Tuesday, July 23, 2019

Perpaduan dan Kepahlawanan Melayu - Realiti atau Mitos?


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Malayan Union: Hamba Melayu bangkit menyelamatkan raja-raja mereka
IZINKAN saya mengulas panjang sikit mengenai inti pati amanat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Luar Biasa parti itu di Serdang, Selangor, Sabtu lalu.

Ada dua tema utama dalam ucapan beliau. Pertama, orang Melayu bersatu hati bangkit menentang Malayan Union (Kesatuan Malaya) pada tahun 1946 yang sekali gus menyelamatkan institusi raja daripada menjadi hamba British.

Kedua, orang Melayu gagal memanfaatkan hasil perjuangan mereka sendiri kerana mabuk kuasa dan gila harta.

Sebagai pemerhati tua yang mengikuti jatuh bangun perjuangan Dr Mahathir sejak tahun 1964, saya perhatikan yang dua tema ini tidak lekang daripada pemikiran dan tindakan beliau.

Setiap analisis beliau tentang bangsa Melayu akan dimulakan dengan menyebut dua perkara ini.

Sayugia diingatkan ada perbezaan di antara orang Melayu dan bangsa Melayu. Satu Melayu kerana keturunannya dan satu lagi Melayu kerana perlembagaan.

Kalau ikut darah keturunan, orang Filipina juga Melayu. Tetapi di Malaysia, ikut perlembagaan, sesiapa saja  yang beragama Islam, amal adat resam Melayu dan bertutur bahasa Melayu maka Melayulah dia.

Melayu dan Raja

Sebelum zaman penjajahan Barat yang bermula dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Raja-raja Melayu berkuasa mutlak. Rakyat jelata adalah hamba abdi.

Tetapi pada tahun 1946, hamba abdi itulah yang bangun menentang Malayan Union dan sekali gus menyelamatkan kesultanan Melayu sedangkan pada ketika itu raja-raja sudah menyetujui konspirasi Inggeris itu.

Malah apabila orang Melayu mula menuntut kemerdekaan, sesetengah raja Melayu menentangnya kerana mereka selesa dengan kemakmuran dan kedudukan yang dijanjikan Inggeris walaupun kuasa mereka dihadkan kepada hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Namun begitu, apabila kita merdeka pada 31 Ogos 1957, kita mengekalkan raja-raja kita dan mendaulatkan kedudukan mereka.

Kita tidak ikut tindakan banyak negara bekas tanah jajahan yang merdeka lebih awal daripada kita, seperti India dan Indonesia, yang membuang raja-raja mereka.

Asas Kelangsungan

Untuk terus berperanan dan diterima umum, institusi raja wajiblah bersama-sama dengan rakyat jelata mengamalkan semangat dan piawaian yang terkandung dalam Rukun Negara:

1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan.

Adalah amat janggal bagi seorang Raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam dan adat resam Melayu di negerinya apabila baginda bercerai talak tiga dengan isterinya, hal itu disahkan oleh sebuah syarikat guaman Singapura den seorang peguam Cina.

Menurut laporan media massa tempatan dan antarabangsa, peguam Koh Tien Hua, yang mewakili firma Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan perceraian raja itu dengan isterinya seorang bekas peserta ratu cantik Bandaraya Moscow, Rusia.

Daripada laporan yang saya baca, percubaan wartawan tempatan mengesahkan hal itu dengan istana dan kerajaan negeri “kesenangan dan kenikmatan” itu gagal.

Tetapi cerita itu tidak berakhir di situ saja. Media massa antarabangsa terus menyiarkan pelbagai fakta mengiurkan dan cerita sensasi mengenai perkahwinan setahun itu.

Melayu dan Hantu

Sekarang ini, orang Melayu yang besar bilangannya di Malaysia nampak sangat benci dan takut kepada orang Cina dan menyalahkan segala-galanya kepada DAP.

