Tuesday, August 25, 2015

1MDB: Pena Lawan Kerakusan Kuasa


A Kadir Jasin

BABAK 1. Warga emas Cina Malaysia dan seorang Eropah di sebuah restoran di Damansara Utama ketawa besar apabila saya bertanya, apakah mereka berkomplot dan berkonspirasi?

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

BABAK 2. Seorang muda India Malaysia di Mid Valley Megamall berkata kepada saya pena lebih hebat daripada pedang (the pen is mightier than the sword).

BABAK 3. Netizen (warga Internet) membuat jenaka mengenai kejatuhan nilai ringgit dengan mewabakkan gambar isteri Perdana Menteri bersama isteri Presiden Obama.

Naik bukit mengait cempedak.....
Natijahnya, sama ada berkomplot, berkonspirasi, berartikulasi atau berjenaka di alam siber, pena mungkin tidak lebih hebat daripada pedang dalam zaman Sang Kelembai 1MDB ini. Segala-galanya telah menjadi silap mata dan klise.

Maksud dan semantiknya sudah rosak jahanam terkena sumpahan, sentuhan dan badi Sang Kelembai. Pertimbangkan fakta berikut:

1. Orang tua misteri yang berbahas mencari kebenaran demi menyelamatkan negara dituduh mahu menggulingkan kerajaan. Tetapi tidak ada kejantanan untuk mendedahkan siapa “orang tua” itu. Meminjam bahasa kontemporari generasi muda, Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib bin Abdul Razak mungkin telah “dikencingkan” oleh “orang tua” itu. Timbalan Perdana Menteri baru (Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi berkata “orang tua” itu akan jumpa PM, tapi tidak jumpa. Jadi orang tua misteri itu telah “kencing” PM.

2. Kerajaan sudah jadi sinonim dengan Mohd Najib dan konco-konconya. Daripada Perdana Menteri untuk semua, keterangkuman (inclusiveness) dan rakyat didahulukan dia sudah menjadi Perdana Menteri untuk yang setia, eksklusif dan kelangsungan diri diutamakan.

"All the President's men"
3. Demokrasi, mandat dan ahli parti adalah klise yang tujuannya semata-mata untuk mempertahankan Perdana Menteri dan beberapa ratus orang pembesar Umno dan Barisan Nasional serta beberapa kerat pesuruh awam.

4. Ungkapan pena lebih berkuasa daripada pedang juga sudah menjadi sebuah klise kerana pena kini bukan berlawan dengan pedang. Ia bukan pertarungan antara kebijaksanaan (pena) dan kekerasan (pedang).

5. Pena mungkin tetap pena, tetapi lawannya bukan pedang. Musuh pena dalam era Sang Kelembai 1MDB adalah wang dan kuasa!

6. Dalam keadaan di mana pena berlawan dengan wang dan kuasa, pena berkemungkinan kalah. Apatah lagi apabila ada pena yang tintanya sudah diwarnai wang dan kuasa.

7. Pena berfikir dan bertindak berdasarkan kebijaksanaan harian (conventional wisdom). Tindak-tanduk PM serta konco-konconya tidak berpaksikan kebijaksanaan konvensional separti kita fahami dan amali. Tindak-tanduk mereka berpaksikan dolak-dalik, putar-belit, pemesongan maklumat dan pendustaan.

Apa Kesudahannya?

1. Rakyat jelata terpaksa menggunakan kaedah-kaedah konvensional lain yang dibenarkan oleh perlembagaan dan demokrasi seperti berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan.

Perlembagaan benarkan perhimpunan aman
2. Ahli-ahli politik yang pedulikan kelangsungan negara serta kesejahteraan rakyat jelata perlu memikirkan kaedah konvensional yang digunakan oleh rakan-rakan mereka di banyak negara, iaitu menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya dan menubuhkan kerajaan perpaduan nasional (national unity government).

3. Kalau tidak berlaku perubahan segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru memerintah negara.

4. Sementara itu, kerajaan yang terdesak dan menderita defisit kepercayaan (trust deficit) yang teruk tidak lagi mampu menangani pelbagai isu ekonomi yang datang bertimpa-timpa.

5. Nilai ringgit terus menjunam setelah jatuh ke bawah paras psikologi RM4, mata wang asing Bank Negara merudum ke bawah AS$100 bilion buat pertama kali dalam masa lima tahun, pelabur asing dan tempatan membawa keluar modal, orang kaya menukar ringgit kepada mata wang asing untuk melindungi nilai (hedging), pengguna takut berbelanja dan harga barang-barang import naik kerana nilai ringgit jatuh.

Maka jadilah kita rakyat jelata seperti dalam cerita Sang Kelembai. Yang mati dihempap pokok adalah anak Sang Kelembai dan yang menjadi batu terkena sumpahan Sang Kelembai adalah gajah.

Bersolek berdandan menjaga keterampilan
Saya akhiri dengan sebuah pantun dari buku “Bila Terkenang Zaman Dahulu- Pantun Pulau Pinang” suntingan cendekiawan Muhammad Haji Salleh:

Naik bukit mengait cempedak
Cempedak duduk di seberang sana
Muka putih berlumur bedak
Tapi perangai pula tak guna.

Wallahuaklam.


40 comments:

Zalman A said...


"Kalau tidak berlaku perubahan segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru memerintah negara."

My fear:

Najib has interfered in various organs of independent governance already. What is to stop him from taking it to the logical conclusion?

Why would a man who does not baulk at illegally crippling the MACC, AG, PAC, SB, etc. stop there?

The naive fantasy that Najib can be removed by ballot box in GE14 is one that Malaysians need to shed - fast.

He cannot lose power. He'll be exposed if he does.

If 2.0 billion was re-exported back out of the country, where do you think it will be used? Once online news portals and social media are clamped this October, how will people speak up? The streets? Bersih 4 is quite possibly going to be a bloodbath. Let us hope not, but we know who will be planting people in the crowds. And with new police units being set up merely to crush dissent, how do opposing voices survive?

Perhaps you all think the Attorney General, courts, IGP and EC will protect our democratic rights?

The naive fantasy that Najib can be removed by ballot box in GE14 is one that Malaysians need to shed.

When unscrupulous men run the govt, and Cash Is King, the rakyat will suffer and no-one will care.

Hence the old man or men need to resume, for they are legally right and morally right too.

The country is at the edge of a cliff.

Shall we wait to fall?


AZAM anak Sarawak said...

Salam Tok AKJ...

