Tuesday, September 22, 2015

Implikasi Siasatan Juri Agung Terhadap Mohd Najib


A Kadir Jasin

AMERIKA di bawah George Bush dan anaknya, George W. Bush bencikan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau bercakap bagi pihak negara-negara Islam, mengkritik Israel dan membela negara-negara membangun.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Tetapi Amerika tidak menubuhkan apa-apa badan untuk menyiasat beliau.

AMERIKA di bawah Barrack Hussein Obama amat menyayangi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (atau Mohd Najib berasa beliau disayangi) kerana beliau seorang yang bersikap sederhana (moderate).

Dua Sahabat: Mohd Najib Sanjung Obama
Tetapi Amerika menubuhkan Juri Agung (Grand Jury) untuk menyiasat dakwaan rasuah ke atas beliau dan orang-orang yang rapat dengan beliau. Demikian menurut laporan akhbar The New York Times (NYT). (Di sini)

Juri Agung adalah badan penyiasatan tertinggi di Amerika. Lazimnya ia mengandungi antara 16 hingga 23 orang ahli walaupun ada masanya lebih ramai. Ia bertindak sebagai satu pasukan untuk jangka masa yang lama atau melibatkan banyak kes. Ia diselia sama ada oleh seorang peguam persekutuan, ketua peguam negeri atau peguam daerah.

Bidang Kuasa Juri Agung Luas
 Mereka berkuasa mendengar kes atau “membicarakan” seseorang secara ex parte iaitu tanpa kehadiran orang yang disyaki atau tertuduh.

Anak Tiri PM Jadi Sasaran

Dalam kes Mohd Najib, laporan NYT itu mengatakan penyiasatan akan dikelolakan oleh sebuah unit di Jabatan Kehakiman (Justice Department) yang bertanggungjawab menyiasat rasuah antarabangsa.

Sasaran penyiasatan ialah harta di Amerika yang dibeli oleh syarikat-syarikat kosong (shell companies) dimilik anak tiri Mohd Najib serta aset-aset hartanah yang bersangkutan dengan seorang yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri.

Anak tiri Mohd Najib yang dimaksudkan itu ialah Riza Shahriz Abdul Aziz, anak Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik manakala kawan rapat keluarga Perdana Menteri itu ialah Jho Low.

The Wolves of Wall Street: Riza (kiri), Jho Low (kanan)
NYT memetik dua orang yang berpengetahuan mengenai penyiasatan itu sebagai berkata, para penyiasat juga sedang meneliti bayaran AS$681 juta yang dipercayai masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib.

Dalam sejarah, banyak waran tangkap dikeluarkan terhadap warganegara asing atas perakuan Juri Agung. Sesetengah daripada mereka berjaya ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah.

Tugas Juri Agong bukan membicarakan orang yang disyaki tetapi memeriksa bukti dan membuat keputusan sama orang itu patut dibicarakan atau tidak. Dalam erti kata lain, Juri Agung memastikan sebab barangkali (probable cause) bukan salah atau tidak bersalah seseorang itu.

Amerika adalah negara terbaru melancarkan penyiasatan rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang melibatkan 1MDB dan orang-orang yang berkaitan dengannya, termasuk Perdana Menteri. Beliau adalah orang paling atas dalam 1MDB selaku Pengerusi Lembaga Penasihatnya.

Negara-negara lain yang telah memulakan penyiasat dan membekukan akaun berkaitan 1MBD adalah Singapura, Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom.

Orang tua-tua di Kedah kata, nak tergelak. Lucu tapi tak cukup cucu untuk ketawa.

Sebaliknya, dalam hal 1MDB ini ia lebih menjurus kepada malu dan aib. Inilah buat kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang Perdana Menteri menjadi orang yang disyaki di luar negara.

Wallahuaklam.

33 comments:

Urang Awak said...

Salam Dato,

Najib bukan saja telah memalukan nama baik Malaysia malah Najib juga telah merosakkan legacy Tun Razak dimana ketokohan Allahyarham harum dimata dunia.

