nak menyalahkan prestasi ANUAR sebagai menteri kewangan?

kalaulah polisi fiskal dan monetari pemerintah malaysia waktu itu kebal macam singapore, dan hong kong tentulah samseng mata wang tak berani nak serang ekkonomi dan mata wang kita. Dan kalau pelabur waktu itu yakin dgn cara prmerintah malaysia mentadbir ekonomi dgn bersih dan telus macam singapore dan hong kong tentu mereka jugak tak panik dan turut menghantar balik wang mereka ke US.

Bodohlah jugak org berkenaan jika dia tak tau pemerintah nalaysia waktu tu bukannya ANUAR TAPI MAHADHIR.

Unknown said...

Aslkum Dakj

OKJ ni bagus betul bila bagi tips.

Tapi lagi bagus jalau dia diam tak bagi apa2 tips.

Okj peecaya video seks dikatakan ANUAR tu tulin. TAPI , kenapa OKJ tak pernah tanya apa bukti ANUAR sendiri pelakonnya.

OKJ tak pernah mau tanya kenapa dalam zaman moden ni kenapa video fitbah tak berwarna tapi hitam putih.

Siapa nak terima tips OKJ . Kecuali OKJ tu hebat tulisannya macam DAKJ atau Langit Biru yg jelas track rekod mereka.

Kalau setakat nak ulang kalimah favourite OKT bahawa ANUAR PELIWAT, ramai dah siap maki hamun OKJ termasuk Din Melaka.

Janganlah perasan yg diri tu dah hebat sgt hingga nak beri petua.

Saya sangat dan layak marah bila org tak tau bahasa.

Rawa Lanun-Bahasa said...


sdr langitbiru,
"The formula is an open secret - that is to boost Chinese support to over 75 percent and retain 25 to 30 percent of Malay support".

open formula itu nampak berat kaum
kalau calun pr mamak?
apa fasal anda simpan bibit perkauman?


maaf, scribe, i think your team writer is bullshit.

ClevBiz said...

Dato'
Saya bukan org Kelantan, namun saya cukup pilu dan hiba sangat bila hak rakyat Kelantan yg majoritinya org Melayu yg Islam di rampas melalui denial of Petroleum royalty. Untuk makluman Dato' saya pernah bertugas membuat akaun Production Sharing Contract untuk sebuah syarikat multinasional gergasi; dan pernah membaca dgn teliti (cover to cover) Petroleum Devt Act. Memang hak negeri jelas termaktub dlm Act itu.
Sampai bila hak ini akan disekat?

Saya ceritakan sedikit pengalaman di Sydney betul2 setahun yg lalu. Tatkala di Queen Victoria Bld (milik IGB Berhad)tanpa ditanya saleslady2 di gedung2 kat situ menyumpah seranah isteri tersayang PM kita "1st Lady of Malaysia???"; bila dia tahu saya dari M'sia. "It was like the building was hit by a tornado..... she cleaned up everything!! There were lorries and so many officials waiting to cart those things for her! We've never seen anything like that!".....
Yg lain2 depa cakap tu tak payah nak cerita.... memalukan.

langitbiru said...

Apa Isunya?

Isu pertama ialah KORUPSI
Isu kedua adalah KORUPSI
Isu ketiga juga KORUPSI
isu ke 10 pun KORUPSI

Saya menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO

Saya menentang Barisan Nasional bukan kerana namanya Barisan Nasional

Saya menentang UMNO dan BArisan Nasional kerana masalah KORUPSI terlalu berleluasa dan bermaharajalela di mana pemimpin UMNO dan BArisan Nasional majoritinya terlalu kaya raya dan mewah.

MANAKALA rakyat jelata hidup dalam kesempitan yang amat sangat, miskin dan Melayu jadi hina di bumi sendiri kerana Pemimpin Melayu UMNO yang tidak amanah, tidak adil, dan rasuah.

SETUJU dengan Dato' kalau majoriti rakyat KAYA, berpendapatan lebih RM3000.00 sebulan, mengapa terlalu ramai bersesak sesak beratur menerima BRIM 1.0, BRIM 2.0?

Bukan kah 70% rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3000.00 sebulan , yang mana 80% daripadanya Kaum Melayu?

ADAKAH INI SAHAJA YANG MAMPU DICAPAI OLEH KAUM MELAYU SEJAK MERDEKA DIBAWAH PEMIMPIN UMNO?

Kalau di Pulau Pinang ni, pagi pagi tengok bapa bapa dengan pakaian untuk kerja, memboncengkan 2-3 orang di belakang motosikal, kadang kala 4 orang sekaligus, bagi saya sangat sedih dengan keadaan sedemikian!

SEBALIKNYA, pemimpin UMNO ada 3-4 buah kenderaan, semuanya kenderaan mewah, Alphard untuk hantar anak-anak, Mercedes BMW, Audi Sport pula untuk anak teruna, TETAPI melaung bukan makin kuat, HIDUP MELAYU , UMNO PEMBELA MELAYU.!!!


ISU UTAMANYA, PEMIMPIN UMNO BARISAN NASIONAL TIDAK AMANAH, KORUPSI BERLELUASA.

ISU UTAMANYA JUGA, NILAI-NILAI ISLAM TIADA DALAM PENTADBIRAN, TIADA DALAM AMALAN HARIAN KERAJAAN,DAN BERDOLAK DALIH MENOLAK PERUNDANGAN ISLAM.


CIRI-CIRI INI DR YUSOFF AL-QARADAWI BERKATA, "KEMUNAFIKAN DAN KEMURTADAN SISTEM PEMERINTAHAN".


ps, Di Johor, beberapa juta ringgit lagi diberi kepada sekolah oleh NAJIB.

Najib ke Utara, beri jutaan ringgit kepada sekolah Cina.

Muhyiddin ke Selatan, beri jutaan ringgit kepada sekolah cina.

