A Kadir Jasin
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL.
Boleh pakai nama samaran.]
Raksasa bermata hijau atau tidak, kebijaksanaan harian (conventional wisdom) mengatakan bahawa Dr Mahathir lebih diyakini dan lebih popular daripada Teuku Adnan.
Mohon maaf saya menggunakan gelaran Teuku dan bukan Tengku atau Tunku kerana lama sebelum beliau menjelma menjadi “Tengku Adnan”, nama asal beliau adalah Teuku Adnan. Itulah gelaran beliau sewaktu saya mula mengenali beliau sebagai ahli perniagaan pada awal tahun 1980-an.
[Teuku adalah gelar ningrat atau bangsawan untuk kaum pria suku Aceh yang memimpin wilayah nanggroe atau kenegerian. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulee balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku. Seorang Teungku dapat pula berubah menjadi Teuku, apabila ia dialihkan dari jabatan keagamaan ke jabatan pemerintahan atau sebaliknya. Bacaan lanjut di sini.]
Malangnya, bagi kita yang berfikir dan membuat analisis mengenai krisis politik (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak berasaskan kebijaksanaan harian (conventional wisdom), kita akan tersesat kerana beliau dan jentera diayah beliau telah lama mengetepikan kebijaksanaan harian.
Namun bagi kita yang masih berpegang dan percaya kepada “conventional wisdom”, kita mempunyai berapa kaedah yang boleh digunakan bagi memahami dan mengungkai kekusutan yang kita hadapi sekarang. Antaranya:
1. Mohd Najib boleh memilih untuk terus bertahan dengan menggunakan kuasa pentadbiran (executive power). Tetapi pemerintahan serta ekonomi negara akan terus terumbang-ambing kerana kredibiliti kerajaan yang rendah. Umno dan Barisan Nasional akan semakin lumpuh dan pembangkang mempunyai modal besar untuk pilihan raya umum akan datang.
2. Pihak-pihak yang menentang Mohd Najib boleh menggunakan kuasa perundangan (legislative power) untuk memaksa beliau berundur melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ahli Dewan Rakyat daripada BN dan pembangkang boleh membuat pakatan dua pihak (bi-partisan) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau atau melalui perutusan (deputation) kepada Majlis Raja-raja Melayu.
3. Gerakan massa (mass movement) boleh menggunakan keingkaran sivil (civil disobedience) secara aman dan sah dalam semangat Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela untuk memaksa beliau meletak jawatan.
4. Menggunakan saluran kehakiman. Pendapat umum dan kebijaksanaan konvensional mengatakan bahawa sudah terdapat bukti (evident) yang mencukupi untuk mendakwa beliau di mahkamah berkaitan "derma" RSC International dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
5. Jalan keluar terhormat dan terjamin bagi Mohd Najib adalah merundingkan laluan selamat (safe passage) di mana beliau tidak akan dituduh di mahkamah dengan syarat beliau meletakkan jawatan. Namun inilah yang diidam-idamkan oleh pembangkang kerana ia akan memberikan mereka modal mutakhir untuk PRU akan datang.
Kaedah kelima bukanlah baru dalam sejarah Malaysia cuma ia belum pernah membabitkan seorang Perdana Menteri.
Ramai pemimpin politik daripada menteri, menteri besar, ketua menteri dan ahli parlimen meletak jawatan bagi mengelak daripada diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.
Tetapi ada juga pemimpin tertinggi Umno/BN yang memilih untuk dibicarakan daripada mengundurkan diri secara sukarela. Ada yang sabit kesalahan dan ada yang dibuang kes.
Kesimpulannya, Mohd Najib boleh
memilih untuk bertahan dengan menggunakan kuasa politik dan wang untuk menambat
hati ketua-ketua Umno dan anggota kabinet atau memeras ugut mereka yang ada
rangka bergantungan di dalam almari.
Beliau boleh menggunakan kuasa
pentadbiran untuk membeli kesetiaan kakitangan awam atau mengenakan tekanan ke atas mereka
seperti yang dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC).
Malangnya, bagi rakyat jelata
masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan kerana tumpuan
Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat
bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum.
Di pihak penentang Mohd Najib pula,
khususnya anggota perundangan (legislative), mereka sepakat bahawa Mohd Najib
perlu disingkirkan demi kelangsungan negara tetapi tidak mempunyai keazaman
politik (political will) untuk berpakat menjatuhkan beliau melalui undi tidak
percaya.
Sementara di kalangan elit Umno
dan BN, hipokrasi menjadi kata kunci – di depan puji dan puja di belakang
caci dan cerca. Tetapi suara berani ahli akar umbi meminta Mohd Najib mengundurkan diri sudah mula kedengaran dalam mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian Umno.
Wallahuaklam.
57 comments:
Satu dunia sudah tahu
Cakaplah apa sahaja
retorik dan justifikasi
suci dalam debu
maksum penuh kelabu
satu dunia sudah tahu
siapa perompak
siapa penyangak
siapa pembohong tegar
yang berulang mengulang
tidak tahu malu
tidak peduli halal haram
siri perompakan dan pembohongan
mengkhianati amanah dan mandat.
Berlakunlah terus
politikus berdarah pahlawan bacul
di pentas maharaja lawak
dengan sorakan penyokong berani mati
mempertahankan kecurangan moral
melaungkan kesetiaan membabi buta
walau dikencing hari-hari
walau diliwat sebuas nafsu
walau segalanya terang bersuluh
bilion bilion masuk akaun peribadi
tanpa nama perderma dan audit
kunun-kunun sebagai derma parti
satu dunia sudah tahu
sedekah daripada poket awam
yang berlegaran dari bank ke bank
jejak korupsi paling jahanam
menghimpun kedurjanaan perjuangan
survival seorang pengkhianat
dalam sejarah ketuanan bangsat
menuju saat kemuflisan negara! – 11 Ogos, 2015
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/satu-dunia-sudah-tahu-mohamed-fudzail
Salam Sdr Kadir,your list of five scenerio is quite interesting except item no 2 " perutusan (deputation) kepada Majlis Raja-Raja Melayu."
that to me something new,since the constitution did not spelt it clearly.
