بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger.
Antara yang tersurat dan tersirat dalam Pakej Rangsangan |
BANYAK juga pengunjung
Blog dan Facebook saya yang bertanya pandangan saya mengenai Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin siang tadi.
Bagi
memudahkan lagi kefahaman mengenainya, izinkan saya menulis semula nukilan
bertajuk "Pakej Kiah Tertipu".
Rencana
tersebut adalah analisis pakar ke atas pakej berkenaan. Antara perkara perlu dipertimbangkan dan difahami adalah seperti berikut:
1. Walaupun
pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja
duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita.
2. Namun kita
alu-alukan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan
dalam usaha memerangi wabak besar Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.
3. Kalau
kerajaan hanya peruntukkan RM22 bilion duit negara, dari manakah datang jumlah
RM250 bilion yang Muhyiddin umumkan itu?
4.
Jawapannya adalah sebahagian besar – mungkin hingga 90 peratus – daripada jumlah
RM250 bilion itu adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama
dengan peruntukan kewangan.
5. Kalau
begitu, dari manakah datangnya baki RM228 bilion pakej itu? Jawabnya
daripada duit rakyat jelata sendiri yang wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan
di bermacam-macam tempat.
6. Misalnya,
RM100 bilion adalah dalam bentuk penangguhan bayaran balik hutang rakyat jelata
kepada bank. Duit kita sendiri. Bank hanya tangguh sementara. Lambat laun kena
bayar juga.
7. Kemudian
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) benarkan kita yang ada simpanan untuk
keluarkan sebahagian daripadanya. Jumlah itu dianggarkan RM40 bilion. Sekali lagi
duit kita, bukan duit kerajaan.
8. Kita juga
dibenarkan tangguh caruman kepada KWSP dan kepada Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB) atau Human Resource Development Fund (HRDF) untuk selama enam bulan yang jumlah besarnya RM6 bilion serta jaminan
pinjaman daripada Danajamin sebanyak RM50 bilion. Semua ini duit rakyat
sendiri.
9. Muhyiddin
bagi contoh seorang suri rumah yang dia bagi nama Makcik Kiah. Makcik Kiah ni suami dia pesara tapi terus bekerja sebagai pemandu Grab dan ahli Rela, ada anak seorang. Tapi bukan semua orang macam Makcik Kiah. Muhyiddin kata, dengan
semua kemudahan yang dia umumkan itu, Makcik Kiah dan keluarganya akan dapat
penjimatan RM4,464. Tapi penjimataan sebenar hanyalah RM864 pasal pinjaman
kereta (RM1,800), PTPTN (RM1,200) dan kredit mikro (RM600) yang jumlahnya
RM3,600 akhirnya kena bayar balik juga.
10. Sebenarnya
Makcik Kiah hanya jimat sewa rumah PPR sebanyak RM744 dan bil letrik RM120
sebulan. Jadi yang Makcik Kiah jimat hanyalah RM864 bukan RM4,464.
11. Macam
mana pula dengan Makcik Limah, seorang suri rumah yang tinggal di Kampung? Suaminya
bekerja di kedai tomyam bergaji hari. Anak tiga orang masih di sekolah rendah.
Jumlah bantuan prihatin RM1,600 dan baki Bantuan Sara Hidup RM600. Jumlah semuanya
RM2,200. Jauh lebih rendah daripada yang Muhyiddin sebut dalam ucapan di
televisyen.
Muhyiddinomics: merangsangkan Mak Cik Kiah |
12. Bantuan
kepada Mak Cik Kiah bukan setiap bulan tapi hanya sekali sahaja dan akan
dibayar dua kali, setengah setengah.
13. Ramai
orang akan hilang pekerjaan. Kerajaan hanya bayar RM600 subsidi upah kepada
majikan. Tapi syarikat yang tidak ada pendapatan akan tetap buang pekerja atau
tutup terus. RM600 terlalu sedikit bagi membantu atau menggalakkan majikan terus
bayar gaji atau mengekalkan pekerja. Sebagai perbandingan, Kerajaan Singapura
bayar sehingga 75% daripada gaji pekerja. Jika gaji S$4,500 Kerajaan Singapura
bayar S$3,375 untuk tempoh sembilan bulan. Kita bagi tiga bulan sebanyak RM600.