Najib ke Selatan lagi peruntukan diberikan.

Muhyiddin ke Utara, lagi peruntukan diberikan.

KEPADA MELAYU, MUHYIDDIN DAN NIJIB JUAL JANJI AIR LIUR SAJA!!!!!

wankamarul701 said...

Dato tak bertanding ke? he3

langitbiru said...

Asslamualaikum Dato,

Kita tengok bolasepak, tak payah luar negara, liga super kita cukup lah.

Yang mana ada sedikit kekacauan, kadang kala sedikit rusuhan tu bilamana pasukannya KALAH, lebih lebih lagi pasukannya jadi TUAN RUMAH

Tuan Rumah Kalah, merusuh jawabnya.

LAGILAH kalau pengadil tu senget sebelah , tak tetap dan tegap imbangannya macam DACING.

DIPENDEKKAN, SIAPA KALAH DIA MERUSUH.

TAK DA PULAK SIAPA MENANG BUAT RUSUHAN!

Dan yang menang tu biasalah ada keraiyannya,gembira meyambut kemenangan, tapi buka rusuhan.

DAN DALAM POLITIK TANAHAIR, pembangkang PAS khususnya tak pernah buat rusuhan walau 12 kali kalah PRU.

PKR 3 kali kalah PRU pun tak pernah buat rusuhan.

DAP pun sama dengan PAS, tak pernah menang di peringkat pusat dalam PRU sejak merdeka, pun tak pernah buat rusuhan.

TIADA SEBAB KALAH NAK BUAT RUSUHAN WALAUPUN KITA SANGAT YAKIN SPR SEBAGAI "PENGADIL" TU SANGAT-SANGAT SENGET SEBELAH.

Jadi, Hishamudin, Kerismuddin, Muhyiddin, Najib DAN TERMASUK Mahathir, tak payah nak takutkan rakyat, PR akan buat rusuhan kalau MENANG PRU13.

LAGILAH TIADA SEBAB MUNASABAH, menang PRU13 nak buat rusuhan. Saya fikir, logik akal kata, yang kalah lah akan buat rusuhan.

Tiada masuk akal Mahathir kata, kalau Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, akan berlaku konfrontasi Kaum antara Melayu dan Cina.

APA NAMA BEKAS PM boleh bercakap sedemikian.

Ya lah, saya tengok, sejak 3-4 tahun kebelakngan ini, Mahathir tidak selalu ceria sangat bila berdepan kamera, BERBANDING zaman kegemilangan 22 tahun beliau ditampuk kuasa.

YA, selama tempoh tu, tak pula Mahathir label Kit Siang sebagai racis. HARI ni bukan main lagi kata Kit Siang rasis.

Ya, teringat saya doa Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Ustaz Fadhil doakan Mahathir dipanjangkan umur BAGI beliau nampak kezalimannya pada zaman gilang gemilangnya di penghujung usia!

Seorang Cina tanya saya, katanya, sungguh tepat teori RAHMAN. Bertanya beliau kepada saya, " Siapa yang ramalkan teori RAHMAN ni".

Saya cakap saya tak tahu, tapi saya pesan kat dia, "INI KALI LAH"

DIA sahut, "UBAH"

INSYAALLAH PR KE PUTRAJAYA

langitbiru said...


Anonymous Rawa Lanun-Bahasa said...


sdr langitbiru,

"The formula is an open secret - that is to boost Chinese support to over 75 percent and retain 25 to 30 percent of Malay support".

open formula itu nampak berat kaum
kalau calun pr mamak?
apa fasal anda simpan bibit perkauman?


maaf, scribe, i think your team writer is bullshit.

11:44 PM




Terima kasih Sdr Rawa Lanun-Bahasa.

Siapa team writer DAKJ tu?

Tak baik kata orang "tahilembu"!



"open formula itu nampak berat kaum
kalau calun pr mamak?
apa fasal anda simpan bibit perkauman?

Saya tak simpan bibit perkauman. Saya nyatakan Rawter dan Merican tu dah lama bertapak di bumi Pulau Pinang. Itu satu realiti. Ada juga kita panggil depa Mamak Tongkang! REALITI SEJARAHNYA, mereka lah pedagang yang berjaya di Penang sebelum Kaum Cina perlahan lahan mengambil alih kedudukan mereka.

YANG SAYA PERSOALKAN UMNO KEPALA BATAS, KENAPA PROTES SANGAT CALUN MAMAK??? MENAMPAKKAN UMNO KEPALA BATAS TU YANG RASIS!

(Secara jujur, kita boleh panggil Penang ni "Darul Mamak", sebab realiti majoriti di Penang ni sebenarnya adalah berdarah Mamak. So, kalau orang luar Penang datang sini, hati-hatilah, tak payah sebut mamak, sebab walaupun kulit puteh melepak, ada juga mereka ni mamak)


"The formula is an open secret - that is to boost Chinese support to over 75 percent and retain 25 to 30 percent of Malay support".

Itu satu justifikasi yang logik dan berpatutan. IANYA berdasarkan UNDI popular parti pada PRU 2008.

Kalau saya kata nak dapat 75% Melayu, Cina 25%, tak logik dan tak masuk akal berdasarkan iklim politik semasa!!

anuar Mat Saman said...

Hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), yang antara lain menyatakan 54% orang Melayu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya 38% memilih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Kaji selidik ini dilakukan oleh para pelajar fakulti tanpa pengawasan harian daripada pensyarah mahu pun penyelaras yang berwibawa dalam bidang kajian. Para pelajar diberi borang kaji selidik untuk diisi dalam temu bual mereka bersama responden di kawasan asal mereka dan tiada pengawasan dilakukan setiap hari selama kaji selidik dilakukan.