I will try to do some research on it, may be you could explain how this mechanism will work.
Anyway thanks for the idea.
I don't see how you can be fair in your comment when you are too personal and emotional about Teuku Adnan. Hitting his roots does not reflect. your reputation.
Dato'
Your take on the PM blackmailing his party members or ministers into submission is probably common practise carried out by current and previous administration. In the case of Najib the reverse is true! The previous PAC head and a few of his colleagues could have easily exploited his desperation to prevent investigations into 1MDB to get ministerial positions. By the same token, it also means that anyone (locally and more dangerously overseas) can now exploited this desperation for their personal gains.
Dato.
Jika bukan sebab 1MBD pun PM sudah gagal criteria sebagai PM dan Finance Minister.
Ketika 1998 financial crisis, saya sudah dapat merasai dan menilai kesan tekanan economy waktu itu. Walaupun ada krisis politik, LEADERSHIP dalam kerajaan tetap ada. Walaupun caranya boleh dibahas cara ilmiah betul atau salah.
Bila2 masa lagi RM akan mencecah 4/USD. Ketokohan dalam kerajaan menghadapi crisis tiada. Mungkin ada blessing scandal 1MDB untuk mereka mengalih/menutup keadaan sebenar kelemahan pentakbiran. Adakah mungkin itu saja kepandaian ahli2 politik Malaysia masa kini? Atau ketokohan ini yang di minta oleh nakhoda.
Jika diukur krisis 1998 dan sekarang, nampak ombak nya lagi besar. Paling bahaya bila nakhoda kapal masih membilang bintang2 di langit.
Wallahu a’lam
1. Likely scenario
2. Opposition not wise
3. Police will use force, given MACC precedence. Gandhi, Mandela were not fighting corruption.
4. Justice system suspect.
5. Will not be seen to be fair.
So, following this logic, likely scenario 1 which will mean the not so wise will win polls and take us to the pit. The elites not affected.
Time is gold but gold is not time
Time is money but money is not time
The perfect timing is in the month of september
May God bless all of us
Salam Dato,
Frankly, i will say that this government is BUST AND DONE!.
The blue ocean strategy has produced a diffuse `red ocean' result in all aspects of Malaysian.
The nation is suppose to have a leader/PM but as it is now the post is `vacant'.
The nation is suppose to have a finance minister, and yet it is also `vacant' at present.
The nation suppose to have `economy advisers/consultants' and yet they are doing
the very best to worsening of the economy.
The nation is BUST..because:-
1.The ringgit is depreciated, and still depreciating...meaning we lose alot of ringgit laa,the present ringgit as well the future ringgit that we have not earned yet.
2.The Bank Negara buys ringgit to `stop' the riggit's rot, also will end up with selling of USD at lower rate or selling gold at lower price...and we lose more ringgit again, and yet the ringgit continues to depreciate further also.
3.Our imports will lose more ringgits now,and we import alot since most of our exports containt alot of imports inputs....further ringgit lost.
4.Our oils- petrolium and palm oil are at lowest prices,...less ringgits earned for for the nations,albeit rotten ringgits though. Rubber price is also not much better.
5. The prices of good and services locally have increased dramatically, due to the GENIUSES AT THE FINANCE AND CUSTOM DEPARTMENT actions....This is the fastest way to
eliminate small traders vocations and some of the not so small traders and industrialists.
6. There is termination of workers in all industries at present, some is lesser than the rest...this is bad for the bread earners to provide for the family.
7 The stock market is `bleeding'.. this is OK to the government because our market is open market and free market!...LET THE FDI SELL OFFF MORE over the next few weeks.
The Finance minister,Minister of Trade, KLSE,SC and Bank Negara are `very happy' with this trend now!.`(it seems so because there is NOT A WHISPER OF intervention to stop this rot).
8. All the above will lead to more government and domestic borrowings laa...and the interest rate will go up. And the Finance minister will be smiling,...at least something is going up la!.
9.The international credit rating will soon bomb us .
10 ALL THE GOVERMENTS SOLUTIONS and ACTIONS for various national problems over the last 5-6 years are causing BIGGER PROBLEMS over the last 2-3 years.
Solution.
SOLUTION 1 now is...get rid of The PM and Finance MInister ASAP.
Solution 2. go to washington or bejing, and tell them we need their`blessings' laa,to prop up the economy.
Solution 3..AVOID `DONATIONS' from middle easterners....
Solution 4.May be a new constitution might help us gets out of this mess.
Abu Bakar Ab Rahman
What is so unprofessional about exposeing a mans roots. The man is a fraud making himself out to be of what he is not. There is a stark difference between a spear carrier in a the royal court and a blue blood royalty. The man ought to be ashamed of himself . Royalty my foot . Thanks Datuk Kadir for exposing this fraud .
Sallam Dato'
Point No.5 agak menarik dan mungkin ramai yang tidak terfikir.
Ini merupakan satu jalan keluar bagi masalah yang ada sekarang. Tapi, mungkin ramai juga tak setuju atas dasar keadilan.
Tapi, kalau dah dekat PRU14, point no.5 saya rasa dah tak lagi releven.
Kalau kita hendak membuat ukuran perbandingan, zaman Pak Lah tidak seteruk sekarang. Ada isu kepimpinan dan tingkat 4.
