Monday, April 01, 2013

Ironi Rintihan Perdana Menteri


A Kadir Jasin

[KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama samaran.]

SOALAN berikut telah banyak kali saya kemukakan dan sama-sama kita bahaskan dengan panjang lebar dalam blog ini.

Tetapi saya akan mengemukakannya sekali lagi ekoran “rintihan” Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang beliau tidak dibenarkan memandu sendiri.

Soalannya ialah: Adakah negara kita lebih tidak selamat sekarang berbanding 10 atau 20 tahun lalu atau ada sebab-sebab lain Perdana Menteri tidak dibenarkan memandu sendiri?

Dalam temu bual dari hati ke hati dengan stesen radio UFM 101.3 pada 22 Mac, Mohd Najib menyatakan kerinduan untuk memandu sendiri tetapi tidak kesampaian kerana “police restriction” (larangan polis).
Dalam berita bertajuk Najib bares his soul to listeners of radio station” (Najib dedahkan jiwanya kepada stesen radio), akhbar The Star, antara lain, melaporkan: “He also expressed his yearning to drive his own car but was unableto do so due to police restriction [pautan]. (Beliau juga menyatakan kerinduannya untuk memandu keretanya sendiri tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana larangan polis.)

Beliau memberitahu radio UFM 101.3: “Tetapi saya dibenarkan sekali memandu dari Putrajaya ke Hotel Majestic dengan keluarga saya untuk makan malam dua minggu lalu, tetapi dengan diiringi polis.”

Zaman Dr Mahathir Boleh

Dulu, ketika (Tun) Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau memandu sendiri kereta, termasuk Kancil, setiap hujung minggu beliau berada dalam negara bagi meninjau sekitar Kuala Lumpur.

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kecelakaan ke atas beliau dan (Tun) Dr Siti Hasmah yang sentiasa mengiringinya.

Sepatutnya Dr Mahathir harus takut dan polis harus nasihati beliau agar tidak memandu sendiri kerana beliau mempunyai lebih banyak “musuh” politik daripada mana-mana pemimpin Malaysia.

Tetapi waktu itu, jenayah tidaklah menjadi-jadi macam hari ini dan kita tidak disajikan dengan indeks jenayah yang kononnya bertambah baik dan kita pun tidak ada KPI dan NKRA.

Antara sebab kurang dan terkawalnya jenayah waktu itu ialah ekonomi lebih kukuh, polis lebih tegas dan kita ada undang-undang yang mencegah orang jahat buat jahat seperti ISA, Ordinan Darurat dan Buang Daerah yang semuanya dihapuskan di bawah transformasi Mohd Najib.

Saya terus membantah pemansuhan itu.

(Tun) Daim Zaimuddin, dalam temu ramahnya yang disiarkan oleh New Sunday Times 24 Mac lalu, antara lain, berkata antara kelemahan kerajaan sekarang ialah memerangi jenayah dan rasuah. Katanya rakyat jelata tidak percaya kepada indeks jenayah yang kononnya semakin baik kerana setiap hari ada berita pembunuhan, rompakan dan rogol disiarkan oleh media massa.

Dr Mahathir Ronda, Pegawai Berjaga-jaga

Apabila Dr Mahathir meronda ibu negara, Menteri Wilayah, Ketua Setiausaha Negara dan Datuk Bandar pun berjaga-jaga sebab takut ada longkang tersumbat, bau busuk dan sampah merata-rata ditemui beliau.

Hari ini mereka boleh santai asalkan laporan media arus perdana bagus dan mesra. Pokok tumbang kerana ribut tidak dibuang berminggu-minggu. Kuala Lumpur kotor dan tikus bermaharajalela. Menteri sibuk hendak bertanding pilihan raya.

Pengakuan bahawa jenayah terus menjadi masalah besar terserlah apabila Mohd Najib sendiri membuat hebahan besar mengenai tambahan 1,000 buah motosikal untuk rondaan mencegah jenayah.

Apa Halnya Rakyat Biasa?

Kalau orang kenamaan yang mendapat perlindungan polis atau yang ada pengawal peribadi pun masih dinasihatkan berjaga-jaga, apa halnya dengan orang biasa yang terdedah kepada pelbagai bentuk jenayah dan ancaman?

Tidak hairanlah banyak pemilik rumah dan kedai sanggup menggali kocek mengeluarkan wang sendiri bagi mendirikan pagar berduri, membina pondok kawalan dan memasang televisyen litar tutup serta semboyan. Kemudian mengupah pengawal tempatan dan Nepal untuk menjadi keselamatan mereka.

Taman perumahan sudah menjadi macam kampung baru waktu darurat 1948-60 yang dikelilingi pagar berduri dan dikawal oleh polis, tentera dan Home Guard.

Maaf cakaplah, tidakkah orang dan pihak yang diberi mandat dan amanah menjaga keselamatan dalam negara berasa malu atau bertanggungjawab terhadap keadaan yang serba tidak menentu dan kacau bilau seperti sekarang?

Orang kaya yang ada pengawal peribadi pun tidak bebas lagi. Seorang kaya Malaysia yang suka makan dan berjumpa dengan kawan-kawan di sebuah kedai makan merangkap hotel India Muslim di ibu negara dinasihatkan oleh polis agar tidak ke situ lagi.

Maka terpaksalah dia berpindah dari hotel yang menjadi tempat tumpangannya sejak dia masih peniaga kecil pada tahun 1970-an.