Menurut maklumat daripada seorang pensyarah kanan Universiti Malaya, separuh daripada 1407 borang yang dikeluarkan tidak diisi oleh responden. Bagi mencukupi jumlah responden yang diperlukan, para pelajar tersebut telah diarahkan mengisinya di dalam bilik kuliah.

Terdapat juga cakap-cakap di Universiti Malaya sekarang ini bahawa pelajar yang terbabit juga dikatakan dipilih secara khusus berdasarkan kecenderungan politik mereka dan kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat Anwar brahim.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.

anuar Mat Saman said...

Anggota-anggota polis sentiasa dilihat dan dicop sebagai ANJING UMNO. Kematian mereka di medan perang dianggap sebagai SANDIWARA UMNO. Pengorbanan yang mereka lakukan dikatakan, sebagai memenuhi keinginan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa.

Pendek kata, segala-gala yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dan warga PDRM, sentiasa dicaci, dihina, disumpah seranah dan disumpah oleh Pakatan Rakyat.

Hari ini, warga PDRM menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang bakal diberikan mandat selama lima tahun lagi. Hari ini, seluruh warga PDRM terlibat dalam pembuangan undi pos.

Apa perasaan anda sebagapai polis sekiranya anda menerima satu SMS dari nombor yang tidak dikenali dan SMSnya berbunyi begini:

‘Kami penyokong PAS, PKR dan DAP mengucapkan selamat mengundi kepada anjing kerajaan dan keluarga. Undi haram dan rasuah kamu semua, kami tidak perlukan.’

Sufian Idrus said...

Datuk,

Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR bukanlah alternatif bagi pentadbiran negara menggantikan Barisan Nasional.

Pertama, mereka masih lagi tidak mempunyai persefahaman yang jelas, dan tidak ada seorang pemimpin yang dapat menguasai kesemua komponen. Kapal yang ada banyak juragan akan tenggelam juga akhirnya. Anwar Ibrahim adalah hanya seorang yang memperjuangkan keadilan bagi dirinya sahaja. Jangan lihat beliau pada hari ini, tapi imbaslah kembali gelagat beliau semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Tiada bezanya beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini. Apa akan jadi jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia? Akan berkecamuklah pentadbiran negara.

Kedua, parti komponen yang jelas menguasai Pakatan Rakyat adalah DAP. Matlamat utama DAP adalah meningkatkan penguasaan politik orang Cina agar setanding dengan orang Melayu. Adakah adil rumpun yang berasal dari imigran dan mempunyai hanya 25% populasi untuk mempunyai kepentingan yang sama dengan penduduk asal dengan 65% populasi? Amat jelas bahawa DAP hanyalah mementingkan kepentingan kaum Cina sahaja, dan akan menenggelamkan hak-hak penduduk pribumi. Apa akan jadi jika DAP memrintah negara? Akan hilanglah kepentingan kaum bumiputera, dan semakin meluaplah ketidaksefahaman antara kaum.

Ketiga, PAS menjadi celaru akibat kemenangan mereka pada PRU12. Mereka menjadi lebih tamak dan mahu menang lebih lagi sehingga telah mengorbankan prinsip mereka sekian lama. Walaupun mereka bertegas mahu mempertahankan Negara Islam dan Hukum Hudud, ia tidak mungkin boleh diterima oleh DAP yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Apa -akan jadi jika PAS memerintah negara? Akan terumbang-ambinglah negara kerana mereka masih tidak mempunyai pendirian yang jelas dan terikut-ikut telunjuk DAP.

Keempat, PKR hanyalah memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim, keluarganya dan mereka-mereka yang kecewa dengan parti asal mereka dalam Barisan Nasional. PKR hanyalah parti serpihan Barisan Nasional yang penuh dengan dendam untuk mengalahkan Barisan Nasional, tidak ada kena-mengena dengan memperjuangkan kepentingan rakyat. Jika mereka mahu memperjuangkan hak rakyat, dari dulu lagi semasa dalam Barisan Nasional boleh mereka lakukan. Kenapa tunggu sekarang? Apa akan jadi jika PKR memerintah negara? Akan semakin meningkatlah kronisme seperti yang diamalkan oleh UMNO dan BN sekarang kerana sikap mereka tidak ada bezanya dengan UMNO dan BN.

Namun, kepimpinan Barisan Nasional pula terdiri dari terlalu banyak individu yang hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sahaja. Mereka hanya berjuang untuk mendapat undi, bukan untuk menjaga kepentingan dan hak rakyat. Pimpinan UMNO dan BN bersikap bagai golongan elit yang sombong, mementingkan diri dan hanya menagih undi untuk kekal berkuasa sahaja. Tindakan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional telah membuat rakyat jadi muak dan bertindak melulu untuk menyokong Pakatan Rakyat. Nepotisma dan kronisma yang di gembar-gemburkan oleh Anwar Ibrahim mengenai pentadbiran UMNO dan BN bukanlah suatu fiksyen, walaupun Anwar Ibrahim sendiri pun mementingkan dirinya sahaja.

Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional hendaklah insaf dan berusaha sebenar-benarnya untuk kenaikan rakyat, bukan untuk kekayaan diri dan keluarga sendiri sahaja. Jangan biarkan kebencian rakyat meluap-luap sehinggakan rakyat menjadi tersalah langkah dan terpedaya untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apa akan jadi jika UMNO dan BN terus memerintah tanpa sifat insaf? Kecelaruan politik akan berlarutan selama 5 tahun lagi. Ratusan juta ringgit akan terus mengalir kepada projek isteri menteri dan kronisma dan nepotisma akan semakin menjadi-jadi.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh pengundi adalah untuk mengundi individu, dan bukan parti. Maka nilailah calun-calun sebagai individu, dan bukan parti yang beliau wakili. Pilihlah individu yang berwibawa, patuh kepada agamanya, dan tidak mementingkan diri dan keluarga mereka sahaja.

Sufian Idrus

silent voter said...

