Thursday, November 09, 2006

Tun M di IJN, Kita Berdoa

A Kadir jasin

[Revised Version]

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

SAYA melawat Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) jam 5 petang tadi. Tun dalam keadaan baik. Beliau menerima beberapa orang pelawat dan berbual-bual ringan dan berjenaka dengan mereka.

Bekas Perdana Menteri memberitahu saya dia berasa selesa dan mengakui bahawa beliau terlalu aktif beberapa hari lalu dengan perjalanan ke Arab Saudi dan New Zealand.

Antara pembesar yang mengunjungi beliau adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada kira-kira jam 2.30 petang dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yaacop, pada sebelah pagi.

[Laporan Asal]

LAPORAN Bernama, jam 12.33, 9 Nov, berbunyi: “Tun Mahathir Admitted To IJN
KUALA LUMPUR, Nov 9 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has been admitted to the National Heart Institute in Kuala Lumpur Thursday after complaining of chest pains at his house this morning, an aide to the former prime minister told Bernama.”

Saya berdoa Tun segera sembuh. Semalam saya dan banyak rakan-rakan wartawan bebas menyertai pengunjung lain berjumpa beliau di majlis rumah terbuka Aidil Fitri anak-anaknya.

Turut hadir ialah Datuk Seri Zam (Datuk seri Melaka) pun turut hadir. Aktivis Umno kawasan Datuk Seri Zam (Merbok)pun turut hadir. Apa yang mereka kata mengenai Datuk Seri Zam kepada saya tidak elok saya ulangi di sini. This is neither the occasion nor the time.

Datuk Seri Zam bukan macam saya. Dalam bahasa mesra orang Kedah, orang macam saya dipanggil pemberita cabuk. Tapi Datuk Seri Zam sudah lama meninggalkan dunia pemberita cabuk untuk menjadi pembesar politik negara.

Mengenai Tun, saya rasa dia perlu rehat, slow down and take it easy. Antara Sabtu lalu dan semalam, saya dimaklumkan, Tun telah pergi ke Saudi Arabia dan kemudian ke New Zealand untuk berucap dan mengadakan rundingan.

Tetapi di dalam apa pun kejadian ada hikmat dan kebaikannya. Tun kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN ) yang berupa simbol mutakhir pengiktirafan beliau kepada kehebatan doktor-doktor anak watan yang melakukan pembedahan jantung ke atas beliau lebih 15 tahun lalu.

Ketika pembesar-pembesar lain “lari”mencari rawatan di luar negara untuk masalah kesihatan yang lebih kecil, Tun menaruh sepenuh keyakinan terhadap kemampuan doktor-doktor anak watan untuk membelah dadanya dan merawat jantungnya..

Sebagai pernyataan terima kasih dan pengiktirafan, beliau menganugerahkan mereka dan rakyat Malaysia sebuah hospital khas untuk rawatan jantung iaitu IJN.

Bagi Tun, setiap butir permata ilmu dan setiap cebis pengalaman wajib dimanfaatkan.

Justeru itu kita berdoa.

33 comments:

pemerhati said...

Dato

Saya memohon kepada Allah SWT yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang dan yang menentukan akan segala2 nya agar Tun Dr Mahathir yang amat saya hormati cepat sembuh dan kembali sihat dan dipanjangkan umur.

Unknown said...

Semoga Allah memanjang usia dan memberi kesejahteraan kesihatan kepada beliau.

Anonymous said...

Sebagai orang Islam dan sebagai anak Malaysia yang tahu mengenang budi dan menghargai apa yang patut dihargai, saya sekeluarga menadah tangan dan berdoa semoga Allah s.w.t. terus merahmati Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nikmat kesihatan dan ketenangan jiwa.

Anonymous said...

Sebagai orang Islam dan sebagai anak Malaysia yang tahu mengenang budi dan menghargai apa yang patut dihargai, saya sekeluarga menadah tangan dan berdoa semoga Allah s.w.t. terus merahmati Tun Dr Mahathir Mohamad dengan nikmat kesihatan dan ketenangan jiwa.

malay-tree said...

"KAMI RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM MENDOAKAN SUPAYA TUN MAHATHIR CEPAT SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA SUPAYA DAPAT TERUS SEKALI LAGI BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA"

Ameen.

