Monday, November 13, 2006

Abdullah, Mahathir, Umno dan .......

A Kadir Jasin

[Versi yang disemak semula. Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

[MUTAKHIR, 14 Nov. TUN Dr Mahathir Mohamad telah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah para doktor yang merawatnya sejak 9 Nov. lalu berpuas hati bahawa kesihatan bekas Perdana Menteri itu telah pulih secukupnya.

Dr Mahathir meninggalkan hospital jam 5.30 petang tadi. Beliau dinasihatkan supaya berehat sehingga bulan depan.]

Surat YBhg Tun Mahathir kepada ahli-ahli Umno.

Para perwakilan Umno yang dihormati sekalian,

Selamat bersidang.

Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama.
Saya berdoa mudah-mudahan Allah subhanahuwata’ala,
Allah Yang Maha Esa membuka hati kita semua,
memberi hidayat dan petunjuk supaya mengorbankan segala-gala demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Amin Ya Rabbul A’lamin

Mahathir bin Mohamad
Ahli Umno : 0000001
15hb.November 2006

SEMPENA persidangan tahunan Umno yang bermula hari ini, saya ingin mengambil kesempatan membina beberapa senario untuk kita renungkan bersama.

Bunyinya lebih kurang begini ---- Perdana Menteri tidak akan kalah, Presiden Umno tidak akan tewas, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menang, Umno mungkin dihukum pada pilihan raya umum akan datang dan pentadbiran negara, khasnya pengurusan ekonomi, mungkin akan terganggu.

Dalam sejarah Malaysia, bukan mudah mengalahkan Perdana Menteri. Hasil daripada sistem perkongsian kuasa yang membabitkan pelbagai kaum di mana keistimewaan diberikan kepada kaum majoriti Melayu, usaha menjatuhkan Perdana Menteri amat sukar dilaksanakan.

Turut merumitkan keadaan adalah ciri-ciri feudalisme yang masih kuat bertapak dalam masyarakat Melayu. Lihat sahaja betapa mudahnya Umno diyakinkan dengan keturunan.

Satu-satu Perdana Menteri yang tidak “berketurunan” adalah Dr Mahathir yang berasal daripada keluarga bukan aristokrasi. Yang lain semuanya membina kerjaya politik mereka berlandaskan keturunan.

Tunku Abdul Rahman putera di raja, Tun Abdul Razak Hussein Orang Besar Pahang, Tun Hussein Onn aristokrat Johor dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pewaris keluarga Ulama Politik Pulau Pinang.

Walaupun Umno sudah berusia 60 tahun, negara sudah merdeka 49 tahun dan masyarakat Malaysia lebih canggih namun unsur feudalisme dan keturunan dalam Umno dan pemerintahan bukan semakin luntur malah semakin kental.

Manifestasinya adalah kehadiran watak-watak umpama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Syed Hamid Jaafar Albar.

Ciri-ciri yang sama jelas mengambil peranan memudahkan kemunculan dan kemaraan watak-watak baru seperti Khairy Jamaluddin (Timbalan Ketua Pemuda merangkap menantu Perdana Menteri), Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri) dan Astaman Abdul Aziz (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri).

Malah Dr Mahathir juga boleh membina dinasti politiknya sendiri jika beliau mahu. Sebaliknya beliau menghalang anak-anaknya daripada memegang jawatan parti ketika beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Justeru itu, percubaan menjatuhkan Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Satu-satunya percubaan yang berjaya memaksa Perdana Menteri dan Presiden Umno berundur adalah pada tahun 1969/70 berikutan peristiwa 13 Mei, 1969.

Banyak pemerhati politik dan sejarawan merujukkan gerakan itu kepada Dr Mahathir yang dikatakan mempeloporinya dengan “restu” Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Abdul Razak.

Ketika percubaan itu dibuat, kedudukan Tunku lemah dan sukar dipertahankan akibat prestasi buruk Parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 dan pergaduhan kaum yang berlaku beberapa hari selepas itu.

Sejak itu, hanya dua percubaan dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno iaitu oleh Allahyarham Haji Sulaiman Palestin terhadap Allahyarham Tun Hussein dan pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Musa Hitam, yang turut merangkumi Abdullah, terhadap Dr Mahathir pada tahun 1987.

Percubaan menjatuhkan Hussein gagal. Begitu juga dengan cabaran terhadap Dr Mahathir. Bagaimanapun selepas itu Umno diseret ke mahkamah dan diharamkan, Umno Baru ditubuhkan dan kedudukan Dr Mahathir menjadi bertambah kuat.

Ironinya ialah cabaran itu akhirnya memberikan kuasa yang sangat besar kepada Presiden Umno dan Perdana Menteri. Inilah antara legasi utama politik pada era Dr Mahathir.

Satu demi satu dasar, peraturan dan amalan yang diperkenalkan atas nama perpaduan parti dan orang Melayu memperkukuhkan kedudukan Presiden dan pemegang-pemegang jawatan utama parti.

Itulah kuasa dan keistimewaan yang diwarisi dan dimanfaatkan oleh Abdullah untuk meminggir dan melenyapkan suara Dr Mahathir. Dan jika amalan itu tidak diubah, itulah juga senjata yang akan menikam Abdullah apabila beliau bersara nanti.

Justeru itu, kita perlu bertanya apakah dalam suasana ini mampu Dr Mahathir atau sesiapa juga dalam Umno menggugat kedudukan Presiden parti dan Perdana Menteri?

Jawapannya ialah sukar walaupun tidak mustahil. Kalau Dr Mahathir berjaya memesatkan persaraan Tunku dengan “restu” Abdul Razak, dia hanya mampu mengulangi proses itu jika “disokong” oleh anak Abdul Razak bernama Mohd Najib.

Malah, daripada apa yang boleh dilihat dan boleh difikirkan kita tidak pun boleh membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir dan mereka yang sealiran dengan beliau sebenarnya mahu menjatuhkan Abdullah.

Daripada apa yang boleh kita analisis dan fahami, Dr Mahathir mengkritik Abdullah bukan kerana hidung Abdullah lebih mancung daripada hidungnya atau kerana Abdullah kerap mengimamkan solat dan beliau tidak.

Dr Mahathir mengkritik Abdullah kerana dasar dan gaya pentadbirannya seperti membatalkan Projek Jambatan Bengkok, penyelewengan AP, penjualan MV Augusta dan campur tangan anggota keluarga dalam politik, pentadbiran, perniagaan dan media, tunduk kepada kuasa luar dan menggunakan kaedah “police state”.

Sekalipun kritikan Dr Mahathir dan idea-idea beliau dikongsi oleh banyak ahli Umno dan rakyat jelata, persoalannya ialah apakah ada di kalangan pembesar Umno hari ini seorang seperti Abdul Razak yang berani atau berkemampuan “merestui” penyingkiran Presiden dan Perdana Menteri?

Jawapannya tiada. Mohd Najib tidak akan merestui atau membenarkan sesiapa pun menggunakan namanya untuk menggugat kedudukan Abdullah. Selepas melihat nasib buruk yang menimpa Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – dua Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang kecundang – dasar Mohd Najib adalah menjadi timbalan yang setia dan taat.

Lagipun, selain Mohd Najib tiada siapa dalam barisan pembesar Umno yang menduduki Majlis Tertinggi sekarang yang cukup berpengaruh untuk mengambil tempat Mohd Najib sebagai pengganti Abdullah.

Ada beberapa orang anggota MT hari ini yang ada ciri kepemimpinan, berbudi pekerti mulia dan mempunyai kapasiti minda yang tinggi. Ironisnya, ciri-ciri ini jugalah yang nampaknya ditakuti dan dibenci oleh kepemimpinan Umno hari ini.

Di luar kerangka utama kuasa, dua nama yang sering disebut sebagai kemungkinan adalah Tengku Razaleigh dan Anwar. Tengku Razaleigh yang kini berusia 69 tahun mempunyai rekod perkhidmatan parti dan kerajaan yang luas manakala Anwar masih berupa satu-satunya pemimpin generasi baru yang karismatik.

Dalam jangka masa singkat, kedudukan Tengku Razaleigh lebih realistik kerana dia ahli kanan Umno dan Ahli Parlimen. Ada pandangan mengatakan bahawa Mohd Najib tidak perlu dikorbankan demi Tengku Razaleigh.
Menurut aliran pemikiran ini, Tengku Razaleigh boleh dipilih menjadi Presiden Umno dan Mohd Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir tidak berminat dan berhasrat kembali menerajui Umno dan kerajaan. Malah dengan keadaan kesihatan beliau sekarang, kemampuannya terus menjadi pemangkin perubahan adalah terhad.

Yang akan segar dan menjadi pencetus perubahan adalah idea-idea beliau yang bernas dan komitmen beliau yang kental kepada perjuangan mendaulatkan negara. Itu pun media massa arus perdana yang terkongkong di bawah pemilikan Umno dan kawalan Kerajaan akan terus dikerah untuk memusnahkan legasi beliau.

Pemusnahan legasi Mahathir mungkin, dalam masa singkat, akan memperkuatkan kedudukan Abdullah dan membanteras sebarang kemungkinan berlaku pergerakan besar-besaran (mass movement) ke arah mengubah kepemimpinan Umno dan Kerajaan.

