Friday, September 18, 2015

Wartawan: Antara Kebebasan, Ancaman dan Cari Makan


A Kadir Jasin

MUTAKHIR, 21 Sept – Terima kasih mahkamah. Ada harapan untuk media massa bebas di Malaysia. Waktu untuk pemerintah menyedari bahawa era kuku besi sudah berlalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.

Hakim (Datuk) Asmabi Mohamad dalam mebenarkan permohonan kajian semula kehakiman (judicial review) oleh pemilik dua akhbar itu berkata, pihak responden (menteri) telah melanggar Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Responden tidak mematuhi keseksamaan peraturan ( procedural fairness) kerana tidak memberi butir penggantungan kepada pemohon," katanya.

Hakim berkata lagi, menteri telah mengambil pertimbangan yang tidak relevan dengan mengenakan penggantungan menyeluruh selama tiga bulan.

Kementerian Dalam Negeri menggantung dua akhbar itu berikutan laporan mereka mengenai skandal 1MDB dan pembabitan Mohd Najib di dalamnya.

POSTING ASAL
 


DARIPADA nostalgia dan kenangan lama mengusik jiwa, kita terpaksa kembali ke alam nyata. Semalam sejarah dan kenangan. Hari ini hakikat dan kenyataan.

PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Terima kasih kepada pembahas yang mendoakan keselamatan saya. Mudah cakap, saya tidaklah berani sangat tetapi saya pun tidak terlalu penakut.

Saya diajar oleh Allahyarham ayah saya, berani atau takut harus berasas dan berpada. Kenali bahaya dan kurangkan ancamannya. Paling penting, kata ayah saya, hormati sesama manusia tetapi takut hanya kepada Allah.

Masa kanak-kanak saya takut hantu. Kita ditakut-takutkan dengan cerita hantu. Macam-macam hantu. Tetapi ketika belasan tahun saya hilang takut kepada hantu. Musim hujan, bila ikan naik dari sungai ke sawah untuk bertelur, hatta tengah malam pun saya keluar rumah untuk memeriksa bubu, tuar dan pelompat.

Saya tahu ancaman ada di mana-mana dan apa saja boleh berlaku, hatta yang tak masuk akal. Selama 46 tahun menjadi wartawan saya melaporkan dan membaca banyak kejadian aneh: manusia hilang tanpa kesan, tauke India dibunuh tetapi pembunuh tidak diketahui, wanita asing diledakkan dan macam-macam lagi. Yang terbaru  Timbalan Pendakwa Raya (DPP) (Anthony Kevin Morais) diculik di tengah-tengah kemewahan Bangsar dan mayat beliau ditemui di Subang Jaya.

Mayat Morais disumbat dalam tong minyak
Takut memang takut. Macam-macam boleh berlaku. Sekarang pembunuh upahan amatur ada di mana-mana. Orang yang biasa dengan masyarakat yang memelihara anjing tentu tahu anjing kadang-kadang menyerang tanpa diarah dan tanpa provokasi. Tuan tak suruh serang tapi anjing serang. Mungkin anjing rasa tuannya terancam atau anjing nak tunjuk baik kepada tuannya. Jaga-jaga, penyakit anjing gila kembali semula. Lagi satu bala.

Anjing liar bawa penyakit anjing gila
Negara kita makin bahaya. Tetapi kalau kerana negara kita bahaya, kita takut dan tidak buat apa-apa, keadaan akan jadi lebih bahaya. Akhirnya Malaysia hanya layak didiami samseng, penyangak dan pembesar yang diiringi pengawal bersenjata.

Apakah itu yang kita kehendaki? Apakah itu Tanah Melayu dan Malaysia yang para pejuang silam idamkan apabila mereka melaungkan merdeka, merdeka, merdeka pada 31 Ogos 1957?

Negara kita menjadi begitu tidak selamat sehingga ada pengarang media massa arus perdana yang dikhabarkan membawa senjata api.

Kalau pengarang media massa arus perdana mengakui tentang betapa bahayanya negara sehingga terpaksa membawa senjata api, apakah kita hendak mempertikaikannya?

Dulu Lain

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri antara 1981 hingga 2003, beliau bebas memandu sendiri untuk meninjau buruk baik negara dan menikmati kepuasan memandu.

Masa itu pun ada ancaman. Pada awal tahun 1980-an pasukan bersenjata komunis masih cergas dan kegiatan kongsi gelap meluas.

Tetapi kini, pada saat negara kita diuar-uarkan akan menjadi negara pendapatan tinggi menjelang tahun 2020, polis menasihati Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak jangan memandu sendiri atas alasan keselamatan. Hanya sekali beliau dibenarkan memandu sendiri ke Hotel Majestic.

Jadi jelaslah yang Malaysia makin tidak selamat atau Perdana Menteri kita sekarang menghadapi ancaman keselamatan yang tinggi sehingga menghadiri bahas umum "nothing2hide" pun ditegah polis.