Video Zionis Israel Berdoa Untuk Kemenangan PR di Malaysia #PRU13 #GE13

http://youtu.be/qdQ2dARecE0

cybertrooper PR @ Red bean army :

http://youtu.be/XdA8AbFFdfg

Silent voters kini berpeluang untuk menunjukkan kuasa mereka.

Pakatan rakyat hanya menjual perkataan 'rakyat' demi agenda politik sempit mereka.

Ayuh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita kuburkan elemen-elemen yang sering memburukkan Negara di pentas dunia.

Sampaikan kerana terlalu emosi PR sanggup mengatakan ekonomi Myanmar lebih baik dari Malaysia???

Drkecik said...

Salam,

Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?

Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.

psst..inilah orgnya yg din melaka kata "orang sebaik anwar" ha ha

langitbiru said...

"Maklumat juga termasuklah segala bukti bervideo dgn niat hanya hendak mendapatkan kebenaran bukan sebab lain OK. Ini belum tengok dah kata fitnah. Sdr langitbiru, apa pendapat saudara dan dah tengok ke video terbaru tu supaya berlaku adil?"

......OKJ.

Orang Kampung Je, OKJ.

OKJ ni saya fikir orang Kelantan. Bahasanya bahasa kebanyakan Kelantanese.

Tengok video tu pun akan disoal oleh Mungkar-Nakir di alam barzakh nanti.

Hadis pertama dari "Hadis 40" Imam Nawawi menyebut, ""Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan."

Bagi Langitbiru, tengok video tu pun dah berdosa, perakamnya berdosa,penyebarnya berdosa,pelakunya berdosa.

Musuh Islam sememangnya cekap memasang perangkap. Mereka mencuri, mereka menuduh orang lain mencuri, mereka mendesak tertuduh menunjukkan bukti tidak mencuri.

semua bermula dari mereka, akhir skrip pun dari mereka. TAPI mereka meletakkan menyalahkan mereka yang beriman sebagai sasaran mereka kepada umum. MEREKA aniaya orang yang beriman.

SAYA DOAKAN , SUATU HARI AKAN KELUAR VIDEO PELAKONNYA SPT SDR OKJ. SAMADA VIDEO ITU ASLI ATAU BUKAN ASLI, ITU TIDAK PENTING, YANG PENTING BAGAIMANA TINDAKAN OKJ NANTI. AMIN. INSYAALLAH.

Drkecik said...

Salam,

Saya menjangkakan Anwar Ibrahim akan tewas di Permatang Pauh.terdapat satu pakatan sulit antara DAP dengan PAS untuk menidakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU kali ini. Maka, salah satu cara untuk menafikan kelayakan Anwar untuk menjadi PM adalah melalui arahan sulit kepada para pengundi PAS dan DAP di Permatang Pauh agar mengundi calon BN supaya Anwar tewas di sana.

Hal ini secara tidak langsung menterjemahkan hasrat akar umbi PAS yang sudah sekian lama menginginkan Hj Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan sentimen ini, tidak mustahil unsur sabotaj terhadap Anwar Ibrahim dalam kalangan pengundi PAS akan berlaku di kubu kuat beliau sendiri. Kita sudah sedia maklum, semua ahli PAS mahukan Hj Hadi sebagai PM dan bukan Anwar Ibrahim, maka jalan terbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah dengan cara tidak mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh - biar Anwar Ibrahim tewas dan Hj Hadi akan menjadi Perdana Menteri dengan mudah - malah selama ini pun DAP telah menerima Hj Hadi secara senyap-senyap sebagai calon PM.

Difahamkan Dr Mazlan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan jentera PAS di Permatang Pauh. Mereka bukan sahaja menghormati Dr Mazlan malah turut berhajat mengundi beliau pada 5 Mei ini. PAS Permatang Pauh sememang akan menikam Anwar Ibrahim di sana - undi mereka adalah untuk Dr Mazlan, dengan
harapan, kekalan Anwar Ibrahim akan
membuka laluan cerah untuk Hj Hadi bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Pada asalnya Anwar mahu berhijrah ke kawasan parlimen di Perak yang majoritinya adalah kaum Cina dan boleh dipercayai 100% tidak akan membelot. Namun demikian, pada saat-saat akhir keputusan berubah disebabkan ketidakyakinan Anwar Ibrahim terhadap sejauh mana kekuatan strategi PAS-DAP dalam berkomplot untuk menjatuhkannya. Jika benar DAP terlibat sama dalam komplot ini, maka risiko beliau berhijrah dan mengharapkan undi kaum Cina di sana akan berkecai

Anwar Ibrahim mengetahui semua ini - maka sebab itulah Wan Azizah dalam satu ceramahnya di Permatang Pauh benar-benar merayu kepada para pengundi PR di sana agar tetap istiqamah dengan mengundi Anwar Ibrahim. Namun demikian, bagi para penyokong PAS, ini merupakan peluang terbaik untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim dan menaikkan presiden mereka sendiri agar menjadi PM Malaysia seperti mana yang mereka mahukan selama ini. Maka sebab itulah wujud satu gesaan yang berbunyi seperti di bawah :

"Jika benar selama ini perwakilan dan akar umbi PAS serius mahukan presiden kita menjadi Perdana Menteri, dan yakin PR akan memerintah Malaysia selepas 5 Mei ini, maka tolong pastikan Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh - hanya dengan cara ini, InshaAllah kerusi PM ke-7 menjadi milik kita"

psst..setuju utk tidak bersetuju ha ha

x-umno said...

Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.

Nak balas jawapan Kampong man yg menyangkal persoalan saya.

1. "Soalan sdra X-UMNO sebenarnya banyak sudah dijawab dalam Transformasi Najib dengan ETP, GTP"

Masalahnya KM, semua laporan dan dialog berkenaan kejayaan tersebut hanya dibuat sebelah pihak. Diajak berdebat, takut.