Tetapi, nampaknya sokongan pembesar-pembesar UMNO kepada Najib lebih kuat berbanding Pak Lah.
Dalam ilmu Science, Hukum Newton pertama, sesuatu objek akan terus berada dalam keadaan diam melainkan ada tekanan diberikan.
Oleh itu, pandangan saya, tekanan yang ada dalam akar umbi UMNO dan rakyat negara akan mengubah dinamik politik yang ada sekarang.
Rosli Ibrahim.
Reputasi Dakj tidak tercemar kerana dedah penipuan.
Drpd teuku bertukar tengku bagi saya penipuan besar.
Yg penting org Melayu ramai bodoh hingga terima dan sanjung si penipu..yg kemudiannya bersekongkol pula dgn Najib.
Jangan sdr tercari2 alasan untuk mengutuk Dakj sambil mengalihkan pandangan drpd isu asal iaitu IMDB.
Kalau pun Dakj ada kelemahan , kita bincang lain kali.
najib memang yang terhebat antara semua pm didunia. bukan di malaysia saja. belum ada pm yang pernah membuat negara hutang sampai 42b. belum ada pm yang ada dalam akaun peribadi sampai lebih 2b. belum ada pm yang kulitnya tebal macam badak terkedek kedek pakai beg birkin. belum ada pm yang muka tak malu. belum ada pm yang boleh mengalahkan david copperfield dengan menghilangkan duit kerajaan berbillion billion.
Dato'
Tourism Minister Nazri's Proud Acknowledgement of Najib's Receipt of a 2 billion dollar donation from a foreign nation whose financial contribution will be used to determine the government of the foreignef's choice will send Malaysia tottering towards a slippery slope of Foreign Domination.
Most citizens of any country tends to regard foreign interference (even amongst friends) with disdain. The British, French or Germans created an uproar when they found out that the Americans were eavesdropping on their president, even though the Americans are their closest Ally.
Perhaps Minister Nazri knows not the meaning of Patriotism.
Well, is it not a crime to pretend to be someone whom one us not?
Pardob me, I think you are just as confused as the IGP, who was merely interested to investigate a subsequent event arising out of 1MDB, but not, what appeared to a wrongful action of tghe PM, or, if the IGP is a true professional, he would investigate both cases, so you are guilty of tge very thing you accused AK Jasin of?
Artists use lies to tell the truth. Politicians use lies to circumvent the it.
-V for Vendetta
Wonderful comment sent to me:
Brigadier General (Rtd) Mohd Arshad Raji's:
An Old Soldier Speaks...more in Sorrow than in Anger.
Mohd Arshad Raji Raji ;
Dear All,
Friends has been calling me to ask why have I been so angry of late, and my anger is so obviously reflected in my comment on FB. I said to them that I am so confused and angry because at this late age of mine, I am seeing the demise of my country in the hands of some ugly politicians who now lords even over the civil service.
Having been a member of the Armed Forces, and had served towards the final days of the Indonesian Confrontation, the full brunt of the Communist Insurgency and had seen service with the UN on peace keeping duties in war torn Cambodia, I just cannot hold back my anger to witness this beloved country of mine that I had placed my life as a soldier defending it, be mercilessly mowed down by thieves, liars and even alleged murderers, masking themselves as honourable politicians.
The more I read about what appears to my beloved country grasping for breath in the face eventual death, I flinch in fear that all the scarifices that we the members of the Armed Forces had contributed in the past to make this country safe so that it could prosper for the good of its people, is being mismanaged at the hands of unscrupulous, thieving, corrupt and lying politicians.
Never have I hated our ruling politicians so much like this in the past, and seeing them act like lord and master over the people today, makes me change my honourable impression of them to one of despise, intense dislike and disrespect for them all. What is even worse is their utter disregard to their sworn pledge to His Royal Highness the King, especially those appointed to hold ministerial positions in government, to serve the nation with honour, and to fulfill their avowed responsibilities with integrity and thrustworthiness. Never have they pledge to steal and abuse their position.
I really do not know if my country could survive the current turmoil caused by an idiotic leader who has shown little remose for the sufferings of its people. What more can I do now to enlightened my poor soul, other than to pray for the blessings and guidance from Allah swt that my country and its people will emerge out safe from the current turmoil.
Finally, I seek my beloved and faithful FB followers to join me in prayers that nothing untoward will befall upon us all, and that we shall continue to savour the joy and happiness that we were once showered with. Amin.
Datuk,
Saya yakin PM Najib akan memilih pilihan nombor 1iaitu bertahan dan menggunakan kuasa eksekutifnya utk menekan bangkangan dari luar dan dalam.Najib tahu bangkangan dari dalam boleh dineutralkan dgn " carrot and stick".Bangkangan dari luar pula boleh dibanteras dgn menggunakan SOSMA dan Akta Hasutan.PDRM masih setia pd.dia.Jadi apa dia nak takut? Kecuali org2 melayu pakat pakat tak undi dia dan BN yang mana kebarangkaliannya tipis.Sbb org2 melayu masih setia pd Najib dab UMNO..Biarlah negara hancur pun takpa,asalkan yg menghancurnya ialah oemimpin nombor wahid mereka..Ketaatan org org melayu persis org2 melayu ketika Singapura dilanggar todak.Suruh berkubu dgn betis,mereka akur walaupun tulang kering mereka patah diterjah oleh todak.Sesiapa yg jadi Hang Nadim akan menerima nasib Hang Nadim..Segala sikap PM Najib mencerminkan sikap majoriti org org melayu..
With the new AG..everyone r keeping evidence on their cases?..no prosecution 4 now?..what can anyone do anything about this??Isnt prevention of justice from taking its course a crime by itself Dato?
The weak ringgit is affecting the cost of goods due to higher import cost, according to Retail Group Malaysia (RGM) managing director Tan Hai Hsin.