Kebebasan

Terima kasih kepada anak buah dan rakan wartawan yang curi-curi berjumpa saya atau bertukar-tukar fikiran melalui SMS dan Whatsapp. Yang lebih berani seperti Ku Seman mengulas terus dalam blog ini.

Saya faham dilema mereka. Nasihat saya, kalau mereka makan gaji, mereka kenalah akur kepada majikan mereka. Alternatifnya mereka kenalah berhenti dan cari tempat yang secocok dengan pendirian mereka atau bekerja sendiri.

Sekarang bukan media arus perdana (MAP) saja dimiliki dan dikawal oleh kerajaan atau pihak-pihak prokerajaan malah banyak saluran media baru seperti portal berita dan blog turut dimiliki atau ditaja oleh kerajaan dan pihak-pihak prokerajaan.

Saya terpaksa bersetuju dengan mereka bahawa terlalu kerap MAP kena saman malu oleh pembangkang dan sering kalah dalam perbicaraan. Mereka hilang duit tetapi yang lebih teruk mereka hilang kewibawaan dan keyakinan khalayak. Duit itu lebih baik dibelanjakan untuk kebajikan kakitangan dan memperbaiki mutu pemberitaan daripada membayar saman malu.

Kesimpulannya, kejadian yang dulu dianggap luar biasa sekarang sudah tidak luar biasa lagi. Malah sudah jadi biasa. Wanita jelita dan DPP dibunuh sensasi. Pengarang media bawa senjata api. Hak menjawab dalam akhbar tidak lagi diamalkan. Manusia takut hingga cakap pun berbisik-bisik.


Pasca-skrip: Tahniah kepada (Datuk) Ahmad Rejal Arbee (gambar di atas) kerana dianugerahkan gelaran Tokoh Wartawan Negara (2014) dan kepada keluarga Allahyarham Zainon Ahmad atas anugerah Tokoh Wartawan Negara (posthumous) 10 September lalu.

Wallahuaklam.

47 comments:

Jarigatal said...

Rakyat kata BERANI KERANA BENAR
Orang lain kata BRRANI KERANA BERKUASA.

joe black said...

Dato,

DS Najib is demonstrably wonderful as the Jovial, Happy Go Lucky, Non Racist Bangsawan. When he was made the Prime Minsiter all and sundry thought (including Tun Dr M) that he would be the Next Tengku Abdul Rahman!

Lo and behold, his advisers (wife?), insists on him "ïmproving" on what they consider to be his "weaknesses"...He should, now, they say, "go to his left". Become brutal, harsh, firm, confrontational and downright racist. At the same time we keep seeing the original self popping up limply calling for peace and harmony!

The Rule "Do Not Go To Your Left"! is so hard to obey, apart from one's personal inclination, is that there is a great deal of nonsensical pressure on someone who does one thing very well (in the case of Najib being benevolent) - and who is acknowledged for doing that thing very well - to change direction and do something else (in the case of Najib being downright harsh, brutal and consorting with racists).

Unfortunately for Najib, Appearance is frequently reality. And too much of appearing as the defensive, evasive, brutal and consorting with racists will surely totally destroy the old benevolent self.

The Solution? Boo yourself off the Stage

yana said...

Salam Datuk.

Salute dan respek tugas wartawan sesungguhnya penuh keberanian adakala menggadai nyawa melawan arus keadaan serta manusia. Bukan sahaja menjadi penghubung antara manusia dan dunia wartawan juga menjadi penghibur jiwa nan lara.

Namun harus diingat keselamatan harus jangan dialpa Datuk. Jaga diri sentiasa terutama yang di luar sana kini banyak mengundang bahaya.

Kalau ada masa terluang boleh tonton filem 'Nightcrawler' 2014 cynical thriller rating 7.9 starring Jake Gyllenhaal..
berbaloi tonton thriller menarik ini mengenai seorang 'stringer' - freelance cameraman yang akan buat apa sahaja untuk 'capture moment' beritanya...

Take care Datuk AKJ. Have a good weekend.

RAWA LANUN-BAHASA said...

What I would really like to read is an intelligent factual analysis of the Mohd Najib-1MDB Scandal from the viewpoints of both prosecuting and defence attorneys within the ambits of laws of the countries involved and the Malaysian Jurisprudence, Scribe.

Which law was broken, when, how, where.
What are the penalties or punishments incurred.

A complete study of the Mohd Najib-1MDB Scandal. All elements connected directly to the promulgation of the scandal.

Then I would put it before and to all the members of UMNO to decide. Won't that be something, wouldn't it, Scribe. It would be just like the best lawyers arguing their case and doing it before the best judges; and then let the nation decide in the PRU14 after the PAU.

Or you are not really that non partisan - remember Membena Bangsa agenda, Abdul Kadir? Ah - and then, the basmallahs that you've used, Scribe, would not be in vain.

Salam takzim.

sitinur said...

adakah Malaysia dipimpin oleh penjenayah...jgn bersedih Malaysia..Allah ada...

TESSA said...

Datuk

Masa kecik I pun takut cerita hantu. Masuk usia 20han pun masih takut hantu kalau tonton cerita seram. Nowadays tak lagi sebab hidup ini sebenarnya jauh lebih menakutkan dari tonton atau baca cerita hantu.

