Saturday, March 23, 2019

Banyak Kejayaan Kerajaan Tetapi Tidak Diceritakan


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Transformasi: ini adalah sebahagian daripada kejayaan kerajaan
BUKAN semua mengenai kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak baik. Memang ada yang tidak baik atau kurang baik tetapi lebih banyak yang baik.

Cuma banyak yang baik itu tidak diketahui oleh orang ramai.

Itu pun silap kerajaan dan jeteranya juga. Tetapi hendak salahkan mereka bulat-bulat pun tidak boleh juga sebab menjadi kerajaan jauh lebih sukar daripada menjadi pembangkang.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Tengok sajalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak jadi pembangkang. Cakap, cakap, cakap. Tuduh, tuduh, tuduh. Tak setuju keluar dewan. Mudah kan?

Kita harap menjelang satu tahun memerintah pada 9 Mei nanti, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan Menteri buatlah kerja betul-betul, cakaplah betul-betul dan buatlah perangai yang betul.

Berkomunikasilah dengan lebih baik dan berkesan dengan semua peringkat dan golongan masyarakat. Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Komunikasi Korporat pun tolonglah cergas sikit. Kalau bodoh belajar. Kalau tidak tahu tanya.

Jadi untuk tampalan kali ini izinkan saya bercerita panjang sikit mengenai apa yang saya tahu berkenaan apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Kerajaan telah dan sedang lakukan banyak perkara, projek, program, dasar dan agenda.

Misalnya kerajaan telah dan sedang bertidak ke atas pihak-pihak yang melakukan jenayah besar yang hampir-hampir memufliskan negara seperti skandal 1MDB dan penyelewengan dalam jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tetapi kita kena faham. Kalau bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, masih lepas bebas itu bukan salah kerajaan.

Kerajaan sudah siasat dan dakwa dia di mahkamah. Jadi sekarang tanggungjawab kehakiman (judiciary) lah. Kalau Najib lambat dijatuhkan hukuman, itu bukan salah kerajaan.

Itu tugas dan tanggungjawab kehakiman. Tugas hakimlah. Kita tidak boleh campur tangan. Cuma kita harap para Yang Arif ambil kira perasaan kata rakyat jelata.

Bukan Najib seorang saja yang kerajaan serahkan kepada kehakiman. Banyak lagi. Antaranya bekas FLOM Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Presiden Umno yang bercuti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, penari kasut merah Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ketua peguam Najib yang cedera bermain dengan anjing Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Rosmah yang kata saya pungut berita di tepi jalan  Rizal Mansor (bukan adik atau abang Rosmah) dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Azrul Kanda Kandasamy.

Nasib dan masa depan mereka bukan di tangan kerajaan lagi. Mereka adalah di dalam jagaan (custody) mahkamah.

Tapi rakyat jelata kenalah faham yang mereka akan buat sebiru macam tipu helah untuk lambatkan perbicaraan kerana mereka tahu apa yang telah mereka lakukan sehingga diseret ke muka pengadilan.

Bantu Rakyat

Walaupun BN meninggalkan kewangan kerajaan dalam keadaan yang lemah dan kucar-kacir, kerajaan PH telah berjaya memulihkan sebahagian daripadanya.

Ini membolehkan kerajaan meneruskan bantuan kewangan kepada rakyat jelata yang memerlukan. Mungkin tidak semua tetapi mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan kumpulan sasaran.

Sasaran bantuan kewangan kerajaan adalah kumpulan B40 iaitu 40 peratus isi rumah paling bawah dalam susunan pendapatan.

Rakyat Malaysia dikategorikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu 20 peratus teratas (T20), 40 peratus menengah (M40) dan 40 peratus terkebawah (B40).

Menurut definisi Jabatan Perangkaan Malaysia, kumpulan T20 adalah yang pendapatan median isi rumah (household) tidak kurang daripada RM13,148 sebulan, M40 RM6,275 dan B40 RM3,000.

Dalam kumpulan 40% terkebawah itu, lebih daripada 70% adalah Bumiputera. Selebihnya adalah Cina dan India. Maksudnya bukan Bumiputera saja yang miskin dan memerlukan bantuan.

Dalam tempoh lima tahun akan datang kerajaan bercadang membelanjakan RM10 bilion setahun bagi tujuan mewujudkan pekerjaan dan menyokong pendapatan kumpulan B40.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan satu lagi skim bantuan berjumlah RM338 juta khas untuk pekebun kecil getah di bawah Risda.

Cuma mungkin akan berlaku kekangan dan masalah di sana sini kerana serentak dengan memberi bantuan kerajaan juga sedang membersihkan senarai penerima kerana didapati banyak juga yang tidak layak atau yang memberi maklumat palsu.

Reformasi Institusi

Bagi memulih dan mengukuhkan sistem pentadbiran negara yang dirosakkan oleh BN, kerajaan telah dan sedang melakukan reformasi ke atas institusi utama negara (rujuk carta di atas). Antaranya:-

1.Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah;

2.Melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

3. Memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam.

4.Menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).

5.Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH.

6.Tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak.

7.Memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees).

