A Kadir Jasin
MASIH teringat hari itu
Lima puluh lapan tahun lalu
Aku dan rakan-rakanku
Berdiri terpacak terpaku
Di padang kawat sekolah Melayu
Di pedalaman jauh di hulu.
Kami tidak tahu apa-apa
Sekadar dimaklumkan ini hari merdeka
Bebas daripada belenggu penjajahan
Bukan lagi bangsa suruhan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kini negaraku sudah dewasa
Dan aku pun sudah lanjut usia
Sudah kurasa suka dan duka
Jatuh dan bangun sebuah bangsa.
Kepada Ilahi aku bersyukur
Negara kini lebih makmur.
Kulihat ke dalam mata anak-anakku
Ke dalam mata cucu-cucuku
Ke dalam mata anak-anak muda
Pemudi dan pemuda
Lansung aku bertanya:
Apakah janji kita untuk mereka?
Apakah negara ini akan terus makmur bahagia?
Menjadi negara setara di dunia?
Atau akan rosak binasa
Di tangan manusia dirasuk kuasa
Yang Tuhanya harta benda
Emas berkoyan wang berjuta?
Maka kepada anak-anakku
Kepada cucu-cucuku
Kepada pemudi dan pemuda
Aku berkata:
Ini negaramu
Di sini terletak nyawa dan jasadmu
Maka jangan engkau leka
Dibuai mimpi bahagia
Kerana dalam engkau bersuka-suka
Takut-takut ada manusia durjana
Mencuri merampok agenda
Melarikan bangsa, agama dan negara.
Bangunlah anak-anakku
Bangunlah cucu-cucuku
Bangunlah cucu-cucuku
Bangunlah pemudi dan pemuda
Pertahan bumimu tanah pusaka
Kerana inilah saja hak mutakhir kita,
Sebuah negara bernama Malaysia.Pertahan bumimu tanah pusaka
Kerana inilah saja hak mutakhir kita,
Marilah sehati sejiwa mempertahankannya.
Merdeka! Mmerdeka! merdeka!
Wallahuaklam.
23 comments:
As'Salam... YBhg Datuk AKJ n Sahabat3 semua..
"AhJibGo - The EXclusive PM"
-Its a FACT that AhJibGo will do ANYTHING to maintain power..
-He doesn't care apa Rakyat fikir.. apa Rakyat cakap.. apa Rakyat rasa..
-Dia MEMANG Dah TAK PEDULI!!!
"By Hook or By Crook... By Any Means Necessary.."
-IF dulu he resign nicely, he won't be SO HATED macam skrang ni..
-BUT STILL AhJibGo MASIH boleh buat "muka selamber" aje..
-MUKA TAK MALU tahap Mega!
"U Reap What U Sow"
-Hari2 kita Rakyat dihujani dgn LIES, LIES n more LIES, this has to STOP..
-U can fool some people for some time... TAPI U cannot fool all the people all the time..
-Now Rakyat DESAK U resign.. but still U refuse.. U ni "tak faham bahasa" ke apa?!
"U Lead By Example" -atau- "Kepimpinan Melalui Teladan"
-Pemimpin3 kita dah jadi 'BIADAP TERHORMAT'... Guna macam2 'KATA KESAT'..
-Lepas satu 'BAD WORD', keluar lagi satu 'bad word', lepas tu satu lagi..n then satu lagi..
-Kita nak didik 'Generasi Muda' jadi 'BIADAP' ke? Jadi 'CELUPAR'?? Jadi 'SAMSENG'???
-Ini TAK ELOK for 'Generasi Muda'... IbuBapa pun tak 'sebut/guna' words like this..
-"Nilai2 Murni Malaysia" akan 'PUPUS' seandainya sikap ini berterusan.. CONFIRM!!!
"The Malaysian Dilemma"
-Hari ni 'Hari Merdeka', tapi kita Rakyat nak sambut pun rasa SEBAK, SEDIH, SAYU...
-Now kita DIJAJAH DARI DALAM.. AhJibGo dah 'CENGKAM' Kita.. Tapi masih ada lagi yg 'TAK SEDAR' kita telah dijajah semula.. "Cash IS King" kan???
"Biar Buta Mata -JANGAN- Buta Hati"
Allah AWJ berfirman...