“This will lead to higher retail prices.
“Higher import costs are affecting all retail sectors, from grocery stores, restaurants, fashion stores, furniture stores, electrical and electronics stores.
“Higher retail prices will be more apparent by the third quarter of this year. By then, Malaysian consumers’ purchasing power will decline further,” he told StarBiz..tq jibby
DAKJ,
Saya baca laporan Astro Awani hari ini ,"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan ada pihak tertentu termasuk bekas perdana menteri cemburu melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini."
Saya jadi tidak faham, apakah kejatuhan matawang Ringgit sehingga hampir RM4 kepada USD$1 suatu kejayaan? Apakah pembekuan pengambilan kakitangan kerajaan suatu kejayaan? Apakah peningkatan kadar pengangguran suatu kejayaan? Apakah pemberhentian ribuan kakitangan MAS suatu kejayaan? Apakah pertambahan hutang negara suatu kejayaan? Apakah kenaikan melampau harga barangan suatu kejayaan? Apakah peningkatan cukai yang mendadak suatu kejayaan? Kalau kita senarai, terdapat puluhan malah ratusan isu yang lebih mirip kepada kegagalan.
Adakah kejayaan anak Rosmah menerbitkan filem 'porno' dianggap suatu kejayaan? Saya tak tahulah...
'Teuku Adnan nampaknya hanya cuba memualkan tekak rakyat Malaysia. Dah tak dapat ditelan lagi sikap pembodek pemimpin-pemimpin UMNO, sehingga mengenepikan kepentingan rakyat Malaysia.
Adalah mereka-mereka ini berkhidmat untuk bangsa Melayu dan negara Malaysia, atau mereka hanya bekerja untuk Najib dan Rosmah?
-Competente-
Tdm harping on 1mdbs missing cash not on src kickbacks via mentari and ihsan perdana sb as conduits?he2..najib replying on 1mdbs total assets he2..the blatant abuse on src is being side stepped ,,confusing people
Aslkum Dakj.
Zaman TDM , beliau tak de masa nak umun peruntukan kalau setakat bernilai rm20 jt.
Sayangnya itulah yg dibuat oleh Najib hari ini.
Dengan bangga beliau umum hanya mampu bantu rm20jt untuk progran usahawan Bumiputra?
Agak2nya kalau dikongsi oleh 20000 siswazah Melayu menganggur yg bercita2 nak jadi ushawan maka setiap org akan dpt peruntukan rm20,000,000÷20,000 org= rm1000 seorang.
Celah gigi berbanding dgn peruntukan rm250jt pd seorang bernama suami kak Ijat untuk projek lembu NPC.
Confirm.ekononi negara dah tenat.
Ayuh ramai2 kita sokong UMNO.
Tapi kemana perginya wang derma rm2.6b yg Najib kata bukan untuk tujuan peribadi?
Percayalah. Mesti ada NGO Melayu yg mahu jadi pak sanggup agih2kan wang rm20jt itu sambil pertahan Najib daripada serangan pengacau.
Kadiag, salaam.
Teruih terang aku tak setuju dua pekara :-
1. Senario2 mendasagkan banyak andaiyan, yg potensi tinggi untuk berubah. Satu kumpulan faktor penyumbang pulak bulih hase natijah yg berbeza beza.
2. Greding hang bagi pada capaian uruih ekonomi depa, aku rasa kurang tepat. Pada aku memang 'dismal'lah...
a. Ekonomi Malaya kembang dari begantung pada bijeh dan ladang getah, kepada sawid, pekilangan, carigali minyak, balak, perkhidmatan (sebis), binaan dan sebagai.
b. Sekala membesag dgn kemasukkan modai asing dan pekerja asing, turut mengurangkan daya saing anak negeri.
c. Bibit tidak sihat turut serang budaya anak negeri, jati diri yg masih rapuh, jadi tidak keruan atau berlaku serabut (confusion) nilai, jinayah (termasuk risyuah), pelebaran jurang perkauman dan pelebaran jurang pendapatan dll jadi ketara.
Ini yg depa warih dan depa lajakkan pulak. Hang tengok la GST, manipulasi harga minyak, lonsog nilai ringgit, kecut mendadak rizab Bank Negara, hutang yg macam gunung, kronisma (contoh: silang kepentingan, 'cross directorship' "conflict of interest" terutama dlm syarikat berhubung kerajaan), harga rumah macam nak rak, cara depa uruih mangsa bah yg tak berumah, terutama di Kelantan...lani timboi pulak nak renggang hubungan dgn Sabah dan Serawak.
Tapi sajak penyumbang (blogger) ataih sekali tu, gerun jugak aku...semoga hampa sehat sehat belaka no....
Akiag sekali, mintak maghap no...basa aku memang kasag Kadiag, dan untok orang lain sama no...mintak maghap.
1. Saya dimaklumkan oleh seorang sejarawan (historian) bahawa "teuku" mungkin variasi sebutan dan loghat nusantara bagi "teungku", "tengku" dan "tunku".
2. Bergantung kepada wilayah dan adat, "teuku" dan "teungku" tidak semestinya keturunan di raja. Mereka mungkin pembesar, panglima atau pahlawan.