Mungkin benarlah anggapan bahawa perpaduan dan kepahlawanan Melayu yang diuar-uarkan selama ini lebih berupa mitos daripada realiti.

Kalau Melayu bersatu padu dan berani, mengapakan mereka nampak begitu takut kepada orang bukan Melayu yang sedikit?

Mungkin oleh sebab orang Melayu tidak berpadulah maka lahir banyak empayar, negara dan negeri Melayu di Nusantara.

Persaingan dan permusuhan di kalangan mereka ini juga yang memudahkan campur tangan dan seterusnya penaklukan oleh kuasa-kuasa penjajah Barat.

Ketika perjuangan kemerdekaan dan beberapa ketika selepas itu semangat orang Melayu kental. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Tetapi tidak lama selepas itu, akibat berebut kuasa dan kekayaan, perpaduan Melayu retak dan akhirnya pecah.

Pada tahun1953 Umno pecah apabila golongan agama keluar dan menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (Pas).

Melayu akan terus lemah dan jauh ketinggalan jika mereka membiarkan hantu, iblis dan jembalang bertakhta di hati mereka.

Untuk kembali kuat, mereka wajib menghambat keluar hantu, iblis dan jembalang dari hati mereka dan menggantikannya dengan budi dan iman, keberanian dan ketekunan, keunggulan dan keikhlasan.

Wallahuaklam.

14 comments:

Yg bosan said...

"Sekarang ini, orang Melayu yang besar bilangannya di Malaysia nampak sangat benci dan takut kepada orang Cina dan menyalahkan segala-galanya kepada DAP" Dato..Seingat saya dulu semasa tun M menjadi president UMNo, statement beginilah yg selalu beliau bunyikan semasa persidangan Umno. Tapi sekarang nada dah berbeza sbb sudah bersekedudukan dgn DAP. Tun M siap buat statement terkejut kununnya dia tidak tahu mesyuarat agong DAP menggunakan Bahasa Malaysia sbg Bahasa rasmi. Kita bila hidup d mukabumi Ni janganlah bersikap munafik.Jangan lah dulu kata lain sekarang kata lain. Satu lagi perkara pelik yg Saya perhatikan sekarang ini ialah kenapa PDRM sibuk utk membuktikan ketulenan video semburit azmin Ali. Katakan Saya mempunyai bukti video yg menunjukkan seseorang itu menerima rasuah, adakah setelah Saya melapurkan pada pihak berkuasa, Saya Pula akan direman kerana dituduh sengaja berkomplot nak menjatuhkan org yg menerima rasuah tersebut. PDRM Pula lebih sibuk utk menganalisa ketulenan video dari cuba utk menahan perlaku rasuah dlm video tersebut. Silap2 haribulan, org yg melaporkan di tahan reman Dan org yg melakukan rasuah dibiar bebas. Ini yg rakyat sedang melihat dlm kes semburit. Kenapakah azmin Ali begitu kebal tidak direman sdgkan ramai org lain telah ditahan? Adakah kjan ph-dap di bawah TuN M masuk campur tangan dln soal ini? Statement IGP pun di mata rakyat spt senada dgn tun M. Berlaku Adil lah. Sudahlah AG pun berat sebelah pada pemimpin2 DAP, speaker Dewan rakyat pun sama..sekarang berjangkit pada IGP Pula.Apa la nak jadi dengan malaysia Ni Dato? Bakal PM yg di war2 kan pun bekas peliwat Dan banduan.

OKJ said...

Salam Dato’ Kadir Jasin

Sebenarnya Dato’, perkara asas bagi orang Melayu adalah Islam. Bangsa hanyalah perkara kedua. Sebab itulah orang Cina ke, India ke, Benggali ke, Mamak ke, bila masuk Islam je terus dianggap sebagai orang Melayu sehingga diterima menjadi pemimpin Melayu hatta perdana Menteri sekalipun. Tiada orang Melayu yg akan mempertikaikan bangsa asalnya. Begitulah tingginya diletakkan Islam didalam alam Melayu mengatasi bangsa.