Semoga Sang Kancil Moden terus pintar selamanya...

Anonymous said...

I join all of you in praying for Tun's health.

malay-tree said...

Tun Tun Bak
Mak yong dek dek...
Pecah Sebiji
Diatas peti
Kalaulah hilang,
diri mu ini
Dimanakah akan,
ku cari ganti...

Sembuhlah Tun
Sembuh segera
Kembali berbakti
Pada Negara

Tun Tun Bak
Mak Yong dek dek
Pecah sebiji
Diatas Peti
Jasa mu Tuan,
Kami ingati
Semoga kita,
Berjumpa lagi

Sembuhlah Tun
Sembuh Segera
Kami kenang diri mu
Negarawan Berjasa...

Anonymous said...

May Allah bless him with speedy recovery.

Anonymous said...

Dato,

Sampaikan salam saya pada TDM jika berkesempatan bersua muka. Kesihatan dan keselamatan Tun setiap dalam doa dan ingatan saya. Keutamaan sekarang adalah kesihatan Tun, kerana perjuangan Tun akan terus menjadi pemangkin kepada kita untuk bersama2 mencari kebenaran yg hakiki.

Harapan saya, Tun dapat berehat buat seketika tanpa gangguan/serangan retorik media dan pembesar2 UMNO walaupun ironinya TDM dimasukkan ke IJN (bukan meminta) dalam keadaan ribuan orang Melayu akan berkumpul untuk Perhimpunan Agung UMNO minggu hadapan. Semoga ahli2 dan pembesar2 UMNO dapat berfikir secara bijak utk tidak mengambil kesempatan atas kesihatan Tun untuk terus men'Ganyang' beliau! tetapi mengambil peluang ini untuk mencari kemaafan dan kembali bermuafakat walaupun hanya sekadar mengucap salam kesejahteraan dan kesihatan kepada beliau.

Yang pasti,setiap peristiwa yang datang dari Allah menempuh kita ada hikmahnya...

Anonymous said...

Dukacitanya rasa kerana saya bersama rakan baru sahaja bersemangat untuk menghadiri ceramah TUN di Johor Bahru yang dijadualkan pada sabtu ini. Saya bersama rakan akan turut mendoakan kesihatan TUN dan memohon rezeki untuk mendengar amat TUN secara sebelum beliau pergi meninggalkan kita untuk buat bekalan masa depan.

Memang benar kata datuk mengenai TUN tentang hospital pakar tempatan. Ibu saya sering bercerita yang mana TUN enggan menjalani pembedahan luar negara dengan memberi alasan "Kenapa nak keuar negara, Dr Robaayah kan ada."

Anonymous said...

Dato'
Saya berdoa kepada Allah semoga Tun segera sembuh dan kembali sihat walafiat. Amin.

Lawyer Kampung said...

we can only hope & pray.. insya Allah.. tun will be back on his feet in no time...

Anonymous said...

Saya turut mendoakan Tun cepat sembuh dan sentiasa dalam kesejahteraan dan peliharaan Allah SWT.

Selamat berehat dan tenangkan jiwa dan fikiran, wahai Wira Watan. Kami, rakyat yang menyayangi Tun, amat menghargai jasa dan perjuangan Tun untuk kami semua.

anakhujanbatu

Anonymous said...

Semoga Allah SWT memanjangkan usia Tun yang sudah banyak berjasa untuk negara. Insyallah.

Anonymous said...

Semoga Tun cepat sembuh. Amin.
Apapun, inilah lumrah hidup, peringatan bagi yang sihat.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara!

Unknown said...

"Other people have struggled against greater odds. What is there for me? If I have to struggle I will struggle by whatever means possible" - Tun Dr M

Izinkan saya memetik kata-kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa:

"Semoga Allah menyegerakan kesembuhan Tun dan beliau dapat meneruskan peranannya yang sangat berkesan hari ini dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara".

Dan, kata-kata Mahfuz Omar:

"Ketika negara diancam oleh kelemahan kepimpinan yang ada kini, negarawan dihormati sepeti Tun sangat diperlukan untuk memperbetulkan keadaaan".

