Thursday, January 17, 2013

Yang Mana Satu Kita Hendak Percaya?


A Kadir Jasin
 
[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

ZAMAN saya kanak-kanak dan remaja dulu, hidup susah tetapi hati kita umumnya senang. Ada makan, ada pakai dan ada rumah robek cukuplah. Itu zaman penjajah dan zaman awal merdeka.

Alhamdulillah, hasil kemerdekaan hidup menjadi lebih senang. Makan lebih daripada mencukupi. Kita tidak sehelai sepinggang lagi. Rumah robek masih ada, tetapi tidaklah sebanyak zaman dulu. Robek-robek pun rumah kita juga. Yang kita takuti adalah semakin ramai orang kita tidak mampu lagi memiliki sebarang bentuk kediaman – terpaksa menyewa sepanjang usia.

Hari ini, yang nampak lebih ketara adalah ramai orang mengeluh, tidak senang hati, marah dan menyampah. Rasa ketidakberdayaan seperti ini adalah negatif dan berbahaya. Boleh membawa kepada gangguan mental.

Mungkin punca ramai orang celaru adalah maklumat yang terlalu banyak, terlalu pelbagai, terlalu pantas dan disalurkan pula melalui terlalu banyak medium – arus perdana, propemerintah, antipemerintah, propembangkang, antipembangkang, bebas, berkecuali dan macam-macam lagi. Zaman saya hanya ada Radio Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara, Straits Times dan Straits Echo.

Kemelut Nilai RM

Ambil contoh akhbar arus perdana The Star hari ini. Satu laporan mengatakan harga keperluan perayaan Tahun Baru Cina (TBC) naik kerana kadar tukaran mata wang ringgit.

Antara lain, laporan dari Georgetown itu berkata, harga barangan perayaan TBC yang diimport dari China dan Negeri Thai naik antara 5% dan 10% “kerana perbezaan mata wang”.

Kalaulah laporan itu tepat, kesimpulan yang boleh kita buat adalah harga naik kerana nilai ringgit Malaysia lebih rendah daripada renminbi (yuan) China dan baht Thai.

Tetapi dalam laporan lain bertajuk “Ringgit strengthens and emerges as Asia’s 2nd Best” diberitakan yang RM muncul sebagai mata wang kedua terbaik di Asia sejak permulaan tahun ini.

Awal minggu ini, nilai ringgit mencatat paras tertinggi dalam dagangan harian pada kadar 3.0032 bagi setiap satu dolar, iaitu paras paling tinggi dalam tempoh sembilan bulan sejak 12 Mac lalu.

Kita pun hairanlah sikit apabila Bank Negara kata bagus nilai ringgit naik. Tetapi apabila nilai ringgit merosot, Bank Negara kata bagus juga. Memang betul, sebagai negara perdagangan yang eksport dan import barangan, kita untung. Apabila nilai ringgit naik, kos import turun. Tetapi bagi orang yang import barangan kita, kos import naik dan mereka mungkin kurangkan import.

Lagipun, kalau ringgit naik berbanding dolar saja tidak memadai kerana memang nilai dolar jatuh disebabkan ekonomi Amerika meleset dan kerajaannya pula sedang hadapi masalah belanjawan yang sangat rumit.

Seperkara lagi, kita pun hairan apabila pihak berkuasa berdiam diri mengenai dakwaan kononnya berbilion dolar mengalir keluar dari negara kita secara haram. Peliknya, yang sama apabila masuk ke Singapura atau Hong Kong tidak haram lagi.

Yang saya tahu, harga makanan ikan, burung dan ayam naik. Pelihara ikan dan ayam serta beri makan burung liar adalah kegemaran saya. Jadi, sedikit sebanyak saya tahulah keadaan harga barangan import.

Harga makanan di restoran dan gerai pun sudah banyak naik. Ada yang naik dari segi harga manakala yang lain pula “naik” melalui pengecilan hidangan. Dulu sebungkus nasi lemak sudah kenyang. Sekarang dua bungkus pun tidak sekenyang mana. Roti canai dan hidangan lain pun macam itu juga.

Ramal dan Tilik Pilihan Raya

Tak sah kalau tak cakap sikit fasal politik. Makin hampir pilihan raya umum, makin panas dan makin pelbagai ramalan.