Jadinya Dato’, apabila stratergy Tun Mahathir kata beliau meletakkan politik melebihi moral amat-amat silap dan tersalah langkah. Check mate Tun Mahathir dan pakatan harapan. Bak kata Hj Haji, sekali fikir kenapa perlunya mendukung biawak hidup ni??? Bukan sahaja akan kehilangan sokongan orang Melayu terhadap Tun tetapi kesannya pada pakatan harapan juga...... Kita semua tahu kalaulah pilihanraya diadakan sekarang, kemungkinan besar UMNO dan PAS akan menang dan kembali menerajui kerajaan Malaysia.

Cuma perlu diingat, Tun ini adalah politician yg licik. Sedangkan Tun sendiri tahu orang Melayu yg bertaqwa akan menolak pemimpin-pemimpin Islam yg tidak bermoral seperti semburit, melanggan pelacur dan juga pemimpin2 korap melebihi kepentingan politik sehingga UMNO kalah pada PRU14. Jadi, apakah sebenarnya stratergy mendukung biawak hidup yang sekali tengok nampak macam tanggungan Tun seorang, tetapi bila dilihat secara tersirat, biawak hidup ini sebenarnya ‘nak tak nak’ ditanggung oleh keseluruhan gabungan Pakatan Harapan. Hehehe…….

Akhir kata, Tidak Melayu hilang di dunia. Terima kasih Tun Dr Mahathir.

wansee c said...

The bad blood between the top two leaders in PH has finally come to a halt. It reveals to us the ill-minded and evil-hearted of the very leader. It is in his nature to be wicked and malevolent towards whoever stands in his throne-clasping path. This time around, his once confidant then turned rival. No one has the ability to lend a hand to help extract the evil junk from his body that runs in his blood, not even he himself because he has got so used to it. They are all well-blended together with his soul to make him whole and devil. For that reason, he is always trapped between the devil and the deep blue sea. Nothing ever comes up good from him but troubles and torment that cause the nation in turmoil state and its people to suffer. Just take a look at the hooliganism created by his aide, barking shit like a mad dog, right after being released as if the nation is still under BN regime. That is the substandard and shoddy product of the biggest party in PH, coming from the leadership of a head who sings his own praises all the while as if he is the unbeatable best. What a farce! To be frank, all his doings are not different from that of BN styles. Soon, he will sow his wild oats, all thanks to his gross and obnoxious attitude. Without doubt, this is the person who is so unfit to be a leader and not at all a PM quality.

Anees Khan said...

Salam DAKJ,

saya ingin mengesyorkan supaya perkara yang Dato tulis ini dijadikan sebagai silibus sejarah di peringkat sekolah rendah lagi. Sebenarnya memang sudah ada tapi sekadar 30% drpd apa yang Dato tulih sj, mengikut pandangan saya.

Saya rasa kalau dibuat satu kajian yang menyeluruh hanya kepada semua org Melayu di Malaysia ini, saya berani jamin ramai yang akan kata adalah menjadi kesilapan Pemimpin dahulu tidak mengikut amalan kebanyakan negara-negara tetangga semasa kemerdekaan mereka. Tapi Dato', pada pendapat saya ada jugak Raja-Raja Melayu yang baik dan wajar dijadikan teladan termasuk Tuanku Sultan 'kita' sendiri.

Bergerak ke depan, saya percaya selain daripada yang Dato' sampaikan ini, ada byk isu2 lain yang saya rasa Dato kena tulih...

A KADIR JASIN said...

Assalamualaikum Saudara Anees Khan,

1. Terima kasih. Tak tahulah sama ada Menteri Pendidikan baca atau tidak Blog kita ini.

2. Berkenaan "Sultan kita", saya lahir di Kedah. Tapi sudah lama tinggal di Kuala Lumpur/Selangor. Sejak tahun 1969.

3. Sudah lama alamat dalam kad pengenalan MyKad sebut Selangor.

Terima kasih.