Baru tau PM pun dah tak boleh drive sendiri. Macam mana nak hidup bebas kalau kehulu kehilir asyik diekori bodyguard. Tak peaceful la gitu.

Dulu I ada lihat businessmen rajin pakai bodyguard ramai, tapi Datuk, businessmen yang macam ini adalah jenis yang tak boleh percaya, kaki tipu, kaki songlap, pasal takut kena serang dek mangsa so mereka pakai bodyguard ramai.

Goodnight!

Unknown said...

Assalam mualaikum Dato,

Did not see you at the mosque today. An unstable person caused a ruckus by slapping the Imam. Anyway its a minor incident.

If a country is ruled by a Dictator type PM Zalim, for sure the country is never safe.

The good people are easily intimidated by the people supporting him only for MONEY.

Just look at the recent Perhimpunan Bersatu. You only have to pay them and they can cause many problems. Finally the PM and the DPM said there must be a ' certain ' outside group or element that wanted to cause the havoc. Two big liars telling the nation who are more matured in their thinkings.

When money is not enough..the basic commodities keep on increasing..this and that have to pay plus the GST and latest is the lane for motorcycles on the highways have to pay tol of RM1 I am very sure the Rakyat will start to become restless and unhappy.

Finally they may have to resort to cheating, robbing, killing just to get more money to settle the bills and debts.

Those that borrowed from the banks, what with the economy in a very poor condition have no choice but to ' gali lubang and tutup lubang ' just to service the loan. In the end they have to declare themselves bankrupt and their families have to suffer

For the Zalim PM, he has no choice but to continue imposing various measures to enable him to be sitting in that position. Those who he feels can shake his position he quickly terminate them.

When he see thinks may become worst, he will then use his famous weapons of Race and Religion issues. He only has to pay to get a big crowd to demonstrate and show who is mighty.

Previous PMs since independent has never resorted to these dirty tactics of the lowest level. But this PM Zalim has shown that he will use whatever ways so long he is still the PM

But what I am very sad about is that among the Malays especially UMNO members, just for sake of a few thousands Ringgit.are willing to defend ' bermati2an '.

The dignity of a Malay can be bought for just a few thousand Ringgit..The non Malays have never look down upon the Malays.

Waalahualam

tebing tinggi said...


Salam Datuk,


Bidalan Melayu turun menurun, " berani kerana benar ,takut kerana salah ", sekarang saolah-olah sudah bertukar , " yang salah berani , yang benar pula yang takut ", saolah-olah kata-kata semangat orang tua-tua dahulu sudah tiada kebenaranya lagi.

Penanya said...

Himpunan perkauman yang sokong dia dihalalkan. Himpunan perpaduan yang lawan dia diharamkan. Elok juga, makin ramai orang benci dengan dia & parti dia.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Kejadian bunuh ala-mafia seperti ini banyak berlaku di Amerika Syarikat waktu tahun 50 dan 60an.

Sekarang jarang kita dengar melainkan dalam filem Hollywood.

Kejadian bunuh biasanya dikenakan kepada saksi (witness) kerana kalau saksi tidak ada maka akan buang kes.

Yang menghairankan dalam kes ini adalah pendakwa dibunuh walhal, kes akan tetap berjalan kerana pendakwa yang baru akan ambil alih.

Ini yang peliknya dan sekarang ini banyak kes yang pelik-pelik jadi di negara kita.

Unknown said...

Salam Datuk.
Nampak macam gundah gulana, resah gelisah dgn dunia yg semakin tiada sempadannya.
Tapi saya salute keikhlasan, kebijaksanaan dan timing mood Datuk menghadiahkan kami nukilsn yg mempunyai beribu2 erti.
Dalam tenang terkena juga ya.
Apapun. You r the best.

jumbeaux said...

Salam Datuk,

Kalau nak berceloteh memang panjang, tapi dunia media semakin berubah sekarang. Masyarakat lebih banyak mendapatkan berita dari media sosial kerana ia percuma, segera dan tidak memerlukan pengesahan terlebih dahulu.

Media arus perdana sudah semestinya tertekan untuk mendapatkan pendapatan dari pengiklanan jika jumlah pembaca, penonton dan pendengar berkurangan.

Tekanan inilah yang mungkin menyebabkan ada yang sanggup mengambil tindakan luarbiasa seperti berkempen memburukkan kereta nasional negara dan mencetak tajuk-tajuk utama yang berbaur perkauman. Persoalannya, sejauh mana lagi yang akan mereka sanggup pergi.

Masalah pendapatan media tradisional bukan cuma dihadapi oleh media di Malaysia. Malahan masalah ini sama di seluruh dunia. Setakat ini belum ada model komersil baru yang cukup kuat untuk ditiru dan digunapakai tetapi pengamal-pengamal media di Malaysia harus terus mencuba. Ini kerana adanya punca pendapatan dari sumber komersil akan membantu mengurangkan tekanan "political masters" ke atas integriti editorial.