Syirik atau tidak, satu hal. Yang sahih, antara ramalan itu banyak yang karut-marut dan syirik. Anehnya, ramalan karut-marut lebih selamat daripada ramalan berdasarkan simulasi berkomputer. Silap-silap kena buang kerja.

Ada yang kata tengok bintang dan cakerawala. Ada yang suruh tanya tukang tilik. Ada yang kata sami Buddha dan Hindu lagi tahu. Ada yang yakin pembaca daun teh lebih tepat. Ada yang tanya sami wanita dari Burma, Kiai Jawa dan bomoh Siam dari Songkla.

Yang pergi berdoa di Makkah dan Madinah itu biasalah. Tidak mengapa kerana orang Islam digalakkan berdoa. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai ramalan dan tilik nasib, bacalah The Star. Wallahualam.

26 comments:

Unknown said...

Aslkum Dakj

Tak susah membezakan antara yg benar dgn yg auta.

Ini semua soal hati...takut pd Allah lebih ke takut pd manusia yg lebih.

Tak mungkin pembodek UMNO spt bos tv dan utusan dan naib censelor U lebih takut pd Allah berbanding dgn manusia pangkat dan harta.

Yg hairannya prof dan yg bergelar doktor pun tak boleh beza antara yg benar dgn yg palsu.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.
Susah hendak memikirkan bersabit dengan kos sara hidup yang tinggi. Mudahnya tambah satu kosong dibelakang harga tahun tujuh puluhan dahulu. Jika harga roti dan gula 25 sen dahulu sekarang menjadi RM 2.50. Jika harga rumah teres 2 tingkat RM 40,000 sekarang RM 400,000.Dan begitulah seterusnya. Tidak tahulah kita apa formula yang akan digunakan untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Minta-minta janganlah melalui penambahan angka kosong dibelakang duit sekarang.

Apa boleh buat pada lazimnya ramai orang tidak lagi berpegang kepada konsep semuanya dengan kehendak Allah. Dengan itu mereka tercari-cari bagaimana untuk mencapai cita-cita mereka sehinggalah mendapatkan khidmat orang yang membuat ramalan, bomoh dan sebagainya.

Jalan keluar adalah dengan kita bersatu membantu membina masyarakat yang positif dan kreatif. Ramai yang menutut BR1M sebanyak RM 1000.00 kerana berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan. Kita bantulah mereka keluar dari kumpulan tersebut.

Kita berdoalah semoga apa jua keputusan PRU 13 rakyat kita terus bersatu padu menjadikan Negara kita aman sejahtera.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya.

Buah Kerdas said...

Susah dan senang adalah relatif; yang penting happy. Apa pun elakkan berhutang pada perkara-perkara yang tidak perlu; tiada hutang tidur pun lena.

RM memang semakin turun kuasa beli; kena bekerja lebih keras untuk dapatkan lebih RM.

Semua orang yang sihat tubuh badan mampu membeli rumah sendiri kalau itu dijadikan keutamaan. Orang dulu-dulu memang betul bila bergurindam: Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Mereka juga menasihatkan: Jimat cermat tangga kekayaan, rajin bersusaha tangga kejayaan, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Keputusan PRU13? Tak payah diramalkan.

Unknown said...

Salam dato, Yang mana satu pilihan kalbu...yang baju biru buat aku terharu yang baju hijau macam gagah perkasa pening kepalaku jadi nya.. rencah2 politik masa kini dato,

PR kata pembawa perubahan rakyat.. BN kata janji nya sentiasa ditepati presiden nya dah berteriak pantang bagi nya kalau janji dimungkiri woo sedap didengar tu enak untuk ditelan.....ada mata kita tengok ada tangan kita mengundi pangkah calun yang baik kalau yang tak baik tolak kelongkang sahaja...ok dato.

mohd paizal said...

itulah kenyataan yang harus kita terima dimana nilai duit kita semakin menggecil....kalau dulu pergi pasar bawak rm50....banyak jugak yang kita dapat beli ..sekarang tuan2 fikirlah sendiri...dan bagi orang melayu macam saya ni ..yang makan gaji amat terasa benda ini ..dan yang paling ketara ialah harga sewa rumah disekitar lembah kelang ini semakin tinggi...nak beli rumah memang tak mampu le sebab harga memang bukan untuk warga macam saya ini...nak beli jauh diluar bandar...rasa macam tak larat nak berulang setiap pagi...

doncin cai said...

salam semua,

...dari pemerhatian, mungkin, kesemua pengunjung laman ini tidak mempunyai anak yang masih bersekolah di tingkatan 1 dan 2 di tahun 2013 ini..
@tuan tanah,
cucu2 semua belajo di luo negeri ke ?

ponah ke dengo PBS?