Ini tidak cukup untuk mengelak jutaan pekerja kilang daripada dibuang.
14.
Bantuan baru kepada mereka yang hilang sumber pendapatan kerana dibuang kerja antara RM500
dan RM1,600 (bantuan prihatin) pun dibayar sekali saja.
15. Sebagai
perbandingan, kos sara hidup di Kuala Lumpur untuk suami isteri dan dua orang
anak adalah RM6,700 sebulan. Di Singapura, kerajaan bagi S$800 (kira-kira
RM2,400) sebulan selama tiga bulan kepada yang hilang pekerjaan. Bagi yang
kerja sendiri, kerajaan mereka bagi S$1,000 (RM3,000) sebulan selama sembilan
bulan. Kita bagi sekali saja.
15. Menurut
Kementerian Kewangan, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka tidak turun di bawah
sifar (0 peratus). Tapi ramai ahli ekonomi menganggarkan yang ekonomi akan menguncup
dan sekurang-kurangnya sejuta orang akan hilang pekerjaan.
16.
Kesimpulannnya, Mak Cik Kiah janganlah mudah tertipu. Bantuan yang diberikan
terlalu kecil dan tidak mencukupi untuk mengatasi mala petaka ekonomi ini.
Kerajaan masih kedekut. Peruntukan kewangan sebenar hanyalah sekitar RM22
bilion bukan RM250 bilion seperti yang diuar-uarkan. Malah jumlah ini termasuk
RM20 bilion daripada pakej yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu.
17. Orang
yang tidak faham ekonomi dan kewangan tentu seronok sebab dapat sedikit bantuan
yang meringankan sedikit beban. Tapi orang faham ekonomi dan kewangan akan
membuat analisis dan simulasi yang lebih luas dan mendalam.
Wallahuaklam.
Terima kasih.
36 comments:
Hangpa juga yang cadangkan kat kerajaan untuk melakukan itu, ini, gunakan duit dalam rezab untuk menyelamatkan keadaan rakyat dan negara. Tapi bila kerajaan bertindak seperti yang hangpa cadangkan, hangpa persoalkan pulak. Apa ni? Silap jika tuan membandingkan dengan Singapura. Negara kuasa ekonomi, rakyat sikit, perkapita tinggi, ngeara kecil tentulah ia mampu. Kita sepatutnya bersyukur bila dibantu. Saya kira tuan pun akan terima bantuan tersebut.
Hangpa juga yang cadangkan kat kerajaan untuk melakukan itu, ini, gunakan duit dalam rezab untuk menyelamatkan keadaan rakyat dan negara. Tapi bila kerajaan bertindak seperti yang hangpa cadangkan, hangpa persoalkan pulak. Apa ni? Singapura. Tuan silap untuk membandingkan negara kuasa ekonomi, negara kecil, perkapita tinggi. Tentulah ia mampu. Tuan juga bakal menerima bantuan, so bersyukurlah walaupun tuan sebenarnya tak suka kerajaan.
Dalam package RM20bil yg Tun umumkan..berapa sebenanya duit kerajaan?
Bila Tun sebut Msia ade reserve RM2 trillion..boleh tak pakar ekonomi macam kadir itemise kan bentuk reserve negara yg smpi 2trillion ni...
.tq
“Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10% atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan,” (petikan dari rencana Dato Kadir di atas). Kalaupun dibuat matematik mudah dengan mengandaikan peruntukan kewangan – Iaitulah wang yang kerajaan peruntukkan dari dana kerajaan sendiri – berjumlah 25 billion (iaitulah 10% dari 250 billion jumlah pakej rangsangan = 10% x 250 billion = 25 billion), maka (250 billion – 25 billion = 225 billion) 225 billion adalah dalam bentuk kemudahan kewangan. Maknanya, 225 billion adalah wang yang perlu dibayar balik. Takpa ke? Apa nak buat, dah nasib badan.
