Saturday, January 12, 2013

Simulasi Pilihan Raya: Antara Altruisme dan Cinta Demi Cinta


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

MUTAKHIR (15 Jan) - Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin hari ini mengakui spekulasi  tentang penggantunganny dari tugas oleh bank tersebut disebabkan oleh pandangannya mengenai keputusan pilihan raya 2013.

Minggu lalu, Straits Times Singapura melaporkan Azrul memberi ramalan pilihan raya umum ke 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti tipis sebagai salah satu daripada tiga senario yang mungkin berlaku.
Apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini, Azrul mengesahkan beliau telah digantung.

“Ya, itu benar,” katanya. – Malaysian Insider


POSTING ASAL

SALAH satu kaedah terbaru dan canggih meramalkan atau memastikan sesuatu peristiwa adalah simulasi berkomputer atau dalam bahasa Inggeris, computer simulation. Kaedah ini juga dikenali sebagai permodelan berkomputer atau computer modelling.

Hari ini, pelbagai peristiwa dan kegiatan boleh disimulasikan. Misalnya penerbangan. Juruterbang dan juruterbang pelatih kini menghabiskan sama banyak masa “terbang” di dalam kamar simulasi dengan di dalam kapal terbang.

Jadi, apabila ketua ahli ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin menggunakan kaedah itu dan meramalkan yang Pakatan Rakyat (PR) akan mengatasi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, kesannya tentulah menggegarkan, terutama bagi sesiapa sahaja yang faham kaedah tersebut.

Beliau memberitahu sebuah forum ekonomi di Singapura bahawa menurut kiraannya, PR berkemungkinan memperoleh 97 hingga 107 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, tetapi tidak cukup untuk membentuk Kerajaan.

Ramalan beliau disiarkan oleh akhbar The Straits Times, Singapura dan dipetik beberapa portal berita alternatif di Malaysia. Seperti dijangka, Bank Islam secara tegas menjauhkan diri daripada ramalan ketua pegawai ekonominya itu.

Saya yakin, bukan Azrul Azwar seorang sahaja yang mempunyai kepakaran, perangkaan dan komputer yang cukup kuat untuk membuat simulasi seperti itu. Mungkin ramai yang lain telah melakukannya cuma tidak menghebahkan penemuan mereka.

Beliau turut meramalkan yang kemenangan tipis PR itu akan menyebabkan pasaran saham jatuh akibat tindak balas sentak lutut (knee-jerk) dan kebimbangan jangka panjang mengenai kestabilan.

Saya telah pun sedikit sebanyak menyentuh hal ini. Pertama, cakap-cakap pilihan raya yang meleret dan berpanjangan telah pun mempengaruhi harga di Bursa Malaysia, khasnya dan dalam arena ekonomi, amnya.

Pada mulanya, pasaran saham bertindak positif. Harga dan jumlah dagangan naik. Tetapi apabila PRU tidak berlaku dan cakap-cakap mengenainya berlarutan, pasaran mula “bimbang” dan harga menjadi tidak menentu.

Contoh klasik kepada ketidaktentuan ini adalah kejatuhan harga saham Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Felda Global Ventures Berhad yang diuar-uarkan sebagai mercu kejayaan dasar ekonomi Barisan Nasional.

Selain itu, pasaran juga menyaksikan banyak usahawan tergesa-gesa mengapungkan syarikat mereka melalui tawaran permulaan awam (IPO) manakala yang lain pula membeli balik saham syarikat mereka daripada orang ramai melalui privatisation.

Ini ditambah pula oleh pengaliran keluar modal/wang, selain daripada pengaliran pembayaran biasa. Ada tanda-tanda menunjukkan ramai juga usahawan dan pemodal tempatan yang menghantar keluar modal/wang mereka ke luar negara setiap kali PRU diadakan.

Hal ini berlaku kerana kita mengamalkan dasar pasaran bebas dan dasar tukaran mata wang terbuka, yang membolehkan usahawan dan pemodal membawa masuk dan keluar wang dengan mudah.

Lagipun, taat setia sesetengah usahawan dan pemodal kita kepada negara bukanlah altruisme (bukan semata-mata kerana cinta demi cinta) tetapi kerana Malaysia memberikan mereka peluang mengumpul kekayaan.

Di mana-mana negara pun, khasnya yang mempunyai sistem politik stabil seperti Malaysia, usahawan dan pemodal akan berasa bimbang kalau ada tanda-tanda mungkin berlaku perubahan besar dan mendadak.

Seperkara lagi, usahawan dan pemodal sama ada tempatan atau asing akan membandingkan dasar dan rancangan kerajaan yang sedia ada dengan apa yang dijanjikan oleh pembangkang.

Tidak seperti masyarakat umum yang tidak banyak mengetahui mengenai ekonomi, usahawan dan pemodal bukan sahaja membaca daripada media arus perdana dan alternatif, tetapi mereka juga mempunyai pelbagai saluran untuk memperoleh maklumat mutakhir dan membuat perbandingan serta penilaian.

Kesimpulannya, apa yang dilaporkan oleh The Straits Times dan media alternatif mengenai ramalan dan unjuran Azrul Azwar itu bukanlah sesuatu yang luar biasa atau di luar dugaan. PRU yang bakal menjelang menjanjikan persaingan yang hebat di antara BN dan PR. Wallahualam.

59 comments:

Unknown said...

Kerajaan BN hari ini seperti ada kegusaran, kebimbangan, kekalutan dan keresahan untuk kembali kepada rakyat.
Ramalan demi ramalan, kajian demi kajian lama-lama bercempera. Bekas menteri tidak banyak membantu kerana rekod lama menghantu.
....

Quantum Metal Consultant said...

Apabila pilihanraya masih tidak berlaku hingga ke saat ini, semuanya berpaksi kepada perkara utama iaitu Najib masih tidak yakin BN akan menang majoriti dan lebih takut Najib sudah tahu BN akan kecundang !

Tidak ada alasan lain selain ia tetap berputar sekeliling isu di atas.

Alasan-alasan lain - remeh.

Ketakutan Najib itu tidak semestinya betul.
Ketakutannya kerana dia tidak dapat membaca 'fikiran' rakyat.

Sesuatu yang Najib mesti tahu bahawa dia perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat. Sebahagian rakyat yang tolol memang ada di mana-mana negara.

TOOLBOX said...

Datuk

Beliau memberitahu sebuah forum ekonomi di Singapura bahawa menurut kiraannya, PR berkemungkinan memperoleh 97 hingga 107 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, tetapi tidak cukup untuk membentuk Kerajaan

Sedikit pembetulan bukan PR tetapi BN seperti yang dilaporkan di sini.

Selain "syok sendiri", faktor yang menyebabkan BN tewas di Selangor pada PRU lepas adalah kerana pemimpin tertinggi tidak mendapat maklumat yang tepat, hanya diberikan maklumat yang menyedapkan telinga sahaja. Maklumat seperti yang datuk tulis ini akan disapu ke bawah karpet, tidak sesuai untuk dijadikan sebagai "kipas" kepada pengampu.

Saya tidak nampak BN khususnya UMNO benar-benar belajar dari kesilapan atau ingin berubah, semua hanya retorik.

Dengan kajian yang dibuat disokong oleh kelulusan dan pengalaman lebih 10 tahun, saya berpendapat Azrul Azwar Ahmad Tajudin profesional dalam memberi pandangannya. Mungkin tatacara dan platform yang dipilih tidak tepat atau sesuai, namun sebagai rakyat Malaysia yang waras saya menerimanya dengan fikiran terbuka, jadi pemangkin untuk saya berfikir dan tidak terus lena diulit mimpi-mimpi ETP, NEP, NEM dan seumpamanya.

Tahniah kepada Azrul Azwar Ahmad Tajudin kerana jujur dan berani!

Toolbox

wankamarul701 said...

Ramalan Tun Daim suatu ketika dahulu berlainan. Sekiranya pada mulanya beliau mengatakan bahawa hanya Kelantan dan Pulau Pinang sahaja selamat buat Pakatan Rakyat. Kemudian beliau mengatakan bahawa Melaka, Johor dan Pahang sahaja yang selesa buat Barisan Nasional.

Isu sekarang yang terjadi isu kalimah Allah. Ini sudah tentu memberi laba yang besar kepada BN. BN sebelum ini pandai bermain isu berjaya merampas Terengganu daripada PAS pada tahun 2004. Pendek kata, sekiranya BN pandai bermakin isu-isu semasa ia akan memperolehi sokongan yang besar dan dapat memancing undi.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn. izin,

Dato' kata," PRU yang bakal menjelang menjanjikan persaingan yang hebat di antara BN dan PR."

Setuju, tetapi tidak setuju ramalan Azrul Anuar iaitu PR akan mengatasi BN. BN akan mengatasi PR.

Ahli2 PAS sangat tergoda dgn. 'perwatakan' DAP hinggakan TGNA menggelarkan LGE sebagai Omar Abd. Aziz yang sekarang sedang menerapkan pemerintahan cara Islam di Pulau Pinang.

Bila tak kedengaran lagi," Over my dead body." drp. KS,TGNA sangat teruja kerana itu tanda DAP sedang menghayati Islam. Din Melaka sama tergoda hingga sanggup kata banyak perkara yang DAP buat 'lebih Islamik' drp. UMNO.

Saya pulak nampak PAS ni macam 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'.