Kesimpulannya, kedudukan Abdullah tidak akan tergugat apatah lagi dengan pemilihan Umno tidak akan diadakan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.

Tetapi Umno, Kerajaan dan rakyat jelata mungkin terus mengalami dilema dan akan dinilai secara negatif pada pilihan raya umum yang akan datang.

Abdullah mengatakan dengan tegas bahawa beliau bukan Perdana Menteri satu penggal (one-term Prime Minister). Itu semua orang faham.

Tetapi yang akan terus menjadi tanda tanya ialah apa akan terjadi kepada Umno, Barisan Nasional, orang Melayu, rakyat Malaysia, maruah dan keselamatan negara, kedudukan ekonomi rakyat, peranan global kita dan banyak lagi?

Kalau Umno dan rakyat jelata masih mengidamkan perubahan, idea-idea yang dicetuskan oleh Dr Mahathir dan legasi yang beliau tinggalkan akan terus relevan.

Bergantung kepada cara bagaimana pentadbiran sekarang menanganinya, ia sama menjadi racun berbisa yang menyebabkan luka semakin bernanah atau penawar yang boleh menyembuhkan seribu penyakit.

Soalnya apakah Umno yang bersidang minggu ini mempunyai pekerti yang cukup tinggi dan minda yang cukup bergeliga untuk memilih antara yang hambar dengan yang bestari, antara yang hipokrit dengan yang ikhlas dan antara kaca dengan permata.

Selamat bersidang.

PS. Terima kasih Saudara Akulamat kerana mengingatkan saya mengenai cabaran Sulaiman Palestin terhadap Hussein Onn. Saya sudah buat pembetulan dalam versi ini.

66 comments:

Anonymous said...

Dato AKJ,

Saya sebagai rakyat Malaysia yang bukan ahli Umno ingin tahu bagaimanakah cara yang terbaik untuk memberi message kepada Umno bahawa keaadaan sekarang tidak kami sukai. Satu cara mungkin menunggu pilihanraya. Tapi bagaimana? Adakah seperti yang ramai cadangkan supaya pengundi pembankang bagi DUN dan BN untuk parlimen. Apakah implikasi perbuatan tersebut. Harap pembaca blog ini yang lebih berpengalaman dapat memberi pandangan.

Unknown said...

Quote: "...jika projek ini membuat untung, sebahagian keuntungan itu akan didermakan untuk tujuan kebajikan" - Datuk A Kadir Jasin

Salam,

Datuk mungkin dok pikiaq nak dermakan untung tu kpd rumah anak2 yatim ka, rumah orang tua2 terbiaq ka, benda2 gitu la.. Mungkin.

Mohon maaf, saya bukan nak berlagak pandai sangat (memang saya tak cerdik pun); bukan nak berlagak pandai sangat nak ajaq Datuk pulak.

Nama penarik beca itu pun memang, saya la yang perasan gitu, menggambarkan secara jujur dan tulus kelas saya. Maksudnya kelas jembel, bukan mengenai pekerjaan menarik beca. Menarik beca adalah pekerjaan yang sangat mulia.

If only you share my opinion, yang yatim teramat yatim di negara kita ialah demokrasi dan keadilan. Yang menjadi orang tua terhina dalam negara tercinta ini, macam orang tua dalam iklan Petronas masa raya dulu (gila apa raya sampai sebulan), ialah demokrasi dan keadilan.

Mohon kalu sapa2 ada duit lebih, bantulah yang yatim teramat yatim itu, si tua hina yang amat dihina itu. Salam..

Hanturaya said...

Dato'
Seperti biasa, Persidangan UMNO akan menjadi medan memuji pemimpin, tempat jenaka politik, dan meng"iya"kan "kehebatan", kegemilangan dan keterbilangan negara di bawah UMNO.

Ini adalah tradisi turun temurun sejak zaman TunM dan sejak zaman Dato' berkuasa di NST dulu. The real discussion serta real voice of the party members akan kedengaran di coffee house, riverside dan kedai mamak depan The Mall.

Salamz

Anonymous said...

Yang Berbahagia DAKJ

Sebagai pelengkap maklumat kepada tulisan Dato.

Almarhum Tun Hussain Onn sebagai Presiden UMNO pernah dicabar oleh Almarhun Sulaiman Palestin tetapi beliau hanya mendapat 200 undi.

Anonymous said...

A'kum Datuk dan para kenalan disebalik monitor,

Semoga berbahagia hendaknya dihari yang indah ini.

Diharapkan persidangan UMNO yang bermula hari ini akan dapat menjernihkan keadaan yang memang susah untuk dijernihkan melainkan dengan merenung kembali masa lampau, menukar prisnsip masa kini dan menentukan arah tuju yang betul demi masa depan. Semuanya demi kepentingan rakyat.

Tetapi, andaian saya (mungkin salah) pastinya tidak akan ada perubahan didalam tindak tanduk pembahas dan yang terjadi semua ahli UMNO akan disarankan untuk "follow the leader(s)".

Kalau ada pun kutukan, mungkin akan dijadikan sebagai kes terpencil sahaja. Semunya kerana mereka yang diatas sana itu, tidak akan sesekali cuba mengubah pendirian mereka kerana sudah senang lenang duduk diatas tanpa mempedulikan rakyat yang sengsara dari segala aspek ekonomi kini, meskipun statistik kerajaan menunjukkan tahap ekonomi menuju puncak.

Suka juga saya menilik bahawa ahli UMNO dari segenap pelusuk kawasan dan jajahan akan terus sebulat suara menyokong pucuk pimpinan parti tanpa ada perasaan malu dan was-was dengan sikap, tindak-tanduk, percaturan, amalan dan kealpaan pucuk pimpinan yang seakan-akan leka dibuai mimpi. Bodek membodek, jilat menjilat dan kipas mengipas akan dapat dilihat seperti selalu.

Kalau yang terjadi adalah sebaliknya, sekurang-kurangnya gunakan otak jugalah para persidangan/pembahas masa kini.

Sekian...

p/s: Datuk, saya akan cuba cari & beli buku "blogger" itu untuk disingkap sebagai warkah kenangan disaat2 andainya saya terlalai dan terlupa diri. Harap2 tidak lupa diri....dengan izin Allah.

Roulefx said...

nampaknya gayanya.. legasi kepimpinan negara tidak akan ada perubahan... masih lagi seperti dahulu... kitar semula dan atas dasar keturunan... jika ini senarionya, tidak mudah bagi golongan muda tidak berkaitan (yang pasti lebih berkarisma) untuk memecah monopoli ini.. Dengan dasar terlalu mengikut dan enggan keluar daripada kepompong, takut dan paranoia, kepimpinan negara pasti tidak akan dinamis... mungkin satu hari nanti.. kami akan bosan dan mahukan perubahan yang drastik... Kadangkala saya sering bertanya... sampai bila kita mahu hidup dan teruskan perjuangan ini atas legasi orang lain. Mungkin juga mereka harus sedar bahawa ada sempadan yang membatasi ke"mantanan". Jangan lupa diri, kritikan tidak akan mengubah dasar malah meningkatkan lagi dasar.....

Apa-apa pun... walau lagi 1000 tahun, Melayu masih lagi bertuankan ketaatan tak mengenal, kronisme yang feudal.....

Hidup Melayu....? - UMNO

Selamat bersidang....

Anonymous said...

Dengar kata, kumpulan PM sedang melobi untuk membawa masuk DSAI kedalam UMNO bagi menguat kedudukkannya. Seasiapa boleh verify cerita ini?

Kadang-kadang cerita sebegini tak boleh dipercayai, tetapi dalam politik macam-macam boleh jadi.

Razlan said...

Dato,

Sekali lagi dato menulis tentang Presiden parti tidak semestinya Perdana Menteri.

Bolehkah dinyatakan kebaikkan dan keburukkan cara yang sedia ada, dan sebaliknya.

Adakah cara ini akan memberikan lebih faedah kepada negara, orang melayu dan rakyat keseluruhan.?

... "Selamat Bersidang Kepada semua Perwakilan, semoga idea-idea yang di bahaskan akan di olah dengan baik dan buat dengan perlaksanaan" ....

Anonymous said...

"Ada beberapa orang anggota MT hari ini yang ada ciri kepemimpinan, berbudi pekerti mulia dan mempunyai kapasiti minda yang tinggi. Ironisnya, ciri-ciri ini jugalah yang nampaknya ditakuti dan dibenci oleh kepemimpinan Umno hari ini."

true.

the mentality of protocols for power embedded in our community.

the saddest part, our next generation are seeing this and of course making out of example.

Anonymous said...

KA-BOOOOMMMM!!!!!
(hmm, do you need a formula for C4 or mini nuke, Datuk?)

For this - your dream of a hypothetical idea - you need a saint-is but where is this saint-is?
How do a saint-is survive, for that matter, Datuk? Chewing on bertih or beras?

Andin Salleh said...

Ketika UMNO sudah kehilangan idealisme, dan kebanyakan pemimpinnya pun lebih banyak "berjuang" untuk mendapatkan kedudukan,pangkat dan kekayaan, pertukaran pemimpin utama agaknya tidaklah mendatangkan apa-apa perubahan yang bererti.