Kita juga patut dipersalahkan kerana membenarkan skandal kapal selam Scorpene terlepas begitu saja. Sisatan yang dibuat terlalu longgar dan Najib dan kuncu2nya berjaya melepaskan diri dari sebarang tuduhan. Akibatnya Najib semakin hari semakin berani dan kali ini bukannya melibatkan milion2 malah berbillion2.

Najib memang seorang lelaki yang malang kerana "MAKAN" terlalu gelojoh sehingga tercekik.

Wallahualam

Jebat said...

Saya percaya saudara membaca banyak sumber. Tiada satu negara pun yang membekukan akaun 1MDB seperti yg dijelaskan oleh 1MDB. So pulak nak tergelak dgn mainan fitnah saudara ni ��

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 Semua2..


"AhJibGO - The EXclusive PM (Penyangak Mega)"


"The Malaysian Dilemma"

-AhJibGO is an "Unmistaken Liability" to Our Nation.. He should know this by now.. Everyone SHOULD REALIZE this by now..

-But still with all these "exposé".. He still insist on staying (???).. SO So soooooooooo (Yes, ada 10 'O') MUKA TAKTAU MALU..

-Yet some still 'thinks/believes' he is innocent (Hah!).. They even did "a Red March" for him.. These PITIFUL PEOPLE should go and get a reality check.. A.S.A.P!


"Malaysia - Around The World"

-Tun Dr.M made Our Nation FAMOUS (Alhamdu'Lillah) while in office...But AhJibGO made Our Nation INFAMOUS (Naa'Uzzu'Billah) since became PM..

-'Overseas Malaysians (ESPECIALLY Malays)' are LIVING IN REAL SHAME now thanks to our "Dearly Pinkish-lips PM"...

-"To held our heads high" and "To stand tall and proud" is now a 'TERRIBLE CURSE' for ALL OF US..

-And to think that the "Ringgit Forex" is our only problem.. Hah! Think again.. TPPA is "knocking on our front door".. Should we gave them a "Red Response (a.k.a Red Carpet)" ?


"Malaysia - Famous VS Infamous"

-Some things are better left unsaid...but some things are not..

-To say that "ALL Malays supports the Himpunan Baju Merah" is an OUTRIGHT LIE...

-Also to say that "My PM Is An Embarrassment To Me" is somehow EXTREMELY an UNDERSTATEMENT...

-And to say that "The Younger Generations are watching in jest the actions of The Older Generations" is just SIMPLY TRUTHFUL...


"In Allah We Trust"

-'Good' WILL ALWAYS triumph over 'Evil'...ALWAYS..Its just how life works!

-Intimidate they might.. Threatening they may.. But still will be meaningless..

-To those "Unsung Heroes", STAY RIGHTEOUS.. GOD IS ALWAYS ON YOUR SIDE.. Believe in that.. :-)


"NO FEAR - Allah Maha Kuasa...Makhluk Takde Kuasa"

-So "Come What May"...'The Law Of Nature' WILL ALWAYS takes its course..

-AND Truth WILL ALWAYS OVERCOME Falsehood...


"Fight The Battle AND Win The War...Insy'Allah"


***May Allah AWJ bless n protects us all from Idiotism**


***Ameeenn**



"The AhJibGO Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

P/S: Never give-up "All Unsung Heroes" (Alhamdu'Lillah DAKJ is one of them)

msh said...

Salam Dato.

Bagi sy ini satu perkembangan yg baik bila mana 'Grand Jury' diAmerika memberi perhatian kepada salah laku Najib....terutama dlm perkara 'money laundering' yg tentu nya akan memberi lagi tekanan untuk Najib melepas 'takhta'...lagi baik jika dia ditangkap sahaja....tetapi tentu sekali tidak baik buat imej negara bila PM negara didapati terlibat didlm kes jenayah antarabangsa.