Empat tahun berlalu,menghayati Islam, setahu saya tak seorang pun pemimpin DAP atau ahlinya, memeluk Agama Islam. Tindak tanduk mereka pun tidak Islamik.

Provokasi mereka berkaitan penggunaan nama ALLAH dlm bible Bahasa Melayu sangat berjaya. Perpaduan pemimpin PAS berkecai.

Kalau PAS masih belum arif 'lakunan' DAP ni..tak tahulah apa nak jadi.Apa'jampi' yang DAP yang begitu mujarab hingga PAS dari Serambi Mekah pun tersungkur di kaki LGE. Hebat !!.

Saya yakin PR ada kelebihan kerana pertambahan penyokong,Melayu Islam PAS,yang digula-gula DAP.

Sokongan kental China bandar dan Melayu PAS satu kelebihan.

Walaubagaimanapun saya yakin BN akan mengatasi PR tetapi tak cukup mantap.

Oleh itu SANGAT PERLU penyokong PAS mengundi UMNO/BN dlm PRU 13 bagi menstabilkan politik dan mengukuhkan ekonomi Malaysia, NEGARA KITA.

Salam hormat.

Efazahra said...

Bak lagu P. Ramlee - Berkorban apa saja; Harta ataupun nyawa; Itulah kasih mesra; Sejati dan mulia.....-Tanyalah hatimu...

abdullahngah said...

Saya dapat maklumat bahawa pada 13 Mac 2013 hari dan tarikh pernamaan calon.

Dan 23 mac 2013 hari Sabtu cuti sekolah,hari mengundi PRU 13.

Saya belum boleh setuju dengan ramalan PR menang tipis PRU nanti.

Mengapa? canangan PR menang PRU 13 hanya pada kata kata.

Hal ini pernah berlaku pada PAS di Terengganu bahawa PAS menang dan memerintah dibanyak PRU umum.

Akan tetapi tidak pernah menjadi realiti, kecuali pada PRU 1999.

Itu pun dianggap oleh kebanyakan pucuk pimpinan PAS menang kerana umno.

Pada saya BN menang PRU 13 lagi walaupun tipis yang barangkali boleh menggugat dek kegiatan MP lompat parti.

Lompat parti bukan saja berlaku dalam BN, malahan turut berlaku pada PR sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Mengapa BN masih menang PRU 13.Pertama pengundi di Malaysia ini majoritinya orang kampung disamping pengundi rasional umno yang tidak akan beri undi kepada PR.



Hasani Mokhtar Sungai Isap Kuantan said...

Seorang kawan yang saya tahu berkecuali menulis sesuatu di Facebooknya. Dia seorang dayak dari Kapit, Sarawak.

"Agama adalah sesuatu yang sensitif. Kenapa hari-hari buka saja TV terus ada berita tentang agama. Baca surat khabar pun sama.."

Berita ini buatkan saya tersentak. Dalam diam rupanya kita terlupa akan kawan kita di Sabah Sarawak yaang merasa terkilan dengan cara kita menangani masalah agama. Cara mempertahankan Islam dengan menyelar agama lain bukanlah cara yang bijak, malah melemahkan islam sendiri dalam jangka masa panjang.

Mantinns said...

Pada tampalan lepas Datuk ceritakan tentang manik koran. Seorang lagi yang watak seangkatan dengan nya yang Datuk tidak ceritakan ialah tukang tenguk nasib. Tukang telik nasib ini lain sedikit. Mereka ini dalam kalangan orang India tua. Mereka tidak merayau ke kampung kampung. Mereka duduk di bandar di depan kedai menanti orang lalu lalang. Mereka menelik nasib orang dengan bantuan burung bayan ( Bird asissted forecasting.. haha) . Ramai yang percaya dan ramai yang terpedaya.

Masa berubah. Peranan burung diganti komputer. Yang mana satu sains, yang mana sihir dan yang mana syirik.

Unknown said...

Apa yang dijanjikan oleh Anwar kepada pelabur pelabur,  dalam bentuk apa sekali pun, pelaburan mereka pasti akan dapat pulangan yang berganda besar jikalau PR memerentah nanti.

Kepada Soros, sistem democrasi keuwangan babas ala Soros akan bermaharajalala didalam sistem keuwangan Malaysia nanti. Satu pulangan kepada Soros yang akan menjadi kenyataan.

Tetapi kepada Ambassador John Malott pula, pulangannya berbentut, pulang batu buah keras. Dapat dia berkerjasama dengar Anwar untuk mehapuskan  22 tahun legasi Mahatdir, pucut dicinta ulam mendatang. 

Rupanya Azul saorang penyelidikan pasaran dari Bank Islam dan juga saorang   ahli jawatan kuasa kepada pati politik , PKR Bahagian Putrajaya. Azul ialah salah saorang yang difahamkan juru kader daripada 128 propagandis, hantu raya politik kepada Anwar. Apa yang dijanjikan oleh Anwar kepada Azul  adalah satu pertanyaan, mungkin Shamsidar lebih tahu apa yang dijanjikan.

Walaubagimanapun, Janji Misti Ditetapi dan Brother Anwar Bin Ibrahim ialah saorang pemimpin yang difahamkan tidak mungkir dengan janji janjinya, Wallahualam.

mohd paizal said...

asal tak jadi kekacauwan aku rasa perkara ni tak akan banyak berubah.....itulah penting kita umumkan tarikh pilihan raya secara tetap supaya .....rakyat dan ahli politik tahu bila nak berkempen dan bila nak buat kerja....sebab rakyat malaysia dah nak menuju minda negara maju.....

Unknown said...

SALAM DATO. Sekarang kita ada banyak pilihan tidak seperti dulu kalau kapal layar memang itu sahaja tapi sekarang kita sudah dihidang dengan pelbagai pilihan maka pilih la sahaja yang kita fikirkan akan membawa faedah kepada rakyat dan negara. Cerita dia sama sahaja kalau dulu kat kampong ada satu kedai mahal ke murah ke terpaksa beli juga tiada pilihan tapi sekarang berlambak tinggal pilih nak itu nak ini boleh sahaja ikut citarasa kita. OK DATO ITU SAHAJA NANTI SAYA BAHAS LAGI...WASSALAM.

Langitbiru said...

"Saya telah pun sedikit sebanyak menyentuh hal ini. Pertama, cakap-cakap pilihan raya yang meleret dan berpanjangan telah pun mempengaruhi harga di Bursa Malaysia, khasnya dan dalam arena ekonomi, amnya".

Saya sangat setuju dengan Dato'. Gendang pilihanraya dipalu oleh Najib berkali kali, TAPI PRU tak muncul-muncul!!!

DAH BERAPA KALI NAJIB ronda seluruh Negara. Sabah 3-4 kali, Penang 3-4 kali, Kelantan 2-3 kali, DAN SETIAP LAWATAN, dikhabarkannya seolah-olah esok lusa akan pangil PRU13. TAK PERNAH PM sebelum ni ronda Malaysia macam Najib buat.

TUKANG-TUKANG RAMAL pun dah boring dah nak ramal bila PRU. Majoriti rakyat pun dah tak kisah bila Najib nak panggil PRU. SEBAB dah pasti hanya HITUNG HARI sahaja pRU akan berlaku.

MENGHITUNG hari-hari kejatuhan Rejim UMNOBN, InsyaAllah.

KENAPA NAJIB TAK PANGGIL AWAL-AWAL, HINGGA KE GARISAN PENAMAT BARU NAK PANGGIL PRU?

TAK LAIN TAK BUKAN KERANA NAJIB TAK YAKIN BOLEH MENANG!!!

Najib bukan seorang "fighter". Hemmm, kalau Najib seorang fighter, awal-awal lagi DEEPAK TU dilenyek-lenyeknya. Seperti biasa, banyak perkara NAJIB buat PEKAK BADAK. Sekonyong-konyonglah menteri lain tolong jawab, terutama nya Zahid Hamidi, Pak Rais Muzium, dan Menteri AMARAN sepupunya.

APA AGAKNYA DALAM MINDA NAJIB TENGOK HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI S.MERDEKA?

Sangat melucukan bila orang UMNO dakwa para hadirin dibayar seorang RM150. Mana nak cari duit nak bayar lautan manusia. HANYA UMNOBN yang korup, tiada lain MELAINKAN KORUP, yang mampu bayar orang yang hadir dalam program depa. Mana dapat duit? DUIT RAKYAT.

Mana tidaknya, anak menteri umur 20an TAK PERNAH PIJAK ATAU TERPIJAK TAHI LEMBU dapat RM250juta ternak lembu!!!

TAK DAK ILMU mengenai sistem pertahanan negara dapat projek bina pusphanas. Projek tak kemana , buta dapat 160juta.

TU BARU 2 KES BANGSAWAN UMNO YANG TERBOCOR KPD RAKYAT. UMNO ADA LEBIH 200 ORANG KETUA BAHAGIAN. AGAKNYA, DAH BERAPA BILLION WANG RAKYAT MASUK POKET KRONI UMNOBN????

LUMPUR, Jan 12 – Datuk Seri Najib Razak has promised constant reform from Umno and the government, saying tonight his party was “open to criticism”.

The Prime Minister’s pledge came hours after thousands of Malaysians thronged the capital city to air their disappointment with the ruling Barisan Nasional (BN) government on various issues.

“Umno will always practise openness, to criticisms, and suggestions to improve the party,” Najib (picture) said when launching the party’s media appreciation dinner here.

