Saturday, January 26, 2013

Mengapa RCI Untuk Satu Malaysia Tidak Boleh?


 A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

WAKTU saya membesar di kampung pada tahun 1950-an dan 60-an, ramai orang Melayu pelihara anjing. Lagi-lagilah kalau rumah mereka di pinggir hutan atau terpencil.

Tidak ingat pula orang kata yang orang Islam tidak boleh pelihara anjing atau diperbesar-besarkan soal najis dan samak. Kita diajar dan disuruh amalkan samak. 

Jadi, sedikit sebanyak saya tahulah tabiat dan sifat anjing. Salah satunya, jangan ganggu anjing yang sedang tidur. Silap-silap kena terkam dan kena gigit. Kalau anjing itu dijangkiti kuman penyakit anjing gila (rabies), kita pun kena juga. Dulu tidak ada ubat. Jawapannya maut.

Peribahasa Inggeris ada mengatakan “let the sleeping dogs lie” yang maksudnya janganlah dibangkitkan sesuatu yang akan membawa bencana dan keburukan.

Tetapi nampaknya bukan sahaja ada orang kita yang mengganggu anjing sedang tidur malah mengacah dan mengusiknya pula. Itulah analogi yang terlintas dalam fikiran saya apabila membaca berita mengenai reaksi banyak pihak terhadap hari-hari awal sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit pendatang asing di Sabah.

Jadi Apa Salah RCI Untuk Satu Malaysia?

Kalau begitu banyak pihak, khasnya parti-parti pembangkang, mahu RCI Sabah itu ditubuhkan dan kerajaan Barisan Nasional Mohd Najib Abdul Razak akur, apalah salahnya bagi (Tun) Dr Mahathir “the Wizard” Mohamad, mencadangkan supaya suruhanjaya yang serupa ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada sejuta orang keturunan Cina dan India menjelang kemerdekaan 1957?

Apa salahnya kita siasat sama ada mereka diberikan kerakyatan dengan cara yang betul dan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan?

Elok dibuat sekarang sebelum terlambat kerana tidak berapa ramai lagi orang Cina dan India yang dapat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu waktu itu masih hidup. Orang Melayu yang tahu hal itu pun sudah tua-tua belaka.

Demi sejarah dan demi ketelusan yang menjadi mantera zaman ini, saya pun hendak tahu juga, misalnya, masa mereka dibagi kerakyatan, adakah mereka boleh menguasai bahasa Melayu atau Inggeris dengan baik seperti disyaratkan?

Atau adakah mereka bersumpah taat setia kepada raja dan negara serta memenuhi syarat-syarat mastautin?

Bahagian 12 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengenai kerakyatan menyebut:-

Kerakyatan Persekutuan pada dan kemudian daripada hari yang ditetapkan itu orang-orang yang tersebut di bawah ini hendaklah menjadi rakyat Persekutuan:



(a)Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sama ada diperanakkan dahulu, atau pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan.


(b)Mana-mana rakyat British yang diperanakkan di Negeri-negeri Selat sama ada dahulu, atau pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan.


(c)Mana-mana orang yang diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu dalam mana-mana negeri yang sekarang akan terkandung dalam Persekutuan dan bertabiat bercakap bahasa Melayu dan mengikut adat resam Melayu.


(d)Mana-mana orang yang lain diperanakkan dahulu, atau pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam mana-mana negeri yang akan terkandung dalam Persekutuan yang ibu bapa kedua-duanya diperanakkan dalam mana-mana negeri itu dan pada masa diperanakkan itu telah atau akan tinggal tetap dalam negeri-negeri itu.


(e)Mana-mana orang yang bapanya pada tarikh diperanakkan orang itu ia sedia menjadi rakyat Persekutuan.



Kerakyatan Secara Permohonan:



(a)Ia telah diperanakkan dan telah tinggal dalam mana-mana negeri-negeri dalam Persekutuan selama 8 daripada 12 tahun terdahulu daripada permintaannya.


(b)Telah tinggal 15 tahun daripada 20 tahun awal daripada permintaannya dengan syarat berperangai baik, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahasa Melayu atau Inggeris, membuat pengakuan akan tinggal tetap dan mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.

Ada Lagi Tidak Boleh Cakap Melayu

Kita tahulah, sampai hari ini pun ada lagi “rakyat” Malaysia yang tidak boleh berbahasa Melayu. Malah semakin ramai tidak berasa perlu belajar atau menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Jadi, apalah salahnya Dr Mahathir atau sesiapa sahaja mendesak ditubuhkan RCI bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada orang Cina dan India ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?

Pengalaman saya dengan anjing banyak. Sewaktu belajar dan melawat luar negara serta tinggal dengan keluarga angkat orang Eropah, saya terpaksa berbaik-baik dan menjaga anjing mereka.

Anjing adalah haiwan yang sangat mereka sayangi dan anjing mereka cerdik. Jadi, kalau kita hendak menguasai anjing mereka yang cerdik itu, kita kena lebih cerdik daripadanya.

Saya pernah menjaga seekor anjing jenis German Shepperd (sama macam gambar di atas) milik sepasang suami-isteri Amerika di bandar Springfield, Illinois pada tahun 1980-an. Pada mulanya anjing itu menyalak dan menunjuk garang, tetapi apabila saya berdepan dengannya dan tidak menunjukkan takut ia berhenti menyalak dan akhirnya kami jadi kawan.

Kalau kita dikejar anjing, jangan lari. Anjing lebih pantas daripada kita. Kita berhenti, tunduk seolah-olah kita mengambil sesuatu dan menyergahnya. Itulah yang saya pelajari dan lakukan sewaktu berulang-alik melintasi kampung Cina di pekan Pendang ketika bersekolah dahulu.

Kita juga belajar menendang anjing yang mengejar kita ketika menunggang basikal. Wallahualam.

63 comments:

Unknown said...

Pengalaman 13mei sangat berharga kpd.Saya. Mengejar kominis dihutan,pengalaman x ternilai bg saya... Adakah ianya akan berulang jika melayu kini tidak sedar dan hanya mementingkan diri sendiri.... Bersatulah wahai melayu bangsa ku !

Yeah said...

Mengibaratkan orang bukan Melayu sebagai binatang? Sungguh?

Perkasa Biru said...

Saya setuju dengan AKJ. Memang mereka ni semua anjing. Anjing yang mengigit semula tangan tuannya walau pun telah diberi makan berkali kali. Anjing yang tidak pernah mengenang budi Melayu...!

Unknown said...

Nampaknya kenalah kita amalkan semula cara lama,tunduk mengambil batu atau sesuatu dan bersiap sedia sebelum kita digigitnya :)

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Saya sebenarnya menunggu-nunggu kut ada Sdr. Yangretibase dan Sdr. Din Melaka atau Sdr. Langit Biru mengulas tulisan saya yang lalu.

Sedang mengarang barangkali.

Dlm. akhir tahun 1959 keluarga saya bela anjing juga. Jenis kampung. Kecil je. Lebih kecil dari Dingo. Bukan macam Alsatian, Rottweiler atau Great Dane. Namanya CIWI. Saya selalu dukung dia macam kucing. Saya dapat rasa kasih dan sayangnya kpd.saya. Kesetiaannya tak ada batas.

Tak ada pula seingat saya yg. menegur bahawa pegang anjing tu najis.Mungkin di masa tu orang2 tempat saya masih kurang pengetahuan tentang ini.

Ada lagi anjing ke 2 dan ke 3. Yang ke 3 namanya DOH. Mati ditembak pihak berkuasa. Ada orang lapur kpd. polis, anjing saya gigit dia. Ternyata dusta.

Hati2, pendengki, penghasad dan pengkhianat sentiasa ada di sekeliling kita. Musuh dalam selimut. Mereka mungkin kawan kita sendiri.

Saya bersetuju kalau RCI diujudkan untuk menyiasat penerimaan etnik China dan India sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu .

Mengikut peraturan ke tidak.

Kalau nak cuci kereta jangan cuci 'boot' je, cucilah seluruhnya.

Alang2 menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Baru berbaloi.


Salam hormat.

ibnuhusain said...

Salam Tuan, benar, silakanlah buat RCI untuk satu malaysia. tapi yg saya lihat isu pokoknya, RCI yg sedang berjalan di Sabah ini. tuduhan2 yg dibangkitkan dalam RCI tersebut sgt berat. kita siasatlah benar2 dakwaan ini dan kemudian setelah mendapatkan keputusan. buatlah RCI 1malaysia pula.
hasan.

Unknown said...

dulu anjing dipelihara dng adab serta terma Dan syarat.

Dng tunduk sahaja anjing dah takut, tendang anjing ketika berbasikal pun anjing dah ngeri...