Malah pemimpin baru akan mewarisi dan meneruskan dasar-dasar kerajaan yang lama juga, dan tidak akan mampu membuat apa-apa perubahan dasar yang "radikal".

Oleh itu, jika kita masih ingin berada di bawah pemerintahan UMNO, satu cara untuk memanjangkan hayat UMNO agaknya ialah dengan terus menyokong pemimpin yang ada, walau apa pun kelemahannya.

Memang banyak perkara yang tidak memuaskan hati.Akan tetapi, untuk mengekalkan kestabilan parti dan negara, kita agaknya tidaklah mudah mencari pilihan yang lain.

Anonymous said...

Wahai Dato' kawan dan taulan
Mat berseloka buat hiburan
Cerita pasai Umno dan Kerajaan
Kita meluat depa tak perasan.

La ni Umno mula bersidang
Keluarlah kapak keluarlah parang
Pendekar Umno taat berjuang
Tikam Mahathir biar terlentang.

Cabut keris tikam lah angin
Itulah kerja budak Hishamuddin
Di belakang dia Khairy jamaluddin
Mahathir Mohamad depa nak talkin.

Mahathir sakit depa seronok sakan
Macam kera dan beruk kena belacan
Pekik di utara jerit di selatan
Rasa lega tubuh dan badan.

Dulu dok takut Mahathir mai
Tidur malam termamai-mamai
Maklumlah Mahathir orang pandai
Depa takut dia buat pasai.

La ni depa lega tak kiralah
Bolehlah sokong dan puji Pak Lah
Kalu Mahathir ada tentu susah
Pak Lah mesti resah gelisah.

Ni lah Umno parti saya
Dulu berjuang tuntut merdeka
La ni asyik yes sir, yes sir
Puji Pak Lah tak kira masa.

Pak Lah pun seronok tak terkira
Dia kata "I am the prime Minister.
Satu penggal sapa punya cerita?
I am the Prime Minister with power."

Lagu tu lah parti Umno saya
Yes sir, no sir itulah cerita
Hal ahli depa peduli apa
Asai dapat kontrek habis cerita.

Menantu Pak Lah nama dia khairy
Umor 40 dia nak jadi Perdana Menteri
Dia punya power tidaklah terperi
Hisham pun dah jadi dia punya kuli.

Lagu tu lah parti Umno saya
Maki orang tua puji orang muda
Pasai yang tua dah tak ada kuasa
Tak boleh bagi kontrek berjuta-juta.

Yang muda dia duduk di Seri Perdana
Siang malam dia jumpa daddy dia
Cakap pasai hal ehwal negara
Tak heranlah dia jadi sangat berkuasa.

Apalah nak jadi dengan parti saya
Yang kaya punyalah kaya
Yang miskin tak ada apa
Janji pilihan raya tah di mana.

Mat Tunjang tak mai tahun ni
Pasai ekonomi langsung tak berseri
Harga naik berulang kali
Kerja siap duit tak dapat lagi.

Pak Lah kata duit ada
Bayar kontrek mesti segera
Kami dok tunggu dah cukup lama
Tapi bayaran entah di mana.

Selamat bersidang selamat berbincang
Harapan kami jangalah dicincang
Takut-takut kami naik meradang
Masa pilihan raya kami tendang!

malay-tree said...

Dato,

Saya baru balik dari Perhimpunan Agung UMNO 2006. Saja meluangkan masa untuk meninjau apa yang patut.

Hari pertama. Perasmian Pemuda dan Wanita UMNO oleh Dato' Sri Najib. Presiden UMNO turut datang walau sebentar cuma.

Gerai-gerai jualan seperti biasa, memang banyak. Memang tampak meriah. Disekeliling saya kelihatan semuanya merah. Ini mungkin disebabkan betapa rangginya kain selendang Wanita UMNO. Kain samping UMNO turut ditayangkan oleh para penjual digerai masing-masing.

Setelah penat berjalan saya pergi ke Mamak Books Store yang cukup kencang bisnesnya itu. Tiba-tiba ada seorang pemuda bertanya kepada Wanita India dicashier " Buku S.H. ALLATAS terbaru ada? Lalu dengan selambanya Wanita itu menjawab..."Oooh...itu buku Pak Habib takder jual kat sini. Sudah kena Banned! Itu buku orang atas tak kasi jual dalam ini Bangunan UMNO."

Saya terkedu. Pandang kiri, pandang kanan...lepas tu terus beredar dengan beberapa kemusykilan.

Demokratik Sungguh!

Rasanya zaman Che Det jadi Presiden UMNO. Si Pak Habib orang tua rambut panjang tu dengan selamba rock je jual buku hentam Mahathir. Kalau tak silap judul buku tu " MAHATHIR DIAMBANG SENJA" (dengan front cover gambar Che Det pakai topi koboi saling tak tumpah macam aktor lagenda Holywood John Wayne.) Pak Habib dengan suara serak-serak basahnya siap jerit lagi...Buku!!! Buku!!! sapa mau beli buku...ada diskaun murah. Dapat sign autograph Pak Habib!"

Si Syed Husin Allatas ini bebas keluar masuk bangunan UMNO masa berhimpunan sedang rancak berjalan.(seolah-olah Bangunan UMNO tu harta pusaka ibu bapa dia )

Jual buku mempersendakan TUN pulak tu. Tak Kena Banned puuuunnnn... Siap dapat meja lagi. Tak kena haram pun.

Dulu orang sumpah seranah Che Det. Cakap macam-macam kat orang tua tu. Ditaktor laaa... Autokratik laa..
Hari ini apa dah jadi? Dizaman ketelusan yang berwibawa.

Saya ada satu pertanyaan first class untuk Dato'. Agak-agak Dato'... sapa punya kerja?

(saya mungkin, ada jawapannya tapi saya takkan bagitau sapa-sapa... Sebab dah janji dgn Pak Habib jgn kasi tau sapa2...Tapi ramai org boleh teka.)

Anonymous said...

is this a conspiracy?
what is it going to be called
The Mongolian Baby?

Another one bites the dust!
Bas ekspress terbalik!?
Who is the driver?

A KADIR JASIN said...

Saudara/Saudari para pembahas dan pelawat sekalian,

Pembahas Dr Butiq menulis:

"Saya ahli Umno tetapi saya tak tahu bagaimana nak keluar dari parti Umno.rasa menyesal pulak jadi ahli umno.Pada pilihan raya nanti saya nak bertanding lawan dengan Kahiry sebagai calon bebas kerana saya tak akan benarkan dia menang tanpa bertanding seperti mana dia menang jawatan timbalan pemuda umno yang menang tanpa bertanding.Harap dato bantu saya."

Dr Butiq tidak perlu bantuan saya. Sistem pilihan raya kita memberi hak kepada sesiapa saja yang memenuhi syarat menawarkan diri sebagai calon.

Untuk butir lanjut, rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya atau baca buku "Perjalanan Pilihan Raya Malaysia" oleh A Rashid Rahman.

Wang pertaruhan, kalau tak silap saya, RM10,000 untuk Parlimen dan RM5,000 untuk ADUN.

Yang rumit sikit bagi Saudara adalah memastikann sama ada Tuan Khairy Jamaluddin akan bertanding dan kalau ia, di mana.

Selain itu, Saudara Dr Butiq hendaklah bersedia dipecat daripada Umno kerana ahli parti yang jadi calon bebas lawan calon Umno/BN akan dikenakan tindakan itu.

Selamat membuat persediaan.

Anonymous said...

Datuk,
Bukankah "'majority' kerusi BN di parlimen yang kurang sedikit" itu cita-cita Mahathir? Dan disokong pula oleh tuan-tuan dan puan-puan yang lebih berani dari pandai dan yang lebih pandai dari berani.

Sekiranya inilah senario yang diidam-idamkan, maka yang untung adalah BN,UMNO, Badawi and kabilahnya. Ini adalah atas dasar "less people to share the mini murtabak with"

Nak bawa turun Presiden yang akan mati 'in office'?
Bukan kah ini satu kerja bodoh?

Lagi pun Datuk, orang yang akan mati tak lama lagi buat apalah kita nak pi kacau! Rihat-rihat lah Tun (tun tun bak, mak yong deh deh).

Nak bawa turun Presiden ini?
Jangan harap dan jangan mimpi lah semua kuching kurap yang merayau-rayau di alam cyber dan alam alam daging(meat space)

"Depa tak kenal lagi cucu Tuan Guru Hj Fahmi. Apa depa ingat kita baca kitab fiqh saja ka? Baru mnta yang ringan, dah chet dek nak tegolek dok"

Lagi satu, dua tiga orang putih ada kata:
"NEVER mess with a rang-ger-tang
with a diloma and who is out of the cage. Unless - of course - you are one better, of course." -"Jolly good old chap! And where is that china boy with the tea? Koo-wen yoo, bring some tea out into the her-laa-men di-parn, quick-quick. And please, tell mem bee-sar - quick, quick, boy!"

Fancy some nescafe and bekas-bekas kueh raya, Datuk?

Anonymous said...

