A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
PEMBUBARAN Dewan Rakyat sudah
dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak pagi tadi. Dewan Undangan
Negeri Negeri Sembilan telah bubar dengan sendirinya pada 28 Mac setelah habis
tempoh laku. Pembubaran DUN negeri-negeri lain, kecuali Sarawak, akan menyusul.
Selepas sekian lama membuat
spekulasi dan menunggu pembubaran Parlimen, sekarang berspekulasi pulalah kita
mengenai bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan hari penamaan
calon dan tarikh mengundi.
Apa-apa pun, kita harus berasa lega dengan ikrar menghormati pilihan pengundi seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sebaik saja Mohd Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, Lim menghantar pesanan Tweet berbunyi: “Najib commitment 2 “respect democracy” n “2 respect the voice of the rakyat” deserve commendation — something I asked him many times to do.” (Jaminan Najib bagi menghormati demokrasi dan menghormati suara rakyat patut dipuji – sesuatu yang telah saya minta daripada beliau beberapa kali.)
Sebagai balasan, beliau mengikrarkan komitmen Pakatan Rakyat (PR) bagi menghormati keputusan pilihan raya sekalipun gagal menyingkirkan BN dari Putrajaya, demikian dilaporkan oleh portal Malaysian Insider.
Beliau berkata lagi dalam Tweetnya: “Pakatan Rakyat makes similar commitment to respect the voice of ppl in 13GE n peaceful transition of power, whether Putrajaya or State.” (Pakatan Rakyat membuat komitmen yang serupa untuk menghormati suara rakyat dalam PRU13 dan melakukan peralihan kuasa secara aman, sama ada di peringkat pusat atau negeri.)
Dalam ucapan langsung televisyen ketika mengumumkan pembubaran Parlimen, Mohd Najib memberi jaminan yang peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya terjadi pemindahan kuasa di peringkat pusat selepas PRU nanti.
Kita Tidak Mahu Kecelakaan Berulang
Alhamdulillah dan sama-sama kita berdoa agar janji dan ikrar mereka bukan janji dan ikrar kosong dan semua pihak yang terbabit menghormatinya.
Kita tidak mahu kecelakaan berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang kerana apabila gajah dengan gajah berperang yang mati terpijak adalah pelanduk.
Kalau berlaku kacau-bilau, rakyat jelata yang tidak dikawal polis dan tenteralah yang susah, bukan orang besar yang dikawal dan dikepung.
Kebetulan, ketika pengumuman itu dibuat, saya sedang memberi “kuliah” kepada sekumpulan penuntut UiTM, Shah Alam.
Selepas majlis itu, beberapa orang wartawan bertanya pendapat saya mengenai PRU. Saya berkata, semua pihak yang mengambil bahagian wajib menghormati dan terima keputusannya.
Sekiranya mereka tidak puas hati atau ada masalah dengan keputusan pilihan raya, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang yang disediakan. Mereka boleh membuat petisyen pilihan raya dan boleh membawa kes mereka ke mahkamah. Apa yang mereka tidak patut lakukan adalah membawa kes mereka ke jalan raya.
Kalau mereka tidak percaya kepada sistem pilihan raya seperti yang sesetengah daripada mereka dakwa, lebih baiklah mereka tidak ambil bahagian atau boikot secara terbuka. Jangan masuk bertanding, tetapi apabila kalah tunjuk perasaan dan ganggu ketenteraman awam. Itu bukan amalan orang yang bertamadun dan demokratik. Cerita media massa arus perdana berat sebelah itu cerita lain. Wallahualam.
64 comments:
Dato ketika ditanya oleh wartawan S. Jayasankaran mengenai pru-12 pada tahun 2008 lalu ada mengatakan bahawa sekiranya pembangkang mengatur perananannya dengan betul, BN akan kehilangan majoriti 2/3. Bagaimana ramalan dato kali ini? Adakah BN akan memenangi semula majoriti 2/3 atau masih kekal dengan keadaan yang sama? Wassalam.
Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati. Memang baik amanat YAB PM bersabit dengan PRU 13. Biasanya tiada masalah diperingkat atas. Yang dikhuatiri kemunculan "Little Napoleon" bertindak dengan tidak tanggungjawab.Bagi rakyat Malaysia mereka sudah belajar dari peristiwa 13 Mei 1969. Itu sebabnya walaupun terdapat beberapa pihak cuba mencetuskan pergaduhan dengan menimbulkan isu-isu yang sensitif tetapi ianya habis begitu sahaja.Kita harap keadaan berwaspada untuk mengelak ketegangan akan bertahan sehingga lepas PRU 13.
Yang terbaik kurangkanlah mengadakan perhimpunan besar-besaran dan sebaliknya bersemukalah dengan pengundi beramah mesra dengan mereka.
Saya berharap ramalan akan tersebarnya fitnah memfitnah dengan meluas tidak terjadi. Cara mengatasinya adalah kita sebagai pengundi dengan terang-terang memaklumkan akan menolak orang yang suka memfitnah orang lain.
Kepada kedua-dua pihak yang bertanding turunkanlah calun-calun yang berwibawa untuk membolehkan pengundi membuat pilehan. Buat pertama kali selepas beberapa tahun orang politik memberi perhatian kepada memenohi keperluan rakyat. PR sudah mengeluarkan menifesto mereka dan yang diperlukan adalah menifesto BN untuk membuat perbandingan.
Semoga Negara kita akan memasuki era ke 50 tahun seterunya dengan jayanya selepas PRU ke 13.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jsya.
Salam dato,
Selamat mengundi dan selamat menubuhkan kerajaan pusat baru dan kerajaan negeri negeri yang baru( kecuali serawak,dah ada dah)....minus the deadwoods and dinosaurs.
Bagus untuk semua pengundi..., pi la pilih siapa pun yang difikirkan BOLIH MEYAMPAIKAN `suara' pengundi pengundi tempatan...dan mesti ada yang pasti kalah pilihan punya, sebab itu la ada yang MENANG.
Suka ka,tak suka ka,gembira ka,sedih ka...THE TOTAL votes count
decides the winner.
PERNAH TAK DENGAQ orang mengamuk sebab tak habis sembahyang lima kali sehari semalam, tunjuk perasaan sebab tak bolih bayaq zakat dan fitrah, demo dan bunuh orang sebab tak ada peluang bayaq hutang orang/hutang bank/hutang gomen sampai habis,demo dan mengamuk sakan bila surau dan ruang sembahyang masjid `lapang', mengamuk dan demo tak pi umrah dan haji.. dll.Awat tak buat macam tu..kan itu semua untuk pi syurga juga tujuannya?.
Ni yang nak `gempaq' nak mengamuk sebab wakil pilihan tak menang pilihanraya ni, apa ke hei ni?...saya nampak bilangan yang dok hingaq nak mengamuk dan demo dll ni `melayu' lebih dari non melayu....
Buat pi la..kalau nak tau padahnya!.Jangan kata orang lain setuju semuanya.