Aku said...

Kadiag, sekali lagi salaam.

Keselamatan dan kesihatan maunya diutamakan.

Pembunohan Morais jelaih lonjak Malaya ke satu lagi tahap kesedaran yg nyawa laani begitu morah, munkin rentetan dari integriti yg bulih di tukag dgn sedikit habuan...last sekali aku terbaca Dr Asri, mufti Perlih pulak di siasat di bawah akta hasutan.

Kalau benag cerita ni, bulih kata hampiag semoa orang, polih Malaya saspek melainkan 'chief' saspek tu sendiri.

Tapi, aku tengok kehinaan bertimpa timpa ataih kepala dia. Bukan saja di Malaya, tapi diluag negeri pon macam tu...baca saja sorat habak atau tengok tv Arab, Amerika, Australia, Indonesia....

Aku terpacak bersaksi macammana Allah S.W.T. melimpahkan kehinaan semasa hidop lagi....sembelum api yg menyala nyala di aqirot.

Na'uzubillah. Astaghfirulloh....

Aku.

msh said...

Salam Dato.

Lepas satu...satu lagi yg dia lakukan nak selamat diri.
Paling last...dia sokong Perhimpunan Maruah Melayu.

No 2 dgn Noh Omar bersama budak Jamal pun buat 'grand show' kunon nya nak naikan 'maruah' bangsa.

Sy percaya mereka rasa megah...bangga dan berjaya dgn perhimpunan ini.

Tetapi sebenarnya Maruah bangsa bukan boleh diperbetul dan ditebus dgn berarak ...melalak
dan maki hamun Cina dlm satu hari....dan ini yg org Melayu tidak tahu.

Tetapi budak Jamal dpt habuan dan Noh Omar serta No 2 peduli termasuk dia peduli apa.

Sedih bila Melayu masih tidak berlajar apa2...dari sejarah yg lepas2.
Ketua2 'dok pekena depa 24/7'.

Hingga Tun dan mana2 Melayu yg tidak menyokong dituduh pengkhianat bangsa....

Astaghfirullah...kenapa dgn bangsa ini....'bodoh piau'.

Alahai bangsa ku.

Nota...sy minta Dato bila berjln kena selalu pandang2....depan belakang...kiri kanan...takut nanti ada anjing gila yg terkam tokak....nak jaga Boss.

Nom De Plume said...

Salam Dato’

Khairuddin Hassan a complainant of IMBD has been arrested. This is odd.

Those he accused are not touched and instead freely left the country.

Does AG consent to police arresting the complainant?

MACC said they wanted to take statement from PM, that was months ago. And has MACC succeeded, if not why?

Is the PM above the law? Is it true Khairuddin lodged false report?

Swiss authorities are investigating his report and AG was requested to see documents these authorities have.

So you are right Dato’ this country is dangerous if you are telling or seeking the truth.

TESSA said...


Datuk

I baru baca ini, Khairuddin direman 6 hari terlibat ‘aktiviti’ jejas demokrasi berparlimen. Strange, banyak sangat keberanian terlebih lately, adakah kerana perhimpunan red shirt, terasa sokongan untuknya begitu kuat. I tak faham lah red shirt rally ini, mereka berhimpun untuk kekal najib sebagai PM atau sebab rasa maruah Melayu tercemar sebab Bersih rally ramai Cina yang datang dan gambar Najib dan Hadi telah dipijak pijak mereka. Which is which? Tak faham la.

Mat Tunjang Enterprise said...

Dah lama dah tak mai cerita
Baca blog Datuk saya penin kepala
Macam macam bala dok timpa
La ni di Kedah anjin dah gila.

Dok ingat tu cerita dulu kala
Masa Mat muda-muda
Dulu banyak anjing gila
Tokak manusia pekara biasa.

Bila dah kena tokak
mesti berubat jangan tidak
Kuman anjin masuk ke otak
Macam anjin manusia menyalak.

Lidah terjulor macam anjin
Rata tempat berak dan kencin
Bila sakit tergulin-gulin
Lama2 mati air lior kerin.

Mat dengar depa dok kata selalu
Tahun 2020 nak jadi negara maju
Duit banyak sudahlah tentu
Hidup senang kepada tak buntu.

Yang ni lah Mat dok heran
Cakap nak maju bukan main sakan
Tapi hidup tambah tertekan
Harga naik yang bukan bukan.

Dulu di Siam kita macam raja
Mai abang mai belanja
Adik urut kaki sampai kepala
Duit Malaysia adik terima.

La ni tak lagu tu lagi
Kita mai depa ejek dan perli
Duit kita mereka dah tak peduli
Nilai duit depa lagi tinggi.

Pasai tu la Mat lama tak mai
Tidur malam mengigau dan mamai
Harga barang tambahlah mahai
Tapi menteri kata semua terkawai.

Mat minta undur dulu
Ada kerja di Kg Ulu
Bela kambin bela lembu
Cara makan apa yang mampu.

Mat Tunjang Enterprise

yana said...

Salam Datuk AKJ.