Saya berteori, katakanlah rakyat dapat 250 billion tambahan wang dalam saku. Dari jumlah tersebut, hanya 50% dibelanjakan, dan 25% disimpan dalam tabung di rumah, dan 25% lagi disimpan di pelbagai insitusi kewangan yang melata dalam negara. Lambat laun, apa yang disimpan akan dibelanjakan jua nantinya kan? Maka, bolehlah dibuat andaian selamat iaitu 80% dari wang 250 billion itu akan dibelanjakan dalam masa terdekat. Ini akan meningkatkan permintaan dan merangsang pengeluaran barangan dan perkhidmatan industri dan perdagangan dalam masa terdekat. Saya berteori, katakan pengeluaran barangan dan perkhidmatan meningkat 5 kali ganda dlm masa terdekat akibat adanya kenaikan mendadak dalam permintaan. Maka, pengeluran barangan dan perkhidmatan akan meningkat lebih kurang sebanyak (RM250 billion x 80% x 5 =) RM1,000 billion. Banyaknya!
Persoalannya, “Cukup tak cukup duit yang akan diperolehi nanti berbanding kesukaran kewangan yang akan dihadapi?” Jawapannya, kalau cukup dan melegakan, maka “Sayaaaaanggg kerajaan!”. Tapi kalau tak cukup dan rasa kerajaan tak buat sehabis baik? Apa jawapannya – agaklah saja apa perasaan yang timbul dan terpendam.
Akhir kalam, semua yang ditulis di atas adalah semata-mata teori sendiri yang bersandarkan fikiran lojik bukan ilmu. Hanya untuk dikongsi, boleh jadi betul dan ada merit, tapi boleh jadi salah dan jika demikian, letaklah saja ke tepi.
Busuk juga hati abg kadq ni
Agak2lah kalau atok masih jadi PM berapa dia nk kasi kat rakyat.
Salam. Dengan kejatuhan harga minyak dunia, pendapatan PETRONAS juga akan jatuh dan negara akan kekurangan/ketiadaan dana. Amat merisaukan!!! Ramai yang happy tapi...
Assalamualaikum... Hmmm... Macam main game call manipulation je. ? Let the pm do his job la.
Jangan jadi orang hati busuk la kadir...ko bukan nak membantu tapi lebih kepada dengki...ini la akibat hati sudah hitam...bertaubat la kadir
Terima kasih saudara for this interesting read. I was wondering if this pakej can help decellerate or even prevent a complete economy collapse... any thoughts on that?
Datuk,pekej prihatin berani dan bertanggungjawab.it is targeted fairly and strategised with the help of feedback from rakyat.we appreciate execution to be effective and fast.laksana is an interesting name.big data is key with info on rakyat and the bank account to pay.the makcik kiah cash assistance and kelegaan for 6 months moratorium and anak also get help is meant to inspire rakyat and not feel helpless.prihatin package is peduli rakyat.ph won 51 seats ge 14 and this looks like pn is going to win votes.wallahualam😍❤👍
Kalau that pada Tun M tu pada pada lahh.
Sudut pandangan tak menyumbang kpd kesejahteraan dan ke muafakatan masyrakat bebilang bangsa...tak bertitiktolak dari rasa syukur ...tulisan yg kekurangan manfaat utk perpaduan rakyat...amat menghampakan, bersimpati dgn Pak Kadir
Kadiag,
: السلام عليكم
Ini aku petik beberapa berita mutakhiag hasil usaha kerajaan PH yg di gulingkan:
1. Menteri Agama Dr Zul, puji pengurusan Tabung Haji kerana prestasi yg baik untuk tahun 2019. (MAC, 2020).
2. Tengku Zafrul, menteri kewangan yg baru “....kedudukan mudah tunai yang amat kukuh, memastikan kerajaan dapat menyediakan peruntukan menerusi pakej rangsangan ekonomi.”
3. Pihak negara China tidak lupa akan bantuan Malaysia semasa menghadapi wabak corona virus di awai tahun 2020,
dan sekarang (28 Mac 2020) menghulur bantuan pula kpd Malaysia.
Terima kasih, Kadiag, teruihkan pejuangan, muga2 di rohmati Allah S.W.T.