Seorang lagi dirompak oleh tiga orang penjahat Indonesia di rumahnya di kawasan perumahan kelas atas Bukit Tunku aka Kenny Hill. Tetapi dia berani. Dia menembak mati salah seorang daripada penyamun itu. Selepas kejadian itu, dia dan keluarganya trauma (dibunyikan troma) dan fobia. Mereka pun pindah ke kondominium.

Jadi apabila Mohd Najib sendiri mengaku dalam temu ramah dengan UFM 101.3 yang beliau tidak boleh memandu sendiri atas nasihat polis, maka sahlah negara kita tidak seselamat dulu lagi.

Atau adakah pembesar kita hari ini menderita sindrom “koro [pautan]” dan tidak sanggup ambil risiko seperti Dr Mahathir? Wallahualam.

45 comments:

A KADIR JASIN said...

Saya dimaklumkan melalui SMS, PM dan isteri pandu sendiri kereta.

Khabarnya Harian Metro hari ini siarkan gambar peristiwa itu. Saya belum baca Metro.

Terima kasih.

A KADIR JASIN said...

Yang saya baca melalui portal Malaysiakini ialah PM dan keluarga "chilled out" di kompleks membeli-belah.

Boleh baca di http://www.malaysiakini.com/news/225401

Terima kasih.

Unknown said...

Aslkum Dakj

PM NAJIB ni bukan saja pembohong , air muka dan matanya pun pembohong.

Daripada isu komisen scorpene, isu pembunuhan altantuya, isu pencerobohan lahad datu, fitnah sodomi 2, kehilangan enjin pesawat, kerugian berbillion ringgit 1MD, isu cincin dan kegairahan sang isteri dgn kemewahan yg sesuai dgn pendapatan rasmi sang suami, bala baru pd negara dalam bentuk pembinaan MRT yg tak terkira mahalnya, pelbagai laungan tin kosong termasuk transformasi itu dan ini, bodek yg berlebihan terhadap kaum bukan Melayu, kesemuanya terpampar dalam air muka NAJIB yg tak jernih.

Sejak bila pulak PM mesti dengar arahan polis?

Tiada alasan jika negara memang benar2 selamat dari jenayah.

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Najib's talk does not befit what a PM should say. It gives the impression that peace and security is half dead in this country. It goes without saying that the position as PM or any head of state for that matter (security) threat comes with the job. His talk becomes cheap out of sloganeering habit and tweeting (eg. tweeted from Mekah, "I remember you all"). Having visited Vatican earlier (than Mekah) he should know that a Pope was shot by Sirhan Sirhan (?). Be man enough and don't spread the paranoia.

awangbatuburok said...


Salam Datuk,

Dulu penjenayah tidak pandai menggunakan peledak C4,

Dulu penjenayah tidak pandai membawa masuk/menyeludup pelancar roket,

Dulu penjenayah tidak pandai curi lembu sampai rm250juta,

Dulu penjenayah tidak pandai songlap komisyen sampai rm500juta,

Dulu penjenayah tidak pandai curi enjin jet pejuang,

Dulu penjenayah tidak pandai curi tanah kubor,

Dulu penjenayah tidak dilantik jadi Pengerusi GLC,

Dulu penjenayah tidak songlap wang zakat untuk fakirmiskin,

Dulu rakyat diajar supaya jauhi syaitan samada dikenali atau tidak dikenali....

Dengan adanya transformasi NKRA semuanya boleh dan buat-buat pekak badak sudahlah.

GUiKP said...

The costs of worsening crime and education standards are the unnecessary evils to bolster safety and exam outcomes, such as electronic security gadgets and tuition expenses (fees and time).

Unknown said...

Assalamualaikum dato, Nak komen pasal polis ni bukan boleh sangat nanti membawa padah. Mari kita renungkan kes ini yang telah terjadi kepada rakyat malaysia siapakah yang patut dipenjara.

Kaum Hawa tolong Baca.. Hanya di bumi Malaysia.. Adakah hak Kaum wanita Di malaysia terbela..?

Mangsa Rogol Dihukum Penjara

Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!


Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan.

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah.

Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun.

Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

#OhMalaysiaku
admin terhebat.
Jika kita ada akal maka guna la akal kita.

Ibni Ismail said...

Dato'

Tolonglah jangan bandingkan keberanian najib dengan mahathir.Meluat campur menyampah dengan lembiknya si 'koro' ni.

Berpura pura sedih sebab tidak dibenarkan memandu!! Kalaulah pembangkang ni pandai sikit je dari UMNO, sure bungkus lama dah UMNO ni.

Saya juga tidak setuju jika najib memandu sendiri semasa menjalankan tugasan rasmi tetapi atas urusan santai & keluarga, tunjuklah keberanian dengan memandu sendiri. Sekurang kurang nya rakyat akan selesa dan yakin dengan tahap keselamatan yang dijamin oleh pm najib kita ini. Atau tak perlu lah nak rayu simpati sebab tidak dibenarkan pandu sendiri...

rizal said...

betul tu tuan saya setuju saya yg duduk di kampung pun kena juga bulan lalu rumah pak imam saya di samun, parang dah sedia di leher.. itulah masaalah bila sistem kapitalis yg kaya patut mewakafkan harta pada org bawahan dgn wujud semangat kekitaan.. w/a

berasiam said...

Salam Datuk A Kadir Jasin

Telah biasa didendangkan, negara kita negara Islam tapi rumah perlu dikunci 3 lapis untuk keselamatan. Kalau di dalam rumah pun tidak boleh mempertahankan kehormatan diri, keluarga dan keselamatan harta benda, tidak ada lagi tempat yang boleh dikatakan selamat. Mungkin dalam penjara lebih selamat daripada hidup bebas di luar. Manakan tidak, rumah sendiri pun dijerijikan seolah-olah rumah pasung yang boleh menjadi perangkap maut sekiranya berlaku kebakaran.

