A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama
samaran.]
2. Umno mengemukakan saman terhadap Setiausaha Agung
PAS, Mustaffa Ali, dan dua yang lain berikutan kenyataan menuduh Umno di
belakang penyebaran sebuah video seks. Peguam Umno, Hafarizam Harun memberitahu
pemberita, mengemukakan saman tersebut kerana tuduhan itu bohong dan bertujuan
memburuk-burukkan Umno dan menimbulkan kebencian umum.
MUTAKHIR 22 April
1. Umno dilaporkan telah memecat 61 ahli kerana bertanding sebagai calon bebas dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga yang lain kerana menjadi pencadang calon bebas dan kerana tidak mengemukakan kertas pencalonan.
2. PAS pun mengambil tindakan yang serupa ke atas ahli yang bertanding bebas, menjadi pencadang dan penyokong calon bebas. Tiada butir lanjut diberikan.
4. PKR Terengganu mengarahkan calonnya yang bertanding menentang PAS di tiga Kerusi DUN - Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi – supaya menarik diri dan menggesa penyokongnya mengundi PAS.
UPDATE 23 April
1. PKR bersetuju “menarik diri”
daripada bersaingan dengan PAS di kerusi DUN Bukit Besi, Seberang
Takir dan Kota Putera, Terengganu sementara PAS akan melakukan yang sama di kerusi Parlimen
Labuan dan kerusi DUN Sungai Acheh, Pulai Pinang dan Panti, Johor.
MUTAKHIR 22 April
1. Umno dilaporkan telah memecat 61 ahli kerana bertanding sebagai calon bebas dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga yang lain kerana menjadi pencadang calon bebas dan kerana tidak mengemukakan kertas pencalonan.
2. PAS pun mengambil tindakan yang serupa ke atas ahli yang bertanding bebas, menjadi pencadang dan penyokong calon bebas. Tiada butir lanjut diberikan.
3. Sim Tong Him, calon DAP bagi
kerusi Parlimen Kota Melaka, telah menarik diri daripada bertanding bebas di kerusi
DUN Kota Laksamana.
4. PKR Terengganu mengarahkan calonnya yang bertanding menentang PAS di tiga Kerusi DUN - Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi – supaya menarik diri dan menggesa penyokongnya mengundi PAS.
5.Suruhanjaya Pilihan Raya
berkata, nama calon-calon yang menarik diri tetap akan dicetak dalam kertas
undi.
6. Bekas Menteri Besar Selangor dan bekas Naib Presiden Umno, Muhammad Muhammad Taib dengan rasminya menyertai PAS dan berikrar berkempen untuk cara hidup Islam..
6. Bekas Menteri Besar Selangor dan bekas Naib Presiden Umno, Muhammad Muhammad Taib dengan rasminya menyertai PAS dan berikrar berkempen untuk cara hidup Islam..
POS ASAL
BERDASARKAN penamaan calon hari ini, Pilihan Raya Umum ke-13 bukan sahaja sengit tetapi sangat menarik kerana banyak kerusi menyaksikan pertandingan banyak penjuru dan tidak sebuah pun dimenangi tanpa pertandingan. Ada kerusi yang menyaksikan pertandingan tujuh hala.
BERDASARKAN penamaan calon hari ini, Pilihan Raya Umum ke-13 bukan sahaja sengit tetapi sangat menarik kerana banyak kerusi menyaksikan pertandingan banyak penjuru dan tidak sebuah pun dimenangi tanpa pertandingan. Ada kerusi yang menyaksikan pertandingan tujuh hala.
Perangkaan mutakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 579 calon akan bertanding merebut 222 kerusi Parlimen, termasuk 79 calon bebas dan 1,320 berebut 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 buah negeri, kecuali Sarawak.
Inilah kali pertama sejak PRU 1959 tidak ada kerusi dimenangi tanpa pertandingan. Dalam PRU 2008, BN menang lapan kerusi Parlimen dan tiga DUN tanpa pertandingan manakala PAS menang sebuah kerusi DUN pada hari penamaan calon. [Klik Di sini]
Dalam pilihan raya Parlimen, BN meletakkan 221 orang calon, PKR (99), PAS (73), DAP (51), bebas (79), State Reform Party (STAR) (28), Berjasa (9), Sabah Progressive Party (SAPP) (8), Sarawak Workers Party (SWP) (6), Kita (2), Parti Cinta Malaysia (PCM) (2), dan Bersama (1). Penama BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan.
Bagi pilihan raya DUN, BN meletakkan 505 calon, PAS (236), PKR (172), DAP (102), bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3), dan Socialist Party of Malaysia (PSM) (2).
[Senarai Penuh Di sini]
Ketidakpuasan Punca Banyak Calon Bebas
Sedikit sebanyak, bilangan calon
yang lebih ramai itu membayangkan wujudnya ketidaksepaduan di kalangan
parti-parti yang bertanding dan di dalam parti akibat pilihan calon.
Tetapi hal ini tidaklah
memeranjatkan sangat kerana boleh dikatakan semua parti cuba membuat
pembaharuan dengan meletakkan banyak orang baru. Dalam proses itu, tentulah ada
penyandang dan orang yang bercita-cita menjadi calon tetapi tidak terpilih akan
berasa hampa dan bertindak melawan parti.
Hal ini juga berlaku akibat
limpahan politik parti ke dalam pilihan raya seperti pengguguran Ahli Parlimen
popular Pandan, Ong Tee Keat yang berupa musuh ketat Presiden MCA Dr Chua Sooi
Lek.
Bergantung kepada siapa calon
bebas itu, kesan kepada calon-calon parti mungkin negatif. Kalau calon bebas
itu bekas ahli parti-parti yang bertanding, kesannya kepada calon rasmi mereka
mungkin lebih buruk.
Dalam konteks Pakatan Rakyat,
kegagalan mencapai kata sepakat di kalangan parti anggota menyaksikan calon
mereka berlawan antara satu sama lain di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota
Damansara, Selangor; Sungai Acheh, Pulau Pinang; Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir, Terengganu; Panti, Johor dan
Labuan yang tentunya memberi “advantage” kepada calon Barisan Nasional.
Di mana calon bebas adalah dari BN, khasnya calon
yang kuat dan ternama, “advantage” akan berada di pihak PR. Calon-calon bebas
sukar untuk menang. Dalam PRU 2008, hanya dua orang menang kerusi DUN daripada
66 yang bertanding dan tidak seorang pun daripada 36 yang bertanding Parlimen,
menang. Majoriti hilang deposit.
Pemberontakan Dalam Parti
BN pula mengalami pemberontakan
di beberapa buah kerusi di mana ahlinya bertanding sebagai calon bebas seperti
Parlimen Kuala Kangsar, Perak; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan,
Selangor.
Cabaran dalaman yang paling
mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua Wanita Umno, Kamilia
Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.
Tidak sukar memahami tindakan
Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding
sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah antara pemimpin atasan Wanita Umno
yang berotak, berprinsip dan tidak pandai mengampu.
Ketidakpandaian atau
ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik beliau.
Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau yang lebih
superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin atasan BN berasa
terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti.
Turut memberontak adalah bekas
Timbalan Menteri Pertanian, Mohd Shariff Omar, di Tasik Gelugor. Beliau kini
bertanding bebas melawan calon BN dan PAS. Calon PAS, Abdul Rahman Maidin
adalah juga bekas ahli Umno.
Kalau calon berontak BN di Tasik
Gelugor, Kuala Kangsar dan Pandan berjaya memperoleh undi yang cukup besar,
harapan BN mengekalkan tiga kerusi itu akan terjejas kerana kemenangan BN pada
PRU 2008 tidaklah terlalu besar.