PM, DPM serta menteri-menteri kabinet yang lain peduli ke keadaan rakyat?

Perkataan "derma" atau "donation" telah menjadi seolah-olah perkataan keji. Daripada perbuatan mulia telah sampai menjadi sebegini. Sekarang ramai tertunggu-tunggu nak dapat donation daripada pihak tertentu untuk menjadi kaya raya. Tapi hakikat, cuma orang terpilih antara terpilih yang dapat donation tu.

Few points:
1) Dok asyik kata fundamentals adalah kukuh. Kemudian kata RM menjunam tiada kaitan dengan fundamentals. Semua cuma komplot asing hendak menjatuhkan Kerajaan.
SOALAN: Kuasa asing yang mana satu nak jatuhkan Najib?

2) Saya dok kata kat kawan-kawan termasok ahli ekonomi yang RM akan menceceah 4.00 dari awal tahun lagi. Sekarang saya kata ia bakal mencecah 4.50.
SOALAN: Adakah RM bakal mencecah 5.00 anytime soon? Say by end-2015 or early-2016?

3) Saya kata Najib tidak akan sama sekali vacate the post he is clinging on to now. Why should he? Mula-mula dia kata hanya ahli UMNO boleh suruh dia turun. Kemudian kata dia dipilih oleh rakyat maka hanya rakyat berhak suruh dia turun.
SOALAN: Sejak bila rakyat umum pilih PM kat Malaysia ni?

Sekian.
AZAM anak Sarawak

p/s: Kalau semua berkomplot nak jatuhkan Najib, then would Malaysia be the largest prison in the world where majority of its people are conspiring to topple the PM?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Zaman sekarang ramai yang beralih dari pena ke keyboard.

Peralatan (Devices) digunakan komputer, tablet dan smartphone dan alam maya (intenet) sebagai medium hantaran.

Lebih berkuasa juga berbanding dengan pena dan kertas.

Oleh itu, kerajaan akan mengubal undang-undang (regulate) supaya tidak ada salah guna oleh rakyat dalam internet, facebook dan blogs.

Pandangan saya, selain daripada kerajaan hendak mengawal rakyat, kerajaan sendiri perlu dikawal (regulate) supaya tidak menyalahkan kuasa.

Zaman sekarang tidak sama dengan dulu.

Orang yang baik pun, yang ada semangat perjuangan, kalau duit di depan mata banyak, mata akan kelabu. Syaitan mula berbisik ditelinga, juta tak cukup, billion lebih baik. Perjuangan bangsa bertukar menjadi perlumbaan siapa yang labih kaya.

Tidak ada jalan lain melainkan perlu adanya reformasi (reforms) politik dan pentadbiran dalam negara supaya kuasa diagihkan kepada ketua eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Power corrupt, absolute power corrupt absolutely.

Tai-pan Jr said...

As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 semua..


"Its Now Or Never"

Looking at how AhJibGo handles our nation lately, we don't need a 'rocket scientist' to tell us that he "does not give a damn" about what is going to happen to our nation's future..

"By Hook or By Crook"

His only concern now is how to continue to "stay on top" n it seems he is going to use "any means necessary" for him to "maintain his way"..

'Gloomy days' ahead for us Malaysians..


***Tepuk dahi dalam kesedihan**



"The AhJibGo Factor"



"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"


Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..

joe black said...

Dato,

In Malaysia the Pen is not for vying against the Sword for only dreamers dreams for such noble endings. In this day and age of Media Spins, the pen's might is for spreading the truth... for those B*st$rds are out to fool all and sundry (sadly, Dato, you are guilty of mentoring some of them).

Now, looks like the "Great One" will not Let Bad Enough Alone. This rule of Letting Bad Enough Alone requires some amplification because it involves one of the most complicated, charming, and lethal human faculties ---optimism--specifically the "Great One" is Brimming with Optimism and embraces the belief that persistent clarification after committing a criminal blunder will make everything right. Hence we have such answers as, "I am a good person and will not make personal use of the people's money"...to ... "Its actually donations from highly generous nameless Arab/s" (possibly hijacked from an Arabian Nights Sequel?).

Yes, a realist will always let bad enough alone, but a romantic brimming with optimism cannot stop himself from saying just one more thing to clear up the mess!

So now he "thinks" he has let it all hang out, lay his cards on the table, be up front, come clean, and so forth --the grateful, enlightened party members and the public would stand as one and shout, "I see! Thank you!"and all would be forgiven...

And what makes matters worse is when he and his tag team partner goes to reassure the public that some people were placed on earth to manage and others to serve, and that this was the divine order of things through divine intervention.

That is how people of such stature achieve Duncehood! One can't help but see a Dunce Cap whenever the person pops his head in Public and this will forever stick in the minds of the public.

Unknown said...

Salam
Menarik perbandingan Datuk kali ini, antara pena dan tajamnya mata pedang.
Masalahnya zaman milineum ni, kedua2 alat yg pernah menggubah tamadun dunia semakin dilupakan kerana diterjah papan kekunci titik sentuhan


Apapun, bila saya tengok gambar Pee Emm bersama Zahid, teringat pula pada cerita2 penglipur lara dulu2 khususnya yg guna medium wayang kulit.

Tok Dalang merupakan pemain profesional watak2 dlm membangkitkan suasana penceritaan yg segar, diiringi pemuzik2 dengan ketangkasan menukar jalan dan plot cerita disebalik tirai berlampu.

Zahid pandai menggunakan 'kuasa' tok dalang utk memberi hiburan ketika rakyat diasak dengan pelbagai rintangan kehidupan.

Zahid bijak mengetengahkan tema masa agar bersesuaian, contohnya semasa perhimpunan rakyat dan juga waktu petang ( 6 petang) untuk menepati konsep kekaburan serta unsur suspen dalam plot cerita. Penonton tertunggu2 malahan tertipu dengan climax awal cerita ini.
Seperti biasa , Zahid tak pernah gagal untuk memasukkan watak anak raja,watak wajib penuh kebaikkan dan keistemewaan . Di sini,
Anak Raja Arab yg kaya raya, brrhati mulia dan suka menderma ditonjolkam sebaik2nya.

Cuma plot penglipur lara Zahid agak berbeza kerana beliau memilih untuk bercerita mengenai suka duka seorang Memanda Menteri dari negara Antara Angin Monsun untuk diketengahkan.

Kelihatannya, Memanda Menteri yang suci murni berkilat sedang menghadapi kesulitan yg amat sangat. Fitnah dikatakan sangat berleluasa sehingga menggegar kedudukkan Memanda Menteri tersebut.