Zaman berubah, sekarang org melayu terkini pelihara anjing lebih canggih, dia peluk dia cium, kalau anjing mati dinyalakan lilin, anjing pun dah dinamakan Abdul aziz. Anjing pun dibawa masuk masjid, jadi bukan satu yg pelik dah Ada bawa masuk bilik tidor sebantal.

azhar said...

salam Dakj

mereka yang masih tidak fasih bahasa malaysia perlu dicutkan kerakyatannya.

OKJ said...

Salam Dato A Kadir Jasin

Bagi sayalah, daripada sebok dgn RCI zaman pra merdeka, apa kata diadakan RCI video sex menunggang China doll yg disahkan 99% tulen oleh ketua polis negara. Sebabnya, walaupun bukti dah didepan mata (betapa bangsatnya kelakuannya), tapi masih ada lagi yg sudi nak jadi pak turut. Geli betul saya rasa. Saya juga rasa cukup kesian dgn pengikut mereka ni di padang masyar nanti.

Berkeanan isu kalimah Allah (w/pun tak diulas oleh Dato’ atas sebab-sebab tertentu yg hanya diketahui oleh Dato’), terdapat 3 syarat taubat:- iaitu meyesal kesalahan lalu, benci perbuatan tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi. Dan syarat yg keempat adalah memberitahu kesalahan yg telah dilakukan jika ianya berkaitan dgn sesama manusia. BUKANNYA hanya dgn membuat statement ‘U turn’, macam Nik Aziz. Haji Hadi lagi sedap, dahlah buat ‘U turn’, tiba-tiba salahkan UMNO. Tak tahu nak cakaplah.

Berkenaan anjing pula, setahu sayalah, anjing hanya dibernarkan dipelihara untuk menjaga tanaman, menjaga ternakan dan utk berburu sahaja. Ianya kerana, Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940). Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"

Bagi memelihara anjing sebagai hobby pula, Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain). Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234). Sekian TQ.

Unknown said...

ASSALAMULAIKUM DATO, Hari ini menarik nafas lega kerana cuti public holiday iaitu hari thaipusam dan esok saya pasti sambung kerja lagi maklum kerja kilang tak macam kerja pejabat sama ada swasta atau pun kerajaan. Hari thaipusam adalah hari kebesaran bagi orang2 india dan kita rakyat malaysia yang pelbagai ini kena menghormati hak mereka sebagaimana mereka menghormati hak kontrak sosial bermasyarakat di malaysia ini. Bagi saya adalah tidak perlu RCI sebelum merdeka ditubuhkan kerana membuang masa dan isu itu nanti akan berbelit-belit jadi nya lebih elok RCI seluruh negara ditubuhkan macam mana pemberian kewarganegaraan kepada pendatang selepas mardeka itu lebih baik. Dalam hal RCI ini ialah rumusan nya apakah kuasa yang ada kepada RCI itu sendiri untuk membuat keputusan kalau setekat tubuh kemudian panggil orang itu orang ini akhir nya keputusan terserah kepada pihak lain untuk menentukan nya itu buang masa lebih baik tak payah...ok dato terima kasih nak sarapan dulu...hari ini dapat sarapan dengan keluarga. Dato antara anjing dan kucing haiwan mana yang kita boleh jadikan contoh ya saya tunggu respon dato..wassalam.

Nik Najmi Kubang Kerian said...

Pemberiaan kerakyatn tidak salah. Cuma ia menjadi seolah satu diskriminasi apabila ditumpukan kepada negri sabah sahaja. seolah-olah mereka didiskriminasi. kenapa tidak negeri lain?

pemberian kerakyatan kepada rakyat lain di sabah menyebabkan penduduk tempatan, Kadazan-Dusun dan etnik lain menjadi terhimpit, dari segi sumber dan peluang pekerjaan. Sekarang, komposisi sabah dah berubah kalau tidak silap, kadazan-dusun bukan lagi majoriti saparti dulu. Bayangkan.. Ini isu sebenarnya..

Mantinns said...

Ybhg Datuk Kadir.

Orang Putih Kata: Let The Sleeping Dog Lie. (takut kena gigit)

Orang Melayu kata: Sarang Tebuan Jangan Dijolok. (takut kena sengat)

Orang Lain Kata: Sarang Lebah Jangan Tidak Dijolok. (baru dapat madu)

langitbiru said...

Jadi Apa Salah RCI Untuk Satu Malaysia?

....(Tun) Dr Mahathir “the Wizard” Mohamad, mencadangkan supaya suruhanjaya yang serupa ditubuhkan bagi menyiasat pemberian kewarganegaraan kepada sejuta orang keturunan Cina dan India menjelang kemerdekaan 1957?


Kalau Najib setuju cadangan Mahathir tu, saya fikir peribahasa di atas perlu diubah sikit kepada “let the sleeping BIG dogs lie” ATAU “let the sleeping TIGERS lie”.......

Maknanya jangan dibangkitkan sesuatu yang akan membawa bencana dan keburukan yang LEBIH BESAR.


“Apa salahnya kita siasat sama ada mereka diberikan kerakyatan dengan cara yang betul dan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan?

Elok dibuat sekarang sebelum terlambat kerana tidak berapa ramai lagi orang Cina dan India yang dapat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu waktu itu masih hidup. Orang Melayu yang tahu hal itu pun sudah tua-tua belaka”.

Apa salahnya?
Tak ada salahnya, TETAPI, siapa PM @Parti Pemerintah yang berani nak buat?
Mana-mana PM @Parti Pemerintah buat RCI 1957 khusus untuk orang Cina dan India, dan bukan Melayu, hari ni buat CADANGAN, esok terus bungkus!!!! Tak dak sapa sapa berani buat, contoh sangat jelas dan nyata soal sekolah vernicular pun tak dak sapa berani tegur!!!

Apa salahnya?
TETAPI apa pula tujuannya? Matlamatnya?

SAYA PADA DASARNYA SETUJU DENGAN CADANGAN DATO’, TETAPI SAYA FIKIR MUSTAHIL BOLEH DILAKUKAN.

Soal kerakyatan ‘jus soli’ tu, yang tu PAS kata zaman Dr Burhanuddin Helmi, bahawasanya kemerdekaan dengan syarat British beri kerakyatan kepada pendatang itu adalah KEMERDEKAAN SEPARUH MASAK.
Mereka yang dapat kerakyatan tu tak salah, yang salah pemimpin kita yang mengarahkan agensi-agensi kerajaan meluluskan dan memberi kerakyatan “percuma” kepada pendatang. SALAH MEREKA LAGI, syarat-syarat dalam perlembagaan tak ikut, tolak tepi, atau letak bawah tapak kaki!!!!! SAPA YANG NAK PANTAU DEPA????

Menteri mana yang bertanggungjawab soal kerakyatan??? Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri lah kot! Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bawah sapa? Menteri Dalam Negeri lah kot!

(Hemmm......ingat masa Menteri Amaran mula-mula pegang kuasa Menteri Dalam Negeri, masuk dalam surat khabar gambar Menteri Amaran bersama longgokan fail-fail, dengan pengumuman beliau (Menteri Amnaran) akan mempercepatkan proses permohonan kerakyatan lebih 50,000 permohonan.......nak cepatkan nak buat apa?????)

DAN SAYA FIKIR, 1 JUTA YANG DAPAT KERAKYATAN PRA-MERDEKA tu, hingga ke hari ini, TAK BANYAK SANGAT bawa masalah. Saya yakin, majoriti mereka BERSYUKUR.

DAN SAYA FIKIR, YANG MEMBERI MASALAH KEPADA NEGARA HARI INI adalah, yang dapat kerakyatan selepas 1957 HINGGA KE HARI INI. Adakah mereka benar-benar layak?????

DAN SAYA FIKIR, NALURI SAYA KUAT MENGATAKAN, MAJORITI MEREKA TERSEBUT ADALAH TAK LAYAK. DAN MAJORITI MEREKA TERSEBUT TIADA TAAT DAN CINTAKAN NEGARA, TETAPI LEBIH KEPADA KEPENTINGAN DIRI DAN PUAK MEREKA.

Kalau 1 juta kerakyatan segera diberi, tambah kepada 8 juta penduduk asal, baru jadi peratusnya 1/9 atau 11.11%. Bagaimana peratusan tersebut meningkat kepada 40% sekarang????? Mereka yang 11.11% tu tersangat produktif beranak setiap seorang 10 orang anak???? (Kalau ada pembaca ada fakta yang lengkap, harap boleh kita kongsi bersama)

JADI, APA bencana dan keburukan yang LEBIH BESAR bakal terjadi. Saya fikir, RUSUHAN DAN PERBALAHAN KAUM!

A KADIR JASIN said...

