A Kadir Jasin
PADA hari Jumaat 23 Oktober,
hari Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung
Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2016, Bursa Malaysia naik 0.34 peratus.
Waktu pasaran tutup, butir-butir
belanjawan belum diumumkan tapi pasaran naik sebab pelabur mengharapkan sesuatu
yang positif daripada Belanjawan.
Pasaran saham adalah penanda aras
atau kayu ukur terawal sama ada pelabur yakin atau tidak dengan butir-butir
serta janji-janji Belanjawan.
Nampaknya tidak. Apabila Bursa
Malaysia diniagakan buat hari pertama selepas Belanjawan pada hari Isnin, 26
Oktober ia jatuh 0.24 peratus.
Mohd Najib peruntuk RM20 bilion kepada ValueCap |
Pasaran terus jatuh walaupun
pada 14 September lalu, Mohd Najib telah memperuntukkan RM20 bilion kepada
tabung permodalan ValueCap untuk membeli saham di Bursa Malaysia.
Dalam bahasa yang mudah, pelabur
swasta di Bursa Malaysia tidak mendapati apa-apa yang menarik dan meyakinkan
dalam Belanjawan 2016 untuk membeli saham tambahan.
Ini tidaklah memeranjatkan
kerana pasaran saham Malaysia telah jatuh merudum sejak lebih setahun kerana
pelabur tempatan dan asing telah hilang keyakinan.
Antara 31 Disember tahun lepas
dengan 17 Oktober lalu, Bursa Malaysia merudum 20.5 peratus dalam mata wang
dolar Amerika dan 4.1 peratus dalam ringgit.
Saya tahu, beberapa kerat
anggota kabinet yang berakal macam (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar, tahu betapa
goyahnya kedudukan politik, ekonomi dan kewangan negara kita sejak meletusnya
skandal 1MDB dan SRC International, tetapi mereka tidak berani bersuara dan
bertindak kerana sudah diikat dan dikunci.
Wallahuaklam.
24 comments:
Salam Datuk,
Saya tidak pandai mengenai Saham2 ni.. tapi bagi orang bawahan macam saya ni... tanda ukur ekonomi baik ka atau tidak.. tengok sahaja pasaq malam dan pekan nat.. banyak penjual daripada pembeli kecuali hujung bulan dan selepas menuai.
menteri2 yang kaya raya kerana mendapat habuan duit derma tok Arab.. boleh lah cakap
semua baik2 kerana mereka makan duit..tidoq duit..mimpi duit dan bertuhan pun duit dan beriman dengan orang bugis..
Assalamualaikum DAKJ
Yang ketara ialah peningkatan besar2an peruntukan JPM dan pemotongan bagi kementerian yang lain. Itu menunjukkan tahap kepercayaan yang semakin menipis terhadap kabinet. Mungkin ada baiknya JPM mengambil alih terus tugas kementerian tertentu kerana cara demikian pasti lebih jimat. Atau Najib Razak sendiri ambil alih portfolio kementerian2 berkenaan supaya lebih mudah untuk beliau mengawal bajet. Lantik sahaja menteri yang sedia ada sebagai menteri ke2 sepertimana Husni di KK. Bila ketara pincangnya masakan Bursa mahu menyambut dengan positif. Janji nak bina lebih 100 buah rumah dengan peruntukan cuma tak sampai 2bilion. Mungkin 1MDB dah jumpa formula untuk bina rumah dengan kos tidak sampai 10k ringgit setiap buah. Benarlah bahawa era kerajaan mengetahui segala2nya telah berakhir, diganti dengan zaman kerajaan tak tahu apa2. Para pelabur yang kelihatan lebih tahu hanya memandang sinis Bajet 2016. Pelabur tidak merasa kesan yang ketara kerana mereka punya banyak pilihan. Rakyat yang tidak ada banyak pilihan adalah golongan yang ditimpa musibah nyata. Tapi DAKJ dan KJ senada mengatakan Bajet kena lulus untuk kesinambungan kerajaan. Sedangkan serangan penyangak matawang pada 1997 pun mampu kita tepis, inikan pula setakat tolak Bajettahunan untuk paksa PM turun. Pasti ada mekanisme yang boleh dilaksanakan untuk menampungnya. Lagipun ternyata Bajet tu tak bagus, nak sokong jugak buat apa, tolak ajalah. Atau memang nak paksa pengundi tolak BN dalam PRU akan datang?
Salam Datuk...
Bursa KL, sesuatu yang sangat saya ikuti sejak 2013. Dulu hanya tau beli masa IPO then jual ini boleh dapat 'wang besar'. Kini baru saya makin faham apa itu pasaran saham. CAPITALISM...