Di negara yang dilabelkan sebagai negara kafir, tahap keamanan dan keselamatannya lebih terjamin. Tidak perlu jeriji di setiap pintu dan tingkap rumah, cukup sekadar selapis kaca. Maka ada yang berkata, di negara kafir, tampak Islam itu hidup tapi di negara Islam sendiri, Islam itu tidak dipamerkan secara menyeluruh.

Mungkin bukan tahap keselamatan menurun menjadi punca YAB PM tidak dibenarkan memandu kereta tetapi keyakinan pihak keselamatan yang menurun bagi menjamin keselamatan beliau untuk memberikan kebebasan sedemikian. Mungkin elok dikaitkan Peristiwa Lahad Datu dan kelembapan pihak polis bertindak tegas hingga membolehkan penceroboh menyelinap jauh ke kawasan yang luas. Ada yang menyalahkan KPN, yang bukan berlatarbelakangkan cawangan khas sebagaimana lazimnya, ada pula yang mensasarkan Menteri KDN. Bila tindakan melibatkan tentera, maka DS Menteri Pertahanan menyarankan kepada YAB PM menggunakan jet pejuang, betapa ironinya.

Pendedahan perancangan untuk melakukan kekecohan di beberapa kawan Parlimen semasa PRU-13 juga melibatkan isu keselamatan. Pihak berkuasa harus bertegas. Apabila dakwat kekal dipersetujui digunakan, maka pelbagai lakonan boleh dicipta untuk mengelirukan rakyat. Mungkin ada yang celup sendiri dakwat sebelum pergi mengundi. Sama ada dibenarkan mengundi atau sebaliknya, mereka ini boleh mencetuskan kekecohan. Jika dibenarkan, mereka akan mendakwa SPR benarkan pengundi buang undi lebih sekali. Jika tidak dibenarkan, mereka akan menuduh SPR tidak adil. Itulah helah mereka. Ini semua melibatkan keselamatan, bukan individu tetapi negara. Tiada syak lagi bahawa seseorang yang lebih tegas perlu ditugaskan untuk menerajui sektor yang amat penting ini.

atas pagar said...

Salam Dato

Ironinya antara punca kenaikan kadar jenayah di Malaysia adalah kerana negeri di bawah pemerintahan PR yang mahu memerintah cara liberal dan terbuka.

Kita ambil contoh Selangor.KL dan Penang yang di bawah PR yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi....

Kedai judi internet, pusat urut, pusat hiburan, dadah boleh di buka bebas tanpa mendapat tentangan dari ahli majlis...

apabila pusat sepeti ini bercambah sudah pasti kadar jenayah ikut bertambah kerana golongan yang mengunjungi pusat seperti ini memerlukan wang lebih untuk memenuhi kehendak mereka...

Kita ambil contoh bila Dr Hassan Ali membantah penjualan arak di kedai kawasan Islam di Shah Alam.

Usaha murni beliau ini telah ditentang hebat oleh Ronnie Liu hingga Dr Hassan akhirnya di tendang keluar dari Exco selangor dan juga PAS sendiri...

Pasti Ronnie Liu mempunyai alasan yang kukuh atau sokongan di belakang yang kuat untuk membantah usaha murni dr Hassan Ali......

Ini belum lagi kita ambil kira pihak PR yang meracuni fikiran rakyat terutama yang bukan Islam untuk tidak mengendahkan pihak polis...

Bahkan mereka cepat mengambil kesempatan untuk merendahkan usaha dan intigriti polis sekiranya terjadi sesuatu kejadian yang melibatkan polis dan orang awam...

Kini, mereka merasa seolah olah negeri ini mereka yang punya dan undang undang perlu mengikut cita rasa mereka...seperti di negeri cowboy.

Ini juga menyebabkan golongan muda hari ini juga terikut ikut dengan dakyah PR hingga menyebabkan penjenayah hari ini juga melibatkan golongan yang semakin muda dan dari golongan yang baru hendak mengenal dunia...

Fikir fikir kan lah ....

hoya said...

Sama kesnya dengan hak wanita terpelihara...mmglah skg ni hak wanita dari kuota dalam kerajaan dan swasta telah meningkat tetapi bagaimana pula halnya dengan isu wanita yang mempunyai masalah kes penceraian, tidak mendapat tuntutan nafkah anak2 dari suami, kes gantung tidak bertali...satu-satu kes pun amik masa bertahun..bagi kes gantung tak bertali lagi kesian bila nak mohon bantuan tidak diluluskan kerana suami masih ada walaupun hakikatnya dah tak pernah berhubung

Unknown said...

Aslkum Dakj

Lagi lama UMNOBN diberi kuasa lagi lingkup keselamatan negara.

Apa jua yg boleh jadi duit pemimpin UMNOBN akan jual termasuk lelong murah2.

Dari jual permit teksi, permit bas, permit AP, projek pengswastaan , permit ketja asing dan terbaru jual ic segera.

Bila sendiri tak yakin dgn keselamatan negara maka pakai macam2 body guard termasuk org luar. Nak pakai org Melayu takut pecah rahsia.

Polis ramai belum tentu keselamatan rakyat terjamin. Logiknya lagi ramai polis yg hendak di ambil bekerja lagi susah nak dpt latarbelakang yg bagus.