SAYA YAKIN polis dan tentera dah `ready'...
I want and always wishing for a peaceful living in a peaceful nation.
AND MALAYSIA has always been peaceful..except for the last few years, and this is because of a few bloody arrogant punya manusia!.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato,
Kami sebagai pengundi juga lega dengan ikrar hormati pilihan pengundi yang di buat oleh Najib mewakili BN dan LKS yang mewakili DAP. Biar lah bersikap gentleman.
Sekurang kurang nya kami boleh keluar mengundi dengan rasa aman dan fokus untuk memilih calon yang terbaik demi masa depan negara.
Cuma apa yang kami khuatiri sekarang apabila terdapat perbalahan di kalangan ahli keluarga dalam parti, pengundi pula yang di hidangkan dengan calon yang di ragui oleh parti sendiri.
berita di bawah pasti membuatkan para pengundi merasakan bahawa Malaysia masih belum bersedia untuk mengundi dengan sistem dual parti seperti di US.
MALAYSIA TODAY - suarapakatanrakyat.com telah menyiarkan tentang gerakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali oleh Presiden PKR, Datin Seri Azizah Ismail.
Gerakan yang diketuai oleh 2 Naib Presiden PKR, YB Tian Chua dan YB Nurul Izzah itu dilaporkan telah mula bergerak ke merata negara untuk memastikan calon-calon yang dipilih Azmin selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, adalah calon parti, bukan calon Azmin.
Sekarang ini, laman ini mendapati pertentangan tersebut telah melebar dengan lebih jauh lagi. Kalau dulu, semua pertikaian (kalau ada), dilakukan secara senyap-senyap, tapi kini perbalahan berhubung perebutan jawatan berlaku secara terang-terangan.
Azmin yang bulan dulu menyebut Wan Azizah tidak akan bertanding di mana-mana kerusi DUN dalam pilihanraya akan datang, terkejut dengan pengumuman Presiden PKR itu bahawa beliau akan bertanding di DUN Ijok.
Sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, tindakan Wan Azizah ini sudah tentu membelakangi keputusan dan perancangan yang telah dibuat Azmin sekarang ini, walaupun sebagai Presiden PKR dan juga isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.
A'kum Dato KJ
Sebaik sahaja berita pembubaran parlimen diumumkan pagi tadi, kami sebagai anak jati dan penyokong tegar Idola kebanggaan kami begitu berkobar untuk berjuang bagi memastikan Idola kami akan meneruskan agenda harapan kami.
Lebih 20 tahun kami berdiri menyokong di belakang beliau tanpa jemu dan ragu, baik hujan atau panas, di luar atau dalam penjara atas prinsip setiakawan.
Menjelang petang, lulur hati kami apabila DS Anwar Ibrahim mengesahkan akan meninggalkan kami dan akan berhijrah ke Perak pula.
Dimanakah ikrar hormati pilihan pengundi setia beliau selama ini?
Kemana harus kami mengadu Dato ?
Aslkum Dakj
Najib cakap tak serupa bikin.
Mana Najib berani bahas dgn Anuar soal masa depan rakyat dan negara.
Mana Najib berani pelawa pemantau pilihan raya luar negara agar betul2 beri kesahihan tentang proses dan keputusan PRU 13.
Mana Najib berani beri ruang air time sama banyak pada PR di media perdana.
Mana Najib berani serah kuasa lantik hakim , peguam negara, ketua SPR, ketua SPRM , KPN dan panglima ATM kepada agong dan parlimen sahaja.
Najib ada berani ke minta perbicaraan rayuan kes ALTANTUYA dipercepat. Kenapa kes ni macam digantung tak bertali?
Maaf Dakj. Kalau setakat adakan PRU tapi penuh penipuan dan ketidak adilan yg orang tak sekolah pun bolah faham, lebih baik tak payah. Sebab PRU yg tak bersih, bukan PRU namanya.
Samalah dgn kerajaan bersih mesti tak sama dgn kerajaan UMNOBN yg bercampur2. Buat sekolah dan masjid buat jugak. Pada masa yg sama curi wang rakyat curi jugak sebab buat sekolah dan madjid dgn harga kembong atau asal buat.. Itu baru satu contoh.
Kalau melalui PRU saja , Dakj fikir samseng macam Ben Ali , Muhammar Gadfi dan Mubarak akan kalah?
Apalah beza mereka di atas dgn samseng di Malaysia.
Lagi lama UMNOBN petintah , lagi susah rakyat nak buang mereka sebab nasi dah jadi bubur. Dan lagi susah kerajaan baru nak perbaiki keadaan.
Soal demo rakyat, kerajaan yg terbentuk melalui PRU yg bersih tak mungkin di demo. Bila Obama menang baru2 ni, ada ke rakyat Amerika berdemo? Tapi semasa kempen ada pernah kita dengar bas lawan dibaling batu atau lawan Obama tak bolrh kelusr tv?
Siapa sokong Najib dan UMNOBN mereka sebenarnya membantu meranapkan masa depan anak cucu mereka sendiri.
Saya lihatorang yang selalu menghasut raayat berdemonstrasi sdr Hishamuddin Rais,dalam lognya Tukar Tiub.
Hishamuddin ini juga kerap menjadi penceramah foram yang di anjorkan oleh PAS.
Saya tidak tahu sama ada ia ahli PAS atau PKR.Setahu saya ianya tidak menjadi ahli mana mana party.
Sejak dari University lagi sdr Hishamuddin suka berdemonstrasi.Dalam himpunan Bersehbdi KL ianya terlibat sacara langsong.
Aslkum Dakj
Org lain memang boleh komen apa saja yg mereka suka.
Bila Mahadir yg dah tua bangka terpaksa turun berkempen di Johor maka mengertilah saya bahawa UMNOBN JOHOR bukanlah solid macam yg Ahmad Maslan nak cuba gambarkan.
Dulu terlebih releks dan overconfident. Sebab itu hingga tak hormat perasaan dan hati Melayu Johor.
Bila Salahuddin Ayub istihar mau pulang dan tanding di Johor, UMNO macam pelekeh je. Bila LKS pula mau tanding di Johor, bukan saja UMNO tapi MCA lagi susah hati..
Pada PRU 12 kalau bukan kerana menang di Johor, MCA ni serupa macam Gerakan hampir tiada MP.
Kali ni kalau Melayu Johor ulangi semangat perjuang kemerdrkaan dgn bebaskan diri dari penjajahan UMNOBN, saya yakin bukan saja Johor, malahan kerajaan pusat akan terlepas drprd UMNO dan MCA.
Orang Johor sedar kalau UMNOBN terus berkuasa yg senang bukan mereka tapi anak cucu keturunan Mahadir, Najib, Muhyidin, Shahrizat, Zahid Hamidi dll.
Ikrar dan komitmen PM dan LKS amatlah dihargai dan melegakan seluruh rakyat yang inginkan keamanan dan kedamaian. Cuma termenung sejenak bila terdengar kenyataan sesetengah pemuka politik yang akan turun ke jalanan andaikata gagal dalam pilihanraya nanti.