8.Memulakan langkah reformasi sistem pilihan raya termasuk cadangan merendahkan umur mengundi kepada 18 tahun dan pembiayaan politik.

Dasar Ekonomi

Kerajaan PH mengambil alih negara pada ketika ekonomi antarabangsa dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu.

Di dalam negara, kita mengalami masalah kurang keyakinan yang teruk akibat pelbagai bentuk penipuan dan manipulasi oleh kerajaan lama, khususnya oleh Najib yang bertindak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apabila Najib mengamalkan kleptokrasi (mencuri wang negara), BN diam membisu malah ramai pemimpinnya bersekongkol dengan beliau. Sesiapa yang menegur atau melawan disingkirkan atau dipenjarakan.

Maka sampai hari ini pun – selepas 10 bulan – kita masih menemui perbuatan salah dan rasuah oleh kerajaan BN dan agensinya.

Di arena antarabangsa pula, perang dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat dan China serta penarikan diri United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (UE) menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

Dalam keadaan yang sukar dan mencabar ini pun kerajaan PH terus merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memulih dan memperkuatkan semula ekonomi negara.

Pertama kita mahu kembali menjadi ekonomi Harimau Asia (Asian Tiger) dengan memperkasakan semula ekonomi negara dan dengan kekayaan yang bertambah itu kita akan memperbaiki perkongsiannya melalui konsep “kemakmuran bersama” (shared prosperity).

Matlamat kita adalah merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memudahkan perniagaan supaya dengan itu lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan dan kekayaan negara dapat dibahagikan secara lebih adil dan saksama.

Seperti kata Perdana Menteri, hasil daripada kemenangan PH dan pelaksanaan reformasi, Malaysia bukan sebuah negara kleptokrasi lagi.

Jadi adalah amat penting, pada ketika perhatian ditujukan kepada kerajaan menjelang setahun usia kerajaan PH, bagi Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan timbalan mengambil tugas mereka dengan lebih serius.

Jangan hampakan rakyat jelata yang semakin gundah gulana dan tidak sabar.

Jangan hampakan Perdana Menteri yang memberikan kepercayaan kepada mereka.

Alasan mereka baru semakin tidak laku. Mereka tidak boleh membuat rakyat jelata tunggu sampai bila-bila kerana pembangkang juga ada rancangan dan agenda.

Wallahuaklam.

42 comments:

Hadi said...

As salam Datuk, betol tu. Nak memulihkan negara lepas 60 tahun diterajui pnyamun2 memang susah. Rakyat marhaen harus faham tu dan bersama bersatu utk memulihkannya.

meluat said...

Tulis la apa kejayaan kerajaan ph.. kami menyesal sokong ph.. lagi teruk dari bn lagi..

John said...

Well done

angtuah said...

meraka anggap najib tu perfect dan masih berharap najib akan menolong mereka walaupun najib tipu mereka dan rompak duit mereka. Peneroka felda masih sokong kuat najib walaupun najib pernah mengatakan haram jadah dan menjahanamkan kewangan felda, saperti mengharapkan musang jaga ayam,
Ibarat UMNO menyepahkan tahi dalam tandas selama 60 thaun, ph baru nak cuci tandas yang belum habis tak sampai setahun, UMNO warwakan yang PH tak reti bersihkan tandas, macam mana nak bersihkan cepat tanpa kos, kos repair tandas yg berkarat lama dan tahi sebati dengan tile hinnga ke ceiling. itu tak termasuk UMNO menambahkan tahi semasa PH memerintah dan tidak mencuci sendiri.walaupun dituliskan di depan tolong cuci sendiri selepas digunakan. Mereka buat tak paham dan cuba sabotaj.
UMNO SEPAHKAN TAHI, PH CUCI TAHI, PENCUCI TAHI YG KENA MARAH

Yg bosan said...

Ttg statement dato yg mengatakan wakil rakyat bn yg jadi pembangkang skrg ini asyik cakap cakap tuduh tuduh dan kalau x puaih hati keluag dewan, saya rasa nk tergelak juga.Nampak sgt dato dah mudah lupa. Bukankah dulu wakil rakyat ph esp rejim dap juga selalu berbuat begitu masa menjadi pembangkang. Jadi berlaku adil lah. Sebenagnya dato, rejim ph ni dah byk mwngecewakan rakyat. Byk janji2 x di tunaikan. Cakap tak serupa bikin.Jadi jgn lah hendak menegakkan benang yg basah.

Joo said...

Kajayaan apa mcmtu, hal najib biar mahkamah yg tentukan, rakyat mula melihat kerajaan ph bukan sahaja tdk mmbawa kemajuan kpd negara malah mmbawa lebih byk keburukan pada orang melayu.

Anonymous said...

Kah! Kah! Kah! Ye ke? Tapi kita bukan orang yang bodoh yang senang ditipu! Rakyat yang pernah rasai pemerintahan Kutty selama 22 tahun tahu segala tipu helah Pee Em ke 7 termasuk balaci2 dia seperti si pemakan dedak kelas A, A Kadir Jasin. Cuba butirkan apa kejayaan kerajaan PeeH di bawah Kutty! Jual asset negara? Kereta terbang? Melantik menteri2 yang bengap?