Sy sngat2 berharap agar dia melepas jawatan dgn sendiri atau terus menghilangkan diri dgn menaiki 'private jet' pergi kemana2 tempat didunia...seperti kata John Mallot...bekas duta besar Ameika keMalaysia..

Kalau kena tangkap dan dihadapkan ke mahkmah lagi baik.

P.S...Patutlah dia cukup 'kamcheng' dgn Obama.....untung2 Obama boleh 'cover' dia.

zainal abidin awang kechik said...

salam tok..sesungguhnya HAJI ITU ARAFAH..
salam

alien said...

pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yg meniup atau orang utan yg bergayut di atasnya.

semua nya menjurus kepada pesawat MH 370...

A KADIR JASIN said...

1.Sdr msh dan para pembahas sekalian, kerana takut ditangkap, dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah itulah menyebabkan Mohd Najib terus bergayut kepada jawatan PM selagi boleh.

2. Konco-konco politik, perniagaan dan perkhidmatan awam beliau pula akan menyokong mati-matian (mungkin sampai sanggup membunuh) kerana nasib mereka bergantung kepada beliau. Mereka akan guna duit seperti mengangkut dan memberi elaun kepada peserta tunjuk perasaan yang tak tahu apa-apa dan guna kuasa untuk menangkap penentang beliau macam Khairuddin Abu Hassan dan memecat Aninah Saadudin daripada Umno. Malah rakan-rakan “Computer Geek” mensyaki yang kelajuan Internet (Internet speed) sengaja diperlahankan.

3. Sebab itulah saya pernah menyebut mengenai “laluan selamat” bagi membolehkan beliau melepaskan jawatan tanpa menghadapi tindakan undang-undang. Tapi ramai tidak setuju. Saya kata, kita masih perlu memikirkannya.

4. Kita wajib fikir. Yang nama satu lebih utama – menyelamatkan negara atau menghukum Mohd Najib? Gabenor Bank Negara sendiri mengaku skandal 1MDB adalah antara punca nilai ringgit merudum.

5. A Chinese Tan Sri told me recently, if Jho Low is arrested he would sing like a canary. This Tan Sri knows Jho Low’s family. So he could be on the run now. From international executives, these people could become international fugitives. I was told several are hiding in Indonesia, maybe in Sulawesi where Bugis are or in Java where the family of our new DPM originated.

6.Tai-pan Jr, among other things, said: “'Overseas Malaysians (ESPECIALLY Malays)' are LIVING IN REAL SHAME now thanks to our "Dearly Pinkish-lips PM"...”

6.They should not. There are many good, successful Malays around the world who have nothing to do with Mohd Najib. The Malays should not feel too ashamed by what’s happening because Mohd Najib is a Bugis. He said so. He is living and fighting by the Bugis rules of engagement.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Mustapha Ong said...

Salam Datuk AKJ dan Selamat Hari Raya Haji. In response to your above article, which has highted the latest development involving ongoing investigations by US and a few other foreign authorities with the intention to implicate DS Najib in the current issues pertaining to the scandal of 1MDB as well as the mysterious donation of 2.6 billion ringgit which was deposited into Najib's personal account through the international routing of the currency market. There is a lot of conflicting news on the status of 1MDB investment venture and we have yet to know the truth, nothing but the truth. As far as the 2.6 billion donation from a mysterious donor, Najib has not deny it and that the money was deposited into his personal account. However, his justifications in the matter is still questionable and could be construed as corruption unless proven otherwise. However, in a nutshell it's only fair and reasonable that unless and until Najib is pronounced guilty of corruption and misuse of power in his capacity as PM, he should be allowed to continue his position without further harassment. Alternatively, if Najib loses his UMNO presidency in the coming party election in 2016, then his political future is sealed and a vote of no confidence in parliament could be initiated against him to pave the way for the appointment of a new prime minister by consensus.

jamil said...

Dato,
Apa pula KBAB nak komen lepas Grand Jury mula menyiasat hal ini. Adakah KBAB nak salahkan Khairudin juga?. Dan bila pula Anifah Aman nak hantar surat pada NYT kerana menyiarkan berita ni.

hazleezaiton@yahoo.com said...