Pembahas Dr Butiq menulis:

"Saya ahli Umno tetapi saya tak tahu bagaimana nak keluar dari parti Umno.rasa menyesal pulak jadi ahli umno.Pada pilihan raya nanti saya nak bertanding lawan dengan Kahiry sebagai calon bebas kerana saya tak akan benarkan dia menang tanpa bertanding seperti mana dia menang jawatan timbalan pemuda umno yang menang tanpa bertanding.Harap dato bantu saya."

sungguh marah sekali tulis dr butiq, saya tak bersetuju tentang niat dr butiq samada dia serius atau sekadar tulisan sinis. tetapi ingin bertanding hanya kerana ingin berdendam pada orang sangat saya tak setuju. Inilah perangai orang melayu...tak boleh tengok orang lain berjaya sikit. Nak jadi calon pilihanraya mmg betul tgk undang-undang SPR tetapi unwritten rules lagi penting seperti tanggungjawab,visi dan pendekatan seorang ADUN/Ahli Parlimen. Saya seronok membaca komen-komen penulis-penulis sbb semuanya seolah2 begitu berdendam dgn kerajaan sekarang tetapi bila pilihanraya berapa kerat je nak balik kampung mengundi. Hangat-hangat tahi ayam je la..jika sudah meluat dgn UMNO,serah surat keluar dengan terhormat..keluar sebagai gentleman,bukan sekadar cerita sana sini nak keluar tapi tak keluar.

Anonymous said...

Saya mungkin mengharapkan miracle berlaku dalam perhimpunan agung UMNO kali ini. Kita pernah melihat Tun Dr. M menagis, bersajak, mengumumkan bersara sehigga beberapa manusia memujuk semula menerajui negara.

Kali ini jika ada kejutan sebegitu khasnya perletakan jawatan, amat mengagumkan saya. Saya harap Tun terus bertanya dan mencari jawapan kerana untuk bertanya dan mendapatkan jawapan, orang kerdil seperti saya tidak mampu melaksanakanya.

bajukurung said...

ohhh baru tau bayar je RM10,000, kempen2 bole jadi wakil rakyat.....

aku igt wakil rakyat ni 100% dipilih rakyat....

if that the case, kalo aku ni yg tak la pandai sgt, SPM cukup2 mkn, tapi punya la pandai berkata2, ada plak RM10,000 (ala kalo takde pun takpe, byk tokey2 bole support aku apa...) pastu daftar, buat kempen habis-habisan, menang, maka jadilah aku wakil rakyat......pastu dah dekat dgn kerajaan, cube try lock project ke tender ke, tokey2 tadi aku dah janji nak bagi projek tp ada komisen, pastu kaya lah aku......

Dato', mcm ni ke senario poltik? pasal aku ni memang tak tau (al-maklumlah aku tak belajar political science la plak kat uni dulu....)

A KADIR JASIN said...

Saudara Khairul menulis:

"Depa tak kenal lagi cucu Tuan Guru Hj Fahmi. Apa depa ingat kita baca kitab fiqh saja ka? Baru mnta yang ringan, dah chet dek nak tegolek dok"

Tuan Guru Hj Fahmi? Nenek Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi namanya Abdullah Fahim.

Terima kasih.

Unknown said...

Quote:

Parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang said Prime Minister Abdullah's remarks yesterday have raised suspicions that he could be planning to silence his critics.

“I wonder if he is implying a harsh crackdown to consolidate his position. Such a statement is uncalled for,” said Lim.

Kalu PM nak tangkap jugak, saya tak nampak PM nak tangkap sangat orang PAS, DAP, Keadilan jauh lagi la Anwar Ibrahim.

Mungkin dia cekup juga sorang dua puak pembangkang sebagai dia punya hujjah bahawa dia bertindak ke atas semua.

Tapi yang dia nak sangat heret ke dalam semua orang tau siapa. Tak nampak la pulak dia nak rantai kaki dan tangan TDM dan sumbat ke dalam. Kalu dia buat lagu tu, teruk dia dunia debik.

Siapa? Sendiri mau ingat la. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Oleh kerana saya tau Datuk tak suka, sekali lagi saya mohon maaf kepada Datuk kerana komen saya dalam blog Datuk ni ralit sangat dok ratib-ratib:

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

malay-tree said...

Cakap terlalu(tulis) banyak sampai tersalah fakta...

Muda atau Tua, ajal tak kira usia.
Tengah surf internet pun bole mati, kalau ajal datang.
Nabi Muhammad saw. berjuang hingga akhir hayat.

Sebelum mengatakan org lain bodoh membela Tun Mahathir, adalah lebih elok cermin diri sendiri terlebih dahulu. Sebelum dijadikan bahan lawak oleh org lain.

Mengumpamakan pembahas-pembahas lain sebagai kucing kurap jelas menunjukkan diri sendiri ada penyakit kurap

Kitab Fiqh pun belum habis baca. nak baca kitab Halaj (ana al haq). Jadi Ayah Pin laa jawabnya. (cakap besar hati kecil). Org lain pun baca Halaj, tapi takder pulak heboh sekampung.

Tun Tun bak, mak yong dek dek, kalau takut dilambung ombak, buat dulu kaji selidik...perrgghhh!

Assalamualaikum wrth.

Anonymous said...

Datuk,

Dengan izin. Terima kasihhhh!( bak kata david arumugam?)

Ini kes OBBKP: Orang Bodoh Buat Kerja Pandai la ni.

Orang dok sebut Fahim dia dok sebut Fahmi!(Minta sorry, Datuk Seri - jangan ma-re(r))

The slip of the pen punya cerita.

(Luku, luku kepala tak main, Datuk.
Peteh dahi kalau boleh)

Anonymous said...

Saya dah ingat-ingat lupa pasal sejarah....tolong Dato' betulkan kalau silap.

Sulaiman Palatin lawan Hussain Onn, saya kira bukan untuk merampas kerusi Presiden sebenarnya, sekadar memberi peringatan kepada Presiden bahawasanya Presiden amat tidak disenangi pada masa itu. Dan jumlah undi 200 itu adalah jumlah yang benar-benar yakin akan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Presiden.....mereka yang benar-benar berani sebenarnya...Dan undi 200 itulah yang menyedarkan Presiden, lalu Presiden mengambil keputusan mengundur diri.....(tolong betulkan kalau salah)

Seperti yang saya tulis sebelum ini, sistem pencalonan seperti sistem "piramid" ini akan menyebabkan ketua-ketua bahagian takut untuk mencalonkan calon selain dari Presiden sekarang. itulah kelemahan paling ketara dalam proses pemilihan UMNO....Bayangkan 3.2 juta ahli parti tidak dapat menentukan siapa pemimpin mereka, sebaliknya pemimpin akan ditentukan oleh hanya +- 2500 orang sahaja. Tentu sekali 2500 orang ini begitu mudah untuk "dibeli". Kalaulah 3.2 juta ahli mengundi, tentu lain keputusannya.....maklumlah,kalau bagi RM1 seorang pun dah kena belanja RM3.2juta!

Pembesar tu dok kata kita pandai dan amat arif untu mengendalikan satu pilihanraya.....habis tu kenapa tak praktikkan kepandaian dan kebolehan itu dalam pimilihan UMNO?????

Kalau imbas Pilihanraya 1999, KESEMUA kawasan majoriti Melayu (Melayu mempunyai 65% undi),semuanya calon UMNO kalah. maknanya UMNO "menang" dengan pertolongan kaum Cina dan India. Saya cukup yakin sejarah akan berulang lagi.....tapi kali ini puncanya adalah KETIDAKYAKINAN KEPADA PEMIMPIN!

anak hussain onn tu pun tak nampak karismatik nya, sat bagi HP bawak pi skolah, sat tak bagi, last skali minta pendapat kabinet.....isu HP pung mintak pendapat kabinet!!!!!

Anonymous said...

OPEN note for Doktor M,


Ubat kurap Pak Syeikh kita ini pakai anti-bacteria, fungus atau anti-viral atau berus tembaga?

2. Ubat untuk penyakit korup isi apa? Korup isi jenis daddy-kasi la, Doktor.

3. Kaji-selidik kata:
a people without a name and a name without a people, baginda razak
kena getah, dan Mahathir itu mitos.

Ada siapa tahu sejarah Ibrahim Adham?
Bab kitab fiqh kena tanya Ian Dallas, atau Aishah Bewley, atau Vadilloo?

Anonymous said...

Datuk,

Isn't that a wonderful news the kluangman brought. Alhamdulillah!

Perhaps, Datuk, when Tun has the free moments off from his writings, I would be very happy and honored should he join in this Post A Comment On: The Scribe A Kadir Jasin; and perhaps, then, I could learn a thing or two about how a MANTAN Perdana Menteri writes on a humble blog page.

What harm could come out of that, Datuk Laksamana?

Melayu Lama said...

