A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
UPDATE, 2 Dis - Akhbar The Sun melaporkan pada 1 Julai lalu bahawa rizab kewangan kerajaan Selangor berjumlah RM1.8 bilion.
POSTING ASAL
SEANDAINYA P Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai “management guru” Tanah Melayu.
Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep “reward & punishment” (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.
Dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan diberi bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum dikenakan potongan gaji. Setiap barang yang disamun disimpan di dalam gua dan dihitung.
P Ramlee amalkan sistem "reward and punishment" |
Kalau ditakdirkan P Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam diberikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihan raya.
Bertitik-tolak daripada logik P Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima “bonus” dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.
Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.
Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.
Baru-baru ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 ADUN bermula tahun depan, dengan Timbalan Speaker mendapat kuantum kenaikan tertinggi, iaitu 373.3 peratus.
Gaji MB naik daripada RM14,175.15 sebulan kepada RM29,250, Exco daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN biasa daripada RM6,000 kepada RM11,250. Ada 44 ADUN PR dan 12 BN dalam DUN Selangor.
Berpandukan kepada kebijaksanaan yang sama oleh P Ramlee maka Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak wajib dikenakan potongan gaji kerana sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara pada 2009, kewangan kerajaan pusat semakin buruk.
Walaupun gaji beliau nampak kecil tetapi beliau menikmati pelbagai elaun, kemudahan dan keistimewaan.
Kita boleh memahami mengapa ahli Exco dan ADUN Selangor boleh diberikan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan yang besar.
Pertama, Selangor sebagai sebuah negeri kaya dan kukuh kedudukan kewangan mampu berbuat demikian.
Kedua, kalau dua negeri BN yang miskin (Sarawak dan Kedah) boleh buat, mengapa tidak negeri PR yang kaya.
Tetapi alasan ketiga ini rasanya lebih tepat. Abdul Khalid sebagai “lulusan” sekolah politik dan pentadbiran Umno/BN, tahu punca kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan Umno/BN. Beliau belajar daripada pengalaman itu dan melakukan sebaliknya bagi memperbaiki kedudukan kewangan Selangor.
Bagaimanapun, Abdul Khalid nampaknya masih terbawa-bawa dengan kemewahan yang dinikmatinya ketika dalam Umno dengan memberikan kenaikan gaji yang dianggap melampau oleh banyak pihak.
Dalam banyak hal, Abdul Khalid masih Umno. Cuma dalam Umno, beliau tidak begitu berjaya di arena politik. Beliau lebih berjaya sebagai ahli perniagaan kerana keakraban luar biasanya dengan Pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham (Tun) Ismail Mohd Ali sehingga “diserahkan” Kumpulan Guthrie dalam nyiru perak (on a silver platter).
Selangor Berhak, Pusat Tidak
Walaupun media arus perdana dan blogger pro-pemerintah serta beberapa kerat pembesar BN mengkritik tindakan kerajaan Selangor itu, saya rasa dalam hati berlainan.
Kalau boleh, negeri-negeri BN dan kerajaan pusat pun hendak melaksanakan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan.
Cuma kerajaan pusat tidak mempunyai kemampuan kewangan dan banyak negeri BN mengalami defisit belanjawan yang kronik.
Itu pun belum tahu. Mereka boleh mencipta pelbagai alasan untuk menaikkan gaji. Wakil rakyat pembangkang yang dapat tumpang sekaki pun tentu tidak memprotes.
Cuma yang mereka mungkin tidak berani sebut sebagai alasan adalah inflasi dan kenaikan harga sebab selama ini mereka menafikan bahawa kadar inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sangat membebankan rakyat jelata.
Cadangan saya kepada Perdana Menteri dan para politikus yang sentiasa melaungkan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan supaya “walk the talk”. Kotakan kata-kata anda.
Caranya mudah saja. Dahulukan rakyat dalam perbelanjaan negara. Jangan suruh rakyat jimat duit sendiri tetapi mereka boros duit negara. Utamakan pencapaian dengan mengurangkan pemborosan, pembaziran dan bermewah-mewah. Kukuhkan kewangan kerajaan dan tambah rizab negara.
Lakukan semua itu dahulu sebelum rakyat jelata dan pembayar cukai dituduh tidak patriotik dan sebelum mereka dipujuk dan dirayu agar menerima GST sebagai “penawar” kewangan negara.
Lakukan Transformasi atau Berhenti
Seperti P Ramlee (selaku ketua penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapok) memotong gaji penyamun yang tidak “perform” maka saya cadangkan supaya gaji anggota Kabinet dipotong.