3. Berkenaan mengadap (deputation), saya rasa mana-mana orang atau pihak berhak memohon megadap Raja-Raja Melayu kerana Raja-Raja Melayu adalah payung negara.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Salam Datuk
Senario yg harus digunakan utk Najib adalah melalui kehakiman dan perundangan kerana apa yg dpt kita lihat skrg ini byk perkara2 yg salah telah dilakukan olih Najib dgn menggunakan executive power yg ada padanya oleh itu jika ianya mengikut saluran kehakiman ianya akan menjadi precedent utk pemimpin masa depan supaya perkara2 spt skrg ini tak akan berulang lagi dan diharapkan majlis peguam dan gulongan professional serta NGO dpt membawa kes ini kemuka pengadilan dgn secepat mungkin dgn cara atau akta apa sekalipun kerana lagi lama keadaan ini berterusan ekonomi dan politik di Malaysia ini akan menjadi mudarat dan utk senario Najib berundur iaitu letak jawatan tak mungkin akan terjadi kerana dia akan menggunakan segala helah utk terus duduk sbg PM dan FM oleh itu hanya jln kehakiman saja yg dpt merubah bentuk pemerintahan yg ada.
Salam DKJ,
Senario 1, Isi borang UMNO tulis (Bangsa Melayu) ,jadi PM telalak kehulu kehilir 1 Malaysia.
Bila disanggak mengatakan diri Bugis.
Senerio 2, Bernama Teku pada pangkal nama keturunan Acheh ,diangkat jadi menteri ,Teku menjai
Tengku.
Melayu diperbodohkan .
Salam Datuk Kadir,
Agaknya, kalau Datuk jadi Perdana Menteri, apa yang Datuk akan lakukan? Dari segi polisinya, dari segi mengimbangi tuntutan Bumiputera dan realiti globalisasi,
dari segi tuntutan kebebasan yang lebih luas bersuara dengan cabaran mendidik masyarakat menjadi pengkritik bertanggungjawab,
dari segi tekanan orang bukan Muslim yang mahukan lebih kebebasan berdepan dengan amalan biasa orang Melayu-Islam di mana sudah dilihat pertembungan sosial (antara sebabnya mungkin kadar urbanisasi tinggi)
Saya berasa agak risau kerana perkara-perkara ini adalah sebahagian kecil daripada permasalahan masyarakat yang sentiasa bertambah setiap masa.
Setakat ini, masih lagi gagal ditangani oleh mana-mana Perdana Menteri secara tuntas. Apa lagi pakatan pembangkang/alternatif yang dilihat lebih kepada membangkitkan kesalahan pihak lawan tanpa cadangan yang konkrit. Kita boleh lihat hasil pentadbiran di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Kerajaan semasa juga berdepan dengan permasalahan sebegini. Pulau Pinang dilihat lebih mendepani bangsa Cina, Kelantan dengan polisi Islamis. Selangor juga tidak dapat lari dari masalah ini bila kerapkali terdapat pertembungan budaya.
Harap Datuk boleh beri buah fikiran. Apa jalan keluar sebaiknya untuk masyarakat kita?
menurut firasat saya Najib akan hanyut dari persada politik negara bersama sama dengan Umno selepas PRU ke 14
A Rose by its other nae is always a Rose. Nama sebenar dia ialah TEUKU..tapi di malaysia kalau nama Tnegku..dapat di sanjungin dan kredubilti nya juga di hormatin.
Teuku Adan knows the Malays weaknesses. Kalau ada yg bernama TENGKU...org Melayu akan panggil Tengku atau Ku dan anggap diri nya Patek.
No difference dgn Syed. Makna Syed sebenar nya ialah TUAN. Tapi org Melayu akan panggil pada seorg yg bernama Syed ' TUAN Syed. Maklum ada darah Arab Yemen. Tp di Yemen ramai org India dan Afrika yg kawin dgn pribumi Yemen..hihihi.
Sallam Dato'
Saya teringat filem Hollywood lama berkenaan dengan bolasepak pada waktu perang dunia kedua antara Pasukan Jerman dan Pasukan Tawanan Perang (Allied Forces) yang terdiri dari askar-askan British, Amerika, perancis yang ditawan oleh German.
Pelakon pada ketika itu antaranya, Pele, Sylvestor Stalone dll.
Disebabkan pengadil (referee) adalah juga orang Jerman yang dilantik oleh askar Jerman, maka perlawanan bolasepak adalah berat sebelah.
Apabila pasukan Allied Forces tendang gol, pengadil Jerman kata tidak gol.
Apabila pasukan Jerman berlaku kasar, tidak mengapa , tetapi pasukan Allied Forces berkasar dikenakan kad merah.
Zaman sekarang, dalam pelawanan bolasepak fifa, pengadil tidak boleh berasal dari negara yang bertanding.
Kalaulah "sistem" yang ada dalam sukan atau politik tidak adil atau berat sebelah, maka memang susahlah untuk menang.
Banyak negara sudah tetapkan jawatan PM hanya 2 penggal atau lapan tahun sahaja. Jadi rakyat tak pening kepala, UMNO pun tak pening kepala. Menjadi satu azab hendak tukarkan PM sekiranya bermasalah.
ARazakRahmat.
1. Sejak zaman kesultanan Melayu lagi kita ni bangsa hampas. Bodoh, baik tak bertempat, pertahan ketua walaupun tahu ketua tu penyamun dsb.
2. Bila dengar negara2 lain perjuang kemerdekaan selepas perang dunia ke 2 maka golongan Melayu yg hampas2 waktu tu pun sibuk berteriak nak merdeka.
Lagi sekali dari dulu hingga sekarang ramai Melayu pemalas dan layu.
Merdeka tapi Malaya dah pun di paksa dikongsi dgn Cina dan India.
Merdeka dari British tapi masuk pulak perangkap penjajah baru bernama UMNO, MCA, MIC .
Merdeka apa bila Melayu UMNO benarkan sekolah Cina dan India.
3. Merdeka apa kalau setiap tahun rakyat Melayu yg dah miskin terus ditindas tampung belanja keturunan bersimbul warna kuning dan anak cucu yg terus dibangga dan di agong macam tuhan yg kalau dinegara lain tak diperlukan lagi.