Berbeza dengan persembahan wayang kulitnya yang bertajuk Lahad Datu : Perjuanganku, Zahid pada kali ini bertindak tegas memilih sendiri watak2 yg ingin dimatikan, walaupun ada di antara watak amat terkenal di kalangan penonton.

Adakah wayang tok dalang Zahid akan berjaya dipersembahkan untuk memenuhi semangat penglipur lara.
Atau, tok dalang Zahid akan terpaksa mengubah beberapa sistem yg terdapat dalam medium wayang kulit kuno ini.

Perubahan agar dapat bersaing untuk membungkus populariti sinetron, 2.6 b Duitku dan Heboh 1MDB.

Unknown said...

Najib kata Melayu Bangsat..ini bermakna IGP..AG..Zahid..Zeti dan kita semua Bangsat kn...

Kenyataan Media MAPIM
24 hb Ogos 2015

UMNO HILANG KUASA - PERLU MUHASABAH, BUKAN MENCERCA BANGSA JADI BANGSAT

MAPIM kecewa kenapa pemimpin tertinggi Umno, berjawatan Presiden memilih untuk mengistilahkan bangsa Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika Umno hilang kuasa.

Istilah bangsat yang dipilih itu melambangkan pemimpin sudah terdesak dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu itu sendiri sudah semakin sedar bahawa kepincangan yang berlaku adalah natijah dari kekonyolan pemimpin mereka sendiri.

Sepatutnya pemimpin Melayu harus insaf bahawa kehilangan kuasa adalah disebabkan bangsanya kehilangan keyakinan terhadap integriti pemimpinnya sendiri. Bermakna pemimpinlah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum melampiaskan kata-kata nista kepada bangsanya sendiri.

Melafazkan bangsa terbangsat bukan sahaja menunjukkan kedangkalan kefahaman mengenai faktor-faktor jatuh bangunnya sesuatu kaum atau bangsa, akan tetapi lebih parah menunjukkan betapa pemimpin itu bersikap bebal, fanatik dan dangkal kepada nurani bangsa, sedangkan bangsa sendiri sudah semakin berani mempersoal dan menegur pemimpinnya. 

Tidak wajar bangsa yang berpegang kepada Islam tiba-tiba pemimpinnya merumuskan bila parti politik yang mewakilinya kehilangan kuasa, pemimpin itu pula sanggup mencerca bangsa sendiri sebagai bangsa yang jahat dan hina.

Soalnya benarkah tanpa sebuah parti politik yang berdasarkan perjuangan nasionalisme, bangsa akan menjadi hina dan bertukar menjadi bangsa yang berwajah fasad dan mungkar.

Akal sihat tidak dapat menerima kata-kata ini sebagai kata-kata yang benar, apatah lagi kepimpinan parti itu sendiri yang menjadi punca polimik dan konflik menyebabkan kaumnya berhadapan dengan kemelut yang parah.

Perkataan bangsat bermakna jahat dan busuk serta hina. Adakah Datuk Seri Najib sebagai pemimpin Melayu benar-benar tidak dapat mencari istilah yang lebih tepat untuk mengambarkan betapa bangsa Melayu kini menjadi lemah akibat pemimpin-pemimpinnya hilang punca untuk melerai kemelut yang berpunca dari pemimpin itu sendiri.

Kami berpendapat yang menjadi masalah sebenarnya ialah pemimpin bangsa itu sendiri bukan bangsanya semata-mata. Umno yang dikatakan satu-satunya bahtera untuk membawa bangsa Melayu berlayar dalam lautan yang bergelora ini dibayangkan akan karam. Jika begitu, itu apakah bangsa Melayu terlalu cetek pemikirannya untuk tidak mahu memilih bahtera yang lain.

Keselamatan Melayu hanya terjamin jika bangsa ini dididik, diasuh dan dimantapkan dengan penghayatan Islam seluruhnya. Ia tidak akan mulia dan selamat dengan wadah yang tercemar dengan pemimpin yang berkepentingan diri dan membolot kekayaaan atas nama bangsanya sendiri.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM

Minah5719 said...

Syabas. Penulisan yg sgt menyentuh hati

tebing tinggi said...



Salam AKJ,

Tidak nampak ,undi tidak perchaya dapat dilakukan dan sekiranya belaku dan berjaya kemungkinan besar belaku runding cara yang tidak menjanjikan kesetabilan negara ,juga pada akhirnya .

Cara yang paling sesuai (mungkin tidak mustahil) ahli UMNO sendiri perlu mengalas tangongjawab ,"mereka yang melantik" dan wajib mereka mencari jalan penyelesaian ,demi menyelamatkan Negara,Ugama dan Bangsa .

Tidak nampak kerajaan perpaduan akan membawa penyelesian ,ditakuti akan membawa lebih keburukan ,rakyat adalah mangsanya .

samurai melayu said...

SALAM KASIH SAYANG
DAKJ

Izinkan,

...but we dont need to support the Bersih 4.0 street demonstration to protest..peaceful or bloody.

Perhaps, get a date (a Friday) after August 31st and plan a mammoth nation-wide 'Big Walk' after Solat Jumaat to show protest to that Big DUMB (Deranged, Useless Melayu Bangsat) and his wagon of DUMB followers that THE MALAY RACE IS HERE TO STAY WITH OR WITHOUT UMNO. Period!

Although not a card carrying member of UMNO we have never failed to vote for UMNO/BN but no more if that 1RM(Rouge Malay) is still at the helm of UMNO and the country!

We 'intaiintai' if there's any Malay/Muslim NGOs with the 'eggs' to organise...

Alfatihah, aamiin
ps.. Melayu tak hilang didunia bukan dendangan tetapi landasan perjuangan..

pemikir said...

Salam Datuk,

Terima kasih atas artikel yang mengupas isu pentadbiran DS Najib yang telah tersasar dari landasan sebenar.

Apa yang saya lihat sekarang, pasukan najib telah melabelkan penentangnya samada dari dalam Kerajaan atau politik sebagai orang orang Tun M. Mereka berjaya membahagikan UMNO kepada dua dan mewajarkan DS Najib membuat permbersihan dalaman UMNO.

Mereka telah berjaya menyatakan bahawa Tun M ingat dia masih lagi berkuasa menentukan siapa patut turun dan siapa patut naik. Niat ikhlas Tun M untuk mendedahkan hal penyelewengan wang 1MDB telah berjaya disalah ertikan oleh pasukan Najib ini.