Ketika negara dilanda krisis ekonomi pertama pada pertengahan tahun 1980-an, gaji ahli Kabinet, pegawai kanan pentadbiran awam dan pengurusan atasan GLC dipotong.
Hatta sektor swasta pun turut mengurangkan gaji pengurusan kanan mereka dan membantu mengurangkan beban negara dengan mewujudkan skim graduan menganggur.
Bezanya pada waktu itu yang jadi Menteri Kewangan adalah (Tun) Daim Zainuddin yang dituduh kedekut oleh banyak pihak. Dia kedekut sebab itu bukan duit dia. Tapi selepas itu, buruk atau baik prestasi kewangan dan ekonomi negara, gaji tidak dipotong malah terus naik.
Kesimpulannya, gaji, elaun dan kemudahan anggota Kabinet dan Exco negeri, ahli Parlimen dan DUN boleh dinaikkan jikalau ada kenaikan produktiviti serta kemampuan kewangan. Cuma kuantumnya hendaklah berpatutan.
Mana-mana menteri dan ahli Exco yang tidak perform, malas, tidak boleh bangun pagi atau asyik hendak berkepit dengan bini, silalah lakukan transformasi atau berhenti!
Wallahuaklam.
32 comments:
Aslkum Dakj
Umumnya sangat setuju dgn pendapat Dakj.
Kena tunjuk untung dulu barulah layak dpt bonus atau kenaikan gaji.
Tapi menurut laporan ketua audit negara 2012 ada GLC kerajaan pusat tetap bayar bonus termasuk pd lCEO
Najib dgn tak tau malu kata kerajaan PR Selangor hipokrit sebab nakikan gaji MB melebihi gaji PM.
Betul ke ni.
Saya Najib dan the gang lagi bapa segala hipokrit.
Pertama gaji ketua menteri Serawak yg jauh lebih besar drpd cadangan gaji MB Selangor lsngsung Najib tak komen.
Kedua Najib kenapa diam tentang elaun penggunaan pesawat eksekutif yg mencecah RM5JT sebulan!.
Rakyat diberi tau tahun lepas saja Agong, PM dan TPM membelanjakan rm182jt untuk penggunaan pesawat eksekutif berertivsecara purata PM mendapat jatah rm60jt atau rm5 jt sebulan.
Sebelum kutuk PR, Najib kena cermin dulu muka sendiri.
Itu baru pendapatan dan belanja Najib yg rakyat tau
Asalam Dato'
Bisa apabila membaca tulisan dato' tetapi seperti kata pepatah pahit jangan terus dbuang, manis jangan terus ditelan. Setuju supaya transformasi pada diri sendiri dahulu..jangan senang-senang menuduh rakyat tidak patriotik..terima kasih dato'
Tetapi Elaun din melaka tetap naik Dato walaupun hujah dia tahap makan gaji buta...
Kalau zaman p ramlee dulu dah kena turun pangkat pi pangkah pintu jamban la
ini jugak termasuk dlm pengurusan ekonomi - salamualaikum datuk,
amanah saham bumiputera (asb) -straight to the point - nilai pelaburan rm10,000 pada tahun 1990 (macam2 boleh dapat) lebih besar dari sekarang. kadar dividen pula merudum dari 2 angka ke 1 angka. asb ialah 'equity fund' (berisiko) yg tertakluk kpd naik turun harga tapi ini pelaburan jangka masa panjang. tidak boleh dibandingkan dgn institusi perbankan (konvensional & islamic) dimana perniagaan teras ialah pinjam meminjam duit. peminjam dikenakan kadar 8/9% dan bila ditolak dividen yg dibayar pada pendeposit, kos pengurusan & cukai/lain2, untung bersih sekitar 1.5/2%. pnb bukan dlm perniagaan ini. kita boleh perhati perniagaan spt kedai runcit, gerai2 & lain2 (perniagaan orang kampong & tak payah tengok yg besar2) berapa modal & jualan pada 90an dibandingkan dgn sekarang. peratus keuntungan mungkin sama, tapi 'absolute amount' pasti meningkat. sekiranya sebatang pokok durian ditanam 30 thn dulu, pastinya ia akan menghasilkan "anak cucu". apakah gaji (tidak termasuk increment & bonus) kakitangan pnb sekarang sama dgn 90an? sudah tentu ia meningkat & dari mana duit itu datang? berapa asset pnb thn 90 & berapa pulak sekarang? legitimate question is: seandainya p. ramlee masih hidup, what's the real value of a unit of asb? 8 kupang? rm2.50? rm4.00? sekian, wassalam.