Sebenarnya, bukan orang Cina pramerdeka sahaja yang tidak fasih atai tidak boleh berbahasa Melayu.

Malah, setelah bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan masih ramai orang Cina, termasuk golongan muda, tidak fasoh atau tidak tahu berbahasa Melayu.

Berikut petikan berita Bernama yang disiarkan oleh NST Online:

Email Print
13 June 2012| last updated at 10:30PM
Be more proactive in getting non-Malays master Malay language, govt told



0 comments


KUALA LUMPUR: The government must be more proactive in getting non-Malays master the Malay language befitting its role as the national language.

The national language ideology should be created so that the the younger generation better understand the role of Malay language as the official language of the country.

Malay language sociolinguistic expert Prof Dr Teo Kok Seong said many young Chinese cannot speak Malay well due to negative attitude and upbringing that the mother tongue is superior.

"The Malays must set a good example by appreciating the national language as only then it will encourage the non-Malays to master it.

"Positive attitude of the Malays will give rise to confidence and place the national language on the right track," he said in the talk show 'Dalam Radar' by Bernama Radio24.

Teo who is also deputy director of Institute of Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia, did not deny that lack of articles to empower the Malay language in vernacular newspapers was also responsible. -- BERNAMA

Read more: Be more proactive in getting non-Malays master Malay language, govt told - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/be-more-proactive-in-getting-non-malays-master-malay-language-govt-told-1.94150#ixzz2J9DDtZkF

Terima kasih.

x-umno said...

Assalamualaikum Datuk.

RCI utk kerakyatan sewaktu merdeka dulu dah terlambat. Dah beranak-cucu cicit. Datuk terlalu bijak utk membuat provokasi murahan ini.

Masalah pendatang tanpa izin pun tidak boleh selesai, apatah lagi isu yg melibatkan kewarganegaraan yg sudah dihadiahkan.

Nak halau pendatang tanpa izin pun tak mampu. Balik2 proses pemutihan. Macam anjing menyalak bukit sajalah Datuk...

Nak hapuskan sekolah rasis pun tak berani walaupun tiada negara di dunia ni yg benarkan sekolah rasis seperti di Malaysia, lagi nak menyalak? Tahun depan TPM dah janji lagi nak tambah peruntukan utk sekolah rasis. Amboi, bila bab sekolah agama, hanya sekolah agama bantuan kerajaan saja diberi. Sekolah agama lain dibiar minta sedekah. Dah terbalik-dog.

Kalau RCI 1 Malaysia utk kerakyatan sejak 1990 saya setuju untuk mengelak perkara ini berulang dengan memperkenalkan undang2 baru. Bukan di Sabah saja masalah ini. Di semenanjung pun kita nak tahu.

Bukan susah nak jejak pendatang lepas merdeka ni. Sebagai seorang yg arif dalam IT, saya pernah membuat perisian yg mengkaji rekod ahli UMNO vs SPR di tempat saya dengan meneliti nombor kad pengenalan lama dan baru. Byk yg meragukan. Yg ada akses kepada database JPN lebih tahu.

Contoh mudah, mereka yg lahir 60an 70an ada huruf A pada IC lama, tapi ramai juga yg takda walaupun usia mereka sama dengan saya. Nak kata mereka ini anak bangsawan yg lahir diluar negara pun bukan.

Unknown said...

Aslkum Dakj

tulisan macam lat juno dah biasa dengar.

kurangkan kejadian buang masa

Unknown said...

Aslkum Dakj

Apa kata seluruh negara SPR cuma peruntukkan 22 kerusi parliman atau 10% drpd 220 kerusi sedia adauntuk menampung seluruh pengundi Cina, India dan lain2 bukan bumi. Lantak merekalah nak pilih siapa MCA ke DAP ke GERAKAN ke. Pokoknya calun Cins.

Tak timbul masaalah spt sekarang dimama kerusi yg ada cuma 40% pengundi Cina boleh mengalahkan calun melayu.


Pd UMNO ambillah pengajaran dari pelarian islam Ronghinya dari bumi sendiri Myanmar. Dan terkini pembunuhan Islam di bumi Mali.

Bila masyarakst antara bangsa kutuk, ada mereka kisah?

Melayu baik silap tempat......atau bukan baik tapi gara2 menteri UMNO melayu payong mereka dah kenyang tembolok dan letih betina kot.

Ini cabaran pd UMNO dan PKR/PAS . Sekali buat yg ini, yg lain tu spt hanya guna sekolah keb dan bahaya melayu akan menyusul.

Lahuma said...

Dato.

RCI 2.

Memang wajar sekali satu lagi RCI diwujudkan seperti saranan mantan PM Dr Mahathir.
Yang tak sokong ialah mursyidul am MCA CSLek.

Rasanya apa saja isu yg panas-panas eloklah di tubuhkan RCI.

Banyak isu yg diselesai cara biasa tak berkesan dan banyak dolak dan dalih terutama dari parti pembangkang.

Jangan bila langit nak timpa kepala UMNO/BN baru nak adakan RCI.
Sepatutnya banyakkan lagi RCI ini biar rakyat dapat tahu banyak cerita rahsia semua pihak.

Sebilangan besar rakyat memang sokong agar RCI untuk 1 malaysia ini disegerakan.

Apa saja isu termasuk sknadal sex,skandel koprat,skandel projek,skandel rasuah,skandel salah guna kuasa dan sebagainya.
Ini baru demokrasi,telus,bersih dan amanah.

Malangnya kenapa PERKASA dan UMNO dan sekutu dengannya tidak beri apa-apa reaksi diatas cadangan manatn PM Dr Mahathir itu.

Amalan tunggu dan lihat serta main selamat ini satu penyakit yang amat bahaya dikalangan ahli politik kita.Barang kali kalau Dr Mahathir masih berkuasa maka ramailah kaki ampu beri ulasan yang posirif.

Politik cari makan.Bodek masa ada kuasa.Ampu masa berkuasa.Bila tak ada kuasa.Cakap sorang-sorang lah.Semua sudah tak laku.Cakap yang sia-sia.

Itulah budaya kita.Nampak macam hangat-hangat tahi ayam.
Lepas PRU 13 ini maka sunyi sepilah masaalah rakyat yang dibuai selama ini.

Kuasa sudah dapat.Jawatan disandang.Tunggulah rakyat PRU akan datang pula.

Itulah politik namanya.

Terima kasih.

ab said...

Salam Dato,




Saya setuju sangat buat RCI MALAYA 1957 bagi kewarganegaraan tanpa syarat kepada 1 juta pendatang di malaya (CINA DAN INDIA) 1957 tu....



RCI tu bukan jenayah. Hasil RCI tu pun bukan jenayah. Nak jugak saya tenguk `anjing anjing' dan `anak anak anjing' yang dok gigit kita tu ada gigi ka ada gusi ka....




Nak juga saya tau apa kata raja raja melayu masa itu,BETUI ka depa setuju dengan `kerakyatan segera' itu,kalau tidak silap saya jumlah semua rakyat malaysia ketika itu lebih kurang 6 juta orang termasuk yang `instant citizen' 1 juta orang itu....1 dari 6 orang tu dah berapa peratus dah?.



Nak ikut model undang undang UK konon, TAPI UK TU ADA KA PERLEMBAGAANnya, a written constitution UK TAK PERNAH ADA laa, sampai kini....



ELOK kita tenguk masa itu kapal singa ka,lim kut malam ka siang ka dah umuq berapa? depa dok bernyawa lagi la ni, nak tenguq depa nak chong kita kut mana lagi...


Teruskan dengan RCI MALAYA 1957 itu...



Abu Bakar Ab Rahman

awangbatuburok said...

Salam sejahtera Datuk,

Minta maaf kerana menumpang analogi yang Datuk gunakan. Makhluk yang bernama anjing itu agak istemewa kerana boleh dididik dan dilatih untuk melakukan kerja samada baik ataupun jahat bergantung kapada niat tuan atau jurulatihnya.

Yang lebih bahaya adalah satu spesis lain yang kerjanya menyondol dan menyegorondoi untuk mengisi perut semata-mata tak kira yang di sondol itu hak siapa dan milik siapa....

abdullahngah said...

Anjing tak gigit tuanya.betapa setia anjing kepada tuannya.

Sesiapa yang bela anjing tahu akan hakikat itu.

Anjing kenal tuannya hatta suara sekalipun.

berbeza dengan perpatah "Jangan lepas anjing yang tersepit"

bermakna anjing boleh mengigit sesiapa saja, kecuali tuannya.