Wahai UMAT manusia! SESUNGGUH-NYA Kami telah MENCIPTAKAN kamu dari lelaki DAN perempuan, dan Kami telah MENJADIKAN kamu BERBAGAI bangsa DAN bersuku puak, SUPAYA kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH-MESRA antara satu DENGAN yang lain). SESUNGGUH-NYA semulia-mulia kamu DI SISI ALLAH ialah orang yang LEBIH TAQWA-nya di antara kamu, (BUKAN yang lebih KETURUNAN atau BANGSA-nya). SESUNGGUH-NYA Allah MAHA Mengetahui, LAGI MAHA Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)
"Saya hadir sebagai SOLIDARITI kepada rakyat" - Tun Dr. M :-)
-Moga Allah SWT sentiasa lindungi 'Semua3 Veteran2 Malaysia'
***Ameeenn**
"Sambut Kemerdekaan Dalam Kedukaan" (Tema Peribadi Official)
"The AhJibGo Factor"
"Discussion Is Dead"
"Diplomacy Is Dead"
"Democracy IS Dead"
Oh MalaysiaKu... Tanah Tumpah DarahKu..
Doa dan harapan kita semaikan
Moga Merdeka bererti kemenangan bersama
Bebas daripada manusia bertopengkan RM semata
Bebas daripada hipokrasi tertinggi
Bebas daripada ketirisan dan pengkhianatan
Makmurlah Negaraku !
Siapatah terasuk kuasa bertuhankan nafsu
Melainkan si kuffar dan sifasik buta pekak bisu
Si mukmin bebas merdeka bertuhan satu
Al ahadulqahhar
Tumpang berpantun sikit Dato,
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
UMNO Lintang pukang
Pemimpin masih kelentung
Nasi kangkang
Lauk kangkung
PAS lintang pukang
Pemimpin masih berlagak maksum
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
PKR lintang pukang
Pemimpin masih mabuk ketum
Nasi Kangkang
Lauk Kangkung
DAP kuasai pakatan
Pemimpin dipanggil Tokong
Nasi kangkang
Lauk kangkung
Rakyat sudah kepanasan
RM dan saham semakin merudum
Ya Allah, selamatkanlah tanah air ku
Aminnn..
Tepat sekali tema tahun ini. Pembesar umno sehati sejiwa mempertahankan presiden
Datuk,
In order to finance his trips to London to negotiate with the British, and other Alliance activities, Tunku Abdul Rahman had to sell his houses in Penang.
He had to raise "donations" the real way, by going around doing mini-ceramah. (One woman was so moved by his speeches, she cried and gave her jewellery away for the fund-raising.)
In the many rebuffs suffered at the hands of the British, he travelled many times to London, and although bangsawan, he had no qualms about sharing hotel rooms with other Alliance leaders in order to conserve precious funds.
Now, we have 6th in line, who can take "donations" of 2.6 billion and not tell his own party or the nation where the money went.
We have hit rock bottom morally.
Selamat Hari Merdeka (MCMC now says we cannot use "Merdeka" any more. It seems the Bugis wants to take the nation's history as well as its wealth?)
Eloklah yang tak sukakan UMNO jangan undi calon-calon UMNO di PRU14 nanti.
Harapnya kita Mahathir Mohammad dan keluarganya BUKAN lagi ahli-ahli UMNO.
Kalau dia diterima jadi ahli BN itu lain cerita.
Sallam Datuk,
Kita seusia yang lahir sebelum Merdeka, menyusuri liku-liku sisa penjajah British namun ibu bapa kita sedar betapa pentingnya pelajaran meskipun dengan bahasa penjajah (inggeris) kerana bahasa sekadar penghubung kita dengan pengtahuan. Dalam serba payah tanpa biasiswa, tanpa buku teks percuma, tanpa tiusyen . Dalam serba ketanpaan ini kita merangkak dan berlari menjadi manusia berdikari dan menabur bakti buat pertiwi dengan cara kita sendiri.
Saya memikul senjata meredah rimba dan paya tika komunis sedang bermaharaja lela, kecuali Sabah semua negeri sudah saya rentasi tanpa rasa sesal bahawa saya terpaksa meninggalkan anak dan isteri tanpa terkadang kadang sampai berbulan bulan. Itulah pengorbanan kita meskipun dalam bidang yang berlainan, tugas kita tetap mulia Datuk menulis bercerita menghubung rakyat jelata dan kadang-kadang mencerca mereka yang songsang dan khianat Negara. Banyak kepiluan dari kegembiraan dari perjalanan ini ada sahabat yang gugur di depan mata dengan dada membuak darah sateria dibaham peluru musuh juga yang cedera dan cacat seumur hidup dimamah jerangkap samar. Sarawak (Daerah Lundu) adalah medan tempur pertama saya, dituruti Raub Pahang hingga ke Sg Siput, Perak dan selatan Thailand.
Datuk dan sahabat-sahabat yang turut serta dalam blog ini marilah kita sama-sama memanjat doa kepada Dia Allah Yang maha berkuasa semoga Negara ini kembali makmur dan damai. Tunjukkanlah jalan keluar kepada petualang dan pengkhianat. Jangan nanti anak cucu kita terpaksa meminta-minta dalam Negara sendiri.
