بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini
adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai
seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya
pegang.
Gambar hiasan: Pelancaran projek Bukit Bintang City Centre |
NOTA: Rencana ini dipinda dan disesuaikan daripada kolum saya yang disiarkan
oleh Sinar Harian pada 2 Februari lalu.
BANYAK sudah dibincangkan mengenai usaha menyelamat, menyusun semula dan
mereformasi agensi awam serta tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)
dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ia adalah tugas yang rumit, memakan belanja besar dan masa yang lama. Apatah lagi kes-kes
tertentu melibatkan tindakan undang-undang. Maka catatan kali ini pun panjang juga. Mohon kesabaran.
Antara yang terlibat dengan menyelamatan dan penyusunan semula adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International
Sdn Bhd (SRC), Tabung Haji (TH), Kumpulan Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Banyak lagi perlu disusun semula bagi membuang amalan lama yang
merosakkan. Ini termasuklah memperkukuhkan tadbir urus dan tanggungjawab
fidusiari serta mengelak percanggahan kepentingan.
Di pihak lain pula, percubaan sedang dibuat untuk membeli aset kerajaan
oleh pihak swasta di mana terdapat unsur-unsur yang meragukan dan campur tangan orang yang terlibat dengan kerajaan lama.
Izinkan saya memberi contoh perbuatan mencampur-adukkan pengurusan harta
kerajaan dengan harta persendirian, termasuk harta parti politik, khususnya yang
melibatkan Umno dan kerajaan lama.
Hal ini penting difahami kerana terdapat tanda-tanda bahawa ia masih berterusan hingga ke hari ini walaupun mungkin dalam bentuk yang berbeza.
Gabungan Kesturi
Contoh klasik adalah sebuah syarikat bernama Gabungan Kesturi Sdn Bhd. Banyak
orang mungkin tidak tahu bahawa sehingga beberapa bulan lalu, syarikat ini adalah
salah satu pemegang saham utama syarikat media terbesar di negara kita iaitu Media Prima Bhd.
Gabungan Kesturi ini adalah syarikat proksi Umno. Tetapi Ini bukanlah hal yang
memeranjatkan. Banyak parti politik anggota Barisan Nasional (BN) mempunyai
syarikat media. MCA, misalnya masih menguasai akhbar bahasa Inggeris, The Star.
Apa yang luar biasa mengenai Gabungan Kesturi adalah untuk satu jangka
masa yang panjang - dari 2004 hingga 2019 - ia diuruskan oleh dua orang
eksekutif GLC, iaitu Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Shahril sekarang Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah). Sebelum itu dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Abdul Rahman pula baru saja tamat
kontrak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad
(PNB) dan kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad.
Mereka ini dianggap “wunderkinder” (budak-budak cerdik) zaman keruntuhan
empayar perniagaan Bumiputera akibat Krisis Kewangan Asia 1997-98.
Mereka dilantik mengurus aset-aset yang diambil alih atau diambil balik oleh
kerajaan daripada beberapa orang usahawan Bumiputera. Ini termasuklah aset Renong-UEM,
Naluri Berhad dan Realmild Sdn Bhd.
Antara aset tiga kumpulan Bumiputera tersebut adalah Lebuh Raya
Utara-Selatan (PLUS), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), New Straits Times
Press dan MRCB.
Ketua kepada Shahril dan Abdul Rahman adalah Tan Sri Mohamed Yakcop seorang
“survivor” politik dan korporat yang luar biasa. Dia dikaitkan dengan kerugian
RM30 bilion duit Bank Negara dalam perniagaan tukaran asing pada awal tahun
1990-an.
Dua Alam
Yang menjadi persoalan dengan Shahril dan Abdul Rahman adalah ketika
mereka menyandang jawatan tinggi GLC, mereka juga menjadi penama (proxy) Umno
dalam Gabungan Kesturi mulai 21 Jun 2004, iaitu permulaan pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
Maksudnya, Shahril dan Abdul Rahman menjadi makhluk dua alam dunia korporat dengan menjadi penama Umno Umno dan pada masa yang sama mereka juga menguruskan GLIC/GLC.
Malah mereka kekal mewakili Umno dalam Gabungan Kesturi sehingga selepas
Pilihan Raya Umum 2018 di mana Pakatan Harapan (PH) menewaskan BN. Mereka berhenti hanya pada 11 Februari 2019.
Pada 18 Oktober 2019,
Gabungan Kesturi ditukar menjadi Synergy DSI Capital Sdn Bhd dengan pemegang
saham utamanya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim. Dia adalah Ahli Parlimen BN Kuala
Selangor dan antara orang kuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Abdul Razak.