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

Dato' kata," Yang kita takuti ialah ramai orang kita yg. tak mampu lagi memiliki sebarang bentuk kediaman- terpaksa menyewa sepanjang usia.

Saya lebih bimbang semakin ramai orang kita tidak ada sumber pendapatan tetap.Tak kira atas alasan apa.Tak ada pelajaran ke, malas ke atau sememangnya tak ada peluang pekerjaan.

Bagi mereka yg. berpendapatan sederhana patut bersyukur kerana ada kerajaan yang perihatin, BN,yg. berusaha keras menyediakan rumah yg.mampu milik. Terima kasih BN.

Saya percaya barang2 TBC naik 5% ke 10% kerana 'mainan harga' oleh pembekalnya. Mereka mengambil peluang atas permintaan tinggi dan bermusim.

Keuntungan mestilah dikaut sebanyak terdaya.Tak ada lagi sifat2 'Altruisme'.

Peniaga Islam juga mempunyai sifat buruk ini. Tamak haloba.

Perhatikan di Bazar Ramadhan. Lapar wang drp. pembeli2 yg.membeli dgn. mata dan nafsu. Mereka ( penjual) seperti ayam kelaparan, 3 hari tak makan jagung.Saya pelihara banyak ayam. Ada macam2 ayam. Ayam sabung,ayam denak,ayam kampung, ayam serama.Ada jugak ayam Belanda.

Kuih muih dahlah kecil,mahal, terpaksa beli berganda. Ada 3 seringgit. Lima RM2. Sebiji sebiji tak boleh beli.

Harga dikawal oleh penjual itu sendiri.Teh 'O' ada berharga RM0.80, ada 1RM, ada yang RM 1.20. Air suam pulak ada yang percuma, ada berharga RMo.20.

Dato' sepatutnya kita tak payah ikut panas, kecualilah kalau dah banyak melabur nak jadi YB. Kalah adalah satu malapetaka.

Salam hormat.

mat kerja said...

LA NI KAKITANGAN GOMEN TAK MAMPU NAK BELI RUMAH.

Lahuma said...

Dato.

Kenaikan harga barang menjelang TBC.
Sebenarnya kenaikan harga barang atau apa saja bila menjelang musim peryaan tak ada kaitan dengan faktor kekdudukan RM dengan mata wang negara lain.

Lazimnya sama ada RM kukuh,lemah,turun,naik,tak menentu harga barang tetap naik setiap saat.Berbagai alasan kaum peniaga untuk dapat untung besar yang menjadi harapan dan kebanggaan alam perniaagaan.

Setakat ini belum pernah kita dengar yang ada barangan diturun kan harga kerana RM kita mantap atau lebih baik dengan mata wang negera dagangan lain.

Kecuali pun ada subsisidi kerajaan agar harga barang itu diturunkan.Itu pun kerenah subsidi antara kerajaan dengan pengeluar main tarik tali.

Yang perit rakyat miskin.Rakyat kaya raya tak ada apa-apa kesusahan.

Eloklah sekiranya kesedaran pengguna ditingkatkan agar kenaikan harga barang ini dipulaukan.Kuasa beli ditangan rakyat.

Kalau semua rakyat selaku pengguna ada kesedaran ini rasanya ada juga kesannya walaupun sedikit.

Orang berniaga ini matlamaynya cari untung.Dia pun ada tanggungan pada pekerja nya.

Apa naik hairan bukan setakat barang import yang naik.Pucuk paku,buah jering,jantung pisang,petai,ulam pegaga,pucuk janggus,ulam raja,nagka putik,pisang putik,ikan pekasam pakat-pakat naik.

Yang tak ada harga durian kampung,rambutan,cempedak.Busuk di kedai pun ada.