Baraa-ah Bro
(let our death be the muslim's death)
Take care bro
Time for me to go
Remember siffin a long time ago
Thank you and take it with a smile
It was fun while it lasted
There is time for the pen
and there is the season for the sword
But always make hay while there is sunshine
And Mahsyar awaits
Take care bro.
Sallam Dato'
Najib mengatakan ada 5 petunjuk yang mana kita di landasan yang betul.
Kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.4% pada tahun 1970 keapda 0.6% pada tahun 2014.
0.6% bermakna, dalam 200 orang rakyat Malaysia hanya sorang yang miskin.
Adakah betul angka ini menggambarkan perkara yang sebenar.
Berkenaan dengan KDNK, setahu saya zaman Pak Lah lebih baik dari Najib.
Saya hanya perlu letakkan satu petunjuk, negara ini tidak berada dalam jalan yang betul.
Sekiranya kepala sebuah kerajaan itu sendiri berpalit dengan isu persepsi rasuah maka jangan harap gejala rasuah akan berkurangan di negara kita.
Persoalan yang kita harus tanya adalah samada kerajaan yang ada ini berkemampuan untuk tadbir dengan baik negara kita dan bagaimana pula dengan generasi akan datang, adakah kerajaan ini menjamin masadepan yang cerah untuk generasi akan datang atau mereka akan mewarisi segala masalah yang ada sekarang sepertimana di Indonesia dan lain-lain.
Salam Datuk dan Salam Semua,
Bagi saya, selagi kita lemah akidah dan akhlak, selagi itulah kita tidak merdeka.
Sekian Terima Kasih,
Harap Maaf,
Wallahuaklam
Dari Allah kita datang, dari Allah kita juga kembali
kita bina stadium 1.2 billon,bila malaysia lawan MU.. kita rakyat malaysia ada ynag sokong MU.. ada ke kita tak sayang malaysia.. ..
kita hormat
tun kerana proses demokrasi..
kita sokong MU kerana bola sahaja...
kita bela panda di zoo ada ke kita nak jadi panda.. tak begitu..
anak gadis saya yang memilih untuk kawin dengan lelaki sweeden.. sedangkan saya pilih anak melayu dari syraikat air asia..tak kan saya nak halau anak gadis saya hanya kerana anak saya pilih anak raja sweeden..
kita matang kita kena terima segalanya dari proses hak asasi..
saya Terima tun mahtahir dengan seadanya.. waluapun tun taknak bagi saya kaya sebagai mana tun abdullah beri saya peluang untuk kaya..
hargai la pembizaan pendapat
Sekarang ini hampir semua cakap Najib tak betul atau berbelit belit. Tak perlu saya huraikan ... tengok saja aksi beliau di TV3 contohnya ... hari ini cakap lain esok cakap lain, kalau bagi kenyataan pun hanya sekadar untuk menutup atau mengalih isu yang sebenar, selebihnya berselogan.
Semalam di TV, Najib bercerita nak bina berjuta rumah harga RM60 ribu. Katanya tak perlu luas sehingga 1000 kp, takperlu lantai marmar? Saya pun tak tahu samaada beliau bercakap dibawah sedar atau nak menyedapkan cerita atau siapa yang tulis tek ucapannya?
Tanah airport Sg. Besi yang asalnya dirancang untuk rumah mampu milik PRIMA apa jadi ... ada banyak lagi persoalan yg Najib perlu jawab dengan jujur ... dah tak larat rakyat dibohongi.
Mcm en.Zed.85 kata jika miskin hanya ada 0.6% ngapa 70% isirumah dapat BRIM.
Salam Datuk...
Merdeka tetap merdeka.
Syukur pada Allah, tuhan kami.
Terima kasih kepada Ibu & Bapa kami.
Terima kasih kepada Atuk & Nenek kami.
Terima kasih pada pejuang kemerdekaan tanahair.
Dulu lain, sekarang lain Datuk. Dulu sebelah kiri Federal Highway menghala KL, hanya ada Angkasapuri & setinggan (pengerak nadi KL). Kini kg.kerinchi sudah jadi Bangsar South even jauh sempadannya. Kehadapan lagi to Jalan Syed Putra kirinya sekadar lomboh bijih timah, kini berdiri Mid-Valley & The Garden.
Dulu sebelah kiri jalan Pantai Bharu hanya ada balai polis, sekolah rendah, kuarters LLN, sbelah kiri hanya ada JBA & LLN.
Dulu sebelah kiri jalan Bangsar hanya ada setinggan Abdullah Hukum, kg.paya & bazar perniagaan melayu name taman Ghazali even tak ada taman pun. Kini dalam pembinaan KL Eco City. Sebelah kanan masih ada TNB, kilang Kang Ah Bah yang kini berdiri Mutiara Bangsar. Nstp masih ada, Nanyang Siang Pau bertukar jadi China Press, sudah tiada kilang sabun & ais-cream Wall's by Lever Brothers.