Demokrasi=Spekulasi=Demonstrasi
ASSALAMULAIKUM DATO YANG DI HORMATI, Dewan rakyat sudah dibubarkan oleh pemegang kuasanya ia sejajar dengan itu maka berkeliaran la tukang KIPAS tukang cucuk SATAY kesana kemari menabur beras dan membuang daging begitulah reality nya ya dato dalam negara kita.
Rupanya tukang kipas dan tukang cucuk ini besar peranan nya kepada para pemimpin dikedai kopi semua nya cerita pasal duit itu duit ini semua nya di ambil dari kantong parti dan tangan para pemimpin wooo mereka mewah nya,
Tapi adalah menjadi tanggungjawab pengundi untuk menilai parti yang bertanding adalah dari gerak geri orang2 nya....nyahkan mereka ini dari buku politik dalam era malaysia baru...selamat mengundi...wassalam...
"Cerita media massa arus perdana berat sebelah itu cerita lain".
Saya rasa ceritanya sama. Pakatan mengawal dan ada pengaruh keatas Harakah, Keadilan, Selangor Kini, Bulletin Mutiara, Malaysiakini dan lain-lain. Adakah media mereka tidak berat sebelah juga? Jika Pakatan memerintah, adakah mereka akan membiarkan Utusan, NST terus menyokong BN?
Pada PRU 13, saya yakin BN akan menang besar kali ini. Faktur PAS bekerjasama dengan DAP akan membawa kekalahan besar kepada mereka. Faktur kepincangan dan kehairahan dalam mengawal nafsu dan kelakuan sex di kalangan pemimpin mereka. Penyelewengan Tabung Memali juga akan membawa musibah. Issue pemberian tanah kepada Nga & Ngeh dan pengambilan tanah rakyat untuk 'ladang rakyat', masalah bekalan air bersih dan pembalakan tidak terkawal di Kedah & Kelantan.
DAP pula telah tersalah langkah, menjuarai issue perebutan nama Allah untuk mendapatkan undi orang Kristian yang hanya 5~7% daripada penduduk Malaysia. Apabila PRU di Sarawak diambil kira pada 2011 saja, jumlah orang Kristian akan lebih kecil lagi. Dimana majority orang Cina adalah penganut Buddha, terutamanya yang agak berumur dan ramai anak & cucu, telah merasa takut dan curiga akan agenda sebenar kalangan pemimpin tertinggi DAP, yang kebanyakannya adalah Evangelist Kristian. Seperti juga orang Melayu mereka tidak mahu anak-cucu mereka di Kristiankan. Pada masa yang sama mereka juga takut akan berlakunya pertelingkahan antara majority Islam dan minority Kristian. Apabila terlihat ahli politik DAP mula mengunakan Gereja untuk mencari undi dan menjuarai perebutan nama Allah, orang-orang Buddha yang cintakan keamanan menjadi bertambah risau dan curiga.
Rasanya Pakatan akan kalah teruk kali ini, lebih teruk dari kekalahan 1999, dimana Semangat 46 telah lumpuh sama sekali. Kali ini PKR mungkin menghadapi nasib yang sama seperti S46.
Salam Datuk AKJ,
Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.
Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!
Salam Datuk AKJ,
Tahniah dan syabas kepada PM dan LKS diatas kesungguhan dan komitmen untuk memastikan PRU13 berjalan lancar dan sekiranya berlaku peralihan kuasa, ianya berjalan secara teratur dan berkhemah.
Ini lah yang kita sebagai rakyat sebuah negara yang menuju kearah menjadi negara maju mahukan. Pemimpin-pemimpin yang gentleman dan berlapang dada.
Sekarang, rakyat mahu lihat dan berharap semua media-media termasuk media arus perdana menyediakan dan menberi ruang serta platform untuk kedua-dua belah pihak mengemukakan manifesto dan halatuju negara dan perkhidmatan yang ingin ditawarkan untuk dinilai rakyat sebagai boss besar negara ini.
Ini bukan masa untuk mencemuh, memfitnah dan mengeluarkan segala macam ancaman negatif terhadap satu sama lain kerana ianya tidak langsung melambangkan budaya rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan progressif ke arah mencapai wawasan 2020.
Salam Dato,
Pemimpin di atas semua ok ... yang lorat ... geng2 pertengahan dan bawahan nie ... contoh terdekat Din Melaka ... pengasut mcm dia nie lah .. yang gebang mcm semua benda dalam seluar kecik dia.. padahal kencing tepi longkang ..
Assalamualaikum Dato' dgn izin.
Lega rasanya PM dah bubarkan Parlimen.
Lega juga apabila CN Afghani memohon maaf kpd Tun Dr.Mahathir.
Begitulah buruknya akibat AMANAT TGHA.Terbuktilah benar apa yg saya huraikan dulu kesan2 amanat ini.
Anggapan saya bahawa amanat ini memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan pencetusnya telah memutuskan tali silaturrahim dan dia bukan umat Nabi Muhammad s.a.w,dgn ini kekal.
Tibalah masanya rakyat perlu membuat pilihan bijak. BN atau PR. Bukan pilih calun tetapi partinya. Parti yang akan memerintah negara Malaysia.
BN mempunyai pengalaman yg banyak. Pentadbiran, pembangunan, masalah rakyat, masalah hubungan luar dan lain2. Banyak.
Pengalaman ini akan dijadikan panduan,teladan dan sempadan dalam menentukan halatuju pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat jelata yang mengutamakan perpaduan rakyat SATU Malaysia. Yang pastinya berbilang kaum, agama dan pelbagai kelas ekonomi masing2.
Inilah parti yang perlu dipilih dlm PRU 13 nanti.
UMNO yang menerajui BN, BUKAN Kafir, bukan juga murtad seperti yg dituduh oleh TGHA dan TGNA. Tuduhan itu telah memakan diri meraka sendiri.
Skrg mereka kafir disebabkan amanat mereka sendiri.
PR perlu ditolak. Parti komponen tidak sehaluan dlm mencorakkan pembangunan kerana masing2 mempunyai keegoan, dendam, kemahuan dan perkauman yg tingi.
Ini membuatkan PR tidak ada sinegi drp parti2 gabungan iaitu DAP, PKR dan PAS.
PR ialah Pakatan Rakyat yang nyata tidak sepakat. Ketiadaan kesepakatan ini akan mencelarukan pentadbiran kalau ditakdirkan Allah menang PRU 13 nanti.
Tuan2 dan puan2 pilihan terbaik ialah Barisan Nasional.
Hanya BN yg boleh memenuhi 'keperluan dan kehendak' orang2 Melayu seluruhnya.
Salam hormat.