Anjing boleh diperlihara mengikut mazhab "maliki". Tapi tak boleh bagi Shafie. melainkan untuk memburu.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ, Sdr Lat Juno dan semua,

1. Sekiranya Lat Juno seorang yang beriman dengan semurni-murni iman kepada Allah SWT (dan al-Quran), dia sudah tentu tidak mengulang-ulangi komen lamanya yang sudah saya jelaskan jawapannya.

2. Sekiranya Lat Juno bukan seorang yang jahil, dia pasti percaya dan yakin bahawa TG Nik Aziz Nik Mat dan TG Abdul Hadi Awang ialah ulama Rabbani.

Wassalam. Sdr Lat Juno tolong maafi saya. Saya ikhlas.

Unknown said...

Aslkum Dakj

OKJ

RCI yg bukan olok2 dgn tugas yg komprehensif dan punya kuasa untuk mendakwa tidak buang masa.

RCI ciptaan UMNO BN setakat ini hanya acah2, tipu, alih perhatian dan buang masa tenaga..

Tindakan memaksa , merasuah dsb rakyat berhimpun setiap kali menteri pulang dari luar negeri itu jelas buang masa. Mungkin jika Najib disambut ribuan orang selepas pulang beri perangsang pd tentera Malaysia atau tentera jihad berani mati UMNO yg sedang dikerah menentang tentera Israil, mungkin ada justifikasinya.

Tulisan OKJ mengulang2 tuduhan sex luar tabii terhadah sdr Melayu dan Islam yg lain ikut sedap nafsu je, bukan saja buang masa, biadap dan menyerlahkan kebodohan sendiri. OKJ sebagai org hebat dalam UMNO cuba arahkan AG bawa kes video sex tu , kalau mwemang KPN dah kata 99% tulin.

anakbuah said...

Salaam Dato',

Saya baru je bercakap pasal hal ni dgn mertua saya yg juga seorang persara pegawai tentera. Mengenai pemberian kewarganegaraan dgn sewenang-wenangnya apatah lagi jika bertujuan utk menang pilihanraya, kalau dlm tentera dosa begini boleh dihukum tembak mati. Mudahnya, anjing2 bangsat beginilah pengkhianat negara yg sebenarnya!

Tun M cuba mengalih dan berkongsi dosa itu dgn Tunku tapi agak kurang berjaya. Dato' pun tahu, RCI begini tiada kuasa utk menghukum sesiapa dan kerana itulah Tun M berani mengaku. Apatah lg jika RCI pra-Merdeka, entah berapa ramai yg sezaman Tunku yg masih hidup utk mempertahankan tindakan mereka dulu.

Saya setuju dgn cadangan yg mahukan RCI dibuat utk pendatang2 haram yg diberikan warganegara di Semenanjung sepertimana juga pengundi2 hantu yg bukan lagi rahsia kepada kita. Saya yakin kerajaan Najib tidak berani.

Saya dpt rasa, bukan pembangkang saja yg mahu kerajaan semasa skrg tumbang tetapi ada dikalangan ultra Melayu di dlm UMNO/BN sendiri mahu Najib berundur. Dan rasanya, Tun M sekali lagi memainkan peranan besar dlm usaha itu. Beliau tahu, UMNO memang dlm bahaya. Boleh Dato' nafikan?

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato' dan LAT JUNO

"Dlm. akhir tahun 1959 keluarga saya bela anjing juga. Jenis kampung. Kecil je. Lebih kecil dari Dingo. Bukan macam Alsatian, Rottweiler atau Great Dane. Namanya CIWI. Saya selalu dukung dia macam kucing". Lat Juno.

Kalau Sdr Lat Juno dukung anjing macam kucing, saya fikir TAK PERLULAH SAYA BERDEBAT ATAU BERDISKUSI mengenai Ilmu Politik Islam atau Pemikiran Politik Islam.

Saya fikir tak perlulah saya curah air banyak banyak dan berkali kali ke daun keladi.....hasilnya dah tahu dah..!

langitbiru said...

Assalamualaikum Dato'

RCI1957 boleh mengundang ketidakamanan negara, kesejahteraan negara dan keharmonian negara terganggu.

SEJARAH penting untuk kita ambil pengajaran dari nya.

TAPI kalau kita ambil sejarah diletakkan ke depan, kemajuan kita pun boleh terencat....jalan tengok depan, jangan pandang belakang!

SAYA SETUJU DENGAN SDR AB, YG BERTANYA BETUI KE RAJA-RAJA DULU SETUJU KERAKYATAN SEGERA 1 JUTA?

Ya saya setuju sangatlah, sebab PAS sangat sangat menentang kerakyatan jus soli ni, TAPI ITULAH SEJARAH, UMNO BUKAN NAK DENGAR PENDAPAT ORANG LAIN.

Tak tahan dengan provokasi Lee Kuan Yew, UMNO LAH BERTANGGUNGJAWAB BAGI FREE SINGAPURA KEPADA "PENDATANG" CINA.

DOK BACA SEJARAH DULU, Pelabuhan Singapura maju sebab kedudukan Geografinya sangat strategik untuk dagangan Timer dan Barat.

ITUPUN ORANG UMNO TAK NAMPAK BARANGKALI, 10 TAHUN ATAU 50 TAHUN AKAN DATANG APA BAKAL TERJADI KEPADA SINGAPURA. YG DOK NAMPAK LEE KUAN YEW SAJA.

PULAU BATU PUTEH PUN GAGAL BERHUJAH, KALAH, BUKAN TERGADAI, DAH JADI MILIK ORANG.

TU LAH UMNO.......tak boleh harap!!!

DrHalimahAli.com said...

Kenapa nak luluskan permohonan atau pemberian IC kepada pendatang atau warga asing beberapa bulan sebelum pilihanraya umum???maksud tersirat ialah untuk tujuan memangkah BN dan memenangkan calon BN dalam pilihanraya. Itu saja strateginya. Sebab itu pegawai JPN yang terlibat dalam projek pemberian IC "pergi mencari" pendatang asing untuk di "anugerahkan " IC.

doncin cai said...

..Mantins dgn langitbiru.. ?
orang yang sama kut..

Rawa Lanun-Bahasa said...


strange posting: senility


Buah Kerdas said...

RCI bagi mewarganegarakan pendatang untuk Satu Malaysia memang boleh dan perlu dibuat. Persoalannya, mampukah kita melakukannya?

Menyemak kembali proses jus soli, walau pun nampak menarik tetapi hampir mustahil untuk dilaksanakan secara bertanggungjawab. Bagi saya itu bukan keutamaan walau pun boleh disimpan sebagai satu cita-cita.

Yang utama pada hari ini ialah daftar pemilih PRU13 mestilah bersih tanpa cacat cela (dan semestinya perjalanan PRU13 juga tiada cacat cela, ie, no election rigging.) Dari daftar pemilih yang bersih dan perjalanan PRU yang juga bersih, maka lahirlah kerajaan yang tidak boleh dipertikai oleh sesiapa pun. Kerajaan itulah yang nanti bertugas membersihkan proses pemberian warganegara. Bunyinya menarik dan akademik; mampukah kita melakukannya?

Setahu saya, proses mendapatkan taraf PR pun sudah sukar inikan pula taraf warganegara. Jadi apabila ada amalan mewarganegarakan pendatang secara mudah (leluasa?) maka ini adalah resepi untuk satu malapetaka masa depan. Tentu kita pernah mendengar rusuhan antara sub-etnik Dayak dengan Madura di Kalimantan dan juga antara penganut Kristian dengan Islam di Ambon RI. Itu hanyalah akibat proses transmigrasi penduduk sesama warganegara yang sama berkulit sawo matang. Tentulah malapetakanya lebih hebat jika proses mewarganegarakan pendatang dibuat secara tidak ikut perlembagaan negara. Semua orang wajib ambil berat isu ini.

Mantinns said...

Datuk Kadir

Waktu dahulu teerima sahaja apa syarat jua pun asalkan negeara mencapai kemerdekaan.

Waktu sekarang buat apa sahaja asal dapat menumbangkan kerajaan sedi ada.

Nama pun pengorbanan. Sikit banyak mesti disusuli kesengasaraan.

umar said...

Kerakyatan diberi kepada India dan China setelah dirunding dan dipersetuji oleh pihak British, MIC, MCA, UMNO dan Raja 2 Melayu sebelum 1957.
Dalam perlembagaan diberi kebebasan untuk bahasa ibunda dan agama mereka.

Apa yang Mahathir buat adalah disebaliknya. Dia memberi kewarganegaraan kepada penduduk haram di sabah tanpa merunding dengan orang Sabah.Caranya pun dibuat senyap-senyap berpakat dengan KDN , UMNO. Ini adalah "pengkianatan ".
Seluruh sabah dibanjiri orang Indon, Filipin dan Pakistani.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Mengapa RCI 1Malaysia tak boleh?, itu pertanyaan atau penyataan? dari pak Kadir?.