Salam dato'
Terima kasih atas ulasan yang jujur.sebagai pembaca blog tuan,saya lihat tuan makin kritis dalam pentadbiran negara kita.semoga pemimpin negara dapat membaca ulasan ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
Dato.
Kesimpulannya .
2x5
5x2
10x1
1x10
Keluar dari mulut naga
Termasuk mulut buaya.
Atas darat dilanggar lori
Dalam air dibaham buaya.
Telan takut mati emak
Tak telan takut mati ayah
Akhrinya
Diri sendiri yang mati.
Pi mai pi mai
Depa yang kenyang
Pi mai pi mai
Depa yang untung
Rakyat jadilah Pak Pandir moden
Semua tahu.
Wahid Satay kata dalam lagu klasiknya.
Mabuk kuasa
Kita jadi gila.
Rupanya kita bersaudara.
Terima kasih Dato.
Aslkum Dakj
Dulu kan ke din klang berapi2 kutuk UBN sambil agongkan PR.
Syabas din klang cepat belajar drpd EZAM, ZAHARIN, dan NALA.
Rasa2nya ini akibst elaun tetap bulanan lah ni.
Tapi kalau setakat pandai satu dua petenggan hampas susah nak jadi senator atau duta.
Tak pe lah drpd jadi prnggangor, pencacai pun jadilah
Jangan marah
Salam Dato,
1.Saya peminat Khalid Ibrahim MB Selangor dan juga peminat P.Ramlee.Bezanya P.Ramli boleh menjadi nujum dan pendekar dengan berbagai watak.Khalid walaupun sikit gagap is a no nonsense man wben come to financial management saya kira.
2.Saya kagum dengan pencapaian beliau ketika menerajui PNB.Alhamdulillah, kami suami isteri berjaya menabung dalam ASB dan hampir sikit lagi mencecah satu juta tiap saorang ketika diawal umur 50han.ASB dan 'The power of compounding' yang pernah saya syorkan dengan formula RULE 72 disini dulu.Terima kasih TS Khalid ketika diamanahkan PNB.
3.Ramai sebenarnya yang bijak bijak dalam UMNO hasil perjuangan UMNO dari dulu lagi mempertabatkan ekonomi orang Melayu yang dulunya rata rata dari kampong saperti saya dan TS Khalid dari Jeram.Bila diberi PELUANG mereka berjaya.Saya tidak bermasaalah dengan kenaikan gaji ahli ahli DUN kerana cabaran sekarang tidak sama lagi saperti dulu sedangkan tugas ahli DUN ini amatlah berat dan mereka diperhatikan rakyat performance mereka.
4.Mereka mereka semuanya ini punyai DNA kualiti baik parti UMNO.Kerana kuasa ,wang dan terasa terasing mereka berhijrah kemerata parti .Tak percaya tanya Mat Taib Tyson, Zaid Ibrahim dan ramai lagi.Bezanya TS Khalid adalah orang korporat (bukan keparat) dan bukan politician sejati.Kadang kadang kita dapat lihat 'he is at odd 'dengan pakar politik ketua beliau Anwar dan Azmin.Khalid has his own mind and think differently from those politicians.I have said this , replace Khalid with Azmin Ali as MB Selangor will fall into BN hand next election. Who doesn't want the richest state. So becareful PR.
Walaubagaimana pun PKR juga kini dilihat mula rapuh dan berpecah.PR berjaya di Selangor disebabkan ' leadership' kualiti calon BN yang kurang baik di samping terutama pula dengan 'Tsunami Cina' yang mendadak mahu pertukaran kerajaan negeri dan pusat kerana kelemahan dalaman parti moderat MCA sendiri.Adakah 'Tsunami Cina' ini akan berterusan lagi di PRU 14 walaupun banyak yang telah UMNO /BN berkompromi demi menjaga perpaduan kaum dan kestabilan akan kita lihat nanti.Tidak semua harus kita politikan Dato kan.
Saya lebih berminat dengan bsnyak lagu lagu P.Ramlee kerana ini yang pernah kami dengar waktu kecil dulu kerana ibu dan ayah kami meminatinya juga.
Ya, Di manakah kan ku cari ganti.....
Terima kasih Dato.