Trojan Tanjung Sampai
(menaiki feri pulau rawa)
seronok jugak nak merapu
macam ikan kerapu terkupu-kupu
isi sembilang tertodak garfu
terima kasih mahaguru si-sifu
di tanjung bn boleh menang satu kerusi?
aloq setaq takla jauh tara mana
suditah tun dr mahathir kesini kesana
pakai topi lamabai bendera bawa lencana
sembang rakyat meriahlah suasana
politikus spartakus!
politikus spartakus!
politicus spartakus!
lihat guan eng menikus
Aslkum Dakj.
Berdasar undang2 boleh ke Ketua Menteri Sarawak secara terbuka kata pegawai SPRM nakal dan tak jujur dan ketua menteri berkenaan tidak akan beri kerjasama pd SPRM atas suatu kes rasuah yg beliau didakwa terlibat?
Ini confident giler. Kalau PR perintah berani ke dia cakap spt tu. Lagak macam samseng je.
kalau yg cakap menteri besar Kedah atau Selangor tentu kena dakwa atas tuduhan menghasut.
Pernah dengar double standard? Sama2 kita kihat apa kata polis.
Kalau yg sebut tu m
As Salam Dato dan para pembahas.
Saya sebagai rakyat yang cintakan keamanan amat menghargai ikrar yang dibuat oleh PM bahawa beliau menghormati apa jua pilihan rakyat dan sekiranya ada peralihan kuasa ia bakal berlaku dengan aman. Semoga ia satu lagi janji ditepati. Penghargaan juga kepada DSAI dan LKS yang menyahut dalam nada yang sama.
Sekiranya PR mampu membentuk kerajaan baru, diharap PR akan menjadi kerajaan yg lebih baik dan BN juga mampu menjadi pembangkang yang kritis kerana inilah yang mereka laungkan selama ini. Bukankah selama ini mereka saling menuduh lawan mereka telah tidak berfungsi dengan baik dan merekalah yang terbaik.
Namun sekiranya BN masih mendapat mandat, BN wajib membuka buku baru dan benar-benar berubah. PR yang sudah biasa kalah rasanya tidak akan terlalu kecewa untuk menerima satu lagi kekalahan. Yang pasti PRU14 akan jadi lebih sengit.
Kita pastinya sudah ada pilihan di hati kita. Terjemahkanlah di kertas undi nanti. Yang penting negara akan terus aman dan maju.
Kali ini saya pilih untuk berubah
Aslkum Dakj
Salahkah kalau ANUAR nak bertanding di Parlimen lain dari Permatang Pauh?
Bila NAJIB perlekeh langkan ANUAR, seeloknya NAJIB jadi jantan berani lawan ANUAR dikerusi lain. Bukan Pekan dan bukan Permatang Pauh.
Kalau tidak lebih baik duduk diam atau nyorok dicelah2 kain.......
..
..pergi le mendengar ceramah DAP di DEWAN KUTIAN AYER TAWAR baru baru ini...kalau tidak silap, di antara yang terdengo ".... matlamat kita ini kali, kita mau kasi masuk itu UMNO ke dalam muzium... "
bila di tanya, bukankah dalam PKR dan PAS ada wakil2 melayu.. jawapannya.. " ... itu olang, banyak mulah mau beli...."
...kesannya, jadi "bara" sejak malam itu...dan masih terngiang ngiang lagiiiiiiii.....
Salam Dato,
Ada pemimpin parti sibuk cuba pengaruhi pilihan pengundi tetapi tidak hormati pilihan ahli parti sendiri..
Kuantan 4Apr : Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu.
Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.
Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu.
Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12.
Semakin kalut pulak depa ni...
DAKJ,
Kadang-kadang saya berkecil hati kerana pandangan Datuk yg kurang adil kepada sebahagian pengikut blog Datuk.
Kadang-kadang saya sangat berbesar hati dan menyanjung Datuk kerana tulisan/pandangan Datuk berjiwa besar.
Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ada ruang untuk pembaca yang ingin mendapatkan pembacaan yang bermutu dan 'berkecuali' dari tokoh sehebat Datuk walaupun KADANG KADANG.
Dato.
Selamat Mengundi PRU 13.
PM Najib telah bubar Parlimen.
Dia pun jadi PM Kerajaan Sementara.
Semua MB/KM dinegeri-negeri pun sementara.
Sekarang ini dalam waktu terdekat rakyat akan buat keputusan.
Insya Allah BN akan menang untuk duduki Putrajaya.
Rasanya kalau BN menang pun tidaklah sehebat macam dimasa-masa yang lalu.
Kerana rakyat juga memerlukan khidmat dan keperlauan pembangkang agar kerajaan tidak joli atau jadi merak buih atau naik tocang.
Rakyat sendiri alami bila kerajaan dan pembangkang main peranan.Bebagai nikmat didapati.Kerajaan BN cepat-cepat tawan hati rakyat.
Apa pun BN jangan kena banyak buat perubahan.Pertama calonnya nanti.Kalau calon haprak dan indah khabat dari rupa.Jangan harap BN nak dapat undi.
Rakyat sedang tunggu nak tengok muka calon walaupun ramalan dan cakap-cakap ada disana sini.
PM Najib juga kena buang hampir 60 % daripada menterinya yang dilihat banyak jaga diri sendiri daripada jaga rakyat.
Menteri atau pemimpin kena dahulukan rakyat macam emak bapa kita jaga kita.Anak makan dulu baru emak bapa.Bukan macam pemimpin sekarang dia sapu dulu baru rakyat.
Kerja dan amalan begini PM Najib kena tegaskan agar tidak berulang.
Rasanya Pakatan Ralkyat juga yakin akan menang besar.Mereka pun kerja keras.Calon mereka pun hebat-hebat juga.Contohnya di Baling.Anak tempatan .Bekas jeneral.Ada kelulusan.Siapa pula calon BN.Mampukah calon BN atasi kehebatan calon Pas ini dari segala segi.Yang jelas UMNO tidak buat kajian dari segi calon.UMNO masih berkira amalan tradisi yang tidak sesuai langsung.Itulah anatar contoh kelemahan UMNO berbanding dengan PR.
Apa pun faktor calon teramat penting.Pengundi mahu calon yang terbaik.Sentimen parti hanya sesuai untuk ahli mereka sahaja.
Sama-sama kita tunggulah wajah-wajah calon nanti untuk menjadi pilihan kita.Undi hanya untuk calon terbaik yang menjadi suara pembela bangsa,agama dan negara Malaysia/Tanah Melayu.
Terima kasih.
Aslkum Dakj
Bila menguntungkan UMNOBN dan sekutunya SPR, mahkamah Malaysia bukan main cekap lagi.
Tanpa perbicaraan terbuka yg selalunya dibuat dan diharap rakyat, hakim dgn senang dan selamba tolak permohonan NURUL IZZAH untuk paksa SPR gugur kebih 4000 hantu2 dalam daftar pengundi PARLIMEN LEMBAH PANTAI.
Kalau rakyat tidak boleh dpt pembelaan adil dimahkamah, dimana lagi?
Masaalah hari UMNOBN telah betjaya meletak hakim2 yg sama aliran pemikiran dgn merrka. Dengan gaji yg besar, mereka sudah anggap UMNOBN sebagai tuhan .