AKU
Dato..saya ada satu soalan .masa kjaan ph-dap buat keputusan utk kurangkan caruman wajib epf sebanyak 4% dahulu, itu duit kjaan ke duit rakyat?? Kita bila ada perasaan dendam tidak mampu melihat keikhlasan dan kebaikkan orang lain. Saya walaupun bukan orang yg memangkah kjaan sekarang dapat lihat kebaikkan mereka di mana saya rasa saya tidak pernah dgr tsmy menyalahkan kjaan ph dap dalam semua hal atas apa yg sekarang ini terjadi dlm negara. Perlukah saya ingatkan dato yg masalah covid19 yg serius ini berlaku kerana sikap keras kepala kjaan ph-dap dahulu yg membenarkan pelancung dari China terus masuk dgn bebas ke negara walaupun rakyat merayu supaya kita menolak kemasukkan mereka. Lupakah dato betapa sombongnya mohd ketapi dan dpm dalam menolak permintaan rakyat? Lupakah dato kes pertama d malaysia dan juga d langkawi adalah kerana pelancong dari China? Ini lah antara sebab rakyat menyampah dgn kjaan ph-dap. Sikap sombong bongkak rasa mereka saja yg pandai dan betul membuatkan doa rakyat makbul sehingga kjaan ph-dap runtuh dgn sendirinya. Umum rakyat rasa andai kjaan ph-dap masih memerintah, sudah pasti rakyat tidak akan mendapat manfaat seperti yang diumumkan oleh tsmy semalam. Selalunya tun akan hanya mementingkan utk selamatkan kroni2 beliau dahulu Alhamdulillah dan terimakasih semua rakyat atas keperihatinan kjaan PN. Kepada rejim PH_dap belajarlah kembali menjadi pembangkang yang baik. Anda pernah diberi peluang memerintah tapi anda mengecewakan kami rakyat. Sekarang bukan masa untuk berpolitik setiap masa, sekarang adalah masa untuk kita bersatu menanggani nasalah corvid19. Dan rakyat semakin hari semakin dapat menerima kjaan PN sebagai kjaan yg memerintah pada hari ini. Not perfect but who does?
Salam Dato AKJ.
Pada saya... bandingkan dengan Singapura... memang tak patut. Jika Malaysia diambang PRU15... sama seperti apa yang dihadapi Kerajaan Singapura sekarang, saya tidak akan terkejut jika TSMY umum pakej rangsangan berjumlah RM2500 Billion.
Namun, beza paling ketara dengan Singapura... depa banyak duit dalam tangan, kita tak ada.
Hutang pula, keliling-pinggang. Kita nak bayar hutang-Penyamun pun, terpaksa korek-lobang, kambus-lobang. 'Samurai-loan' suad dapat ka belum, saya pun tak tahu.
Ehmmm... alangkah baiknya... jika Amerika tidak sekat pemulangan USD240 Juta (RM1 Billion) duit-curi 1MDB.
Datuk,
Amazing, our reserves are about US100B and this stimulus package is US50B.
The first question is how the figure of RM 250 billion stimulus is calculated.
If the government has included RM100billion on deferment of loan repayments by banks then this is all creative writing.
The loan repayment deferment is subject to interest and the customer has to repay after 6 months. This is not the govt's money.
That leaves balance of RM 150 billion out of which RM 20 billion was already announced by TDM.
Did the government also include the RM500 monthly EPF repayments which again is not government’s money.
The final question is how much money is the government funding this stimulus ?
So much fuzziness. We all feel good right now, but now after using the grey matter up there, so many things don't add up. Enlighten us please. WE heard it is only RM25 billion.
1st, helping the poor with cash handouts is fine.
2nd, helping those who are in danger of losing their jobs or who have lost their income is laudable.
However why are civil servants not in the front line getting a bonus payment
No disrespect but are they suffering apart from staying at home to work/rest like the rest of us? It makes no sense.
Therefore it is highly appreciated for the govt to reconsider and tighten the purse strings .
Dato knp x ckp rm 500 one off payment to kakitangan kerajaan dan pension anggar sekitar 1.9 million org berjumlah 900 million. Wow!!! Kenapa nak bg ???? Kan mereka TETAP bergaji dan tidak akan jadi penggangur. Lebih baik salur 900 million tu bg KKM utk peruntukan tambahan.