Bagi DAP, antara pemberontaknya
adalah Jenice Lee, penyandang DUN Teratai, Selangor dan Sim Tong Him penyandang
Kota Melaka. Lee bertanding bebas di Teratai manakala Sim mempertahankan Kota
Melaka dan bertanding juga di kerusi DUN Kota Laksamana.
DAP dilihat sebagai bertindak
tegas terhadap penyandang yang dianggap tidak berprestasi, bermasalah dan tidak
sekata dengan kepemimpinan atasan parti.
Tindakan Taktikal Pasir Mas?
Perkembangan di Pasir Mas sangat luar biasa apabila penama BN, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan dengan itu memberi laluan kepada penyandang, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas, berlawan satu dengan satu menentang PAS.
Ini boleh dilihat sebagai
tindakan taktikal yang sangat luar biasa dan mengukuhkan dakwaan bahawa Perkasa yang
didukung oleh Ibrahim adalah gerakan bayangan Umno.
Dalam PRU 2008, Ibrahim
bertanding dan menang atas tiket PAS dengan majoriti yang besar. Beliau menjadi
renggang dengan PAS akibat sokongan PAS kepada penggunaan kalimah Allah oleh
orang Kristian di Semenanjung Malaysia dan isu-isu lain berkaitan Melayu.
Ibrahim mendapat kuasa baru
apabila beliau menubuhkan Perkasa bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam
ketika Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mempopularkan 1Malaysia,
meritokrasi, transformasi dan keterangkuman.
Dengan menjadikan bekas Perdana
Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad sebagai “mentor” Perkasa, Ibrahim
mendekatkan gerakan itu dengan Umno. Tidak memeranjatkan sekiranya “Faktor
Mahathir” menjadi talian hayat kepada Ibrahim ketika pencalonan siang tadi.
Dalam banyak hal, keupayaan
Ibrahim memanjangkan hayat politiknya dan kekal relevan boleh dikatakan setaraf
dengan Anwar Ibrahim yang kebetulan kontemporari beliau dalam revolusi kampus
pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Anwar berpangkalan di Universiti Malaya manakala Ibrahim di UiTM. Ibrahim akan dicabar oleh calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul
Aziz.
Dengan Ibrahim muncul sebagai calon “proksi” BN, Perkasa mempunyai dua orang wakil dalam senarai BN. Seorang lagi ialah bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang bertanding melawan calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam.
Dengan Ibrahim muncul sebagai calon “proksi” BN, Perkasa mempunyai dua orang wakil dalam senarai BN. Seorang lagi ialah bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang bertanding melawan calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam.
Apa pun, kita bersyukur dan
gembira kerana proses penamaan calon berjalan lancar dan tanpa kejadian yang
merugikan. Kita harap keadaan seperti itu kekal sehingga dan selepas pengundian pada 5 Mei. Pengekalan keamanan dan keselamatan adalah penanda aras kematangan kita berpolitik. Insya-Allah.
44 comments:
Dato.
Perlawanan calon PAS dan PKR berlaku kerana mustafa Ali Setiausaha Agong PAS sudah tidak dapat berfikir dengan tenang terutamanya salepas video sex yang melibatkan dia dikeluarkan.Persetujuan sudah tercapai antara AS dan PKR yang semua kawasan ini di tandingi oleh PKR tapi Mustafa tetap mengeluarkan watikahnyabtampa memikirkan akibatnya.
Berhubong dengan Kamila saya setuju dengan pendapat Dato.Kamila saorang peguam dan mempunyaimperinsip yang lurus .Ia tak pandai bodek ,tapi mempunyai fikiran yang benas.
Tindakan Kamila itu merupakan protest Wing wanita UMNO yang mana ramai ketua ketua wanita negeri tidak di berintempat.Maznah ketua Wanita Kedah.Dia sepatutnha beranding di Parliment Jerlun,
Ketua wanita Perak,Selangor,Johore semuanya tidak mendapat empat,
Soalnya siapa kah yang akan menjadi menteri wanita menganti Sharizat.
Saya dengan khabar hanya wanita UMNO yang sebulu dengan Rosmah dapatbmenjadi Calon.
Rosmah dan Kamilah datang dari sekolah yang sama TKC.Malangnya Rosmah hanya lulus jurusan sastera dari UM dan Kamila jurusan undang undang dari UM.
Ibrahim Ali di Pasir MAS dan dia melawan anak Nik Aziz?
Pasir MAS merupakan kubu kuat PAS?Ibrahin hanya membuat masa dan dia shok sendiri.
Ibrahim dan Zulkifli Nordin tidak sepatutnya beranding.Mereka sudah tentu akan kalah.Kemasokan mereka dalam BN hanya merosakkan nama baik BN.Sudah tentu Cina dan India akan jadi lebeh marah.
Dalam Pilehan Raya ke 13 ini yang amat menarek,ia lahcara calun UMNO di pileh.
buat pertama kalinya dalam sejarah pilehan raya
Malaysia dimana Isteri PM,juga memainkan peranan dalam memileh calon UMNO untok bertanding.
Mahayuddin mempunyai list sendiri,JJ dan AlisNoor mempunyai list sendiri dN akhirnya banyak calon calon yang di cadangkan oleh JJ di veto oleh Rosmah..Najib macam putus akal.
Inimlah sebebnya dalam UMNO pun kali ini banyak terjadi banyak kekeliruan.
Saya berharap BN/ UMNO maseh dapat mengekalkan kuasa salepas pileh raya.
Harap harap,tujoh oreng sami India yang dibawa khas oleh Orang India yang Pro BN dapat membantu BN memnangi Pilehan raya ini.Mengikut kawan saya setiap hari Sami Sami ini dibawa ka Putra Jaya.
Assalamulaikum Dato, Ia PRU13 akan berlangsung dengan meriahnya itu la yang dikatakan kita merayakan demokrasi bukan democrazy dengan daya pemikiran yang lebih terbuka dengan rakyat mendapat sumber maklumat dengan tepat melalui media baru kerana media arus perdana yang masih angkuh sikap nya lebih mengutamakan BN hari2 ada saja yang dibuat BN tapi yang jelas BN parti yang sudah rosak moral nya.
Dato kalau kita buka TV semuanya BN baik PR tak baik ada sahaja cacat celanya tapi kalau kita turun dilapangan BN la yang paling teruk,
Saya tak berani nak kata BN akan kalah kerana sebagai parti pemerintah sudah tentu banyak tipu helahnya.
Namun saya yakin PR akan berjaya kalau kita sentiasa meletakan ALLAH adalah segala-galanya.
ok dato terima kasih wassalam.
Mengenai kes Kamilia bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar, Dato bependapat itu akibat daripada "Ada pemimpin atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti." Mungkin Dato mempunyai maklumat "first hand" mengenai perkara tersebut sehinga boleh mnuliskan keseimpulan yang sedemikian bunyinya. Bagi saya, itulah penyakit bangsa kita; kalaulah kita boleh menerima lagenda budak pintar Hang Nadim dianiaya kerana kepintarannya menyelamat Singgora (bukan Singapura) daripada dilanggar todak, maka penyakit ini adalah penyakit lama yang tidak mahu pergi daripada bangsa kita.
Saya setuju sangat dengan Dato menggunakan tanda kata "gagal" bagi merujuk kes penamaan calon Parlimen Pasir Mas. Itulah hakikat politik Melayu, orang yang bijak bercakap berapi-api disangka benar-benar bijak memimpin bangsa, sehingga masih terus dianggap relevan kepada perjuangan bangsa. This applies to any politician with such character.