SORRYLAH NAJIB, DAH TERLAMBAT. 2 KES DIATAS, KONDOLEMBU DAN PUSPAHANAS (PASCA PRU12, KALAH 5 NEGERI)MENUNJUKKAN UMNO TAK PERNAH BERUBAH, TAK AKAN BERUBAH.

BYE-BYE NAJIB!!!

ab said...

Salam dato,





Tajuk dato ni kelabu sikit, cinta demi cinta tu mai kut mana dalam simulasi pilihanraya ni?





Saya sangat takut jikalau semua `economist/ analysts' disemua bank dimalaysia BUAT DAN CONTROL analisa PR13 ni,(kalau berterusan selepas itu dan sepanjang masa lgi la menggerunkan),LEBIH LEBIH LAGI bank bank yang beri PINJAMAN TERBESAR kepada kerajaan... bolih di`rancangkan' kejatuhan dan kenaikan nilai saham,nilai bon,nilai ringgit dan bolih naikan interest rate untuk pinjaman kerajaan dan semua rakyat malaysia..




Dengan bahasa mudah bolih bank bank ini TELAN KITA SEMUA sepanjang masa, cuma telan lebih banyak pada masa tertentu.....IKUT PLAN DEPA setiap masa.....



Orang berniaga sentiasa mencari `jalan' untuk menambah/buat untung...mana ada altrueism punya.


Tenguk keadaan diUSA....,

DiUSA, `Federal Rreserve' tu adalah bank bank komersial dari awal tahun 1900an adalah Citigroup, JP Morgan Chase,BoA dan Well Fargo..



Bank bank ini cetak duit dan pinjamkan kepada treasury, kenakan interest dan bank bank bank ini diKECUALIKAN dari cukai pendapatan.
Akaun dan maklumat perniagaan mereka TIDAK BOLIH diumumkan dan rahsia mereka sahaja.




TENGUK APA depa buat kat USA, tiap tiap tahun depa `manipulate' data
dan forecasts...depa `shorts' dan `longs' saham,duit,bon,insuran dll, dan setiap tahun depa untung juga..FEDERAL RESERVE (BANKS) tidak pernah rugi sejak ditubuhkan
pada 1913.




Kalau saya tidak silap federal reserve (banks) ini adalah kepunyaan 8 atau 10 keluarga yahudi dari tahun 1880an lagi....dan masih lagi dikuasai keluarga keluarga tersebut hingga sekarang...dan kesemuanya dari kelab freemason.




So dato, jangan `terpesona' sangat dengan model model pakar pakar ekonomi ni....SELALU SALAH dari selalu betul...untuk pengetahuan am ok laa..



`PAKAR' ekonomi dan `pakar' politik itu anwar ibrahim kata bolih buat parlimen baru dan kabinet baru dari satu bulan sembilan sampai dah berapa kali sembilan pun duk macam tu juga...!



Simulasi yang `kat depan mata' saya ialah BN akan menang, dan menang lagi banyak kerusi...apa pun kena tunggu sampai selepas pengiraan undi, itu adalah yang `final '...



Abu Bakar Ab Rahman

OKJ said...

Salam DAKJ

Setelah berbakul-bakul Dato’ menghentam Dato’Seri Presiden, Datin seri, UMNO dan BN secara tersurat dan tersirat, izinkan saya memberikan sedikit pandangan.

Pertamanya, bila saya kata Dato’ orang kuat Anwar, Dato’ marah. Tapi bila Anwar sebut pasal Altantuya, Dato’ ikut. Koncu dia sebut pasal towkey karpet, Dato’ ikut juga. Macam burung kakak tua. Fakta ke, auta ke , belakang kira. Amalan nepotisme dalam PKR pun, Dato’ setuju. Berapa banyak contoh lagi yg saya nak senaraikan?

Isu terbaru, pakar EKONOMI bercakap mengenai POLITIK, Dato’ ulas juga. TAPI, kenapa tak cakap pula pakar ekonomi tu ahli PKR Putrajaya. Kenapa banyak sangat bias dalam artikel Dato’ sejak dua menjak ni? Tak bolehke Dato’ bezakan antara fakta dan auta? Dimanakah etika kewartawanan Dato’ sebelum ini? Dah dibuang ke dalam longkang ke?

Akhir kata, apa salahnya, kita menunjukkan sikap yg baik terhadap generasi muda sekarang. Sentiasa bercakap mengenai fakta, bukannya auta, tidak bias, bukan fitnah dan bukan dari khabar angin (lepas tu, suruh yg dituduh menafikannya).Sekian TQ.

Yangretibase said...

Assalamualaikum DAKJ, Sdr. Lat Juno dan semua,

Seseorang yang kental serta murni imannya serta taqwanya kepada Allah SWT sekali-kali tidak akan mencari alasan, sementelahan pula alasannya itu sangat longgar lagi rapuh, untuk "menolak" perintah al-Quran.

Sebaliknya, orang yang beriman serta bertaqwa itu wajib berusaha bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menunaikan perintah al-Quran dengan sedaya upayanya. Dia sedikit pun tidak berasa ragu-ragu untuk menerima 'kebenaran' al-Quran.

Dengan kata lain, tidak terdetik di hatinya walau sebesar zarah jua akan 'perasaan kurang senangnya' terhadap kehendak al-Quran.

Dalam isu yang berkaitan ini, mengapa Lat Juno tergamak "menolak" bulat-bulat perintah ayat 44 daripada Surah al-Maidah dengan alasan "undang-undang berkenaan tidak ada"?

Janganlah sekali-kali Sdr. Lat Juno berprasangka buruk terhadap Allah SWT. Sesungguhnya, Allah SWT tidak sekali-kali memerintahkan manusia melakukan sesuatu yang manusia tidak mampu melaksanakannya; tetapi, manusialah (UMNO) yang sengaja mengingkari Perintah Allah itu.

Sangat zalimlah Allah SWT sekiranya Dia memerintahkan manusia melakukan sesuatu yang mustahil dilakukan oleh manusia. Maha Suci Allah SWT daripada bersifat zalim.

Wassalam.

awangbatuburok said...


Salam perjuangan dan Kebangkitan Datuk,

Biasanya proses "simulasi" memerlukan sedikit data dan beberapa andaian sebagai "input" kpd proses tersebut. Maka banyaklah perbahasan yang boleh berlaku keatas proses simulasi tersebut yang kadangkala berkisar lebih kapada perbahasan akademik semata-mata.

Saya sangat berharap YBgia Datuk tolong jenguk-jenguk lebih sedikit kapada isu-isu yang berkait rapat dengan "denyut nadi rakyat" yang semakin sesak nafas sekarang ini akibat kebobrokan pemerintahan negara yang semakin "tak ketahuan" sehinggakan tergamak "merompak" khazanah negara dan hartabenda
rakyat. Sudilah Datuk beri sedikit pencerahan keatas apa dah jadi dengan Projek Lembu-condo, Wang KWSP dalam saham Felda, Wang Tabung LTAT, Tanah Rakyat diPengerang, Wang Pampasan Mangsa Buruh K-api WW2, Wang komisyen Kapalselam, Wang Royalti Petroleum untuk rakyat Terengganu dan Kelantan, Kenaikan hargabarang dan cukai, Saman ekor dan AES dll.

Rakyat dah makin sesak nafas kerana diasak kesusahan yang tak mampu diselesaikan dengan BR1M rm500-rm1000 untuk tempuh 5tahun akan datang....wallahualam.

Unknown said...

Aslkum Dakj

Syabas dan tahniah kerana membuat paparan yg cantik jauh sekali dari bias, dan auta.

Agaknya org yg hatinya hitam legam saja tuduh org lain auta sedangkan dia dan pujaannya lah tukang suta no satu.

Saya tak pernah fikir Dakj ada menghukum atau membuat kesimpulan negatif terhadap pimpinan UMNO berkaitan beberapa isu spt ALTANTUYA dan DEEPAK. Cuma Dakj sebagai rakyat Dakj tidak mau PM negaranya mendiamkan diri macam tikus terhadap tuduhan yg dilempar terhadap beliau.....mengalahkan deorang pondan.

PM yg hanya berani berdebat sebelah pihak di perhimpunan UMGOK atau di depan kamera tv tiga suku.

Apa salahnya pakar ekonomi ahli PKR? Yg salah kalau seseorang tu kerja dgn SPR tapi kalahkan ahli UMNO dalam tutur kata dan tingkah laku.

Walaupun saya mau UMNOBN kalah tapi saya sangat risau. Dengan entah berapa juta pengundi hantu, syaitan dan iblis yg ditanam SPR dan JPN apakah pakar ekonomi itu masih yakin UMNOBN akan kalah?

Kalau masih ramai Melayu dan India tergolong kstegori ngok PM senyum sinis sahaja dgn ramalan spt itu.

Kecuali kalau 55% Melayu dan India sokong PR. 70% undi Cina memang sudah dalam tangan.

Ayuh jadilah Melayu bijak kali ini.

A KADIR JASIN said...

Para pembahas dan pelawat sekalian,

1. Tidak menjadi masalah bagi saya kalau ada yang mengutuk dan melemparkan tuduhan terhadap saya.

2. Saya dituduh penyokong tegar Anwar oleh penyokong tegar Mohd Najib. Saya dituduh penyokong tegar Umno/BN oleh penyokong tegar Pakatan Rakyat.