Anees Khan said...

Waalaikumsalam DAKJ,

nak komen sikit lagi, berkenaan kenyatan seorang Pemimpin Muda Parti Politik yang ditahan kes video songsang. Selepas keluar lokap, dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak patut ditahan. Dalam era kerajaan baru ni, harap-harap 'Nobody is Above The Law', tak kira samada ahli politik atau bangsawan atau keluarga diraja sekalipun, kita tak patut gostan ke belakang lagi dah. Sapa saja yang Polis perlu tahan, kita persilakan. baru betui.

Kalau orang politik 'above the law', bangsawan pun 'above the law', royal bloods pun 'above the law' baguih kita jadikan semua rakyat Malaysia 'above the law'.

Kita kena percaya kewibawaan Polis kita dibawah IGP baru ni. Saya rasa setakat ni repot card dia dah above average dah, tak lama lg insyaAllah jadi 'outstanding'. kalau ada salahlaku, kita repot teruih supaya dia boleh ambik tindakan segera.

ni dak, Polis pun kena ikut cakap Pemimpin Muda ni, tak boleh tahan-tanah. Kalau lagu ni la kelaku depa, jadi Pi mai Tang Tu la jugak.

Terima kasih kembali DAKJ.

wankamarul701 said...

DAKJ, tak salah jika seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak sekalipun kerana memang dibenarkan dalam al-Quran. Tetapi, yang memalukan ialah apabila isteri melahirkan anak orang lain selepas berkahwin. Ini benar-benar menjatuhkan martabat seseorang.

Sekian.. no video semburit anymore.

Unknown said...

Assalamualaikum Dato'.

Maafkan saya jika komen saya ini sedikit lari dari tema tulisan Dato'

Saya merupakan seorang yang sangat mengagumi pemikiran dan kepimpinan Tun Dr. Mahathir, hinggakan setiap ucapan beliau yang saya baca atau dengar akan tetap tertanam di benak ingatan saya, sejak dari tahun 90an lagi.

Tetapi, kini, saya mula merasakan sedikit terkilan dengan tindakan beliau yang seolah-olah cuba mempertahankan seorang menteri kanan yang terpalit dengan isu yang umum sudah mengetahuinya.

Saya rasa beliau sudah berubah dan tidak lagi memegang prinsip yang sebelum ini cukup saya hormati. Dari seorang menteri besar yang ditahan di Australia atas kesalahan cubaan membawa keluar wang tunai di lapangan terbang hingga pemecatan Timbalan Perdana Menteri, beliau menanganinya dengan tegas dan penuh berwibawa.

Tetapi mengapa dalam kes ini, beliau seolah-olah dilihat cuba melindungi. Tak perlulah saya mengulas panjang, Dato' tentunya lebih arif mengenainya.

Saya dan rakyat memerhati Dato'.

Janganlah kerana individu ini, Tun hilang kehormatan dirinya pada majoriti rakyat yang ber'intelek'.

Terima kasih Dato'.

Unknown said...

Salam DAKJ,

Saya agak tetarik dengan kenyataan Unknown 1.00 PM. Beliau sangat mengagumi pemikiran Tun Dr Mahathir tetapi nampak seolah kecewa dengan perubahan prinsip Tun dalam isu terkini.

Saya jugak seorang yang mengagumi pemikiran Tun.Cuma bezanya,saya melihat Tun ada lah seorang strategist.Di benak pemikiranya saya dapat merasakan lakaran the bigger picture.

Saya percaya agenda yang ada dalam pemikiran beliau ada lah jelas iaitu meletakkan survival politik melayu di landasan yang tidak boleh di gugat.

Seorang strategist tidak seharusnya rigid. Adakala langkahnya perlu flexible. Adapt dengan keadaan priority semasa.Mungkin ada masanya perlu nampak sumbang tapi yang penting agenda tercapai di garisan penamatnya.