4. Orang yg kurang membaca tak akan belajar drpd kebaikan Revolusi Perancis kpd rakyat mereka hingga melahirkan bangsa yg kuat dan demokratik.
5. Bangsa Jepun dan Jerman yg kalah perang tu pun perlu dicontohi.
Kalau mereka bangsa hampas dgn ketua hampas mana mungkin mereka jadi antara 4 negara terkuat ekonomi didunia.
6. Persamaan yg ada pada bangsa besar dan bermaruah spt Perancis, Jepun dan German adalah mereka tidak akan pertahan pemimpin rasuah dan kuku besi atas apa alasan sekali pun.
Dan mereka sangat hati2 menerima budaya dan keturunan lain untuk jadi bangsa mereka. Tak macam Melayu. Org Filipina atau Bangla atau India asalkan Islam, boleh bertutur bahasa Melayu, tahu pakai baju Melayu dan dapat kerakyatan entah gimana caranya maka ketua2 UMNO pulak yg sah atau rai mereka sebagai org Melayu.
7. Negara bermaruah termasuk yg mskin macam India dan terbaru Nigeria pun tahu nak beri peluang pd parti lain jadi pemerintah.
Cara sdr menulis hanya mengesahkan bahawa bagi sdr pilihan yg ada hanya UMNO.
Sebab itu mereka besar kepala.
Sdr mungkin fikir sdr betul. Tapi sdr dan yg sewaktu dah pun salah selama 58 tahun. Nak terus silap 100 tahun lagi?
Silaksn.
8. Bagi saya hanya kaum Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak yg bukan pendatang.
Kita hanya perlu layan mereka sebagai tetamu walaupun on paper mereka tu warganegara.
Pertanyaan kpd sdr. Di Singapore semua sejarah tahu Melayu sana penduduk asal.
Adakah Melayu sana dibenar jadi jeneral tentera atau org besar polis?
Bandingkan dgn Msia pimpinan UMNO.
Melayu asalkah KSN, KSU Kem. Kewangan dan IGP.
Silap2 hari bulan 30-40 tahun akan dtg anak warganegara ekspres dari Bangla jadi PM Msia.
TAK terimakasih kpd PM yg kotor yg mulakan skandal warga negara kotor ini demi nak menang PRU.
Sayang kita berketuakan UMNO khianat yg bukan saja tak jaga hak Melayu tapi kebas dgn sekongkol dgn kaum tetamu.
Sdr nsk tunggu skandal rm420b pulsk?
Hanya penulis upahan Najib sahaja yang cuba sedaya upaya, baik cara kasar atau cara halus, menimbulkan keraguan sama ada sedikit atau banyak keatas kredibiliti isu yang diketengahkan oleh DAKJ di blog ini. Kerja menegakkan benang basah ini, walau pun diketahui sukar, tetap dilakukan juga kerana kepentingan perut. Itulah keududukan maqam mereka.
Saya merasa sedih kerana terpaksa bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Tinta Hitam @ 8.54 PM. Majoriti massa Melayu masih selesa dibelenggu dogma yang sengaja diciptakan oleh elit neo-feudalisme di satu pihak dan opportunis agama di pihak yang satu lagi. Bangsa lain sedang menjelajah planet dan galaksi, sebahagian besar kita masih lagi bagaikan katak di bawah tempurung walau pun tempurung itu dah mula reput dan berlubang.
Alahai Melayu!
Yes I know, a mere lamentation bring us to nowhere.
If you carry out a vote between Mahathir and Adnan, the latter will lose his underwear !
Saya rasa option terbaik la ni bagi rakyat melayu malaysia .. adalah spt yang di tulis oleh KU SEMAN KU HUSSAIN dlm MINGGUAN MALAYSIA ahad lalu. Tulisan beliau mendapat kata dua drp kekas speaker sabah.
Betul kata Dato AKJ.
Kredibility dan popularity Tun Dr.M, jauh, terlalu jauh lebih tinggi dari Teuku Adnan.
Assalamualaikum DAKJ dan sekelian,
Sy tak mahu tulis panjang2....
Kalau inilah didikan Toh Puan Hjh Rahah dan Tun Abdul Razak kpd Najib, both of them are a total failure.
Both failed to instill a good integrity to their son, Najib. Its so sad...
Dato'
Malaysians are always obsessed with The Guiness Book of records sampai bermacam macam telatah dilakukan untuk mendapat nama dalam Buku Malaysian Guiness Book of Records.
Ini keksempatan bagi Malaysia memasuki nama Najib Razak k5edalam World Guiness Book of Records (lebih hebat dari Malaysia punya) semua record yang dipecahkan olih Najib Razak....Menerima Derma Persendirian terbesat didunia....
Datuk,
Seorang berdarah teuku yang amat popular di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei adalah Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.
Sufian Idrus
Assalamualaikum wbt pak Kadir..
Pertamanya saya ingin mengucapkan "Wah beraninya Pak Kadir" kerana keberanian pak Kadir untuk menyingkap pekung dan kudis malah parut & calar yang ada pada PM.
Keberanian sebegini pada saya hanyalah datang kpd sesiapa sahaja yang mungkin kerana nawaitunya kerana Allah semata mata atau kerana "aku tak rugi apa apa, malah jika berlaku yang sebaliknya aku akan dapat...".
PM tak mungkin berundur,& jika terjadi perkara yang buruk keatasnya, dia telah menyiapkan "Pasukan Tentera, (ATM)" untuk diberi kepercayaan.
Pak Kadir jangan bermimpi disiang hari..wallahuaklam..
Tebing tinggi - U are rite. Melayu senang di perbodohkan hanya dgn Gelaran. Tak kira la Teuku ke..Tauchu ke..Tan Sri ke..Dato Seri ke..dgn sekelip mata kita boleh lihat org Melayu trus tunduk dan hanya tahu menganguk2.