3. Terpulanglah kepada mereka membuat andaian dan kesimpulan. Cuma saya rasa saya cukup mengenali Anwar dan Mohd Najib. Saya kenal Mohd Najib secara peribadi mulai tahun 1977 apabila saya temu ramah beliau untuk akhbar The Business Times. Waktu itu dia masih bujang. Saya mula kenali Anwar secara peribadi sebaik saja dia masuk Umno pada tahun 1982.

4. Saya pernah jadi sahabat dan pernah jadi "kuli" mereka. Saya yakin mereka tahu apa yang saya ketahui menegai mereka dan apa yang mereka "lakukan" untuk dan ke atas satu sama lain. Ingatlah, selama 16 tahun Anwar menjadi putera mahkota Umno dan Mohd Najib menjadi "second fiddle" sehinggalah (Tun) Abdullah Ahmad Badawi hampir tewas dalam PRU 2008.

5. Lagipun, yang hendak kita bincangkan di sini bukan saya, tetapi apa yang saya bitulis.

Terima kasih.

Lat Juno said...

Assalamualaikum Dato' dgn izin.

Dato', saya rasa saya faham apa yg. dimaksudkan oleh OKJ.

Saya ringkaskan begini.Saya tidak membaca tulisan Dato' dlm blog ni dah lebih 3 tahun. Hanya baru2 ni je saya mula semula.

Saya dapat kesan ada dan rasakan perbezaan dlm.tulisan Dato' dulu dan skrg.

Dato' lebih berani dan 'laser' sikit terhadap kepimpinan kerajaan ( BN ).

Saya tak kisah sangat asalkan tidak keterlaluan seperti tulisan Sdr. Yangretibase ni.

Sdr.Yangretibase,saya harap fahamilah tulisan saya jgn. terlalu ghairah nak membidas.

Berkaitan ayat 44, Surah AL Maidah saya tulis, " Undang2 berkenaan tidak ada.Tidak ada sesiapa yang mempunyai kepakaran menggubalnya.Undang2 ini sebenarnya dlm pembangunan."

Undang2 bertulis belum ada lagi jadi mahkamah tidak mampu memutuskan berasaskan ayat ini.PAS kata dia boleh jadi lahirlah hukum hudud yang saya sebutkan tu.

Sdr.tuduh saya menolak AL Qur'an. Ya Allah..Itu tak benar sama sekali. Nadanya sama seperti TGNA menuduh UMNO menolak Islam.

Saya minta Sdr.membuat permohonan ma'af dlm blog Dato' ni kerana tuduhan itu sangat berat.

Salam hormat.

CT Tanjung Perak said...

Salam.

Tsk tsk tsk...kasihan baca rintihan saudara OKJ yang kecewa masih tidak dapat membaca dan dengan itu gagal mempengaruhi pemikiran Dato’ The Scribe! Akhirnya, saudara OKJ hanya mampu membalas kritikan bernas dan membina dengan cacian jengkel yang menghina lagi memualkan.

Tapi yalah, nak marahkan OKJ seratus peratus pun tak boleh sebab kalau sudah gurunya kencing berdiri maka anak murid kencing berlari.

Suatu hari saya ditanya , “awak pilih Najib atau Anwar?” Cepat saya jawab, “Dua –dua saya tak mahu!”

Kemudian ditanya lagi, “awak mahu BN atau PR?” Pantas juga saya jawab, “BN!”

Dan ditanya lagi “kenapa BN?”

“Sebab saya tidak nampak hala tuju anak cucu saya kalau PR memerintah. Sekurang-kurangnya saya dah lihat rekod BN.”

“Tapi tadi mengapa kata tak mahu Najib dan Anwar. Kalau BN menang tentulah Najib yang jadi PM,” diasaknya lagi saya.

“Sebab dua-dua Najib dan Anwar pakai topeng yang sama dan modus operandi politik mereka tidak jauh beza. Dan tak semestinya kalau BN menang Najib jadi Menteri Perdana.”

Dalam perkara 40 Perlembagaan Negara antara lain menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) MELANTIK SEORANG PERDANA MENTERI;
(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,

Jadi Sdr OKJ, janganlah main hentam keromo tibai Dato’ The Scribe. Kalau Sdr OKJ ikuti dan amati betul-betul tulisan Dato’ The Scribe, saya percaya Sdr OKJ tidak akan marah membuta tuli sebab Dato’ The Scribe bercakap ikut fakta. Sdr OKJ cakap ikut sedap mulut sama macam penyokong tegar parti pembangkang. Bila Dato’ The Scribe kritik PAS mereka kata Dato’ The Scribe barua Umno tapi bila Dato’ The Scribe kritik kerajaan, Umno dan Najib, Sdr OKJ kata dia dah campak etika kewartawanannya ke dalam longkang. Jadi Sdr OKJ dan penyokong tegar pembangkang 2x5 macam bos masing-masing!

Saya percaya ramai lagi orang di luar sana yang masih sayangkan Umno dan BN, tapi kecewa dan hampa dengan Najib, termasuklah campur tangan isterinya.

Sdr Lat Juno,

Menghayati Islam tidak semestinya memeluk Islam. Orang Islam keturunan pun belum tentu Islam sepenuhnya kalau janji tidak ditepati, dusta dan tipu helah bermain di bibir sentiasa. Kedua-dua ciri ini ada pada sebahagian besar pemimpin BN dan PAS. Kalau DAP bohong, itu memang sudah dasar kafirun.



Mantinns said...

Betulkah rakyat Malaysia sekarang sesak nafas dan melarat. Saya rasa tidak. Penoreh getah masih dapat pendapatan yang baik. Harga getah masih tinggi. Orang Felda pun ramai yang bergaya. Orang berniaga macam tu jugak. Kaki tangan kerajaan tetap naik gaji. Tidaklah teruk sangat kot.

Dengar berita di Eropah pun sekarang ni ada 26 juta orang mengganggur. Di Spanyol kadar penggangguran 13 peratus. Di Mesir 1 juta penduduk tinggal dalam rumah standard kandang kambing. Di China golongan belia berebut minta kerja di kilang Foxconn walaupun khabarnya kilang gergasi elektronik yang mendapat tender dari Apple , Nokia, Samsung dan lain lain memberikan gaji dan terma kerja yang sangat tidak memuaskan.

Yang sesak nafas ada orang yang percaya INI KALILAH. orang politik yang sekian lama menunggu berkuasa. Siapa yang memerintah pun tidak menjadi masalah. Kerajaan dan rakyat masing masing ada peranan.

Kita perlukan kerajaan yang kuat ataupun mahukan rakyat yang kuat. Kita perintah awak demo. Awak perintah kita demo. Bila nak habis da.

Cuma jangan perlekeh bangsa. Andai kata orang Singapura kata rakyat Malaysia melarat, apa kata kita.
Syukur. No nation sabotuer please.

Unknown said...

Askkum Dakj

Nama pun pakar tentulah ada kaedah dan asas2 yg dijadikan panduan sebelum beliau menemui kesimpulan yg memihak kpd PR.

Cuma alangkah bahagianya kita jika rumusan PR menang itu PASTI walaupun UMNOBN TIPU dalam PRU 13 nanti.

Apakata PR tubuhkan pasukan berani gempur untuk halang segala hantu, setan dan iblis dari keluar mengundi sekiranya SPR dan Polis gagal atau tak mampu berbuat demikian.

Kalau tidak 100 tahun lagi pun pemimpin UMNOBN tetap menjadi perompak negara no satu.

Ingat! Bila Mubarak lingkup, bumi Masir tak kiamat pun.

Lahuma said...

Dato.

PRU 13 kian hampir.

Berdasarkan keseluruhan kini kalau PRU 13 diadakan nanti harapan UMNO/BN bentuk kerajaan adalah cerah.Cuma malang harapan UMNO/BN hendak sapu 2/3 jangan mimpi sama sekali.

Rakyat sudah nampak akan untungnya kerajaan dan pembangkang biat seimbang.Rakyat sudah serik dengan kerajaan yang 2/3 selalu angkuh dan lupa pada rakyat.

Pemimpin besar kepala.Anak isteri meraka kembang badan.Rakyat amat muak dengan amalan begini.

Itu pun bergantung sejauh mana PM Najib hendak tonjol calonnya.Kalau calon CINCAI ,ULAQ AYAQ atau ALIM KUCING faham sahaja lah.

Setakat hari ini semua pemimpin Melayu sama ada UMNO,PAS.PKR buat keputusan banyak yang membunuh kaum sendiri.

Yang menagih untung setiap hari DAP dan sekaum dengannya.

Anwar Ibrahim tak layak jadi PM.Dia diperlukan sebagai Ketua Pembangkang.Nak harap Hadi.Mat Sabu ,Nik Aziz tak nampak jalan.

PM Najib juga kena rehatkan Menteri yang tak matang atau lebih berminat nak jadi toke daripada nak fikir masalah rakyat yang terhimpit setiap saat.

UMNO tak salah.Yang menjadi perosak ialah pemimpinnya.

Begitu juga PAS.PKR makin tersimpang drp isu rakyat.Isu mereka rasuah,kroni pembaziran itu memang betul.Tapi apakah dalam rumah tangga mereka bersih berkilat untuk dijadikan tauladan.