Tambah pulak dgn polis zaman rejim UMNOBN ni yg sedia ada pun kewibawaan mereka dicurigai, bagaimana mereka hendak diamanah membuat pengambilan yg telus dan bersih.?

Faham lah rakyat kenapa NAJIB bukan takut tapi sekadar tak berani nak bersiar2 sendiri.

Mika Angel-0 said...


The Scribe A Kadir Jasin,
Salaams

Inilah sebenarnya yang dikatakan ironi:
...GEORGE TOWN, 1 April — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini bertegas beliau seharusnya mempunyai hak untuk menentukan kerusi yang akan ditandinginya untuk melawan Lim Guan Eng sebagai sebahagian rancangannya untuk menyingkirkan ketua menteri tersebut.

“Lim telah menerima satu syarat iaitu untuk bertanding satu kerusi tapi dia tidak menepati syarat kedua untuk membiarkan saya memilih kerusi,” kata Teng ketika sidang media di Ibu Pejabat BN di sini, hari ini...


little pig ini hampir 'samasebijikmacam' najib:
najib tak yakin pada diri sendiri kerana itu dia boleh dipermain-mainkan oleh semua pemimpin asean.











ab said...

Salam dato,



Tajuk yang bagus.




Saya HARAP pihak polis,kastam, imigresen yang TEGAS.


SPRM pun mesti tegas.


Tetapi, tidak bermakna mereka itu mesti `unfriendly'...


Nak kata malaysia selamat sepenuhnpun tak betui juga.. mana ada negara didunia yang selamat sepenuhnya....



Kat mekah dan madinah pun tak selamat sepenuhnya,tak gitu dato?.



Yang saya dok tak setuju betui ialah yang ada orang sini dok juai negara ni kat negara lain, sampai had minta serang rakyat ni apa ke hei ni?..



Elok ka buruk ka,hitan ka,putih ka...ni lah dia tempat lahir dan tempat keok kita teramai....yang `loaded' bole la pilih nak keok kat mana pun!.



The security of the nation and the citizens is the ultimate responsibility of the government of the day..no excuse,no reason and no pusing pusing punya!



Abu Bakar Ab Rahman

Unknown said...

Aslkum Dakj

Ironinya ada pembahas yg dalam kegairahan menghentam PR , telah menyerlahkan kebongokkan sendiri bila mendakwa KL di perintah PR.

Patutlah ramai Melayu masih diperbodoh UMNOBN sebab mereka memang bodoh pun.

Santuni dan bantulah bangsa ku jika PR menang.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sepatutnya selepas kalah 5 negeri dan KL pemimpin UMNO insaf dan baiki diri.

Caranya mudah je. Antara lain

1. jangan hina Melayu dgn lebihkan bukan Melayu tapi ketepi Melayu termasuk di CIMB.

2. jangan pertahan kes pencurian wang awam spt kes NPC tapi hendaklah cepat2 bicara yg tertuduh dan segera pulangkan duit rakyat.

3. segara bicara kes ketirisan hingga 8b wang rakyat dalam PKFZ dan jugak pulangkan wang rakyat.

Jangan kata nak taubat dan buat 3 perkara di atas malah pimpinan UMNO dgn sombong pergi kacau pulak negeri konon simpanan tetap spt JOHOR, SERAWAK dan SABAH dgn bermacam kes spt ic segera, curi balak dan pengambilan tanah rezab Melayu.

Seksrang Mahadir ada hati nak pujuk agar JOHOR tak jatuh pd PR.

kaihnsn said...

pakcik,

saya tertarik dengan kes mangsa rogol yang dihukum tersebut. pada pandangan pakcik adakah hukum/mahkamah sivil(duniawi)itu tidak adil atau hakim bersifat tidak adil dalam menjatuhkan hukuman. mengapa perbuatan mempertahankan diri tidak terpakai dalam kes tersebut? seorang bekas pemimpin besar pernah mengatakan dalam forum bahawa hukum hudud tak sesuai kerana ia bersifat tidak adil. mungkinkah kerana hukum duniawi/sivil yang juga tidak adil menyebabkan masalah jenayah semakin meningkat?

Ahmad Awang said...

Dato Kadir.
Saya setuju dengan pamdangan Dato.Samasa Dr Mahathir menjadi PM,saya selalu nampak dia bawa kereta sendiri,Proton di Putra Jaya dan Di KL.sundah tentu ia tidak kesaornagan.Ada Dua Pegawai UTK Polise bermotosikal mengikutnya.

Najib ini memang takut Bini dan dia ini malas.Sejak kechil lagi dia ini kena spoon fed.Dari Kechil pergi sekolan ada driver,ada amah suap makanan,Mana dia tahu Kesusahan dan Kemiskinan.

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

Satu je punca nye


......SEMUAnya SALAH ANWAR ( bagi pencecai umno!!!!)

Din Kalut said...

Begitulah taksubnya Din Melaka sehingga dia sendiri menutup sebelah mata.

ANAK SABAH said...

din melaka

kami di Sabah hidup aman damai dan ramai pelancong bercuti disini dengan seronok SEHINGGA LAH PENGGANAS TAJAAN PKR datang menyerang Lahad Datu.

Kurang otak lah pemimpin kamu din melaka, macam kamu jugak.

asyik FIKIR NAFSU MEREKA sahaja, bukan untuk KESEJAHTERAAN MARHAEM seperti kami.

anuar Mat Saman said...