Angka-angka atas kertas hanya penting & tepat atas kertas sahaja. Keyakinan adalah faktor paling penting. Ada juga cerita-cerita bahawa 'puak itu' sengaja tak nak simpan duit dalam Bursa as macam dulu-dulu kerana anti dengan Daeng. Ada betul & ada tidak betulnya, saya lebih cenderung pada 'itu duit saya' then suka hati saya la nak pull dari Bursa as macam mana pemimpin negara dengan suka hati juga urus harta negara.
Tentang bajet Jumaat lepas, saya tetap katakan ianya tahap 'biasa-biasa' sahaja if sekadar korek sini tampal sana, korek sana tampal sini. Perkara yang lebih penting adalah CAPITAL = Duit Lebih = Kuasa. Bukan sekadar air liur Daeng je.
Saya setuju dengan pandangan Datuk tentang pelabur besar as PNB, KWSP & macam-macam lagi fund. Saya tak berapa setuju sewaktu Daeng minta mereka memasuki Bursa agar Index naik semula sekadar untuk yakinkan pelabur bahawa 'pembetulan' Index Bursa telah berlaku. Yes, pembetulan sudah berlaku tetapi tidak selari dengan nilai Ringgit yang Daeng tiada kuasa-tidak mampu campurtangan untuk lakukan 'pembetulan'...
Pagi ini, Bursa sudah mula seakan macam mahu kembali pada asasnya sebelum ini. Jika peruncit jual berterusan untuk ambil untung then Funder besar as Datuk nyatakan itu saya anggap 'sudah terjerat'...
Pakar boleh huraikan fakta ini but kebanyakkan mereka macam Datuk kata tentang Wahid Omar ini la, terpaksa kunci mulut... Sudah sangat-sangat terang lagi bersuluh sportlight kuasa tinggi then jika kaki masih masuk longkang, sendiri mau ingat la kot...
Bajet2016 bajet jaga persepsi UMNO ahli orang kampung.
13 cawangan N9 mahu Najib letak jawatan, bro, cawangan bukan Bahagian.
Kerja orang Rembau agaknya?
Malaysia ni Tok ... TUN DAIM can move the KLSE
yang lain miskin kedana
Salam
Jumpalah 10 orang rakan anda, jangan buka isu politik atau ekonomi...
Bual santai tentang kehidupan harian... akhirnya mereka tetap.mulakan isu politik dan ekonomi..
Dengar pendapat mereka...buatlah.penilaian dan.kesimpulan.
Jujurlah pada diri sendiri...
Anda sudah ada iklim politik dan ekonomi negara kita.
Bersyukurlah jika semua masih baik.. @
Alhamdulillah, terus bekerja keras ....
DAKJ,
Saya rasa orang-orang UMNO perlu bertanya kepada diri mereka sendiri, sama ada taat setia mereka masih kepada agama, bangsa dan tanah air. Ataupun kini taat setia mereka adalah semata-mata kepada Najib?
Jika mereka telah berubah arah, tukarkanlah nama parti mereka kepada "United Malays for Najib Organisation" (masih lagi UMNO).
Usah bercakap pasal pembangunan negara atau rakyat. Berterus-terang sahajalah bahawa mereka kini sudah tidak ambil peduli akan kepentingan negara dan rakyat. Matlamat mereka kini hanyalah untuk memastikan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO (whichever it means) tidak tergugat. Tidak lain dari itu.
Lebih mudah bagi rakyat membuat pemilihan semasa PRU; sama ada mahu melihat kepentingan negara dan rakyat dijaga oleh DAP ataupun kedudukan Najib terpelihara. Mana satu lebih reliable, DAP atau Najib?
-Competente-
Salam 1 Malaysia,
Tak sangka saham tidak melonjak seperti yang diharapkan. Kena siasat tengok peruntukan RM20b kat Value cap tu, ada lagi ka?
Entah entah harap kan pagar, pagar makan padi. Maklum la, sekarang ini zaman menyamun harta kekayaan negara.
Sekiranya tiada lonjakan harga saham, lapuran perlu diberikan kepada Parliment/rakyat berkenaan keberkesanan duit modal RM20b ini. Jangan pula dia orang minta pinjaman dengan Kerajaan pula.
Kalau berjaya, bagus lah. Ini menandakan Malaysia bukan bangkrap.
Salam Datuk
I was surprised that for all the bright people at MOF, there was barely any incentive announced to boost the business sector. The economy will not regenerate without incentives and investments in the critical areas.
BR1M and minimum wages (without increased productivity) will not boost the economy for the obvious reasons. Worst still, already burdened by lower consumer consumption due to GST, I'm not sure how businesses can survive with the forced increase of salaries. An increase at the bottom will shift every salary level up. Best case scenario for survival is that the companies will freeze employment and/ or downsize. Then what good will a minimum wage requirement bring when there are no jobs being offered?
This budget yet again proved to be purely another public relations exercise. I miss the days when our leaders lead by responsibility and conviction.
Pendapat saya, bajet 2016 ini adalah bajet paling WOW yg dibuat oleh regim Najib.