Itu sebab Teuku Nan n Capati ini ambil kesempatan dgn menggunakan nama Tengku utk menipu dan membodohkan org Melayu di sini.
salam hormat Datuk
semua kelompok, komuniti atau negara yg ujud ada sejarahnya tersendiri. mereka menjadi seperti sekarang sbb rbuan decision dan pendekatan yg mereka ambil dan amalkan dulu hingga kini.
org melayu dikata bermula dengan bodoh. semua org begitu.
tapi dalam tiap masa yg dilalui, setiap pendekatan dan decision yg salah dan tidak tepat akan akibatkan sistem sosial-politik-ekonomi melalui laluan jauh dari laluan kejayaan/kehebatan.
cycle incidence-problem-decision-action-result akan terus berulang. tiap kali berlaku masalah terutama yg besar seperti negara alami sekarang dan tuntutan decision banyak bergantung kepada individu dan rakyat.
apa yg pemimpin decide, yg ruler remark , individu decide dan sumbangkan, akan membawa negara ketahap yg kita boleh nilai dlm suatu jangkamasa.
decision yg timely, tepat , teliti , menyeluruh dan horizontal dalam tangani suatu masalah ketika ini akan bawa kita beberapa tapak mendekati laluan kejayaan yg baik.
jika decision baik , masalah serupa tidak berulang. jika decision ala kadar, ia tentu berulang ,a matter of time.
salam
sy5
Najib is already performing the act of Scenario No 1. But for how long ? He thinks it is the same game as 1998 when Mahathir played it. Need I say more ?
Salam Datuk,
I think there is a sixth scenario that you have not considered.It maybe night mare scenario but we have had MAGERAN in 1969...
The boys in green taking over!
These are not the tablighi or PAS types, but the army coming out of the barracks and imposing martial law.
This scenario was explained to me by a close friend who said several ex senior civil servants have openly talked about this possibility. They said it could be done in Thailand and the economy is doing ok.
Several indicators for this thesis are:
1.Several ex army generals are angry with the national situation. See Arshad Raji open letter.
2.The army is restless with the national crisis. Hishamuddin made a statement last week that the army is not focusing on their job due to the national issues.
3.Most of the rulers in Malaysia are involved in business. The army are under the sultans. The economy nose diving will not do them any good.At the end of the day people take action based on self interest.Sure the rhetoric of saving the country, agama bangsa dan negara maybe used. See how the Bangkok elite used the army to crush democracy in Thailand.
Would'nt it be ironic or karma to see the son of Tun Razak being ousted by the army like Tun Razak ousted Tengku Abdul Rahman?!!!
Senang je Tok Kadir. Pakat pakatlah wakil rakyat buat apa yang Najib lakukan untuk jatuhkan kerajaan PR negeri Perak dulu. Quid pro quo. Cuma dont use money as inducement.Minta Tun spearhead kan. After all Tun and the present Agong kowteam . Heh heh.
Pemakaian gelaran semacam semakin menjadi jadi berlaku dinegara ini. Saya kurang pasti sama ada ianya selari dgn falsafah Islam, sebab ada beberapa individu sebelum disebut namanya terpaksa dilafazkan gelarannya dulu. Sebagai contoh ... Datuk Doktor Haji Uztas Mr. XXX.
Jgn sibuk nak nilai didikan org lain..lebih baik jaga tepi kain sendiri..
Debater Paine, on the contrary I thought about your scenario but deliberately did not raise it because I do not think we should never ever return to a police or military state.
We should instead make our democracy work. The power of the people must prevail.
But the police and military should give their input and tell the truth to Mohd Najib. After all, the Commander-in-Chief is the Yang Dipertuan Agong.
Thank you.
Teuku in Chinese sound very vulgar! Lol!
Many bloggers use the term 'the fake Tengku!!
Salam Datuk AKJ.
Buntu kita sampai kini adalah sebab orang Malaysia masih antara orang yang bersopan santun, bukan budaya kita terus menerkam pemimpin seperti yang berlaku di negara-negara jiran Thailand, Indonesia. Atau pun orang Malaysia kini masih dalam keadaan terperanjat terkejut dengan apa yang berlaku 1MDB, 2.6 biliun, tak pernah dalam sejarah pemimpin kita makan duit begini rakus.
Apapun jangan dibiar terlalu melarat kita punya kesantunan dan keterkejutan. Apapun penyelesaian yang dipilih hendaklah adil kepada rakyat dan negara - pilihan nombor 5 di mana PM boleh terlepas tindakan undang-undang asal beliau letak jawatan rasanya tidak adil kerana kesalahan yang beliau telah lakukan adalah amat berat serta akan menjadi precedent (a bad one for sure).
Terima kasih Datuk A. Kadir kerana penerangan yang sungguh detail dan amat bermanfaat buat orang seperti saya yang nak juga tahu hal ehwal politik semasa.
Salam Dato.
Bila saranan Dato...polis dan militari berterus terang dgn Najib minta dia 'surrender' atau letak jawatan....ini yg masalahnya kerana;
IGP dan 'Chief of Armed Forces' berfikiran bahawa PM negara adalah Ketua negara dan sekian lama mereka telah berkhidmat dan menerima arahan dari dia.
Justeru itu...menentang atau melawan Boss bukan suatu amalan dan ini adalah kelazimnya sikap org2 Melayu yg berkhidmat dlm kerajaan.
Dlm filem....Hollywood memang ada cerita2 'Chief of Police' yg menangkap ketua kerajaan yg menipu atau zalim....tetapi diMalaysia memang susah....bukan sedikit tetapi susah bnyk....kerana mereka2 ini tidak berani mengambil apa2 risiko 'play safe' takut kalau tersilap akan makan diri...malahan dlm 'GO' pun sudah tertulis..."sy yg mengikut perintah".