1.Jikalau ia berbentuk pertanyaan,saya tanya balik pak Kadir, siapa yang cakap tak boleh?.

2.Jika ianya berbentuk penyataan dari pak Kadir, saya juga bertanya kenapa tak boleh?.

Bumi bertuah TANAH MELAYU,kepunyaan mutlak orang Melayu kah?, sudah semestinya tidak, kerana ia adalah hak mutlak Allah, yang menjadikan sekelian alam.Kerana Allah berfirman "Aku jadikan kamu bersuku suku & berbagai warna kulit,supaya kamu boleh berkenal antara satu sama lain",termaktub didalam kitab, bahawasanya manusia dituntut untuk berkenalan antara sesama mereka tanpa ada halangan.

Bilamana manusia Allah ciptakan dengan kelebihan akal fikiran, mereka juga berupaya mencipta,sistem direka untuk menambah baik cara manusia berfikir dan bertindak,supaya manusia akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Alangkah hinanya manusia yang setiap harinya digunakan kepada perkara perkara keburukan.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Orang tak berapa cerdik pun faham tujuan sebenar Najib lawat Gaza untuk politik murahan.

Konon lebih islamik dari Pas. Kalau dia ikhlas dia tak perlu kutuk Pas bila balik konon PAS iri UMNO dpt satukan org Islam.

Lawat Gaza pun tak ikut protokol, nak pukul canang berjaya satukan Islam.

Di kuatiri pahala lawat Gaza kosong. Malah boleh jadi dosa kerana riak.

Dah tak de ulamak UMNO ke maka Najib terpaksa bawa Nashrudin, Org bukan bodoh dgn tektik kotor Najib nak memberi gambaran tidak baik terhadap Pas.

Tak cukup lagi dgn niat Najib yg busuk bila pergi Gaza dgn terburu2, entah berapa juta duit rakyat disalah guna bila Najib mengumpulkan ribuan rakyat tak cerdik atau yg suka diperbodoh menunggu kepulangan konon jaguh mereka dari Gaza.

Bila org macam Nasha boleh terikut rentak UMNO , rakyat keliru dan mula hilang hormat pd ulamak. Itulah yg pemimpin UMNO suka.

Mungkin Dakj sudi ulas lanjut. Tk

Lahuma said...

Dato.

Pri Bumi Melayu hanyalah pendekar silat pulut.

Ekonomi pun silat pulut.
Pelajaran pun silat pulut.
Ulamak pun silat pulut.
Politik pun silat pulut.
Perpaduan Melayu/Islam pun silat pulut.

Bila tubuh RCI maka jadilah delanggang silat pulut.

Orang lain setiap masa buat untung kerana Melayu/Islam jadi pakar silat pulut.

Gendang silat pulut memang kuat sekali.Rupanya gendang silat pulut.

Seperti anjing dgn bayang-bayang.
Seperti lepas anjing tersepit.
Umpama anjing menyalak bukit.

Rentak PAS/UMNO/PKR menjelang PRU 13 umpama pesta silat pulut.

Kosong kerana matlamat hendak selamatkan poket dan kuasa masing-masing.

Rakyat jadi alat sahaja.

Terima kasih.

Unknown said...

SALAM DATO, RCI mari kita rungkai bukan kutuk bukan cari salah siapa tapi cari orang yang bertanggungjawab dan yang melakukan nya.
Kini pun dah ada orang bercakap RCI rahsia cina india bukan lagi royal commission of inquiry macam2 telahan rakyat di kedai kopi kampong dan juga gerai cendol bayangkan orang kampong saya di tanjong karang pun boleh kata itu RCI hanya AUTA sahaja akhir nya tak ada apa2 buang masa sahaja.

Tapi kita berilah peluang mereka membicarakan nya biar terbuka habis baru la kita tahu adakah mereka yang dipilih rakyat itu layak atau tidak sebagai pejuang rakyat atau pun sebagai pengkhianat kepada rakyat kalau apa yang dicerita oleh para pegawai dari JPN itu memang jelas la itu satu pengkhianatan terhadap rakyat sabah jati kerana boleh la kita simpulkan sebagai OPERASI kerana kerja ini bukan dilakukan di pejabat pendaftaran negara tetapi dirumah orang tertentu dan apa kesimpulan dato?.

Tujuan pemberian ini adalah semata-mata bagi tujuan untuk PILIHANRAYA sahaja akibat dari itu tidak penting kalau kita rajin pergi jumpa yang jadi pak guard di sekitar selangor adalah kebanyakan orang dari sabah keturunan piliphina yang asal nya ibu bapa mereka adalah yang mendapat anugerah dari operasi IC itu. JADI APA PENDAPAT DATO UNTUK DIRUMUSKAN DISINI JANGAN BAGI TAJUK LEPAS DATO LARI TAK MAHU MENGGULUNG SUPAYA PENDAPAT DATO ITU ADALAH PENDAPAT UMUM DARI RAKYAT MARAHEN SEPERTI SAYA. WASSALAM,

Ibni Ismail said...

Dato',

Hanya kerajaan yang sangat bebal sahaja akan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat perihal diri mereka sendiri tanpa ada keyakinan atau perancangan untuk memastikan tidak terpalit sebarang kecalaran pada diri. Setelah berzaman menjadi pemerintah, BN pasti sudah cukup mahir bersilat.

Berbalik kepada isu penganugerahan kerakyatan.. Mengikut perlembagaan negara kita, sefaham saya (betulkan jika silap) hak penganugerah ini terletak pada Menteri Dalam Negeri. Jika menteri Dalam Negeri mngesahkan bahawa sememangnya benar beliau telah menganugerahkan kerakyatan kepada apa yg konon nya pendatang asing di Sabah, maka tidak lah timbul soal tidak sah nya kewargenegaraan tersebut.

Apa yang perlu hingga ditubuhkan suruhanjaya tersebut sedangkan ianya hanya perlu pengesahan samada benar Menteri terbabit sudah luluskan. Pihak yang mendakwa bahwa ada terdapat ratusan ribu pendatang perlulah sediakan senarai nama mereka yang dinamakan sebagai pendatang dan Menteri Dalam Negeri perlulah mengesahkan status setiap orang dalam senarai tersebut. Jika menteri sahkan maka tiada lah isu pendatang haram kerana itu memang hak menteri. Jika Menteri nafikan maka menteri kenalah arahkan pasukan keselamatan bertindak.

Setakat ini kita hanya dengar 'hearsay' sahaja dalam RCI ni. Macam dalam filem sahaja tanpa ada bukti bertulis.

Menuduh ada pendatang asing tapi tiada senarai nama yang dikatakan pendatang asing tersebut adalah satu perbuatan kurang sihat manakala persetujuan pemerintah untuk adakan RCI juga tanpa ada senarai pertuduhan mereka yang dikatakan pendatang asing itu juga adalah perbuatan membuang masa. Ini semua faktor kepentingan politik yang mana akhirnya masa dan wang ringgit yg sepatutnya ditumpukan kepada kebajikan rakyat telah di sia siakan.

Jika hendak tubuh juga suruhanjaya ini maka janganlah tumpukan pada Sabah sahaja. Saya setuju dengan 'sindiran' Dato'. Buatlah satu Malaysia. Kan Najib ini sinonim dengan 1Malaysia.

Khabar angin yang laju bertiup ada membisikkan yang kadar kematian bayi berbangsa Cina amatlah rendah dibandingkan dengan bangsa lain. Konon nya kematian tidak di daftarkan dan bayi lain dari bangsa cina dari negara lain dibawa masuk utk gantikan bayi ini. Benar atau tidak berita ini tidaklah saya tahu. Mari kita desak Najib buat suruhanjaya tentang isu ini sebab beliau memang gemar sangat bersuruhanjaya.

Raison D'etre said...

AKJ,
RCI kat Malaysia ni laku ke? Macam tak pernah ada apa2 kesan pun...

Another randomly "scripted" Hollywood / Bollywood style diversion with cliff hanger ending to leave the audience sated.

Oleh kerana ketumpulan inilah makan RCI Sabah ni pun macam nak penaya / pekena 2 somebodies by a somebody je nampaknya. Kut - kut mengena.

(Nota para: All "somebodies" from or formerly from Umno.)

Seronok gak la baca benda yang ramai dah lama telah cuma tak pernah terhampar indah depan mata.

Apa agaknya ending RCI Sabah yek?

langitbiru said...

..Mantins dgn langitbiru.. ?
orang yang sama kut..doncin cai

2:11 PM

Hmmm....sangat menarik!

Asalkan Bukan Umeno, nak cincai masuk semua satu bakul pun tak apa...

Panji_Semirang said...