Dato

Ironi nya di Malaysia nampak nya sekarang kita bukan saja tidak selamat di alam kehidupan di luar sana sahaja, bahkan di alam siber juga terdapat penjenayah yang pelik.

baca laporan akhbar hari ini :


Sungai Petani - Ketua Penerangan PKR Merbok Saharuddin Hamid yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani kesal dengan pucuk pimpinan parti PKR yang mengambil tindakan memecat beliau dari parti tanpa diberikan peluang untuk membela diri.

"Apa salah saya sehingga dipecat dari parti tanpa memberikan saya peluang untuk mempertahankan diri?

Adakah salah saya melxxxxp didalam pejabat saya sehingga menyebabkan pihak parti PKR memecat saya?"

Beliau yang ditemubual melalui panggilan talifon agak kecewa dengan pemecatan yang dilakukan tanpa asas ekoran penyebaran gambar gambar beliau yang sedang melakukan oxxxi didalam pejabat PKR negeri Kedah.

"Saya hanya melxxxxp dan bukan saya melakukan kesalahan merogol ataupun meliwat.

Ada pucuk pimpinan parti lebih teruk dari saya dengan melakukan seks luar tabii beserta bukti video adengan seks tetapi tidak dikenakan apa apa tindakan dari pihak parti PKR."

Apabila dirujuk oleh wartawan siapa yang dimaksudkan oleh beliau tentang pucuk pimpinan itu beliau menjawap

"Dato Sri Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali dan Yb Elizebeth Wong semuanya terbukti jelas melakukan kesalahan dengan bukti video dan gambar namun tidak dikenakan apa apa tindakan oleh pihak parti PKR.

Apakah melxxxxp merupakan satu kesalahan jenayah?" Ujar beliau.


Nota : dipetik dari akhbar harian yang tidak berat sebelah.

budak kilang said...

Anak sabah..

Saya baru saja balik dari sabah 2 minggu lepas.. bekerja disana selama seminggu.. rata2 rakyat sabah yang saya jumpa menyalahkan projek ic mahathir.. ini sume salah mahathir!! Hahaha.. ini kalilah..

Unknown said...

Aslkum Dakj

Polis dan AG pun tak tuduh PKR sponsor penganas Lahad Datu.

Otang tiada akal je berani buat tuduhan melulu diblog ni.

Din Melaka kata orang yg melayan tuduhsn spt itu bererti org tu juga tak ada akal.

Nak kata Anak Sabah tiada akal tak boleh sebab satu dunia tau dia hafal semua nama ketua menteri Sabah kecuali yg kalau judi berjuta2 tu.

Bagi malu org Sabah je lah anak sabah ni. Entah2 asalnya pendatang haram tak. ha ha.

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Assalamualaikum Pak Kadir,

Saya suka membaca tulisan orang-orang lama, molek dijadikan panduan dan pedoman bagi kami orang muda.

Saya pernah bersembang dengan orang media,semua pakat tak setuju apa yang DSN (Datuk Seri Najib )buat la nie, nampak sangat ketidaksahihan dia. Penasihat salah nasihat.

Pak Kadir kalau ada masa kena bagi nasihat untuk orang muda UMNO/BN guna politik cerdik sikit, biaq pilah Papagomo sorang-sorang.

Saya yakin DSN akan lebih berjaya melonjakkan imej dia jika meletakkan Papagomo ditempatnya, bicara sahaja di mahkamah terbuka. Banyakkan perbandingan polisi supaya orang Malaysia kita jadi cerdik akai depa,bukan jadi lagu la nie, teruk sangat dah duk main peribadi.

@adifimiyun

Lahuma said...

Dato.

Pemansuhan ISA.

PM Najib telah terperangkap dengan mainan pembangkang yang mengasak Kerajaan BN.Pemansuhan ISA merupakan kejayaan pembangkang.BN tunduk pada tekanan mereka.Akhirnya apa jadi.

Isu rasuah .

Begitulah manusia.Sebenarnya soal rasuah ini memang amat sukar untuk dihapuskan.Pengamal rasuah dan penentang gejala rasuah kadang kala adalah manusia yang sama dalam semua peringkat dari bawah sampai atas.

Soal jenayah.

Memang mudah nak cari salah siapa-siapa pun.Antara penyumbang ialah PATI yang bermaharaja lela di bumi Malaysia.Meraka bukan tahu undang-undang Malaysia.

Yang paling hairan kenapa orang kita juga berlumba-lumba minta permit di KDN nak bawa masuk lagi banyak pendatang asing.

Rumah kita ada pintu tapi tak berkunci .Itulah sebabnya KAWAK mudah masuk.

Sudah berapa kali terantuk sampai pecah kepala tapi masih leka juga.

Insya Allah bila BN menang nanti PM Najib kena carilah menteri yang berjenis sikit.Yang tegas,bersih,cekap,amanah,dan ada sikap anak jantan.

Terima kasih.

anakbuah said...

Salam Dato',

Saya biasa baca posting Dato' tapi kali saya tak sangka PM Malaysia sebodoh ini! Perangai dh mcm budak2. Betul ke PM Najib ni ada penasihat? Lagi ditegur dan dikutuk, makin melampau2 pulak bengong nampaknya!

Dia tak rasa malu dgn diri sendiri ke???

Unknown said...

Aslkum Dakj

Anuar Mat Saman

AMS sangat beruntung kerana pemilik blog ni sudi menyiarkan paparan sdr yg saya baca macam nak loyar dan nak muntah kerana tak sanggup baca bahasa yg tak selayak dikeluarkan oleh org beriman.