Apabila Pengarah Cawangan Khas ditukarkan, mereka berjaya meyakinkan pengikut politik bahawa lagi seorang, orang TUN M di kenal pasti dan di tukar.



Kedua, kakitangan yang mempunyai authoriti seperti Polis, AG, BNM dan Sprm juga dilakukan permbersihan dengan urusan pertukaran, ditamatkan kontrak atau pecat.

Kuasa telah memerahkan mata dan tindakannya boleh dikategorikan sebagai penganiayaan dan zalim.

You have to be cruel in order to be kind.. mungkin kata kata ini mewajarkan tindakan mereka.

Pasukan Najib juga membiarkan penurunan nilai ringgit. Saya terdengar ada angin angin bahawa kata mereka yang ramai dari mereka yang akan untung dari penurunan ini. Mereka mensasarkan dua bulan sebelum tindakan drastik diambil. Mungkin SEPT atau OCT. Apakah strategi mereka ini?

Akhir kata apa pula akan jadi dngan nasib Mukhriz di Kedah? Ada yang menyatakan bahawa 28/8/2015 adalah tarih akhit Mukhriz sebagai MB Kedah. Kalau benar, Kedah akan ke tangan pembangkang sekali lagi.

Sekian. Wassalam.

samurai melayu said...

Ps.. spelling error 'Rouge' should be 'Rogue'.. mohon maaf

msh said...

Salam Dato.

Hakikatnya...Najib bukan lagi manusia yg layak memimpin negara.Dan dia tidak lagi layak menjaga bangsa..ugama dan negara.

Tidak perlu lagi kita menunding jari... mencari siapa yg silap dlm perkara ini....cuma kita perlu mencari jalan menggantikan dia dgn kadar segera dgn apa cara sekali pun.

(Nota: sy tetap beranggapan bahawa yg silap disini ialah.;
i)org Melayu sendiri yg kurang berfikir kerana mengambil jln mudah bila memilih ketua.
ii) dan Cara atau sistem yg diamal oleh Parti dlm bab memilih ketua).

Apa pun ...semua kebathilan yg dia lakukan...terlondeh sudah....dan kita juga maklum bahawa dia tidak akan berundur demi survival diri dan isteri tersayang...walau ketitisan darah terakhir.

Agak malang lagi..bila rakyat dan bangsa sendiri terpaksa menerima semua ini... ..bilamana ada Ketua2 Melayu seperti TPM yg mabuk kuasa bersama Ketua2 Bahaguan Haram J yg masih mahu menyokong dia demi imbuhan dan kepentingan diri.

Sy sngat setuju dng cara; selepas solat Jumaat diseluruh negara....semua yg telah bersembahyang beramai berkumpul...berarak secara aman...memprotes secara terbuka......MENYURUH DIA TURUN ATAU BERHENTI SAHAJA.

Ini mungkin dpt memberi mesej sebenar tentang jiwa dan hati bangsa yg kunon nya dia berkata masih menyokong dia.

InshAllah...

pemerhati setia said...

Salam Dato,

Kebejatan ekonomi dan pentadbiran negara ini dah mula lama dah. Sebagai seorang Islam dan mendapat didikan asas secara tradisional, semua yang berlaku taklah mengejutkan kerana telah diberitahu oleh guru-guru saya lebih awal. Malah di tahun 1995 lagi dan diulang-ulang setahun dua yang lalu. Senarionya samalah.

PM sekarang ni telah termakan sumpahan. Semasa mengambil jawatan PM beliau telah bersumpah menyebut nama Allah SWT (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) bahawa beliau akan bertanggungjawab menunaikan amanah yang terpikul di bahunya dengan sebaik2nya. Setelah mendapat jawatan, beliau jadi kalut dengan kuasa dan kemaruk dengan wang hingga amanahnya terhadap negara dan rakyat dikesampingkan. Negara pun mahu digadainya.

Jadi, saya tidak terkejut kalau PM bakal akan diturunkan dari tahtanya oleh Allah SWT sedikit masa lagi atas sebab terbesarnya - mempermainkan nama Allah SWT dalam sumpahnya. Malaysia ini unik kerana keistimewaannya. Biarlah masa menentukannya.









samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

Under Najib, Majlis Tertinggi UMNO sudah jadi MDB...Majlis Dukong Biawak(hidup)

'Samuraimelayu' sudah habis modal... hehehe

Alfatihah, aamiin
Ps. Apo lagi nak dikato pado Si Bangsat tu.. hampeh

Mat Bakar said...

Salam Datuk, Sebagai peserta baru dalam kolum ini saya amat amat setuju sekali dengan komen saudara Adzzam Adzzam yang menyamakan PM dan TPM dengan watak penglipur lara dalam wayang kulit zaman 50an dan 60an dahulu yang selalu dipersembahan dalam "Fun Fair" setiap kali selepas musim menuai padi di negeri negeri Kedah dan Perlis. Salah satu kumpulan wayang kulit tersebut ialah Seri Asun dengan watak utamanya Etong dan Seniman Nunui dengan lawak jenaka "bodoh" mereka untuk tontonan anak-anak dan masyarakat kampong pendalaman. Seniman Nunui dan Etong (PM dan TPM) sedang menghiburkan rakyat dengan celoteh karut marut dan merapu dengan harapan rakyat akian terhibur sedangkan kenyataannya keadaan semankin meruncing, haraga barangan import sedang naik mendadak.Saya sebagai peniaga tepi jalan merasakan keperitan ini. Yang nyata Melayu akan jadi bangsat walau siapa pun memerintah jika kewangan Negara tidak dikawalselia dengan waras. Persoalan sekarang dapatkah Etong dan Seniman Nunui menyelamatkan Negara ini dengan lawak karut marut mereka.

aku said...

Kadiag, salaam.

Yg hang tulih pasai pedang dgn pena tu metafora ka tamsil ka, ada betuinya. Di satu peringkat nampaklah satu tempog yg sangat sengit dok memuncak, munkin bersudah sekali lagi dgn darah, korban nyawa dan ayag mata. Sekali depa libaih dgn pedang, pena ke mana...dan kepala kita pon bolih terkulai, terperosok, tepenggai entah ke mana.

Aku sebenagnya terkejut sakan berita polis munkin pakai alat renjatan karan, 'taser', untuk kawai rakyat......nak tunjuk rasa tak puaih hati pada pemerintah.