Salam dato,



Kadang kadang tersasul `bugis' dengan `beruk'.


Lagi malu dan aib,kalau `disabibkan' bersalah di salah satu atau kesemua negara negara tersebut.


Walau apa pun, tiada lagi Malaysia yang di`kenali' dunia.


Mungkin Malaysia itu sudah perlu menjadi negara sejarah seperti Malacca,Melaka,Tanah Melayu, Semenanjung Tanah melayu, Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaya.


Dan apa nama negara baru ini?.

Sebahagian Singapura atau sebahagian Indonesia?



Abu Bakar Ab Rahman

Joe Black said...

Dato'

Surely those who are Covering up for "Voldermort" must know that he is now More Insecure than Ever. To those who are protecting him, The Adage;

"Never Work for Anyone More Insecure than Yourself" applies....

This adage is now more important than ever, seeing that he and his consort are being Investigated by not Only the American Grand Jury but also Several International Enforcement Agencies for Money Laundering and other Associated Crimes.

Once Again to these people take Heed:

There is a long list of People for whom one should never go to work for--Crooks, Racists, Liars -- BUT the MOST DANGEROUS of the lot are those who are INCOMPETENT, meaning, way Over Their Heads.

Anyone who feels inadequate to a position of Authority will inevitably : a) Trust the Wrong People for Advise; b) Betray you at the Drop of a Name; c) Mess up the Whole Enterprise and throw everyone into unemployment.

Such people may not mean to do any of those things, but they are driven, night and day, by a fear of exposure (hence the constant efforts at covering up by putting all the mess into a fortress out of bounds to all). They know they are inept; you know that they are inept; they know that you know it and so on.....

Eventually even the most invulnerable Fortress will be breached. When the Fortress is Breached... All Hell will Break Loose...

FXSpec said...

"....Mohd Najib is a Bugis. He said so. He is living and fighting by the Bugis rules of engagement."

Now thats interesting. I am a non-bugis, but why would I feel embarassed if I live and fight by that kind of rules of engagement? Well, maybe its becuz I've nothing2hide....heheheh!

kampong lad said...

salam Tok Kadiaq,

1. point no. 2 - aninah kena pecat ikut perlembagaan umno (baru). ini berikutan dari 1987 fiaco. kalau tak silap la.
2. point no. 6 - setuju. tak perlu ada perasaan malu diatas kelaku najib kerana dia jadi pm sebab 1. dia dipilih jadi WAKIL RAKYAT pekan & 2. presiden umno (baru) tanpa tentangan. berapa % yg sokong dia dari 13 juta pengundi. dia buat, dia tanggung la, he carries own burden. adakah rakyat amerika & britain berasa malu bila bush & blair serang iraq? puak2 yg dapat habuan saja yg sokong, samalah dgn penyokong2 ahjibgor.
3. tongkang2 bugis dah bertukar (transformed) jadi jet2 mewah. kat dia bapak transformasi.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Dank u, Scribe.

Malang sekali, Grand Jury akan soal Jho Low tetapi tiada bukti kukuh ada money laundering atau attempt to corrupt. Najib tidak terbabit dengan Pembunuhan Altantuya.

Malang juga kerana 'derma politik' kepada UMNO akan tetap dalam penguasaan Najib. Maka kita setuju dengan anda Najib kekal President UMNO. Apakah bila H2O jadi Timbalan Presiden UMNO baru Najib akan pertimbangkan lepas jawatan tetapi jadi mentor baru UMNO?

Bagaimana pula kedudukan MB Selangor sekarang?
Apakah akan ada usul tak percaya kerana perilaku MB dalam DEIG? Mungkinkah akan ada MB wanita pertama dalam sejarah Selangor?

Dana politik bagi PRU14 untuk partai-partai politik yang mahu bertanding eloklah dikawal seketat-ketatnya. Siapa untung?