In view of the current situation in the country - tangkap sana tangkap sini, orang hilang orang mati katak - it is wise to be extra aware alert and cautious of our safety, family and home; and especially journalists who risk their lives for the truth like yourself Datuk I really hope you take good care of yours and family's safety.

Though the film Nightcrawler has got no relevance to your article with regards to the unique situation in our country right now, it is still worth watching what the real world out there is actually like.

Thanks Datuk, baik-baik jaga diri.

Unknown said...

Salam Dato.

Sejarah membuktikan (di seluruh pelusuk dunia, sejak zaman berzaman) pemimpin yang zalim akan jatuh tersungkur walau sehebat dan sepandai mana pun berbohong. Nikan pulak pm malaysia yang blurrrr

Unknown said...

Cikgu ; Bila besar, siapa nak jadi pilot ?

Murid ; Taknaklah, takut kapal terbang hilang.

Cikgu ; Siapa nak jadi peguam ?

Murid ; Taknaklah, nanti mati dalam tong simen.

Cikgu ; Siapa nak jadi imam ?

Murid ; Taknaklah, nanti kena tampar.

Cikgu ; Habis, kamu semua nak jadi apa ???

Murid ; Kami nak jadi PM, banyak dapat derma !😆

zainal abidin awang kechik said...

Tok malaysia in menarik ... Segala madam ajaib boleh berlaku..

Salam Tok.. Sesungguh Nya Haji itu Arafah

RD. said...

Salam Data AKJ.

Macam biasa, bila dekat dengan PAU, ahli politik akan mula jadi jaguh Melayu dan berdegar-degar mempertahan apa yang termaktb dalam Perlembagaan. Bila dekat PRU pula dia akan membelakang Perlembagaan yang sama sambil berkata; "SRJK akan terpelihara selagi ada bulan dan bintang". (Lebih kurang begitulah, katanya)

Nampak-gayanya, Najib telah memulakan kempen sebagai Presiden Party UMNO dengan mengistiharkan 'Ilmu Persilatan Melayu' sebagai Seni Mempertahankan-diri Negara.

Saya tidak akan terkejut jika Ketua-Pemuda dan ramai lagi pemimpin perwakilan dalam PAU akan datang, kembali mencium Keris, setelah sekian lama berhenti buat demikian.

Dengan memijak-mijak gambar-edit Haji Hadi dan Najib berpelukan, terbukti jelas, penyokong DAP amat marah dan benci bila ternampak orang Melayu di dalam UMNO dan PAS, seolah-olah mahu bersatu.

Najib pun sudah hilang sifat 'moderate' apabila menyokong Baju Merah secara terbuka, demi menyelamatkan diri dari kemelut yang bertimpa-timpa.

A KADIR JASIN said...

1. Bila saya kata negara kita tak selamat lagi, taklah terlintas di fikiran saya sampai Iman Masjid Negara pun diserang waktu mengimamkan solat. Masya-Allah. Apa dah jadi dengan negara kita?

2. Mulai sekarang tentu langkah keselamatan akan diperketatkan di Masjid Negara. Kalau nak imamkan sembahyang pun dalam keadaan berjaga-jaga, macam mana nak kusyuk?

3. Betul macam pemantun Mat Tunjang Enterprise kata. Ingatkan penyakit anjing gila (rabies) dah tak ada lagi. Rupa-rupanya bala lama balik semula.

4. Ini satu lagi contoh kemerosotan pemerintahan dan pentadbiran negara. Wabak yang dah hapus kembali semula. Penyakit lumpuh (polio) dan batuk kering makin kerap dilaporkan.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

nothing to hide said...

datuk.

i said so. this muka tak malu wouldnt be ttavelling anywhere. malu and scared stiff.

Kawanlama said...

Terima kasih DAKJ,

Saya ingin juga menambahkan fakta yang juga sangat penting bahawa budaya fitnah juga sangat2 berluas-luasa ketika ini....

Perlu ingat bahawa fitnah itu lebih besar daripada membunuh.

Baca semula sejarah peperangan Siffin dan ambil lah pengajarannya ye.

Wallahuaklam.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Alhamdulillah. Pucuk dicita ulam mendatang.
Dalam kes Sdr Khairuddin Batu Kawan bolehlah dia buktikan kebenaran data yang dia telah bertindak dengannya. Bolehlah dia saman Kerajaan BN kerana bertindak terhadapnya dengan berniat jahat.

Dalam hal imam kena sepak bolehkah diibaratkan che det berdemo bencikan Najib?

Dan apakah hukuman yang setimpal yang dibenarkan terhadap meteka yang bakar hutan sampai menyusahkan ramai yang lain?

Salam hormat

panglimo potaseh said...

Pak Kadir.

Saya tertarik dengan tulisan Pak Kadir tentang keselamatan di masjid .. teringat zaman sekolah pada tahun 70an, tiap minggu bersembahyang jumaat di Masjid Negeri, saya melihat 7-8 polis mengiringi Yam Tuan Negeri Sembilan ke masjid .. semasa orang bersembahyang polis ini rancak berborak diluar masjid .. yang penting Yam Tuan masa tu selamat.