Salam DAKJ
Disebabkan ada beberapa blog kata, Dato’ dah mula main kasar, izinkan saya memberi sedikit nasihat kepada Dato’ Kadir sebelum terlambat . Allah amat melaknat org-org yg bersifat munafik. Ada 3 ciri-ciri munafik iaitu apabila bercakap,dia suka berbohong, apabila berjanji,dia suka mungkiri janjinya dan apabila diberi amanah,dia akan mengkhianatinya. Jadinya, apabila dikatakan JANJI menifesto pilihanraya tak semestinya dilaksanakan,bukankah ini terang-terang termasuk ke dalam ciri-ciri munafik di atas. Perlukah kita sokong org macam ni??????
Saya rasa eloklah diusia bonus ini kita tidak salah memilih kawan terutamanya menyokong puak yg munafik. Allah amat melaknat golongan munafik. Sokonglah kerajaan yg para-para Al Hafiz berlumba-lumba nak masuk dan memberikan idea memakmurkan negara, bukannya parti yg berlatar belakangkan peliwat & penzina yg siap ada gambar dan videonya sekali. Akhir kata, tak perlulah menjadi musang berbulu ayam. Sekian TQ.
Salam takzim, DAKJ,
Belajar dari Allah Yarham P Ramlee ?
Siapa yang nak belajar ?
PM dan Menteri-menteri ?
Mana mereka mahu, P. Ramlee tak ada ijazah apa pun. Tapi mereka semua ada IJAZAH dan setengah nya pula ada MASTER atau PHD.
MALULAH MEREKA BELAJAR DARI ORANG TAK ADA APA-APA (NAMA PUN. Menteri menteri itu akan hilang title MENTERI BESAR KEPALA, bila melajar atau meniru dari P. Ramlee.
Mereka hanya terima terima kenyataan fizikal. Mereka tak terima kenyataan
yang berbentuk TEORI insaniah atau sebagai nya.
Mereka juaga tak menerima pandangan yang berupa sindiran.
Sedangkan P. RAMLEE banyak menggunakan SINDARAN yang amat tajam (ikuti cerita cerita Arahan P Ramlee)
Kalau naktahu lebih lagi tanya Haji Haji Husin Lempoyang (The Antic of Husin Lempoyang).
Wallahu alam
Salam din melaka. Siapa yg makan cili dia yg terasa pedasnya... Sabar ya.
Dato... Sepatutnya gaji adun dan mb ini bergantung sepenuhnya kepada kpi tahunan mereka. Dan ia sepatut nya di nilai mengikut prestasi tahunan dan bukan kepada kadar yg tetap... jika mereka ikhlas hendak berkhidmat kepada masyarakat sanggup kah mereka menerima nya.. jika bagus kpi mereka maka bagus lah upah dan ganjaran mereka.... Dan kpi ini berdasar kepada undian dari penduduk atau pengundi setempat...bukan dari rakan rakan parti.
Ps... Din melaka...Belajar lah berhujah secara mantap dari orang yang sudah matang.
Ybg Dato'
Dato nak delete pun bolih,dan kalau Dato luluskan saya amat meyanjung tinggi.
Saya cuba masuk blog OKJ tetapi hanya penyamar yang ada blog untuk ujudkan akaun.So di blog Dato sajalah ruang untuk saya terus komen,dan ya saya akui ia lebih berdasar serangan peribadi,tapi ada kawan kata kalau guna nama samaran itu bukan kita lakukan serangan peribadi.
Saya amat bersetuju dengan post Dato untuk sekian kalinya.Malangnya bila saya ikuti komen OKJ yang menyenaraikan orang munafik,OKJ tidak sedar itulah yang berada pada Najib dan orang sekelingnya.Namun kerana tanpa UMNO-BN,OKJ akan hilang mata pencarian,maka diserangnya PR ibarat orang tanpa maruah dengan komen yang juga layak berada dalam tong sampah.
Maaf,sekadar mengingat Dato,tuduhan liwat dan zina adalah satu fitnah yang tidak layak dibuat bagi yang mengaku Islam dan OKJ telah melakukannya.Mungkin rakannya adalah Papagomo dan OKJ jadikan catatan Papagomo sebagai sumbernya.Jesteru kalau sekadar komen saya mengenainya (OKJ)rasanya ia lebih ringan dari tuduhannya.
***saya tidak berselindong dengan nama samaran OKJ diblog saya.
Salam Tok..
Saya dah agak tulisan Datuk kali ini tentu ada yang naik darah dan sakit hati.. maklumlah tak sama seperti apa yang mereka harapkan.. mereka tak suka Datuk memuji perestasi PR diSelangor.. terutamanya TS Khalid mereka mau cerita yang buruk sahaja..