Hari penamaan calon yang harmoni tanpa insiden jelek, mudah-mudahan menjadi tanda awal perjalanan PRU13 yang memuaskan hati semua. May the best candidate win. Bagi keluarga saya, PRU13 mencatat sejarah apabila seorang anak buah menjadi calon DUN bagi BN. Pun begitu, saya tidak mahu menjadikan blog Dato ini sebagai gelanggang untuk berkempen.
Komen dato adalah amat adil kepada semua pihak ianya tidak menyebelahi mana2 pihak.
Kita perlu melihat lebih jauh lagi kemana arah pertentangan BN bila mana TAN SERI ISA SAMAD dan ALI RUSTAM bertanding di parlimen maka pembacaan kita mereka2 ini yang akan memberi saingan kedudukan timbalan presiden parti umno bila mana pemilihan akan berlaku nanti kerana kedua-dua nya sama ada menjadi ancaman kepada NAJIB atau mahyudin itu tak pasti tapi yang pasti mereka2 ini yang akan merebut jawatan tertinggi parti.Pada masa itu pergolakan parti umno akan lebih dahsyat lagi.
Dari senarai calun2 PRU umno kita nampak memang sengaja umno tidak akan meletakan calun nya di pasir mas senarai awal itu hanya GIMIK politik sahaja kerana respon dari TUN Dr MAHATHIR Kerana NAJIB mahu meredekan keadaan semasa iaitu kemarahan mahathir dan juga kemarahan rakyat terhadap calun bebas pasir mas ini yang di anggap oleh kaum bukan melayu sebagai pelampau.
Calun zulkifli nordin sebenar nya dia tidak sesuai bertanding di shah alam tempat yang beliau sesuia ialah di BATANG AI disarawak ini disebabkan shah alam tak akan menerima orang seperti ini kerana standard shah alam adalah amat tinggi orang2 umno tidak la 100% menerima beliau tapi terpaksa terima takut kena pecat.
Kita tunggu apa tindakan najib terhadap calun BN di pasir mas adakah kali ini beliau juga akan mengeluarkan surat pemecatan keatas calun BN pasir mas.....kita tunggu,
ok dato solat subuh dulu...
Dato rasa sape menang, Ghani Othman ke Lim Kit Siang? =)
Dato
somebody need to explain this..
Sungai Acheh - PKR vs PAS vs BN
Labuan - PKR vs PAS vs BN
Panti, Johor - BN vs PAS vs PKR.
Kota Putera, Tganu - PAS vs PKR vs BN
Bukit Besi, Tganu PAS vs PKR vs BN
Seberang Takir, Tganu PAS vs PKR vs BN
Teratai Cheras - Bebas/Incumbent ex DAP vs DAP vs BN
Melaka Kota Laksamana - Bebas/Incumbent exDAP vs DAP vs BN
Pandan - Bebas/exBN vs BN vs PKR
Kuala Kangsar - Bebas/ex BN vs BN Vs PR
Bukit Gelugur - Bebas/Ex BN vs BN vs PKR
meanwhile, din melaka now only stick to his other nicknames when making comments and you all know who.... he cant change his style to psycho readers...
Datuk dan rakan rakan semua,
Apa pun keputusan PRU13 nanti ianya hendaklah mencerminkan keputusan sebenar diluar sana.Jika keputusannya tidak sama nasib yg menimpa Suharto dan Marcos tidak dapat dielakkan lagi..Terpulanglah pd UMNO/BN samada nak kalah atau menang secara bersih dan bermaruah atau sebaliknya..
Masa sudah tiba.Apa pun yg berlaku melayu tidak akan hilang didunia
Dato.
Isu pecat memecat.
---------------------
Akhbar melaporkan ramai juga pecat memecat berlaku kerana bertanding terutama dikalangan BN.
Semua mereka sudah tahu bilang langgar lampu merah salah.
Sebenarnya ahli UMNO sendiri pun sudah tidak takut lagi dipecat.
Rasanya eloklah mulai sekarang JKuasa Disiplin UMNO bersidang segara terhadap kaki penentang BN sendiri.Sekarang ini secara senayp-senyap sabotaj ini sedang sktif beralaku atas alasan sikap Pemimpim UMNO sendiri lain cakap lain buat.Dulu Winable Candidate.Tiba-tiba Wincable candidate..
BN boleh menang dengan kadar cukup makan.Dua pertiga amat sukar diperolehi atas faktor dalaman dan luaran BN sendiri.Ini ditambah faktor celik politik dikalangan rakyat iaitu konsep seimbamg karajaan pembangkang.
Ramai akan pilih calon yang ada upaya bersuara dan berhidmat pada pengundi dan rakyat.
Pengundi wajib tolak mana -mana calon yang sudah berangan-angan dengan title YB.Hendak bergaya untuk jadi kaya.Tukang lobi dan kaki persen dan komisen.
Buatlah kajian semua calon yang bertanding ditenpat kita sendiri.Hanya calon yang sesuai dan imej tarbaik berilah undi.Jangan kira parti.
Kita tamatkan era atau zaman semua YB,Menteri dan lainnya sebagai tiket kepentingan diri kroni sahaja.
PRU 13 sebagai era tranformasai politik yang total dan kental.
Kamlia Ibrahim dan yang sejiwa dengannya wajib diberi sokongan dengan undi .
Politik : kalau lurus akan selalu kurus.
Faktor calon diutamakan dari Parti.
Selamat mengundi.
Terima kasih.
Salam DAKJ,
Saya hanya ingin memberi pendapat yang kedudukan seseorang ahli politik yang bertanding ditentukan oleh pilihan raya itu sendiri. Kalah menang dengan apa cara sekali pun, haruslah individu itu bermuhasabah dan menilai semula halatuju beliau selepas itu.
Terima kasih Dato..
Terima kasih Datuk kerana entry ini dapat dibaca dengan senang hati oleh
semua pengikut Datuk.
salam DAKJ
Hari pencalonan pru13 ini juga hari percalonan paling kelakar bagi pendapat saya.
Sebab ramai yang bertanding untuk kalah.
Yang tak mampu disegi tenaga dan wang ringgit pun ramai.
Tikam menikam parti sendiri dan bertanding sesama sendiri.
Banyak percalonan bebas dan parti kecil ada agenda yang tersurat dan tersirat.
Salam Wan Kamarul Aridin.
Saya boleh jawab soalan saudara.
Di Gelang Patah Lim.K Siang akan menang.
Ghani hanya membuan masa sahaja.Dia banak merosakkan nasib orang orang Melayu johore dan aamat di mukai oleh Sultan Johor.
Johore akan kehilangan sakurang kurangnya 8 kerusi Parliment.
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Kedua-dua belah pihak sudahpun membentang calun mereka. Sekarang tugas yang besar adalah bagi rakyat memilih calun yang mereka yakini akan membawa kesejahteraan kepada rakyat. Keputusan PRU 12 telah mengubah landskap politik tanah air. Hasil dari adanya persaingan yang singit antara dua kumpulan maka buat kali pertamanya orang politik sekarang memberi perhatian kepada rintihan rakyat dan lebih turun padang untuk memikat hati rakyat. Kedudukan seperti ini perlu diteruskan buat beberapa waktu kerana kalau tidak mereka akan balik kepada perangai mereka yang lalu.
Selamat mengundi calun yang berwibawa,
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya
Salam Datuk AKJ
Suburnya demokrasi maka semakin ramailah yang mahu mengambil bahagian secara aktif. Bila demokrasi dalam negara berkembang, demokrasi dalam parti juga sepatutnya bergerak seiring. Bila parti terlalu berpolitik hinggakan kemanusiaan tidak diberikan tempat, maka cacatlah kesuburan demokrasi itu sendiri. Kamilia telah berjasa dan digunakan untuk menurunkan Rafidah dan menaikkan Shahrizat, maka dia tidak berguna lagi selepas ini malahan dia dianggap sebagai ancaman. Berlalunya dia mungkin memang dialu-alukan.
