Friday, February 28, 2020

Kerajaan Perpaduan Atasi Politik Kepentingan Diri



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Sidang Khas 2 Mac: Harap sinar akan terus menerangi kita

MENGAMBIL berkat hari Jumaat yang mulia ini dan dengan lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ izinkan saya bercerita mengenai beberapa perkara berkaitan negara kita sekarang.

Negara kita berada dalam suasana perubahan yang sangat radikal, pantas dan kompleks. Dalam masa lebih kurang 10 hari perubahan luar biasa telah dan akan berlaku.

Kita mohon kepada Tuhan agar memberikan kita petunjuk, kekuatan dan perlindungan.

Mula-mula mengenai kerajaan perpaduan nasional yang Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad cadangkan.

Sama ada beliau menang atau kalah dalam perbahasan sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan Isnin, 2 Mac ini bergantung kepada sama ada cadangan kerajaan perpaduan dalam acuan beliau sendiri itu diterima atau tidak.

Konsep kerajaan perpaduan yang Dr Mahathir cadangkan mungkin berbeza daripada kerajaan perpaduan yang dikenali umum.

Seperti yang beliau terangkan secara ringkas di sidang media ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam (Khamis, 27 Februari) adalah lebih kurang begini:

1. Pemilihan anggota Kabinet tidak diasaskan daripada parti politik;

2. Calon terdiri daripada orang perseorangan yang menyertai Kabinet sebagai individu;

3. Mereka akan dipilih sebagai individu berasaskan budi pekerti dan kepakaran. (Ertinya penyangak, penyamun, pencabul kehormatan, perasuah dan orang kena tuduh (OKT) tidak termasuk dalam senarai); dan

4. Calon boleh datang daripada parti politik tetapi mereka duduk di dalam Kabinet sebagai orang perseorangan.

Mengapakah Dr Mahathir memilih kaedah ini yang sekali gus mungkin mengurangkan harapan beliau mendapat sokongan daripada wakil parti-parti politik di dalam Dewan Rakyat?

Jawapannya adalah beliau tidak lagi mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.

Bukan tujuan beliau hendak menjadi diktator atau autokrat, tetapi untuk mentadbir dengan lebih tenang dan berkesan tanpa gangguan politik kepartian.

Malah kaedah ini boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik kerana kerajaan terdedah kepada pemantauan oleh parti-parti politik di dalam dan luar dewan.

Dalam bahasa yang mudah, cadangan Dr Mahathir ini boleh juga dilihat sebagai percubaan terakhir beliau memenuhi aspirasi dan matlamat menyelamatkan Malaysia yang beliau asaskan pada tahun 2016.

Kempen Selamatkan Malaysia yang memungut lebih 1.4 juta tandatangan rakyat jelata adalah jalan pulang beliau ke arena politik selepas bersara pada tahun 2003.

Alhamdulillah, melalui Pakatan Harapan (PH) yang beliau pimpin negara berjaya dibebaskan daripada cengkaman kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan menamatkan rompak samun Barisan Nasional
Jadi dari sini pun kita boleh lihat mengapa beliau tidak boleh menerima Umno seperti yang cuba dipaksakan ke atas beliau oleh Bersatu.

Sejarah Pahit

Pada malam  21 Februari sesuatu yang luar biasa berlaku. Majlis Presiden PH telah memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri sehingga selesai sidang kemuncak APEC November ini.

Bukan itu saja malah ia juga tidak meletakkan sebarang tarikh selepas itu bagi Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat itu, Dr Mahathir memberitahu sidang media: “Saya kata peralihan lepas APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation). Tidak ada masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa. Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, bila akan letak jawatan.” (Bernama).

Jadi pada pendapat beliau dan daripada sudut pandangan umum, beliau telah diberikan mandat baru oleh PH untuk terus mentadbir. Cerita kononnya beliau akan dipaksa undur diri Mei ini tidak benar dan tidak terjadi.

Matlamat Dr Mahathir tidak lain kecuali membersihkan negara daripada najis kerajaan BN dan akibat wabak Covid-19 yang sedang berlaku sekarang.

