A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous DAN KESAT tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh
guna nama samaran.]
ADA pembahas menuduh atau
mengandaikan yang saya masih simpati terhadap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Macam
inilah, saya tidak berkawan dengan semua orang dan rasa-rasanya tidak bermusuh
dengan sesiapa.
Saya juga tidak taasub kepada
perwatakan. Hatta dengan ayah saya pun, ketika hayatnya, ada perkara yang saya
tidak bersetuju dengannya. Kami sering berbahas. Sampai penghujung usianya dia
masih menegur dan menasihati saya.
Atas landasan itulah saya meletakkan
perkenalan (acquaintance) saya dengan mana-mana jua orang politik.
Saya tidak akan menafikan yang
saya pernah akrab dengan Anwar – selama 16 tahun dari 1982 hingga 1998 – iaitu
tempoh beliau dalam Umno dan kerajaan.
Soalnya, waktu itu siapakah yang
tidak rapat dengan beliau? Hanya parti-parti pembangkang yang hari ini beliau
“pimpin” secara de facto. Mendahului orang paling rapat
dengan Anwar ialah (Tun) Dr Mahathir Mohamad.
Anwar Nak Ubah Kadar Mata
Wang?
Hari ini saya terkejut membaca
laporan media atas talian yang memetik Anwar sebagai berkata jika beliau menang
dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Kajang, beliau akan isytiharkan
RM1 bersamaan USD$1. (Baca di sini).
Kalau ini bukan hasil salah
lapor atau salah mengerti oleh media massa maka ia adalah satu lagi contoh
khayalan, lepas cakap dan “outrageousness” Anwar. Itulah juga kelemahan yang
akhirnya memerangkap diri sendiri.
Anwar aka Saudara Anwar mirip
berhujah tanpa berfikir secara mendalam dan kritis asalkan pada fikirannya ada
orang yang percaya.
Tapi hendak ubah kadar tukaran
mata wang adalah mustahil KECUALI, entah macam mana, selepas menang PRK Kajang,
Anwar bukan menjadi Menteri Besar Selangor tetapi menjadi Perdana Menteri dan
beliau boleh menggunakan rizab mata wang Bank Negara atau membeli
bertimbun-timbun jongkong emas untuk menyokong nilai RM.
Tapi bila beliau membeli
jongkong emas, beliau terpaksa bayar dengan dolar Amerika. Ini bermakna beliau
kena tukar ringgit kepada dolar. Bila jual ringgit untuk beli dolar, nilai
ringgit akan jatuh.
Kita boleh naikkan nilai ringgit
dengan cara itu, tapi eksport kita akan menjadi lebih mahal dan pengangguran di
kalangan pekerja pengeluaran akan meningkat.
Lagipun, beliau kenalah buat apa
yang Dr Mahathir buat pada tahun 1998 ketika krisis kewangan Asia. Dr Mahathir
melaksanakan kawalan terhad tukaran ringgit dengan menetapkan kadar tukaran
ringgit RM3.80 bagi setiap dolar Amerika. Masa itu kadar tukaran RM naik hingga
RM4.20 bagi setiap dolar Amerika.
Yang kita tahu, Anwar, sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membantah keras tindakan Dr
Mahathir itu. Beliau sependapat dengan Tahung Mata Wang Antarabangsa (IMF)
bahawa langkah Dr Mahathir itu akan menjadikan Malaysia muflis dan paria.
Waktu itu Anwar amat akrab
dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus, dan dasar serta pemikiran
kewangan beliau dipengaruhi oleh peniaga mata wang Wall Street.
Malah dalam ucapan kepada Council
on Foreign Relations (sebuah badan pemikir tajaan sektor swasta Amerika) di New
York pada bulan September 1998, Anwar “mengalu-alukan” krisis mata wang Asia
sebagai “creative destruction” (pemusnahan kreatif) dengan meminjam teori ahli
ekonomi Amerika Josept Schumpeter.
Saya hadir majlis itu dan duduk
semeja dengan beberapa orang eksekutif muda perbankan Wall Street. Mereka
ternganga kagum mendengar ucapan beliau dan meminta saya memperkenalkan mereka
kepadanya. Selepas ucapan, saya perkenalkan mereka kepada Saudara Anwar.
Post-Umno Anwar Lacks Organisers
Dengan izin, Anwar is not a man of detail. He is an
orator and instigator (in a positive sense). He is not an organizer as some
people had thought. During his Umno and Cabinet days he depended on organizers
and he had organizers for all his activities. There were even people who did
the reading for him.
When he was Youth Minister, I
presented him a textbook on economics – “Prinsip-Prinsip Ekonomi” by the late
Professor Dr. Harcharan Singh. I told him, read and you would get the basic
ideas on economics.
But he is a consummate
networking man. He could spent hours entertaining journalists – male and
female. He could leave the VIP table to have nasi campur with padi farmers
while squatting under the banana trees. I am pretty sure many young people are
still mesmerized by him and he could still kill them softly with his song.
Since being sacked from Umno and
the Government in 1998 the number of his supporting organizations could have
dwindled. Many of his core supporters either did not join his Reformasi
movement, while those who joined became disenchanted and left.
Mohd Azmin Ali and Saifuddin
Nasution Ismail are among tha original group. These are people trained by Umno.
Even (Tan Sri) Abdul Khalid Ibrahim is a newcomer to Reformasi. He was once a
hardcore Umno man.
While the Parti Keadilan Rakyat
can boast the presence of many young, educated and enthusiastic leaders, they
are babies compared to the old-timers who helped “create” Anwar and many do not
know Anwar beyond the Reformasi.
Namun kalau kepemimpinan politik
Melayu - tidak kira dalam Umno, PAS atau PKR – benar-benar ikhlas dan
bersungguh-sungguh mahukan perdamaian (reconciliation) dan perpaduan nasional,
faktor Anwar tidak boleh diketepikan. Beliau adalah Ketua Pembangkang.
Bagi saya, ia bukan isu suka
atau tidak suka kepada seseorang. Ia adalah mengenai usaha memulihkan sistem
kuasa di mana orang Melayu dan Bumiputera, sebagai bangsa dan kaum induk dan
majoriti di Malaysia, kembali memainkan peranan sebagai penimbang-tara yang
berwibawa, adil dan saksama.
Di permukaan memang wujud gambaran bahawa orang bukan
Melayu di Semenanjung gembira dengan persepsi perpecahan Melayu. Tetapi mereka
juga bimbang bahawa Melayu yang tidak bersatu atau Melayu yang hilang keyakinan
kepada kepemimpinan politik Melayu boleh berpecah menjadi kelompok yang keras
dan radikal.
Seperti kata penulis dan peguam
Karim Raslan dalam kolumnya “Ceritalah” dalam akhbar The Star pada 25 Februari
berjudul “National reconciliation is the way forward”, antara lain, berkata:
“To me,
“national reconciliation” must begin with my own community, the Malays….Indeed,
reconciliation and a willingness to live with diversity must begin within the
Malay community itself.”
(Bagi saya, “rekonsiliasi
nasional” mesti bermula dengan masyarakat saya sendiri, (masyarakat)
Melayu....Sesungguhnya, permuafakatan dan kesediaan hidup dalam kepelbagaian
mesti bermula dalam masyarakat Melayu sendiri.” Wallahuaklam.














