Tuesday, August 06, 2019

Timbal Balik Muhibah Kerajaan dan Kakitangan Awam


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Kerajaan dan kakitangan awam umpama aur dengan tebing
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi menasihatkan ahli politik supaya belajar bekerjasama dengan kakitangan awam dan bagi kakitangan awam setia kepada kerajaan.

Kali ini nasihat itu ditujukan kepada Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang termasuk beberapa orang menteri, menteri besar dan timbalan menteri, dalam dialog lebih dua jam di Putrajaya semalam.

Beliau memberi contoh bagaimana beliau menjalin kerjasama yang panjang dan produktif dengan pegawai-pegawai beliau selama menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir menasihati peserta dialog jangan terlalu cepat memindah atau membuang kakitangan awam kerana tindakan seperti itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Namun begitu Perdana Menteri bersetuju dengan pendapat bahawa bukan semua kakitangan awam menerima dan setia kepada kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).

Banyak yang masih “setia” kepada kerajaan lama dan mengamalkan cara lama, termasuk rasuah, atas kepercayaan yang kerajaan PH tidak akan kekal.

Ini adalah realiti yang mana-mana juga kerajaan baru terpaksa hadapi apatah lagi dalam konteks Malaysia di mana kerajaan lama (Barisan Nasional) berkuasa lebih 60 tahun.

Saya pun tahu perkara ini melalui pengalaman sendiri dan daripada cerita banyak orang bahawa ada kakitangan awam enggan bekerjasama dengan kerajaan atau masih mengamalkan cara lama, termasuklah melambat-lambatkan urusan dengan tujuan diberikan sogokan.

Malahan ada kakitangan kanan kerajaan datang mengadu dan meminta nasihat mengenai ketua dan rakan sekerja mereka yang secara tersurat dan tersirat menentang hasrat dan arahan kerajaan.

Hal seumpama ini kerap berlaku apabila kerajaan cuba melakukan reformasi dengan memansuh, meminda atau membuat undang-undang baru. 

Mereka menentang kerana takut hilang kuasa atau kesalahan mereka selama ini terbongkar.

Sungutan juga terdengar mengenai sesetengah pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lantikan kerajaan baru yang tidak berprestasi seperti yang diharapkan.

Ada yang mengambil sikap berkonfrontasi dengan kakitangan asal dan ada juga yang mengikut telunjuk kakitangan asal.

Sungutan juga dibangkitkan mengenai agensi dan jabatan yang tidak berubah barang sedikit pun daripada zaman kerajaan dahulu sama ada dari segi kakitangan atau orientasi politik.

Saya rasa menteri yang bertanggungjawab ke atas agensi dan jabatan seperti itu wajib melakukan tindakan “fast track” merombak dan mengorientasikannya agar selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan baru.

Dalam hubungan ini, nama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Penerangan disebut khusus.

Masalah ingkar arahan, salah guna kuasa dan rasuah boleh diatasi atau setidak-tidaknya pun dikurangkan melalui pemantauan dan tindakan tegas oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Sebaik-baiknya salam muhibah dan tawaran kerjasama Perdana Menteri ini hendaklah disambut secara ikhlas oleh kakitangan awam demi negara tanpa mengira orientasi politik dan ideologi mereka.
 
Wallahuaklam.


9 comments:

budak jawa said...

Aslm dakj,

Saya fikir memang sukar untuk kerajaan ph menangani masalah ini kerana keadaan penjawat awam yang sakit kronik di bawah kerajaan bn di mana mereka yang berkata benar dipinggirkan dan dianggap sebagai tidak setia dan bermasalah manakala mereka yang mengiyakan apa saja arahan kerajaan lepas akan diberi penghargaan dalam bentuk kuasa, kenaikan pangkat segera, pelanjutan kontrak dan jawatan tinggi selepas persaraan. Keadaan ini menjadi semakin parah dan berinstitusi apabila susunan kekananan turut diatir di kalangan pegawai yang seia fan sekata sahaja. Masalah ini telah membarah dan terlalu sukar untuk dibendung.

Saya pernah mencadangkan supaya diadakan rombakan secara besar-besaran di peringkat atasan supaya mereka yang terlibat dalam salah urus kerajaan pada masa lepas tidak dapat melindungi perbuatan mereka manakala pegawai yang baru akan menjalankan tugas secara objektif. Tetapi lihat sajalah siapa yang sekarang ini mengetuai agensi kerajaan. Mereka yang sama yang mengetuai agensi kerajaan pada masa lalu termasuk pegawai-pegawai kanan yang telah disusun.