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم (assalāa mu 'alaikum; salaam ataih kalian).
Hang nulih banyak kejayaan kerajaan tapi tak cerita.... lagu tu laa hendaknya,
jangan dok sangat Pom pang Pom pang... hendaknya kita merendah diri, takut kalu telebih, jadi riyak pulak.
Pada aku yg munkin jauh miskin maklumad bebanding hang, buat masa ni kalu bulih aku nak tengok
1. rega ikan turun,
beli ikan cencaru ( antara paling morah di pasag, RM 12 sekilo), balek romah, bini kata awat beli ikan dah nak busok..?
2. rega beraih turun, bunyinya ‘monopoli’ Padiberaih Nasional nak dirombak, tapi rega beraih bukan saja tak turun,
tapi nampak lagu dok merankak naik...
3. rega telog pulak lagu mana....?
Ni semua makanan yg orang miskin macam aku dok beli, isu2 akag umbi orang kata, orang sepikin gomen kata ‘bread and butter’.

Paih tu, mahkamah Malaya dah bekali kali orang dok kata perlu sangat ‘rombakkan struktur dan penjawat’,
tapi depa dok teruih2 dok tanggoh2, dok tukag mahkamah laa dan macam2 lagi, bejabuih dah orang dok habag mai
‘keadilan di tanggoh, keadilan dinafi....’ dan nak arap depa betoikan atau disiplinkan sendiri, aku ingat gelap sikit.
Munkin orang dolu kata lemak banyak telalu.

Pokok nya Kadiag, munkin sekali apa yg hang senaraikan tu betoi habih, tapi dlm masa yg sinkad ni,
ramai bijak pandai kata, wajib kena ada pengutamaan atau orang sepikin gomen kata ‘prioritisation’,
yg mana nak dolukan dan yg mana nak kumudiankan. Munkin hang bulih baca dlm buku ‘Fiqh Aulawiyat’
olih Syikh Yusuf Qardawi.

Maghap Kadiag no, jauh sekali niat aku nak gurukan hang.
Terima kasih no.
Aku.

Nur said...

Dato', saya undi PH pada PRU lepas. Nak kata penyokong TEGAR PH, tak juga. Tapi saya cenderung kepada ph sebab pemimpin2 muda seperti Rafizi. Dia lebih faham denyut nadi rakyat, malangnya dia tak ada dalam kerajaan. Mengapa ambil olongan elitist seperti rafidah?

Nur said...

Percayalah, kepimpinan tun M semakin hilang sokongan hatta di kalangan penyokong PH. Ramai MUAK BENCI MENYAMPAH.

Style tun M masih seperti 20 tahun lepas. Zaman dah berubah. Ni bukan zaman tv3 senang2 kelentong rakyat.

Justice, justice said...

Datuk,
exactly so, this is one of the largest pieces missing in updating the rakyat on the PH govt achievements.
So far, it's been piecemeal, each ministry will of course announce its own measures to aid the rakyat, your list certainly lifts up our spirits.
Putrajaya should update the list regularly, send it to the kampongs and rural hinterland, and don't forget the urban folks too need the 100plus too. This is PH lifeline to the rakyat.
If the MO1 can hire foreign help and consultants, so can the PH govt and Putrajaya has to go on the offensive and if necessary have professionals to polish up its pr and communication with the rakyat.

Another missing piece is why we are not seeing MO1 sitting in the dock, wearing orange attire and his cases being heard. Imagine his supporters are so insolent and brazen to attack students for holding up the clown face.
The AGC is doing all possible to get the cases heard without further delay, and the rakyat really don't want the opposition to come up with more lame excuses to the judges and make a mockery of our courts and justice.


Questionable Actions said...

Salam Dato,

The Rakyat is smarter these days, they are able to judge everything that is happening out there. For example, it is 100% illogical for a PM-in-waiting not involved in anything major in the government. For example, the Economic Action Council, the negotiation of major projects like ECRL and High Speed Rail, Board of Khazanah and many others.

The continue promotion of Third car project despite 30 years of proven heavy loses has made Rakyat puzzled. This is happening while we are at the juncture of wanting to sell away our national career, MAS!

The slow reactions, the underestimation of risk of crisis and MB's ignorant in recent Sungai Kim Kim toxic incident has more or less given PH government the overall grade of its term so far which is below par grade.

Remember, people are only looking at how many accidents happening at the Highway, not how many vehicles safely passed through each day!

Fed constitution says said...

Datuk,
reported by news websites:
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar accused Putrajaya of violating the Federal Constitution by signing the Rome Statute. The Johor ruler also called for an end to those questioning his authority over land matters.

Unintentionally from this but fortunately for Putrajaya, this has now made the PH govt all the more relevant to the rakyat.
All of must be reminded that Malaysia is a democracy with constitutional rulers, the power of legislature lies with the laws and governance of the people represented by their MPs in Parliament.

Praises to Daim said...

Datuk,
Former finance minister Daim Zainuddin surprised us all with his refreshing and candid speech during the “Seminar Naratif Melayu” at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on March 19.
Kudos and bouquets to Daim!