RAWA LANUN-BAHASA said...

The Scribe
Salam hormat

Nak tanya sikit.
Bila FBI telah siasat dengan baik dan menyeluruh dan hasil siasatannya tiada jenayah telah dilakukan oleh 1MDB dan Mohd Najib what next?

Akta hasutan ada. Maka eloklah digunakan.
Apa pendapat Scribe?

Atau patut dibayar dengan darah?
Apa pendapat Scribe?

Exciting isn't it.

nothing to hide said...

datuk.

would you say that the past 6 years have been the worst 6 years of bn?

Anak Johor said...

Salam Datuk,

bercakap tentang negara yang tak lagi selamat, semalam kami ke JB bagi menunaikan janji hari lahir anak di Paparoti yang tertangguh lebih 2 bulan. Dalam perjalanan ke JB banyak betul polis trafik di atas jalan melebih kadar biasa dan mereka memang berani mati. Bayangkan di Jalan Lingkaran Dalam yang sibuk polis trafik bermotor boleh buat pusingan U hinggakan anak saya yang berusia 7 tahun menegur, "Ma, kenapa polis tu pusing? Polis suruh kita ikut peraturan, tapi polis sendiri tak ikut peraturan." Terpempan kami yang dewasa ni sekejap sebelum menerangkan apa yang polis buat tu bahaya dan tak patut mereka lakukan.

2 jam kemudian dalam perjalanan balik pun bersepah-sepah polis trafik di Jalan Trus, Jalan Wong Ah Fook, di Persada hinggalah nak masuk ke Lebuhraya Pesisir Pantai ada aksi berani mati sekali lagi bila polis trafik melintangkan motor ditengah-tengah lebuh raya tiga lorong. Kalau nak diikutkan JB aman semalam, tak sibuk, jalan tak sesak kecuali trafik perlahan sedikit di Jalan Station, tiada situasi di luar kawalan. Sampai di rumah, buka Internet baru tahu rupanya Memanda Menteri mengadap Tuanku Sultan. Oh patutlah bersepah-sepah polis trafik di atas jalan. Saya gunakan perkataan bersepah sebab mereka ada dan berkawal di tempat yang tidak diperukan langsung!

Teringat hampir sebulan lepas saya dan suami ke Stadium Tertutup Pasir Gudang menghadiri Bicara Negarawan Tun M. Kami gigih menunggang kapcai kerana bimbang banyak road block. Sebaliknya suasana tenang, tiada polis berkawal dalam kapasiti yang berlebihan. Hanya kereta peronda polis di jalan masuk stadium dan anggota polis beruniform di perkarangan stadium yang lebih banyak berborak sesama sendiri dari berkawal. Beberapa anggota Rela membantu mengawal lalu lintas.

Lihatlah perbezaannya, seorang yang sentiasa menyorok dan takut dengan bayang-bayang sendiri dan seorang lagi sangat vokal dan berani walau usia dah menjangkau 90 tahun! Tun M masuk dan keluar melalui pintu utama dan kami tidak dibayar satu sen pun untuk hadir ke perhimpunan tersebut ;)

Competente said...

DAKJ,

It is truly embarrassing to see that leaders of the nation purposely initiating racial stir just to stay in power.

Yet, what is happening to the investigation on 1MDB? Just one denial after another without any investigation outcome, whatsoever?

Are they creating racial tensions to distract attention? Don't they realise that this is harmful to the nation, which they might not be able to handle in the future?

Or it is just that their well being are of utmost importance; at the expense and sacrifice of the nation.

And where is PDRM? Aren't they suppose to uphold the law and serve the nation, and not to succumb to the demand of the leaders?


-Competente-

raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Sambil menunggu berakhirnya derama ini terdapat berlakunya perkara-perkara diluar dugaan. Bayangkan terdapatnya orang Melayu mengajak Negara lain seperti Switzerland , England , Singapura dan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan perundangan kita.Bukankankah undang-undang yang terdapat di Negara kita digubal dan diluluskan oleh MP kita sendiri.Yang anehnya tiada siapa dari bijak pandai kita yang menegur perbuatan ini.Adakah ini bererti bijak pandai kita bersetuju kita telah sampai jalan buntu dan hanya pihak ketiga boleh membetulkannya.

Insyaallah masalah kita akan selesai apabila pemimpin kita balik kepangkal jalan dan bertegas menyelesaikan masalah mengikut apa yang dipersetujui semasa Negara mula-mula merdeka dahulu.Lupakan UMNO Baru dan berpegang teguh kepada hala tuju perjuangan asal. Kita telah menghadapi masalah yang sama empat puluh tahun dahulu dan keputusan yang diambil adalah kita tegas dalam pentadbiran dan tidak mengalah dengan tuntutan yang tidak menesabah kerana apa yang berlaku adalah diberi betis hendakkan peha.Malangnya keputusan tersebut tidak dilaksanakan dengan jujur menyebabkan masalah yang didapati sekarang.