AMS berdoalah kuat2 agar tiada keturunan sdr yg Allah turunkan bala akibat perbuatan biadap serta tidak bertanggungjawap yg membawa erti AMS menuduh insan2 berkenaan terlibat dgn salah laku seks dan sodomi.

Di akhir zaman ni nampaknya kelakuan umat zaman jahiliah yg berpaksikan hukum rimba menjadi kebangaan sesetengah pihak tanpa peduli pd hukum halal haram agama.

Unknown said...

Assalamulaikum salam diberi kepada dato yang di ingati sebelum memulakan kerja berceloteh seketika di ruangan ini. Saya rasakan para pembahas banyak emosi kepada kepartian disini sepatutnya tajuk yang diberi memberikan kita satu pengalaman yang bagus dari minda kita soal parti tidak patut ditimbulkan kerana isu nya ialah keselamatan dan keselamatan itu adalah tanggungjawab sepenuh nya kepada POLIS dan juga lain2 sektor. Parti adalah satu cabang demokrasi negara jadi kita jangan campur adukan perkara tersebut. HARAP MAAF...YA...

abdullahngah said...

Bayangkan seorang yang mencuri berus gigi dalam sebuah pasaraya telah dijatuhkan hukuman 3 tahu penjara.

Manakala yang memaslsukan RM 18 bilion bon telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Seperkara lagi ada yang ada pangkat setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, akhirnya bebas.

Demikian juga yang makan rasuah, Jerung bebas miskipun sah dan ada bukti mereka makan rasuah, manakala ikan bilis terima rasuah seribu ringgit kena penjara 10 tahun.

Orang ada pangkat bunuh orang pun selamat (bebas)

Selamatkah kita.pemimpin selamat msikipun memandu sendiri, kecuali memandu ketika mabuk.

ANAK SABAH said...

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kagum dengan sikap Prof. Datuk Dr. Sidek Baba menyelidik sendiri untuk mencari kebenaran sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.

Anuar Shaari berkata begitu ketika mengulas sebab Dr Sidek atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sidek mengambil keputusan meninggalkan Anwar setelah beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Saya kagum dengan usaha Cikgu Sidek mencari kebenaran. Beliau tidak berputus asa dan akhirnya setelah beristikarah, beliau menemui jalan kebenaran dengan memisahkan dirinya dari Anwar,” katanya ketika dihubungi.

“Pemberi-pemberi komen nakal wajar bersikap seperti Cikgu Sidek apabila mahu berhujah. Seperti Cikgu Sidek beliau mengemukakan hujah dengan fakta serta dari pelbagai sumber.

“Jika hanya komen-komen nakal serta gagal mengemukakan fakta, taraf mereka sebenarnya jauh lebih rendah kerana gagal mengemukakan fakta serta menunjukkan sikap fanatik kepada Anwar secara membuta tuli,”katanya.

Din Kalut. said...

Itulah nasihat diketam yg bernama Din Melaka yg taksub.

Unknown said...

Ini adalah satu kes jenayah yang berlaku apakah kita merasakan anak2 kita selamat bila berada di luar kawasan rumah.

[HM] Teluk Intan: Seorang wanita berusia 22 ditimpa nasib malang berganda apabila bukan saja motosikalnya dilanggar, malah dia dirogol pemandu kereta yang melanggar motosikalnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang menetap di Kampung Air Hitam, Changkat Jong, dalam perjalanan ke rumahnya selepas tamat kerja.

Dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa patah tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sejurus kemalangan, suspek keluar dari kenderaannya dan memapah mangsa ke dalam keretanya sebelum merogol wanita berkenaan.

Beliau berkata, ketika itu mangsa mendakwa berada dalam keadaan lemah, tetapi masih mampu mengingati dirinya dirogol suspek.

Goh berkata, sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek berpura-pura sudah jatuh cinta dengan mangsa dan ingin meneruskan hubungan dengan lebih serius.

“Suspek memberikan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan menghantarnya pulang ke rumah. Suspek juga meminta mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas suspek beredar dari rumah, mangsa memaklumkan dirinya dirogol sebelum keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Langkap.

Goh berkata, pasukan polis menyerbu rumah suspek di Sungai Manik sejam kemudian, namun gagal menemui suspek.

“Kami menghubungi suspek menerusi telefon bimbitnya iaitu nombor yang diberikan mangsa dan memintanya melaporkan diri di Balai Polis Langkap.

“Suspek berusia 31 tahun itu akhirnya menyerah diri di balai polis itu pada malam kejadian sebelum ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Apakah kesan nya kepada mangsa cuba pembahas fikirkan nya.

Unknown said...

Dalam komen disisni kenapa banyak memburukan peribadi orang ya kenapa dato, Adakah mereka ini sakit atau mentel tak betul...

raja2u said...

Assalamualaikum YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.

Saya fikir biarlah pihak PDRM menyatakan mengapa mereka tidak membenarkan YAB PM memandu sendiri. Mungkin keadaan kesesakan jalan masa kini boleh memerangkap PM di jalan raya yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak Polis.

Pada tahun 1987 semasa di Manila saya rasa betapa beruntungnya kita di Malaysia kerana rumah kita tidak dikawal pasukan keselematan persendirian seperti berlaku dibeberapa taman perumahan di Manila.Tidak disangka-sangka keperluan mengadakan "gated Houses" sudah sampai ke Malaysia. Ini tidak memberi gambaran positif bersabit tahap kehadiran penjenayah di Negara kita.