Ada aje x kena..yg pentinng syukur faham..syukur..kalo kerajaan ph lagi teruk dia punya kencingnye
Distraught people are moaning in pain mentally and emotionally due to the widespread of life-threatening Coronavirus that comes as an earthshaker to the whole world. As a result, the poor, especially those underprivileged who are flat broke and living hand to mouth, really need some cash handouts to keep life going at this critical juncture. In a sheer desperation to survive, nobody cares whose money it belongs to and where the money is coming from. That is just a secondary importance.
Aslm DAKJ,
Walaupun saya tak berapa setuju dengan penubuhan Kerajaan baru sebab ada penyamun dan orang yang mempertahankan penyamun sebelum ini di tambah pula dengan golongan yang rasa diri dia je betul, tapi untuk pakej rangsangan prihatin ni saya tak nampak ada masalah.
Mereka berterus-terang maklumkan dari jumlah RM250 bilion, RM25 bilion datang dari Kerajaan. Selebihnya adalah dari epf, bnm dan lain-lain lagi termasuk moratorium bank.
Jadi di mana masalahnya? Kita kena faham covid-19 ini masih belum sampai kemuncaknya dan kesan kepada ekonomi juga masih belum sampai ke peringkat maksima.
Pakej rangsangan pertama yang diumumkan oleh tun sebanyak RM20 bilion pun bukan semuanya datang dari kerajaan. Hanya RM3.2 bilion sahaja datang dari kerajaan. Selebihnya adalah caruman kwsp pekerja yang diturunkan dari 11 ke 7 peratus.
Kalau kerajaan pimpinan tun boleh umumkan RM20 bilion walau kerajaan hanya keluar RM3 bilion, kenapa kerajaan sekarang tak boleh umum RM250 bilion walau kerajaan hanya keluar RM25 bilion? Kenapa ada double standard?
Kalau ada yang saya nak komen pun berkenaan prihatin bukanlah jumlah atau sumbernya tetapi kurang serius kerajaan menangani covid19. Punca masalah ekonomi sekarang adalah c19. Jadi kalau keadaan sekarang berlarutan atau c19 semakin merebak, prihatin berjumlah RM1 trilion pun tak guna. Sepatutnya kerajaan perhebatkan lagi usaha menangani c19 memandangkan dah lanjutkan tempoh kawalan pergerakan. Takkan asyik nak lanjut tempoh kawalan tapi kes masih tak turun-turun.
Dalam tempoh lanjutan ini, kerajaan perlu perhebat usaha kawalan. Kawalan lebih tegas, saringan lebih banyak, aktiviti nyahkuman lebih luas dan lain-lain usaha yang wajar supaya boleh turunkan kes c19 bila tempoh kawalan tamat. Masa tu barulah pakej rangsangan ekonomi tu boleh dilaksanakan.
Tentang kerajaan sekarang, cukup-cukuplah. Silap PH kerana kerajaan beroperasi tanpa menghormati rukun negara dan hubungan kaum di peringkat bawah sangat tegang. Isu agama, bahasa dan bangsa terlalu banyak terutamanya ditunjukkan oleh dap.
Bukan orang melayu tak kisah dengan penyamun. Kalau tak kisah takkan tumbang umno tu. Tapi orang melayu pantang negara yang dahulunya tanah melayu dan telah dikongsi bersama bangsa lain hendak digugat terasnya, bahasanya, agamanya, sistem pendidikannya dan banyak lagi.
Rule of law yang disebut tu maaf cakap bullshit. Kerenah ahli politik ph pun tak menghormati rule of law. Tunggu masa sahaja mereka nak jadi above the law macam bn.
Maaf kalau saya terkasar bahasa dato. Saya faham kesan kerajaan pn kepada kesatuan politik melayu yang berteraskan kejujuran, amanah dan menolak rasuah. Tapi janganlah kita asyik memandang silap orang lain. Renunglah silap diri sendiri.