Brickbats to Tengku Razaleigh as he again and again disappointed the people with his off and on remarks, taking a step forward, two steps backward.
We would urge him to leave a legacy that will make us proud, instead of seemingly retreating from positions that he should have taken. So much promises unfulfilled.

Unknown said...

Nurul Izzah seems to disagree with your assessment

Zalman A said...

Datuk,

This is unfortunately from the "other side".

It's an answer by Khairy Jamaluddin to a question by The Star.

Equally unfortunately.....KJ is 100% correct.

Here it is, question & answer.......

"What would the Pakatan Harapan government score on a KJ report card?"

A “D”. Not an “F”, because I think there’s certain things that they’ve tried to do, but certainly not even a “C” because their manifesto promises are largely unkept.

I look after finance in the shadow Cabinet and a lot of business people tell me that they’re not making investments not only because of global economic headwinds, but because of a lack of direction and clarity from the government.

Cost of living has not improved. Although it’s been nine months, there’s not even an indication of where Pakatan wants to take the country to make the burden of the cost of living lighter on people.

People can argue that Umno and PAS stoke racial and religious tension, but you can also argue that the Pakatan government has dropped the ball in responding to this discontent on the Malay ground.

They have been found wanting on a lot of things, not just the economy but also society. The level of confidence people have in the competency of ministers is highly variable. There are some ministers who obviously do well, and there are some who I think still need a lot of help."

A good guide to what is going wrong.

I am still quite convinced that PH will be a one-term gomen.

UNLESS....

.....there is a significant improvement in their ability to communicate to the public.

There is currently no momentum and no direction.

The game plan said...

Datuk,
not only list down PH achievements, but it is imperative to also list clearly what will happen if the oppo takes over. The rakyat will lose their freedom permanently, their rights to live as free citizens will be taken away again, cost of living escalation, country goes bankrupt, MO1 goes free, etc. etc.
MO1 now blatently says he will return to office, so this is one genuine case of a potential round of a second MDB corruption and bleeding the country dry.

So Datuk, get these things set up now. Just writing about it doesn't reach all.
PH MPs have to spread this messsage. If need professional help to do it,
get outside professionals and pay them well.
There are so many creative ways to do it, that video "shame shame shame" just a small start, go on to the clown's face and a big thumbs down, free shopping bags, twitter, fbook, etc etc

PH must not allow civil servants and such hangerons to wait out for the day when they will be fed dedak again. You can guess where these parasites are in the shadows, all across the govt, from legislative, judiciary and executive branches of the govt.
Take the offensive now, MACC, PDRM and Special Branch should look into every sphere of their activities, give them an easy choice - work honestly for the govt or resign or replace or charge them with corruption, money laundering, leakage of official secrets.
If MO1 is allowed back, all hope is lost, the country will be in bondage for generations to come. The critics who now write and speak so freely will be put in jail.

PH ministers, etc. watch your mouths. See how Nurul Izzah's name is used by Najb with her post PAC comments.

budak jawa said...

Aslm dakj,

Rasanya datuk sendiri pernah menyebut, yang baik dari kerajaan itu tak perlulah nak dihebohkan sangat sebab itu memang tanggungjawab kerajaan.

Tapi yang tak baik itu perlu disuarakan supaya kerajaan sedar kesilapan mereka, prestasi mereka dan dapat diperbaiki.

Tapi kalau dah tak mahu dengar dan tiada penambahbaikan setelah ditegur, lebih kurang sama je lah kerajaan sekarang dengan yang lepas. Tunggu masa je lah absolute power corrupt absolutely.

Saya fikir apabila menjadi kerajaan perkara yang paling penting adalah rule of law dan nobody is above the law. Walaupun kita perdana menteri, menteri atau timbalan menteri apatah lagi sekadar penasihat atau pegawai khas yang dilantik secara politik, hormatlah undang-undang.

Undang-undang ini termasuklah polisi, sop, sistem perkhidmatan awam dan arahan pentadbiran yang memperincikan undang-undang walaupun tarafnya mungkin sedikit rendah berbanding akta.

Sekiranya perkara ini tidak dihormati, perkhidmatan awam dilangkaui, slogan rule of law hanyalah retorik dan memberi signal yang salah kepada penjawat awam bahawa kerajaan semasa adalah sama seperti kerajaan yang lepas. Yang merasakan merekalah the law. Semua perkara mesti mengikut pandangan dan ketetapan mereka yang entah datang dari mana.

Terkini penghapusan tol yang pastinya melibatkan berbilion wang kerajaan yang entah dari mana hendak diperolehi untuk membiayai langkah menghapuskan tol.

Janganlah bersikap populis, cukuplah kamu merosakkan sistem percykaian negara dengan menghapuskan gst, sistem subsidi minyak yang kompleks sehingga memerlukan penggunaan kad yang meningkatkan kos pentadbiran dan tiadanya dasar ekonomi baru yang mampu merangsang ekonomi.

Tak perlulah kerajaan bersikap masuk bakul angkat sendiri dengan mengatakan mereka telah berbuat itu dan ini. Rakyat yang menilai.