Itulah nasib buah-buahan tempatan.

Terima kasih.

abdullah ngah said...

muslim dilarang percaya dengan ramalan,kerana setiap ramalan yang dibuat bukan realiti.

Itulah ajaran Islam. Oleh itu jangan sekali kali percaya ramalan hatta mereka profesor ulung sekalipun.

Lebih lebih lagi mereka walaupun seorang profesor ulung tetapi mereka manusia biasa tidak benda akan berlaku.

Tidak salah berkata pakatan akan menang PRU 13 nanti berdasarkan dalil dalil yang ada.

Tak salah berkata BN akan kalah pru 13 atas dalil dalil yang ada

kerana itu adalah tekateki hati seseorang yang arif dengan perkembangan politik tanahair.

Tetapi ingat jangan sekali kali takbur dan sombong lantas berkata, BN pasti menang.PR pasti kalah.

azhar said...

salam dakj

nampaknya otak kita kena lebih cekap untuk memproses data dan maklumat dari pelbagai sumber.

datuk telah membuat pemerhatian untuk mendapatkan data yang lebih tepat.

saya setuju dengan datuk.sekarang duit kita banyak tapi bila beli barang dapat sikit.

Duit kita kurang bernilai jika dibandingkan dengan dulu.

Pasal rumah pulak saya rasa kerajaan kita tidak serius dalam meyelesaikanya.Untuk meyelesaikan kerajaan perlu bina rumah mampu beli setiap tahun sehingga penawaran melebihi permintaaan.

rumah yang berlebihan kerajaan boleh sewakan kepada rakyat yang tak mampu beli dengan kadar sewa yang rendah atau jika terlalu miskin berikan percuma sahaja sebagai tangungjawab sosial.

kerajaan kita leka dan cuai dalam merancang perumahan rakyat.mereka tak sedar setiap tahun terdapat lebih kurang 500 ribu kelahiran bayi pada tahun 1980 an hingga sekarang.dimana sekarang mereka berumur 30 tahun kebawah. kebanyak mereka baru berumah tangga dan perlukan rumah sendiri.

lagi satu kerajaan perlu mempunyai undang undang yang lebih ketat dalam mengawal harga rumah dan pemilikanya.Rumah berharga 2ook kebawah dan dibina oleh kerajaan hendaklah dijadikan rumah kawalan(barang kawalan harga)dimana setiap orang tidak boleh memiliki lebih dari satu rumah tersebut dan jika berlaku penjualan atau pindah milik atas dasar apa pun atau berapa kali sekali pun harganya tetap sama seperti harga di beli dari kerajaan.

rumah ini bukan untuk mereka yang mencari keuntungan tetapi tempat tinggal untuk rakyat dan tangung jawab kerajaan untuk rakyatnya.

Buah Kerdas said...

Hampir dalam serba serbi, hidup di zaman sekarang (2013) lebih senang berbanding zaman dulu (1960an). Sekarang harga barang keperluan tinggi tetapi duit lebih mudah diperolehi berbanding dulu; hasilnya, kita ada lebih banyak barang berbanding dulu.

Kuasa membeli RM memang merosot hari demi hari. Tajuk berita yang bercanggah memang perkara biasa, bergantung kepada agenda kelompok yang menjadi tajuk berita. Bank Negara memang mahukan cerita positif mengenai nilai RM manakala pengimpot barangan keperluan memang sentiasa mahu mewajarkan kenaikan harga barangan yang mereka jual.

Tukang ramal PRU memang ramai; ada yang meramal tarikh PRU dan ada juga yang meramal keputusannya. Entah-entah tauke judi dah pun buka pertaruhan PRU dan meramal-ramal angka keuntungannya nanti.

Apo nak dikato. Tengok aje ler.

imlan adabi said...

Datuk Kadir, Doa saja tak cukup untuk dapat sokongan. Rakyat sekarag lebih bijak menilai. Orang kelihatan baik belum tentu baik orangnya.
Simulasi? Hahh... takleh komen. Nanti kena buang kerja

Unknown said...