Grand jury kena salahkan Pak Arab penyamun yang menjadi bad influence pada si Bugis comel dan siMinang sihat.

Makan hati cecah cukalah che det: bayangkan.

Wallahuaklam



msh said...

Sdra Mustapha Ong.

Dinegara2 seperti Jepun..Korea..Eropah...bila sahaja disyaki atau dituduh...ketua2 negara atau mana2 menteri pun sudah meletak jawatan.

Kerana rasa; bertanggung jawab atau malu.

Tetapi Najib...sebaliknya pula...jika dilihat dari sudut integriti dan etika pun kita sudah tahu siapa dia sbg pemimpin negara.
Ini tidak diambil kira dgn sikap isteri yg juga penuh kontroversi...dan duit RM2 m yg dimasuk kedlm akaun beliau...yg tentunya mengundang pelbagai persepsi bila mana suami seorg PM negara.

Kalau mahu menunggu pemilihan Presiden dlm parti untuk menganti beliau...akan mengambil masa yg panjang kerana dia sendiri sengaja melewatkannya...untuk membeli masa...dan kalau menunggu siasatan pula tentang salah laku beliau...dia sendiri yg membantutkan semuanya.

Maaf sdra Mustaffa...sy dan juga ramai tidak dpt menerima hujah sdra untuk mempertahankan Najib.

Banyak sngat pembohongan yg melibatkan kerugian kpd rakyat dan negara yg dia telah lakukan.....ini tidak sepatutnya dia terjadi bila amanah sudah diberi.

Kita bercakap pasal salah laku dia...belum lagi kewibaaan dan prestasi kerja dia sbg PM yg memang lemah malah teruk ketahap maksimum.

Terima kasih.

Thebanker said...

Datuk, our PM had done the greatest disfavour to all of us by falling into the trap of outsiders whose objective was to exploit his ignorance about high finance and to use the country as guarantor and paymaster of their ripoff in the form of 1MDB. Who these manipulators are we already know.

Alhamdulillah, on the eve of the Aid ul Adha of 1436, we are presented with a good news that the USA has joined the investigations into 1MDB and suspected money laundering activities by these very same people in the USA and their link to Dato' Seri Najib.

Only liars and the ignorant would deny that 1MDB scandal had caused so much damage to our economic standing and the confidence in our country.

Tan Sri Zeti spoke the truth when she said one of the reasons for the weakness of the Ringgit was the 1MDB scandal as reported, inter alia: KUALA LUMPUR: Malaysia’s central bank governor said on Monday that the ringgit – Asia’s worst performing currency of the year so far – is expected to start recovering once issues surrounding troubled state fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB) are resolved.

1MDB has been the subject of multiple investigations, amid allegations of financial mismanagement and graft.

Prime Minister Najib Razak, who also chairs the fund’s advisory board, has resisted calls for him to step down from government, but controversies continue to rage. 1MDB is seeking to reduce its $11 billion debt by selling power and property assets.

“They (the ongoing investigations) are going to yield an outcome,” Bank Negara Malaysia (BNM) chief Zeti Akhtar Aziz said at an event in the capital city organised by government think tank PEMANDU.

Besides a resolution of domestic issues, Zeti said other factors which could prompt a recovery in the ringgit included an eventual decision by the U.S. Federal Reserve to raise interest rates, a recovery in global commodity and energy prices and an improvement in China’s economy.

The ringgit came under further pressure on Monday after the Wall Street Journal reported that the U.S. Federal Bureau of Investigation (FBI) launched an investigation into allegations of money-laundering at 1MDB.

It slid 1.3 pct to 4.2600 per dollar as of 0725 GMT from the previous close of 4.2070. It has now lost nearly 18 percent of its value against the dollar so far this year.

– Reuters

Salaam

J&J said...

Tun M is an enemy of the state. He was never liked by the US. Al Gore came here all the way to echo his buddy on Reformasi right in front of Tun M's face. And Tun M just smiled.