Saudara lan's,
You asked what are among the advantages of splitting the position of party president and prime minister. Well, among them is the division between policy and it's implementation. Think of it as being similar to a corporation having, instead of one individual being an Executive Chairman, two individuals holding the posts of Chairman (Party President) and Managing Director (Prime Minister) respectively. It could provide a start towards having some kind of check and balance between party objectives and government policies. A certain level of objectivity can arise from splitting the Party President and PM's posts as constructive objection and criticism will put things into perspective for the Party President or PM should either loose their way in making decisions affecting the country. The downside of it is that if both Party President and PM agree and collaborate on anything detrimental to the country then it will be harder to remove them. After all two heads will be tougher than one. It's a risk that can go either way. The Irony of it is, that Pak Lah, after assuming the helm of the Finance Ministry some three years ago, did call for a separation of the position of Chairman and MD/CEO at the GLC's. What better way to show us his faith in his own policies by taking it a step further and applying it to UMNO.

As for the UMNO General Assembly, it's a waste of time. As many bloggers have commented, it's just a ground for them to "bodek" and kiss their bosses behinds.

Hisham's speech at the Youth Assembly was also a joke. Saying he "loved and respected" former party president but supports the present one. Where does he stand? It's as if he's trying to please both (although more towards the current boss). Does he feel threatened and said so of Dr.M just in case he needs support later should he be outst by Khairy in 18 months time.
Spineless! No other word for that loser.

Unknown said...

(Bloomberg) - Ex-Malaysian premier Mahathir Mohamad, who was hospitalized last week with a heart attack, plans to continue attacking the government until he sees some changes of policy, his son said.

``He will still continue to pursue the matter,'' Mukhriz Mahathir told reporters today at the National Heart Institute, where his father is being treated.

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama)-
"Beliau dijangka kembali bekerja bulan depan," kata kenyataan (IJN) itu.

...nampaknya Tun tidak gentar dengan ugutan "...janganlah hendak menguji saya pula nanti".

Adakah Tun menerima hasil penyelidikan Penyelidik Pelawat Kanan Asia Research Institute di National University Singapura, Maznah Mohamad yang merumuskan "kebanyakan rakyat Malaysia hari ini berkongsi pandangan bahawa Abdullah bukanlah seorang perdana menteri yang pintar (not an astute prime minister)"?

Oleh kerana saya dapat merasakan Datuk sungguh marah dan tak senang, untuk kesekian kalinya saya merayu kemaafan Datuk kerana posting saya dalam blog Datuk ini tak reti-reti nak berhenti melaungkan:

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Anonymous said...

Dato'

Budak khairul ni ada siskit masalah wire kot! BTW, syukur Tun dah keluar hospital.

Kepada Tun, mempertahankan yang benar demi kesejahteraan umah rasanya lebih baik di sisi Allah s.w.t. daripada duduk atas sejadah senyap-senyap sorang. Keep it up!

Hantu Gigi Jarang

Andin Salleh said...

Ketiga-ketiga sayap parti UMNO (Pemuda, Wanita dan Puteri) sudah menyatakan sokongan mereka kepada Pak Lah.

Dan kononnya mereka juga tidak melupaksn jasa PM yang lalu.

Jadi mahu apa lagi?

Sama ada tindakan mereka itu betul atau salah, itulah saja caranya untuk menjaga perpaduan UMNO dan untuk memanjangkan lagi hayat UMN0.

Anonymous said...

saya sokong 100% kenyataan harat, saya ingin bertanya datuk..harapnya boleh jawab secara ikhlas. apa yang datuk mahukan dalam kemelut ini?

i. TDM kembali menerajui kerajaan

ii. AAB meletak jawatan dan diberikan kepada dato seri najib.

iii. kerajaan ikut semua kritikan TDM.

iv. datuk mahukan kemelut ini berterusan supaya datuk ada idea menulis blog ini sampai bertahun-tahun lamanya?

alrawa said...

Saya telah mengikuti akan ucapan2 pemimpin2 Melayu dari dulu(60an) hingga sekarang berkenaan agenda Melayu.Tatkala mendengar ucapan2 tersebut,meremang bulu ditangan dan menitis air dimata.
Dihati ini senantiasa menaruh harapan agar melayu akan bebas dari cengkaman kemiskinan,dari diperkotak katek dalam bidang perdagangan,dari jadi bahan ejekan dibidang pelajaran, dari sindiran kepada agama yang dianuti. Namun, harapan tinggal harapan. Pemimpin datang dan pemimpin pergi.Pemimpin bergurau dan pemimpin berkelahi,Melayu masih ditakuk lama .
Lupakan Mahathir, lupakan Pak Lah,lupakan Tun Razak ,lupakan semua nya.
UMNO telah GAGAL sebagai pembela bangsa!

Anonymous said...

Bukan siskit wire sikit-sikit; dah fused pun. Kena transplant dengan otak robot positronix. Stem cell research dah.

Datuk,
Si-majnun Rushdie
koyak-koyak Kitab Suci.
Harus di bawa Keris Bunuh
untuk si-majnun ini, Datuk?

Saya hanya kutip
lembaran-lembaran yang berterbang-terbangan.
Surah n-Najm surah
bahagia dan sedih.

Terima kasih, Pak Melayu Lama, cuma apa beza
si-buta memimpin
si-buta dan si-pekak
dan si-bisu bijaksana
menjerit semboyan.

Tot een andere keer,
dames en heren
Maka nya
Aku bebas mengejar
Laila
- oh Laila

Was-salaam

A KADIR JASIN said...

Saudara/Saudari para pembahas dan pelawat sekalian,

Pembahas zainal syukri berkata: " saya sokong 100% kenyataan harat, saya ingin bertanya datuk..harapnya boleh jawab secara ikhlas. apa yang datuk mahukan dalam kemelut ini?

i. TDM kembali menerajui kerajaan

ii. AAB meletak jawatan dan diberikan kepada dato seri najib.

iii. kerajaan ikut semua kritikan TDM.

iv. datuk mahukan kemelut ini berterusan supaya datuk ada idea menulis blog ini sampai bertahun-tahun lamanya?

Jawapan saya adalah seperti berikut:-

i. Tidak.

ii. Tidak.

iii. Tidak semua, tetapi yang mana membabitkan isu kedaulatan negara, pembinaan kepasiti ekonomi dan hak setiap ahli Umno menggunakan platform/pelantar parti untuk bersuara.

iv. Ada atau tidak kemelut ini saya akan terus menulis, Insya-Allah, seperti telah saya lakukan sejak 37 tahun lalu.

Terima Kasih.

Roulefx said...

ikon melayu - keris - lambang tikaman dari belakang...

episod Razaleigh Hamzah akan berulang jua tidak lama lagi....

Anonymous said...

Tulisan Dato' kali ini lebih menampakkan usaha untuk menjatuhkan AAB. Apakah benar Dato?

Apakah ada kemingkinan Dato' akan terjun ke dalam arena politik secara aktif? Maksud saya, bukan setakat menulis di Blog shj.

A KADIR JASIN said...

Saudara pembahas dari UAE yang menggunakan pengenalan anonymous,

Sdra, saya boleh tampalkan (post) komen Sdra. Minta pakai nama sebenar atau nama samaran. Susah nak bezakan antara seorang anon dengan anon yang lain.

Since we have been assured that this is not a police state, I wonder why so many people are not willing to stand up and be counted. I use my name and I am still here. So it would be tremendously useful if more people would use their real identities.

Sdra Langit Biru, menulis: "Tulisan Dato' kali ini lebih menampakkan usaha untuk menjatuhkan AAB. Apakah benar Dato?

Apakah ada kemingkinan Dato' akan terjun ke dalam arena politik secara aktif? Maksud saya, bukan setakat menulis di Blog shj."

Sdr Langit Biru, itu terpulanglah kepada interpretasi Sdr. We live in a free country. I cannot stop you or anybody else from thinking and making conclusions. Berfikir dan membuat kesimpulan bukan satu jenayah. Berfikir meledakkan orang bukan jenayah. Meledakkan orang adalah jenayah.

Dalam mana-mana organisasi pun, ketua datang dan pergi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1946, Umno sudah mempunyai 6 ketua turus.

Kemungkinan saya masuk arena politik secara aktif? Insya-Allah tak ada. Walaupun saya ada political affiliation tetapi tidak mungkin saya bergiat cergas. Memadailah saya jadi pemberita dan blogger.

Kalau nak masuk politik secara aktif sebenarnya dah lama.

Saya pernah disarankan oleh seorang pembesar Umno (sekarang bergelaran Tun) agar bertanding pilihan raya sezaman dengan kontemporari saya dalam media yang menyertai politik macam Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Adam Hamid.

Dah bersara dari akhbar ni cukuplah kalau saya sekadar jadi blogger saja. Memadailah Datuk Seri Zam seorang yang tukar profesyen selepas bersara.

Terima kasih.

Unknown said...

Quote:

Sebelum itu ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyebut nama Dr Mahathir di hujung ucapannya, tepukan gemuruh diberikan kepada mantan Presiden Umno itu.

Walaupun sepanjang dua hari ini Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri serta para pembahas tidak menyebut secara langsung nama Dr Mahathir namun apabila sekali sekala namanya disebut, tepukan gemuruh memenuhi dewan persidangan.

Ucapan Presiden juga tidak dapat lari dari bayangan Dr Mahathir. Walaupun beliau mencuba seboleh-bolehnya untuk "melupakan" Dr Mahathir namun separuh daripada ucapannya adalah jawapan kepada kritikan-kritikan Dr Mahathir sebelum ini.