Pengecut. Bukan rakyat biasa mcm saya yg boleh menilai. Yg rakyat biasa nampak, gaji mcm tu jugak. Kos harian makin

tinggi.

Kita perlu pihak ketiga yg arif utk berbahas sebarang kejayaan. Bukan syok sendiri di media perdana bersama pembodek. Dah

bahas data kejayaan tersebut dgn wakil pembangkang? Bila? Laporan syok sendiri saya pun boleh buat.

2. "Sekira perlu berubah haruslah kearah yang lebih baik..Setuju,kita perlu perbaiki kelemahan.."

Terima kasih. Tahu takpa. Kalau dah tahu lemah, kenapa kekal memilih org yg sama? BTW, calon Mesjid Tanah tu saya kenal.

Ketua puteri tu pegawai khas Ketua Menteri Bukit Katil. Agaknya org masjid tanah dah takda kot. Mesti ambil kroni. Tapi ok

la tu. Org baru. Kesian Johor. Ketua Wanita negeri pun tak dapat jadi calon walaupun 3 kali ganda jasa sang puteri di

Mesjid tanah.

Datuk Ali Rustam memang pemimpin hebat. Saya akui. Dia contoh kerani TNB biasa yg boleh bekerja lebih baik dari PM yg

sekolah luar negara. Orang macam ini ramai dah mati dalam UMNO. Tinggal beberapa kerat saja. Lepas ni, kena korbanlah

Datuk Ali di pusat. Kalau BN menang la. Almaklumlah, org mcm KM ni bukannya suka pemimpin kelulusan rendah.

Tapi kenapa tak puji calon yg berkelulusan luar negara mcm artis calon muda PAS Jempol yg lawan dgn pemimpin yg terbukti

rasuah oleh UMNO? hmmm

3+4."Siapa yang mahukan huruhara?"
Kalau KM letih bab ini, saya lagi letih. Tak dengarkah apa yg pemimpin tertinggi negara selalu katakan? Kalau tak dengar,

baca utusan mcm saya. Pergi ceramah UMNO.

InsyaAllah lepas PRU kita boleh berhujah di warung. Tun M boleh haramkan UMNO, tubuh UMNO semula dan keluar masuk UMNO,

tentu saya pun boleh kan? :-)

-----------tutup cerita--------
---------buka cerita baru------

Sedikit tambahan dari saya. Selepas ini, PRU UMNO pula. Kalau PRU13 ni raya puasa, pemilihan UMNO pula raya korban.

Dulu tak pernah tangguh pemilihan parti mcm ni punya lama. Alasan PRU dah dekat konon.

Pada pandangan saya, penangguhan ini membantu kepada kekalahan calon UMNO BN di tempat yg majoriti Melayu kurang 60%.

1. Untuk tumbangkan Ketua Bahagian atau mereka yg berjawatan tinggi pada pemilihan UMNO akan datang, lebih senang kalau

calon tersebut kalah pilihanraya. Art of War.

2. Calon payung terjun akan dikalahkan supaya tidak mengganggu pemilihan jawatan dalam UMNO di bahagian baru mereka.

Pembangkang. Pandai2lah ye. Kerja dah jadi senang. Org UMNO yg tak undi pemimpin di bahagian juga tak akan undi calon BN.


Sedikit alkisah. Sekadar renungan.
Imam kentut semasa solat tapi tak beri laluan.

1. Makmum yg tahu imam kentut ulang solat sendiri tanpa beritahu yg lain. Jaga pahala sendiri dan perasaan imam.
2. Makmum yg tahu dan menegur imam serta beritahu pada makmum yg lain minta ulang semula.
3. Makmum yg jauh tak dengar bunyi atau tak terhidu bau, marah teramat sangat pada makmum yg menegur imam.
Anda yg mana satu?

p.s. sekarang ni banyak tempat tak dpt internet. Makin menjadi-jadi masalah teknikal bila nak PRU. Ada udang disebalik batu? Dah la media perdana meloyakan kerana dipenuhi pembodek tegar.

Kolar Biru said...

Akum Dato

Saya golongan sederhana yang tinggal dan kerja di Selangor (Lembah Kelang) dan masalah kami amat berbeza dengan Dato yang tinggal di kawasan elit.

banyak yang perlu di perbaiki :

1. Masalah harga rumah yang melambung tinggi sejak 5 tahun yang terakhir ini. Seolah olah tiada pemantauan oleh kerajaan tempatan terhadap pemaju.

2. Jalan di kawasan perumahan amat teruk. Berlopak lopak tanpa pembaikan dari PBT dan kerajaan negeri.

3. Jadual pungutan sampah dan khidmat kontraktor yang di lantik PBT amat menyedihkan. Sampah berlonggok hingga anjing dan kucing datang membuatkan kawasan lebih kotor. Dulu sampah di kutip setiap hari.

4. Kedai urut, judi video game tumbuh bagai cendawan lepas hujan bila PR mengambil alih Selangor.

Masalah ini di laporkan kepada wakil rakyat dan PBT tetapi mereka berdiam diri dan kata akan ambil tindakan tetapi keadaan makin teruk. Seolah olah takut dengan gangster yang menguasai perniagaan itu.

5. Lori pasir haram dibiarkan oleh PBT melalui jalan kampung dan perumahan sesuka hati. Membahayakan pengguna lain dan merosakkan jalan.

Kalau di KL kita boleh lihat lori pasir mempunyai stiker permit khas DBKL dan mereka hanya boleh melalui laluan tertentu sahaja.

Tetapi di selangor PBT/kerajan negeri tiada langkah proaktif seperti di KL. Mereka seperti bersekongkol dengan towkay pasir.

6. Setinggan PATI di biarkan dibina oleh kontraktor pembinaan tanpa sebarang pengawasan oleh PBT / kerajan negeri.

PATI ini turut menyumbang kepada masalah sosial dan jenayah di negeri Selangor.