Whereas Najib is well liked by the US, UK and probably all over the world because he is a buddy of the superpowers, including Russia and China. Well I could say that because that's what he has gone around portraying isn't it ?

BUT THEN ..... why is the whole world against him now ? Major media in the US have started implicating his name. The enemy of the state Tun M could never be prosecuted despite being the enemy. Not an inch he could be touched even by najib's stooges right this very day.

But the Grand Jury of the country where his golfing buddy is the President could do it ? I am amazed !

Beggars or what? said...

Heard PM and entourage now on flying visits to UK and USA, are they trying to beg for mercy from further prosecution?

pahit manis said...

Datuk S,

Sedih dan memalukan. Dalam sejarah negara kita, belum pernah ada situasi di mana seorang PM atau CEO negara dibuat begini. Selagi yang saya ingat, tidak pernah berlaku dalam negara kita. Di masa2 yang lampau, memang ada PM negara yang tidak disukai oleh pemimpin2 barat kerana beberapa faktor. Antaranya kerana tidak mahu berkawan rapat dengan pembesar2 dan pemimpin mereka. Ada juga yang marah kerana pemimpin kita dilihat sebagai pemimpin yang celupar dan berani menentang atau mengkeritik mereka. Datuk mesti ingat DAWN RAID awal tahun 80an. Mana pernah ada negara kecil dan membangun pernah buat begitu? Mungkin mereka marah dengan pemimpin macam Dr M kerana beran melawan tauke. Tetapi akhirnya mereka akur dan mengiktiraf pemimpin kita. Mereka mula menunjukkan tanda hormat. Kita juga dilihat sebagai menjuarai negara2 miskin dan membangun. Ini jelas.

Hari ini, keadaan sudah jauh berubah. Saya tak payah hurai dengan anjang lebar. Datuk S dah buat macam2 untuk memberitahu pengikut Datuk keadaan hari ini. Maruah negara kita dah dicabar dengan nyata dan jelas. Nama baik kita sudah tercalar dan mungkin sukar untuk dibersihkan. Apa kesudahannya nanti? Bila agaknya perkara aib ini akan berakhir? Bagaimana agaknya kisah ini akan berakhir? Apabila episod ini berkahir, akan pulihkah maruah dan nama baik negara kita?

pahit manis

PUTRA MERDEKA said...

gua cilok tok, tq

yana said...

Salam Datuk A. Kadir.

Memang mengaibkan. Dengan bini dengan anak dia sekali yang menjadi salah satu punca Najib jadi begini. Harap kak ros muhasabah diri kerana anda suami anda hancur binasa. Anak tiri dia pun kena hambat juga jangan sampai terlepas. Begitu juga si mamat bulat puteh kelahiran Penang tu.

Pengajaran bagi semua rakyat Malaysia. Yang diamanahkan jadi pemimpin buka mata anda luas-luas. Jangan ulangi lagi apa yang PM ke-6 ini sudah buat. Kalau maseh ada simpan niat mahu seleweng harta kerajaan harta duit rakyat maka anda boleh lupakan hajat jadi pemimpin. Rakyat Malaysia bukan lagi naive lurus bendul boleh dicucuk hidung ditipu dipermain-mainkan. Ingatlah hakikat ini wahai pemimpin yang maseh bongkak dan lupa diri terutamanya pemimpin Umno.

Terima kasih Datuk yang dikasihi. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha esok. Semoga Allah sentiasa memberkati serta melindungi Datuk A. Kadir Jasin sekeluarga.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Nampak hang punya 'intro' macam nak bagitau pasai 'grand jury' atau juri agung Amerika. Terima kasih banyak Kadiag.

Izin aku panjangkan sikit kedalam bab satu unit dlm 'department of justice', Amerlka, bawah FBI(?) yg depa pangge 'kleptoracy initiative' yg katanya akan ambek tindakkan ataih pihak yg langgag 'U.S. FOREIGN CORRUPT PRACTICES ACT', ringkaihnya FCP Act atau FCPA.

