A Kadir Jasin
[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account,
OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]
KETIKA meninjau kawasan Parlimen Raub, Pahang,
terlintas dalam fikiran saya adakah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini
mencerminkan 1Malaysia atau satu lagi contoh transformasi politik semasa?
Raub adalah di dalam negeri
Perdana Menteri Kerajaan Sementara (Caretaker Government), Mohd Najib
Tun Abdul Razak. Secara tradisinya ia adalah kawasan Barisan Nasional yang
diwakili oleh MCA walaupun DAP kuat.
Pada PRU 2008, calon BN ialah Ng
Yen Yen yang mendapat 18,078 undi manakala pencabarnya, Abu Bakar Lebai Sudin
(DAP) mendapat 15,326 undi.
Kali ini, secara agak “mysterious”,
Ng yang dilihat sebagai seorang menteri yang cergas dan berkesan, mengambil
keputusan mengundur diri daripada bertanding. Sebagai ganti, BN memilih Hoh
Khai Mun, yang sebelum ini ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dalam kawasan
Parlimen Bentong.
Yang menjadikan pertandingan
kali ini menarik adalah pencabar BN ialah seorang Melayu DAP yang berprofil
tinggi, iaitu Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang dalam tempoh 2004-2008 adalah
Adun BN Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.
Populariti PM teras BN
Populariti PM teras BN
Dalam konteks itu, Raub mencabar
kedudukan BN sebagai parti penyandang dan menaikkan prestij DAP sebagai
pencabar. Hatta mengalami majoriti yang lebih rendah pun sudah berupa satu
tamparan kepada BN kerana Raub adalah kawasan tradisional BN dan terletak di
dalam negeri Perdana Menteri.
Peluang Mohd Sabri mencatat
sejarah sebagai calon Melayu DAP pertama di Pahang mengalahkan BN tidak boleh
ditolak begitu sahaja. Mohd Sabri nyata lebih berwibawa daripada Abu Bakar,
calon DAP 2008.
Ahli Parlimen Melayu DAP
terakhir ialah Allahyarham Ahmad Nor yang menang kerusi Bayan Baru dalam PRU
1990. Adakah Mohd Sabri boleh menjadi pewaris legasi itu?
Daripada tiga DUN dalam kawasan
Raub, dua dimenangi BN (Batu Talam dan Dong) (diperbetulkan) dan sebuah oleh DAP (Tras) pada
PRU 2008.
Roket Menang DUN Tras 2008
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Yang merumitkan BN adalah Mohd Sabri sebagai bekas pemimpin Umno sekian lama tentulah mempunyai maklumat terperinci mengenai kelemahan dan kekuatan Umno serta kebaikan dan keburukannya.
Kemudian ada drama sampingan yang cukup menarik. Mohd
Arif yang juga seorang blogger disokong oleh bekas isterinya (juga seorang
blogger) yang mendedahkan dalam blognya yang dia adalah orang Umno dan
menggunakan blog itu untuk menyokong BN walapun sekali-sekala kritikal terhadap BN.
Dalam rencana mengenai bekas suaminya, dia antara lain, menulis:
“Ya Allah..Please help Mohd Ariff Sabri Bin Haji Abdul Aziz win BIG in the PRU
13 in Raub Parliament P080, Pahang.
“Please make him the first Malay Parliamentarian from DAP
for Raub, Pahang and bestow him the guidance to be one of the great Malaysian
leaders around..Ameen.”
Wallahualam.