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Anonymous said...

Assalamualaikum YBhg Dato',

Memang berita Tun dimasukkan ke IJN mengejutkan, namun saya setuju agar kita semua mendoakan kesihatan beliau.

Saya juga setuju dengan apa yang Dato' perkatakan tentang IJN. Menerusi seorang kenalan di IJN, beliau menceritakan bagaimana Tun dimasukkan ke Unit Jantung di HKL kerana penyakit jantung pada tahun 1989, dan beliau melihat sendiri keadaan di sana yang tidak cukup kemudahan dan peralatan. Selepas itu, beliau telah mengarahkan agar IJN ditubuhkan, dan lihatlah sekarang... begitu ramai yang meraih manfaat dari penubuhan IJN, termasuklah YAB PM hari ini dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang.

Betapa benarnya kata Rasulullah SAW: Orang yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Bayangkan kalau tidak ada IJN.

Dan ini baru kita cakap pasal IJN, belum pasal kemudahan lain.

Apapun, moga Tun cepat sembuh. Amin!

cakapsiang said...

Saya mendoakan semoga Tun dipanjangkan usia dan segera sembuh untuk terus menabur bakti kepada kami yang masih memerlukan

NoraHash said...

Bismillahirrahmanirrahim....Ya Allah kau perpanjangkanlah umur hamba Mu itu...Dengan rasa belas kami memohon pada Mu atas rasa kasih kami kepadanya jua.Mudah2an Tun Dr Mahathir cepat sembuh.Amin.

Anonymous said...

Semoga Tuhan akan memanjatkan kesejahteraan kepada Tun. Saya selaku anak Kedah dan Malaysia berharap Tun akan cepat sembuh dan meneruskan PERJUANGAN bagi menegakkan kebenaran. Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Syukur ke hadrat Allah SWT bila mendengar berita terkini Dato' mengenai Y.Berbhg Tun yang beransur baik.

Saya dan keluarga mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga. Semoga Tun dirahmati Allah SWT.

~ anak desa di kota

penganggurpaksa said...

Bismillahirrahmanirrahim,

"Semoga dengan izin Allah diharapkan Tun Dr Mahathir berada didalam keadaan yang lekas baik dan cepat sembuh. Semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rahmat hendaknya."

Tun,

Janganlah kerana segelintir mereka yang tidak mengenang jasa, anda memudaratkan diri anda.

Ingat dan yakinlah bahawa masih ramai lagi yang setia bersama anda dan menghargai hasil gigih usaha anda untuk rakyat. Walaupun mungkin banyak lagi perjuangan yang masih belum selesai, perbanyakkanlah berehat dan pimpinlah kami kearah kebenaran sebagai seorang ayah kepada kami, rakyat yang mengenang budi.

Semoga Allah bersama dengan orang-orang yang benar.

Assalamualaikum.

Anonymous said...

AMIIIIIIIIN YA-RABBAL-'AALAMIIN!
(APAKAH DO'A ORANG YANG BERDOSA DI TERIMA, DATUK?)

kalaulah songsang
harap di tertibkan
rukun syarat dan niat
kita ini orang yang tak pandai
analhaq! kata Halaj
maka berdarahlah
tinta si hasan basri
maka
kalaulah songsang
tertib-tertibkan
apakah tawassul
Tun do'akan yang Baik
bagi kami
dan ampun maafkan kami
yang selalu lupa
dan berdosa.
Bismillah lah saya
dan saya sertai
amiinkan

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku,

Panjanglah umur Mahathir Mohammad. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya agar ia masih boleh memperjuangkan umat Melayu khasnya Islam di bumi Malaysia ini.
Semoga segala rintangan tidak akan melemahkannya untuk terus menabur bakti demi agama, bangsa dan negara. Amin.

Saya juga berharap akan ada pertubuhan-pertubuhan mahupun orang perseorangan yang akan menganjurkan sembahyang hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Tun.

Semarak
Di perantauan
England

Anonymous said...

ya Allah ya Rasulullah kurniakan rahmat dan syafaatmu pada bapa kami drM.

banyak lagi yang perlu dilakukan oleh manifestasiMu itu utk membantu menunjuk kami.

ya Allah ampunkan kami kerana pernah berburuk sangka,namun begitulah hamba daif yg tidak berilmu ini yg sentiasa perlu petunjukMu.

ampunkan kami ya Allah.