Dulu Brickfields hanya ada Ashram Vivenkananda & panggung Lido sahaja. Sebelah kanan tanah luas milik KTM, juga gudang mereka. Kini terpacak pelbagai bangunan tinggi yang amat padat.
Terlalu panjang jika nak hurai tentang dulu & kini Federal Highway, Jln Pantai Bharu, Jln Bangsar, Jln Maarof, Jln Travers ini. Yang jelas, memang lebih maju dari segi ukuran bangunan banding asalnya Kuala-Lumpur as area Bus Stand Klang dulu.
Itu bukti kehebatan kita selepas capai Merdeka hingga kini. Awalnya kita, terutama Malays bangga juga. But lama kelamaan Malays almost terpinggir by menghala & dihalakan kependalaman sikit. Perlu ke kami asalnya disini yang sama menyumbang tenaga merasa bangga dengan semua pembangunan ini yang entah siapa pemiliknya...?
'They also own deposit in Malaysia institution of RM91 bil as at end-March. Thus, there are RM600-700 bil foreign fund in the country as equities, bond and deposit. If a sizable amount moves out, this would further drain the foreign reserves which stood at RM356 bil on Aug 14' - By Martin The Star.
Bangga melihat pembangunan negara kita ini, sedikit sedih cos bukan milik kita pada tahap good even Malaysia sudah Merdeka selama 58 tahun. Lihat kebetulan ini or pandangan sangat jauh Tu M dalam isu wawasan 2020 dalam 6 tahun lagi = Usia Junjungan kita Nabi Muhammad 64 tahun = Kita Merdeka 64 pada tahun 2020. Kebetulan...
Sehati & sejiwa la kita untuk Merdeka yang sebenarnya...
Dah mcm nek tompoyak pulak aku baca komen ni
Assalamualaikum,
YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Sungguh menarik apa yang berlaku sekarang. Kesudahannya pasti memberi pengajaran kepada kita semua samada baik dan menguntungkan atau rugi seruginya. Pertembungan yang berlaku adalah antara dua gulongan yang bersatu padu pada masa dahulu. Itu sebabnya sukar bagi satu pihak untuk menjatuhkan pihak lain kerana masing-masing tahu cara untuk mematah tindakan lawan. Dalam keadaan orang Melayu dengan sewenang-wenangnya di kutuk oleh sesiapa sahaja dengan tidak terbela oleh kaumnya sendiri maka sekarang kita lihat perubahan ketara. Dahulu orang Melayu ramai berdemonstrasi jalanan sekarang jumlah mereka berkurangan.Dari berdemontrasi mereka memilih untuk mengadakan perbincangan terbuka bagaimana untuk memulihkan kedudukan mereka. Mereka menganjurkan Kongres Rakyat yang pasti membawa kepada satu kesepakatan kerana iannya berada dibawah satu bumbong.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.
Kita kena sehati sejiwa bangkit menentang pencabul undang-undang untuk menyelamatkan diri daripada tindakan. Kita kena sehati sejiwa bangkit menentang campur tangan ke atas SPRM dan PDRM. Kita kena sehati dan sejiwa untuk menolak pemimpin-pemimpin yang didakwa korup dan tidak dapat membuktikan dirinya tidak korup. Kita juga kena sehati dan sejiwa terus bertanya kepada pemimpin yang tidak menjawab pertanyaan rakyat tetapi menjawab persoalan yang direka sendiri dan jawab sendiri.
Datuk
Teringat puisi SONGSANG - Latif Mohidin tapi versi Pyan Habib dalam filem (tak ingat nama)
Apabila orang telah sedia duduk, aku bangun berdiri
Apabila orang bertepok, aku diam
Orang lain sudah merdeka, aku belum
Aku bahagia kerana aku masih Melayu, walaupun....
:)
Can we write on a piece of paper, the names of all Malaysian leaders who truly want to serve the rakyat and country, first and above all?
Then, in a second column, write the names of those whose first priority is to serve their own pockets?
Now you will understand the national decay we are suffering.
Overheard today:
"Why will Umno push him out? Gila ke? He's the best sugar daddy they've ever had!"
Therein lies the problem.
Masalahnya bro, kenapa Cina Dap berjays kumpul dan buat Bersih.
Mana pergi kepala2 NGO Melayu yg selama ini katanya memerangi rasuah dan salhguna kuasa.
Yang saya nampak ialah muka2 lepas tengkuk semata2.
Najib hanya akan turun jika orang Melayu solid buat rapat raksaksa.
Zalman
Can we write on a piece of paper, the names of all Malaysian leaders who truly want to serve the rakyat and country, first and above all?
Answer: Nil
Post a Comment