Budak jawa
Masih lagi tak tau bersyukur ke?? Kalau nak buat perbandingan pun. Biar carilah yang sepadan. Berapa popularasi & kdnk di singapura?? Saya yg hanya berpendidikan rendah saja pun rasanya masih lagi boleh berfikiran secara akan loguknya. Guna otak la jangan guna lutut... Duduk lah dinegara sebelah sana & jadilah sebagai mahrain biasa, besar sangat ke apa yang kerajaan sana beri??. Adoii.. Sedih jika ada yg berfiran begini. Kenapa nak merosak kan pemikiran bangsa sendiri dengan tulisan2 yang begini??
cukup2lah jadi sikitol moden ni.....orang yang jenis tak pandai bersyukur ni...bagi sekawah emas pun masih tak puas hati... dan tak akan cukup asyik nak kutuk, kutuk je...
setakat nak cakap itu tak betul ini tak betul....jemulah lah....banyak2lah muasabah diri...
cukup2lah jadi sikitol moden ni.....orang yang jenis tak pandai bersyukur ni...bagi sekawah emas pun masih tak puas hati... dan tak akan cukup asyik nak kutuk, kutuk je...
setakat nak cakap itu tak betul ini tak betul....jemulah lah....banyak2lah muasabah diri...
pandang dari sudut negatif akan dapat hasil secara negatif tapi pandang dari sudut positif akan dapat hasil positif.lebih baik ambil jalan tengah demi kelansungan hidup masakini kerana keadaan semasa.Ada duit semu senyum la bro
Lebih mudah jika analysis ini dibuat dalam bentuk cash /tunai and non cash /bukan tunai basis. Yang saya faham RM25 bilion ada dalam bentuk tunai yg kerajaan perlu keluarkan segera utk bantu rakayat. 90 peratus lagi non cash , ada yg ditangguh , ada pula syarikat ulitities tanggung dulu dan boleh diselaraskan atau kontra kemudian dgn kerajaan dlm jangka masa panjang. Ia bakal kurangkan pendapatan kerajaan. cash flow/ managment menjadi nadi untuk kita sustain hidup samada utk sebuah perniagaan atau sebuah negara. Jika cash menjadi isu utama kita, saya kurang faham mengapa kakitangan awam dan pesara bukan frontliner yg tidak putus pendapatan dan tidak hilang pekerjaan dibantu/ tokok dgn bantuan tunai. Buat masa ini mereka tidak perlukan lagi. Gunakanlah simpanan cash yang ada bantu sektor swasta dulu. Mereka lah yg menjana pendapatan utk beri gaji kpd kakitangan awam. Atau turunkan tunai kebawah utk penoreh/ peladang dll yg kais pagi makan pagi.Saya sembang dgn penoreh pagi tadi, getah sekerup turun dari RM2.30 ke RM1.60 sekilo. Nak makan apa, kata depa. Umumnya saya setuju perlu ada ransangan, seluruh dunia buat utk giatkan ekonomi sendiri dan bantu kebajikan rakyat. Tapi cara pengurusan tunai/ cash kurang bijak. Imaam mesjid kg saya dah tanya , sesiapa yg putus bekalan makanan, hubungi AJK masjid dan pejabat zakat dah hantar bekalan makanan ke masjid utk agihan. Ini lebih utama , bukan kakitangan awam/ pesara yg bukan jadi frontlineer jadi keutamaan. Harapnya tiada elemen pancing populariti/ undi diketika semua dlm kesimpitan. Pandangan saya dari Kampung.
Salam Dato’ Kadir
Golongan PKS
Teruk jugak Dato’ kena belasah ye. Itulah Dato’. Lain kali jangan tulis ikut sedap je. Nampaknya Dato’ sekarang ni dah terpisah jauh dgn rakyat jelata terutama dgn orang Melayu. Pakej tu kalau bagi ke orang kaya-kaya memanglah tak rasa apa. Apalah Dato’ ni.
Kalau ikutkan, saya pun tak puas hati dgn pakej ni. Golongan PKS dianaktirikan. Semua projek disuruh berhenti, rangkaian supplier tak ada, tapi kerajaan suruh bayar gaji penuh. Tak boleh buang pekerja. Kerajaan Cuma boleh top up RM600 je seorang pekerja. Itupun untuk 3 bulan je. Dah majikan nak cari duit lagu mana macam ni.