Tertarik dengan tulisan Datuk.. "Walaupun media arus perdana dan blogger pro-pemerintah serta beberapa kerat pembesar BN mengkritik tindakkan kerajaan Selangor itu, saya rasa dalam hati berlainan" hahaha.. duit Tok cakap aja tu.. boleh bacaaalah..
Sebagai rakyat Selangor saya merasakan kami dihargai banyak kebajikan yang kami dapat, contoh.. jom shoping, air 20meter padu percuma, dan banyak lagi.. patut pun gaji naik.. negeri pun tambah kaya bukan tambah miskin..
Tak pasti dengar kabar gaji CEO Lembaga Tabung Haji lagi tinggi..
TQ Tok..
Betul ke anwar gaji rm1 claim rm15 juta? Kalau betul, sama la ngan umno...
Khalid ibrahim mempunyai rizab banyak sebab dia tak belanja duit negeri maju (yg dibina sewaktu zaman BN-umpama org menanam pokok yg subur dengan belanja air dan baja) untuk buahnya yg banyak kemudiannya dipetik oleh org yang kemudian. Fikirkah dato ttg pencen yg akan dibayar kpd mereka nanti sesudah tidak berkuasa?
Dimanakah janji pendidikan percuma, penurunan cukai pintu, membina rumah murah utk rakyat? Kemana duit yg banyak itu dibelanja? Oh, rupanya menaikkan gaji sendiri sahaja. Asas yabg dibina oleh BN di selangor langsung tak disebut jika benar BN di selangor terlalu korup, maka tiadalah pembangunan di selangor kerana tiada siapa mahu melabur di negeri yabg korup. Pelaburan di selangor sejak 5 tahun menurun disebabkan kekurangan air diproses, hartanah di selangor makin meningkat.
Apa perlunya naikkan gaji wakil rakyat sampai 300peratus? Sifir apa diguna? Indication ekonomi apa diguna? Kalau dato hanya mengikut sifit PRamlee dalam ceritanya,maka dato sendiri tidak belajar bahawa PRamlee lebih banyak
Aslkum Dakj
Sejak Doto memilih menjadi lebih kritikal terhadap prestasi kerajaan pujaan OKJ dah berapa kali Dato kena tegur.
Menurut saya Dakj ni masih kuat UMNOnya.
Cuma salahkah org macam Dakj yg hatinya UMNO tegur menegur sesama UMNO?
Dakj bukan nama kecil dalam bidang wartawan. Maklum pernah di nobat WARTAWAN N
Maaf terganggu.
Minta izin sambung
Berapa banyak kali Dakj hemtam Anwar dan pembangkang.
Tapi walaupun Din Melaka tak setuju tapi taklah patut sebut perkataan munafik dan musang berbulu ayam.
Cuma harapan saya Dakj kritikal terhadap UBN DAN PR berdasarkan kerana Allah semata2.
Sebab dalam zaman sekarang org boleh tukar kem dalam 24 jam atau beberapa hari selepas jumpa PM atau wakilnya atau selepas mata bengkak2 atau selepas kena culik untuk di beri brain wash.
Berkenaan tuduhan liwat yg diulang2 OKJ kena juga guna otak. Sebab dalam sejarah dan filem2 banyak ada kes penganiayan pemerintah pd musuh politik.
Jangan perkecil otak 51% pengundi yg undi ANWAR dan PR. Ertinya ramai org tak percaya Anwar tu peliwat.
RD juga harap insaf.
Aslkum Dakj
Kalau Ust Kazim memang suka dan percaya dgn perjuangan ketua2 UMNO , janganlah malu2 kucing. Terima je lah tawaran Najib tu.
Tak mungkin Najib atau penasihat bodoh sangat. Kalau Kazim masih ahli PAS mana mungkin Najib tawarkan beliau ahli majlis tertinggi UMNO.
Lagi pun takkan lah Kazim tak tau dia dah kena pecat.
Bila beliau mengaku masih ahli PAS maka terserlah sangat pergangai UMNO beliau.
Kalau umur panjang sejarah ulamak dalam UMNO melukut di tepi gantang pasti berulang
Kalau habuan drpd UMNO yg dicari maka Allah akan kabulkan.
Dalam hal ini din melaka pasti menyokong mb khalid sebab upah naik walaupun idola.nya anwar pura pura tak setuju....
Semua nak tiru berlakon macam p.ramlee daa... Tapi level wayang tamil je
Aslkum Dakj
Ketua2 UMNO mentang2 dah dapat kuasa 46% mereka tak habis2 mendera rakyat terutama Melayu.