Dear Kadir,
All trees have bark.
All dogs bark.
Therefore, all dogs are trees.
And you,
The fallacy of barking up the wrong tree

Unknown said...

Malay warrior mouth.
Malays like Baw mouth.
Malays like disposable mouth.
Malays like connecting the mouth.
economy in the mouth.
strength in mouth.
Malay people liked her final war of words.
so what to wear mouth in Malay deduce brain .... rowdy not wear any articles mouth.
RIP even use mouth ..
sense where that do not ask ...

Unknown said...

Aslkum Dakj

Pembodek2 Marcos, Suharto, Shah Iran dan Mubarak semuanya anggap pembangkang waktu mereka spt silat pulut.

Sdr Lahuma jangan bongkak lagi sombong dgn menanggap UMNO tak boleh ditumbang oleh pasukan silat pulut PAS dan PKR.

Lahuma yg selama ini dok kempen faktor calun lebih penting dari parti rupa2nya kantoi sebab telah menunjukkan warna beliau yg sebenar iaitu penentang PR dan sekongkol dgn pasukan perompak UMNOBN.

Hidup di dunia ni tak lama. Berdoalah dan berusahalah agar kita tak jadi hamba manusia. Hanya hamba Allah.

Lahuma tak mungkin jadi kaya macam anak Mahadir atau adik beradik Najib.

Adakah itu ukuran Lahuma pulut atau tidak?

Mantinns said...

Saudara Doncin Chai,

Saya bukan langitbiru. Saya rasa langitbiru lebih cerdik dari saya. Terima kasih atas cakna tuan.

doncin cai said...

@ tuantanah

sikit aje..minta laluan..

Mantins tidak menafikan beliau adalah langit biru...

...kesan dari terlalu ghairah le tu... jangan terlampau laju Chor...dan jangan chin chai... tak sedo aje, komen sendiri, sendiri ulas dengan nama lain...

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ,

I beg to decline as modern dogs will not lie low these days as money is the root of all evils these days.

Bro dead people like Tan Sri Mat Rahmat, Tan Sri Megat Jonid, Ikhwan Nasir could no longer testify in the RCI. Many like Tun Mahathir and I believe some Angkasapuri retired senior officers are still around to testify in RCI if called to the stand.

I had openly condemned Harris Salleh for his role and spoke my mid against Wong Chun Wai who had raised the Project issue in STAR published on 16th January 2013.

I am not sure whether Tun Mahathir had commented in his blog on tis particular Haris issue on Project IC Sabah which led to their approved citizenship for the legal and not illegal one at the Sabah border.

RCI should investigate in order to prove that the project was above board, but I suspect there are those "in between" who had tried to enrich themselves in Immigration and KDN.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Kesian Haji OKJ! Sampai bilalah agaknya dia mampu terbuka sedikit hatinya untuk menerima kebenaran. Mengapalah tertutup ketat hatinya itu? Apakah yang menyebabkan dia masih belum sedar bahawa dia sebenarnya kurang cerdik.

Dendam kesumat OKJ terhadap Anwar Ibrahim tak sudah-sudah. Maka tak sudah-sudahlah dia menghimpun dosa. Cerdikkah dia? (Dia mungkin cerdik sedikit berkenaan 'anjing').

Berkenaan isu kalimah Allah, sukalah saya memberitahunya bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir tiada kaitannya dan tiada kena mengenanya dengan
orang Islam.

Apa peduli kita orang Islam sekiranya orang kafir menggunakan kalimah Allah dalam persekitaran mereka sesama mereka, dalam majlis ekslusif mereka, di gereja mereka dan di rumah mereka?

Apa hak kita orang Islam sama ada untuk membenarkan atau tidak membenarkan mereka menggunakan nama Allah itu dalam kalangan mereka, sedangkan Allah SWT sendiri tidak melarang orang kafir daripada menggunakan nama-Nya itu?

Lagipun, orang Islam tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk mempedulikan urusan orang kafir. 'Bagi mereka agama mereka. Bagi kita, agama kita'. "Allah triniti" tuhan mereka, bukan Allah kita. Allah kita bukan tuhan mereka. Allah kita Allah SWT Yang Maha Esa lagi Maha Agung.

Sesungguhnya tiada kaitan walau sebesar zarah jua pengamalan konsep 'Allah triniti' orang Kristian dengan orang Islam. Pergi jahanam dengan mereka. Mengapa pula orang Islam sampai menjadi kafir atau jatuh murtad? Fatwa gila apakah namanya itu?

Bahkan, al-Quranululkarim yang terdiri daripada 6,236 ayat itu Allah SWT turunkan untuk manusia dan jin seluruhnya, termasuk orang kafir. Bukankah orang kafir makhluq Allah juga?

Seruan Allah dalam al-Quran "Ya ayyuhannas" yang bermaksud "wahai manusia" itu ditujukan kepada manusia seluruhnya yang termasuk orang kafir. Tidak berhakkah mereka membaca "surat" daripada Allah kepada merteka?

Mengapa OKJ tidak bertanya kepada TS Harussani Zakaria dan Datuk Noh Gadut apa nas yang mereka berdua gunakan untuk melarang orang kafir daripada menggunakan kalimah Allah, sehinggakan mereka mengeluarkan hukum bahawa 'orang Islam yang membenar atau merelakan orang kafir menggunakan kalimah Allah menjadi kufur atau jatuh murtad'.

Haji OKJ tanya juga mereka mengapa mereka tidak menghalang penggunaan kalimah AL-KITAB sebagai nama bible bahasa Melayu mereka? Bukankah AL-KITAB itu satu nama lain bagi AL-QURAN? Mengapa tidak bimbang juga bahawa AL-KITAB Kristian itu nanti dianggap al-Quran?

Sekiranya mereka gagal memberikan jawapan yang tuntas berdasarkan nas al-Quran atau al-hadith, OKJ wajib mendesak Harussani Zakaria dan Noh Gadut mengucap dua kalimah syahadah banyak-banyak.

Sangat kurang cerdik Haji OKJ apabila dia mengatakan Nik Aziz dan Haji Hadi membuat 'U turn' dalam isu kalimah Allah ini. Dia tidak faham akan pendirian Majlis Syura PAS bahawa PAS tiada halangan atau bantahan bagi sesiapa yang hendak menggunakan kalimah Allah. Sesiapa pun bebas menggunakannya.

Cuma, bagi PAS, kalimah "Allah" tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa sekalipun. Demikian juga, apa-apa istilah lain tidak boleh diterjemahkan kepada "Allah".

Sebenarnya, tidak menjadi tanggungjawab PAS untuk melarang sesiapa untuk menggunakan nama Allah itu. Lagipun, PAS tiada kuasa; maka itulah sebabnya, Haji Hadi mengatakan bahawa yang memiliki kuasa dan wibawa ialah UMNO.

Dengan kata lain, UMNO selaku kerajaanlah yang beramanah dan bertanggungjawab bagi menjawab segala tuduhan, kutukan, persoalan serta kerenah yang berbangkit daripada isu sensitif ini.

Mengapa pula PAS yang menjadi sasaran cercaan dan kemarahan UMNO? Pelik bukan?

Semoga Haji OKJ (dan Lat Juno juga) transform menjadi orang yang lebih cerdik sedikit.

Wassalam. Tolong maafi saya. Saya ikhlas.

Rawa Lanun-Bahasa said...

YBhg The Scribe,
Salam Hormat

BN likely to lose 60% of parliamentary seats in Sabah - academics"
Wednesday, 25 July 2012

The BN stands to lose more than 60 percent of its parliamentary seats in Sabah in the next general election, said a Sabah-based political scientist.

UiTM Sabah lecturer Arnold Puyok said that, based on his research, BN could lose up to 14 of the 22 seats now held by BN in the state.

Seats like Kota Kinabalu, Sandakan and Pensiangan are being considered “easy wins” for the opposition.

“I don't think the ‘fixed deposit’ will remain,” he said, referring to the popular term for Sabah and Sarawak, which have been traditional BN strongholds...



Apakah RCI mampu mengekalkan Sabah sebagai 'fixed deposit' BN?

Tidak; melainkan royalti minyak dan gas di runding kembali - 20%; malah kemungkin Sabah akan terpaksa ada dharurat selepas PRU-13 semakin besar. Keadaan malang 'kawasan autonomi' Bangsamoro akan mememburukan lagi keadaan. Mungkin pergaduhan antara kaum pribumi dan Bangsamoro yang lari perang dan bala di negeri mereka.

The Eugenist said...