MANA SATU YANG KITA HENDAK PERCAYA itu tajuk dato beri untuk dibahas dengan fakta, Harga barang naik apakah dari kesan susut nya RM itu sudah pastikah belum tentu lagi kan kerana kenaikan harga barang banyak faktor yang mempengaruhi nya seperti permintaan berlebihan tapi barangan kurang dipasaran...Apkah kaedah yang diguna oleh kementrian perdangan dalam negeri untuk mengukur harga barangan dipasaran atau mereka masih lena dalam mimpi.

PRU13 pasti akan sampai kepada kita paling lewat pun april 2013 ini terserah la kepada rakyat untuk buat penentuan.

Ada pembahas berkata berakit-rakit kehulu nak bagi tahu hulu dah tak ada lagi kan bukit semua dah kena tarah oleh tangan2 yang tamak haloba...sekian dato.

Mantinns said...

Memang betul kata Datuk. Waktu dulu akhbar tidak banyak. Tidak banyak dari segi penerbitan dan tidak banyak bilangan edaran. Dalam tahun 60 an, di kampung saya hanya ada senaskah Utusan Melayu di kedai kopi Nayan. Menjelang petang akhbar itu menjadi lunyai.

Apa yang ditulis dalam akhbar tidak siapa pun pertikaikan. Semuanya betul. Waktu itu tiada orang yang tahu tentang manipulasi berita. Tiada orang terfikir tentang propaganda kerajaan. Tiada siapa pun kata akhbar sebagai pusat santuari mitos UMNO. Justru semua befikiran sedemikian, akhbar menjadi paku perpaduan orang kampung saya.

Sekarang bilangan akhbar banyak. Ada yang dicetak ada yang dalam talian. Jumlah edaran banyak. Dan reaksi pembaca pula berlawanan. Sekarang tiada berita yang tidak dipersoalkan. Tiada gambar dalam akhbar yang dianggap sahih. Semuanya dikatakan telah difotoshop. Kalau dulu akhbar sebagai media perpaduan, hari ini akhbar sebagai gendang perang. Bagi yang kurang cerdik maka menarilah mereka irama gendang perang itu. Bagi yang bangang pula turut serta memalu gendang perang.

Hari ini kita tidak berkelahi membetulkan perkara yang salah. Membetulkan perkara yang salah sangat mudah. Hari ini kita bertelagah tentang perkara yang kedua pihak betul. Cuma kita keras kepala mendesak cara kita diterima.

Wallahualam.


mahadzira said...

salam, bank negara ada usha ker bukan shj utk pastikan reserve dollar tinggi tapi reserve minyak juga tinggi..baru balance. Bank negara dah jadi tabung pemimpin negara dan kroni kaya shj..lemah

awangbatuburok said...

Salam sejahera,

Apabila keperluan asas seperti air, beras, gula, bekalan letrik dan jalanraya dijadikan sumber mengaut keuntungan untuk kroni-kroni pemimpin negara maka sudah tentu rakyat akan sesak nafas.

Apabila peluang perniagaan seperti menternak lembu, menjual beras, menjual gula dimonopoli oleh keluarga menteri-menteri maka sudah tentu rakyat akan sesak nafas.

Apabila saman trafik, saman parking, saman AES dijadikan sumber pendapatan kerajaan dan kroni menteri maka sudah tentu rakyat lambat laun tidak boleh bernafas lagi...fikir fikir lah.

gunse007 said...

saudara kadir,

kalau result PRU13 ni kekal sama dgn BN simpan federal n PR kekal berkuasa kt negeri2 yang sama, saya tetap kata BN da kalah.....

banyak duit tabur, tapi rakyat kekal berjuang menentang imperialis baru bernama UMNO baru....

Unknown said...

Aslkum Dakj

Yg berikut ni kita kena percaya

1. kalau komen2 di blog Dakj boleh di jadikan sandaran, UMNOBN pasti kalah PRU 13.

2. Selama ni kemenangan UMNOBN dlm PRU memang dibantu SPR cara tipu. Oleh yg demikian selamat kita katakan duit yg mereka beri makan anak isteri tu duit haram. Termasuklah yg buat haji dan umrah dan konon buat pusat tahfiz dan rumah anak yatin

Kita tuntut diakhirat nanti.

ab said...

Salam Dato,


Saudara Mantinns,



Utusan,TV3,RTM dituduh macam macam olih orang melayu dan bukan melayu..TERUTAMANYA olih orang orang melayu.