Ong Tee Keat di Pandan bertindak lebih bijak kerana tidak bertanding sebagai calon bebas. Walau bagaimanapun dia menghantar wakil untuk bertanding dan merosakkan pola pengundian. OTK tidak akan menerima kesan langsung sekiranya calonnya kalah tetapi akan beroleh manfaat jika majoriti menyokong calonnya sebagai wakil rakyat. Dalam Parlimen yang sama, DUN Teratai menyaksikan Jeanice Lee digugurkan oleh DAP juga bertanding sebagai calon bebas. Bagi DUN Chempaka pula, seorang Naib Ketua Pemuda yang tidak berkelulusan dicalonkan oleh UMNO menghadapi penyandang dari PAS yang bergelar Ir dan juga bekas Exco Selangor. Khabarnya, calon ini tidak pernah melalui saringan oleh SPRM dan polis. Memang hebat Parlimen Pandan, dan cukup menarik untuk mengetahui benarkah calon boleh menang BN boleh menang di situ.
Tempoh kempen selama 15 hari ini sudah pasti diwarnai dengan pelbagai peristiwa. Semoga Allah terus melimpahkan rahmatNya dan sentiasa melindungi negara tercinta ini walau siapapun yang terpilih pada PRU-13.
Sdr Ismail Mamat
"Ibrahim Ali di Pasir MAS dan dia melawan anak Nik Aziz?
Pasir MAS merupakan kubu kuat PAS?Ibrahin hanya membuat masa dan dia shok sendiri.
Ibrahim dan Zulkifli Nordin tidak sepatutnya beranding.Mereka sudah tentu akan kalah.Kemasokan mereka dalam BN hanya merosakkan nama baik BN.Sudah tentu Cina dan India akan jadi lebeh marah."
1/ PRU Ke-13 ini adalah antara UMNO dan PR.
2/ UMNO dah tak harapkan undi kaum Cina. Undi kaum India saya tidak tahu.
3/ Undi kaum Melayu berpecah dua antara PR dengan UMNO, di mana sebahagian pengundi UMNO ialah ahli PERKASA yang diketuai oleh Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.
3/ Jadinya, untuk UMNO pastikan undi ahli PERKASA dalam gengamannya Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin perlu jadi calun UMNO. Soal menang kalah atau kalah itu lain cerita.
...SAJI
Perkembangan di Pasir Mas sangat luar biasa apabila penama BN, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan dengan itu memberi laluan kepada penyandang, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas, berlawan satu dengan satu menentang PAS.
Salam Datuk,
Seluruh ahli dan penyokong BN (khususnya kaum cina dan india)telah tertipu dengan sandiwara UMNO dan PERKASA yang diarahkan oleh Pengarah yang cukup berpengalaman dan sadis terhadap rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia mesti kalahkan KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) dalam PRU13 demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta.
@ Rosiah Ismail,
setiap kali di akhir komen akan kata, pergi kerja dulu le, nak memasak le, dah masuk waktu subuh le, nak jemput suami le....mun, terlalu sibuk buat le mana yang penting dulu... susah sangat ke ?
kesilapan PAS, adalah dengan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen di Jempol... rupa rupanya, sangat mudah nak jadi calon PAS....naik pentas 2, 3 kali.. ceritakan masalah "sendiri" yang orang tak layan, salahkan pihak2 tertentu tetapi pra-syarat mesti pernah di kenali pada dahulu kala..comfirmed dapat watikah ! kepada pengundi2 PAS parlimen Jempol...hello..tiada ke, pemimpin PAS Jempol yang layak bertanding ?
2009, ramai orang di changkat jering beri undi simpati kepada calon PAS yang bertanding di PRK parlimen bukit gantang.. kali ini, orang yang sama bersemangat nak mewakili dun changkat jering... terpulang le..yang dah tentu beruntung, ialah orang di Pasir Panjang... dapat orang baru !!!
yang pelik pada saya ialah, kenapa hisham "tuko tiub" tidak pernah di pilih menjadi calon PKR... setau saya, mamat ni penyokong tegar pak sheikh sejak dulu2, kini dan akan datang...tambahan pulak mamat ni le, yang jadi idola budak2 tengah belajo...pengarah filem "dari jempol ke songkla " ni, sepatutnya, sesuai le mamat ni menjadi calon di tempat aishah bertanding
Sama ada perasan atau tidak, penyertaan beberapa calon-calon YB pada kali ini ada perkaitan bapa-bapa.
1. LGE mendapat lampu hijau dari papanya (LKS)
2. Nik Abduh diiringi doa ayahandanya (Nik Aziz)
3. Nurul Izah mewarisi slogan reformasi bapandanya (Anwar Ibrahim).
4. A/L CSL masuk gelanggang diiringi pengurus merangkap ba'ba.
5. Najib Razak membuka langkah yang dibayangi "Bapa Pembangunan"
Sebenar nya dato, walau apa pun sebab nya yang berlaku di Pasir Mas, umno sebenar nya telah kalah tanpa bertaanding di kerusi tersebut. Ibrahim Ali akan sentiasa mendakwa umno telah berhutang budi kpd beliau sepertimana yang selalu di sebut kpd pas yang telah memberi laluan kpd nya. dasar kuching kurap.
Saya melihat beberapa siri strategi UMNOBN bakal menikam diri.
1. Pengiktirafan NAJIB terhadap HINDRAFF 2 hari sebelum penamaan calun menunjukkan NAjib sangat terdesak dan sanggup menandatangani "perjanjian tuntutan" HINDRAFF. Sedangkan suatu masa, HINDRAFF dicop sebagai pertubuhan haram, dan pemimpinnya dikenakan hukuman.
KITA juga nak tahu apa perjanjian dan persetujuan Najib terhadap tuntutan HINDRAFF. Apa yang dituntut dan dipersetujui Najib?
Apapun, itu tindakan seperti "meludah ke langit" atau "menampar air didulang".
2. Sikap sandiwara UMNO dengan PERKASA sangat jelas, terang dan bersuluh. IBRAHIM ALI di Pasir MAs, ramai berpendapat satu sandiwara UMNO memberi laluan kepada Presiden Perkasa.
Bermakna, tanggapan umum sebelum ini, Perkasa adalah UMNO, dan UMNO adalah Perkasa adalah sama, 2x5, 5x2. Naib Perkasa, Zul Nordin dipuji melangit oleh pemimpin UMNO.
Keakraban UMNO-PERKASA akan menyebabkan undi bukan Melayu merudum kepada UMNO.
3. Dari 222 kerusi Parlimen, TIADA sebab 1 kerusi tidak boleh diberi kepada Kamilia, pemimpin no 2 dan penyokong kuat Rafidah Aziz. Bersama beliau, beberapa Ketua Wanita UMNO Negeri langsung tak bertanding baik peringkat DUN atau Parlimen.
Keadaan sedemikian, menyebabkan UMNo seperti patah sayap kirinya.
Harapan cerah kepada Pakatan Rakyat di Perak.
APA KOMEN Rafidah Aziz?????
4. Di Pulau Pinang, Najib sebenarnya bukan mengemukakan calun-calun baru, TAPI pemimpin lama di bahagian masing-masing yang kurang berpengaruh.
Shariff Omar sangat popular, begitu juga Arif Shah di Seberang Jaya. Nasir ganti Arif Shah satu kesilapan besar. Dan calun bebas, Shamsut Tabrej yg mempunyai PhD, gagal melobi mengambil langkah drastik sbg calun bebas. Peluang cerah Dr Afif PKR merampas kerusi kubu kuat UMNO di permatang Pauh.
Dato.
Orang kuat PM di Pokok Sena.