Alat ni sungguh2 sangat bahaya, terutama apabila di guna pada jarak dekat, terutama pada orang yg sakit jantung macam 'cardiac arythmnia', kanak2 atau diguna berulang ulang. Punyala dahsat senjata ni dah dua kali diharamkan gunanya di Israel. Banyak pertubuhan hak asasi lebel senjata ni alat untuk menyiksa tahap melampau. Ia dikatakan di haramkan juga di Argentina, dan polis di Austria wajib memanggil ambulan setiap kali lepaih mengguna senjata ini. Aku nak ulang, DAH DUA KALI DI HARAMKAN DI ISRAEL. Yg pasokkan bersenjatanya yg dikatakan paling kuat di Timog Tengah, dan antara teganaih di seluruh donia. Tup tup, aku baca lebih 200 yunit dah ada kak polis Malaya.

Pada kepala2 polis, aku nak bagitau, tu pon, kalau belom tau, kaedah yg geng topi merah hampa dok pakai selama ni, menghentak kepala lutut dan tulang tengkorak dengan belantan keraih meretakkan atau mematahkan tulang dan bulih sebabkan rakyat lumpoh dan cedera kekai...ges pemedih mata hampa tembak cara rambang dan bertalu talu...cukop memeritkan, nak muntah, nak teberak,,,pedih pada mata memang tak tertahan, nak rebah pon ada, dan pada yg tua atau tak dapat nak lari, atau terperangkap dalam asap tebai, tak tau kad mana nak tuju...tu belom lagi kelongsong peluru hinggap kak kepala atau tengah belakang, belom lagi kena sepak terajang....kami bukan nak lawan geng2 khalid atau noor rasyid...aku tau hampa memang tak peduli pon... pasai benda ni dah banyak kali berlaku...hanyasanya kalu hampa atau geng hampa terbaca la tulihsan ni...tapi kalu nak pakai 'taser' tu jugak, aku InsyaAllah memang tak mau jumpa hampa atau bos hampa dari Pekan tu di padang mahsyar nanti. Memang fobia habih. Na'uzubilah.

Kadiag, sekali lagi mintak magap ambik ruang banyak blog hang ni,dan kalu ada silap tang mana mana ka... dan dengan tuluih dan rendah hati, terima kasih.

Aku.

nothing to hide said...

datuk.

another committee set up. pm trying to show his concern. everyone and everything else is at fault except him.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Sallam wa salaam.

Harapnya tiada walau satu kematian perserta Bersih 4 akibat tindakan Polis.

Pakcik said...

Jangan pula Dato' menyerah kalah..
genggam bara biar sampai jadi arang..
adat berperang, takut mati kita mati..
Biar putih tulang, jangan putih mata..
Negara musnah bukan kerana semata mata pemimpin tetapi kerana rakyat diam membiarkan penzalim bermaharajalela..
Kalau doa saja cukup, sudah siang malam kita berdoa..lawan tetap lawan sehingga nafas terakhir

majid smsp88 said...

Salam Datuk...

Sebelum ini saya tak tau pun cerita/mitos Sang Kelembai. Selepas merujuk pada beberapa sumber then saya dapati ada banyak versi mitos ini. But, yang ini paling mirip pada senario politik Malaysia kini.

"Kononnya Sang Kelembai ditugaskan menjaga kesucian Sungai Perak daripada dicerobohi manusia dan haiwan. Tugas itu membuatkan Sang Kelembai taksub dengan kerjanya. Siapa sahaja disaksikan berada di Sungai Perak akan dihalau dan disumpah."- Sumpahan Sang Kelembai.

Secara kebetulan, mitos itu punyai banyak persamaan (taksub pada kuasa dimiliki) dengan senario politik Malaysia. Isyarat dari ahli sendiri sudah jelas, isyarat dari rakyat juga agak jelas namun kerana taksub sangat pada jawatan then Najib berusaha keras belajar then teruskan 'taichinya'. Sebahagian lagi pemimpin awalnya tak tahu apa, but terlibat secara 'indirectly', kini tak banyak pilihan selain turut sama bertaichi...

Demokrasi masih tahap baik in Malaysia secara keseluruhannya. Namun tak jelas sangat demokrasi ini adakah masih wujud dalam UMNO..? Senario kini menunjukkan seolah makin terhakis & dihakis. Maruah tersangat murah harganya kini. Rasa malu pada diri sendiri, pada keluarga, pada masyarakat dan yang paling utama malu pada Allah ini makin nipis till sanggup menipu, putar belit & munafik secara terang-terangan. Subhanaallah...

Saya lahir, membesar, bermain-main & till now masih berada sangat dekat dengan tempat bekas majikan Datuk. Waktu kecil saya biasa lihat Pak Samad yang biasa-biasa sahaja bersandangkan beg lusuh, turun naik bas menghala NSTP. Masih teringat lagi novel 'seorang tua dikaki bukit' ini yang menjadi subjek sastera waktu SPM saya tahun 1988.

Zaman awal Datuk dalam penulisan, mata pena memang sangat tajam & bernilai. Sama nilai & keupayaan sebilah pedang. Kebelakangan ini, mata pena tetap sama tajamnya dengan sebilah, cuma sudah berbeza dari segi mangsanya. Kini mangsa punyai kuasa & duit ini mampu gerakkan mata pena kearah yang mereka kehendaki. Yang penting bukan kebenaran mata pena but berapa bayarannya...

Tentang ringgit & index Bursa KL now, tak banyak yang perlu digusarkan terutama pada mereka yang telah kumpul harta. Kesannya akan terasa amat sangat pada kita ini yang tetap berkerja keras but ianya masih sekadar cukup makan sahaja. Tambah ada gst then later mungkin kadar faedah akan naik (harap tidak berlaku).

Ringgit & Index Bursa KL kini itu memang ada betulnya jika kita asaskan pada angka Fundamental. Fundamental ini hanya sekadar angka-angka sahaja, pelabur luar kurang berminat sangat pun. Pelabur luar ini pelabur capitalism, untung jangkamasa cepat adalah target. Lebih tepat, capitalism = gamble...

Perception ini yang sangat meresahkan pada mata pelabur luar yang dapat dilihat dengan jelas by mata, telinga & akal mereka. Seperti penghujung cerita Sang Kelembai, anak (1MDB) mati dihempap pokok & gajah (rakyat) disumpah menjadi batu...

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Berkenaan dengan Pena,

Kalau kita pusingkan jam 10 tahun yang lepas, tidak ada blog seperti ini, facebook, whatsapp dan lain-lain.

Sekarang, ada internet, orang boleh dapat berita dan boleh berbahas. Bila berbahas, orang akan berfikir dan masyarakat berfikirlah yang kita mahukan.