Penat2 je PR kumpul bukti, kes dibuang tanpa bicara terbuka atas alasan mahksmah tiada kuasa.
Soalnya kalau mahkamah tiada kuasa, lebih baik berhenti agar jangan makan gaji buta.
Kalau mahkamah berani tentu tidak akan ada undang2 ciptaan UMNOBN yg bertentengan dgn PERLEMBAGAAN.
INGAT ! Di akhirat nanti hakim2 yg zalim akan dihumban ke neraka. Masa tu MAHADIR dan NAJIB dan polis tak boleh tolong.
Salam Datok...baik sangat kalau semua nak ' respect the law '.Harap2 tidak ada demonstrasi atau kekacauan,kerana kalau ada, beberapa penuntut Melayu akan ambil bahagian.Seorang penuntut Melayu pernah beri tahu saya ' kalau kena tangkap pun kita akan dapat khidmat guaman percuma '.Saya beri tahu dia ini bukan isu khidmat guaman ...isu nya tidak kah penangkapan awak menimbulkan keresahan ibu bapa. Dia terdiam
Nak cadang pada Din Melaka.Nak debat dengan DS Anwar ini padan dengan Cikgu Non dari Kedah saja.Mahfuz pun diam.Kes tabung memali.
Bab cakap besar dan kaki gempak cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, mereka memekak nak cepat diadakan PRU 13, kononnya yakin dapat tawan beberapa negeri lagi sekaligus tawan Putrajaya.
Bunyi cakap macam dah sedia 1001%, dah sepakat agihan kerusi dan segala macam termasuk tuduh Datuk Seri Najib Tun Razak takut nak bubar Parlimen.
Namun, bila Perdana Menteri umum bubar Parlimen pada pagi Rabu, pembangkang pula yang kalut.
PR semua kalut sebab masih berebut kerusi selain pertindihan kerusi yang nak ditandingi oleh DAP, PKR dan PAS.
Salam,
Pm Najib secara gentleman telah memberi jaminan peralihan kuasa secara aman jika berlaku perubahan tampuk pemerintahan.
Lim Kit Siang juga bernada yg sama..tapi anwar selaku de facto pakatan masih membisu.
Betul juga negarawan ulung Tun Mahathir bertaruh sekupang bahawa anwar pasti akan membuat rusuhan jalanan jika pakatan kalah.Itulah nilai sebenar anwar hanya sekupang.
Salam Dato,
Kenapa dekat PRU, pengundi di hidangkan dengan pelbagai isu dalaman Pakatan Rakyat yang tak kesudahan.
Tak cukup lagi ke dengan isu moral yg memualkan...
(The Star) - Hindraf's P. Uthayakumar will contest as an Independent candidate in the Kota Raja parliamentary and Sri Andalas state seats in the upcoming elections.
The former Internal Security Act detainee said he would likely be contesting as an independent candidate if Pakatan Rakyat does not make way for him to contest under their ticket.
Uthayakumar said the movement would also be fielding candidates for the Kuala Selangor and Kelana Jaya parliamentary seat as well as Sri Muda, Ijok, Bukit Melawati and Seri Setia state seats in Selangor.
He said the candidates would be revealed after the Election Commission announces the nomination date.
Dalam ucapan langsung televisyen ketika mengumumkan pembubaran Parlimen, Mohd Najib memberi jaminan yang peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya terjadi pemindahan kuasa di peringkat pusat selepas PRU nanti.
SESEUATU YANG TAK PERNAH DIUCAPKAN OLEH MANA-MANA PM SEBELUMNYA
Membayangkan UMNOBN akan melepaskan kuasanya kepada PR.
PR tidak akan hormati PRU
sudah ada dua kes di mana pekerja dan penyokong BN telah di serang dan dibelasah oleh penyokong PR ketika memasang bendera dan banner.
Satu kes di kelantan ( Kawasan Adek Awang ) dan Satu lagi di Johor
( Kawasan Pasir Gudang )
sila google untuk berita sepenuhnya
din melaka
bagaimana idola kamu si anwar mahu jadi pm sedangkan masalah dalam keluarga pun tidak tahu bagaimana mahu selesai.
bulan lepas azmin kata wan azizah - presiden PKR tidak akan bertanding.
minggu lepas wan azizah counter semula kata dia akan bertanding di Ijok
2 hari lepas anwar pula kata wan azizah tidak akan bertanding.
hari ini si nurul izzah pula counter semula kata wan azizah tetap akan bertanding..
ini belum kita cerita si anwar kurang yakin mahu lawan di permatang pauh.
macam cerita keluarga 69 lah idola kamu din melaka. tonggang terbalik
apa kamu ingat ini parti tupperware kampung pening lalat ya....
lain kali cakap jangan besar sangat
Datuk,
In my opinion, the Pakatan Rakyat's informal coalition does not have the calibre, strength nor capabilities to administer Malaysia like what Barisan Nasional has achieved. They are just being manipulative, picking up weak points of the Barisan's leaders and then exploit them for their political benefits. The states which are being administered by them did not improve much, and there seems to be constant conflicts between the three components. The DAP are plain Chinese chauvinists who only thinks of their Chinese community, and manipulating the others for the benefit of their race. PAS like the rests did not expect that their coalition could win in 2008 and are too jumpy in most issues, which made them the prey for manipulations by DAP. The PKRs are just a bunch of frustrated ex-members of UMNO, MIC and MCA who are motivated with vengeance against their former parties and are being used by Anwar Ibrahim in his personal agenda against Dr. Mahathir and UMNO. As such, supporters of PR should by now realise that they are being manipulated.
What happened during the last 2008 election was merely due to the people's disappointments ignited by Tun Dr. Mahathir and the fire is still burning until today. Who's mistake was it?
It was too bad that the Barisan's leaders (and their wives, of course) were too obsessed with the power that they hold. And despite losing the two-third majority, the leaders are still being complacent and being too happy winning a simple majority. Their performance was bad; crime rates dropped statistically but increased on the streets, economies improved in newspapers but the people are suffering. Instead of doing their works, they concentrated on politics, and they really politicise everything. You can watch it on TV almost 24 by 7 in every channels, especially the news. They talk snobbishly on TV, which makes the people feel 'sick' of them and generates more hatred against them. These type of leaders are the weak points of BN.
A weakening economy, rising prices, with oppositions constantly pointing out luxurious expenses of the wives of the leaders could not be simply overcome by giving out RM500s. And the leaders of BN, including their wives, never learn what we call "cover your ...". They travel the whole world, appear on foreign newspapers' advertisements just to make the people vomit. Are these the kind of leaders that BN offers to be voted?
The BN must change and should have, but too bad that the election is too close now. But, if the people change for PR, the whole country may collapse.
The only choice is to knock-out those "too much talking but not working" leaders of BN, but at the same time do not let the PR to win the country. It is a tough choice for the people to make.
Let us pray for Allah's help.
=Competente=
The Scribe
Salaam
BN Wins Big!