7. Tapak pasar malam dan pasar pagi, di ubah mengikut kehendak sesuka hati PBT dan bukan keperluan peniaga dan penduduk setempat.


8. Banjir kilat kerap berlaku kerana PBT/kerajaan negeri tidak serious untuk memantau kontraktor pilihan mereka membuat kerja.

Kita lihat longkang, parit, lubang tepi jalan semua tidak diselanggara dengan betul hingga menyebabkan selalu tersumbat dan banjir.

9. Kawasan / padang riadah dan permainan untuk penduduk dterutama anak remaja telah di ambil semula oleh PBT/Kerajaan negeri yang tamak bagi tujuan komersial.

Penduduk sudah tiada tempat untuk beriadah dan anak muda terpaksa mencari alternatif lain untuk kegiatan luar.

bandingkan KL yang kecil tetapi mempunyai 6 buah taman rekreasi dan riadah awam yang luas untuk kegunaan awam.

Jika Dato tinggal di kawasan kami, permasalahan asas yang kami hadapi terutama 5 tahun yang terakhir ini amat berbeza dengan apa yang Dato utamakan itu.



azhar said...

salam dakj

oleh kerana yang memerintah adalah parti yang menang terbanyak saya pilih parti yang lebih meyakinkan boleh mentadbir negara dengan aman,makmur,maju dan sejahtera.

Parti yang harmoni ikatanya bagi saya lebih baik untuk malaysia yang pelbagai kaum dan agama.




tandop said...

Salam Dato AKJ,

Malam ini selasa 30/4/2013 pukul 10.00 malam saya menonton rancangan Hello Malaysia di Bernama TV. Pengacaranya saudara Dahlan Makmor bersama 2 ahli panel, seorang melayu dan seorang cina (wakil MCA)

Sebagai seorang Islam yang bertamaddun dan berfikiran terbuka, saya hanya ingin menilai hujah dan pendapat yang bernas untuk saya untuk saya jadikan pedoman untuk saya memangkah pada 5/5 nanti walaupun rancangan itu, pengacara dan ahli penalnya sangat berat sebelah.

Apa yang sangat2 saya kesalkan apabila disaat saat akhir rancangan, ahli penal dari MCA telah mengulas tentang orang cina baru sedar yang kalau mereka mengikut DAP bermakna mereka menempah one way ticket untuk mati bersama undang undang Islam yang dibawa oleh PAS.

Saya rasa ahli panel itu kurang pengetahuan mendalam tentang Islam jadi lebih wajar tidak mengulas tentang agama Islam.

Lebih dikesalkan saudara Dahlan Makmor dan ahli panel melayu (Islam rasa saya) tidak langsung mengulas atau membetulkan kembali komen panel MCA yang Islam tidaklah seteruk yang dia katakan malah Islam adalah adil utuk semua tak kira BN atau Pakatan.

Janganlah kerana condong kita kepada satu pihak, kita sanggup membiarkan Islam diperkatakan salah oleh orang bukan ahli tentang Islam.

Saya sangat terkilan dan tawar hati dengan cara saudara Dahlan mengendalikan rancangan itu kerana pada saya Islam dijunjung tinggi oleh umat Islam tak kira dari parti mana sekali pun.

Kalau kita tanya pemimpin Islam BN atau Pakatan mana sekalipun saya yakin mereka akan bersetuju untuk mempertahankan Islam seperti yg mereka laung laungkan.

Mungkin detik itu menjentik hati saya dalam mengambil kira untuk saya lebih teliti untuk memangkah.

Wallahualam

miniclubman said...

The phrase "Between the devil and the deep blue sea" we seems to favour the devil as our ultimate guardian.

As of today, before 5th of May which party do you think carries the devil's tag, bcos you Sir had blogged a few years back to be on the devil's side rather than swimming in the deep blue sea?

Din Klang said...


din melaka

awak, x-umno, lahuma, din melaka, rosiah dan beberapa nama lain hanya setakat memangkah satu undi sahaja.

satu ic tapi banyak nama kan.

selamat mengundi.

Din Klang said...

Sebenarnya, Teknik menimbulkan keraguan kepada pihak lawan ini telah bermula sebaik sahaja Anwar dipecat dari kerajaan, dan hingga hari ini itulah kaedah yang digunakan dalam usaha mereka untuk meraih pengaruh dan sokongan.

Setakat ini mana yang kurang membaca dan taksub serta gagal mengunakan akal sebaiknya memang berjaya mereka pengaruhi. Tapi, mana-mana yang masih guna akal dan pertimbangan yang waras, pembangkang tak akan boleh makan mereka mentah-mentah.

Unknown said...

﴿وَالَّذينَ كَفَرُواْ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِى الاٌّرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ ﴾

(And those who disbelieve are allies of one another, if you do not do this (help each other), there will be turmoil and oppression on the earth, and great mischief.) (8:73), In this way Allah severed the loyalty between the believers and the disbelievers. Similarly, Allah said,

﴿يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْكَـفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُواْ للَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَاناً مُّبِيناً ﴾

(O you who believe! Do not take disbelievers as Awliya' (protectors or helpers or friends) instead of believers. Do you wish to offer Allah a manifest proof against yourselves) (4: 144).

Allah then said,

﴿إِنَّ الْمُنَـفِقِينَ فِى الدَّرْكِ الاٌّسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيراً ﴾

(Verily, the hyprocrites will be in the lowest depth of the Fire; no helper will you find for them) (4:145).

Since the outward appearance of the hypocrite displays belief, he confuses the true believers. Hence, the deceitful behavior of the hypocrites is an act of mischief, because they deceive the believers by claiming what they do not believe in, and because they give support and loyalty to the disbelievers against the believers.