Setpol PM Shahlan bin Ismail telah berjaya menjadi calon BN di Pokok Sena.
Sepanjang berada di Pekan Bandaraya AS ada juga cerita menarik di Pokok Sena.
Jika benar maka ianya adalah Hairan bt Ajaib akan berlaku.
Dua kemungkinan akan berlaku terhadap BN disitu.
1.Calon Parlimen BN Pokok Sena menang.Calon DUN akan kalah.
2.Calon Parlimen dan DUN akan kalah.
Semuanya berkisar pada faktor dalaman yang kian parah dalam UMNO.
Ditambah pula kata ceritanya Setpol PM ini telah silap percaturan yang kurang bijak.
Lebih manis jika dia menjadi orang tengah yang menjadi pendamai politik UMNO.
Dalam politik bukan semua bijak dalam buat keputusan walaupun Setpol PM sendiri.
UMNO/BN umpama telur hujung tanduk.
Apa pun 15 hari berkempen macam-macam boleh berlaku.Sama ada mendapat pulangan atau sebaliknya.
Mahfuz pun laju juga.Penyandang Parlimen Pokok Sena.Pengundi atas pagar dan undi score gol sendiri yang memenangkan nya tempohari.
Semua nasib calon pada PRU 13 ini bergantung pada pengundi.Umpan segala beras gula kopi dan hamper tak sesuai lagi.
calon-calon ini kadang nampak ikhlas .Kadang-kadang nampak berpura-pura mesra ,baik hati.Bila jadi YB belum pasti aslinya itu.
Menarik di Pokok Sena antara Naib Presiden Pas dengan Setpol PM.
Rakyat makin seronok lihat sepak terajang mereka setiap lina tahun sekali
Jawatan apa pun bukan lagi sebagai keramat untuk menang.
Strategi dan hati budi jadi ukuran.
Terima kasih..
Salam Dato
yang menarik perhatian saya adalah terdapat begitu ramai calon dari kalangan ahli keluarga ie.
Keluarga Karpal Singh - 3 orang ( 2 diPenang dan 1 di Sgor )
Keluarga LKS - 3 orang (1 Johor 1 Melaka dan 1 Penang )
Keluarga Nik Aziz - 2 orang di Kelantan
Keluarga Anwar Ibrahim - 1 di penang dan 1 di KL
yang menariknya tiada langsung bantahan dari penyokong mahupun ahli parti masing masing serta NGO sedangkan para pemimpin ini dan juga NGO itu juga yang lantang menetang kronisma.
Bahkan yang lebih menarik perhatian apabila ada ahli yang ingin bertanding atas tikit calon bebas, Karpal dgn pantasnya memberi amaran keras.
apakah hanya keluarga mereka ini suci dalam memperjuangkan ideologi parti sedangkan ahli lain di label sebagai kurang mampu.
NGO juga bagai membisu seribu bahasa.
Saya sudah bersoal jawab dengan calun PAS untuk tempat saya, Parlimen Kuala Selangor.
Bila dia sampai, saya tulis soalan di kertas dan kirimkan melalui penceramah 1 yang berada paling tepi. TIADA yang MENGHALANG.
Ceramah ditamatkan pada pukul 12 dan hadirin telah dijemput menjamu selera. Soalan saya belum dijawab secara penuh.
Saya mendekati calun dan memperkenalkan diri sebagai si pengirim soalan.
Calun minta maaf. Katanya tadi masa suntuk sebab sudah dekat pukul 12 (SPR dilihat meronda).
Lalu beliau menjawab soalan saya di situ juga. Orang ramai mula datang berkerumun tetapi kami tidak berganjak. Soal jawab itu dibuat secara terbuka.
Saya nak "highlight" disini:
1.Sepanjang soal-jawab, saya boleh mencelah dan memberi soal balas atau soalan.
2.Sepanjang soal jawab, calun sekejap-sekejap meletakkan tangannya di lengan saya (saya berdiri dengan bersilang tangan). Hanya bila sesi kami sudah tamat, baru perbuatan ini berhenti. Saya anggapkan, beliau tidak sanggup "melepaskan" saya selagi persoalan saya tidak terjawab.
3.Sesi kami berjalan lebih sedikit 30 minit, dikerumuni orang yang semakin lama semakin ramai.
4.Sebelum terlupa. Memandang beliau calun parlimen, maka soalan saya adalah berkenaan manifesto nasional PR.
Selepas itu, calun bersalaman dengan orang ramai dan beredar. Saya pula didekati petugas PAS:
1.Ada yang tanya, saya ahli cawangan PAS mana. Saya kata saya bukan ahli, cuma pengundi.
2.Ada yang memperkenalkan beberapa petugas dan penceramah, jika saya ada soalan di lain hari.
3.Ada yang minta saya kibarkan bendera di rumah, saya kata saya kena kekal atas pagar.
Kini saya tunggu pula kedatangan calun DUN Jeram dari PAS. Begitu juga saya tunggu kedatangan calun parlimen dan DUN dari BN.
Saya sudah mula bersoal jawab dengan calun PRU13 untuk tempat saya. Saya semakin jelas siapa calun ditempat saya. Saya guna kuasa saya sebagai pengundi.
ANDA BILA LAGI?
Fed Up
Aslkum Dakj
dan mereka2 yg sentiasa berdoa agar masih di beri taufik dan hidayah agar diberi kekuatan memilih untuk memisahkan diri dari kejahatan dan bujukan UBN.
KAMALIA ibarat air dan minyak. Sampai bila pun tak akan boleh bercanpur. Di kaca mata Najib , kak ros, kak ijat orang macam KAMALIA , lebih mirip baik dari jahat. Kalau lelaki KAMALIA , dalam UMNO hanya layak baca doa.
Sekarang saya doakan KAMALIA agar berundur tanding bebas tapi istihar sokong PR.
Bukan atas dasar merajuk dsbnya tapi atas dasar kesedaran bahawa kepimpinan UBN tu lebih banyak keburukan atau at best campur aduk kebaikan dgn keburukan.
Tak pernah ada erti terlambat dalam bertaubat.
aslkum Dakj
dan kpd yg masih mau berfikir tentang masa dpn anak cucu.
Tahun 2009 hutang negara tak cecah 300b tapi lepas 4 tahun Najib jadi PM dan kak Ros jadi TPM hutang negara cecah 550b.
Bukankah bererti NAJIB guna duit pinjam untuk tunjuk baik buat pelbagai projek termasuk BR1M?.
Kalau kita sendiri sebagai individu berbelanja sakan dgn duit hutang, tunggu je surat cinta dari pihak bank.
Dalam kes bernegara, apa jua harta negara yg UBN boleh jual, mereka akan jual termasuk murah2. Ketika itu yg perintah negara bukan lagi pemimpin UMNO tapi toke2 spt anak2 LIM GOH TONG, KUOK BROTHERS, ANANDA KRISHNA, TONY FERNANDIS DLL.
Sekarabg ni pun dalam keadaan dah 15 tahun berturut2 UBN berbelanja lebih dari pendapatsn, adakah kita benar2 yakin pemimpin UMNO yg perintah negara....bukan beberapa bisnismen ber berpengaruh?
Isu video dan yg seumpamanya yg berteknologi Thailand hanya tektik pecah dan perintah.
Aslkum Dakj
dan kpd mereka yg sentiasa mau berfikir tentang azab dan nikmat Allah.
MALAPETAKA PALING DAHSYAT AKAN MENIMPA UMAT MELAYU TERMASUK ORANG UMNO JIKA UMNO TERUS DIBERI KUASA.
KERANA 40% PENDUDUK NEGARA MENDAPAT PENDAPATAN BULANAN BAWAH RM1400. DAN DRPD JUMLAH 40% ITU SEBABYAK 70% ADALAH ORANG MELAYU.