(but not twothird in the house)
short notes again
a melayu totok of a wordpirate he declined
a wager that was popular: bn wins
2 to 1 in parliament
bn win is a done deal
but sarawak and sabah
is a deposit lost to wall street
tun mahathir tried
never mind money spent
better for mecca and madinah
thot a lanun-bahasa
maaf maaf maaf, tun mahathir
but best wishes
and don't let any one stop you
from having a great time
better be wrong than right
a win to while an arab spring
oh, what a summer it will be
and daydreaming 2020
the exquisite malaysian definition
of another developed asean nation
to ponder no more
nobody could pull off the job
the is no mega islam bank 2big2fail
perhaps...
no not even ya-siiin
40 maghrib will help
i shall decline a popular wager
when once gladly accepted
so said a wordpirate
why waste 30k, mahaguru
even if it is free money
and it it pure gut feel
Sdr Zainal Awang Kechik dan Ibnu Sina,
Maaf. Minta hantar sekali lagi. Ada masalah sikit.
Terima kasih.
Dah lama Mat tak masuk campor
Tapi Mat dok baca rasa terhibor
Ada orang duit dia dok tabor
Pasai dia ingat nak jadi masyhor.
Bagi duit oleh terima
Bukan duit dia duit negara
Duit cukai rakrat jelata
Duit Petronas dan kompeni negara.
Anwar pula kaki gempar
Depan belakang dia buat hingar
Umno takut terlondeh seluar
Inilah cerita pencuri dan kawar.
Sapa menang Mat tak kira
Asai aman satu negara
Dasar baik maju semua
Jangan dok gaduh buat celaka.
Umno dah buat banyak jasa
Negara maju aman sejahtera
Tapi kiata menyampah juga
Pemimpin Umno banyak lupa dunia.
Mat tak tahu apa nak kata
Bila Melayu kata mengata
Tuduh menuduh tak kira masa
Yang dok kaya orang Cina.
Mat ni orang kampong
Ingat lagi zaman gotong royong
Masa Melayu tolong menolong
Bangsa bangsa lain tak berani cong.
La ni depa pijak kepala kita
Pasai kita ikut kata depa
Bagi bantuan berjuta-juta
Sekolah melayu dok ternganga ngaga.
Itu saja Mat nak kongsi
Ada kerja di Banggoi Besi
La ni Mat buat projek sendiri
Projek kerajaan tak banyak lagi.
Mat Tunjang Enterprise
Salam Dato
Hakikatnya, pemimpin parti kena terima, kalah atau menang seseorang calon itu adalah pilihan pengundi.
sepertimana juga dgn keputusan PRU 2008. Pemimpin politik kena terima hakikat sebenarnya.
yang penting semuanya demi kesejahteraan rakyat dan negara dan bukan kepentingan individu.
penyokong umno memang seartus peratus takut dan bimbang dengan peralihan kuasa.
Bayangkan jika hari mereka hidup senang dapat kumpul harta tiba tiba kerajaan bertukar tangan.
Apabila kerajaan bertukar tangan habislah peluang dan rung mereka, kerana orang lain pulak yang dapat peluang dan ruang itu.
Inoah amalam yang dilakukan oleh umno/BN sepanjang menjadi kerajaan.
Orang lain tidak ada harapan untuk hidup senang lenang dan kayaraya.
Kalau jadi kakitangan kerajaan pun mustahil dapat naik pangkat dengan mudah. Demikian juga yang duduk didalam universiti. jangan diharap untuk jadi naik cesonler kalau tak sokong umno.
Diusekolah pun begitu. Jangan diharap kan jadi pengetua jika tak sokong umno. Inilah yang menakutkan orang yang sokong umno.
Anwar ketika jadi menteri pendidikan dulu pun begitu. Pedek kata habis orang orangnya naik pangkat dalam kementerian tersebut.
Inilah yang membiut Datuk kadir Jasin turut takut. Usah orang macam Datuk kadir jasin, malah Tun Mahathir pun turut merasai ketakutan itu jika pakatan rakyat jadi kerajaan.
Orang banyak harta pun turut takut.
Assalamualaikum Dato. Izinkan saya.
Sudah-sudahlah tu pemimpin BN oi... Dah bagi kaum BN 12 penggal perintah Malaysia ni.
Kenapa takut sangat kalah? Bukankah dah ada pengalaman memerintah. Dapat pencen besar dan xYB mudah dapat kerja pun. Bercakap pun nanti bila dah kalah, syarikat akan bayar. Harta yg dikumpulkan pun dah terlalu banyak sampai tak berani isytihar harta pada rakyat.
Bersyukurlah. Rakyat kau suruh bersyukur sepanjang masa. Pemimpin BN kalau kalah pun boleh bantu pemimpin baru memerintah dengan lebih baik.
Itu pun kalau amanah, tulus dan ikhlas la jadi wakil rakyat selama ni. Kalau menyamun duit rakyat dan makan suap, of course kata omputih. Takuuutttt kalah. Gigillllll...
x-umno
Salaam Dato',
Parlimen dah dibubar tapi pemimpin kita masih besar kepala. Apa komen Dato' dgn kenyataan bongkak dan kurang ajar Taib Mahmud MACC ‘naughty and not honest’: Taib di The Sun yg terang2 tak mahu berkerjasama dgn SPRM?
Dan berkaitan dgn itu juga, komen Sdr. Aspan Alias yg mengatakan "Selagi BN berkuasa, Taib akan terus bermaharajalela" adalah tepat dan banyak betulnya.
Bagaimana ketua kerajaan yg nampak korup boleh menolak rakan2 pemimpin korup yg lain? Inilah bahana kalau teloq sendiri sedang dipicit oleh orang lain!!! (Itu pun kalau ada telog!)
Assalamualaikum,
Alangkah segeranya Lat Juno menelan bulat-bulat apa yang didakwa oleh CN Afghani atau Zainon bahawa dia telah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir akibat terhasut oleh amanat Haji Hadi.
Biasanya seseorang yang tipis imannya terlalu mudah percaya pada perkara yang karut-marut. Apakah bukti yang dikemukakan oleh Zainon yang dia merancang untuk membunuh Tun Mahathir? Mengapa mesti dia menunggu sampai 32 tahun lamanya untuk memohon maaf kepada Tun Mahathir?
Bolehkah Lat Juno beritahu saya berapa orangkah sudah dibunuh oleh Zainon sebagai akibat daripada amanat Hadi itu? Dan berapa orangkah sudah terbunuh sebagi mangsa amanat Hadi semenjak tahun 1981 hingga April 2013?
Orang yang waras akalnya sudah tentu terfikir bahawa pengakuan merancang untuk membunuh Tun Mahathir hanyalah lakonan besar Zainon untuk menggambarkan betapa jahatnya Haji Abdul Hadi yang menyatakan pesan melalui amanatnya itu, serta betapa dahsyatnya kesan daripada amanat itu.