Seorang wartawan veteran menyifatkan persidangan kali ini satu perang senyap antara dua pihak.

"Kalau nak tahu macam mana sokongan untuk Dr Mahathir, perhatikan isyarat tubuh (body language la tu - penarik beca) para perwakilan setiap kali nama bekas Perdana Menteri itu disebut. Dengar bunyi tepukan, gemuruh atau tidak. Dari situ kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku," jelasnya - Malaysiakini (15/11/06)

Quote:

Bila nama Tun Dr Siti Hasmah di sebut mendapat tepukan gemuruh dr delegasi berbanding nama2 pemimpin umno lain yg disebut - mykmu.net (15/11/06)

Datuk blogging di mana tu? Di rumah ka? Di restoran Mamak ka? Kalu di restoran Mamak, ada dak dengaq orang dok ratib-ratib:

TAK NAK LAH! UNDUR LAH!

Anonymous said...

Datuk,

Bila ada masa terluang saya harap ahli-ahli UMNO dapat membaca artikel oleh michael backman dalam www.theage.com.au bertajuk "While Malaysia Fiddles..."

Bagi saya yang penting bukan siapa yang menulis, tetapi sama ada yang ditulis itu benar atau tidak - apa kata Datuk?

eventscookingandalacarte said...

perhimpunan agung umno thn ni takde ape yang agung. semua akan tutup mulut dan buka mulut utk memuji kepemimpinen sekarang. saya sebagai pengundi bukalah banyak yang diminta cuma minta pemimpin sekarang buat ulangkaji ttg kepemimpinan dr m dan cara ekonomi bergerak masa beliau berkuasa. risau saya dgn projek billion2 ringgit yang diaorang cakap tu. too good to be true. tak silap say duit subsidi minyak digunakan utk upgrade public transport, tapi takde yang baru yang ada pun makin teruk. jadi persoalannya adakah ini menggambarkan yang kerajaan nsekarang hanya bijak cakap utk mengalihkan situasi ekonomi sekarang. satu soalan utk datuk thn depan minyak naik berapa sen?

Anonymous said...

Dato AKJ,

Nampaknya masih ada lagi yang masih meragui keikhlasan TDM berjuang demi agama, bangsa dan negaranya.

Saya cuba ingin menarik saudari/saudari yang mengikuti perbahasan di sini, cuba renungkan hal ini:

1.Kenapa TDM buat semua ini? Ada tak kepentingan peribadi dalam isu yang diutarakan?

2. Nak kata TDM nak kaut duit, rasanya selama 22 tahun jadi PM, tak kan tak cukup duit lagi. Gaji dan elaun sebulan mungkin mencecah puluhan ribu.

3. Anak-anak semua dah lepas dan semua dah berjaya. Tak dak sorang pun yang kena kes bankruptcy. Duit mesti bukan masalah.

4. Kalau TDM bukan pejuang bangsa, buat apa lagi dia duk susahkan diri. Lebih baik menghabiskan sisa-sia hidup dengan melancong sana-sini. Semua kemudahan pun dia boleh dapat. Asal jangan buat kacau saja.

5. Masa TDM perintah 22 tahun dulu, ikan kembong kat pasar dari harga RM 1 naik RM3 se-kg. Masa Pak Lah pula dari RM3 naik RM10 dalam masa 2 tahun. Mungkin ada orang kata itu tak boleh dikira sebab nilai semasa dah berubah, tapi kena ingat jg jika nilai RM kita dapat dipertahankan selama 22 tahun, kenapa dalam masa 2 tahun, nilainya berubah begitu teruk?

6. Apakah impak ekonomi yang akan berlaku dgn pembinaan jambatan Pulau Pinang yang baru dibandingkan dengan pembinaan jambatan bengkok? Kita semua maklum jambatan bengkok akan memberi laluan kepada kapal-kapal dagang menuju ke Westport. Dari Wesport kita ada landasan keretapi berkembar yang membolehkan barang-barang dagangan dieskport terus ke seluruh asia tenggara. Ini pastinya akan menjadi salah satu pemangkin untuk kita menjadi negara maju menjelang 2020. Tapi semua ini dibatalkan dan diganti dengan jambatan Pulau Pinang yang disiapkan dengan tempak lepak Mat-Mat dan Minah-Minah Rempit (itupun jika masa itu mereka masih ada duit bubuh minyak motor, kalau tak pakat jadi Mat/Minah merempat) dan keretapi laju ke Singapura. Lepas ni Mat Saleh nak mai KL, naik flight turun Changi, lepas tu naik keretapi laju sampai KL. Yang untuk sapa dan KLIA jadi apa?

7. Dalam masa 2 tahun kita dah rasa kesannya, apa akan kita rasa dalam masa 22 tahun akan datang? Kalau setakat cakap nanti akan ok akan ok sapa pun boleh. Yang jadi mangsa sapa?

8. Kenapa hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi kita nak sampai 2020, segala dasar sudah ditukar. Sempatkah dgn dasar baru ini, kita akan jadi negara maju, sedangkan dasar lama sudah dirangka lebih awal dan sudah nampak tanda-tanda ianya akan berjaya. Thailand yang sudah lama dalam bidang pertanian dan cukup maju dgn bidang itu, ramai rakyatnya jadi pendatang haram kerja kat Malaysia, kita dah nak sampai due date, kelam kabut nak tiru cara depa.

Cuba kita bersihkan hati dan jiwa demi negara yang kita cintai ini, dan renungkan apa yang saya perkatakan tadi. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi satu bangsa yang maju dengan cara kita sendiri, cara yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.

P/S Harap Dato' dapat betulkan jika terdapat kesilapan fakta dalam tulisan saya kali ini.

Anonymous said...

Datuk,

Nice logo! Like the Raya lampu klip-klip.

I am sorry to bother you like this; but I can't seem to be able to spell - the title that is -
the book that Tun, while lounging? on couch, was caught red-handed with on the second day at IJN.

Something about a Spanish name and something about outlook of the economy or something like that.

Could you please ask Tun(and with Tun Hasmah's permission, of course!) what book was that and what is it all about from his view.

Anonymous said...

Datuk,

Menyokong pendapat pembahas2 didalam blog ini tentang bila rasanya TDM nak comment sepatah dua kata at this blog?

------------------------

Dah makin serabut financial situation "penganggur berdaulat" macam saya nie...rasanya kalau esok saya ke PWTC bawak tin biskut dgn iPOD pasang lagu raya mintak sedekah depan pintu masuk, boleh ke dapat duit buat bayar tukar minyak hitam dan tambah air bateri motor saya? Nak juga jadi pelakon cam ahli UMNO...

-----------------------------------
Quote apanama: "Betui kata PM pagi tadi... dunia ini adalah pentas dan pelakon2 nya kini adalah ahli Umno" - apa maksudnya?

Betul ke PM berkata begini?

Kalau betul..andaian saya buat adalah seperti berikut, PATUT LAH:

1. PM dok sebok dgn populariti sebab nak dapat anugerah PELAKON LELAKI TERBAIK

2. PM tak ambil tahu hal rakyat kerana pada penelitian saya, didalam sesebuah filem/drama/theater hanya beberapa kerat sahaja pelakon utama yang dibayar...yang lain samada secara kebetulan atau pak pacak sahaja...jadi "rakyat" didalam sesebuah lakonan itu adalah sekadar orang yang lalu lalang sahaja! Ambil contoh filem "CAST AWAY" (2000) lakonan Tom Hanks - dia sorang2 je yang berlakon...sama la macam PAK LAH..dia sorang2 & pelakon tambahan lain je yang dok sibuk berlakon..sedangkan rakyat sekarang facing the reality world!

Kalau dah gian sangat nak jadi pelakon, SILA LETAK JAWATAN! pi casting dgn Datuk Yusoff Haslam, mana tahu dapat watak jadi PM ke (dua jam aje), Polis ke atau pesakit Narcolepsy** ke?

Saya dah makin runsing! Apa nak jadi pada Pembesar (Loud Speaker) sekarang....makin berkuasa makin bangang!

NEXT!!!!


-----------------------------

Note:
**"Narcolepsy is a condition that causes patients to fall asleep uncontrollably throughout the day for periods lasting less than a minute to more than half an hour. These sleep attacks can occur at anytime, even while the person is engaged in an activity. During sleep, narcoleptics have an abnormal sleep pattern: They enter REM sleep prematurely without going through the normal sequence of sleep stages.

Narcolepsy usually is a genetic (inherited) disorder, although it may be associated with brain damage or neurological disease. The condition usually develops between the ages of 15 and 30. Some people with narcolepsy experience increased sleep attacks during pregnancy, illness, fever, or stressful periods. Patients with narcolepsy often feel tired most of the time. Other symptoms of the condition include cataplexy, sleep paralysis, and hypnagogic hallucinations."

So its not SINUS!

Anonymous said...

adakah saya terlupa mengamiinkan do'a Tun
(bsm)
AAMIIIIIN Ya-rabbil-'alamiin!

brapa punya banyak g-lo aaa
OO1 cukup da.
ini Tun - tua-tua pun nak
act

Ketua penyamun Ali Baba
mati tersenyum?
"Mati dalam ee-maan!"
Amiin

Anonymous said...