Dahlah janji nak turun harga kereta tak ditepati, harga minyak dan gula naik. Kini bulan depan tarif letrik pulak naik 15%.
Akibat tak berani nak potong subsidi minyak pd yg dicintai para toke IPP maka rakyatlah yg perlu turun tangan gotong royong.
Din Melaka tertanya2 masih adakah lagi duit rakyat terutama golongan menengah kebawah untuk menyokong cukai atau kenaan baru kerajaan UBN ni.
Tapi bila difikir balik, salah rakyat terutama Melayu jugak. Dah tau ketua2 UMNO tu lanun kenapa terus undi
Aslkum Dakj
Nak cerita pasal KALAU.
Kalaulah sewaktu kerajaan UBN tubuhkan IPP dan beri konsessi pd kroni berdasar persaingan sihat, menang2 antara rakyat dan bisnesman tentulah bil letrik tak melambung.
Kalaulah kerajaan waktu itu menuntut agar kadar caj yg perlu dibayar oleh TNB/RAKYAT bagi setiap unit letrik yg dihasilkan oleh IPP , mesti kompetitif dgn kos letrik yg boleh dijana oleh TNB sendiri tidaklah rakyat di dera berterusan.
Kalaulah pemilik2 IPP boleh menjadi peniaga TULIN , tanpa perlu bayar kos2 tersembunyi bagi mendapatkan lesen tentulah kos letrik akan lebih murah.
Kalaulah SPR dan pengundi2 pos kelmarin benar2 tak diganggu, tentu tarif letrik tahun depan akan kekal malah mungkin turun
Banyak sekali dasar kerajaan UBN ibarat nasi dah jadi bubur, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Maksud saya kalau rakyat tak bantu IPP yg boros maka mereka tak mampu bayar hutang bank. Maka mungkin akan ada bank yg bangkrap .
Kalau bank bangkrap dinegara yg kewangan kerajaannya kuat , bolrhlah diselamatkan.
Adakah kewangan kerajaan pusat UBN kuat?
Minta pencerahan Dakj
INCREASES IN SALARIES AND ALLOWANCES --- MORALLY INDEFENSIBLE
I wonder why Barisan Nasional and Pakatan Rakyat leaders did not tell the voters during the 13th General Election campaign that within six months of assuming power in various states they would increase substantially the salaries and allowances of state Menteri Besar and Chief Ministers, Executive Councillors and Legislative Assembly members.
These increases are a sad reflection of how they view their responsibility --- their amanah ---- to the people and how they discharge the trust reposed in them by the electorate.
The top priority of elected leaders of whatever political persuasion should be the well-being of the rakyat which at this point in time means devising effective strategies for curbing the rising cost of living. For more than 75% of households in the country that earn less than 5000 ringgit a month it is the cost of living, including soaring food prices, which is their greatest challenge. Neither the BN nor the PR has come up with comprehensive solutions to this huge problem.
A holistic review of our wage and salary structure; of the production and distribution of goods and services in the country; of consumption patterns; of the level of marketable skills; of the nation’s scientific and the technological base; and of the role of foreign labour, is what is required. It is critical that we move away from the pronounced elite orientation in our economy and in other spheres and give greater emphasis to egalitarian policies which will empower the majority of the citizenry.
It is partly because of this elite orientation that income and wealth disparities are so severe in today’s Malaysia. Our Gini Coefficient on income distribution which stood at 0.431 at the end of 2012 is one of the highest in Southeast Asia; it is worse than Indonesia and Thailand. As a result of this disparity, the social chasm that separates the ‘have-a-lot’ and the ‘have-a-little’ has widened considerably creating a divided society. It is one of the serious impediments on the path of ‘1Malaysia.’
Unfortunately, widening wealth and social disparities are a global phenomenon. They are beginning to undermine cohesion even in societies known for their egalitarianism such as the Scandinavian countries. In the United States, unfettered capitalism --- the root cause of increasing inequalities --- has created a situation where the “ Walton family, heirs to the Walmart fortune, have accumulated more financial wealth than the entire bottom 40% of the United States..”
This is why it is morally indefensible for legislators in Malaysia to grant themselves such hefty increments when such a big segment of society is struggling to make ends meet. They are merely lending credence to how an Indonesian political leader of the fifties, Syafrudin Perwiranegara, once caricatured one of Sukarno’s acronyms, USDEK --- Untuk Saya Dahulu Engkau Kemudian.