Memburukkan keadaan adalah menteri-menteri yang kononnya bijak, bersih dan cekap rupa-rupanya tidak cukup bijak, tidak cukup bersih dan tidak cukup cekap. Amalan pengurusan yang tidak telus, mengikut pintu belakang memberi arahan secara sewenang-wenang, membenarkan pegawai-pegawai lantikan politik secara kontrak memberi arahan kepada pegawai kerajaan secara berleluasa dan bersikap lepas tangan berlaku dengan meluas. Walaupun benar ada pegawai yang sabotaj dan mengadu domba, tidak kurang juga pegawai yang tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana kejahilan para menteri dan penasihat-penasihatnya.

Ini semua akan menjadi resepi kepada kegagalan kerajaan ph dan mengecewakan penjawat awam yang inginkan perubahan. One term government gelaran yang diberi kepada kerajaan ph. Akhirnya eksekutif lah yang mempunyai kuasa untuk membentuk dan menguruskan penjawat awam dengan baik. Kelemahan eksekutif akan menyebabkan mereka gagal untuk membentuk penjawat awam yang baik. Alhirnya rakyat dan negaralah yang akan menanggung akibatnya. Ahli politik datang dan pergi. Yang kekal adalah pegawai-pegawai yang memperjuangkan kepentingan diri mereka.

All the best malaysia

wansee c said...

For the time being, just let Tun continue with his good job to fix the country's problems and put everything back on the right track. So far, he has been flawlessly consistent and excellent. To cut a long story short, undoubtedly he is the one and only in the whole nation who has all the know-how to rectify the ruins. I couldn't be happier to learn that more and more parties or important-people come forward to publicly declare support for Tun to serve a full 5-year term. Well, why not? He is still robust and well versed in every nook and cranny of the administration. So, why the need for change in the midst of all well and good to get the uncertainty? We cannot afford to take risks when the future of rakyat are at stake, can we? What more to say if the person-in-waiting has got tons of scheming character traits and an abysmal track record to date. In the interim, I hope there will be NO transition of power until the GE15.

On the other hand, I couldn't agree more that Tun has finally exercised his PM prerogative power to get things done faster and more efficient in order to push the nation forward and soar upward. During the process, some will have to be forced to accept and collaborate willy-nilly. That is the norm as nobody has the impeccable ability to fill the bill to keep each and every one in the society pleased and convinced, including Tun himself. Yet, he is our incredible superb Tun.

bisu said...

Masalah yang berlaku apabila semua kakitangan awam dianggap tidak menyokong atau bekerjasama dengan kerajaan PH. Mana boleh pukul rata begitu. Hakikatnya, PH tidak akan menang tanpa sokongan sebahagian besar kakitangan kerajaan juga.

ingat kami suka kleptokrasi? masa dalam kerajaan dulu setakat mana kami, boleh bantah? Tapi senjata kami adalah undi - yg diterjemahkan semasa PRU14. Maka PH menang.

Tapi, lepas jadi kerajaan pemimpin PH yg memandang kami dengan pandangan mistrust..!! sapu rata yang kakitangan kerajaan tidak menyokong. Lihat la perangai pemimpin kamu berurusan dengan kakitangan awam - tiada hikmah langsung..!! Bawa sekali perangai pembangkang tu...
Kami rasa rugi dan menyesal menyokong kamu...

Hanya segelintir yang masih sokong kerajaan dulu - tapi sekarang melihat perangai dan prestasi pemimpin PH, orang dah tak suka, kami tak sokong BN, tapi kalau tiada pilihan lain untuk menggantikan PH, saya akan pilih untuk rosakkan undi saya PRU15

Unknown said...

Marah?

Nanti kena jual.

malaysia dilanggar todak said...