Yang nampak jelas semua parti setakat ini cuba alihkan masalah meraka pada cerita lain.Rakyat bukan bodoh macam ayam daging.Semua parti Melayu tenat dan sakit.

Terima kasihlah kerana amalan londeh melondeh pemimpin Melayu akhirnya menjadikan semua pemimpin Melayu tak boleh pakai dikalangan mereka sendiri.

Jika dibuat perbandingan tak siapa pun pemimpin Melayu yang suci dan bersih.

Apa pun PM Najib kena kerja lagi kuat.Setakat RM 500 atau RM 1000 bukan tiket untuk menang mudah.

Sebab itu PM Najib kena pamerkan calon terbaik dari segi agamanya,akhlaknya,pelajarannya.
amanahnya.Apakah bila jadi pemimpin kena wajib hidup mewah .Adakah hidup sederhana merendahkan martabat pemimpin.

Melayu jangan hilang punca dan pertimbangan.

Selamat mengundi PRU 13 nanti.
Calon diutamakan .Parti kemudiannya.

Terima kasih..

x-umno said...

Assalamualaikum Datuk. Izinkan saya.

Penyokong tegar UMNO memang tidak boleh menerima hakikat bahawa Melayu boleh berfikir walaupun mereka dengan gah mengatakan UMNO telah berjaya memberikan pendidikan kepada orang Melayu sejak merdeka.

Saya tidak hairan ramai pengikut blog Datuk yg marah dgn artikel Datuk kebelakangan ini. Mereka menganggap Datuk sebagai spesis seperti mereka yg telah mendapat habuan dari UMNO. Atas anggapan itu, Datuk mestilah membela UMNO walaupun pemimpin UMNO semasa ialah perompak dan penipu rakyat.

Mereka ini juga marah kalau Melayu lain berurusan dgn kaum lain. Hanya mereka saja yg layak beri tanah Melayu dan bisnes pd bukan Melayu.

Mereka tambah marah kalau yg meramal kejatuhan UMNO ialah org Melayu.

Pada saya, parti politik cuma sekadar platform utk mendapatkan kuasa. Jika Islam dan Melayu itu terancam, ianya berlaku atas kerelaan pemimpin Melayu tanpa mengira parti politik kerana kita mengamalkan demokrasi di parlimen.

Ahli Parlimen parti apa pun boleh mengundi utk mengubah perlembagaan. Contohnya jika pembangkang memerintah sekalipun, tidak mungkin ahli Parlimen Islam akan bersetuju jika agama dan raja-raja Melayu dihapuskan di Malaysia ini. Siapa lebih ramai? Kalau UMNO kalah di satu parlimen, yg menang ialah ahli parlimen PAS juga. Malah, banyak kawasan yg diwakili MCA dan MIC yg dicabar oleh oleh calon Melayu/Islam.

Jika pemimpin Islam di Malaysia ini benar-benar jujur dlm melaksanakan tanggung-jawab, mana mungkin Islam atau org Melayu boleh terancam.

Yg akan terancam ialah spesis yg mendapat keistimewaan dari pemimpin pemerintah sekarang.

Memang mustahil PR hendak kalahkan BN sepertimana mustahilnya Tanah Melayu hendak merdeka. Ehem.

x-umno

Unknown said...

SALAM DATO SEMOGA DALAM KESEJAHTERAAN DAN JUGA KESIHATAN YANG SEMPURNA.Isu dato mudah sahaja ialah menjelang PRU13 akan timbul macam cendawan basah pakar2 politik penganalisa bertaraburan namun apakah mereka mendapat menganalisa pemikiran rakyat itu satu persoalan yang bermain dikepala kita. Dari isu tadi YAB perdana menteri merangkap pengurusi BN sudah tentu lebih faham akan keadaan semasa dan terkini daripada penganalisa itu sendiri.

Satu isu lagi penganalisa politik baru2 ini telah mengeluarkan kajian nya dari 14 juta pengundi telah membuat kajian keatas 1081 orang yang mana populariti NAJIB telah
menurun 2% apakah ini apakah kajian ini boleh diguna pakai oleh BN saya rasa langsung tak boleh pakai.

Seamasa PRU12 hari2 dikaca TV sama ada milik kerajaan buat kajian itu dan ini semua nya BN akan menang cemerlang tapi akhirnya apa yang terjadi lain. SEKIAN DULU DATO NANTI SAYA BAHAS LAGI DAH NAK MASUK KERJA...WASSALAM.

abdullahngah said...

sangat salah kita ukur teruk tak teruk situasi sekarang dengan diri kita.

Mengapa? kerana iman kita tidak sama dengn iman orang lain. Akidah kita tidak sama dengan akidah orang lain.

Ekonomi kita tidak sama dengan ekonomi orang lain. akhlak kita tidak sama dengan akhlak orang lain.Pendidikan kita tak sama dengan pendidikan orang lain.

Pendek kata semua apa. termasuk fahaman kita tidak sama dengan fahaman orang lain.

Ibadat kita tidak sama dengan ibadat orang lain.

Demikian juga Islam kita tidak sama dengan islam orang lain.

Kita juga kena ingat umat islam terbahagi kepada 73 puak. Cuma satu puak saja yang diterima iaitu yang ikut Rasulullah SAW.

Manakala 72 puak lagi tidak diterima.Sebab itu amat salah kita andaikan kita tak teruk maka orang lain pun tak teruklah.

Hari ini beriman hanya pada kata kata bukan praktikal .Islam pun, Islam pada baka.Bukan Islam praktikal.

Boleh makan riba boleh makan rasuah.Pendek kata boleh buat apa saja yang kita suka, sedangkan Islam melarangnya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Saya pengundi berparti. Oleh sebab mattlamt saya mengundi dalam Pilihan Raya Umum adalah untuk menubuhkan kerajaan, maka saya tetap berpendirian bahawa saya wajib memilih parti kerana parti yang menang majoriti berhak memerintah negara. Hanya mereka yang tidak berparti atau mereka yang sudah meluat kepada partinya sahaja yang memilih calon!

Buah Kerdas said...

Saya bersetuju dengan kesimpulan yang Dato' berikan, iaitu PRU13 adalah satu PRU yang sengit antara BN yang ditentang PR. BN, khasnya UMNO, tidak pernah segusar sekarang bila berdepan dengan PAS/DAP/PKR.

Dalam PRU 14, 15 dan seterusnya (jika masih ada PRU) peratus pengundi muda semakin meningkat maka semakin sengitlah perlawanan diantara parti-parti yang bertanding. Pengundi golongan muda lebih berpelajaran dan bermaklumat berbanding golongan sebelum mereka. Golongan muda juga tidak terkongkong oleh nostalgia dan mitos yang menyelubungi dan membelenggu minda sebahagian golongan pengundi lama. Jadi, kini kita menyaksikan hari-hari akhir UMNO/BN atau PR menikmati complacency dan apathy pengundi yang memenangkan mereka.

Dato' mengisi tampalan kali ini dengan ramalan Azrul Azwar bahawa keputusan PRU13 memberikan PR antara 97 hingga 107 kerusi. Ini angka yang tidak menyenangkan buat penyokong UMNO/BN kerana jika itu menjadi kenyataan mereka berpendapat, dan mahu semua orang lain turut sama berpendapat, kita akan ada kerajaan yang semakin lemah. Kesian kita kerana subscribe pemikiran yang sedemikian sehingga terlupa bahawa yang sebenarnya amalan rasuah yang menyebabkan sesebuah kerajaan itu menjadi lemah. Majoriti 2/3 atau majoriti 100% atau kuasa mutlak tidak menjamin kelangsungan sebuah kerajaan jika rasuah tidak dijadikan musuh utamanya. Rasuah menyuburkan penyelewengan dan salah guna kuasa yang akhirnya menjelmakan bentuk-bentuk kezaliman dan penindasan. Penindasan melahirkan kebencian dan penentangan.

Saya pengundi saluran 5 tetapi saya membebaskan minda saya dari mitos. Saya berasa mual dengan RTM/TV3 dan akhbar perdana kerana mereka menukar pemberitaan menjadi propaganda keperingkat yang menghina daya intelek khalayaknya.

Unknown said...

Salam Datuk,

Ahli-ahli ekonomi melakukan unjuran atau "ramalan" berdasarkan pemilihan data sedia ada, andaian tertentu, kaedah ekonometrik (gabungan ilmu ekonomi, matematik dan statistik) dan sudah tentunya, peralatan komputer sokongan yang memproses data.

Sebarang perubahan pilihan kepada faktor-faktor di atas (kecuali komputer) akan memberi keputusan yang berbeza sama ada dari segi ya / tidak, tahap ya / tidak dan ketekalan unjuran.

Sekian, dimaklumkan.

Lahuma said...

Dato.

Satu penilaian Perhimpunan 0.040 Juta Stadium Merdeka menejelang PRU 13.

Perhimpunan yang hendak mengubah fikiran rakyat dan pengundi akan perihal dalaman parti dan kepimpinan Melayu kini.

Parti dan kepimpinan Melayu kian tenat.

UMNO ----dgn krisis dalaman dan kepimpinan serta goyangnya sebuah kerajaan dgn isu pentadbiran serta moral pemimpin..

PAS -----dgn krisis nilai hukum hakam,krisis kepimpinan,krisis dalaman,tabung memali,balak di Gua Musang dan moral kepimpinan.

PKR----krisis dalaman ,krisis moral akhlak,kroni anak pinak,isu keyakinan sesama sendiri.