Yang lebih menarik dan mengejutkan adalah Gabungan Kesturi juga mempunyai saham dalam Ultra Kirana Sdn Bhd dengan rakan kongsi terdiri daripada Wan Quoris Shah Abdul Ghani dan Harry Lee Vui Khiun. Wan Quoris Shah dikaitkan dengan kepimpinan Umno zaman Najib.
Syarikat Ultra Kirana ini dikatakan sangat beruntung kerana mendapat hasil mudah melalui kontrak Kementerian Dalam Negeri bagi memproses visa pelancong dari China.
Rasuah
Ultra Kirana menjadi bahan berita sensasi apabila pada 26 Jun tahun lalu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah lebih S$4.2 juta (kira-kira RM12.6 juta) daripadanya.
Sehari kemudian, Ahmad Zahid didakwa pula di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan 33 pertuduhan menerima rasuah RM42.7 juta daripada Ultra Kirana. Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Dalam erti kata yang lain, Ultra Kirana didakwa terbabit memberi rasuah kepada Ahmad Zahid pada ketika Shahril dan Abdul Rahman menjadi penama Umno dalam Gabungan Kesturi.
Walaupun kes ini masih dibicarakan, namun pembabitan Shahril dan Abdul Rahman sebagai penama Umno dalam Gabungan Kesturi selama 15 tahun menimbulkan banyak persoalan kerana pada masa yang sama mereka juga pengurus GLC.
Dilema moral bagi kedua-dua mereka dan kerajaan PH adalah bagaimana hendak menjustifikasikan penerusan peranan mereka dalam GLIC dan GLC. Itu pun kalau isu moral penting kepada semua yang terbabit.
Dalam konteks semasa, hal ini boleh dihubungkaitkan dengan apa yang sedang berlaku, yang melibatkan bekas Menteri Kewangan Kedua era BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Johari yang berupa Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan sedang terlibat dengan usaha mengambil alih dan menyusun semula perniagaan perbadanan awam, GLC dan syarikat media.
Peranan Johari ini perlu disiasat dan difahami dalam konteks bahawa PH sendiri tidak menggalakkan pemimpinnya terbabit dalam pengurusan GLC dan GLIC.
Semasa berkhidmat dengan kerajaan BN, Johari terbabit dengan banyak “business deals” yang melibatkan kepentingan awam dan jumlah wang yang besar.
Antaranya adalah penswastaan tapak Penjara Pudu kepada UDA ketika dia menjadi pengerusi perbadanan tersebut. Tanah itu kemudiannya diserahkan kepada Ecoworld Berhad untuk dimajukan. Ecoworld dikepalai oleh Tan Sri Liew Kee Sin.
Johari juga terlibat dengan penjualan dan pembangunan tanah
UDA seluas 9.5 ekar di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, yang membabitkan Ideal
Property Group milik Tan Sri Alex Ooi Kee Liang.
Maklumat yang saya peroleh mengatakan Ideal telah membina
2,000 unit apartmen mampu milik dan memulangkan 400 unit kepada UDA untuk
dijual kepada setinggan Bumiputera sekitar kawasan itu.
Sumber Umno mengatakan terdapat 1,000 keluarga setinggan
di situ tetapi hanya 400 dapat ditempatkan di projek UDA-Ideal. Ini isu lama di bawah
pemerintahan BN.
Sebagai Menteri Kewangan Kedua zaman Najib, Johari
terlibat dengan banyak urusan jual beli hartanah oleh kerajaan serta pelaburan yang membabitkan
berbilion ringgit.
Kesimpulannya, kerajaan PH perlu memikirkan semula
situasi seperti ini dan, sekiranya didapati ada kes, hendaklah membuat
pemeriksaan forensik seperti yang telah dilakukan terhadap banyak individu, syarikat,
agensi dan perbadanan sejak ia mengambil alih pentadbiran.
Nota Kaki: Setelah membeca tulisan saya
di Sinar Harian, seorang bekas Ahli Lembaga Pengarah Media Prima
Bhd menghantar pesanan WhatsApp mengenai dua perkara.
Pertama, peranan berbentuk politik yang membabitkan Shahril dan
bekas Pengerusi SME Corporation, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, dalam
Gabungan Kesturi dan kedua mempertahankan Abdul Rahman sebagai “orang baik dan
profesional tulen”. Saya ambil maklum.
Mengenai pembabitan Mohamed Al Amin dalam politik Umno/BN
saya tahu sangat. Dia sahabat Najib. Saya bertembung dengan beliau bersama bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan
beberapa orang lagi sahabat Najib di Langkawi ketika kempen Pilihan Raya Umum
2018.