Tetapi kegembiraan beliau singkat. Pada pagi hari Ahad, 23 Februari parti beliau, Bersatu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di mana Dr Mahathir dikejutkan oleh tekanan bertubi-tubi daripada majoriti ahli supaya menarik Bersatu keluar daripada PH dan bergabung dengan Umno dan Pas.

Dr Mahathir menerangkan dengan panjang lebar apa yang berlaku dalam mesyuarat 21 Februari dan berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengabaikan  kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Presiden PH itu.

Malah beliau merayu berulang kali kepada ahli agar memberikan beliau peluang dan tidak mamaksa beliau melanggar prinsip beliau dan mungkir janji kepada Anwar.

Dengan izin, saya memaklumkan yang saya sebelah Dr Mahathir dan saya bangun meminta ahli majlis supaya menghormati pendirian beliau dan jangan terus mengasak beliau.

Pokok pangkalnya, Dr Mahathir hanya merayu diberi peluang untuk berpegang kepada prinsip beliau dan menunaikan janji beliau.

Dan dengan jelas mengulangi pendirian beliau, iaitu beliau boleh terima pemimpin Umno sebagai individu tetapi beliau tidak akan terima Umno.

Akhirnya keputusan diambil untuk keluar PH dan dengan itu runtuhlah Kerajaan PH. Pada hari Isnin Dr Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah wajib kerana beliau bukan lagi ahli PH dan PH hilang majoriti dalam Dewan Rakyat.

Beliau tidak perlu letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu tetapi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mendapat sokongan MPT.

Pada 27 Februari beliau terima semula jawatan Pengerusi Bersatu atas rayuan melutut MPT.

Bagi saya, itulah latar belakang politik yang menyebabkan Dr Mahathir tidak mahu lagi memimpin berasaskan parti. Kalau masih diperlukan, beliau akan memimpin kerajaan tanpa parti.

Praktikal atau tidak, itulah pilihan beliau buat masa ini dan terpulanglah kepada ahli Dewan Rakyat memutuskannya Isnin ini.

Malah secara terbuka beliau memberitahu sidang media semalam bahawa beliau bersedia kalah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menerima Presiden Bersatu itu sebagai calon Perdana Menteri jika itulah keputusan Dewan Rakyat.

Perlu disebutkan bahawa Muhyiddin adalah pemimpin Bersatu yang bercakap bagi pihak ahli MPT yang mahu Bersatu keluar PH dan menyertai Umno dan Pas.

Anugerah seorang Raja prihatin, bijaksana
Apa-apa pun kita kena bersyukur dan berterima kasih kerana di saat-saat genting ini, kita mempunyai seorang Raja yang prihatin, bijaksana dan berperikemanusiaan.

Menjunjung kasih ke bawah duli Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Inilah sebabnya saya selalu memetik lirik lagu Negaraku yang berbunyi:

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta.

Dan kita jangan lupa kakitangan Perkhidmatan Awam, Polis dan Tentera yang secara tersurat dan tersirat mentabdir dan melindungi negara kita, Malaysia, yang dicintai ini.

Tanpa prejudis saya memohon maaf. Wallahuaklam, Terima kasih.

17 comments:

Zalman A said...

Salam Dato' Kadir.

Some points arising:

a) If your account is true, what is to prevent Tun Dr Mahathir from passing the reins to Anwar now, if he is so concerned to fulfil promise?

b) In such a unity government will there be a place for Azmin and the 2 Bersatu plotters who the media have identified as being involved in the backdoor coup?

c) If the answer to (b) is yes, then sadly we must doubt Tun Dr Mahathir's actual sincerity ad motives.

d) If this was merely an elaborate ploy to deny Anwar, it cost the stock market 43 billion, put 4 state governments at risk, and will cause massive capital flight from Malaysia. The effects will be felt for years.

e) I am sure Tun Dr Mahathir wants to leave a statesman's legacy. But to do so, he must act for Malaysia, not for his own motives. There was an agreement and promise made, a Muslim does not break solemn promises.

Thank you Dato'.

Wallahuaklam.



CGL said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya sebagai rakyat Msia yg telah turun mengundi PRU14 yg lalu, MEMILIH Unity Govt.

Saya mahu kerajaan yg adil dan mikirkan kami. Saya tak peduli PARTI TAHI apa kamu lagi.