If the hypocrite remains a disbeliever (rather than pretending to be Muslim), the evil that results from him would be less. Even better, if the hypocrite becomes sincere with Allah and makes the statements that he utters conform to his deeds, he will gain success. Allah said,

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِى الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ﴾

(And when it is said to them: "Do not make mischief on the earth,'' they say: "We are only peacemakers.'') meaning, "We seek to be friends with both parties, the believers and the disbelievers, and to have peace with both parties.'' Similarly, Muhammad bin Ishaq reported that Ibn `Abbas said,

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِى الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ ﴾

(And when it is said to them: "Do not make mischief on the earth,'' they say: "We are only peacemakers.'') means, "We seek to make amends between the believers and the People of the Book. '' Allah said,

﴿أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَـكِن لاَّ يَشْعُرُونَ ﴾

(Verily, they are the ones who make mischief, but they perceive not.). This Ayah means that the hypocrites' behavior, and their claim that it is for peace, is itself mischief, although in their ignorance, they do not see it to be mischief.

Assal mu'alaikum DAKJ
Comment yang neutral dan sangat baik tak menyebelah mana2 pihak.

Tafsir Qur'an di atas self explanatory

Renugkanlah

Rawa Lanun-Bahasa said...

Surat Al Hadid "The Iron" Saad Al Ghamdi - سورة الحديد - سعد الغامدي
(saad ghamidi lagu lama)

Personally, the last straw is yet to come
the kerbau will be che det
so express up another syed mokhtar

-well done balik pulau
tanpa mandi bunga bergeliga embun
sebegininya di gelang patah
kenapa sekadar senator
tak glamor ke




and salaams

langitbiru said...

anuar Mat Saman said...
Anggota-anggota polis sentiasa dilihat dan dicop sebagai ANJING UMNO. Kematian mereka di medan perang dianggap sebagai SANDIWARA UMNO. Pengorbanan yang mereka lakukan dikatakan, sebagai memenuhi keinginan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa.

Pendek kata, segala-gala yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dan warga PDRM, sentiasa dicaci, dihina, disumpah seranah dan disumpah oleh Pakatan Rakyat.



anuar Mat Saman,

Sebagaimana saya jelaskan dulu, perang di Lahad Datu adalah benar-benar perang, bukan perang olok-olok, bukan perang main-main, TAPI benar-benar perang dengan peluru hidup, bukan peluru kapur, BUKAN PERANG SANDIWARA.

Yang jadi persoalan adalah "tujuan" perang yang dilrancang oleh pihak atasan dengan matlamat tertentu, TUJUANNYA itu mungkin satu "SANDIWARA".

Bukannya perang itu satu sandiwara!



"Anggota-anggota polis sentiasa dilihat dan dicop sebagai ANJING UMNO. Kematian mereka di medan perang dianggap sebagai SANDIWARA UMNO".

Hanya Utusan Malaysia dan orang seperti kamu yang sebenarnya menuduh orang PR berkata sedemikian. Saya tidak pernah dengar Nik Aziz, Hj Hadi, Kit Siang,Guan Eng, dan Anwar kata POLIS ANJING UMNO. Itu semua helah kamu, Utusan Malaysia yang suka sangat menabur FITNAH,kerana GILA UNDI,GILA KUASA!

Apa perasaan anda sebagapai polis sekiranya anda menerima satu SMS dari nombor yang tidak dikenali dan SMSnya berbunyi begini:

‘Kami penyokong PAS, PKR dan DAP mengucapkan selamat mengundi kepada anjing kerajaan dan keluarga. Undi haram dan rasuah kamu semua, kami tidak perlukan.’

Sekali lagi, kamu dan orang-orang seperti kamu yang bertanggung jawab menulis dan menyebarkan kepada alam siber, KONONNYA ditulis oleh orang PR.

KALAU KAMU FIKIR itu satu amalan mulia dapat pahala, teruskanlah dakyah jahat kamu, yang pasti, KEBENARAN ITU AKAN MENGALAHKAN KEBATILAN.

Kampong man said...

Salam Dato and bro X-UMNO,

Terima kasih kerana memberi ulasan dan penjelasan.Kampong man boleh menerima perbezaan pendapat dengan baik.

1.Semalam KM berhenti di Kedai Proton Jalan Selangor,PJ bertemu dengan saorang rakan rapat ,saorang sales consultant (bukan salesman) proton.Beliau saperti biasa berbincang hal politik PR.Beliau amat yakin sekali PR akan berjaya ka Putrajaya mengalahkan BN.Malah beliau mencabar KM bertaruh RM10K kerana keyakinan beliau pada kemenangan PR.KM hanya mampu tersenyum dan KM tidak pandai dan tak suka berjudi.Yang pasti yang tegar tetap tegar dan taksub dan amat sukar mengikuti jalan tengah bila berbicara, overly bias.Seronok juga mendengar telatah dan keyakinannya.

Saya banyak menulis komen mudah dibeberapa blog saperti Che Det, The Scribe, Aspan Alias, Sakmongkol,Pirates of Putrajaya, WZWH, Jebat Must Die,The Unspinners dan lain lain juga.Cuba 'to be objective and rational ' kerana KM adalah orang teknikal bukan penulis tersohor.KM pasti beliau banyak membaca Suara Keaadilan, Harakah dan Rocket dan amat benci pada NST, Utusan Malaysia (zaman dulu utusan Melayu ),BH, STAR dan TV1,2 dan 3 saya kira.Freedom of choice and democracy in play.