Latuk aa
ini low-go pusing pusing
bikin gua pi-neng la

ai-yaa, latuk aa
gua sii-kalang
jalan ada bu-tut kaa

aiyaa, ini am-(ma)-no
punya hal aa
kasi gua kip-pala pusing
sampai gua tatak
ing-ngat
itu Art of War O

Gua mau balik itu Tiong-kok
lulu
(hai-ya olang malayu pun-nya celita
bagi kita olang pi-neng o)
tuu nia seng!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Dato AKJ,

Sedih apabila melihat kelibat perwakilan yang bersidang dan menyampaikan hujah yang tidak berkualiti. Tempat berhujah telah menjadi platform untuk berjenaka, menyanyi, berpantun dan bersajak. Sekiranya ini semua berterusan alamat mereka ini akan dipersalahkan di masa hadapan. Generasi akan datang mungkin tidak dapat menikmati apa yang kita nikmati selama ini. Ini kerana, para wakil terlalu taksub untuk memberi hujah tanpa berlandaskan realiti, cuma hanya menyelamatkan diri sendiri dan poket duit masing2. Masing2 berjuang untuk duit dan kontrak.

Saya amat2 berharap agar para perwakilan yang akan memberi hujah masing2 bermula hari ini, bukalah fikiran, gunakan akal fikiran yang dikurniakan dengan sebaik yang mungkin.

Anonymous said...

Sdr Indigo,

Tun was reading As the Future Catches You by Juan Enriquez of the Harvard Business School.

i have not read the book mysef. but accoding to a review in amazon.com, the book attempts to capture the trajectory of technological progress and understand the forces shaping our social and economic futures.

Enriquez argues that February 2, 2001--the date that anyone with Internet access could contemplate the entire human genome--is akin to 1492 and Columbus's discovery of America.

Instead of a new continent however, Enriquez sees the alphabet of DNA (A, adenine; T, thymine; C, cytosine; and G, guanine) and predicts that it will be the "dominant language and economic driver of this century."

While none of the ideas presented here are entirely new, As the Future Catches You stands out because of Enriquez's ability to view and connect trends--genomics in particular--in a way that just about anyone can understand.

Eye-popping typography and graphics coupled with a compact and almost poetic writing style make this thought-provoking book one to savor. Highly recommended. --Harry C. Edwards

thank you.

Anonymous said...

Dato' yang saya hormati dan kagumi,

Menelusuri ucapan Pak Lah semalam, hanya satu yang boleh saya katakan....

PERDANA MENTERI MENUNJUKKAN SECARA JELAS KEPADA KITA YANG BELIAU MEMANG SUDAH HILANG FOKUS, TERTEKAN DAN TERCABAR ~~~

UCAPAN PERASMIAN yang bolehlah disifatkan sebagai TAHUN ke 60 usia UMNO itu sepatutnya dirangka dengan lebih IKHLAS, JUJUR, BERMOTIVASI TINGGI UTK MELAYU dan BERSEMANGAT MALAYSIA BOLEH.....

Tatakala PAK LAH mengulang semula 12 dasar yang telah disebutnya pada akhir 2003 itu dan berulangkali menyebut semula perihal ISLAM HADHARI dan RMK9...bolehlah ditakrifkan betapa PAK LAH sememangnya TERASA bahawa rakyat secara majoriti sudah LUPA, TIDAK FAHAM dan TIDAK MENYOKONG ASPIRASI nya secara TOTAL.....

Saya terasa tidak ada lonjakan semangat tatakala menghabiskan masa selama 90 minit mendengar ucapan beliau......

Secara ikhlas, saya merasakan TEKS UCAPAN Datuk Seri NAjib dua hari sebelum itu adalah lebeih UNGGUL dan BERTARAF perhimpunan AGUNG....

Saya tertanya2..... ADAKAH PAK LAH MENULIS SENDIRI UCAPAN BELIAU??? Kenapa ketika menyebut PEMBAPTISAN beliau merasa janggal....ini bermakna BELIAU TIDAK MENULIS SENDIRI UCAPAN itu...

Teringat pula kisah Datin Seri Dr Siti HAsmah (ketika itu) yang pernah mengatakan bahawa Dr Mahathir akan bercuti seketika dan berehat sambil bersendirian tanpa gangguan ramai menjelang PErhimpunan Agung UMNO semata mata untuk mencari idea, menulis dan mengolah intipati ucapan beliau......

Inilah PEMIMPIN YANG BIJAK dan YANG DIPERLUKAN MELAYU.....

MOga TUN DR M dirahmati Allah Taala sentiasa..Ameen....

Anonymous said...

sudah diangkat
ke langit berapa, ya?

sebelum sempat
di gantung di palang
salib,
bersama-sama
Malaa'ikat yang setia
nun di langit Enam

tapi masih terdengar
gurauan Daud alaihis-salaam
eloi eloi
lama sabachtani

but i am just a worm

cumanya,
Junjungan Besar
(selawat dan salaam)
masih menunggu di bawah
kubah hijau

hendak ke mana aku ya?
(siapa kah antara tiga
yang maha dekat?)

Anonymous said...

YBhg Dato' Abdul Kadir Jasin

Thank You.(dengan izin)

Anonymous said...

Treimakasih atas jawaban ikhlas Dato'.

Tulisan pena Dato' juga adalah satu perjuangan.....satu ibadah kalau diniatkan kerana Allah. Dan tulisan pena juga kerap kali terbukti dalam sejarah manusia bahawa ianya lebih tajam dari mata pedang! Teruskan usaha Dato' untuk agama dan bangsa.

Dato' telah membuat keputusan untuk tidak terlibat secara aktif dalam politik (memadai Zam sorang),kalau begitu mungkin ada baiknya Dato' menjadi "mentor" kepada mana-mana pemuda yang ghairah sepertimana drbutik, drmuzi dan lain-lain.....saya lihat didalam blog ini ramai yang jauh lebih berkelayakan dari pemuda-pemuda UMNO kini....!

Twinkle said...

Salam sejahtera,

Kenapa sekarang saya sudah hilang semangat untuk mengikuti ucapan Presiden UMNO? Jika di bawah Tun, saya bagaikan menanti ucapan beliau setiap tahun.

Sekarang... tidak lagi...

Anonymous said...

( )'snote:
terimakasihapanama.

berhujah, bertikam lidah dengan ahlul-kitaab itu bidalan.

"are you ready to begin again"
tanya Dato' The Scribe
"bagi tiga minggu, tiga jumaat, ana cuba try bagi jawapan"

(Baru tekat ini dah nak muntah.
Pendekar blogger tahi kuching! Dato' A Kadir Jason buat kerja gila - 37 tahun!)

Anonymous said...

Dato' dan para pendebat blog,

Debat kita ini tidak akan ke mana-mana kalau ramai masih mahu membandingkan Pak Lah dengan Dr Mahathir.

Mana boleh dan mana adil. Pak Lah baru 3 tahun memerintah. Dr Mahathir memerintah 22 tahun lebih.

Kita tidak boleh banding durian dengan nangka. Bentuk tak sama, rasa tak sama dan bau pun tak sama.

Kita kena ukur Pak Lah dengan ukurannya sendiri. Dengan ukuran Islam Hadhari, anti-rasuah, modal insan, toleransi, keterbukaan dan tidak mementingkan kronisme dan nepotisme.

Itu ukuran Pak Lah yang seadil-adilnya. Pak Lah yang faham al-Quran, Hadis dan enteng mengimamkan solat.

Anonymous said...

sama ada Tun, Pak Lah, Najib mahupun Ku Li saya tak kisah sapa yang jadi PM. Yang penting bukan Anwar Ibrahim.

Sebab Anwar Ibrahim selalu cakap tala selupa bikin woooo...


Romeo.

Anonymous said...

Dearest Pak Lah seems to be winning the battles ... in Politics its always about winning the War.

They say, what goes around, comes around. Our premiership is setting a bad precedence that will come back and haunt him.

May Allah set him on the right path and protect us all.

Ameen.

Anonymous said...

drmuzi said...
apa yang dahsyatnya orang mengimamkan solat, datok aku kat Pasir Mas pun biasa imamkan solat, tinggal tak pernah masuk Tv dan suratkhabar ler.=> jelas drmuzi mempunyai sense of humour yg cukup prokatif sehingga kejiwaan saya turut terganggu. hahaahaa.

Betul juga kata drmuzi ni. jadi imam solat bagus, bukan tak bagus. Tapi kalau suratkabar jadikan publisti, takut-takut jadi riak. Pak Lah jangan bangga sangat.

Maka saya menyokong drmuzi sebagai calon utk wakil rakyat Pasir Mas tanpa berbelah bahagi.

Hidup drmuzi!

Romeo

Anonymous said...

Salam ,

Ucapan PL patut di tukar tajuk menjadi: "Cakap tak serupa bikin".

Kandungan ucapan nampak molek tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.

Ajak lawan rasuah, tapi anak n menantu dpt habuan cara yg mencurigakan.

More media freedom: tapi lebih freedom utk spin-doctors di akhbar tipu rakyat.

Cuma satu yg cakap serupa bikin.Ucapan PL berjaya membuat ramai tertidur mendengarnya.