Insyaallah dengan keberkatan bulan Haji ini semuanya akan kembali seperti biasa tidak lama lagi apabila kita menyedari apa yang telah berlaku adalah suatu ujian untuk membawa kita ke landasan yang betul.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.

A KADIR JASIN said...

1. Nampaknya ada lagi pembahas yang tak faham bahawa "money laundering" atau Pengubahan Wang Haram adalah jenayah antarabangsa.

2. Jadi tak timbul soal sesiapa meminta bantuan negara luar dalam skandal 1MDB dan duit Perdana Menteri sebanyak RM2.6 bilion itu.

3. Di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kita pun wajib siasat kegiatan itu.

4. Cuma pihak berkuasa kita buat atau tidak? Buat, tapi nampak mencurigakan dalam kes 1MDB dan duit derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib.

5. Kalau nak menegakkan benang basah sekali pun, janganlah sampai abaikan undang-undang dan peraturan negara atau tujuk kedangkalan pemikiran dan ketohoran pengetahuan kita.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Rahman Karamat said...

Salam datuk, zahid lah bayar 15`000 jangan guna duit rakayat. kalau tak tahu undang2 tlglah tanya orang tahu undang2. jangan buat rakyat susuh kalau tak tahu buat kerja saya rasa lebih baik berhanti jadi mentari. Guna otak yang Allah bagi.

Saja saja... said...
This comment has been removed by the author.
yana said...

Salam Datuk AKJ.

Alhamdulillah kehakiman maseh lagi berintegriti. Itu yang kita sangat harapkan. Jangan hendaknya semua pun turut rosak berkarat (corrupted) macam kerajaan pimpinan sekarang. Padan muka menteri dalam negeri, dia ingat semua pun boleh dia twist macam tangan dia yang asyik menghayun-hayun bila berucap. Atau pun, dia memang tak tahu bidang dia, tak celik undang-undang, tak tahu buat kerja main hantam keromo saja.

Harapan yang menggunung agar maseh ada institusi dalam negara yang maseh bebas daripada dicengkam erat oleh kerajaan yang kuku besi. Barulah negara ini dapat mengorak langkah baharu yang lebih bermakna.

Terima kasih Datuk A. Kadir.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Dalam kes pembelian Scorpene kita pelek pula, ya tak, Scribe.

Di Perancis tatacara jualbeli kapalselam itu dikira jenayah money laundering jugalah; tetapi tidak pula di Kanada.

Nah, di Saudi Arabia lagi dasyat. Beli pesawat Tornado dari UK, UK kata money laundering jugalah tetapi Saudi menafikan dan UK pun senyap selepas itu.

Alahai altruism. Belum lagi kes Israel.

Maaflah, A Kadir, kita cuba tegakkan juga benang basah kerana nak tunggu PRU14 dan harap Terengganu, Kedah dan Perlis tumbang ke tangan PR bak menuggu durian runtuh luar musim.

Pelek negara maju barat boleh sanction Iran kan, A Kadir dan Russia senang-senang ambil Crimea dari Ukraine. Undang-undang kepala bapak Elizabeth kan lagu tu: Sudan apa pulanya.

It is time MCA dan Gerakan pertimbangkan faedah keluar BN, bro.

Wallahuaklam.

RD. said...

Salam Dato AKJ.

Samada PM berani ambil risiko ditangkap kerana 'money laundering', kita tunggu hujung tahun ini sempena Hari Natal. Kelazimannya, Najib dan famili akan senyap-senyap menghilangkan diri, bercuti ke-luar negara dengan jet kerajaan dan menginap di hotel mewah.
Rakyat pula diberi gambaran oleh TV3, seolah-olah Najib masih bertungkus-lumus berkhidmat demi Rakyat dengan menyiarkan kata-kata atau nukilan yang dipetik dari twitter & FB beliau, secara berkala.

Aku said...

Kadiag, salaam.

Keputusan mahkamah tinggi mengangkat sekatan keataih sorat habak 'the edge' macam petiag dara, sayup dan bersinag dalam awan yg dah lama kelam bergulung gulung dilangit. Munkinkah hujan akiagnya akan membasah bumi ini...?

Ya Allah, campaklah rasa gerun kedalam hati2 para juhalak dan algojo dan pulihlah kekuatan dan bangkitlah harapan pejuang pejuang dijalan Mu. Aamiiin.

Aku

sardin said...

Many consumers are complaining about the higher price of cattle for the Hari Raya Aidiladha celebration this year. 50-year-old teacher, Maznah Abu Samah, said she used to be able to buy a head of cattle for RM2,500 but its price has since shot up to RM4,000. "The price goes up every year, but the increase this year was very steep," said another consumer, Halimah Zainal Abidin. Meanwhile, cattle breeders have cited higher operating costs as the main factor driving the price hike. Mohd Salehuddin Mohd Razali said a large-size cow was being sold for RM6,000 although it cost RM3,000 last year. He added that the implementation of government and services tax (GST) was also another factor. Aznan Abdul Rahaman, who runs livestock-importing business, said that the Ringgit's drop also contributed to the higher price. It cost RM4,000 this year for an imported cow from Thailand compared to RM2,500 last year, he shared.lembu also lodt confidence?he2

cia2 said...