Sudah-sudahlah. Pilihlah orang yang boleh buat kerja dan buatlah kerja. Hentikan berpolitik.

Banyak nak dicakap tetapi sehingga di sini sahajalah.

Wallahualam

Jojo said...

Datuk,

1. Information is power! Sayang seribu kali sayang menteri penerangan kita tak tahu nak guna kuasa media untuk disampaikan kepada rakyat. Kerja dok gila kacau syarikat2 telekomunikasi terutamanya TM saja.

2. Sepatutnya segala apa aktiviti kerajaan diwar2kan melalui media. Buat secara ringkas guna kartun ka guna selebriti ka supaya rakyat faham apa kebaikan yang telah, sedang dan akan dijalankan kerajaan.

3. Selain di media2 kerajaan, perlu juga disiarkan aktiviti kerajaan untuk membantu rakyat ini di media2 swasta. Ini supaya sampai kepada seluruh rakyat.

4. Saya rasa sudah sampai masanya kita tukar menteri kewangan. Saya rasa beliau ini "loose cannon". Tidak elok untuk perkembangan ekonomi negara. Jika mahu negara ini pulih cepat, rasanya ini adalah tindakan yang tepat.

5. Perlu dihentikan SEGERA bahasa/tulisan selain daripada Bahasa Kebangsaan atau bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris dalam urusan kerajaan.

6. Tolong juga sampaikan mesej perpaduan di media2. Kita perlu bersatu tak kira bangsa & agama untuk maju.

7. Tolong kembalikan satu sistem persekolahan untuk semua. Bahasa2 lain boleh saja diajar dan banyakkan subjek2 sains, matematik, teknologi dll supaya anak2 kita nanti dapat memacu negara maju Malaysia nanti.

8. Oh! Jika boleh beri penerangan mengenai rasuah dan bagaimana wang negara disamun dalam bentuk mudah di semua media yang ada.

9. Saya harap apa yang ditulis di sini dapat disampaikan kepada pihak2 yang berkenaan. Terima kasih.

Hang Jebat II said...

Salam dato.

Saya setuju kerajaan ingin menandatangani statut rom. Rakyat harus lihat dari sudut faedah kepentingan bersama bukan sekadar kepentingan golongan atau kaum tertentu sahaja. Islam pun mengajar kita berlaku adil tanpa mengira siapa samaada rakyat marhaen atau golongan raja dan bangsawan.

Sejak negara kita merdeka, pendiri-pendiri negara berjuang untuk kemerdekaan rakyat dan raja berperlembagaan, bukan lagi zaman penindasan penjajah dan raja absolut yang berbuat apa saja mengikut kehendak atau kepentingan baginda.

Semoga demokrasi negara kita bertambah cemerlang di masa-masa akan datang. Insyaallah

John Doe said...

Salam sejahtera DAKJ yang dihormati.

Daripada pandangan saya, dengan kemenangan PH pimpinan Tun ke atas BN pimpinan Najib di dalam PRU14 yang lepas, dan dengan Tun menjadi PM-7 menggantikan Najib , seluruh negara telah diselamatkan daripada jatuh ke jurang malapetaka yang sangat dahsyat seperti berikut seandainya Tun dan pasukannya telah tewas :-

1. Malapetaka kekal ditadbir oleh sebuah kerajaan kleptokrasi yang menipu, khianat dan menindas rakyat, dengan kekayaan dan amanah negara seperti FELDA, TH dan lain-lain diratah dan ditarah dengan rakus sekali oleh para pengkhianat ini. Silap haribulan negara benar-benar telah jatuh bangkrap akibat pengkhianatan-pengkhianatan yang berterusan ini.

2. Malapetaka kekal menjadi sekutu Yahudi Zionist Israel melalui pelantikan syarikat APCO sebagai penasihat kerajaan. Silap haribulan Israel akan diiktiraf oleh negara ini sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat.

3. Malapetaka kekal menjadi sekutu Nasrani Zionist Amerika sebab PM Najib semasa itu telah memberikan wala mutlaknya kepada President Trump melalui lafaz 'your enemy is my enemy'. Silap haribulan wang pencarum KWSP telah pun benar-benar disalurkan ke negara Uncle Sam itu untuk membina dan mengukuhkan konomi Amerika seperti yang dipertaruhkannya di hadapan Trump.

4. Malapetaka menjadi sebuah vesel state yang tunduk dan terikat kepada hegemoni China Komunis, dan demikian negara ini akan hilang kedaulatannya sebagai sebuah negara yang benar-benar merdeka. Silap haribulan Forest City dan MCKIP akan menjadi wilayah luar China yang diperintah terus dari Beijing.

Tidak dinafikan kerajaan PH hari ini juga ada kelemahan. Almaklumlah kerajaan PH ini ditadbir oleh manusia dan manusia sesuai dengan namanya "manusia" yang bermaksud 'makhluk yang pelupa' sudah pasti mempunyai kelemahan di sana dan di sini.