Dr. Chandra Muzaffar,
Chairman,
Board of Trustees,
Yayasan 1 Malaysia.
Kasihan juga kepada Din Melaka. Dua tiga orang tidak memberi muka kepadanya. Namun, dia konsistan dengan keyakinannya.
'Musuh-musuhnya' menyerang serangan peribadi.
' Subsidi' minyak telah dikurangkan.Semalam (2/12/13) 'subsidi' kos penggunaan letrik juga dikurangkan.
Sebab tidak ada yang naik (sebaliknya 'dikurangkan'), Din Melaka tidak perlu marah-marah.....
Kalau Din Melaka masih marah-marah patutlah musuh-musuhnya naik berang.
Walaupun Din Melaka diperlekehkan , DAKJ yang tidak sedikit pun luak UMNOnya dan juga adalah produk UMNO yang turut menghasilkan Khalid MB Selangor Si Kedekut masih memberi ruang kepadanya meluahkan keyakinannya.
Din Melaka (Masjid Tanah? Duyung? Jasin? Merlimau?), ada yang benci dan ada yang mengikuti resah dan gelisah anda!
Walaupun gaji adun UMNO kecil bagaimana mereka boleh miliki rumah besar dan berkereta besar.
Lahir dari gulongan mewah tidak terasa kenaikan harga kerana mereka sudah biasa membayar dgn harga yg tinggi d tempat-tempat mewah.
Menjadi mangsa adalah raayat biasa, terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga walaupun usia tidak mengizinkan. Dunia harus d kejar, amalan dilupakan.
Dear Chandra and fellow friends ,
1.Thank you for your valued input and comment in this forum.The closing of gap in the disparities of families economic wealth especially between the have and the have not should have always been any government priorities.It must be.
In Malaysia , to some extent we have partly managed to increase the household income to the present level of RM5000.00 or so currently though our GNI per capita was USD 8, 770 (2011) and was positioned 12 th among 135 countries by the world bank in terms of competitiveness and projected a GDP growth of 5.0% .However, the current cost of living , inflated housing cost , lack of empoyment opportunities with thousands of unemployed graduates has been of great concern and should be a BIG challenge to the ruling government. This is a serious problem facing the majority of the rakyat , diffculty due to poverty to provide decent food and shelter for the family to move on with decent life.
2.The government has done so much on one hand to provide an almost free first class medical and health facilities for the rakyat ; an almost free education for primary and secondary school level; a wide and abundance of opportunities for most students to pursue and acquire tertiary education with Malaysia now becoming a hub for excellent medical/health facilities and education for people of the world.An achievement for a small country like Malaysia tanah tumpah darahku.
3.However, the current unhealthy political climate and scenario resulting from the greed and the grab for power has somehow divided the society into various factions along racial, religions and extreme political factions despite the good government intention of having your 1Malaysia concept for PERPADUAN to achieve real peace and harmony throughout.This I see is a bigger challenge and problem for us all-securing a united Malaysian.
4.This unity has to some extent, however, been succesful through sports, youth activities that involve participation and integration by all Malaysians , increase in racial and religious interaction snd tolerance expected of our multi-ethnic and multi-religious Malaysia among others.It is important ,in my view, to have that early exposure of mixing and mingling in tadika , primary and secondary school for our school going children thereby they can develop understanding and better tolerance of the various diverse cultures and ways The government need to 'Memperkasakan sekolah kebangsaan' by making it the school of choice for our young children.
5.All is not lost if all parties close rank and discard dirty politics and set to provide the best services for the rakyat.After all it is rakyat that decide the government.Once decided we should than move on together for the nation.We do not want to be like those Arab states with endless chaos even to now our neighbour Thailand- endless political upheavals.Surely Malaysia is lot lot better place than most countries in the world to live.At least that is what most my expartriate employees and friends are saying-Malaysia their preferred choice.Have we taken our Malaysia for granted ?.You tell me.
It is a already a call for duty.Salam and peace.
Thank you Dato.
Kampong Man and all debaters,
1. I am always consistent on the issue of subsidy - it is unsustainable and distorts the economy.
2. At some point were must do away with consumption subsidy and keep only the most essential production subsidy. Just look at the amount of nasi the foreigners eat at lunch! Twice or three times our serving. Our rice subsidy is growing because of consumption by foreigners.
3. The problem is timing and the hidden reasons for suddenly withdrawing subsidies.
4. In talking about economic and market transformation, our PM had given ideas to international rating agencies that he would do away with subsidies, open up the market and balanced the budget.