Bagi sayalah, tak apalah, itu rezeki golongan B40 dan M40. Golongan PKS pun bukannya semua kaya raya. Cuma harap kerajaan dapat melihat golongan PKS juga ye. At least, gaji staff tu dibayar mengikut berapa jam mereka bekerja seminggu, contohnya, kalau cuma 20 jam seminggu, gaji dibayar 50% lah. Barulah adil kepada pekerja dan majikan. Kalau duduk rumah, tak kerja tapi majikan disuruh bayar gaji 100%, alamatnya banyaklah syarikat bungkus lepas ni. Bila banyak syarikat gulung tikar, peluang pekerjaan tiada, ramai rakyat menganggur dan kerajaan pun tak dapat duit dari cukai. Lagi teruk jadinya.
Akhir kata, walau bagaimana pun, dalam keadaan susah ni, kita bagilah cadangan ke, bantuan duit ke, bukannya asyik cari salah orang je. Mana betul kita puji, mana salah kita bagi cadangan utk diperbetulkan. Itu pendapat sayalah. Sekian TQ.
Dato,
Perkara yang dh berlalu telah menjadi sejarah, baik kita pakat- pakat jaga negara kita.
Kerajaan PH dulu bertahun minta rakyat bagi mereka peluang, mereka cakap, bagi mereka sekali sahaja. Akhirnya BN tumbang dan mereka dapat jadi kerajaan.
Bila mereka jadi kerajaan mereka lebih teruk lagi. Ingatkan mereka sangat bijak untuk membuat perubahan.
Rakyat hidup harmoni, tapi org politik yang suka melaga- lagakan rakyat.
Tuan bandingkn dgn Singapore..sepasang suami Ada seorang anak YG sudah pun berkerja dgn Jiran yg Ada ank 8 orang bnyk nk disuap..ank pulak semua Undi PH Bodoh belaka..Tuan Singapore Ada GST 9 % so dia dpt kutip cukai YG baik dn dn effisen..Umno baru pekenalkn GST.kerana tamakkn kuasa dn tamakkn habuan..semua berebut in jawatan...Dap Dan geng geng tuan menghasut kpd orng ramai tombangkn Umno sebab GST susahkn rakyat..
Dn bila Dap berkuasa amat tamak dn kemaruk dgn kuasa...kata nk hapuskn Tol..kata AES susahkn rakyat bayar saman..bila berkuasa tk pun hapuskn Tol tombangkn AES..malahan beri diskaun Tol 18% tu pun tibai duit pencarum kwsp share 49% dlm Tol plus dn beli camera AES berbiji biji tu pun paksa Tol Plus tanggung..lepas tu claim PH dpt berjimat cermat sebab tk tanggung Kos beli AES..swasta yg tanggung..habis tu Tol Plus tu siapa?..51% share Kerajaan 49% share KWSP...siapa pencarum kwsp..Lembu dn Kambing..Tuan barangkali tk Ada caruman KWSP..tapi kami perkerja kilang kami tk rela di tipu Dap..
Sebenarnya manusia yang suka mempertikai usaha orang lain utk membantu adalah golongan yang cerdik akal yang terlalu sempit..mereka mempertikaikan sebab mereka berduit..dan mereka boleh dapat apa saja tanpa ada sekatan atau halangan..golongan ini tak sepatutnya wujud di zaman yang saat kita berdepan dengan situasi agak bergolak..manusia seperti ini yang akan cuba membuat keadaan akan semakin rumit...pada saya bukan masa nya cuba mempertikai bila PM kita cuba meredakan rakyat disaat sumber kewangan terhad. Pada golongan yg sentiasa tidak berpuashati sila keluar dari Negara ini.Jangan jadi perosak minda rakyat dengan coretan tak ada nilai nasihat. Tanam kan rasa syukur dan budaya menerima dengan ucapan TERIMA KASIH...Fikir fikir kan lah...