Wallahuaklam,
Nirhaz

Law and justice said...

Datuk,
is MOE Maszlee just paying lip service to Tun Mahathir, his and our PM?

Answering a Parliamentary question Dr Mahathir said the Malay language nationalists must accept the importance of teaching Maths and Science in English.
Maszlee has already announced there wil be NO PPSMI anymore.

So is Maszlee bullshitting Tun M and making Tun's announcements a mockery?
Why is there no follow up by Maszlee in carrying out Tun's and our wishes?

If indeed this is the case, he must be immediately removed as Minister, even though Tun has said there is no cabinet reshuffle.
Tun cannot afford to have a snake in the grass, especially one who bites him at his back, front and sides, and make him (Tun) a laughing stock.

All Ministers in Tun's cabinet have to carry out the government's policies, irrespective of their personal opinions.
Otherwise, just pack up and go, don't wait to be fired.
The rakyat voted them in, and Tun appointed them.
So Maszlee pay your dues, you were not born a Minister.

We can forgive your stupid black and white shoes debacle, but not over the issue of the importance of english for our children and future generations of leaders.

Get your butt moving on this, or ship out.

Aku said...

Kadiag, “السلام عليكم ورحمة الله”
Izin aku guna kata “kecelaruan” bila bicara pasai sebagian besag sisa2 feudal di Malaya...
Terutama yg di kelantan.... hang ingat lagi ka cerita peragawati manohara Pinot....bini seorang lagi kepala feudal negeri tu...
Kenunnya dah jadi ‘wakil rakyat’ di Sidoarjo, Surobaya lepaih pemilu baru2 ni.
Dari pematian aku, kelantan lah antara negeri yg paling kuat cenkaman nilai2 feudal dan paling banyak masaalah sosial,
temasok dadah, penceraian, kemiskinan di kalangan rakyat, isyu2 mental dan kesihatan....
Dari suroh an Nisaa’ ayat 59, aku kopipeh dari TafsirQ.com :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Yg maksodnya lebih korang (dgn suntingan)
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri /‘pemimpin’ di kalangan kalian. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Yg aku nak tekankan surohan ni khusus untok orang2 yg beriman, seperti dlm pemulaan ayat atau ‘intro’ dia,
disurohNya to’at kpd Allah dan Rosul dan ‘ullil amri’ atau penguasa dikalangan hampa semua,
yagni di kalangan hampa2 yg beriman.

Soainya, dari perangai yg di tunjok olih kepala2 feudal atau kepala2 agama Malaya adakah perangai orang2 yg beriman ?

Maghap no ....
Aku

sirimuda said...

.. nak belek semua individu yang semacam tu jadi setiap orang dari nya kena lalui ujian biometric lulus dan lepas .. contoh najib dan dsai mereka ini telah dan sedang lalui nya.. kaedah mereka pemutihan yang proses tersebut yang kesan yang nampak iaitu melalui politik...so Tun dari orde lama pada masa itu kini yang di lakukan dan di ikuti tidak mau di jadikan punch bag... penyelesaian nya ada lah di lengkongi kelompok berkenaan.. sama lah nanti jika di takdir kan jika pas dan umno berkuasa semula sebab pas tak persoal umno jenis parti apa..

john doe said...

Setuju 100%.

Tun memahami keutamaan, dan sentiasa membuat tindaknnya berdasarkan pilihan yang betul.

Wallahu a'lam.

raj raman said...

Kalau ikut darah keturunan, orang Filipina juga Melayu. Tetapi di Malaysia, ikut perlembagaan, sesiapa saja yang beragama Islam, amal adat resam Melayu dan bertutur bahasa Melayu maka Melayulah dia.

rajraman666.Sebab itulah generasi kedua Anak Toyol,Anak Ponorogo ,Anak Jawa,Anak, Anak Bugis Anak India mau jadi Melayu untuk rompak Melayu.
This my second time Posting.My first posting gone missing or deleted by Pak Kadir.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).