Dan, Zainon juga ingin menunjukkan bahawa dia seorang yang benar lagi ikhlas dengan membuat pengakuan yang dia telah merancang untuk membunuh Tun Mahathir; lantas dia memohon maaf kepada Tun Mahathir yang memaafkannya.
Wow! hebatnya 'reka bohongan' mereka. Namun, kalau benar sekalipun drama Zainon ini, Lat Juno janganlah syok sendiri membuat kesimpulan bahawa komennya yang lepas itu benar. Bagi saya, komennya yang lepas itu sesat sesesat-sesatnya. Sebaliknya, amanat itulah yang benar sebenar-benarnya.
(Saya sudahpun menulis panjang lebar berkenaan kepersisan amanat Hadi).
Bersempena dengan PRU ke-13 ini, sukalah saya ulang sampaikan pesan al-Quran: an-Nisa': 124 yang bermaksud bahawa "orang beriman yang mengerjakan kebaikan pasti memperoleh syurga".
Mengundi PAS untuk mendirikan kerajaan Islam yang perlembagaannya berasaskan al-Quran dan al-Sunnah sah dan sohih merupakan "kerja kebaikan".
Oleh yang demikian, ayat 124 daripada Surah an-Nisa' ini menqiaskan bahawa "PENGUNDI BERIMAN YANG MENGUNDI PAS PASTI AKAN MEMPEROLEH SYURGA". Dengan kata lain, Allah SWT menjamin syurga bagi orang BERIMAN (ingat: yang beriman sahaja) yang mengundi PAS.
Saya minta Lat Juno dan orang UMNO semua berjinak-jinaklah dengan al-Quran. Semoga anda semua mendapat hidayah benar daripada Allah SWT.
Wassalam. Lat Juno dan semua, tolong maafi saya. Saya iukhlas.
Aslkum Dakj
Kadang2 ada pemimpin UMNO bila bercakap mscam hilang pedoman sebagai orang Islam.
Dah banyak kali dia kutuk PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT.
Dan terkini dia kutuk TGNA kerana kononnya TGNA sekali lagi mengkafirkan orang UMNO.
Saya doa orang yg tak beri peluang TGNA beri penjelasan di media perdana akan Allah benar2 sesatkan dia kecuali dia bertaubat.
Aslkum Dakj
Cuba tumpukan pd harga kereta yg bakal turun jika PR menang.
Sepatutnya harga honda accord cuma sekitar 70,000 bukannya lebih 140,000.
Bererti kalau bawah penindasan UMNO anda cuma mampu beli ALZA atau PREVE, kalau UMNOBN tumbang anda akan mampu beli honda accord atau toyota camry.
Aslkum Dakj
Siapa pun termasuk SIDEK BABA ada hak untuk putus hubungan dgn ANUAR .
Kalau ANUAR dan PAS tak cukup bagus perjuangan Islam dan kemaknusiaan mereka, alangkah baiknya jika SIDEK BABA boleh tubuhkan parti atau pentas yg lebih baik.
Tapi bila SIDEK BABA secara terang2 puji UMNOBN, fahamlah saya kenapa beliau pernah dilantik jadi timbalan rektor UIAM, dalam keadaan ANUAR bersilat dgn pelbagai fitnah dan penindasan UMNOBN.
Agaknya mungkin jawatan rektor UIAM atau ketua pengarah IKIM jadi igauan.
SIDEK BABA ilmuan Islam? U mana dia belajar dan bidang apa ye?
Aslkum Dakj.
Kafir AMERIKA tu pun kenal erti keadilan.
Sebab parti yg bertanding di sana diberi air time yg sama dikalangan media perdana.
Di negara ISLAM MALAYSIA, PR cuma ditawar 10 minit untuk bentang manifesto. Bukan live pulak tu. Bezakan dgn air time yg kerajaan sementara samseng UMNOBN dpt.
Mufti dan ulamak2 bersedialah jawab diakhirat nanti sebab diam seribu bahasa demi gaji dan jawatan dunia.
Din Melaka makin celaru.Sebenarnya Din Melaka mati langkah bila komen isu Sidek Baba.
cik din melaka ni baru dengau manifesto BN dah terus tak tentu arah.
Kata orang Melaka, silap hari bulan lepas PRU mau nanti dia ceramah sorang sorang depan kota A Famosa.
sedangkan idola dia anwar duduk temenung di bukit segambut.
Hmm - Bila Wan Aishah dicalonkan jadi calon di Jempol, teringat balik lagu JANJI MANIS MU.
Ikrar hormati pilihan pengundi
Manifesto BN = Akujanji dan ditepati.
Manifesto PR = bukan janji,tapi dicapati.
SALAM Datuk Seri....
lama masa SAYA DI bilik hospital membetulkan baki baki Kesihatan yang masih Ada.. Menarik membaca lontaran pandangan tok ... keyakin rakyat melihat bila mana jet jet sukoi mempertahankan NEGARA..keupayaan ini MEMBAWA balik sokongan rakyat kepada parti BARISAN NASIONAL 174 kerusi DI amanahkan oleh rakyat dan BARISAN NASIONAL BERJAYA membentuk Kerajaan selepas PRU 13,, yang penting MEREKA perlu bertunggungjawab dengan MEMBAWA harapan masa NEGARA malaysia..
Tok.. Salam SAYA UNTUK .. BONDA dan datin.. Moga tok seisis keluarga beroleh keberkatan dan Rahmat MAHA SUCI ALLAH ..
DATO.
AKU JANJI PM NAJIB PRU13.
------------------------
1.AKU JANJI PM NAJIB SEMPENA PRU 13 DILIHAT BAIK DAN OK.
2.CUMA SATU LAGI AKU JANJI PM NAJIB YANG MESTI BAIK IAITU 222 CALON PARLIMENYA JUGA KENA TERBAIK.
3.BEGITU JUGA 507 CALON DI NEGERI-NEGERI JUGA KENA TERBAIK.
4.PM NAJIB KENA TUNAIKAN AKU JANJINYA TERDAHULU UNTUK TONJOLKAN TOKOH BOLEH MENANG BUKAN TOKOH BODEK ATAU SANDIWARA.
5.RAKYAT JUGA ADA AKU JANJI MEREKA SENDIRI DIMANA CALON TERBAIK ITULAH PILIHAN MEREKA.
TERIMA KASIH.
05/04/13 – Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang mufti yang pernah menjadi pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu....
Aslkum Dakj
Orang Melayu khususnya berhentilah jadi bodoh dan diperbodoh oleh geng2 UMNOBN
Dengar nasihat bekas menteri UMNO iaitu ZAID IBRAHIM.
Kalau org Melayu tak tolak PEMIMPIM UMNO dan ganti dgn Melayu yg bersih spt ANUAR , TGHA, TGNA dan lain2 maka gelap masa depan anak cucu.
Zaman UMNO di Selangor, ranap tanah2 PKNS di baham ketua2 UMNO yg bersekongko dgn toke2 MCA. Kesannya kontrektor MELAYU yg bergantung projek dgn PKNS hilang mata pencarian gara2 PKNS tidak lagi buat rumah sendiri.