Awak Goblok..PH baru berkuasa 22 bulan pelabur semua cabut lari .project semua dihentikn..Mana dapat hasil sampai Ada simpanan tunai 2 trilion..PH menang goblok
Penulisan hang ni tidak mencerminkan sikap sebagai mana buku hang (Membangun Bangsa Dengan Pena, 2009) la.
Apa yang hang dah buat untuk bangsa sepanjang pandemik covid-19 ni?
Sebelum PRU 14, aku tengok hang ni macam bagus. Tulisan hang tak de la berani atau menonjol sangat. Tapi sekarang hang dh lain kadiq.
Aku lebih suka baca blog Outsyed the box. Banyak jugak ilmu boleh dapat. Itu barulah namanya membangun bangsa dengan pena.
Hang ni nama je otai wartawan pencen tapi tulisan hang macam mat gian jer. Pe ke hee?!
Bersyukur adalah lebih baik. Allah masih hulur rezeki buat kita. Ada saudara kita di tempat lain yang lebih susah. Jika Dato ada idea pakej rangsangan yang lebih baik, mungkin boleh post di sini untuk kita bincangkan.
Salam Dato Scribe...
Lama dah saya tak kirim komentar kat sini. Tapi apabila baca banyak tohmah dan pandangan negatif terhadap dato, saya tumpang simpati. Sama, saya juga dapat yg sama di fb saya apabila saya cuba bagi penjelasan tentang beza antara 'duit kerajaan' dengan 'duit rakyat'. Beza antara kerajaan bantu rakyat atau rakyat yg bantu kerajaan. Nak buat macamana, akibat kesusahan hidup majoriti dah tak peduli pun duit siapa atau siapa yg bantu siapa sebenarnya. Pakej demi pakej dijadikan modal untuk angan2 rakyat supaya duduk diam dalam rumah. Kita ni buat teguran tapi kita pula yg kena maki kena hamun kononnya tak berterima kasih dengan apa yg kerajaan 'dah' bantu. Malas nak bertekak, saya cuma tanya balik. "Dah dapat ke... dapat berapa bro..???"
Salam Dato’ Kadir
Duit parti vs duit sendiri
Saya rasa cukup pelik bila Dato’ cukup marah ke Pengerusi Tabung Haji dulu sebab simpan duit RM 500 K dlm peti besi rumahnya. Itupun sepelas dia jadi MP selama sepenggal. Bila anak didik kesayangan Dato’ simpan duit RM250K dalam peti besi rumahnya, Dato’ tak bising pulak. Kalau ikutkan sama je, Aziz simpan duit 500K selepas jadi MP 5 tahun. Anak didik kesayangan Dato’ simpan duit RM 250K lepas jadi MP setengah penggal. So, apa bezanya Dato’? Saya bukan apa. Yg saya marah sangat tu, duit RM250K pun boleh hilang, dah macammana kita nak bagi amanah kepada orang macam ni untuk jaga harta negara. Orang duit banyak-banyak macam tu, simpanlah dalam bank ke. Ada bukti keluar masuk, selamat dan ada insurance lagi.
Itulah Dato’. Cepat sangat letak kepercayaan dekat orang. Kita tak boleh percaya sangat dengan orang yg baru kita kenal Dato’, terutama yg pandai cakap dan cakap berbelit-belit. Sepatutnya Dato’ lebih mempercayai pena-pena pembahas Dato’ yg dah berpuluh tahun ni. Ada saya menipu ke selama berpuluh tahun tulis dekat sini? Meyakat Dato’ sikit-sikit tu adalah. Akhir kata, saya dah nasihat macam-macam dekat Dato’ tapi Dato’ ni degil tak anak ikut. Sekarang macam mana. Sekian TQ.
Compare apple to apple la Dato'. Kata paham ekonomi.
Pemakan dedak babi DAP macam si kader ni pasti menggunakan pelbagai cara UTK memperlekehkan kepimpinan PN.Bukti yg jelas di sini kerajaan berupaya membantu rakyat tanpa alasan.KEBIJAKSANAAN pemimpin menggunakan sumber yg ada telah membuktikan si pemakan dedak
babi telah membohong rakyat bersama Pemimpin Pakatan Hancing...
Post a Comment