Inilah gaya hidup para pemimpin kita yg dinamakan Melayu.Fikiran rakyat boleh dibawa kehulu kelhilir dengan mainan silap mata,silap telinga,silap mulut serta silap langkah.

Merekalah pengamal rasuah nombor satu.Pelaksana kroni krono yang handal.

Perhimpunan yang menutup segala bangkai pemimpin Melayu kini.

Semoga Allah lahirkan seramai mungkin dan secepat mungkin pemimpin Melayu yang bersih lagi suci untuk memimpin umat Melayu/Islam dan rakyat Malaysia.

Rakyat jangan sama sekali menari akan rentak parti tersebut.Rakyat kena pukul rentak sendiri.

Biar rakyat menguasai parti.
Bukan parti menguasai rakyat.

Oleh itu faktor calon teramat penting.Parti tidak penting sama sekali.

Selamat bersabar menunggu PRU 13.

Terima kasih..

langitbiru said...

Himpunan Rakyat di stadium Merdeka, DAN, Himpunan Masyarakat India Di Semenyih.

Dato' tak tengok ke gambar-gambar kedua-duanya?

Saya merasa sangat sedih dan kesihan melihat gambar-gambar di Semenyih, ramainya masyarakat India yang hidup sangat susah BEREBUT-REBUT UNTUK MENDAPATKAN SEKAMPIT BERAS DARI LORI.

Macam inikah UMNOBN layan masyarakat India???

TAPI, Najib minta mandat lagi 5 tahun UNTUK UBAH MASYARAKAT INDIA. YA LAH, 55 tahun tak cukup nak ubah, kalau diberi 5 tahun lagi BERUBAH KAH?????

AIR SELANGOR masih lagi berdolak dalih, tiada keIKHLASan nak bantu rakyat. KALAU MENANG BARU NAK BANTU, tektik yang dah lama dipergunakan Di Kelantan, tapi tak pernah menangpun.....USAH PERDAYA RAKYAT dengan isu KEPERLUAN UTAMA HIDUP DAN PEMBANGUNAN!!!!

MASA UNTUK BERUBAH

awangbatuburok said...

Salam Sejahtera,

Saya agak keliru bilamana ada pembahas meminta supaya kita semua membuat penilaian dan memberikan pandangan berdasarkan kapada fakta tetapi dalam masa yang sama membuat
kesimpulan bahawa UBN dan PR 2x5=5x2 sahaja kalau memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.

Oleh kerana PR belum lagi diberi
peluang untuk mentadbir negara, apakah asas dan fakta yang digunakann untuk kesimpulan diatas?

awangbatuburok said...

Memahami denyut nadi majoriti rakyat adalah penting bagi seseorang pemimpin negara dan pemimpin masyarakat. Mereka tidak boleh hanya mendengar puji-pujian pencacai yang sentiasa ingin mendapat habuan disekeliling mereka sahaja tanpa turun kebawah kerana selalunya yang sesak nafas adalah rakyat yang berada dibawah bukannya pencacai-pencacai dan kroni yang sentiasa berkeliaran diatas pentas politik tidak kira samada UBN atau PR..

wanzaim said...

Salam Dato'..

Makin teruk BN rupanya ..retak menanti belah .. untunglah siapa sebelum ni dah rasa nikmat kekayaan dari negara Malaysia yang makmur ekonominya sejak dari merdeka.. 2013 masa untuk mereka tukar kerajaan .. dapat tuan baru ... ramai di dalam blog nie berkata ekonomi sudah runcing, rakyat merana, barang naik, jenayah terlalu tinggi, rasuah berleluasa ... tapi ikhlas lah .. betul ke teruk sangat Malaysia sekarang nie .. ??? .. Saya rakyat biasa, berumur 35 tahun,anak dua orang sedang bekerja kuat untuk mencari rezeki, tak nampak pun ada halangan kalau kita ikhlas, berdedikasi, rajin dan komited dengan kerja untuk mencari rezeki yang banyak di bumi malaysia ini ..saya selalu tanya diri saya .. perlukah saya mengundi PR supaya tertubuhnya kerajaaan baru di Malaysia ??? .. untungnya mereka ..

matpenang said...

Dato...nak dakwah sikit ni. Sudah2 la tepek iklan majalah tak tutup aurat dalam blog dato ni. Syubhat dalam menyebarkan pendedahan aurat.

Umur dah senja, sudah2 la buat dosa kering.

Saji said...

Sdr Lat Juno

"Saya tidak membaca tulisan Dato' dlm blog ni dah lebih 3 tahun. Hanya baru2 ni je saya mula semula.

Saya dapat kesan ada dan rasakan perbezaan dlm.tulisan Dato' dulu dan skrg.

Dato' lebih berani dan 'laser' sikit terhadap kepimpinan kerajaan ( BN )."

Saya rasa Dakj sedang membuat eksperimen.

Maksud saya,kalau diambang PRU-12 dulu dia kata, "aku hentam sikit-sikit kepimpinan BN hasilnya BN nyaris tumbang, bagaimana kali ini(PRU-13) aku hentam kuat-kuat? Tidakkah mungkin hasilnya bertukar menjadi sebaliknya?"

...SAJI

doncin cai said...

... tak payah le kome nak ngelabah ber ia ia bila mamat tu bagi statement macam itu.. maksud saya, yang berhajat sangat nak jadi kerajaan baru.. bukan main ghairah bila dengo ramalan mamat tu...manakala, budak2 umno macam kecut perut pulak...ia le, takut juga deme kalau betul pulak menjadi, apa yang mamat tu cakap.... pada saya, najib dan penasihat2 nya memang bijak sek sangat...di lambat lambatnya election, .. yang dulu memang dah gatai tangan nak bagi undi kat pakatan... penyudahnya akan berkata.."... lantak le, bio dacing merintah lagi... kita serupa itu juga..."

Yangretibase said...

Assalamualaikum,

Dengan izin Allah SWT, hanya PAS yang menjadi wadah penyelamat zuriat keturunan umat Islam di sini dan di sana. Saya yakin dengan janji Allah untuk memenangkan perjuangan Islam apabila sampai masanya.

Yangretibase said...

Assalamualaikum,
Sedikit pun tiada masalah bagi saya untuk meminta maaf kepada Sdr. Lat Juno kerana katanya saya menuduhnya menolak al-Quran. Sebenarnya, Saya tidak menuduhnya; tetapi pendiriannya terhadap firman Allah yang berkenaan membuatkan saya bertanggapan demikin. Sebenarnya, maksud "berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah" ialah menunaikan perintah Allah dengan melaksanakan sistem pemerintahan negara yang perlembagaannya berasas, berpaksi dan bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah.

Sesungguhnya Allah SWT sekali-kali tidak memerintahkan manusia melakukan sesuatu yang manusia tidak mampu melakukannya. Tiada alasan bagi pemerintah Islam
untuk mengingkarinya. Pemerintah wajib menunaikan perintah Allh itu sehabis upaya yang termampu. Allah SWT sekali-kali tidak zalim untuk memberati hamba-Nya. Dialah
Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Lahuma said...

Dato.

Kewajipan dan kewajaran masa undi.

Bagi seorang ahli parti adalah satu kewajipan dan kewajaran tanpa banyak soal kena pangkah calon partinya.
Kewajipan ini terpaksa juga kalau calon itu Haprak sekali pun.Selalunya majoriti calon parti ini selain drp lepas segala saringan mengikut nilai tara parti ianya juga kenalah ahli bodek dan shli cium tangan,YA Dato atau Ya Tuan Guru atau Ya Tuan Sheh.Jangan ingat Ijazah Ilmu melangit itu sesuai nak jadi wakil kita.Itulah tanggung jawab ahli parti.

Berlinan dengan pengundi bebas yang berjumlah kira-kira 40% drp keseluruhan pengundi.Kumpulan sudah tentu ada nilai nya sendiri dalam memberi pangkah.Bebas pilih calon terbaik setalah dibuat segala perbandingan.Maka undilah yang terbaik.Tak kira lah parti apa pun.
Pengundi kumpulan ini tak ada terhutang budi apa dengan pemimpin parti atau parti.

Kumpulan pengundi bebas lebih bermaruah drp pengundi berparti yang kena cucok hidung dan kena gari seluruh badan walaupun cerdik pintar dan bijak.

Tetapi kalau pengundi berparti rasa tak puas hati dengan calon tak sesuai ini maka dia tak pilihan melainkan tak undi atau masuk kertas kosong atau undi calon yang terbaik.

Sebab itu calon merupakan faktor utama bukan parti.Pemimpin dia akan pilih kroni-kroni nya dahulu.Kalau tak percaya tunggulah nanti.

Lebih baik semua parti mulai sekarang istiharlah kuda-kuda mereka sebagai calon untuk pengundi buat pilihan untuk menjamu selera PRU 13 nanti.

Faktor calon lebih penting drp parti.

Tema PRU 13.

Terima kasih.

Kampong man said...

Salam Tuan buah kerdas,

Setuju bahawa pengundi muda lebih terpelajar dan terdedah pada maklumat daripada kami generasi antik.Sekira keputusan Pilihanraya Kampus baru baru ini boleh sedikit di buat ukuran keputusannya jelas bahawa mereka mual dengan telatah PR yang berpolitik seharian, mingguan dan bulanan dengan himpunan jalanan Bersih dan HKR ala Arab Spring.