Najib dan juak pengampu bersama2 mendabik dada, GST adalah penyelamat kpd ekonomi negara.
Nampak sgt regim ni dah tandus idea utk isi kantung negara. Duit rakyat dirompak sesuka hati atas nama pengorbanan utk negara.
1. Tanpa bimbang dan ragu lagi, pelabur di Bursa Malaysia tidak ambil endah Belanjawan 2016 Pahlawan Bugis aka Pahlawan Transformasi (MBAS).
2. Pada hari Mohd Najib bentang Belanjawan 2016 – 23 Oktoter – Indeks Komposit KLSE naik 0.34% kerana pelabur mengharapkan sesuatu yang positif dan meyakinkan daripada belanjawan.
3. Bila pasaran dibuka Isnin, pelabur positif yang Belanjawan 2016 tidak menjanjikan apa-apa yang positif. Pasaran jatuh 0.24%. Dan kejatuhan menjadi lebih buruk – 0.58% pada hari Selasa, 0.62% pada hari Rabu dan 1.16% hari ini, Khamis.
4. Itulah hebatnya Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Malaysia kita ini. Soalnya apa dah jadi dengan duit RM20 bilion yang kononnya dibagi kepada ValueCap untuk labur di Bursa Malaysia. Jangan-jangan bukan duit tunai tapi sijil aset atau unit, unit, unit.
5. Betullah macam pembahas Adzzam Adzzam kata: “Najib dan juak pengampu bersama2 mendabik dada, GST adalah penyelamat kpd ekonomi negara. Nampak sgt regim ni dah tandus idea utk isi kantung negara. Duit rakyat dirompak sesuka hati atas nama pengorbanan utk negara.”
Wallahuaklam. Terima kasih.
tok.. Zaman TUN MAHATHIR.. PAK LAH..dan ANWAR DAIM...
zaman itu ada (Steriod BANKING).. DCO,ABSs ,
jika tok tentu ingat ada yahudi bernama SALOMON Smith Barney, mai pebetui MOf serta local dibenture, Malaysia Banking CMOs,SIVs ,ABBs..50-80 leveraging his interests.BNM book,
Mai zaman Najib..World Bank Regulator.. hayun HSBC maxico dan London Stanchard setengah mati..
Jika tiada lagi "leveraged debt"..maka tiada siapa mampu lagi untuk rali KLSE.
BANK BUMIPUTRA.. dulu dibawah JPM..lain la tok.
salam tok
Kadiag, salaam.
Bukan niat aku nak alih tumpuan hang dan pembaca blog hang dari penyakit yg dok membarah di Malaya di masa ni, tapi nak habak mai trajedi yg cukup dahsyat dan nyayat hati pada berjuta pelarian Suria, termasuk depa yg menyeberang laut Aegean dan laut Mediterranean, dan yg mayat2 terdampag di pantai2 Turki, Greece, Libya....dah ada satu pertubuhan bantuan nama Mercy Malaysia yg katanya dok kutip duit untuk hulog kesana serendah seringgit sari.
Mungkin yg beminat, bulih buka laman depa untuk buat sumbangan ka apa ka....singgit sari ja...orang lani kata.
Wa sallam.
Aku
DAKJ,
1.Competente has asked a valid question as to whom UMNO members should accord their loyalty. Without any doubt, it has all along been strategised towards Najib instead that of the party ever since he replaced AAB. How can one explains the sea of "I love PM" placards being displayed at every event attended by Najib prior to the 13th Gen. Election and the alleged huge some of money being splashed to all Heads of UMNO Divisions throughout the country, if it is not designed to build, promote and cement his personality cult. This has further been proven by the failure of his critics both within and outside the country, to date, to dislodge him from his premiership despite all the allegations of corruption arising from the 1MDB scandal.
2.This may cost the party heavily. The earlier UMNO members realise this the better. Lets take Selangor in the 13th GE as a testimony. Despite being the Head of UMNO Selangor and mammoth sum of money spent on its sophisticated War Room and others, UMNO/BN lost more seats than in the previous GE.
3.The trend may continue in the next GE. If they think they can ride on the seemingly disarray opposition for victory, they will be in for a great shock, in fact a tremor, never experienced before. There are simply too many shortcomings and negative perceptions in so far as UMNO is concerned. Do not continue to be beholden or obligated for whatever benefits, in kind or money, that they have received to the extent that the interest and future of UMNO is sacrificed.
Anai-anai ada ratunya. Maka Sdr Presiden harus cari ratu anai-anai dalam gerombolannya.
MYassin dan H2O faham proverb behind every dark cloud is a silver lining.
Siapa menang dipertembungan tentera Thalut dengan ketumbukan Jalut semuanya ada dalam al luhul mahfuz.
ValueCap bikin kerja bulan November kata orang Khazanah.
XOX terbang tinggi!
Salam takzim
Post a Comment