From someone, The FBI will investigate for felonies under the RICO Act ( Racketeering Influenced Corrupt Organisation Act of 1970.) UMNO will be treated as a corrupt org. and it's President Najib as the chief
felon. The FBI will be investigating this together with the legal authorities of the UK,Switzerland and Singapore.
When US Dollars are used in money laundering and corrupt activities, they infringe on the US banking system bec the New York banks are the clearing banks for daily transactions. They have therefore committed wire fraud when making money transfers.
After the arrest and charging of senior football officials of FIFA under the RICO Act recently, I see an increasing appetite by the US Govt to pursue such cases. Gone are the days of the Marcoses, Suhartos and Mubaracks , when powerful heads of Govts can plunder with inpunity. Unlike Claire Brown and the Sarawak Report, the FBI has real teeth to prosecute and jail Najib and gang.
I see more serious difficulties ahead for Najib. I am sure he is worried of the old saying "The FBI always gets their man".

Othman Ahmad said...

TS Zetty Aziz dalam sindir Bugis pukul Jawa pun mengaku selagi kemelut/skandal 1mdb tidak dituntaskan, selagi itulah Ringgit akan terus kuncup macam duit cap pisang zaman Jepun.

Dalam pada itu heran bin ajaib...kenapa media mainsteam khususnya tv3 suku tidak menyiarkan berita berkenaan, serta berita berikut yg turut sensasi & penting.........
1. Mahkamah Tinggi mengarahkan Najib membela diri saman Puan Anina berhubung duit RM2.6 billion yg depositkan ke dalam akaun peribadi Najib.
2. Mahkamah Tinggi juga mengarahkan Najib memfailkan affidavit jawapan terhadap permohonan Puan Anina membekukan harta/aset Najib.
3. Mahkamah juga menolak arahan Mat Zahid di atas kegopohan & syok sendiri beliau melanggar prosedur ketika menggantung penerbitan majalah "The Edge Weekly". Tak malu ke Zahid...macam mana dia nie dapat jawatan TPM...???

Kelihatan jerebu yg memuramkan negara pun mulai pudar & ikut bersahabat dgn rakyat yg tertindas & tertipu oleh penguasa2 yg tidak amanah & salah guna kuasa.

Satu dunia kini memerhatikan skandal yg berpunca dari cetusan slogan Najib Satu Malaysia dan 1MDB yg entah apa-apa.....!!!!!!!

msh said...

Salam Dato.

Mana mungkin lagi dia mahu mengaku kalah.

Dia sudah terjebak begitu jauh kedlm dgn isu2 salah laku dan menyalah guna kuasa hingga ditakrif sbg skandal atau jenayah selain dituduh sbg PM yg paling korup negara.

Dan kini dia sudah melakukan berbagai2 usaha untuk menyelamat diri.
Semua telah dikakukan seperti; menangkap...memfitnah...memecat.....memerangkap...siapa2 sahaja yg dikira 'musuh' atau merbahaya pd dia.

Rasa malu atau pun dosa sudah tidak penting lagi....janji dia selamat.

Apanya satu pembohongan lagi jika 10 pembohongan besar telah lakukan sebelum ini.

Terima kasih.


RD. said...

Salam Dato AKJ.

Walaupun PM punyai kekebalan (immunity) dari tindakan undang-undang antarabangsa, jika ditahan seketika untuk soal-siasat kerana pengubahan wang haram, ia akan beri implikasi yang amat buruk kepada kredibiliti kerajaan Malaysia. Imej Islam yang sudah pun buruk akan menjadi lebih teruk.
Nilai Ringgit akan jatuh lebih teruk lagi.
Apalah bala Malaysia dikurniakan pemimpin yang pendek akal sebegini.

yana said...

Salam Datuk A. Kadir.

Without prejudice to anyone, the strong Umno supporters or Chedet - I agree with saudara Rawa Lanun-Bahasa that
'it is time MCA dan Gerakan pertimbangkan keluar BN'. Anybody can see they are just like dummies to Umno bawah pimpinan DSN. Sayang kalau para pemimpin yang sebenarnya boleh menyumbang kepada negara dibazirkan seperti patung bernyawa.

Terima kasih Datuk AKJ.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Scribe,
Salaam

Tanya sikit - di Selangor Darul Pening siapa yang memerintah?

Harap Scribe dapat beri pandangan sedikit sedang kita tunggu Najib kena tangkap FBI atau Interpol atas kesalahan disukai Pak Arab GCC.

Please.

Mohd Faizal Musa said...

Salam. Saya pembaca blog Dato. Sekarang sedang tulis novel baharu. Terilham dari salah satu posting Dato. Harap tak diharamkan KDN. Saya ada lima buku (novel dua, drama satu, kumpulan cerpen satu, kumpulan puisi satu) di bawah pentadbiran sekarang. Sekarang ilham lebih banyak berbanding dulu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).