Keadaan politik sungguh hebat di Negara kita sekarang. DAP nampaknya sudah berkembang sayap sehinggakan mereka sekarang mempunyai ahli yang berpengetahuan Islam yang boleh berhujuh dalam bahasa Arab dengan mana-mana pihak.Jika mereka ini terbukti berwibawa maka sukarlah bagi parti lawan untuk menyekat lebih ramai Melayu menyertai parti tersebut.

Hari ini terdapat berita seramai 40,000 kakitangan Petronas mendapat durian runtuh RM 1,000 seorang. Adalah diharapkan apa yang diberi Kerajaan akan mendapat reaksi seperti yang diharapkan dari penerima.

Saya rasa penentu menang kalahnya sesebuah parti dalam PRU 13 adalah bergantung kepada kewibawaan calun yang dipilih untuk bertanding.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision
Petaling Jaya.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Lebih baik jangan adakan PRU 13.

Dalam keadaan SPR memekakkan telinga terhadap pelbagai runggutan spt:

pengundi ic segera

nama penyokong PR dicsmpak keluar tanpa izin.

pengundi dua , tiga atau entah berapa kali.

pengundi lusr dibawa masuk untuk menangkan UMNOBN.

BOS polis dan tentera undi bagi pihak anak buah.

peti undi pos misteri.

Kepada hakim2 terutama hakim mahkamah persekutuan, kenapa tak boleh buat arahan agar PRU ditangguh hingga SPR bersih dan bersihkan daftar pengundi. Jagak buat arahan agar kerajaan baru sementara dilantik oleh Agong sementara daftar pemilih benar2 bersih.

Barulah dunia akan hormat pd MALAYSIA.



Unknown said...

Aslkum Dakj.

Kita harus menghormati keputusan SIDEK BABA meninggalkan ANUAR.....atas apa alasan sekalipun.

Tak berbalui bergaduh secara terbuka kerana berdosa dan mengaibkan.

Apalsh ada dgn kawan tibggalkan kawan. Ini soal hati. Soal hati yg mau terima UMNOBN VS PR adalah urusan Allah.

Ada mantan naib presiden PAS masuk UMNO, tak sampai kemana pun.

Ada mantan menteri, tapi adik sendiri wakil rakyat PAS SHAH ALAM.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Baik yg meninggalkan ANUAR / PR dan UMNOBN akan beri alasan tertentu.

Tapi temtations untuk tinggalkan PR demi pangkat , wang dan elak daripada diugut dgn pendakwaan salah laku rasuah memang bukan rahsia lagi.

Ada org kuat PAS , sewaktu jadi exco SELANGOR lebih banyak beri kontrek infra kpd rakan lama dalam UMNO, tentunya dgn imbuhan kickbacks. Bila rahsia diketahwi SPRM, maka teloqnya dah kena pegang oleh kerajaan UMNOBN. Demi kepentingan diri sendiri mulalah melalak jadi juru cakap UMNOBN hentam ANUAR dan PAS.

Lumrah hidup manusia. Siapa yg tak nak senang di dunia ni.

Oleh yg demikian rakyat yg cerdik tak dpt tidak akan cenderung syak kenapa penyokong PR tiba2 berubah hati.

Cuba belajar dari sejarah NAKAEI AHMAD, ASRI MUDA, EZAM,, ZAHID HAMIDI, GOBALA, ZAHARIN, NALLA, ZUL NORDIN , HASSAN ALI DLL.

Jangan ditangisi yg tak sudi. Bilamana general2 dan mantan pegawai tinggi kerajasn lainberbondong menyokong PR.

Kampong man said...

Salam Dato,

Sebagai saorang PM keselamatan diri Najib amatlah penting.Adalah amat baik beliau lebih berhati hati kerana beliau asset negara.Din Melaka boleh pergi memandu mana dia suka asalkan jangan terlalu laju takut perangkap AES atau dikuathirkan hilang kawalan kerana memikirkan PR akan terus juga akhirnya menjadi pembangkang nanti pada analisa saya yang kerdil ini salepas PRU 13.

Lihat sahajalah di Johor Dato bagaimana kah agaknya PR boleh berjaya baik untuk DUN dan Parlimen.Kelemahan PR amat terserlah disana kerana:

1.LKS dan Salehudin lari dan akan bertanding di Johor sedangkan mereka ini bertanding merata rata dahulunya.PR perlu bantuan orang kuat parti to go for broke kali ini di Johor.Mereka boleh mencuba.

2.Kehadhiran LKS di Johor bagi Gelang Patah dengarnya membuatkan Chua Ju Meng Merajuk lalu MIA (Miss in action) sedangkan election sudah hampir sangat lagi.Rebut kerusi lagi.

3.Perebutan kerusi dalam PR berterusan baik di Johor, Kedah ,Perak ,Pulau Pinang dan Selangor.Di Kelantan tidak.

4.Kita tahu Johor adalah kubu kuat BN selama ini .Keputusan terbaik PR selama ini pun hanyalah di PRU 12(2008) lepas. Keputusannya pasti tidak langsong menyebelahi PR.BN perolehi 25/26 kerusi Parlimen dan PR 1/25 sahaja.
Bagi DUN pula BN 50/56 dan PR 6/56 sahaja.Ini fakta.Pengundi Jobor tidak beh disamakan dengan mereka di Kelantan.