ANAK ORANG MISKIN KERANA TAK CUKUP MAKANAN BERZAT RATA2 TAK AKAN JADI PANDAI. BERERTI KETURUNAN MISKIN SELAMANYA AKAN MENJADI MISKIN GARA2 BODOH DI SEKOLAH ATSU SEJAK LAHIR.
KALAU SELAMA 55 TAHUN INI PEMIMPIN UMNO KOTAKAN APA YG MEREKA JANJI PD ORANG MELAYA KITA TAK AKAN JUMPA STATISTIK DI ATAS.
UBAH TELAH MENJADI JIHAD DALAM PRU 13.
Aslkum Dakj
dan mereka yg sentiasa berusaha menjadi manusia yg berbuat terbaik kpd kekuarga mereka.
NAJIB KATA KAMILIA TOLAK TAWARAN BERTANDING KERUSI DUN.
KAMILIA PULAK DAKWA TIADA TAWARAN LANGSUNG. JANGANKAN PARLIMEN, DUN PUN TIADA.
SALAH SEORANG TENTU BERBOHONG.
TAPI KALAU TENONG MATA NAJIB, TERPANCAR SIFAT BOHONGNYA TU.
LAGI PUN KALAU NAJIB BENAR2 MENGHARGAI JASA DAN KEDUDUKAN KAMILIA SEBAGAI ORANG NOMBOR DUA WANITA UMNO, SEJAK LAMA DULU KAMILIA PALING TIDAK SUDAH BERGELAR TIMBALAN MENTERI.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH SIAPA PEMBOHONG.
NAK TENGUK APA UMNO BUAT PADA PEMIMPIN YG BERSIH, LIHAT NASIB KAMILIA.
ANUAR YG BERSIH DAN BERANI MELAWAN TERUK KENA LANYAK.
YANG PANDAI BAWA DIRI DI DUNIA SEBAB TAK MELAWAN BILA DIPECAT IALAH ORANG MACAM MUSA HITAM.
DI AKHIRAT SIAPA TAU. SEBAB TU RAMAI PEMIMPIN UMNO BERANI SANGAT BUAT JAHAT DI DUNIA NI.
Aslkum Dakj dan mereka2 yg masih mengenal hukum halal haram semasa berpolitik.
Syukur dengan izin Allah mantan naib presiden UMNO merengkap mantan menteri besar Selangot kini meninggalkan UMNO untuk menyertai petjuangan rakyat.
Siapa tak kenal tentang betapa brutalnya pemimpin UMNO dalam menjahanamkan sesiapa yg prrsiden mereka dah gam sebagai musuh.
Tentang bab ni Israil dan Amerika pun harus tabik pd juara dunia pemimpin UMNO.
Jentera kerajaan spt polis, pendakwa raya, SPRM, ATM, SPR semua diguna untuk mengugut dan menjahanamkan musuh mereka.
Yg hairannya orang semakin tak takut dgn SAMSENG UMNO.
Saya tak dapat bayang muka pemimpin besar UMNO spt NAJIB, MUHYIDDIN, MAHADIR, HISHAMUDIN, ZAHID DAN KAK ROS bila UBN kalah.
Belajar dari kejatuhan diktor dunia yg lepas2, ada sesiapa berani jamin UBN dan pemimpin mereka akan menongkat dunia?
Dato.
Saya ingin komen dengan media campaigh oleh BN yang diiklankan setiap hari di akhbar akhbar.
Menggunakan fear factor sudah tidak effective.Generasi Muda yang meruakan penggundi terbesar dalam pilehan raya kali ini sudah tidak kesah.Kebanyakan mereka sudah membuat keputusan untok menukar kerajaan.Ini yang bahaya bagi Najib dan BN.
Parti MCA,Gerakan yang meawkili kaum cina akan kalah terok.
Orangnorang Kadazan dusun di Sabah amat marah kapada mahathir kerana mengeluarkan ic kapada pendatang filipina dan Indonesia.RCI di sabah merukan satu kesilapan yang besar.Orang Sulu yang merupakan penggundi setia BN ,amat marah dengan kerajaan Najib kerana tindakannya menyerang dan membunoh pendatang Sulu.
Orang orang Dayak di Serawak si Serawak dibawah Jim Masing amat marah kapada Hishamiddin kerana membenarkan Party Dato Sng di daftar samula.Jim Masing menguasai hampir 10 kerusi Parliment.
Pada anggaran saya paling tinggi BN akan memenangi hanya lah 100 kerusi Parliment.
Aslkum Dakj
dan mereka2 yg dirahmati Allah kerana masih mau menurut perintah dan meninggalkan larangan Allah, maklum pada akhir zaman ini.
Manusia bernama IBRAHIM ALI dan ZUL NORDIN memang hebat. Dah berapa kali lompat/tukar/dipecat, tapi masih ada tempat dihati NAJIB , presiden UMNO.
Jelas dengan mengiktiraf IBRAHIM DAN ZUL, NAJIB mau berpura2 tunjuk pd Melayu bahawa NAJIB punya semangat Melayu sejati spt mana digendang oleh presiden dan naib presiden PERKASA.
Lucunya, ZUL dicalon langsung oleh NAJIB( nak menunjukkan NAJIB berjiwa MELAYU). Sementara demi menjaga hati Cina, maka pencalonan IBRAHIM oleh NAJIB sedikit berbelit dgn lakonan calon rasmi UMNO tak muncul di hari penamaan calon.
Apa pun saya penuh yakin IBRAHIM dan ZUL akan tersungkur. Bezanya ialah IBRAHIM akan kalah dgn majoriti besar berbanding dgn ZUL gara2 persekongkolan SPR/UMNO dgn projek memenangkan UBN di Selangor.
fikir-fikirkan
biar pr menang di parliamen
bn di semua negeri
berapa lama sebelum pru14?
dua tahun?
ekonomi lingkup?
tidak bila 'more state autonomi'
agung melayu kan ada
walaupun lembut-lembut kedah sekarang
- apa nak di takut momokan umno
negara akan huru-hara
tapi tak mungkin
kerana hanya kadir jasin sahaja yang boleh berfikir waras
din melaka & fed up, anda mengundi di kawasan yang sama ke ?
Dato
din melaka ni kalau pakatan pujaan dia yg buat ( tak buat ) semuanya ok saja ( atau di buat tak nampak )
1. masaalah rakyat pendapatan di bawah RM1400 sebulan. Di kelantan dah 22 tahun isu ini berlaku.
2. Rezab pentadbiran - Kelantan kalau tak di bantu oleh pusat, dah jadi macam Greece.
3. Ahli parti yang tidak sehaluan dengan pemimpin. Nak kita senaraikan berapa ramai pengasas dan pemimpin kanan PKR yang dah tinggalkan anwar atau di tendang keluar dari PAS
4. Berapa luas tanah yang tokeh cina nga dan ngeh dari dap perak dapat dari kerajaan pas kelantan?
10,000 ekar ?
sedangkan rakyatnya maseh berpendapatan di bawah RM1400 sebulan.
kalau nak cerita lagi, sampai lepas pru pun tak habis lagi.
cermin cermin lah diri anda sebelum membuka mulut.
Dato.
Bila Muhamad Taib masuk Pas.
Maka indek pemasaran politik Muhamad Taib terus melonjak naik dengan kedudukan yang baik dikalangan para penyokong Pakaran Rakyat terutama Pas.
Urusniaga politik Muhamad Taib dijangka aktif semula sehari dua ini dengan tindakan nya itu.
Apakah UMNO akan terus kehilangan kuda tua yang masih ada taring.
Itulah UMNO kini yang dikendung kejijiran.Yang dikejar tak dapat.