Rasanya, anjing merupakan antara binatang yang dianggap mulia, di sisi Allah. Tak faham mengapa orang menganggap ia sebagai najis, walhal Allah telahpun menyebut berkenaan perkara tersebut di dalam Surah Kahfi, di dalam ayat-ayat seperti berikut;

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang ANJING mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah 18:18)

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah ANJING mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah ANJING mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah ANJING mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (18:22)

(Surah 5:4.) Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih ANJING untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat perhitungan."

Wallahualam..

Hesmel Faznee Faisal

mad said...

saya tinggal di pekan kecil sarawak dekat sempadan sabah. semasa kecil lagi saya melihat kebanjiran rakyat filipina dan indonesia ke pekan saya mencari kerja, terutama kerja buruh.disebabkan rumah kami berhampiran pekan maka penuhlah rumah sewa milik datuk saya dihuni oleh mereka. kejadian pecah rumah dan jenayah lain sering dikaitkan dgn pendatang2 ini. malah pengedaran syabu juga dimulakan oleh mereka sehingga kini menjadi masalah di pekan kecil saya. tidak pula saya terfikir ketika itu bahawa kebanjiran pendatang ini didalangi oleh perdana menteri ketika itu.

Buah Kerdas said...

Saya jadi bingung dengan komen Yeah (11.52 PM):

"Yeah said...
Mengibaratkan orang bukan Melayu sebagai binatang? Sungguh?

11:52 PM"

Tak ada angin, tak ada ribut, macam mana boleh keluar komen macam ini? OR, rather it proves that Dato' was absolutely right when he wrote "Kita tahulah, sampai hari ini pun ada lagi “rakyat” Malaysia yang tidak boleh berbahasa Melayu. Malah semakin ramai tidak berasa perlu belajar atau menggunakan Bahasa Kebangsaan."

Tentang kisah dikejar anjing tu saya masih ingat waktu berjalan kaki pergi dan balik sekolah melalui depan kedai Cina yang membela anjing, kalau tuannya terlupa menutup pagar atau mengikat anjingnya, pasti kami budak yang ketot-ketot dikejarnya. Amat menakutkan walau pun kami diajarkan petua (ilmu) yang sama seperti Dato' amalkan, iaitu duduk mencari-cari batu jalan. Ilmu ada tetapi ketakutan menyebabkan tiada keyakinan dan percaya (iman) bahawa ilmu itu benar. Anjing tu sebenarnya tidak akan menggigit, paling-paling anjing tu akan berpusing-pusing ganas mengelilingi kita tetapi dek terlalu takut, akhirnya kami lari juga sekuat hati. Ada kawan yang tak larat nak lari lalu duduk mengangis dan ajing itu pun cuma berpusing-pusing mengelilinginya. Rupanya ada juga pelajarannya di sini; ilmu tidak mendatangkan faedah kalau tidak diyakini dan diamalkan.

Lahuma said...

Dato.

Parti dan manusia.

Ringkasnya parti adalah alat untuk dapat kuasa,jawatan,pangkat,kedudokan,gelaran atau benda-benda lain yang tersembunyi.

Oleh itu rakyat bebas untuk memilih atau tidak memihak mana-mana parti ikut selera,minat dan kecenderungan sendiri atau kelompok.

Tidak menjadi apa-apa kesalahan pun jika tidak memihak mana-mana parti .
Parti juga adalah pakaian sahaja pada rakyat yang boleh dan berupaya bertukar ganti.

Parti bukanlah segala-galanya dan segala-galanya juga bukanlah kerana parti.

Hayat parti bergantung sejauh mana produknya bagus sesuai atau tidak dengan selera pelanggan iaitu para pengundi.

Persaingan produk parti ini juga bergantung sejauh mana jurujual parti memasarkan produk partinya.

Kalau jurujual produk parti pun kelam kabut,tak senonoh,tak ada mesra pelanggan,bengis,tak ada akhlak,tak amanah,penipu dan pembohong maka rosaklah parti.

Jurujual parti penting .Lebih labih lagi dekat PRU 13.Jangan maki orang.Jangan bengis.Hantarlah jurujual parti yang baik kalau nak jumpa pengundi.
Akhlak jurujaul parti amat penting.Mana boleh jurujual parti bermusuh dengan rakyat.

Ada juga jurujual parti macam harimau lapar,singa dalam zoo.kalau macam ini hebat macamana pun parti itu maka rosaklah .

Kita tahu ada jurujual yang makan gaji.Ada juga yang makan persen.Ada juga yang sukarelawan.

Ada juga yang jalan kaki.naik kapal terbang,naik bas,naik motor.

Ada jurujual parti yang tidur rumah banglo,teres,pondok dan bangsal buruk.

Ada jurujual parti yang kaya raya,merempat dan sengsara.


Calon adalah manusia yang memandu parti.Pilihlah calon yang baik untuk memandu parti.Kalau pemandu pun tak senonoh siapa yang bahaya.

Masa depan parti bergantung pada jurujual dan produknya.Manakala rakyat sebagai pengundi adalah pengguna.Pengguna ada kuasa beli produk parti ikut selera mereka.

Selamat mengundi PRU 13.
Calon lebih penting drp parti.

Terima kasih.

Unknown said...

Salam dato, ALLAH telah menegaskan dalam firman nya BAHAWASANYA SEBAIK-BAIK KEJADIAN ITU ADALAH MANUSIA. Jadi ALLAH dah jadikan kita adalah mahluk terbaik maka peliharala akan kebaikan itu namun manusia sering melupakan bahawa diri adalah mahluk yang terbaik yang dicipta ALLAH namun banyak yang tak bersyukur akan hakikat ini.

Kalau kita nak belajar dari anjing ini banyak yang kita boleh pelajari anjing walaupun haiwan tapi ianya haiwan yang terbaik saya masih ingat lagi semasa muda2 nya saya menonton bolasepak di stadium mardeka sekumpulan polis dengan anjing nya untuk mengawal di setiap sudut stadium jadi kesimpulan nya anjing ini banyak kegunaan nya.

Anjing juga menjadi pengesan kepada kes penyeludupan DADAH yang tak dapat dikesan oleh manusia itu la kelebihan nya pada anjing.

Kenapa kita nak menjadikan RCI macam cerita ANJING pula anjing tidak akan melupakan jasa baik tuan nya dia tetap taat berbanding manusia ya hari ini dia diberi kerakyatan untuk mengundi parti tertentu akan tetapi dia akan berubah juga bila sahaja dia mersakan dia punya hak sama macam pengundi2 lain ketaatan manusia tidak akan tetap pasti akan berubah bila masa nya tiba....dahulu rakyat keturunan cina dan india boleh dikatakan 90% mengundi parti perikatan tapi lama kelamaan dia nya berubah juga.

Bagi manusia tidak akan ada ketaatan sepanjang masa kerana bagi mereka perlu berubah bila masa nya keadaan telah berubah.

RCI kita tunggu la apa jawapan nya dan apakah kesan nya nanti...sama2 la kita tunggu.....wassalam dato den nak kojo ini kojo kilang ajo...

OKJ said...

Salam DAKJ

Iznkan saya respond kpd Sdr Yangretibase

Saya cukup kesian dgn sdr sebab terpaksa tulis panjang lebar utk menegakkan benang yg basah. Tapi yg peliknya, kenapakah sdr cuba menyembunyikan firman Allah dalam surah Al Ikhlas? Juga sebijik macam kenyataan Hj Hadi pada kenyataannya bersama Anwar (Pakatan Rakyat) pada awal January 2013 sebelum buat U turn (yg tak sebut langsung maksud surah Al Ikhlas). Bukanke ini dinamakan menyembunyikan kebenaran? Adakah seorang ulama rabbani akan menyembunyikan kebenaran? Atau ular mak!!!!

Juga, adakah sdr setuju kalimah Allah digunakan oleh orang-orang kafir? Saya harap tidak, sebab Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din JELAS berkata, hanya golongan yg kufur sahaja yg membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh kafir laknatullah. Sekian TQ.

Rawa Lanun-Bahasa said...


wonderful words to die for: al-kahfi

"teringat sama the late sosilawati
and the strange case of a diabolical mind."

wonderful, The Eugenist - terima kasih

Mustapha Ong said...

Salam DAKJ Bro,

Teringat sebentar tadi selepas pi jogging dan kemudian nya berenang di kolam mandi, apabila ternampak anjing kepunyaan pasukan pengawal keselamatan di kondo saya di Bukit Tunku.

Orang Barat suka sangat membela anjing dan macam-macam andaian kenapa mereka suka anjing!Jika kita pi ke Paris Perancis, tahi anjing lah menjadi pandangan di merata jalan-jalan di bandar raya Perancis itu. Mengikut adat orang Perancis kita harus memuji dan bukan bersumpah jika melihat tahi anjing sepanjang jalan.