Anonymous said...

Tun,

Get well soon!!!
InsyaAllah...Amin

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Saya mendoakan semoga Tun lekas sembuh.

Negara dan orang Melayu masih memerlukan pemikir sehebat beliau.

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad,
Tahukah tuan suratkhabar hari ini laris bagai goreng pisang panas. Hari ini baik NST, BH, UM, bla...bla...yang telah lama menyusut angka jualannya diserbu bagai ada 'sale' akhir tahun. Tahukah tuan sebabnya? Berita tuan dimasukkan ke IJN, semua baik lawan atau kawan ingin mengetahui lebih lanjut walhal tiada yang lebih panjang isinya seperti mana yang telah dilaporkan oleh media elekrotnik pada malam sebelumnya.

Nah ia satu 'clue' bahwa tuan masih popular, berita tentang tuan masih dinati-nanti masih dicari-cari, tuan menjadi modal untuk melaris jualan...'news value' tuan masih tinggi meskipun mereka (pencacai media)cuba membohongi diri mereka sendiri selama-lama ini.

Dari jauh saya hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan tuan...moga-moga masih diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk saya bertemubual dengan tuan lagi.

Salam.

Anonymous said...

Lets all pray for Tun's full recovery. Our national treasure and loved by all..............what will we be without him?

May god bless him and Long Live Tun!

Eskay Khaw

Anonymous said...

Negarawanku,

Ketika 1999, aku pernah gementar kerana kau mengalami masalah kesihatan.... Tidur malam sentiasa tidak nyenyak.... JIwa sentiasa resah memanjang.... Aku hanyalah seorang budak 17 tahun ketika itu yang amat menghormati, menyanjungi dan sebati dengan aspirasimu....Siang malam doa kupanjatkan kehadrat Allah Taala uat dirimu wahai negarawanku.....

Kini setelah 7 tahun.....Sekali lagi aku resah dan gelisah memikirkanmu..... Berulang lagi, doa kupoanjatkan kehadrat Yang Kuasa agar kau kembali sehat dan gagah memperjuangkan agendamu yang belum selesai.....

Negarawanku..... Janjiku hanya satu.... Aspirasimu tetap akan ku Praktiskan sekali termampu selagi diredhai yang Esa......

Melayu Lama said...

A man who believes in what he preaches, that's Dr.M for you. He has always had faith in local talents, locally made products and everything else local if and when he knew them to be of acceptable quality. His confidence in the local medical establishment IJN and it's Doctors is testament to that.

The same cannot be said for his lethargic and sleepy looking successor who seems to want foreign medical experts to work on his sinus problem. I was recently with a group of foreign journalists who rumoured that Pak Lah's recent sinus treatment in Australia was to overcome his problem of always feeling sleepy due to a limited flow of oxygen to his brain caused by narrow nostril passages. Anyway, months later and a sinus treatment procedure later, nothing's changed and the man still falls asleep at work. How true the connection between his sinus treatment and his ability to sleep all the time remains to be seen, but we all got a good laugh when the story was told.

It was a joke. And that's what the leadership of this country's been reduced to: a joke. Gone are the days of respect for our Premier. It might have been so during Dr.M's time but now with Pak Lah, the leadership is reduced to being a subject of ridicule by people here and abroad.

Anyway, my best to Dr.M. Do take some time off to recover ,but not too long I hope, because we need you.

Anonymous said...

Well, Datuk, you have heard of the good news.

The bad news: Karbala!

In 680 Husayn ibn Ali made a claim at the role of Caliph, as the representative of his grandfather Prophet Muhammad. His group had been promised that they would take over the Caliphate, when Caliph Mu'awiyya died. But upon his death in 680, this promise was not kept, and Mu'awiyya's son Yazid seized power. Husayn opposed this, and with a tiny army, only around 70 men, women and children, he faced Yazid's far more sizeable army at Karbala. In this battle Husayn and all his companions were killed.

Anonymous said...

Semoga Sembuh...aminnnn

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).