Realitinya rakyat nampaknya akan terus bersama BN satelah PR dilihat gagal bersepadu sebagai satu pakatan yang kental dan baik.Hanya untuk ABU sahaja tidak akan meyakinkan rakyat untuk berubah kepada satu yang tidak menentu dan amat bercelaru pula lagi.Sedangkan UMNO adalah parti tunjang orang Melayu bukan PKR dan bukan Pas.Sanggup berkorban dan berkongsi kuada denga rakan dalam BN.Formula terbaik untuk negara majmuk rakyst Malsysia dan TERBUKTI working.PR ? Kita masih ragui.

KM bersetuju dengan banyak pandangan Anak Sabah dan KM rasa Din Melaka harus lebih realistik dan berhati hati memberi hujah tanpa fakta dan kurangkan emosi.Buktikan kekuatan PR di negeri kita Melaka dulu .Selama ini masih ELLEK.Wallahwualam.

@ KM akan cuba membuat analisa bagi negeri lain nanti dan kita mesti melihat fakta dan bukan AUTA.Tak gitu din Melaka ?.



abdullahngah said...

Mengapa Profesor Dr. Sidek Baba bersama Anwar Ibrahim masuk tong tahi dulu.

Dr Sidek Baba setiausaha ketika Anwar Ibrahim jadi presiden ABIM Sebaik saja DR Ghazali Nawawi serah jawatan itu dalam seminar sanawi di Seremban.

Mustahil Dr Sidek tidak kenalpasti peribadi siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim.

Pasti bukan kerana apa yang dijelaskan oleh anak sabah itu membuat Dr sidek lari dari Anwar.

Pasti ada isu tersendiri. Lebih lebih lagi beliau sebagai pensyarah UIAM dan pernah menjawat jawatan limbalan rektor.

Yang jelas DR Sidek ada matlamat Dakwah apabila masuk umno.mahu membersihkan tong tahi yang terkenal pada badan Anwar.

Oleh itu, konsepsi dakwah yang belum sampai atau belum sempurna akan disempurnakan oleh Dr Sidek baba.

Dr Sidek pernah sebut yang dia mahu dakwah DR Mahathir. Sejauhmana dia melakukan dakwah pada Tun Mahathir saya tak tahu.

Setahu saya setakat ini perangai tun Mahathir macam perangai dulu juga.

Bagaimana pun perangai puncuk kepimpinan umno sehingga hari belum ada seorang pun yang berubah msikipun mereka kata kita akan ubah.

Tak berubah juga.malah semakin hari semakin teruk dan buruk/busok.

Baik Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri banyak mencanangkan akan mengubah umno yang sudah sesat jauh itu.



antisyaitan said...


Salam Datuk AKJ,

Rakyat Malaysia mesti tolak KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi) a.k.a Kumpulan Syaitan Yang DiKenali dalam PRU13.

Ubah!!!!!!!Ini kalilah!!!!!!!!!!!!

ANAK SABAH said...



Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Yusri Mohamad adalah individu pertama dari sejumlah 28 saksi hidup yang ditemui Prof Datuk Dr Sidek Baba sebelum bertindak meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Dr Sidek Baba dipetik sebagai berkata beliau meninggalkan Anwar setelah menyiasat, menemubual sejumlah 28 individu dan meminta petunjuk dari Allah SWT melalui solat istikharah.

"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar", ujar Dr Yusri.

Dr Yusri meminta agar rakyat Malaysia membuka mata dan mencari jawapan kepada persoalan mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Dr Sidek Baba, bekas pengasas ABIM, Ustaz Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.

Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.

"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.

"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya.

Unknown said...

Aslkum Dakj.

Ironinya org yg mendakwa dirinya bisnis man bidang oil n gas hingga mampu bayar gaji berjuta dollar sebulan , tapi berhujah macam orang hulu yg tak pernah baca media lain selain utusan dan tv 3.

kawan saya punya teman pun bisnis berjuta tapi dia dah berpuluh tahun jadi jutawan yg tak pernah sekongkol dgn pemimpin UMNOBN.

Prinsip hidupnya ada banyak rezeki halal yg boleh didapati dgn izin Allah. Rezeki haram melalui cium tangan , rasuah dan barua UMNOBN dia tak perlu kersna dia bisnisman yg tulin.

Memang saya akui tak ramai bisnisman spt beliau. Yg ramai adalah jenis ngap tanpa peduli halal haram. Jenis ni yg tak kira pagi petang siang malam akan bertunggu betangga di pejabat menteri. Jenis ni jugak yg pakai songkok tinggi sambil laung ' hidup melayu ". Harap2 KM bukan species ni.

Mendokong atau membutakan mata terhadap perbuatan pemimpin UMNO buat pelbagai maksiat mencerminkan diri sebenar seseorang insan.

Suatu masa dulu siapa sangka SUHARTO, MARCOS, HOUSNI MUBARAK DLL boleh tumbang.

Inikan pulak setakat UMNO JOHOR. KM jangan bongkak.

UMNOBN dah lama bungkus jika tak tipu. Ada faham.

abdullahngah said...

Saya tidak hairan Profesor Datuk Dr. Sidek Bab boleh tinggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Mahahtir Mohammad boleh tinggalkan umno (keluar umno ketika umno doterajui Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan tidak mustahil Profesor Datuk Dr. Sidek Baba sokongan Anwar Ibrahim apabila tidak berada dalam kerajaan sebagai pensyarah kanan UIAM nanti.

Itulah manusia. Hari ini dia berbaik dengan Tun Mahathir dan najib dan suatu masa nanti dia berbaik dengan orang yang dia banci.

Musuh boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi musuh.

Orang Melayu boleh bunuh Melayu dan hidupkan orang china. Siapa mereka itu.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).