5. He has failed to balance the budget and the country is in danger of being downgraded. He fear downgrading. He seems to fears the rating agencies more than he fears the people. He is right. Election is still more than four years away. Pujuk the rakyat later.
6. But is rating that important to us? We don't borrow a lot from abroad. We borrow from the EPF and other domestic sources.
7. So maybe the PM who is also Finance Minister enjoys puji-pujian global.
Thank you.
Ampang,
Why? Can't get contract from Khalid? I wonder that's the reason why BN pay its ministers low. On paper la. Hahahaha!
Gaji perdana menteri memang rendah berbanding dengan menteri besar selangor, tetapi elaunnya dua puluh jam dapatan bulan satu juta sebelun.
Demikian juga gaji menteri kabinet, RM 18, satu bulan berbanding gaji exco selangor RM 20, sebulan, tapi dapatan menteri kabinet RM 60, lebih sebulan.
Begitu juga gaji exco kerajaan BN yang hanya RM 10. sebulan berbanding gaji adun selangor RM 11, sebulan tapi dapatan exco BN RM 20. hingga Rm 30, sebulan.
Oleh itu tidak hairan Najib tak naikkan gaji menteri kabinetnya dan negeri negeri BN tak naik pun dapatan mereka lebih besar berbanding gaji anggota dewan undangan negeri selangor yang dianggap naik melampau itu.
Apa guna naik gaji sedangkan dapatan bulan mereka melampau sehingga menyebabkan wang negara tiris dan bocor.
Din melaka aka lembah tasnim aka pengundi ampang
Nampak ada sedikit kebagusan dalam hujah anda sekarang. Tapi kalau anda tidak berhujah langsung pun lebih bagus.
Salam Datuk
Semoga sihatnya
Pertamanya tahniah atas kemunculan buku terbaru datuk yang memang sangat tepat pada masanya. Dewasa ini dengan himpitan ekonomi Malaysia dengan penarikan subsidi kepada rakyat secara berangkai maka benarlah tekaan saya Malaysia diambang krisis menjelang tahun 2017. Bukti yang paling jelas dan sahih ahli politik yang sentiasa mengutamakan rakyat dalam segala hal pun dah tidak tahan dengan gaji ciput sebagai Adun dan Parlimen. Maka gegak gempita suara puaka dari Kedah ke Sarawak singgah dulu di Selangor dan Johor serta Perak galak menaikan gaji mereka.
Krisis ekonomi pasti menjelma kebimbangan sana sini dalam komuniti perniagaan. Untung kapitalis semakin kurang dek gaji minimum sekarang bukan sahaja rakyat Malaysia tak sanggup kerja dengan gaji RM1000 sebulan malah pendatang asing yang masuk secara haram pun tak tahan dengan gaji lebih sikit dari RM1000. Sembang sembang dengan Doktor klinik swasta dipremis rumah kedai. Sekarang doktor pun tiada pilihan dulu pesakit takde duit ada belas kasihan bagi petcuma sekarang zaman rakyat didahulukan pesakit takde duit sila pergi hospital kerajaan kalai tidak klinik kena buka tepi sungai klang.
Memang ajaib pengurusan ekonomi di Malaysia rakyat 27 juta hasil mahsul banyak , pelaburan melimpah ruah bila selidik BRIM isi rumah bawah RM3000 lebih 5 juta isi borang. Mungkin filem tetakhir PRamlee yang dikatakan sebagai filem terburuk ada jawapan. Kerajaan betsidang dibawah pokok angkara Menteri PASOLA. Siapa itu menteri PASOLA yang menyebabkan kehancuran sebuah negara? Adakah muncul Putri Buluh Betung akan memberi bangsi hikmat? semua itu kita kena fikirkan. Kepada pengikut Blog Datuk tak kira apa mazhab sekalipun buatlah tabungan yang bijak untuk menghadapi zaman gelap. Orang yang memikir mereka tidak terjejas pada masa itu berjumlah lebih separuh penduduk Malaysia. Tepuk dada tanya Datuk ...mungkin datuk ada sedikit jawapan.
Looes74,
As a DAP cybertrooper your one liner comment is not befitting a respectable blog here.Your joke is not funny.
This time you forget to show us web links as you normally does because you are lazy to articulate.You too can fly kite in other padang.A typical DAP idiotic red bean army you are.
I read your article on the expectation of the former prime minister to be involved in the running of the current government. The article may be right because it will definitely expedite the changeover of the current government
Post a Comment