Ya,PRO ASPIRASI yang menyokong kerajaan berjaya hampir 85% undi di kampus dan Universiti tempatan berbanding dengan PRO MAHASISWA yang berpihak pada PR cuma hanya 15% sahaja.Apa kah ini bukan satu petanda bagi kesinambungan BN dengan JANJI DI TEPATI.Fikirlah sendiri dan pulih.Salam hormat.

A KADIR JASIN said...

Mohon maaf,

1.Ada sedikit masalah teknikal - mungkin sistem dan mungkin komputer tua saya.

2. Mungkin ada komen yang terpadam atau tak masuk semua.

3. Sesiapa yang komennya tidak disiarkan, kecuali yang guna anonymous, mohon hantar semula.

4. Elok dijadikan amalan "save" atau menyelamatkan draft supaya kalau ada masalah, boleh dihantar semula.

5. Berkenaan AES yang diswastakan dan yang saya sifatkan sebagai tak bermoral (immoral), berikut kenyataan Peguam Negara:

"KUALA LUMPUR: Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail has admitted there are weaknesses in the controversial Automated Enforcement System (AES) to nab traffic offenders, but said his office was still in discussions over how to resolve the matter.

In a report today by Mingguan Malaysia, the country’s top lawyer said the decision over the fate of the thousands of summonses issued so far under the system could not revealed yet as it involves the cooperation of numerous agencies.

“I will release a statement to the media once everything is ready,” he was quoted as saying in the daily."

I rest my case.

Terima kasih.

Ibni Ismail said...

Dato,

Agak malang jika benar beliau digantung tugas hanya kerana manipulasi berita dari malaysian insider yg kemudian secara sembrono dipetik oleh blogger pro UMNO.

Jika kita baca keseluruhan analisa beliau, maka kita pasti akan tahu bahawa analisa itu hanyalah atas perkiraan apa akan jadi sekiranya BN menang besar, tipis atau kalah dan apakah kesannya pada ekonomi.

Memanglah BN dah dilihat seperti sangat panik namun tidak perlulah ditunjuk tunjuk sangat. Setakat simulasi pilihanraya pun dah panik, buat gelak dek rakyat je.

Serah je lah pada rakyat buat pilihan. Selagi Pakatan Rakyat berkelakuan seperti sekarang ini, najib tak yah lah risau. Selagi anwar dan rakan rakan bekas umno nya masih menguasai pembangkang maka selagi itulah BN akan menang walaupun tipis.

Kekadang terfikir juga yang najib dan anwar ini saling memerlukan untuk kekal berkuasa dikelompok masing masing. Terlupa rakyat utk bertanya prestasi mereka berdua ini dek terhibur dengan sandiwara peperangan yg mereka cipta.



Unknown said...

Dato AKJ ..maaf nak komen sikit. saya rasa dato patut tutup saja column About Me kat bhgn atas blog Dato...sbb saya rasa semua org kenai dato dan performance Dato. Sangatlah terganggu apabila nak baca posting Dato apabila pakai android yang kecik saja..Mungkin dato boleh ubah layout dia letak kat bawah. Saya rasa ramai yg setuju dengan cadangan saya ni sekadar komen Dato. Sekian terima kasih

Unknown said...

Salam dato saya nak komen sikit sahaja pagi ini. Teringat akan lagu A.RAMLLE KUTUNAIKAN JANJI PADAMU SAYANG KERANA JANJI PENGIKAT KATA. KATAKU BERI TIGA TAHUN KETIKA. Dan janji parti kepada rakyat adalah janji keramat tapi tertunaikah janji itu kepada rakyat pada masa ini. Kita toleh kanan kita toleh kiri sama sahaja keluar rumah masih bayar TOL harga minyak masih tinggi...orang kampong masih mengeluh harga kelapa biji masih murah harga padi masih murah...tapi harga dipasaran kelapa biji mahal beras mahal....apa nak jadi dengan janji tak kira la mana2 parti pun hampir sama sahaja...

Hayamwurok said...

Salam Dato',

Memang malang digantung kerja hanya kerana memberi ramalan kerajaan yang memerintah akan kalah seolah-olah kerajaan yang memerintah hanya perlu ramalan yang mangampu sahaja. Inilah yang dikatakan kerajaan mendengar apa yang rakyat cakap. Letih betul dengan UMNO/BN ni tak berubah-ubah sama sahaja pe'elnya dari dulu kini dan selamanya. Betul lah agaknya ramalan tersebut kerana angka 13 tu memang hebat sebagai penamat RAHMAN.. PRU 13 pada tahun 2013 bye-bye UMNO/BN sedih terkenang Melayu menjadi pariah kelas ke 3 dibumi sendiri

DinSup said...

Assalam, inilah bahananya kalau memilih pemimpin yang tak berapa cerdik. Polisi dan dasar boleh buat surung tarik dan sekejap ada, sekejap tiada. Senario adalah perkataan yang sangat penting/menarik dalam semua bidang penyelidikan baik ekonomi, sosial, sainstifik dan lain2, waima sejarah sekalipun amat popular. Jika nak rakyat pandai dalam matematik dan sains, nak tak nak mesti guna dan praktikkan istilah tersebut. Jawapan yang terhasil mestilah lebih dari satu, yang negatif atau positif. Bagi pemimpin yang berpengetahuan dan bijak, disuruhnya penasihat-penasihat yang bijaksana menjana pelbagai senario dengan input dan parameter yang pelbagai, dicuba-cuba supaya mudah untuk dia pilih yang terbaik hendak buat keputusan.
Maaf kata, nampaknya pemimpin kita kurang cerdik. Tak pandai guna ilmu satu hal...inikan pula menghapuskan orang yang berilmu jika tidak sependapat dengan ideologinya.
Teringat sejarah tanah melayu, masa saja berubah tetapi moral ceritanya tetap sama. Saya kesian dan sedih kepada pemimpin kita dan orang melayu termasuk diri saya. Semoga Allah merahmati kita dan menjahui kita semua dari bala, akibat dari tangan-tangan yang merosakan alam ini serta yang mendustai ayat-ayat Allah.

langitbiru said...

Dalam kertas pembentangannya yang bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013", Azrul menulis tiga kemungkinan senario yang berlaku dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan analisis faktor yang terpilih.

Senario terbaik di mana BN mempertahankan 112 hingga 122 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 100 hingga 110 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Manakala senario kedua "besar kemungkinan" BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi.

Sementara itu, katanya, senario ketiga "kurang kemungkinan", apabila BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi parlimen.

Azrul bagaimanapun menyalahkan media tertentu yang menurutnya hanya memetik satu senario berhubung kemenangan Pakatan tanpa menyebut dua lagi senario yang dikemukakannya.

Beliau kesal dengan laporan media berkenaan yang didakwanya cuba menggambarkan seolah-oleh beliau bersikap "berat sebelah".

"Kalau lapor ketiga-tiga kemungkinan senario ini, perkara ini (penggantungan tugas) tidak akan jadi," katanya yang kesal dengan laporan media berkenaan.

AZRUL CAKAP 3 KEMUNGKINAN

3 KEMUNGKINAN TU SAMA DENGAN 3 KEBARANGKALIAN

3 KEBARANGKALIAN BOLEH JADI SALAH SATU BETUL

BOLEH JADI SATU PUN TAK BETUL

NAMAPUN SIMULASI!

Jadi, pasal apa Azrul kena pecat?

Sebab kata kebarangkalian UMNOBN kalah tipis kena pecat?????

Kalau cakap 3 kemungkinan UMNOBN menang, 1. MENANG TIPIS 2. MENANG SELESA 3. MENANG BESAR, AGAK-AGAK dATO LA, kena pecat ke azrul ni?

Saya fikir, semua orang-orang UMNOBN dah panik kot.

TAK SEHALUAN SIKIT SEMUA KENA CANTAS..

TU LAH BUDAYA UMNO

BUKAN BUDAYA ISLAM! BUKAN AJARAN ISLAM.

......DAN MEMALUKAN ISLAM!!!!!

M Nazrul H Nazirmuddin said...

Assalamualaikum Dato'

Jika ada kesempatan, mahu juga mendengar kisah RCI pendatang tanpa izin nanti diolah dan ditulis secara khusus oleh Dato'.

Baik untuk pedoman generasi muda negara.

Terima kasih Dato'.

x-umno said...

Salam Datuk. Izinkan saya.

Antara komen yg biasa saya baca:

"Orang berniaga sentiasa mencari `jalan' untuk menambah/buat untung...mana ada altrueism.."

"..saya selalu tanya diri saya .. perlukah saya mengundi PR supaya tertubuhnya kerajaaan baru di Malaysia ??? .. untungnya mereka .."

"Betulkah rakyat Malaysia sekarang sesak nafas dan melarat. Saya rasa tidak. "

"...undi bn atau pr sama saja..."

Kepada yg masih ragu-ragu atau tidak mahu mengundi pembangkang, ini hujah saya untuk renungan:

1. Firaun, Hitler, PM Israel atau raja-raja dan diktator yg zalim juga mempunyai ramai rakyat yg menyokong serta memuji pemerintahan mereka. Pembangkang dipandang hina dan dituduh pengkhianat.

2. Walaupun tiada dalam buku sejarah, umum mengetahui ramai juga rakyat terutama dari golongan pekerja penjajah dan bangsawan yg ketakutan malah tidak bersetuju Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.