(Kalimah 'nusia' di dalam bahasa Arab adalah kalimah fiil yang bermaksud lupa, dan dengan meletakkan huruf mim di hadapan kalimah ini, dan berbunyi ma-nusia, maka kalimah baru ini betukar sifatnya menjadi isim yang bermaksud 'benda'. Ketika sifat lupa itu adalah fiil, manusia itu sendiri adalah isim kepada fiil ini).

Walaubagaimanapun 4 perkara yang saya sebut di atas itu kesemua itu bukanlah kelemahan manusiawi tetapi adalah pengkhianatan.

Hanya orang-orang yang hipokrit, khianat, bodoh sombong dan bingung sahaja yang akan berkata 'pengkhianatan itu lebih baik daripada apa-apa kelemahan manusiawi'.

Diselamatkan daripada 4 pengkhianatan ini sahaja, saya sudah cukup bersyukur dan berterima kasih dengan tumbangnya UmNo-BN-Najib dan naiknya kerajaan PH dengan Tun sebagai ketuanya.

Hanya orang-orang yang tidak tahu berterima kasih sahaja yang tidak dapat menghargai kerajaan PH khususnya Tun sendiri yang sedang bertungkus lumus untuk membina kegemilangan negara selepas mereka telah selamatkannya daripada malapetaka dan kehancuran di bawah UmNo-BN-Najib sebelumnya.

Apapun saya setuju dengan Pak Kadir bahawasanya pembetulan dan pemulihan sedang dilakukan, sekalipun bagi sesetengah orang yang tidak tahu bersyukur dan tidak tahu berterima kasih, kebaikan2 ini tidak kelihatan atau kelihatan terlalu perlahan, ia sebenarnya dibuat dengan cermat dan yakin dan cermat dan yakin itu jauh lebih baik daripada kegopohan dan kemudian gagal.

Tun dan pasukannya akan berjaya, in shaa Allah.

Que sera sera.

Wallahu a'lam.

OKJ said...

Salam Dato Kadir

Saya cuma nak tengok ada sesiapa tak di dalam BERSATU yg boleh defend Tun Mahathir dari serangan terbaru PKR dari Nurul Izzah? Atau semuanya KORO belaka? So BERSATU, jangan cakap besarlah ye kononnya nak pertahankan Melayu, nak pertahankan bos sendiri pun tak mampu. Jadi Dato’ agak-agak ada ke orang Melayu yg percaya BERSATU dapat bela mereka selepas Tun tiada nanti? Tepuk dada tanya selera. Sekian TQ.

wansee c said...

Everyone knows that Tun M has been working immensely hard to rectify the ruins single-handedly, day in day out, without even taking a break thus far. All these, however, are not being appreciated and acknowledged by the PH component parties except Bersatu. These pompous ones are just good at throwing cold water on whatever Tun has done. God has preserved and sent him back to helm for the second time to right the wrong and to finish the unfinished missions. It is surreal and divine but they are just too mulish to accept the truth of his unbeatable capability. Certainly, we won't have Tun M3.0 in the future for us anymore if the nation is again destined to be damaged. So, leave him alone. The old school stereotyped silent protests, threatening of quitting this and that, and even the insults via hired irrelevant uncivilized brute in the Tube, etc. would only make the already ugly 'in-waiting' to look even uglier than ever. It is a disgrace to have a so-called de facto leader lurking around to leap at the chances to surreptitiously spewing venom behind the scene. Shame.

NamaSamaran said...

Tuan OKJ.
setakat hari ni takde la.nampaknya pemimpin lain dalam Bersatu tak bolih harap.semua tikus.tak layak bela nasib Melayu.mereka banyak yang bela nasib sendiri.

#Macaimu said...

Betul tu. Sudah tak ada lagi free t shirt dan lunch untuk attend program #boosku di waktu bekerja kerajaan.

Jojo said...

Datuk,

In your previous article, I have given a few reasons why PH will be a one term government and one of it is if the YBs from PKR/DAP don't stop making contradicting statements.

Well, now Nurul Izzah is a true back stabbing (i will leave this space blank). Can you call your boss a "former dictator who wrecked so much damage" ? Bloody hell!!!

Nurul, trust me, your ex-convict daddy won't be PM and your mummy won't be DPM forever and you, yourself won't be a minister ever. That I am sure 100%!

Jon said...

3 tahun kene "ikat perut"

Hikhikhikhik

Perut yg BUNCIT ni nk ikat dgn apa dato?

TALI ROPIA ke?

zman NAJIB, duit njib HOREYYY je pada RAKYAT..

bodoss kite ni. TERSILAP pilih

WH LIM said...

Dear Datuk, it is a timely article about the the grouses of the people are getting louder on the ground. We have to accept that the financial world works in a way that is difficult for the people to understand. End of the day, what the people would know is if their quality of life is getting better. I have known many professional who have no understanding of how the Asian Financial Crisis or the Global Financial Crisis happened. Hence I would feel that the messy world of offshore financing and money laundering is not going to be easy either for the masses to understand.

But what the masses would understand is whether they are getting ahead in life, whether their loved ones' needs are taken care of, and others.

There is no doubt that the PH government are doing their best - but for the masses on the ground- these are announcements - and the results are not being felt by the people... yet.