Mereka di pulau itu berkempen menyekat calon PH, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika itulah Irwan memperkenalkan tarian ala burung cenderawasih jantan mengawan dengan berkasut merah.
Wallahuaklam.
10 comments:
Salute DAKJ...you have done it again.
Salam Dato’
Alhamdulillah. Saya ingat Dato’ dah merajuk tak nak tulis blog dah. Jangan salah anggap komen saya tu, bukannya nak mencari kesalahan orang tapi lebih kepada berpesan pesan kepada kebenaran. Siapalah saya nak dibanding dgn Dato’ @ penasihat PM. Cuma saya rasa PH tak bolehlah asyik salahkan pemerintahan terdahulu je. Mesti ada hala tuju apa yg nak dibuat.
Dan satu lagi, pendekatan PH mestilah selari dgn apa yg dibincangkan oleh seluruh rakyat jelata sekarang. Itulah dinamakan priority. Saya ingat Dato nak bercakap sikit ttg virus Wuhan ni sbb ini yg menjadi kebimbangan dan priority rakyat sekarang. Bukannya cerita ttg tabung Haji, KWSP, KWAP, Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya.
Izinkan saya memberi sedikit pendapat.
Virus Wuhan CoV ini sebenarnya coronavirus dari binatang atau dikenali sbg virus zoonosis. 85% DNA sequences nya sama dgn coronavirus kelawar. Bila makan pelik-pelik yg tak mengikut aturan Al Quran, inilah jadinya. Itu pertama.
Kedua, penyakit ni masih tiada ubat lagi dan angka kematian pun meningkat. Mengikut wall street Journal 31.1.2020, US imposes entry restrictions over coronavirus. Nampak tak, US pun takut, tapi kerajaan Malaysia rilex je, katanya masih nak kaji lagi. Nak kaji apa lagi pun saya tak tahulah.
Ketiga, sebagai orang Islam, mushibat yg diturunkan Allah ada 2 petanda samada bala atau nak naikkan darjat keimanan seseorang. Tapi rasanya wuhan virus ni lebih kepada bala atas layanan China kepada rakyat Uigur iaitu rakyat mereka sendiri. Saya rasalah selagi mereka tidak meminta maaf dgn komuniti Uigur dan memperbetulkan semula, selagi itulah wabak itu tidak dapat dikawal. Jadi, saya meminta jasa baik Dato’ utk sampaikan kpd Tun untuk Tun sampaikan kpd Duta China dan biar Duta mereka sampaikan kepada pemerintah mereka, apakah penyebab sebenar dan cara utk mengawalnya. Jangan sesekali mencabar pencipta. Boleh ke Dato’.
Sebagai hamba Allah, saya dah sampaikan pesanan ini kpd Dato’. Dato’ kenalah sampaikan pesan ini kepada Tun. Dan Tun kenalah sampaikan pesan ini kepada duta Cina tu. Samada mereka terima ke tak terpulang kepada merekalah.
Akhir kata, Dato’ nak siarkan boleh, tak nak siarkan pun tak apa, Cuma harap sampaikan pesan saya ni kepada Tun Mahathir ye. Sekian, TQ.
Dato' Kadir,
I recall you were part of "Save Malaysia".
It seems that now Malaysia needs saving from the Saviours?
"Pada 7 Februari 2020, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan sama ada UMNO akan bersetuju untuk menyertai Pakatan Nasional tajaan Dr. Mahathir.
Pakatan Nasional dikatakan akan membentuk satu kerajaan baru antara PPBM, UMNO, sebahagian dari PAS dan sebahagian dari PKR (team kartel Azmin) tanpa DAP dan sebahagian dari PKR (team Anwar Ibrahim)."
Is Tun Dr M willing to tell us that this is a falsehood?
Or is he about to do a deal with the same devils we removed?
If you know you are trying to sink the gomen, then of course you have no motive to buat kerja.
Is Tun Dr M's disastrous performance as PM (including harming the FELDA settlers via palm oil indiscretions, and many others) actually DELIBERATE SABOTAGE before he jumps back to Umno / PAS and betrays the voters?
Dato' Kadir - as you are his media advisor.......tell him to make HIS INTENTIONS CLEAR.
To be fair to the country. We don't want caretaker turned pengkhianat PM.
This affects Malaysia's future very badly.
Thank you.
Salam Saudara OKJ.
Jangan nak merapu la... "rasanya wuhan virus ni lebih kepada bala atas layanan China kepada rakyat Uigur..."