Menjelang tahun baru Cina (CNY) apabila kita terpijak tahi anjing (bukan tahi manusia), "ONG" akan datang, tetapi apabila kita terpijak duit di pertengahan jalan, isyarat kita akan terpaksa membelanjakan wang untuk pembelian benda-benda yang tidak ada mutu dan faedah.Seperti juga jika kita memimpi "air" atau banjir dirumah kita akan juga membawa "Ong".

Dari segi fitrah agama Islam, anjing itu tidak "najis", tetapi yang ditafsirkan "najis" ialah air liur nya yang kena pada badan kita apabila kita dah berniat untuk bersolat. Maka cepatlah kita pi samak dengan tanah liat atau pasir sebelum mencuci dengan air.Ramai di antara orang-orang Islam di Barat dan Arab termasuk Iran, Yemen, Morocco dan Tripoli membela anjing-anjing anugerah Tuhan untuk menjadi teman mereka dan juga MENJAGA KESELAMATAN KITA.

Kita sedia maklum, masih ada banyak kegunaan yang sensational jika kita menjadikan anjing sebagai teman hidup!(TST)

Yang kedua isu "Kalimah Allah" yang masih belum dapat kita sama-sama menyelesaikan nya. Jika kita gagal maka akan tertimbullah banyak masalah untuk umat-umat Islam kita, khusus nya di Malaysia. Saya anggap bahawa kalimah Allah hanya boleh di sebut dengan istilah keagamaan Islam oleh penganut Islam sendiri dan bukan orang-orang bukan Islam. Orang yang beragama lain adalah dengan sebutan "GOD atau Tuhan".

Tidak mungkin juga Kerajaan dapat mengkemukakan usul nya di Sidang Parliament untuk meminda nya agar kalimah Allah dibenarkan untuk sebutan agama-agam yang lain. Kenapa lah Lim Guan Eng susah sangat nak memahami hakikat ini. Jika beliau nak potong dan mengucap "dua kali syahadah" lain lah cerita nya.Bodoh punya LGE..tiada pasal nak cari pasal yang akan memakan diri dan parti nya.

Kita berdosa kepada manusia tidak teruk seperti berdosa kepada Allah, Tuhan semesta kita.Sekarang sudah nampak balasan Tuhan kepada rgerakan politik DAP, PAS dan PKR...macam mana mereka nak memerintah negara ini tanpa anugerah Tuhan???? Mereka tak percaya, bahwa dosa itu akan memakan diri mereka dan akan juga datang mushibbah kepada keluarga. mereka.

vagrant said...

dato, you are quite well traveled
swiss is the place u frequent most

some swiss only speak french, u think their citizenship in swiss should be 'lucutkan'

on RCI on 1957, u need to dig quite alot of graves to get these pple testify, it would be a good way to spend public money


Haniff said...

Salam DKJ

Victor Purcell ada menulis pada tahun 1965 [tajuk : Chinese in SouthEast Asia] bahawa census yang diambil pada tahun 1957menunjukan bahawa hanya 3% org cina dan 10% org india yg berumur 10 ke atas adalah ‘literate’ dalam bahasa melayu. Ini tidak mustahil sebab syarat kerakyatan kata perlu bertutur bahasa melayu ATAU English. Bukannya Melayu DAN English. So jadilah jugak rakyat malaya.
Mungkin kita patut buat census satu lagi...

vagrant commented about the french speakers in swiss. cant be equate with malaysia, as some part of swiss [ e.g. haute savoie] tu dulu belong to the french. Malaya tak pernah jadi part india atau china.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Maaf terpesung sikit.

Indeks kebebasan akhbar Malaysia terperesuk ke no 145 dari no 179.

Kedudukan ranking bola sepak juga tak lebih baik dari no 150 di dunia.

Ranking indeks rasuah pun no 50 keatas.

Kalau tanya kerajaan dan pembodek tentu mereka beri macam2 alasan.

Tapi kalau pasal songlap duit rakyat melalui bermacam2 program spt beli kelengkapan pertahanan lapuk pd harga kembong, buat lebuh raya LPT2 naik drpd harga asal tak sampai RM 2b kpd lebih RM5b, buat Port Klang Free Zone kembong RM9b dari harga asal 3b menjadi 12b pemimpin UMNO ranking no paling hebat.

Semua harga kembong dari majlis daerah, Majlis perbandaran , majlis bandaraya negeri, kementerian sampailah ke payung negeri minta bahgian masing2 asal UMNOBN

Patutlah ada yg terang2 sokong UMNOBN tapi oleh kerana terasa pedas sibuk pulak menafikan.

Apalah guna jadi pemimpin atau raja pd rakyat miskin.

Jangan sekali2 fikir pemimpin atau raja negara lain saja yg tak kekal.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Nak usik usik sedikit,(Yangretibasa),nama pena itu juga menunjuk kepada kita bahawa sikap dan keperibadian sipemunya nama itu.

Yangretibasa membawa maksud,seseorang yang
memahami bahasa,jika diterjemahkan membawa maksud,ia lebih cerdik dari orang lain,juga boleh menunjuk kepada keangkuhan dirinya dan juga boleh membawa maksud betapa taksubnya dia terhadap dirinya(Ego).

Sedikit berkenaan komen sdr. tentang penggunaan kalimah Allah,ramai cerdik pandai mengatakan perbuatan mencegah adalah lebih baik dari mengubati, adakah sdr.Yangretibasa setuju?.

OKJ mengatakan bahawa Nik Abd Aziz & Hj.Hadi Awang tidak konsisten dalam menangani isu kalimah Allah,mengapa Yangretibasa begitu tersentuh? saya juga sependapat dengan beliau,saya merasakan bahawa ada perkara yang tersirat didalam yang tersurat,(diharap Yangretibasa mahu mengakuinya),Yangretibasa sepatutnya mengulas dengan jujur bukan dengan niat untuk menang hujah.

Islam Allah turunkan untuk umat manusia menggambil pengajaran daripadanya, bukan untuk diperdagangkan.wallahualam

PEKASAM said...

Salam
Saya seorang guru - mengajar Tingkatan 6 di sebuah sekolah di Kedah.
Saya ingin berkongsi pengalaman berikut:
1. Sememangnya terdapat pelajar yang bukan sekadar tidak fasih berbahasa Melayu tetapi juga (saya anggap) TIDAK FAHAM bahasa Melayu. Buktinya mereka akan membawa rakan yang akan membantu menterjemah (ke bahasa ibundanya) apa yang diterangkan.
2. Walaupun amat kecil bilangannya tetapi bukan sekadar merimaskan malah menghibakan memandangkan kita telah lama merdeka.
3. Pelajar-pelajar tersebut bukanlah asalnya daripada sekolah tempat saya mengajar. Mereka baru di sekolah ini - melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.
Terima DAKJ kerana menyediakan ruang ini. Harapan saya tidak ada yang cuba 'mempolitikkan' (menyalahkan mana-mana pihak) apa yang saya komen.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ, azman dan semua,

Sukalah saya memberitahu azman bahawa saya hanya menyampaikan 'kebenaran' dalam bahasa Melayu yang terbaik yang saya mampu. Saya terlalu menyayangi bahasa Melayu. Saya selalu 'menjaganya' dengan penuh keprihatinan.

Saya sebenarnya tidak begitu faham akan maksud kritikan azman terhadap saya kerana kebobrokan dan kecacamarbaan penguasaan bahasa Melayu azman terlalu "hebat".

Tolong malu pada diri sendiri menjadi Melayu yang tidak "pandai" berbahasa Melayu. Bayangkan, daripada kesemua enam ayat tulisan azman bagi "mengusik" saya itu, tiada satu ayat pun yang persis dan betul, sama ada dari segi tatabahasa bahasa Melayu atau ejaan.

Oleh yang demikian, saya tidak dapat memberikan respons sebagaimana yang diharapkan oleh azman.

Tolong maafi saya. Saya ikhlas.
Wassalam.

azman said...

Assalamualaikum pak Kadir

Yangretibase, persamaan bahasa Indonesia dengan bahasa Melayu sememangnya berbeza, oleh itu sdr. perlu lagi memahami bahasa Melayu dengan lebih mendalam,
Walaupun Indonesia/Malaysia serumpun tetapi ia mempunyai beberapa perbezaan dalam beradap sopan, mungkin terbawa dengan adat bukan dari Sumatra, membuatkan sdr.begitu lantang menyerang tanpa adap.

Hello World said...

tiada lagi anak kecil bermain api..
yang tinggal hanya anak kecil bermain Ipad...

kasihanilah kepada kedua ibu bapa saya yang membina sebuah negara..dan tetapi sayang..
digolok gadaikan juga oleh orang2 berwajah berkulit seperti arwah ayah saya...

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).