PH came to power amidst a challenging economic environment, both abroad and at home.

I feel that the PH government has what it takes to take this nation to the next level. And to do that, they need 'a sense of urgency.' Every policy/ announcements need to be closely monitored with timelines, progress reports, and other transparent tracking mechanism to keep the lawmakers informed, and subsequently, for the law makers to brief the rakyat.

Secondly, I would propose that Tun M has weekly 'state of the union' address to report on progress that has been done. Apart from that, the rakyat likes to feel connected with our leader, and a more focus time slot on various broadcast and Internet channels would help to keep the rakyat on track with PH's developments. I agree that the leaders are in contact with the people, but I feel that they are drawn into various sporadic issues that more often than not, becomes a distraction rather than really solving some real and pressing issues.

Malaysia will rise to become a tiger economy once again!

WH LIM said...

Dear Datuk, it is a timely article about the the grouses of the people are getting louder on the ground. We have to accept that the financial world works in a way that is difficult for the people to understand. End of the day, what the people would know is if their quality of life is getting better. I have known many professional who have no understanding of how the Asian Financial Crisis or the Global Financial Crisis happened. Hence I would feel that the messy world of offshore financing and money laundering is not going to be easy either for the masses to understand.

But what the masses would understand is whether they are getting ahead in life, whether their loved ones' needs are taken care of, and others.

There is no doubt that the PH government are doing their best - but for the masses on the ground- these are announcements - and the results are not being felt by the people... yet.

PH came to power amidst a challenging economic environment, both abroad and at home.

I feel that the PH government has what it takes to take this nation to the next level. And to do that, they need 'a sense of urgency.' Every policy/ announcements need to be closely monitored with timelines, progress reports, and other transparent tracking mechanism to keep the lawmakers informed, and subsequently, for the law makers to brief the rakyat.

Secondly, I would propose that Tun M has weekly 'state of the union' address to report on progress that has been done. Apart from that, the rakyat likes to feel connected with our leader, and a more focus time slot on various broadcast and Internet channels would help to keep the rakyat on track with PH's developments. I agree that the leaders are in contact with the people, but I feel that they are drawn into various sporadic issues that more often than not, becomes a distraction rather than really solving some real and pressing issues.

Malaysia will rise to become a tiger economy once again!

Unknown said...

Kejayaan pH buat kabur..makaliamput apah pon tadak..kadir jasin yg buta perut bodek kuat..

Lose your freedom said...

Datuk,
it's so refreshing to see so many critics coming out from under their coconut shells.
Whether they are bashing Najib and his corrupt regime or PH govt, let them pause one moment and ask themselves. If the election GE14 had not seen a change in govt, these so called critics would still be hiding under their shells, for fear of hundred and one police reports lodged against them and the midnight knock on their doors.
If they still believe in knocking PH to the ground, then they must fully be aware that if PH loses in GE15 and the BN/PAS/UMNO gets their seats, then ALL freedom is lost not temporarily, but forever.
You can be sure that the evil trio will do everything in their power to pass new laws that will put us under their permanent rule again.
So bye bye freedom for all PH bashers, buy your flight tickets out.

This is what the PH govt should tell the rakyat.

wansee c said...

Truth to be said, of all the PH achievements, it is none other than the high-5 victory of a self-important and self-centred somebody in a forced by-election after PH government willingly and generously fork out 3.6 millions ringgit, tax-payers' money for that unnecessarily particular purpose in the midst of poverty-stricken dire condition. From there onwards, the perpetually insipid high dramas surface, one after another, be it openly or stealthily. After all, it is seen too far-fetched and unheard of in the past, to allow the the wilful infighting to take place by creating 'an-war', an unusual 'war' against the head of the government of the day. One thing for sure, PH will never be able to see the light of the tunnel should this sort of personal realization persists. What a pity.

pemikir said...

Saya percaya bahawa Umno dan Pas berjaya dlm mempraktikkan kerjasama dan memukau org Melayu demi utk bangsa dan agama.
Amat sukar, payah dan susah bagi BERSATU utk menggantikan Umno setelah kerjasama mereka dgn PAS.
Walaubagaimana pun ada satu cara.
Sekali lagi, PH kena mengamuk besar di Bandar2 Besar, dijalanan dan di kampung2.
Bongkar semua pembohongam, salah laku, kecurian dlm diam Umno.
Bongkar semua tafsiran sempit, hukum sebelah pihak PAS yg karut.
PH perlu merangka besar pelan ini dan dibuat berulang ulang kali.
Dan nyatakan jua how good is the current government.
Jgn tunggu dekat praya baru nak buat. Masa itu org2 Melayu sudah percaya, Najib sudah tiada lagi dan kerjasama Umno Pas akan memberikan nafas baru kpd org2 Melayu.
Apa yg BERSATU tunggu utk langkah2 besar dalam politik ini hanya Allah yg Mengetahui.
TSMY dan Dato MM perlu menggerakkan jentera perang dgn segera.
Wallahualam.

Yg bosan said...