Bawah ni aku 'cut and paste' sikit depa punya pengenalan pasai kleptokrasi, atau ringkaihnya, pemerintahan olih penyangak dan penyamun..:

"Kleptocracy 101

A kleptocracy—loosely translated from Greek as “rule by thieves”—is a form of political or government corruption involving officials who steal from their government treasuries to enrich their own personal wealth.

.. cases.. were opened under DOJ’s Kleptocracy Asset Recovery Initiative, which—in coordination with the FBI and other federal agencies—seeks to forfeit the proceeds of corruption by foreign officials and, where appropriate, use the recovered assets to benefit the people harmed by the acts of corruption. ... cases.. are prime examples of kleptocracy-related criminal activity: Through bribes and other schemes, these “kleptocrats” stole money from their own governments and used the U.S. banking system, among others, to launder the funds.

In addition to impacting the U.S. economic sector, kleptocracy and international corruption have national security implications. According to Special Agent Jeffrey Sallet, chief of the FBI’s Public Corruption/Civil Rights Section, “Corruption leads to lack of confidence in government. Lack of confidence in government leads to failed states. And failed states lead to terror and national security issues.”

How does the FBI get its kleptocracy cases? We may open cases on the same foreign officials we identify in our Foreign Corrupt Practices Act investigations. In addition, our foreign law enforcement partners and/or new leaders in certain parts of the world often seek U.S. assistance in identifying and recovering government assets stolen by previous corrupt regimes."

Aku cedok benda ni dari laman rasmi FBI, Dept of Justice, Amerika. Kalu perlu, munkin loyar Chang, katanya member kawan hang dari Tongkang Yard tu kod bulih bagi pencerahan lanjut.

Mintak maghap la kalu ni terlalu panjang atau macam nak ajag hang pulak atau ada apa2 yg tak kena... Maghap no...

Wa sallam.

Aku.

Othman Ahmad said...

Penjenayah mana nak nengaku kesalahannya. Begitu juga 1mdb mana nak mengaku akaunnya telah dibekukan di Spura, Swiss & Hong Kong. Macam duit cash yg sekejap di Cayman Isle, sekejap di Spura, sekejap di aksun peribadi Najib & Rosmah (macam pelarian pulak). Lepas tu duit cash bertukar jadi saham..tukar pulak jadi unit.. (macam main silap mata pulak). Tak tahulah...ini silap mata ke ..songlap mata .....??????

Othman Ahmad said...

Si Ikan Dugong dah terperangkap dgn umpan duit & telunjuk Yahudi & Amerika.

Othman Ahmad said...

Bugis INI dah teruk dibugilkan.

Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ,

Ini lah corak pemikiran dan sikap orang Melayu.....apa nak dirasakan aib atau malu kerana sikap 'Melayu memang seronok mengaibkan Melayu'

Kawanlama said...

Maaf Datuk dan tulisan ini nampak sangat kebencian Datuk terhadap bangsa Bugis....bangsat sangat bangsa ini.

Jangan hukum atau rujuk kepada bangsa atau kaum kalau hendak mengkritik ye.

Jelas sangat Datuk sudah kehillangan 'wisdom' sebagai seorang wartawan budiman.

Biarlah proses siasatan dan perbicaraan dijalankan dengan sewajarnya sebelum menjatuhkan hukuman.

Orang sudah tua mungkin hampir hilang budi dalam berbicara.

Kawanlama said...

Alhamdulillah terdapat juga seorang yang berbudi bicara. Saya amat sokong pandangan MustaphaOng ye.

Othman Ahmad said...

Aku...

Your input is well timing & enlightening.

Lahuma said...

Dato.

Tapi orang keliling PM Najib sekarang hanya yakin pada orang luar bandar sahaja dimana mereka senang di beri gula gula.
Berlainan dengan orang di bandar dan pinggir bandar yang banyak maklumat dan pengetahuan dan bukan mudah terima bulat-bulat apa yang diberi.
Kalau PRU 13 BN dapat 48% dari semua pengundi.
Adakah PRU 14 BN menambah undi atau terus merosot.