Pd pandangan sy....kerana dari apa yg sy lihat sekuan lama...memang jarang atau tidak ramai Ketua2 Kerajaan Melayu2 yg berani melawan arus walau pun mereka tahu ada yg tidak betul...ada unsur pembohongan..penyalah gunaan kuasa atau rasuah oleh org atasan mereka .terutama Menteri2...tetapi mereka mengambil jln mudah dgn berdiam diri ...ini lazim nya.
Lebih2 lagi bila PM telah memecat TPM...AG...dan media perdana bawah kawalan PM telah membusukan Tun M...Zeti dgn cerita2 rasuah...disamping 'serangan2' dan ugutan yg dibuat oleh polis terhadap rakyat dan penjawat
awam....maja 'kecut' lah IGP dan Ketua Turus Angkatan Tentera untuk bertindak terhadap PM.
PS: dari apa yg kita tahu dan lihat...polis kini dgn rakus sekali menjlnkan kerja2 mengikut arahan PM....atau TPM yg baru selaku...Menteri dlm Negri....mana mungkin nak lawan Boss.
"Sy yg menurut Perintah"....
Sy tambah sikit sahaja......"Sy yg menurut perintah...dgn membabi buta...tanpa mengguna akal yg diberi Allah....walaupun sy tahu ketua sy seorg Penipu...Pembohong...Pendusta serta Zalim kerana sy mahu 'survival diri' sy selamat dan mendapat pencen bila berhenti kerja nanti".
Terima kasih
?????????????? Tak faham soalan gamaknya.
Salam Hormat Dato'
Makan duit haram mudah
kesah boss sudah terdedah
Teuku Adnan muka tak sudah
rasa rasa orang dah nak ludah
Najib cakap berpusing-pusing
majoreti bingung tambah runsing
minoreti pula sudah buat bising
ekonomi telungkup negeri terasing
Kalau Najib tak sedarkan diri
masaalah bertambah tiap hari
tidak lama lagi pasti kena gari
kerana dengar cakap si isteri
Kalau Najib tak mahu berhenti
majoreti berpecah-pecah nanti
bukan kerana orang dengki hati
takut Melayu hidup seakan mati
Terimakasih
Dato'
Najib and Arul Kanda's Tactic of stalling investigations into 1MDB (latest is delay in appointment of new PAC members) probably reflects their hope that a deal will be consummated soon on the JV for the TRX lands. This will be followed by announcements that everything is now honky dory.
Well...Its not going to be that easy. New JV partners will expect big profits since the are entering into a risky venture with a risky partner. Big Risk requires Big Profits. More likely there will be sweeteners in which they will be promised some other projects or assets to make the 1MDB offer more attractive....
Other Sovereign Assets are at risk when this contagious 1MDB disease is allowed to spread to other parts of Malaysia! Nasib baik Selangor and Penang are under opposition!
As'Salam... YBhg Datuk A.K.J..
Tahun lepas 2014 adalah tahun yg AMAT menyedihkan bagi rakyat Malaysia...negara kita ditimpa musibah3 dalam macam2 bentuk..
...dan tahun ini 2015 pula adalah tahun yg LAGI AMAT menyedihkan bagi kita rakyat Malaysia..
"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"
AhJibGo MUST Go!!!
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
-Taipan Jr-
Salam Dato AKJ.
Payah. Memang payah dan susah untuk menurunkan Najib. Dia ni sanggup menyalahgunakan kuasa untuk terus berada dikerusi utama.
Terlau banyak masa dan tenaga yang telah digunakan untuk menerangkan kepada rakyat jelata namun dengan jentera media arus perdana, Najib berjaya mengalih fokus sebagai duit terima drma tidak salah dan bukan duit rakyat atau duit 1MDB. Tambahan pula menyatakan bahawa SPRM telah mengesahkan bahawa 2.6b itu adalah wang derma.
Kemana lagi hendak dibawa isu ini.
Ke parlimen, confirm kalah kalau undi tidak percaya dibuat. Tambahan kalau LKS atau LGE yang membawanya.
Ke Mahkamah, ia akan berlarutan sehingga pilihanraya seterusnya.
Tidak ada cara hendak menurunkan Najib dalam masa terdekat melainkan melalui proses pilihanraya dengan memastikan UMNO kalah dan Najib tidak menjadi PM semula. Tetapi, adakah kita mahu melihat UMNO kalah sebagai hukuman kepada Najib dan pemimpin UMNO kerana tidak melakukan undi tidak percaya atau merentap Najib turun.
Itu yang kata payah tadi.
Perlukah dihentikan sekarang urusan ini atau dibiarkan pencuri bermaharajalela mencuri lagi?
Kita dijalan buntu.
Yang pastinya, Najib akan terus bertenggek dikerusi Perdana sambil yang lain lain menanti samada diberi habuan atau hukuman.
Wallahualam.
Kadiag, salaam.
Re:- Your dwelling on the use of the moniker teuku or tengku or warrior or whatever feudal pretensions which still have mileage, in the minds of assorted opportunists, among others, and hoisted upon rural Malay poor and some government types is quite informative.
The more famous one, one Ramlee bin Puteh, however, had no use for it. May Allah flood mercy and forgiveness on his soul and forever keep him in gardens under which flow rivers....Amiin.
Aku.
Salam Dato,
Saya nak cadang pilihan ke 6....
Bubarkan parlimen dan beri peluang kpd rakyat untuk membuat pilihan dalam PRU14 seawal mungkin.
Berikan hak kapada rakyat untuk memilih halatuju kepimpinan negara.
Wallahualam.
Post a Comment