Maafkan dato bhs saya.
Saya amat sakit hati
Melihat pemimpin yg so selfish and lapar tamak kuasa shgga habis maruah diri

Buat kerja saja YBs !!!!!
Jgn dare to main2

Ikutkan hati nk belasah sekor2 !!!!

Maafkan sy dato bhs saya

Unknown said...

Saya sebagai rakyat Msia yg telah turun mengundi PRU14 yg lalu, MEMILIH Unity Govt.

Saya mahu kerajaan yg adil dan mikirkan kami. Saya tak peduli PARTI TAHI apa kamu lagi.

Maafkan dato bhs saya.
Saya amat sakit hati
Melihat pemimpin yg so selfish and lapar tamak kuasa shgga habis maruah diri

Buat kerja saja YBs !!!!!
Jgn dare to main2

Ikutkan hati nk belasah sekor2 !!!!

Maafkan sy dato bhs saya

Powerranger said...

Siapakah di dalam Beraatu yg beriya iya bergabung dgn UMNO? Azmin org pkr.

Ini semua damage control.

Anonymous said...

What I find very puzzling dato is the behaviour of TS Muhyiddin. It's totally out of character. Why is he behaving as if the world will end if bersatu does not split now from PH and join forces with umno and pas. So far from reading and following what is happening, I can't figure out the answer this question.

Can enlighten us dato?

berat sebelah said...

Tuan AKJ,

Oleh kerana TDM telah meletakkan semua jawatan yang berhubung dengan kedudukan politik, makanya TDM mestilah patuh kepada sebab akibat perletakkan jawatan beliau. Biarlah mereka yang lain berjuang untuk mendapatkan mandat rakyat melalui jalan yang sah tanpa perlu membubarkan parlimen dan tanpa perlu TDM masih mencuba untuk memegang kuasa sebagai Perdana Menteri, walaupun sebagai Perdana Menteri sementara.

Bermakna, jika UMNO-PAS dan/atau gagasan parti politik lain berjaya mengumpul kerusi terbanyak, biarlah mereka yang memerintah negara atau sebaliknya, mana mana parti politik yang gagal akan menjadi parti pembangkang.

Sikap TDM sekarang, dengan cubaan untuk mengujudkan satu kabinet menteri yang memerintah berdasarkan individu tanpa mengira parti atau kenyataan TDM bahawa YB Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri merupakan satu mesej yang jelas walaupun di beri dalam keadaan tersembunyi bahawa TDM masih tidak mahu melepaskan kuasa pemerintahan kepada sesiapa. Ini adalah satu sikap yang tidak bermoral terlebih lagi, TDM sendiri pernah bercakap yang beliau bukanlah orang yang gila kuasa.

Cubaan TDM unutk mengujudkan pemerintahan yang mana menterinya di ambil dari individu (ahli parlimen) tanpa mengira parti adalah satu "precedent" yang merbahaya kerana mesej yang di sampaikan pada generasi akan datang adalah kuasa memilih bukan pada rakyat, tetapi kepada individu yang bernama "Perdana Menteri".

Ini bukan Malaysia yang kita banggakan dan yang hendak kita pusaka kan kepada anak anak Malaysia generasi akan datang.

Bukankah Malaysia kita berdaulat? Ber Rukun Negara? Ber ilmu dan beradab sopan?

Aku said...

Kadiag, السلام عليكم
Banyak benda yg pelik2 dlm ‘coretan’ hang kali ni.
Antaranya hang nak habag mai yg PM interim yg berasai dari kedah yg bepengalaman
lebih separoh abad dlm politik tanah ayag dan antarabangsa dan
pengerusi bersatu kalah behujjah dgn orang Mapo
(presiden bersatu)
20 tahun lebih muda dari dia dan yg nampak macam baru(?) baik sakit....
macam yg hang nulih ni :
“Perlu disebutkan bahawa Muhyiddin adalah pemimpin Bersatu yang bercakap bagi pihak ahli MPT
yang mahu Bersatu keluar PH dan menyertai Umno dan Pas.”
Hang tak nampak macam ada “wayang” atau ada benda yg tak kena ka ?
Maghap Kadiag no dan pada sapa2 yg munkin terasa no.
Aku

wansee c said...