Apai said...

Dato'

Hari ni Dato Mukhriz kena hentam teruk sebab kata ucapan dasar Presiden UMNO tu xde idea baru. Apa salah ke kalau kita bagi statement macam tu? Saya semakin dah tak fahamlah pembesar2 negara kita sekarang ni. Menyokong memb**i buta. Salah ke kalau nak bersifat telus dalam memberikan pendapat. Bukan ke tu yang dituntut dalam pemerintahan Presiden sekarang. Apa mulis sangat ke Presiden sekarang ni sampai ucapan dasar pun tak boleh kena komen. Kalau ikutkan laporan akhbar tu, Dato Mukhriz bukanlah menghentan teruk ucapan tu atau pun mempertikaikan seratus peratus isi kandungannya, cuma rasa takde pembaharuan. Kita rasa tak teruja nak mendengarnya.

Apakah hanya kerana ianya diucapkan oleh seorang Presiden parti maka ucapan itu dah sempurna dan takde cacat celanya. Seolah-olah kita terpaksa menelan bulat2 apa jua yang dibacakan. Tak kisahlah kalau ucapan tu ibarat siaran ulangan. Saya betul2 terkilan dengan senario yang berlaku ini. Janganlah taksub sangat. Mungkin pembesar2 UMNO ni kalau orang ramai taksub dengan Presiden mereka itu takpe, tapi kalau taksub dengan pemimpin lain tu dah kira terpesong akidah.

hmm... entahlah.

Anonymous said...

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu


Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara


Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


terima kasih para pembahas and pelawat dan Dato' A Kadir Jasin

roger and out

Anonymous said...

Assalamualaikum,

I as a malaysian citizen and observe the politic situation at the moment. I feel that there is no point both leader point finger. It would benefit to our economic. People said a ship can not have 2 captain. Thus, Tun Mahathir please let Pak Lah to lead.

Best Regards

from ilmunidham.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk

Just wondering:

When do you think I may get the As The Future Catches You for FREE?

Yeah, work smart like what you learn in UMNO?

Anonymous said...

Politik Melayu memang dangkal dan sejak akhir-akhir ini semakin terdedah di permukaan, betapa celarunya kita membentuk yang harus dibentuk, memugar yang perlu, menatar agar kekal, dan menyerlahkan kebenaran meskipun pahit untuk ditelan.

Zaman AAB saya lihat amat pelik kerana terlalu banyak peraturan atau kekangan yang tidak pula diberi definisi yang jelas. Begitu banyaknya peraturan tak bertulis ini seolah-olah mengembalikan kita ke zaman dulu-dulu yang sememangnya tak akan kita senangi.

kepada ishkan saya cadangkan untuk menyertai mana-mana parti multikaum dalam komponen BN macam Gerakan atau PPP, memangkah dengan "betul" jika calon kawasan anda ialah bukan UMNO tetapi komponen BN, tidak mengundi jika calon kawasan anda ialah orang UMNO (jangan buat undi rosak kerana anda membuang masa, baik duduk rumah tengok TV, minyak pun dah mahal sangat sekarang), boleh mengundi calon UMNO jika terbukti mereka berkaliber dan "walk the talk" di kawasan anda (bukan setakat banyak cekadak je), tapi jangan langsung memangkah pembangkang kerana mereka tidak ada apa-aya yang boleh kita harapkan untuk membantu kita (ya, memang susah "bersama Pak Lah" sekarang tapi tak sedahsyat PAS atau seburuk DAP)

zephyr said...

Penarik Beca said...

Quote:

Parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang said Prime Minister Abdullah's remarks yesterday have raised suspicions that he could be planning to silence his critics.

“I wonder if he is implying a harsh crackdown to consolidate his position. Such a statement is uncalled for,” said Lim.


sometimes ignorance is power...i like Pak Lah approach in handling critics against him...KUDOS Pak Lah

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya ini adalah student biasa,orang2 biasa juga,jadi komen saya mungkin ka mengarut,meleret,not focus and rubbbis..tapi kat sini ja boleh komen,ada org nak baca pulak tu,so ok la..
saya punya analisis adalah begini,pak lah tidak disukai sangat,pembesar2 yang pro AAB pon tidak diminati juga,ramai sangat yang berkata begitu,ada saja perbalahan,hai..AAB pula memang kurang aura,gaya bercakap agak mengecewakan,daya berfikir pun tidak setanding TDM,mungkin TDM set a standard so high,that it has become a burden for his replacement(AAB).
Beginilah,TDM sakit jantung pun rawat di IJN je,AAB sinus terus pegi oversea(Australia rasenya).tak percaye doktor negara sindri ka?sinus aja,bukan apa sangat,ini pemikiran orang2 macam kami dato',nampak kampung,kolot tapi cuba renungkan..TDM mampu kupas setiap soalan (the 4 mhytical question) dengan lengkap.AAB mampu jadi journalist aje,tulis smule,diam..tiada jawapan.TDM jarang tunduk pada singapura,AAB sebaliknya pula.entahla...ini pemikiran kolot orang2 macam kami,tapi kami ada juga rasionalnya,bukan menentang tapi kami rase agak menderita juga.subsidi dipotong disana sini,inflasi,harga naik,tol naik..gaji diparas itu juga,polis dan kastam dihentam hingga senyap tak berbunyi.entahla...bukan memberontak,tak ingin kami menjadi hang jebat atau megat sri rama...tapi jika terus begini,tidak kami mungkin orang lain yang mengamuk seperti jebat.
bukan jebat ingin derhaka,ada sebab musababnya,harap AAB n pembesar renungkanlah..bagaimana jika pilihanraya tiba?kami tidak suka corak pemerintahan sekarang..mahu kami beralih parti?senang2 gitu je pangkah lain?kami bukan pengkhianat,kami mahu UMNO,BN,kami sayang UMNO,kami cinta UMNO,bangsa kami,agama kami,namun jika beginilah keadaan..sedih la kami nanti,apa kami nak bagitau anak cucu kami jika sesuatu yang buruk berlaku dizaman kami ni?
bayangkan seoranng anak sulung lelaki,ada degree,gaji awal rm1700.00-1800.00(itu tahap biasa sekarang),potong PTPTN rm250.00,bagi family rm200.00,bayar kereta(kereta wajib utk orang lelaki)rm 550.00(iswara,myvi@savvy,kalau waja rm700),rumah nak kena beli,kahwin lagi(at least rm30,000.00),makan minum?lektrik?top up?baju?minyak(yang subsidinya dipotong),tol?anak2?isteri?nafkah zahir?hari raya?cuba saudara sekelian kira,ade tak anak sulung lelaki tadi dapat menyimpan?habis.....fulus.....kosong..,bukan x bole hidup,boleehhhhhhhh...dalam keadaan yang tersepit dan berhutang la,PTPTN kereta dan rumah sudah tentu hutang....rumah biasa teres pon dah rm130,000 di pantai timur!di srea kl,PJ,s.alam mau cecah rm300,000.00...huu...kesat peluh di dahi aje la...tolong lah kam wahai pemerintah,ringankan beban,jangan la minta kami berkongsi dengan kerajaan kononnya,potong subsidi,kami tiada apa nak dikongsi pun..!!!!!semua habis bayar hutang je AAB oi...
sudah lah rintihan saya ini,siapa nak ambil peduli pun...em..askum

Anonymous said...

assalamualaikum dato'
to bloggers
i just wanna share my thought,kisah ashaari muhammad,kisah kenalan saya sendiri..yang pernah menyembah selain Allah,syirik.I've been there and i've seen it.How malays are really attracted to something that involved religion.
Baru jadi imam sikit,bace ayat quran sikit(kadang2 dia bace terbalik ilmu syaitan,tapi sbb kita x paham quran,kita pon follow je),pandai mengubat sikit...dah bole jadi macam ayah pin.masalahnya,ramai yg terpengaruh sampai CEO syarikat,orang berpangkat dan with good educational background pun ikut.kenape?pelik,mereka pergi sekolah juga,belajar agama macam oarng lain juga..tapi pengakhirannya sesat.Kesimpulan saya yg cetek pemikiran adalah begini,kita terlampau attached and emotional when come to religious matter that we seldom do any research.most of the time,kita follow je tok guru agama yg sesat ni secara membabi buta,dengan alasan,mencari yang hakiki.Tak sabar nak masuk syurga,guna jalan shortcut.
Most important,tok guru sesat ini tadi,budi pekertinya indah dipandang,mulutnya petah,boleh juga jadi imam,zikirnya berbagai gaya,serban tak tinggal,peribadi mulia,sentiasa bercakap hal agama,kebaikan(hatta sesat),sembahyang sentiasa walau berbagai arah kiblat,gaya dan cara bacaan.jadi...ramai lah yang terpesona dgn keperibadian tok guru ini tadi.Sebabnya...?kerna dia membawa dan menjaga agama lah adanya...
Karut marut saya di atas bukan sengaja nak penuhkan blog ni,isi masa lapang,tapi maksud saya tersirat,demi org melayu juga,rumit untuk saya jelaskan secara terang--kesimpukan mudah,jgnlah menyokong membuta tuli hanya kerana keperibadian mulia yang ditonjolkan..i've been there..

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).