Di bawah pentadbiran KHALID IBRAHIM, barulah PKNS mula balik buat rumah sendiri. Tak dgn senang2 serah tanah rakyat pd lanun2 iaitu toke Cina dan ketua UMNO yg agih2 harta PKNS
melalui pengswastaan yg merugikan rakyat.
Semoga lebih ramai org besar UMNO berfikiran macam ZAID IBRAHIM
The Scribe
Salaam
@zainal abidin awang kechik said...
SALAM Datuk Seri...keupayaan ini MEMBAWA balik sokongan rakyat kepada parti BARISAN NASIONAL 174 kerusi...
Wager halal and toyibban - how, Scribe?
Berjudi itu haram; bertaruh boleh
Datuk dan rakan rakan semua,
kita skg tidak bercakap BN hilang 2/3 majoriti.Masyarakt skg sdg bercakap BN akan kalah didlm PRU 13 ni.Tak kiralah kalah simple majority ke atau kalah 2/3...Situasi skg tidak spt dulu lagi..
Aslkum Dakj
Seperti dijangka NAJIB tanpa segan silu menceduk sebahgian drpd manifesto PR.
Rakyat masih tunggu adakah NAJIB cukup jantan untuk berdebat dgn ANUAR tentang manifesto dan masa depan negara.
Kalau tak pun biarlah Khairy debat dgn Rafizi.
Barulah Malaysia tak dikutuk sebagai bangsa penakut.
Aslkum Dakj
Melihat kepada banyaknya bendera BN yg dipasang seluruh negara timbul beberapa pertanyaan.
Pertama boleh ke mereka berpesta bendera sejak sebekum pembubaran parlimen dan dun lagi.
Kedua siapa yg membiayai kos buat bendera yg tentunya bernilai berjuta rgt? Adakah duit peminpin mereka atau duit mak bapak mereka atau duit rakyat yg mereka kebas selama ini melalui pelbagai cara haram?
salam,
Saya tabik keterbukaan Dato memberi ruang seluasnya pada pembahas, terutama pembahas Din Melaka. boleh lah kita kenal mentaliti penyokong puak masing-masing. tapi bila dah asyik Din Melaka aje nak bercakap.......elok dia buat blog sendiri aje lah.
Kepada Din Melaka, apa yang anda katakan pada pemimpin UMNO tu memang kebanyakannya betul. Tapi untuk mengundi pakatan rasanya lebih membawa banyak keburukan dan kerosakan. Maka apa lagi pilihan yang ada. Terpaksa buat pilihan untuk mengelakkan kerosakan lebih besar.
Assalamualaikum pak Kadir
PM akan umumkan senarai nama calon untuk wakili BN di PRU13 & berharap calon akan dapat memenuhi citarasa rakyat yang inginkan kesinambungan pembangunan di5 tahun kehadapan.
Walau bagaimana teliti dan berhati hatinya BN memilih calon untuk bertanding, semestinya ada yang akan berkecil hati,tapi diharapkan ianya tidak akan melunturkan semangat juang mereka, untuk teruskan berbakti dan menyokong calon yang terpilih.
Rakyat inginkan yang terbaik dari kalangan mereka yang baik baik,tak gitu pak Kadir?.
Saya tak fikirkan siapa yang terbaik dalam ahli pembangkang,kerana mereka sudah mengiktiraf diri mereka adalah yang terbaik.
Seperkara yang saya ingin ajukan kepada pak Kadir, mungkinkah kita akan bertemu lagi selepas PRU? diruangan sebegini atau saya akan lihat pak Kadir begitu sibuk menasihati pak menteri?.
Assalamualaikum pak Kadir
Buah cempedak diluar pagar,
Yang masak,jatuh kelaman orang,
Diberi dengan seikhlas hati,
Sudahkah kita bermuhasabah & sedar?,
Itu adat dalam berjuang,
Tak perlu mendabik dada sendiri.
Bulan purnama indah pemandangan,
Sang penyair duduk menanti ilham,
Jangan biarkan diri dalam penafian,
Kelak diri jauh tenggelam.
Bulan sabit yg jatuh dipelantaran,
Bintang redup tanpa cahaya gemintang,
Langkah tanpa arah sesat dijalan yang terang,
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa.
Aslkum Dakj
Sdr Bulat
Nama pun pelik , peraangai pun pelik.
Bagaimana pun terima kasih kerana akui apa yg Dim Melaka kata psl pemimpin UMNO ,kebanyakaannya benar belaka.
Orang nak cari jalan Nabi yg lurus, Si Bulat nak juga cari jalan UMNO NAJIB yg bengkok. Terserah.
Mungkin ada org, kulit mereka tahan api neraka.
YgBhg The Scribe
Salaam
Dr M says two-thirds win for BN possible
(a halal toyiban wager with dr m)
" BN had a 50-50 chance in retaking Kelantan and Penang, and slightly higher chances at 55-45 in winning back Kedah and Selangor in the 13th general election...For Sabah and Sarawak, I see that we can win, but maybe we can’t get the same victory like in 2008"
Yes, a possiblitity; and Dr Mahathir(Tun) is the de facto BN.
wouldn't it be nice to have a wager
we say bn wins big - manira and dr m
but a wager is possible only
when one is in the campaign team
- tanjung for me?
working for two third in the house
but i say even then 147 is max
(dr m calls mat tanjung
- say yes he is in the team on full credit
- kuyukunju 2:1 ?!
- dr m wins half of mine
- 20k max)
then that would be a halal, Scribe
- wouldn't it.
Maaf dan Salam PRU13
Datuk,
Bila kita bercakap berkenaan pati perlu hormat kepadda keputusan pengundi,saya perhatikan UMNO sendiri mula tidak menghormatinya sejak awal awal lagi.
Hampir setiap hari saya dgr ceramah PR diganggu,bendera dikoyakkan.Bas Jelajah Merdeka PR serta Trailer PAS dibaling batu dan cat.Itu belum lagi kalah.Bila kalah tak taulah apa yg mereka akan buat..Saya yakin keadaan akan bertambah teruk lagi..
Jadi skg jelas pihak mana yg akan melakukan onar selepas PRU 13 nanti..
Datuk,
Tun M baru aje memberi ugutan jika BN kalah diGelang Patah keganasan perkauman akan berlaku.Dah tentu pihak yg menang tiada sebab utk melakukan kekacauan..
Victory At All Cost!
(in steps ghani lover of zapin)
there is an old lanunbahasa
understanding humanity
believes in fear and love
it is the malays that feel taqwa
and mutiny is the pirates dream
chinese are sensible
even the malay ones
minah makes good curry
gelang patah
- a victory only
in death says old men we are equal
gelang patah diganti baru -
dr mahathir indah bahasa
a red herring he sees
fear no more
in bagan there is a chink
kiatsu is chinese indeed
a strange fish is overseas chinese
smelling victory on hard ground
Post a Comment