Inilah cerita UMNO Selangor yang menjadi punca Muhamad Taib beralih selera politiknya.
UMNO Selangor kena jaga dan berjaga-jaga bukan curiga tak tentu fasal.
Buruk buruk Muhamad Taib sudah tentu ada pengikutnya sendiri disaat perlu walaupun satu undi.
Semua orang terutama pemimpin UMNO kena renung sedalamnya.
Terima kasih.
Para Pembahas dan pelawat yang saya muliakan,
1. Pada hari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu aka United Malay National Organisation (Umno) menyingkirkan 61 orang ahli kerana terbabit bertanding bebas melawan calon BN, bekas Naib Presidennya, Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.
2.Muhammad adalah seorang daripada banyak pemimpin veteran Umno yang dipinggirkan di bawah amalan bunuh legasi dan padamkan sejarah yang bermula pada zaman hitam Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah luka parah dan Umno/BN masih berdarah sampai hari ini kerana Abdullah dan anggota Kabinet Dapurnya komited menghapuskan legasi (Tun) Dr Mahathir Mohamad.
3. Apabila Mohd Najib naik atas daya usaha Dr Mahathir, Muhyiddin Yasin dan para blogger anti-Abdullah, dia mematikan Islam Hadhari Abdullah dan menggantikannya dengan 1Malaysia.
4. Kecuali Dr Mahathir (yang Mohd Najib takuti) dan beberapa kerat veteran ikut cakap, majoriti veteran Umno yang lain dijauhkan dari mata dan dinyahkan dari hati. Yang menerima takdir merungut di pinggiran tetapi terus setia kepada panji-panji perjuangan bangsa, agama dan negara kerana itulah latihan dan itulah ajaran. Yang lain berkata takdir meminta mereka keluar Umno dan berjuang atas landasan lain pula.
5. Berharga dan bermakna lagikah suara dan demokrasi parti apabila yang memang pemilihan tidak diberikan jawatan tetapi yang kalah dinobatkan semata-mata kerana mereka setia, pandai bermuka-muka dan “yes sir, yes sir”?
6. Berharga dan bermakna lagikah undi rakyat jelata apabila yang menang pilihan raya tidak dilantik menjadi apa-apa sedangkan yang kecundang dilantik Senator dan dijadikan Menteri?
7. Atau kita sedang melihat proses pseudo “mempresidenkan” Umno, BN dan Kerajaan di mana ketua bertindak seolah-olah dia Presiden Amerika tanpa perlu mengambil kira pilihan parti dan pengundi?
8. Adakah mereka yang memberontak dan disingkirkan itu derhaka, gila kuasa dan membelakangkan parti atau mereka nampak kesan-kesan pembolotan kuasa di bawah sistem presiden pseudo ini?
9. Atau mungkinkah ini penentuan masa bahawa orang tua, walaupun dia seorang cendekiawan atau pujangga, perlu berundur dengan sukarela ke puncak gunung atau gua dan jangan campur tangan dalam hal orang muda yang berkuasa dan tahu segala-galanya?
Mohon ampun. Wallahualam
Salam DAKJ,
Dalam memilih beras, 1-2 antah pasti tertinggal. Dalam me'reform' UMNO/BN ia juga tidak terlepas dari tersangkut dengan beberapa antah yang tidak dikehendaki. Dalam bekerja, seseorang bos itu mahukan pekerja yang mampu memberi sokongan,menggerakkan syarikatnya dan semestinya tidak mahu pekerja yang akan melawan untuk menjatuhkannya atau menghuru-harakan syarikat.
Apa gunanya menang di dalam parti tetapi tidak mampu untuk memenangi kerusi PRU. Apa gunanya berjawatan di dalam parti sekiranya,rakyat di luar menolaknya.
Apabila disebut calon yang dipilih adalah datang dari pilihan akar umbi, berapa kerat pula akar dan umbinya. Jika hanya berpandukan atas kertas, adakah kesemuanya aktif.
Sebagai pemimpin parti, sudah tentulah mereka ingin melihat anak-anak buahnya membantu untuk menggerakkan parti dan bukanya membantu untuk menjatuhkannya dengan agenda tersembunyi.
Pemimpin yang kecewa kerana tidak dipilih seharusnya membantu meluruskan barisan parti bukannya berpaling tadah meninggalkan parti. Jika dahulu, rakyat boleh dikelirukan mereka meninggalkan parti atas sebab kepincangan parti. Tetapi rakyat sekarang tahu menilai bahawa perjuangan dan khidmat mereka sebelum ini adalah tidak ikhlas demi kerakusan untuk menuju ke puncak. Jangan kerana terdesak, rakyat dikelirukan seta memanipulasi agama dengan pemberian hidayah dari Tuhan kepada pemimpin tersebut.
Dalam menyimpan pemimpin yang boleh di jadikan "aset" di dalam parti, sudah tentulah seseorang pemimpin itu perlu bijak untuk menggunakan "aset lancar" pada masa yang sesuai manakala perlu menyimpan "aset jangka panjang" untuk digunakan pada masa akan datang. Adalah satu keperluan bagi seseorang pemimpin itu untuk melupuskan liabiliti di dalam parti kerana dikhuatiri akan menjejaskan parti.
Dalam menegur kawan janganlah pula hanya nampak kuman diseberang laut,gajah dipelupuk mata tak nampak.
Wallahualam
Kalau semua cerdik Dan berotak mcm kamalia tetapi tidak patuh kpd ketua - lingkuplah parti Dan negara.
Kalau berotak Dan cerdik - tetap boleh sumbang walau duduk di cherok tok kun
FIKIR TAJAM DATO’ DAN “LUAHAN KECIWA”?
7. Atau kita sedang melihat proses pseudo “mempresidenkan” Umno, BN dan Kerajaan di mana ketua bertindak seolah-olah dia Presiden Amerika tanpa perlu mengambil kira pilihan parti dan pengundi?
Saya sangat berminat dengan tafsiran atau sindiran Dato’ “pseudo “mempresidenkan” Umno”.
AWAS Dato, nantikan ditarik balik anugerah Tokoh Wartawan Negara!
Sejak 4 tahun memegang jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri tanpa personal mandate, NAJIB disamping program Transformasi dan 1Malaysia, sangat giat berkempen ala Presiden Amerika dengan slogan “I LOVE PM”. Maka kita tidak hairanlah kalau beberapa kajian menunjukkan popularity beliau kian meningkat, tetapi popularity BN terus menjunam! Beliau berkempen untuk dirinya bukan UMNO, bukan BN. Sebab itu beliau tidak tahu sebenarnya apa kehendak akar umbi. Yang beliau hanya kenal mereka yang ampu dan puji beliau, di bahagian yang kerja keras langsung tak dihargai. 61 orang tu bukan calang-calang orang, sebahagian besar punyai jawatan tinggi peringkat bahagian.
JUMLAH “PEMBERONTAKAN” SEBEGITU BESAR DALAM SEJARAH UMNO, MENUNJUKKAN TANDA-TANDA KEJATUHAN UMNO.
HEMMM, bagaimana agaknya perasaan Kamalia membaca Utusan Malaysia?
Dok tengok-tengok wanita dan puteri yang suatu masa dulu peluk cium tangan dan berlaga pipi, kini dia kesepian, mereka diluar sana bukan sahaja senyum tetapi ketawa berdekah-dekah.
JANGAN BERSEDIH.
JANGAN BERSEDIH KAMILIA, PAS SUDI MENERIMA KAMU!
MARILAH, KAMI AKAN MENYAMBUT KAMU
AMBILLAH PENGAJARAN DARI “2 MUHAMMAD” @MIKE TYSON!
8. Adakah mereka yang memberontak dan disingkirkan itu derhaka, gila kuasa dan membelakangkan parti atau mereka nampak kesan-kesan pembolotan kuasa di bawah sistem presiden pseudo ini?