3. Jika undi PR, ini bermakna rakyat untung kerana adanya persaingan di kalangan pemimpin negara. BN telah memonopoli pemerintahan negara sejak merdeka.

Dalam apa segi sekalipun, monopoli hanya akan menyebabkan salah-guna kuasa.

Kerana akta rahsia, akses rakyat kepada maklumat salah-laku dan kepincangan pemerintah hanya berdasarkan jawapan di parlimen dan DUN yg boleh diseparuh-benarkan (kepakaran org politk).

Akibatnya, tiada siapa boleh mengambil tindakan terhadap salah-laku dan kepincangan pemimpin tanpa izin PM kerana monopoli ini.

Jika rakyat memilih PR memerintah walupun satu penggal, sudah pasti setiap pemimpin samada PR atau BN akan lebih bertanggung-jawab kerana gerak-geri mereka bukan sekadar dinilai oleh parti mereka sahaja tetapi juga oleh pemimpin parti lawan yg ada akses kepada maklumat yg sama.

4. Kalau dah terang-terang pemimpin BN mengakui kesilapan mereka, nak tunggu apa lagi? Parti politik bukan ugama. Beralih parti bukan berdosa atau menyalahi undang-undang. Pengasas parti UMNO (lama)keluar parti dan UMNO (baru) keluar masuk parti.

Contoh lagi? Saya bagi sikit la.

1. Lokman Nor Adam berasal dari tempat saya, pernah dituduh baling Tun M dgn kasut dan bertanding lawan DS Hishamudin di Tenggara tetapi kini telah menjadi penasihat pemikir JASA dan penyokong kuat DS Hisham.
2. Ezam. Dah YB Senator.

Oleh itu, sudah-sudahlah dengan taktik kotor menakut-nakutkan rakyat. Sebagai org yg telah berpendidikan, marilah sama-sama mendidik rakyat supaya memilih dengan bijaksana.

Terima kasih.

Unknown said...

Salam Dato, Apa yang terjadi adalah sesuatu yang malang yang sepatutnya tidak berlaku penggantungan kerja atau pun pemecatan.
penganalisa sama juga macam dato yang memandang suasana apa yang berlaku masa kini dan masa akan datang melalui gerak hati atau pandangan dengan apa yang terjadi keatas azrul yang saya kategorikan sebagai golongan muda yang berfikiran open minded ini sekali gus pandangan anak2 muda kepada parti pemerintah adalah negatif sama sekali kerana apa pihak parti pemenrintah tidak mahu menerima pandangan dari golongan muda. Walau apa sekalipun alasan yang diberi oleh pihak pengurusan BIMB ia tidak akan memadam pemikiran anak2 muda bahawa penggantungan ini ada kaitan apa yang dinyatakan oleh azrul atas pandangan analisa beliau. sekian dato. wassalam selamat bertugas semua,

langitbiru said...

RCI SABAH

Saya harap Dato' ulas sikit untuk teladan bersama.

KATAKAN BENAR WALAUPUN PAHIT

SANGAT kasian kepada pegawai JPN, dah buat kerja, KENA SUMBAT DALAM ISA.

Pasai apa kena ISA?????

TAKUT DEPA BOCOR rahsia ke?????

Bukan kah DEPA DAH BERJASA KPD UMNOBN?????

YANG SAYA SANGAT YAKIN, NATIJAH DARIPADA RCI SABAH INI, RAKYAT ORI SABAH TAK AKAN BERI UNDI KEPADA UMNOBN DLM PRU13.

SELAMAT TINGGAL UMNOBN!!!!!

SIAPA PETUALANG, SIAPA PEJUANG?????

Lahuma said...

Datro.

Nama pun hanyalah ANALISA.
Analisa pula analisa songsang.
Itulah habuannya.
Biasalah .

Kerana aanalisa songsanglah,
Azrul kena tindakan.
Hassan Ali kena pecat.
Nasarudin Md Isa kena pecat.

Nak selamat bodek lah sepanjang masa .
Waktu siang pun bodek.
Waktu mimpin pun bodek.

Songsang kalu,

Padah terima.

Cakap sahaja Islam.
Buat kerja dan tindakan elek.

Terima kasih.

Yangretibase said...

Sangat tongonglah saya sekiranya saya memilih calon. Saya akan memilih calon daripada parti yang saya tidak suka, jika calon itu lebih baik daripada calon parti yang saya suka. Lagipun, saya hanya akan mendapat sama ada seorang AP atau seorang ADUN atau kedua-duanya. Atau lebih malang, saya tidak mendapat sesiapa jika kedua-dua calon saya itu kalah.
Sebagai pemilih parti, saya akan mendapat negara dan negeri. Kalau parti saya kalah sekalipun, saya mendapat beberapa buah negeri yang menang. Di samping itu, saya juga mendapat ADUN dan AP dalam satu jumlah yang besar.

raja2u said...

Assalamualaikum,
YBhg Dato' dan Pembahas yang saya hormati.Pada saya kita sedang melalui ujian oleh Allah kerana tidak mengikut perintahNya seseorang Islam itu bersaudara dan dilarangNya kita memfitnah sesama kita.Masalah ini kita tidak hayati dan ada pihak yang mengguna semua saluran untuk memperbesarkannya . Akibatnya kita tidak dihormati tidak kira apa kedudukan kita dari yang tertinggi ke serendahnya.Tiap-hari kita kena kutuk dengan tiada batasnys. Kalau kita tengok besar sangat ke masalah kita. Jawabnya tidak. Mungkin selepas ini setelah kehilangan segala-galanya kita akan menyesal mengapa kita bergaduh dengan si anu si anu yang di suatu hari dahulu sungguh rapat dan saling bantu membantu. Kalau ini tidak berlaku kedudukan tidaklah seburuk sekarang.

Kita masih tidak terlambat untuk membaiki keadaan sebelum segala-galanya habis. Carilah jalan dan jika kita rasa untuk kebaikan bersama kita perlu mengalah atau berundur buatlah demikian untuk kebaikan anak cucu dan generasi kemudian.Kita perlu takut dengan amaran Allah jika kita terus bermusuhan dan berlaku zalim Allah akan mengganti kita dengan kaum lain. Pada masa itu doa kita tidak diendahkan lagi.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategik Vision,
Petaling Jaya

Unknown said...

Aslkum Dakj

Urusan dgn UMNOBN mesti tunjuk taat 100%. Taat pd hukum Allah pun tak 100% sebab dosa belakang boleh kira. Dan dosa tu boleh settle bila pergi umrah.

Putar belit berita suatu yg wajib sebab tuhan no wahid yg suruh iaitu bos UMNO.

Kesannya terpelantinglah org yg bercakap benar.....sekadar beri pendapat dan tak lawan UMNO pun.

Bila nafsu NAJIB dan rakan2 tidak terkawal maka pakar ekonomi BANK ISLAM terpelanting.

Itu kes yg dilapor. Kes penganiayaan lain entah berapa banyak.

Jangan terkejut kalau pakar ekonomi bukan Islam dari CIMB dipindahkan ke BANK ISLAM.

Tak pe asal UMNO jadi kerajaan.....begitulah pendapat Melayu yg tak bermaruah.

Buah Kerdas said...

Sdr Kampong man,

Maaf kerana terlambat respon. Saya fikir sdr hanya membuat spekulasi bila menulis "Sekira keputusan Pilihanraya Kampus baru baru ini boleh sedikit di buat ukuran keputusannya jelas bahawa mereka mual dengan telatah PR yang berpolitik seharian, mingguan dan bulanan dengan himpunan jalanan Bersih dan HKR ala Arab Spring." Barang kali sdr terlupa faktor campur tangan HEP dalam menentukan arah "politik" kampus.

Dari dulu sampai sekarang, golongan muda cenderung untuk bersikap "anti-establishment". (Ini cakap Dr M tahun 1974 dulu). Saya tidak risau langsung dengan hal ini; tetapi yang menghairankan mengapa KPT risau? Awal 1970an dulu, Anwar Ibrahim dengan "Mahasiswa Menggugat" di UM manakala Ibrahin Ali dengan "long march" nya di ITM. Demonstrasi Baling 1974 dulu lebih dahsyat lagi berbanding BERSIH. Saya pernah terbaca satu artikel, Norian Mai pun turut sama dalam Demonstrasi Baling semasa belajar di UM dulu. Bila berada dalam kerajaan, baik Anwar atau Berhaim, sama-sama merancang cara-cara menekan mahasiswa dari berdemonstrasi dan brainwash mahasiswa. Norian Mai ialah KPN yang tentu ada pengalaman menangani demonstrasi.

Biarkanlah anak-anak muda ini menjadi anak-anak muda, jangan terlalu dikongkong sebagaimana kita harus membiarkan anak-anak kecil kita menjadi kanak-kanak dan jangan terlalu didesak untuk skor straight A sehingga dunia mereka menjadi sempit.

azhar said...

salam dakj


pada pru 13 kemenangan untuk DAP mungkin boleh kita jangkakan.

secara peribadi saya kecewa sangat dengan semua peminpin melayu yang ada dalam semua parti ini.

melayu akan menghancurkan melayu jika pengundi melayu tak sedar.Yang memerintah negara adalah parti yang menang kerusi terbanyak.Yang berkuasa adalah peminpin dari parti yang menang terbanyak.

harap jangan menang sorak kampung tergadai

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).