Setakat 'rasa-rasa', jangan harap la... orang-kapir atau lebih tepat lagi, Kerajaan Negara Komunis-China yang lebih suka semua Rakyatnya tidak berAgama, akan percaya pada bala atau balasan dari Tuhan kita... lebih-lebih lagi setelah Agama kita dikaitkan dengan keganasan oleh hampir kesemua Negara-kapir, termasuk Kuasa-Besar Dunia.
Lagi pun, sejak March 2001 lagi, Rakyat China telah 'tawar-hati' dan curiga terhadap Islam setelah Puak Pelampau Taliban meletopkan Patung-Patung Gergasi Buddha di Pergunungan Bamiyan, Afghanistan.
Jika Dr.M sampaikan 'rasa-rasa' Saudara pada Duta China itu, bukan saja Dr. M dan Kerajaan, Rakyat Malaysia juga akan dapat malu. Raja Arab Saudi, Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam pun tidak 'rasa' seperti apa yang Saudara 'rasa', PM Negara bekas-Kleptocracy pula yang lebih-lebih.
Satu dunia akan mentertawakan kita nanti.
Lebih buruk lagi... jika Tuhan kita pula... dicemuh, dihina atau diperlekeh, bukan saja oleh Kerajaan atau Rakyat China, tapi seluruh dunia-kapir.
Cuba Saudara OKJ pikirkan.... alangkah baiknya jika 'bala' yang Saudara 'rasa' ini, terkena pada Zionist Israel atau Myanmar yang membunuh lebih ramai dan menyebabkan jutaan jadi pelarian di Negara orang?
Bukanlah niat saya mahu menyebelahi Kerajaan China dalam pergolakan di Xinjiang Uighur Autonomous Region (XUAR). Namun hakikatnya, ada yang memberontak atau 'angkat-senjata', mahu buat Negara-sendiri atau keluar dari China. Kesempatan inilah yang ditunggu-tunggu oleh Barat dan Amerika untuk menghasut, diberi sokongan dan bantuan untuk menimbulkan kekacauan... sama seperti di Taiwan dan Hong Kong... demi melemahkan China. Maka berlakulah huru-hara dan keganasan, setelah Kerajaan China bertindak-balas.
Pada masa yang sama, mereka ambil kesempatan pula memburuk-burukkan China, seolah-olah mereka sangat mengambil-berat dengan nasib umat-Islam.
Arab Saudi, Turkey, Pakistan, Indonesia dan lain-lain Negara-Islam pun 'berat-mulut' untuk menyuarakan nasib masyarakat Uighur... buatnya Kerajaan China hentikan import Minyak-Sawit dari Malaysia, setelah Dr.M sampaikan pesanan Saudara OKJ kepada Duta China, bagaimana?
Dah la dulu... sudah 'kena' dengan India... setelah Dr.M, demi mempertahankan nasib Umat Islam... atau nak jadi hero Umat-Islam di United Nation, masuk-campur dalam isu Kashmir.
PM Pakistan datang kelmarin pun... langsung tak dengar Dr.M sebut pasal penarikan status autonomy Kashmir. Ehmmm...
Dato'
Nice view on good move
Kikiki
Kadiag, السلام عليكم ,
1. Penyusupan tongak2 (‘enablers’) dari kerajaan lama ke dlm kerajaan baru dah lama belaku.
Munkin aku salah, tapi pelantikkan orang yg dok dendang ‘economic fundamentals are strong’
atau teraih ekonomi adalah kukoh, semasa ekonomi Malaya di robek semau maunya, dilantik
jadi kepala PNB ka apa ka.... Baru2 ni orang yg kenunnya wake rakyat Jeli pon dah mula masok
setapak (?).
2. Tambah pulak, aku pecaya ‘enablers’ yg masih kekai dlm pentadbiran baru masih ramai.
Hampiag tak dak tindakkan lansong tehadap tonggak2 (temasuk dari kepala2 feudal) yg dari dalam
unibersiti2, media, jabatan2 kerajaan.... munkin ada sikit2 gerakkan dari SPRM,
tapi kebanyakkan ‘enablers’ ni masih kukoh betapak. Lantaran tu nak buboh semuanya
ataih kepala SPRM saja, munkin tak bulih tahan lama (untenable).
3. Satu komisi tediri dari orang2 yg amanah dan tankaih munkin wajib di tubuhkan segera
untuk korek dan nyahkan anasir2 ni.
Wallahua’lam,
Akiag Kalam, terima kasih Kadiag dan mintak maghap no.