Apa maknanya bila penjawat awam yang menghisap ganja dalam opis menjadi sangat kebal?Pegawai atasan lebih percaya orang seperti ini,sehinggakan datang flash dan hilang pun tidak apa.Seorang lagi pula menjadikan opis sebagai stesen menonton pornografi.Opis sudah jadi milik peribadi,sehinggakan dia pernah dilihat berseluar dalam sahaja pada awal pagi.Komputer dia seorang sahaja sering diselenggara oleh budak-budak IT.Namun,sangat kebal walaupun kes kecenderungan melampau itu telah pernah dibawa ke pihak pengurusan tertinggi.Kononnya dia difitnah,sedangkan si mamat ini tidak tahu ketika itu semua yang ditontonnya tertera di 'History'.Selepas menjadi isu dibawah 3 pengarah,kini aktivitinya kembali seperti biasa.Rakan-rakannya sekerja yang tahu,ramai sudah pencen,termasuk 3 pengarah dulu.Kini tidak ada apa yang dirisaukan.Kedua-dua mereka mempunyai sokongan kuat daripada majoriti di tempat kerja.Siapa yang buka mulut berkenaan mereka ini,orang itu mencari nahas,...kerana networking mereka sangat kukuh,dan sistem lebih simpati kepada mereka.BossKu adalah Imam mereka.

*Kisah benar.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Apa maknanya ini semua?
Bangsa melayu sudah hilang rasa.Orang me-layu menjadikan opis sebagai playground,jalanraya sebagai playground,dan segala-galanya adalah playground.Melayu akan mati,kerana kanser sukar dirawat.

OKJ said...

Salam Dato Kadir Jasin

Kakitangan kerajaan majoritinya amanah. Cuma ada beberapa orang yg kaki bodek. Contohnya ketua pengarah tax, masa Najib berkuasa dulu dia kenakan peniaga sampai kata dia, nak buru peniaga seperti binatang. Gila !!!! Tujuannya nak bodek Najiblah tu. Itu dulu la. Sekarang dia kenakan Najib dan anak Najib pula kata mereka tak bayar tax yg dulu katanya tak perlu bayar pun. Bukan apa, nak bodek Tun Mahathir dan Guan Englah pulak. Sepatutnya orang macam inilah yg patut dibuang dulu. Talam dua muka. So, kalau PH kalah PRU15, agak-agaknya apa jadi pula. Silap-silap Dato’ pun kena sekali macam Najib.

Kedua, pemimpin PH sendiri yang sombong dan tak jujur sebenarnya. Contohnya kes Lynas, dulu bermati-matian Fauziah Salleh menghasut penduduk Beserah dan Kuantan yg katanya kilang Lynas tu amat merbahaya. Sedangkan dia bukannya pakar atom pun. Pakar menipu adalah. Bila orang atom nak berjumpa dan terangkan dgn detail, dia tak nak dengar. Sedangkan radiasi dari tengok TV lagi tinggi dari radiasi Lynas tu. So, macam mana Dato’ bila kita dapat pemimpin yg naik dengan dasar menipu macam ni.

OKlah Dato’, sampai sini dulu. Panjang-panjang nanti orang marah pulak. Sekian TQ.

TokBoy said...

Memang ada tapi hanya segelintir pegawai kerajaan yang tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kalau ramai manakan PH bolih menang PRU14? Segelintir yang menentang kebanyakkannya adalah diperingkat atasan YANG TAKUT HILANG KUASA yang TIDAK MAHU KELUAR DARI "ZON SELESA" yang dinikmati pada zaman BN dahulu. Zon selesa dalam hal pembekalan kerajaan misalnya merangkumi kuasa bebas membuat keputusan sedangkan kini perlu diadakan tender terbuka dibawah sistem pentadbiran yang telus, terbuka dan berintegriti. Masalah ini adalah lumrah manusia untuk malas nak beralih daripada yang biasa. Lambat laun mereka akan berubah atau terpaksa berubah demi masa depan kerjaya perihal perkhidmatan mereka dalam kerajaan, dengan syarat kerajaan PH terus gigih dan konsisten membuat reformasi perubahan kepada sistem pentadbiran yang lebih baik untuk rakyat jelata.

Mawar princess said...

Pegi mampusla pakatan harapan, mahathir dan kabinet dia yang dah ke laut..buang masa je aku turun undi..memteri pendidikannya yang taliban lagi menjahanamkan sistem pendidikan yang dah sedia hancur

Mawar princess said...

Yup saya dan keluarga pun sependapat..mcm jahanam mahathir dan menteri kabinetnya sekarang..ingat rakyar bodoh ke

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).