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Itulah perumpamaannya. Kali ini Tun benar-benar tersepit di antara suatu situasi yang teramat sukar. Dengan itu, lahirlah idea kerajaan perpaduan. Namun tiada siapa hendak menyahut cadangan murninya untuk mereda dan meleraikan kemelut yang melanda sepanjang minggu ini. Namun, hakikat politik adalah kejam. Kepentingan diri, kemaruk kuasa dan kedudukan melangkaui segala-galanya. Itulah tujuan sebenar kebanyakan ahli politik tiruan ini. Dengarlah kecaman yang dilemparkan LKS terhadap Tun tempoh hari cukup mendidihkan darah dan memekakkan telinga. Apa daya Tun, dalam usia yang begitu lanjut masih berniat dan berhajat untuk menyumbang dan membawa negara ke arah yang terbaik bagi mempergiatkan proses pemulihan negara. Segala usahanya telah diikhtiarkan tetapi kesemuanya bukan saja dipandang serong malah dihina. Sedih sungguh apabila direnungkan. Pada saat-saat ini, dipercayai pengiraan nombor dan rundingan di bawah meja masih berterusan. Yang OKT, penyamun, perasuah, peliwat dan sebagainya semua mengambil kesempatan untuk bertarung dan mengucar-ngacirkan keadaan atas kepentingan diri demi kemandirian politik masing-masing. Cis!

CGL said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya berharap dan berdoa agar tun bersama kingmaker sebenar dlm situasi ni ia itu gps dan warisan tidak berganjak dari pendirian mereka, ia itu kerajaan UG dan tun sebagai PM. Penyamun2 tidak boleh dibenarkan kembali.

Di pihak PH pula, adakah anwar sanggup menepikan impian dia menjadi PM bila ianya hanya tinggal setapak saja lagi? PH dibawah anwar tidak boleh menang pru tanpa sokongan bersatu dan org melayu. Anwar akan bermati2an utk cuba menjadi PM kali ni. This is perhaps his best but last chance. There will be no 3rd chance.

Yg bosan said...

Akhirnya kepentingan agama, bangsa dan negara perlu diutamakan. Buang lah sifat ego masing2. Bukan bermakna terjadinya gabungan MN dgn pbbm, mesti lantik najib, zahid, ku nan dan mereka yg terpalit dgn kes mahkamah memjadi menteri kabinet. Biarkan kes mereka diadili dgn adil dan saksama. Jangan ada camportangan politik spt sebelum ini baik dlm ph-dap maupun masa zaman BN dahulu. Rakyat pun sudah matang. Kjaan baru sendiri mesti sudah belajar utk mengulangi kesilapan kjaan ph-dap yg terlalu sombong dan angkuh. Andai ini masih terjadi maka rakyat akan bangkit sekali lagi menghukum mereka. Satu lagi yg pelik dato , sokongan mp umno diperlukan tapi peliknya parti umno x dikehendaki? Andai mp2 ini mewakili parti bebas boleh la dato. Kita bila dihujung2 usia eloklah berdamai, sudah2 lah dgn sikap permusuhan kita. Yang penting bukan DAP atau Anwar Ibrahim!

CGL said...
This comment has been removed by the author.
RD. said...

Salam Dato AKJ.

Jika Geng-Penyamun dan Penunggang Agama diangkat-kembali ketampuk KUASA, ia adalah pengkhianatan yang amat jelas dan ketara terhadap majoriti-pengundi yang telah berjaya memenangkan PH dan mencampak Kleptocracy kedalam longkang pada PRU14.

Lebih malang lagi, jika mereka terkait samun WANG-Rakyat dengan bantuan Cina-Jho Low, terlepas dari 'rule of law' dan fugitive itu bebas untuk kembali ke Malaysia. Maka dengan demikian, Bangsa, Agama dan Institusi berkaitan orang-Melayu, terutamanya Raja-Raja Melayu akan bertambah dipandang-serong oleh orang Kapir.

Kemudiannya, mereka akan serlahkan sikap hipokrasi atau 'cakap-tak-serupa-bikin' kita dengan mengeluar atau menyiarkan petikan Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis atau ucapan Ulama tersohor supaya menjauhi atau menolak perbuatan mencuri, bersekongkol dengan pencuri, dosa memberi/menerima rasuah dan sebagainya.