Kekauatan UMNO dobawah pun sudah reput .

Nasib baik ada orang luar bandar.
Aset PM Najib aialah orang kampung.
Tapi yang buat duit ialah pemimpin atasan mereka.
Modal untuk ditabur bila buat tinjauna nanti.

PM Najib dan orang nya belum nampak lagikah yang dahan berteduh nya seperti AS pun main kayu tiga dengan PM Najib.

AS main kayu tiga dengan PM Najib.

Terim akasih Dato.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas sekalian (sesungai),

1. Berkenaan rojokan saya kepada "kebugisan" Mohd Najib, ia bukan dongengan saya. Saya hanya memanjangkan apa yang beliau sendiri uar-uarkan.

2. Beliau yang berbangga dengan kepahlawanan Bugis dan kehebatan Bugis melayari lautan.

3. Saya sekadar membuat kajian dan pengesahan mengenai apa yang beliau ucapkan dan dilaporkan oleh media massa arus perdana, termasuk bernama.

Wallahuaklam. Terima kasih.

jaaffar bin buang said...

Amat malang bagi negara malaysia kerana mempunyai perdana menteri yg telah pun tercemar namanya di seantero dunia.
Jika dia hilang pertimbangan yg waras maka tidak mustahil najib mungkin akan menjual negara ni pd orang asing.
Pd ketika itu apakah menteri 2 yang mengampu akan duduk diam,mengiyakan apa yg dibuat oleh najib.
Saya mendoakan akan ade pemimpin spt tan sri muhyidin yassin yg akan muncul utk memprotes najib krn masya allah jika najib hilang kewarasannya satu hari nanti ,kita sepatutnya sudah bersedia menghadapi situasi susah dan penderitaan.

Kampong man said...

Salam DAKJ,

1.1 MDB has been overly politicised with political agenda to oust PM Najib as a mandated PM by the opposition especially and those anti Najib factions towards a build up to coming GE 14 expected prior Aug 2018.

2. Whether the PM will vacate his position or not following the continuous harrasment and now DOJ recent reports on 1 MDB it is very inlikely.It will only occur through democratic proses and not other ways. If pointing factors will inevitably lead to his natural exit then he should make an exit the honorable way .....

3.BUT i doubt it at this stage the PM will do so as he is yet be proven guilty of wrongdoings and the DOJ is a normal civil case and not a criminal case as yet. However,he is losing the perception war with a simple objective wanting him out and his mandated government defeated by any means.Very undemocratic i must say.

4 UMNO/BN will still be relevent with or without Najib even with Tun M and those UMNO DNAs factions forming a new party or any alliance in my simple analysis.Time is not on their side and recent Sarawak election,the Sg Besar and Kuala Kangsar shows the support for UMNO and BN, where they win BIG is a good enough indicator for support of Najib leadership that matters.The new party by Tun M if formed will be a failure in my view as proven in the past with new party as the GE looming soon.It is truly embarassing to see more break up in orang kita Melayu more for political power and personal agenda and grudges,if you catch the drift.After all this is what Melayu are good at,politics and PHD.

5.What develop next from now on will be interesting and we shall follow it closely or we can choose to just ignore it.After all most of us are not young anymore and many have no ambitious political agenda.Many have grown tired of 1 MDB like nothing else matters and welcome to Malaysia where everyday is nothing but politics and politics.Huh.. Granted, here is the right forum for discussion,it is important that opposite views like mine be presented and understood in fairness to all parties concern and wrong perceptions corrected.The above is only my simple view ,nonetheless.I pray and doa that this issue of 1 MDB be resolved for the benefit of kita orang Melayu Islam and for all Malaysians we need to move on.

The decision is ours to vote next GE to our preferred candidate and party and we shall respect majority decision as we celebrate democracy and democratic process.I love Malaysia and PEACE. Maaf.Wallahwu'alam,terima kasih.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).