Aku
HCoV WH2019
Is it ok if I write a little bit on the coronavirus? To share knowledge with other commenters. Coronavirus is a positive-sense single-stranded RNA virus. Positive sense means the virus plasmid can control the host ribosome to transcript and later translate into a new virus once it is phagocyted into the host cell. The RNA virus means the DNA nucleic acid sequences of thymine will be replaced by uracil.
As I mentioned before, Coronavirus is a zoonosis virus. It has four genera, which are alpha, beta, delta, and gamma. Only two alpha (HCoV 229E and HCoV NL 63) and two beta coronavirus (HCoV HKU1, HCoV OC43) infected human. Unfortunately, in 2003 new coronavirus, which is called the SARS virus, infected human, and in 2009, MERS CoV became a big topic in middle east countries. The latest is coronavirus epidemic in Wuhan. We are prohibited from naming the virus as Wuhan CoV because, according to the latest WHO guidelines, the new organism name must not associate with any person name or place. So, I’m going to name this virus as HCoV WH2019. Is it OK?
If we look at the virology, it is between 27 to 32 kb in length. It has five structural proteins, which are S, M, N, HE, and E. The S spike is used as a mediator for the receptor binding and fusion before entering the host cell membrane. The M spikes is important for the viral assembly. The N spike is used as a regulation of the RNA synthesis and produce protease enzyme for cleavage. Interestingly, the HE spikes have homology with influenza C HE glycoprotein, and lastly, the function of the E spike is still unknown.
Clinically, it is transmitted through airborne. Since coronavirus is bigger compared to other RNA viruses, it is become contagious only in close contact. The mean incubation period is 3 – 7 days, but it can be dormant for up to 14 days. The symptoms also vary from asymptomatic to mild common cold to the full-blown severe pneumonia. The diagnosis is based on the PCR test. Nowadays, we have a test that is called a syndromic test, which can detect lots of microorganisms, including viruses. For respiratory disease, we can use the respiratory panel to detect those organisms.
Management is symptomatic and supportive. To date, there is no specific treatment for coronavirus. However, few drugs are in the clinical trial to test the effectiveness. First is Remdisivir. Remdisivir is a nucleotide analog prodrug.
Theoretically, it will compete with host adenosine (one of the DNA nucleic acid) to form mRNA sequences. However, since it is only a nucleotide analog, if the virion chose remdisivir, it will automatically stop the elongation of the DNA sequences. As a result, the virus becomes a defect and die. In Vitro, it works very well, but in vivo, nobody knows the results yet. Although it is not licensed for clinical use, China has started using this drug to some of their patients, especially in severe pneumonia. Hopefully, it is successful.
Since S spike is used as a mediator to bind with the specific receptor on the host cell membrane before entering the host cell, few trials are using monoclonal antibody to destroy the S spike and also to destroy the S spike receptor. And lastly, as I mentioned before, where the HE spikes in coronavirus has homology to the influenza C glycoprotein, MY THEORY is, probably, we can use a high dose of Oseltamivir to get rid of coronavirus.
Akhir kata, saya sokong sepenuhnya Tun Mahathir kearah PPMSI sbb saya cuba tulis dalam Bahasa Melayu tapi jadi tak berapa faham sangat pulak. Sekian TQ.
Salam Dato’
I want to update on HcoV WH2019 (Human Coronavirus Wuhan 2019 strain).
Everything increased. The total number of infected persons increased, the total number of deaths increased, and also the total number of recovered patients. Initially, China government announced the case fatality rate was 2%, but currently, according to JAMA (Journal of America Medical Association) stated that the case fatality rate was 4.3 %.
A few numbers of drugs have been tested “random scientifically,” including in our country Malaysia. KKM claimed they had found a suitable drug to get rid of Coronavirus. We have two patients who had been declared as free from infection after taking Kaletra, a Protease inhibitor that is used in HIV treatment. US claimed that they have successfully cured one patient by giving Remdesivir.
Unfortunately, according to JAMA, about 89% of infected patients in China were given oseltamivir, but the results were negative. So, my theory that probably the virus might respond to Oseltamivir is incorrect.
Tak sedap pula kalau tak update rasanya. Hehehe...... dan sesekali sekala tulis lain dari politik seronok juga. sekian TQ.
Datuk,
not proud of Tun Dr Mahathir. He cannot comment freely on leaders of other nations and he must learn to keep quiet. No excuses for him, certainly not his old age! The US Embassy in Kuala Lumpur has expressed disappointment over Prime Minister Dr Mahathir Mohamad's call for US President Donald Trump to resign, ahead of the latter's bid for re-election in November.
Tun, make the rakyat proud by not speaking out your personal comments, they are not reflective of the rakyat's. Where are his aides? Sleeping on the job?
Post a Comment