2.Saya tidak melihat pertandingan di Jempol antara Aishah dan Isa Samad sesuatu yang hebat.Akan pasti memihak pada Isa Samad, no contest.Begitu juga di Pengerang antara artis pujaan Dayang Ku Intan dan lawyer Azalina.Semua artis tidak ada tempat dalam polotik tanah air.
Berbalik pada Aishah teringat saya semasa zaman belajar di Edinburgh dulu.Aishah masih kecil dan sekarang sudah BESAR.Ibunya berkahwin dengan saorang berbangsa Scottish dan Aishah punyai adik bernama Alexander.Aishah adalah penyani utama The Fan Club dari New Zealand terkenal disatu masa dulu kini menjadi ustazah mee segera bagi parti politik Pas.Walaubagaimana pun sikira anda ke Bandar Baru Serting, Jempol bangunan kerajaan disitu adalah hasil rekabentuk isteri KM di awal 80 han dulu semasa bertugas di N9.

Empat hari lagi rakyat akan membuat keputusan memilih kerajaan.Maka pilihlah parti yang terbaik, parti yang telah banyak berjasa dan terbukti berjaya. Masyarakat Melayu telah berpecah belah dan PR banyak memainkan isu polimik dan retorik dengan berbagai politik kebencian,keburukan dan berbagai strategi menghalalkan cara. DAP terus memainkan isu perkauman yang amat bahaya sedangkan kita mahukan keamanan dan kestabilan.Halatuju negara adalah pilihan kita.Bagilah mandat BESAR pada parti yang mendahului rakyat dan menetapi janji.Maaf, Wallahwuaalam.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Memang hebat dan petah geng din klang, anuar mt saman dan kg man menyusun dan membelit2 perkatasn dan tuduhan.

Agar kejahatan yg dibuat oleh geng UMNO di tuduhkan kpd PR.

Dan kebaikan yg dibuat oleh PR sengaja diperlekehkan malah dipersendakan

Jugak perkara yg PR tiada kena mengena dituduh melakukannya..

Saya harap din klang, anuar mat saman dan kg man mempunyai kepakaran berhujah yg sama ketika berhadapan dgn soalan malaikat nsnti.

di dunia malsysia ni kalisn sukar ditewaskan.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Dari sudut menjahanamkan masa depan anak cucu kita, NAJIB JAUH LRBIH TERUK DRPD MAHATHIR.

BAYANGKAN EMPAT TAHUN ZAMAN NAJIB HUTANG NEGARA TERUS MENINGKAT DARI 290 BILLION KEPADA LEBIH 500 BILLION.

SATU STATISTIK INI SUDAH CUKUP JADI PENYRBAB RAKYAT TOLAK UBN.

ISU2 LAIN SEKADAR COBAAN MENGALIH PERHATIAN RAKYAT AGAR MENUTUP DOSA2 PEMIMPIN MEREKA.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Brahim Ali boleh tuduh TGNA , PUNYA HARTANAH DI KOTA BHARU BERNILAI LEBIH RM 10 JT.

SEPATUTNYA PRESS STATEMENT BRAHIM TU TAK PERLU LANGSUNG, BUKAN KERANA JAGA NAMA BAIK TGNA TAPI LEBIH NAK ELAK ORG KATA BRAHIM TU BODOH SEBAB TAK SEMAK SELURUH MAKLUMAT SEBELUM KELUAR KENYATAAN.

APA NAK HAIRAN. ORANG MACAM NI RAMSI DAN LAKU DALAM UMNO

.YANG ALLAH LARANG ITU YG MERRKA SUKA BUAT.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Paling tidak PENGERUSI, TIMBALAN DAN SETIAUSAHA SPR MESTI LETAK JAWATAN DEMI JAGA MARUAH SENDIRI DAN KELUARGA.

PELBAGAI PENIPUAN BERKAITAN PILIHAN RAYA MENGUATKAN LAGI SANGKAAN SAYA SEBAHGIAN PEGAWAI SPR MAKAN GAJI HARAM.

SEMEMANGNYA SPR TAK SERIOUS BERKENAAN PENGUNAAN DAKWAT KEKAL.

LIHAT SAJA BAGAIMANA UBN KENAKAN PELBAGAI TEKANAN PD PENGERUSI SPR 2008 YG CUBA NAK JADI UJUD PRU YG LEBIH TELUS.

KITA DITAKUTKAN DGN TUDUHAN ANUAR AGEN YAHUDI.

HAKIKATNYA SEJAHAT2 YAHUDI TERHADAP ISLAM, BILA PRU MEREKA TAK TAU TIPU UNDI MACAM MELAYU UMNO.

Unknown said...

Dato' rakan FB (Anak-anak Negeri Sembilan) kata 'pos' Dato' kali ini menghentam kerajaan (BN)

A KADIR JASIN said...

1. Sdr Abd Rahman Ahmad, terima kasih atas maklumat di atas.

2. FB anak-anak Negeri Sembilan berhak membuat kesimpulan sama seperti saya dan pembahas blog ini berhak membuat kesimpulan. This is a free country.

3. Kalau mereka tidak setuju dengan saya, eloklah jawab dalam blog ini supaya semua pembahas dan pelawat boleh tahu apa pendapat anak-anak Negeri Sembilan.

4. Saya pun hendak dengar juga. Manalah tahu saya akan terpengaruh dengan hujah mereka yang bernas dan jitu.

Terima kasih.

yogibear's season said...

Ada semcm fenomina baru dlm dunia politik kita sekarang. Jd kroni atau nominee Umno pd zaman muda sakau harta negara, bila dah pencen nk tebus dosa jd penyokong pembangkang.

Mcm calon Pas Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Abdul Rahman Maidin, zaman muda bersama 4 yg lain tubuh Realmild sebagai nominee Umno dlm syarikat tersebut tp akhirnya berbalah sama sendiri sampai mahkamah.

Yg sedihnya rakyat kat bawah yg terkial2 isi borang Brim, kemudian diperlekeh pulak oleh kroni/nominee pencen ini akan hasrat kerajaan utk bantu rakyat krn tak sustainable idea Brim tu.

Adoi letihllah...bila agaknya Mat Tunjang nak mai?

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).