PERNAHKAH terdengar atau baca bukan melayu KUTUK akhbar(akhbar akhbar) berbahasa cina dan tamil dinegara ini?. Begitu juga mengenai TV saluran berbahasa cina dan tamil...



Mereka juga ada membaca utusan,tengok TV3 TV1,TV2 dan MEMBACA surat khabar cina,tamil dan menonton TV berbahasa cina dan tamil..



PERNAH tak terbaca atau terdengar
orang melayu TERAMAI KUTUK akhbar berbahasa cina atau tamil dan TV berbahasa cina atau tamil?



Cuba TEKA siapa lebih cerdik atau sipa kurang cerdik didalam mengumpul maklumat?.bab percaya atau tidak tu lagi satu hal lah.



Abu Bakar Ab Rahman





awang batu pelir said...

Aku sokong kau Awangbatu buruk

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn.izin.

Sudah banyak kita bahaskan perkara2 berkaitan PAS dan UMNO/BN.

Sejauh ini kita tak sentuh tentang dasar perjuangan dan matlamat sesebuah parti.

Saya yakin kebanyakan pembahas di blog Dato' ni ialah penyokong PAS.

Saya nak ajukan beberapa soalan, mungkin lebih menarik untuk dibahaskan,kepada mereka terutama Sdr.Yangretibase, Sdr.langit biru, Sdr. Din Melaka, Sdr. Saji, Sdr.Rosiah Ismail pun boleh bahas juga dll.

PR telah memenangi PRU 13.

Senario 1: TGHA menjadi PM, DSAI TPM I, LKS TPM II.

Boleh ke PAS menggubal undang2 Islam (hudud) dan mempastikan kerajaan PR tidak menggunakan undang2 penjajah bagi mengelakkan PR menjadi kerajaan KAFIR seperti tuduhan TGHA terhadap UMNO ?

Senario 2: DSAI menjadi PM, LKS TPM I, TGHA TPM II. Bagaimana keadaannya pulah ?

Apa akan jadi kpd. syiar Islam kerana 'pemerintah' sebenar ialah DAP.

Bersambung, berasaskan butir2 bahas sdr.2 sekalian.

Salam hormat.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Sdr Lat Juno

Oleh kerana Lat Juno tak kurang hebat cuba sdr bantu senaraikan matlamat perjuangan UMNO dan PAS

Juga cuba sdr secara bertanggungjawab senaraikan kejadian rasuah TGNA dan atau kroninya sejak jadi MB hingga sekarang.

Juga cuba sdr cari kejadian rasuah TGHA semasa jadi MB dari 1999 - 2004.

Dan jangan lupa senaraikan jugak rasuah Ust Azizan, LGE dan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak hampir 5 tahun lalu.

Dan jugak senaraikan kesalahan rasuah ANUAR kalau ada hingga Mahadir dll dlm UMNO marah sgt.

Kalau Lat Juno ada buktinya sekali dapat juga saya buat pertimbangan baru nak sokong PR atau sebaliknya.

Dan jangan lupa tuliskan senarai salah laku atau rasuah pemimpin UMNOBN dan kroni yg saban hari merompak hak rakyat terutamanya Melayu.

Dalam senario politik sekarang apa ada pada title TPM yg dipegang Melayu bernama Muhyidin. Terhitung baik jika Muhyidin tu jadi TPM 4 jika Rosmah jadi PM DEFACTO, Najib PM atas kertas, bomoh2 India TPM 1, CHUA SOI LEK TPM 2, dan sepupu Najib iaitu Hishamuddin TPM 3

Lebih baik Lat Juno bersedia berkelana tanpa parti sebab jika Allah beri kemenangan pd PR ada kemungkinan UMNO akan dibubarkan. Atau UMNO hanya akan di anggotai manusia jahat sebab anggota lain yg ramai dan baik tu akan
berpalibg tadah.

Scorpion said...

Salam semua,

Jelas terbayang pembahas Din Melaka mengutuk UMNO sedangkan di Melaka sendiri rata rata tidak ramai yang melutut mahukan PR walau apa pun yang dipusingkan PR menjelang PRU 13.