1. Umno dilaporkan telah memecat 61 ahli kerana bertanding sebagai calon bebas.
Ha ha ha,
Dari awal saya sudah bagi jawapan kepada Dato’.
Ya, mereka derhaka.
Ya, mereka gila kuasa.
Ya, mereka membelakangkan Parti
Ya, mereka mementingkan diri
Ya, mereka nampak kesan-kesan pembolotan kuasa di bawah sistem presiden pseudo ini
“ YA, MEREKA SEPERTIMANA SAYA KATAKAN “KALAU AKU PADAN MUKA ,KAMU PUN PADAN MUKA”.
Mereka melobi nak jadi calun berhabis-habisan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit. Tiba-tiba nama tak naik, separuh gila jadinya….PADAN MUKA AKU!
Natijahnya, seterunya yang pada pandangannya tidak layak berbanding dengannya, dilawan habis-habisan supaya jadi macam beliau….PADAN MUKA KAMU!
Mereka ini tiada lain tiada bukan DEMI DUNIAWI.
Apa makna berjuang bagi mereka ini…..berjuang demi duniawi, satu sen pahala tak dapat.
TANYALAH MANA MANA ULAMA MURSYID DI MANA MANA ATAS MUKABUMI INI, KALAU AMALAN BUKAN KERANA ALLAH SWT, TAPI KERANA DUNIAWI, DAPAT PAHALA BANYAK MANA?
ITU LAH UMNO,
GILA NAMA
GILA KUASA
GILA HARTA
SEMUA GILA (KATA-KATA LAGU WINGS)
Selamat tinggal UMNO
Akan ku hadiahkan batu nesan mu
1 dari Turki
1 dari Italy
Salam Datuk,
Kalau Datuk nak bertapa di puncak gunung atau gua, jangan lupa bawa perkakasan untuk blogging.
Dengan izin,
Sdra Fed Up,
Bila memilih calon dan bukannya parti, kredibiliti dan personaliti calon menjadi kritikal.
Sdra akan nilai calon-calon berdasarkan jawapan-jawapan yang diberi di bawah tekanan tinggi ? Bagus juga kalau ada calon alternatif dengan profail bagus macam calon parlimen kawasan sdra.Oleh kerana saya lebih cenderung utk pangkah BN, eloklah saya selidik calon parti lawan. Malangnya calon alternatif tempat saya adalah Mat Sabu. Bila Mat Sabu ghisin, selera saya nak tanya soalan-soalan pun terbantut. Dia calon extra-terrestrial yang tetiber-boleh-menang sebab lawan kat lubuk PAS (pilihan politik tidak semestinya realistik). Calon BN untuk DUN saya pula adalah calon incumbent yang sure-menang jugak, sebab DUN itu lubuk BN. Orang putih kata, better the devil you know, than the devil you don't. Lagipun kami org-org kampung tahun lepas dah dapat sos cili sorang sebotoi. Kat atas botoi sos ada gambag calon. jadi, kami ingat sampai bila-bila. He he he..
Saya tidak pasti akan ada upset utk kerusi Parlimen dan DUN tempat saya. Tapi pucuk pimpinan kerajaan negeri pasti akan bertukar.Demikian tebakan saya.
Yang patut kita fikirkan adalah, apakah hasil kombinasi kerajaan/pembangkang yang kita wujudkan hasil pemilihan kita secara kolektif itu nanti.Di Malaysia check-and-balance yang kuat boleh juga dibaca huru-hara/politiking memanjang sepanjang 5 tahun.
Terima Kasih, Datuk Abdul Kadir Jasin
1986 In April, Abdul Kadir Jasin became Group Editor.
Salam Dato,
1.Quote
" Sudah mahu mati, dah 83 tahun.Berapalah lama lagi?.Kalau dah nak mati, mati saja lah " Unquote
Bagitulah kata kata dari Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia sekira ditakdirkan PR menang PRU 13 kepada mantan PM Tun Dr Mahathir di satu ceramah beliau di Segamat baru ini.Kita boleh menilai sendiri kata kata ini dari saorang yang sangat hebat berpidato tetapi tidak bijak bekerja ( ref: Sanusi Junid).
2.Kehadhiran heavyweight PR saperti LKS di Gelang Patah, Salahudin Ayob di Parliman Pulai dan Chua Ju Meng di Segamat pasti akan menggegarkan Johor dan amat menarik sekali.Semua tahu Johor adalah kubu kuat BN.Di PRU 12 dengan perubahan landscape pilitik Johor nasih manpu memberi sumbangan 25/26 kerusi parlimen (PRU 11 BN perolehi markah penuh 26/26). Sebilangan kerusi parlimen mungkin gugur namun ianya tidak akan menggugat kemenangan BN memerintah Johor dan kesan pada BN keseluruhannya.
3.KECELARUAN dan PERBALAHAN dalam pakatan PR dilihat akan melemahkan pembangkang.Mana tidak akhir akhir ini kita kihat:
a) The pakatan pack is slowly CRUMBLING due to dissatisfaction over seats allocation and in certain constituencies a three cornered fights exist with PKR against PAS which is not happening in BN.
b) PAS and DAP bickering over hudud issue continue to be the order of the day unresolved.PAS is adamant about bringing in hudud and DAP(a socialist party ala Karl Marx) is strongly against it.This is expected when we have two extrenist parties with DAP extremist left and PAS extremist right.
c) PKR will soon be irrelevent and even Anwar and Nurul may possibly lose their seats.We are seeing wind of change in Permatang Pauh.Most malays cannot accept Anwar moral and integrity issue and let alone be accepted to be the PM for Makaysia.Voters will have to do a lot of RETHINKING about this man named Anwar.Poor Azizah is accepted and tolerable for being a good wife but surely not a good politician.Azizah is PKR President and is not contesting !??.No thanks to the powerful Azmin for obvious reasons.
4.BN is working hard for a BIG mandate and voters are urged to exercise their discretions to give the hardworking and sincere Najib that mandate to continue the various ongoing TRANSFORMATIONS.
5) As of now and based on various analysis and trend and momentum BN looks imminent to retain Putrajaya as a government with no reservation with Kedah and Selangor fall back into BN. ( Dah Ikhwan blogspot has made certain statistical linear regression analysis where emotions are put aside and facts and figures are analysed.Kindly read them.)
Quote of the day " HOW CAN THE OPPOSITION RULE THE COUNTRY SINCE THEY WILL ALWAYS BE AT ODDS WITH EACH OTHER ( Within the PR coalition) .
You decide,Wallahwuallam.
Lyrid Meteor Shower
(@DAH Ikhwan)
Well, DAP can always ask UMNO
lu ada makan, taukeh?
sudah - tinggal lagi 7 MCA
semua samurai
enuff in parlimen
gold - usd1380-1420
1200 base
Sdr Din Fed Up,
Saya tak kenal siapa Din Melaka. Apa pun, jika sdr lama mengikuti blog ini, saya ini sudah bertahun-tahun di blog DAKJ ini berkempen untuk mengundi calun dan bukan parti.
Sdr Hanezam,
Setiap 5 tahun, ini sajalah masa untuk calun dengar cakap kita dan kita sebagai pengundi nak guna kuasa.
Lagi pun, dengan cara saya, saya dapat bonus - saya boleh sahkan sendiri apa sahaja yang ada terpampang di mana-mana media.
Kesimpulan PRU13 : BN kecewa dengan cina, PR kecewa dengan SPR; saya senang kerana menjangkakan banyak lagi variasi BR1M akan diagihkan.
p/s soalan dibawah tekanan? bukankah itu satu sikap pemimpin yang kita cari?
Fed Up
Post a Comment