Selepas Muafakat Nasional menjadi Kerajaan, jangan pula terkejut, jika perbuatan menghina, memperlekeh atau persendaan terhadap Bangsa, Agama dan Institusi Raja-Raja, semakin berleluasa akibat perasaan-marah orang-kapir terhadap pengkhinatan Ahli Politik_Melayu ini.

Sebab itu saya lebih suka idea Tun Dr.M untuk mengadakan Unity Government. Jika gagal, kembalikan mandat kepada Rakyat. Inilah cara terbaik, demi menjaga emej dan maruah Bangsa, Agama dan Institusi yang amat dijunjung Orang-Melayu.

Law and justice said...
This comment has been removed by the author.
OKJ said...

Salam Dato A Kadir Jasin

Gila talak

Hari ini saya merasa cukup malu dengan tindakan Tun Mahathir. Segala kekecohan berlaku adalah disebabkan dirinya sendiri. Beliau meletak jawatan, dilantik Agong utk membantunya bagi memudah cara utk perlantikan PM seterusnya. Alih-alih Tun gila talak pulak nak jadi PM semula. Beliau sanggup menikam kawan dari belakang semata-mata tamak haloba. Akhirnya, beliau membuatkan seluruh rakyat Malaysia hilang hormat ke atasnya.

Sudahlah tu Tun. Dah 2 kali jadi PM pun tak cukup lagi ke. Sedangkan parti sendiri pun hanya beberapa orang je yg sokong. Dahlah lepaskan jawatan pengerusi Bersatu bila rasa tiada peluang, TSMY lah juga pujuk supaya kekal bersama. Tapi bila nampak ada peluang, terus jadi tamak haloba. Habis digigitnya tangan yg menghulurkan bantuan. Apa jenis manusia ni. Malunya lah saya yg ingatkan selama ni Tun seorang berprinsip.

Please Tun. Hormatlah sikit keputusan Yang Dipertuan Agong. Agong membuat perkiraaan pada keadaan semasa. Kalau lagi lama, lagi banyaklah katak melompat, tak habis-habislah jadinya. Masa berjumpa Agong dulu, kenapa Tun tak beritahu banyak mana sokongan Tun. Sekarang bila TSMY dah dilantik, baru kata ada sokongan. Lagipun, sekali kata resign, lepas tu nak jadi PM semua tanpa parti politik, lepastu kata terselah pada TSMY lah. Alih-alih bila dirasuah semula PH utk jawatan PM semula, terus setuju. Bukan ke tak berprinsip namanya tu. Dah nak jadi PM macam mana lagi lagu tu……

Akhir kata, macamnilah, kalaulah kata Tun memang ada majority pun, bentanglah di parlimen nanti. Buat undi tidak percaya kpd TSMY. Please, jangan menyusahkan rakyat lagi. Cuma ingat, tindakan Tun Dr Mahathir sendiri hari ini telah menyebabkan majority rakyat jelata sudah hilang hormat kepadanya. Dan kesalahan juga diletakkan ke atas Dato’ Kadir kerana sebagai seorang penasihat, tapi telah memberi nasihat yang salah kpd Tun sehingga masyarakat sudah hilang hormat dan menyampah terhadap Tun Dr Mahathir. Sudah sudahlah Tun. Sekian TQ.

Mo said...

Dato Kadir,

We cannot discount the fact that Mahathir created this Malay participation panic amongst BERSATU, AMANAH and others and then tried to hold it back for better timing.

The thought of re-alignment was never in the agenda.

Next at Pre GE14 after we win, Mahathir to handover. There was no discussion of popularity vote. Now after GE 14 Mahathir has the cheeck to brings up this issue of Anwar's unpopularity. Please advice him to shut his gap. He is only making a fool of himself everyday and behaving like a failing Prophet. Further, I am told that Mahathir had told the King, Anwar, nor Wan Azzizah is capable of running this country at this current time. What depriving advice.

Is Mahyuddin popular? But no choice. The Agong wants him. If he starts this one race issue there will be no foreign investments.

We the non Malays will never vote for the UMNO fellas again. The feeling now is even strongerWhat I am trying to impress upon you Dato Kadir, if Mahathir has any ethics with him available, he should win back the country and hand the PM seat to Anwar and go.

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).