Kalau zaman dahulu, semasa saya di gerai di kampong, kalau berbahas di gerai, orang berpandukan utusan. Yang berbahas goblok dan kesimpulannya pun goblok juga.

Zaman sekarang, orang dah pandai berbanding dengan dulu. Sebab itu susah untuk BN menang kawasan bandar seperti KL, Selangor dan Penang.

Ada juga forum-forum terbuka yang dibuat dan boleh dikuti di youtube, sentuh tentang undang-undang, politik, hal semasa, dan lain-lain, kebanyakkannya dibuat oleh NGO dan pembangkang.

BN pula pada pandangan saya banyak buat forum tertutup. Hanya beberapa orang yang bercakap dan yang lain dengar sahaja. Seolah-oleh mereka berfikir bagi pihak rakyat Malaysia dan kita ikut sahaja. Tidak ada "participation"

Dalam sistem demokrasi, orang putih kata, "Democracy is a game of numbers".

Selagi ramai di kalangan orang melayu dan rakyat Malaysia yang masih tidak faham apa yang berlaku dalam negara selagi itulah rakyat di negara ini diperintah oleh orang yang ada sekarang.

pahit manis said...

Memang pena tak berdaya melawan pedang. Memang pena yang tajam sekalipun akan tumpas dengan pedang tajam atau berkarat. Tapi untuk jangka masa anjang, umpamanya puluhan tahun, atau yang menjangkau generasi, pena yang tumpul sekalipun boleh membawa ilmu dan pengetahuan. Hari ini mungkon pembesar2 umno merasa mereka di atas. Mereka merasa demikian atas kuasa yang ada pada mereka. Namun ia bukan kuasa yang kekal ke akhir zaman. Kita semua tahu tu. Apa juga hujjah yang mereka beri, kita semua tahu hujjah2 itu adalah kosong. Hujjah2 itu tak boleh bertahan jika terus di asak. Jika pembesar Umno sebut fasal 5K (yang saya sendiri dah lupa), saya ada 3K sebagai perspektif tambahan. 3K ini boleh dilihat dan dirasa di mana2 saja rakyat berjumpa dan bercerita: Kelentong, kantoi, kencing. Ada 2K lagi tapi saya dah lupa. Memang pembesar Umno dan mereka yang dibayar untuk menyokong pembesar2 ini mengambil setiap kesempatan untuk cuba menerangkan keadaan yang sebenar. Namun, kami yang duduk di gerai2 mamak dan kopitiam sambil makan roti bakar dan minum teh O kosong sudah faham benar dengan kelentong mereka. Sekarang udah kantoi. Bak kata perwakilan wanita Langkawi baru2 ini, Umno dipimpoin oleh mereka yang kencingkan rakyat. Berapa ramai dari antara 3juta ahli Umno yang termakan dengan hujjah mereka..? Moga2 pena D Scribe boleh memberi pencerahan dan analisa2 tajam dalam blog ini.

A KADIR JASIN said...

“This is how power is eclipsed: In the moment of vivid realism, between the waning of one fantasy of governance and its replacement by the next; in an instant when the world springs free of its mooring of dreams and reveals itself to be girdled in the pathway of survival and self-preservation.”

– from "The Glass Palace" by Amitav Ghosh, describing the fall of Burma to the British.

Pakcik said...

Terbaca komen seseorg di FB..

Formula 5K Umno yg sebenar:

Kelentong
Kencing
Kerek
Komisen
Kantoi

Zalman A said...


Dato',

InsyaAllah we shall move from the current 'fantasy of governance' to true governance, premised on the rule of law and not of tyranny.

One feels pain for the young students yanked away from their Parliament vigil under a misapplication of s.124 (20 tahun penjara, konon). Of course, they are young and idealistic, but perhaps not fools either.

Another batch of their friends is ready to take their place.

They also will face arrest by a regime that only wants its own survival, not the survival of fairness, law or justice.

That is our tragedy, now.

Thank you.

sangkuriang tangkuban said...

Doa Buat Si Darah Biru

Pagi 31 Ogos ini, tanah ini Merdeka lagi
Diteraju pahlawan dan hulubalang
Bugis, Minang, Jawa, Keling dan Turki
Disekelilingnya para dermawan
Melimpahkan dana ke akaun peribadi.

Rakyat dicukai kanan dan kiri
Katanya untuk kebaikan saudara saudari
Agar tidak melarat di kemudian hari
Kata-katamu adalah wahyu
Timbalanmu dipilih gusti prabu
Kamulah kebenaran
Dahulu, kini dan pasti selalu
Tuhan merahmatimu, si darah biru.

Orang tuamu mendepani zaman
Si miskin diberi sebidang tanah
Titisan keringatnya jadi bermaruah
Tapi buatmu anak FELDA haram jadah
Pabila menolak anugerah FGV
Yang IPOnya kini menjunam ke bumi.
Jadilah kamu hulubalang ekonomi
Ditendangmu rusuk para petani
Agar dibangsatkan di tanah sendiri
Mudah-mudahan Tuhan merahmatimu lagi.

Negara ini
Pasti akan Merdeka lagi
Dengan rakyatnya berpendapatan tinggi
GST ke saku teman-temanmu, BR1M ke sakuku
Negara makmur tiada inflasi
1MDB mercu ekonomi rakyat
Hutangnya patuh pada syariah
Tabung Haji, Qatar, AmBank berpusu membeli
Kalau ada yang cuba bertanya, mereka tak lain pengancam demokrasi
Dihumban ke dunia pensiunan, atau 20 tahun di jaring besi
Untuk itu, sekali lagi Tuhan merahmatimu
Di hening malam Doa Untuk Malaysia.

Di pasar, para ibu dan isteri mengeluh
Wangnya makin pudar, kuasa belinya semakin longgar
Bibirnya bergetar, lalu berkata
Oh Tuhan rahmati perdana menteriku
Di atas keterhimpitan hidupku ini
Anugerahi keluarganya harta dan permata
Untuk jet peribadi, Hublot BB dan tas Birkin.

Oh Tuhan, hiburkanlah jiwa yang tertenung sihir kuasa
Tapi, hinakanlah mereka selama-lamanya
Di atas bumimu yang fana.

Caesar and Brutus said...

Police reports on 1MDB have been lodged in Switzerland, United Kingdom and just a few days ago in Singapore. Money trails, banking transactions can no longer be hidden, the truth will come out soon, and no amount of dodgy "explanations" on cash/units, political donations, anti-jewish donations, royal donations from arab king and prince, meetings with donors, one million ringgit cheques, and halfbaked lies from those sycophants can cover up what's been spun here for our daily diet.