Benar ,power corrupts siapa juga yang memerintah.Kalau tidak masakan Beng Hock terjun bunuh diri bagi menutup corruption boss DAP mereka.Anuar PM wannabe tidak korup itu satu Malaya tahu.Baik punya manusia si Anuar PR ini.Saya tidak nampak PR dapat menguasai Putrajaya pun kerana mereka tidak ada kekuatan, tidak berpengalman mentadbir negara dan masih belum sebulu dalam pakatan itu sendiri.Anuar bukanlah contoh manusia yang baik.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan Lat Juno, sukalah saya memberitahunya bahawa perjuangan PAS ialah demi menegak serta menegapkan sebuah negara Islam Malaysia dengan perlembagaan negara berasas, berpaksi dan bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Dengan demikian, lahirlah "baldatun toyyibatun warabbun ghofur".

Lat Juno janganlah terlalu singkat fikiran. Mustahillah sebaik-baik memenangi PRU ke -13 ini dalam sedikit masa lagi nanti, PAS terus sahaja dengan mudahnya melaksanakan sistem pemerintahan Islam, sedangkan UMNO walaupun sudah 56 tahun berkuasa sebagai pemerintah Malaysia masih tidak terdetik sedikit jua untuk mematuhi perintah Allah sehingga UMNO rela menjadi fasiq.

PAS tetap berpendirian sentiasa istiqomah dalam perjuangannya bagi mencapai matlamatnya itu. PAS menyandarkan keyakinan yang utuh pada JANJI ALLAH untuk memenangkan jihad Islam apabila sampai masanya, biarpun bertahun-tahun lamanya lagi.

Maka Lat Juno tidak perlulah meletakkan senario andaian saudara itu. Hanya mereka yang beriman kental sahaja yang yakin bahawa PAS pasti akn dianugerahi kejayaan oleh Allah sebagaimana janji-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak sekali-kali memungkiri janji-Nya.

Oleh yang demikian, bersabarlah, berusahalah dan bertawakallah kita, kerana kita orang beriman.
Insya-Allah, kejayaan akan menjadi milik kita pada suatu hari nanti.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin.

Terima kasih kpd.Sdr.Din Melaka dan Sdr.Yangretibase kerana menjawap tulisan saya.

Sdr2 gagal menghuraikan persoalan sebenar.

PAS mempunyai matlamat perjuangan yg.sangat murni.

Salah satu drp.nya ialah: Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Ini sangat membanggakan.

Walaubagaimanapun 'tindak-tanduk' perjuangan tidak selari dengan matlamat itu.

Matlamat perjuangan murni ini telah dirosakkan oleh dua pemimpin PAS.

1.PAS telah mengkafirkan UMNO, memfasiqkan UMNO,menyebabkan perpecahan orang2 Islam dlm. UMNO dan PAS serta penyokong mereka di luar parti.( Amanat TGHA).

2.Memfitnah kononnya UMNO menolak Islam,menolak hukum2 Allah dlm.AlQur'an dan AlSunnah serta UMNO murtad.

3.Bersengkokol dgn parti yang jelas benci Islam untuk menumbangkan UMNO (Islam).

4.Bertindak membelakangi AlQur'an dan AlSunnah.
- Boleh bersahabat dgn syaitan,
- Mengatakan Allah pun mencarut,
- Mengatakan Nabi Muhammad, masa dilahirkan, samalah dgn mamat2 lain,
- Mengatakan semua ayat AlQur'an
politik,
- Mengatakan Allah duduk bersila di atas arasyh,
-
5. TGNA dan TGHA menghina nama Allah dgn membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh orang2 bukan Islam.
Tak kena gaya syirik.

Sila rujuk dan fahami Surah Al Maidah ayat 73.Fahami juga ayat 51.

Mereka perlu bertaubat kpd Allah dan memohon maaf kpd orang2 Islam Malaysia.

PAS tidak mampu mencapai matlamatnya selagi PAS dipimpin oleh dua ulama' besar ini.

PAS perlu dipimpin oleh orang2 yang bijak dan berjiwa besar.

Semua parti mengimpikan sebuah negara yg aman,makmur dan mendapat keampunan Allah ( baldatun toyyibatun warabbun ghofur ,surah Saba' ayat 15 ).

Angkuh,sombong dan takbur memusnahkan kemurnian perjuangan.


Salam hormat.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).