Dato...baru tadi nurul izzah kata stmt dia ttg tun m sebagai bekas diktator adalah fakta dan benar. Hmm..jadi boleh lah juga kita katakan bahawa bapa beliau adalah seorang bekas banduan
dan peliwat. Ini pun fakta juga kan?

dt rahman pekan said...

perkara yg baik harus/wajib d hebohkan.(fardhu kifayah)

need i say more.

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan kes mahkamah Najib, Perkembangan yang baik kerana akhirnya selepas hampir sembilan bulan didakwa, hakim membenarkan perbicaraan dimulakan.

Cuma setahu saya, tarikh mula perbicaraan masih tidak ditentukan lagi.


Berkenaan dengan Nurul Izzah, saya rasa tak payahlah buang masa sangat.

Malaysia dalam sejarah tak pernah menjadi negara diktator.

Saya ingat dulu, dalam PKR sendiri Latifah Koya ada membuat aduan amalan Nepotisma dalam PKR dan adanya puak-puak.

Dalam berita Latifah Koya dikenakan tindakan displin.

Mana perginya amalan kebebasan bersuara?

Nurul Izzah perlu reformasi dulu PKR sebelum nak reformasi yang lain.

Saya rasa bagus juga dia resign kerana yang lain-lain ada kerja dan tugas untuk rakyat.

Another PH Promise! said...

LGE snd Tun said Malaysia’s economy and lives of people will recover in 3 years! On what basis are they making this statement? If the purpose is to calm down the grouses of the people and to buy time to do their work, then this is a “silly” and risky move politically and generally!

Our economy will never recover under current fundamentals. We need major restructuring which takes 10 years to do and that is provided we have the right strategy and leadership! But we don’t have either.

Support PH govt said...

Datuk,
to those who are screaming and yelling, please be more constructive.
Remember at the end if you pull PH govt down, you are committing suicide.
You will have no voice, ever anymore because you can be sure once the UMNOO PAS coalition regains power, you are totally absolutely out, our own rakyat will be struck dumb forever.
You enjoy freedom of speech now. So called critics are having a field day, only because PH govt, however weak it is right now, gives you back the freedom of speech.

So help the PH govt to stay strong and they will fulfil its manifesto.
Never give any chance for the other side to come back, you know what will happen if they do, they will enact new laws to outlaw you and your kind and put themselves permanently in govt. No more elections, just the criminals and their gangs.

myDesignWorld said...

agreed... Datuk, I think you've done a much better job than Gobind

Unknown said...

Datuk..penulisan datuk perlu lebih telus dan berintegriti..setuju datuk dedahkan kesalahan team bn tapi datuk lupa team ph pun dah bnyak lakukan kesalahan rasuah kes terowong misalbya..kes rasuah supo menteri..sedngkn.bru beberapa bln teraju negara..datuk sendiri pn sudah hilang peetimbangan yang mana sensitif yg mana membina..akhirnya datuk terbuang dari kelompok sendiri..mungkin usia kita membatasi semua itu..

Unknown said...

Sempt ke 10 years ph memerinth..

Tun Mutahir said...

Sebelum GE14, PH memang menunjukkan bahawa ia akan menang.

10 bulan selepas GE14, sebaik-baiknya PH review ,muhasabah semula, apa yang dilakukan 2-4 tahun akan datang mmg kritikal.

Saya berpendapat setakat pada hari ini GE15, 50 : 50, dgn kelebihan memihak kepada BN.

Simple saja sebenarnya pengiraan.

1. BN & PAS bersepakat - sekurangnya 20 kerusi parlimen bertukar tangan ke BN.Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak bertukar ke BN. Selangor 50:50.

2. Manifesto PH banyak memberi kepada golongan muda dan golongan pekerja. PTPTN, Tol, Minyak - belum dilaksana. Kalau dilaksana , lain cerita.Laksana harapan jangan hingga "Tiada Harapan".

3. Bila 2. di atas tidak terlaksana, jangan pukul canang , nak ubah ECRL ke Rantau atau buat hospital atau lain-lain, rakyat tidak percaya. Lebih-lebih lagi zaman viral mem-viral skrg. Even sekarang pun, kalau interview bangsa Cina, ada yang mula berkata DAP tak boleh percaya sebab sebelum menang kata lain, lepas menang kata lain.

4. Bila Lim Guan Eng kata PAS&UMNO bermakna "Declare war on Chinese" , dia intend to get chinese vote, at the expense of Malay vote. Malay vote 60% but Chinese vote 20+%. Secara statistik, vote loses more than gain.

5. Melayu lebih suka menjadi bangsa "Alpha" di bumi sendiri. Ramai gusar bila Tommy Thomas, Menteri Kehakiman dan Menteri Kewangan dari DAP. So, what would happen after Mahathir step down or bertemu penciptanya ? Perlembagaan ditukar ?

6. Kuasa "social media". BN dengan slogan Bossku, hancing, kencing dan lain-lain dan joke-joke mudah memperlekehkan pentadbiran PH. So, changes of government every 5 years is not impossible. Kuasa bahagian, cawangan, ranting, cabang or whatsoever to gain mass vote has reduced.

7. Apa yang ditulis adalah untuk difikirkan. Do good for well being of people. Alive today to live for another day.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).