The special "economic council" by the PM is another machine set up to propogate the lies, and those eminent persons who still have some integrity left should be well advised to stay away. People like PM's brother Nazir, what business can you do in there except to prolong a cancerous disease and to hobnob with the very people who brought down this country?

Zed-85 said...

Sallam Dato'

Satu diskusi yang baik dan sangat informatif dalam forum yang diadakan semalam.

Speaker yang ada berpengalaman seperti DAKJ, Dato Shaifuddin yang setahu saya arif dalam undang-undang, wakil MCA dan Maria Chin. Moderator yang baik juga dalam forum.

Setahu saya, forum yang mempunyai format semalam tidak banyak diadakan dalam media perdana.

Perkara-perkara kritikal yang ditimbulkan, iaitu soal kepimpinan Najib, soal ekonomi, demokrasi berparlimen, soal pengganti Najib, dan soal impak Bersih.

Saya berharap ramai yang menonton semalam atau lihat recording yang akan siarkan "upload" kemudian.

Pada pandangan saya, dalam suasana ekonomi yang sedia ada yang amat negatif, terutamanya matawang ringgit yang merudum, sekiranya PM adalah antara penyebabnya, maka PM perlu berundur .

Mungkin pilihan yang ke 5, yang pernah Dato sertakan dahulu iaitu jalan keluar selamat "safe passage" untuk PM sebagai syarat beliau berundur. Masalah ekonomi perlu perhatian yang segera, kalau tidak, akan menyusahkan rakyat. Ini lebih penting dari keadilan untuk seorang individu.

Dalam forum semalam, ramai yang tidak yakin pengganti Najib. Saya berasakan amat perlu untuk perubahan dalam sistem parlimen kita, antaranya had terma PM 2 penggal, dan lain-lain yang sesuai supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Apa pun, saya berharap forum sebegini dapat diteruskan lagi kerana berikan input-input yang positif kepada ramai.

Terima Kasih DAKJ.

panglimo potaseh said...

1. Singkek.

Lima puluh tahun dulu, dimana mana kampung Melayu tentu ada seorang dua Cina yang datang merempat, pacak rumah berlantaikan tanah dan buka kedai atau bertani secara kecil kecilan. Cina seperti ini kita panggil "Cina Singkek". Sekarang dah takde Cina yang singkek.


2. Bangsat.

Kata Najib, jika Melayu tak pilih UMNO, maka masa hadapan orang Melayu akan jadi "terbangsat" atau "Melayu Bangsat" .. Betul kah itu?. Pada saya, orang Melayu tak perlu tunggu UMNO tumbang untuk mereka jadi "terbangsat" .. dalam keadaan seperti sekarang ini kita dah pun rasa di bangsatkan. Hina sangat bunyinya .. ditanah air sendiri dengan kepimpinan bangsa sendiri, orang Melayu telah dibangsatkan.


3. Keparat.

Persoalannya, siapa yang telah membangsatkan orang Melayu hari ini? .. sudah tentu mereka yang telah diamanahkan untuk memimpin kita dan negara ini. Tapi malangnya mereka yang memimpin adalah daripada golongan pemimpin KEPARAT yang tidak beramanah, munafik .. sampailah masanya kita memerdekakan diri kita daripada pemimpin yang bertaraf "keparat". Kita perlu undurkan pemimpin "keparat" ini, selepas itu dakwa, tangkap dan hukum pemimpin pemimpin yang bagaikan musang berbulu ayam ini.

4. Merdeka.

Kemudiannya barulah kita dapat mengecap "kemerdekaan" yang sempurna.
M E R D E K A.


panglimo potaseh said...

1. Singkek.

Lima puluh tahun dulu, dimana mana kampung Melayu tentu ada seorang dua Cina yang datang merempat, pacak rumah berlantaikan tanah dan buka kedai atau bertani secara kecil kecilan. Cina seperti ini kita panggil "Cina Singkek". Sekarang dah takde Cina yang singkek.


2. Bangsat.

Kata Najib, jika Melayu tak pilih UMNO, maka masa hadapan orang Melayu akan jadi "terbangsat" atau "Melayu Bangsat" .. Betul kah itu?. Pada saya, orang Melayu tak perlu tunggu UMNO tumbang untuk mereka jadi "terbangsat" .. dalam keadaan seperti sekarang ini kita dah pun rasa di bangsatkan. Hina sangat bunyinya .. ditanah air sendiri dengan kepimpinan bangsa sendiri, orang Melayu telah dibangsatkan.


3. Keparat.

Persoalannya, siapa yang telah membangsatkan orang Melayu hari ini? .. sudah tentu mereka yang telah diamanahkan untuk memimpin kita dan negara ini. Tapi malangnya mereka yang memimpin adalah daripada golongan pemimpin KEPARAT yang tidak beramanah, munafik .. sampailah masanya kita memerdekakan diri kita daripada pemimpin yang bertaraf "keparat". Kita perlu undurkan pemimpin "keparat" ini, selepas itu dakwa, tangkap dan hukum pemimpin pemimpin yang bagaikan musang berbulu ayam ini.

4. Merdeka.

Kemudiannya barulah kita dapat mengecap "kemerdekaan" yang sempurna.
M E R D E K A.


raja2u said...

Assalamualaikum,

YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Bagaimana derama ini akan berakhir hanya masa akan menentukan. Ini bergantung kepada pilihan yang akan diambil oleh watak utama derama ini mengikut sekerip yang sedia ada. Adalah harapan saya ia tidak sampai keperingkat tersebut.Saya harap masing-masing akan terserentak dari mengigau dan mengambil langkah yang terbaik untuk menentu Negara tidak hancur akibat tindakan yang melulu. Kita sekarang faham tindakan menumpukan kuasa kepada seseorang menyebabkan orang yang menciptanya sendiri tidak boleh buat apa-apa bagi mendesak orang yang berkuasa melepas kedudukan.Kita juga Nampak orang yang dahulu minta supaya semua masalah diselesaikan melalui saluran betul dan tidak melalui demonstrasi jalanan sudah berubah fikiran kerana telah sampai kejalan buntu.

Alhamdulillah ada juga parti politik yang bertindak waras dengan mengambil tindakan meminta rakyat menyumbang pendapat bagaimana untuk mengsejahterakan Negara dari terus mengapi-apikan rakyat supaya bertelagah sesama sendiri tanpa mengadakan pelan tindakan mengenal pasti apa masalah yang dihadapi dan cara untuk mengatasinya.

Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strtegik Vision,
Petaling Jaya.

Awang Che Puteh said...

Salam Datuk dan para pendebat, baru-baru ini, Presiden UMNO memberi amaran bahawa bangsa Melayu akan menjadi bangsat sekiranya UMNO kehilangan kuasa. Oleh itu, beliau menyeru dan mengeluarkan fatwa bahawa adalah ‘wajib’ bagi ahli UMNO untuk mempertahankan parti. Kita lupakan sejenak perkataan yang amat kesat dan biadap yang diuturkan itu, yang tidak sepatutnya keluar dari bibir merah pemimpin parti kaum Melayu yang berketurunan bangsawan ini, tetapi marilah kita menilai apakah betul akan ramalan dan telaan beliau?


Saya bukannya ‘Madame Zora’ yang ada bola kristal, apatah lagi nujum Pak Belalang yang boleh meramal masa hadapan, kerana tidak siapa yang akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, melainkan hanya Tuhan Yang Maha Esa.


Tetapi kita boleh membuat tekaan berdasarkan faktor-faktor dan polisi-polisi awam semasa, dan juga berdasarkan apa yang telah berlaku. Jika kita lihat prestasi orang Melayu sekarang ini, sebenarnya mereka telah pun dibangsatkan, terutamanya semenjak Dato Seri Najib menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009.


Sejak beliau memegang tampuk pemerintahan negara, kemajuan kaum Melayu telah terbantut dan terhina, menjadi lebih mundur berbanding kaum-kaum lain.


Tidak pernah terjadi dalam sejarah dimana jurang pendapatan antara Melayu dan Cina makin melebar. Ini berlaku pada tempoh 2009-2012, pertama kali ianya melebar semenjak dari tahun 1970! Tidak pernah jurang makin melebar di bawah tampuk pimpinan mana-mana Presiden party UMNO maupun Perdana Menteri sejak dari zaman Tun Razak hinggalah ke zaman Tun Abdullah Badawi. Jika dilihat pencapaian tahun 2009-2014, tidak ada perubahan langsung nisbah ketidaksamaan pendapatan isi-rumah bulanan antara Melayu dengan Cina. Malah,jika kita bezakan dari segi nominal, jurang pendapatan antara melayu dan Cina sebenarnya telah melonjak sebanyak 53%!


Nisbah pendapatan antara Bumiputera dengan India telah meningkat pada masa yang sama, juga pertama kali berlaku semenjak dari tahun 1970! Jurang Pendapatan dari segi nominal telah meningkat lebih teruk lagi, sebanyak 83%.


Lihatlah jua pegangan ekuti kaum Melayu dibawah tampuk pimpinan Dato Seri Najib. Kita hanya mampu menaikan pegangan ekuiti (effective control) sebanyak 0.7%, dari 16.1% pada tahun 2009 kepada 16.8% pada tahun lepas. Amat lemah sekali! Namum beliau masih bercita-cita, dan berjanji manis untuk meningkatkkanya kepada 30% dalam masa lima tahun akan datang. Ini amatlah mustahil, bahkan bordeline berdusta.


Kerana dasar liberal pro-pihak elitis yang setia diamalkan, peratusan professional Melayu juga tidak berkembang, Lihat saja lah orang Melayu yang menjadi doktor juga telah merundum sejak dari 2010, dan hanya sedikit peningkatan untuk pekerjaan professional yang lain seperti akauntan dan arkitek. Inilah balasannya apabila pemimpin telah meningalkan jiwa perjuangan parti keramat ini.

Wassalam.
Nah, siapakah yang telah membangsatkan kaum Melayu? Jawapannya jelas sekali!

ku_seman said...

Datuk, masih relevankah lagi kata-kata hikmat mata pena lebih tajam daripada mata pedang? Dari apa yang saya tengok banyak mata pedang sudah digunakan dengan sesuka hati untuk memancung mata pena yang tidak sehaluan atau memberikan sudut pandangan berbeza. Pengguna mata pedang ini cuba menutup kebenaran dengan kuasa yang dipegang seolah-olah Melayu akan menjadi bangsa yang bangsat tanpa mereka. Mata pena sudah tidak mempunyai ruang kecuali bangkit melawan seperti yang Datuk lakukan. Propaganda basi memperbodohkan rakyat sedang giat dijalankan tetapi mujur kerana rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan lagi.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Alhamdulillah.
Ada juga ahli UMNO yang mampu ambil peguam saman President UMNO berkenaan sejumlah wang sebanyak USD680 juta yang dikatakan derma kepada UMNO.

ALHAMDULILLAH.

tehtareksatubos! said...

Popular joke in Singapore:
LKY do it for the nation
PM of BodohLand do it for donation

Abdullah Ngah said...

kuasa umnolah punca Melayu jadi bangsat.mengapa? kerana apabila ada kuasa para pemimpinnya boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Seratus peratus pentingkan diri sendiri.Demikianlah apa apa yang terjadi terhadap bangsa Melayu tanah Melayu. Satu Malaysia barah tahap 4 pada orang Melayu. Tidak mustahil hilangnya kuasa politik yang ada sekelumit itu.

RAWA LANUN-BAHASA said...

Apakah akan berlaku Sumpahan Mahsuri 2.0 bila Sdri Ainina dilucutkan keahliannya?
Adakah UMNO Langkawi akan terlaknat tujuh keturunan atau Presiden Najib terkutuk tujuh keturunannya?


Apapun Sdri Ainina boleh pergi rehat dan rawat di Pulau Tuba dan sekiranya dia sabar bolehlah dia mendalami ilmunya di sana. Apapun nanti bolehlah dia mohon masuk UMNO kembali bila dia saman ROS. Tetapi kenalah ada khidmat baik peguam yang bijaksana.

Salem hormat

Awang selamat said...

Kebangsatan politikus bangsatwan membangsatkan bangsa....

samurai melayu said...

SALAM KASIH DAN SAYANG
DAKJ

Izinkan,

UMNO/BN tewas di Selangor, PP dan Kelantan..
Adakah bangsa Melayu terbangsat di negeri negeri tersebut?

Si BANGSAT tu telah meludah ke langit biru..

Kami doakan agar Sdr Kadir Jasin sekeluarga sentiasa dinaungi Sinaran Zat Kasih dan Sayang Allah Subhanahuwataala..

Alfatihah, aamiin

ps.. teringat kami kpd sahabat Langit Biru.. lama menghilang

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).